salam...
   
  pada pendapat saya, awak perlu tengok suasana tempat kerja macam mana. adakah 
islamic @ tidak.jika suasana ditempat kerja skrg baik, hubungan dgn pekerja dan 
majikan pun baik,serta keadaan yang islamic,saya syorkan supaya kekal di tempat 
yang lama.tetapi jika keadaan seperti di atas lebih baik dari tempat lama,itu 
terpulang kepada awak.
  tu pendapat saya la..buat solat istikharah dulu.jika tak dapat petunjuk,ikut 
gerak hati...
  sekian...
   
  -AMAN-
[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote:
          buat istikarah

[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote:       Helo,
ko stay je. tempat baru belum menjanjikan apa apa
lagi. Yang penting ko seronok bekerja dan mendapat
satisfaction. Kalo ko stay ko akan jadi senior nanti.
--- Ahmad [EMAIL PROTECTED] wrote:

> Assalamualaikum.
> 
> Saya ingin meminta pendapat dari sahabat sekelian.
> 
> Saya telah menghantar notis berhenti kerja 2 minggu
> yang lepas. Ketua
> jabatan saya telah 'counter offer' saya semula untuk
> kenaikkan gaji dan
> pangkat. Bagaimanapun ianya hanya dapat dilaksanakan
> pada hujung tahun
> ini. Bermakna saya terpaksa menunggu selama lebih
> kurang 8 bulan lagi
> barulah proposal kenaikkan gaji dan pangkat saya
> dapat diajukan kepada
> Pengarah Eksekutif dan kemudian dibawa kemesyarat
> Lembaga Pengarah.
> Keputusan adalah di tangan Lembaga Pengarah.
> 
> Hubungan saya dengan ketua jabatan saya amat baik
> seperti adik dengan
> kakak dan beliau banyak membantu saya. Malah
> keluarga saya san keluarga
> beliau juga sudah saling kenal mengenali. Sebagai
> seorang ketua,
> walaupun seorang wanita, beliau tidak cerewet dalam
> hal hal kerja.
> 
> Ketua jabatan di syarikat yang baru menawarkan
> jawatan kepada saya telah
> meminta saya datang kepejabat untuk menerangkan
> kerja kerja yang bakal
> menjadi tanggungjawab saya. Beliau juga nampaknya
> seorang yang baik dan
> temubual saya dengan pekerja pekerja ditempat
> tersebut, semuanya
> menyatakan beliau adalah seorang ketua yang baik dan
> tidak cerewet. Cara
> beliau berinteraksi dangan saya lebih kurang sama
> dengan ketua jabatan
> saya sekarang.
> 
> Saya telah melakukan solat istikharah beberapa malam
> namun masih belum
> mendapat sebarang petunjuk
> 
> Saya ingin meminta pendapat dan pandangan atau
> pengalaman sahabat
> sekelian yang sudi berkongsi patutkah saya
> meneruskan niat untuk
> berhenti atau haruskah saya menerima tawaran dari
> ketua jabatan saya?
> 
> Terima kasih dan Wassalam.
> 
> Hisham
> 
> 
> [EMAIL PROTECTED]
> 
> 

__________________________________________________________
Need Mail bonding?
Go to the Yahoo! Mail Q&A for great tips from Yahoo! Answers users.
http://answers.yahoo.com/dir/?link=list&sid=396546091



    
---------------------------------
  Ahhh...imagining that irresistible "new car" smell?
Check out new cars at Yahoo! Autos.   

         

       
---------------------------------
Ahhh...imagining that irresistible "new car" smell?
 Check outnew cars at Yahoo! Autos.

Kirim email ke