*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum,

This is another gone case.

Dah jadi macam ni, toksah kata apalah.  Yang pompuan
tu akan mula berpantun "nasi lemak buah bidara...". 
Yang lelaki tu akan berhujjah dengan dalil2nya.  Dah
jadi macam ni, tak payah buang masa minta fatwa lagi.

Ada 2 cara nak kawin tanpa restu keluarga atau sapa2.
Buktikan kepada pihak yang berwajib pasangan ni
sekufu. Pi kawin jauh2 dari tempat bermukim sebanyak
2 marhalah. Tak perlu ke Siam.

Keluarga tak setuju ke, hati jadi debu ke, kenapa
baru nak peduli. Masa nak bercinta, tak selidik2
lagi, tak tanya fatwa dulu. Dan rentung dek cinta,
mula lah nak bersajak...tak sengaja bercintalah, tak
sengaja jatuh hatilah, tak bermaksud nak melukakan
Mana boleh tak bermaksud?  Excuse excuse....

-----
> From: [EMAIL PROTECTED] [mailto:[EMAIL PROTECTED]]On Behalf Of
> chief
> Sent: Tuesday, August 28, 2001 12:19 AM
> To: [EMAIL PROTECTED]
> Subject: H-Net* Problem 1: suami orang......adalah bakal suami saya
> 
> 
> 
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> Salam
> 
> Ini ada satu emel yang lain dari yang lain. Untuk mereka mereka yang penat
> bertekak tentang hal ehwal semasa, mungkin akan bertemu sedikit kelainan
> dengan emel ini. Semoga ada pandangan positif dan negatif..Chief
> 
> 
> -------------------------------------
> From:
> Date: 10:10 pm on Aug. 26, 2001
> 
> ASM semua....
> saya ingin meminta pandangan dan nasihat dr rakan2 semua ttg masalah saya
> ini.
> saya mempunyai teman lelaki yang telah beristeri dan punya 4 anak. saya tahu
> ramai yg menyalahkan saya krn menjalinkan hubungan dgn suami orang. dia
> berumur awal 40-an dan 20 tahun lebih tua drp saya. isterinya sebaya
> dengannya. dalam hal ini, saya bukan sengaja memilih suami org utk dijadikan
> kekasih. saya juga tidak ingin perkara spt ini berlaku. saya juga ingin
> kehidupan yg normal spt org lain ttp takdir telah menemukan saya dgn dia.
> pasti anda semua memandang hina pd saya, menganggap saya perampas, perosak
> r/tangga org, gatal, miang dan sebagainya. saya tahu pasti para isteri
> bencikan saya. saya sedar saya menjadi bahan kejian.
> 
> apabila berlaku kes spt ini, semua org akan menyalahkan pihak ketiga (saya)
> dan memenangkan si isteri. itulah lumrah. tiada siapa cuba memandang secara
> rasional mengapa si suami mahu berkahwin lagi ataupun bg sesetengah kes,
> mengapa si suami PERLU berkahwin lagi. maka, r/tangga yg aman akhirnya
> huru-hara. keadaan menjadi lebih sukar apabila semua pihak ingin menegakkan
> hak dan kemahuan masing2. si isteri tidak rela dimadukan dan kalau dimadukan
> sekalipun, dia tidak mahu apa yg diperolehi olehnya selama ini menjadi
> berkurang (semua aspek termasuk giliran malam)manakala saya tidak sanggup
> tidur malam sendirian (hanya waktu siang diberi kpd saya sedangkan kami
> sama2
> bekerja siang). si suami pula bertegas mahu kedua-duanya (saya dan
> isterinya).
> dia tidak boleh hidup tanpa isteri dan anak2nya tetapi pada masa yg sama dia
> juga tidak boleh hidup tanpa saya!
> 
> bukankah kalau kita benar2 sayangkan suami kita, kita mahu melihat dia
> gembira, bahagia? sekiranya dia bercerai dgn isterinya, saya tahu saya tidak
> dapat hidup gembira kerana hidupnya tidak lengkap tanpa anak dan isterinya.
> begitu juga sekiranya dia tidak dapat berkahwin dengan saya. ya, dia masih
> boleh hidup seperti biasa tetapi sebahagian drp dirinya hilang bersama
> pemergian saya.
> 
> sepanjang perhubungan ini, saya banyak berendam air mata, tertekan, sedih,
> rasa bersalah kepada isterinya, rasa malu kerana menghampakan ibu bapa
> saya(yg
> mengharapkan saya seperti anak org lain, kahwin dgn lelaki bujang)serta
> dikeji
> kawan2. tetapi saya tidak dapat lari daripada dia krn saya menyintainya.
> saya
> menyintainya sepenuh hati, melebihi sayang saya pd ibubapa tercinta. bukan
> kami tidak mencuba utk melupakan perhubungan ini. sudah berkali2 ttp
> akhirnya
> kami kembali bersama semula. sungguh sukar. saya menjadi begitu tertekan
> hingga merasa tiada semangat utk hidup lagi, saya seolah-olah manusia yg
> bernyawa tetapi sudah mati di dalamnya.
> 
> seboleh mungkin, saya tidak mahu mengguris hati isterinya. saya mahu
> isterinya
> gembira. apa yg saya minta ialah spy dia redha dgn perhubungan kami.
> semuanya
> sudah berlaku. saya terima semua kemarahannya ke atas saya, kekecewaan
> ibubapa
> saya, herdikan saudara-mara, kedinginan bakal mertua dan semuanya hanya
> kerana
> saya berhak terima semua itu. kalau itu balasan atas dosa2 saya, saya terima
> dengan redha.
> 
> saya tidak nafikan ada suami yg sengaja berfoya2 krn mrk punya kuasa
> (poligami). saya kutuk suami spt ini dan bersimpati dgn isteri yg mempunyai
> suami seperti ini. tetapi sekiranya suami anda berkemampuan dan memang tidak
> mampu berpisah dgn kekasihnya serta berhasrat utk berkahwin dgnnya ttp anda
> menghalang niatnya, adakah anda sanggup bersama2 menanggung dosa mereka
> sekiranya mrk melakukan perkara2 maksiat? anda tentu tahu resam bercinta.
> walau sekuat manapun pertahanan si lelaki atau wanita, syaitan akan terus
> menggoda juga. tidak banyak, sedikit pasti berlaku kemaksiatan. sekiranya
> anda
> dengan pelbagai cara, berjaya memisahkan suami anda dari kekasih anda,
> bolehkah anda hidup tenang sedangkan anda tahu anda cuma mendapat jasadnya,
> bukan hatinya? puaskah hati anda? dan itukah yg anda mahu? jasadnya?
> bukankah
> hatinya yg anda ingin tawan? bukankah sekiranya anda memahami kehendak suami
> anda dan membenarkan dia berkahwin, akan menambahkan lagi rasa sayang suami
> anda kepada anda? bukankah suami anda akan rasa bertuahnya mempunyai seorang
> isteri sebaik anda? bukankah ini akan membuat suami bertekad utk menyintai
> dan
> menjaga hati anda sebaik-baiknya kerana anda sanggup berkorban sehingga ke
> peringkat ini?
> 
> saya hanya meminta pengertian drp anda semua. saya tidak ingin melukakan
> hati
> sesiapa. saya tidak pernah meminta agar diberi jodoh sebegini. sekiranya
> kami
> berjaya berkahwin, saya ingin membahagiakan hati isteri pertamanya. saya
> ingin
> ubati hatinya yg terhiris. saya ingin jadi temannya. tapi saya tahu dia
> tidak
> mungkin sukakan saya, malah bayang saya pun kalau boleh tidak mahu
> dilihatnya.
> 
> ----------------------
> END
> 
-- 

_______________________________________________
FREE Personalized E-mail at Mail.com 
http://www.mail.com/?sr=signup 

Talk More, Pay Less with Net2Phone Direct(R), up to 1500 minutes free! 
http://www.net2phone.com/cgi-bin/link.cgi?143 


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "apa nama" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke