Help Palestine [hidayahnet] Terapi Minda

2009-06-22 Thread Shania Opal
[image: 67-70 by World Picture Service.]

*
Anda tidak akan merasa bahagia saat melakukan perjalanan
dari satu tempat ke satu tempat lain. Selama rasa duka yang
meyelimuti diri anda. Oleh kerana itu, berpindahlah dari satu
perasaan ke perasaan lain agar anda mendapatkan kegembiraan.

Diantara sekian banyak rahmat ALLAH yang diturunkan kepada
hambaNya adalah setiap orang yang mentaatiNya akan dicipta-
kan kekayaannya di dalam hatinya. Dia akan merasa telah
memiliki dunia seluruhnya. Sekali pun hanya memiliki beberapa
suap makanan.

Dunia adalah kekuatan. Masa muda adalah kesihatan. Harga
diri adalah kesabaran. Kemulian adalah keraqwaan.Status ada-
lah harta.

Orang yang paling sengsara adalah orang yang ingin menjadi
orang lain. orang yang tidak menerima takdir, yang jemu dengan
rezekinya dan yang buruk akhlaknya.

Orang yang bodoh memerlukan orang yang hina. Orang yang
fakir adalah orang yang menganggap sedikit terhadap sesuatu
yang banyak. Orang yang buta adalah orang yang tidak dapat
melihat aibnya.
*

-- 
Tak guna ada mata kalau tak dapat melihat.
Tak guna ada hati kalau tak tahu menilai...

Janganlah menjadi begitu masin..
sehingga orang meludahmu..
Dan janganlah pula berlaku
terlampau manis, sehingga
mereka menelan dirimu
begitu saja...


Help Palestine [hidayahnet] Al-Hadith : Perihal Tok Bomoh Yang Pandai 'Menengok'

2009-06-22 Thread Abu Heakal


Daripada salah seorang isteri nabi, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, "Sesiapa 
yang mendatangi tukang ramal  lalu bertanya kepadanya tentang sesuatu, tidak 
diterima daripadanya solat (selama) empat puluh malam." 

(Riwayat Muslim)

Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda, "Sesiapa yang 
mendatangi seorang dukun lalu mempercayai apa yang dikatanya atau menyetubuhi 
seorang perempuan yang sedang haid atau menyetubuhi seorang perempuan di 
duburnya, maka dia telah berlepas diri daripada apa yang diturunkan ke atas 
Muhammad."

(Riwayat Tirmizi : Bertaraf hassan)


Help Palestine [hidayahnet] Ziarah Muslimat N9 ke RaudhatusSakinah 27 Jun 09

2009-06-22 Thread Rozmal bin Malakan
Lawatan Ziarah, Tarbiyah & Ukhwah ke Raudhatus Sakinah Selangor (Pusat 
Perlindungan Remaja Puteri di bawah kelolaan Wanita Jamaah Islah Malaysia)

Tarikh : 27 Jun 2009 , Sabtu

Untuk Penyertaan Hubungi Ukht Norwani Ahmat 013-3851202 , Ukht Atriza Umar 
013-6485597

Maklumkan penyertaan anda sebelum 25 Jun 2009

Anjuran Muslimat Kawasan Paroi dengan kerjasama Unit Kaunseling Nisa` Negeri 
Sembilan Darul Khusus

Maklumat lanjut di 
http://nisaseremban.blogspot.com/2009/06/ziarah-tarbiyah-ukhwah.html 



  


Help Palestine [hidayahnet] SUSUK

2009-06-22 Thread Shania Opal
*Ketika menziarahi jenazah seorang kenalan terjumpa kawan lama.
Tentu banyak yang hendak dibualkan, dua hari berada di sana,
sebelum pulang  kami singgah di rumah seorang teman. di sini
banyak perkara yang hendak dibualkan oleh kami, dia seorang
doktor tentu banyak pengalaman, banyak cerita yang menarik.
Cuma cerita susuk yang hendak aku ceritakan, untuk direnungi oleh
wanita yang ingin dipandang manis dan cantik. Kisah yang menyanyat
hati seorang wanita yang masih solo mati di bunuh di tempat tinggal-
nya.Mati dalam keadaan bogel dan leher di jerut. Di sini tak payahlah
diceritakan siapa wanita ini hanya sebagai Maria.

Selepas jenazah di kebumikan pada malam itu terdapat beberapa
peristiwa anih di kampung itu.Yang terlalu menakutkan bagi seorang
penjual bugger, pada malam itu di datangi oleh seorang wanita yang
mirip dengan Maria ( bukan nama sebenar) untuk membeli bugger,
setelah siap lelaki itu pun menghulurkan bugger pada Maria, tiba-tiba
bugger jatuh ke tanah, dengan pantas Maria mengambil dengan Lidah.
Tentu kita dapat bayangkan bagaimana situasi penjual bugger tu sampai
demam. Akhirnya ada beberapa orang kampung temui keluarga Maria
dan menceritakan apa yang telah terjadi. Pada keesokan setelah
dapat kelulusan dari pehak yang tertentu, kubur Maria di gali semula
atas alasan untuk siasatan (tapi untuk membuang susuk)

Sebenarnya atuk Maria telah memasukan susuk pada wajah Maria,
tanpa diketahui oleh saudara yang lain.Patutlah wajah Maria nampak
manis dan cantik kalau nak di bandingkan dengan adik beradik yang
lain.Itulah kelebihan Maria dalam jangka masa yang singkat punyai
kereta dan peginapan mewah...

Dizaman yang moden ini masih ada yang memakai susuk, apatah
lagi dengan teknology yang canggih wanita juga menggunakan botox
untuk kelihatan cantik.Mengubah ciptaan ALLAH, kecualilah kiranya
ada kecacatan yang tertentu di bolehkan mengubahnya.

Inilah masih ada wanita untuk kelihatan cantik sanggup lakukan apa
saja tanpa memikirkan keburukanya.Dan terdapat juga wanita untuk
jadikan suami tunduk padanya sanggup beri makan yang bukan-
bukan pada suami termasuk darah haid.Kerana sayang takut suami
beralih arah sanggup lakukan apa saja, ingatlah tidak berbaloi lakukan
ini semua hanya kerana seorang lelaki. Ingatlah tanpa iman, kita bagai
kan kaca jendela yang kotor di tengah kegelapan.

p/s harap maaf di atas sebarang kesilapan, yang baik dari ALLAH.yang
tidak baik adalah kelemahan saya.



*

-- 
Tak guna ada mata kalau tak dapat melihat.
Tak guna ada hati kalau tak tahu menilai...

Janganlah menjadi begitu masin..
sehingga orang meludahmu..
Dan janganlah pula berlaku
terlampau manis, sehingga
mereka menelan dirimu
begitu saja...


Help Palestine [hidayahnet] Al-Hadith : Bayangkan ... Bagaimana Kasih Sayang Allah

2009-06-22 Thread Abu Heakal


Daripada Umar bin Al-Khaththab r.a., katanya: 

Kepada Rasulullah s.a.w. disampaikan tawanan perang. Tiba-tiba ada seorang 
wanita dari tawanan itu berjalan menemukan seorang anak yang juga termasuk 
dalam kelompok tawanan tadi. Wanita itu lalu mengambil anak tersebut lalu 
diletakkannya pada perutnya, kemudian disusuinya. 

Rasulullah s.a.w. lalu bersabda: "Adakah engkau semua dapat menduga bahawa 
wanita ini akan sampai hati meletakkan anaknya dalam api?" 

Kami (para sahabat) menjawab: "Tidak" demi Allah (maksudnya wanita yang begitu 
sayang pada anaknya, tidak mungkin akan sampai meletakkan anaknya dalam api)

Selanjutnya beliau s.a.w. bersabda: "Nescayalah Allah itu lebih kasih sayang 
kepada sekalian hamba-hambaNya daripada kasih sayangnya wanita ini kepada 
anaknya." 

(Muttafaq 'alaih)


Re: Help Palestine [hidayahnet] Al-Hadith : Neraka Yang Begitu Menakutkan

2009-06-22 Thread Ismail ab. rahman
Askm.
Banyak kali saya hadir pada majlis ceramah dan pengajaran bercakap tentang 
Syurga dan Neraka, tetapi malangnya tidak ramai yang dapat menghayati apa yang 
disebut oleh penceramah. Kehadiran pendengar  ramai, yang menghayati apa yang 
disampaikan sangat kecil peratusnya. Berbeza dengan era sahabat. Mereka 
mendengar dan terus hayati dan amalkan terus. 

Apa yang terjadi sekarang ialah  sedap mendengar sahaja tetapi tidak mahu 
menghayati dan mengamalkan dalam kehidupan seharian mereka. Mungkin benar kata 
ustaz bahawa orang Islam sekarang kurang Imannya, maka mereka tidak dapat amal 
apa yang Rasul saw katakan.

Wassalam.





From: "a...@yahoo.com" 
To: Ikhwanul Muslimun ; Abu Heakal 

Sent: Monday, June 8, 2009 7:00:01 AM
Subject: Help Palestine [hidayahnet] Al-Hadith : Neraka Yang Begitu Menakutkan







Daripada Anas r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. mengucapkan sebuah khutbah yang 
saya tidak pernah mendengar suatu khutbah pun seperti itu (kerana amat 
menakutkan). Beliau s.a.w. bersabda:

"Andaikata kamu semua tahu apa yang aku ketahui, nescayalah kamu semua akan 
tertawa sedikit dan akan menangis banyak-banyak. "

Para sahabat Rasulullah s.a.w. lalu menutupi masing-masing wajahnya sambil 
terdengar suara isaknya. (Muttafaq 'alaih)

Dalam riwayat lain disebutkan:

Rasulullah s.a.w. menerima berita bahawa ada sesuatu tentang 
sahabat-sahabatnya, lalu beliau berkhutbah, kemudian bersabda:

"Ditunjukkanlah syurga dan neraka padaku maka belum pernah aku melihat sesuatu 
yang melebihi penglihatanku pada hari itu tentang bagusnya syurga dan buruknya 
neraka. Dan andaikata kamu semua dapat melihat apa yang dapat aku lihat, maka 
nescayalah aku semua akan ketawa sedikit dan menangis banyak-banyak. "

Maka tidak pernah datang pada para sahabat Rasulullah s.a.w. laitu hari yang 
lebih dahsyat lagi dari hari itu(tentang ngerinya khutbah yang diberikan oleh 
beliau s.a.w.) Para sahabat semua menutupi kepala masing-masing sambil 
terdengar suara esaknya.


   


  

Help Palestine [hidayahnet] Islamic Youth Awakening (Sahwah) Campaign 30

2009-06-22 Thread Dr. Adel Elsaie
Islamic Youth Awakening (Sahwah) Campaign 30

http://www.usislam.org/IslamicYouth/islamic_youth.htm

Please remember that Monday is our Islamic Youth Awakening day.

1. Glorious Quran on Good Manners:

Do not devour the wealth and property of others unjustly, nor bribe the
officials or the judges to deprive others of their possessions [2/188]

*
**2.* Hadith on Good Manners:

 Narrated by Anas bin Malik (Radhiallah hu Taala anhu)

Allah 's Apostle said, "Whoever loves that he be granted more wealth and
that his lease of life be prolonged then he should keep good relations with
his kith and kin."

*3. *Converts to Islam Videos:

Ex-Christian William Suhaib Webb talks about Islam and being
Muslim

Angela Collins - Muslim Convert weeks after 9/11
Incident

4. Coverts to Islam:
S.M. SULAYMAN, (Former Baptist Church Minister),
U.S.A.

Latino Converts: In 2050, Latinos are estimated to be 150 Million in USA,
and become a majority.

Shariffa Carlo, Trained to destroy Islam


5. WMD : Beware of their Weapons of Missionary Deception:

Missionaries are trained to convert Vulnerable Muslims with $6.8 Budget a
year. Simple Ways to answer them back with 0 Budget

Ask Christian  missionaries "Which
Jesus
?," Was Jesus very merciful and Muhammad was not? They will never show up
again. They don't know their Bible.

6. WMD Videos:

The Qur'an and the Bible in the light of Science? (
1...

Yes you can be strong Muslim, please sign the petition :  Muslim Youth Code
of Honor

Required a million signature each year Until that last Muslim Youth sign in.

Please circulate this posting to your brothers and sisters, Jazakum Allah
Khairan.

Please note that this posting is for adults too.

Dr. Adel Elsaie

http://www.usislam.org/


Re: Help Palestine [hidayahnet] Keutamaan Surat Al-Ikhlas

2009-06-22 Thread redzuan rosli
Begitu banyaknya fadlilat membaca ayat2 Al-Quran, dgn janji-janji Allah pahala 
dan syurga menanti.
 
Tetapi manusia masih tergila2 menyanyi dan sibuk menghafal lagu.Padahal itu 
ternyata kerja yang sia-sia. 
 
Benarlah firman Allah.
"Demi masa! sesungguhnya manusia itu dalam kerugian,kecuali
orang yg beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan2 dgn kebenaran dan 
berpesan2 dgn kesabaran"
 
 

--- Pada Jum, 5/6/09, an...@yahoo.com  menulis:


Daripada: an...@yahoo.com 
Subjek: Help Palestine [hidayahnet] Keutamaan Surat Al-Ikhlas
Kepada: "Ikhwanul Muslimun" 
Tarikh: Jumaat, 5 Jun, 2009, 2:38 AM












Sebelum kita membicarakan keutamaan Surat Al-Ikhlas, terlebih dahulu akan 
disampaikan tentang nama-nama dari Surat Al-Ikhlas itu sendiri. Nama Surat 
Al-Ikhlas itu jumlahnya ada 20 nama yakni :
 1. At-Tafrid.
 2. At-Tajrid.
 3. At-Tauhid.
 4. Al-Ikhlas.
 5. An-Najat.
 6. Al-Wilayah.
 7. An-Nisbah.
 8. Al-Ma'rifah.
 9. Al-Jamal.
 10. Al-Muqasyqasyah.
 11. Al-Mu'awwidzah.
 12. As-Shamad.
 13. Al-Asas.
 14. Al-Maani'ah.
 15. Al-Muhtadhar.
 16. Al-Munfiroh.
 17. Al-Baroah.
 18. Al-Mudzkiroh.
 19. An-Nuur.
 20. Al-Insan.
Banyak nama menunjukkan banyak kelebihan. Mengingat Surat ini mengandung akidah 
yang sangat mendasar, maka keutamaannya cukup banyak. Antara lain sebagai 
berikut :


1. Hadis riwayat Anas bin Malik, menyatakan bahwa Rasulullah Saw bersabda : 
"Barangsiapa membaca Surat Al-Ikhlas satu kali, seolah-olah dia membaca 
sepertiga Quran. Barangsiapa membacanya dua kali, seolah-olah dia membaca dua 
pertiga Quran. Barangsiapa membacanya tiga kali, seolah-olah dia membaca Quran 
seluruhnya. Dan barangsiapa membacanya sepuluh kali, dibina Allah untuknya 
sebuah rumah dalam surga terbikin dari permata ya'kut yang berwarna merah."

2.  Sabda Rasulullah Saw yang maksudnya : "Hai Aisyah, engkau jangan tidur dulu 
sebelum engkau kerjakan empat perkara : 1. Khatamkan Al-Quran, 2. Jadikan semua 
Nabi membelamu nanti pada hari kiamat, 3. Jadikan semua orang mukmin 
rela   kepadamu, dan 4. Kerjakan Haji dan Umrah."  Kemudian Rasulullah 
pun shalat, sedangkan Aisyah tinggal ditempat tidur. Selesai Shalat, Aisyah pun 
berkata : "Rasulullah, tebusanmu ibu dan ayahku, Rasulullah suruh saya 
mengerjakan empat perkara yang saya tidak sanggup melakukannya pada waktu ini." 
Beliau tersenyum, seraya bersabda : " Apabila engkau membaca Qul Huwallahu Ahad 
(tiga kali), maka seolah-olah engkau telah mengkhatamkan Al-Quran. Jika engkau 
membaca shalawat kepadaku dan kepada semua Nabi sebelumku, maka kami nanti akan 
mensyafaatkanmu pada hari kiamat. Dan apabila engkau meminta ampunkan 
orang-orang mukmin, maka tentu semua mereka nanti akan rela kepadamu. Dan 
apabila engkau membaca
 "Subhanallah, Walhamdulillah, Walailahaillallah, Wallahu Akbar, maka 
sesungguhnya engkau berarti telah mengerjakan Haji dan Umrah."
 Hadis itu menerangkan, kalau mau tidur setelah badan tergeletak diatas 
ranjang, maka baik dibaca:
  a. Surat Al-Ikhlas tiga kali. Sama pahalanya dengan membaca satu khatam 
Quran.
  b. Shalawat kepada Nabi Muhammad Saw dan Nabi-Nabi lainnya, dengan 
mengucap
: Allahumma Sholli 'ala Sayyidina Muhammad Wa ali Muhammad wa'ala jami'il
anbiyaai wal mursalin.

  c. Mendoakan orang-orang mukmin dengan mengucapkan tiga kali 
Allahummaghfir
lil muslimina wal muslimat, wal mukiminina wal mukminat.
      d. Membaca raja tasbih tiga kali, yakni : Subhanallah, Walhamdulillah, 
Walailaha
illallah, Wallahu Akbar, Wala haula walaquwwata illa billahil 'aliyyil 'adzim."
 
Apabila dibaca tiga kali tasbih ini, maka sama pahalanya dengan satu kali Haji 
dan Umrah.


3.  Pada suatu hari seorang laki-laki melaporkan halnya kepada Rasulullah Saw 
tentang kesusahan hidup yang dideritanya. Ia mohon supaya diajarkan amalan 
singkat untuk menghilangkan kesempitan hidup itu. Maka Rasulullah Saw 
menyuruhnya supaya setiap kali masuk kerumah sendiri, memberi salam kemudian 
membaca surat Al-Ikhlas tiga kali. Jika rumah kosong tidak ada orang didalam, 
maka memberi salam  kepada Rasulullah Saw kemudian sambil melangkah masuk 
dibaca tiga kali surat Al-Ikhlas. Laki-laki itupun mengamalkannya, 
alhamdulillah lapang rezekinya, melimpah sampai kepada jiran  tetangganya.

4.  Pada suatu hari Rasulullah Saw sedang duduk dalam mesjid Madinah. Tiba-tiba 
datang rombongan mengusung jenazah untuk di shalatkan. Para sahabat 
mempersilahkan Nabi untuk menyembahyangkannya . Beliau bertanya : " Apakah 
mayat ini meninggalkan hutang ? Mereka menjawab : " Ya, benar, dia meninggalkan 
hutang sebanyak 4 dirham." Lantas beliau bersabda : " Saya tidak mau 
menyembahyangkan mayat yang meninggalkan hutang. Shalatkan kamulah dia." Pada 
saat itu Jibrilpun datang seraya berkata : "Hai Muhammad, Allah berkirim salam 
kepadamu. Dia berfirman : "Aku sudah mengutus Jibril menyamar seperti mayat itu 
dan sudah melunaskan hutangnya. Tegaklah, shalatkan dia karena dian sudah 
diampuni Allah dan barangsiapa yang ikut menyembahyangkannya , niscaya

Help Palestine [hidayahnet] Peminat Bonsai

2009-06-22 Thread Shania Opal
 [image: click to
comment]

[image: click to comment]

[image: click to comment]

[image: click to comment]

[image: click to comment]

[image: click to comment]

[image: click to comment]

[image: click to comment] 

[image: click to comment]

[image: click to
comment][image:
click to comment]
[image:
click to comment]
[image:
click to comment]
[image:
click to comment] 


-- 
Tak guna ada mata kalau tak dapat melihat.
Tak guna ada hati kalau tak tahu menilai...

Janganlah menjadi begitu masin..
sehingga orang meludahmu..
Dan janganlah pula berlaku
terlampau manis, sehingga
mereka menelan dirimu
begitu saja...


Help Palestine [hidayahnet] Ah Long Hisap Darah!!!

2009-06-22 Thread Shania Opal
*Salam,
Sekarang ni tengah kecoh pasal ah long, sebenarnya perkara
ini telah lama berleluasa, ah long simbah cat di pintu rumah,
membunuh ahli keluarga peminjam yang gagal membayar dan
yang terkini di kurong dan di rantai seperti manusia yang tidak
bertamaddun.
Ternampak iklan ah long, lalu aku call, dijawab oleh seorang
wanita melayu, untuk mengenal ah long aku buat temujanji
untuk bertemu dengan ah long,  seperti yang telah dijanjikan
aku sampai pada masa yang tepat, bila sampai di hadapan
pejabat ah long aku call, pintu di buka, aku di sambut oleh se-
orang wanita melayu dan ada dua lelaki melayu yang duduk
di cubicle masing-masing sambil memerhatikan aku.

Wanita itu menyuruh aku tunggu sebentar di ruang tamu, aku
perhatikan di sekitaran tempatnya sederhana, perasaan takut
pun ada juga untuk berjumpa dengan ah long, apa yang aku
bayangkan ah long bemuka garang cam gangter. Aku di bawa
wanita itu ke bilik ah long. Aku di persilakan duduk, sebenarnya
sangkaan aku meleset, ah long ni masih muda punyai perwatakan
yang menarik,tutur bicara teratur, cuma yang jelas rantai besar
emas, gelang tangan dan beberapa bentuk cincin yang di pakai.

Aku memberitahu ah long yang bernama J bahawa aku mahu
meminjam wang, setelah berbincang dan syarat-syarat yang di-
kenakan agak berat juga , aku buat-buat terperanjat.
Antara syarat yang di kenakan
Fotocopy kadpengenalan
Kad dan buku bank
Surat perlantik jawatan/ atau pun surat
perakuan dari company.
no tel pejabat dan salah sorang saudara.

Untuk mengelakan dari meminjam, aku cuma katakan susah la,
kalau tiada kad bank, dan setiap bulan kena jumpa ah long untuk
mengambil wang yang telah di tolak dari lebihan gaji. Dan satu lagi
pinjaman akan ditolak RM 200 sebagai proses, itu tak termasuk
bunga yang perlu di bayar. Akhir sekali aku bagi tahu J aku akan
cuba minta tolong dari kawan/ saudara. Dan J berpesan kalau ada
kawan-kawan yang mahu pinjam wang datang temui J.Kalau u ada
masalah kewangan bila-bila boleh datang.

Sewaktu aku melalui lobby dan menuju ke parking lot, aku kira ada
yang memerhati, risau juga tapi aku berdoa agar ALLAH sentiasa
melindungi aku, satu pengalaman yang menarik, cuma yang aku
fikirkan staff kat situ adalah melayu, aku kira hanya untuk menarik
orang melayu untuk meminjam.Simpati pada mereka yang terpaksa
bekerja dengan along.


*
-- 
Tak guna ada mata kalau tak dapat melihat.
Tak guna ada hati kalau tak tahu menilai...

Janganlah menjadi begitu masin..
sehingga orang meludahmu..
Dan janganlah pula berlaku
terlampau manis, sehingga
mereka menelan dirimu
begitu saja...


Help Palestine [hidayahnet] Allah is Merciful only To Those of His slaves Who are Merciful (to others).

2009-06-22 Thread Aqsa Mujahidah Fisabeelillah Inshallah
 
Bismillah Hir Rahmaan Nir Rahmaan
Assalaamu alaykum wa rahmatuallahi wa barakatuhu
 
Oneness, Uniqueness of Allah (Tawheed) 
Bukhari :: Book 9 :: Volume 93 :: Hadith 540
Narrated Usama: [May Allah be pleased with him]
A son of one of the daughters of the Prophet salla lahu alaihi wa sallam was 
dying, so she sent a person to call the Prophetsalla lahu alaihi wa sallam . He 
sent (her a message), "What ever Allah takes is for Him, and whatever He gives 
is for Him, and everything has a limited fixed term (in this world) so she 
should be patient and hope for Allah's reward." She then sent for him again, 
swearing that he should come. Allah's Apostle salla lahu alaihi wa sallam got 
up, and so did Mu'adh bin Jabal, [May Allah be pleased with him] Ubai bin Ka'b 
[May Allah be pleased with him] and 'Ubada bin As-Samit [May Allah be pleased 
with him]. When he entered (the house), they gave the child to Allah's Apostle 
salla lahu alaihi wa sallam while its breath was disturbed in his chest. (The 
sub-narrator said: I think he said, "...as if it was a water skin.") Allah's 
Apostle salla lahu alaihi wa sallam started weeping whereupon Sa'd bin 'Ubada  
[May Allah be pleased with
 him]said, "Do you weep?" The Prophet salla lahu alaihi wa salalm said, "Allah 
is merciful only to those of His slaves who are merciful (to others)."



 
Surah Isra 17 verse 80 Say: "O my Lord! let my entry be by the Gate of Truth 
and Honor and likewise my exit by the Gate of Truth and Honor; and grant me 
from Thy Presence an authority to aid (me)." 

Ameen.
 
Transliteration :Wa qur rabbi adkhilni mudkhala sidqiw wa akhrijni mukhraja 
sidqiw wa-j'al li mil ladunka sulta_nan nasira_(n).

Al-Tirmidhi HadithHadith 2482 Narrated by AbuHurayrah  (May Allah be pleased 
with him)
Allah's Messenger (peace be upon him) used to say, " O Allah, grant me benefit 
in what Thou hast taught me, teach me what will benefit me, and increase my 
knowledge. Praise be to Allah in all circumstances. I seek refuge in Allah from 
the state of those who go to Hell."
Tirmidhi and Ibn Majah transmitted it, Tirmidhi saying this is a tradition 
whose isnad is gharib.
 
Transliteration:an Abi Hurairah (radiya Allahu anhu) qaal:
qaala Rasul Allah (salla Allahu alayhi wa sallam):"Allahumma infa'ni bima 
'allamtani, wa allimni maa yanfa'oni wa zidni 'ilman, alhamdulillahi alaa kolli 
haal, wa a'odtho billahi min haali ahlil naar."


  Bollywood news, movie reviews, film trailers and more! Go to 
http://in.movies.yahoo.com/

Help Palestine [hidayahnet] TAZKIRAH: 90 NAMA AL QURAN

2009-06-22 Thread amri el wahab


Selain daripada nama AL QURAN, kitab Allah ini juga mempunyai nama nama lain
yang di beri Allah kepada kitab nya itu.Ada Ulama telah menghitung nama nama
AL QURAN hingga mencapai sehingga 90 nama.Namun yang termashur di antaranya
ialah:
**

   - *AL KITAB* - Nama yang cukup sinonim dengan nama AL QURAN.Allah
   berfirman yang bermaksud: *"KITAB ini tidak ada keraguan
padanya."*(Surah Al Baqarah:2)
   - *AL FURQAN* - yang bermaksud pembeza.Ini kerana AL QURAN adalah pembeza
   yang memisahkan antara yang hak dengan yang bathil atau kebenaran dengan
   kesesatan dan cahaya dengan kegelapan.Allah berfirman yang maksudnya, *"Maha
   Suci Allah yang telah menurunkan AL FURQAN kepada hamba nya, agar ia menjadi
   pemberi peringatan kepada seluruh alam."* (Surah Al Furqan:1)
   - *AL-ZIKR* - yang bermaksud peringatan.Hal ni sungguh jelas sekali
   kerana AL QURAN itu merupakan peringatan kepada manusia dan jin. Allah
   s.w.t. yang bermaksud, *"Sesunggunya Kamilah yang menurunkan perigatan
   dan sesungguhnya Kami benar benar* *memeliharanya."* (Surah Al Hijr:9)
   - *AL-MUBIN, AL-KARIM,AL-KALAM* dan *AL-NUR* adalah juga nama nama AL
   QURAN saperti yang di sebut oleh Imam Al Sayuti di dalam kitab nya Al-Itqan.


 (Rujukan: Kitab Al Quran Mushaf Malaysia dan Terjemahan)

 Posted By amri el wahab to Hembusan Amal
4Uon
6/13/2009 06:57:00 AM


Help Palestine [hidayahnet] Daughter of American Christian Minister converted to Islam

2009-06-22 Thread Ahumanb
Daughter of American Christian Minister converted to Islam
 
http://www.youtube.com/watch?v=LyE6wXKc-RY


  

Help Palestine [hidayahnet] Al-Hadith : Tuhan Itu Maha Pengampun

2009-06-22 Thread Abu Heakal


Daripada Abu Ayyub r.a., katanya, saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda, 
"Andaikata engkau semua tidak ada yang melakukan dosa, nescayalah Allah akan 
menciptakan suatu makhluk baru yang melakukan dosa, lalu mereka memohonkan 
pengampunan padaNya, kemudian Allah mengampuni mereka itu." 

(Riwayat Imam Muslim)

Daripada Abu Hurairah r.a. pula, katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda, "Demi Zat 
yang jiwaku ada di dalam genggaman kekuasaanNya, andaikata engkau semua tidak 
ada yang melakukan dosa, nescayalah Allah akan melenyapkan engkau semua, lalu 
mendatangkan suatu kaum lain yang melakukan dosa kemudian mereka meminta 
pengampunan kepada Allah Ta'ala, lalu Allah mengampuni mereka itu." 

(Muttafaq 'alaih)


Ralat
~
Tajuk hebahan semalam sepatutnya "Perihal Tok Bomoh Yang Pandai 'Menengok'" dan 
bukannya "Perihal Tok Bomoh Yang Pandai 'Menengnok'". Ana tersalah taip. Maaf.

Subscribe to sabda_nabi-subscr...@yahoogroups.com



Re: Help Palestine [hidayahnet] Pejuang dan Penyokong Parti Islam mesti berhikmah dalam berjuang

2009-06-22 Thread Kholid Ali
Di kalangan para Sahabat ada yang bersikap keras dan ada yang lembut. Setahu 
saya Saidina Abu Bakar ra dikatakan banyak mengambil pendekatan sangat lembut 
tapi bila ada segolongan orang Islam engkar membayar zakat setelah kewafatan 
Rasulullah SAW beliau istihar perang dengan golongan itu. Saya belum dengar ? 
pemimpin PAS istihar perang keatas puak yang engkar akan syariat Islam. 
Janganlah mentafsir hikmah itu ikut  intepretasi nafsu sendiri. Kadang-kadang 
ubat yang pahit lebih mujarab. Jika mereka yang dari parti Politik Islam 
dikatakan tidak berhikmah eloklah golongan yang rasa cara mereka lebih 
berhikmat pergi kepada golongan (yang bersikap mempersenda syariat 
Islam) dengan penoh hikmah mungkin mereka akan akur !!?? Ianya bukan 
tanggongjawab mereka yang dari parti politk Islam saja ianya adalah 
tanggongjawab semua yang mengaku beriman dengan Allah swt lebih-lebih lagi jika 
telah meletakkan diri mereka sebagai golongan pendakwah dan daei !!!
 Wallahua'lam.
 
ibnuAli
kota jembal

--- On Fri, 6/5/09, a...@yahoo.com  wrote:


From: a...@yahoo.com 
Subject: Help Palestine [hidayahnet] Pejuang dan Penyokong Parti Islam mesti 
berhikmah dalam berjuang
To: "Ikhwanul Muslimun" 
Date: Friday, June 5, 2009, 11:08 PM









Benarkah kata kata pemerhati bahawa pendekatan untuk menarik manusia kepada 
Islam yang dibawa oleh mereka dari parti Politik Islam adalah amat berbeza dari 
Pendakwah atau Daei.Kita lihat mereka terutama dari kalangan penyokong 
penyokong parti politik Islam sangat gelojoh dalam pejuangan mereka.Mulut cabul 
suka memaki hamun dan menghentam orang yang tidak sehaluan dengan mereka.Sering 
kali tindak tanduk mereka melampaui batas dan melebihi tindak tanduk pemimpin 
mereka.Ada kah cara ini dapat menarik manusia kepada Islam? Atau sebenarnya 
sikap mereka itu telah banyak mencemarkan Islam... .?
Sepatutnya sebagai pejuang Islam mereka perlu berhikmah : iaitu meletakkan 
sesuatu perkara pada tempatnya, ia disaring daripada firman Allah SWT menerusi 
ayat 125 urah an-Nahl yang bermaksud: "Serulah ke jalan Tuhanmu (Wahai 
Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan 
berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih 
baik."
Hikmah yang dimaksudkan dalam ayat di atas mengandungi pelbagai tujuan yang 
boleh diselaraskan kepada uslub dakwah, antaranya KLIK sini.



Salaam & Regards  
Amri el Wahab
Jemput ke laman blog saya di http://hembusan- amal.blogspot. com
Sent from Kuala Lumpur, Malaysia
















  

Help Palestine [hidayahnet] Al-Hadith : Bagaimana Menjawab Soalan Malaikat Kubur

2009-06-22 Thread Abu Heakal


Daripada Albara' bin 'Azib r.a., daripada Nabi s.a.w., sabdanya, 

"Seorang muslim itu apabila ditanya dalam kubur, maka ia akan menyaksikan 
bahawasanya tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa-sanya Muhammad adalah 
Rasulullah. Yang sedemikian itu adalah sesuai dengan firmannya Allah Ta'ala 
(yang bermaksud) "Allah memberikan ketetapan kepada orang-orang yang beriman 
dengan ucapan yang mantap, baik di dalam kehidupan dunia ini, mahupun dalam 
akhirat."(Surah Ibrahim, ayat 27) 

(Muttafaq 'alaih)


Help Palestine [hidayahnet] Subash akui lebih tenang selepas memeluk Islam

2009-06-22 Thread Zailina Mahmud



<>

 

M. Subash. - foto THE STAR oleh AZMAN GHANI
SEBELUM bergelar saudara baru, pengarah M. Subash atau nama
Islamnya, Manaan Subash memang sudah lama meminati ajaran Islam yang
dianggapnya cukup indah.
Keinginannya untuk mempelajari tentang Islam semakin membuak-buak
apabila dia bertemu dengan seorang pengurut tradisional, Ustaz Ibrahim
Mat Isa yang mengubati sakit belakang yang dialaminya sejak tahun lalu.
Ketika itu, Subash sering mendapat nasihat, bimbingan dan ceramah
agama setiap kali dia berurut lebih sejam dengan ustaz yang cacat
penglihatan itu.
Akhirnya, tanggal 15 Disember lalu, Subash memeluk Islam. Walaupun
ahli-ahli keluarga menentang pada awalnya, tetapi setelah melihat
kesungguhan Subash, mereka akhirnya merestui kehendak murninya itu.
"Kehidupan saya berasa lebih tenang, fokus dan terarah selepas saya
memeluk Islam. Saya memilih agama Islam kerana ia menganjurkan konsep
Yang Esa," katanya selepas majlis pratonton filem Jomlah C.I.U.M di
sini, semalam.
Filem ini mengisahkan usaha seorang ustaz buta untuk membina sebuah
surau untuk membawa golongan muda-mudi yang sesat ke jalan yang
diredhai Allah.
Ustaz yang menghadapi masalah kewangan berasa terharu apabila
mengetahui sami Buddha (Mannaan Subash) dan rahib Kristian (aktres
Kenchana Devi) sanggup menolongnya untuk membina surau tersebut.
Menariknya, watak ustaz buta itu dipegang sendiri oleh Ustaz Ibrahim setelah 
Subash sendiri menawarkan watak itu kepadanya.
Ustaz Ibrahim Mat Isa
Sementara itu, Ustaz Ibrahim memberitahu, dia mengenali Subash
apabila pelakon itu sering mendapat rawatan urutnya dan kagum dengan
minatnya yang ingin mempelajari tentang Islam.
Katanya, selepas selesai menjalani rawatan, Subash akan menghabiskan masa 
berbincang mengenai Islam.
"Saya akan bercerita tentang Allah, Nabi Muhammad dan lain-lain
kepadanya. Saya akan memberi banyak penjelasan jika dia mempunyai
kekeliruan," katanya.
Ibrahim berkata, dia bersyukur kerana dapat menemani Subash ke
Jabatan Agama Islam untuk mendaftarkan diri sebagai saudara baru, tahun
lalu.

click to visit my blog
<>


  

Help Palestine [hidayahnet] Lelaki & Wanita

2009-06-22 Thread Shania Opal
*Salam,

Tujuan islam adalah membangunkan masyarakat islam yang
bersih, diberi syahwat kelamin (sex) supaya mereka jangan
punah dan musnah dari muka bumi ini. Antara lelaki dan wanita
saling memerlukan. Tetapi diberikan akal, dan akal sendiri meng-
hendaki hubungan-hubungan yang teratur dan bersih.Syahwat
adalah keperluan hidup. Tetapi jika tidak dikendalikan maka
keburukan dan kotoranlah yang akan timbul.

Untuk itu kepada lelaki yang beriman diberi ingat agar matanya
jangan liar bila melihat wanita cantik atau memandang bentuk
badannya yang menggiurkan syahwat.Memelihara kemaluan
dan tenaga kelelakiannya supaya jangan diboroskan. Dia akan
bezina dan zina adalah permulaan dari zina terus, akan meng-
hancurkan peribadi dan hilang kendali atas diri. Jadilan manusia
kotor.

" Katakanlah kepada orang-orang beriman (laki-laki) itu, supaya
mereka menekurkan sebahagian pandangan mereka dan meme-
lihara kemaluan mereka. Yang demikian adalah lebih bersih bagi
mereka. Sesungguhnya Tuhan ALLAH lebih mengetahui apa
yang mereka kerjakan" Surah An-Nur;30

Peringatan buat wanita, selain menjaga penglihatan mata dan
memelihara kemaluan juga jangan pertontonkan perhiasan mereka
kecuali yang nyata sahaja, iaitu cincin di jari, muka dan tangan
itulah perhiasan yang nyata.

Kehidupan yang bebas juga mendorong untuk melakukan maksiat.
Sampai hancur peribadi dan hilang kendali atas diri, maka jadilah
orang yang kotor. Orang dipaksa mesti sopan dan berpekerti halus.
Tetapi pintu-pintu mengganggu syahwat dibuka selebar-lebarnya.
Tubuh mereka dipertontonkan. Yang telah terjerat dan terpengaruh
dengan duniawi sanggup lakukan apa saja demi mencari kepuasan
diri sanggup korbankan harga diri.

Kuat dan jayanya seseorang itu adalah kerana akhlaknya, apabila
akhlaknya rosak maka binasalah orang itu.*

-- 
Tak guna ada mata kalau tak dapat melihat.
Tak guna ada hati kalau tak tahu menilai...

Janganlah menjadi begitu masin..
sehingga orang meludahmu..
Dan janganlah pula berlaku
terlampau manis, sehingga
mereka menelan dirimu
begitu saja...


Help Palestine [hidayahnet] Mass Wedding of 19 Emirati couples at Umm al Qaiwain

2009-06-22 Thread Mohamed Fudzail
A many splendoured thing

Guests at a mass wedding enter the dining hall. Nicole Hill / The National

Sitting in a row on red-and-gold Renaissance-style chairs in the One
Thousand and One Nights wedding hall in Umm al Qaiwain, 19 nervous young
bridegrooms are receiving last-minute advice on what to expect in the next
hour – not to mention the rest of their lives.

Wedding season is under way, with many young men taking part in mass
ceremonies under the patronage of the rulers of the emirates.

*HERE*


Help Palestine [hidayahnet] Kem Motivasi Untuk Belia & Warga Kerja Negeri Perak [2 Attachments]

2009-06-22 Thread Zain Hj Mohamed

Assalamualaikum wrwb.

JIM Negeri Perak melalui Kelab Belia JIM (KBJ) Negeri Perak akan mengadakan 
suatu kem motivasi yang menarik tak lama lagi. Program ini telah memasuki tahun 
ke-3 pengendaliannya di negeri ini, alhamdulillah. Saudara/i yang berada di 
negeri Perak dijemput hadir ke kem ini sebagai peserta:-

NAMA PROGRAM: Kem Motivasi KEINDAHAN BERSAMAMU (KBM)
TARIKH: 18-19 Julai 2009
Tempat: Kem Tok Sakah, Teluk Senangin, Segari
Peserta Sasaran: Belia & Warga Industri Berumur 19-40 tahun diutamakan
   (kalau syarikat/jabatan yg hantar berkumpulan, 
had umur boleh flexible)
Target bilangan peserta: 100 orang SAHAJA
TARIKH TUTUP PENDAFTARAN: 10 Julai 2009

Disertakan brochure program (perlu ada Adobe Acrobat Reader) utk diteliti, 
dicetak dan diedarkan kepada kenalan, rakan sepejabat, saudara-mara, 
jiran, atau dipanjanjangkan ke yahoogroup lain sekiranya ada yang boleh 
memanfaatkan kem motivasi ini. Jika anda mahu kami jumpa Pegawai Sumber Manusia 
di syarikat/jabatan saudara/i (di Perak sahaja), sila hubungi kami segera untuk 
mengatur pertemuan (senarai wakil2 ada teersenarai dalam brochure).

Bagi yang belum pernah hadir ke program ini, boleh lah mencuba. Kem ini malah 
sangat sesuai dijadikan kursus motivasi tajaan syarikat untuk kakitangannya. 
Selamat Datang kami ucapkan.

Sekian, moga ada manfaatnya. Wassalamualaikum wrwb.


Zain HJ Mohamed
AJK Pembangunan Remaja dan Belia
JIM Negeri Perak019-575 0798



  

Help Palestine [hidayahnet] Pandangan Ikhawanul Muslimi terhadap ucapan obama

2009-06-22 Thread OraNg KaMpoNg
Pandangan Ikhawanul Muslimi terhadap ucapan obama
Posted on Friday, June 12 @ 17:24:52 PDT by BudakJalanan
 Oleh: akhisalman

"
Mukaddimah

Barack
Obama telah menyampaikan ucapan yang ditujukan kepada masyarakat Islam
sedunia pada hari khamis 4 jun. Beliau yang sampai di mesir pukul 9.10
pagi dan meninggalkan mesir pada pukul 6 petang telah memberi ucapan
selama 45 minit di universiti Kaherah (cairo universiti).


Beri Salam dan baca ayat al-Quran

Beliau memberi salam setelah masuk ke dalam dewan. Sepanjang ucapannya beliau 
telah membaca tiga potong ayat al-Quran:

1. ayat 70 surah al-Ahzab:
يأيها الذين أمنوا اتقوا الله وقولوا قولا سديدا
“Wahai orang-orang beriman hendaklah kamu bertakwa kepada Allah dan berkatalah 
dengan kata yang benar.”

2. Ayat 32 Surah al-Maidah:
من قتل نفسا بغير نفس فكأنما قتل الناس جميعا
“Sesiapa yang membunuh seseorang bukan kerana dia yang membunuh orang yang 
lain; seolah-olah telah membunuh semua manusia.”

3. Ayat 13 surah al-Hujurat:

يأيها الناس إنا خلقناكم من ذكر وأنثى وجعلناكم شعوبا وقبائل لتعارفوا
“Wahai
manusia sesungguhnya kami mencipta kamu terdiri dari lelaki dan
perempuan, dan kami jadikan kamu terdiri dari berbangsa-bangsa dan
berpuak-puak supaya kamu saling mengenal.”

Ucapan Obama cuba
menunjukkan dia ingin menunjukkan kelainannya dari presiden2 amerika
yang lepas. Dia cuba membina hubungan yang baru dengan dunia Islam dan
cuba mencari simpati masyarakat Islam terhadap Amerika.
Kenyataan rasmi ikhwanul Muslimin terhadap ucapan Obama

Pada
hari Sabtu 6 JUN laman web Ikhanul Muslimin telah mengeluarkan
kenyataan rasminya terhadap ucapan obama. Secara ringkasnya ada lima
point dalam kenyataan tersebut seperti berikut:

1. Sesungguhnya
prinsip-prinsip umum yang disebut oleh Presiden Obama di dalam
ucapannya seperti hak-hak kemanusian, perlunya ada perbincangan secara
terhormat dan saling mempercayai dan yang lain-lain adalah perkara yang
tidak ditolak oleh sesiapa pun.

2. Sesungguhnya ungkapan-ungkapan
emosi dan bahasa diplomasi yang digunakan obama tidak merealisasikan
keadilan dan tidak mengembalikan hak orang Islam yang telah rampas di
Palestin, Iraq, Afghanistan, Pakistan dan lain-lain negara Islam yang
telah ditumpahkan darah orang Islam siang dan malam. Dimana ini adalah
perancangan dan tipudaya dari kerajaan Amerika.

3. Kenyataan
Obama yang menyatakan dokongan yang berterusan kepada orang Yahudi di
palestin untuk mendapat keamanan dan menyatakan pejuang palestin tidak
berhak untuk melawan penjajah zionis, menyamakan perampas dan orang
yang dirampas haknya dan menyamakan pembunuh dan mangsa bunuh adalah
menunjukkan bahwa obama menjejaki jalan Presiden2 amerika yang
terdahulu.
4. Ucapannya yang panjang tentang masalah ekonomi,
pengangguran, perlunya beri peluang kerja kepada pemuda-pemuda dan
sebagainya adalah satu ucapan umum yang perlu kepada pemulihan politik
sebenar. Adapun ucapannya tentang hak2 wanita dan pendidikan, ini
adalah perkara yang telah diketahui oleh umat Islam melalui nilai2 dan
prinsip Islam yang agung.

5. Cubaan untuk memujuk hati dan
perasaan orang Islam dengan ayat-ayat al-Quran yang dibacanya, menyebut
peristiwa dalam sejarah Islam, ucapannya tentang nilai-nilai toleransi,
dan tamadun Islam yang memberi saham kepada kebangkitan serta kemajuan
manusia tidak akan berjaya untuk mencapai tujuan disebalik ucapan
tersebut. Ia tidak dapat menawan hati orang Arab dan orang Islam. Ini
hanya keran satu perubahan kecil dari segi cara yang digunakan Amerika,
sedangkan penggunaan jentera ketenteraan masih lagi berterusan di
Afghanistan dan Pakista. Lebih-lebih lagi penjajahan terhadap Iraq
masih lagi berterusan.

6. Ucapannya tentang seruan kepada
demokrasi yang perlu ada di dalam Negara Arab dan Islam sedangkan dia
memajamkan matanya terhadap kerajaan diktator dan sistem yang zalim
yang berlaku diluar Negara2 Islam.


Oleh kerana yang demikian
Ikhwanul Muslimin menganggap ucapan Ini hanya sekadar kempen untuk
memulihkan hubungan yang membuang masa. Amerika cuba untuk mencantikkan
rupa amerika yang dikotori dengan kezaliman, peperangan, jenayah
permusuhan dan menumpah darah umat arab dan Islam diserata dunia
terutama di Palestin.

Kesimpulan: Diatas adalah rumusan yang
boleh didapati dari kenyataan rasmi ikhanul Muslimin. Bagi penulis,
sepatutnya ke tiga ayat al-Quran tadi lebih terkena batang hidung Obama
dan kerajaan Amerika. Ini kerana pertumpahan darah masih lagi berlaku
di Iraq dan Afghanistan. Amerika hendaklah keluar dari Negara Islam itu
demi untuk mereliasikan ucapan Obama. Amerika juga perlu mencabut
senjata Nuklear Israel sebelum menyentuh projek Nuklear Iran.

UMAT ISLAM INGINKAN PERLAKSANAAN BUKAN SEKADAR UCAPAN"



Help Palestine [hidayahnet] Indahnya Hujan!!! [1 Attachment]

2009-06-22 Thread Shania Opal
*Firman ALLAH s.w.t
Yang Bermaksud;
"Dialah yang telah menurunkan air hujan dari langit untuk kamu,
sebahagiannya menjadi minuman dan sebahagiannya yang lain
menyuburkan tumbuh-rumbuhan yang pada (tempat tumbuhnya)
kamu mengembala ternakmu. Dia menumbuhkan bagi kamu
dengan air hujan tersebut tanam-tanaman zaitun,kurma,anggur
dan segala macam buah-buahan. Sesungguhnya pada yang
demikian itu benar-benar ada tanda ( kekuasaan ALLAH) bagi
kaum yang memikir." (An-Nahl:10-11)

Betapa cantik titisan air hujan yang jatuh ke bumi kemudiannya
bersatu kembali dan mengalir menuju sungai dan lautan tanpa
menggangu penghidupan manusia. Inilah satu cara terindah yang
dilakukan oleh ALLAH bagi memenuhi keperluan hamba-hambaNya.
Oleh itu hendaklah kita sedar terhadap rahmat ALLAH. Zat yang
Maha lembut kepada hamba-hambaNya dan sentiasa mengatur
kerajaanNya dengan penuh kebijaksanaan.

Kita juga hendaklah menyedari bahawa rahmat yang agung ini ada-
lah kurnia ALLAH yang sangat besar yang dapat kita rasakan dan
kita renungi keluasan nikmat serta keagungan ciptaanNya.


*

-- 
Tak guna ada mata kalau tak dapat melihat.
Tak guna ada hati kalau tak tahu menilai...

Janganlah menjadi begitu masin..
sehingga orang meludahmu..
Dan janganlah pula berlaku
terlampau manis, sehingga
mereka menelan dirimu
begitu saja...


Help Palestine [hidayahnet] kurang ajar punya anak

2009-06-22 Thread Zailina Mahmud
<>



KUALA LUMPUR: Berang dimarahi kerana menjadi ‘anak ikan’ kepada
pengamal seks songsang, seorang remaja berusia 13 tahun membelasah
ibunya berusia 38 tahun menggunakan buku lima di rumahnya di Gombak, di
sini.

Difahamkan, tindakan biadap remaja lelaki itu memukul
wanita yang juga ibu tunggal disebabkan dia melarang anaknya meneruskan
hubungan songsang dengan seorang lelaki berusia 20-an yang menjadi
kekasihnya sejak lima tahun lalu.

Rahsia percintaan terlarang
pasangan itu terbongkar apabila ibu remaja berkenaan menemui wang yang
banyak dalam simpanan anaknya itu.

Perasaan pelik yang
menyelubungi wanita itu terjawab apabila anak bongsu daripada tiga
beradik itu mengakui ‘dibela’ kekasihnya.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang kelmarin, berlaku
pertengkaran antara dua beranak itu apabila wanita berkenaan menegur
anaknya supaya meninggalkan kerja terkutuk terbabit.
Sumber berkata, pertengkaran kira-kira 10 minit itu bertukar ganas
apabila remaja terbabit hilang kawalan lalu menumbuk muka ibunya.

“Tidak berpuas hati, remaja itu menyarungkan buku lima dan menumbuk sekali lagi 
muka  ibunya.

“Wanita terbabit terpelanting sebelum terjatuh dan terkedu kerana tidak 
mempercayai perbuatan  anaknya itu,” katanya.

Menurut sumber, remaja itu kemudian melemparkan kata-kata kesat selain
mendakwa wanita itu tidak layak menjadi ibu kandungnya kerana tidak
mampu menyediakan segala yang diingini.

Difahamkan, mangsa  mengarahkan anaknya yang lain meminta bantuan   jiran.

Beberapa jiran   datang meleraikan pergaduhan itu sebelum  menahan suspek yang 
dikatakan seperti ‘dirasuk’.

Sumber berkata, hubungan songsang itu dipercayai sudah terjalin sejak
lima tahun lalu dan bayaran lumayan diberikan kepada remaja berkenaan
setiap kali melayani nafsu lelaki itu.

“Perasaan curiga
mengenai perbuatan anaknya itu juga sudah lama dirasai wanita terbabit
yang mendakwa pernah melihat kesan merah pada leher seperti ‘gigitan
cinta’ namun mendiamkan diri kerana tiada bukti,” katanya.

Akibat dibelasah, wanita itu  cedera di  kepala dan difahamkan mangsa membuat 
laporan di Balai Polis Setapak, di sini.

click to visit my blog
<>


  

Help Palestine [hidayahnet] Permissibility of Not Writing Out the Peace and Blessings After Mentioning the Prophet

2009-06-22 Thread Aqsa Mujahidah Fisabeelillah Inshallah
Bismillah Hir Rahmaan nir raheem
Assalaamu alaykum wa rahmatuallahi wa barakatuhu
 
The Permissibility of Not Writing Out the Peace and Blessings After Mentioning 
the Prophet
 
al-Khatib al-Baghdadi said:
“I saw the handwriting of Abu ‘Abdullah Ahmad bin Hambal of many ahadith in 
which the Prophet was mentioned, and he would not write ’sall Allahu ‘alayhi wa 
sallam’ after his name. I was informed that he used to invoke peace and 
blessings upon the Prophet by his tongue and not in writing.”
 
 
['al-Jami' li-Akhlaq ar-Rawi wa Adab as-Sami''; 1/271]
 
http://iskandrani.wordpress.com/2008/02/09/five-points-and-statements-of-benefit/
 
 
Surah Isra 17 verse 80 Say: "O my Lord! let my entry be by the Gate of Truth 
and Honor and likewise my exit by the Gate of Truth and Honor; and grant me 
from Thy Presence an authority to aid (me)." 

Ameen.
 
Transliteration :Wa qur rabbi adkhilni mudkhala sidqiw wa akhrijni mukhraja 
sidqiw wa-j'al li mil ladunka sulta_nan nasira_(n).

Al-Tirmidhi HadithHadith 2482 Narrated by AbuHurayrah  (May Allah be pleased 
with him)
Allah's Messenger (peace be upon him) used to say, " O Allah, grant me benefit 
in what Thou hast taught me, teach me what will benefit me, and increase my 
knowledge. Praise be to Allah in all circumstances. I seek refuge in Allah from 
the state of those who go to Hell."
Tirmidhi and Ibn Majah transmitted it, Tirmidhi saying this is a tradition 
whose isnad is gharib.
 
Transliteration:an Abi Hurairah (radiya Allahu anhu) qaal:
qaala Rasul Allah (salla Allahu alayhi wa sallam):"Allahumma infa'ni bima 
'allamtani, wa allimni maa yanfa'oni wa zidni 'ilman, alhamdulillahi alaa kolli 
haal, wa a'odtho billahi min haali ahlil naar."


  Explore your hobbies and interests. Go to 
http://in.promos.yahoo.com/groups/

Help Palestine [hidayahnet] Derma Masjid di Bosnia

2009-06-22 Thread agee hadi

--- On Sun, 6/14/09, agee hadi  wrote:










 
Assalamualaikum,
 
Buat Sahabat2 yg dicintai, mari kita sama2 terlibat dlm pembinaan rumah Allah 
ini. kalau pn kita xberpeluang kesana insyaallah,,,amal kita akn dikira hingga 
hari akhirat..sila forward.
 
Rasullullah SAW pula ada bersabda, apabila mati anak Adam itu maka terputuslah 
semua amal ibadatnya kecuali 3 perkara iaitu ;
 
-  Sedekah Jariah
-  Ilmu yang digunakan dan dimanfaatkan oleh pengamalnya
-  Anak yang soleh yang tidak lupa mendoakan ibubapanya.
 

Anas R.A. berkata ada 7 pahala yang akan tetap diterima oleh seseorang itu 
apabila ia mati kelak ;
 
-  Orang yang mendirikan masjid selagi masjid itu terus digunakan oleh 
orang ramai sebagai tempat ibadah.
-  Orang yang mengalirkan air sungai selagi mana orang tatap 
menggunakannya.
-  Orang yang menulis mushaf / buku  selagi masih ada yang membacanya.
-  Orang yang menggali perigi selagi perigi itu masih ada yang 
memanfaatkannya.
-  Orang yang menanam pokok buah-buahan selagi pokok itu masih lagi ada 
yang mamakan buahnya sama ada manusia mahupun binatang.
-  Orang yang mengajarkan ilmu selagi ilmu itu diamalkan oleh mereka 
yang memplelajarinya.
-  Orang yang meninggalkan anak yang soleh. Anak itu sentiasa mendoakan 
kedua orang tuanya.
 
Jadi kalau kita lihat di sini, membina masjid, menggali perigi, menanam pokok 
buah-buahan, mengalirkan air sungai termasuk dalam rangkuman ibadat sedekah 
amal jariah sedangkan menulis mushaf dan menyampaikan ilmu adalah termasuk 
dalam rangkuman ilmu yang dimanfaatkan. Seterusnya anak yang soleh yang 
mendoakan kedua orang tuanya.
 
 
pembinaan masjid as sahabah semakin rancak.Gambaran terbaru dari Bosnia














Alhamdulillah, pada 31 mei saya dapat gambar-gambar terbaru masjid As Sahabah, 
dinding mula dibina (tingkat bawah). Tak silap saya ada beberapa bilik 
1-pejabat imam 2-bilik komputer 3-kelas muslimat 4-tempat wuduk.

Tingkat 1 dewan utama solat.

Tingkat 2 tempat bilal pada waktu solat jumaat dan ia juga menjadi tempat solat 
wanita pada hari selain jumaat. Ia akan berbentuk U, lebih kurang seperti ruang 
solat wanita di surau As Syakirin KLCC

Dan insyaAllah siling dan bumbung masjid tak lama lagi.

Sebab itu acap kali saya sebut-sebutkan hal derma kita ini, kerana perkembangan 
binaan masjid masyaAllah amat laju sekali dan saya difahamkan masjid ini 
memerlukan wang pada pertengahan JUN ini.

Ajaklah rakan-rakan kita menyertai amal soleh ini.

Saya juga amat mengalu-alukan jika ada mana-mana DERMAWAN ATAU SYARIKAT YANG 
BERMURAH HATI untuk membantu kami warga, sahabat dan pendengar setia KLFM bagi 
menjayakan pembinaan masjid ini.

Mungkin ada yang masih belum tahu tentang amal ini, maka tolonglah 
sampai-sampaikan kepada mereka ini.

Hubungi saya Us Wan Shohor Bani bin Leman
 
Sila Rujuk www.dermamasjid.blogspot.com
 
Maybank Ac: 514066054194
Wan Shohor Bani bin Leman