MENDAM ELITIS Persoalan dendam, iri hati dan sifat tamak haloba dunia korporat terus mendapat tempat dalam pengkisahan dalam mana-mana drama dan novel Melayu. Kerakusan dan kekejaman sifat manusia selalunya terhukum dengan adilnya di hujung cerita. Namun, pastinya plot cerita disulam dengan kegetiran watak hero / heroen yang terpaksa berhadapan dengan kebejatan ini.'Mendam Elitis' sebuah novel terbitan Tintarona Publications terbaharu dan akan menemui khalayak dalam beberapa minggu lagi. Selami ketabahan watak utama Shakila dalam mempertahankan empayar perniagaan keluarga. Pahit manis pengalaman dalam dunia korporat turut menyulam kisah lucu dan sadis episod yang bergelut emosi.Kerana komitmennya yang tinggi terhadap kerjaya juga menyebabkan dia sendiri mengabaikan keperluan kemanusiaan dalam hidup berpasangan. Shakila juga memendam duka dalam episod bercinta, namun 'Mendam Elitis' menyusur galur adegan dunia korporat dengan jalinan yang segar dan menguja. Semangat kekeluargaan juga terpancar melalui watak dan perwatakan yang dipaaprkan melalui keluarga Datuk Kamal. Novel setebal 303 muka surat ini ditulis oleh Zakaria Busu dan akan menjengah pasaran selewat-lewatnya hujung bulan ini. Dapatkan di pasaran.
Ikuti soal jawab penerbitan dengan Editor, Rozlan Mohamed Noor di www.celikhuruf.blogspot.com -- Be Yourself @ mail.com! Choose From 200+ Email Addresses Get a Free Account at www.mail.com [Non-text portions of this message have been removed]
