Segalanya bermula dengan sokongan rakan-rakan dalam pesisir. Tanpa Pesisir siapalah saya. Terutama sdr Hashim Latif yang sering membakar semangat saya, Sdr Edi yang tak jemu memberi perangsang, juga Sdr Rozlan yang telah menyalakan sumbu kreatif saya agar terus menyala, pun tidak lupa kepada jasa semua warga pesisir yang mungkin terlupa untuk saya titipkan nama-nama mereka di sini. Kenaikan pangkat yang telah saya nikmati kerana menulis. Saya telah diberi tanggungjawab menyelenggara journal jabatan. Sekali lagi jutaan terimakasih kepada PESISIR!
--- Pada Ahd, 17/5/09, hashim latiff <[email protected]> menulis: Daripada: hashim latiff <[email protected]> Subjek: Re: { PESISIR } Karya terbaharu warga PESISIR Kepada: [email protected] Tarikh: Ahad, 17 Mei, 2009, 5:21 PM tahniah. anda sudah dapat nikmati buah pauh siku yang anda tanam beberapa purnama silam. tahniah sekali lagi. moga ramai yang mengikut jejak sdr. zb --- On Sat, 5/16/09, Mohd Rozlan Mohamed Noor <edi...@minister. com> wrote: From: Mohd Rozlan Mohamed Noor <edi...@minister. com> Subject: { PESISIR } Karya terbaharu warga PESISIR To: pesi...@yahoogroups .com Date: Saturday, May 16, 2009, 2:14 AM MENDAM ELITIS Persoalan dendam, iri hati dan sifat tamak haloba dunia korporat terus mendapat tempat dalam pengkisahan dalam mana-mana drama dan novel Melayu. Kerakusan dan kekejaman sifat manusia selalunya terhukum dengan adilnya di hujung cerita. Namun, pastinya plot cerita disulam dengan kegetiran watak hero / heroen yang terpaksa berhadapan dengan kebejatan ini.'Mendam Elitis' sebuah novel terbitan Tintarona Publications terbaharu dan akan menemui khalayak dalam beberapa minggu lagi. Selami ketabahan watak utama Shakila dalam mempertahankan empayar perniagaan keluarga. Pahit manis pengalaman dalam dunia korporat turut menyulam kisah lucu dan sadis episod yang bergelut emosi.Kerana komitmennya yang tinggi terhadap kerjaya juga menyebabkan dia sendiri mengabaikan keperluan kemanusiaan dalam hidup berpasangan. Shakila juga memendam duka dalam episod bercinta, namun 'Mendam Elitis' menyusur galur adegan dunia korporat dengan jalinan yang segar dan menguja. Semangat kekeluargaan juga terpancar melalui watak dan perwatakan yang dipaaprkan melalui keluarga Datuk Kamal. Novel setebal 303 muka surat ini ditulis oleh Zakaria Busu dan akan menjengah pasaran selewat-lewatnya hujung bulan ini. Dapatkan di pasaran. Ikuti soal jawab penerbitan dengan Editor, Rozlan Mohamed Noor di www.celikhuruf. blogspot. com -- Be Yourself @ mail.com! Choose From 200+ Email Addresses Get a Free Account at www.mail.com [Non-text portions of this message have been removed] [Non-text portions of this message have been removed] Dapatkan alamat E-mel baru anda! Rebut nama E-mel yang telah lama anda kehendaki sebelum orang lain mendapatkannya! http://mail.promotions.yahoo.com/newdomains/my/ [Non-text portions of this message have been removed]
