Re: Help Palestine [hidayahnet] Ceramah Us NurSalam alHafiz 22 Feb Seremban

2010-02-26 Thread zulkifli poon
assalam...wbt semua.
 
baik benar berita yg yg kita dpt ni...saya dah lama tak dengar beritanya dan 
ceramahnya.
rasa tak mau lepaskan peluang keemasan yg ada ni...tak silap saya hampir 25 
tahun. moga umurkita panjang
 
jika dpt penaja nya punya hand phon number boleh tak bagi saya... dan berapa 
lama beliau akan berada di sini... tak ada ke progrem dia utk ke johor. En 
Rozmal tolong hubungai saya atau buat miss call kat saya
(number di bawah) nanti saya call balik.
 
terimakasih dgn Info yg di emailkan.
 
zulpoon
0197239955
 


--- On Fri, 2/19/10, roz...@yahoo.com  wrote:


From: roz...@yahoo.com 
Subject: Help Palestine [hidayahnet] Ceramah Us NurSalam alHafiz 22 Feb Seremban
To: "Ikhwanul Muslimun" 
Date: Friday, February 19, 2010, 8:58 AM


 



CERAMAH AGAMA
Tarikh : 22 Febuari 2010 / Isnin
Tempat : Surau Taman Bukit Margosa , Ampangan , Seremban
Masa : Selepas Solat Mahgrib

Penceramah :
Ustaz Drs Nur Salam Abd Mutalib Al-Hafiz , Mudir Ma’ahad Tahfiz Darul Hufaz 
Lampung , Indonesia

Semua Dijemput Hadir

Maklumat lanjut di http://czackpy. blogspot. com









  

Help Palestine [hidayahnet] Syarat Ibadah Dalam Islam

2010-02-26 Thread Alex Kibadachi
 Syarat Ibadah Dalam islam

Mengenal Islam - Dasar - Dasar Islam
DITULIS OLEH SYEKH MUHAMMAD BIN SHALEH AL UTSAIMIN

Ibadah dalam ajaran Islam bukanlah suatu ibadah yang dibuat-buat. Ibadah dalam 
Islam haruslah mutaba'ah (mengikuti Nabi Muhammad saw) dan tidak akan tercapai 
kecuali sesuai dengan syari'at Islam dan terpenuhinya syarat-syarat berikut :
Sebab
Apabila suatu Ibadah dilakukan kepada Allah swt dengan tanpa sebab yang tidak 
disyariatkan (misalnya mengada-ada), maka ibadah tersebut adalah bid'ah dan 
tidak akan diterima atau tertolak.
Sebagai contoh ialah bila seseorang shalat tahajjud pada malam dua puluh tujuh 
Rajab dengan dalih pada malam tersebut Rasulullah saw bermi'raj.
Shalat Tahajjud adalah ibadah, namun karena dikaitkan dengan sebab tersebut 
maka menjadi bid'ah. Karena ibadah tadi didasarkan atas sebab yang tidak 
disyari'atkan oleh Islam. Syari'at ini yaitu : Ibadah harus sesuai dengan sebab 
syar'i adalah penting , karena dengan demikian dapat diketahui beberapa macam 
amal yang dianggap sunnah, namun sebenarnya adalah bid'ah
Jenis
Ibadah harus sesuai dengan jenis yang disyari'atkan , jika tidak maka ibadah 
tidak akan diterima.
Sebagai contoh seseorang yang menyembelih kuda untuk kurban.
Hal ini dianggap tidaklah sah, sebab yang hewan yang boleh dijadikan kurban 
ialah unta, sapi dan kambing maka penyembelihan kuda tersebut sebagai kurban 
tidaklah sah karena menyalahi syari'at dalam jenisnya
Selengkapnya di : 
http://www.rumahislam.com/kenal-islam/29-basic-islam/957-syarat-ibadah-dalam-islam.html
 
Rumah Islam - Mari Bersama Belajar dan Membangun Islam
http://www.rumahislam.com/
tafsir, hadis, aqidah, dasar islam, akhlak, adab, syariah, fiqih, sejarah, 
istilah dan berbagai hal tentang islam



  Berselancar lebih cepat. Internet Explorer 8 yang dioptimalkan untuk 
Yahoo! otomatis membuka 2 halaman favorit Anda setiap kali Anda membuka 
browser. Dapatkan IE8 di sini!
http://downloads.yahoo.com/id/internetexplorer

Help Palestine [hidayahnet] Wabak DENGGI, Bala atau apa ?

2010-02-26 Thread Rozmal bin Malakan
Disamping menjaga kebersihan rumah dan tempat kerja, umat Islam harus berdoa 
pada ALLAH swt agar dijauhkan dari bala dan wabak penyakit ini. Antara doanya 
terdapat di 
http://hjmohdmurtadza.blogspot.com/2009/04/doa-keselamatan-daripada-wabak.html 

Kerajaan juga harus memantau projek terbengkalai seperti di 
http://pasns.blogspot.com/2010/02/projek-tahi-kerajaan-bn-di-nsembilan.html 

 
Berita Harian 23 Feb 2010 
144 kes demam denggi dikesan

SEORANG penduduk menunjukkan longkang yang tersumbat dan jadi tempat biak aedes.

RASAH: Sebanyak 144 kes demam disyaki denggi dikesan di negeri ini, termasuk 12 
kes denggi berdarah dengan 28 daripada mangsa, berusia bawah 19 tahun, termasuk 
kanak-kanak, sepanjang Januari lalu. 

Walaupun tiada kematian dicatatkan, secara purata kes demam denggi di negeri 
ini menunjukkan peningkatan ketara. 

Situasi itu turut membimbangkan penduduk di Taman Rasah Jaya apabila kawasan 
perumahan mereka menjadi antara tempat pembiakan nyamuk akibat sistem 
perparitan yang kurang sistematik menyebabkan air tidak dapat mengalir. 

Tinjauan Berita Harian ke taman perumahan lama itu mendapati kebanyakan 
longkang tidak dapat mengalirkan dengan lancar, menyebabkan air bertakung. 
Lebih memburukkan keadaan, longkang itu juga dijadikan tempat pembuangan sampah 
oleh segelintir penduduk yang tidak bertanggungjawab. 

Difahamkan, beberapa penduduk di taman itu dijangkiti demam denggi dan Jabatan 
Kesihatan Daerah Seremban membuat semburan asap setiap minggu. 

Penduduk, Rabiah Ahmad, 61, berkata setiap minggu wakil Jabatan Kesihatan 
datang melakukan semburan asap namun tidak secara menyeluruh. 

"Mereka hanya membuat semburan di bahagian hadapan rumah dan jalan tertentu, 
bukannya keseluruhan tempat terutamanya di bahagian belakang rumah dan 
longkang. 

"Kami sudah memaklumkan masalah ini kepada pihak berkuasa tetapi tiada tindakan 
diambil dan mereka masih melakukan perkara sama," dakwanya. 

Penduduk, Wong Teck Kong, 66, berharap pihak berkuasa tempatan dapat membaiki 
longkang di kawasan itu supaya lebih sistematik dan dapat mengalir seperti 
biasa. 

"Kami hanya mampu membersihkannya, tetapi ia akan tetap tersekat di sesetengah 
kawasan dan menyebabkan air bertakung lama serta menjadi tempat pembiakan 
nyamuk. 

"Ini adalah taman perumahan lama, kebanyakan kemudahan di sini tidak lagi 
diselenggara dengan baik dan ada yang sudah rosak. Apa yang kami harapkan, 
pihak berkuasa dapat membaiki kerosakan ini demi kemudahan semua pihak," 
katanya. 

Penduduk, Jaafar Budin, 71, berkata taman yang sudah berusia 27 tahun itu 
sememangnya banyak menimbulkan masalah kerana banyak kemudahan yang sudah 
rosak, malah ada rumah di taman itu tidak lagi diduduki dan dibiarkan kosong. 

"Masalah seperti itu adalah punca nyamuk banyak di kawasan ini dan kami 
berharap pihak berkuasa tempatan dapat bekerjasama membantu kami membaiki 
infrastruktur di sini," katanya. 

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Tuesday/Wilayah/20100223014003/Article/index_html
 



  


Help Palestine [hidayahnet] Adun Gombak Meraikan Masyarakat Thioghua sempena Gong Xi Fa cai

2010-02-26 Thread Khaulah Azwar
 

Gombak – Tembok pemisah yang dibina oleh Umno / Barisan Nasional antara PAS dan masyarakat Cina di Malaysia telah tumbang dan tidak membuahkan hasil untuk memecah belahkan perkauman dengan mengadakan berbagai fitnah dan provokasi terhadap parti PAS/PR pada masa kini.

Ia bermula pada detik pilihanraya umum yang lalu sehingga kini apabila pilihanraya kecil diadakan ramai masyarakat Tionghua mengibarkan bendera PAS dan melilitkan bendera dibadan mereka dimana, ketika itu DAP sudah berani mengambil dan mengibarkan bendera PAS dan boleh menerima perjuangan dan memahami perjuangan PAS.

Perkara ini dinyatakan oleh beberapa orang masyarakat Tioghua kepada wartawan PKM Dun Gombak Setia sempena meraikan Tahun baru cina  yang telah diadakan oleh YB Dato’ Hasan Bin Mohamed Ali Exco Kerajaan Negeri Selangor/ Adun Gombak Setia bersama saf-saf pimpinan PAS Gombak, Ahli Majlis MPS Zon Gombak, Ketua-Ketua  Kg, Nazir Masjid Gombak, baru-baru ini.

Dalam perutusan meraikan Tahun Baru Cina baru-baru ini,  YB Dato’  menyatakan “Dalam Arena Politik masa kini, jelas kelihatan  masyarakat Tionghua tempatan telah memainkan peranan yang penting dalam membentuk dan mempengaruhi lanskap politik baru di Malaysia. Semoga  dengan dokongan kaum-kaum lain termasuklah orang-orang Melayu dan India, kita  bersama-sama memberikan harapan baru ke arah lahirnya nanti satu negara Malaysia yang lebih Adil, Bersih  dan Aman buat semua”.

Oleh itu, pimpinan PAS dipelbagai peringkat sedang giat merancang dan menjalankan pelbagai aktiviti meraikan ketibaan Tahun Baru Cina, Bersama masyarakat Cina setempat.

YB Dato’, saf  pimpinan PAS Gombak, kakitangan  PKM Dun Gombak Setia dan Sri Gombak  bersama Kelab Penyokong PAS dari kalangan kaum China telah mengadakan makan bersama rakyat sempena kedatangan Tahun Baru Cina.

Kelihatan begitu ramai penduduk tempatan dari kalangan masyarakat China telah diraikan dan tidak dapat dikira kerana dewan perkarangan pasar Tani Moden Sri Gombak telah dipenuhi oleh rakyat sekitarnya.
YB Dato’  Hasan berkata, beliau begitu sukacita dengan kehadiran yang ramai, melebihi luar jangkaan.

“Saya minta maaf, kalau ada yang tidak dapat limau, saya beli sebanyak 250 kotak limau, kad yang dicetak sebanyak 3000 keping kad sudah habis, sebab saya jangka hanya 250 orang akan hadir, tapi sekarang sudah melebihi orang, walaubagaimanapun saya janji tahun akan datang kita akan buat lebih meriah dan semua orang akan dapat limau, kad, angpow. Terima kasih kerana sudi hadir dan sentiasa memberi sokongan padu bersama pihak kami (PAS/PR) dan saya ucapkan buat semua “Gong Xi Fa Cai” ujar YB Dato’  ketika berucap dalam majlis tersebut.

Selain memberi limau, kad, mengadakan tarian naga ,YB Dato’ juga telah mengagihkan angpow kepada semua yang hadir,   yang sudah menjadi lambang sambutan perayaan tersebut. Jelas kelihatan kegembiraan hati mereka terutamanya anak-anak kecil yang menerima angpow.

Setelah meraikan Tahun Baru Cina, beliau terus menjalankan tanggungjawabnya di Sek. Al-Amin Gombak untuk menyampaikan CF kepada sekolah berkenaan.
KOLEKSI FOTO








Editor : Khaulah Azwar
 
http://khaulah-azwar.blogspot.om/
   



  

Help Palestine [hidayahnet] Minyak naik 1 Mei, umum Mac 2010

2010-02-26 Thread Rozmal bin Malakan
Dari laman web paultan.org :

- Mekanisma subsidi petrol akan diumum pada Mac 2010.
- Beli petrol pada harga subsidi dengan menggunakan Mykad. Pemilik kenderaan 
berdaftar hanya dapat subsidi untuk satu kenderaan sahaja.
- Sistem ini diuruskan oleh Maybank
- Ujian mekanisma ini akan dijalankan pada hujung Mac atau April
- Hanya dapat subsidi 200 ke 300 liter sebulan bergantung pada kapasiti enjin
- Enjin 2000 cc ke atas tiada subsidi
- Kereta syarikat tiada subsidi
- Bila subsidi habis digunakan untuk sebulan, pemilik kenderaan beli petrol 
pada harga tanpa subsidi iaiti RM 2.10 seliter untuk RON95.
- Harga RON95 bersubsidi mungkin akan naik pada RM 1.90 seliter.
- Harga RON97 tanpa subsidi mungkin naik pada RM 2.50 seliter.

Sumber : 
http://paultan.org/2010/02/22/details-on-may-1st-new-fuel-subsidy-system-to-be-revealed-in-march-2010/
 

APA YANG PENGGUNA HARUS LAKUKAN 
Cadangan : 
- Jika ada lebih dari satu kenderaan, tukar milik kenderaan pada nama isteri, 
anak-anak dan lain-lain, supaya setiap kenderaan dapat subsidi.
- Sesiapa yang beli kereta belum tukar nama urusakan tukar nama segera untuk 
dapatkan subsidi.
- Kalau ingin tukar kereta , guna kereta cc rendah atau guna motosikal.
- Desak majikan atau kerajaan menaikkan tuntutan elaun petrol untuk tugas 
rasmi, kerana subsidi petrol sebulan 200 ke 300 liter hanya untuk kegunaan 
peribadi.
- Pastikan cip Mykad berfungsi.
- Beri kesedaran kepada sanak saudara, jiran tetangga dan sahabat taulan 
mengenai mekanisma baru ini agar mereka membuat persediaan awal untuk 
menghadapi kenaikan harga petrol dan mekanisma baru penjualan petrol.



  


Help Palestine [hidayahnet] [TAZKIRAH] Tarikh sebenar hari kelahiran Nabi Muhammad s.a.w

2010-02-26 Thread Lenggang Kangkung
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

Puji-pujian bagi Allah Subhanahu wata’ala, selawat dan salam keatas
junjungan kita Nabi Muhammad Sallaahu 'alaihi wasallam serta para
sahabatnya.

Di antara cuti umum yang ditetapkan oleh pihak kerajaan Malaysia ialah
pada 12hb. Rabiul Awwal kerana ia dianggap sebagai hari kelahiran Nabi
Muhammad SAW (Maulidur Rasul).

Pihak Darul Quraan Was Sunnah berasa bertanggungjawab untuk
membincangkan persoalan ini demi memperbetulkan tarikh lahir Baginda
SAW yang ditetapkan sebagai cuti umum itu kerana tidak ada ertinya kita
merayakan sesuatu hari jika ia tidak menepati hari yang dimaksudkan itu
dengan tepatnya. Apalagi kalau diterima juga tarikh wafat Nabi SAW
sebagaimana dipercayai umum pada 12hb. Rabiul Awwal.

Keadaan ini tentunya menimbulkan satu konflik di dalam jiwa masyarakat
yang mana di satu pihak mereka merayakan kelahiran Nabi SAW dan
bergembira kerananya sedangkan di pihak lain pula pada hari yang sama
sepatutnya mereka bersedih dan tidak boleh merayakan hari tersebut
kerana ia juga merupakan hari kewafatan Nabi SAW. Jadi di manakah
adanya kewajaran masyarakat merayakan Maulidur Rasul yang juga
merupakan hari
perkabungan-nya?

Di samping itu angka 12 yang dipilih untuk hari lahir dan hari wafat
Nabi SAW berkemungkinan besar berpunca daripada Syiah Imam Dua Belas.
Justeru angka 12 ini bagi mereka merupakan angka sakti yang mereka
kaitkan sekian banyak keistimewaan dengannya. Apalagi jika orang yang
mula-mula mempopularkan tarikh ini adalah Ibnu Ishaq yang juga seorang
Syiah. (Taqribut Tahdzib, Al Hafiz Ibnu Hajar al-Asqalani, jld. 2, hal.
144)

Pendapat yang menyatakan bahawa Nabi SAW dilahirkan pada 12hb. Rabiul
Awwal itu walaupun masyhur tetapi ia berasaskan riwayat yang lemah
kerana ia berpunca daripada Ibnu Ishaq seperti mana yang diriwayatkan
oleh Ibnu Hisyam di dalam kitab sirahnya.

Menurut ulama-ulama rijal hadis, Ibnu Ishaq selain dianggap sebagai
seorang syiah, dia juga seorang yang lemah dalam riwayat-riwayatnya.
Imam Nasa'i mengatakan bahawa dia tidak kuat. Daraqutni mengatakan
hadisnya tidak boleh menjadi hujjah. Imam Abu Daud ada berkata, "Dia
adalah seorang yang berfahaman Qadariah dan Mu'tazilah."

Imam Sulaiman At-Taimy, Hisyam bin Urwah, Yahya bin Sa’id Al-Qatthan
dan Imam Malik mengatakan dia seorang pendusta besar. Malah Imam Malik
pernah berkata, "Dia seorang dajjal". (Mizanul I’tidal, Imam Zahabi,
jld. 3, hal. 468-475). Ibnu Ishaq sendiri tidak menyebutkan sanad-sanad
tempat ambilannya.

Pendapat yang sahih dan kuat bagi tarikh kelahiran Baginda ialah pada
hari Isnin, 9hb. Rabiul Awwal Tahun Gajah. Di antara ulama yang
berpendapat sedemikian ialah Humaidi, Uqail, Yunus bin Yazid, Ibnu
Abdillah, Ibnu Hazam, Muhammad bin Musa Al-Khuwarazmi, Abul Khattab
Ibnu Dihyah, Ibnu Taimiyyah, Ibnu Qayyim, Ibnu Kathir, Ibnu Hajar dan
Badruddin 'Aini. (Al Bidayah wa An Nihayah, jld. 2, hal. 260-261).

Pendapat ini juga disokong oleh penyelidikan yang dibuat oleh seorang
ahli falak yang terkenal iaitu Mahmud Pasya yang cuba menentukan tarikh
gerhana matahari dan gerhana bulan yang berlaku semenjak zaman Nabi SAW
hingga ke zaman beliau. Berdasarkan kajian beliau, hari Isnin tidak
mungkin bertepatan dengan 12hb. Rabiul Awwal mengikut perkiraan
bagaimana sekalipun bahkan hari Isnin pada bulan berkenaan Rabiul
Awwal) jatuh pada 9 haribulan. Beliau mengemukakan beberapa alasan
untuk menyokong hasil kajiannya.

Antara alasan-alasan yang dikemukakan oleh Mahmud Pasya ialah:

· Dalam Sahih Bukhari disebut ketika anak Rasulullah SAW iaitu Ibrahim
wafat, telah berlaku gerhana matahari iaitu pada tahun ke 10 Hijrah dan
Nabi Muhammad SAW ketika itu berusia 63 tahun.

· Berdasarkan kaedah kiraan falak, diketahui bahawa gerhana matahari
yang berlaku pada tahun 10H itu adalah bertepatan dengan 7hb. Januari
632M pukul 8.30 pagi.

· Berdasarkan kepada kiraan ini, sekiranya kita undurkan 63 tahun ke
belakang mengikut tahun qamariah, maka kelahiran Nabi SAW jatuh pada
tahun 571M. Berdasarkan
kira-kira yang telah dibuat beliau, 1hb. Rabiul Awwal menepati 12hb.
April 571M.

· Perselisihan pendapat berlaku tentang tarikh kelahiran Nabi SAW,
walau-bagaimanapun semua pihak telah sepakat mengatakan ia berlaku pada
hari Isnin bulan Rabiul Awwal.

Mereka hanya berselisih tentang tarikh di antara 8 hingga 12 haribulan
dalam bulan Rabiul Awwal tersebut. Tetapi Mahmud Pasya mendapati hari
Isnin jatuh pada 9hb. Rabiul Awwal bersamaan 20hb. April 571M. Ini
menguatkan lagi pendapat ulama-ulama muktabar yang telah disebutkan di
atas. Di antara penulis sirah mutaakhir yang menyokong pendapat ini
ialah Syeikh Muhammad Al Khudhori Bik di dalam Nurul Yaqin (hal. 6),
Safiyyul Rahman Al Mubarakpuri di dalam Ar Rahiqul Makhtum (hal.
54), 'Allamah Sibli Nu'mani di dalam Siratun Nabi (jld. 1, hal. 176),
Maulana Abul Kalam Azad di dalam Rasul Rahmat (hal. 37) dan lain-lain.

Berhubung dengan tarikh wafat Nabi Muhammad SAW pula, beberapa perkara
yang telah diterima oleh ulama hadis dan sir

Help Palestine [hidayahnet] Apa sudah jadi Perpustakaan Awam N.Sembilan ?

2010-02-26 Thread Suara N9
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan tiada campur tangan kerajaan 
negeri dalam urusan menaik taraf bangunan Perpustakaan Awam Negeri, di sini, 
yang menelan belanja RM3 juta untuk dijadikan pejabat sekretariat yang turut 
menempatkan pejabat Menteri Besar yang baru.
SUMBER : HARIAN METRO, 07 MAC 2007 
http://bpms.moi.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=11017 

Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan telah ditubuhkan pada tahun 1974, 
dibawah Enakmen Perpustakaan Awam Negeri Bil. 6 Tahun 1974 dan dikuatkuasakan 
pada tahun 1978. Bangunan Wisma Umno yang terletak di Jalan Dato' Sheikh Ahmad, 
Seremban telah diubah suai dan dijadikan Perpustakaan Negeri.
http://cmslib.uum.edu.my/psb/index.php?option=com_linkdirectory&task=detail&id=125&Itemid=125
 

Sejumlah RM10.0 juta diperuntukan di bawah P57 untuk aktiviti pengambilan tanah
termasuk juga untuk pembinaan Bangunan Perpustakaan Awam Negeri yang baru dan 
bagi tujuan pembinaan Balairaya dan Dewan Orangramai antaranya di Kg. Pachitan 
dan Pasir Panjang Port Dickson.
http://www.ns.gov.my/portal/rangundang.pdf 

Cadangan Pembinaan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan, Seremban, Negeri Sembilan
Tarikh Iklan: 27/09/2007
Tajuk: Cadangan Pembinaan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan, Seremban, Negeri 
Sembilan
http://www.kkr.gov.my/ms/node/8725 

Menyedari situasi itu, Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan (PPANS) 
mengambil inisiatif dengan membuat perubahan serta memperkenalkan konsep ceria, 
santai dan selesa di premis barunya di Wisma Umno Jalan Datuk Sheikh Ahmad di 
sini.
http://ocps.mpsj.gov.my/cms/documentstorage/com.tms.cms.document.Document_456abd7a-a020f414-1d913640-f867a3cb/News%20on%2030th%20April%202007.doc
 





  


Help Palestine [hidayahnet] Ceramah Us NurSalam alHafiz 22 Feb Seremban

2010-02-26 Thread zulkifli poon
 
 
assalam...wbt saudaraku,
 
jika ada sesiapa simpan koleksi ceramah berbentuk apa sekalipun harap boleh lah 
berkongsi dgn saya. hubungai saya di 0197239955
 
mohon jasa baik saudaraku sekalian.
 
wasalam...wbt
zulpoon

--- On Fri, 2/19/10, roz...@yahoo.com  wrote:


From: roz...@yahoo.com 
Subject: Help Palestine [hidayahnet] Ceramah Us NurSalam alHafiz 22 Feb Seremban
To: "Ikhwanul Muslimun" 
Date: Friday, February 19, 2010, 8:58 AM


 



CERAMAH AGAMA
Tarikh : 22 Febuari 2010 / Isnin
Tempat : Surau Taman Bukit Margosa , Ampangan , Seremban
Masa : Selepas Solat Mahgrib

Penceramah :
Ustaz Drs Nur Salam Abd Mutalib Al-Hafiz , Mudir Ma’ahad Tahfiz Darul Hufaz 
Lampung , Indonesia

Semua Dijemput Hadir

Maklumat lanjut di http://czackpy. blogspot. com









  

Help Palestine [hidayahnet] Flat guru di Sabah bocor teruk, tiada elektrik

2010-02-26 Thread Suara N9
Masalah bumbung flat guru bocor

TENOM: Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) 
Kemabong merayu agar Kementerian Pelajaran mengatasi masalah kebocoran bumbung 
flat guru sekolah itu.

Yang Dipertua PIBG SMK Kemabong Sukimin Rukini berkata, kebocoran bumbung flat 
guru itu menyebabkan tingkat 4, tiga blok bangunan itu terpaksa dikosongkan 
lebih tiga tahun yang lalu.

Berikutan keadaan itu katanya, ramai guru terpaksa menyewa rumah kerana 12 unit 
(lot) di tingkat 4, tiga blok bangunan itu tidak boleh dihuni kerana basah 
apabila hujan.

“Kerana simpati dengan masalah yang dihadapi oleh sebahagian guru di sekolah 
ini, PIBG merayu Kementerian Pelajaran agar menangani masalah ini dan memberi 
keutamaan kerana ia amat mendesak,” kata Sukimin.

Menurut Sukimin masalah itu telah dikemukakan oleh pihak sekolah kepada Jabatan 
Pelajaran dan Kementerian Pelajaran tetapi tidak diambil perhatian menyebabkan 
keadaan bangunan itu semakin usang.

“Kita tidak menuding jari kepada sesiapa berhubung masalah yang sudah 
berlarutan ini tetapi apa yang penting Kementerian Pelajaran perlu melihatnya 
dan bertindak segera mengatasinya,” jelas Sukimin.

Sukimin yang juga Pemimpin Kemajuan Rakyat (PKR) Kemabong berkata, masalah itu 
perlu diatasi segera untuk keselesaan guru-guru.

Selain masalah kebocoran bumbung di tiga blok flat guru itu, bekalan elektrik 
melalui kabel bawah tanah di sebuah blok flat guru itu terputus.

Masalah itu juga sudah sekian lama dikemukakan kepada pihak yang berkenaan 
tetapi ia tidak ditangani dengan lebih serius.

Bagi mengatasi masalah itu kata Sukimin, guru-guru yang menghuni flat itu 
terpaksa membuat sambungan tenaga elektrik di bangunan sekolah yang sepatutnya 
tidak dibenarkan.

“Memang cara penyambungan itu menyalahi perundangan tetapi “apa boleh buat” 
itulah satu-satunya cara mengatasi masalah bekalan elektrik penghuni satu blok 
flat guru itu. Jika tidak bangunan itu terpaksa dikosongkan” kata Sukimin.

New Sabah Times yang membuat tinjuan di tingkat 4, flat guru itu mendapati 
siling bangunan rosak teruk selain lantainya dicemari dengan najis burung 
layang-layang dan pipit pekan yang menjadi penghuni bangunan yang dikosongkan 
itu.

Selain itu, keseluruhan tiga blok flat guru dan bangunan lain kelihatan sudah 
usang dan perlu penyelenggaraan dengan kadar segera.

Amat menyedihkan lagi, tangki air dan batang paip di seluruh bangunan itu sudah 
bertegar dan perlu diganti kerana ia dikhuatiri menjejaskan kesihatan 
penghuninya.

Guru-guru yang ditemui enggan memberi komen walaupun tidak selesa dengan 
keadaan itu.

Sumber : 
http://paingagaudemokrasimalaysia.blogspot.com/2010/02/masalah-bumbung-flat-guru-bocor.html






Help Palestine [hidayahnet] Komunikasi Efektif

2010-02-26 Thread Hasan Abdurrahim
http://www.dakwatuna.com

Komunikasi Efektif

Oleh: Tim dakwatuna.com


dakwatuna.com – Kehidupan selalu ditandai dengan konflik dan
pertentangan. Pertentangan ini mungkin bukan pertentangan yang
bersifat fisik dan anarkis. Pertentangan juga bisa berupa situasi di
mana dua orang atau lebih memiliki pandagan yang sama sekali berbeda,
keinginan-keinginan yang berbeda, atau tujuan-tujuan yang tidak sama
dan masing-masing berusaha untuk mendapatkan apa yang mereka inginkan.

Sebagaimana dalam sebuah pertempuran, setiap prajurit harus tahu
senjata apa yang ia miliki, dan kapan harus memanfaatkannya. Namun,
senjata bukan segala-galanya. Ingat ungkapan “the man behind the gun”.
Senjata tanpa kemampuan atau kompetensi orang di belakangnya dapat
amat berbahaya. Kita perlu memanfaatkan kekuatan-kekuatan yang ada
dalam diri kita dan mendesakkannya terhadap kelemahan-kelemahan lawan.
Jangan kita masuk dalam situasi di mana kita hanya dimanfaatkan oleh
kekuatan lawan.

Ada sebuah ungkapan menarik dari J. Robert Parkinson, seorang ahli
organisasi dan manajemen yang menegaskan:

“Jangan pernah menendang seekor kangguru.”

Dalam soal tendang-menendang, seekor kangguru tentu jauh lebih baik
dari kita. Karena itu, bila kita ikut kontes tendang-menendang dengan
seekor kangguru, tentu kita akan kalah; sama sekali tidak masuk akal.
Hal itu bukan berarti kita menghindari konflik atau pertentangan. Itu
hanya berarti kita harus tahu lebih baik daripada sekedar memilih
tendangan sebagai senjata. Pilih, rencanakan, dan pikirkan sebelumnya,
agar kita dapat menentukan aturan mainnya, maka kita tidak akan
terpaku pada permainan tendang-menendang dengan seekor kangguru.

Beberapa hal yang harus diketahui, agar komunikasi lebi efektif:

1.  Mempengaruhi orang lewat perjumpaan (negosiasi)

Sebelum merencanakan taktik dan strategi dalam mempengaruhi, hal yang
sangat penting harus dilakukan adalah menyatakan dengan
sejelas-jelasnya apa yang kita inginkan. Paksa diri kita untuk
menulisnya. Kita mungkin bisa membohongi diri sendiri, tapi kita tidak
dapat berbohong pada kertas putih. Tanpa ada tujuan yang jelas, kita
tak mungkin mengetahui apakah kita sudah mencapainya atau belum. Kita
juga sulit menentukan strategi apa yang tepat untuk mencapai tujuan
tersebut.

Ibarat mengendarai sebuah mobil. Jika kita tidak memiliki tujuan yang
pasti, maka sebenarnya tidak ada bedanya jalan manapun yang kita lalui
dan seberapa cepat kita mengendarai mobil tersebut. Kita hanya akan
menghamburkan banyak waktu, tenaga, dan bahan bakar. Kita tidak akan
mencapai apa-apa. Mulai sekarang kita harus berprinsip:

“apapun yang kita lakukan, lakukan hal itu atas dasar tujuan.”

Kebiasaan salah yang kerap dilakukan dalam proses negosiasi adalah
terlalu luas dan general dalam menentukan tujuan. Karena luasnya,
hingga tujuan tersebut tidak dapat dijalankan. Ingatlah ungkapan:

“Setiap perjalanan ribuan kilometer harus dimulai dengan satu langkah pertama.”

Ketika kita menggambarkan tujuan yang kita ingin capai, anggap
pernyataan itu seakan-akan sebagai satu langkah, dan bukan seluruh
perjalanan itu. Kita perlu menentukan apa yang ingin kita capai
sekarang, dengan orang tertentu, pada pertemuan tertentu ini, dalam
pembicaraan ini.

Dalam melangsungkan pertemuan untuk bernegosiasi, ada beberapa saran
pokok yang kiranya penting dijadikan perhatian:

Pertama, bayangkan pertemuan tersebut di benak kita. Persiapkan
sebelumnya dengan menuliskan skenario yang mungkin kita masuki, tapi
jangan terlalu kaku berpegang padanya kata demi kata. Kalau kita
terlalu kaku, kita akan dihadapkan pada kebingungan jika lawan
memberikan tanggapan yang lain dari yang kita skenariokan. Lebih baik
kita memikirkan pokok-pokok perkara yang kiranya akan dikemukakan oleh
pihak lain (lawan) dalam memberikan reaksi dan kemudian memberikan
urutan perkara yang ingin kita kemukakan.

Setelah itu cobalah untuk mem-visualisasikan dimana pertemuan itu
berlangsung. Apakah kita akan berdiri di podium? Duduk di meja? Di
kantor pribadi atau di kantor lawan bicara kita?. Cobalah bayangkan!
Pikirkan dalam-dalam cara yang kita mau dan situasi yang kita masuki
sebelum kita  mempraktekkannya dalam perjumpaan riil. Kendalikan
pertemuan tersebut sesuai dengan rencana yang kita buat. Dengan
begitu, kita dapat memenangkan menit-menit atau detik-detik pertama
yang amat penting dalam pertemuan tersebut. Amat mungkin bahwa lawan
kita tidak melakukan proses mental semacam itu, sehingga situasi
aktualnya akan merupakan sesuatu yang benar-benar baru baginya, maka
kita akan lebih diuntungkan.

Kedua, rencanakan faktor-faktor kebetulan. Contoh sederhana, suatu
saat kita membayangkan bertemu seorang pria, namun kenyataannya ia
adalah seorang wanita. Karena itu, ketika mengembangkan sebuah
rencana, pastikan bahwa rencana itu mencakup hal-hal kebetulan yang
mungkin akan terjadi tetapi belum dapat anda prediksi. Tegasnya,
“Jangan membiarkan apapun ditentukan oleh faktor kebetulan. Jangan
mengandaikan apa-apa tanpa kita selidiki dan

Re: Help Palestine [hidayahnet] Mana janji pilihanraya Bagan Pinang N9

2010-02-26 Thread [S][H][M][A][M][I][R]
Sungguh hebat kalam tuan, tetapi tuan kena kaji semula kerana satu jari tuan
menuduh tetapi 4 jari lagi menuding kepada pihak yang tuan agongkan. Tuan
menuduh pihak yang membuat aduan kerana dipaksa untuk diliwat sebagai
bersalah sedangkan pihak yang kena tuduh sebagai tidak bersalah. Sedangkan
pihak yg kena tuduh gelut berusaha untuk menangguhkan perbicaraan dengan
menggunakan pelbagai perkara teknikal . Sungguh pelik kerana DSAI berusaha
dengan pelbagai bantuan termasuk menggunakan pihak asing untuk melengah2kan
perbicaraan yang sepatutnya digunakan untuk membuktikan kepada seluruh
rakyat Malaysia & dunia bahawa beliau DSAI tidak bersalah.

Saya sungguh hairan kerana tuan menuduh tiada bantuan diberikan oleh pihak
pemerintah tetapi tidak pulak tuan menyentuh tentang berjuta2 bantuan yang
telah diberikan dari sekecil2 kepada yang sebesar2 bantuan.
Saya juga hairan kalau bantuan terlepas pandang oleh pihak yang sepatutnya
kenapa lah pulak pihak tuan dari parti politik PAS yang tewas tu tidak
menghulurkan bantuan seperti yang sepatutnya.
Sebagai pemimpin di kawasan tersebut walaupun tewas tetapi dia mestilah juga
berkhidmat kepada rakyat dalam apa jua bentuk.
Apa yang saya perhatikan adalah cacian, kecaman & fitnah oleh pihak yang
langsung tidak mencerminkan ketokohan sebagai penganut Islam yang
berpemikiran dinamik bukan jumud.
Wallahualam

2010/2/13 <>

>
>
> Inilah akibatnya apabila calun yang dipilih adalah pemimpin yang dikitar
> semula. Tarikh luput sebagai pemimpin sudah pun jelas tamat tapi bagi parti
> UMNO yang dah tak ada pemimpin yang layak terpaksa kitar semula asalkan
> jangan kerusi itu jatuh ketangan PAS. Dulu disingkir kerana terlibat rasuah
> dalam parti tapi parti berkenaan jilat balik ludah mereka maka dimanakah
> kejujuran parti yang menerajui negara benar-benar nak hapuskan rasuah sedang
> pemimpin rasuah dalam parti mereka sendiri pun mereka tetap junjung untuk
> dimertabatkan semula oleh rakyat Bagan Pinang !!? Difahamkan rasuah terus
> berlaku ketika pilihanraya kecil tersebut. Dari maklumat yang didengari
> seorang calun UMNO yang dah kalah dalam PRU12 di Kelantan tapi masih
> memegang jawatan dalam sebuah NGO telah angkut ratusan ribu ringgit ke Bagan
> Pinang ketika pilihan raya kecil di DUN tersebut. Itu pemimpin pertengahan.
> Berapa juta pula dari pemimpin atasan dan cukup memalukan jika nak bantu
> pesakit ini pun kena tunggu menang PRK ?? Dah lebih 10 kali PRU dan ratusan
> PRK diadakan masih ramai lagi rupanya orang Melayu/Islam dok percaya kepada
> parti ni ?? Berpura-pura dengan Allah pun mereka tak takut inikan pula
> berpura-pura sesama manusia ?? Sekadar mengaku Islam belum pasti mereka
> benar-benar beriman.
>
> Maka jika parti ini terus menerajui pemerintahan negara kemungkinan besar
> pemimpin nombor satu akan silih berganti berkitar dan berkisar di kalangan
> anak-anak mantan beberapa PM. Salah seorang darinya ialah yang menguasai
> pasukan PDRM. Kabarnya pelbagai imbuhan diberikan untuk pasukan polis
> termasuk ? kenaikan gaji. Kita sokong kenaikan gaji pasukan polis tapi ketua
> mereka yang dilanjutkan khidmatnya itu benarkah seorang yang hebat ? atau
> sekadar hebat melindungi bos paling besar agar kes pembunuhan wanita
> Monggolia terus tidak dibongkar habis-habisan !!??  Mungkin juga kerana
> kehebatannya menggelapkan masa depan DS Anwar Ibrahim di era Mahathir maka
> khidmatnya dan kehebatan itu mesti terus dipergunakan agar kes liwat II yang
> berlangsung sekarang mampu menenggelamkan terus Anwar dari arena politik
> Malaysia maka selamatlah "Syarikat Kepimpinan Adik Beradik" mereka. Maka
> jika benar Allah SWT  adalah benar-benar Tuhan yang mereka imani ingatlah
> bahawa "manusia merancang dan Allah juga merancang tapi Allah adalah
> sebaik-baik perancang". Wallahua'lam.
>
>
> --
> *From:* "su...@yahoo.com" 
> *To:* Ikhwanul Muslimun 
> *Sent:* Sun, February 7, 2010 9:38:07 PM
> *Subject:* Help Palestine [hidayahnet] Mana janji pilihanraya Bagan Pinang
> N9
>
>
>
> OKU tagih janji pilihan raya kecil
> Sinar Harian 7 Feb 2010
>
> PORT DICKSON – Orang kurang upaya (OKU), Mohd Yusof Saad, 53, mendakwa,
> kecewa janji pelbagai pihak pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan
> Negeri (DUN) masih belum tertunai.
>
> Yusof berkata, kencing manis dialaminya menyebabkan kaki kirinya dipotong,
> sekali gus membantutkan pergerakannya.
>
> Kini, sudah empat bulan berlalu, kehidupannya masih seperti biasa, walaupun
> ketika pilihan raya lalu, ramai datang berjanji untuk menghulurkan bantuan
> bagi mengurangkan bebannya, namun mendakwa, semuanya sekadar tinggal janji
> sahaja.
>
> “Waktu itu, pelbagai bantuan ditawarkan kepada saya setelah mereka melihat
> penderitaan saya alami. Ketika itu, saya rasa bertuah dan merasakan nasib
> saya akan bertambah baik daripada sekarang.
>
> “Tetapi, kini sudah hampir empat bulan, semua tawaran bantuan tidak kunjung
> tiba dan kehidupan kekal berliku seperti dahulu,” katanya.
>
> Selain itu, Mohd Yusof b

Help Palestine [hidayahnet] Iklan isu royalti kelirukan, cetus implikasi baru

2010-02-26 Thread aznan hamat
Iklan isu royalti kelirukan, cetus implikasi baru
Posted on Monday, February 22 @ 06:50:50 PST
Dilulus untuk paparan oleh SongkokPutih
 Sumber The Malaysian Insider

KUALA LUMPUR, 22 Feb: Iklan penjelasan tuntutan wang royalti yang disiarkan 
kerajaan pusat
menerusi akhbar-akhbar Bahasa Malaysia semalam menimbulkan lebih banyak
implikasi negatif dan kekeliruan berbanding penjelasan, kata Tengku
Razaleigh Hamzah (gambar) hari ini.

Justeru tegas beliau, iklan
satu halaman itu sekali gus menunjukkan tiada negeri yang mempunyai hak
untuk mendapatkan bayaran tunai ataupun royalti termasuk Sabah dan
Sarawak.

Kata beliau, iklan muka penuh yang diambil oleh
Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan berhujah Kelantan
juga tiada hak kepada bayaran minyak di bawah Akta Kemajuan Petroleum
kerana sumber minyak yang menjadi persoalan terletak di kawasan tiga
batu nautika, yang menafikan hak kesemua negeri.

“Iklan itu
gagal untuk menyatakan bahawa kesemua minyak yang diperoleh di Malaysia
ditemui di kawasan pesisir lebih dari tiga batu nautika, dan
bagaimanapun Petronas (terus) membuat pembayaran kepada negeri-negeri
ini.

“Dengan hujah yang diturunkan dalam iklan (semalam),
Terengganu, Sabah dan Sarawak juga tidak layak menerima bayaran tunai
lima peratus (biasanya dan dengan kurang tepat dirujuk sebagai royalti
minyak).

“Kesemua terletak pada budi bicara kerajaan persekutuan,” kata beliau dalam 
pandangannya dikeluarkan hari ini.

Pada 28 Jan lalu beliau menegaskan pada satu ceramah perdana bahawa Kelantan 
layak menerima wang royalti lima peratus.

Pun
begitu kata beliau, pada tahun lalu Petronas telah membayar RM6.2
bilion dalam bentuk bayaran tunai dengan RM3 bilion kepada Terengganu,
RM2.3 bilion kepada Sarawak dan RM0.9 bilion kepada Sabah.

Ahli
Parlimen dan Ketua Umno Bahagian Gua Musang ini menambah, oleh itu ada
pihak tertanya-tanya atas dasar apa bayaran itu dibuat memandangkan
petroleum hanya ditemui di kawasan luar pesisir tiga batu nautika.

Oleh
itu tegas beliau, hujah untuk menafikan hak Kelantan daripada
memperoleh bayaran tunai lima peratus atas dasar minyak berada di
kawasan tiga batu nautika sebenarnya “satu penghinaan kepada
kebijaksanaan” seseorang.

Semalam kerajaan pusat mengiklankan
penjelasan isu tersebut dalam akhbar-akhbar Bahasa Malaysia dengan
menyasarkan pendirian Tengku Razaleigh dan juga Ketua Pembangkang Datuk
Seri Anwar Ibrahim.

Dalam iklan satu halaman yang disiarkan di
Berita Minggu, Mingguan Malaysia dan Sinar Harian kerajaan pusat
mendakwa kenyataan Tengku Razaleigh berhubung isu bayaran royalti
kepada Kelantan hanya perlu dilihat sebagai pendapat peribadi beliau
semata-mata.

Oleh itu, kerajaan pusat berkata sebarang keputusan
yang diambil berkenaan hak pembayaran royalti perlu dibuat berasaskan
peruntukan undang-undang yang berkaitan serta perjanjian-perjanjian
yang ditandatangani di antara Petronas dengan kerajaan-kerajaan negeri.

Tengku
Razaleigh, bekas pengerusi dan pengasas Petronas, menambah bahawa
pembayaran wang tunai lima peratus adalah manfaat dinikmati rakyat
tetapi telah dinafikan oleh Umno Kelantan selepas 34 tahun bekas
perdana menteri Tun Abdul Razak Hussein meninggal dunia.

Katanya,
tiada pihak dengan fikiran waras akan melakukan ini sebagai satu
tindakan, yang kononnya akan memanfaatkan kedudukan jangka panjang Umno
di Kelantan, malah di mana-mana sahaja orang memerhatikan perbuatan
seperti ini.

“Saya dituduh meletakkan kepentingan negeri
berbanding kepentingan parti. Bagaimanapun isu ini melangkaui
(kepentingan) Kelantan.

“Hujah yang diletakkan dalam iklan
semalan mengetepikan hak semua negeri dalam soal sumber alam semula
jadi, yang merupakan hak kedaulatan mereka,” katanya.

Ia juga
menafikan perjanjian antara Petronas dan negeri-negeri terbabit dan
mengetepikan tujuan asal penubuhan syarikat tersebut, kata beliau.

“Salah
satu implikasi segera diturunkan dalam iklan penjelasan rasmi oleh
Kementerian Penerangan semalam ialah Terengganu juga tidak layak untuk
mendapatkan bayaran minyak (tunai).

“Ini bermakna selepas
memotong kesemua bayaran apabila Terengganu jatuh ke tangan pembangkang
(pada 1999) dan digantikan dengan wang ihsan, tiada asas sama sekali
bagi janji kerajaan untuk kembali kepada bayaran tunai.

“Kesemua minyak Terengganu ditemui jauh di kawasan pesisir pantai,” katanya.

Disebabkan itu menurut beliau, apa yang terpakai kepada Kelantan juga diguna 
pakai ke atas Terengganu.

“Pada akhirnya, ia bukan persoalan politik ataupun personaliti.

“Ia
bukannya pasal saya atau sesiapa berkata, ataupun di mana PAS dan Umno
berdiri,” kata Tengku Razaleigh sambil menambah, ia sebenarnya
berkaitan dengan pematuhan kerajaan dengan perjanjian bertulis yang
diluluskan oleh Parlimen dan sama ada menghormati prinsip demokrasi
berparlimen.

Tegas beliau, sama ada hak orang ramai dipenuhi ataupun tidak ia bergantung 
kepada siapa mereka mengundi.

“Melayan
Terengganu dan Kelantan dengan cara ini, kita menafikan hak mereka
kepada wang yang mereka berh

Help Palestine [hidayahnet] Dubai: Confronting Thieves and Spies

2010-02-26 Thread Mohamed Fudzail
**

Dubai is certainly a safe haven for many people looking for success or just
a quiet holiday destination, however not everybody has such noble aims. The
city also seems to be a safe haven to another category of people as well,
since it is easy to enter, work in, travel to and from, and live. The number
of tourists who visit Dubai surpasses those who visit the Great Pyramids of
Egypt, and the Tunisian and Lebanese beach resorts combined. In fact the
number of tourists who visit Dubai stands at five times the number of
pilgrims who visit Mecca to perform the hajj.

Dubai is a city visited by 15 million people a year, with foreigners
constituting 90 percent of its residents, and therefore it is only natural
that security would be a chief concern. Mahmoud al-Mabhouh, who was
assassinated in the Al Bustan Rotana Hotel and who was a leading Hamas
figure working undercover, entered Dubai using a forged passport. He was
trailed by 11 professional who were members of an Israeli commando team.
They entered Dubai Airport at a corresponding time using forged passports.

*HERE*


Help Palestine [hidayahnet] Apa sudah jadi tanah wakaf di N.Sembilan ?

2010-02-26 Thread Suara N9
Data dibawah diambil dari Laman Web Rasmi Jabatan Wakaf, Zakat Dan Haji 
(JAWHAR) Jabatan Perdana Menteri http://119.110.108.126/spmwj/

Bandingkan antara Negeri Sembilan dan Kelantan, umpama langit dengan bumi.

Nilai tanah wakaf di Kelantan lebih dari wang ehsan RM 20 Juta.

A1. TANAH WAKAF DI N.SEMBILAN
Luas keseluruhan - 15 Hektar
Nilai – RM 15.00

A2. TANAH WAKAF DI KELANTAN
Luas Keseluruhan – 4,361 Hektar
Nilai – RM 56,443,073.00

B1. TANAH BAITULMAL DI N.SEMBILAN
Luas Keseluruhan – 36 Hektar
Nilai – RM 1.00

B2. TANAH BAITULMAL DI KELANTAN
Luas Keseluruhan – 4,151 Hektar
Nilai – RM 115,825,914.00

C. JUMLAH NILAI TANAH WAKAF DAN BAITULMAL
N.Sembilan - RM 16  (RM 16.00 )
Kelantan  - RM 172 JUTA (  RM 172,268,987.00 )

D1. TANAH WAKAF IKUT DAERAH DI N.SEMBILAN
Seremban – 1 Hektar
Jempol – 2 Hektar
Tampin – kurang 1 Hektar
Kuala Pilah – 3 Hektar
Rembau – 3 Hektar
Port Dickson – kurang 1 Hektar
Jelebu – 5 Hektar

D2. TANAH BAITULMAL IKUT DAERAH DI N.SEMBILAN
Tampin – 36 Hektar






Re: Help Palestine [hidayahnet] rumah untuk disewa

2010-02-26 Thread Norhizat bin Yeop
hai sapa minat beli rumah kat Tmn Impian Ehsan, Balakong tingkat 3, bilik 
Empat,,,grill harga rm155K hubungi hizatyeo 019-2606772






From: "chillero...@yahoo.com" 
To: Ikhwanul Muslimun 
Sent: Friday, 12 February 2010 7:53:56
Subject: Help Palestine [hidayahnet] rumah untuk disewa

  
hai...
kepada sesapa yang berminat untuk menyewa rumah di Taman Ria Mesra 2, Gurun, 
Kedah
 boleh hubungi saya di talian 012-5833345
harga boleh dirunding
terima kasih 

 


  
__
Yahoo! Toolbar is now powered with Free Anti-Virus and Anti-Adware Software.
Download Yahoo! Toolbar now!
http://malaysia.toolbar.yahoo.com/

Help Palestine [hidayahnet] MAJLIS USRAH BERSAMA USTAZAH DATO' DR FATMA EL ZAHRAA

2010-02-26 Thread HasrilN
BERIMAN BERAMAL BERILMU, BERBAHAGIA DAN BERBAKTI

Dunia Wanita dan Seniman dengan kerjasama Biro Wanita Dewan Perdagangan Islam 
Malaysia Kuala Lumpur (DPIMKL) akan mengadakan:

MAJLIS USRAH BERSAMA USTAZAH DATO' DR FATMA EL ZAHRAA

TAJUK USRAH: "KEHIDUPAN YANG BAHAGIA"

TARIKH: 27HB FEBUARI (SABTU) 2010 BERSAMAAN 13 RABIULAWAL 1431H

TEMPAT: TINGKAT 5, DYNASTY HOTEL, JALAN IPOH, K.L

WAKTU: JAM 1 PETANG HINGGA 5.30 PTG

SURAU DISEDIAKAN


Mereka yang berminat untuk hadir boleh membeli tiket yang berharga RM50/- 
setiap satu. Bayaran ini boleh dibayar kepada DPIM, KL melalui "bank-in" ke 
Bank Islam Bhd akaunn nombor : 14041010041614.

Untuk pertanyaan atau mengesahkan kehadiran tuan/puan sila hubungi

NAMANO HP   ALAMAT EMAIL
Coach Hasril Noordin0176808525  hasril_r...@yahoo.com;

Muhammad Zahir Sanjay bin Abdullah  019 272 8377
san...@advisoryservices.com.my

Jonnaidi bin Jamalis Asam   019 3202140 ijon_mancong...@yahoo.com
Amran Jamalis   0163958657  mancong...@yahoo.com
Puan Zarina Tan Abdullah0128938975  zrn...@yahoo.com
Dayang Rozaiana 0122450703  sis_...@hotmail.com
Fairuz Zaitun   0196673786  fairuzai...@yahoo.com
Norliza Mohd Nor0163448058  liza_peug...@yahoo.co.uk

Kind regards
coach hasril bin noordin
certified business coach - UMcced
Practice Enterprise Network Certified Trainer
Honorary Treasurer APAC
SEAP Expert SMECORP
Business Coach Technology Park Malaysia
Credit Evaluator Halal Development Corporation
Head of Economic Bureau, Dewan Perdagangan Islam Malaysia, KL 
(017 6808 525)
Murni Allianze Consult Sdn Bhd (647537-K)






Re: Help Palestine [hidayahnet] Tidak cukup dengan berarak, angkat sepanduk dan berselawat

2010-02-26 Thread Kholid Ali
Puak yang suka berarak sangat ni sekadar nak menunjuk-nunjuk yang mereka 
mengagongkan Nabi Muhammad SAW. Macamlah juga mereka kononnya mengagongkan dan 
berpegang kepada dasar-dasar yang mereka gariskan serta Perlembagaan negara. 
Contohnya Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan tapi parti mereka masih 
mendewakan bahasa Inggeris. UMNO tu istilah Melayukah ? Jelaslah mereka cakap 
lain buat lain. Kalau yang mereka tetapkan pun mereka langgar apa nak takut 
langgar yang mereka tidak buat termasuk dalam hal-hal yang telah ditetapkan 
oleh agama Islam yang Allah dan Rasul Nya tetapkan. Hairan masih ada dok 
percaya pemimpin seperti ini !! Kalau benar-benar mereka perjuangkan Melayu 
termasuk Bahasa Melayu sekurang-kurangnya mereka patut sentiasa tonjolkan 
identiti pertubuhan mereka sebagai ? Pertubuhan Kebangsaan Melayu. Takpalah 
kalau dalam kurungan diletakkan sebagai UMNO tapi hingga dah lebih setengah 
abad merdeka pun masih mendabik dada identiti mereka hanya
 dengan nama UMNO . Mereka asyik berlarak kesana kemari.  Memang mereka dengan 
"berarak-arak" ni tak dapat dipisahkan. Mereka boleh lah diibaratkan seperti 
ayam jantan yang kuat berkokok tapi ekor bergelomang tahi !! Wallahua'lam.






From: "ah...@yahoo.com" 
To: Ikhwanul Muslimun 
Sent: Tue, February 16, 2010 4:15:09 PM
Subject: Help Palestine [hidayahnet] Tidak cukup dengan berarak, angkat 
sepanduk dan berselawat


Tidak cukup dengan berarak, angkat sepanduk dan berselawat



KUALA TERENGGANU, 16 Feb: “Tidak cukup dengan sambut maulud setahun sekali, 
berarak, angkat sepanduk, berselawat, dalam masa yang sama kita tengok di 
hadapan mata kita, hukum-hukum Islam, perintah Allah Taala tidak diamalkan,” 
kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
Sehubungan itu, beliau mengajak umat Islam supaya memahami bahawa dibangkitkan 
Rasulullah s.a.w. untuk mengajar manusia supaya beramal dengan Islam.
“Marilah kita sedar dan faham perkara besar dengan bangkitnya Rasulullah s.a.w. 
mengajar manusia supaya beramal dengan Islam,” ujarnya ketika menyampaikan 
ceramah di pekarangan Surau Istiqamah, Padang Nenas, malam tadi.
Turut berucap pada majlis ceramah yang diadakan bersempena Nadwah Ulama PAS 
Terengganu itu ialah Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dan Ahli 
Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik.
Katanya, berita kedatangan Rasulullah s.a.w. dibawa oleh Allah Taala melalui 
semua nabi dan rasul.
Jelasnya, Allah memerintahkan nabi-nabi dan rasul-rasul mengarahkan umat 
masing-masing supaya beriman, menolong dan berjuang bersama-sama dengan 
Rasulullah sekiranya sempat dengan baginda s.a.w. untuk memenangkan Islam.
“Menolong untuk memenangkan Islam, menang untuk apa, menang untuk memerintah, 
mendirikan kerajaan,” ujarnya yang menafsirkan ayat 81, surah Aali Imran 
berhubung perintah Allah tersebut.
Jelasnya, setelah dibangkitkan Nabi Muhammad s.a.w. menjadi rasul, maka 
Rasulullah mengajak kaum keluarganya dan mereka yang ditemui supaya mengucapkan 
dua kalimah syahadah di samping mengajak mereka mendirikan kerajaan yang 
beramal dengan hukum-hukum Allah sebagaimana yang diturunkan di dalam al-Quran.
Tambahnya, Nabi s.a.w. juga mengumpulkan para sahabat, orang-orang beriman 
selain mengajak ahli-ahli kitab Yahudi dan Kristian dan mengutuskan surat 
kepada raja-raja dalam dunia supaya menganut Islam dan menerima Islam sebagai 
agama yang memerintah dan berdaulat.
Justeru itu, tegasnya perjuangan itu tidak berhenti walaupun Rasulullah s.a.w. 
sudah wafat.
Maka, katanya, adalah tidak cukup dengan sekadar sambutan Maulidur Rasul 
setahun sekali dengan berarak, mengangkat sepanduk dan berselawat tetapi dalam 
masa yang sama tidak melaksanakan perintah Allah Taala.
Tambahnya, akibat tidak melaksanakan  hukum-hukum Islam menyebabkan keadaan 
menjadi huru-hara dengan peningkatan jenayah seperti rompakan, kecurian, 
pembunuhan dan sebagainya.
 Di samping itu, ujarnya, bencana semakin banyak berlaku kerana manusia 
meninggalkan perintah Allah supaya beramal dengan hukum-Nya dalam semua perkara.
“Marilah kita sedar dan faham perkara besar dengan bangkitnya Rasulullah s.a.w. 
mengajar manusia supaya beramal dengan Islam,” ujarnya.
Tambahnya lagi, para sahabat dibunuh dan dihalau dari kamung halaman kerana 
berjuang bersama-sama Rasulullah s.a.w untuk mendirikan kerajaan dan memerintah 
dengan syariat Allah.



  

Help Palestine [hidayahnet] Husam sedia dedah dokumen royati jika Mustapa minat

2010-02-26 Thread aznan hamat
Husam sedia dedah dokumen royati jika Mustapa minat
Posted on Monday, February 22 @ 06:53:21 PST
Dilulus untuk paparan oleh SongkokPutih
 Sumber Harakah

BACHOK, 22 Feb: Datuk Husam Musa berkata, segala dokumen mengenai istilah 
royalti ada
dalam simpanannya dan sedia mendedahkan sekiranya Pengerusi Perhubungan
Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berminat.

"Saya
sedia mengemukakan bukti itu kepada pemimpin Umno terbabit sekiranya
berminat. Saya sedia hadir ke Kuala Lumpur sekiranya diminta berbuat
demikian,” katanya pada ceramah penjelasan isu royalti di Pekan
Jelawat, malam tadi.


Hadir sama Timbalan Presiden PAS, Ustaz
Nasaruddin Mat Isa, Yang Dipertua PAS Bachok, Datuk Omar Mohamad, Adun
Jelawat, Abdul Aziz Kadir dan Setiausaha PAS kawasan, Mohd Huzaimy Che
Husin.
Katanya, bayaran tunai lima peratus yang diterima kerajaan
Terengganu sejak petroleum dikeluarkan di perairan negeri tersebut
dikenali sebagai royalti tetapi malangnya istilah royalti tiba-tiba
ditukar bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kepada wang
ihsan pada 2000 selepas PAS menguasai Terengganu.
Malam Jumaat lalu Perhubungan Umno Kelantan menganjurkan program penjelasan isu 
wang ihsan di perkarangan pejabat Umno.
Program
seumpama itu difahamkan kali ketiga diadakan. Sebelumnya diadakan di
Hotel Renaissance dan padang Sekolah Menengah Zainab.
Kehadiran
yang begitu mengecewakan Umno pada dua program berkenaan menyebabkan
program ketiga diadakan malam Sabtu. Sekitar 1,000 orang hadir biar pun
media proUmno menggambarkan lebih 5,000 hadir.
Umno juga
kepanasan dengan isu tersebut apabila terpaksa mengeluarkan iklan satu
muka surat dalam semua akhbar berbahasa Melayu semalam.
Iklan tersebut disebut dikeluarkan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan 
Kebudayaan Malaysia.
Husam
yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kewangan, Perancangan Ekonomi dan
Kebajikan negeri berkata, buat apa perjanjian yang ditandatangani pada
1975 antara kerajaan negeri dan Petronas sekiranya tiada kaitan dengan
royalti minyak.
“Tidakkah melalui perjanjian tersebut negeri memberi kuasa kepada pusat untuk 
mengeluarkan minyak dengan syarat dibayar royalti.
“Ini
kerana telah ditetapkan dalam undang-undang semua perkara berkaitan
dengan perlombongan termasuk galian atau minyak diletak di bawah bidang
kuasa kerajaan negeri,” katanya di hadapan ribuan orang ramai di kedai
Jelawat.
Pengerusi Bersama Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti
Minyak (Gegar), Dr Abdul Halim Yusof berkata, usaha dilakukan kerajaan
pusat melalui Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan
menjelaskan isu tuntutan hasil petroleum melalui iklan dalam akhbar
semalam sebagai usaha menegak benang basah.
“Jelas usaha yang dilakukan mereka bagi memperbodohkan rakyat Kelantan,” 
katanya.
Ketua
Dewan Pemuda PAS Kelantan, Abdul Latif Abdul Rahman berkata, tindakan
dilakukan Umno mengiklan isu tuntutan royalti sebagai langkah yang amat
terdesak.
Katanya, mereka cuba menghalalkan cara dengan cara menafikan hak yang 
sepatutnya dinikmati rakyat Kelantan.
Malah
menurut beliau penjelasan tersebut tidak menyelesaikan masalah
sebaliknya telah menggelirukan rakyat kerana bertentangan dengan apa
yang mereka fahami sebelum ini.
“Rakyat sudah faham dengan
penjelasan yang diberi pengasas Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah. Mana
rakyat lebih percaya orang yang bertanggungjawab menubuh Petronas
dengan pemimpin baru yang tidak faham apa-apa,” katanya.


  

Help Palestine [hidayahnet] Forum Maulid 27 Feb 2010 Senawang

2010-02-26 Thread Suara N9
FORUM MAULIDUR RASUL 
Tarikh : 27 Feb 2010 / Sabtu
Masa : Selepas Maghrib
Tempat : Surau An Nahdhoh, Tmn Desa Melor, Senawang (sebelah Balai Bomba)

Ahli Panel : 
Ust Zamani (Pengetua Itqan)
Ustazah Nik Nursheha Nik Mat (Isteri Ust Zamani)

Semua Muslimin dan Muslimat dijemput hadir