terbangkit jua kenangan silam setelah dinostalgiakan oleh saudara hashim latif, "rindu yang berlalu" berjaya menggamitkan kenangan silam yang barangkali mungkin antara kita ada persamaan tempoh masa yang dilalui bersama....kenangan di pekana cabang 4 bukan sahaja mengimbau kenangan lalu namun.
Ya, pada masa itu 1960-an & 70-an adalah sisa-sisa masa yang begitu menyeronokkan...mendayung di tali air kg talak, cari anok ka'reng bulat (bende padi), bidah burung di kg puyok dan mengambil buah-buahan spt pauh, mokte dll yang di'pacar' tapi ternyata zaman remaja tak reti takut itu semua kan? lepas cedong atau 'buat padi' remaja, teruna, tua muda, kecik besar, tino jate...berduyun duyun menyaksikan roye kulit n dikir barat dale baroh padi di belake sekolah arab. selain kedai keling jual rojak n roti canai dan kedai eh hung hak jual bare runcit (penuh dengan penipuan) itu ada lagi rasanya kedai nasik berlauk rata riti dale pada tu jugak ada lagi nama-nama hak sinonim denge cabe 4 tu sediri serupo, mejo awe,abe sin janggut (tok wakil) kawase simpenge, tok gawo mat nor jal, tok ngulu mat dll... ...dan hari ini nama-nama dari cabe 4 telah tersebar keluar yang diwakili oleh asmui, hashim latiff, azli lee dan banyak lagi hak mungkin sy pun tak terhitung dan terlepas pandang. To: [email protected] From: [email protected] Date: Tue, 14 Jul 2009 13:29:35 -0700 Subject: { PESISIR } rindu itu sudah berlalu bangun pukul 3.30 pagi. buka laptop. kembali menulis seperti biasa. kisah lama hadir dalam ingatan. saat berada di daerah kelahiran. terkenangkan kisah zaman persekolahan. kisah mencedung padi di bendang kampung anal. bidah burung di banggol beta. makan buah cenerai. mencari buah kerian. menjaja nasi kerabu. seronok. makan jemput malas di warung pak la chabang empat. ada kenangan selepas makan jemput itu. tanya asmuin dan shafie. makan rojak di kedai jaki. macam-macam ada. pekan chabang empat kebanggaan kami. biarpun hanyalah sebuah pekan kecil yang serba kekurangan (cuma ada kedai roti canai mamat keling dan kedai runcit eh huang) namun kami tetap bangga dan itulah pekan terbaik buat kami ketika itu (tahun 60an) terjun sungai jal. mandi air parit selepas cari siput. dinasihatkan pasukan polis kerana mengambil upah menampal postal dan cogan pati musim pilihanraya. belajar betulkan percakapan bahasa inggeris dengan pelancong yang melawat sleeping buddha. macam-macam. pendek kata tersenyum sendirian mengenangkan saat itu. sesekali mengalir air mata teringatkan kepayahan bersekolah. apa pun masa itu sudah berlalu. rindu itu sudah jauh. cita-cita nak masuk maktab tentera. tidak kesampaian. nak jadi pegawai polis. pun tidak tercapai cita-cita itu. apa pun, kalau tidak dapat jadi orang hebat atau anak raja atau pemimpin sesiapa sahaja, jadilah penulis. alhamdulillah. rindu itu sudah berlalu. jadilah penulis, asalkan penulis yang terbaik. rakan-rakan tentu ada kisah menarik. jom! hilangkan boring dari kekangan kerja. sama-sama masuk ke dalam rumah rindu itu sudah lam berlalu. kalaupun karya itu bukan untuk dirterbitkan kepada umum, biarlah ianya dihidangkan kepada penulis pesisir, setidak-tidaknya group akan membaca dan tersenyum sendirian. _________________________________________________________________ Join the Fantasy Football club and win cash prizes here! http://fantasyfootball.malaysia.msn.com
