Jakarta - Emotional and Spiritual Quotient (ESQ) milik Ary Ginanjar  Agustian 
sangat terkenal di Indonesia. Namun Pejabat Mufti Wilayah  Persekutuan Malaysia 
menilai ESQ Ary melenceng dari ajaran-ajaran agama  Islam. 


Menurut Wikipedia, Wilayah Persekutuan meliputi Kuala Lumpur, Putrajaya  dan 
Labuan. Inilah fatwa lengkap soal ESQ Ary yang dikutip dari situs 
www.muftiwp.gov.my:

'Fatwa Berkenaan dengan Kursus ESQ Leadership Training dan Fahaman yang  
Seumpama Dengannya'

(a) ajaran, pegangan dan fahaman yang dibawa oleh ESQ Leadership  Training 
anjuran Ary Ginanjar Agustian dan apa-apa ajaran yang seumpama  dengannya 
adalah 
menyeleweng daripada ajaran Islam kerana mengandungi  ajaran-ajaran yang boleh 
merosakkan akidah dan syariah Islam. Ciri-ciri  penyelewengan tersebut adalah 
seperti yang berikut:

i. mendukung fahaman liberalisme iaitu memahami atau mentafsir nas-nas  agama 
(Al-Quran dan As-Sunnah) secara bebas, dan fahaman  pluralisme-agama iaitu 
fahaman yang mengajarkan semua agama adalah sama  dan benar. Kedua-dua fahaman 
ini adalah sesat dan boleh membawa kepada  kekufuran.

ii. mendakwa bahawa para Nabi mencapai kebenaran melalui pengalaman dan  
pencarian. Ini bercanggah dengan akidah Islam tentang Nabi dan Rasul.  Menurut 
akidah ahli Sunnah Wal Jamaah, kenabian dan kerasulan adalah  pilihan Allah 
s.w.t semata-mata (al-Isthifaiyyah), dan bukan sesuatu  yang boleh diusahakan 
(al-Kasbiyyah).

iii. mencampuradukkan ajaran kerohanian bukan Islam dengan ajaran Islam,  'SQ' 
adalah hasil penemuan seorang Yahudi, Danah Zohar, manakala 'God  Spot' adalah 
hasil kajian seorang Hindu VS Ramachandran. Kedua-dua  penemuan ini disahkan 
dengan ayat Al-Quran (Al-Hajj, ayat 46).

iv. menekanan konsep 'suara hati' atau 'conscience' sebagai sumber  rujukan 
utama dalam menentukan baik dan buruk sesuatu perbuatan. Konsep  suara hati 
adalah ajaran paling suci dalam agama Kristiani. The Oxford  Dictionary of 
World 
Religion menyebut 'In the main forms og  Christianity, conscience is the 
absolutely inviolable and sacrosanct  center of the person as human as 
responsible for her or his decisions;.  Konsep suara hati juga merupakan ajaran 
Hindu seperti yang dijelaskan  oleh Swami Vivekandanda. Menurut Imam Abu 
al-Abbas, pendapat demikian  adalah zindik dan kufur.

v. menjadikan logik sebagai sumber rujukan utama. Ini bertentangan  dengan 
akidah Islam yang menetapkan bahawa Al-Quran dan As-Sunnah  sebagai sumber 
rujukan utama.

vi. mengingkari mukjizat dan menganggapnya tidak dapat diterima oleh  akal dan 
tidak sesuai dengan zaman sekarang yang serba logik.  Mengingkari mukjizat 
adalah kufur dengan ijmak ulamak kerana ia bermakna  mengingkari nas-nas 
Al-Quran dan Hadis Mutawatir yang mensabitkan  mukjizat bagi para Nabi a.s .

vii. menggunakan Kod 19 rekaan Rasyad Khalifah untuk mentafsir Al-Quran.  
Rasyad 
Khalifah mengaku dirinya sebagai rasul dan membawa agama baru  yang dinamakan 
'submission'. Teori Kod 19 dianggap lebih tinggi daripada  Al-Quran kerana 
mengikut teori ini, ayat-ayat Al-Quran perlu dibuang  atau ditambah bagi 
menyesuaikan dengan Kod 19.

viii. menyamakan bacaan Al-Fatihah sebanyak 17 kali sehari oleh orang  Islam 
dengan amalan Bushido oleh orang jepun yang berteraskan ajaran  Buddha.

ix. mendakwa bahawa kekuatan luar biasa seperti mukjizat boleh berlaku  melalui 
rumus Zero Mind Process (ZMP). Dengan rumusan ZMP ini, ESQ  mengiaskan bahawa 
mukjizat Nabi Musa a.s diselamatkan daripada Fir'aun  boleh juga berlaku kepada 
orang lain seperti yang berlaku kepada juru  terbang Kapten Abdul Razak. 
Kefahaman mukjizat seperti ini, merupakan  ajaran agama Hindu seperti yang 
diterangkan oleh Swami Vivekananda.

x. mentafsirkan makna kalimah syahadah dengan 'triple one'. Ini adalah  
tafsiran 
bidaah dan sesat. Dalam konteks akidah, 'triple one' digunakan  oleh Kristian 
untuk menghuraikan konsep trinity. Buku 'Christianity For  Dummies', ketika 
menghuraikan konsep ini menyatakan 'The Trinity: How  1+1+1 Equals 1. 
Christianity says that God is Trinity - one God  expressed in three beings. The 
term trinity meands: three-oneness.

(b) mana-mana orang hendaklah menjauhi ajaran, pegangan dan fahaman  
sebagaimana 
yang dinyatakan dalam perenggan.

Bertarikh 10 Jun 2010 dan ditandatangani oleh Mufti wilayah persekutuan  
Malaysia, Datuk Hj. Wan Zahidi bin Wan Teh tanggal 10 Juni 2010.  (mok/nrl) 


http://us.detiknews.com/read/2010/07...q-ary-ginanjar 


      

[Non-text portions of this message have been removed]

Kirim email ke