Mungkin saya antara rakan siber yang ketinggalan dalam arus perbincangan isu 
semasa rakan-rakan dalam alam maya. Setelah membaca lebih kurang email ini, 
saya dapat simpulkan sahabat Z naik pangkat. Sebagai sahabat, saya ucapkan 
tahniah kepada saudara dengan kepercayaan jabatan kepada saudara.
 
Tahniah sekali lagi. Harap2 saya tidak lagi ketinggalan jauh dalam isu semasa 
yang dibincangkan dalam kolum ini. 

--- Pada Isn, 18/5/09, wan zakaria wan busu <[email protected]> menulis:


Daripada: wan zakaria wan busu <[email protected]>
Subjek: Re: { PESISIR } Karya terbaharu warga PESISIR
Kepada: [email protected]
Tarikh: Isnin, 18 Mei, 2009, 12:07 AM








Segalanya bermula dengan sokongan rakan-rakan dalam pesisir. Tanpa Pesisir 
siapalah saya. Terutama sdr Hashim Latif yang sering membakar semangat saya, 
Sdr Edi  yang tak jemu memberi perangsang, juga  Sdr Rozlan yang telah 
menyalakan sumbu kreatif saya agar terus menyala, pun tidak lupa kepada jasa 
semua warga pesisir yang mungkin terlupa untuk saya titipkan nama-nama mereka  
di sini.
Kenaikan pangkat yang telah saya nikmati kerana  menulis. Saya telah diberi 
tanggungjawab menyelenggara journal jabatan. Sekali lagi jutaan terimakasih 
kepada PESISIR!

--- Pada Ahd, 17/5/09, hashim latiff <hazafl17570@ yahoo.com> menulis:

Daripada: hashim latiff <hazafl17570@ yahoo.com>
Subjek: Re: { PESISIR } Karya terbaharu warga PESISIR
Kepada: pesi...@yahoogroups .com
Tarikh: Ahad, 17 Mei, 2009, 5:21 PM

tahniah.  anda sudah dapat nikmati buah pauh siku yang anda tanam beberapa 
purnama silam.  tahniah sekali lagi.  moga ramai yang mengikut jejak sdr. zb

--- On Sat, 5/16/09, Mohd Rozlan Mohamed Noor <edi...@minister. com> wrote:

From: Mohd Rozlan Mohamed Noor <edi...@minister. com>
Subject: { PESISIR } Karya terbaharu warga PESISIR
To: pesi...@yahoogroups .com
Date: Saturday, May 16, 2009, 2:14 AM

MENDAM ELITIS

Persoalan dendam, iri hati dan sifat tamak haloba dunia korporat terus
mendapat tempat dalam pengkisahan dalam mana-mana drama dan novel Melayu.
Kerakusan dan kekejaman sifat manusia selalunya terhukum dengan adilnya
di hujung cerita. Namun, pastinya plot cerita disulam dengan kegetiran
watak hero / heroen yang terpaksa berhadapan dengan kebejatan ini.'Mendam
Elitis' sebuah novel terbitan Tintarona Publications terbaharu dan akan
menemui khalayak dalam beberapa minggu lagi. Selami ketabahan watak utama
Shakila dalam mempertahankan empayar perniagaan keluarga. Pahit manis
pengalaman dalam dunia korporat turut menyulam kisah lucu dan sadis
episod yang bergelut emosi.Kerana komitmennya yang tinggi terhadap
kerjaya juga menyebabkan dia sendiri mengabaikan keperluan kemanusiaan
dalam hidup berpasangan. Shakila juga memendam duka dalam episod
bercinta, namun 'Mendam Elitis' menyusur galur adegan dunia korporat
dengan jalinan yang segar dan menguja.
Semangat kekeluargaan juga terpancar melalui watak dan perwatakan yang
dipaaprkan melalui keluarga Datuk Kamal.
Novel setebal 303 muka surat ini ditulis oleh Zakaria Busu dan akan
menjengah pasaran selewat-lewatnya hujung bulan ini. Dapatkan di pasaran.

Ikuti soal jawab penerbitan dengan Editor, Rozlan Mohamed Noor di 
www.celikhuruf. blogspot. com

-- 
Be Yourself @ mail.com!
Choose From 200+ Email Addresses
Get a Free Account at www.mail.com

[Non-text portions of this message have been removed]

[Non-text portions of this message have been removed]

Dapatkan alamat E-mel baru anda!
Rebut nama E-mel yang telah lama anda kehendaki sebelum orang lain 
mendapatkannya!
http://mail. promotions. yahoo.com/ newdomains/ my/

[Non-text portions of this message have been removed]

















      Yahoo! Upcoming: Singapore Arts Festival 2009 15 Mei hingga 14 Jun 2009. 
Terokai!  http://upcoming.yahoo.com/event/2166746/

[Non-text portions of this message have been removed]

Kirim email ke