Assalamualaikum.

Terima kasih kepada para sahabat kerana berkongsi pendapat. Sebahagian
bersetuju dan sebahagian lagi tidak. masing masing mempunyai pendapat
yang tersendiri dari pelbagai sudut. Tidak ada suatu pendapat pun yang
salah.

Sebenarnya tiada apa apa perbezaan ketara antara tempat kerja yang baru
dan tempat kerja yang lama selain dari perbezaan perlaksanaan tugas dan
tanggungjawab. Perbezaan gaji juga tidak begitu ketara cuma dari segi
faedah pekerjaan (Fringe benefits), mungkin membawa sedikit perbezaan
dimana tempat kerja sekarang memberikan free-interest loan kepada staff
untuk membeli kenderaan tidak lebih dari RM10,000.

Cuma setelah 7 tahun berkhidmat Persatuan ini, setelah menjalani
pelbagai latihan dan setelah pelbagai tanggungjawab dilaksanakan masih
juga berada dijawatan yang sama dengan rutin kerja yang sama dan kian
bertambah. Seolah tiada perancangan tentang peningkatan kerjaya pekerja
sedang beban kerja kian bertambah tanpa pertambahan tenaga kerja.
Kenaikkan gaji tahunan juga dalam kadar yang rendah beralaskan faktor
keadaan persekitaran ekonomi globalisasi seperti Tragedi 11 Sept,
Penaklukan Iraq, isu kenaikkan harga produk petroleum dipasaran dan
pelbagai alasan yang sama sekali tiada hubungkait dengan penjanaan
pendapatan persatuan membuat ramai pekerja mula tertanya tanya tentang
masa depan mereka di persatuan ini.

Yang lebih memilukan adanya sikap pilih kasih atau anak emas dalam
setiap kenaikkan pangkat dan gaji pekerja, menambah ketidakpuasan hati.
Ada 'anak emas' yang mendapat kenaikkan dari segi gaji dan bonus diatas
paras maksima yang dicanangkan kepada pekerja lain. Bagi yang bukan
'anak emas' pula pernah menerima kenaikkan pangkat dan tambahan
tanggungjawab sahaja tanpa kenaikkan gaji dengan alasan gaji anda
sekarang masih belum melepasi skala gaji maksima bagi jawatan tersebut
atau gaji anda masih berada dalam kadar pasaran semasa bagi jawatan
tersebut.

Inilah faktor faktor penyebab utama saya cuba beralih kerjaya dan masa
depan. Bagi saya, gaji bukanlah faktor penentu tetapi kerjaya yang cerah
disesebuah organisasi sebenarnya adalah faktor utama. Jika kerjaya di
sesebuah organisasi itu cerah, maka ianya pasti akan seiring dengan
kenaikan gaji juga. Ketua Eksekutif sesebuah organisasi seharusnya peka
dengan 'valued' setiap pekerja setimpal dengan kemahiran yang diperolehi
/ dipelajari. Pekerja perlu diberikan panduan tentang bagaimana
meningkatkan kerjaya mereka didalam organisasi tersebut dan dengan cara
itu akan dapat membuat pekerja yang baik dan mahir akan terus memberikan
perkhidmatan terbaik dan setia kepada organisasi tersebut.

'Berani mencuba' kata salah seorang netter yang berkongsi pandangan /
pengalaman beliau dan itulah yang saya akan lakukan. Malah 'Hijrah' itu
adalah sesuatu yang digalakan didalam Islam.

Memetik kata Saudara Zamri Darus dalam replynya kepada saya. 'The Norm
of Good Performer'

No. 1: It is a norm for the existing employer to say "I want to counter
offer" to the good performer when he wants to resign. I used to this
CRAP!!! It is very uncertain based on your message. If your boss is
purely sincere, he should have proposed to his/her boss right away. Why
wait for another 8 months???

Bukanlah nak kata saya adalah "Good Performer" tetapi.... begitulah
keadaan manusia......... sesuatu yang tiada itu lebih dihargai dari
sesuatu yang didepan mata.

Terima kasih juga kepada En. Omar yang meminta saya menjawab beberapa
persoalan seperti ;

Bagaimana jika kenaikkan gaji tidak diluluskan oleh Ahli Lembaga Majlis
(Council)?
Bagaimana jika Ketua Jabatan / Pengarah Eksekutif berhenti dalam tempoh
8 bulan tersebut?
Adakah kemungkinan setelah anda mendapat jawatan yang dijanjikan,
kerjaya anda bakal dibekukan kerana pihak pengurusan memikirkan anda
hanya mengugut untuk mendapatkan kenaikan gaji / jawatan dan selepas 7
tahun anda perlu menghantar semula surat perletakkan jawatan semula jika
ingin kenaikan gaji / pangkat?

Setelah memikirkan semasak masaknya dari pelbagai sudut dan faktor
semasa dan juga jangkamasa panjang, maka saya membuat keputusan saya
perlu berhijrah ke tempat yang lebih menjanjikan kerjaya dan masa depan
yang cerah. Saya berharap penghijrahan saya merupakan suatu hikmah
kepada saya, tempat kerja saya yang baru dan tempat kerja saya yang
lama, kepada semua para pekerja ditempat baru atau lama dan kepada pihak
pengurusan syarikat bakal saya berkhidmat atau yang bakal saya
tinggalkan.

Tidak lupa kepada sahabat-sahabat seperti En. Azman Mahmud, En. Zainal
Osman, Che Hashim dan lain lain yang menyarankan saya supaya bersaba dan
menerima 'counter offer' itu berdasarkan hati budi dan 'environment'
tempat kerja, juga terima kasih atas kesudian berkongsi pendapat dah
diharap tidak berkecil hati kerana tidak memilih saranan anda

Terima kasih sekali lagi kepada semua sahabat yang sudi berkongsikan
pendapat dan pengalaman.


Wassalam.

terima kasih

Hisham

________________________________

On Behalf Of mustafa kamil
Sent: 11 April 2007 13:08
Subject: Re:  Minta Pendapat.



walaikumsalam....sekarang susah nak dapat keje....sabar dan redha itu
separuh dari iman...lebih terima offer tu...

Ahmad Hisham <[EMAIL PROTECTED]> wrote:

        Assalamualaikum.

        Saya ingin meminta pendapat dari sahabat sekelian.

        Saya telah menghantar notis berhenti kerja 2 minggu yang lepas.
Ketua jabatan saya telah 'counter offer' saya semula untuk kenaikkan
gaji dan pangkat. Bagaimanapun ianya hanya dapat dilaksanakan pada
hujung tahun ini. Bermakna saya terpaksa menunggu selama lebih kurang 8
bulan lagi barulah proposal kenaikkan gaji dan pangkat saya dapat
diajukan kepada Pengarah Eksekutif dan kemudian dibawa kemesyarat
Lembaga Pengarah. Keputusan adalah di tangan Lembaga Pengarah.

        Hubungan saya dengan ketua jabatan saya amat baik seperti adik
dengan kakak dan beliau banyak membantu saya. Malah keluarga saya san
keluarga beliau juga sudah saling kenal mengenali. Sebagai seorang
ketua, walaupun seorang wanita, beliau tidak cerewet dalam hal hal
kerja.

        Ketua jabatan di syarikat yang baru menawarkan jawatan kepada
saya telah meminta saya datang kepejabat untuk menerangkan kerja kerja
yang bakal menjadi tanggungjawab saya. Beliau juga nampaknya seorang
yang baik dan temubual saya dengan pekerja pekerja ditempat tersebut,
semuanya menyatakan beliau adalah seorang ketua yang baik dan tidak
cerewet. Cara beliau berinteraksi dangan saya lebih kurang sama dengan
ketua jabatan saya sekarang.

        Saya telah melakukan solat istikharah beberapa malam namun masih
belum mendapat sebarang petunjuk

        Saya ingin meminta pendapat dan pandangan atau pengalaman
sahabat sekelian yang sudi berkongsi patutkah saya meneruskan niat untuk
berhenti atau haruskah saya menerima tawaran dari ketua jabatan saya?

        Terima kasih dan Wassalam.

        Hisham




Kirim email ke