Helo,
ko stay je. tempat baru belum menjanjikan apa apa
lagi. Yang penting ko seronok bekerja dan mendapat
satisfaction. Kalo ko stay ko akan jadi senior nanti.
--- "Ahmad Hisham"@yahoo.com wrote:

> Assalamualaikum.
> 
> Saya ingin meminta pendapat dari sahabat sekelian.
> 
> Saya telah menghantar notis berhenti kerja 2 minggu
> yang lepas. Ketua
> jabatan saya telah 'counter offer' saya semula untuk
> kenaikkan gaji dan
> pangkat. Bagaimanapun ianya hanya dapat dilaksanakan
> pada hujung tahun
> ini. Bermakna saya terpaksa menunggu selama lebih
> kurang 8 bulan lagi
> barulah proposal kenaikkan gaji dan pangkat saya
> dapat diajukan kepada
> Pengarah Eksekutif dan kemudian dibawa kemesyarat
> Lembaga Pengarah.
> Keputusan adalah di tangan Lembaga Pengarah.
> 
> Hubungan saya dengan ketua jabatan saya amat baik
> seperti adik dengan
> kakak dan beliau banyak membantu saya. Malah
> keluarga saya san keluarga
> beliau juga sudah saling kenal mengenali. Sebagai
> seorang ketua,
> walaupun seorang wanita, beliau tidak cerewet dalam
> hal hal kerja.
> 
> Ketua jabatan di syarikat yang baru menawarkan
> jawatan kepada saya telah
> meminta saya datang kepejabat untuk menerangkan
> kerja kerja yang bakal
> menjadi tanggungjawab saya. Beliau juga nampaknya
> seorang yang baik dan
> temubual saya dengan pekerja pekerja ditempat
> tersebut, semuanya
> menyatakan beliau adalah seorang ketua yang baik dan
> tidak cerewet. Cara
> beliau berinteraksi dangan saya lebih kurang sama
> dengan ketua jabatan
> saya sekarang.
> 
> Saya telah melakukan solat istikharah beberapa malam
> namun masih belum
> mendapat sebarang petunjuk
> 
> Saya ingin meminta pendapat dan pandangan atau
> pengalaman sahabat
> sekelian yang sudi berkongsi patutkah saya
> meneruskan niat untuk
> berhenti atau haruskah saya menerima tawaran dari
> ketua jabatan saya?
> 
> Terima kasih dan Wassalam.
> 
> Hisham
> 
> 
> [EMAIL PROTECTED]
> 
> 



       
____________________________________________________________________________________
Need Mail bonding?
Go to the Yahoo! Mail Q&A for great tips from Yahoo! Answers users.
http://answers.yahoo.com/dir/?link=list&sid=396546091

Reply via email to