sendirian di gertak keretapi kusial baru teringat kampung simpangan, kuala jambu, telok jering, bendang pakyong. sesekali kenangan berputar ke pantai seri tujuh, telaga lanas, apa lagi kok keli kok pasir. ada rindu di sungai pinang. apa pun rindu itu sudah berlalu. anak sekasa yang dipilih di sungai pinang akhirnya berada di jinjang pelamin persandingan orang lain. aduhai! rindu ini sudah berlalu.
waktu kecil ayah membawa ke pasir dusun. melihat kebun getah. namun kerja arwah ayah tidak keasampaian. kebun getah terpaksa dijual kerana ada kem komunis di dalamnya. kemudian mandi air di mela keretapi gua musang. seronok masa itu. biarpun terpaksa menaiki keretapi barang bersama dengan ikan, dan buah-buahan, kebanggan tetap berada di dalam diri. penghujung 1960an belajar di sekolah rendah jenis kebangsaan inggeris tumpat. dari jal besar ke dalam rhu. bayangkan sekolah petang. naik bas di chabang empat. tambang bas 20 sen sahaja. tumpat tidak seperti sekarang. namun masih dipanggil pekan koboi. bersekali dengan pk hem sekolah tersebut mustapa kasim, kemudian dengan kapten prasert, zainalabidin, adik cikgu rashid pengkalan kubur, wee gim may, yeo sue see, vina diana, siapa lagi? dah lupa, azmi samad, anuar harun, siapa lagi? ramai. bermain bersama. akhirnya kami membawa haluan masing-masing ke menara gading. tinggallah saya di sawah. apa pun ciota-cita nak ke mtd dan pulapol. namun semua itu sudah berlau. saya tak jadi polis tapi penulis. nak kembalikan rindu itu? sorry, semuanya sudah berlalu. teringat gertak keretapi bebrangan, bayangkan ketika berusia 12 tahu saya seberangi gertak itu dengan basikal. takut. khabarnya ada buaya putih di dalm sungai itu. ooo, seriau buou roma. apa pun hari itu sudah berlalu. rindu juga sudah jauh. yang pasti saya berada di kusial baru. berjauhan dari desa kelahiran, jadikan minda dan ingatan saya pada daerah yang mengajar saya erti kehidupan semakin kuat dan padu. apa pun rindu ini sudah berlalu. saya gembira di sini, meskipun kadang ketika, saya memaksa tersenyuman meskipun dari jenaka orang olain dan tidak daripada sahabat saya. rindu ini sudah berlau. --- On Wed, 7/15/09, chelah cheya <[email protected]> wrote: From: chelah cheya <[email protected]> Subject: RE: { PESISIR } rindu itu sudah berlalu To: [email protected] Date: Wednesday, July 15, 2009, 11:26 AM assalamulaikum. . minta izin menempel... terkesan membaca coretan Hashim dan Dr.Shaiful.. rindu pada yang hilang.. itulah kadang-kadang menyesal memilih kerjaya sebagai pensyarah kerana tak ada cam nak dok kampong lagi... pilu. teringat zaman dulu .. bolehkah masuk perihal Gua musang ni? say di Bertam Bharu.. kami menanam padi huma.. bestnya masa tu gotong royong memerun, menuga dan engetam.. tapi tahu pindah kawasan. anak-anak sekolah kena tinggal kat pekan musim cuti baru boleh ikut mak ayah.. macam-macam jumpa jumpa harimau, jumpa hantu, dan saya juga pernah dihantar balik waktu tengahmalam dengan rakit sungai kerana kawasan padi kami dikepung komunis... indahnya saat itu.. agak sibuk nak bercerita panjang.. salam buuat semua --- Pada Sel, 14/7/09, Muhammad Saiful Haq Hussin <ipu...@hotmail. com> menulis: Daripada: Muhammad Saiful Haq Hussin <ipu...@hotmail. com> Subjek: RE: { PESISIR } rindu itu sudah berlalu Kepada: "pesisir ediramle" <pesi...@yahoogroups .com> Tarikh: Selasa, 14 Julai, 2009, 6:07 PM terbangkit jua kenangan silam setelah dinostalgiakan oleh saudara hashim latif, "rindu yang berlalu" berjaya menggamitkan kenangan silam yang barangkali mungkin antara kita ada persamaan tempoh masa yang dilalui bersama....kenangan di pekana cabang 4 bukan sahaja mengimbau kenangan lalu namun. Ya, pada masa itu 1960-an & 70-an adalah sisa-sisa masa yang begitu menyeronokkan. ..mendayung di tali air kg talak, cari anok ka'reng bulat (bende padi), bidah burung di kg puyok dan mengambil buah-buahan spt pauh, mokte dll yang di'pacar' tapi ternyata zaman remaja tak reti takut itu semua kan? lepas cedong atau 'buat padi' remaja, teruna, tua muda, kecik besar, tino jate...berduyun duyun menyaksikan roye kulit n dikir barat dale baroh padi di belake sekolah arab. selain kedai keling jual rojak n roti canai dan kedai eh hung hak jual bare runcit (penuh dengan penipuan) itu ada lagi rasanya kedai nasik berlauk rata riti dale pada tu jugak ada lagi nama-nama hak sinonim denge cabe 4 tu sediri serupo, mejo awe,abe sin janggut (tok wakil) kawase simpenge, tok gawo mat nor jal, tok ngulu mat dll... ...dan hari ini nama-nama dari cabe 4 telah tersebar keluar yang diwakili oleh asmui, hashim latiff, azli lee dan banyak lagi hak mungkin sy pun tak terhitung dan terlepas pandang. To: pesi...@yahoogroups .com From: hazafl17570@ yahoo.com Date: Tue, 14 Jul 2009 13:29:35 -0700 Subject: { PESISIR } rindu itu sudah berlalu bangun pukul 3.30 pagi. buka laptop. kembali menulis seperti biasa. kisah lama hadir dalam ingatan. saat berada di daerah kelahiran. terkenangkan kisah zaman persekolahan. kisah mencedung padi di bendang kampung anal. bidah burung di banggol beta. makan buah cenerai. mencari buah kerian. menjaja nasi kerabu. seronok. makan jemput malas di warung pak la chabang empat. ada kenangan selepas makan jemput itu. tanya asmuin dan shafie. makan rojak di kedai jaki. macam-macam ada. pekan chabang empat kebanggaan kami. biarpun hanyalah sebuah pekan kecil yang serba kekurangan (cuma ada kedai roti canai mamat keling dan kedai runcit eh huang) namun kami tetap bangga dan itulah pekan terbaik buat kami ketika itu (tahun 60an) terjun sungai jal. mandi air parit selepas cari siput. dinasihatkan pasukan polis kerana mengambil upah menampal postal dan cogan pati musim pilihanraya. belajar betulkan percakapan bahasa inggeris dengan pelancong yang melawat sleeping buddha. macam-macam. pendek kata tersenyum sendirian mengenangkan saat itu. sesekali mengalir air mata teringatkan kepayahan bersekolah. apa pun masa itu sudah berlalu. rindu itu sudah jauh. cita-cita nak masuk maktab tentera. tidak kesampaian. nak jadi pegawai polis. pun tidak tercapai cita-cita itu. apa pun, kalau tidak dapat jadi orang hebat atau anak raja atau pemimpin sesiapa sahaja, jadilah penulis. alhamdulillah. rindu itu sudah berlalu. jadilah penulis, asalkan penulis yang terbaik. rakan-rakan tentu ada kisah menarik. jom! hilangkan boring dari kekangan kerja. sama-sama masuk ke dalam rumah rindu itu sudah lam berlalu. kalaupun karya itu bukan untuk dirterbitkan kepada umum, biarlah ianya dihidangkan kepada penulis pesisir, setidak-tidaknya group akan membaca dan tersenyum sendirian. Chat online and in real-time with friends and family! Windows Live Messenger Akses e-mel cepat. Yahoo! menyarankan anda tingkatkan pelayar anda kpd Internet Explorer 8 terbaik utk Yahoo!. Dapatkan di sini! (Percuma)
