Saya pun nak menyampuk gak, adakan awak pasti yang ketua jabatan memang akan memberi kenaikan seperti yang dijanjikan? Saya pasti kalau ade rezeki di mana2 pun insyaallah ade, dengan syarat kite berusaha... Pade saya kte kne bijak menyesuaikan diri x kire di tpt baru atau lame.. hbgn kite dgn ssiape pun insyaalah akan baik...
Saya cadangkan awak bertanye lebih lanjut kepada Ketua Jabatan awak mengenai kenaikan yang dijanjikan.. Moga2 soalan2 bgini dpt mmbantu awak dlm mmbuat penilaian. 1.Kenape mesti menunggu shingga hujung tahun? 2.berape banyak yg dijanjikan? 3.ape yang perlu awak lakukan untuk memastikan awak mendapatkan kenaikan tersebut? 4.ape yg telah ketua jabatan awak lakukan / usulkan kepada pihak pengurusan? 5.ape yg bakal terjadi skiranye usul tersebut tidak diluluskan oleh pihak pengurusan? 6.bagaimana ketua jabatan awak dapat buktikan yg awak layak mendapatkan kenaikan tersebut? 7.ade sebarang tempoh percubaan tak? 8.sekiranye gagal, ape yang Ketua Jabatan awak lakukan? 9.sekiranye keja awak merosot/tidak memuaskan dlm tempoh shngga hujung taun, adekah ketua jbtn awak masih mencadangkan kenaikan awak? 10.kalu x bjaya adakah awak masih mahu meletakkan jawatan? 11.ape akan terjadi skiranye rakan sekerja awak mengetahui akan kenaikan gaji awak? 12.adakah ketua jbtn awak akan membuat kenaikan skiranye ade org lain yg meletakkan jawatan? 13.adekah awak rase awak layak mdapatkan kenaikan sdgkan rakan sekeje awak tidak mendapat ape2 14.Berape lame utk awak tahu sama ade awak layak mdpt kenaikan awak tidak? 15. brp beza antara kenaikan yg bakal awak terima di hujung bulan dgn gaji yg ddtawarkan kpd awak di tpt keje bru...sdgkan awak tlh kerugian 8 bln 16.awak kne bfikir betul2 adakah awak nak kejar ssuatu yg x pasti atau mcube ssuatu yg baru di dpn mate... Kalu awak dpt jwpn tok soalan2 tu insyaalah saya hrp dpt mmbntu awak buat kputusan.. Sbb di mana2 pn awak pergi awak ttp kne bkerje keras yg awak pekerja yg bagus dan cekap tok mmastikan yg awak layak... 1.layak mdptkan kenaikan skiranye di tpt lame 2.layak mdpt kpercayaan dan ckp bkerja di tpt baru. (confirmation) wassalam ----- Original Message ---- From: "Noraini Md [EMAIL PROTECTED]" <Noraini Md [EMAIL PROTECTED]> To: Ikhwanul Muslimun <hidayahnet@yahoogroups.com> Sent: Saturday, April 14, 2007 12:11:48 AM Subject: RE: Help Palestine [hidayahnet] Minta Pendapat. Assalamualaikum hamba allah ... Sy rase terpanggil utk bertanye mengenai masalah tuan hamba ini. "Mengapa setelah tuan hamba menghantar surat perletakkan jawatan, baru Syarikat atau ketua jabatan ingin menaikkan gaji dan pangkat tuan hamba".. Jika tuan hamba terus bekerja disitu, maka kenaikan pangkat dan gaji itu tiadalah ... -----Original Message----- From: [mailto:""] Sent: Wednesday, April 11, 2007 12:39 PM To: Subject: Help Palestine [hidayahnet] Minta Pendapat. Assalamualaikum. Saya ingin meminta pendapat dari sahabat sekelian. Saya telah menghantar notis berhenti kerja 2 minggu yang lepas. Ketua jabatan saya telah 'counter offer' saya semula untuk kenaikkan gaji dan pangkat. Bagaimanapun ianya hanya dapat dilaksanakan pada hujung tahun ini. Bermakna saya terpaksa menunggu selama lebih kurang 8 bulan lagi barulah proposal kenaikkan gaji dan pangkat saya dapat diajukan kepada Pengarah Eksekutif dan kemudian dibawa kemesyarat Lembaga Pengarah. Keputusan adalah di tangan Lembaga Pengarah. Hubungan saya dengan ketua jabatan saya amat baik seperti adik dengan kakak dan beliau banyak membantu saya. Malah keluarga saya san keluarga beliau juga sudah saling kenal mengenali. Sebagai seorang ketua, walaupun seorang wanita, beliau tidak cerewet dalam hal hal kerja. Ketua jabatan di syarikat yang baru menawarkan jawatan kepada saya telah meminta saya datang kepejabat untuk menerangkan kerja kerja yang bakal menjadi tanggungjawab saya. Beliau juga nampaknya seorang yang baik dan temubual saya dengan pekerja pekerja ditempat tersebut, semuanya menyatakan beliau adalah seorang ketua yang baik dan tidak cerewet. Cara beliau berinteraksi dangan saya lebih kurang sama dengan ketua jabatan saya sekarang. Saya telah melakukan solat istikharah beberapa malam namun masih belum mendapat sebarang petunjuk Saya ingin meminta pendapat dan pandangan atau pengalaman sahabat sekelian yang sudi berkongsi patutkah saya meneruskan niat untuk berhenti atau haruskah saya menerima tawaran dari ketua jabatan saya? Terima kasih dan Wassalam. Hisham [EMAIL PROTECTED] my <!-- #ygrp-mlmsg {font-size:13px;font-family:arial, helvetica, clean, sans-serif;} #ygrp-mlmsg table {font-size:inherit;font:100%;} #ygrp-mlmsg select, input, textarea {font:99% arial, helvetica, clean, sans-serif;} #ygrp-mlmsg pre, code {font:115% monospace;} #ygrp-mlmsg * {line-height:1.22em;} #ygrp-text{ font-family:Georgia; } #ygrp-text p{ margin:0 0 1em 0;} #ygrp-tpmsgs{ font-family:Arial; clear:both;} #ygrp-vitnav{ padding-top:10px;font-family:Verdana;font-size:77%;margin:0;} #ygrp-vitnav a{ padding:0 1px;} #ygrp-actbar{ clear:both;margin:25px 0;white-space:nowrap;color:#666;text-align:right;} #ygrp-actbar .left{ float:left;white-space:nowrap;} .bld{font-weight:bold;} #ygrp-grft{ font-family:Verdana;font-size:77%;padding:15px 0;} #ygrp-ft{ font-family:verdana;font-size:77%;border-top:1px solid #666; padding:5px 0; } #ygrp-mlmsg #logo{ padding-bottom:10px;} #ygrp-vital{ background-color:#e0ecee;margin-bottom:20px;padding:2px 0 8px 8px;} #ygrp-vital #vithd{ font-size:77%;font-family:Verdana;font-weight:bold;color:#333;text-transform:uppercase;} #ygrp-vital ul{ padding:0;margin:2px 0;} #ygrp-vital ul li{ list-style-type:none;clear:both;border:1px solid #e0ecee; } #ygrp-vital ul li .ct{ font-weight:bold;color:#ff7900;float:right;width:2em;text-align:right;padding-right:.5em;} #ygrp-vital ul li .cat{ font-weight:bold;} #ygrp-vital a { text-decoration:none;} #ygrp-vital a:hover{ text-decoration:underline;} #ygrp-sponsor #hd{ color:#999;font-size:77%;} #ygrp-sponsor #ov{ padding:6px 13px;background-color:#e0ecee;margin-bottom:20px;} #ygrp-sponsor #ov ul{ padding:0 0 0 8px;margin:0;} #ygrp-sponsor #ov li{ list-style-type:square;padding:6px 0;font-size:77%;} #ygrp-sponsor #ov li a{ text-decoration:none;font-size:130%;} #ygrp-sponsor #nc { background-color:#eee;margin-bottom:20px;padding:0 8px;} #ygrp-sponsor .ad{ padding:8px 0;} #ygrp-sponsor .ad #hd1{ font-family:Arial;font-weight:bold;color:#628c2a;font-size:100%;line-height:122%;} #ygrp-sponsor .ad a{ text-decoration:none;} #ygrp-sponsor .ad a:hover{ text-decoration:underline;} #ygrp-sponsor .ad p{ margin:0;} o {font-size:0;} .MsoNormal { margin:0 0 0 0;} #ygrp-text tt{ font-size:120%;} blockquote{margin:0 0 0 4px;} .replbq {margin:4;} --> __________________________________________________ Do You Yahoo!? Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around http://mail.yahoo.com