Tahniah diucapkan kepada Zakaria Busu dan terima kasih kepada Tintarona.
info ini akan disiarkan di Radio Puisi Pesisir http://www.pesisir.net
malam ni.

ikutilah siaran radio puisi pesisir bermula 9.00 malam hingga 2.00 malam
setiap hari bersama penyampai-penyampai ayah wel, pakdo, pak chu, abe
Raja, Kak Tie , kupeh dan abe Zaid.




> MENDAM ELITIS
>
> Persoalan dendam, iri hati dan sifat tamak haloba dunia korporat terus
> mendapat tempat dalam pengkisahan dalam mana-mana drama dan novel Melayu.
> Kerakusan dan kekejaman sifat manusia selalunya terhukum dengan adilnya
> di hujung cerita. Namun, pastinya plot cerita disulam dengan kegetiran
> watak hero / heroen yang terpaksa berhadapan dengan kebejatan ini.'Mendam
> Elitis' sebuah novel terbitan Tintarona Publications terbaharu dan akan
> menemui khalayak dalam beberapa minggu lagi. Selami ketabahan watak utama
> Shakila dalam mempertahankan empayar perniagaan keluarga. Pahit manis
> pengalaman dalam dunia korporat turut menyulam kisah lucu dan sadis
> episod yang bergelut emosi.Kerana komitmennya yang tinggi terhadap
> kerjaya juga menyebabkan dia sendiri mengabaikan keperluan kemanusiaan
> dalam hidup berpasangan. Shakila juga memendam duka dalam episod
> bercinta, namun 'Mendam Elitis' menyusur galur adegan dunia korporat
> dengan jalinan yang segar dan menguja.
> Semangat kekeluargaan juga terpancar melalui watak dan perwatakan yang
> dipaaprkan melalui keluarga Datuk Kamal.
> Novel setebal 303 muka surat ini ditulis oleh Zakaria Busu dan akan
> menjengah pasaran selewat-lewatnya hujung bulan ini. Dapatkan di pasaran.
>
> Ikuti soal jawab penerbitan dengan Editor, Rozlan Mohamed Noor di
> www.celikhuruf.blogspot.com
>
> --
> Be Yourself @ mail.com!
> Choose From 200+ Email Addresses
> Get a Free Account at www.mail.com
>
>
>
> [Non-text portions of this message have been removed]
>
>
>
> ------------------------------------
>
> Radio internet Pesisir http://pesisir.listen2myradio.com
> laman pesisir http://www.pesisir.net
>
>
>
>
>
>
> Yahoo! Groups Links
>
>
>
>


Kirim email ke