Help Palestine [hidayahnet] Islamic Youth Awakening (Sahwah) Campaign 68

2010-03-10 Terurut Topik Dr. Adel Elsaie
Islamic Youth Awakening (Sahwah) Campaign 68

http://www.usislam.org/IslamicYouth/islamic_youth.htm

Please remember that Monday is our Islamic Youth Awakening day.
1. Hadith on Good Manners:

The superiority of the guardian of an orphan

Hadith 8.34Narrated by Sahl bin Sad (Radhiallah hu Taala anhu)

The Prophet (sallallaahu alayhi wa sallam) said, I and the person who looks
after an orphan and provides for him, will be in Paradise like this,
putting his index and middle fingers together.

2. Converts to Islam Videos:

Robert converts to Islam
http://www.youtube.com/watch?v=vU5HGHiNUu0Robert's story of his
journey to Islam

Christian Coptic Egyptian converts to
Islamhttp://www.youtube.com/watch?v=q99Kqv_eiew Christian
Coptic Egyptian converts to Islam and makes SHAHADA

3. Coverts to Islam:

Haji Maryam Mohammed Ahmed, American Muslima, She  lives only to talk about
Islam http://www.usislam.org/converts/haji_maryam_ahmed.htm

*Karen's Testimony**.* *If Jesus is God, then why did he have a
conversation with God* http://www.usislam.org/converts/karen.htm*   *

4. WMD : Beware of their Weapons of Missionary Deception:

Missionaries are trained to convert Vulnerable Muslims with $6.8 Budget a
year. Simple Ways to answer them back with 0 Budget

WAFA SULTAN: Reformist or opportunist?
http://www.usislam.org/IslamicYouth/WMD/wafa_sultan.htmAlJazeera TV made
her famous.

Yes you can be strong Muslim, please sign the petition :  Muslim Youth Code
of Honorhttp://www.usislam.org/IslamicYouth/muslim_youth_code_of_honor.htm

Required a million signature each year Until that last Muslim Youth sign in.

Please circulate this posting to your brothers and sisters, Jazakum Allah
Khairan.

Please note that this posting is for adults too.

Dr. Adel Elsaie

http://www.usislam.org/


Help Palestine [hidayahnet] Hari Kesihatan, Usahawan 27 Mac 2010 Senawang

2010-03-10 Terurut Topik Rozmal bin Malakan
HARI KESIHATAN , KESELAMATAN  USAHAWAN
SEMPENA KEMPEN CEGAH DENGGI 1SENAWANG

Tarikh : 27 Mac 2010 – SABTU
Masa : 8 pagi – 10 malam
Tempat : Perkarangan Surau dan KAFA Taman Alamanda , Senawang

SEMUA DIJEMPUT HADIR

ACARA MENARIK
* PERTANDINGAN MEWARNA KANAK-KANAK
* KHIDMAT KESIHATAN PERCUMA
* Pameran Kesihatan
* Ceramah Kesihatan dan Ceramah Agama
* JUALAN HARI KANTIN KAFA ALAMANDA
* Jualan Amal dan Gerai Usahawan
* PERMAINAN RAKYAT
* Gotong Royong

- ATURCARA -
8 pagi – 1 tgh : Jualan Hari Kantin KAFA Alamanda, Jualan Amal, Jualan Gerai
8 pagi – 9:30 pagi : Gotong royong pemeriksaan jentik-jentik rumah ke rumah 
bersama COMBI Taman Alamanda dan PPKP PLK
9 pagi – 11 pagi : PERADUAN MEWARNA KANAK-KANAK
9 pagi – 12 tgh : PEMERIKSAAN KESIHATAN PERCUMA dan Pameran Kesihatan
9:30 pagi : Ceramah Kesihatan
10 pagi : Pelancaran COMBI Taman Alamanda
11 pagi : Ceramah Kesihatan
12 tgh  : Penyampaian Hadiah Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak
5 ptg – 7 mlm : Permainan Rakyat
8 mlm – 10 mlm : Ceramah Cegah Jenayah

Anjuran Bersama:
Jawatankuasa Surau , KAFA Alamanda dan COMBI Taman Alamanda
KPJ SSH, Jabatan Kesihatan N.Sembilan, PPKP PLK Seremban, Majlis Perbandaran 
Seremban

Maklumat lanjut hubungi 012-2267406 , roz...@yahoo.com

PPKP PLK – Penolong Pegawai Kesihatan  Persekitaran , Pusat Latihan Klinikal
COMBI - Communication for Behavioural Impact atau Komunikasi untuk Perubahan 
Tingkah Laku






Help Palestine [hidayahnet] Pesara tentera ini cuma nak katil beroda

2010-03-10 Terurut Topik Rozmal bin Malakan
Pesara tentera di Negeri Sembilan di bawah ini yang terlantar sakit hanya 
mahukan katil beroda.

**
Sinar Harian 6 Mac 2010

Katil beroda harapan warga emas

SERI MENANTI – Mungkin agak pelik, tetapi itulah yang berlaku kepada seorang 
warga emas di Kampung Padang Biawas, di sini, apabila hanya dapat mandi 
seminggu sekali.

Ini kerana ketiadaan bekalan air bersih serta kemudahan peralatan mencukupi 
memandangkan warga emas berkenaan, Raja Zainuddin Raja Said, 74, juga terlantar 
sakit.

Bekas tentera Rejimen Askar Melayu itu berharap supaya satu hari nanti 
mempunyai kemudahan seperti katil beroda bagi memudahkan isterinya Tenku 
Khadimah Tenku Mahadi, 75, membantu membersihkan badannya, memandangkan hanya 
mereka berdua tinggal di rumah berkenaan.

Bagaimanapun, keupayaan Tenku Khadimah agak terhad kerana menghidap penyakit 
jantung, darah tinggi dan kencing manis selain keupayaan untuk mengangkat 
suaminya itu juga semakin berkurangan.

Difahamkan, Zainuddin tidak boleh menguruskan dirinya sendiri sejak jatuh di 
tandas kira-kira lapan bulan lalu, sehingga menyebabkan kakinya sakit dan kini 
hanya mampu terlantar di atas katil.

“Akibat jatuh di bilik mandi, saya tidak boleh berjalan dan kini terbaring. 
Minum dan makan juga tidak boleh. Saya makan bubur sahaja. Isterilah yang 
menemani saya sepanjang hari.

“Walaupun ada anak seramai tujuh orang, tetapi mereka sibuk bekerja di 
Seremban. Namun mereka tidak pernah lupa tanggungjawabnya sebagai seorang anak. 
Sentiasa datang melihat keadaan saya dan isteri walaupun seminggu sekali.

Menurutnya, anak-anaknya pernah berusaha membawa ke hospital untuk menerima 
rawatan lanjut berkenaan tulang belakang yang telah lari daripada kedudukan 
asal akibat terjatuh tetapi tiada perkembangan baik dan kekal seperti itu juga.

Menantu perem- puannya, Rabinah Anim Hamzah, 45, berkata, bapa mentuanya perlu 
diberi perhatian bukan saja penjagaan rapi, malah dari segi kasih sayang.

Beliau berkata, kos rawatan bapa mentuanya itu mencecah kira-kira RM500 sebulan.

Zainuddin berkata, dia hanya mohon sebuah katil memudahkan pergerakan di 
samping meringankan beban isterinya.

“Saya hanya mohon katil beroda kepada pihak berkaitan memandangkan keadaan saya 
yang terlantar. Tidak mampu bergerak hanya dibantu oleh anak-anak sahaja. Buat 
masa ini saya memiliki kerusi roda tetapi sukar untuk bergerak,” katanya yang 
tidak pernah mohon bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story6900816.asp






Help Palestine [hidayahnet] Kuliah Kupasan Tentang al-Asya'irah

2010-03-10 Terurut Topik Brother Nawawi
Kuliah Kupasan Tentang al-Asya'irah

Video 1
www.youtube.com/watch?v=nLFe_VvJOqU

Video 2
www.youtube.com/watch?v=YxQznKJ0xcI

Video 3
www.youtube.com/watch?v=cAKcvML8-go

Video 4
www.youtube.com/watch?v=1PFysdSkOog

Video 5
www.youtube.com/watch?v=qty-fwEQwX0



@Brother Nawawi
+60126887715
YM: nawi...@yahoo.com
MSN: dimens...@hotmail.com
http://an-nawawi.blogspot.com
http://galeriniaga.blogspot.com



_
Hotmail: Powerful Free email with security by Microsoft.
http://clk.atdmt.com/GBL/go/201469230/direct/01/

Re: Help Palestine [hidayahnet] Lagi kisah Guru derita dan orang politik

2010-03-10 Terurut Topik Megat Shaharuddin Merican
Sdr Rozmal,

Itu jugalah pandangan saya.


Salam

Megat Shaharuddin Merican

===


On 05/03/2010, at 9:39 PM, rozmal.bin.mala...@pp-inbound02.tm.net.my wrote:

 Orang politik dari Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat tak ada masa agaknya 
 nak membela nasib para guru yang menderita akibat berbillion ringgit bajet 
 Kementerian Pelajaran dipotong tahun 2010.

 Orang politik sibuk , sibuk merancang esok siapa nak lompat parti. Esok nak 
 jatuhkan siapa. Esok siapa nak jadi ketua. Esok siapa nak jadi juara perjuang 
 nasib rakyat.

 Itulah politk. Parti didahulukan, rakyat dikemudiankan.

 Kisah guru baiki kelas guna duit sendiri di 
 http://waghih.blogspot.com/2010/02/guru-baiki-kelas-duit-sendiri-kerajaan.html

 Kisah guru makan biskut kering semasa kursus di 
 http://waghih.blogspot.com/2010/02/guru-makan-biskut-kering-kerajaan-tak.html

 
 Berita Harian 5 Mac 2010
 Penarikan tajaan jejas peluang guru

 BERDASARKAN surat bertarikh 10 Disember 2009 nombor rujukan KP (BB) 700-1/9 
 Jilid A (16) jelas menyatakan Bahagian Tajaan Pendidikan, Kementerian 
 Pelajaran menangguhkan semua program latihan guru dalam bentuk Hadiah Latihan 
 Persekutuan (HLP), Sarjana Kepengetuaan, Sarjana Muda Pendidikan Khas dan 
 Diploma Siswazah Dalam Penyalahgunaan Dadah (Spada) pada 2010.

 Ini bermakna guru yang ingin melanjutkan pengajian dalam bidang sarjana dan 
 kedoktoran mulai 2010 tidak akan diberi bantuan kewangan seperti sebelumnya. 
 Jelas ini langkah ke belakang yang diambil bahagian tajaan. Dalam pada 
 Perdana Menteri mahu sistem pendidikan bertaraf dunia dan guru dilatih dengan 
 aspek pendidikan terkini, keputusan ini jelas dibuat secara terburu-buru.

 Apa yang dibimbangkan keputusan bahagian tajaan itu tidak dimaklumkan kepada 
 Datuk Seri Najib Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga 
 Menteri Pelajaran. Bukti yang menunjukkan Menteri Pelajaran begitu prihatin 
 ialah beliau dengan serta-merta meluluskan peruntukan RM89 juta selepas 
 mengetahui Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) memansuhkan 11 jenis 
 sukan.

 Saya amat yakin jika Perdana Menteri tahu hal ini, beliau tidak akan 
 membenarkan bahagian tajaan KPM melakukan sesuka hati bertentangan prinsip 
 kerajaan iaitu 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan'. Perdana Menteri 
 dan timbalannya bukan seperti pemimpin pembangkang yang hanya tahu bercakap 
 konon mereka pembela rakyat, tetapi tidak melakukan apa-apa untuk rakyat.

 Saya yang ingin melanjutkan pengajian sarjana menerusi HLP begitu kecewa 
 dengan sikap Bahagian Tajaan kementerian. Saya hampir mencapai usia 40 dan 
 bimbang jika tiada biasiswa untuk HLP. Guru tidak berpeluang untuk 
 memperbaiki ilmu mereka. Saya juga mendapat tahu rakan saya yang sedang 
 melanjutkan pengajian di Institut Aminuddin Baki (IAB), Genting Highlands 
 juga dinafikan hak mereka. Mereka yang sedang belajar 1 Julai 2009 sepatutnya 
 diberi biasiswa untuk ke Institut Pengajian Kepengetahuaan Universiti Malaya 
 (IPKUM) dalam bidang Sarjana Kepengetahuaan pada Julai 2010, tetapi malangnya 
 turut dinafikan bahagian tajaan. Begitu juga dengan program Spada turut 
 dibatalkan

 Apakah bahagian tajaan lupa mereka yang terbabit dengan dadah biasanya dalam 
 usia yang muda atau ketika zaman persekolahan. Bagaimana guru ingin mencegah 
 perkara ini jika kursus seperti ini juga ingin ditiadakan? Apa pula halnya 
 dengan guru yang ingin menyambung pelajaran dalam bidang pendidikan khas? 
 Kita kekurangan guru dalam bidang itu, tetapi hal ini dipandang sepi bahagian 
 tajaan. Adakah Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil tahu mengenai tindakan 
 bahagian tajaan ini?

 GURU KECEWA,
 Kedah.

 http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Friday/Surat/20100304231200/Article/index_html





Help Palestine [hidayahnet] XPDC Gunung Datuk 13 Mac 2010 Rembau

2010-03-10 Terurut Topik Rozmal bin Malakan
EKSPEDISI PENDAKIAN GUNUNG DATUK (REMBAU)
TARIKH : 13 MAC 2010 (SABTU)
MULA : 7.20 PAGI (BERKUMPUL DI AS SAIDIYYAH)
TAMAT : 1.30 TENGAHARI (BERKUMPUL DI AS SAIDIYYAH) 

TARIKH TUTUP PENDAFTARAN : 12 MAC 2010 
YURAN: RM15.00 SAHAJA 

ANJURAN: KELAB REMAJA JIM N.SEMBILAN 

SARAPAN DAN MAKANAN TENGAHARI DISEDIAKAN 

PROGRAM INI KHUSUS UNTUK REMAJA YANG BERADA DI SEKOLAH MENENGAH SAHAJA. JIKA 
BERMINAT, SILA HUBUNGI MUHANNAD (017 7713171) 



  


Re: Help Palestine [hidayahnet] Tanggungjawab Kawin: Mintak Pandangan dari sudut agama

2010-03-10 Terurut Topik Unie Suriani
Assalamualaikum..

Hm.. saya juga ingin memberi pendapat..

Bagi saya, untuk kebaikan semua pihak, dan untuk mengelakkan dari terus 
berdosa, saudara perlulah mengahwini Ms. Z, namun untuk berbuat demikian 
saudara perlulah minta keizinan dari isteri.. poligami diharuskan di dalam 
islam, tidak salah berpoligami tapi kena jaga syarat-syaratnya..

Saudara perlu berkahwin dgn Ms. Z untuk menebus kesalahan kamu berdua, tambahan 
pula saudara mengatakan dia tidak akan memaafkan saudara jika tidak berbuat 
demikian. bukanlah berkahwin kerana sebab tersebut, tapi saudara telah 
melakukan kesalahan jadi saudara kenalah bertanggungjawab atas kesalahan 
tersebut.

saudara sepatutnya dapat memikirkan kemungkinan tersebut ketika mula melakukan 
hubungan dengan Mr. Z dan bersedia untuk melakukan tindakan yang sepatutnya 
dalam keadaan yang tertentu seperti itu. Ms. Z.

oleh itu, bagi saya apa yang perlu dilakukan adalah memujuk isteri untuk 
menerima Ms. Z, beritahu kisah sebenar agar isteri faham, nyatakan keinsafan 
dan taubatlah kepada Allah, jangan ulangi lagi. selepas berkahwin dgn Ms. Z, 
layanilah dia sebagai seorang isteri sebagaimana yang sepatutnya, sebagaimana 
nabi melayan isteri-isterinya.. 

saya tidak nampak jalan yang lebih baik dari ini, walaupun ada kesukaran untuk 
melaksanakannya.. cubalah, n mintalah bantuan drpd Allah, solat istikharah.. 
mudah2an Allah bagi petunjuk kepada orang-orang yang mengharap kepadaNya..





From: kho...@yahoo.com kho...@yahoo.com
To: Ikhwanul Muslimun hidayahnet@yahoogroups.com
Sent: Friday, 5 March 2010 12:02:24
Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] Tanggungjawab Kawin: Mintak Pandangan 
dari sudut agama

  
Saya pernah kenal seorang pensyarah yang agak hebat ilmu agamanya dan kata dia 
baginya berkahwin dua, tiga dan empat merupakan satu perintah. Bagaimana pun 
lelaki dibenarkan kahwin satu jika dia khutiri tidak dapat berlaku adil. Memang 
terdapat sepotong ayat dalama Quran mengenai perintah tersebut. Yang menjadi 
masalah konsep adil itu yang ? disalah tafsir oleh kebanyakan para isteri di 
zaman ini. Fenomena ramai wanita tidak bersuami ? kerana bilangan mereka 
melebihi lelaki dan ramai pula lelaki tidak mampu beristeri kerana tiada kerja 
untuk menyara hidup maka pastinya bilangan wanita yang gagal bersuami mungkin 
akan bertambah dari sehari kesehari. Oleh kerana ? 99.9% wanita menentang 
poligami maka fenomena ini akan terus menerus berlaku dan ianya mungkin antara 
penyumbang kepada masalah penzinaan. Apa pun hujah, keharaman melakukan zina 
adalah jelas. Menteri Hal Wanita yang bertelagah dengan ? Cuepacs kenalah jumpa 
ulamak bincang tentang terlalu ramai
 wanita pegang jawatan dalam kerajaan yang mungkin antara faktor ramai lelaki 
tak dapat bekerja dan tak dapat berkahwin selain faktor prestasi kakitangan 
wanita yang dipertikai. Satu caranya mungkin mewajibkan suami (yang 
berkemampuan) yang ada isteri tapi tidak berkerja kahwini isteri kedua yang 
bekerja. Isteri bekerja mestilah ? bayar elaun kepada isteri tua di samping 
insentif dari pihak kerajaan sendiri. Ulama terutama yang berada dalam kerajaan 
kenalah main peranan bukan sekadar segala kepincangan tentang gejala sosial itu 
sekadar dengar telinga kiri terbit telinga kanan !!

Isteri-isteri yang menentang poligami ini (termasuklah isteri saya) mungkin 
merasakan kehidupan kita ini ? segalanya sekadar di dunia maka mereka tamak 
dalam serba serbi termasuk kasih sayang. Mungkin sebahagian isteri ada hujah 
untuk tidak membenarkan suami berpoligami tapi ada yang suami mampu tapi masih 
tidak membenarkan suami berbuat demikian. Sebut saja nak kahwin dua atau tiga 
apa yang mereka minta ialah cerai. Baru-baru ini saya katakan kepada isteri 
saya yang saya cukup sayang kepada dia lalu dia jawab katanya kalau macam tu 
amanlah rumahtangga ini asyik nak tambah bini saja !! Saya bimbang jawapan 
tersebut lalu menegornya agar jangan berkata demikian sebab apa yang diamalkan 
Nabi SAW semuanya mempunyai hikmah termasuk berpoligami (sekadar yang 
dihadkan). Ianya adalah Sunnah dan menolak sunnah adalah sesat. Nabi SAW tidak 
lakukan jika ianya punca rumahtangga tidak aman. Mengapa rumahtangga tidak aman 
saya rasa kerana tahap kefahaman dan iman
 isteri amat rendah. Tidak dinafikan ramai juga para suami mungkin tidak dapat 
berlaku adil namun harus diberi peluang bagi yang mampu dari segi aspek-aspek 
lain. Wallahua'lam.





From: m...@yahoo. com m...@yahoo.com
To: Ikhwanul Muslimun hidayah...@yahoogro ups.com
Sent: Wed, February 24, 2010 5:07:25 PM
Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] Tanggungjawab Kawin: Mintak Pandangan 
dari sudut agama

  
Bagi isu ini, pertamanya bersyukurlah dulu kerana saudara ada rasa kesal/rasa 
bersalah setelah melakukan kesalahan terhadap seorang gadis. Tapi yang paling 
bersyukur, kerana Allah telah mula memberikan perunjuk untuk saudara kembali ke 
jalan yang betul.
 
Janganlah terus melakukan 

Help Palestine [hidayahnet] Lagi luahan guru tidak dapat perhatin

2010-03-10 Terurut Topik Rozmal bin Malakan
Berapa banyak pengorbanan guru yang tidak dihargai.

Kisah sebelum ini guru baiki kelas guna duit sendiri kerana kerajaan tak ada 
duit di 
http://waghih.blogspot.com/2010/02/guru-baiki-kelas-duit-sendiri-kerajaan.html 

Luahan Guru Pendidikan Islam dibawah :

 
Berita Harian 6 Mac 2010

Terlalu lama di pedalaman

SAYA menyambut baik kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin 
Yassin bahawa guru mungkin diwajibkan berkhidmat di kawasan pedalaman antara 
tiga hingga lima tahun dalam tempoh perkhidmatan mereka. 

Ini adalah pengorbanan besar bagi guru dari segi fizikal, moral, mental dan 
sebagainya untuk berkhidmat demi anak bangsa. 

Tetapi timbul persoalan dalam pemikiran saya, adakah selepas tempoh ditetapkan 
itu membolehkan guru terbabit bertukar ke sekolah dimohon atau hanya sekadar 
melayakkan untuk mengisi borang permohonan tukar guru saja? 

Ini disebabkan kebanyakan guru Semenanjung yang mengajar di pedalaman terutama 
di Sabah dan Sarawak sudah melebihi tiga hingga lima tahun, bahkan ada yang 
mencecah hampir 10 tahun tempoh perkhidmatan. 

Namun, permohonan pertukaran mereka ini tidak diluluskan hanya sekadar memberi 
pengharapan tetapi tidak kesampaian terutama guru yang mengajar subjek 
Pendidikan Islam. 

Saya yakin dan percaya antara yang membolehkan ramai guru baru sanggup menerima 
cabaran dan pengorbanan untuk berkhidmat di pedalaman seperti dikehendaki 
Kementerian Pendidikan mengikut tempoh ditetapkan itu, ialah dengan meluluskan 
permohonan pertukaran mereka bila cukup tempoh perkhidmatan ditetapkan 
sekiranya mereka berkhidmat di pedalaman kecuali jika guru itu tidak mahu 
bertukar dan suka mengajar di pedalaman. 

GURU PEDALAMAN, 
Sarawak. 

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Saturday/Surat/20100306004120/Article/index_html
 



  


Help Palestine [hidayahnet] Rakyat makin derita, orang politik leka

2010-03-10 Terurut Topik Rozmal bin Malakan
Rakyat di 1Malaysia ini sebenarnya semakin derita. Masalahnya orang politik 
leka hendak memperkukuhkan parti. BN nak jatuhkan PR. PR nak jatuhkan BN. 
Sesama UMNO nak jatuhkan UMNO. Sesama PKR nak jatuhkan PKR. Sesama PAS pun ada 
nak jatuhkan sesama PAS.

Yang susah tetap susah. Cerita politik dan cerita hantu semakin mendapat tempat 
di 1Malaysia.

Bajet Kementerian Pelajaran banyak dipotong hingga guru terpaksa keluar duit 
sendiri baiki kelas seperti di sini 
http://waghih.blogspot.com/2010/02/guru-baiki-kelas-duit-sendiri-kerajaan.html

Tapi duit untuk Program PERMATA ada pula, sampai hantar 5 orang kanak-kanak 
PERMATA keluar negara, berapa orang pula pengiring 5 orang kanak-kanak PERMATA 
ini ?

Kursus Polis dipendek ke 3 bulan, cukup ke 3 bulan , dengan macam-macam kes 
jenayah sekarang ni ? Bajet untuk PDRM dipotong, Kursus PLKN jalan macam biasa, 
juga 3 bulan, ada pula Bajet untuk PLKN untuk PDRM di potong-potong.

Kursus guru banyak dipotong, alasan tak ada duit. Tapi Program Juara Rakyat 
boleh pula buat hebat-hebat.

Baca dua kisah di bawah, kisah yang kebanyakan semua daripada kita merasai 
perit hidup sekarang ini.

**
Berita Harian 8 Mac 2010
Golongan pertengahan terus diabai

SURAT Nurul Addin bertajuk ‘Hak gaji tinggi, ramai anak dinafi' yang disiarkan 
ruangan ini 4 Mac lalu, sangat menarik. Apa yang ditulis Nurul Addin tepat dan 
sudah lama dipandang sepi pihak tertentu.

Walaupun sesetengah isu sudah diatasi seperti skim pinjaman buku teks, terbaru 
iaitu isu bayaran makan asrama amat menekankan. Seperti Nurul, saya juga 
mempunyai enam anak yang masih belajar - dua di institusi Pengajian Tinggi 
(IPT) swasta, seorang di IPT awam, dua di sekolah berasrama penuh dan seorang 
di sekolah rendah.

Sudahlah anak di IPT dinafikan hak untuk mendapat pinjaman penuh Perbadanan 
Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), anak di sekolah berasrama penuh 
(SBP) pula dikenakan bayaran tambahan RM180 seorang dan yuran makan tiga kali 
ganda daripada pelajar lain.

Ini bermakna ibu bapa terpaksa mengikat perut menabung untuk membayar yuran 
pengajian pada awal semester. Belum sempat menambah tabungan, semester baru 
sudah bermula.

Dalam keadaan ekonomi seperti hari ini, nasib golongan berpendapatan sederhana 
seperti kami sering dipandang sepi oleh pihak berkuasa. Seperti kata Nurul, di 
atas kertas memang pendapatan kami nampak tinggi, namun hakikatnya hidup kami 
anak beranak sudah nyawa-nyawa ikan.

Anak yang masih belajar mengadu betapa hidup mereka di IPT jauh lebih sukar 
berbanding rakan lain yang ibu bapa mereka tidak mengisytihar pendapatan 
sebenar. Ibu bapa menghadiahkan kereta mewah dan PTPTN juga penuh.

Walhal anak kami menelan air liur melihat semua ini. ‘Sabarlah nak’. Itulah 
saja yang boleh kami katakan kepada anak kerana ayah dan emak sudah membayar 
cukai pendapatan dan memperoleh ijazah dengan ke air mata tanpa PTPTN.

Adalah menjadi harapan pihak tertentu mengambil tindakan yang boleh membantu 
anak kami yang masih jauh perjalanan dan mendapat hak mereka yang sepatutnya.

BAHARON HASHIM,
Labu Besar, Kedah.
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Monday/Surat/20100308010341/Article/index_html

**
Hak gaji tinggi, ramai anak dinafi
Berita Harian 8 Mac 2010

SAYA menulis kerana ingin meluahkan rasa hati sebagai golongan dikatakan 
berpengetahuan tinggi. Saya dan pasangan memperoleh pendapatan lebih kurang 
RM6,000 sebulan. Pendapatan ini kami peroleh bukan dengan mudah. Kami hanya 
bermula sebagai lepasan sijil dan sedikit demi sedikit mengumpul duit kemudian 
melanjutkan pelajaran secara persendirian tanpa bantuan sesiapa.

Selepas bersusah payah, berkorban dan berbekalkan tekad serta kegigihan, kami 
kini bergelar siswazah. Keluarga kami juga besar yang terdiri daripada enam 
anak selain turut menjaga ibu bapa. Kami juga berusaha menyediakan insurans 
pendidikan untuk anak supaya mereka tidak bergantung kepada bantuan kerajaan 
pada masa depan.

Namun, saya rasa sangat kecewa apabila berasa terhukum kerana berada dalam 
golongan dikatakan berpendapatan tinggi. Baru-baru ini, dua daripada lima anak 
saya mendapat tawaran belajar di sekolah berasrama.

Apabila dilihat kepada bayaran makanan, ternyata kami harus membayar tiga kali 
ganda daripada apa dibayar orang berpendapatan kurang RM5,000. Benar kami 
berpendapatan lebih RM5,000, tetapi kami mempunyai tanggungan besar. Lima anak 
kami bersekolah dan tiga daripadanya di sekolah menengah. Kami juga membayar 
cukai setiap tahun. Semua ini tidak diambil kira.

Orang yang berpendapatan kurang RM5,000 membayar kurang berbanding kami, malah 
mereka yang berpendapatan rendah mendapat segala bantuan. Saya tidak dengki 
kepada mereka, tetapi mengapakah orang yang berpendapatan seperti kami dihukum?

Sebenarnya siapakah yang lebih banyak tanggungan? Mereka yang mempunyai anak 
seorang, tetapi mendapat pendapatan kurang RM5,000 atau golongan seperti kami 
yang mempunyai pendapatan dikatakan 

Help Palestine [hidayahnet] Kuliyah agama di Putrajaya

2010-03-10 Terurut Topik naditul akmal
Assalamualaikum...

Saya baru berpindah dari Klang ke Precint 17 Putrajaya beberapa bulan lepas. 
Saya ingin tahu jika ada surau2 di precint-precint di putrajaya yg aktif dgn 
kuliyah agama. 

Surau di Precint 17 tu, saya tak tau nk ckp apa.. mudah-mudahan ramailah 
muslimin yg mengimarahkannya.. sebagai seorg muslimat saya nak pi kekadang 
langsung xde orang.. Tempoh hari ibu saya pergi ke surau berkenaan, langsung 
tiada orang padahal sudah masuk waktu Maghrib. Ada beberapa 'orang' disekitar, 
tapi hanya bermain sukan didewan sebelahnya.. anak saudara saya yg berusia 9 
tahun yang hidupkan lampu surau dan sesudah mendapat sindiran dari ibu saya yg 
berusia 64 tahun, barulah 'orang'2 itu terkocoh-kocoh mau ke surau... wallahu 
a'lam

Putrajaya= Islam akan menjejaskan imej putrajaya... (saya dgr ada org kata ni.. 
betul atau tak.. wallahu a'lam)



  

Help Palestine [hidayahnet] IN THE NEWS : Jais arah enam syarikat henti keluar sijil

2010-03-10 Terurut Topik BawangGoreng�
 Jais arah enam syarikat henti keluar
sijilhttp://laman-seri.blogspot.com/2010/03/jais-arah-enam-syarikat-henti-keluar.html

http://laman-seri.blogspot.com/2010/03/jais-arah-enam-syarikat-henti-keluar.html

http://2.bp.blogspot.com/_oV1RUxbNq84/S5SubWdOVDI/DnM/DdJnonxjmlc/s1600-h/halal+jakim.gif
SHAH ALAM March 6, 2010 ~ Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mengarahkan
enam syarikat yang mengeluarkan sijil dan logo halal supaya menghentikan
pengeluaran sijil berkenaan kepada peniaga dan pemilik premis makanan di
Selangor.

Enam syarikat berkenaan ialah :

   1. Bahtera Lagenda Sdn Bhd,
   2. Islamic Food and Research Council,
   3. SAS-H Consultancy,
   4. Perak Religious Officer Association,
   5. Halal Food Council S E A dan
   6. IFANCA International.


Pengarahnya, Datuk Mohammed Khusrin Munawi, berkata Jais sebelum ini tidak
pernah memberikan kebenaran dan mengiktiraf syarikat terbabit yang
mengeluarkan sijil logo halal kepada beberapa premis makanan di negeri itu
terutama di kedai kopi dan medan selera.

Katanya, syarikat terbabit juga didapati tidak melakukan pemantauan selepas
mengeluarkan sijil logo halal kepada pemohon seperti dilakukan Jais dan
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Sehubungan itu, beliau menegaskan hanya sijil logo halal yang dikeluarkan
Jais dan Jakim saja diiktiraf untuk diguna pakai di semua premis makanan di
Selangor, berkuat kuasa semalam (Jumaat 05/03/2010).

Syarikat terbabit tidak lagi boleh menerima dan memproses sebarang
permohonan mendapatkan sijil logo halal berkuat kuasa serta-merta dan mereka
diberi tempoh selama tiga bulan untuk menyelesaikan semua permohonan yang
sedang dalam proses pengesahan. Bagi mereka yang belum memiliki sijil logo
halal atau mahu memperbaharuinya diingatkan hanya melakukannya melalui Jais
dan Jakim, katanya pada sidang media di sini, semalam.

Mereka yang masih ingkar dengan arahan Jais boleh dikenakan tindakan
mengikut Seksyen 12 (b) Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor 1995.

Antara syarat bagi mendapatkan sijil dan logo halal daripada Jais dan Jakim
ialah memastikan bekalan bahan mentah kering atau basah menggunakan sijil
logo halal yang sah dan menggunakan khidmat sekurang-kurangnya dua tukang
masak Muslim.

Mohammed Khusrin berkata, gesaan itu dibuat berikutan ramai pengusaha
barangan halal lebih berminat mendapatkan logo halal daripada pengeluar
sijil halal swasta.

Sumber : BHarian
2010/03/06http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Saturday/Nasional/20100306000927/Article/

--
~ 睡眠不足のママ ~
http://laman-seri.blogspot.com
http://little-kiosk.blogspot.com
*A man who carries a cat by the tail learns something he can learn in no
other way. - Mark Twain*




Help Palestine [hidayahnet] Kata-kata hikmah

2010-03-10 Terurut Topik Sleeping Beauty
 *Please wait images are loading .*



 http://www.bubbye.com/mutiara-kata/kata-kata-hikmah-285

 http://www.bubbye.com/mutiara-kata/kata-kata-hikmah-284

*--
~~~Whatever mountains stands in your path,
Whatever obstacle blocks your way,
Whatever difficulty immobilized you,
The prayer full of faith can remove it~~~.

~~~Thank you for being a part of my life,
whether you were a reason, a season or a lifetime.~~~
*
~~~fairlady.sha...@gmail.com~~~
~~~fairlady.sha...@yahoo.com~~~
*fairlady.sha...@gmail.com*


Help Palestine [hidayahnet] Human Tree Man

2010-03-10 Terurut Topik Sleeping Beauty
*Tabah menghadapi ujian hidup*

[image: a human tree man1 The Human Tree man *Warning Graphic* (13
photos)]http://thechive.com/2009/12/18/the-human-tree-man-warning-graphic-13-photos

Indonesian fisherman, Dede Koswara, has been suffering from a rare skin
disease called Human Pappiloma Virus since he cut his leg as a teenager. HIs
skin appears to have tree roots growing out if it. He has been dubbed the
‘Tree Man’ and doctors from around the world are working on a cure.

[image: human tree man0 The Human Tree man *Warning Graphic* (13
photos)]http://thechive.com/2009/12/18/the-human-tree-man-warning-graphic-13-photos/human-tree-man0/
 [image: human tree man2 The Human Tree man *Warning Graphic* (13
photos)]http://thechive.com/2009/12/18/the-human-tree-man-warning-graphic-13-photos/human-tree-man2/
 [image: human tree man3 The Human Tree man *Warning Graphic* (13
photos)]http://thechive.com/2009/12/18/the-human-tree-man-warning-graphic-13-photos/human-tree-man3/
 [image: human tree man4 The Human Tree man *Warning Graphic* (13
photos)]http://thechive.com/2009/12/18/the-human-tree-man-warning-graphic-13-photos/human-tree-man4/
 [image: human tree man5 The Human Tree man *Warning Graphic* (13
photos)]http://thechive.com/2009/12/18/the-human-tree-man-warning-graphic-13-photos/human-tree-man5/
 [image: human tree man6 The Human Tree man *Warning Graphic* (13
photos)]http://thechive.com/2009/12/18/the-human-tree-man-warning-graphic-13-photos/human-tree-man6/



[image: human tree man7 The Human Tree man *Warning Graphic* (13
photos)]http://thechive.com/2009/12/18/the-human-tree-man-warning-graphic-13-photos/human-tree-man7/



[image: human tree man8 The Human Tree man *Warning Graphic* (13
photos)]http://thechive.com/2009/12/18/the-human-tree-man-warning-graphic-13-photos/human-tree-man8/



[image: human tree man9 The Human Tree man *Warning Graphic* (13
photos)]http://thechive.com/2009/12/18/the-human-tree-man-warning-graphic-13-photos/human-tree-man9/



[image: human tree man10 The Human Tree man *Warning Graphic* (13
photos)]http://thechive.com/2009/12/18/the-human-tree-man-warning-graphic-13-photos/human-tree-man10/

[image: human tree man11 The Human Tree man *Warning Graphic* (13
photos)]http://thechive.com/2009/12/18/the-human-tree-man-warning-graphic-13-photos/human-tree-man11/
 [image: human tree man12 The Human Tree man *Warning Graphic* (13
photos)]http://thechive.com/2009/12/18/the-human-tree-man-warning-graphic-13-photos/human-tree-man12/




*--
~~~Whatever mountains stands in your path,
Whatever obstacle blocks your way,
Whatever difficulty immobilized you,
The prayer full of faith can remove it~~~.

~~~Kebahagiaan Hidup Yang Tertinggi Adalah
Keyakinan Yang Diri Kita Dicintai. Cinta
Ibarat Seperti Petir, Anda Tidak Dapat
Meneka Di mana Akan Terjadi, Tahu-tahu
Sudah Terserang~~~

~~~fairlady.sha...@gmail.com~~**~
~~~fairlady.sha...@yahoo.com~~**~*
*fairlady.sha...@gmail.com*


Help Palestine [hidayahnet] Risalah Mursyid

2010-03-10 Terurut Topik Dr. Omar Yaakob
Risalah
 Mursyid: Rasulullah saw sebagai teladan dalam menempuh ujian, cobaan 
dan rintangan






  Author: Fikrah dan Dakwah
| Posted at: 10:46 PM |

 
  Filed Under: 
Risalah Mursyid












Risalah dari Dr. Muhammad 
Badee', Mursyid Am Ikhwanul Muslimin,Dengan menyebut nama Allah SWT dan 
segala puji hanya milik Allah, selawat dan salam ke atas Rasulullah saw 
dan orang-orang yang mengikutinya..Sempena memperingati hari kelahiran 
Rasulullah saw yang membawa rahmat Allah bagi semesta alam dan sebagai 
teladan bagi seluruh manusia yang akan kita bahas  (dengan pertolongan 
Allah dan taufiq-Nya) pada dua risalah...
createSummaryAndThumb(summary5031701537420246005);










Readmore



  

Re: Help Palestine [hidayahnet] Mana janji pilihanraya Bagan Pinang N9

2010-03-10 Terurut Topik Kholid Ali
Jika sekadar mengaku Islam tapi belum beriman dengan sebenar benarnya pasti 
akan berpecah belah (terpaksa berpecah belah !!). Masyarakat Jahiliyah 
memerangi Nabi SAW kerana beginda dituduh memecah belah kaum Musyrikin pada hal 
Nabi sekadar menyeru agar semua manusia kembali menyembah hanya Allah SWT. 
Mereka (Musyrikin) ketika itu percaya kepada Allah sebab itu apabila Abrahah 
mahu menyerang kota Mekah tetapi lebih dahulu melarikan unta-unta milik ? Abdul 
Mutalib lalu Abdul Mutalib pergi menuntut semula unta-untanya. Abrahah terkejut 
mengapa Abdul Mutalib tidak minta agar dia tidak serang serta robohkan Kaabah!! 
JawapanAbdul Mutalib ialah Kaabah itu ada Tuan nya iaitu Allah dan Dialah yang 
pasti akan melindungi rumah Nya. Maka belum sempat kaabah diserang gajah-gajah 
Abrahah telah dihancurkan oleh tentera Allah SWT (burung-burung abaabil ?).

Maka tidak cukup kita sekadar menngaku Islam dan percaya kepada Allah tapi 
sistem hidup tetap menolak apa yang ditetapkan oleh Allah SWT. Adalah wajib 
kita menyembah Allah dalam erti kata mentaati segala yang dibawa oleh beginda 
berdasarkan kitab al Quran. Kalau Musyrikin percaya Allah tapi masih dok sembah 
berhala, apa bezanya hari ini ramai yang mengaku sembah Allah tapi hakikatnya 
mereka masih menyembah berhala cuma berhala dulunya adalah patong tapi berhala 
hari ini ialah patong hidup (taat sesama manusia walau pun bercanggah dengan 
perintah Allah SWT). Politik yang tidak matang ialah politik Melayu yang 
diterajui UMNO kerana ia bukan dari ajaran Rasulullah SAW. Kalau kita berhujah 
dengan mereka pasti mereka kata mereka pun Islam tapi apa yang terbukti dari 
segi zahirnya pun mereka bertindak bukan membantu semua orang Islam. Lihat saja 
apabila Trengganu jatoh ketangan PAS dan UMNO/BN masih menguasai kerajaan 
Persekutuan royalti minyak ditarik balik
 seolah-olah PAS bukan parti orang Melayu dan bukan parti orang Islam !! Inilah 
politik tidak matang yang hanya pentingkan kekuasaan berada ditangan mereka 
demi nafsu mereka bukan keadilan seperti dituntut dalam Islam. Minyak anugerah 
Allah tapi mereka jadikan macam harta mak bapa mereka !! Wallahua'lam.






From: Mohd.Fadli Bin os...@yahoo.com Mohd.Fadli Bin os...@yahoo.com
To: Ikhwanul Muslimun hidayahnet@yahoogroups.com
Sent: Thu, March 4, 2010 2:45:00 PM
Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] Mana janji pilihanraya Bagan Pinang  N9


Salam,shamir, bersabarlah dengan orang-orang seprti saudara kholid ni,orang 
kalau dah taksub ni cakap orang lain diaorang tak nak dengar.Semoga Allah S.W.T 
tunjukkan kebenaran demi kebenaran disaat orang Islam berpecah-belah bahana 
politik tidak matang. Saya cuma harap saudara kholid ni bukan orientalis atau 
ahli freemason yang niat mereka memang nak memecahbelahkan umat Islam.Kalau 
ya,semoga Allah laknat kamu! Wallahua'lam.
 Ketaksuban membunuh Kewarasan


--- On Mon, 1/3/10, kho...@yahoo. com kho...@yahoo. com wrote:


From: kho...@yahoo. com kho...@yahoo. com
Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] Mana janji pilihanraya Bagan Pinang N9
To: Ikhwanul Muslimun hidayah...@yahoogro ups.com
Date: Monday, 1 March, 2010, 3:51 PM



Mengapa sibuk nak suruh yang kalah pula bantu ? Yang sedang perintah negeri tu 
dok buat apa ? Pilihanraya yang di adakan hanya PRK. Kuasa negeri masih mereka 
yang pegang walau sapa sekali pun menang. Di zaman Saidina Umar al Khattab  
seorang wanita yang tak mampu beri makan anak-anak nya letakkan tanggongjawab 
membantu dia adalah terletak di bahu Saidina Umar. Sebaik saja diketahui 
Saidina Umar beliau sendiri pikul gandum untuk disampaikan kepada wanita itu. 
Soal isu pihak luar bantu DSAI mengapa harus disibukkan ? Kalau bantuan tidak 
diminta dari mereka pun mereka pun tahu bahawa peroses keadilan di Malaysia 
meragukan !! Yang dah letupkan orang hingga berkecai pun yang diadili di 
mahkamah hanya penjenayah ciptaan sahaja sedangkan Director nya sedikit pun 
tidak disentuh. Pegawai penjara yang gantong pesalah hingga mati itu adalah 
membunuh. Dia sekadar menjalankan perintah kerana arahan dibuat secara 
bertulis dan telus maka dia tidak boleh
 disabitkan dengan pembunuhan tapi bagaimana jika pihak yang diarah membunuh 
 secara tidak bertulis ?? Maka tiada bukti untuk mensabitkan pihak yang 
 mengarah !! Sebaliknya bukti tersangat mudah diadakan terhadap musuh politik 
 kerana takutnya mereka kepada ynag berkuasa bukan kepada yang Maha Kuasa. 
 Bukti sukar diadakan jika bos sendiri yang lakukan jenayah !! Bukan sekadar 
 pejam sebelah mata bahkan pejam dua belah mata !!??

Soal fitnah yang paling dahsyat ialah fitnah murtad. Kalau agama (syariat) 
dipermainkan bahkan dihina maka inilah fitnah yang paling berat !! Mengapa 
pihak tuan tidak ambil peduli sedangkan Nabi tidak mengaku umat orang yang 
tidak memperdulikan urusan saudara seagama nya terutama dalam soal aqidah ? 
Mengapa tuan hanya suka menempelak mereka yang tuan anggap suka mencaci 
menfitnah ? pihak yang 

Re: Help Palestine [hidayahnet] PESTA JOM HEBOH AKAN SERANG SERAMBI MEKAH

2010-03-10 Terurut Topik aida diana
Umat Islam kena ambil peluang yang ada kat TV3 sebagai agen penyiaran yang 
boleh diterapkan konsep ilmu dan dakwah.
TV3 cukup profesional dalam bidangnya dan target pasarannya.
Lihat saja penghijrahan islamic warga kerja TV3
Jom kita ubah paradigma teknik penyiaran ilmu...
Anggap perbezaan itu sebagai peluang
untuk memantapkan ilmu dan menyebarkan islam.


--- On Thu, 3/4/10, amb...@yahoo.com amb...@yahoo.com wrote:

 From: amb...@yahoo.com amb...@yahoo.com
 Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] PESTA JOM HEBOH AKAN SERANG SERAMBI 
 MEKAH
 To: Ikhwanul Muslimun hidayahnet@yahoogroups.com
 Date: Thursday, March 4, 2010, 3:32 AM















  










 Karnival Jom Heboh, pada dasarnya menekankan aspek
 perniagaan, tetapi, malangnya mengandungi unsur-unsur
 negative seperti konsert yang tidak terkawal, percampuran
 antara lelaki dan perempuan dan sebagainya. Ini penyebab
 utama kenapa mufti berfatwa bahawasanya ianya
 Haram.
  Jom Heboh Edisi Kelantan bukanlah
 satu pesta maksiat. Pihak Media Prima (TV3) telah
 bersetuju dengan enakmen peraturan kawalan hiburan negeri
 Kelantan. 
 Petikan daripada comment di Fan page FaceBook
 YAB Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat oleh YB Dr. Mohamed
 Fadzli Dato' Hj Hassan (Exco Kerajaan Negeri
 Kelantan):
 Saya adalah salah seorang
 Exco yang bertanggungjawab terhadap program JomHeboh edisi
 Kelantan ini, selain YB Exco Dato' Takiyiddin dan YB
 Exco Hjh Ubaidah. TV3 telah bersetuju dan berjanji untuk
 mematuhi segala peraturan Enakmen Kawalan Hiburan Negeri
 Kelantan dan bersetuju tidak memasukkan unsur-unsur yang
 bertentangan dengan ajaran Islam.

 Selain itu, TV3 juga akan menjadikan JomHeboh Edisi
 Kelantan sebagai satu contoh kepada program-program yang
 akan datang. Sehubungan dengan itu juga, TV3 akan lebih
 mengenengahkan seni budaya masyarakat negeri Kelantan dalam
 program JomHeboh Edisi Kelantan ini.

 Saya yakin dan percaya ini adalah satu kejayaan dalam
 dakwah kita untuk mengenengahkan konsep
  kesyumulan Islam bukan sahaja kepada rakyat Kelantan,
 bahkan kepada seluruh negara
 Saya rasa, dengan kenyataan
 tersebut jelaslah tentang JomHeboh Edisi Kelantan
 ini...
 Pada pandangan saya, TV3 juga adalah mad'u
 kita... jangan kita hanya pandai kata ini tak boleh, itu tak
 boleh, tapi, kita tak ajar mcm mane nak buat dengan cara
 yang boleh... InsyaAllah, kalau semua pakat-pakat tegur,
 pakat2 buat kerja, insyaAllah, Islam akan terus berkembang
 ke seluruh alam...

 Wallahua'lam.
 From: a...@yahoo.
 com a...@yahoo.com
 To: Ikhwanul
 Muslimun hidayah...@yahoogro ups.com
 Sent: Tue,
 March 2, 2010 8:53:24 AM
 Subject: Help
 Palestine [hidayahnet] PESTA JOM HEBOH AKAN SERANG SERAMBI
 MEKAH

















  






   Khabarnya:
 Pesta Jom Heboh 
 di jangka akan di adakan di Kota Baru Kelantan.Perkembang an
 ini memang tidak di duga kerana pesta yang pernah di kutuk
 oleh beberapa orang Mufti dan tokoh tokoh PAS kini akan di
 adakan di negeri di bawah pemerintahan  kuat PAS?



 Orang kuat TV3, dalam
 temuramah di siaran TV3 bangga kerana akhirnya Jom Heboh
 dapat menembusi dan bertapak di Serambi Mekah,
 Kelantan.


 Apa pandangan
 pencinta dan pejuang Islam, terutama dari Kelantan? Mengapa
 pemimpin tiba tiba berubah arah dan mengizinkan pesta
 maksiat ini di adakan di sana?



 Salaam 
 Regards
 Amri
 el WahabJemput ke laman blog saya di http://hembusan-
 amal.blogspot. com



 Mutiara Kata:Kalau
 kita hendak menasihati orangTanya hati kita dahulu.Tujuan
 kita hendak beri nasihat atau hendak memberi malu pada
 orang.Apabila kita hendak menyampaikan ilmu kepada
 orang.Apakah tujuan kita? Hendak berkongsi ilmu atau hendak
 menunjuk yang kita lebih tahu.Kalau kita hendak bercakap
 tentang sesuatu,  kita tentu tahu niat kita, hendak
 menunjuk kita pandai atau rasa berkewajiban menyampaikan
 ilmu.



 Ingatlah pahala sesuatu amal ditentukan oleh keikhlasan
 kita.Kalau tujuan bukan kerana Allah, amalan itu akan
 menjadi macam debu.Bukan pahala kita dapat tapi bala.
















































Help Palestine [hidayahnet] STRESS

2010-03-10 Terurut Topik Sleeping Beauty
*STRESS* is already a part of daily *living*. You may never know it but you
are already affected by this issue. You shout at your kids or nag your
partner about something. You seem to raise an issue out of a particular
event even if it is not true. You also tend to be suspicious at some points.
All these are due to stress.

Scientifically, *stress* is a state of high tension or pressure, resulting
from an accident or injury or a psychological reaction of heightened *
emotional* response. Certain occupations are particularly stressful, such as
acting, advertising, controlling air traffic, politics, investing and
gambling. As an effect of stressful emotions such as panic attacks, fear and
anger, the blood pressure rises, the pulse beats faster, breathing is
accelerated, digestion stops, and the adrenal glands become overactive.

[image: What is Stress ?]

*MAJOR FACTS FOR STRESS:
*
*1.* It can be caused by many factors. Fear and anxiety are the greatest
causes of psychological stress. In modern times people are constantly beset
by the threat of calamities. They fear depression and inflation,
unemployment, cancer and heart failure, missiles and bombs and famine. At
home they may be confronted with marital incompatibility, quarrels, family
illness, or financial troubles.

*2. *It can also cause something. Many illnesses are caused by mental
stress, including ulcers, spastic constipation, diarrhea, *high blood
pressure* and migraine headaches. Sometimes latent mental disorders are
precipitated by stressful circumstances, as in the case of manic-depressive
psychosis, schizophrenia, hysteria and neurasthenia.

*3. *It can worsen through time. When a person is subjected to repeated
stresses, she is likely to develop what people call nervous breakdown, an
unscientific but expressive term. The stress produced by the problems of
everyday living has led to the widespread use of tranquilizers, a last
resort when there seems to be no escape from a difficult situation.

*4.* It happens in daily living. Stress exists in almost every human
activity and is not the same as nerve tension. Some stress is beneficial
since it may stimulate action.

5. It can be lessened through healthy intimate relationships. Psychiatrists
also found out that for the avoidance of excessive stress being married is
better than being divorced or single.

*6.* There are major stressful events connected to it. Studies also showed
that the *death of a child* is the most stressful of any life’s events.
Other items include a jail sentence, major financial problems, divorce and
the beginning of an extra-marital affair. Some of the environmental factors
that may be related to stress are the status of health, the social class,
and the size of the household.

*7. *There are also some stresses that cannot be controlled. Too much stress
can show itself in various emotional, behavioral and physical signs, and the
signs of stress differ extremely according to each individual.

*Usual Physical, Emotional and Behavioral Signs of Stress:*

The physical indications of stress include sleep interruptions, tense
muscles, annoyance, *gastrointestinal problem*, and exhaustion. Its
emotional and behavioral indications consist of apprehension, fear,
alterations in eating practices, depleted energy, and mood swings. All of
the symptoms given cannot tell whether a person has an elevated stress level
because these indications may be due to other medical or mental problems.

It is also a fact that persons in stress are most likely to maintain harmful
activities like *drug and alcohol addiction*, excessive cigarette smoking,
and poor eating habits. These harmful activities can extremely add to the
severity of the indications connected to stress.

Remember that all people may be prone to stress – no matter what age you
are in and no matter what status of life you have. The extent may vary also
depending on how you take up the challenge that goes with it. If you have a
support system with you, it is *easy to do* away with the situation. But at
the worse, it may only lead you to panic attacks.



-- 
~~~Whatever mountains stands in your path,
Whatever obstacle blocks your way,
Whatever difficulty immobilized you,
The prayer full of faith can remove it~~~.

~~~Thank you for being a part of my life,
whether you were a reason, a season or a lifetime.~~~

~~~fairlady.sha...@gmail.com~~~
~~~fairlady.sha...@yahoo.com~~~
*fairlady.sha...@gmail.com*


Help Palestine [hidayahnet] Rasulullah manusia istimewa.

2010-03-10 Terurut Topik Noorshamsudin Hj. Mohd. Darus
Utusan Online - 8 March 2010:
Rasulullah manusia istimewa
Oleh PANEL PENYELIDIKAN YAYASAN SOFA NEGERI SEMBILAN
 
SELAKU umat Islam, kita meyakini dan mempercayai bahawa Nabi Muhammad SAW ialah 
manusia yang harus berlaku ke atas Nabi SAW apa yang harus ke atas manusia yang 
lain.
 
Ia seperti mengalami hal-hal yang mendatang dan ditimpa penyakit yang tidak 
mengurangi kewibawaan baginda SAW sebagai seorang nabi dan tidak menyebabkan 
orang menjauhkan diri daripadanya.
 
Nabi Muhammad SAW juga adalah seorang hamba Allah SWT yang tidak memiliki 
kekuasaan pada dirinya untuk menolak sebarang kemudaratan atau mendatangkan 
manfaat, memati atau menghidupkan atau membangkitkan, kecuali apa yang 
dikehendaki oleh Allah SWT.
 
Allah SWT berfirman: Katakanlah, Aku tidak berkuasa mendatangkan manfaat bagi 
diriku dan tidak dapat menolak mudarat kecuali apa yang dikehendaki Allah. Dan 
kalau aku mengetahui (perkara-perkara) yang ghaib, tentulah aku akan 
mengumpulkan dengan banyaknya benda-benda yang mendatangkan faedah dan 
(tentulah) aku tidak ditimpa kesusahan. Aku ini tidak lain hanyalah (Pesuruh 
Allah) yang memberi amaran (bagi orang-orang yang ingkar) dan membawa berita 
gembira bagi orang-orang yang beriman. (al-A'raf: 188)
 
Sesungguhnya Nabi SAW telah menyampaikan risalah dengan sempurna, menunaikan 
amanah, menasihati ummah, menghapuskan dukacita dan berjihad di jalan Allah 
sehingga kewafatan baginda SAW. Kemudian baginda kembali ke hadrat Tuhannya 
dalam keadaan reda dan diredai, sebagaimana firman Allah SWT:
 
Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad!) akan mati, dan sesungguhnya mereka juga 
akan mati. (al Zumar: 30)
Sifat 'ubudiyyah (perhambaan) adalah semulia-mulia sifat baginda SAW. Oleh 
kerana itu, baginda amat berbangga dengannya sebagaimana sabdanya: 
Sesungguhnya aku hanyalah seorang hamba Allah.
 
Allah SWT telah menyifatkan nabi SAW sebagai hamba-Nya, pada setinggi-tinggi 
kedudukan ketika Allah menceritakan anugerah Isra' kepada baginda sebagaimana 
firman-Nya: Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya…(al-Isra: 1)
 
Begitu juga firman Allah: Dan sesungguhnya tatkala hamba Allah (Nabi Muhammad 
SAW) berdiri mengerjakan ibadat kepada-Nya, mereka (golongan jin yang mendengar 
bacaan ayat al-Quran baginda di dalam solatnya) hampir-hampir menindih satu 
sama lain mengerumuninya. (al Jin: 19)
 
Sifat manusiawi Nabi SAW inilah merupakan mukjizat baginya. Baginda SAW adalah 
manusia seperti manusia yang lain, tetapi baginda jelas jauh berbeza daripada 
manusia umum; tanpa ada seorang manusia pun yang dapat menandinginya atau 
menyamainya.
 
Baginda SAW sendiri pernah bersabda di dalam hadis sahih mengenai keistimewaan 
dirinya: Sesungguhnya aku tidak seperti keadaan kamu. Aku tidur di sisi 
Tuhanku dalam keadaan diberi makan dan minum.
 
Dengan ini, jelaslah bahawa menyifatkan Rasulullah SAW sebagai manusia biasa 
wajib disertai dengan keistimewaannya yang membezakannya daripada manusia umum; 
dengan menyebut keistimewaannya yang tersendiri dan biografinya yang terpuji.
 
Tuntutan ini bukan sahaja khusus terhadap Rasulullah SAW, bahkan terhadap 
nabi-nabi dan rasul-rasul yang lain supaya pandangan kita terhadap mereka 
bersesuaian dan layak dengan martabat dan kedudukan mereka.
Jika kita memandang mereka hanya sebagai manusia biasa semata-mata, tanpa 
mengaitkannya dengan ciri-ciri khusus atau istimewa mereka sebagai nabi dan 
rasul, maka kita telah terjerumus ke dalam tradisi dan sikap orang jahiliah.
 
Di dalam al-Quran, terdapat banyak ayat yang menyentuh hal tersebut. Antaranya, 
perkataan kaum Nabi Nuh a.s mengenai nabi mereka sebagaimana yang dihikayatkan 
oleh Allah dalam firman-Nya: Maka berkatalah ketua-ketua yang kafir daripada 
kaumnya, Kami tidak memandangmu (wahai Nuh!) melainkan sebagai seorang manusia 
seperti kami. (Hud: 27)
 
Ayat yang lain adalah perkataan kaum Nabi Musa a.s dan Harun a.s mengenai nabi 
mereka sebagaimana yang dihikayatkan oleh Allah SWT dalam al-Quran: Sehingga 
mereka berkata (dengan angkuhnya), Patutkah kita beriman kepada dua manusia 
seperti kita, sedangkan kaum mereka (Bani Israel) menjadi orang-orang suruhan 
kita? (al-Mukminun: 47)
 
Begitu juga dengan apa yang dikatakan oleh kaum Thamud kepada nabi mereka, 
iaitu Nabi Saleh a.s, sebagaimana yang dikisahkan oleh Allah dalam al-Quran: 
Engkau hanyalah seorang manusia seperti kami; oleh itu, bawakanlah satu tanda 
(mukjizat) jika betul engkau daripada orang-orang yang benar. (al-Syu'ara': 154)
 
Hal yang sama pernah juga dilakukan oleh kaum Nabi Syuaib a.s yang memandang 
nabi mereka sebagai manusia biasa, bahkan sebagai seorang pendusta, sebagaimana 
yang dikisahkan oleh Allah melalui firman-Nya: Mereka berkata, Sesungguhnya 
engkau adalah dari kalangan pelaku sihir. Dan engkau hanyalah seorang manusia 
seperti kami; dan sesungguhnya kami fikir engkau ini daripada orang-orang yang 
dusta. (al- Syu'ara': 185)
 
Begitu juga dengan apa yang dikatakan oleh orang musyrikin terhadap Nabi 
Muhammad SAW. 

Help Palestine [hidayahnet] Rahsia penyampaian ucapan yang baik dan berkesan

2010-03-10 Terurut Topik studioperintis
Menurut kebanyakan pendapat, penyampaian ucapan atau ceramah yang baik 
bergantung pada tiga perkara utama:

Siapakah yang menyampaikan? 
Bagaimanakah maklumat tersebut disampaikan? 
Apakah yang disampaikan? 

Jika diteliti, faktor orang yang menyampaikan diletakkan paling atas sekali 
dalam senarai. Mengapa? Lazimnya, apabila dimaklumkan bahawa akan ada satu 
ceramah di tempat anda, apakah perkara pertama yang akan anda tanya? Soalannya 
pasti Siapa penceramahnya? Identiti penceramah sangat penting kerana identiti 
merupakan daya penarik bagi penganjur untuk menarik lebih banyak penonton. 

Walaupun terdapat hanya seorang penceramah yang terkenal dan penceramah lain 
ialah penceramah biasa yang belum dikenali, daya tarikan dan reputasi 
penceramah utama tadi mampu untuk menarik kehadiran penonton.

Situasi yang sama juga berlaku dalam penganjuran sesuatu konsert. Apabila tiket 
konsert mula dijual, penganjur akan meletakkan nama penyanyi yang paling 
terkenal di atas untuk menarik perhatian peminat. Penganjur juga akan membuat 
berbagai-bagai helah untuk memastikan penonton tidak meninggalkan konsert lebih 
awal dengan meletakkan penyanyi pujaan mereka di akhir konsert. 

Sebagai bukti penyanyi tersebut hadir, mereka mungkin akan menampilkannya pada 
permulaan rancangan dengan janji bahawa beliau akan muncul semula. Dengan ini, 
peminatnya tidak mungkin akan berganjak. 

Begitulah pentingnya daya tarikan yang ada pada seseorang penyampai yang baik. 
Semua ini merupakan reputasi yang dibina sejak awal pembabitan dalam bidang ini 
dan digilap oleh pengalaman. 

Faktor kedua pula ialah cara maklumat disampaikan. Dua orang yang berlainan 
boleh menyampaikan ceramah dengan menggunakan teks ucapan yang sama tetapi 
kesannya kepada penonton sudah pasti berbeza. 

Bagi topik dan ayat yang sama, sebenarnya boleh disampaikan dengan pelbagai 
lenggok bahasa, penekanan suara pada perkataan tertentu dan gerak-geri badan 
yang mengiringi penyampaian tersebut. Situasi ini banyak berlaku kepada pemandu 
pelancong kerana bagi setiap destinasi, mereka mempunyai skrip untuk bercerita 
tentang latar belakang tempat yang dilawati kepada pelancong. Bagaimanakah 
maklumat tersebut disampaikan? Penuh semangat, sambalewa ataupun bersahaja? 

Cara penyampaian sangat penting kerana hal ini boleh menimbulkan mood yang 
berbeza kepada pelancong. Lawatan ke Tugu Negara misalnya boleh menjadi satu 
pengalaman yang biasa ataupun boleh menjadi sesuatu yang menarik dan menyentuh 
perasaan. 

Pada satu lawatan ke Tugu Negara, terdapat dua kumpulan daripada dua agensi 
pelancongan yang berbeza. Bagi kumpulan pertama, pemandu pelancong tersebut 
memberikan penerangan kepada pelancong mengenai Tugu Negara, tahun Tugu Negara 
dibina, simboliknya dan sejarah yang membawa kepada pembinaannya. 

Cara penyampaian adalah sangat bersahaja sehinggakan memberikan impresi bahawa 
Tugu Negara hanyalah salah satu daripada banyak tugu lain di Malaysia yang 
tidak ada keistimewaannya. Tidak ada seorang pun pelancong yang berminat untuk 
mengetahui perihal tugu tersebut dengan lebih lanjut lagi. 

Berlainan pula dengan kumpulan yang kedua. Pemandu pelancong memulakan 
pengenalan kepada Tugu Negara sebagai sebuah tugu peringatan yang banyak 
memberi erti kepada negara. Cara penyampaian yang agak melankolik sungguh 
menyentuh hati dan pelancong yang datang turut menghargai pengorbanan 
askar-askar Melayu yang berjuang habis-habisan pada zaman sebelum kemerdekaan. 
Mereka turut tersentuh oleh semangat cinta akan negara yang ditunjukkan oleh 
askar-askar yang terkorban dalam memelihara kedaulatan negara. 

Contoh di atas merupakan contoh terbaik untuk membezakan dua penyampaian yang 
berbeza dengan menggunakan maklumat yang sama. Setiap fakta yang diberikan oleh 
pemandu pelancong bagi kumpulan kedua telah disebut oleh pemandu pelancong bagi 
kumpulan pertama. Yang membezakan hanyalah cara penyampaian, gaya suara dan 
elemen emosi yang ditunjukkan. 

Kebanyakan orang mungkin menyangka kandungan teks ucapan ialah faktor 
terpenting dalam memastikan sesuatu penyampaian berjaya. Tidak dinafikan 
kepentingannya tetapi seperti yang telah dijelaskan, dua individu mungkin 
menyampaikan teks yang sama tetapi cara penyampaian yang berbeza telah 
meletakkan satu ucapan itu pada tahap yang lebih baik daripada yang satu lagi. 

Penyampaian yang baik akan berjaya menarik minat penonton untuk terus mendengar 
tanpa jemu dan hal ini membantu ke arah memastikan mesej yang ingin disampaikan 
sampai kepada penonton. 

Namun, apakah yang dimaksudkan dengan 'penyampaian' atau 'delivery'? Adakah 
penyampaian satu perpindahan dari satu tangan ke tangan yang lain? Apabila anda 
membeli sebuah kereta, penjual kereta akan datang kepada anda dan memberikan 
kunci kereta berserta dokumen penjualan. Anda menerima semua perkara tersebut 
dan proses jual beli berakhir di situ. Adakah semudah itu dengan penyampaian 
sesuatu maklumat? 

Sarina merupakan seorang novelis yang terkenal dan pada