Wa’ Alakum salam wa Rahmatul Llah hi wa Barokatuh,
   
  Pak Dr. Saafroedin dan saudara/i sePelanta,
   
  Suasana yang kononnya maju kedepan tetapi berwajah ‘maju kebelakang’ yang 
setara 'terapung tak hanyut terendam tak basah' tidak boleh berlarutan lagi. 
Kalau berterusan padah nanti pada turunan mendatang. Malah, imbasan imbasan 
yang memundurkan Minang kini sudah mulai terasa pada kita semua.
   
  Pilihan kedua Pak Dr. itu sudah satu kewajaran. Pada keseluruhannya, untuk 
mampu menyesuaikan diri dan berjaya maju dalam suasana baru suatu masyarakat 
itu mesti membuat pilihan yang betul betul strategik. Salah satu kaedah 
semulajadi yang telah terjamin beruntung untuk kepentingan masa depan 
masyarakat ialah mampu menilai dan memilih meneruskan yang mana diantara nilai 
yang sedang dipegang dan lembaga yang masih berkhidmat. Tak kurang penting pula 
dalam memainkan peranan adaptasi melansungkan kejayaan kedepan ini ialah 
merancang secara berkesan, dan selalunya mengambil satu generasi untuk 
menampakkan keputusan/tangible results. 
   
  Saya kagum dengan strategic thingking para ulama’ dan mubaligh yang hidup di 
tahap peralihan/transition period pengembangan Islam di Sumatera amnya dan di 
Alam Minang khasnya. Yang menetap dan ingin melakukan perubahan di tanah Minang 
telah membuat pembacaan dan penelitian strategik Alam Minangkabau. Dari 
penelitian strategik ini mereka merumus beberapa kesimpulan yang menjadi peta 
pedoman/road mapping atau actional agenda membina Islam Minang.
   
  Adat adalah bersamaan dengan ‘ugama’. Adat sangat terunggul mengatasi segala 
galanya. Reason de^etre kewujudan Alam Minang itu terletak dalam beradat nya. 
Adat bukan boleh di jadi barang tawaran. Para muballigh mengerti tentang 
sensitivity orang Minang dalam soal adat. Para mubaligh mengerti kedudukan dan 
sejauh mana legitimasi hukum adat Minang dapat di terima oleh Sya’riah. Yang 
penting dilakukan ialah melakukan pembedahan saringan: yang tidak bertentangan 
dengan maqasid as Syari’ah dan mudharatnya minimal dan tidak menimbulkan 
keresahan yang keterlaluan/major and unnecessary disruption..  
   
  Mereka benar benar memahami struktur politik Alam Minang. Banyak dan 
beragamnya wilayah nagari tetapi ketiadaan struktur supra nagari. Ketiadaan ini 
meminta para mubaligh mencari jalan terbaik/menengah bagaimana menegakkan 
Islamic social order yang tidak bergantung dengan kaedah kekuatan politik 
pusat/methodology of central state authority. Ini satu cabaran mereka. Cabaran 
bagaimana merialisasikan dan menerapkan siyasah shar’iyyah dilingkungan 
tempatan yang bernama Alam Minangkabau. Kalau dilihat dari satu segi, walaupun 
ketiadaan supranagari, struktur berpolitik Alam Minangkabau lebeh bermirip 
kepada demokrasi dari bawah keatas. Walaupun begitu, para mubaligh tidak begitu 
tertarik menggunakan kaedah kekuatan politik. Di tahap peralihan, kaedah 
terbaik mungkin lebeh di titik beratkan perubah diri dan pengislam diri, dan 
kemudian keluarga terdekat, dan kemudian mengembang ke kumpulan di kampung. 
Apabila sudah kukuh di peringkat grassroot –ya’ni kumpulan yang mempungai
 anggota pemikiran bersama/like-minded personality and individuality, maka 
langkah selanjutnya sudah ke peringkat masyarakat Islam/Islamic community. 
Kutipan Christine Dobbin di perenggan bawah menjelaskan pendekatan fardiyyah di 
tahap peralihan ini.
   
  Struktur dan filsafah pendidikan surau telah berjaya mengukuhkan social order 
Hindu-Buddh di tanah Minang. Kecermerlangan dan kegemilangan keMinangkabauan 
dibina diatas sistem persurauan ini. Para mubaligh melihat bagaimana 
pengislaman surau dapat membantu penterapan nilai nilai Islam secara aman dan 
nyaman. Oleh kerana nilai dan pendekatan tasawwuf yang mula mula sampai di 
Sumatra, dan institusi yang di bawa bersama dengan zawiyah tarekat itu 
terutamanya dasar dan amalan ukhwah Islamiyyah, yang amat bersesuaian sekali 
dengan institusi surau, maka para mubaligh nampak kesamaan diantara sistem 
surau dan tarekat. Kesamaan ini di pergunakan sebaik baik mungkin menanam beneh 
keislaman di kampung kampung. Christine Dobbin dalam buku nya Islamic 
Revivalism in a Changing Peasant Economy menjelaskan hubungan tarekat dan 
surau, “These tarekat and their schools could fit into the existing surau 
system of Minangkabau without the least disruption, and so become an acceptable 
addition
 to village life in certain villages. The brotherhoods were adept at taking on 
a local colouring, and their stress on the inward condition of a man’s heart 
rather his acts and on the spiritual progress of the individual rather than the 
ethical demands of the ummat posed few problems for the host village, which 
need no way function as an Islamic community. Moreover, certain of the 
religious exercises carried out in the surau in the hope of receiving 
visions-the repetition of the names of God, singing, swaying to music etc.- had 
much in common with the way a village shaman attained a trance, and so 
continuity with village life was again preserved.” Penelitian dan pengamatan 
Christine Dobbin ini tidak jauh bedanya dengan strategic thingking para 
mubaligh. 
   
  Peranan bahasa bertulis Minang- bahasa Jawi tidak boleh kita lupakan ditahap 
peralihan ini. Pengislaman Alam Melayu, termasuk Minang, tidak akan maju kalau 
tidak dengan usaha mubaligh dan cerdik pandai membina bahasa Melayu Islam. 
Perbahasan ilmiyyah hidup kerna kemampuan bahasa tulisan baru ini. Cuba 
gambarkan bagaimana penglihatan orang Melayu, termasuk di Minang, melihat 
kemampuan ilmiyyah dan daya intelektual Melayu Islam yang sedang tumbuh 
menjiwai bumi mereka. Sudah pasti mereka kagum dan melihat sendiri bagaiman 
bahasa mereka telah mendapat mertabat baru. Bahasa lisan yang mereka hafal 
tidak dapat menandingi mutu bahasa tulisan yang baru muncul. Daya tarikan dari 
penciptaan bahasa tulisan baru ini sudah pasti membantu memesatkan dan 
melancarkan pengislaman Nusantara. Dalam satu atau dua generasi, wajah bahasa 
dan kesusasteraan Minang berubah total.   
   
  Dua kekuatan yang ada pada masyarakat Minang: adat dan berdagang. Berdagang 
mengandung erti menuntut ilmu dan atau kegiatan berniaga. Kata kata pekan dan 
pasar mempunyai hubugan erat mesra dengan perdagangan dan perekonomian di 
Minang. Darjah kemakmuran di Minang sesungguhnya dapat dibanggakan. Sistem 
perdagangan Minang menunjukkan adanya kemampuan economic specialization yang 
tinggi yang membolehkan Minang mempunyai kesinambungan kemakmuran/sustainable 
prosperity for long period of  time. Para mubaligh melihat strategi pengislahan 
pasar dan perdagangan bukan isu yang mesti di utamakan. Mereka melihat isu 
pasar dan perdagangan dalam konteks akhlaq pelakunya. Sebelum menjadi pelaku 
pasar mereka ini juga saorang manuasia. Da’wah para mubaligh, ketika itu, lebeh 
kepada persoalan peribadi/personality dan persorangan/individuality. Selesaikan 
persoalan diri dan kemaanusian. Para mubaligh masih belum ada kemampuan 
melakukan perombakan mendasar/ systemic economic and commercial
 reforms. 
   
  Apabila tahap peralihan berlalu, para mubaligh berhadapan dengan perubahan 
keadaan yang memerlukan serangkai/set of strategic thinking untuk terus maju 
mara. Bertukar fikiran mendalami dan memahami strategi perjuangan satu lumrah 
alam berorganisasi. Kita mesti maju selangkah kehadapan memahami suasana. Nabi 
Muhammad Rasul ul Llah senantiasa berfikir maju selangkah kehadapan. Ini adalah 
salah satu intisari berpolitik sunnah  Rasul yang wajib kita belajar. Para 
mubaligh mengerti intisari ini. Sebab itu fikiran mereka senantiasa maju.
   
                    Diatas saya paparkan beberapa gambaran tentang strategic 
thingking para mubaligh dizaman peralihan. Mereka telah berbuat sedaya upaya 
meng- gol-kan beberapa rumasan yang disefakati bersama. Kini di abad kedua 
puluh satu. Set of strategic thinking yang digunakan di zaman peralihan dahulu 
sudah berubah.  Kini, kepada yang senantiasa berfikir untuk masa depan bangsa 
Minang, akan bertukar fikiran untuk mencari baru set of strategic thinking yang 
diperlukan untuk maju kedepan, bukan maju kebelakang. Banyak persoalan yang 
perlu di cairkan. Kepada pemikir pemikir dan penggiat Minang renaissance kita 
ucapkan selamat maju jaya.


"Dr.Saafroedin BAHAR" <[EMAIL PROTECTED]> wrote: Assalamualaikum w.w. Bung 
Erwin,
   
  Jika kita renungkan baik-masalah yang sudah, sedang, dan akan dihadapi oleh 
masyarakat Minangkabau -- khususnya di Ranah -- cepat atau lambat kita akan 
sampai pada kesimpulan bahwa masalah dasar Minangkabau adalah bagaimana 
mengkonsolidasikan demikian banyak perubahan -- bahkan goncangan -- sosial yang 
terjadi sejak Perang Paderi 1803-1838, untuk kemudian menghadapkannya kepada 
tantangan yang kita hadapi hari ini dan dalam tahun-tahun mendatang. Surau 
merupakan salah satu institusi Minangkabau yang telah, sedang, dan akan terus 
menghadapi perubahan dan goncangan ini.
   

  
       
---------------------------------
Looking for last minute shopping deals?  Find them fast with Yahoo! Search.
--~--~---------~--~----~------------~-------~--~----~
===============================================================
Website: http://www.rantaunet.org
===============================================================
UNTUK SELALU DIPERHATIKAN:
- Selalu mematuhi Peraturan Palanta RantauNet lihat di 
http://groups.google.com/group/RantauNet/web/peraturan-palanta-rantaunet
- Hapus footer dan bagian yang tidak perlu, jika melakukan reply.
- Posting email besar dari >200KB akan di banned, sampai yang bersangkutan 
menyampaikan komitmen akan mematuhi Tata Tertib yang berlaku.
- Email attachment, DILARANG! Tawarkan kepada yang berminat dan kirim melalui 
jalur pribadi.
===============================================================
Berhenti, kirim email kosong ke:
[EMAIL PROTECTED]

Webmail Mailing List dan Konfigurasi teima email, lihat di:
http://groups.google.com/group/RantauNet/subscribe
Dengan terlebih dahulu mendaftarkan email anda pada Google Account di
https://www.google.com/accounts/NewAccount

-~----------~----~----~----~------~----~------~--~---

Kirim email ke