*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
carilah hikmah disebalik apa yang berlaku .......kerana allah maha
berkuasa..........
 ----------
From: chief
To: [EMAIL PROTECTED]
Subject: H-Net* Problem 1: suami orang......adalah bakal suami saya
Date: Tuesday, August 28, 2001 12:19AM


 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Salam

Ini ada satu emel yang lain dari yang lain. Untuk mereka mereka yang penat
bertekak tentang hal ehwal semasa, mungkin akan bertemu sedikit kelainan
dengan emel ini. Semoga ada pandangan positif dan negatif..Chief


 -------------------------------------
From:
Date: 10:10 pm on Aug. 26, 2001

ASM semua....
saya ingin meminta pandangan dan nasihat dr rakan2 semua ttg masalah saya
ini.
saya mempunyai teman lelaki yang telah beristeri dan punya 4 anak. saya tahu
ramai yg menyalahkan saya krn menjalinkan hubungan dgn suami orang. dia
berumur awal 40-an dan 20 tahun lebih tua drp saya. isterinya sebaya
dengannya. dalam hal ini, saya bukan sengaja memilih suami org utk dijadikan
kekasih. saya juga tidak ingin perkara spt ini berlaku. saya juga ingin
kehidupan yg normal spt org lain ttp takdir telah menemukan saya dgn dia.
pasti anda semua memandang hina pd saya, menganggap saya perampas, perosak
r/tangga org, gatal, miang dan sebagainya. saya tahu pasti para isteri
bencikan saya. saya sedar saya menjadi bahan kejian.

apabila berlaku kes spt ini, semua org akan menyalahkan pihak ketiga (saya)
dan memenangkan si isteri. itulah lumrah. tiada siapa cuba memandang secara
rasional mengapa si suami mahu berkahwin lagi ataupun bg sesetengah kes,
mengapa si suami PERLU berkahwin lagi. maka, r/tangga yg aman akhirnya
huru-hara. keadaan menjadi lebih sukar apabila semua pihak ingin menegakkan
hak dan kemahuan masing2. si isteri tidak rela dimadukan dan kalau dimadukan
sekalipun, dia tidak mahu apa yg diperolehi olehnya selama ini menjadi
berkurang (semua aspek termasuk giliran malam)manakala saya tidak sanggup
tidur malam sendirian (hanya waktu siang diberi kpd saya sedangkan kami
sama2
bekerja siang). si suami pula bertegas mahu kedua-duanya (saya dan
isterinya).
dia tidak boleh hidup tanpa isteri dan anak2nya tetapi pada masa yg sama dia
juga tidak boleh hidup tanpa saya!

bukankah kalau kita benar2 sayangkan suami kita, kita mahu melihat dia
gembira, bahagia? sekiranya dia bercerai dgn isterinya, saya tahu saya tidak
dapat hidup gembira kerana hidupnya tidak lengkap tanpa anak dan isterinya.
begitu juga sekiranya dia tidak dapat berkahwin dengan saya. ya, dia masih
boleh hidup seperti biasa tetapi sebahagian drp dirinya hilang bersama
pemergian saya.

sepanjang perhubungan ini, saya banyak berendam air mata, tertekan, sedih,
rasa bersalah kepada isterinya, rasa malu kerana menghampakan ibu bapa
saya(yg
mengharapkan saya seperti anak org lain, kahwin dgn lelaki bujang)serta
dikeji
kawan2. tetapi saya tidak dapat lari daripada dia krn saya menyintainya.
saya
menyintainya sepenuh hati, melebihi sayang saya pd ibubapa tercinta. bukan
kami tidak mencuba utk melupakan perhubungan ini. sudah berkali2 ttp
akhirnya
kami kembali bersama semula. sungguh sukar. saya menjadi begitu tertekan
hingga merasa tiada semangat utk hidup lagi, saya seolah-olah manusia yg
bernyawa tetapi sudah mati di dalamnya.

seboleh mungkin, saya tidak mahu mengguris hati isterinya. saya mahu
isterinya
gembira. apa yg saya minta ialah spy dia redha dgn perhubungan kami.
semuanya
sudah berlaku. saya terima semua kemarahannya ke atas saya, kekecewaan
ibubapa
saya, herdikan saudara-mara, kedinginan bakal mertua dan semuanya hanya
kerana
saya berhak terima semua itu. kalau itu balasan atas dosa2 saya, saya terima
dengan redha.

saya tidak nafikan ada suami yg sengaja berfoya2 krn mrk punya kuasa
(poligami). saya kutuk suami spt ini dan bersimpati dgn isteri yg mempunyai
suami seperti ini. tetapi sekiranya suami anda berkemampuan dan memang tidak
mampu berpisah dgn kekasihnya serta berhasrat utk berkahwin dgnnya ttp anda
menghalang niatnya, adakah anda sanggup bersama2 menanggung dosa mereka
sekiranya mrk melakukan perkara2 maksiat? anda tentu tahu resam bercinta.
walau sekuat manapun pertahanan si lelaki atau wanita, syaitan akan terus
menggoda juga. tidak banyak, sedikit pasti berlaku kemaksiatan. sekiranya
anda
dengan pelbagai cara, berjaya memisahkan suami anda dari kekasih anda,
bolehkah anda hidup tenang sedangkan anda tahu anda cuma mendapat jasadnya,
bukan hatinya? puaskah hati anda? dan itukah yg anda mahu? jasadnya?
bukankah
hatinya yg anda ingin tawan? bukankah sekiranya anda memahami kehendak suami
anda dan membenarkan dia berkahwin, akan menambahkan lagi rasa sayang suami
anda kepada anda? bukankah suami anda akan rasa bertuahnya mempunyai seorang
isteri sebaik anda? bukankah ini akan membuat suami bertekad utk menyintai
dan
menjaga hati anda sebaik-baiknya kerana anda sanggup berkorban sehingga ke
peringkat ini?

saya hanya meminta pengertian drp anda semua. saya tidak ingin melukakan
hati
sesiapa. saya tidak pernah meminta agar diberi jodoh sebegini. sekiranya
kami
berjaya berkahwin, saya ingin membahagiakan hati isteri pertamanya. saya
ingin
ubati hatinya yg terhiris. saya ingin jadi temannya. tapi saya tahu dia
tidak
mungkin sukakan saya, malah bayang saya pun kalau boleh tidak mahu
dilihatnya.

 ----------------------
END

 ------------------------------------------------------------
 Get your FREE web-based e-mail and newsgroup access at:
                http://MailAndNews.com

 Create a new mailbox, or access your existing IMAP4 or
 POP3 mailbox from anywhere with just a web browser.
 ------------------------------------------------------------


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: chief <[EMAIL PROTECTED]>

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Khafizal Fahmi <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke