*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

errr..Kalau begitu tak bolehlah dikiaskan dengan padi
dan lembu? Tapi kan kias tu ada dalam kaedah islam
(Koran Sunah Ijmak Kias).

Allah sendiri buat kias dlam Koran. Allah umpamakan
tauhid itu spt pokok yg kuat.

Salahkah membuat kiasan dengan padi dan lembu?

Kalau salah alim ulamak sufi seperti ustaz Jamil
lulusan mesir pasti sudah tegur. Beliau juga banyak
buat kias dalam syarahan ilmiahnya. Naik terlentok
saya mendengar tazkirahnya. Sungguh mendasar.



--- Bulan Jaya <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
> 
> 
>
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net - 
> http://www.hizbi.net     }
>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]  
>       }
>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke
> [EMAIL PROTECTED]     }
> 
>
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
> 
>
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> 
> Bismillah Walhamdulillah Was Salaatu Was Salaam 'ala
> Rasulillah
> Assalamualaikum,
> 
> ILMU DIATAS SANGKAAN
> Islam menganjurkan umatnya menerima sesuatu pendapat
> secara ilmiah di setiap 
> tempat dan pada setiap keadaan berdasarkan kepada
> hujjah atau keterangan 
> yang telah diteliti dengan baik dan ikhlas kerana
> Allah s.w.t. sahaja.
> 
> “ Dan janganlah kamu mengikuti apa-apa yang kamu
> tidak mempunyai pengetahuan 
> tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan
> dan hati/kalbu, semua itu 
> akan diminta pertanggungjawabkannya” (Al Israa’,
> 17:36)
> 
> Janganlah kita mengikut apa-apa pun tanpa
> memikirkannya samada ianya 
> benar-benar betul atau tidak. Dalam Islam tiada
> resmi padi, resmi lembu atau 
> sebagainya. Tidak pula wujud dalam Islam konsep
> masuk dahulu atau rasa dulu 
> baru tahu baik-buruknya sesuatu perkara itu. Orang
> yang bijaksana mengetahui 
> akan akibat sesuatu perbuatan melalui ilmu yang luas
> dan kefahamannya yang 
> mendalam. Orang yang pandai belajar dari kesalahan
> orang lain. Orang 
> kebanyakan belajar dari kesalahannya sendiri. Orang
> yang bodoh tidak pernah 
> belajar dari kesilapan sendiri. Siapakah kita semua
> wahai saudara saudari 
> seIslamku sekelian ?
> 
> Sekiranya kita tidak mempunyai apa-apa data,
> janganlah membuat berbagai 
> kenyataan umum dan mengikut sangkaan kita
> semata-mata yang akan menyimpang 
> jauh dari kebenaran. Cerita-cerita yang tidak pasti
> kesahihannya juga 
> bukanlah satu data mahupun hujjah. Ini bahaya kerana
> sesetengah kenyataan 
> itu boleh memberi implikasi/fitnah yang besar.
> 
> “Mereka tidak lain hanyalah mengikut
> sangkaan-sangkaan sedang sesungguhnya 
> sangkaan itu tidak berfaedah sedikit pun terhadap
> kebenaran “ (Al-Najm, 
> 53:28)
> 
> “Kamu jangan mengikuti sangkaan, kerana sesungguhnya
> sangkaan itu adalah 
> sebohong-bohong perkataan” (HR. Bukhari)
> 
> Ini sangat penting kerana kesilapan besar yang
> berterusan, amalan yang jelas 
> sesat dan didikan yang salah akan membawa
> kehancuran. Na’uzubillah min 
> zalik.
> 
> “Sekali-kali tidak (demikian), sebenarnya apa yang
> mereka usahakan itu 
> menutupi hati mereka.”
> (Al-Muthaffifiin, 83:13)
> 
> KEBENARAN/HAK DIATAS IDEOLOGI/FAHAMAN
> Dalam kebanyakan perdebatan mahupun muzakarrah,
> pengaruh ideologi/fahaman 
> sesuatu golongan dijadikan salah satu faktor dalam
> menentukan kebenaran 
> sesuatu perkara. Ini tidak betul sama sekali. Apa
> yang benar tetap benar jua 
> tanpa mengira siapa yang mengucapkannya. Mana yang
> benar dari 
> Wahabi/Sufi/Salaf atau sesiapapun akan tetap benar
> jua dan yang salah akan 
> tetap salah jua. Oleh itu serangan personaliti tidak
> digalakan kerana kita 
> mencari kebenaran untuk kebaikan semua dan bukannya
> untuk kemegahan dan 
> memalukan orang lain.  Bukankah orang Islam itu
> bersaudara ? Oleh yang 
> demikian, mempersoalkan keperibadian dan kebolehan
> ulamak-ulamak terdahulu 
> dan membandingkan yang satu dengan yang lain tidak
> perlu dan tidak memberi 
> apa-apa kebaikan. Kita bersangka baik terhadap
> mereka semuanya dan mengambil 
> ilmu mereka berdasarkan hujjah mereka yang dapat
> kita terima. Dimana ada 
> kesalahan, kita jadikan sebagai iktibar tanpa
> menghina mahupun mengeji. 
> Semoga Allah melimpahkan keampunan dan petunjukNya
> keatas mereka dan kita 
> semuanya.
> 
> “Perumpamaan orang2 mukmin dalam kasih sayang,
> kecintaan dan ikatan perasaan 
> di antara mereka, bagaikan sekujur tubuh; apabila
> ada satu anggota tubuh 
> sakit, maka seluruh tubuh tidak dapat tidur dan
> merasa sakit juga” (HR. 
> Muslim)
> 
> Kesalahan atau kesilapan dalam beberapa perkara 
> tidak semestinya menjadikan 
> sesuatu konsep atau seseorang itu salah atau sesat
> semuanya. Taktik ini 
> banyak dan selalu digunakan oleh orang kafir Yahudi
> dan juga ahli politik.. 
> Mereka mencari apa-apa sahaja kesalahan yang nyata
> walaupun kecil dan 
> digunakan sebagai alasan yang kuat untuk menolak
> kesemua hujjah-hujjah 
> lawannya walaupun yang benar. Sepatutnya, mana yang
> salah sahaja perlu 
> diperbetulkan, yang tidak tepat diperbaiki dan yang
> benar diterima dan 
> diakui.
> 
> “…Mereka mempunyai hati tetapi tidak digunakan untuk
> memahami. Mereka 
> mempunyai mata tetapi tidak digunakannya untuk
> melihat. Mereka mempunyai 
> telinga tetapi tidak digunakannya untuk mendengar.
> Mereka ini seperti 
> binatang ternak. Bahkan lebih sesat. Mereka itulah
> orang-orang yang lalai..” 
> (al-A’raaf, 7:179)
> 
> ISLAM KESELURUHAN DIATAS FAHAMAN SEBAHAGIAN
> Kita menyeru umat manusia kepada Islam dan
> syariatnya secara keseluruhan. 
> Bukan kepada yang sebahagian sahaja yang mana kita
> minati atau ikuti. Saya 
> secara peribadi tidak suka kepada pepecahan dalam
> Islam yang mana wujudnya 
> beberapa golongan yang mereka sendiri memanggil diri
> mereka sebagai Wahabi, 
> Sufi, Salaf, Aljihad, Altabligh, AlArqam dan
> bermacam-macam nama tariqat 
> (Ahmadiah contohnya) dan sebagainya.
> 
> “Sesungguhnya orang-orang yang memecah-belah
> agamanya, dan mereka menjadi 
> bergolongan, sesungguhnya tidak ada sedikit pun
> tanggungjawabmu terhadap 
> mereka….” (Al-An’aam, 6:159)
> 
> Malah menggunakan fahaman mereka sebagai landasan
> kepada Islam juga tidak 
> sepatutnya berlaku. Ini boleh mewujudkan kefahaman
> Islam secara sebahagian 
> berbanding dengan secara keseluruhan yang dianjurkan
> dalam Islam.
> 
> “Yang sebenarnya, mereka mendustakan apa yang mereka
> belum mengetahuinya 
> dengan sempurna, padahal belum datang kepada mereka
> penjelasannya .….” 
> (Yunus, 10:39)
> 
> Ayat diatas menganjurkan kita mempelajari dan
> “melihat” sesuatu dengan cara 
> menyeluruh dan sempurna. Dalam falsafah sekular ini
> disebut sebagai “global 
> thinking” ataupun “sateillite view” yang datang jauh
> kemudian selepas Islam. 
> Malangnya banyak orang Islam tidak mengetahui dan
> tidak mengamalkan konsep 
> yang penting ini. Oleh itu saya menganjurkan kita
> mempelajari Islam itu 
> secara keseluruhan dan sempurna dahulu sebelum pergi
> jauh, mendalam dan 
> terperinci dalam satu-satu bahagian. Terhadap
> sesuatu perkara, fikirkan dan 
> fahamkan secara keseluruhan dahulu sebelum mengambil
> sesuatu pendirian.
> 
> Apa yang lebih menyedihkan ialah terdapat pula
> sebahagian para pengikut yang 
> begitu berbangga dan berlebihan dalam mengagungkan
> golongan mereka. Mengapa 
> 
=== message truncated ===

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Send instant messages & get email alerts with Yahoo! Messenger.
http://im.yahoo.com/

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Lan Noon <[EMAIL PROTECTED]>

Reply via email to