Assalamualaikum,
   
  Keje lagi kalau:
  1. Takde keje yang menanti pas resign (Penting nih!!)
  2. Komitmen yg ada la ni tak memerlukan hang tukaq keje
  3. Takde masalah kat tempat keje skrang - relation ngan boss n colleques 
      wokeh.
  4. Depa leh bagi black and white yang hang akan dapat kenaikan pangkat dan
      naik gaji. Y not? Since depa dah janji nak kasi, susah sangat ke nak bagi
      letter tu? 
  5. Nak cuba test try kalau depa nak ranjau hang. Yelah, kekadang tu depa tipu
      je lebey. Masa tengah susah nk cari replacement la katakan.. Bila dah dpt,
      silap2 perli plak suruh resign lik...
  6. Restu dari wife/hubby/anak2 - penting nih woo... Depa tulang blakang idup
      kita. Lagi plak depa tau yg depa nih amat penting bila wat cenggini... 
Pdapat
      depa kita terima pakai..
   
   
  Resign jugak kalau...
  1. Prinsip itu penting pada hang. Yelah, kita nie kena ada prinsip. Takkan nak
      ada suara2 sumbang yang kita nie materialistik. Mola2 nak resign, pastu 
      kena suap utk naik pangkat, tak jadi plak... Huyooo... sure kengkawan buat
      ketupat nyer dlm opis/tempat keje kita.
  2. Keje tempat baru ada banyak lagi benefit yang best2!!! Tak semestinya gaji
      yang jadi ukuran. Yg penting, hang happy, puas. Jgn pikiaq bab gaji nie.
      Pengalaman aku keje slama nie: Keje mao happy, jgn cepat boring n musti
      anggap ia sbgai IBADAH. Bila wat camtu, keje ok, prestasi susah  jatuh -
      (sesekali tu ada la.. nana ada keje yg wokeh memanjang, ye dok?).
      Bila jadi cenggini, boss @ some1 sure nampak keje @ prestasi keje kita.
                  Pastu depa pun akan bagi gaji naik ke, keje lebih senang ke, 
lama2
      Insya Allah, rezeki anak2 ada. Sure tambah nyer. So jgn pikiaq bab gaji 
nie.
      Buat keje lelok, Allh Maha Adil, gaji tuh akan mai dgn sendrinya....
      (Opppsss!! Sori.. melalut plak aku....)
  3. Depa tak leh bagi surat hitam putih yg hang akan naik gaji n pangkat end of
      year. Mintak depa bagi kat hang sblm tarikh last keje. Kalau depa dok try
      tangguh2, tu tandanya depa tak ikhlas. So, buat pe nak tunggu?
   
   
  Last skali, aku punya opinion, walaupun depa baik ngan famili kita, itu hal 
luar - personal. Takde kene mengena ngan keje. Kalau hang resign pun, 
relationship tu still ada apa? So jgn worry. 
   
  Nx, jgn slalu bagi surat resign unless dah sure 100%. Jgn buat can sesetengah 
individu yg takde matlamat @ prisip idup. Kejap nak resign, kejap tak jadi. 
Kejap ada, kejap takde - cam biskut lak. Kalau nak sembang bab resign, takpe. 
Jangan sampai dah bagi surat. Dah bagi, buat cara dah bagi. Kalau aku punya 
employee wat camtu, konfem aku buang depa bila ada opportunities. Serious, bro. 
And I make sure they know that. And I always remind all of them all these years.
   
  Sebab tu aku nyer employee turnover % sket sgt compared ngan market trend. 
Depa 100% nak resign, bru kasik surat. Klo tidak tu sembang sesama depa je..
   
  Pls don't get me wrong. All the above r my 2 cents. Klau hangpa sumer tak 
setuju, takpe. It's my opinions and my current practises. Lagi plak, hamba 
Allah nie tanya kita nyer feedback hape....
   
   
  Mekasih... Wassalam.
   
       
   
  

"Noraini Md Yassin"@yahoo.com wrote:
            Assalamualaikum hamba allah ...
   
  Sy rase terpanggil utk bertanye mengenai masalah tuan hamba ini.
  "Mengapa setelah tuan hamba menghantar surat perletakkan
  jawatan, baru Syarikat atau ketua jabatan ingin menaikkan gaji dan
  pangkat tuan hamba"..
   
  Jika tuan hamba terus bekerja disitu, maka kenaikan pangkat dan gaji itu
  tiadalah ...
   
   
    -----Original Message-----
From: [mailto:"";]
Sent: Wednesday, April 11, 2007 12:39 PM
To: Subject: Help Palestine [hidayahnet] Minta Pendapat.


    Assalamualaikum.

Saya ingin meminta pendapat dari sahabat sekelian. 

Saya telah menghantar notis berhenti kerja 2 minggu yang lepas. Ketua
jabatan saya telah 'counter offer' saya semula untuk kenaikkan gaji dan
pangkat. Bagaimanapun ianya hanya dapat dilaksanakan pada hujung tahun
ini. Bermakna saya terpaksa menunggu selama lebih kurang 8 bulan lagi
barulah proposal kenaikkan gaji dan pangkat saya dapat diajukan kepada
Pengarah Eksekutif dan kemudian dibawa kemesyarat Lembaga Pengarah.
Keputusan adalah di tangan Lembaga Pengarah.

Hubungan saya dengan ketua jabatan saya amat baik seperti adik dengan
kakak dan beliau banyak membantu saya. Malah keluarga saya san keluarga
beliau juga sudah saling kenal mengenali. Sebagai seorang ketua,
walaupun seorang wanita, beliau tidak cerewet dalam hal hal kerja.

Ketua jabatan di syarikat yang baru menawarkan jawatan kepada saya telah
meminta saya datang kepejabat untuk menerangkan kerja kerja yang bakal
menjadi tanggungjawab saya. Beliau juga nampaknya seorang yang baik dan
temubual saya dengan pekerja pekerja ditempat tersebut, semuanya
menyatakan beliau adalah seorang ketua yang baik dan tidak cerewet. Cara
beliau berinteraksi dangan saya lebih kurang sama dengan ketua jabatan
saya sekarang.

Saya telah melakukan solat istikharah beberapa malam namun masih belum
mendapat sebarang petunjuk 

Saya ingin meminta pendapat dan pandangan atau pengalaman sahabat
sekelian yang sudi berkongsi patutkah saya meneruskan niat untuk
berhenti atau haruskah saya menerima tawaran dari ketua jabatan saya?

Terima kasih dan Wassalam.

Hisham


[EMAIL PROTECTED]



  

         

       
---------------------------------
 
 Real people. Real questions. Real answers. Share what you know.

Reply via email to