H-Net* Melaka sekat ceramah PAS

2000-02-03 Terurut Topik counterbalance

Webmaster Harakah [EMAIL PROTECTED] wrote:
EDISI JUMAAT28 Syawal 14204 Februari 2000---Melaka sekat ceramah PAS(Oleh Othman Abdullah)MELAKA: Polis negeri ini tidak lagi membenarkan ceramah PAS dibuatsecara terbuka kepada orang ramai kecuali membabitkan tiga tokoh partidi peringkat Pusat, kata Setiausaha Badan Perhubungan PAS Melaka, HajiIzutdin Hassan.Katanya, keputusan itu dibuat berikutan pertemuan beberapa orangpimpinan PAS negeri dengan Ketua Polis Negeri Melaka, baru-baru ini.Dalam pertemuan itu, PAS diwakili oleh Haji Izutdin sendiri; TimbalanPesuruhjaya PAS Melaka, Ustaz Minghat Mamut; Setiausaha kerja negeri,Haji Hassan Mat Dahan; AJK PAS negeri, Haji Mat Diah Abdul dan CikguAbd Samat Mamat.Mereka berbincang dengan Ketua Polis Negeri, Dato' Haji Malik Abd Hamidberkaitan penolakan beberapa pe!
rmohonan mengadakan ceramah di negeriini.Dalam pertemuan yang diadakan di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Melakaitu, polis negeri melalui ketuanya tidak akan lagi mengeluarkansebarang permit ceramah kecuali kepada Mursyidul Am PAS, Tuan GuruDato' Nik Abdul Aziz Nik Mat; Presiden PAS, Dato' Fadzil Mohd Noor danTimbalan Presidennya, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.Haji Izutdin yang turut sama dalam pertemuan tersebut, menyatakan pihakpolis mengarahkan, selain tiga orang pimpinan PAS itu, ceramah lainhendaklah dibuat di tempat tertutup seperti di markas PAS, hotel, dewandan sebagainya.Polis negeri juga tidak memberi jangka masa peraturan tersebut perludipatuhi.Sebelum ini, PAS negeri tidak menghadapi banyak masalah berkaitanpermohonan permit ceramah di tiga daerah membabitkan Polis Alor Gajah,Jasin dan Melaka Tengah."Hanya sejak akhir-akhir ini (selepas pilihan raya umum lalu), berlakupenolakan pe!
rmohonan mengadakan ceramah oleh polis negeri ini."Sebanyak enam permohonan permit untuk mengadakan ceramah di negeri initelah ditolak oleh polis," katanya.Semasa ditanya mengapa polis tidak dibenarkan ceramah secara terbuka,Ketua Polis Melaka menasihatkan PAS supaya bersabar berhubung perkaratersebut.Haji Izutdin berkata PAS negeri kesal atas sekatan baru ini sedangkanprogram ceramah di negeri lain berjalan seperti biasa.PAS negeri juga berharap polis membuat penyeragaman agar wibawanyatidak dipertikai."Kita (PAS) berharap agar unsur politik tidak mempengaruhi bidang kuasapolis, kerana bagi kita tiada cara lain untuk menyampaikan maklumatselain ceramah dan Harakah."Pihak PAS negeri juga akan membawa perkara tersebut untuk dibincangkandi peringkat PAS Pusat," katanya.COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM
Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.

Re: [H-Net* Melaka sekat ceramah PAS]

2000-02-03 Terurut Topik spy leman


 *~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
 {Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
 {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
 *~*
  PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~
Assalamu'alaikum,

Kalau benarlah berita dibawah ini maka teramatlah malang
keadaannya pasukan polis ni. Mereka sepatutnya adil kepada
semua rakyat. Orang PAS/BA pun rakyat malaysia yang bayar 
cukai.  Malaya ni bukan hak bapak orang UMNO/BN saja.  
Sudahlah Harakah di sekat2 sedemikian rupa, hak bersuara pun
hendak disekat juga. Mabuk ke orang yang buat keputusan
menghalang rakyat dari mendapat maklumat ni?

Polis patutnya tumpukan kepada hal2 yang lebih serius
sekarang seperti jenayah, kemalangan jalanraya, dan masaalah
sosial yang semakin tak terbendung. Pecah rumah merata2. 
Semakin ops statik semakin banyak yang mati. Salah guna
dadah semakin parah. Ertinya formula yang dicari belum lagi
dijumpai. Apa nak sibuk dengan ceramah politik yang banyak
memberi keinsafan pada semua.  Pemuda-pemudi yang pergi
ceramah Pas sekurang2 dapat juga dengar sepatah dua hadith
dan ayat Al-Quran. Bukankah gejala sosial muda-mudi semakin
menjadi2? Sambil tu dapat juga peniaga2 kecil melayu cari
rezeki. Sepatutnya Polis pun suruh keluarga mereka berniaga
sama diceramah2 BA. Juallah apa patut - cenderahati ke,
kaset ke, sup tulang ke  Nak harapkan Umno buat majlis
untuk rakyat berkumpul, pdah... Perayaan Mabuk menyambut
tahun 2000 tu kerja puak2 Umno/BN lah tu - freedom konon, 
piiirah.  

Oleh itu, orang2 Polis, fikir betul2. Jangan hanya ikut 
telunjuk pemimpin Umno yang sedang berebut kuasa sekarang. 
Mereka semakin senang lenang dengan kuasa. Polis2 semua
nak beli motor pun berhutang sana sini.

Sekian adanya.

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.




counterbalance [EMAIL PROTECTED] wrote:


Webmaster Harakah [EMAIL PROTECTED] wrote:
EDISI JUMAAT
28 Syawal 1420
4 Februari 2000
---


Melaka sekat ceramah PAS
(Oleh Othman Abdullah)


MELAKA: Polis negeri ini tidak lagi membenarkan ceramah PAS dibuat
secara terbuka kepada orang ramai kecuali membabitkan tiga tokoh parti
di peringkat Pusat, kata Setiausaha Badan Perhubungan PAS Melaka, Haji
Izutdin Hassan.

Katanya, keputusan itu dibuat berikutan pertemuan beberapa orang
pimpinan PAS negeri dengan Ketua Polis Negeri Melaka, baru-baru ini.

Dalam pertemuan itu, PAS diwakili oleh Haji Izutdin sendiri; Timbalan
Pesuruhjaya PAS Melaka, Ustaz Minghat Mamut; Setiausaha kerja negeri,
Haji Hassan Mat Dahan; AJK PAS negeri, Haji Mat Diah Abdul dan Cikgu
Abd Samat Mamat.

Mereka berbincang dengan Ketua Polis Negeri, Dato' Haji Malik Abd Hamid
berkaitan penolakan beberapa permohonan mengadakan ceramah di negeri
ini.

Dalam pertemuan yang diadakan di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Melaka
itu, polis negeri melalui ketuanya tidak akan lagi mengeluarkan
sebarang permit ceramah kecuali kepada Mursyidul Am PAS, Tuan Guru
Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat; Presiden PAS, Dato' Fadzil Mohd Noor dan
Timbalan Presidennya, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.

Haji Izutdin yang turut sama dalam pertemuan tersebut, menyatakan pihak
polis mengarahkan, selain tiga orang pimpinan PAS itu, ceramah lain
hendaklah dibuat di tempat tertutup seperti di markas PAS, hotel, dewan
dan sebagainya.

Polis negeri juga tidak memberi jangka masa peraturan tersebut perlu
dipatuhi.

Sebelum ini, PAS negeri tidak menghadapi banyak masalah berkaitan
permohonan permit ceramah di tiga daerah membabitkan Polis Alor Gajah,
Jasin dan Melaka Tengah.

"Hanya sejak akhir-akhir ini (selepas pilihan raya umum lalu), berlaku
penolakan permohonan mengadakan ceramah oleh polis negeri ini.

"Sebanyak enam permohonan permit untuk mengadakan ceramah di negeri ini
telah ditolak oleh polis," katanya.

Semasa ditanya mengapa polis tidak dibenarkan ceramah secara terbuka,
Ketua Polis Melaka menasihatkan PAS supaya bersabar berhubung perkara
tersebut.

Haji Izutdin berkata PAS negeri kesal atas sekatan baru ini sedangkan
program ceramah di negeri lain berjalan seperti biasa.

PAS negeri juga berharap polis membuat penyeragaman agar wibawanya
tidak dipertikai.

"Kita (PAS) berharap agar unsur politik tidak mempengaruhi bidang kuasa
polis, kerana bagi kita tiada cara lain untuk menyampaikan maklumat
selain ceramah dan Harakah.

"Pihak PAS negeri juga akan membawa perkara tersebut untuk dibincangkan
di peringkat PAS Pusat," katanya.






COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM

-
Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.



Get your own FREE, personal Netscape WebMail account today at 
http://webmail.netscape.com.

 

H-Net* Melaka sekat ceramah PAS?

2000-02-03 Terurut Topik Engku Hamid


 *~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
 {Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
 {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
 *~*
  PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~


Melaka dah tak ada apa-apa lagi yang tinggal. Hang
Tuah dah lama pergi. Semangat kepahlawanannya telah
lama terkubur.  Yang tinggal hanyalah periginya di
Duyong. Itu pun terlepas kat Gan Boon Leong yang
menang dengan undi pos sebanyak 47 undi. 

Semangat perjuangan membela kawan oleh  Hang Jebat pun
dah lama dikuburkan. Yang ada dalam catatan sejarah
hanyalah sifat  menderhaka kepada Raja . Yang tinggal
hanyalah bas ekspress yang diberi nama JEBAT EKSPRESS.


Rajanya pun dah lama lari ke kepulaan Indonesia. Tak
siapa pun di kalangan keturunannya yang berani nak
menuntut takhta. Kalau kembali pun ke Melaka, mereka
sudah tidak boleh bertutur bahasa Melayu Johor-Riau.
Mungkin ditangkap dan dianggap sebagai pendatang haram
dari Indonesia.

Itu belum masuk soal bukit yang kini diserahkan kepada
orang Cina (Bkt China), tanjung yang diberi kepada
orang India (Tg. Keling), pokok yang hanya tinggal
batang (Batang Melaka), dan berbagai lagi nasib malang
yang menimpa Melaka.

Melakaoh...melaka.. bila lagi kau nak sedau?
 ( sedar dalam loghat Melaka ialah sedau)

Wassalam

KU MID


--- spy leman  wrote:
~~
 Assalamu'alaikum,
 
 Kalau benarlah berita dibawah ini maka teramatlah
 malang
 keadaannya pasukan polis ni. Mereka sepatutnya adil
 kepada
 semua rakyat. Orang PAS/BA pun rakyat malaysia yang
 bayar 
 cukai.  Malaya ni bukan hak bapak orang UMNO/BN
 saja.  
 Sudahlah Harakah di sekat2 sedemikian rupa, hak
 bersuara pun
 hendak disekat juga. Mabuk ke orang yang buat
 keputusan
 menghalang rakyat dari mendapat maklumat ni?
 
 Polis patutnya tumpukan kepada hal2 yang lebih
 serius
 sekarang seperti jenayah, kemalangan jalanraya, dan
 masaalah
 sosial yang semakin tak terbendung. Pecah rumah
 merata2. 
 Semakin ops statik semakin banyak yang mati. Salah
 guna
 dadah semakin parah. Ertinya formula yang dicari
 belum lagi
 dijumpai. Apa nak sibuk dengan ceramah politik yang
 banyak
 memberi keinsafan pada semua.  Pemuda-pemudi yang
 pergi
 ceramah Pas sekurang2 dapat juga dengar sepatah dua
 hadith
 dan ayat Al-Quran. Bukankah gejala sosial muda-mudi
 semakin
 menjadi2? Sambil tu dapat juga peniaga2 kecil melayu
 cari
 rezeki. Sepatutnya Polis pun suruh keluarga mereka
 berniaga
 sama diceramah2 BA. Juallah apa patut - cenderahati
 ke,
 kaset ke, sup tulang ke  Nak harapkan Umno buat
 majlis
 untuk rakyat berkumpul, pdah... Perayaan Mabuk
 menyambut
 tahun 2000 tu kerja puak2 Umno/BN lah tu - freedom
 konon, 
 piiirah.  
 
 Oleh itu, orang2 Polis, fikir betul2. Jangan hanya
 ikut 
 telunjuk pemimpin Umno yang sedang berebut kuasa
 sekarang. 
 Mereka semakin senang lenang dengan kuasa. Polis2
 semua
 nak beli motor pun berhutang sana sini.
 
 Sekian adanya.
 
 Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
 


__
Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.
http://im.yahoo.com

 
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
 ( pandangan rasmi  bukan tanggungjawab HIZBI-Net  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED])
 

Pengirim: Engku Hamid [EMAIL PROTECTED]



H-Net* Melaka Sekat Ceramah Pas

2000-02-03 Terurut Topik Nadim Abu


 *~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
 {Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
 {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
 *~*
  PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~
Assalamualaikum
==

Bercakap tentang sekat menyekat di Melaka ini, teringat
saya kesah yang berlaku tidak  dahulu...
negeri yang sama, tetapi Ketua Menteri yang berbeza.
Tersangat lah terkenal Ketua Menteri ini, disayangi dan
di kagumi oleh ramai atas kepintaran dan kebijaksanaannya
memajukan negeri. Sehinggakan segala kesilapan, keburukan
serta kelemahan beliau pada masa itu tidak dihiraukan...
Tidak banyak yang berani menegur... orang yang sepatutnya
memberikan teguran turut berdiam diri diatas sebab-sebab tertentu.
Ia bermula apabila...belaiu telah mengarahkan
pihak masjid tidak membenarkan kumpulan Tablig menggunakan
masjid di negeri Melaka  untuk kegiatan mereka.
Mata terdapat lah kejadian dimana ahli kumpulan ini yang terasa kecil
hati apabila diarah meninggalkan masjid
Selepas peristiwa itu banyak kejadian-kejadian yang
ganjil berlaku di Melaka...seperti masalah bekalan air di musim
hujan, dan yang paling hebat sekali ialah apayang berlaku
kepada orang yang mengeluarkan arahan itu...
Cuba lah kenangkan...


__
Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com


 
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
 ( pandangan rasmi  bukan tanggungjawab HIZBI-Net  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED])
 

Pengirim: "Nadim Abu" [EMAIL PROTECTED]