tahniah.  anda sudah dapat nikmati buah pauh siku yang anda tanam beberapa 
purnama silam.  tahniah sekali lagi.  moga ramai yang mengikut jejak sdr. zb

--- On Sat, 5/16/09, Mohd Rozlan Mohamed Noor <[email protected]> wrote:


From: Mohd Rozlan Mohamed Noor <[email protected]>
Subject: { PESISIR } Karya terbaharu warga PESISIR
To: [email protected]
Date: Saturday, May 16, 2009, 2:14 AM








MENDAM ELITIS

Persoalan dendam, iri hati dan sifat tamak haloba dunia korporat terus
mendapat tempat dalam pengkisahan dalam mana-mana drama dan novel Melayu.
Kerakusan dan kekejaman sifat manusia selalunya terhukum dengan adilnya
di hujung cerita. Namun, pastinya plot cerita disulam dengan kegetiran
watak hero / heroen yang terpaksa berhadapan dengan kebejatan ini.'Mendam
Elitis' sebuah novel terbitan Tintarona Publications terbaharu dan akan
menemui khalayak dalam beberapa minggu lagi. Selami ketabahan watak utama
Shakila dalam mempertahankan empayar perniagaan keluarga. Pahit manis
pengalaman dalam dunia korporat turut menyulam kisah lucu dan sadis
episod yang bergelut emosi.Kerana komitmennya yang tinggi terhadap
kerjaya juga menyebabkan dia sendiri mengabaikan keperluan kemanusiaan
dalam hidup berpasangan. Shakila juga memendam duka dalam episod
bercinta, namun 'Mendam Elitis' menyusur galur adegan dunia korporat
dengan jalinan yang segar dan menguja.
Semangat kekeluargaan juga terpancar melalui watak dan perwatakan yang
dipaaprkan melalui keluarga Datuk Kamal.
Novel setebal 303 muka surat ini ditulis oleh Zakaria Busu dan akan
menjengah pasaran selewat-lewatnya hujung bulan ini. Dapatkan di pasaran.

Ikuti soal jawab penerbitan dengan Editor, Rozlan Mohamed Noor di 
www.celikhuruf. blogspot. com

-- 
Be Yourself @ mail.com!
Choose From 200+ Email Addresses
Get a Free Account at www.mail.com

[Non-text portions of this message have been removed]

















      

[Non-text portions of this message have been removed]

Kirim email ke