Terima kasih juga PESISIR kerana melatihku membina keberanian dalam
menempuhi segala pahit getir kehidupan anak seni,
Banyak pengalaman yang dikutip bersama rakan-rakan, sejak awal tahun 90an
menjadikan aku lebih matang dan selesa dengan dunia seni yang ku
pelbagaikan.
Walaupun kita jarang bertemu, namun di hati PESISIR tetap menjadi satu
wakaf pertemuan antara kita suatu ketika dahulu, keakraban Sdr.Hashim
Latiff,Edi,Anuar,Manzaidi,Daud,
apatah lagi Cikgu Well yang sentiasa menjadi pemudahcara kami dalam setiap
program dan aktiviti,
Kalau sekitar 1994-1998 ( di LKIM Kuala Besar ) 1998-1999 kembali menetap di
Tumpat,
2001-2007 kembali semula ke KB, kini dah menjadi perantau di tanah Johor,
tidak sekali
terlupa akan wajah-wajah dalam PESISIR, Saya banyak juga terlibat dalam
aktiviti menaikkan nama PESISIR
melalui Grup Teater GETIR,Drama TVP , tak kurang juga program-program
seperti malam kemerdekaan dan
lain-lain.
Andai berada kembali di tanah kelahiran, aku pasti tidak akan jemu berbakti,
untuk melihat PESISIR
ligat kembali di Persada dan kita pelbagaikan aktiviti mengikut selera dan
citarasa kita.
Bagi yang sudah terkeluar dari dunia PESISIR, kita serahkan kepada hak
masing-masing,
Aku tetap mengenang PESISIR di setiap waktu, dimana saja dan menyebutnya
dihadapan sesiapa
yang dirasakan sealiran dengannya.
Padamu kawan-kawan ingatlah Hanuman pasti kembali walaupun tidak seganas
dulu........




On 4/21/08, Anuar Musa <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
>
>
> ruang dan ketika adakalanya terlalu menghambat dengan tugasan dan
> tanggungjawab yang perlu didahulukan. ada ketikanya seperti sengaja
> menghambat tugasan mencari kesibukan bagi melangsaikan hutang peri
> pelbagai alasan untuk lari dari tanggungjawab yang sengaja ditempah
> sebelumnya atau terpaksa menerima sebelumnya...
> PESISIR adalah satu nostalgia kepada insan-insan pendukung utama era
> 1980an dan selepasnya dalam membina kekuatan dan meletakkan nama PESISIR
> ke serata daerah pengkaryaan dengan peneraju yang hebat dan penuh wibawa
> tanpa mengira sebarang insentif dan penuh intensif ke arah melahirkan
> insan penulis yang meledak namanya ke seluruh negara...
> semuanya bertolak dari pengkalan sukarela dan berperahu tanggungjawab
> berpengayuhkan kesungguhan mencari pengkalan tanpa berasa bosan dan kecewa
> mengharungi badai ombak cabaran TETAPI KINI SEGALANYA CUKUP BERUBAH.
> SEMANGAT KECINTAAN PADA PESISIR SEAKAN MATI DAN TIDAK ADA SEBARANG KESAN
> DI JIWA KEPADA SESETENGAH AJK TANPA ADA SEBARANG RASA KESAL...
>
> mungkin juga kerana penerajunya terutama peneraju 2 nya juga seperti putus
> semangat dan juga perlukan gas dari ajk untuk meneruskan kesinamungan
> tanggungjawab yang dipikul...
>
> > Dalam pesisir saya bermula tahun 1986 , itu diperkenalkan oleh Sdr. Eziz
> > Shukman. 1986 saya ahli biasa . Sebelum itu saya tinggal di Kuantan 1980
> -
> > awal 1986 kerana jadi Askar Melayu DiRaja di Kem Batu 10 .
> >
> > Mulai tahun 1987 saya dilantik sebagai pemeriksa kira-kira hingga 1991.
> >
> > Dari 1991 - 1994 Sebagai SU1 . 1995 Sebagai AJK. 1995 (pertengahan
> Tahun)
> > - 2000 Sebagai Setiausaha 1 . Kemudian 2000 (pertengahan Tahun) sebagai
> > AJK biasa hingga 2004. Pada pertengahan tahun 2004 - 2008 hingga
> Februari
> > Sebagai SU1 - Dari Februari hingga April 2008 sebagai SU 2 (entah rasmi
> > entahkan tidak) Dari Mei 2008 - Mungkin kembali sebagai AJK.
> >
> > Mulai tahun 1991 - hingga 2000 merupakan tahun saya aktif berpersatuan ,
> > belia, PBTM, Kemasyarakatan sebagainya . Ketika itulah dunia penulisan
> > saya seakan terkubur. Sepatutnya di tahun-tahun inilah saya menumpukan
> > masa yang lebih kepada penulisan.
> >
> > Saya sempat hasilkan sebuah novel . Itupun ketika saya melepaskan
> jawatan
> > sebagai setiausaha beberapa persatuan iaitu tahun 2000 - 2003.
> >
> > Kesimpulan yang saya boleh buat sedikit sebanyak ialah kiranya ingin
> maju
> > dalam penulisan tidak boleh terlalu aktif dalam persatuan, terutamanya
> > tidak memegang apa-apa setiausaha mana-mana persatuan. Menggunakan
> > internet secara berterusan juga merupakan halangan untuk menulis. Tapi
> > menggunakan internet adalah perkara yang sangat baik untuk menulis.
> >
> > Umpamanya Minum air secawan atau dua cawan adalah baik ketika dahaga,
> tapi
> > minum air lima gelas sekali gus adalah tidak baik walaupun ketika
> dahaga.
> >
> > Betulah bersederhana itu adalah amalan sebaiknya. Bersederhana pula
> > biarlah lebihkan sedikit tidak di sebelah kurang.
> >
> > Dalam berpersatuan, saya nampak perbezaan yang cukup ketara bermula
> tahun
> > 1998. Selepas tahun 1998 Suasana dalam kebanyakan persatuan berubah
> begitu
> > ketara sekali.
> >
> > Kalau sebelumnya walaupun tidak dengan menggunakan teknologi moden ,
> hanya
> > menggunakan surat biasa, sambutannya adalah sangat baik dan sebagai SU
> > walaupun agak lelah terasa juga kepuasannya.
> >
> > Tapi setelah tahun 1998 ke atas , pengendalian persatuan sudah menjadi
> > lebih sukar. Saya sudah mula merasa ada sesuatu yang tidak kena dalam
> > keadaan masyarakat sekarang. Dan terpaksa menerima hakikat , musim lalu
> > telah tidak dapat dipertahankan lagi. Oleh itu saya mula menumpukan
> > berpersatuan secara online . Pesisir sudah masuk ke era ICT pada tahun
> > 1999 iaitu persatuan penulis kedua di Kelantan yang memanfaatkan ICT
> > selepas PUSPA yang lebih awal ada laman web.
> >
> >
> > Edi
> >
> >
> > On Sun, April 20, 2008 4:23 pm, azle abdullah wrote:
> > saya tersentuh dengan luahan hashim latiff. itulah anak pesisir.
> > barangkali hashim juga masih ingat setiap minggu kita kita meting tak
> > resmi di rumah asmui kalau di jal besar, di rumah napi mat di besut
> > tumpat, di rumah awang abdullah di bunut susu. di rumah ujid dharmawan.
> di
> > rumah ketua satu yang paling kerap.
> >
> > kita hantar surat dengan motorsikal dari rumah ke rumah. tak pakai pos.
> > kita cetak sendiri pakai tangan saja. masa itu tak kenal riso dan tak
> > kenal fotostat lagi. kalau ada pun 5o sen sekeping. baik isi minyak
> > motor rm1 boleg pergi balik ke palekbang dan terus ke wakaf bharu.
> >
> > indahnya zaman itu...
> >
> > hashim latiff <[EMAIL PROTECTED] <hazafl17570%40yahoo.com>> wrote:
> > bila ada orang bertanyakan kepada saya apa yang saya dapat
> > selama hampir 30 tahun berada di dalam pesisir, saya akan
> > menjawab, saya tidak mendapat apa-apa (kewangan) daripada
> > PESISIR, tetapi saya mendapat ribuan ilmu daripadanya. bakti
> > PESISIR terlalu besar pada saya. kalau tuan-tuan dan puan-puan
> > tidak percaya, tanya SDr. Manzaidi, Asmui, AZli Lee, siap lagi
> > Shafie. Malah pertama kali Sdr. Manzaidi melangkah kaki memijak
> > pantai PESISIR, saya berasa sungguh bangga, dan pada pertama
> > kali dia menegur saya, saya masih ingt teguran itu, saya rasa
> > sudah termugil nur pershabatan antara kami. itulah keakraban
> > PESISIR. Siapa yang mengur itu sudah kami anggap orang yang
> > baik dan mampu menduduki kerusi AJK PESISIR. Akhirnya SDR.
> > Manzaidi kami lantik jadi AJK biarpun sibuk sebagai WARTAWAN
> > wibawa masa itu. apa pun hambatan kehidupan ternyata menjarakkan
> > kami semua.
> >
> > saat keberangakatn saya ke hulu (Tanah Merah) saya merasa sedih
> > meninggalkan segalanya di Tumpat apa lagi menjauhakan diri dengan
> PESISIR.
> > Tika itu rindu ini makin kuat dan cengkaman kasih PESISR tidak mampu
> > saya leraikan dnegan mengalihkan topik perbincangan hal-hal lain. Makin
> > saya cuba jauhkan diri dari PESISIR, makin kuat rindu ini kepada
> persatuan
> > yang banyak berikan pelauang kepada saya menulis. say bermula dengan
> > PESISIR, mengelai Sdr. Napi Mat, Kashim Mohammad dan ramai lagi,
> termasuk
> > Mantan SU 1.
> >
> > tuan-tuan yang budiman, saya memandu kereta hampir sejam setengah dengan
> > jarak seratus kilometer lebih semata-mata untuk hadir mesyuarat, tanpa
> > clim duit minyak. jadi tidak masuk akallah orang di dalam jajahan Tumpat
> > sendiri tidak mahu hadir mesyuarat! ko lagu mana?
> >
> > saya sayangkan segalanya di Tumpat. Meskipun bandar dan daerah kelahiran
> > saya mendapat jolokan BANDAR KOBOI, namun penduduknya sudah merentasi
> > gerhana kesusahan dan hal-hal kemiskianan sudah ada penduduk yang
> berjaya
> > melepasinya.
> >
> > biarpun daerah Tumpat dilabelkan daerah pertanian dan nelayan, namun
> saya
> > bangga bila dicelah-celah label itu ada Persataun Penulis Tumpat
> (PESISIR)
> > yang mampu memberikan siangan kepada persatuan (penulis) gergasi di
> negara
> > ini.
> >
> > Justeru, dalam menyemarakkan lagi karak PESISIR, jangan kita serahkan
> > tugasan ini kepadsa tiga orang sahaja. dalam PESISR ada segalanya.
> > kepakaran dan kelitan. Justeru gunakanlah peluang ini untuk
> > menguar-uarkan seni di daerah ini dan jangan gunakan PESISIR sebagai
> batu
> > loncatan. bila saya ke Kuala Lumpur atau bercakap dengan Cikgu Rejab F.I
> > Perlis, saya ceritakan perihal kehebatan PESISR dan dia menjemput kami
> ke
> > Perlis.
> >
> > Apa pun saya bangga dengan PESISIR dan saya harap kepada AJK lain,
> > hadirlah mesyuarat. Dalam mesy.lah kita cas semula bateri penulisan kita
> > yang nak kondem tu. setiap manusia perlukan orang lain untuk nyalakan
> > kembali semangatnya yang mungkin padam. percayalah.
> >
> > Hashim Latiff
> >
> >
> >
> >
> >
> >
> > ---------------------------------
> > Be a better friend, newshound, and know-it-all with Yahoo! Mobile. Try
> > it now.
> >
> >
> >
> >
> > ---------------------------------
> > Be a better friend, newshound, and know-it-all with Yahoo! Mobile. Try
> it
> > now.
> >
> >
> >
>
> 
>

Kirim email ke