Assalamualaikum hamba allah ...
 
Sy rase terpanggil utk bertanye mengenai masalah tuan hamba ini.
"Mengapa setelah tuan hamba menghantar surat perletakkan
jawatan, baru Syarikat atau ketua jabatan ingin menaikkan gaji dan
pangkat tuan hamba"..
 
Jika tuan hamba terus bekerja disitu, maka kenaikan pangkat dan gaji itu
tiadalah ...
 
 

-----Original Message-----
From: [mailto:"";]
Sent: Wednesday, April 11, 2007 12:39 PM
To: Subject: Help Palestine [hidayahnet] Minta Pendapat.



Assalamualaikum.

Saya ingin meminta pendapat dari sahabat sekelian. 

Saya telah menghantar notis berhenti kerja 2 minggu yang lepas. Ketua
jabatan saya telah 'counter offer' saya semula untuk kenaikkan gaji dan
pangkat. Bagaimanapun ianya hanya dapat dilaksanakan pada hujung tahun
ini. Bermakna saya terpaksa menunggu selama lebih kurang 8 bulan lagi
barulah proposal kenaikkan gaji dan pangkat saya dapat diajukan kepada
Pengarah Eksekutif dan kemudian dibawa kemesyarat Lembaga Pengarah.
Keputusan adalah di tangan Lembaga Pengarah.

Hubungan saya dengan ketua jabatan saya amat baik seperti adik dengan
kakak dan beliau banyak membantu saya. Malah keluarga saya san keluarga
beliau juga sudah saling kenal mengenali. Sebagai seorang ketua,
walaupun seorang wanita, beliau tidak cerewet dalam hal hal kerja.

Ketua jabatan di syarikat yang baru menawarkan jawatan kepada saya telah
meminta saya datang kepejabat untuk menerangkan kerja kerja yang bakal
menjadi tanggungjawab saya. Beliau juga nampaknya seorang yang baik dan
temubual saya dengan pekerja pekerja ditempat tersebut, semuanya
menyatakan beliau adalah seorang ketua yang baik dan tidak cerewet. Cara
beliau berinteraksi dangan saya lebih kurang sama dengan ketua jabatan
saya sekarang.

Saya telah melakukan solat istikharah beberapa malam namun masih belum
mendapat sebarang petunjuk 

Saya ingin meminta pendapat dan pandangan atau pengalaman sahabat
sekelian yang sudi berkongsi patutkah saya meneruskan niat untuk
berhenti atau haruskah saya menerima tawaran dari ketua jabatan saya?

Terima kasih dan Wassalam.

Hisham


[EMAIL PROTECTED] <mailto:hisham%40mef.org.my> my



 


Kirim email ke