*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum,

Minggu ini, minggu pertama bulan April tahun 2000; banyak juga cerita menarik 
yang boleh kita ulas, tapi dalam banyak-banyak itu, saya cukup terkejut bila 
dengar Dr Mahathir kata:

"Orang Pas yang tunjuk kemaluan dulu, sebab itu Datuk Seri Adnan naik marah 
dan membuat isyarat lucah berkenaan!" [The STAR 4/4]

ISH, ISH, ISH - AWAT LA SAMPAI MACAM TU SEKALI DR MAHATHIR PERCAYA KAT 
ORANG-ORANG BAWAH DIA NIE!!

[Mula-mula saya ingatkan ada orang nak buat April Fool, tapi bila tengok 
tarikh kenyataan Mahathir itu 3 April bukannya 1 April, baru saya perasan yang 
Dr Mahathir memang betul-betul ada buat kenyataan tersebut, betul-betul 
serius, bukan main-main!!]

Kerana itu, dengan serius juga, kita nak tanya kepada Marina, Mirzan, Mokhzani 
dan Mukhriz:

Hangpa tak kesian ka kat ayahanda hangpa itu, sampai sanggup dibiarkan orang 
tua itu dikelentong hidup-hidup sampai macam itu sekali. Saya ini bukannya 
apa; dulu saya pernah duduk dalam UMNO, la ni saya duduk dan berkawan dengan 
orang-orang PAS; saya nak cakap ikhlas dari hati:

"Kalau  orang kata ada orang PAS tunjuk kemaluan di khalayak ramai macam itu, 
saya kata - berdasarkan penglibatan saya dengan mereka dalam majlis-majlis 
Usrah, Kuliah dan sebagainya, mustahil pada akal kalau ada orang PAS 
berkelakuan begitu; tapi kalau orang kata ada orang UMNO buat macam itu, maka 
berdasarkan pergaulan saya dengan orang-orang UMNO dahulu kini dan selamanya, 
saya berani jamin kata, bukan takat tunjuk kemaluan, tapi kalau orang kata ada 
orang UMNO main kemaluan dia di khalayak ramai pun, saya percaya hundred 
percent!!"

Saya tak mahu komen panjang-panjang mengenai isu ini, cuma nak tambah sikit 
saja:

NASIB BAIK MASA DR MAHATHIR BUAT KENYATAAN AKHBAR HARI ITU TAK ADA PEMBERITA 
YANG TEKAN LEBIH LEBIH PASAL ISU TUNJUK KEMALUAN INI. KALAU TIDAK, MUNGKIN DR 
MAHATHIR DENGAN SELAMBANYA BANGUN DARI TEMPAT DUDUK, BUKA ZIP SELUAR DIA, 
KEMUDIAN TARIK KELUAR DIA PUNYA ANU, DAN DENGAN PENUH CONFIDENT BERKATA:

'HA, MACAM INILAH YANG ORANG PAS ITU BUAT - KALAU ANDA JADI DATUK SERI ADNAN, 
ANDA TAK RASA BARA KA???"

[Fuh! Kalaulah dia buat macam itu, mesti famous punya nama Malaysia satu 
dunia; mesti CNN ulang tayang Video itu sehari 50 kali!!]

Okay, masuk cerita lain pula.

Minggu ini juga satu cerita lawak yang bukan berbau politik telah menjadi 
berita muka depan akhbar-akhbar berbahasa Melayu. Muka depan Utusan Malaysia 2 
April:

"KOTA BHARU 1 April - Seorang pengantin lelaki didakwa menampar seorang imam 
dalam majlis akad nikahnya yang diadakan di sebuah masjid di sini, Khamis 
lepas. Ketua Daerah Polis Kota Bharu, ACP Mohd. Fauzee Awang berkata, 
pengantin berusia dalam lingkungan 20-an itu menampar imam berkenaan selepas 
disuruh mengucap dua kalimah syahadat sebanyak empat kali dan beliau gagal 
mengucapkannya."

ISH, INGAT KA APRIL FOOL LAGI!!

Cerita ini tak tau lah nak dikategorikan dalam cerita lawak atau pun cerita 
serius; bergantung dari sudut mana anda melihat isu ini. Saya lebih berminat 
untuk mengulas isu ini dari sudut yang sedikit berbeza; saya melihat isu ini 
sebagai satu lambang tidak puas hati orang-orang muda terhadap sistem yang 
dicipta oleh pihak pemerintah - yang beraja di mata bersultan di hati - 
terlalu rigid,  begitu menyusahkan hingga ke tahap orang-orang muda ini 
menganggap sistem yang dicipta pemerintah ini menghina pemikiran mereka 
(insults their intelligent).  Kalau dulu, memang orang2 muda, orang2 Melayu 
jarang mempertikaikan apa yang dilakukan oleh pihak yang diberi kuasa, tapi 
kini perubahan hidup orang2 Melayu menyaksikan perubahan dalam penerimaan 
anak2 muda terhadap sistem2 yg dianggap tak masuk akal atau doesn't make sense 
pada pemikiran mereka!!

SAYA DULU MASA AKAD NIKAH, TOK IMAM KATA:

"IKUT SAYA MENGUCAP - ASYHADUALLA ILAH HA ILLALLAH, WA ASYHADUAN NAMUHAMMADA 
RASULULLAH!!"

KEMUDIAN BELIAU TERUS AKADKAN SAYA MENIKAH DENGAN SO BINTI SO.

[Mudahkan - kerana itu, dalam kes di atas saya tak percaya si pengantin tidak 
boleh mengucap, saya dok agak Tok Imam cuba tekan lebih-lebih tang bunyi, 
makhraj sebutan etc]

Apa salahnya kalau Tok Imam tu terus ajarkan hamba Allah itu mengucap macam 
Tok Imam kat kampung isteri saya itu? Kan mudah!

Berbalik kepada isu jiwa berontak yang mula bercambah dalam jiwa anak-anak 
muda hari ini; kalaulah kerajaan terus menerus cuba mengawal masjid dan 
institusi-institusi agama yang lain dengan melantik Tok Imam jenis Yes-Man 
kepada UMNO, dan bukannya berdasarkan kelayakan beliau dan penerimaan beliau 
di kalangan masyarakat setempat, maka tunggulah ketikanya di mana tiap-tiap 
hari kita akan baca berita muka depan kes-kes Tok Imam kena tumbuk macam di 
atas.

DI KEDAH, SUDAH SAMPAI KE PENGETAHUAN SAYA, ADA KARIAH YANG SUDAH MENUJU KE 
ARAH SEMBAHYANG JUMAAT DUA IMAM DI DUA TEMPAT YANG BERLAINAN DALAM SATU KARIAH 
YANG SAMA!!

[Semuanya gara-gara sikap pemerintah yang beraja di mata bersultan di hati, 
bukan saja sistem mahkamah, sistem raja-raja cuba dikuasai mereka, kini mereka 
cuba pula mengawal perjalanan institusi agama!!]

Sebenarnya, cerita orang muda memberontak terhadap sistem Yes-Man ini bukanlah 
perkara baru; di bawah ini saya perturunkan satu cerita yang pernah 
diceritakan kepada saya lama dahulu:

Shahadan, pada suatu ketika dulu, di sebuah kampung tradisional Melayu, 
terdapat seorang Tok Imam yang mengajar/ membaca  kitab agama kepada 
orang-orang kampung. Waktu itu, biasalah, kalau Tok Guru baca kitab atau bagi 
apa-apa fatwa, memang orang tak lawan; sebab kalau lawan Tok Guru macamlah 
lawan Raja, jadi Tok Guru kena hormat, cakap dia kena terima seratus peratus; 
ya lah Tok Guru dilantik oleh Raja!!

Masalahnya, Tok Imam ini bukan pandai tara mana sangat; baca jawi pun tak 
berapa clear. Sekali itu, beliau membaca:

"Maka selepas sembahyang jumaat, hendaklah kamu semua keluar mencari rezeki di 
atas muka BOM!!"

[BOM = ba wau min = BUMI]

Tak ada siapa pun yang berani tanya apa-apa walau pun mereka tak faham, tapi 
ada seorang anak muda bernama Mat Reformasi yang nampaknya macam gelisah nak 
bertanya.

Kemudian Tok Imam baca lagi:

"Maka diharamkan kamu mencukur bulu ROM!!"

[ROM = ro wau mim = ROMA]

Semua orang senyap, tak berani tanya apa-apa; tiba-tiba Mat Reformasi itu 
bangun, dan dengan lantang bertanya:

"Tok Imam, apa itu bulu ROM?"

Jawab Tok Imam dengan pantas:

"SEJENIS BURUNG DI DALAM SYURGA!!"

Mat Reformasi itu tak puas hati jugak, lalu dia tanya macam mana nak cabut 
bulu burung ROM kalau dia cuma ada di syurga tapi tak ada di dunia, bla, bala, 
bla!

Dan, dengan pantas juga Tok Imam berkata:

"MAKA, BARANG SIAPA YANG BANYAK BERTANYA - LEMAHLAH IMANNYAAAAA!!!"

Ha, mungkin Hamid Othman atau PM boleh bagi jawapan yang sama kalau ada orang 
tanya lebih-lebih pasal penyingkiran imam-imam pilihan anak2 kariah yang 
digantikan dengan imam-imam pilihan keRAJAan!!

Okay, last sekali, sebagai penutup kepada ulasan mingguan minggu ini:

Akhbar the STAR hari ini (6/4/2000) memuatkan berita mengenai surat-sumpah 
Megat Junid dalam kes Datuk Seri Anwar Ibrahim:

"Datuk Seri Megat Junid Megat Ayob admitted yesterday to signing a statutory 
declaration on March 27 saying that he did not believe the allegation of 
sexual misconduct againts Datuk Seri Anwar Ibrahim. But he amended it a week 
later (on Tuesday) to say that that was his stand up until Sept 1, 1998"

[Terjemahan: Datuk Seri Megat Junid mengaku semalam bahawa beliau ada 
menandatangani surat sumpah pada 27/3/2000 mengatakan bahawa beliau tidak 
percaya tuduhan salahlaku seks ke atas DSAI, Tetapi beliau telah mengubah 
kenyataannya itu seminggu kemudian (selasa), dengan membuat tambahan, 'itulah 
pendirian saya sehingga tarikh 1 Sept 1998']

The STAR  kemudian memetik kenyataan DS Megat Junid yang antara lain 
mengatakan bahawa beliau terpaksa membuat penambahan itu kerana ada kekeliruan 
antara beliau dan Peguambela DSAI.

Yang menariknya, the STAR memetik kenyataan beliau sebagai berkata:

"I could not sleep for two nights, so I went back to the same Commissioner of 
Oaths and made the change"

[Terjemahan: 'Saya tak boleh tidoq selama 2 malam, jadi saya pergi balik 
kepada Pesuruhjaya Sumpah yang sama, dan membuat perubahan kenyataan']

Hmm, banyaklah yang boleh orang buat spekulasi sebab musabab kenapa sampai 2 
malam beliau tak boleh tidur, kemudian baru terfikir nak buat penambahan.

Yang ini pun saya tak mahu komen lebih-lebih, cuma nak buat lawak kata:

Entah-entah selama 2 malam itu beliau tak dapat tidur sebab terpaksa berkhemah 
di luar rumah apabila 'Cik Puan' dia kata:

"HA, AMBIK BANTAL INI, TIDUR KAT LUAR; KOME NAK SOKONG ANWAR SANGAT,  NAK 
TIKAM TEMAN DARI BELAKANG, MALAM INI KOME TIDUR KAT LUAR,  PADAN MUKA KOME!!"

Oh Ziela Jalil, bila pulak hang nak buat pengakuan bersumpah?

Wassalam,
Ahmad Baharudin Kasbi

------------------------------------------------------------
 Get your FREE web-based e-mail and newsgroup access at:
                http://MailAndNews.com

 Create a new mailbox, or access your existing IMAP4 or
 POP3 mailbox from anywhere with just a web browser.
------------------------------------------------------------


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Ahmad Baharudin Kasbi <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke