bangun pukul 3.30 pagi. buka laptop. kembali menulis seperti biasa. kisah
lama hadir dalam ingatan. saat berada di daerah kelahiran. terkenangkan kisah
zaman persekolahan. kisah mencedung padi di bendang kampung anal. bidah
burung di banggol beta. makan buah cenerai. mencari buah kerian. menjaja
nasi kerabu. seronok.
makan jemput malas di warung pak la chabang empat. ada kenangan selepas makan
jemput itu. tanya asmuin dan shafie. makan rojak di kedai jaki. macam-macam
ada. pekan chabang empat kebanggaan kami. biarpun hanyalah sebuah pekan kecil
yang serba kekurangan (cuma ada kedai roti canai mamat keling dan kedai runcit
eh huang) namun kami tetap bangga dan itulah pekan terbaik buat kami ketika itu
(tahun 60an)
terjun sungai jal. mandi air parit selepas cari siput. dinasihatkan pasukan
polis kerana mengambil upah menampal postal dan cogan pati musim pilihanraya.
belajar betulkan percakapan bahasa inggeris dengan pelancong yang melawat
sleeping buddha. macam-macam. pendek kata tersenyum sendirian mengenangkan
saat itu. sesekali mengalir air mata teringatkan kepayahan bersekolah. apa
pun masa itu sudah berlalu. rindu itu sudah jauh.
cita-cita nak masuk maktab tentera. tidak kesampaian. nak jadi pegawai
polis. pun tidak tercapai cita-cita itu. apa pun, kalau tidak dapat jadi
orang hebat atau anak raja atau pemimpin sesiapa sahaja, jadilah penulis.
alhamdulillah. rindu itu sudah berlalu. jadilah penulis, asalkan penulis yang
terbaik.
rakan-rakan tentu ada kisah menarik. jom! hilangkan boring dari kekangan
kerja. sama-sama masuk ke dalam rumah rindu itu sudah lam berlalu. kalaupun
karya itu bukan untuk dirterbitkan kepada umum, biarlah ianya dihidangkan
kepada penulis pesisir, setidak-tidaknya group akan membaca dan tersenyum
sendirian.