*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Assalamualaikum Chief.....

Cerita yang dihantar memang menarik...tetapi ianya bukan cerita baru. Saya tidak akan terkejut, bahkan sangat percaya bahawa jika ada respons dari kaum wanita, maka kawan kita ini akan diperlekeh, dicaci, dihina dan sebagainya. Kalau pun ada kaum wanita yang akan menyokongnya, ini disebabkan, samada mereka dalam situasi yang sama atau mempunyai keimanan yang tinggi sedikit kepada Allah, berbanding orang lain. Tetapi sebagai manusia biasa....sedikit sebanyak hati itu akan berkata jua.

Kepada kawan kita yang terlibat dalam cinta tiga segi ini, saya percaya dia cukup menyedari implikasi yang bakal dihadapinya. Tiada apa yang baru....berkawan dengan suami orang, jatuh cinta, tertarik dengan budi bahasa, tutur kata yang manis, personaliti yang menarik, matang dan blah...blah...blah...dan berbagai-bagai penjelasan lagi. Hakiaktnya....konsep poligami ini, walaupun dibenarkan oleh Islam....tetapi tidak menjadi satu budaya atau ikutan yang dipraktikkan secara meluas oleh masyarakat Islam dinegara kita. Kalau pun ada usaha pihak tertentu untuk menceritakan kebaikan yang dapat diperolehi dalam melaksanakan poligami, ianya tidak meluas, tidak begitu digembar-gemburkan, bahkan akan ada segolongan wanita sama secara individu atau pertubuhan yang akan mempertikaikan kebaikan poligami ini, dan diulas secara meluas oleh media samada elektronik atau pun bercetak.

Jika diperhatikan....jangankan orang biasa, yang berpangkat, kaya, mempunyai kedudukan dalam masyarakat, bahkan yang bertaraf menteri sekalipun, jika mereka berkahwin lain, seboleh-bolehnya ingin dirahsiakan dari pengetahuan isteri pertama atau orang ramai, seakan-akan ianya merupakan satu kesalahan. Ringkasnya....dalam apa jua keadaan, saya tidak nampak mana-mana isteri orang yang ingin bermadu, samada mereka orang yang terkaya sekali, apatah lagi jika hidup sederhana atau miskin.

Saya sering berpendapat bahawa wanita yang rela bermadu merupakan wanita-wanita yang mempunyai keimanan yang tinggi terhadap Allah. Dalam kata lain, wanita yang 'exceptional' dan saya percaya wanita-wanita seperti ini ada....tetapi tidak ramai.Mereka mempunyai kepercayaan yang tinggi terhadap Qada dan Qadak Allah....mencintai Allah lebih dari mencintai suami mereka sendiri, menerima hakikat bahawa hidup ini sementara dan tidak mempunyai keinginan yang tinggi tehadap keperluan dunia, apatah lagi perkara yang materialistik.

Kepada kawan kita tersebut....terpulanglah kepadanya apa yang beliau rasakan terbaik untuk dirinya pada masa hadapan. Kalau beliau bersedia untuk mengharungi segala ranjau berduri dalam kehidupan berpoligami.....maka teruskan hasrat tersebut dan serahkan yang lainnya kepada Allah. Jika merasakan bahawa tindakan itu bukan sahaja akan menyulitkan dirinya, bahkan juga teman lelaki dan isterinya serta anak-anak pasangan tersebut....maka fikirkanlah semula. Perasaan cinta, sayang, rindu dan sebagainya hanyalah merupakan satu alasan sahaja untuk menjustifikasikan segala tindakan kita....jika kita tidak mahu akan sesuatu...tinggalkan sahaja dan jangan hubungi lagi.

Itulah sebabnya mengapa perasaan LUPA dikatakan sebagai satu nikmat diberikan oleh Allah kepada manusia. Jikalah ibu bapa yang amat amat kita sayangi dunia akhirat, apabila meninggal dunia. kita berasa teramat sedih....tetapi lepas satu masa kita boleh LUPA akan kesedihan dan kehilangan tersebut. begitu juga dengan suami atau isteri yang kehilangan pasangan masing-masing yang amat dikasihi...pada satu masa mereka pun akan lupa juga....jadi kalau setakat kawan dan baru berputik kasih....saya ingat lagi mudah kalau kita mahu lupakan.....dan kalaulah ssaudari merupakan seorang wanita yang manis, beragama, rupawan, berbudi bahasa dsb.nya, tidak ada sebab mengapa saudari tidak boleh 'tertawan' dan 'ditawan' oleh lelaki lain...

Sekadar untuk renungan bersama.....

sham

>From: chief <[EMAIL PROTECTED]>
>To: [EMAIL PROTECTED]
>Subject: H-Net* Problem 1: suami orang......adalah bakal suami saya
>Date: Mon, 27 Aug 2001 12:19:03 -0400
>
>
> *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
> { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
> { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
> *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>Salam
>
>Ini ada satu emel yang lain dari yang lain. Untuk mereka mereka yang penat
>bertekak tentang hal ehwal semasa, mungkin akan bertemu sedikit kelainan
>dengan emel ini. Semoga ada pandangan positif dan negatif..Chief
>
>
>-------------------------------------
>From:
>Date: 10:10 pm on Aug. 26, 2001
>
>ASM semua....
>saya ingin meminta pandangan dan nasihat dr rakan2 semua ttg masalah saya ini.
>saya mempunyai teman lelaki yang telah beristeri dan punya 4 anak. saya tahu
>ramai yg menyalahkan saya krn menjalinkan hubungan dgn suami orang. dia
>berumur awal 40-an dan 20 tahun lebih tua drp saya. isterinya sebaya
>dengannya. dalam hal ini, saya bukan sengaja memilih suami org utk dijadikan
>kekasih. saya juga tidak ingin perkara spt ini berlaku. saya juga ingin
>kehidupan yg normal spt org lain ttp takdir telah menemukan saya dgn dia.
>pasti anda semua memandang hina pd saya, menganggap saya perampas, perosak
>r/tangga org, gatal, miang dan sebagainya. saya tahu pasti para isteri
>bencikan saya. saya sedar saya menjadi bahan kejian.
>
>apabila berlaku kes spt ini, semua org akan menyalahkan pihak ketiga (saya)
>dan memenangkan si isteri. itulah lumrah. tiada siapa cuba memandang secara
>rasional mengapa si suami mahu berkahwin lagi ataupun bg sesetengah kes,
>mengapa si suami PERLU berkahwin lagi. maka, r/tangga yg aman akhirnya
>huru-hara. keadaan menjadi lebih sukar apabila semua pihak ingin menegakkan
>hak dan kemahuan masing2. si isteri tidak rela dimadukan dan kalau dimadukan
>sekalipun, dia tidak mahu apa yg diperolehi olehnya selama ini menjadi
>berkurang (semua aspek termasuk giliran malam)manakala saya tidak sanggup
>tidur malam sendirian (hanya waktu siang diberi kpd saya sedangkan kami sama2
>bekerja siang). si suami pula bertegas mahu kedua-duanya (saya dan isterinya).
>dia tidak boleh hidup tanpa isteri dan anak2nya tetapi pada masa yg sama dia
>juga tidak boleh hidup tanpa saya!
>
>bukankah kalau kita benar2 sayangkan suami kita, kita mahu melihat dia
>gembira, bahagia? sekiranya dia bercerai dgn isterinya, saya tahu saya tidak
>dapat hidup gembira kerana hidupnya tidak lengkap tanpa anak dan isterinya.
>begitu juga sekiranya dia tidak dapat berkahwin dengan saya. ya, dia masih
>boleh hidup seperti biasa tetapi sebahagian drp dirinya hilang bersama
>pemergian saya.
>
>sepanjang perhubungan ini, saya banyak berendam air mata, tertekan, sedih,
>rasa bersalah kepada isterinya, rasa malu kerana menghampakan ibu bapa saya(yg
>mengharapkan saya seperti anak org lain, kahwin dgn lelaki bujang)serta dikeji
>kawan2. tetapi saya tidak dapat lari daripada dia krn saya menyintainya. saya
>menyintainya sepenuh hati, melebihi sayang saya pd ibubapa tercinta. bukan
>kami tidak mencuba utk melupakan perhubungan ini. sudah berkali2 ttp akhirnya
>kami kembali bersama semula. sungguh sukar. saya menjadi begitu tertekan
>hingga merasa tiada semangat utk hidup lagi, saya seolah-olah manusia yg
>bernyawa tetapi sudah mati di dalamnya.
>
>seboleh mungkin, saya tidak mahu mengguris hati isterinya. saya mahu isterinya
>gembira. apa yg saya minta ialah spy dia redha dgn perhubungan kami. semuanya
>sudah berlaku. saya terima semua kemarahannya ke atas saya, kekecewaan ibubapa
>saya, herdikan saudara-mara, kedinginan bakal mertua dan semuanya hanya kerana
>saya berhak terima semua itu. kalau itu balasan atas dosa2 saya, saya terima
>dengan redha.
>
>saya tidak nafikan ada suami yg sengaja berfoya2 krn mrk punya kuasa
>(poligami). saya kutuk suami spt ini dan bersimpati dgn isteri yg mempunyai
>suami seperti ini. tetapi sekiranya suami anda berkemampuan dan memang tidak
>mampu berpisah dgn kekasihnya serta berhasrat utk berkahwin dgnnya ttp anda
>menghalang niatnya, adakah anda sanggup bersama2 menanggung dosa mereka
>sekiranya mrk melakukan perkara2 maksiat? anda tentu tahu resam bercinta.
>walau sekuat manapun pertahanan si lelaki atau wanita, syaitan akan terus
>menggoda juga. tidak banyak, sedikit pasti berlaku kemaksiatan. sekiranya anda
>dengan pelbagai cara, berjaya memisahkan suami anda dari kekasih anda,
>bolehkah anda hidup tenang sedangkan anda tahu anda cuma mendapat jasadnya,
>bukan hatinya? puaskah hati anda? dan itukah yg anda mahu? jasadnya? bukankah
>hatinya yg anda ingin tawan? bukankah sekiranya anda memahami kehendak suami
>anda dan membenarkan dia berkahwin, akan menambahkan lagi rasa sayang suami
>anda kepada anda? bukankah suami anda akan rasa bertuahnya mempunyai seorang
>isteri sebaik anda? bukankah ini akan membuat suami bertekad utk menyintai dan
>menjaga hati anda sebaik-baiknya kerana anda sanggup berkorban sehingga ke
>peringkat ini?
>
>saya hanya meminta pengertian drp anda semua. saya tidak ingin melukakan hati
>sesiapa. saya tidak pernah meminta agar diberi jodoh sebegini. sekiranya kami
>berjaya berkahwin, saya ingin membahagiakan hati isteri pertamanya. saya ingin
>ubati hatinya yg terhiris. saya ingin jadi temannya. tapi saya tahu dia tidak
>mungkin sukakan saya, malah bayang saya pun kalau boleh tidak mahu dilihatnya.
>
>----------------------
>END
>
>------------------------------------------------------------
> Get your FREE web-based e-mail and newsgroup access at:
> http://MailAndNews.com
>
> Create a new mailbox, or access your existing IMAP4 or
> POP3 mailbox from anywhere with just a web browser.
>------------------------------------------------------------
>
>
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
> ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
> ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
> ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
> ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
>Pengirim: chief <[EMAIL PROTECTED]>


Get your FREE download of MSN Explorer at http://explorer.msn.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: "sham sham" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke