sdr. manzaidi seorang yang baik. saya mengenalinya sejak dia berada dalam pesisir. kerana kebaikkannya kami mukimkan dia dalam mukim pesisir. banyak jasa dia pada cbg 4 dan tumpat amnya.
dalam SH dia banyak tolong kami 9stringer). sayang, orang baik tak kekal lama di sesuatau tempat. masa dia edisi kel. banyak dia bantu kami, kemudian beralih ke sgor dan utara. apa pun budi dna jasa tetap di kenang. masa d radio KADA banyak dia siarkan cerpen saya. dalam bidang surat khabar (berita) dia juga beri ruang saya supaya jadi stringer kosmo. tapi saya sayangkan SH. saya sama jadi dengan SH tapi akhirnya dia menjadi warfga SH. apa pun masa dan rindu itu sudah lama berlalu. bila sebut paip 7 ada kenangan d situ. sebenanrya bukan paip 7 D, kalbok 7. apa pun terima kasih kerana menjadi warga tumpat meskipun saya terpaksa tinggalkan daerah kelahiran saya dan menjadi warga TM. JATI DIRI AYA TIDAK BERUBAH KERANA TANAH KELAHIRAN SAYA HANYA SATU SAHAJA DALAM DUNIA INI. --- On Sat, 7/18/09, Manzaidi MohdAmin <[email protected]> wrote: From: Manzaidi MohdAmin <[email protected]> Subject: RE: { PESISIR } rindu itu sudah berlalu To: [email protected] Date: Saturday, July 18, 2009, 10:54 AM Tak mengapa, mungkin kerana sy tidak berapa masehur makanya sy tidak dikenali di cbg empat. Sy mula jadi warga cbg empat ni sejak 1982, ketika itu berkenalan rapat dgn sdri Wilai Ah Jok. Krn dialah sy mengenali cbg empat yang saling tak tumpah mcm pekan koboi. Dari situlah berputiknya sy utk berjinak dgn pesisir dan tak sangka tahun 1989 bertemu jodoh dgn org Kg Talak, cbg empat (sbb Tuan Ipul ada sebut nama Kg Talak lah membangkitkan semangat sy utk turut sama mengakui org cbg empat. Hahaha. Skg ni pun, masa tulis coretan ini sy di cbg empat. Pusat internet. Baru sampai dari Shah Alam kul 6 pagi tadi. Solat Subuh, tidur sekejap. Kemudian anak sulung yg belajar di UiTM Dungun (kebetulan balik cuti dua hari) kejutkan minta hantarnya ke stesen bas KB. Dari situ, lepas htrnya, on the way balik Kg Talak, sy singgah di pusat internet. Kebetulan, esok sy kena isikan pojok Yeop utk page Sinar Harian Edisi Perak, makanya sy ambil kesempatan di pusat ini utk siapkan pojok dan coret kenangan ini kat sini. Maaf ye Tuan Ipul. Nak cerita pasal kenangan kat cbg empat ni mmg banyak. Tak tertulis. Cuma sy dpt nyatakan tajuk utama atau tajuk penting sy kenangan pahit manis sepanjang menjadi warga cbg empat. 1. Bekas YB ADUN Wakaf Bharu, Ramli Abu Bakar - Umum dalam ceramah politiknya di pekarangan Masjid Kg Talak mendakwa sy ni kafir. (Sbb kebetulan dua hari sebelum dia ceramah, sy bawa Datuk Ibrahim Ali ke rumah utk bertemu penduduk. - Sebenarnya tujuan sy bawa Datuk Ibrahim Ali ke situ kerana nak peruntukan bina surau, jalan tar ke Tanah Perkuburan Kg Talak dan pagar sekeliling tanah perkuburan itu - Alhamdulillah, semua yg sy minta, dapat. Kalau Tuan Ipul singgah di Cbg Empat, Tuan Ipul dpt tengok surau konkrit sebelah Ayu Fesyen, jalan ke tanah kubur yang bertar dan tanah kubur yang sudah dipagari). 2. Di marahi anak Allahyarham Abe Awang (bekas tentera) krn sy terbitkan artikel Cbg Empat saling tak tumpah mcm pekan koboi. Tiga artikel sy mainkan. Akhirnya dalam tempoh enam bulan, JKR dan MDT perbesarkan jalan simpang empat dan sediakan lampu isyarat. Kemudian syarikat Telekom sediakan kemudahan talian internet. Akhirnya anak Allahyarham Abe Awang vs Makcik Yam dapat buka pusat internet. Dulu tak boleh buka. Mohon talian telefon rumah pun kena tunggu satu atau dua tahun baru dapat. (Talian ke rumah saya sendiri kena tunggu tiga tahun). 3. Kebetulan bekas DO Tumpat, Datuk Mohammad Jamil adalah kawan rapat sy, makanya saya gunakan kesempatan itu minta dia benarkan penduduk Kg Talak jual buah-buahan tepi jalan dan dia tanam pokok (lupa nama pokok) sepanjang jalan. Pokok itu skg dah besar tinggi dan jadi tempat berteduh musafir serta penduduk yang jual buah-buahan (Tuan Ipul) boleh tengok fenomena ini berhampiran bendang Paip 7. 4. Sekolah Kebangsaan Chabang Empat dulu bangunannya kayu yang reput dan buruk. Cikgu Besarnya, Abe Wil (bukan Ayah Wil Pengerusi Pesisir), benarkan sy dedahkan keuzuran bangunan sekolah itu dgn syarat cerita sy itu 'seperti tidak diketahui Guru Besar'. Lepas keluar artikel itu, kementerian lulus sejumlah peruntukan dan bina bangunan baru tiga tingkat. Saya jadi tetamu kehormat oleh pengurusan sekolah pada majlis perasmian bangunan sekolah itu. (Skg ni kalau tak silap cikgu Wil dah tukar ke SK Morak). 5. Bendang Paip 7 yang dulunya terbiar... Sy dedahkan dan kondem agensi pertanian, Kada. Sy kritik agensi itu. Akhirnya PPK (Pertubuhan Peladang Kawasan) Bunga Raya ambil inisiatif sediakan subsidi kepada petani dan tanah sawah itu diusahakan. Skg kembali terbiar. Sedihnya... Itulah dulu kenangan pahit manis sy di cbg empat sepanjang hampir atau lebih 20 tahun. --- Pada Sab, 18/7/09, Muhammad Saiful Haq Hussin <ipu...@hotmail. com> menulis: Daripada: Muhammad Saiful Haq Hussin <ipu...@hotmail. com> Subjek: RE: { PESISIR } rindu itu sudah berlalu Kepada: "pesisir ediramle" <pesi...@yahoogroups .com> Tarikh: Sabtu, 18 Julai, 2009, 1:02 AM O ye ke? maaf banyak2 Tuan Man....mungkin sy tak ada maklumat sebelum ini,,,,kalau macam tu, sila lah Tuan Man celotehkan sedikit sebanyak ttg c4 walau pun sebagai musafir kelana di sana? To: pesi...@yahoogroups .com From: manzai...@yahoo. com Date: Fri, 17 Jul 2009 21:04:40 +0800 Subject: RE: { PESISIR } rindu itu sudah berlalu Saya oun Tuan Ipul, ore cabe pat jugok. ore kg talok (bini la). --- Pada Rab, 15/7/09, Muhammad Saiful Haq Hussin <ipu...@hotmail. com> menulis: Daripada: Muhammad Saiful Haq Hussin <ipu...@hotmail. com> Subjek: RE: { PESISIR } rindu itu sudah berlalu Kepada: "pesisir ediramle" <pesi...@yahoogroups .com> Tarikh: Rabu, 15 Julai, 2009, 9:07 AM terbangkit jua kenangan silam setelah dinostalgiakan oleh saudara hashim latif, "rindu yang berlalu" berjaya menggamitkan kenangan silam yang barangkali mungkin antara kita ada persamaan tempoh masa yang dilalui bersama....kenangan di pekana cabang 4 bukan sahaja mengimbau kenangan lalu namun. Ya, pada masa itu 1960-an & 70-an adalah sisa-sisa masa yang begitu menyeronokkan. ..mendayung di tali air kg talak, cari anok ka'reng bulat (bende padi), bidah burung di kg puyok dan mengambil buah-buahan spt pauh, mokte dll yang di'pacar' tapi ternyata zaman remaja tak reti takut itu semua kan? lepas cedong atau 'buat padi' remaja, teruna, tua muda, kecik besar, tino jate...berduyun duyun menyaksikan roye kulit n dikir barat dale baroh padi di belake sekolah arab. selain kedai keling jual rojak n roti canai dan kedai eh hung hak jual bare runcit (penuh dengan penipuan) itu ada lagi rasanya kedai nasik berlauk rata riti dale pada tu jugak ada lagi nama-nama hak sinonim denge cabe 4 tu sediri serupo, mejo awe,abe sin janggut (tok wakil) kawase simpenge, tok gawo mat nor jal, tok ngulu mat dll... ...dan hari ini nama-nama dari cabe 4 telah tersebar keluar yang diwakili oleh asmui, hashim latiff, azli lee dan banyak lagi hak mungkin sy pun tak terhitung dan terlepas pandang. To: pesi...@yahoogroups .com From: hazafl17570@ yahoo.com Date: Tue, 14 Jul 2009 13:29:35 -0700 Subject: { PESISIR } rindu itu sudah berlalu bangun pukul 3.30 pagi. buka laptop. kembali menulis seperti biasa. kisah lama hadir dalam ingatan. saat berada di daerah kelahiran. terkenangkan kisah zaman persekolahan. kisah mencedung padi di bendang kampung anal. bidah burung di banggol beta. makan buah cenerai. mencari buah kerian. menjaja nasi kerabu. seronok. makan jemput malas di warung pak la chabang empat. ada kenangan selepas makan jemput itu. tanya asmuin dan shafie. makan rojak di kedai jaki. macam-macam ada. pekan chabang empat kebanggaan kami. biarpun hanyalah sebuah pekan kecil yang serba kekurangan (cuma ada kedai roti canai mamat keling dan kedai runcit eh huang) namun kami tetap bangga dan itulah pekan terbaik buat kami ketika itu (tahun 60an) terjun sungai jal. mandi air parit selepas cari siput. dinasihatkan pasukan polis kerana mengambil upah menampal postal dan cogan pati musim pilihanraya. belajar betulkan percakapan bahasa inggeris dengan pelancong yang melawat sleeping buddha. macam-macam. pendek kata tersenyum sendirian mengenangkan saat itu. sesekali mengalir air mata teringatkan kepayahan bersekolah. apa pun masa itu sudah berlalu. rindu itu sudah jauh. cita-cita nak masuk maktab tentera. tidak kesampaian. nak jadi pegawai polis. pun tidak tercapai cita-cita itu. apa pun, kalau tidak dapat jadi orang hebat atau anak raja atau pemimpin sesiapa sahaja, jadilah penulis. alhamdulillah. rindu itu sudah berlalu. jadilah penulis, asalkan penulis yang terbaik. rakan-rakan tentu ada kisah menarik. jom! hilangkan boring dari kekangan kerja. sama-sama masuk ke dalam rumah rindu itu sudah lam berlalu. kalaupun karya itu bukan untuk dirterbitkan kepada umum, biarlah ianya dihidangkan kepada penulis pesisir, setidak-tidaknya group akan membaca dan tersenyum sendirian. Chat online and in real-time with friends and family! Windows Live Messenger Dapatkan alamat E-mel baru anda! Rebut nama E-mel yang telah lama anda kehendaki sebelum orang lain mendapatkannya! See all the ways you can stay connected to friends and family Dapatkan alamat E-mel baru anda! Rebut nama E-mel yang telah lama anda kehendaki sebelum orang lain mendapatkannya!
