*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh …

Wabihi nasta'in, lahaula wala quwwataillah billahi
rabbil 'alamin …

Sdri yg dalam dilema … saya seorang suami dan seorang
ayah … baru 10 bulan lebih sikit jadi suami dan hari
ni genap hari ke 44 saya jadi ayah kpd seorang puteri
yg sangat comel … Segala Puji Bagi Allah, Tuhan
Sekelian Alam …

Membaca email anda, luahan perasaan anda, derita
dilema cinta anda yg mendalam, konflik jiwa anda,
bakal2 mimpi2 ngeri anda yg sudah pun dapat anda
bayangkan, harapan dan tekad tinggi anda, maka saya
berpendapat anda adalah manusia biasa yg sihat, waras
akal fikiran, mendapat didikan dan asuhan yg baik dan
mencukupi spt lain2 manusia yg normal …

Apa yg sangat2 mengkagumkan saya adalah, tekad,
semangat, iltizam, cita2 dan yg lebih penting HARAPAN 
anda utk buat satu 'breakthrough' atau revolusi atau
perubahan dasar w'pun dlm masa yg sama anda sudah mula
dapat 'menghidu' bakal2 halangan, rintangan dan
pelbagai onak duri yg mungkin terpaksa anda lalui …

I'm sorry to say, tetapi ini adalah ikrar2 'lazim' org
yg sedang didalam Planet Cinta … bukan niat nak perli
tapi dlm kita berbincang dan berusaha mengutip
pendapat dan panduan hidup utk dijadikan guideline utk
hidup yg sedang berkocak hebat, maka pastilah REALITI
yg harus menjadi dasar kpd setiap movement kita
sebelum apa jugak keputusan kita buat kemudian nanti …

Saya telah pun menyatakan kekaguman saya kpd anda
kerana w'pun masih muda, anda sudah mula dapat
MENGHIDU bakal2 halangan yg anda terpaksa lalui
sekiranya anda tetap memilih utk berkahwin dgn suami
orang yg berkenaan … bagaimanapun, saya belum lagi
sebut bahawa saya kagum kpd anda krn anda sudah pun
dapat MERASAI, MELALUI, MENGHARUNGI, MENIKMATI setiap
inci cabaran2 berkenaan dgn penuh sabar, dgn penuh
JAYANYA yg mana saya jangkakan pastinya jauh lebih
hebat dr apa yg pernah anda gambarkan …

Jadi jangan cakap sebarang … please wake up … belum
telan belum tau apa rasa, belum redah belum tau betapa
berbisanya terkena pokok resam, belum terhempas atas
batu maka belum lagi kita tau macam mana rasa hancur
berkecai, belum tenggelam dlm laut maka belum lagi
kita tau apa rasanya lemas … 

Anda mempersoalkan tentang banyak perkara berkenaan
dgn isteri kekasih anda … memang apa perlunya suami
mencari kasih diluar sedangkan sudah berhasil setelah
bertahun hidup bersama, berjuang bersama, berkorban
bersama maka mereka berdua saya yakin PERNAH mengecapi
hidup yg penuh dgn kebahagiaan … saya berpendapat,
bukanlah kekasih anda langsung hidup tak bahagia dgn
isterinya, melainkan sudah adat berperahu, sekali
PASTI perahu terbalik … saya kata 'pasti' bukan
'wajib' … dan apa yg sedang dilalui oleh kekasih anda
itu bersifat bermusim … kena cara dan kaedah beliau
maka saya amat yakin jalan penyelesaian dan jalan
kebahagiaan pasti akan dapat dinikmati oleh mereka
suami isteri …

Sedangkan anda belum lagi walau sebesar zarah, pernah
menikmati hidup berumahtangga … anda belum lagi walau
sebesar zarah, melalui asam, garam dan gula
berumahtangga dan paling paling paling penting, anda
belum pun lagi pernah walau satu saat, tidur sebantal
dgn kekasih anda itu sebab anda berdua belum lagi
kawin dan belum lagi pernah duduk sebumbung … tetapi
anda berupaya pula memberikan kupasan2 yg anda rasakan
anda cukup pasti, dr mulut satu pihak [kekasih anda]
bahawasanya kekasih anda seolah2 selama hayat
perkahwinannya itu, hidup dlm derita … pada saya ini
[rumusan anda] merupakan 'kejadian pelik tetapi benar'
yg saya dapati terlampau banyak terkandung didlmnya
sekelian unsur2 FIKSYEN … secara mudahpun kita dah
buleh berfikir … takkanlah tak bahagia langsung …
lawak giler tu … 4 org anak dia dah ada … itulah dia
BUKTI hidup dia bahagia sebelum ni … ingat senang2 ka
nak proses 4 org tu kalau hati tak suka ??? … ingat
buleh bagi free ka walau kat suami sendiri kalau hati
sakit … saya personally memang paling saya happy ialah
sepanjang tempoh bermula dr saat saya dapat tau isteri
saya mengandung sampailah kpd setiap saat sekarang ini
bila kita terngok muka anak … 

Jadi jgn cakap banyak … belum 'lalu' belum tau, belum
rasa nikmat maka kita takkan tau apa pulak pahit yg
sama2 terkandung didlm nikmat berkenaan … 

Dan satu formula mudah jugak utk anda … hari ni
kekasih anda tu datang kat anda … katakanlah anda
berdua selamat berkahwin, happily in married life,
tiba2 ada masalah … maka satu kemungkinan yg sangat
sangat sangat besar, kekasih aka bakal suami anda itu
akan buat perkara yg sama … sebab sejarah pasti
berulang … cuma pelakon lain2 … masa tu dia akan kata
kat awek yg lain pulak bahawa isteri pertama dan
isteri KEDUA nya telah menyebabkan beliau hidup
menderita selama ini dan beliau memang tak bahagia
langsung dgn kedua2 perkahwinan … sebab ia berlaku kpd
isteri TUA nya dan mungkin, sapa tau ia akan berlaku
kpd diri anda pula sebagai isteri NO 2 nya … 

Tapi saya juga yakin, disebabkan sdri sekarang ini
sedang tinggal didlm Planet Mabuk Cinta yg nyatanya
saya lihat telah berada sejauh 300 tahun perjalanan
cahaya dr Planet Pluto maka sekelian nasihat yg telah,
sedang dan bakal sdri terima akan sdri tolak mentah2 …
so go on !!! … make it happen … dan datanglah cerita
lagi kat sini 5 tahun akan datang … saya bagi masa
paling lama 5 tahun … kalau happy ok lah, kalau tak
happy, it's your kind of hack you've choose anyway … 

tetapi sekiranya sdri benar2 sanggup menelan julap
sebelum sdri dapat menelan setitik madu, sekiranya
sdri benar2 sanggup bersabar sepanjang tempoh
perperangan nanti maka sedikit nasihat dr saya ;
gantungkan hati anda secara mutlak kpd Allah Taala ...
jgn sekali2 bergantung hati kpd kekasih aka bakal
suami anda ... tumpang kasih boleh tapi jgn gantungkan
hati kat makhluk kecuali 3 manusia yakni guru, ibu dan
bapak kita ... sebab hanya 3 manusia ini yg benar2
berusaha utk melihat kebahagian kita w'pun mereka
sendiri jauh dr sempadan bahagia ... lain2 kategori
buleh duduk diam2 ... 

Salam & semoga beroleh yg terbaik dr Allah Taala ...

 
 

> -------------------------------------
> From:
> Date: 10:10 pm on Aug. 26, 2001
>
> ASM semua....
> saya ingin meminta pandangan dan nasihat dr rakan2
semua ttg masalah saya ini.saya mempunyai teman lelaki
yang telah beristeri dan punya 4 anak. Saya tahu ramai
yg menyalahkan saya krn menjalinkan hubungan dgn suami
orang. Dia berumur awal 40-an dan 20 tahun lebih tua
drp saya. isterinya sebaya dengannya. dalam hal ini,
saya bukan sengaja memilih suami org utk dijadikan
kekasih. saya juga tidak ingin perkara spt ini
berlaku. saya juga ingin kehidupan yg normal spt org
lain ttp takdir telah menemukan saya dgn dia. pasti
anda semua memandang hina pd saya, menganggap saya
perampas, perosak r/tangga org, gatal, miang dan
sebagainya. saya tahu pasti para isteri bencikan saya.
saya sedar saya menjadi bahan kejian.
>
> apabila berlaku kes spt ini, semua org akan
menyalahkan pihak ketiga (saya) dan memenangkan si
isteri. itulah lumrah. tiada siapa cuba memandang
secara rasional mengapa si suami mahu berkahwin lagi
ataupun bg sesetengah kes, mengapa si suami PERLU
berkahwin lagi. maka, r/tangga yg aman akhirnya
huru-hara. keadaan menjadi lebih sukar apabila semua
pihak ingin menegakkan hak dan kemahuan masing2. si
isteri tidak rela dimadukan dan kalau dimadukan
sekalipun, dia tidak mahu apa yg diperolehi olehnya
selama ini 
menjadi berkurang (semua aspek termasuk giliran
malam)manakala saya tidak sanggup tidur malam
sendirian (hanya waktu siang diberi kpd saya sedangkan
kami sama2 bekerja siang). si suami pula bertegas mahu
kedua-duanya (saya dan isterinya). dia tidak boleh
hidup tanpa isteri dan anak2nya tetapi pada masa yg
sama dia juga tidak boleh hidup tanpa saya!
>
bukankah kalau kita benar2 sayangkan suami kita, kita
mahu melihat dia gembira, bahagia? sekiranya dia
bercerai dgn isterinya, saya tahu saya tidak dapat
hidup gembira kerana hidupnya tidak lengkap tanpa anak
dan isterinya.  begitu juga sekiranya dia tidak dapat
berkahwin dengan saya. ya, dia masih boleh hidup
seperti biasa tetapi sebahagian drp dirinya hilang
bersama pemergian saya.

sepanjang perhubungan ini, saya banyak berendam air
mata, tertekan, sedih, rasa bersalah kepada isterinya,
rasa malu kerana menghampakan ibu bapa saya(yg
mengharapkan saya seperti anak org lain, kahwin dgn
lelaki bujang)serta dikeji kawan2. tetapi saya tidak
dapat lari daripada dia krn saya menyintainya. Saya
menyintainya sepenuh hati, melebihi sayang saya pd
ibubapa tercinta. Bukan kami tidak mencuba utk
melupakan perhubungan ini. sudah berkali2 ttp akhirnya
kami kembali bersama semula. sungguh sukar. saya
menjadi begitu tertekan hingga merasa tiada semangat
utk hidup lagi, saya seolah-olah manusia 
yg bernyawa tetapi sudah mati di dalamnya.

seboleh mungkin, saya tidak mahu mengguris hati
isterinya. saya mahu isterinya gembira. apa yg saya
minta ialah spy dia redha dgn perhubungan kami.
Semuanya sudah berlaku. saya terima semua kemarahannya
ke atas saya, kekecewaan ibubapa saya, herdikan
saudara-mara, kedinginan bakal mertua dan semuanya
hanya kerana saya berhak terima semua itu. kalau itu
balasan atas dosa2 saya, saya
terima dengan redha.
>
saya tidak nafikan ada suami yg sengaja berfoya2 krn
mrk punya kuasa (poligami). saya kutuk suami spt ini
dan bersimpati dgn isteri yg mempunyai suami seperti
ini. tetapi sekiranya suami anda berkemampuan dan 
memang tidak mampu berpisah dgn kekasihnya serta
berhasrat utk berkahwin dgnnya ttp anda menghalang
niatnya, adakah anda sanggup bersama2 menanggung dosa
mereka sekiranya mrk melakukan perkara2 maksiat? anda
tentu tahu resam bercinta. walau sekuat manapun
pertahanan si lelaki atau wanita, syaitan akan terus
menggoda juga. tidak banyak, sedikit pasti berlaku
kemaksiatan. Sekiranya anda dengan pelbagai cara,
berjaya memisahkan suami anda dari kekasih anda,
bolehkah anda hidup tenang sedangkan anda tahu anda
cuma mendapat jasadnya, bukan hatinya? puaskah hati
anda? dan itukah yg anda mahu? jasadnya? Bukankah
hatinya yg anda ingin tawan? bukankah sekiranya anda
memahami kehendak suami anda dan membenarkan dia
berkahwin, akan menambahkan lagi rasa sayang suami
anda kepada anda? bukankah suami anda akan rasa
bertuahnya mempunyai seorang isteri sebaik anda?
bukankah ini akan membuat suami bertekad utk menyintai
dan menjaga hati anda sebaik-baiknya kerana anda
sanggup berkorban sehingga ke peringkat ini?
>
> saya hanya meminta pengertian drp anda semua. saya
tidak ingin melukakan hati sesiapa. saya tidak pernah
meminta agar diberi jodoh sebegini. Sekiranya kami
berjaya berkahwin, saya ingin membahagiakan hati
isteri pertamanya. Saya ingin ubati hatinya yg
terhiris. saya ingin jadi temannya. tapi saya tahu dia
tidak mungkin sukakan saya, malah bayang saya pun
kalau boleh tidak mahu dilihatnya.
>
> ----------------------
> END
>


__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Make international calls for as low as $.04/minute with Yahoo! Messenger
http://phonecard.yahoo.com/

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: farook harun <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke