Saudaraku Omardin. Biarpun saya tidak lagi sebagai setiausaha 1 atau setiausaha 2 Pesisir. Tapi saya akan tetap bersama pesisir mengharungi payah sukar berusaha membina jatidiri masyarakat melalui persatuan ini.
Barangkali kita akan bermesyuarat AJK tidak lama lagi bagi membincangkan aktiviti-aktiviti yang bakal dilangsungkan selanjutnya. Cuma dalam sehari dua ini, rasanya setiausaha 1 Sdr. Daud , sedang begitu sibuk menguruskan persiapan majlis kenduri yang bakal diadakan beberapa hari lagi di rumahnya. Pada hari majlis di rumah setiausaha 1 nanti, elok kiranya ahli dan ajk yang menerima jemputan berpakat untuk pergi bersama-sama . Ediramle On Mon, May 26, 2008 12:18 am, Omardin Bbk wrote: Buat sahabat dan saudaraku semua,dipentas PESISIR,agak tidak telambat lagi bagi saya mengucapkan tahniah diatas kejayaan mengajurkan pesta puisi dismk Geting,Tumpat tempohari,amat-amat berjaya. Bermula dengan mengenal puisi didewan,terus kepintu pagar dengan pukulan kompang tertamu diarak bebunga manggar disahut dengan tiupan serunai dan gendang dipamer dengan pencak silat melayu kamudian dihidang dengan dikir barat amat mengasikan,menarik dan sungguh tertarik dengan irama lagu yang melirik-lirik. Maaf kpd saudara-saudara semua agak lambat untuk membuat ulasan,disebabkan komputer masuk workshop.....tetapi saya tetap bersama anda sekelian,jika projek tersebut tlh dapat dijayakan dengan sempurna,saya penuh yakin dan percaya kita boleh mengajurkan berberapa aktiviti lagi dengan lebih baik dan sempurna. Kpd, Edie, Ayahnda,Cikgu wa........anda adalah tokoh pesisir 2008, tanpa anda...... Cetusan Omaza07 Malam Isnin 26/5/08
