Salam Dr, Saiful.

amat terima kasih kerana masih kenal saya. Dan kenal kita yang tidak pernah 
putus sejak hari mula kita saling kenal.
dan setakat ini saya membuat pilihan tepat kerana berhijrah ke bandar Pekan.  
kami bukan sahaja kerap masuk istana, makan semeja dengan PM, malah semua YB di 
Pekan boleh diajak makan dan sembang di bawah pokok di tepi jalan,.
detik begini teringat ungkap kata puisi Rahimidin Zahari...

permata tetap permata walau terbenam di dasar lautan....


 



________________________________
From: Muhammad Saiful Haq Hussin <[email protected]>
To: pesisir ediramle <[email protected]>
Sent: Tuesday, July 14, 2009 6:07:55 PM
Subject: RE: { PESISIR } rindu itu sudah berlalu





terbangkit jua kenangan silam setelah dinostalgiakan oleh saudara hashim latif, 
"rindu yang berlalu" berjaya menggamitkan kenangan silam yang barangkali 
mungkin antara kita ada persamaan tempoh masa yang dilalui bersama....kenangan 
di pekana cabang 4 bukan sahaja mengimbau kenangan lalu namun. 
 
Ya, pada masa itu 1960-an & 70-an adalah sisa-sisa masa yang begitu 
menyeronokkan. ..mendayung di tali air kg talak, cari anok ka'reng bulat (bende 
padi), bidah burung di kg puyok dan mengambil buah-buahan spt pauh, mokte dll 
yang di'pacar' tapi ternyata zaman remaja tak reti takut itu semua kan? lepas 
cedong atau 'buat padi' remaja, teruna, tua muda, kecik besar, tino 
jate...berduyun duyun menyaksikan roye kulit n dikir barat dale baroh padi di 
belake sekolah arab. selain kedai keling jual rojak n roti canai dan kedai eh 
hung hak jual bare runcit (penuh dengan penipuan) itu ada lagi rasanya kedai 
nasik berlauk rata riti dale pada tu jugak ada lagi nama-nama hak sinonim denge 
cabe 4 tu sediri serupo, mejo awe,abe sin janggut (tok wakil) kawase simpenge, 
tok gawo mat nor jal, tok ngulu mat dll...
 
...dan hari ini nama-nama dari cabe 4 telah tersebar keluar yang diwakili oleh 
asmui, hashim latiff, azli lee dan banyak lagi hak mungkin sy pun tak terhitung 
dan terlepas pandang.
 

 

________________________________
To: pesi...@yahoogroups .com
From: hazafl17570@ yahoo.com
Date: Tue, 14 Jul 2009 13:29:35 -0700
Subject: { PESISIR } rindu itu sudah berlalu





bangun pukul 3.30 pagi.  buka laptop.  kembali menulis seperti biasa.  kisah 
lama hadir dalam ingatan.  saat berada di daerah kelahiran.  terkenangkan kisah 
zaman persekolahan.  kisah mencedung padi di bendang kampung anal.  bidah 
burung di banggol beta.  makan buah cenerai.  mencari buah kerian.  menjaja 
nasi kerabu.  seronok.  

makan jemput malas di warung pak la chabang empat.  ada kenangan selepas makan 
jemput itu.  tanya asmuin dan shafie.  makan rojak di kedai jaki.  macam-macam 
ada.  pekan chabang empat kebanggaan kami.  biarpun hanyalah sebuah pekan kecil 
yang serba kekurangan (cuma ada kedai roti canai mamat keling dan kedai runcit 
eh huang) namun kami tetap bangga dan itulah pekan terbaik buat kami ketika itu 
(tahun 60an) 

terjun sungai jal.  mandi air parit selepas cari siput.  dinasihatkan pasukan 
polis kerana mengambil upah menampal postal dan cogan pati musim pilihanraya.  
belajar betulkan percakapan bahasa inggeris dengan pelancong yang melawat 
sleeping buddha.  macam-macam.  pendek kata tersenyum sendirian mengenangkan 
saat itu.  sesekali mengalir air mata teringatkan kepayahan bersekolah.  apa 
pun masa itu sudah berlalu.  rindu itu sudah jauh.  

cita-cita nak masuk maktab tentera.  tidak kesampaian.  nak jadi pegawai 
polis.  pun tidak tercapai cita-cita itu.  apa pun, kalau tidak dapat jadi 
orang hebat atau anak raja atau pemimpin sesiapa sahaja, jadilah penulis.  
alhamdulillah.  rindu itu sudah berlalu.  jadilah penulis, asalkan penulis yang 
terbaik.         

rakan-rakan tentu ada kisah menarik.  jom!  hilangkan boring dari kekangan 
kerja.  sama-sama masuk ke dalam rumah rindu itu sudah lam berlalu.  kalaupun 
karya itu bukan untuk dirterbitkan kepada umum, biarlah ianya dihidangkan 
kepada penulis pesisir, setidak-tidaknya group akan membaca dan tersenyum 
sendirian.  
 


________________________________
Chat online and in real-time with friends and family! Windows Live Messenger 



      

Kirim email ke