*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
assalamualaikum

..kalau dah sisuami boleh carik nombor 2, tak mustahil jugak akan adanya nombor
3, mcm cerita P.ramlee, madu 3.
...Bukan namanya lelaki, kalau tak fikir pasal berbini 2 nie...bila nak kawin
lagi satu, asyik dipersalahkan si isteri, yg. itu tak kena, yg. ini tak kena,
bagi si isteri yg. mana - mana suami ada hasrat mcm tu, jgn putus asa, jgn
patah semangat....kuatkan iman.  Spt. kata saudari salasiah, kita kena berubah,
pasang badan sikit..biar terbukak sikit biji mata suami tu . Siisteri ni
bukannya tak nak melawa, bergaya tapi tak berkesempatan. bagi yang suri rumah
tu...lagilah kerja 24 hours, start bangun pagi tu tak berhenti - henti sampai
lah kemlm ..nak masak, mengemas, membasuh, anak - anak ,, suami lagi...!!!
habis camno!
...fikir - fikir kanlah....





Salasiah binti Kisman wrote:

>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
> -----Original Message-----
> From: Isyahamimi Nur Bt. Ishak [mailto:[EMAIL PROTECTED]]
> Sent: Tuesday, August 28, 2001 4:52 PM
> To: '[EMAIL PROTECTED]'
> Subject: RE: H-Net* Problem 1: suami orang......adalah bakal suami saya
>
> lagi satu, jangan terlalu percaya dengan lelaki macam ni... kalau dua-dua
> dia nak, nampak sangat cinta,kasih & sayang dia berbelah bagi. mana boleh
> macam tu kan... masa kita sama-sama muda, sumpah tak cari lain. bila sudah
> berumur, nak yang muda jugak... kalau macamni kaum wanita kenalah pasang
> badan, supaya sentiasa muda... kita pun kena berubah jugak,, sentiasa
> mantain... orait!
>
> bye...isya
>
> > -----Original Message-----
> > From: Salasiah binti Kisman [SMTP:[EMAIL PROTECTED]]
> > Sent: Tuesday, August 28, 2001 9:18 AM
> > To:   chief;
> > Subject:      RE: H-Net* Problem 1: suami orang......adalah bakal suami
> > saya
> > Importance:   High
> >
> >
> >  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> >  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
> >  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
> >  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
> >  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> >           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
> >  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> > Assalammualaikum
> > Pada pendapat saya, sekiranya anda berkahwin jugak mungkin anda tidak akan
> > merasa bahagia, anda mungkin dapat membahagiakan bakal suami sahaja
> > ,itupun
> > mungkin ,tetapi tidak mungkin akan membahagiakan ibubapa anda , dan
> > ibubapa
> > bakal mertua anda.  Pada pandangan saya sesebuah keluarga akan bahagia
> > sekiranya diterima oleh semua pihak , sekiranya ada sesetengah pihak yg
> > tidak menyenangi akan perkahwinan ini , bagaimana saudari hendak membina
> > sebuah keluarga yg bahagia. Cthnya , sekiranya bakal mertua anda tidak
> > berapa suka dgn perhubungan ini, bagaimana anda hendak menjalinkan
> > hubungan
> > yg baik dgn mereka, saudara mara?  saya pasti menjadi org ketiga yg tak
> > direstui oleh keluarga adalah sukar utk mengecapi kebahagian, kenapa saya
> > berkata sedemikian ,cthnya sekiranya anda tetap meneruskan perkahwinan ini
> > ,
> > tanpa keizinan isteri tuanya, saudara mara ,ibu bapa bagaimana anda dapat
> > bergaul dgn mereka sekiranya mereka bersikap dingin terhadap diri anda,
> > ini
> > akan membuatkan hidup anda akan bertambah tertekan..cthnya hidup
> > berkeluarga
> > mesti ada kenduri kendara bagaimana pada masa itu saudara mara sebelah
> > bakal
> > suami anda mengadakan kenduri kendara, sekiranya anda tidak berapa baik
> > hubungan dgn isteri serta tidak disukai oleh saudara mara sebelah bakal
> > suami anda bagaimana anda hendak bergaul dgn mereka ,dan saya percaya
> > sekiranya diberi pilihan hanya isteri tua sahaja akan dibawa kesana, anda
> > akan tersisih , ini menambahkan lagi tekanan hidup pada diri
> > anda...sekiranya dua dua dibawa kemajlis itu saya percaya layanan isteri
> > tua
> > akan lebih daripada anda kerana dia telah lama bergaul dgn saudara mara
> > sebelah suami anda kerana dia telah lama berkahwin dgn bakal suami anda.
> > Anda akan berasa kecewa dalam situasi begini, sedangkan sebelum anda
> > berkahwin pun anda telah hadapi banyak kritikan halangan yg membuat hidup
> > anda rasa tertekan, bagaimana pula anda ingin meneruskan perkahwinan ini
> > sekiranya pekara yg saya sebutkan tadi akan terjadi pada diri anda,
> > Bagaimana pula anda yakin bahawa bakal suami anda tidak boleh hidup tanpa
> > anda, melalui kata katanya? Anda tidak seharusnya boleh mempercayai kata
> > kata manis lelaki 100%. Hidup mati ketentuan tuhan, tidak bermakna
> > sekiranya
> > dia tidak dapat berkahwin dgn anda dia tidak dapat hidup lagi, dia akan
> > memikirkan bahawa dia mempunyai tanggungjawab yg lebih besar sekiranya dia
> > tak nak hidup lagi ,anak-anak , bagaimana dia dapat melupakan
> > tanggungjawabnya terhadap anak-anaknya semata mata kerana anda.
> >
> > Lagi satu, saya nak tanya sekiranya anda berkahwin dgn bakal suami ,
> > sekiranya anda diperlakukan sedemikian, sama seperti apa yg terjadi pada
> > isteri tua , apa perasaan anda, cthnya sekarang nih bakal suami anda
> > mempunyai seorg lagi kekasih, apa perasaan anda,
> >
> > Saya harap anda berfikirlah semasak masaknya sebelum membuat keputusan,
> > bagi
> > saya (mungkin anda kata , tidak kena batang hidung sendiri lagi) anda
> > cubalah melupakan bakal suami anda itu kerana pada pendapat saya dia perlu
> > beri kebahagian kepada anak anaknya , dia sudah mempunyai anak, saudari
> > harus paham kerana dia sudah bekeluarga. Saya pernah dengar ceramah
> > motivasi
> > agama setiap pagi di tv3 oleh Ustazah lawa orgnya lupa la nama dia la nih
> > dah ada pangkat Datok.  Sekiranya anda mencintai Allah lebih daripada
> > segalanya , anda tidak akan merasa kehilangan, kesusahan. Kerana cinta
> > manusia tidak akan kekal.  Pada pandangan saya cubalah anda melupakan
> > kekasih anda itu dgn mendekatkan diri dgn Allah, cuba membusykan diri anda
> > ,
> > insyallah berkesan. Kerana pada pandangan saya tidak akan rasa bahagia
> > sekiranya perkahwinan yg tidak direstui. Itu pandangan saya, saya harap
> > anda
> > dapatlah cari org yg bujang seperti anda. Sekiranya kata kata saya ni
> > menyinggung hati mana2 pihak saya memohon ampun dan maaf dari hujung kaki
> > hingga hujung rambut. Sekian
> >
> > Wassalam
> >
> > -----Original Message-----
> > From: [EMAIL PROTECTED] [mailto:[EMAIL PROTECTED]]On Behalf Of
> > chief
> > Sent: Tuesday, August 28, 2001 12:19 AM
> > To: [EMAIL PROTECTED]
> > Subject: H-Net* Problem 1: suami orang......adalah bakal suami saya
> >
> >
> >
> >  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> >  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
> >  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
> >  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
> >  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> >           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
> >  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> > Salam
> >
> > Ini ada satu emel yang lain dari yang lain. Untuk mereka mereka yang penat
> > bertekak tentang hal ehwal semasa, mungkin akan bertemu sedikit kelainan
> > dengan emel ini. Semoga ada pandangan positif dan negatif..Chief
> >
> >
> > -------------------------------------
> > From:
> > Date: 10:10 pm on Aug. 26, 2001
> >
> > ASM semua....
> > saya ingin meminta pandangan dan nasihat dr rakan2 semua ttg masalah saya
> > ini.
> > saya mempunyai teman lelaki yang telah beristeri dan punya 4 anak. saya
> > tahu
> > ramai yg menyalahkan saya krn menjalinkan hubungan dgn suami orang. dia
> > berumur awal 40-an dan 20 tahun lebih tua drp saya. isterinya sebaya
> > dengannya. dalam hal ini, saya bukan sengaja memilih suami org utk
> > dijadikan
> > kekasih. saya juga tidak ingin perkara spt ini berlaku. saya juga ingin
> > kehidupan yg normal spt org lain ttp takdir telah menemukan saya dgn dia.
> > pasti anda semua memandang hina pd saya, menganggap saya perampas, perosak
> > r/tangga org, gatal, miang dan sebagainya. saya tahu pasti para isteri
> > bencikan saya. saya sedar saya menjadi bahan kejian.
> >
> > apabila berlaku kes spt ini, semua org akan menyalahkan pihak ketiga
> > (saya)
> > dan memenangkan si isteri. itulah lumrah. tiada siapa cuba memandang
> > secara
> > rasional mengapa si suami mahu berkahwin lagi ataupun bg sesetengah kes,
> > mengapa si suami PERLU berkahwin lagi. maka, r/tangga yg aman akhirnya
> > huru-hara. keadaan menjadi lebih sukar apabila semua pihak ingin
> > menegakkan
> > hak dan kemahuan masing2. si isteri tidak rela dimadukan dan kalau
> > dimadukan
> > sekalipun, dia tidak mahu apa yg diperolehi olehnya selama ini menjadi
> > berkurang (semua aspek termasuk giliran malam)manakala saya tidak sanggup
> > tidur malam sendirian (hanya waktu siang diberi kpd saya sedangkan kami
> > sama2
> > bekerja siang). si suami pula bertegas mahu kedua-duanya (saya dan
> > isterinya).
> > dia tidak boleh hidup tanpa isteri dan anak2nya tetapi pada masa yg sama
> > dia
> > juga tidak boleh hidup tanpa saya!
> >
> > bukankah kalau kita benar2 sayangkan suami kita, kita mahu melihat dia
> > gembira, bahagia? sekiranya dia bercerai dgn isterinya, saya tahu saya
> > tidak
> > dapat hidup gembira kerana hidupnya tidak lengkap tanpa anak dan
> > isterinya.
> > begitu juga sekiranya dia tidak dapat berkahwin dengan saya. ya, dia masih
> > boleh hidup seperti biasa tetapi sebahagian drp dirinya hilang bersama
> > pemergian saya.
> >
> > sepanjang perhubungan ini, saya banyak berendam air mata, tertekan, sedih,
> > rasa bersalah kepada isterinya, rasa malu kerana menghampakan ibu bapa
> > saya(yg
> > mengharapkan saya seperti anak org lain, kahwin dgn lelaki bujang)serta
> > dikeji
> > kawan2. tetapi saya tidak dapat lari daripada dia krn saya menyintainya.
> > saya
> > menyintainya sepenuh hati, melebihi sayang saya pd ibubapa tercinta. bukan
> > kami tidak mencuba utk melupakan perhubungan ini. sudah berkali2 ttp
> > akhirnya
> > kami kembali bersama semula. sungguh sukar. saya menjadi begitu tertekan
> > hingga merasa tiada semangat utk hidup lagi, saya seolah-olah manusia yg
> > bernyawa tetapi sudah mati di dalamnya.
> >
> > seboleh mungkin, saya tidak mahu mengguris hati isterinya. saya mahu
> > isterinya
> > gembira. apa yg saya minta ialah spy dia redha dgn perhubungan kami.
> > semuanya
> > sudah berlaku. saya terima semua kemarahannya ke atas saya, kekecewaan
> > ibubapa
> > saya, herdikan saudara-mara, kedinginan bakal mertua dan semuanya hanya
> > kerana
> > saya berhak terima semua itu. kalau itu balasan atas dosa2 saya, saya
> > terima
> > dengan redha.
> >
> > saya tidak nafikan ada suami yg sengaja berfoya2 krn mrk punya kuasa
> > (poligami). saya kutuk suami spt ini dan bersimpati dgn isteri yg
> > mempunyai
> > suami seperti ini. tetapi sekiranya suami anda berkemampuan dan memang
> > tidak
> > mampu berpisah dgn kekasihnya serta berhasrat utk berkahwin dgnnya ttp
> > anda
> > menghalang niatnya, adakah anda sanggup bersama2 menanggung dosa mereka
> > sekiranya mrk melakukan perkara2 maksiat? anda tentu tahu resam bercinta.
> > walau sekuat manapun pertahanan si lelaki atau wanita, syaitan akan terus
> > menggoda juga. tidak banyak, sedikit pasti berlaku kemaksiatan. sekiranya
> > anda
> > dengan pelbagai cara, berjaya memisahkan suami anda dari kekasih anda,
> > bolehkah anda hidup tenang sedangkan anda tahu anda cuma mendapat
> > jasadnya,
> > bukan hatinya? puaskah hati anda? dan itukah yg anda mahu? jasadnya?
> > bukankah
> > hatinya yg anda ingin tawan? bukankah sekiranya anda memahami kehendak
> > suami
> > anda dan membenarkan dia berkahwin, akan menambahkan lagi rasa sayang
> > suami
> > anda kepada anda? bukankah suami anda akan rasa bertuahnya mempunyai
> > seorang
> > isteri sebaik anda? bukankah ini akan membuat suami bertekad utk menyintai
> > dan
> > menjaga hati anda sebaik-baiknya kerana anda sanggup berkorban sehingga ke
> > peringkat ini?
> >
> > saya hanya meminta pengertian drp anda semua. saya tidak ingin melukakan
> > hati
> > sesiapa. saya tidak pernah meminta agar diberi jodoh sebegini. sekiranya
> > kami
> > berjaya berkahwin, saya ingin membahagiakan hati isteri pertamanya. saya
> > ingin
> > ubati hatinya yg terhiris. saya ingin jadi temannya. tapi saya tahu dia
> > tidak
> > mungkin sukakan saya, malah bayang saya pun kalau boleh tidak mahu
> > dilihatnya.
> >
> > ----------------------
> > END
> >
> > ------------------------------------------------------------
> >  Get your FREE web-based e-mail and newsgroup access at:
> >                 http://MailAndNews.com
> >
> >  Create a new mailbox, or access your existing IMAP4 or
> >  POP3 mailbox from anywhere with just a web browser.
> > ------------------------------------------------------------
> >
> >
> >  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> >  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
> >  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
> >  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
> >  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
> >  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
> >  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> >
> > Pengirim: chief <[EMAIL PROTECTED]>
> >
> >
> >  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> >  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
> >  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
> >  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
> >  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
> >  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
> >  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> >
> > Pengirim: "Salasiah binti Kisman" <[EMAIL PROTECTED]>
> The information in this Internet email is confidential and may be legally
> privileged. It is intended solely for the addressee. Access to this Internet
> email by anyone else is unauthorised.  If you are not the intended
> recipient, any disclosure, copying, distribution or any action taken or
> omitted to be taken in reliance on it, is prohibited and may be unlawful.
> When addressed to our clients any opinions or advice contained in this
> Internet email are subject to the terms and conditions expressed in any
> applicable governing Aetna Universal Insurance terms of business or client
> engagement letter.
>
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
>  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
>  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
>  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
>  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
> Pengirim: "Salasiah binti Kisman" <[EMAIL PROTECTED]>


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: ani <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke