Mungkin tidak ramai yang menyedarinya. PESISIR telah hampir terkubur pada tahun 1991. Ianya tidak jadi terkubur kerana diselamatkan oleh genarasi lama dan genarasi baru ketika itu dan tanpa kesanggupan AJK yang ada hari ini dan sebelumnya sudah pasti pesisir tidak bakal mampu bertahan sehingga ke hari ini. 2008 tolak 1991 iaitu selama 17 tahun kemudiannya + 11 tahun sebelumnya . Bermakna Pesisir kini berusia 28 tahun . Cumanya tentang ahli-ahli pesisir yang ada sekarang kebanyakannya sering datang dan pergi , ada yang baru datang kemudian pergi dan ada yang hanya menjenguk sebentar kemudian langsung pergi.
Kini masih ada lagi 3 orang lama dalam PESISIR iaitu ketua 1, En. Ismail Mohamed, Sdr. Daud Muda dan Sdr. Hashim Latiff. Ketiga mereka adalah antara penyumbang yang terbesar dan terlama kepada pesisir. Mereka adalah penyumbang yang luar biasa bagi saya. Kemunculan Sdr. Anuar Musa membuatkan pesisir tetap segar kerana mungkin tidak ramai yang menyedarinya beliau telah banyak berkorban masa dan tenaga demi kelangsungan pesisir. Lebih terharu lagi saya dapati sepanjang hayatnya pesisir, mereka yang mengerakkan pesisir bukan sahaja dari kalangan penulis, tetapi yang lebih menariknya mereka dari kalangan aktivis masyarakat. Bagi saya mereka lebih hebat daripada sebahagian penulis pesisir sendiri atau sebahagian penulis dan tenaga pengajar sastera di daerah ini (Tumpat) kerana mereka membantu pesisir dengan begitu ikhlas tanpa sebarang kepentingan. Mereka bukan sahaja cikgu wel,bukan saja Daud Muda, tetapi juga Hj. Ahmad Bendahari, WAKDIN, Cheng, Noorlaila, Azizah , Wan Othman dan ramai lagi. Tetapi mereka sering dilupakan. Ediramle
