Help Palestine [hidayahnet] ARTIKEL : Bulan Theta

2010-09-02 Terurut Topik BawangGoreng
PETIKAN : Dr Azhar Sarip [http://aku-ok.com/blog/]

 Bulan Theta http://aku-ok.com/blog/2010/08/bulan-theta/

 http://aku-ok.com/blog/wp-content/uploads/2010/08/ramadhan5nu82.jpg

Allah itu maha pengasih lagi maha penyayang, rahmat Allah sentiasa
mendahului kemurkaanNya, Allah itu maha pengampun. Saya yakin kita semua
tahu akan hal ini dan kita semua faham duduk perkara ini dalam kehidupan
kita cuma mungkin kita ambil ringan mengenainya kerana kita duduk dalam zon
yang selesa. Kita mungkin merasa kita sudah mempunyai segalanya dan kita
juga mungkin mempunyai akal yang hebat dalam merencanakan kehidupan di
dunia. Allah swt penuh dengan sifat kasih sayangNya dan antara kesilapan
yang sering kita lakukan adalah dengan memberitahu anak-anak atau generasi
akan datang tentang garangnya Allah swt hingga akhirnya mereka bukan takut
tetapi hilang takut lalu menjauhkan diri. Mengapa Islam bertahan hingga kini
dan tersebar luas di muka bumi ini? Kita mungkin mempunyai banyak jawapan
tetapi saya melihatnya dari satu sudut lain yang begitu indah yang diajar
oleh rasulullah saw walaupun kadangkala kita sering terlepas pandang akan
kehadirannya iaitu CINTA. Ada dua kekuatan yang boleh menguasai sesiapa
sahaja di dunia ini iaitu takut dan cinta. Ramai yang memilih takut untuk
digunakan kerana hasilnya dapat dilihat dengan segera serta mudah. Ibubapa
juga sering menggunakan kekuatan ini dalam mendidik anak kerana anak-anak
akan mudah dibentuk dengan segera namun ramai yang tidak perasan bahawa
didikan dengan kekuatan takut ini sering tidak mampu bertahan lama dan
akhirnya si anak tadi akan memberontak dan hasilnya lebih buruk dari yang
dijangkakan. Kekuatan cinta jarang diabadikan dalam sisitem pendidikan
kerana ianya memerlukan kesabaran yang tinggi tetapi apabila hasil sudah
mampu dicapai, ianya akan bertahan begitu lama. Begitulah baginda saw
membawa Islam. Baginda menyemai rasa cinta kepada Allah swt. Baginda saw
menyampaikan berita gembira terlebih dahulu. Kita sendiri sebelum berbuat
sesuatu akan membaca “dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha
penyayang.” Itu sudah menunjukkan bahawa rahmat Allah swt sentiasa
mendahului kemurkaanNya. Jika kemurkaanNya yang datang terlebih dahulu maka
ianya akan dipaparkan mungkin seperti dengan nama Allah yang maha garang
lagi maha menghukum. Ketakutan yang diterapkan kepada anak-anak sewaktu
kecil mula berubah hingga menjadi tidak takut apabila meningkat dewasa
kerana adanya pergaulan yang baru. Jika dahulu mereka ahanya bergaul dalam
keluarga tetapi apabila meningkat dewasa mereka mula mengenal dunia selain
keluarga. Mereka mula menghilangkan ketakutan yang ditanam dengan rasa
keseronokan yang baru. Inilah yang membahayakan jika ketakutan digunakan
sebagai wadah pendidikan. Jika cinta yang diterapkan di dalam jiwa seseorang
itu maka ketahanannya cukup lama biarpun mereka dikelilingi oleh hal-hal
yang keseronokan yang baru kerana keseronokan cinta Allah swt sudah dirasa
dan sudah melangkau rasa.

Saya pernah ditanya oleh seseorang yang ingin melakukan perubahan. Katanya
bagaimana dia ingin berubah sedangkan dirinya bergelumang dengan kekotoran.
Dalam nada sedih dia bertanya mahukah Allah swt menerimanya? Mungkin kita
tahu apa yang patut kita jawab jika ditanya soalan yang sama. Persoalannya
adalah mengapa dia mempunyai soalan yang sedemikian? Mengapa dia masih ragu
samada Allah swt mahu menerimanya atau tidak? Keraguan timbul kerana sejak
kecil sudah diberitahu seolah-olah Allah swt itu hanya tahu menghukum hingga
terlupa untuk menyemai akan kasih sayang Allah swt terhadap makhlukNya. Jika
yang bertanya itu tadi benar-benar faham bahawa rahmat Allah swt sentiasa
mendahului kemurkaanNya maka dia mungkin tidak teragak-agak untuk kembali
kepadaNya. Tiada satu manusia biasa pun yang tidak berlumpur, jika kita mahu
menunggu hingga bersih lumpur baru kembali kepadaNya maka entahkan bila
kerana setiap hari samada kita sedar taupun tidak kita banyak melakukan
dosa. Maka sebab itulah kita perlu bertaubat setiap hari. Moral yang saya
ingin sampaikan disini adalah untuk kita memperbetulkan kembali sisitem
didikan kita terhadap anak-anak dan generasi baru. Bulan puasa kita
menghampiri kita. Ramai juga ibubapa melatih anak-anak untuk berpuasa tetapi
mereka memberi upah setiap hari puasa. Kita mumgkin tidak sedar bahawa kita
sedang mengajar anak-anak kita bagaimana untuk mengambil rasuah. Mengapa
saya berkata begitu? Balasan berpuasa itu adalah hak Allah swt maka biarlah
anak-anak kita menilai kasih sayang Allah swt dalam kehidupannya dan mengapa
pula kita perlu mendahului Allah swt dalam memberikan ganjaran. Mungkin
tujuannya adalah untuk motivasi tetapi motivasi kebendaan jelas tidak tahan
lama. Mengapa tidak sewaktu sebelum datangnya bulan puasa sudah diberitahu
kepada mereka akan nikmat cinta Allah ini. Tanda kasih sayang Allah swt
kepada makhlukNya cukup banyak hingga tidak mampu kita hitung dan bulan
ramadhan adalah salah satu darinya. Seperti yang pernah saya katakan
bahawasanya 

Help Palestine [hidayahnet] RENUNGAN : Musibah Bazaar Ramadhan - Amaran Allah !

2010-08-26 Terurut Topik BawangGoreng
PETIKAN : http://politikbanjar.blogspot.com/

Musibah Bazaar Ramadhan - Amaran Allah
!http://politikbanjar.blogspot.com/2010/08/musibah-bazaar-ramadhan-amaran-allah.html

 8:30 
AMhttp://politikbanjar.blogspot.com/2010/08/musibah-bazaar-ramadhan-amaran-allah.html
Posted
by radens albanjari
  Bagi mereka yang berfikir, musibah yang meragut 3 nyawa dan 18 lain yang
cedera itu sebenarnya AMARAN dari Allah swt. Mengapa penulis katakan itu
satu AMARAN?

Apa tidaknya..cuba tuan-tuan bayangkan seawal tengahari (dari pengalaman
penulis memerhati) kelmarin bukankah jumaat, ketika ramai jamaah baru pulang
dari mengerjakan solat jumaat, sudah kelihatan ramai pekerja(baca-mungkin
peniaga) sudah mula sibuk memacak khemah dan mengatur barang jajaan. Laju
benar mereka menyudahkan solat, apakah mereka hanya hadir ke masjid sekadar
mendengar khutbahnya sahaja?

Jika pun turut bersolat pasti tidak terjangkau akal untuk jadi sepantas itu.
Mustahil secepat itu mereka sudah tegak berdiri ditapak bazaar? Maka disini
penulis berani mengatakan adanya orang islam yang disibukkan dengan
perniagaan itu TIDAK bersolat.

Baik, teruskan bersangka baik, tetapi melihat akan corak pakaian yang
langsung tidak sesuai untuk bersolat jumaat,apakah kita kira mereka itu
bersolat jumaat? Dengan seluar jeans yang koyak sana sini, t-shirt yang
terpampang wajah2 artis, apakah ia sesuai? Yang perempuannya pulak ramai
tidak memperdulikan soal aurat.

Malah dari pengalaman penulis bersama peniaga-peniaga bazaar Ramadhan, ramai
yang tidak mengerjakan solat Asar dan Maghrib. Begitu juga yang tidak
berpuasa. Enteng saja mereka makan dan minum disitu. Tak percaya? Ambil masa
dan perhatikan.

Maka tidak hairan, musibah yang berlaku di Melaka itu, adalah satu AMARAN
dari murka Allah swt. Jika ditinjau ke bazaar Ramadhan yang disediakan oleh
pihak PBT, tandas boleh pulak mereka sediakan..5 - 6 buah diletakkan, tetapi
tidak untuk SURAU? Mungkin tapak surau(kontena yang diubahsuai boleh
digunakan apa?) itu tidak penting agaknya.

Dari apa yang penulis baca, dan hadam dari peristiwa petaka itu, wajar semua
pihak merenung diri dan muhasabahkan apa yang tidak kena sebenarnya. Kembali
kepada Islam, dan jadilah peniaga yang sealim Abu Bakar. Wallahuaklam.
Dibawah sebahagian foto yang dipaparkan untuk renungan kita bersama.

http://1.bp.blogspot.com/_A9vr5yowyTQ/TGXhbp-tPfI/LAI/RiXm3L6693I/s1600/bazaribut1.jpg

http://3.bp.blogspot.com/_A9vr5yowyTQ/TGXhceyqBoI/LAM/rtPwzJ7LNxI/s1600/bazaribut2.jpg

http://3.bp.blogspot.com/_A9vr5yowyTQ/TGXhdLiN2YI/LAQ/7I1M7u8M30g/s1600/bazaribut3.jpg

http://1.bp.blogspot.com/_A9vr5yowyTQ/TGXheAIfavI/LAU/QHzLJydDFOM/s1600/bazaribut4.jpg

http://4.bp.blogspot.com/_A9vr5yowyTQ/TGXheukcPRI/LAY/ZxMw2DL65qM/s1600/bazaribut5.jpg

http://3.bp.blogspot.com/_A9vr5yowyTQ/TGXhfsAJbMI/LAc/sT6-JSgt3Ok/s1600/bazaribut6.jpg

http://2.bp.blogspot.com/_A9vr5yowyTQ/TGXhgWvUa8I/LAg/yBMTi7OiCDs/s1600/bazaribut7.jpg

http://4.bp.blogspot.com/_A9vr5yowyTQ/TGXhhUxePXI/LAk/FspbUhg0fgk/s1600/bazaribut8.jpg

http://4.bp.blogspot.com/_A9vr5yowyTQ/TGXhiRorPMI/LAo/IhvqB9MHvQg/s1600/bazaribut9.jpg

http://2.bp.blogspot.com/_A9vr5yowyTQ/TGXhjXEMdpI/LAs/Jotbf46tJZo/s1600/bazaribut10.jpg

Kepada magsa yang terbunuh, sama-sama kita sedekahkan Alfatihah, dan kepada
mereka yang terselamat dengan kecederaan, masa masih ada untuk untuk
merenung diri dimana silapnya..kerana bala dan murka Allah swt, itu
diturunkanNya tidak berpilih-pilih, jika turun bala, semua kena..baik
manusia, binatang mahupun tumbuh-tumbuhan habis kena sapu !


Help Palestine [hidayahnet] RENUNGAN : Perbanyakkan istighfar...

2010-08-20 Terurut Topik BawangGoreng
PETIKAN : http://laman-seri.blogspot.com
Perbanyakkan 
istighfar...http://laman-seri.blogspot.com/2010/08/perbanyakkan-istighfar.html
 http://laman-seri.blogspot.com/2010/08/perbanyakkan-istighfar.html

http://4.bp.blogspot.com/_oV1RUxbNq84/TFZ2ffoeMaI/FfM/jMoaszpWh8A/s1600/tasbih2.jpg~
gambar hiasan ~

Assalamualaikum warahmatullah,

Beristighfarlah dan selalulah bertaubat, kerana pada Dia, kita memohon
segala-galanya. Itulah pesanan yang kerap diterima dari para ulamak. Jangan
meremehkan istighfar. Istighfar mempunyai kekuatan tersendiri. Walaupun
perkataan itu kelihatan seperti pengakuan taubat, namun implikasinya terlalu
jauh dari itu. Istighfar tidak hanya boleh disebut sewaktu selesai bersolat.
Ianya boleh disebut dimana sahaja, pada bila-bila masa.

Istighfar atau taubat antara perkara yang menjamin murah rezeki. Taubat
bermaksud meninggalkan dosa kerana keburukannya dan ia perlu kepada tiga
syarat andai berkaitan dengan hak Allah AWT iaitu :

   1. Meninggalkan dosa
   2. Menyesal untuk tidak melakukannya
   3. Berazam untuk tidak melakukannya
   4. Sementara jika berkaitan dengan hak manusia pula, hendaklah
   memulangkan semula yang empunya hak itu

Taubat bukan sekadar di hati tetapi juga dengan ucapan yang terbit dari
lidah. Sayidina Ali umpamanya pernah menyuruh seorang sahabat yang
beristighfar agar mengulang semula istighfarnya kerana istighfar itu
dilakukan tanpa roh penghayatan.

Banyak peringatan Allah SWT mengenai istighfar yang dikaitkan sebagai pintu
pembuka rezeki dan lorong beroleh keredaan Allah SWT. Dalam surah Nuh ayat
10~12, Allah SWT berfirman yang bermaksud, “Sehingga aku berkata kepada
mereka : Pohonlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya Dia adalah Maha
Pengampun. (Sekiranya kamu berbuat demikian), Dia akan menghantarkan hujan
lebat yang mencurah-curah kepada kamu. Dan Dia akan memberi kamu banyak
harta kekayaan serta anak-pinak. Dan Dia memberi kamu kebun-kebun tanaman
serta mengalirkan sungai-sungai bagi kamu.”

Malahan, ulamak sufi ataupun ulamak tasawwuf menyatakan bahawa dengan
beristighfar. Jiwa kita akan lebih dekat dengan Allah. Kita akan sentiasa
terpelihara dari segala perbuatan keji dan mungkar. Bila lidah kita sentiasa
menyebut istighfar dengan berulang kali, maka hati kita akan sentiasa
‘dihalakan’ untuk mengabdikan diri dan menyucikan jiwa ke arah ‘perhambaan’.

Sebutan istighfar adalah seperti berikut dan membawa maksud seperti,
‘astaghfirullah’, yang bermakna “Aku memohon keampunan Allah”. Dalam bahasa
Inggeris, ianya membawa maksud, “I seek forgiveness from Allah”.

Sebutan istighfar yang lebih lengkap adalah, - ‘astaghfirullah hal aazim,
allazi la ila ha illah hual hayyul qayyum, wa‘atu bu ilaik’, yang membawa
maksud, “Aku memohon ampun kepada Allah yang tidak ada tuhan selain DIA,
yang hidup dan selalu jaga, dan aku bertaubat pada-Mu”.

Selain mata, bahagian atau anggota manusia yang paling mudah dan senang
untuk melakukan dosa dan maksiat ialah LIDAH. Lidah mudah saja mencerca,
memaki hamun, mengumpat, mengutuk, memfitnah, menjatuhkan maruah, bercakap
kotor, dan sebagainya adalah perbuatan maksiat dan mungkar yang berhubung
secara langsung antara hati dengan lidah.

Seperkara yang perlu diingat. Andainya kita berdosa secara langsung dengan
Allah. Maka hendaklah kita beristighfar dan bertaubat dengan
sesungguh-sungguhnya, menyesal dengan perbuatan keji yang kita lakukan. Dan
seterusnya ialah perbanyakkan amalan sunat bagi menampung segala kekurangan
yang ada.

Namun, andainya kita melakukan kesalahan terhadap sesama manusia,
sepertimana perbuatan mengumpat dan segala macam dosa yang dilakukan melalui
lidah. Maka, tidak cukup dengan sekadar bertaubat dan beristihgfar memohon
keampunan dari Allah, malah adalah menjadi tugas dan tanggungjawab yang
perlu diselesaikan, iaitu memohon maaf dari manusia itu sendiri. Bukan satu
jenaka, tapi permohonan maaf kepada manusia yang telah kita umpat dan
sebagainya itu wajar dilakukan seberapa segera yang mungkin. Kerana ajal
maut tidak kita ketahui, bilakah kehadirannya.

Begitu sukar untuk memohon maaf dari sesama manusia. Kerana, Allah adalah
tuhan yang Maha Pengampun, hinggakan ada di kalangan ulama yang secara sinis
memberikan ungkapan seperti, “Bukan hendak menyatakan bahawa tidak mengapa
jika berdosa dengan tuhan, kerana Allah Maha Pengampun. Tetapi yang menjadi
masalahnya ialah, andainya kita berdosa dengan manusia, hendaklah diketahui
bahawa manusia memang sukar untuk memaafkan kesalahan sesama manusia”.

Maka, diandaikan dosa kita tidak dimaafkan oleh sesama manusia. Bolehkah
dibayangkan bagaimana kedudukan dan nasib kita di akhirat kelak? Cuba
bayangkan, di saat kita berada di hadapan pengadilan Allah kelak yang pada
waktu itu mungkin saja amal dan kejahatan kita begitu seimbang. Tiba-tiba,
datang seorang hamba Allah yang pernah kita sakiti dengan lidah kita sewaktu
di dunia, memohon pengadilan dari yang Maha Adil pada hari pembalasan.
Bagaimanakah agaknya timbangan amal kita nanti setelah terpaksa 

Help Palestine [hidayahnet] RENUNGAN : Mempersendakan Agama

2010-08-20 Terurut Topik BawangGoreng
PETIKAN : http://nasbunnuraini.wordpress.com/

Mempersendakan 
Agamahttp://nasbunnuraini.wordpress.com/2010/08/13/mempersendakan-agama/

Dan apabila mereka bertemu dengan orang-orang yang beriman, mereka berkata:
Kami telah beriman dan manakala mereka kembali kepada syaitan-syaitan
mereka, mereka berkata pula: Sesungguhnya kami tetap bersama kamu, *sebenarnya
kami hanya memperolok-olok (akan orang-orang yang beriman)*. (Baqarah:14)

Dalam ayat yang lain, Allah melarang kita bersama dengan mereka yang
main-main atau mempersendakan agama, tidak menghormati dan memandang rendah
agama Allah.

Al-Anam[70] *Dan jauhkanlah diri dari orang-orang yang menjadikan agama
mereka sebagai permainan* dan hiburan.

Maidah [57] Wahai orang-orang yang beriman! *Janganlah kamu mengambil
orang-orang yang menjadikan agama kamu sebagai ejek-ejekan dan permainan *dari
orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum kamu dan orang-orang kafir
musyrik itu: Menjadi penolong-penolong dan bertakwalah kepada Allah, jika
kamu benar-benar orang yang beriman.

Sebagai balasan kepada munafik yang mempermainkan Allah, Allah juga
mempermainkan mereka dan mereka dibiarkan dalam kesesatan tanpa diberi
petunjuk dan hidayah.

*Allah (membalas) memperolok-olok dan membiarkan mereka meraba-raba dalam
kesesatan mereka* (yang melampaui batas itu). (Baqarah:15)


Help Palestine [hidayahnet] RENUNGAN : Lihatlah dengan mata hati

2010-08-16 Terurut Topik BawangGoreng
PETIKAN :  http://laman-seri.blogspot.com

Lihatlah dengan mata
hatihttp://laman-seri.blogspot.com/2010/07/lihatlah-dengan-mata-hati.html
 http://laman-seri.blogspot.com/2010/07/lihatlah-dengan-mata-hati.html

http://2.bp.blogspot.com/_oV1RUxbNq84/TE5hK95a98I/FY8/TA6TWk_zKwk/s1600/innocent+girl.jpg~
gambar hiasan ~

Lihat dengan hati kerana pandangan mata selalu gelap, tak mampu menilai
hakikat

MATA suka memandang dan mempengaruhi hati supaya menjatuhkan hukuman
terhadap orang yang dipandang. Walaupun baru sekali berjumpa, ada yang sudah
bijak menilai orang lain semata-mata dengan asas prasangka
burukhttp://laman-seri.blogspot.com/2009/04/hindari-buruk-sangka.html
.

Orang itu jahil, si polan fasik, jiran kamu sombong, kawan kamu penipu,
suami kamu pembohong, beliau yang dihormati itu sebenarnya zalim, saudara
kamu munafik, khianat, penjenayah, perampas hak orang dan segala kejahatan
hanya milik mereka yang hadir dalam kehidupannya. Itulah mata jahat yang
bersatu dengan hati busuk.

Tetapi kadang-kadang mata dan hati boleh tertipu oleh rupa paras dan tingkah
laku orang yang dilihatnya. Baru sekali duduk minum dan mendengar tutur
bicara halus dan idea bernas, terus percaya kepada orang di hadapannya itu
umpama malaikat.

Semua baik, tidak ada cacat dan celanya. Akhirnya tertipu oleh imej palsu
yang dilihat dengan cermin mata suram. Bertolak daripada kebaikan dan
keburukan yang dilihat melalui mata zahir maka manusia terus mencari jalan
tengah supaya dia dapat membuat penyesuaian dengan persekitaran secara
selamat.

Sikap terbaik ketika menjalinkan hubungan dengan orang lain ialah ambil
manfaat daripada kebaikannya saja, usah peduli dengan aib orang itu dan
berhati-hati supaya diri tidak dimanipulasi. Namun begitu kita berasa diri
diperhati tanpa mahu mengaku bahawa kita juga suka memerhati orang lain.

Sebenarnya sikap suka memerhati ini boleh memberi kesan positif dalam diri
iaitu dengan syarat, perhatian itu hanya kepada mutiara kebaikan saja.
Adapun keburukan orang lain, cukuplah dijadikan sempadan tanpa disertai
celaan kepada orang itu kerana tiada siapa yang sempurna di dunia ini.

Jika setiap orang mengenal dirinya sendiri dengan sedalam-dalamnya nescaya
tiada seorangpun tergamak menghina keaiban orang lain kerana dia masih
melihat kelemahan yang banyak dalam dirinya sendiri. Alangkah eloknya jika
kita menumpukan perhatian kepada kelebihan dianugerahkan Allah kepada orang
lain untuk mengambil faedah daripadanya. Antara manfaatnya ialah:

1. Menghilangkan rasa ujub pada diri sendiri.

Hati manusia berubah-ubah, ada kala hari ini baik, esok pula belum tentu,
hari ini angin yang bertiup itu sepoi-sepoi bahasa, namun tidak mustahil
boleh bertukar menjadi puting beliung yang mengganas.

Allah SWT telah berfirman yang bermaksud, “Wahai Tuhan kami! Janganlah
Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan
kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau
jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya.” (Surah ali Imran ayat 8)

Oleh itu, semua penilaian mengenai seseorang itu sifatnya relatif, boleh
berubah-ubah seperti kenyataan Rasulullah SAW yang mengakui bahawa manusia
dicipta dengan hati yang berbolak-balik sehingga Baginda mengajarkan umatnya
supaya berdoa dengan sabdanya yang bermaksud: “Wahai Tuhan yang
membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku pada agama-Mu.” (Hadis riwayat
Imam al-Tirmizi dan Imam Ahmad)

Manusia adalah makhluk yang relatif berubah, sehingga tidaklah boleh dinilai
secara mutlak. Jika kita mahu mengambil manfaat daripada orang lain maka
ambillah teladan daripadanya ketika dia berada di atas kemuncak kebaikannya.

Jangan sesekali melihat ketika dia jatuh, lemah, berdosa, penuh aib dan cela
kerana jika kita suka melihat saat dia di bawah maka rasa ujub akan
menguasai diri. Boleh jadi kita akan berkata: “Alangkah baiknya agamaku,
amal dan ilmuku, keluarga dan kehidupanku jika dibanding dengan dirinya!
Betapa buruk perangai orang itu, zalim sungguh tangannya, tamak dan kedekut
sifatnya, kasar dan kurang ajar perangainya, tidak ada kebaikan langsung
berbanding diriku!”

2. Menyuntik semangat berlumba-lumba ke arah kebaikan.

Orang yang suka memerhati potensi saudaranya tidak seharusnya melahirkan
rasa dengki, cemburu dan iri hati. Hanya orang yang berjaya saja yang boleh
menjadikan kehebatan potensi orang lain sebagai inspirasi dan penyuntik
semangat untuk lebih berjaya.

Al-Quran menyindir perangai orang yang suka mendengki terhadap kehebatan
orang lain seperti Rasulullah SAW pernah menjadi mangsa kedengkian mereka.
Firman Allah yang bermaksud: “Orang kafir dari Ahli Kitab dan orang musyrik
tidak suka kiranya diturunkan kepadamu sesuatu kebaikan daripada Tuhanmu.
Padahal Allah berhak menentukan rahmat-Nya kepada sesiapa yang
dikehendaki-Nya dan Allah jugalah yang mempunyai kurnia yang amat
besar.”(Surah Al-Baqarah, ayat 105)

Ayat itu memberi amaran kepada diri kita yang mungkin sedikit sebanyak
menyimpan dengki. Betapa 

Help Palestine [hidayahnet] TAZKIRAH : Gelap dalam limpahan cahaya

2010-08-16 Terurut Topik BawangGoreng
PETIKAN : Pahrol Mohd Juoi di http://genta-rasa.com

GELAP DALAM LIMPAHAN
CAHAYAhttp://genta-rasa.com/2010/08/09/gelap-dalam-limpahan-cahaya/

9 Ogos 2010 pada 7:30 am (Kemudi
Hatihttp://ms.wordpress.com/tag/kemudi-hati/)

Tags: dedah aurat. seks
bebashttp://ms.wordpress.com/tag/dedah-aurat-seks-bebas/,
zina http://ms.wordpress.com/tag/zina/

http://gentarasa.files.wordpress.com/2010/08/gelap2.jpg


“Bagaimana pandangan awak tentang remaja kita yang terlanjur?”
“Apa maksud terlanjur?” saya menyoalnya kembali.
“Terlanjur melakukan hubungan seks haram,” balasnya terus-terang.
“Bagi saya istilah terlanjur itu tidak tepat.”
“Apa istilah yang lebih tepat?”
“Berzina!” jawab saya pendek.

Lelaki itu kehairanan lalu mencebik seraya berkata, “kasar sangat bunyinya
tu. Nanti remaja yang terlanjur takut.”
“Mereka tidak akan takut. Mereka berani. Sebab mereka beranilah mereka
berzina.”
“Lagi-lagi awak gunakan istilah zina. Kasar sangat bunyinya tu.”
“Itu istilah yang tepat. Itu istilah Al Quran. Jika digunakan ada impak pada
pendengarnya. Kita teringat Allah, Al Quran, iman dan Islam.”

Dia diam. Tetapi riak mukanya jelas seakan tidak bersetuju.
“Saya rasa istilah terlanjur itu yang tidak tepat,” saya pula yang
menerjahnya.
“Eh, kenapa? Memang mereka terlanjur. Mereka tidak tahu akibat perbuatan
mereka.”
Saya tersenyum. Lucu. Kenyataan yang separa logik.
“Zina tidak berlaku tiba-tiba. Ia didahului oleh mukadimah-mukadimahnya,”
balas saya.

“Ai, zina pun ada mukadimahnya?”
“Itulah perkara-perkara atau perbuatan-perbuatan yang boleh membawa zina.
Zina itu adalah hasil daripada satu proses yang berlaku satu demi satu.
Tingkat demi tingkat.”
“Saya tak faham. Cakap awak berbelit-belit!”
“Saya hanya menerangkan apa yang telah diterangkan oleh Rasulullah s.a.w.”
jawab saya pendek.

“Kita jangan libatkan agama. Ini masalah sosial,” katanya terus-terang.
“Saya dan awak orang Islam. Islam tu cara hidup. Dan Nabi Muhammad adalah
teladan ikutan kita bersama.”
“Baik-baik. Teruskan…”
“Zina itu ada mukadimahnya. Antaranya, pandangan mata, lidah yang
berkata-kata, sentuhan tangan, deria bau melalui hidung dan akhir sekali
barulah melibatkan kemaluan.”
“Ok. Apa maksud awak?”

Saya renung matanya. Dia bukan orang awam biasa. Dia seorang intelektual
yang sering membentangkan kertas kerja tentang masalah sosial remaja di
seminar-seminar di IPT.
“Zina dimulakan dengan pandangan. Pandangan mata sangat mempengaruhi hati.
Bila pendedahan aurat berleluasa, remaja sukar menjaga mata. Bila ada yang
mendedahkan, ramai pula yang melihatnya dan dari situ timbullah rangsangan…”
“Habis awak nak semua wanita tutup aurat? Mustahil!” balasnya.

“Ya, saya akui agak sukar. Tetapi itu tidak mustahil. Bukankah ini ajaran
Islam? Islam itu ajaran yang praktikal dan sesuai untuk semua zaman dan
keadaan. Remaja perempuan tutup aurat. Remaja lelaki tundukkan pandangan.
Jadi, satu proses ke arah zina telah diatasi. Ini yang dilakukan oleh
generasi sahabat, tabiin dan salafussoleh dahulu.”
“Itu dulu. Langit masih tertutup, sekarang langit sudah terbuka!”
“Bukan masalah langit, terbuka atau tidak. Tetapi yang lebih penting hati
kita mesti terbuka untuk menerima panduan Islam kerana kita orang yang
mengaku beriman kepada Allah dan Hari akhirat.”
“Lagi-lagi akhirat. Sekarang kita bercakap soal dunia. Masalah dunia. Kita
di sinilah, bukan di sana.”

Tanpa sedar terasa seakan-akan hendak saya gelengkan kepala. Mujur saya
cepat sedar dan hanya mengerling mata.
“Tuan, keyakinan kepada hari akhirat sangat penting ketika kita hidup di
dunia.”
“Fasal apa pula?”
“Sebab orang yang yakin kepada hari Akhirat akan mengatur hidupnya dengan
keyakinan bahawa setiap perbuatannya akan diberi pembalasan oleh Allah di
akhirat. Ada pahala, ada dosa. Ada syurga, ada neraka. Itulah kawalan dari
dalam dirinya untuk tidak melakukan kejahatan sama ada di hadapan atau di
belakang orang!”

“Kembali kepada topik asallah. Saya tidak suka meleret-leret,” pintasnya
agak kasar.
“Zina sentuhan pula ialah pergaulan bebas. Bila dipandang, tergerak untuk
disentuh. Islam menyekat pergaulan bebas lelaki wanita. Tidak boleh bergaul
sesuka hati apatah lagi sampai ke peringkat berdua-duaan tanpa mahram.”
Belum sempat dia menyampuk saya menambah lagi, “tetapi pergaulan bebas
inilah yang terus digalakkan, dipromosikan dan dijadikan budaya dalam
masyarakat kita.”
“Awak nak sekat interaksi dan komunikasi antara wanita dan lelaki?
Mustahil!”

“Interaksi yang bagaimana? Komunikasi yang bagaimana? Dalam Islam cukup
jelas bagaimana wanita dan lelaki boleh berinteraksi. Dalam pendidikan,
dalam perniagaan, dalam perundangan dan lain-lain. Pergaulan tidak disekat,
tetapi dikawal. Islam bukan anti pergaulan atau interaksi sosial tetapi
menyekat pergaulan bebas tanpa batas yang menjurus kepada perlakuan seks
bebas kerana adanya pandangan yang liar dan sentuhan yang di luar batas!”

“Bagaimana awak nak capai semua tu. Itu satu utopia.”
“Bukan satu utopia kalau kita bermula. Di peringkat keluarga kita cuba

Help Palestine [hidayahnet] INFO : Bunga bangkai - Titan Arum atau Amorphophallus titanum

2010-08-16 Terurut Topik BawangGoreng
 Bunga bangkai - Titan Arum atau Amorphophallus
titanumhttp://laman-seri.blogspot.com/2010/07/bunga-bangkai-titan-arum-atau.html


http://2.bp.blogspot.com/_oV1RUxbNq84/TE2CQtbUOJI/FYM/Ml2GU2xTJLk/s1600/Bunga+bangkai+2.jpegTitan
Arum atau Amorphophallus titanum mampu capai ketinggian 3.17 meter.

Titan Arum atau Amorphophallus titanum yang berasal dari Indonesia ini,
bukan hanya ganjil dan pelik namanya, tetapi rupa dan bau bunga ini turut
menjadi perhatian kerana terlalu busuk dan menyamai bau bangkai. Bunga
bersaiz gergasi ini turut disamakan bunga Rafflesia yang banyak ditemui di
hutan Asia Tenggara.

SEJAK minggu lalu, Muzium Sains Semula Jadi Houston, Amerika Syarikat, tidak
putus-putus menerima kehadiran pengunjung dan dibuka 24 jam sehari kerana
bahan pamerannya yang unik, bunga gergasi yang dikenali sebagai Titan Arum
atau Amorphophallus titanum.

Bunga yang berasal daripada Sumatera, Indonesia itu, buat pertama kalinya
akan berbunga selepas tujuh ditanam di muzium berkenaan dan dicatatkan
sebagai yang ke-29 berbunga di negara berkenaan.

Tarikan utama bunga itu dihebahkan melalui laman sosial Twitter dan Facebook
menyebabkan pengunjung berbaris seawal jam 8 pagi bagi melihat sendiri
keganjilan dan keanehan bunga yang hanya mekar selama tiga hari itu. Satu
perkara pelik mengenai bunga berkenaan dan menjadi tarikan pengunjung ke
muzium itu adalah kerana baunya yang dikatakan seperti bau bangkai.

Beberapa pengunjung yang ditemui memberitahu mereka sanggup beratur panjang
untuk melihat dan menghidu sendiri bau bunga berkenaan kerana ia peluang
yang tidak boleh dilepaskan walaupun maklum bahawa bau yang dikeluarkan
sungguh busuk. Malah ada pengunjung datang berulang kali ke muzium berkenaan
kerana mahu melihat bunga mekar dan menghidu bau busuk yang dihasilkan.
Setakat Jumaat minggu lalu bunga berkenaan masih belum mekar sepenuhnya.

Pihak muzium menjangkakan jumlah pengunjung akan bertambah kepada 10,000
orang sehingga semalam. Jumlah itu, berlipat kali ganda berbanding jumlah
500 pengunjung setiap minggu.


http://3.bp.blogspot.com/_oV1RUxbNq84/TE2CQWeqV8I/FYE/0jEA2O3KvBs/s1600/Bunga+bangkai+1.jpeg
Titan Arum dikenali sebagai penduduk tempatan sebagai bunga bangkai ditemui
di Sumatera, Indonesia. Dilaporkan ia mula ditemui pada 1878 oleh ahli
botani Itali Odoardo Beccari. Bunga ini menjadi bunga rasmi untuk wilayah
Bengkulu.

Tumbuhan yang jarang ditemui ini dikategorikan sebagai tanaman liar daripada
keluarga Araceae mempunyai bunga yang cantik seakan calalily berwarna perang
mengeluarkan bau busuk untuk menarik kumbang dan lalat yang menjadi
makanannya. Bagi penduduk di negara ini, mereka menggelarkan bunga ini
sebagai keladi gajah, namun rupanya sedikit kecil berbanding bunga bangkai
yang ditemui di Indonesia.

Tumbuhan ini memiliki dua fasa dalam kehidupannya iaitu vegetatif dan
generatif. Pada fasa vegetatif, biasanya akan muncul pucuk muda daripada
batang pokok. Kemudian organ vegetatif ini layu dan muncul bunga. Selepas
bunganya layu akan terbentuk buah berwarna merah dengan biji di bahagian
pangkal bunga. Buah ini biasanya menjadi benih untuk pembiakan semula
tumbuhan ini.


http://1.bp.blogspot.com/_oV1RUxbNq84/TE2CRADZgCI/FYU/fBV4Vl9jK-A/s1600/Bunga+bangkai+3.jpeg
Mengikut laporan, bunga bangkai yang paling tinggi dicatatkan mencecah 2.91
meter pada 2005 di Taman Botani Bonn, Hewan Wilhelma, Stuttgart, Jerman.
Namun, Indonesia mendakwa bunga bangkai paling tinggi pernah dicatatkan di
Kebun Raya Cibodas dengan ketinggian 3.17 meter pada 11 Mac 2004.

Selain bersaiz gergasi dengan ketinggian boleh mencapai sehingga 6 meter (10
kaki), berat bunga bangkai juga boleh mencapai sehingga 50 kilogram, berat
seorang perempuan dewasa. Namun, pernah dicatatkan berat bunga ini mencecah
91 kilogram di Rumah Hijau Princess of Wales, Kew Garden.

Tiada khasiat mengenai bunga ini dicatatkan dalam mana-mana artikel botani,
namun ia sering kali mendapat perhatian dalam mana-mana pameran hortikultur
di seluruh dunia, kerana keanehan dan keganjilan itu.

Pada Pameran Bunga Persatuan Hortikultur Diraja Tatton Park, London Julai
tahun lalu, bunga ini diundi sebagai bunga paling hodoh dipamerkan di
pameran berkenaan walaupun hakikatnya tumbuhan ini tidaklah nampak hodoh
kecuali baunya saja yang busuk seperti bangkai.

Sumber : Rohaniza Idris [r...@bharian.com.my] di BH
24/07/2010http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Bungabangkai/Article/index

--
~ 睡眠不足のママ ~
http://laman-seri.blogspot.com
http://little-kiosk.blogspot.com
Everyone thinks of changing the world, but no one thinks of changing
himself. – Leo Tolstoy


Firman Allah SWT :
[7:179] Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahanam kebanyakan
dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya
untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak
dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka
mempunyai telinga 

Help Palestine [hidayahnet] RENUNGAN : Istighfar amalan kekal nikmat, hindar musibah, hapus dosa

2010-08-13 Terurut Topik BawangGoreng
 Tajdid Iman: Istighfar amalan kekal nikmat, hindar musibah, hapus
dosahttp://laman-seri.blogspot.com/2010/08/tajdid-iman-istighfar-amalan-kekal.html

http://laman-seri.blogspot.com/2010/08/tajdid-iman-istighfar-amalan-kekal.html

http://2.bp.blogspot.com/_oV1RUxbNq84/TFZsvdfcy1I/FfE/4_utmGcpsj4/s1600/zikir.jpg
Ibadah menghidupkan insan jiwa, menggetarkan hati beku oleh maksiat

Assalamualaikum warahmatullah,

Sesungguhnya kehidupan paling bernilai bagi seorang insan bermula dari saat
dilantunkan taubat, dijatuhkan butir air mata dan diperah segenap perasaan
yang mengaku berdosa. Taubat bukan hanya hak milik sesetengah mereka yang
berdosa, kotor dan jelik pada pandangan manusia.

Taubat juga amalan nabi dan rasul, orang salih serta pejuang ilmu yang
mengamalkan agamanya dengan segenap pengorbanan. Baginda SAW mengajar
umatnya sentiasa berasa diri hina di hadapan Allah walaupun selepas berada
pada kemuncak amal yang paling ikhlas.

Sehingga tidaklah lahir pada jiwa orang yang beramal itu rasa suci dan hebat
berbanding orang lain. Betapa ramainya orang terseleweng selepas melakukan
amal salih, iaitu apabila menganggap diri sempurna dan memandang rendah pada
orang lain.

Belitan iblis terlalu halus, ia datang tanpa disedari orang beramal. Untuk
itu, Baginda SAW mendidik sahabat supaya membiasakan diri melafazkan
istighfar selesai saja mengerjakan sembahyang dan amal salih yang mungkin
dicemari riak.

Istighfar yang memerlukan istighfar lainnya, begitulah hakikat apabila
berada pada kemuncak ilmu dan amal. Semakin tinggi ilmu dan makrifah seorang
hamba kepada Allah semakin jatuh hatinya rebah ke tanah, mengaku tidak mampu
memikul amanah dan menyesal atas setiap detik berlalu dalam keadaan
bermaksiat kepada Allah dan menganiaya manusia.

Alangkah peliknya, hamba yang tidak mengambil berat mengenai istighfar.
Mengapa? Apakah kerana amalnya sudah cukup untuk menghapus kejahatannya,
atau hatinya sudah mencapai tahap keikhlasan yang murni? Apakah ilmu yang
dimiliki mampu mendekatkan dirinya kepada Allah? Apakah sudah lahir akhlak
mulia di mata manusia sehingga kedudukannya bagaikan permata berkilauan di
tengah-tengah mereka?

Sedangkan Nabi SAW dan sahabat yang sudah berada pada tahap ketinggian dan
kemuliaan di sisi Allah menyediakan masa, membuat pengakuan taubat pada
penghujung malam pada waktu sahur. Tidakkah hamba lalai dan sedikit ilmu itu
lebih memerlukan taubat untuk menghidupkan kembali jiwa mereka?

Sesungguhnya Rasulullah SAW berdoa dalam sembahyang malam dengan lafaz yang
bermaksud: “Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang
malampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih
mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah
kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada
pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Jika kekasih Allah masih menganggap dirinya berdosa, mengapa manusia biasa
tidak sudi mengaku hina? Sesungguhnya tangisan taubat umpama air hujan yang
menyuburkan tanah, menghasilkan rimbun daun dan lebatnya buah.

Ia menghidupkan jiwa insan yang hampir mati, menggetarkan hati beku oleh
maksiat dan membuka jalan bagi mengenali Tuhan. Oleh itu, hanya yang pernah
merasai kemanisan taubat memahami hakikat ini.

Mereka tidak pernah jemu membuat pengakuan dalam hati dan lisan setiap kali
melakukan suatu perbuatan, mengharap Allah mengampuni apa yang tersilap
secara disedari atau tidak. Kemanisan taubat bukan hanya dapat dirasai dalam
hati tetapi ia janji Allah bagi mereka yang menepati.

Begitulah khabar daripada al-Quran dan sunnah mengenai keutamaan taubat. Ada
tiga kesenangan yang layak dimiliki pencinta taubat. Pertama, dikurniakan
kenikmatan berpanjangan. Kemudian terhindar daripada pelbagai musibah dan
ketiga, menjadi penghapus dosa. Adapun dalilnya disebut dalam al-Quran dan
hadis Rasulullah SAW yang menjadi cahaya bagi orang mencari jalan
keselamatan.

Nabi Hud menyeru umatnya untuk kembali kepada Allah melalui firman-Nya yang
bermaksud: “Dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhanmu dan bertaubat
kepada-Nya. Nescaya Dia akan memberi kenikmatan yang baik (secara terus
menerus) kepada kamu.” (Surah Hud, ayat 3)

Begitu juga Nabi Nuh yang bersabar selama 950 tahun menasihati umat supaya
bertaubat. Al-Quran merakamkan kenyataan Nabi Nuh dengan janji yang turun
daripada Allah yang bermaksud: “Maka aku (Nuh) katakan kepada mereka:
Mohonlah ampun kepada Tuhanmu. Sesungguhnya Dia Maha Pengampun. Nescaya Dia
akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat dan memperbanyakkan harta dan
anak-anak kamu, mengadakan kebun-kebun dan sungai-sungai untuk kamu.” (Surah
Nuh ayat, ayat 10-12)

Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah mengulas mengenai nikmat dikurniakan Allah
kepada orang yang bertaubat, bahawa kenikmatan itu mencakupi jasmani dan
rohaninya. Kerana ramai orang yang nampak saja bahagia dengan harta benda
tetapi menderita jiwa dan rohaninya.

Sedangkan Allah tidak sesekali menurunkan kesusahan, kecemasan 

Help Palestine [hidayahnet] RENUNGAN : Dosa mengumpat hakis pahala, amalan baik manusia

2010-08-13 Terurut Topik BawangGoreng
PETIKAN : http://laman-seri.blogspot.com
Dosa mengumpat hakis pahala, amalan baik
manusiahttp://laman-seri.blogspot.com/2010/08/dosa-mengumpat-hakis-pahala-amalan-baik.html

http://laman-seri.blogspot.com/2010/08/dosa-mengumpat-hakis-pahala-amalan-baik.html

http://2.bp.blogspot.com/_oV1RUxbNq84/TFejrnqGSTI/FhM/c09wmDoUbt0/s1600/fitnah.jpg~
gambar hiasan ~

Assalamualaikum warahmatullah,

“Bukanlah hendak mengumpat, tetapi apa dikatakan ini benar...”, fahaman umum
untuk memberi justifikasi terhadap perbuatan menceritakan atau menyebut
keburukan orang lain yang selalunya dilakukan dengan sesedap mulut tak ada
insurans sengaja.

Ada kala, nama orang dimaksudkan tidak disebut, tetapi maksud perlakuan
tetap sama iaitu menceritakan keburukan seseorang supaya diketahui orang
lain. Namun, gambaran diberi selalunya boleh menyebabkan identiti orang
dimaksudkan diketahui.

Rasulullah SAW menjelaskan mengenai mengumpat dalam sabdanya yang bermaksud:
“Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu
perkara yang dibencinya.” (Hadis riwayat Muslim)

Oleh kerana buruk dan hinanya mengumpat, ia disamakan seperti memakan
bangkai saudara seagama. Manusia waras tidak sanggup memakan daging manusia,
inikan pula daging saudara sendiri.

Dosa mengumpat bukan saja besar, malah antara dosa tidak akan diampunkan
Allah biarpun pelakunya benar-benar bertaubat. Ia hanya layak diampunkan
oleh orang yang diumpat. Selagi orang diumpat tidak mengampunkan, maka dosa
itu akan kekal dan menerima pembalasan di akhirat.

Disebabkan mengumpat terlalu biasa dilakukan, maka ia tidak dirasakan lagi
sebagai perbuatan dosa. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Wahai orang
beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu
mengumpat kaum Muslim, dan janganlah kamu mengintip keaiban. Sesungguhnya,
sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip
keaiban, dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya
sendiri.” (Hadis riwayat Abu Daud)

Orang yang mengumpat akan mendapat kerugian besar pada hari akhirat. Pada
rekod amalan mereka akan dicatatkan sebagai perbuatan menghapuskan pahala.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Perbuatan mengumpat itu samalah
seperti api memakan ranting kayu kering.”

Pahala dikumpulkan sebelum itu akan musnah atau dihapuskan seperti mudahnya
api memakan kayu kering sehingga tidak tinggal apa-apa lagi.

Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, di akhirat seorang terkejut besar
apabila melihat catatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya di
dunia. Maka, dia berkata kepada Allah: “Wahai Tuhanku, dari manakah
datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya.
Maka Allah menjawab: Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau
tanpa engkau ketahui.”

Sebaliknya, jika pahala orang yang mengumpat tidak ada lagi untuk diberikan
kepada orang diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan dipindahkan kepada
orang yang mengumpat. Inilah dikatakan orang muflis di
akhirathttp://laman-seri.blogspot.com/2010/07/awas-daripada-muflis-di-akhirat.htmlnanti.

Memandangkan buruknya sifat mengumpat, kita wajib berusaha mengelakkan diri
daripada melakukannya. Oleh itu, perbanyak zikir supaya dapat menghindarkan
diri daripada mengumpat.

Islam menganjurkan beberapa kaedah untuk menghindarkan diri daripada
terjerumus ke dalam budaya hidup suka mengumpat antaranya:

   - Jika kita mengingati bahawa apabila kita mengumpat, kita akan diumpat
   balik, sudah tentu kita tidak akan mengumpat. Elakkan berbuat jahat kepada
   orang yang tidak berbuat jahat kepada kita.


   - Manusia perlu memenuhi keperluan intelek seperti mencari ilmu,
   berfikir, memerhati, menanggapi dan membuat spekulasi. Maka, orang yang
   melakukan sebaliknya bererti tidak memenuhi keperluan intelek. Tidakkah
   bererti apabila kita mengumpat bermakna jiwa kita jahat? Luar nampak cantik,
   tetapi dalam sudah busuk dan berulat.


   - Ingat dosa. Larangan Islam terhadap perbuatan mengumpat sudah cukup
   untuk memotivasikan diri setiap individu. Tidak ada manusia normal sanggup
   memakan bangkai seseorang.


Imam al-Ghazali ada menyatakan enam perkara mendorong seseorang itu
mengumpat:

   - Suka mendengar dan mengikuti perbualan orang yang menyerang peribadi
   dan kehormatan seseorang.


   - Mahu bersaing dan menonjolkan diri dengan menganggap orang lain bodoh
   dan rendah.


   - Disebabkan dengki, dia iri hati dengan orang lain yang lebih beruntung
   dan berjaya, seperti dinaikkan gaji dan pangkat.


   - Bergurau dan suka berlawak untuk mencela, mengatakan kelemahan serta
   kecacatan hingga mengaibkan orang lain.


   - Sikap suka mengejek dan mencela disebabkan rasa bongkak serta sombong
   kerana memandang rendah orang lain.

Renung-renungkan dan selamat beramal!


Rujukan : Wan Marzuki Wan Ramli di BH
03/08/2010http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Dosamengumpathakispahala_amalanbaikmanusia/Article

Capaian entry berkaitan :


Help Palestine [hidayahnet] RENUNGAN : Melayu paling ramai hidap HIV/AIDS

2010-08-13 Terurut Topik BawangGoreng
 Melayu paling ramai hidap
HIV/AIDShttp://laman-seri.blogspot.com/2010/08/melayu-paling-ramai-hidap-hivaids.html

http://laman-seri.blogspot.com/2010/08/melayu-paling-ramai-hidap-hivaids.html

http://4.bp.blogspot.com/_oV1RUxbNq84/TFuV_9MXE8I/Fm0/W7Ym73jiMgI/s1600/dadah.gifAduha
Nampaknya MELAYU menjadi JUARA lagi dalam hal-hal negatif... Well done,
Malays!

http://1.bp.blogspot.com/_oV1RUxbNq84/TFuUQp4dqUI/Fms/C85ISeEiLds/s1600/footer+bunga.png
Menurut berita yang ditulis oleh Mohd. Rafie
Azimihttp://www.blogger.com/rafie.az...@utusan.com.mydi UM
06/08/2010http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010dt=0806pub=Utusan_Malaysiasec=Dalam_Negeripg=dn_13.htm:

KUALA LUMPUR 5 Ogos – Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Universiti Putra
Malaysia, Datuk Dr. Faisal Ibrahim mendedahkan, daripada 63 penagih dadah
yang dikesan setiap hari, 44 daripadanya Melayu.

Lebih menyedihkan katanya, daripada 9 kes HIV/AIDS yang dikesan, 6
daripadanya melibatkan individu Melayu dengan purata 3 kematian setiap hari.

“Fakta diperoleh daripada Kementerian Kesihatan. Bermula dengan cuma empat
kes pada 1986, sebanyak 87,710 kes HIV dikesan sehingga penghujung 2009.
Sebanyak 71.8% atau 62,975 daripada kes itu terdiri daripada individu
Melayudiikuti Cina (14.6%) dan India (8%). Ia menunjukkan betapa
serius gejala itu
di kalangan masyarakat Melayu negara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja Seminar Menyambung
Kasih Ilahi: HIV/AIDS Bersama Ditangani di Pusat Islam, Jabatan Agama
Wilayah Persekutuan di sini hari ini. Turut hadir Ketua Pengarah Jakim,
Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz dan Presiden Majlis AIDS Malaysia, Datuk
Zaman Khan.

Faisal menambah, kajian dilakukan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) mendapati
60% ibu hamil yang dijangkiti HIV menerima virus itu melalui suami.

“Masalahnya, mereka ini lama-kelamaan dijangkiti pula virus AIDS yang
membawa maut. Hal ini menyebabkan kira-kira 6,000 kanak-kanak berusia 13
tahun ke bawah menjadi yatim piatu. Pastinya ketiadaan ibu dan ayah membawa
kesan sosial yang besar kepada anak itu. Ia secara tidak langsung turut
merugikan negara,” katanya.

Beliau turut mengingatkan kira-kira 1,000 peserta seminar tersebut agar
memberi tumpuan kepada langkah-langkah pencegahan di kalangan masyarakat
bagi membanteras penyalahgunaan dadah di negara ini.

“Pencegahan merupakan satu-satunya jalan kepada masalah ini kerana tiada
ubat dan vaksin yang mampu membunuh virus HIV. Apa yang ada hanyalah ubat
untuk menyekat pembiakan virus itu. Itu pun ia memerlukan belanja yang besar
sehingga mencecah ribuan ringgit setahun,” ujarnya.

Rujuk : UM 
06/08/2010http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010dt=0806pub=Utusan_Malaysiasec=Dalam_Negeripg=dn_13.htm


Help Palestine [hidayahnet] ARTIKEL : Langit tidak selalu cerah

2010-08-12 Terurut Topik BawangGoreng
PETIKAN : Blog Dr Azhar Hj Sarip

 Langit tidak selalu
cerahhttp://aku-ok.com/blog/2010/08/langit-tidak-selalu-cerah/



http://aku-ok.com/blog/wp-content/uploads/2010/08/langit.jpg

Kadang-kadang apabila kita mendapat sesuatu yang kita suka, kita menyangka
ianya bakal menjadi kepunyaan kita buat selamanya.  Kadang-kadang kita
berfikiran tiada apa yang mampu menukar perancangan kita kerana ianya sudah
kita rancang dengan teliti.  Malangnya kita lupa bahawa hidup ini seperti
roda yang sentiasa berputar tanpa mengira waktu rehatnya.  Putarannya
sentiasa berlaku biarpun kita cuba memberhentikannya.  Apabila langit yang
cerah tiba-tiba dilanda hujan maka kita menjadi muram kerana keinginan kita
menjadi luruh.  Kita mungkin melihat kesalahan itu pada awan yang membawa
hujan tanpa menyedari ianya berlaku kerana itulah sifat alam.  Begitu juga
dengan kehidupan, apabila sesuatu perkara terbantut di tengah jalan, kita
jarang sekali melihat kesalahan itu pada diri sendiri kerana mata fizikal
hanya mampu memandang keluar tanpa cuba melihat ke dalam diri.  Hakikatnya
kita juga adalah penyumbang utama penghalang kepada cita-cita kita.  Mungkin
itulah pelajaran yang selalu kita alpakan.  Antara kelemahan yang sering
kita remehkan walhal ianya cukup kuat untuk member impak dalam kehidupan
kita secara keseluruhannya adalah mudah kasihan bak kata seniman agung
P.Ramlee dalam salah satu filemnya “murah hati.”

Baik hati itu satu sikap yang bagus tetapi murah hati itu amat
membinasakan.  Baik hati bakal membuatkan seseorang itu dihormati kerana
sikap prihatinya itu namun sebaliknya murah hati membuatkan seseorang itu
mudah ditindas atau diperlekehkan.  Bukan tujuan saya untuk menggalakkan
anda menjadi orang yang keras hati tetapi kita perlu menjadi orang yang
tegas dalam mengemudi kehidupan kita.  Jika kita tidak bertindak untuk
mengemudi kehidupan kita maka pasti ada orang lain yang melihatnya sebagai
satu peluang untuk dimanfaatkan.  Hasilnya kemusnahan masa hadapan akan
berlaku dan lebih buruk lagi apabila ianya melibatkan orang yang kita
sayang.  Satu sikap yang kelihatan baik tetapi cukup memusnahkan yang boleh
dikategorikan dalam skop perbincangan kita tadi adalah kesukaran untuk
berkata “TIDAK” dan keberatan untuk berterus terang.  Masyarakat kita sering
berhadapan dengan tekanan kerana mereka membiarkan diri mereka untuk
dipergunakan biarpun ianya berlaku tanpa kerelaan.  Kita mungkin mempunyai
pengalaman di mana kita tidak mahu melakukan sesuatu perkara namun terpaksa
juga melakukannya kerana ketidakmampuan kita menolak permintaan yang
diajukan.  Kita takut melukakan hati orang lain jika kita berkata “TIDAK.”
Kita memendam rasa marah dan sebagainya demi menjaga hati orang lain.
Akibat kelemahan diri sendiri, kita akhirnya berada dalam keadaan tertekan
dan bermulalah pelbagai masalah dalam hidup.

Begitu juga dengan sikap tidak mahu berterus terang.  Jika kita ditanya atau
diminta untuk memberi satu-satu pandangan, kemungkinan besar pandangan itu
jauh dari dari apa yang ingin kita sampaikan itu besar kerana jika hal
sebenar yang diberitahu, kita takut nanti ianya akan menyakiti hati orang
lain.  Sekali lagi kita benar-benar baik kerana sanggup menjaga hati orang
lain dari menjaga hati sendiri.  Kebaikan yang memusnahkan.  Tidak salah
dalam menjaga hati orang lain bahkan ianya satu perkara yang mulia namun
ianya menjadi beban nestapa seandainya kita tidak menjaga hati kita sendiri
kerana akhirnya kesusahan itu akan berbalik kepada kita sendiri.  Kita juga
perlu jujur dalam member pandangan kerana seorang sahabat adalah seorang
yang jarang memuji tetapi sentiasa berlaku jujur dalam memberi pandangan
biarpun pahit untk ditelan.  Member pandangan tidak pula bermakna
menghentam, dua perkara yang sering disalahertikan.  Memberi pandangan mesti
diikuti dengan jalan keluar atau cadangan namun menghentam hanya memberi
tekanan kepada keburukan sedia ada.

Justeru, kita perlu sentiasa bersedia untuk menghadapi hari cerah kerana
langit tidak selalu cerah.  kita perlu menjadi orang yang berani untuk
berkata “TIDAK” seandainya kita tidak mahu melakukan sesuatu perkara dan
kita berlaku jujur seandainya kita diminta member pandangan.  Persoalan yang
sering timbul adalah keinginan kita untuk menjadi orang tegas dan terbuka
namun kita tidak tahu bagaimana caranya untuk kita berubah sedemikian rupa.
Insya Allah, kali ini kita mengupas cara mudah yang mungkin selama ini kita
rasakan susah.  Caranya cukup mudah, Cuma perlukan sedikit latihan selama 21
hari.  Apa yang perlu anda lakukan ialah pejamkan mata anda dan kemudian
tariklah nafas sedalam mungkin.  Setelah nafas ditarik sedalam mungkin tahan
nafas dan sebut nama anda di dalam hati sebanyak 33 x.  lakukan sekerap
mungkin.  Perhatikan sikap anda dalam masa 21 hari latihan, adakah anda kini
lebih tegas, adakah anda kini lebih telus dalam member pandangan dan adakah
anda lebih berani.  Pengalaman para peserta yang dilatih dengan kaedah ini
telah membuktikan bahawa perubahan ketara 

Help Palestine [hidayahnet] TAZKIRAH : Kejahatan itu bukan satu kebetulan

2010-08-06 Terurut Topik BawangGoreng
PETIKAN :
http://genta-rasa.com/2009/05/06/kejahatan-itu-bukan-satu-kebetulan/

 http://ms.wordpress.com/tag/syaitan/

[image: sb10064243i-001]


Kejahatan itu bukan satu kebetulan. Ia adalah satu kebiasaan yang terbentuk
perlahan-lahan, tahap demi tahap. Pertama kali terbuat dosa, hati akan
diburu rasa bersalah. Jiwa resah kerana diri menentang fitrah. Kesalnya
bukan main. Sesalnya sungguh merimaskan. Rasa bersalah itu memang resah.
Benarlah seperti yang sering diungkapkan, bila manusia berdosa dia bukan
sahaja nenentang Allah tetapi juga menentang dirinya sendiri.

Namun rasa berdosa itu tidak lama. Jika dosa yang sama dibuat kali kedua,
ketiga dan seterusnya… rasa bersalah itu akan hilang. Sedikit demi sedikit.
Lalu akhirnya, hati itu telah terbiasa dengan dosa. Rasa bersalah tidak
muncul lagi. Ia sirna dimamah oleh dosa demi dosa. Jika dulu ada air mata
yang mengalir kerana kekesalan dan penyesalan… tetapi di tahap kedua ini,
tiada air mata lagi. Alah bisa tegal biasa. Hati telah tega untuk berdosa.

Dosa itu racun yang disalut kemanisan. Dosa yang dilazimi tidak akan
terhenti kesannya pada hati. Dari tahap terbiasa dengan dosa, kederhakaan
meningkat lebih parah lagi. Tibalah hati pada tahap ketiga, yakni seronok
dan rasa indah dengan dosa. Diri sentiasa mengintai peluang dan ruang untuk
melakukannya. Rasa ketagih dengan maksiat, rasa gian dengan kemungkaran,
mencengkam hati dan diri. Racun dosa terasa nikmatnya. Tiada lagi rasa
bersalah. Bisa dosa yang terbiasa menjelma menjadi fatamorgana nikmat yang
tiada taranya.

Nafsu tidak pernah puas. Kehendaknya tiada batas. Syaitan tidak pernah
tidur. Usahanya tidak pernah kendur. Lalu apabila syaitan meluncur laju di
lebuhraya nafsu, diri yang seronok dengan dosa itu dirasuk untuk ’maju’
setapak lagi. Itulah tahap ke-empat yang lebih dahsyat dan sesat.
Keseronokan dosa menjadi siberdosa itu menjadi pembela dan pejuangnya. Dosa
dipromosi dan dihiasi sebagai jalan kebenaran dan denai keindahan. Jangan
ada pembela agama yang bercakap tentang akhirat dan kiamat… pejuang dosa itu
pun bangun menentangnya dengan seluruh upaya dan kudrat.

Justeru wahai diri, berhati-hatilah dengan dosa. Jangan tertipu oleh kecil
atau remehnya suatu kederhakaan. Ingat, tusukan dosa bukan seperti belati
yang membunuh tiba-tiba, tetapi ia umpama api dalam sekam yang membara dalam
diam. Ketelanjuran kali pertama jangan disusuli oleh kesengajaan kali kedua.
Kelak akan menyusul perancangan dan perjuangan atas nama dosa.

Wahai diri… ketika rasa bersalah singgah di dalam hati pada kali pertama kau
berdosa, ketahuilah itu adalah ’peringatan’ yang Allah bekalkan secara tabii
untuk menjaga fitrah insani. Itu petanda yang hatimu masih hidup. Penyesalan
itukan syarat taubat? Maka susulilah dengan syarat kedua dan ketiga (jika
dosa itu dengan Allah). Jika dosa itu dengan manusia, tambahlah lagi dengan
syarat yang keempat. Tidak mengapa jika kau terlanjur lagi berdosa selepas
itu. Bertaubatlah kembali. Hatimu akan hidup lagi. Selagi ada rasa bersalah,
selagi itulah ada sarana untuk kembali kepada Allah. Jangan putus asa oleh
taubat yang patah, kerana kasih-sayang Allah akan menumbuhkan taubat kali
kedua, ketiga dan seterusnya.

Wahai diri, biarlah dirimu jatuh bangun, merangkak tegak, dalam taubat demi
taubat yang tidak ‘menjadi’ berbanding larian dosa yang maju dan laju tanpa
henti-henti. Lebih baik terbentur, daripada patah. Lebih baik hatimu selalu
terdera oleh rasa berdosa sepanjang hayat, daripada tertipu oleh ‘nikmatnya’
yang menyebabkan siksa selamanya di akhirat.

Wahai diri, ingatlah… sekalipun kau terhijab daripada mengecapi nikmat
ketaatan, tapi jangan sampai kau tertipu oleh nikmat kejahatan.
Berhati-hatilah menjaga hati. Tidak mengapa kau selalu menangis kerana dosa…
tetapi jangan sampai kau tersenyum kerananya! Ingatlah selalu, kejahatan
yang menyebabkan kau menangis, lebih baik daripada kebaikan yang menimbulkan
rasa takbur!


18 Komen

   1.  sukri berkata,

   6 Mei 2009 pada 11:35
pmhttp://genta-rasa.com/2009/05/06/kejahatan-itu-bukan-satu-kebetulan/#comment-400

   as`kum wr. wbt..
   “Ingat, tusukan dosa bukan seperti belati yang membunuh tiba-tiba, tetapi
   ia umpama api dalam sekam yang membara dalam diam”. petikan dr wadah bicara
   ustaz. Ana tertarik dengan ayat yang ditulis oleh ustaz ini. benar apa yang
   diungkapkan.

   di sini, ana ingin mengaitkan kejahatan dan dosa itu dengan sikap
   “mengumpat”. ana pelik, kenapa semakin ramai seseorang itu berkawan, semakin
   kuat dan banyak pula sahabat2 mengumpat. walhal mereka telah tahu mengumpat
   itu merupakan satu dosa.

   ada sesetengah shbt ana bukanlah org biasa. mereka dr bidang pengajian
   Islam, petah berbicara hal agama. namun, sikap mengumpat mereka tidak
   menampakkan mereka berada dalam bidang tersebut.

   jadi, diharap semoga para shbt sedar bahawa mengumpat juga merupakan
   salah satu dosa yang sering dilakukan oleh kebanyakan umat Islam
   sekang..insaflah wahai shbt2…

   p/s : peringatan utk diri 

Help Palestine [hidayahnet] SEMBANG : Perkara mustahil yang anda mahu ia berlaku …

2010-08-02 Terurut Topik BawangGoreng
PETIKAN : http://laman-seri.blogspot.com
Perkara mustahil yang anda mahu ia
berlaku…http://laman-seri.blogspot.com/2010/07/perkara-mustahil-yang-anda-mahu-ia.html

http://laman-seri.blogspot.com/2010/07/perkara-mustahil-yang-anda-mahu-ia.html
 Assalamualaikum warahmatullah,

Beberapa hari yang lepas, saya berkesempatan mendengar celoteh pagi di
sebuah stesen radio yang terkenal, ketika dalam perjalanan ke tempat kerja.
Sejujurnya, saya tidak berapa gemar mendengar celoteh pagi yang kadang-kala
sangat mengarut, tetapi celoteh kali ini pagi itu agak menarik minat saya.

Penyampai radio stesen berkenaan bertanyakan kepada pendengar, “Apakah
perkara mustahil yang anda mahu ia berlaku dalam hidup anda?” Lebih kurang
begitulah soalannya… Seperti biasa, siapa yang rajin, diminta menalipon
stesen radio dan kongsikan pendapat mereka. [NB: Tak kuasa
BGhttp://laman-seri.blogspot.com/perabiskan prepaid untuk talipon
eh!
]

Ada beberapa pemanggil yang menalipon stesen radio tersebut dan antara yang
saya sempat dengar pendapat mereka ialah :


http://4.bp.blogspot.com/_oV1RUxbNq84/TEUxBa7H7DI/FQ8/sgeWYGWeIao/s1600/planetoftheapesluu4.jpg
1. Haiwan bercakap

Pemanggil mahukan kucingnya bercakap. Sorry... Saya tak berapa dengar pasal
apa dia mahu kucingnya bercakap.

Molek juga jika haiwan boleh bercakap atau berkata-kata. Banyak teladan yang
boleh kita perolehi daripada kisah haiwan. Masih ingat matador yang
di‘bunuh’ lembu dalam entry Bila lembu naik
minyak...http://laman-seri.blogspot.com/2010/07/bila-lembu-naik-minyak.html?
Jika haiwan mampu berkata-kata, tentu manusia akan berfikir 100 kali untuk
melakukan kezaliman terhadap haiwan, makhluk-Nya yang lain daripada species
kita.



http://4.bp.blogspot.com/_oV1RUxbNq84/TEUwS5bh77I/FQ0/TdLKDpAc4xY/s1600/ArabFlyingCarpet.jpg
2. Karpet terbang

Bagus juga. Sangat sesuai digunakan, lebih-lebih lagi zaman
minyak-asyik-naik-aje ni… Bukan saja convenient, malah menjimatkan kos
(bahan api, penyelengaraan, toll, penyelengaraan jalanraya dan lain-lain),
mesra alam dan dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas. Cuma saya tak dapat
nak bayangkan jika ada kemalangan sesama karpet di udara… pemandu dan
penumpangnya menjunam ke mana? Aduh…



http://1.bp.blogspot.com/_oV1RUxbNq84/TEUv25N-vII/FQs/62M7TVtU_SY/s1600/kentut.jpg
3. Kentut berwarna dan bernombor

Secara peribadi, ini bukanlah satu pendapat yang bagus dan pendapat ini juga
tak berapa praktikal. Apa-apapun, pemanggil radio stesen kongsikan
pendapatnya, jadi sayapun jadi tukang karutnya di Laman
Serihttp://laman-seri.blogspot.com/.
Katanya, kentut yang keluar daripada seseorang itu patut ada warna (sebagai
identiti orang yang mengeluarkan gas kentut itu) dan kentutnya juga patut
bernombor (maknanya kita tahulah berapa kali seseorang itu kentut untuk hari
itu). Hemm... saya tak mahu komen lanjut... sebab saya tak mahu bayangkan
jika perkara ini mustahil dan berlaku pula dalam sebuah koc komuter, ketika
waktu puncak (peak hours) Kui kui kui


http://2.bp.blogspot.com/_oV1RUxbNq84/TEVGSThB7GI/FRE/rcw4zawuLTY/s1600/flower+and+butterfly+footer.gif

Ini antara pendapat pemanggil stesen radio berkenaan. Saya ingin kongsikan
apa yang saya fikirkan :


http://3.bp.blogspot.com/_oV1RUxbNq84/TEUviN_31KI/FQk/BV38KRCQRkc/s1600/pregnant+man.jpglelaki
mengandung? sumber :
takikasunghttp://takikasung.blogspot.com/2008/07/pregnant-man-has-babby-girl.html

4. Lelaki mengandung

Yang ini tak payahlah saya tulis lebih-lebih, nanti ada yang cop saya
feminist pula. Apa-apapun, saya percaya, ramai di kalangan lelaki yang saya
kenali, benar-benar amat menghargai isteri (atau isteri-isteri)
masing-masing yang sudi melahirkan zuriat untuk meneruskan perjuangan di
muka bumi sebagai khalifah yang disegani. [NB : tidak berapa mustahil
berlaku jika seorang itu khunsa]



http://2.bp.blogspot.com/_oV1RUxbNq84/TEVHYZnBntI/FRM/9WGittjxiZQ/s1600/smelly+human.jpg
5. Dosa berbau

Saya baru saja membaca tentang ini dalam majalah bulanan kesayangan
saya. Bayangkan
jika dosa itu berbau… Bila difikirkan, kita cukup bertuah kerana Allah tidak
mengtakdirkan setiap dosa yang kita buat itu menghasilkan bau. Bukan bau
yang wangi, tetapi bau yang tengik, hangit, busuk dan sewaktu dengannya.
Dapatkah kita bayangkan jika dosa itu menghasilkan bau yang busuk? Tapi,
jika dosa itu berbau, ada juga kebaikannya. Ia boleh dijadikan peringatan
kepada kita semua supaya cepat-cepat bertaubat kepada-Nya dan berusaha
mengelakkan diri daripada terjerumus terus-menerus melakukan dosa.

Bagaimana agaknya kalau dosa itu berbau ya? Allahu Akbar! Tentu setiap
daripada kita tak berani hendak keluar ke mana-mana kerana takut ter‘buat’
dosa di mana-mana sama ada sengaja atau tidak. Misalnya nampak perempuan
lawa, sekali pandang, tidak mengapa sebab ia dibenarkan. Tapi mata yang
tergoda teringin hendak pandang lagi selepas itu, aisey... tak boleh, sebab
tahu hukumnya berdosa. Selalunya, banyak mata yang memilih untuk memandang
lagi, 

Help Palestine [hidayahnet] ARTIKEL : Musibah terhadap seseorang boleh mendidik

2010-08-02 Terurut Topik BawangGoreng
PETIKAN : http://baei.blogspot.com/

Musibah terhadap seseorang boleh
mendidikhttp://baei.blogspot.com/2010/07/musibah-terhadap-seseorang-boleh.html
Oleh
Ahmad Baei Jaafar

Setiap orang tidak ada jaminan untuk selamat daripada ujian Allah. Ujian itu
didatangkan Allah mengikut tahap iman seseorang. Orang awam tentu ujian
terhadapnya lebih ringan daripada ujian terhadap ulama. Oleh sebab itu ujian
Allah tidak sama antara seseorang dengan seorang yang lain.
Jenis-Jenis Musibah dan Tujuan Allah datangkan kepada seseroang adalah:

*Jenis *

*Bila boleh berlaku*

*Tujuan *

*Firman Allah*

*Bala’*

Apabila orang yang jahat melakukan kejahatan.

Dihina di dunia sebelum dihina di akhirat.

  Allah berfirman yang bermaksud: “Dan sesungguhnya Kami telah menghukum
(firaun dan) kaumnya dengan (mendatangkan) musim kemarau yang panjang dan
kekurangan buah-buahan, supaya mereka mengambil pelajaran.” (*Surah
al-Araf*7: 130)

*Ibtila’*

Apabila orang yang baik melakukan kebaikan.

Sebagai ujian dan meningkatkan darjatnya sebagai orang Mukmin.

  Allah berfirman yang bermaksud: “Apakah manusia itu mengira bahawa mereka
dibiarkan (saja) mengatakan: ‘Kami telah beriman’, sedang mereka tidak diuji
lagi? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang yang sebelum mereka, maka
sesungguhnya Allah mengetahui orang yang benar dan sesungguhnya Dia
mengetahui orang yang dusta.” (*Surah al-Ankabut* 29: 2-3)

Kafarah

Apabila orang yang baik melakukan kejahatan.

Supaya mereka kembali kepada Allah iaitu bertaubat.

  Allah berfirman yang bermaksud: “Kami akan menguji kamu dengan keburukan
dan kebaikan sebagai cubaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada
Kamilah kamu dikembalikan.” (*Surah al-Anbiya’* 21: 35)

Umat Islam yang didatangkan musibah kadang-kadang putus asa dan tidak
sanggup hidup menderita. Padahal kalau dia bersabar dan membuat perubahan,
mereka dijamin syurga. Namun realiti umat Islam kini tidak begitu, mereka
lebih sanggup mati awal sebelum diuji. Sedangkan Allah menegaskan seseorang
yang diuji itu adalah untuk meningkatkan iman mereka.
Beruntunglah mereka yang melihat positif kepada ujian atau musibah yang
menimpa terhadap dirinya kerana dengan ini dia berpeluang membuat perubahan
pada dirinya baik dalaman mahupun luaran.


Help Palestine [hidayahnet] RENUNGAN : Niat Baik Yang Membinasakan

2010-07-16 Terurut Topik BawangGoreng
PETIKAN : http://aku-ok.com/

 Niat Baik Yang
Membinasakanhttp://aku-ok.com/blog/2010/07/niat-baik-yang-membinasakan/

http://aku-ok.com/blog/wp-content/uploads/2010/07/Niat-baik-yang-membinasakan-pixca.jpg

Biar siapa pun kita… Biar setinggi mana pun ilmu kita… Biar sekaya mana pun
kita…

Satu hal yang pasti… kita tidak akan mampu membohongi Allah swt walau sesaat
sekali pun.

Niat memainkan peranan yang penting dalam sesuatu perlakuan. Tanpa niat
perlakuan tidak akan timbul. Biar apa pun perlakuan kita namun sedar atau
tidak sedar ianya telah diawali dengan niat cuma mungkin kita tidak sedar
akan keberadaannya. Mungkin bagi kita niat adalah satu ucapan dan mungkin
ada juga yang mengatakan yang niat adalah lintasan hati atau boleh jadi apa
yang dirasa dalam hati. Biar apapun keadaannya, caranya ianya tetaplah niat.
Begitu jugalah niat yang baik tetapi seringkali memakan diri.

Saya pernah ditanya tentang hal ini, kata si penanya “mengapa kadangkala
niat yang baik tetapi akhirnya membawa keegooan yang tinggi dalam diri
seseorang?” Mungkin selama ini terlepas pandang kaitan niat dan nafsu dalam
melaksanakan tindakan. Sebagai contoh, kita berniat baik untuk mengajarkan
sesuatu perkara yang baik kepada seseorang tetapi kita mungkin alpa dalam
menilai nafsu yang ada dalam niat baik kita.

Kita mungkin menjadi terlalu bercita-cita tinggi dalam menjadikan seseorang
itu baik hinggakan perlakuan kita dipenuhi dengan ego. Kita menasihati
seseorang untuk melakukan kebaikan dengan harapan mereka akan berubah ke
arah lebih baik. Kita memberi nasihat bersungguh-sungguh supaya perubahan
dapat berlaku namun jika sebaliknya orang yang dinasihati itu tidak
mendengar nasihat yang diutarakan kita menjadi emosi. Maka di situlah
letaknya ego. Kita lupa bahawa kita perlu melakukan apa sahaja untuk membawa
transformasi yang baik namun jangan dilupa bahawa keputusan atau hasil itu
tetap menjadi hak milik mutlak Allah swt.

Saya sendiri pernah ditanya “ mengapa orang bukan Islam bersetuju dengan
Islam tetapi tidak mahu masuk Islam?” Inilah titik ego yang halus yang sudah
terlepas pandang. Kita menasihati seseorang kerana kemahuan kita bukan
kerana kasih sayang. Kasih sayang sentiasa akan timbul dari jiwa yang tenang
yang sentiasa mengingati Allah swt dengan jiwanya. Satu kisah yang sering
kita dengar yang pernah dihuraikan oleh Al-Ghazali mungkin dapat memberi
gambaran tentang niat yang dilihat baik tetapi sebenarnya membawa kemusnahan
diri.

Pada zaman Bani Israil terdapat seorang ahli ibadah yang begitu tekun
beribadah hinggakan sebahagian kehidupan hanya untuk berbakti kepada Allah
swt. Sebagai seorang abid, dia begitu menjaga hubungannya dengan Allah swt
dan hubungannya sesama insan. Pada suatu hari, dia mendapat tahu yang
masyarakat kampungnya menyembah sepohon pokok yang dianggap keramat.

Mendengar akan perbuatan yang merosakkan aqidah itu, emosinya menjadi marah
lalu dia berniat untuk menebang pokok yang menjadi punca kekufuran
masyarakat sekelilingnya, lalu diambilnya kapak lantas keluarlah dia untuk
menghapuskan kekufuran. Niatnya begitu baik dan begitu murni dan ini
menimbulkan keresahan pada Iblis. Maka dipertengahan jalan menuju ke pokok
tersebut, ahli ibadah ini bertemu dengan iblis menjelma menjadi seorang
lelaki tua.

Iblis kemudiannya bertanya kepada ahli ibadah ke manakah tujuannya dengan
membawa kapak. Ahli ibadah menjawab soalan iblis yang menjelma sebagai
lelaki tua dengan penuh emosi “saya mahu ke sana untuk menebang pokok yang
disembah oleh masyarakat setempat. Saya akan tebang pokok itu!” Iblis cuba
memainkan peranan dalam membuat strategi agar niat ahli ibadah membatalkan
niatnya.

Iblis pun berkata “mengapakah kamu bersusah-payah mahu menebang pokok
tersebut hingga kamu sanggup meninggalkan ibadah kamu kepada Allah swt.”
Tanpa menghiraukan kata-kata iblis, ahli ibadah meneruskan meneruskan
perjalanannya dengan tekad tidak berbelah bahagi dan dia benar-benar mahu
menebang pokok kayu yang menyesatkan manusia itu.

Dek kerana kedegilan si abid ini maka berlakulah perkelahian antara keduanya
namun kerana tekad yang begitu kuat untuk membawa manusia kepada Allah swt
maka iblis dapat dikalahkan oleh ahli ibadah itu dengan mudah. Setelah kalah
dalam berlawan secara fizikal, iblis mula menggunakan pendekatan diplomasi
yang diharapkan dapat membuatkan ahli ibadah membatalkan niatnya.

Katanya “Allah swt tidak mewajibkan kamu menebang pokok tersebut dan tidak
pula mewajibkan kamu untuk mencegah masyarakat menyembah pokok tersebut.
Perkara ini adalah kewajipan serta tugas para Nabi dan Rasul, sedangkan kamu
bukan dari golongan tersebut. Biar apapun dikatakan iblis, ahli ibadah
tersebut tetap juga dengan pendiriannya untuk menebang pokok tersebut dan
ini menimbulkan kemarahan yang amat sangat kepada iblis lalu dia menggunakan
kekerasan untuk memastikan kegagalan misi ahli ibadah tersebut. Namun
keputusan tetap juga berpihak kepada ahli ibadah tersebut.

Melihatkan kekerasan hati ahli ibadah yang benar-benar nekad 

Help Palestine [hidayahnet] RENUNGAN : Sebarkanlah salam

2010-07-12 Terurut Topik BawangGoreng
PETIKAN : http://nasbunnuraini.wordpress.com/
Sebarkanlah 
salamhttp://nasbunnuraini.wordpress.com/2010/07/08/sebarkanlah-salam/

*Salam Menimbulkan Kasih Sayang*

Berilah salam terutamanya kepada sesama Islam dan sesama jantina kerana
salam menimbulkan kasih sayang. Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan Imam
Muslim tentang salam. “Kamu tidak akan masuk syurga, sehingga kamu beriman.
Kamu tidak akan beriman, sehingga kamu saling menyayangi. Mahukah aku
tunjukkan kepada kamu semua, sesuatu yang dengan melakukannya, maka akan
wujud rasa sayang-menyayangi? Tebarkan salam”* *

*Beri Salam Samada Kenal atau Tidak*

Seperti yang dinyatakan oleh Rasulullah dalam hadisnya yang bermaksud,
“Seseorang bertanya kepada Rasulullah SAW: “Apakah perkara yang terbaik di
dalam Islam?” Beliau menjawab: “Memberi makanan dan *memberi salam kepada
orang yang kau kenal atau tidak kau kenal”* (HR. Bukhari dan Muslim)

Salah satu daripada alamat kiamat ialah orang Islam tidak memberi salam
kecuali kepada orang yang dikenali sahaja.

Daripada Abil Ja’di berkata, telah bertemu Abdullah seorang lelaki, maka
berkata lelaki itu; “Assalamualaik ya Ibnu Mas’ud”. Abdullah bin Mas’ud
berkata; “Benarlah Allah dan RasulNYA sesungguhnya aku mendengar Rasulullah
berkata; “*Sesungguhnya di antara tanda-tanda kiamat ialah*, seseorang
lelaki melalui satu masjid tetapi tidak melakukan solat 2 rakaat, dan *tidak
memberi salam kecuali kepada orang-orang yang dikenali sahaja*.” Riwayat
ibnu Khuzaimah.

Daripada Abdullah Bin Masu’d RA, Rasulullah bersabda, “* Sebelum berlaku
kiamat, orang-orang Islam memberi salam kepada orang tertentu sahaja* dan
berkembangnya perniagaan sehingga seorang isteri bersyarikat dengan suaminya
dalam perniagaan (Riwayat Imam Ahmad dan Al Hakim)


--
~ 睡眠不足のママ ~
http://laman-seri.blogspot.com
http://little-kiosk.blogspot.com
Everyone thinks of changing the world, but no one thinks of changing
himself. – Leo Tolstoy


Firman Allah SWT :
[7:179] Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahanam kebanyakan
dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya
untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak
dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka
mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat
Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi.
Mereka itulah orang-orang yang lalai.

Hadis Rasulullah SAW:
Dari Abu Hurairah r.a., dari Rasulullah SAW., sabdanya: Siapa yang tasbih
tiga puluh tiga kali, tahmid tiga puluh tiga kali, takbir tiga puluh tiga
kali, jadi jumlahnya sembilan puluh sembilan kali, kemudian dicukupkannya
seratus dengan membaca: La ilaha illallahu wahdahu la syarikalahu lahul
mulku wa lahul hamdu wa huwa 'ala kulli syai-in qadir. Maka diampuni Allah
segala kesalahannya, walaupun sebanyak buih di lautan. (Hadis riwayat
Muslim)



Help Palestine [hidayahnet] INFO : Memahami seorang lelaki

2010-07-08 Terurut Topik BawangGoreng
PETIKAN : http://laman-seri.blogspot.com
Memahami seorang
lelakihttp://laman-seri.blogspot.com/2010/07/memahami-seorang-lelaki.html

  http://laman-seri.blogspot.com/2010/07/memahami-seorang-lelaki.html

http://3.bp.blogspot.com/_oV1RUxbNq84/TDGGM7N8MOI/FC4/mV0GktKT8gc/s1600/syg+bertukar+benci+2.jpg
Assalamualaikum warahmatullah,

Jika dalam entry Memahami cemburu seorang
wanitahttp://laman-seri.blogspot.com/2010/06/memahami-cemburu-seorang-wanita.html,
yang lepas berkisar tentang selok-belok cemburu seorang wanita, kali ini
dikongsikan artikel bagi memahami seorang lelaki pula.

LELAKI akan mula berahsia jika mendapat tahu kekasih atau isterinya menjaja
cerita dengan orang lain. Bayangkan senario ini :

Pada satu hujung minggu yang indah, Jasmin dan Daniel bercadang untuk
menonton wayang di pawagam berhampiran dengan kediaman mereka. Pasangan
kekasih yang sentiasa sibuk dengan urusan kerja itu hanya berpeluang bersama
ketika hujung minggu sambil pergi menonton wayang, berekreasi ataupun
menikmati makanan di restoran kegemaran.

Seperti biasa, semasa menunggu giliran membeli tiket tiba-tiba mereka
terserempak dengan Nadia, rakan pejabat Jasmin yang juga merupakan seorang
model sambilan. Perwatakan cantik dan anggun Nadia itu tanpa disedari
menarik perhatian Daniel.

“Kenapa asyik pandang Nadia? Awak rasa dia cantik?” persoal Jasmin.

“Saya rasa kawan awak itu cantik,” jawab Daniel dengan ikhlas tanpa
berselindung apa-apa. Namun, kata-kata Daniel itu mula mengundang masalah
dalam perhubungan antara pasangan itu sebab Jasmin berasa kekasih mula
tertarik dengan wanita lain.


Situasi seumpama itu hakikatnya sering berlaku dalam mana-mana perhubungan
pasangan kekasih ataupun suami isteri. Mungkin anda juga pernah
mengalaminya. Dalam situasi tersebut, luahan ikhlas Daniel kepada
Jasmin sebenarnya
untuk memudahkan kefahaman bukan merumitkan lagi perhubungan.

Menurut Kaunselor Perhubungan di Universiti Missouri, Columbia, Amerika
Syarikat, Glenn Good, lelaki bercakap dengan bahasa yang berlainan. Ini yang
menyebabkan adakalanya lelaki dan wanita sukar berkomunikasi antara satu
sama lain. Apa yang lahir daripada kata-katanya jika dia bercakap dengan
wanita, adalah berbeza daripada apa yang dimaksudkan.

Kadangkala majoriti wanita berfikir lelaki yang berbohong tentang diri
sendiri akan berbohong mengenai semua perkara lain. Maka, perasaan curiga
akan menyelubungi jiwa sehingga memusnahkan perhubungan yang baik.

Sebenarnya memahami golongan lelaki bukan susah seperti yang disangka. Bagi
kaum wanita yang bimbang dan menghadapi masalah dengan perkara itu, mari
kita lihat tips untuk anda memudahkan perjalanan cinta anda.

Suka membisu

Golongan wanita berkebolehan untuk membicarakan sesuatu subjek yang sensitif
dan sedih sebagai salah satu cara berhadapan dengan realiti. Tetapi lelaki
pula lebih suka untuk menyembunyikan dan membisu.

Apabila lelaki membisu bukanlah bermakna dia tidak langsung memikirkan hal
tersebut, sebaliknya dia enggan memanjangkan atau mengeruhkan sesuatu
situasi buruk. Jadi, wanita usah bimbang atau bersangka buruk bahawa
pasangan anda tidak langsung mempedulikan anda.

Cukup sekadar meluahkan apa yang tersirat di hati tanpa perlu membebel
panjang. Lelaki biasanya akan faham dan selesa dengan situasi itu.

Lelaki tidak kompleks

Apabila seseorang lelaki menunjukkan tanda bahawa dia menyukai wanita yang
pandai menjaganya, mengemas rumah, menyediakan makanan dan menghabiskan
waktu intim bersama, wanita harus percaya bahawa itulah yang lelaki tersebut
inginkan.

Ini bukan bererti lelaki berfikir secara primitif tetapi kebanyakan lelaki
bersifat sedemikian. Wanita biasa menganggap lelaki sebagai kompleks dan
sukar difahami sedangkan sebenarnya kehendak lelaki adalah mudah sahaja.

Jangan paksa lelaki

Apabila seseorang wanita mendesak lelaki agar mendedahkan perasaannya
mungkin lelaki itu akan mendedahkan sesuatu yang wanita itu tidak suka
mendengarnya. Maka adalah lebih baik jika tidak bertanya dan menyelidik
perasaannya secara mendalam. Lebih baik bagi seseorang wanita itu membaca
bahasa badan lelaki, lirik matanya atau perubahan mendadak dalam corak
perlakuannya.

Pentingkan kejujuran

Sama seperti wanita, golongan lelaki juga mementingkan kejujuran. Jika
lelaki mengetahui kekasih atau isterinya suka bercerita kepada wanita lain
tentang dirinya besar kemungkinan lelaki itu tidak akan bercerita lagi
secara telus mengenai hal-hal rahsia yang lainnya.

Kejujuran memang penting bagi lelaki. Seorang suami ingin isterinya
menyimpan rahsia rumah tangga mereka daripada pengetahuan umum.

Hidup lelaki lebih mudah

Cara hidup lelaki lebih mudah berbanding wanita. Oleh sebab itu, lelaki
sukar untuk memahami apabila sesuatu perkara itu disampaikan dalam bentuk
bahasa kiasan oleh wanita. Wanita suka berkias dan berharap lelaki
memahaminya, sedangkan mereka lebih suka jika perkara itu disampaikan dalam
bahasa yang mudah dan berterus-terang. Sekiranya wanita tidak jelas mengenai
sesuatu perkara, 

Help Palestine [hidayahnet] RENUNGAN : Kebinasaan dengan jawatan

2010-07-05 Terurut Topik BawangGoreng
PETIKAN : http://genta-rasa.com/
KEBINASAAN DENGAN
JAWATANhttp://genta-rasa.com/2009/02/07/kebinasaan-dengan-jawatan/


 [image: power]


Jawatan satu amanah, bukan anugerah. Jika kita ingin melihat sejauhmana
benarnya kata-kata pemimpin yang amanah, lihat harta, sikap dan ibadah
khususnya selepas menyandang jawatan. Kalau hartanya semakin susut (atau
hanya bertambah sedikit berdasarkan keperluan), kalau akhlaknya semakin
halus dan menarik, kalau ibadah khususnya (solat malam, baca Al Quran, doa,
munajatnya) semakin lebat… Ya itu petanda dia memperalatkan jawatannya untuk
melaksanakan amanah. Tetapi jika sebaliknya, itu petanda ia telah
“diperalatkan” oleh jawatan yang dianggapnya satu anugerah.
Bila satu jawatan atau tugasan diberikan kepada seseorang yang bukan
ahlinya, tunggulah saat kebinasaannya. Begitu, antara lain maksud hadis
Rasulullah SAW. Hati kita tertanya-tanya, siapakah yang bukan ‘ahlinya’ itu
dan apakah pula kebinasaan yang bakal berlaku? Persoalan ini menjadi suatu
yang sangat kritikal untuk ditangani justeru sedang berlaku kini pelbagai
kebinasaan, sama ada yang berbentuk rohani mahupun fizikal.

Keruntuhan akhlak bukan sesuatu yang dapat dinafikan lagi. Begitu juga
dengan ‘keruntuhan’ tanah, jambatan, lebuh raya dan kebocoran syiling atau
atap bangunan yang hebat-hebat. Secara mudah, kita boleh katakan inilah
kebinasaan yang telah terjadi dan sekali gus ini juga sebagai petanda
semakin ramai yang ‘bukan ahli’ sedang memegang jawatan atau tugasan penting
dalam masyarakat.

Ketika mencadangkan agar nabi Musa AS diterima bekerja dalam keluarga
mereka, seorang anak gadis nabi Syuaib AS telah meletakkan dua ciri utama
sebagai pertimbangan atas usulnya itu – kekuatan (Al Qawwi) dan amanah
(amanah). Hal ini diabadikan oleh Allah menerusi firman-Nya:
“Sesungguhnya orang yang paling baik untuk diberikan kerja ialah orang yang
kuat lagi amanah.” Al Qasas 26.

Kekuatan dalam konteks terkini ialah berilmu dan mempunyai kepakaran dalam
bidang kerja yang berkenaan. Manakala amanah pula ialah soal keikhlasan,
kejujuran dan ketelusan dalam melaksanakan pekerjaan atau tugasan. Individu
yang mempunyai kedua-dua ciri inilah yang dikatakan ‘ahli’ dalam pekerjaan
tersebut.

Apabila lebuh raya retak, syiling bangunan bocor atau tanah runtuh, itu
menunjukkan sama ada pengusaha, jurutera, arkitek atau juru ukur bahan bagi
projek tersebut tidak mempunyai sifat al qawwi yakni kurang ilmu atau
kepakaran dalam melaksanakan kerja mereka. Atau boleh jadi, mereka memang
pakar dan berilmu, tetapi mereka bukan al amin kerana kurang amanah bila
melakukan rasuah atau penyelewengan secara senyap-senyap. Mereka ini
hakikatnya bukan ‘ahli’ untuk projek tersebut.

Sejak dari dahulu lagi usaha melahirkan orang yang jujur lebih sukar
berbanding melahirkan orang yang bijak. Kebijaksanaan boleh diukur dengan
ijazah dan kelulusan, tetapi sikap amanah adalah soal dalaman yang begitu
maknawi sifatnya. Namun hanya jauhari mengenal manikam. Justeru, para
pemimpin, guru, majikan, ketua dan ibu-bapa mestilah menjadi ‘jauhari’ yang
mengenal sifat al amin dan al qawwi orang bawahannya.


Help Palestine [hidayahnet] ARTiKEL : Masa Berkualiti Dalam Keluarga: Alasan Atau Alternatif?

2010-07-02 Terurut Topik BawangGoreng
*Masa Berkualiti Dalam Keluarga: Alasan Atau Alternatif?*
Oleh Siti Fatimah Binti Abdul Rahman

Kita perlu mengamalkan konsep masa berkualiti dengan ahli keluarga kita.
Demikianlah saranan yang sering kita dengar hampir setiap hari. Ramai yang
bersetuju dengan saranan ini. Dalam kesibukan kita mengejar masa dengan
urusan seharian, kita tidak lagi mampu untuk meluangkan banyak masa dengan
ahli keluarga yang lain. Untuk itu, masa berkualiti adalah alternatifnya.
Apa guna meluangkan masa berjam-jam dengan anak jika ianya tidak diisi
dengan perkara-perkara yang bermanfaat?, itu rasionalnya.

Setelah sekian lama kita disarankan dengan konsep masa berkualiti ini,
fahamkah kita akan maksudnya yang sebenar? Apa yang dimaksudkan dengan masa
berkualiti dengan keluarga? Apakah ia bermaksud ke-ber-ada-an kita dengan
mereka? Apakah dengan ber-adanya kita dengan mereka itu dapat ditakrifkan
sebagai meluangkan masa secara berkualiti? Ataukah ada aspek lain yang lebih
penting dari semata-mata berada dalam lokasi yang sama pada sesuatu masa?

Jika kita ingin mengatakan bahawa kita meluangkan masa yang berkualiti
dengan anak-anak, apakah corak kegiatan yang kita lakukan? Apakah kekerapan
kita melakukan kegiatan tersebut? Dengan segala kegiatan dan kekerapan ini,
apakah unsur lain bagi mengesahkan yang masa tersebut telah diisi secara
berkualiti?

Memang sukar untuk mendefinisikan maksud masa berkualiti. Walau
bagaimanapun, saya ingin cuba untuk memberi definisi yang pada saya dapat
menggambarkan maksud masa berkualiti ini.

Masa berkualiti merujuk kepada satu masa di mana sekumpulan orang meluangkan
masa secara bersama dengan melakukan sesuatu yang bersifat interaktif dan
memberi makna kepada semua yang terlibat.

Jangkamasa bersama itu tidak penting tetapi ia mestilah memadai untuk
menyelesaikan sesuatu aktiviti. Aktiviti yang bersifat interaktif memerlukan
kedua-dua belah pihak berinteraksi sesama sendiri ketika melakukan perbuatan
tersebut. Di masa yang sama, aktiviti dan interaksi yang berlaku mampu
memberi makna kepada semua pihak yang terlibat. Ini bererti interaksi
tersebut berhasil untuk mendatangkan manfaat kepada semua yang terlibat baik
dari segi mengeratkan hubungan, mengenali di antara satu sama lain dan
sebagainya.

Jadi, dalam konteks keluarga, makan malam bersama di mana semua ahli
keluarga makan bersama sambil bercerita tentang apa yang berlaku kepada
mereka sepanjang hari boleh dianggap sebagai satu masa yang diluangkan
secara berkualiti. Begitu juga dengan keluarga yang bermain board games
bersama. Ia nampaknya bermain tetapi melalui interaksi tersebut berbagai
makna yang tersurat dan tersirat dapat dirasai oleh semua yang terlibat.
Begitu juga dengan bersukan, menolong anak membuat kerja sekolah, mengajar
anak mengaji dan seumpamanya.

Sebaliknya, sebuah keluarga yang menonton televisyen bersama tetapi
masing-masing asyik dengan cerita yang ditonton tanpa bercakap sepatahpun,
melainkan Minta kuaci tu sikit!, bukanlah meluangkan masa mereka secara
berkualiti. Sebaliknya, mereka hanya menonton bersama. Begitu juga ibubapa
yang meminta anak-anak membantunya mencuci kereta. Sekiranya aktiviti
tersebut tidak disetujui oleh anak-anak dan tiada interaksi semasa
melakukannya, sebaliknya hanya ingin menyelesaikan tugas tersebut, maka ia
bukanlah satu luangan masa berkualiti. Jadi, bolehlah dikatakan bahawa aspek
penting dalam masa berkualiti ini ialah interaksi yang bermakna.

Dengan definisi ini, saya boleh mengatakan bahawa kita masih boleh
meluangkan masa berkualiti dengan sesiapa sahaja tanpa berada di satu lokasi
dengan mereka. Sebagai contoh, ibubapa masih boleh meluangkan masa
berkualiti dengan anak mereka yang menuntut di luar negara melalui telefon,
misalnya atau surat, atau e-mail.

Walaupun ada jurang antara masa ibubapa menulis surat dengan masa anak
membacanya, masa ini boleh dianggap sebagai masa berkualiti kerana apabila
anak membaca surat tersebut, ia merasa hampir kepada ibubapanya, disayangi
dan dirindui. Pastinya, ini hanya berlaku jika kandungan surat tersebut
mengandungi luahan rasa serta nasihat yang bermakna kepada anak-anak dan
bukannya satu notis penghantaran wang saku semata-mata.

Sebagaimana yang kita tahu, konsep masa berkualiti ini adalah satu konsep
yang secara relatifnya baru. Kalau tidak silap, ianya mula disarankan dalam
tahun 1980an. Jika demikian, apakah konsep masa berkualiti ini hanya timbul
dalam zaman ini sahaja? Apakah di zaman lampau atau 30 tahun yang lalu, ahli
masyarakat mempunyai begitu banyak masa sehingga mereka tidak perlu kepada
penggunaan masa berkualiti? Apakah 50 tahun yang lalu, seorang bapa mampu
meluangkan 4 jam sehari untuk anak-anaknya dan seterusnya generasi yang
lebih awal dari itu meluangkan masa 6 jam sehari bersama anak-anaknya?
Bagaimana pula keadaan generasi yang terdahulu? Bagaimana dengan Junjungan
kita, Nabi Muhammad s.a.w?

Rasulullah s.a.w, sepertimana yang kita tahu, merupakan seorang manusia
biasa. Ini bermakna seperti manusia yang lain, 

Help Palestine [hidayahnet] ARTIKEL : Melayan suami 'anak emak'

2010-07-01 Terurut Topik BawangGoreng
PETiKAN : Laman-Seri http://laman-seri.blogspot.com/
  Melayan suami 'anak
emak'http://laman-seri.blogspot.com/2010/06/melayan-suami-anak-emak.html

 http://laman-seri.blogspot.com/2010/06/melayan-suami-anak-emak.html

http://3.bp.blogspot.com/_oV1RUxbNq84/TBmGUXSWLCI/EvQ/KW5RCGxQO0c/s1600/mommy-boy.jpgLELAKI
biasanya menjadi 'anak emak' kerana lebih akrab dengan ibu berbanding bapa.

Assalamualaikum warahmatullah,

Siapa yang tidak pernah mendengar ungkapan ‘anak emak’...? Rasa-rasanya,
kita semua tahu apa yang dimaksudkan dengan ‘anak emak’ ini, ya. Memanglah
semua orang ada emak dan semuanya anak emak, tetapi bila disebut-sebut si
polan atau si polanah itu ‘anak emak’, semacam ada sesuatu yang
negatiftidak kena dengan si polan atau si polanah tersebut.

“KALAU ummie buat kari, sedap. Tapi kalau you yang buat I tak berapa
seleralah,” pedihnya telinga Hazimah sudah tidak terasa dek lali mendengar
ungkapan ‘semanis’ itu daripada bibir suaminya. Bagi dirinya ungkapan
sebegitu tidak lagi memberikan sebarang erti kerana kalau melenting, suami
akan mengadu kepada ibunya dan beliau pula yang mendapat malu nanti.
Nasiblah bersuamikan ‘anak emak’.

Pernahkah anda mengalami situasi seperti di atas? Bagaimana perasaan anda?
Silap haribulan, ada muka yang disimbah kari! Kui... kui... kui Harapan
saya, tidak pernah adalah lebih beruntung. Namun jika anda pernah
mengalaminya, harap dapat bersabar dan cuba habiskan artikel ini. Hari ini
saya hendak berceloteh berkenaan lelaki yang sudah bergelar suami sebenarnya
‘anak emak’! Jiwa wanita mana yang tidak tertarik dengan lelaki yang berbudi
penyayang, pemurah, bertimbang rasa, bertanggungjawab, ikhlas dan jujur.
Anda juga berkemungkinan besar jatuh cinta dengan lelaki apabila dia
memiliki sifat-sifat baik seperti itu.

Ke semua peribadi terpuji tersebut sudah tentunya terbentuk atas asuhan ibu
bapanya, malah didikan itu juga biasanya menyebabkan anak lelaki sangat
menuruti arahan dan permintaan keluarga terutama ibunya. Kisah anak lelaki
yang dikaitkan sebagai ‘anak emak’ bukan perkara baru. Segala-gala dilakukan
‘anak emak’ selalu ‘direportkan’ kepada ibu. Secara umumnya ‘anak emak’
dikaitkan dengan anak lelaki yang terlalu dimanjai ibu kerana 1,001 alasan.

Menurut Kaunselor Berdaftar Universiti Malaya, Hushim Salleh, berkata ‘anak
emak’ boleh mendatangkan kesan positif apabila anak berkenaan mengambil
berat dan menghormati ibunya itu, sesuai zahirnya yang perlu
bertanggungjawab menjaga ibu apatah lagi sekiranya ketika itu beliau masih
belum mendirikan rumah tangga. Ia mungkin bukan masalah apabila lelaki masih
lagi bujang, bagaimanapun, konsep ‘anak emak’ boleh mendatangkan kesan
negatif dan konflik boleh terjadi apabila anak berkenaan sudah menjengah
alam rumahtangga dan menjadi seorang suami ‘anak emak’ kepada seorang
wanita. Alamak... tersilap pilih rupanya...
Tindakan suami menuruti segala permintaan ibu membuatkan si isteri acapkali
menjeruk rasa. Malah, ada rumahtangga yang berantakan, gara-gara tingkah
laku suami yang berlebih-lebihan mengikut telunjuk emak dia. Bukanlah maksud
saya hendak menyuruh suami menderhaka kepada emaknya sendiri, tetapi taat
kepada emak ibu pun ada batasnya. Taat kepada emak ibu bukan bermakna tidak
mengapa suami boleh nusyuz kepada isteri sendiri. Ingat tu!

Siapakah yang dikatakan suami ‘anak emak’ ini?

Menurut Ahli Psikoterapi Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Dr. Azhar
Md. Zain pula, mengikut teori Sigmund Freud, secara semulajadi anak lelaki
lebih cenderung bersama ibu manakala anak perempuan pula dengan bapa. Erk...
biasanya, bila kita sebut ‘anak emak’, istilah ini agak condong kepada kaum
lelaki. Mengapa? Seperti kata prof Dr. Azhar, ‘anak lelaki lebih cenderung
bersama emak/ibu', oleh sebab itu, secara naturalnya dapat dilihat
kebanyakan anak-anak lelaki lebih rapat dengan ibu sehingga berkongsi segala
masalah peribadi dan menjadikan ibu sebagai sahabat baik mereka... dan
lahirlah istilah ‘anak emak’.

Selain itu, suasana keluarga itu sendiri apabila bapa jarang sekali berada
di rumah atas urusan kerja menyebabkan kaum ibu perlu mengendalikan segala
permintaan anak sekaligus membina ikatan yang lebih akrab. Adakalanya
personaliti bapa yang garang, pendiam dan kurang mesra membuat anak lelaki
lebih selesa dengan ibu yang lemah-lembut.

Saya sendiri pernah mengenali beberapa orang lelaki yang dikatakan ‘anak
emak’. Apa yang hendak dilakukan, semuanya diminta pandangan emak/ibu. Sifat
begini sangat terpuji, tetapi ada kalanya agak merimaskan. Iyalah... kalau
sampai hendak beli ‘spentot’ pun kena tanya emak, haiya... syusahlah. Bukan
sahaja diri sendiri yang syusah, emak pun syusah nak menjawab... hik..
hik...

Tidak dinafikan, semasa anak lelaki masih bujang keakraban bersama ibu itu
mungkin tidak mengundang masalah, walau bagaimanapun, sebaliknya setelah
mendirikan rumahtangga, wanita baru dalam kehidupannya mungkin menyebabkan
suami perlu membahagikan perhatian.

Seorang lelaki yang bergelar suami seharusnya 

Help Palestine [hidayahnet] HEBAHAN : Mencari anak yang 'hilang'

2010-06-25 Terurut Topik BawangGoreng
 HEBAHAN : Mencari anak yang
'hilang'http://laman-seri.blogspot.com/2010/06/hebahan-mencari-anak-yang-hilang.html
http://1.bp.blogspot.com/_oV1RUxbNq84/TBHjvHrl_aI/Eqw/dUt7EZYEETQ/s1600/Mimie.jpg
Mimie

Assalamualaikum warahmatullah,

Berita ini dipetik dari Utusan
11/06/2010http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010dt=0611pub=Utusan_Malaysiasec=Jenayahpg=je_03.htm.
Jika ada di antara pembaca artikel ini terjumpa terserempak dengan Mimie,
sila hubungi nombor talipon yang tertera di bawah. Ini sahaja usaha yang
saya mampu lakukan untuk ibu bapa Mimie.

Kepada adik Mimie : Kesian pada mak dan ayah, dik!

http://1.bp.blogspot.com/_oV1RUxbNq84/TBHltlD7iyI/Eq4/7zZBVVBarVY/s1600/flower+and+butterfly+footer.gif

IbuBapa bergadai cari anak larikan diri ikut kekasih

HULU LANGAT 10 Jun - Demi kasih terhadap anak gadisnya, sepasang suami
isteri dari Semporna, Sabah sanggup menggadaikan semua barang kemas bagi
membeli tiket penerbangan ke Semenanjung untuk mencari anaknya yang melarikan
diri mengikut kekasihnya, seorang pengkid.

Pasangan terbabit sanggup bergolok gadai asalkan boleh membawa pulang anak
perempuan mereka yang berusia 15 tahun pulang ke pangkuan keluarga setelah
melarikan diri dari rumah sejak 15 April lalu.

Abdul Sarang Bangun, 42, dan isterinya, Norhayati Hambong, 43, yang berasal
dari Kampung Sungai Gajah, Semporna yakin dapat menemui anaknya, Marnie atau
mesra dipanggil 'Mimie' setelah mendapat khabar gembira bahawa anaknya itu
pulang ke rumah bapa saudaranya di Batu 14 di sini pada 1 Jun lalu.

Namun, hasrat Abdul Sarang untuk menemui Mimie dan membawa pulang anaknya
itu tidak kesampaian apabila remaja terbabit sekali lagi menghilangkan diri.

Abdul Sarang berkata, dia berasa amat sedih dan terkilan apabila gagal
bertemu dengan Mimie setibanya di Semenanjung kelmarin kerana anaknya itu
sudah meninggalkan rumah adik iparnya, Ali Bais Hambong secara senyap-senyap
kira-kira pukul 1 pagi, Ahad lalu.

Sebaik sahaja mendapat berita bahawa Mimie pulang ke rumah Ali Bais membawa
beg pakaiannya dan menyatakan persetujuan untuk pulang ke Semporna, saya
tidak teragak-agak membeli tiket penerbangan datang ke Semenanjung untuk
menjemputnya.

Sebagai petani, saya memang tidak berkemampuan datang ke Semenanjung tetapi
isteri saya sanggup menggadaikan semua barang kemasnya untuk membeli tiket
penerbangan dan membiayai perbelanjaan selama berada di sini, katanya
ketika ditemui di rumah Ali Bais di sini hari ini.

Abdul Sarang turut membawa bersama seorang lagi adik iparnya dari Semporna
iaitu Mohd. Yasin Hambong untuk menemaninya memandangkan ini pertama kali
dia menaiki kapal terbang dan menjejakkan kaki ke Semenanjung.

Saya harap Mimie menghargai pengorbanan dan kasih sayang kami terhadapnya
dengan kembali ke pangkuan keluarga.

Sebelum berangkat meninggalkan Semporna, isteri meninggalkan pesan agar
membawa pulang Mimie dengan apa cara sekalipun dan perkara itu sentiasa
dipesan setiap kali menghubungi saya, katanya.

Menurut Abdul Sarang, isterinya kini hanya mampu menelan sesuap dua nasi dan
tidur kira-kira tiga jam sehari kerana terlalu merindui Mimie.

Sementara itu, Ali Bais memberitahu, dia tidak menyangka anak saudaranya itu
sekali lagi melarikan diri selepas enam hari tinggal di rumahnya.

Mimie memberitahu saya bahawa dia mahu kembali ke Sabah tetapi dalam masa
sama masih lagi berhubungan dengan rakan pengkidnya.

Rupa-rupanya, mereka kembali merancang untuk melarikan diri tanpa disedari
saya pada awal pagi Ahad lalu, katanya.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan Mimie meninggalkan sekeping nota
berbunyi 'Jangan cari aku. Minta maaf ayah dan ibu' kepada keluarganya
sebelum menghilangkan diri bersama seorang pengkid yang juga bekas rakan
sekampungnya yang berusia 20 tahun ke Kuala Lumpur pada 15 April lalu.

Mereka kemudian dipercayai menumpang di rumah seorang rakan di Damansara
sebaik sahaja tiba di Semenanjung.

Sesiapa mengenali Mimie atau mempunyai maklumat mengenai gadis remaja ini
boleh menghubungi:

   - Abdul Sarang di talian 014-2045729 atau
   - Ali Bais di talian 012-3315249.


--
~ 睡眠不足のママ ~
http://laman-seri.blogspot.com
http://little-kiosk.blogspot.com
Everyone thinks of changing the world, but no one thinks of changing
himself. – Leo Tolstoy




Help Palestine [hidayahnet] INFO : Bendera Israel berkibar di Malaysia?

2010-06-24 Terurut Topik BawangGoreng
PETIKAN :
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010dt=0609pub=Utusan_Malaysiasec=Rencanapg=re_08.htm
Rujuk juga : http://www.thesundaily.com/article.cfm?id=47659
Bendera Israel berkibar di Malaysia?
Oleh Zaini Hassan

 KAPAL Zim USA yang didaftarkan di Israel ini kali terakhir memasuki
Pelabuhan Klang pada 20 Jun.
--

BENAR seperti kata negarawan ulung, Tun Dr. Mahathir Mohamad, kita mudah
lupa. Ingat lagi semasa Gaza diserang bertalu-talu, seluruh rakyat Malaysia,
terutamanya orang Islam bagai nak gila. Demonstrasi sana-sini. Minta
diboikot itu dan ini, barangan yang dikeluarkan oleh Yahudi dan yang
diasaskan dari Israel.

Lepas sebulan serangan ke atas Gaza tamat, pemikiran kita mula lembam, enam
bulan selepas itu sedikit demi sedikit mula lupa dan selepas setahun terus
lupa.

Kempen-kempen boikot dan amarah kita sudah hilang sehinggalah seminggu ini.
Sejak minggu lalu kita bangkit semula. Solat hajat diadakan semula di
sana-sini. Televisyen dan akhbar-akhbar penuh dengan berita dan komentari
(termasuklah Cuit ini hari ini) mengenai kisah Israel, Yahudi dan
kekejamannya. Jika Israel tahu mengenai sindrom mudah lupa kita, sudah pasti
mereka akan ketawa terbahak-bahak. Tapi bangsa Yahudi ini bijak, mereka
memang tahu tabiat kita, terutamanya umat Islam dan orang Melayu kita ini.
Kita ini hanya akan melompat ikut musim. Itu pasal Israel suka menyerang
ikut musim. Ada musim-musim tertentu mereka akan bertindak dan sekali gus
dunia (terutamanya dunia Islam) akan melompat. Kemudian senyap.

Tujuan mereka ialah supaya semua orang ingat akan (kewujudan) negara Israel
itu.

Dari segi dasar kerajaan, Malaysia memang konsisten. Kita adalah antara
segelintir negara Islam dan di dunia yang tidak menjalinkan hubungan
diplomatik dengan Israel. Langkah kerajaan itu amat kita sanjung. Kita
berharap selagi ada negara Yahudi haram itu, kita tidak akan mengiktiraf
kewujudannya sampai bila-bila.

Begitu juga hubungan dagangan dengan negara itu. Secara automatik hubungan
itu tidak berlaku, kerana kita tiada hubungan diplomatik. Mengikut
undang-undang antarabangsa, Israel tidak boleh juga menahan rakyat kita
kerana kita tiada hubungan yang sah dengannya. Dalam kes yang berlaku ke
atas kapal misi kemanusiaan ke Gaza itu, rakyat Malaysia ditahan di laut
antarabangsa - bukan dalam kawasan perairannya, itu lagi salah.

Namun, walaupun kita tidak mempunyai hubungan itu, difahamkan ada juga
barangan dari negara rejim Yahudi ini memasuki negara ini. Mungkin bukan
terus, tapi dari negara ketiga.

Tapi benarkah kapal Israel dibenarkan memasuki ke pelabuhan kita dan
melakukan perdagangan dengan negara ini secara terus?

Benarkah itu berlaku? Apakan kerajaan sedar ia berlaku?

Melalui maklumat seorang sahabat yang terlibat secara terus dalam bidang
perkapalan, saya melakukan siasatan. Satu maklumat kepada saya kemudiannya
mendedahkan senario bagaimana halusnya rejim itu menjalinkan hubungan dagang
dengan kita.

Kita jangan cakap perkakasan yang canggih dan besar-besar yang dihantar
untuk kegunaan kita di sini dari negara ketiga. Kita cuma bercakap mengenai
soal buah epal dan buah oren yang dihantar oleh kapal mereka ke pelabuhan
kita. Rakan yang mendedahkan maklumat itu geram kerana kapal kemanusiaan
kita dihalau dan diserang, sebaliknya kapal Israel sewenang-wenangnya
berlayar dan berdagang di negara ini! Bolehkah pula kapal MISC kita memasuki
Pelabuhan Haifa di Israel? Jawapannya, tidak.

Begini bunyi maklumat itu (yang diterjemah dalam bahasa Melayu):

Zim Israel Navigation Company ialah syarikat perkapalan milik Israel.
Statusnya lebih kurang macam MISC, syarikat perkapalan nasional kita.

Maklumat mengenai syarikat perkapalan Zim boleh dilayari melalui
www.zim.co.il. Di bawah tajuk sejarah, ditulis: Bermula dengan permulaan
bersejarah pada 1945 sebagai kapal pengangkut imigran (kaum pendatang) dari
wilayah berperang Eropah ke negara harapan bernama Israel, ZIM kini menjadi
salah sebuah syarikat perkapalan terbesar yang beroperasi di seluruh dunia.
(From historic beginnings in 1945 as a carrier of immigrants from war-torn
Europe to the nascent state of Israel, ZIM has become one of the world‘s
largest shipping companies with operations throughout the world.)

Kelmarin (7 Jun kapalnya bernama Zim Genova) berlabuh di Pelabuhan Klang
membawa kargo-kargo yang besar.

Secara puratanya kapal itu panjangnya kira-kira 253 meter, lebar 32 meter
dan boleh membawa muatan sebanyak 4,000 Teu atau bersamaan 4,000 buah
kontena 20 kaki. Ia berlayar keluar dari pelabuhan itu kira-kira pukul 7
pagi semalam (8 Jun).

Selain Zim Genova, kapal-kapal Zim lain yang berulang-alik ke Pelabuhan
Klang ialah Zim USA (didaftarkan di Israel), Zim Kingston, Zim Monaco
(pelabuhan terakhir: Pelabuhan Klang enam hari lalu), Zim Dalian dan Zim
Lovorno (yang kesemuanya didaftarkan di beberapa buah negara lain).

Zim USA, misalnya kali terakhir memasuki Pelabuhan Klang ialah sekitar 20
Mei lalu, kira-kira tengah hari (Sila layari

Help Palestine [hidayahnet] ARTiKEL : Hidup ini pengabdian bukan perjudian

2010-06-17 Terurut Topik BawangGoreng
PETiKAN : http://www.malaysiaharmoni.com/

 Hidup ini pengabdian bukan perjudian
http://www.malaysiaharmoni.com/index.php/editorial/1-editorial/343-hidup-ini-pengabdian-bukan-perjudian

[image: a]

Manusia hidup di atas dunia ini bukan secara kebetulan, bukan saja-saja,
bukan juga ikut suka hendak terus hidup atau hendak mati percuma. Eh, mana
ada mati percuma sekarang. Sekurang-kurangnya pun, belanja pengurusan
jenazah, kain kafan dan belanja-belanja lain sehingga selesai pengebumian
menelan tujuh lapan ratus ringgit. Paling 'koman' pun wak tukang gali kubur
nak 'dihulur' juga seratus dua. Kasihan si wak, kadang-kadang nafkah dia
bergantung sepenuhnya kepada '*odd job*' macam itu, memanjat kelapa,
menyabit sawit, memotong rumput, menukang rumah dan termasuklah menggali
kubur. Kalau ada orang panggil adalah habuannya, kalau tidak, buatlah kerja
amal sendiri di rumah.

Tapi bukan kisah wak penggali kubur itu yang hendak dibicarakan di sini.
Yang hendak ditekankan ialah hidup kita ini adalah hidup yang telah
ditakdirkan Allah, dan apa-apa yang ditakdirkan Allah pasti ada perancangan
dan peraturannya.

Lihat sahaja perkara-perkara di sekeliling kita. Adakah kita menyangka
matahari suka- suka terbit di sebelah timur pada sebelah pagi mengikut
kehendaknya, atau hujan turun membasahi bumi ini tanpa kawalan, atau angin
bertiup ke sebarang arah tidak tentu hala dan masa? Apa agaknya akan terjadi
kepada dunia ini jika begitu keadaannya?

Lihat pula seputar kehidupan kita. Nak makan ada peraturannya, mesti mencari
makanan yang elok, halal dan bersih, mesti dimasak dengan sempurna, dimasak
pula mengikut selera orang yang hendak memakannya, baru boleh dimakan dengan
enak. Makanan yang dijual pula mesti berlesen, terjaga kebersihannya, belum
luput tempoh dan sebagainya. Pendek kata, semua perkara diambil kira.

Tetapi cuba bayangkan, bagaimana kalau dalam masa kita menuruti
peraturan-peraturan tersebut dengan baik, tiba-tiba di pihak lain, peraturan
yang bertentangan dilaksanakan. Semasa kita bersusah payah menjaga
kebersihan, orang ramai dibenarkan melonggokkan sampah di hadapan rumah atau
gerai kita yang jaraknya tidak sampai 20 meter kerana kebetulan tempat
membuang sampah disediakan di situ. Adakah mereka melanggar peraturan? Tidak
juga kerana tempat itu memang dikhaskan untuk membuang sampah.

Kedai tempat kita membeli ayam pula diletakkan betul-betul di sebelah kedai
menjual daging babi. Adakah penjual daging babi itu melanggar undang-undang?
Mungkin tidak kerana dia juga mendapat lesen daripada Majlis Daerah. Lagipun
kedainya sangat bersih dan dia tidak pernah pun menjual daging tersebut
kepada orang Islam.

Cuba fikirkan, adakah situasi sebegitu tidak mencabar orang-orang yang
mementingkan kebersihan dan kehalalan? Sebenarnya ia sangat mencabar, apatah
lagi kepada orang yang mengambil berat dan selama ini berpegang teguh kepada
konsep kebersihan dan kehalalan tersebut. Rumah atau kedai yang bersih macam
mana sekalipun tidak akan dikunjungi tetamu kalau di seberang jalannya
terpapar landskap timbunan sampah sarap yang mengeluarkan bau busuk dan
meloyakan. Kedai ayam yang tukang sembelihnya tuan mufti sekalipun
barangkali tidak menggamit pelanggan jika betul-betul di sebelahnya
beroperasi pula jualan daging binatang yang diberi nama manja 'khinzir' itu.


Dengan perkataan lain, apa guna kita menguatkuasakan peraturan kebersihan
kalau di tempat yang bersih itu juga kita benarkan orang membuang sampah
yang menghamburkan bau dan kejelikan? Apa guna kita menetapkan jualan
barangan halal kalau kita juga membenarkannya bercampur aduk dengan barangan
yang haram?

Apa guna kita melarang orang ramai merokok kalau kita juga menghalalkan
ganja dan dadah?

Apa guna kita menguatkuasakan peraturan jalan raya kalau kita membenarkan
remaja bermotoskal 'merempit' dan berlumba haram?

Apa guna kita menggalakkan perkahwinan kalau kita menyediakan
kawasan-kawasan khas untuk pelacur menjalankan aktiviti mereka secara '*
legal*'?

Apa guna kita mengharamkan arak kalau kita meluluskan pembinaan kilang arak
dengan alasan dapat mengutip cukai daripadanya?

Begitulah analoginya. Jadi, apa gunanya kita mengharamkan judi untuk orang
Islam kalau kita menghalalkannya untuk orang bukan Islam, dan baru-baru ini
meluluskan pula lesen pertaruhan bola sepak Piala Dunia 2010? Tidakkah ia
juga satu bentuk judi yang diakui oleh semua agama tidak membawa manfaat
kepada manusia?

Dalam al-Quran, pengharaman judi adalah jelas dan tidak boleh dipinda-pinda
lagi. Biar apa pun alasan kita, Allah Maha Mengetahui akibatnya kepada
manusia sebab Dialah yang menjadikan kita seluruhnya. Allah mengakui dalam
judi dan arak itu ada sedikit manfaat, tetapi mudarat dan kerosakan yang
dibawanya teramat besar. Firman Allah (maksudnya):

Mereka bertanya kepadamu tentang khamar dan judi. Katakanlah: Pada
keduanya itu terdapat dosa besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi
dosa kedua-duanya lebih besar daripada manfaatnya.

(Al-Baqarah 2: 219)

Tidak ada agama yang 

Help Palestine [hidayahnet] ARTiKEL : Mendidik Anak Tanggungjawap Bersama

2010-06-16 Terurut Topik BawangGoreng
PETIKAN : http://laman-seri.blogspot.com
Mendidik Anak Tanggungjawap
Bersamahttp://laman-seri.blogspot.com/2008/08/mendidik-anak-tanggunjawap-bersama.html

http://laman-seri.blogspot.com/2008/08/mendidik-anak-tanggunjawap-bersama.html

http://4.bp.blogspot.com/_oV1RUxbNq84/S6HCYs6CjuI/Dss/powRCOqUOyg/s1600-h/mendidik+anak+1.jpg
Hari masih gelap lagi, namun kelihatan seorang ibu muda telah keluar ke
tempat kerja dan ketika matahari terbenam, barulah si ibu pulang ke rumah.
Senario ini bukan lagi asing bagi wanita bekerjaya. Peranan menyara anak
bukan lagi dipukul oleh bapa sahaja, sebaliknya dikongsi bersama wanita
bergelar isteri.

Mereka memberi tumpuan kepada keluarga dan dalam masa sama, membina kerjaya.
Kedua-duanya harus dipukul dan kadang-kala, tidak mampu berjalan
seiringan. Dalam
membina kerjaya, tanpa disedari tumpuan kepada anak semakin berkurangan. Ada
yang berpendapat keruntuhan nilai moral golongan muda berpunca daripada ibu
moden yang gagal melaksanakan tanggungjawap mereka. Wanita dikatakan
berlumba-lumba dengan kaum lelaki untuk mendirikan kerjaya masing-masing
hingga mengabaikan tanggungjawap di rumah.

Jangan menuding jari

Tidak dinafikan bahawa ada kebenaran pada kata-kata ini. Memang ada para ibu
moden yang mengabaikan tanggungjawap sebagai ibu. Ini adalah kerana mereka
belum faham erti kejayaan yang sebenarnya di dalam hidup. Mereka asyik
mengejar kejayaan kerjaya dan mengabaikan tanggungjawap membesarkan
anak-anak. Hidup mereka menjadi tidak seimbang dan anak-anak serta
rumahtangga menjadi mangsa.

Dalam masa yang sama sebagai seorang yang insaf dan tawaduk, kita tidak mahu
menuding jari kepada satu pihak sahaja. Ini bukan merupakan akhlak yang
ditunjukkan oleh Rasulullah SAW. *Ar-Rasul mengajar kita untuk melihat apa
yang berlaku pada diri kita dan sekeliling kita sebagai cermin diri kita*.
Bila sesuatu yang kurang kita senangi berlaku, kita perlu menanyakan kepada
diri sendiri :

   - Apakah tanggungjawap saya di sini?
   - Bagaimana saya boleh memperbaiki keadaan?
   - Bagaimana kita boleh membawa kembali keseimbangan kepada apa yang
   berlaku di sekeliling kita ini?


Keruntuhan moral dan penyakit sosial ini adalah tanggungjawap bersama. Memang
mudah mengatakan bahawa anak-anak menjadi tidak keruan kerana tiada
pendidikan daripada ibu mereka kerana masyarakat telah akur bahawa hal
mendidik anak ini hanyalah tugas para ibu. Persoalannya, adakah ini benar?
Bukankah di dalam sebuah keluarga, para suami adalah ketua dan tanggungjawap
mendidik keluarga terletak di atas bahu suami?

Kadang-kadang suami lebih banyak menuntut dan menyalahkan isteri apabila ada
hal-hal yang dianggapnya tidak baik. Misalnya, ketika anak malas belajar
atau beribadah, suami biasanya akan menyalahkan isteri. Kata-kata
seperti, “Hah!
Itulah awak, tak pandai jaga anak!” sangat biasa dilemparkan oleh seorang
suami kepada isterinya. Isteri dianggap tidak mampu memperhatikan anak,
tidak mampu mendidik, dan sebagainya. Padahal, persoalan mendidik anak bukan
tanggungjawab isteri semata-mata!

Tidak sedikit rumahtangga yang menganggap pendidikan anak hanya
tanggungjawap (pekerjaan) ibu, sementara suami lebih sibuk mencari nafkah.
Padahal sosok ibu hanya sebahagian daripada potensi rumahtangga. Memang
mencari nafkah bagi suami adalah kewajipan bahkan ibadah. Namun
sesungguhnya, kewajiban suami itu bukan hanya mencari wang atau mencari
nafkah lahir, tetapi seorang suami juga mempunyai kewajiban untuk menanamkan
visi dalam rumah tangga. Untuk menunjukkan betapa beratnya tanggungjawap
ini, Allah kiaskan di dalam solat jenazah. Cuba lihat di mana kedudukan imam
pada jenazah lelaki dan di mana pula pada jenazah perempuan? Dan tanyalah
mengapa sedemikian ketentuanNya? Tentu ada rahsia yang tersirat!

Lengkap-melengkapi

Mahu tidak mahu, kita perlu akur juga kepada keadaan di mana ramai juga
anak-anak menjadi liar disebabkan perhubungan yang tidak baik dengan para
bapa. Senario ini berlaku kerana ada para bapa yang mengambil mudah
tanggungjawap memimpin isteri dan keluarga. Ada yang tidak berpengetahuan
dan sekadar mengikut apa yang dilihatnya orang lain buat. Ada pula kerana
tidak faham erti menjadi seorang bapa yang bertanggungjawap. Terdapat juga
para suami yang meninggalkan isteri mereka dan jadilah isteri-isteri itu
ibu-ibu tunggal yang perlu keluar pagi balik malam hanya kerana mahu mencari
sesuap nasi untuk anak-anak yang ditinggalkan bapa. Lantaran itu, anak-anak
terbiar juga. Hati mereka sakit juga. Anak-anak yang sakit ini mencari ubat
mereka di luar dan yang mereka jumpa adalah syaitan bertopengkan tabib!

Adalah tidak sihat juga jika pihak perempuan mengatakan semua yang terjadi
salah lelaki. Sama juga tidak sihatnya untuk pihak lelaki mengatakan semua
ini salah perempuan. Allah jadikan kita lelaki dan perempuan supaya kita
sama-sama saling lengkap-melengkapi satu sama lain dan bukan menyalahkan
satu sama lain. Di situ jugalah betapa pentingnya ibu dan bapa untuk
pertumbuhan sihat diri anak-anak.


Help Palestine [hidayahnet] ARTiKEL : Sebelum Akhirat

2010-06-04 Terurut Topik BawangGoreng
PETIKAN : http://laman-seri.blogspot.com
Sebelum Akhirathttp://laman-seri.blogspot.com/2010/05/sebelum-akhirat.html
http://1.bp.blogspot.com/_oV1RUxbNq84/S_IgUpMy8zI/EXg/dbl78BXQIOU/s1600/sephia+1.jpg
Assalamualaikum warahmatullah,

Hampir tidak pernah saya menulis komen di Laman
Serihttp://laman-seri.blogspot.com/tentang cerekarama yang saya
tonton di kaca televisyen... Pernahkah?
Selalunya, agak sukar untuk saya memberi tumpuan kepada drama atau
cerekarama yang ditayangkan [NB: Akibat gangguan ‘askar-askar’ yang masih
kecil], namun slot cerekarama kali ini bertajuk ‘Sebelum Akhirat’ yang
disiarkan TV3 Sabtu (15/05/2010) lepas pada jam 10 malam berjaya menarik
perhatian saya dan ‘askar-askar’ juga terpaku lama di depan kaca televisyen.
‘Sebelum Akhirat’ adalah sebuah cerita yang yang menarik dan memang cukup
memberikan pengajaran yang berat yang boleh dijadikan iktibar kepada kita
semua, terutamanya sebelum kita dijemput Ilahi.

Sinopsis cerita

Kematian adalah saat yang paling digeruni semua manusia. Setiap benda yang
hidup di dunia ini akan melalui kematian, justeru persediaan menantikan saat
itu harus dilakukan. Ia ini mengisahkan Mubarak yang sedang terlantar
menantikan saat kematian. Di sekelilingnya orang ramai sedang membacakan
yasin, namun Mubarak sentiasa mendengarkan tangisan bayi, perempuan sedang
menangis, ketawa dan bermacam-macam suara aneh lagi.

Mubarak yang ada kalanya menitiskan air mata apabila suara aneh itu hilang
sentiasa terbayangkan kisah lampau yang pernah dilakukannya. Dia begitu
teringin untuk kembali sihat seperti dulu kala dan menginsafi segala perkara
buruk yang pernah dilakukan. Hidupnya sebelum ini sering mengabaikan
tanggungjawab sebagai seorang Islam, solat lima waktu ditinggalkan,
menjalankan kerja haram dengan meminjamkan duit kepada orang ramai dan
mengenakan bunga yang tinggi. Mubarak juga sering menjual wanita cantik
kepada golongan korporat untuk mendapatkan bayaran yang tinggi dan apabila
wanita itu mengandung, dia akan membawa wanita itu untuk digugurkan.
Walaupun Mubarak mendapatkan duit dengan kerja haramnya, namun dia tetap
mempunyai niat baik untuk menghantar ibu bapanya ke Makkah, namun ibu dan
bapanya menolak kerana mengetahui duit itu adalah duit haram.

Mubarak berkenalan dengan gadis kampung bernama Norida namun tidak berniat
untuk mengahwininya malah Mubarak mengambil kesempatan terhadapnya sehingga
mereka terlanjur. Selepas beberapa tahun dipenjarakan disebabkan berniat
membunuh Norida, Mubarak akhirnya dibebaskan dan menyesali segala kejadian
lampau dan pulang ke kampung untuk memulakan penghidupan baru, namun ibu dan
bapanya tidak menerimanya. Sehinggalah Mubarak terlantar kesakitan dan tidak
lagu mampu untuk berdiri. Kakinya sentiasa mengeluarkan nanah dan
membengkak. Sebelum menghembuskan nafas terakhirnya, Mubarak sempat meminta
ampun dan maaf daripada ibu dan bapanya.

‘Sebelum Akhirat’ dilakonkan oleh Fauzi Nawawi, Lisdawati, Yalal Chin,
Maimon Talib, Hisyam Ahmad Tajudin dan ramai lagi diterbitkan Enuja
Production Sdn Bhd dan diarahkan Murali Abdullah. Atas kesempatan ini, saya
merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada Pengarah Murali Abdullah yang
menampilkan cerekarama bermutu serta. Tahniah dan syabas juga untuk TV3
semoga terus menyajikan drama dan cerekarama yang bermutu dan boleh membawa
rakyat terus menjadi pemikir yang baik.

Bertaubatlah sebelum datangnya 3 perkara

Kisah Mubarak ini mengingatkan saya kepada entry Qarin a.k.a. pendamping
manusiahttp://laman-seri.blogspot.com/2010/02/qarin-aka-pendamping-manusia.htmldan
Iblis
Datang Mengganggu Ketika Sakaratul
Mauthttp://laman-seri.blogspot.com/2008/08/iblis-datang-mengganggu-ketika.html.
Bisikan yang mengganggu Mubarak ini saya terjemahkannya kepada gangguan ‘
qarinhttp://laman-seri.blogspot.com/2010/02/qarin-aka-pendamping-manusia.html’
kerana setiap manusia yang lahir disertakan
‘qarinhttp://laman-seri.blogspot.com/2010/02/qarin-aka-pendamping-manusia.html’
oleh Allah yang bertugas sebagai
‘penggoda’ seseorang itu sejak seseorang itu lahir hinggalah saat
kematiannya. Lihatlah betapa hebat dahsyatnya gangguan syaitan dan Iblis
yang berdendam dengan keturunan Adam, bersumpah akan sentiasa mengganggu
manusia, bermula dengan memperdayakan manusia dari terjadinya dengan setitik
mani hinggalah ke akhir hayat mereka, dan yang paling dahsyat ialah sewaktu
akhir hayat iaitu ketika sakaratul maut. Semoga kita terpelihara daripada
tipu-daya golongan ini.

Hari ini saya kongsikan sedikit yang saya petik daripada sumber
NasbunNurainihttp://nasbunnuraini.wordpress.com/2010/05/18/bertaubatlah-sebelum-datangnya-3-perkara/
.

Allah SWT berfirman yang bermaksud, “Dan sesiapa yang melakukan kejahatan
atau menganiaya dirinya sendiri (dengan melakukan maksiat) kemudian dia
memohon ampun kepada Allah, nescaya dia akan mendapati Allah Maha Pengampun,
lagi Maha Mengasihani.” (Surah an-Nisaa: 110)

1. Bertaubatlah selagi nyawa dikandung badan dan belum sampai ke halkum.

Sabda Rasulullah SAW, 

Help Palestine [hidayahnet] RENUNGAN : Hati yang sejahtera - Part 3

2010-05-24 Terurut Topik BawangGoreng
PETIKAN : http://laman-seri.blogspot.com Hati yang sejahtera - Part
3http://laman-seri.blogspot.com/2010/05/hati-yang-sejahtera-part-3.html

  http://laman-seri.blogspot.com/2010/05/hati-yang-sejahtera-part-3.html

http://4.bp.blogspot.com/_oV1RUxbNq84/S86uD-U0L6I/EEg/8r08mMvn44Y/s1600/hati+yg+sejahtera+part+3.jpg
Assalamualaikum warahmatullah,

Semua orang inginkan kejayaan, tetapi tidak ramai yang tahu jalan untuk
mencapainya dan bagi mereka yang tahu, tidak ramai pula yang sanggup
membayar harganya. Usaha untuk berjaya akan tersasar jika konsep kejayaan
yang difahami itu sendiri tidak tepat.

Ada yang menganggap kejayaan bergantung kepada nasib, atau kepada peluang,
kepada kuat bekerja, kepada perhubungan (cable), kepada pengiktirafan dan
pelbagai lagi.

Kejayaan itu sebenarnya bukan suatu destinasi atau kedudukan yang diidamkan.
Kejayaan adalah peningkatan kualiti hidup setiap hari secara istiqamah dalam
semua aspek kehidupan. Peningkatan kualiti hidup hanya boleh berlaku apabila
seseorang itu berupaya membangunkan dirinya dalam semua aspek secara
istiqamah pada setiap hari.

Usaha membangunkan diri secara istiqamah hanya boleh berlaku apabila
seseorang itu mampu membuat pilihan yang baik dan tepat setiap hari dan
mampu melaksanakan setiap keputusannya sehingga mencapai apa yang
diinginkan. Mengikut kajian, seseorang manusia purata membuat 200 hingga 300
keputusan setiap hari.

Apakah faktor yang menentukan sama ada keputusan yang dibuat itu tepat atau
tidak? Kalau pun tepat, tepat mengikut kehendak siapa? Untuk membolehkan
seseorang membuat keputusan yang tepat, perlu diselaraskan terlebih dahulu
keinginannya dengan kehendak Penciptanya yang bersifat Maha Mengetahui
terhadap keperluan diri manusia.

Hidup untuk beribadah

Allah SWT telah berfirman yang bermaksud, “Dan Aku tidak menciptakan jin dan
manusia melainkan untuk mereka menyembah (beribadah) kepada-Ku.” (Surah
adz-Dzaariyaat [051] ayat 56)

Tujuan manusia itu diciptakan hanya sanya, semata-mata untuk beribadah
kepada Allah SWT, tiada tujuan yang lain. Ulama membahagikan ibadah kepada
tiga bentuk iaitu :

   1. Ibadah asas, yakni kepercayaan kepada enam rukun iman dan penghayatan
   kepada lima rukun Islam
   2. Ibadah sunat, iaitu segala amalan sunat dan
   3. Ibadah umum, iaitu semua aktiviti selain daripada ibadah asas dan
   sunat


Ketiga-tiga bentuk ibadah ini mencakupi seluruh aspek kehidupan manusia.
Dalam erti kata lain, keputusan tepat yang perlu dibuat oleh seseorang
adalah menentukan setiap pilihan selaras dengan tujuan dia diciptakan. Jika
manusia memilih untuk tidak berfungsi mengikut tujuan dia diciptakan, maka
dia telah merosakkan dirinya secara tidak sedar.

Biasanya manusia bertindak bukan atas dorongan apa yang difikirkan baik,
benar dan betul, tetapi mereka bertindak atas dorongan apa yang diinginkan,
apa yang tersentuh di hatinya; apa yang dirasa baik, benar dan betul pada
pandangannya. Hati manusia ditempa oleh apa yang lazim difikirkan, apa yang
lazim diucapkan, dilihat, didengar, dialami dan apa yang biasa dilakukan.
Kalau input yang masuk itu baik, maka baiklah keinginan hatinya, sebaliknya
kalau yang masuk itu tidak baik, tidak tepat, maka tidak baik dan tidak
tepat pula keinginan hatinya; justeru mendorong kepada tindakan yang salah.

Rasulullah SAW bersabda, “Dalam diri anak Adam itu ada seketul daging. Bila
baik daging itu, baiklah seluruh jasad. Bila rosak dan busuk daging itu
jahatlah seluruh jasad. Ketahuilah, itulah hati.” (Hadis riwayat Muslim)

Hati yang sejahtera

Dalam kehidupan di dunia ini, Allah SWT yang bersifat Maha Bijaksana telah
mensyaratkan supaya manusia berusaha untuk memiliki hati yang sejahtera,
untuk layak diterima sebagai hamba-Nya di akhirat kelak.

Para hukama ada menyebut : “Hendaklah anda membenarkan ucapan dengan amalan.
Membenarkan amalan dengan niat dan ikhlas. Membenarkan niat dan ikhlas
dengan membersihkan batin dan meluruskan hati, kerana hati itu adalah asal
dan punca segala perkara.”

Memiliki hati yang sejahtera sepatutnya menjadi agenda utama setiap Muslim.
Lantaran iatu mengetahui dan memahami gambaran hati yang selamat sejahtera
itu merupakan suatu perkara yang sangat kritikal. Ulama telah mejelaskan
hati yang sejahtera adalah hati yang bebas daripada syirik dalam apa jua
bentuk. Hati yang tunduk dan patuh kepada Allah SWT, yang berakhlak sesama
manusia, hati yang dapat memberi respons positif terhadap semua perkara,
walaupun negatif.

Hati yang begini, adalah hati yang kenal mana yang baik, yang kurang baik;
mana yang tepat, yang kurang tepat. Hati yang begini mampu membuat pilihan
yang tepat dalam kehidupannya dan mampu pula untuk menggerakkan dirinya
untuk mengambil tindakan terhadap keputusan yang telah dibuat.

Sebaik-baik manusia

Peningkatan diri seseorang bermula daripada keupayaan membuat pilihan yang
baik dan tepat pada setiap hari. Daripada keputusan yang baik dan tepat dan
keupayaan melaksanakan keputusan itu untuk membolehkan dia memiliki tabiat
yang baik 

Help Palestine [hidayahnet] RENUNGAN : Apabila hendak tidur

2010-05-24 Terurut Topik BawangGoreng
PETIKAN : http://nasbunnuraini.wordpress.com/
Apabila Hendak 
Tidurhttp://nasbunnuraini.wordpress.com/2010/05/04/apabila-hendak-tidur/
Posted on Mei 4, 2010 by sulaiman

Adalah Rasulullah saw. apabila  masuk ke tempat tidurnya, Baginda membaca :
bismikallahumma ahya wa amut (Dengan keberkatan nama-Mu ya Allah hidupku dan
matiku), (Riwayat Bukhari)

Rasulullah saw. bersabda: Apabila seseorang dari kamu  masuk ke tempat
tidurnya, maka hendaklah dia mengucapkan: “*Dengan namamu, wahai Tuhanku,
kerana Engkaulah aku membaringkan tubuhku dan kerana Engkau pulalah aku
mengangkatnya. Apabila Engkau menahan (mencabut) jiwaku, maka kasihanilah ia
dan apabila Engkau melepaskannya (menghidupkan) maka jagalah ia sebagaimana
Engkau menjaga hamba-hamba-Mu yang soleh*“.

Sepertimana firman Allah:

Az-Zumar [42] Allah (Yang Menguasai Segala-galanya), Dia mengambil dan
memisahkan satu-satu jiwa dari badannya, jiwa orang yang sampai ajalnya
semasa matinya dan jiwa orang yang tidak mati: *Dalam masa tidurnya;
kemudian Dia menahan jiwa orang yang Dia tetapkan matinya dan melepaskan
balik jiwa yang lain (ke badannya) sehingga sampai ajalnya yang ditentukan*.
Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda yang membuktikan
kekuasaan Allah bagi kaum yang berfikir (untuk memahaminya).

Dalam hadith yang lain pula setiap hari jiwa (roh) menyeru kepada tuannya
supaya jangan melakukan penderhakaan (perkara yang dimurkai Allah) Allah
kerana ia (roh) akan menanggung siksanya. Roh itu merayu pada tuannya,
tetapi tidak didengari.


Help Palestine [hidayahnet] SEMASA : KTM perkenal koc khas untuk wanita

2010-05-19 Terurut Topik BawangGoreng
PETIKAN : http://laman-seri.blogspot.com
KTM perkenal koc khas untuk
wanitahttp://laman-seri.blogspot.com/2010/04/ktm-perkenal-koc-khas-untuk-wanita.html

http://laman-seri.blogspot.com/2010/04/ktm-perkenal-koc-khas-untuk-wanita.html

http://2.bp.blogspot.com/_oV1RUxbNq84/S9e8bfIHg_I/EMo/SyvSEf12P9w/s1600/EMU35.jpgEMU
35 ~ gambar hiasan
(sumber)http://www.wikiwak.com/image/Class+83+KTM+Komuter+train,+Kuala+Lumpur.jpg


Assalamualaikum warahmatullah,

Pagi tadi, melangkah keluar dari komuter di Setia Jaya, saya baru terperasan
banner
PiNK color, ‘Wanita Saja Sepanjang Masa, Ladies Only At All Times’. Wahh...
Baguslah, sekarang sudah ada koc khas untuk wanita SAHAJA... muah muah
muah...

Bagi saya, secara peribadi, sebagai pengguna komuter, koc wanita amat perlu
bagi menjamin keselesaan, keselamatan dari segi islamik dan yang
palingtidak kurang pentingnya, TiADA lagi ancaman bau busyuk terutama
bila waktu
puncak semasa pulang dari kerja!!! Hik.. hik...

Alhamdulillah... Jazakallahu khairan... Jutaan terima kasih diucapkan kepada
AP18 (Kulim Baharu) Tn Zulkifli Noordin
http://zul4kulim.blogspot.com/atas cadangan beliau mewujudkan
kemudahan sebegini untuk kaum wanita. Rujuk
koc-wanita http://zul4kulim.blogspot.com/2010/04/koc-wanita.html. Syabas
juga untuk KTMB kerana perihatin dan bertimbang-rasa kepada pengguna wanita
yang menjadi penyumbang utama kutipan bayaran tiket KTMB!

Berikut info yang dipetik dari BHarianOnLine Selasa 27/04/2010 :

Koc Komuter khusus untuk wanita bermula
esokhttp://www.bharian.com.my/bharian/articles/KocKomuterkhususuntukwanitabermulaesok/Article/

KUALA LUMPUR: Buat pertama kali Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan
menyediakan koc komuter khusus bagi penumpang wanita bagi laluan
Sentul-Pelabuhan Klang mulai esok.

Gerabak yang bertemakan Wanita Sahaja Sepanjang Masa boleh dikenal pasti
menerusi pelekat berwarna merah jambu yang lekat pada tingkap dan pintu
komuter. Menurut KTMB, lokasi koc di platform dapat dikenal pasti melalui
kain rentang yang dipasang pada platform serta tiang platform yang berwarna
merah jambu.

Namun penumpang wanita tidak diwajibkan menggunakan koc ini kerana mereka
boleh memilih untuk menggunakan koc-koc biasa yang lain, menurut kenyataan
KTMB.

Statistik KTMB menunjukkan 60% pengguna perkhidmatan komuter adalah terdiri
daripada golongan wanita. Kanak-kanak lelaki berumur kurang daripada 12
tahun yang membuat perjalanan bersama ibu atau keluarga wanita mereka juga
dibenarkan menaiki koc merah jambu ini.

Koc untuk wanita diletakkan di bahagian tengah komuter manakala koc di
hadapan dan belakang adalah koc biasa yang boleh digunakan bersama antara
penumpang lelaki dan wanita.
Menurut KTMB, penyediaan koc khusus untuk wanita adalah bertujuan memberi
keselesaan dan jaminan keselamatan kepada penumpang wanita daripada risiko
gangguan seksual atau terpaksa bersesak-sesak dengan penumpang lelaki. -
Bernama

Lagi info yang dipetik dari BHarianOnLine Selasa 28/04/2010 :

KTM perkenal koc khas untuk
wanitahttp://www.bharian.com.my/bharian/articles/KTMperkenalkockhasuntukwanita/Article/

KUALA LUMPUR: Keretapi Tanah Melayu (KTM) Komuter memperkenalkan koc khas
untuk wanita mulai hari ini (28/04/2010) bertujuan memberi lebih
keselesaandan menjamin
keselamatan penumpang wanita daripada risiko gangguan seksual dan bersesak
dengan penumpang lelaki.

Gerabak berkenaan yang beroperasi sepanjang hari bagi laluan
Sentul-Pelabuhan Klang berada di bahagian tengah komuter menggunakan
tema ‘Wanita
Saja Sepanjang Masa, Ladies Only At All Times’ dan dibezakan dengan pelekat
khas berwarna merah jambu.

“Pelanggan akan dapat mengenali gerabak ini melalui pelekat khas dipamerkan
di tingkap, pintu dan koc. Manakala di stesen, penumpang boleh mengenal
pasti lokasi pemberhentian gerabak wanita melalui kain rentang dipamerkan di
platform dan tiang yang diwarnakan merah jambu,” menurut kenyataan
dikeluarkan KTM Bhd, semalam.

Menurut kenyataan itu, pengguna wanita yang mewakili 60% pengguna KTM
Komuter tidak diwajibkan menggunakan gerabak khas itu dan boleh memilih
menggunakan gerabak biasa.


--
~ 睡眠不足のママ ~
http://laman-seri.blogspot.com
http://little-kiosk.blogspot.com
Everyone thinks of changing the world, but no one thinks of changing
himself. – Leo Tolstoy




Help Palestine [hidayahnet] RENUNGAN : Apakah perjuangan kamu sudah cukup untuk masuk syurga?

2010-05-16 Terurut Topik BawangGoreng
PETiKAN : http://laman-seri.blogspot.com
Apakah perjuangan kamu sudah cukup untuk masuk
syurga?http://laman-seri.blogspot.com/2010/04/apakah-perjuangan-kamu-sudah-cukup.html

http://laman-seri.blogspot.com/2010/04/apakah-perjuangan-kamu-sudah-cukup.html

http://4.bp.blogspot.com/_oV1RUxbNq84/S7xblMoZS5I/D5Q/_Q3oDki0Xys/s1600/jam-masa.jpgDemi
masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian, kecuali
orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati
supaya menaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran. ~
al-'Ashr


Assalamualaikum warahmatullah,

Allah SWT telah berfirman yang bermaksud, “Adakah patut kamu menyangka
bahawa kamu akan masuk Syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan
cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu
daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan
serangan penyakit serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga
berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah
(datangnya) pertolongan Allah? Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu
dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama
Allah).”(Surah al-Baqarah ayat 214)

Dalam ayat ini Allah SWT bertanya, apakah sudah cukup perjuangan dan
pengorbanan dilakukan [NB : oleh kita, hamba-Nya] untuk melayakkan masuk ke
dalam syurga, suatu tempat yang tidak dapat dibayangkan dengan akal? Di
dalamnya terdapat sesuatu yang tidak pernah dilihat oleh mata dan tidak
pernah didengari oleh telinga.

Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW menyebut, “Aku orang yang paling teruk
diuji dalam menjalankan tugas Allah.” Baginda diancam dengan ugutan bunuh,
diracun, disihir, giginya juga syahid dalam peperangan. Para Nabi dan Rasul
terdahulu juga teruk diuji dalam perjuangan mereka. Nabi Ibrahim dicampak ke
dalam api kerana memperjuangkan Islam.

Ketika para sahabat Nabi dan juga pejuang Islam merasa goyang dan agak
terumbang-ambing dalam perjuangan mereka, mereka akan bertanya, “Bilakah
datangnya pertolongan Allah?” Maka jawabnya, “Pertolongan Allah itu dekat”
iaitu ia boleh datang sekelip mata dan bila-bila masa sahaja, asalkan mereka
bersabar.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Pertolongan Allah datang dengan
bersabar, jalan keluar itu ada bersama dengan bala (karb), dan sesungguhnya
tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, sesungguhnya tiap-tiap kesukaran
disertai kemudahan.” (Riwayat Ibnun Najjar melalui Anas r.a.)

Pertolongan akan diberi oleh Allah mengikut tahap kesabaran kita. Kalau kita
bertindak dan tidak bersabar, maka tiadalah pertolongan Allah.

Semasa Perang Hunain para sahabat telah terlupa tentang pertolongan Allah.
Mereka menyangka bilangan mereka yang ramai boleh memenangkan mereka kerana
dalam beberapa perang sebelum itu mereka menang walaupun bilangan mereka
sedikit.

Firman Allah yang bermaksud, “Sesungguhnya Allah telah menolong kamu
mencapai kemenangan dalam banyak medan-medan perang dan di medan perang
Hunain, iaitu semasa kamu merasa megah dengan sebab bilangan kamu yang
ramai; maka bilangan yang ramai itu tidak mendatangkan faedah kepada kamu
sedikitpun dan (semasa kamu merasa) bumi yang luas itu menjadi sempit kepada
kamu; kemudian kamu berpaling undur melarikan diri.” (Surah at-Taubah ayat
25)

Akhirnya Rasulullah SAW menggunakan mukjizatnya dengan bersabda, “Aku adalah
nabi sebenar tiada mendusta, Akulah putera Abdul al-Muttalib” dan datanglah
pertolongan Allah memberi kemenangan kepada tentera Islam.

Inilah jalan yang ditempuh oleh ulama-ulama sebenar dalam menegakkan agama
Allah :

Imam Syafie - Tangan dan kakinya dirantai lalu dibawa menghadap pemerintah
dan hampir-hampir dipancung kerana dituduh Syiah dan pemecah-belah
masyarakat.

Imam Hanafi - Ditangkap, dipenjara, disebat, disiksa dan dipaksa minum racun
oleh pemerintah lalu meninggal dunia kerana tidak bersetuju dengan
dasar-dasar pemerintah.

Imam Maliki - Disebat dengan cemeti lebih kurang 70 kali sepanjang hayatnya
oleh pemerintah kerana sering mengeluarkan kenyataan yang bertentangan
dengan kehendak pemerintah.

Imam Hambali - Dipenjara oleh pemerintah dan dirotan belakangnya hingga
hampir terlucut kainnya kerana mengeluarkan fatwa yang bertentangan dengan
kehendak pemerintah. Pemerintah menganggap mereka lebih betul daripada
ulama.

Sufyan Ath-Thauri - Seorang wali Allah yang termasyhur. Ditangkap tanpa
bicara kerana berani menegur kesalahan khalifah dan dihukum gantung tetapi
sewaktu hukuman hendak dijalankan kilat dan petir menyambar pemerintah dan
menteri-menterinya lalu mereka mati tertimbus tanah.

Said bin Jubair - Seorang wali Allah yang dikasihi harimau. Dibunuh kerana
didakwa memecah-belahkan masyarakat, menentang kerajaan dan berkomplot untuk
menjatuhkan pemerintah.

Abu Yazid Al Bustami - Wali Allah yang terkenal dengan pelbagai karamah.
Dituduh sesat kerana ilmu agamanya lebih tinggi daripada pemerintah. Dihukum
pancung oleh pemerintah tetapi tiada siapa berjaya 

Help Palestine [hidayahnet] RENUNGAN : Jannah di sebalik musibah

2010-04-30 Terurut Topik BawangGoreng
PETIKAN : Genta-Rasa http://genta-rasa.com/

*Jannah di sebalik
musibahhttp://genta-rasa.com/2010/04/13/jannah-di-sebalik-musibah/
*

 http://ms.wordpress.com/tag/musibah/

* http://gentarasa.files.wordpress.com/2010/04/jannah.jpg
*

**

*Untuk diriku, dirimu dan kita semua… ini satu pesanan ringkas dariku:*

Allah lebih kasihkan hamba-Nya melebihi kasih seorang ibu kepada anaknya.
Apabila si ibu sayangkan anak-anaknya, dia akan mengawal anak-anaknya
daripada melakukan sesuatu yang boleh membahayakan walaupun sesuatu yang
membahayakan itu sangat disukai oleh si anak. Misalnya, anak yang baru
belajar merangkak, merangkak di tepi tangga. Dia akan menangis jika
dihalang… Mengapa?

Fikiran si anak yang masih kecil tidak boleh menjangkau kebimbangan si ibu.
Si anak hanya tahu hendak main sahaja, tanpa mengetahui bahayanya bermain di
tepi tangga. Jangkauan fikiran sianak masih cetek dan pendek. Sebaliknya,
siibu yang melarang dan menegah sudah nampak bahaya yang bakal berlaku.

Satu ketika yang lain, sianak sakit. Siibu menyuapkan ubat. Anak
meluahkannya semula. Pahit. Tetapi puas ibu memujuk, itu ubat. Sianak masih
berdegil, lalu siibu memaksa anak meminum ubat itu dengan cara yang lebih
keras dan tegas.

Begitu kita dengan Allah (walaupun sebenarnya nisbahnya terlalu jauh). Akal
manusia adalah terbatas. Sedangkan ilmu Allah Maha luas. Begitu apabila
Allah menetapkan sesuatu peraturan dan kejadian, pasti ada hikmah di
sebaliknya. Kekadang, hikmah itu mampu dijangkau oleh fikiran dan adakalanya
tidak.

Namun contohilah orang beriman. Apabila Nabi saw menyampaikan perintah
Allah, para sahabat akan terus berkata, “kami taat dan kami patuh” walaupun
adakalanya perintah itu sangat sukar dan pahit. Dan apabila berlaku satu
musibah, para sahabat akan berkata, “telah berlakulah janji Allah.” Mereka
bukan insan tanpa perasaan dan fikiran, tetapi apabila iman mendominasi
hati, fikiran dan perasaan dipaksa tunduk kepada ketentuan Ilahi.

Bila datang perintah, orang beriman akan memberi respons yang telah
digambarkan oleh Allah menerusi firman-Nya:
*“Hanyasanya ucapan orang beriman apabila diperintahkan melakukan sesuatu
ialah kami dengar, kami taat.”*
Manakala apabila mereka ditimpa musibah mereka akan berkata:
*“Mereka yang apabila ditimpa musibah akan berkata, kami milik Allah
kepada-Nyalah kami akan dikembalikan.”*

Mereka yakin setiap perintah Allah seperti solat, puasa, sabar dan
sebagainya itu semuanya bermaksud baik belaka. Dan mereka juga yakin setiap
musibah seperti kematian, kesakitan, kegagalan, kemiskinan dan sebagainya,
pasti ada hikmah di sebaliknya. Justeru, jika kita ingin menteladani mereka,
paksalah diri supaya akur dengan setiap perintah dan menerima dengan sabar
setiap musibah. Yakinlah, bahawa Allah swt inginkan keselamatan dan
kebahagiaan buat kita dengan segala perintah dan musibah-Nya.

Namun begitu, mengapakah masih ramai manusia yang tidak patuh pada perintah
dan tidak sabar dengan musibah? Ini semua kerana kurangnya ilmu dan lemahnya
iman. Dengan ilmu kita sedar setiap musibah ada hikmahnya. Dengan iman kita
boleh menteramkan hati dengan mengingati Allah. Bagi orang-orang yang
benar-benar beriman, apa sahaja yang datang daripada Allah adalah baik
walaupun buruk pada pandangan diri mereka sendiri. Mereka beriman dengan apa
yang Allah swt tegaskan dalam sebuah hadis Qudsi:
*“Wahai anak Adam, jika engkau sabar dan mencari keredhaan pada saat musibah
yang pertama, maka Aku tidak meredhai pahalamu selain syurga.”
(HR Ibnu Majah (no: 1597) *

Tidak salah bersedih dengan musibah. Tidak salah terasa menderita sewaktu
mentaati perintah Allah. Namun jangan membantah dengan sombong. Dan jangan
bersedih secara keterlaluan. Apakah kita tidak yakin lagi Allah Maha
Mengasihi dan Maha Mengetahui?

Alangkah malangnya sianak yang meluahkan ubat yang disuapkan ibunya… Namun
lebih malang lagi seorang hamba yang menolak hikmah musibah yang
“dihadiahkan” oleh Tuhannya! Dia akan menderita dua kali. Pertama, menderita
oleh musibah itu. Kedua, oleh terluput dan tercabutnya hikmah di sebalik
musibah itu.

Justeru, jika sekarang aku, kau dan kita dilanda musibah… cubalah tersenyum
(walaupun pedih amat), kenang-kenangkan bujukan Allah. Mudah-mudahan kita
mendapat jannah (syurga) di sebalik musibah ini! Amin.

Wallahua’lam.


Help Palestine [hidayahnet] ARTIKEL : Keputusan itu hak milik mutlak Allah SWT

2010-04-28 Terurut Topik BawangGoreng
 Keputusan itu hak milik mutlak Allah
SWThttp://laman-seri.blogspot.com/2010/04/keputusan-itu-hak-milik-mutlak-allah.html

http://laman-seri.blogspot.com/2010/04/keputusan-itu-hak-milik-mutlak-allah.html
 Assalamualaikum warahmatullah,

Entry ini daripada salah seorang favorite saya, Dr Azharr Hj Sarip di
Soulpower-Kuasajiwa http://soulpower-kuasajiwa.blogspot.com/. Ini adalah
susulan daripada entry berkaitan Beriman kepada qada' dan qadar Allah
SWThttp://laman-seri.blogspot.com/2010/04/beriman-kepada-qada-dan-qadar-allah-swt.html.
Semoga bermanafaat untuk kita semua, insya Allah.

Apa saja ketentuan dari Allah SWT ada hikmahnya. Janganlah berputus asa jika
doa kita tak dimakbulkannya kerana mungkin ada hikmah di sebalik apa yang
telah dikurniakan kepada kita walaupun ianya bukan kehendak kita.


http://4.bp.blogspot.com/_oV1RUxbNq84/S77I3wW886I/D7Y/xNDUJWUajIM/s1600/tempe.jpg
Ada sebuah kampung di pedalaman Tanah Jawa. Di situ ada seorang perempuan
tua yang sangat kuat beribadat. Pekerjaannya ialah membuat tempe dan
menjualnya di pasar setiap hari. Ia merupakan satu-satunya sumber
pendapatannya untuk menyara hidup. Tempe yang dijualnya merupakan tempe yang
dibuatnya sendiri.

Pada suatu pagi, seperti biasa, ketika beliau sedang bersiap-siap untuk
pergi menjual tempenya, tiba-tiba dia tersedar yang tempenya yang diperbuat
daripada kacang soya hari itu masih belum menjadi, separuh jadi.Kebiasaannya
tempe beliau telah masak sebelum bertolak. Diperiksanya beberapa bungkusan
yang lain. Ternyatalah kesemuanya belum masak lagi. Perempuan tua itu berasa
amat sedih sebab tempe yang masih belum menjadi pastinya tidak akan laku dan
tiadalah rezekinya pada hari itu. Dalam suasana hatinya yang sedih, dia yang
memang kuat beribadah teringat akan firman Allah yang menyatakan bahawa
Allah dapat melakukan perkara-perkara ajaib, bahawa bagiNya tiada yang
mustahil. Lalu dia pun mengangkat kedua tangannya sambil berdoa, Ya Allah ,
aku memohon kepadaMu agar kacang soya ini menjadi tempe. Amin.

Begitulah doa ringkas yang dipanjatkan dengan sepenuh hatinya. Dia sangat
yakin bahawa Allah pasti mengabulkan doanya. Dengan tenang perempuan tua itu
menekan-nekan bungkusan bakal tempe dengan hujung jarinya dan dia pun
membuka sikit bungkusan itu untuk menyaksikan keajaiban kacang soya itu
menjadi tempe. Namun, dia termenung seketika sebab kacang itu masih tetap
kacang soya. Namun dia tidak putus asa, sebaliknya berfikir mungkin doanya
kurang jelas didengar oleh Allah. Maka dia pun mengangkat kedua tangannya
semula dan berdoa lagi, Ya Allah, aku tahu bahawa tiada yang mustahil
bagiMu. Bantulah aku supaya hari ini aku dapat menjual tempe kerana inilah
mata pencarianku. Aku mohon agar jadikanlah kacang soyaku ini kepada tempe,
Amin.

Dengan penuh harapan dan debaran dia pun sekali lagi membuka sedikit
bungkusan tu. Apakah yang terjadi?

Dia termangu dan hairan apabila tempenya masih tetap begitu!! Sementara itu
hari pun semakin meninggi sudah tentu pasar sudah mula didatangi ramai
orang. Dia tetap tidak kecewa atas doanya yang belum terkabul. Walau
bagaimanapun kerana keyakinannya yg sangat tinggi dia bercadang untuk tetap
pergi ke pasar membawa barang jualannya itu. Perempuan tua itu pun berserah
pada Tuhan dan meneruskan pemergian ke pasar sambil berdoa dengan harapan
apabila sampai di pasar kesemua tempenya akan masak. Dia berfikir mungkin
keajaiban Allah akan terjadi semasa perjalanannya ke pasar. Sebelum keluar
dari rumah, dia sempat mengangkat kedua tangannya untuk berdoa, Ya Allah,
aku percaya, Engkau akan mengabulkan doaku. Sementara aku berjalan menuju ke
pasar, Engkau kurniakanlah keajaiban ini buatku, jadikanlah tempe ini.
Amin. Lalu dia pun berangkat.

Di sepanjang perjalanan dia tetap tidak lupa membaca doa di dalam hatinya.
Sesampai sahaja di pasar, segera dia meletakkan barang-barangnya. Hatinya
betul-betul yakin yang tempenya sekarang mesti sudah menjadi. Dengan hati yg
berdebar-debar dia pun membuka bakulnya dan menekan-nekan dengan jarinya
setiap bungkusan tempe yang ada. Perlahan-lahan dia membuka sedikit daun
pembungkusnya dan melihat isinya. Apa yang terjadi? Tempenya masih belum
menjadi!! Dia pun kaget terkejut seketika lalu menarik nafas dalam-dalam.
Dalam hatinya sudah mula merasa sedikit kecewa dan putus asa kepada Allah
kerana doanya tidak dikabulkan. Dia berasakan Tuhan tidak adil. Tuhan tidak
kasihan padanya, inilah satu-satunya punca rezekinya, hasil jualan tempe.

Dia akhirnya cuma duduk sahaja tanpa mempamerkan barang jualannya sebab dia
berasakan bahawa tiada orang yang akan membeli tempe yang baru separuh
menjadi. Sementara itu hari pun semakin petang dan pasar sudah mulai sepi,
para pembeli sudah mula kurang. Dia meninjau-ninjau kawan-kawan sesama
penjual tempe, tempe mereka sudah hampir habis. Dia tertunduk lesu seperti
tidak sanggup menghadapi kenyataan bahawa hari ini tiada hasil jualan yang
boleh dibawa pulang. Namun jauh di sudut hatinya masih menaruh harapan
terakhir kepada Allah, pasti 

Help Palestine [hidayahnet] KAPSUL : Doa memohon diberi kemudahan dalam segala urusan dan hajat

2010-04-28 Terurut Topik BawangGoreng
PETIKAN : http://laman-seri.blogspot.com  Doa memohon diberi kemudahan dalam
segala urusan dan
hajathttp://laman-seri.blogspot.com/2010/04/doa-untuk-memohon-diberi-kemudahan.html

http://laman-seri.blogspot.com/2010/04/doa-untuk-memohon-diberi-kemudahan.html

http://2.bp.blogspot.com/_oV1RUxbNq84/S72Jii9w-pI/D5Y/CmSFw4M6FM4/s1600/Doa34.jpg
Assalamualaikum warahmatullah,

Ada yang bertanya, ada sesiapa yg boleh bagi DOA UNTUK MEMULAKAN KERJA?
Saya menganggap doa yang diminta itu satu doa yang patut dibaca ketika
hendak memulakan kerja. Alaaah... bacalah 'Bismillah...' yang bermaksud,
Dengan nama Allah iaitu kalimah yang paling mudah, semoga apa yang hendak
dikerjakan itu diberkati-Nya kerana kita berbuat sesuatu atas nama Allah.

Dalam setiap apa saja yang kita lakukan, eloklah kita mulakanlah dengan
bacaan 'Bismillah'. Perlu diingatkan, baca 'Bismillah' bila hendak melakukan
pekerjaan yang baik-baik saja. Jika kita hendak merompak atau
menyamunmencuri, tak payahlah baca 'Bismillah' sebab apa yang hendak
dibuat itu
memang tidak boleh kita lakukan...

Menurut satu sumber
[kelebihan-baca-bismillahhttp://paksuu.com/2010/01/kelebihan-baca-bismillah/],
Ustaz Dato' Ismail Kamus pernah berpesan dalam siri ceramahnya : Jika kamu
ingin dipermudahkan segala perkerjaan dan dipermudahkan dalam usaha mencari
rezeki, bacalah oleh kamu akan 'Bismillahi Rahmanir Rahim sebanyak 201 kali
selepas Solat Subuh. Insya Allah. [NB : Saya tak dapat pastikan kesahihan
sumber ini, tiada nas/dalil yang menyokong bilangan sebutan 'Bismillah',
jika sesiapa ada maklumat, sila-sila kongsikan bersama]

Rasa-rasanyanya, semua orang Muslim maklum akan kalimah 'Bismillah' ini.
Lalu terfikir pula saya, mungkin si penanya maksudkan doa supaya
dipermudahkan kerja, ya, mungkin inilah maksud soalan. Saya suka kongsikan
di sini, satu doa memohon diberi kemudahan dalam apa saja urusan yang sering
saya baca bila hendak berurusan dengan orang dan hampir tidak pernah saya
lupa membacanya ketika hendak keluar shopping [NB : Bukan senang nak cari
parking lot, nak-nak pulak hujung/awal bulan time dapat gaji atau weekends].
Alhamdulillah, setakat ini saya tidak pernah menghadapi masalah mencari
tempat letak kereta. Yang penting, kita mesti istiqamah dan tawakkal, insya
Allah, dipermudahkan.

Bacaan doa seperti berikut : Rabbi yassir wala tu 'assir, rabbi tammim bil
khoir, yang bermaksud, Ya Tuhan, permudahkanlah urusanku, permudahkanlah
jangan disulitkan. Bacaan penuhnya ialah : Allahumma yassir wala tu'assir.
Rabbi tammim bilkhoir. Birokhmatikaya Arhamarrohimin. Doa ini dititipkan
oleh pakcik saya, ex-Prof UTM, Tn Hj Md Noor.

Jika hendak versi yang lebih panjang, sila klik ke photo di atas,
cilokehsan dari
Darussyifa http://www.darussyifa.org/.

Mari kita sama-sama beramal!

Capaian entry berkaitan :

   1. Keberkatan Bismillaahir rahmaanir
rahiimhttp://laman-seri.blogspot.com/2008/07/keberkatan-bismillaahir-rahmaanir.html
   2. Bismillahillazi in
arabichttp://laman-seri.blogspot.com/2008/01/bismillahillazi-in-arabic.html
   3. Mohon dicukupkan
keperluanhttp://laman-seri.blogspot.com/2008/11/mohon-dicukupkan-keperluan.html
   4. Doa memohon kesabaran dan mati dalam
imanhttp://laman-seri.blogspot.com/2008/12/doa-memohon-kesabaran-dan-mati-dalam.html
   5. Munjiyat (part of
Manzil)http://laman-seri.blogspot.com/2010/01/munjiyat-part-of-manzil.html

--
~ 睡眠不足のママ ~
http://laman-seri.blogspot.com
http://little-kiosk.blogspot.com
Everyone thinks of changing the world, but no one thinks of changing
himself. – Leo Tolstoy


Firman Allah SWT :
[7:179] Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahanam kebanyakan
dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya
untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak
dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka
mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat
Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi.
Mereka itulah orang-orang yang lalai.

Hadis Rasulullah SAW:
Dari Abu Hurairah r.a., dari Rasulullah SAW., sabdanya: Siapa yang tasbih
tiga puluh tiga kali, tahmid tiga puluh tiga kali, takbir tiga puluh tiga
kali, jadi jumlahnya sembilan puluh sembilan kali, kemudian dicukupkannya
seratus dengan membaca: La ilaha illallahu wahdahu la syarikalahu lahul
mulku wa lahul hamdu wa huwa 'ala kulli syai-in qadir. Maka diampuni Allah
segala kesalahannya, walaupun sebanyak buih di lautan. (Hadis riwayat
Muslim)



Help Palestine [hidayahnet] ARTIKEL : Miskin atau kaya ujian Allah

2010-04-26 Terurut Topik BawangGoreng
 Miskin atau kaya ujian
Allahhttp://laman-seri.blogspot.com/2009/04/miskin-atau-kaya-ujian-allah.html

  http://laman-seri.blogspot.com/2009/04/miskin-atau-kaya-ujian-allah.html

http://1.bp.blogspot.com/_oV1RUxbNq84/S7323BPpgJI/D6Q/HF8NtBthUSw/s1600/kaya+atau+miskin.jpg
Assalamualaikum warahmatullah,

Firman Allah SWT, Adapun manusia apabila Tuhannya mengujinya lalu dia
dimuliakan-Nya dan diberi-Nya kesenangan, Maka dia akan berkata: “Tuhanku
Telah memuliakanku.” Adapun bila Tuhannya mengujinya lalu membatasi
rezekinya maka dia berkata: “Tuhanku menghinakanku.” (Surah Al-Fajr, ayat
15-16)

Meneliti kandungan ayat di atas Allah SWT telah memandu kita dalam memahami
situasi kehidupan manusia dengan lebih tepat dan betul. Ini kerana
sememangnya manusia sering menyalah tafsir apa yang terjadi di sekelilingnya.
Antara perkara yang disalah tafsirkan ialah soal kaya dan miskin, senang dan
susah.

Dua ayat dari surah Al-Fajr di atas secara jelas telah mendedahkan tentang
dua kumpulan manusia yang selalunya wujud dalam masyarakat. Golongan itu
ialah:

Golongan Pertama

Golongan yang dikurniakan kekayaan. Golongan ini adalah lapisan masyarakat
yang hidup dalam keadaan serba mewah dan memiliki wang yang serba cukup
untuk membeli apa sahaja yang terlintas di fikiran mereka. Mereka mendakwa
bahawa nikmat kekayaan yang dimiliki adalah merupakan tanda kemuliaan dan
rahmat Tuhan kepada mereka.

Oleh itu biasanya golongan ini sentiasa mempamerkan kelebihan mereka dari
aspek material sama ada kenderaan, pakaian, makanan dan tempat kediaman
mereka. Mereka juga hidup di kawasan yang setaraf dengan mereka dan jauh
dari golongan miskin.

Termasuk di dalam golongan ini ialah mereka yang dikurniakan kedudukan dan
kemenangan dalam merebut jawatan pemimpin sesebuah organisasi mahupun
negara. Mereka mendakwa kedudukan tinggi ini adalah hasil kebenaran yang
dibawa. Pihak yang kalah pula didakwa sebagai tanda kesalahan dan tiadanya
perkenan dari Tuhan.

Daripada aspek sebuah masyarakat dan negara, kekayaan dan sumber alam yang
melimpah ruah juga didakwa sebagai lambang rahmat dan punca kemajuan negara.
Justeru para pemimpin seringkali mengaitkan kekayaan tersebut sebagai bukti
kebaikan dan kebijaksanaan memerintah negara.

Namun demikian Allah SWT telah membetulkan persepsi di atas dengan
firman-Nya yang bermaksud, Adapun manusia apabila Tuhannya mengujinya lalu
dia dimuliakan-Nya dan diberikan kesenangan, Maka dia akan berkata: “Tuhanku
telah memuliakanku.” (Surah Al-Fajr, ayat 15)

Ayat ini menjelaskan tabiat majoriti manusia yang menilai kekayaan dan
kesenangan yang dimiliki sama ada dari aspek material mahupun pangkat. Ia
menjadi satu kemuliaan yang dikurniakan oleh Allah kepada mereka, sedangkan
semuanya adalah merupakan satu ujian kepada mereka.

Apakah kekayaan itu diurus berpandukan syariat Allah atau sebaliknya?
Seperti yang dihuraikan oleh Dr Wahbah Az-Zuhaili di dalam tafsirnya
Al-Munir. Allah SWT menempelak mereka yang membuat dakwaan seperti di atas.
Kerana pada hakikatnya kemuliaan di sisi Allah bukanlah diukur dari sudut
kekayaan tetapi diukur menurut ketakwaan dan keimanan seseorang seperti yang
dinyatakan oleh Ibnu Katsir r.h di dalam tafsirnya. Jika kaya sepatutnya
seseorang itu bersyukur dengan menambahkan amal kebajikan dan ibadah seperti
yang dinyatakan oleh Ibnu Katsir r.h di dalam tafsirnya. Ini kerana kekayaan
dan kesenangan biasanya akan menghanyutkan manusia dan membawa mereka kepada
kekufuran.

 Aniaya

Lihat sahaja apa yang berlaku kepada Qarun. Akibat dari kekayaan melimpah
ruah yang dikurniakan kepadanya telah menjerumuskannya ke lembah kekufuran
kepada Allah.

Firman Allah SWT, Sesungguhnya Qarun adalah termasuk kaum Nabi Musa, maka
ia berlaku aniaya terhadap mereka, dan Kami telah menganugerahkan kepadanya
perbendaharaan harta yang kunci-kuncinya sungguh berat dipikul oleh sejumlah
orang yang kuat-kuat. (Ingatlah) ketika kaumnya berkata kepadanya:
“Janganlah kamu terlalu bangga! Sesungguhnya Allah tidak menyukai
orang-orang yang terlalu membanggakan diri.” (Surah Al-Qasas, ayat 76)

Juga apa yang berlaku kepada Firaun! Hasil segala kesenangan, kekayaan dan
kedudukan yang dimiliki menyebabkan ia kufur kepada Allah. Malah dengan
angkuh mengaku diri sebagai Tuhan yang amat berkuasa.

Sebagai muslim sewajarnya kita menyedari bahawa nikmat kekayaan dan
kesenangan adalah ujian yang amat sukar untuk dihadapi oleh manusia. Ini
kerana biasanya golongan kayalah yang selalunya hanyut dengan kehidupan dan
sanggup melakukan apa sahaja demi menjamin keselamatan harta benda mereka.

Dalam sejarah kebangkitan Islam kita dapati golongan yang paling kuat
menentang dakwah Nabi Muhammad SAW adalah datang dari kalangan bangsawan dan
mereka yang berkedudukan di dalam masyarakat. Ini kerana kekayaan
menyebabkan mereka sombong dan bongkak lantas tidak mahu menerima kebenaran.

Golongan Kedua

Golongan kedua pula ialah golongan miskin. Biasanya golongan ini mempunyai
tanggapan bahawa kesempitan hidup dan kesusahan 

Help Palestine [hidayahnet] ARTIKEL : Patutlah Lelaki Menjadi Semakin Bodoh Dan Tidak Bertanggungjawab

2010-04-26 Terurut Topik BawangGoreng
PETIKAN : http://syurgadidunia.blogspot.com/
Patutlah Lelaki Menjadi Semakin Bodoh Dan Tidak
Bertanggungjawab.http://syurgadidunia.blogspot.com/2009/09/patutlah-lelaki-menjadi-semakin-bodoh.html
 Prestasi pelajar lelaki di sekolah2 baik pun di peringkat universiti
semakin menurun, pelajar2 perempuan semakin menyerlah dan malah bilangan
mereka melebihi pelajar2 lelaki. Jika dirujuk pada statistik di laman web
kementerian 
pendidikahttp://www.mohe.gov.my/web_statistik/index.htm?navcode=NAV038?m=3navcode=NAV038subcode=SUB001lang=ENGn,
kita dapat melihat perbezaan yg ketara antara lelaki dan wanita.

http://1.bp.blogspot.com/_QlR4hl7D3d4/SqiphvAEnbI/B3s/HJ1n4DenZ0s/s1600-h/nisbah-lelaki-wanita-ipt.jpgItu
dari segi pendidikan, bagaimana pula dari segi sikap, tingkah laku dan
perangai kaum yg dinamakan lelaki masa kini? Ramai wanita yang masih tidak
berkahwin lagi kerana alasannya susah nak berjumpa dengan lelaki yg baik.
Remaja2 lelaki makin liar, baik yg masih bersekolah hinggalah yg sudah tamat
persekolahan, dapat dilihat dari kes pukul cikgu hinggalah kepada kes
merempit.

Bagi yg bergelar suami dan ayah pula, ramai wanita2 yg mengeluh dan
mengatakan bahawa suami mereka makin kurang bertanggungjawab. Dari hal
membantu menjaga anak hinggalah kepada urusan kewangan keluarga, wanita
terpaksa berusaha lebih untuk membantu suami yg seolah2 lebih pentingkan
diri sendiri, masih mencari hiburan diluar rumah dan tidak menghiraukan
masaalah2 rumahtangga yg sering dilepaskan kepada pihak isteri.

Mengapakan lelaki seolah2 semakin bodoh, semakin tidak boleh melihat kesan
tindakan yg diambil sekarang terhadap masa depan? Mungkinkah sesuatu telah
berlaku didalam otak2 lelaki zaman sekarang yg menyebabkan mereka menjadi
sedemikian? Manusia moden memandang remeh perintah Allah kerana tidak boleh
nampak kesan dari perbuatan mereka itu, akan tetapi sains sedikit demi
seikit memberikan jawapannya, apa yg diperintahkan Allah itu teramat besar
hikmahnya untuk kebaikan manusia itu sendiri.

Islam tidak membenarkan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan, secara
umumnya untuk mengelakkan zina kerana pergaulan bebas ini adalah benih2 zina
dan Nabi amat melarang sekali menghampiri zina. Apa yg memeranjatkan,
mengikut kajian pakar psikologi dari Radboud University di Belanda (1),
pergaulan antara lelaki dan perempuan membuatkan fungsi kognitif lelaki
(keupayaan untuk memahami/belajar) buat sementara menjadi berkurangan.
Walaupun dikatakan sementara jika pergaulan itu berpanjangan maka
keupayaan untuk memahami sesuatu itu semakin lama semakin ketara. Melihat
pada suasana pergaulan lelaki dan perempuan didalam masyarakat kita bermula
seawal dari zaman persekolahan sekolah, maka tidak hairan lah mengapa wanita
menguasai lelaki dibidang pembelajaran. Patutlah lelaki menjadi semakin
bodoh.

Kajian sekumpulan pakar dari McMaster Universiti di Kanada (2) pula
mendapati, apabila lelaki melihat perempuan yg cantik/menarik atau apa yg
mereka kategori sebagai hot, keupayaan lelaki untuk membuat pilihan bijak
untuk kebaikan masa depan semakin berkurang (discount the future). Lelaki
akan memilih ganjaran masa kini berbanding ganjaran masa depan yg lebih
besar. Ini memberi kesan yg amat besar kepada corak pemikiran lelaki, baik
dari motivasi untuk belajar bersungguh2 di sekolah/universiti, pekerja yg
berdedikasi, suami yg bertanggungjawab hinggalah menjadi ayah yg baik supaya
anak2 menjadi manusia hebat.

Lihatlah pada kebanyakan lelaki zaman ini, lelaki lebih memilih nikmat dunia
berbanding nikmat akhirat, lelaki lebih kreatif mencipta berbagai2 jenis
taktik untuk mengaut keuntungan wang dan harta tanpa memikirkan kesan kepada
masyarakat dan persekitaran, dari judi yg di legalkan (pasaran saham dan
forex), MLM hinggalah ke skim cepat kaya internet. Begitu juga dengan
tanggungjawab terhadap keluarga terutama isteri dan anak2. Tidak mampu lagi
melihat janji2 Allah terhadap hambaNya yg berbuat kebaikan dan beramal soleh
dan meninggalkan yg keji dan haram. Sebab itu ada yg berkata, ala muda lagi,
bila tua nanti bertaubat la.

Ucapan jutaan terimakasih kepada wanita2 yg semakin hari semakin
mementingkan kecantikan, bersolek, berhias sakan untuk menarik perhatian
lelaki hingga ada yg selekeh didepan suami tetapi bila keluar rumah bukan
main hebat lagi. Terimakasih kepada NGO2 wanita yg mempertahankan hak2
feminism berpakaian bebas dan menyuruh lelaki menahan nafsu. Terimakasih
juga kepada media2 TV, filem, majalah dan juga media2 iklan yg menggunakan
wanita dalam hampir semua iklan2 mereka walaupun tiada kena mengena langsung
wanita dan produk berkenaan. Terimakasih juga kepada lelaki2 yg membiarkan
tubuh badan isteri mereka diratah dengan mata oleh lelaki2 yg lain.
Patutlah lelaki menjadi semakin bodoh dan tidak bertanggungjawab.

Jelaslah perintah Allah bagi wanita2 untuk menutup aurat untuk kebaikan
manusia itu sendiri, begitu juga dengan pergaulan bebas antara lelaki dan
wanita. Sistem pendidikan kita diasaskan oleh British, dengan 

Help Palestine [hidayahnet] Teknik mententeramkan insan yang kecewa

2010-04-26 Terurut Topik BawangGoreng
PETiKAN BLOG i FOLLOW : http://resipihidup-bersamasuzana.blogspot.com/

Teknik mententeramkan insan yang
kecewahttp://resipihidup-bersamasuzana.blogspot.com/2010/04/teknik-mententeramkan-insan-yang-kecewa.html
 Pernahkah anda berdepan dengan rakan atau saudara anda yang kecewa? Kecewa
dalam peperiksaan, pekerjaan, percintaan, perkahwinan dan berbagai
kekecewaan lain? Bagaimana reaksi mereka? Sedih adalah perkara biasa.
Menangis juga adalah perkara biasa tetapi tidak boleh dibiarkan berlarutan
kerana mampu mengundang masalah lain pula. Meraung? Menjerit? Marah-marah?
Fenomena ini juga bukan agak luar biasa tetapi adalah melampau. Biasanya,
kekecewaan melampau ini terjadi dalam perhubungan cinta atau perkahwinan.
Perbuatan meraung, menjerit atau marah-marah adalah kesan tekanan melampau
yang dirasai oleh seseorang yang kecewa terhadap sesuatu. Perbuatan ini
perlu dihentikan segera kerana jika dibiarkan, akan membawa padah bukan
sahaja kepada insan yang kecewa sebaliknya kepada insan sekelilingnya juga.

Jika anda berhadapan dengan insan-insan kecewa dan bersikap seperti ini,
anda perlu bertindak untuk mententeramkan mereka. Perkara pertama yang perlu
anda lakukan ialah takluk dan tandingi mereka. Sudah pastilah anda perlu
bersikap lebih agresif berbanding rakan atau saudara anda yang kecewa itu.
Bukan agresif yang negatif sebaliknya yang positif. Jika insan kecewa
tersebut menangis meraung-raung, pegang atau peluk dirinya agar dia rasa
lebih tenang. Jika anda tidak berdaya memegang atau memeluknya, contohnya
insan kecewa yang menangis dan meraung-raung itu adalah rakan atau saudara
berlainan jantina dan tidak ada orang lain bersama anda berdua tika itu,
paksa dia berhenti menangis dan meraung.

Tanyakan, apakah dengan meraung, kecewanya akan hilang? Jika dia putus
cinta, persoalkan apakah dengan meraung, cintanya akan kembali bersatu?
Kenapa perlu meraung sakitkan fikiran dan emosi sendiri kerana insan yang
tak menyayangi dirinya? Tanamkan dalam fikirannya, hidupnya takkan berakhir
walau tanpa insan yang mengecewakan dirinya itu. Dah nyata insan yang
mengecewakan tersebut bukan lelaki atau gadis terbaik untuk dirinya. Minta
dia ingati dan kenang ibu bapa atau siapa sahaja insan tersayang lainnya
yang ada di dalam hidupnya. Apakah perasaan mereka jika melihat dirinya yang
bersikap sedemikian? Sudah tentu mereka juga akan sedih dan kecewa. Apakah
dia sanggup kecewakan orang yang betul-betul ikhlas menyayangi semata-mata
kerana seorang insan penipu?

Mungkin tika ini, anda perlu tinggikan sedikit suara anda. Yang penting,
anda perlu menakluk dan menandingi emosinya tika itu. Insan yang menangis
dan meraung ini terlalu mengikut perasaan hingga tidak mampu memikirkan
perkara lain kecuali kekecewaannya. Tugas dan peranan anda untuk membawa
emosi dan perasaannya ke dunia nyata semula. Sama juga jika insan kecewa
tersebut menjerit atau marah-marah. Tindakan tersebut adalah satu luahan
kekecewaan. Tika ini, anda perlu lawan emosi marah tersebut. Bukan marahkan
sikapnya sebaliknya mengingatkan insan kecewa tersebut agar tidak marahkan
orang lain yang tidak bersalah dan tidak ada kaitan dengan kekecewaannya.

Paling penting, minta dia istighfar ingatkan Allah. Minta rakan anda itu
ucapkan Allah, Allah, Allah berulang kali. InsyaAllah, dalam beberapa ketika
sahaja, dia akan mula tenteram dan tenang. Minta insan kecewa ini mandi dan
sejukkan diri sekaligus sejukkan emosi dan tekanan perasaannya. Anda juga
perlu memantau setiap perlakuan dan perbuatan insan kecewa ini. Jangan
biarkan dia bersendirian. Elakkan daripada membincangkan perkara yang
mengecewakan tersebut jika dia belum bersedia. Dia hanya bersedia jika anda
dapati, dia boleh bercakap mengenai kekecewaan tersebut secara bersahaja.
Hingga tiba saat itu, setiap kali dia cuba luahkan kekecewaannya, minta dia
bertenang dan jangan dikenang lagi kisah-kisah lama yang boleh melukakan
lagi hatinya. Jangan minta dia melupakan sebaliknya elakkan dari memikirkan
kisah-kisah luka tersebut dengan menyibukkan diri dengan pelbagai aktiviti.

Cuba elakkan daripada menyebut perkataan sabar sebab ada tikanya perkataan
sabar ini akan lebih menambahkan kekecewaannya. Kenapa? Semua orang tahu,
sabar adalah perkara yang perlu dipraktikkan dalam setiap agenda kehidupan
tetapi sabar bukanlah perkara yang mudah dilakukan. Bagi insan-insan yang
kecewa, sabar boleh mengundang pelbagai maksud. Ada tikanya, perkataan sabar
mampu didefinisikan sebagai hidupnya sedang berdepan dengan ujian yang maha
berat dan sukar ditangani. Ada juga yang merasakan dia perlu bersendirian
mengharungi hidupnya.

Sebaliknya anda boleh gunakan perkataan tabah, kuat, boleh dan pelbagai lagi
kata-kata semangat dan motivasi. Ceritakan kisah orang lain yang lebih
menyayat hati tetapi orang tersebut mampu meneruskan kehidupan seperti biasa
agar insan kecewa tadi sedar dan tahu, bukan dia sahaja yang diuji oleh
Allah malah ada orang lain yang lebih teruk ujiannya dan mampu meneruskan
hidup dengan ceria. Minta dia 

Help Palestine [hidayahnet] ARTIKEL : IJAB JANGAN TERHIJAB!

2010-04-11 Terurut Topik BawangGoreng
PETIKAN BLOG i FOLLOW : http://genta-rasa.com
IJAB JANGAN TERHIJAB!

* http://gentarasa.files.wordpress.com/2010/03/nikah.jpg
*

**

*Minggu ini terlalu banyak peristiwa yang dialami. Perpisahan, kematian dan
pertemuan. Mudah-mudahan, Allah kurniakan kekuatan untuk menulis semuanya
nanti. Masih sayu kerana kepulangan insan yang banyak berbudi. Semoga rohnya
di tempatkan di kalangan para solehin. *

*Namun, buat pembaca dan pengunjung blog ini, saya tinggalkan satu tulisan…
Ya, buat yang baru bernikah atau yang baru menjadi bapa atau ibu mertua,
terimalah “hadiah” yang tidak sepertinya ini..*.* *

*IJAB JANGAN TERHIJAB!*

Dahulu melafaz qabul, “aku terima nikah…” Sebentar tadi baru melafazkan
ijab, “aku nikahkan akan dikau.” Puluhan tahun berlalu. Jarum waktu bergerak
begitu laju dalam arlogi takdir dan tadbir. Kalau dulu hatiku bergetar
kerana menerima tanggung-jawab, kini hatiku bimbang kerana ’melepaskan’
tanggung-jawab.

Bagaimana, mampukah aku mendidik isteriku? Begitulah suara hati ketika
tanganku bersalaman dengan Qadi puluhan tahun yang lalu. Sejuk, dingin,
terasa meresap ke seluruh anggota. Sejak saat itu ’masjid’ yang dibina
menagih seribu usaha, sejuta setia. Telah banyak kepedihan yang ditagih
menjadi baja keteguhan. Hidup tidak selalu indah, kerana di situlah
keindahan hidup. Yakin hakikat itu… suami-isteri berkayuh air mata menongkah
badai gelora!

Jika matlamat telah tepat, apakah ada pilihan lain selain meneruskan
perjalanan?Layang-layang hanya naik apabila melawan angin, bukan
mengikutnya. Dan begitulah jua hidup ini, dengan ujian barulah naik darjat
kita di sisi Allah.

Hidup selagi hidup. Jangan hidup sebagai bangkai bernyawa, yang hilang
semangat dan upaya.Kata bijak pandai, “jika tidak ada apa yang boleh
menggembirakanmu, jika tidak ada apa yang boleh menyedihkanmu, dan jika
tidak ada apa lagi yang ingin kau perjuangankan dalam hidupmu… Itu
petandanya kau sudah mati.

Zahirnya sahaja kau masih bernyawa, tetapi hakikatnya kau adalah ‘mayat’
dalam keranda maya.” Alhamdulilah, sampai kini aku masih mampu ketawa dan
menangis… masih menyala cita-cita dan harapan… petanda aku masih hidup.

Itu ceritaku sewaktu bernikah dulu. Tetapi kini cerita anakku. Maaf,
hakikatnya ini bukan ceritaku, tetapi cerita kita – rumahtanga ayah-ibu
sebagai pantulan rumahtanga anak-menantu. Ketika ku lepaskan kalimah ijab,
baru kusedar bahawa kekadang ’melepaskan’ tanggungjawab adalah lebih berat
daripada menerimanya. Apakah anakku (dan anakmu jua) akan tega dan rela
menjadi isteri sesetia ibunya? Apakah dia akan menerima segala ’kekurangan’
suami sebagai kesempurnaan dalam rumahtangga?

Tempoh bulan madu akan segera berlalu. Pelangi yang kelihatan indah di atas
kepala kita akan mula berarak ke kepala orang lain. Ingat pesanan ayah-ibu
sejak dahulu: Kebaikan mesti bermula daripada kita.

Hukum lantunan dalam kehidupan tidak akan pernah berubah – orang yang
pertama mendapat manfaat daripada satu kebaikan ialah orang yang
melakukannya. Tangan yang menghulur bunga mawar, pasti berbau harum.
Justeru, jadilah ’tangan itu’.

Memberi akan lebih gembira daripada menerima… dengan syarat pemberian itu
disertai kasih-sayang. Sekiranya, rumah-tanggamu nanti diuji (ingat, ini
pasti)… dan kau dan suami tidak segembira saat ini, renungilah kata-kata
ini: Itu petanda kau sudah kurang ’memberi’ – memberi kasih-sayang,
perhatian, masa, doa dan segalanya.

Mengapa kurang memberi? Jawabnya, kerana tidak gembira untuk memberi.
Mengapa tidak gembira? Jawabnya, kerana kurangnya kasih-sayang. Kenapa
kasih-sayang berkurang? Jawabnya, kerana lemahnya iman. Iman itu sumber
kasih-sayang. Iman itu sumbu pada lentera perkahwinan. Tanpanya, ijab akan
terhijab!

Lalu di hari bahagia mu ketika di satukan, ayah ingin berpesan. Inilah pesan
ayah seadanya:

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi
Allah Tuhan Sekalian Alam. Syukur ke atas anugerah-Nya yang melimpah tanpa
dapat dihitung apatah lagi dibalas oleh hamba-hamba-Nya.

Selawat serta salam kepada Nabi Muhammad SAW yang telah menunjukkan teladan
terbaik sebagai seorang anak, suami, ayah dan datuk yang berjaya memimpin
keluarganya, demi kebahagian dunia dan akhirat.

Hari ini adalah hari yang paling bermakna ayah. Alhamdulillah, sebentar tadi
telah sempurnalah ijab kabul anak ayah. Semoga pernikahan ini diberkati
Allah dengan kebahagiaan berpanjangan dari dunia hinggalah ke syurga. Amin.

Sebagai ayah, hati ayah gembira bercampur sedih. Gembira, kerana anak ayah
telah mendapat pasangan pilihan hatinya dengan direstui oleh ayah. Sedih,
kerana ayah terpaksa melepaskan anak yang selama ini menyejukkan hati.

Sebentar tadi telah berpindahlah amanah dari tangan ayah kepada menantu
ayah. Ayah doakan amanah ini akan dijaga dengan sebaik-baiknya. Jauh di
sudut hati, ayah tetap yakin, Insya-Allah, Allah tidak akan mensia-siakan
harapan itu kerana kau adalah anak yang baik. Allah tidak akan sekali-kali
mengecewakan hamba-Nya yang baik. Insya-Allah.

Pesan ayah kepada 

Help Palestine [hidayahnet] ARTIKEL : BERCINTALAH BERKALI-KALI

2010-04-06 Terurut Topik BawangGoreng
PETIKAN BLOG i FOLLOW : Genta-Rasa http://genta-rasa.com/
BERCINTALAH BERKALI-KALI

http://gentarasa.files.wordpress.com/2010/01/happiness-in-perpetuity-paul-bond.jpg


Melalui pengalaman, semakin meningkat usia perkahwinan perempuan jadi
semakin becok tetapi lelaki sebaliknya jadi semakin pendiam. Watak wanita
yang pemalu bertukar menjadi peleter kerana kerenah anak-anak dan urusan
rumah tangga yang terus bertambah dan bertambah – perjuangan yang tidak
selesai-selesai. Manakala lelaki yang dulunya, ceria dan banyak cakap,
perlahan-lahan menjadi pendiam (ada kalanya muram) apabila beban
penanggungan keluarga semakin bertambah.

Ya, jika tidak dikawal, ujian dan beban rumah tangga akan menyebabkan suami
isteri menjadi semakin “bisu”. Isteri mungkin sibuk bercakap itu dan ini
dengan anak-anak tetapi kehilangan suara dan kata bila berdepan dengan
suami. Suami apatah lagi, jika di luar rumah pun sudah semakin pendiam di
dalam rumah lebih-lebih lagi. “Mati kutu” memanjang.

*Pernahkah kita kehilangan kata-kata apabila bertemu dengan isteri atau
suami?* Bukan hendak menyebut kata-kata sayang, cinta dan kasih lagi, malah
sekadar untuk bertanya khabar pun sudah terlalu berat. Lidah jadi bungkam.
Seolah-olah tidak ada apa-apa yang hendak diperkatakan lagi. Lalu rumah
tangga menjadi sepi. Masing-masing leka dengan hal sendiri. Seolah-olah
sudah tidak ada apa lagi yang boleh dikongsi.

Kekadang perasaan itu datang kerana kerap kali apabila suami bersuara hendak
meluahkan masalah, isteri membalasnya dengan selamba. Ah, masalah aku lebih
besar. Atau terdetik di hati, balik-balik yang itu juga. Bosan. Begitu juga
bagi pihak suami, sudah lali mendengar “siaran ulangan” yang kerap
diperdengarkan isteri. Masalah anak, masalah kesihatan, masalah wang… tidak
ada cerita baru!

Ada kalanya duduknya rapat-rapat, tetapi sudah tidak bertemu lagi.
Masing-masing menonton TV, dari awal rancangan hinggalah tamat siaran,
tetapi tidak ada yang dibualkan. Tidak ada yang dapat dikongsikan. Boleh
jadi dalam kereta, si suami sibuk memandu, di sebelahnya isteri membisu.
Muram tanpa reaksi atau respons. Mujur masih ada anak-anak yang menjadi
“mediator” secara tidak rasmi, terhubung jugalah kata-kata atas apa yang
ditimbulkannya. Bila anak tiada, keadaan pun menjadi sepi semula.

Oh, maaf… saya tidak bercakap tentang “orang baru” yang masih berbulan madu,
ketika itu segala-galanya indah sahaja. Perkara yang kecilpun boleh menjadi
topik perbualan yang berjela-jela. Sejak senja melabuh tirainya hingga
terkuak mentari pagi, cerita tidak habis-habis lagi. Ini cerita orang lama.
*Apakah kehilangan kata-kata menunjukkan kehilangan cinta?* Mana yang lebih
tepat, cinta yang melahirkan kata-kata atau kata-kata yang melahirkan cinta?

Bagi saya, kedua-duanya betul dan patut dipraktikkan. Benar, sewaktu mula
bercinta dahulu, cintalah yang melahirkan kata-kata, tetapi apabila cinta
telah lama bermula dan ingin diperbaharui semula, kata-katalah yang perlu
diluahkan untuk mengharumkan cinta. *Ingat kita bercinta bukan hanya sekali
tetapi kita perlu bercinta berkali-kali.*

Apa maksudnya? Maksudnya, kita perlu bercinta berkali-kali dengan orang yang
sama (isteri kita). Cinta itu perlu diperbaharui. Perbaharuilah cinta dengan
luahan kata-kata yang baik. Jangan membisu, jangan menjadi tuli. Sentiasa
jadi lidah yang menuturkan kata-kata yang baik dan telinga yang sentiasa
terbuka mendengarnya.

Kata bijak pandai, the first duty of love is to hear – tugas cinta yang
pertama ialah untuk mendengar. Itu betul, tetapi jika tidak ada apa yang
hendak diperkatakan apa pula yang hendak kita dengarkan? Jadi untuk menjadi
pendengar, mesti ada “penuturnya”. Kata-kata yang baik umpama sedekah, kita
mesti ringan mulut untuk memulakannya. Ada kalanya berdiam diri tidak
terpuji, apatah lagi jika sudah ke tahap menimbulkan sangsi.

Ada orang yang petah dan becok bercakap dengan orang lain di tempat kerja,
tetapi bertukar jadi pendiam di dalam keluarga sendiri. Sikap peramahnya
boleh bertukar jadi pemarah bila di rumah. Marah yang tertahan itulah
kekadang menimbulkan diam yang panjang. Lama-kelamaan, jika tidak diuruskan
baik, marah terpendam akan menjadi dendam. Dendam itulah yang akan
mewujudkan diam yang panjang!

Di dalam ilmu pengurusan komunikasi ada hukum yang dinamakan “hukum 24 jam”.
Hukum ini menyatakan jangan dibiarkan krisis yang berlaku antara rakan
sekerja melepasi temph 24 jam. Mesti ada di antara mereka (seelok-eloknya
kedua-duanya) bertindak memecahkan kebuntuan itu dengan mengambil inisiatif
menegur, memandang atau memberikan sebarang reaksi atau petunjuk ingin
berbaik-baik semula.

*Jangan malu alah untuk memulakan. *Justeru, jika tempoh 24 jam sudah
berlalu, dan tidak ada sebarang inisiatif dilakukan, maka peluang untuk
berbaik-baik semula akan menjadi lebih sukar. Maka begitulah dalam sebuah
rumah tangga, teguran dan percakapan yang pertama untuk mengujudkan
kemesraan semula setelah lama membisu adalah sangat mahal harganya. *Percayalah
inilah termasuk 

Help Palestine [hidayahnet] ARTIKEL : Penyakit berbahaya akibat jarang dibelai isteri

2010-03-29 Terurut Topik BawangGoreng
 Penyakit berbahaya akibat jarang dibelai
isterihttp://laman-seri.blogspot.com/2010/03/penyakit-berbahaya-akibat-jarang.html

http://laman-seri.blogspot.com/2010/03/penyakit-berbahaya-akibat-jarang.html

http://4.bp.blogspot.com/_oV1RUxbNq84/S6L7xgYhEWI/DtM/0rTiscyKlNo/s1600-h/romantic+couple.jpg
Assalamualaikum warahmatullah,

Benarkah lelaki curang sebab isteri malas membelai? Lelaki selalunya akan
memberikan alasan isteri tidak lagi memberikan perhatian atau isteri tidak
lagi mengancam atau isteri itu ini begitu begini, untuk menghalalkan
tindakan mengapa mereka curang. Zalim sungguh kaum Adam, ya. Biar seribu
alasan yang boleh mereka beri, saya ingin mengajak kaum Hawa dan kaum Adam
meluangkan sedikit masa membaca entry kali ini.

Isteri diciptakan untuk menenteramkan hati suami. Seberapa berat pun tugas
dan peranannya dalam rumahtangga, isteri yang baik akan sentiasa bersedia
menyediakan hatinya untuk suami merasakan keselesaan. Mengapa hati? Ya,
kerana hati anda adalah punca kesempurnaan keperibadian anda di sisi suami.

Bayangkanlah jika hati anda sakit, mesti porak peranda isi rumah, anak-anak
disakiti perasaannya, suami pula umpama penjenayah yang dimusuhi. Tiada
sedikit pun kebaikan suami yang diingat, semua terkubur hanya kerana anda
tidak puas hati dengan kesalahan remeh yang dilakukannya.

Jika hati isteri sakit, dia hanya mahu suami memujuk dan membelai, mengalah
dan kalau boleh mencium kaki meminta maaf. Tetapi, dia tidak sedar bahawa
suami pun memiliki hati yang akan terluka jika terus menerus ditekan dan
dipersalahkan atas semua konflik yang berlaku.

Suami juga manusia yang perlukan belaian, kasih sayang dan teman untuk
berkongsi rasa. Dia bukanlah sebuah robot yang hanya tahu menjalankan
tanggungjawap, menyelesaikan tugasan dan menyediakan diri untuk semata-mata
berkhidmat. Suami dan isteri hakikatnya sama-sama memiliki perasaan dan akal
fikiran.

Satu kelemahan yang amat ketara dalam diri suami dan isteri adalah kurangnya
kemahiran membelai pasangan. Bukan hanya isteri yang mempunyai masalah
sebegini, suami pula kadang-kadang memandang remeh masalah ‘sentuhan’ ke
jiwa isteri.

Beban kerja di pejabat yang sudah terlalu berat, ditambah pula usaha mencari
pendapatan sampingan di luar waktu pejabat yang memenatkan fikiran dan tubuh
badan, di rumah suami mesti bertarung pula untuk mempastikan perasaan isteri
tidak tercedera. Masa amat mencemburui mereka berdua, kadang-kadang sentuhan
dan belaian yang diberi seolah-olah sekadar basa-basi sahaja. Lebih teruk
lagi, mereka telah kepenatan dengan komitmen lain sehingga sama-sama rela
tidak dibelai dan membelai.

Apabila mereka lebih banyak menghabiskan waktu dengan teman sekerja dalam
menjalinkan hubungan sosial dengan orang lain, maka tiada maknanya
perkahwinan itu berdiri. Masing-masing tidak mampu menjalankan fungsi dan
tanggungjawapnya kepada pasangan.

Akibatnya terjadi banyak perceraian dalam kehidupan metropolitan yang
mencabar iman kerana suami dan isteri tidak memiliki masa yang cukup untuk
bersama. Sebenarnya benang yang kusut itu dapat dileraikan jika mereka mahu
berusaha dan bekerja keras mendapatkan kembali belaian dari pasangan
masing-masing. Jadi bagaimana teknik membelai pasangan untuk mereka yang
sibuk?

Berjanjilah untuk menjayakan pertemuan dengan gembira

Sudahlah jarang bersama, masing-masing kepenatan jadi apabila bertemu, ambil
peluang pula untuk bercakaran. Simpan dulu rasa tidak puas hati terhadap
pasangan, tinggalkan dulu pakaian dari dunia luar sana yang penuh tekanan
dan kesedihan, gantilah dengan baju baru, suasana baru dan pembawaan imej
diri yang segar, ceria dan gembira.

Bukan anda seorang saja yang mesti melakukannya, tapi buatlah ‘aku janji’
dengan pasangan anda jika bertemu, kedua-duanya mesti melupakan kesedihan
dan stress dari luar rumah. Pertemuan yang indah tidak akan berjaya jika
suami melampiaskan kemarahannya kepada isteri akibat tekanan dari luar,
begitu pula isteri yang suka merungut di depan suami semua serba tak cukup,
susah dan mengadu perkara-perkara yang tak sedap didengar telinga suami.
Cubalah berjanji dengan pasangan, setiap kali bertemu, anda berdua mesti
melupakan kesedihan dan tekanan sebaliknya meraikan pasangan dengan gembira.

Singkirkan gangguan yang menjejaskan misi romantik

Suami perlu bersedia apabila berjumpa isteri, begitu juga dengan isteri,
sekurang-kurangnya menyikat rambut dan memakai pakaian yang wangi dan
cantik. Mereka mesti pandai membangkitkan syahwat pasangannya dengan
pelbagai gaya romantik, tidak semestinya berakhir dengan hubungan seks,
sekurang-kurangnya sentuhan dan belaian ikhlas itu boleh menenteramkan hati.

Singkirkan rasa malu, takut bertepuk sebelah tangan dan keraguan untuk
membelai pasangan. Kalau anda tidak mulakan, Mungkin tiada peluang lagi
untuk memperbaiki hubungan. Kalau suami mengeluh kepenatan, anda boleh
melakukan urutan untuk melegakannya. Suami mesti adil jika isteri
mennyentuh, sekurang-kurangnya berikanlah respons positif.

Jangan 

Help Palestine [hidayahnet] RENUNGAN : Jangan Kedekut Memberi Ilmu

2010-03-29 Terurut Topik BawangGoreng
PETIKAN : http://laman-seri.blogspot.com
 Jangan Kedekut Memberi
Ilmuhttp://laman-seri.blogspot.com/2009/07/jangan-kedekut-memberi-ilmu.html

  http://laman-seri.blogspot.com/2009/07/jangan-kedekut-memberi-ilmu.html

http://1.bp.blogspot.com/_oV1RUxbNq84/S6l2kxFO1LI/DxU/dw1G_XxCFrg/s1600-h/ilmu2.jpg
Assalamualaikum warahmatullah,

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Sesiapa yang ditanya tentang ilmu
lalu dia menyembunyikannya akan diikat mulutnya (meletakkan kekang di
mulutnya seperti kuda) dengan kekang dari api neraka pada Hari Kiamat.” (Hadis
riwayat Abu Daud dan at-Tirmidzi)

Huraian :

1. Islam sangat menghargai ilmu dan ulama (ilmuwan), sehingga kedudukan ilmu
dan ulama sangat tinggi dan mulia dalam parameter Islam. Allah SWT telah
berfirman yang bermaksud, “Hai orang-orang yang beriman, apabila dikatakan
kepadamu, “Berlapang-lapanglah dalam majlis”, maka lapangkanlah, nescaya
Allah akan memberi kelapangan untukmu. Dan apabila dikatakan, “Berdirilah
kamu, maka berdirilah, nescaya Allah akan meninggikan orang-orang yang
beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa
darjat.” Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (Surah
al-Mujaadalah [058], ayat 11)

2. Kerana kedudukan ilmu yang sedemikian tingginya, maka Islam mewajibkan
umatnya untuk mempelajari ilmu, sehingga diharapkan mereka bekerja
berdasarkan ilmunya, bukan sekadar mengikuti seseorang tanpa tujuan

3. Berjihad dalam ilmu maksudnya ialah bersungguh-sungguh membentuk
masyarakat dari segi ilmu pengetahuan dan peradaban yang berguna serta
memberikan gambaran yang betul tentangnya tanpa merasa iri hati atau tamak
kerana orang yang memberikan ilmu berupa petunjuk akan dikurniakan balasan
pahala dan kebaikan sama seperti orang yang mengamal ilmu tersebut.

Renung-renungkan!

--
~ 睡眠不足のママ ~
http://laman-seri.blogspot.com
http://little-kiosk.blogspot.com
Everyone thinks of changing the world, but no one thinks of changing
himself. – Leo Tolstoy


Firman Allah SWT :
[7:179] Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahanam kebanyakan
dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya
untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak
dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka
mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat
Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi.
Mereka itulah orang-orang yang lalai.

Hadis Rasulullah SAW:
Dari Abu Hurairah r.a., dari Rasulullah SAW., sabdanya: Siapa yang tasbih
tiga puluh tiga kali, tahmid tiga puluh tiga kali, takbir tiga puluh tiga
kali, jadi jumlahnya sembilan puluh sembilan kali, kemudian dicukupkannya
seratus dengan membaca: La ilaha illallahu wahdahu la syarikalahu lahul
mulku wa lahul hamdu wa huwa 'ala kulli syai-in qadir. Maka diampuni Allah
segala kesalahannya, walaupun sebanyak buih di lautan. (Hadis riwayat
Muslim)



Help Palestine [hidayahnet] ARTiKEL : Bahasa Khutbah

2010-03-28 Terurut Topik BawangGoreng
PETIKAN : BLOG i FOLLOW  http://soulpower-kuasajiwa.blogspot.com/
Bahasa 
Khutbahhttp://soulpower-kuasajiwa.blogspot.com/2010/03/bahasa-khutbah.html

http://3.bp.blogspot.com/_8yD4FWiuJfM/S6bi0rXcGZI/AQ4/O60b4qfVrrg/s1600-h/1.gif
*Jika kamu berkata-kata kepada kawan kamu ketika imam berkhutbah pada hari
Jumaat walaupun dengan perkataan 'Diam', maka laghalah (sia-sia) dia.*
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Begitulah ingatan yang sering kedengaran sebelum khatib memulakan khutbah.
Malangnya biar berbuih ingatan diberikan tetap juga kita mendengar
suara-suara ‘khatib’ di belakang berbicara pelbagai perkara hingga
adakalanya mengganggu khutbah sebenar.

Saya terbaca di satu forum yang mana ada menyebutkan bahawa Nabi pernah
bersabda : Barang siapa yang bercakap-cakap ketika Imam sedang membaca
khutbah (Jumaat), maka dia bagaikan seekor keldai yang membawa kitab-kitab
dan sesiapa yang berkata diam (kepada rakannya yang bercakap) tiadalah
Jumaat baginya, Jumaatnya tidak sempurna. (Imam Ahmad).

Saya melihat dengan jelas akan duduk perkara khutbah di sini yang sebenarnya
perlu kita ikuti dan fahami untuk mengubah sikap kita seminggu mendatang.

Khutbah bagi saya adalah satu ceramah motivasi yang baik, juga merupakan
ruang untuk saling ingat mengingat hal-hal kebaikan serta waktu terbaik
untuk mendapatkan ilmu baru. Saya sendiri adakalanya akan membawa buku nota
ketika khutbah dan mencatat isi kandungan yang dapat saya amalkan dan
hayati. Kadangkala hal itu menjadi satu kepelikan teman-teman di sebelah
apabila melihat nota khutbah dicatat. Saya berpendapat bahawa di waktu
khutbah jumaat, banyak perkara yang sebenarnya dapat kita pelajari dan
kalaupun perkara tersebut sudah kita ketahui namun tidak menjadi kesalahan
jika catatan itu bakal memberi peringatan untuk kita seminggu mendatang.

Jika kita perhatikan suasana jemaah sewaktu khutbah, pelbagai ragam yang
dapat kita lihat. Tetapi lebih ramai yang kita lihat menundukkan kepala
mereka, mungkin mereka khusyuk mendengar atau khusyuk nak tidur. Saya sering
berkata yang waktu khutbah adalah waktu awal tidur kerana waktu itu kita
lihat ramai sekali yang menguap dan mengantuk bahkan ada yang tidak sedar
ketika khutbah dibacakan. Salah siapakah hingga berlakukan situasi
sedemikian, adakah salah jemaah yang datang berjumaat atau salah khatib yang
membaca tanpa minat.

Saya cuba membicarakan hal ini pada kali ini semoga kita beroleh satu
dimensi baru dalam khutbah jumaat baik untuk para jemaah mahupun untuk para
khatib yang saya hormati. Saya berpandangan waktu khutbah jumaat adalah
waktu yang paling sesuai untuk mengumpulkan para muslimin untuk mendengar
keilmuan baru, ingatan yang baru, serta motivasi diri yang baru yang
insyaAllah dapat diisikan dalam minda pendengar dan seterusnya mungkin dapat
pula disampaikan pada seisi rumah agar ilmu tersebut berpanjangan.

Dalam erti kata yang lebih mudah, saya berpandangan bahawa khutbah merupakan
majlis ilmu yang baik namun persoalannya mengapa ketika itu ramai yang
mengantuk bahkan tertidur. Jika soalan ini ditanya, maka jawapan yang saya
rasa hampir didengar adalah waktu itu syaitan datang mengganggu. Jika kita
tahu waktu itu syaitan mahu datang mengganggu mengapa tidak kita persiapkan
diri untuk menepis segala gangguan. Kita begitu mudah memberikan jawapan
tetapi begitu sukar merungkaikan persoalan.

Kita mudah diganggu kerana kita lemah, lemah dalaman hingga membawa kelesuan
fikiran serta keletihan badan. Jika saya ditanya akan soalan sedemikian,
maka saya menjawabnya dalam dua pandangan. Pertama, jemaah dan kedua ialah
khatib yang bertugas.

1) Jemaah
Pernahkah kita duduk di sebelah seorang yang menguap dan tidak lama kemudian
kita pun terikut menguap?.. dalam keadaan ini *anda dikatakan sedang
melakukan kalibrasi dengan jiran anda* itu. Walaupun pada keadaan tersebut
anda sebenarnya tidak mengatuk namun akibat kalibrasi yang terjadi tanpa
anda sedari telah membuatkan anda menjadi mengantuk sama. Jika anda berada
dalam keadaan bosan, tidak keterlaluan jika saya katakan yang jiran anda
juga akan turut merasa tempiasnya. Hal ini saya gelarkan kalibrasi gelombang
otak.

Biar apapun yang anda panggil tetapi yang jelasnya keadaan anda serta
gelombang otak anda ternyata dapat mempengaruhi jiran anda. Jika seorang
dari ahli jemaah masuk ke lapangan solat dalam keadaan malas, bosan dan
mengantuk, maka secara hukum alamnya mereka yang berada di sekelilingnya
akan turut merasa begitu jika kita tidak dapat mempertahankan kedudukan
gelombang otak yang betul. Apa yang pasti tidak ramai dari masyarakat kita
memahami keadaan ini lantas mereka tanpa sedar menyumbang kepada keadaan
jemaah sekeliling dalam lapangan solat terutamanya ketika khutbah mula
dibacakan.

Saya mempunyai pendapat yang agak berlainan dan jika ada yang ingin
membetulkan pandangan saya, saya begitu berbesar hati demi kebaikan ummah,
saya berpendapat bahawa jika kita memasuki ruangan solat dalam keadaan
terpaksa, mengatuk, malas atau dengan membawa sekali 

Help Palestine [hidayahnet] ARTIKEL : Kaedah umum didik anak - lelaki perempuan

2010-03-28 Terurut Topik BawangGoreng
PETIKAN : http://laman-seri.blogspot.com/
Kaedah umum didik anak - lelaki 
perempuanhttp://laman-seri.blogspot.com/2010/03/kaedah-umum-didik-anak-lelaki-perempuan.html

http://laman-seri.blogspot.com/2010/03/kaedah-umum-didik-anak-lelaki-perempuan.html
 
http://1.bp.blogspot.com/_oV1RUxbNq84/S6G5h5bWdlI/Dsk/w0GPzBBmKL0/s1600-h/innocent.jpg
Assalamualaikum warahmatullah,

Akhir-akhir ini kita disajikan dengan kisah anak-anak yang derhaka kepada
ibu bapa sendiri. Si Tanggang versi moden ini tegar menginggalkan ibu/ayah
tua di pusat dialysis, perhentian bas, rumah orang tua dan sebagainya.
Mengapa anak-anak zaman sekarang tidak tahu dan tidak mahu mengenang budi
ibu dan ayah yang telah banyak menabur jasa dan bersusah-payah membesarkan
anak-anak sehingga anak-anak ini dapat hidup dengan selesa dan sempurna?

Tidak dapat kita nafikan, ada kalanya kita fikir ibu dan ayah tadi telah
menjalankan tanggungjawab dengan sempurna, mungkin ini sudah takdirnya diuji
begitu. Tetapi benarkah ibu bapa sudah memberikan didikan yang sempurna
didikan kepada anak-anak? Saya percaya, jika anak-anak diberi didikan yang
cukup mantap dalam agama, insya Allah, kisah si Tanggang moden ini dapat
kita minimumkan. Mari kita refresh didikan asas untuk anak-anak dan
kenal-pasti kelemahan yang masih kita perbaiki.

Dari segi prinsip dan perkara pokok dalam didikan, mendidik anak lelaki dan
anak perempuan sama saja. Tanggungjawab ibu bapa Mukmin dalam soal ini ialah
memberi sebaik-baik didikan sebagaimana yang Allah dan Rasul
kehendaki.Kemudian menyerahkan hasilnya kepada Allah – sama ada anak
itu ‘menjadi’
atau tidak. Kerana setiap kita akan ditanya oleh Allah SWT di hari akhirat
nanti berkenaan amanah dan tanggungjawab yang dipikulkan di pundak kita.
Memberi didikan yang baik dan sempurna ini adalah hak paling utama bagi
anak-anak yang wajib ditunaikan oleh ibu bapa.

Kesedaran ibu bapa secara mendalam terhadap hak pendidikan anak-anak ini
sangat perlu dan penting bagi memelihara zuriat dan keturunan mereka
daripada kehinaan, kerendahan dan kejahilan. Untuk itu, ibu bapa perlu
memahami paling tidak perkara yang dikira asas ilmu pendidikan itu sendiri.
Dengan itu, tidaklah kita hanya menyerahkan bulat-bulat anak kita kepada
sekolah dan guru-guru. [NB: Saya masih ingat lagi pada hari pertama saya
menghadirkan diri ke sekolah anak pada awal tahun ini (anak sulong masuk
Pra-sekolah) guru besar sekolah anak berulang-ulang kali berpesan dalam
ucapan alu-aluannya, “Ibu bapa adalah guru pertama dan utama dalam setiap
anak. Kami sebagai guru cuma pemegang amanah kedua selepas ibu bapa dan
bertanggungjawab terhadap anak-anak dalam masa yang ditetapkan sahaja.”
Maksudnya, guru cuma memegang amanah dalam lingkungan masa anak berada di
sekolah sahaja, sepanjang waktu selain dari waktu sekolah adalah
tanggungjawab mutlak ibu bapa anak-anak itu sendiri.]

Dalam soal mendidik anak lelaki dan anak perempuan, kaedah yang digunakan
ada yang berbentuk umum dan ada yang berbentuk khusus. Bila dikatakan kaedah
umum, maksudnya ada kaedah pendidikan yang sama dikongsi anak lelaki dan
anak perempuan. Kaedah khusus pula adalah kaedah yang hanya tertentu kepada
anak lelaki atau anak perempuan sahaja – sesuai dengan fitrah, tanggungjawab
dan peranan mereka yang berbeza.

Kaedah umum dalam mendidik anak-anak, baik yang lelaki atau perempuan,
meliputi perkara-perkara berikut:

1. Mendidik iman dan akidah yang hak

a. Mengenalkan Allah – Lahir sahaja anak ke dunia, biarlah perkataan pertama
yang didengarinya adalah sebutan nama Allah. Sebab itu disunatkan azan di
telinga kanan, iqamah di telinga kiri bayi sama ada bayi lelaki atau
perempuan. Sabda Rasulullah SAW, “Bukakanlah (baca dan ucapkanlah) kepada
anak-anak kamu kalimat pertama dengan La ilaha illallah.” (Hadis riwayat
al-Hakim daripada Ibnu Abbas r.a.)

b. Mentaati Allah – Ini merupakan didikan iman paling asas selepas
mengenalkan anak-anak kepada Allah. Sabda Rasulullah SAW : “Perintahkanlah
anak-anak kamu untuk mentaati perintah-perintah dan menjauhi
larangan-larangan. Sebab hal itu akan melepaskan mereka dari seksa
neraka.”(Hadis riwayat Ibnu Jarir)

c. Tidak mensyirikkan Allah – Ini penting untuk membersihkan akidah anak,
sebagaimana nasihat Luqmanul Hakim kepada anaknya: “Wahai anak kesayanganku,
janganlah kamu menyekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, sesungguhnya
perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar.”

Sehubungan itu, ibu bapa harus menanamkan pada jiwa anak-anak hakikat
seluruh Rukun Iman yang enam dengan sebaik-baiknya.

2. Memberi nama yang elok dan melakukan akikah

Nama yang elok berperanan membentuk peribadi anak. Mengenai akikah, sabda
Rasulullah SAW : “Setiap anak tergadai akikahnya dengan disembelihkan
akikahnya pada hari ketujuh kelahirannya. Pada hari itu ia dicukur dan
diberi nama.” (Hadis riwayat Imam Ahmad dan Imam yang empat)

3. Mendidik asas hukum syarak yang berkaitan dengan kehidupan
sehariannya.Antaranya:

a. Hukum-hukum Islam yang lima (wajib, sunat, 

Help Palestine [hidayahnet] ARTIKEL : Pendidikan seks ikut Islam tangani kemelut sosial

2010-03-28 Terurut Topik BawangGoreng
 Pendidikan seks ikut Islam tangani kemelut
sosialhttp://laman-seri.blogspot.com/2010/03/pendidikan-seks-ikut-islam-tangani.html

http://laman-seri.blogspot.com/2010/03/pendidikan-seks-ikut-islam-tangani.html
 
http://4.bp.blogspot.com/_oV1RUxbNq84/S6iaGHNNdGI/Dwk/WB09pfizVX4/s1600-h/man-woman-symbols.jpg
*
Ibu bapa perlu didik anak mengenai aurat, hubungan berlainan jantina elak
terjebak maksiat
*
ISLAM agama yang indah, lengkap dan memenuhi aspek kehidupan sejagat. Tiada
satu persoalan pun dalam kehidupan di dunia ini melainkan Islam menyediakan
garis panduan, peraturan dan penyelesaiannya supaya manusia menjalani
kehidupan dengan sejahtera.

Antaranya ialah persoalan seks. Apabila *berbicara mengenai seks, Islam
menganjurkan umatnya bertanya segala masalah itu kepada orang yang lebih
alim*. Saidatina Aisyah memuji sifat wanita Ansar yang berani bertanya
Rasulullah dalam masalah agama yang mereka tidak ketahui. Tambahan pula
persoalan seks amat berkait rapat dengan soal maruah yang menjadi satu
daripada enam perkara asasi dan tonggak kesejahteraan serta keamanan sejagat
selain agama, harta, nyawa, akal dan keturunan. *Pengabaian persoalan seks
dikatakan antara faktor menyumbang kepada kemelut sosial yang semakin
meruncing di kalangan masyarakat kini*. Justeru, pendidikan seks perlu
diberi perhatian yang serius oleh ibu bapa secara khususnya ketika mendidik
anak supaya mereka menjadi insan yang bertakwa kepada Allah.

Seks memainkan peranan penting dalam kehidupan manusia. Menurut kamus, seks
ialah keinginan nafsu syahwat yang disalurkan pada tempat sebenarnya. Dengan
nafsu syahwat inilah keturunan manusia dilanjutkan. Sehubungan itu, *Islam
tidak ketinggalan menyediakan garis panduan kepada manusia supaya mendidik
nafsu syahwat selaras nilai Islam sehingga berubah menjadi nafsu yang
dirahmati dan diredai Allah*. Dari sini, baru terbina sebuah mahligai rumah
tangga yang bahagia dihiasi haruman sakinah , mawaddah dan rahmah. Dari
institusi kekeluargaan inilah, lahir generasi manusia yang akan menyambung
keturunan untuk terus mentaati perintah Allah dan menjauhi larangan-Nya.

Menurut perspektif Islam, pendidikan seks sebahagian daripada pendidikan
akhlak yang didasari asas iman. Contoh, seorang Muslim yang beriman tidak
akan menyalurkan naluri keinginan seks untuk berzina atau melakukan seks
bebas, berkhalwat dan sebagainya. *Pendek kata, iman bertindak sebagai
perisai utuh menghalang seorang Muslim melakukan larangan Allah*. Sebaliknya
iman tohor menyebabkan mereka bertuhankan hawa nafsunya dan sanggup
melakukan apa saja asalkan dapat memuaskan kehendak hawa nafsunya.

Konsep awal pendidikan seks dalam Islam dimulai dengan pengertian aurat
iaitu bahagian tubuh yang wajib ditutup, tidak boleh diperlihatkan dan kita
pun tidak boleh melihat aurat orang lain. Bagi lelaki, auratnya antara pusat
hingga ke paras lutut. Aurat wanita pula seluruh tubuhnya kecuali muka dan
dua tapak tangan. Dalam hal ini, tiada kelonggaran atau keuzuran bagi
seseorang mendedahkan aurat kepada orang lain kecuali untuk tujuan perubatan
dan sebab yang dibenarkan syarak.

Malah aurat adalah bahagian tubuh yang boleh membangkitkan nafsu syahwat.
Sebab itu, Islam memerintahkan umatnya menutup aurat supaya tidak terdedah
kepada gejala terlarang.

Seterusnya, *Islam memerintahkan ibu bapa memisahkan tempat tidur anak
mereka apabila sampai masa dengan menyediakan bilik khusus untuk anak lelaki
dan anak perempuan*. Ini berdasarkan hadis Rasulullah bermaksud: “Suruhlah
anak kamu menunaikan solat apabila berusia tujuh tahun dan pukul mereka
apabila berusia sepuluh tahun (jika masih belum menunaikan solat) serta
asingkan tempat tidur mereka.” (HR Tirmizi dan Abu Daud).

Selain itu, *anak sewajarnya dijelaskan adab sopan dalam rumah dan luar
rumah*. Ibu bapa perlu mendidik mereka sejak kecil mengenai *adab meminta
izin dalam rumah tangga* iaitu meminta izin untuk masuk ke bilik ibu
bapanya. Dalam hal ini, Allah berfirman maksudnya: “Dan apabila kanak-kanak
dari kalangan kamu telah baligh, maka hendaklah mereka meminta izin sama
seperti cara orang-orang (yang telah cukup umurnya) yang tersebut dahulu
meminta izin.” (Surah al-Nur: 59)

*Pendidikan seks juga bererti mendidik diri anak dan orang dewasa sentiasa
menjaga pandangan mata*. Ini bermakna *seorang Muslim dilarang memandang
benda haram seperti menonton filem lucah, membaca bahan lucah, melihat
gambar seks dan sebagainya*. Malah, *lelaki wajib menundukkan pandangannya
apabila melihat perempuan* seperti dinyatakan Allah dalam (Surah al-Nur: 30)
yang bermaksud: “Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang lelaki yang
beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang
haram) dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi
mereka. Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuan-Nya tentang apa yang
mereka kerjakan.”

Perintah menundukkan pandangan mata bukan hanya kepada lelaki malah *perempuan
yang turut dituntut memelihara aurat dan kehormatan 

Help Palestine [hidayahnet] KOMEN : JANGAN rampas zaman kanak-kanak!

2010-03-24 Terurut Topik BawangGoreng
JANGAN rampas zaman
kanak-kanak!http://laman-seri.blogspot.com/2010/03/jangan-rampas-zaman-kanak-kanak.html


http://4.bp.blogspot.com/_oV1RUxbNq84/S6Mfgid8ddI/Dtc/awNlwGtx6o8/s1600-h/sitinurzubaidah.jpgTragedi
Siti Nur Zubaidah

Assalamualaikum warahmatullah,

Saya sedikit ketinggalan untuk memberi komen tentang hal ini kerana
kesuntukan masa dan sibuk pula membaca artikel tentang ini dari pelbagai
sumber untuk mendapatkan info yang tepat tentang ‘tragedi’ ini. Mengapa saya
sebut ‘tragedi’, ya? Masakan tidak, saya sebut tragedi kerana kanak-kanak
berusia 11 tahun ini diculik dan dilarikan oleh ‘suami’ selama 20 hari dan
ditinggalkan pula seorang diri di sebuah surau yang jauh beratus kilometer
dari kampung halamannya, dalam keadaan lapar dan ketakutan. Bagaimanakah
perasaan anda sebagai seorang ibu... CORRECTION : Bagaimanakah perasaan anda
sebagai seorang ayah tegar ‘melepaskan’ anak gadis suntinya mengikut ‘suami’
yang 30 tahun lebih tua [sebaya anda, lah!] dan sudah beristeri pula?

Sehingga entry ini dimasukkan, saya terbaca di Hmetro 19/03/2010, Siti Nur
Zubaidah masih trauma, kelihatan sugul dan enggan bercakap dengan ahli
keluarganya, terutama ayahnya. Saya dapat bayangkan, kepercayaan dan
perasaan bergantung harap anak ini terhadap ibu dan ayahnya telah HILANG
sama sekali! Sanggupkah kita menenggut kepercayaan anak-anak terhadap diri
kita sendiri? Bagaimanakah masa depan kanak-kanak ini jika dia tidak lagi
mempercayai ibu dan ayahnya sendiri?

Saya masih ingat ketika berusia 10~11 tahun, saya masih tidak tahu memasak,
segala keperluan saya seperti pakaian, makanan dan minuman semuanya
disediakan mak. [NB: Saya start belajar memasak ketika usia 19 tahun...
hik.. hik... Itupun sebab merantau ke negara orang dan terpaksa berdikari].
Apa yang saya buat cuma belajar, bermain teng-teng, zero-point, konda-konde,
batu seremban, menonggang basikal dan belajar, serta sekali sekala menonton
TV cerita kegemaran saya. Pada usia itu juga, saya sibuk berlatih meniup
‘recorder’ kerana berjaya menempatkan diri dalam pasukan pancaragam sekolah.
Leka bermain hingga ke lewat petang, kadang-kadang mak yang jerit, “Pergi
mandi, dah nak maghrib ni!” Itulah saya, pada usia 10~11 tahun. Saya
percaya, kanak-kanak zaman sekarang juga masih berperangai seperti saya,
cuma corak permainan sahaja yang berbeza.

Beberapa kes perkahwinan baru-baru ini seolah-olah mengeksploitasi dunia
seorang kanak-kanak. Kita seperti kembali ke zaman 60-an dan 70-an dulu
apabila isu kahwin budak timbul kembali. Mungkin benar, dulu budak seusia 10
tahun sudah pandai membasuh, mengemas, menjaga adik dan juga memasak. Ini
adalah prasyarat utama bagaimana dulu rata-rata pada usia ini mereka sudah
dikahwinkan. Perlu berbalik pada realiti zaman ini, pada usia 10 tahun,
kanak-kanak ini masih aktif bermain, belajar dan kurang arif menguruskan
diri masing-masing apatah lagi diminta untuk mengemudi sebuah perkahwinan.

SADiS sungguh rasanya melihat dua kes perkahwinan yang berlaku di Kelantan
membabitkan kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun dengan lelaki berusia 41
tahun di Jelawang, dan satu lagi kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun yang
berkahwin lelaki berusia 40 tahun di Pasir Mas. Tidak dapat saya bayangkan,
bagaimana perasaannya jika anak saya sendiri dan mungkin ahli keluarga
terdekat kita mengalaminya. Perit dirasai apabila zaman remaja kanak-kanak
itu dirampas dan tidak akan merasai alam remaja dan terus masuk ke alam
dewasa disebabkan tanggungjawab sebagai isteri.

Seorang lelaki fitrahnya, mesti menginginkan si isteri berfungsi dengan baik
untuk menguruskan rumah tangga. Saya cuba menggambarkan apakah kesudahannya
jika si isteri yang masih lagi kecil ingin terus bermain-main, tidak
menguruskan rumahtangga dan gagal untuk mendidik zuriat yang dilahirkan.
Suami mungkin boleh bersabar lagi dalam tempoh dua atau tiga tahun pertama
tetapi bagaimana tahun berikutnya?

Kanak-kanak berusia 10 tahun secara LOGiKnya, masih belum matang untuk
mengetahui hakikat sebuah perkahwinan. Mereka masih perlu didikan dan
perhatian ibu bapa. Mereka masih belum punya perasaan tertarik untuk
berkasih-sayang dengan kaum berlainan jantina... oh... sudah adakah perasaan
sebegitu? Apa yang pasti, MUSTAHiL mereka meminta untuk dikahwinkan.

Seperti di dalam artikel-artikel yang saya titipkan di laman ini (boleh
rujuk entry berkaitan seperti yang dinyatakan di bawah), JELAS, perkahwinan
yang dilakukan tanpa persetujuan kanak-kanak sememangnya menggugat emosi,
sosial, dan perkembangan fizikal kanak-kanak dan ternyata membebankan diri
mereka sendiri sedangkan fizikal dan mental mereka masih tidak dapat
menerima situasi seperti ini.

Perkahwinan bawah umur tentunya memberi kesan mendalam kepada kanak-kanak
jika keadaan itu berleluasa tanpa ada sebarang sekatan. Kesan yang dapat
kita lihat adalah dari segi mental dan fizikal. Kesan mental merujuk
kepada tekanan
perasaan yang ditanggung kanak-kanak itu apabila dibebani tanggungjawab
seorang isteri yang tidak dapat 

Help Palestine [hidayahnet] ARTiKEL : Ulul Albab: Hukum khusus bagi Nabi tak boleh dikongsi

2010-03-22 Terurut Topik BawangGoreng
 Ulul Albab: Hukum khusus bagi Nabi tak boleh
dikongsihttp://laman-seri.blogspot.com/2010/03/ulul-albab-hukum-khusus-bagi-nabi-tak.html

http://laman-seri.blogspot.com/2010/03/ulul-albab-hukum-khusus-bagi-nabi-tak.html
 Oleh Abdurrahman Haqqi

*Pernikahan Rasulullah dengan Aisyah yang di bawah umur dijelas dalam Surah
al-Ahzab*

IMAM al-Qurtubi dalam kitab tafsirnya, al-Jami’ li Ahkam al-Quran yang
berjumlah 20 jilid besar itu menyatakan: “Perkara ke 16, Allah SWT
mengkhususkan untuk Rasul-Nya hukum hakam syarak yang tidak dikongsi oleh
umatnya sama ada yang berkaitan dengan hukum wajib, haram mahupun halal
sebagai kelebihan Baginda di atas umatnya. Ada hukum yang diwajibkan ke atas
Baginda tetapi umatnya tidak diwajibkan; begitu pula ada yang diharamkan ke
atas Baginda sedangkan ia tidak diharamkan ke atas umatnya; dan ada juga
perkara yang dibenarkan untuk Baginda, manakala umatnya tidak dibenarkan
melakukannya.

Bagaimanapun, hukum-hakam ini ada yang disepakati oleh ulama mengenainya dan
ada juga perbezaan di kalangan mereka.” (Jld 14 m.s 211). Kemudian
al-Qurtubi dalam dua muka surat berikutnya menyenaraikan kewajipan, larangan
dan kebenaran yang khusus untuk Junjungan berkenaan yang disebutkan perkara
yang wajib ada sembilan, perkara yang haram ada 10 dan perkara yang
dibenarkan ada 16.

Perbincangan hukum-hakam syarak yang khusus untuk Nabi ini dibincangkan oleh
al-Qurtubi ketika dia membahaskan tafsir ayat 50 Surah al-Ahzab yang
bermaksud: “Wahai Nabi, sesungguhnya Kami telah halalkan bagimu isterimu
yang engkau berikan mas kahwinnya, dan hamba perempuan yang engkau miliki
daripada apa yang dikurniakan Allah kepadamu sebagai tawanan perang; dan
(Kami telah halalkan bagimu berkahwin dengan sepupumu iaitu): anak perempuan
bapa saudaramu (daripada sebelah bapa) serta anak perempuan emak saudaramu
(daripada sebelah bapa), dan anak-anak perempuan bapa saudaramu (daripada
sebelah ibu) serta anak perempuan emak saudaramu (daripada sebelah ibu) yang
telah berhijrah bersama-sama denganmu; dan (Kami telah halalkan bagimu)
mana-mana perempuan yang beriman yang memberikan dirinya kepada Nabi (untuk
dikahwininya dengan tidak membayar mas kahwin) kalaulah Nabi suka berkahwin
dengannya; perkahwinan *yang demikian adalah khas bagimu semata-mata, bukan
bagi orang yang beriman umumnya*; Sesungguhnya Kami telah mengetahui apa
yang Kami wajibkan kepada orang mukmin mengenai isteri mereka dan hamba
perempuan yang mereka miliki supaya tidak menjadi keberatan bagimu. Dan
(ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”

Dalam ayat di atas yang menerangkan hukum penghalalan perkahwinan bagi Nabi
yang disenaraikan ada disebut dengan jelas *‘perkahwinan yang demikian
adalah khas bagimu semata-mata, bukan bagi orang yang beriman umumnya’*.
Bunyi asal ayatnya ’khalishatan lak’ (khas bagimu semata-mata). Ketika
mentafsir kata-kata ini, al-Qurtubi dan ahli tafsir yang lain menyatakan
bahawa ia khas untuk kahwin hibah iaitu perempuan datang kepada Nabi
menyerahkan dirinya untuk dinikahi Baginda tanpa wali, dua orang saksi dan
mahar.

Jika Baginda berkenan maka sahlah perkahwinan itu. Konteks ayat tidak
melarang kita untuk memahami bahawa *‘khas bagimu semata-mata’* boleh
dikeluarkan hukum yang menetapkan *ada perkara yang khas untuk Nabi saja dan
umat Islam tidak berkongsi di dalamnya*.

Walaupun tidak disenaraikan Imam al-Qurtubi dalam 16 perkara yang dihalalkan
bagi Nabi tetapi penetapan kesaksian seorang sahabat Baginda bernama
Huzaimah sama dengan kesaksian dua orang saksi juga menjadi hukum khas bagi
Nabi, orang lain tidak berkongsi dengannya. Perkara ini tidak ada yang
mempertikaikan, semua ulama bersepakat mengenainya. Jadi tidak timbul
sebarang permasalahan.

Ada satu pertanyaan yang boleh ditimbulkan di sini iaitu mengapa ulama tidak
menyatakan bahawa perkahwinan dengan anak di bawah umur adalah dilarang oleh
agama dengan pengertian bahawa perkahwinan berkenaan haram hukumnya dan
tidak sah serta orang yang melakukan demikian akan berdepan dengan
undang-undang negara dan agama?

Sedangkan hujah yang diguna pakai dalam membenarkan perkahwinan berkenaan
dengan merujuk kepada kisah perkahwinan Nabi dengan Aisyah r.a. boleh kita
tafsirkan semula dengan melihat kepada falsafah hukum syarak dan konsep
ajaran Islam yang umum serta prinsip asasnya yang *adil, fleksibel dan
sesuai sepanjang masa*.

Antaranya kita boleh berhujah bahawa *perkahwinan Nabi dengan Aisyah adalah
khas untuk Nabi yang tidak boleh dikongsi oleh umatnya* seperti yang kita
sebutkan di atas asal permasalahannya.

Penghujahan ini diselarikan dengan penerimaan bahawa hadis mengenai umur
Aisyah ketika berkahwin dengan Nabi adalah sahih. Tetapi kalau mahu dikaji
semula, maka sememangnya ada yang meragui Saidatina Aisyah dikahwinkan di
bawah umur.

Jika yang terakhir ini kita pilih, permasalahan akan mudah diselesaikan
iaitu dengan cara menggunakan perundangan negara yang menetapkan batas umur
dibenarkan perempuan berkahwin. Ketetapan ini *wajib 

Help Palestine [hidayahnet] RENUNGAN : Manusia digalak bersedekah untuk naungan di hari kiamat

2010-03-21 Terurut Topik BawangGoreng
PETiKAN : LAMAN-SERi http://aman-seri.blogspot.com/
 Manusia digalak bersedekah untuk naungan di hari
kiamathttp://laman-seri.blogspot.com/2010/03/manusia-digalak-bersedekah-untuk.html
http://4.bp.blogspot.com/_oV1RUxbNq84/S5vNDw-PAXI/Dp0/ljhNJypja9Y/s1600-h/sedekah.jpg
Assalamualaikum warahmatullah,

SEORANG Muslim sentiasa khuatir akan nasibnya di hari kiamat kerana
memikirkan umat manusia bakal dibangkitkan dan dikumpulkan di padang Mahsyar
sedangkan matahari berada sangat dekat di kepala.

Bagaimanapun, umat Nabi Muhammad SAW bertuah kerana baginda sudah
menjelaskan bagaimana untuk mendapat naungan di hari kiamat seterusnya
berusaha melaksanakan apa yang patut demi kebahagiaan di akhirat nanti.
Antara keterangan Rasulullah SAW ialah hadis menyatakan bahawa naungan orang
beriman di hari kiamat sangat terkait dengan kebiasaannya mengeluarkan
sedekah sewaktu hidupnya di dunia.

Ketika di padang Mahsyar, setiap manusia menunggu giliran untuk diadili.
Semua akan merasakan panasnya matahari di atas kepala namun bagi yang rajin
bersedekah, bakal memperoleh naungan daripada matahari kerana sedekahnya
itu. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Setiap orang berada di bawah
naungan sedekahnya (pada hari kiamat) hingga diputuskan di antara manusia
atau ia berkata: “Ditetapkan hukuman di antara manusia.” Yazid berkata:
“Abul Khair tidak pernah melewati satu hari pun melainkan ia bersedekah
padanya dengan sesuatu, walaupun hanya sepotong kuih atau bawang merah atau
seperti ini.” (Hadis riwayat Al-Baihaqi, Al-Hakim dan Ibnu Khuzaimah)

Dalam hadis lain, Rasulullah SAW dengan jelas menyatakan: “Naungan orang
beriman di hari Kiamat adalah sedekahnya.” (Hadis riwayat Imam Ahmad)

Menyedari hakikat itu, rajin-rajinlah bersedekah supaya memperoleh naungan
di hari yang tidak ada naungan kecuali naungan Allah.

Jangan meremehkan amalan sedekah

Dari Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah SAW bersabda: “Siapa yang
bersedekah dengan sebutir kurma dari usaha yang halal, maka Allah akan
menerimanya dengan baik, lalu dipelihara-Nya seperti kamu memelihara anak
kambing atau anak unta sehingga sedekahmu itu bertambah besar menjadi
sebesar gunung atau lebih besar daripada itu.” (Hadis riwayat Muslim)

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Janganlah kami meremehkan sedikitpun
perbuatan makruf sekalipun kamu sekadar menemui saudaramu dengan wajah
berseri.” (Hadis riwayat Muslim)

Daripada dua hadis di atas, ketahuilah dan janganlah sekali-kali kita
memandang remeh pemberian diberikan. Sesungguhnya bukan banyaknya sedekah
yang dikira, tetapi keikhlasan hati.

Sedekahlah apa saja mengikut kemampuan

Sabda Rasulullah SAW yang maksudnya, “Hendaklah setiap orang Islam itu
bersedekah, jika ia tidak dapat berbuat demikian, maka hendaklah ia berusaha
sendiri yang dapat memberi faedah kepada dirinya sendiri dan dengan yang
demikian ia dapat bersedekah, jika ia tidak sanggup, maka hendaklah ia
menolong orang yang susah yang memerlukan bantuan, jika sekiranya ia dapat
berbuat demikian, maka hendaklah ia menyuruh orang lain mengerjakan
kebaikan, jika ia tidak dapat berbuat demikian juga, maka hendaklah menahan
dirinya daripada melakukan kejahatan, kerana yang demikian itu adalah
dianggap sedekah.” (Hadis riwayat Ahmad)

Suatu ketika, seorang sahabat pernah menyatakan kepada Rasulullah SAW bahawa
seorang miskin berdiri di depan pintu rumahnya. Maka dia tidak menemukan
sesuatu yang dapat di berikan kepada orang miskin itu. Maka Rasulullah SAW
bersabda kepadanya yang bermaksud: “Jika kamu tidak menemukan sesuatu yang
dapat kamu berikan kepadanya selain kuku binatang yang dibakar, maka
serahkanlah kepadanya di tangannya.” (Hadis riwayat At-Tirmidzi)

Sabda Baginda SAW lagi yang bermaksud: “Ya Allah, sesungguhnya aku
berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan serta sikap pengecut
dan kebakhilan.” (Hadis riwayat Muslim)

Membantu orang yang tidak berada dan berkongsi menggunakan suatu kemudahan
juga merupakan sedekah dan salah satu daripada sifat yang amat dituntut di
dalam Islam. Setiap umat Islam hendaklah berusaha sedaya upaya untuk
melakukan kebaikan dan kebajikan di dalam hidupnya sama ada dengan
memberikan bantuan tenaga, buah fikiran atau memberikan nasihat yang berguna
kepada orang lain di mana semua ini dinilai sebagai sedekah.

*Kategori sedekah yang paling minimum adalah dengan menjauhkan diri daripada
melakukan perkara-perkara yang jahat (buruk) di mana dengan cara itu
seseorang telah dianggap menyelamatkan masyarakat sekitarnya daripada
keburukan dirinya yang boleh membahayakan orang lain.
*
Bersedekah hendaklah dilakukan dengan hati yang ikhlas dan bukan diiringi
dengan perasaan ingin menunjuk-nunjuk (riya’) kerana ini akan menghilangkan
pahala bersedekah.

Tujuh golongan insan contoh

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Sebilangan manusia yang dinaungi
Allah di bawah naungan-Nya pada hari kiamat iaitu hari yang tidak ada
sebarang naungan padanya selain daripada naungan Allah; di antaranya ialah:
Pemerintah yang 

Help Palestine [hidayahnet] ARTiKEL : Selarikan kehendak dan doa

2010-03-15 Terurut Topik BawangGoreng
PETIKAN : BLOG i FOLLOW
[ResipiHidup-bersamaSuzanahttp://resipihidup-bersamasuzana.blogspot.com/
]
Selarikan kehendak dan
doahttp://resipihidup-bersamasuzana.blogspot.com/2010/03/selarikan-kehendak-dan-doa.html
 Tiga bulan sebelum ini, saya berdepan dengan seorang klien yang ragu-ragu
tentang apakah yang perlu dilakukannya? Dia adalah seorang isteri yang
dibiarkan ‘sepi dan sendiri’ dah lebih 10 tahun sejak hari pertama
perkahwinan. Tak pasti apakah masalah suaminya tetapi si isteri mula rasa
bosan dan bengang namun dalam masa yang sama si isteri masih tetap sayang
kerana suaminya sempurna dalam semua perkara kecuali gagal menunaikan nafkah
batinnya. Ketika bertemu saya, kesnya akan dibicarakan di Mahkamah Syariah
kurang dari seminggu dan si isteri keliru, wajarkah untuk meneruskan kes
atau pun tidak? Bila saya tanyakan, kenapa keliru? Jawapan isteri, dia masih
rasa sayang tetapi dalam masa yang sama dia rasa amat tertekan dan kerana
tekanan tersebut, dia panjangkan kes ke Mahkamah. Biasalah tu, bila tekanan
menghimpit perasaan, keputusan memang sukar berpaksi atas nama kewajaran.

Bila semakin panjang sesi perbualan, saya dapat tahu bahawa wanita ini masih
sayangkan suami cuma amat tertekan bila kehadirannya tidak dipeduli malah
pernah ditolak bila cuba menggoda suami sendiri. Bukan sehari dua, bukan
sebulan dua tetapi dah lebih 10 tahun. Si isteri bersabar kerana bimbang
bergelar janda dan dalam masa yang sama, komitmen suami tinggi sebagai
seorang ketua rumahtangga bezanya suami gagal menunaikan kehendak batinnya.
Hanya selepas tempoh yang agak lama, si isteri berani mengadu ke pihak
berwajib dan mengemukan kes. Cuma isteri keliru, wajarkah dia bertindak
sedemikian? “Sepanjang tempoh ini, apa doa Puan?” Memang itu adalah soalan
rutin saya. Jawab si isteri: “Saya berdoa agar perkahwinan kami selamat.”

Saya tersenyum mendengar jawapan si isteri. Mungkin ada antara anda yang
faham maksud senyuman saya tika itu. Ya! Doa si isteri dimakbulkan. *Allah
dah janji, mintaklah dan Dia akan makbulkan*. Di dalam kes ini, permohonan
si isteri dimakbulkan walau hakikatnya itu bukan kehendaknya yang sebenar.
Kenapa saya katakan bukan kehendak sebenar? Sebab si isteri bukan saja
nakkan perkahwinannya selamat tetapi inginkan seorang suami yang sebenarnya:
mampu menunaikan tanggungjawab zahir dan batin. (Jangan ingat hanya suami
sahaja ada kehendak batin, isteri juga perlu dipenuhkan kehendak batinnya.)
*
**Dah nyata, kehendak tak selari dengan doa.* Ya! Allah itu Maha Mengetahui.
Dia memang faham dengan segala yang terbuku di minda dan hati anda tetapi
dah rutinnya, anda akan dapat apa yang anda minta walau ada tikanya, anda
akan terima sesuatu yang bukan kehendak anda. Itu kerja Dia, *kerja kita
sebagai makhluk adalah untuk memohon dan meminta dengan telus dan terterus
terang*. Analoginya mudah. Anda minta suami anda ke pasar dan belikan ikan
tanpa memberitahu jenis ikan yang anda inginkan. Kemungkinan besar ikan yang
suami anda belikan adalah berbeza daripada kehendak anda walau hakikatnya
suami anda sudah faham dengan selera dan kegemaran anda. Lantas, berterus
terang dan nyatakan dengan jelas.

*Ramai daripada kita yang masih belum faham hakikat berdoa yang
sebenarnya.*Ada yang meminta orang lain yang dirasakan lebih alim atau
warak berdoa bagi
pihaknya. Ada yang mencari dan membeli buku himpunan dan berusaha membaca
walau merangkak dan teragak-agak. Tak kurang juga yang berusaha mengerjakan
solat hajat dan istikharah bagi mendapatkan petunjuk Ilahi. Saya tak kata
segala tindakan dan perbuatan tersebut salah cuma kurang tepat.

   - Kenapa perlukan orang lain berdoa untuk anda sedangkan hanya anda
   sendiri yang betul-betul faham dengan kehendak anda?
   - Kenapa perlu membaca bacaan doa yang anda langsung tak faham apakah
   yang anda sedang minta?
   - Kenapa perlu tunggu waktu solat hajat atau istikharah untuk
   mengemukakan hajat dan permintaan anda kepada Allah?


Semua orang maklum, *Allah itu Maha Mengetahui*. Luahkan segala hasrat hati
anda kepada-Nya sama seperti anda meluahkan masalah anda kepada saya atau
siapa sahaja yang anda percayai bagi merungkaikan permasalahan anda.
Berterus terang mengenai perasaan anda dan ucapkan juga apakah permintaan
anda. Allah akan faham setiap perkataan anda tak kira dalam bahasa apa
sekalipun yang anda gunakan kerana Dia Maha Mengetahui. Jangan fikir diri
anda kotor atau hina kerana Allah itu Maha Pengampun. Serahkan dan dekatkan
diri anda kepada-Nya, Dia akan dekat dengan anda. Berdoalah bila-bila masa
tak kira sedang bekerja, memasak atau apa sahaja. Bila teringatkan kehendak
anda, berhenti seketika, bermunajat kepada-Nya dan berdoalah.

Seperti yang saya tegaskan daripada awal, berdoa minta kehendak anda namun
perlu diingat, kehendak anda belum tentu adalah yang terbaik. Lantas,
praktikkan untuk berdoa memohon yang terbaik. Sebagai contoh kes yang saya
kemukakan awal tadi, *berdoalah minta jika meneruskan perkahwinan adalah
yang terbaik untuk anda dan suami, mohon 

Help Palestine [hidayahnet] IN THE NEWS : Jais arah enam syarikat henti keluar sijil

2010-03-10 Terurut Topik BawangGoreng
 Jais arah enam syarikat henti keluar
sijilhttp://laman-seri.blogspot.com/2010/03/jais-arah-enam-syarikat-henti-keluar.html

http://laman-seri.blogspot.com/2010/03/jais-arah-enam-syarikat-henti-keluar.html

http://2.bp.blogspot.com/_oV1RUxbNq84/S5SubWdOVDI/DnM/DdJnonxjmlc/s1600-h/halal+jakim.gif
SHAH ALAM March 6, 2010 ~ Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mengarahkan
enam syarikat yang mengeluarkan sijil dan logo halal supaya menghentikan
pengeluaran sijil berkenaan kepada peniaga dan pemilik premis makanan di
Selangor.

Enam syarikat berkenaan ialah :

   1. Bahtera Lagenda Sdn Bhd,
   2. Islamic Food and Research Council,
   3. SAS-H Consultancy,
   4. Perak Religious Officer Association,
   5. Halal Food Council S E A dan
   6. IFANCA International.


Pengarahnya, Datuk Mohammed Khusrin Munawi, berkata Jais sebelum ini tidak
pernah memberikan kebenaran dan mengiktiraf syarikat terbabit yang
mengeluarkan sijil logo halal kepada beberapa premis makanan di negeri itu
terutama di kedai kopi dan medan selera.

Katanya, syarikat terbabit juga didapati tidak melakukan pemantauan selepas
mengeluarkan sijil logo halal kepada pemohon seperti dilakukan Jais dan
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Sehubungan itu, beliau menegaskan hanya sijil logo halal yang dikeluarkan
Jais dan Jakim saja diiktiraf untuk diguna pakai di semua premis makanan di
Selangor, berkuat kuasa semalam (Jumaat 05/03/2010).

Syarikat terbabit tidak lagi boleh menerima dan memproses sebarang
permohonan mendapatkan sijil logo halal berkuat kuasa serta-merta dan mereka
diberi tempoh selama tiga bulan untuk menyelesaikan semua permohonan yang
sedang dalam proses pengesahan. Bagi mereka yang belum memiliki sijil logo
halal atau mahu memperbaharuinya diingatkan hanya melakukannya melalui Jais
dan Jakim, katanya pada sidang media di sini, semalam.

Mereka yang masih ingkar dengan arahan Jais boleh dikenakan tindakan
mengikut Seksyen 12 (b) Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor 1995.

Antara syarat bagi mendapatkan sijil dan logo halal daripada Jais dan Jakim
ialah memastikan bekalan bahan mentah kering atau basah menggunakan sijil
logo halal yang sah dan menggunakan khidmat sekurang-kurangnya dua tukang
masak Muslim.

Mohammed Khusrin berkata, gesaan itu dibuat berikutan ramai pengusaha
barangan halal lebih berminat mendapatkan logo halal daripada pengeluar
sijil halal swasta.

Sumber : BHarian
2010/03/06http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Saturday/Nasional/20100306000927/Article/

--
~ 睡眠不足のママ ~
http://laman-seri.blogspot.com
http://little-kiosk.blogspot.com
*A man who carries a cat by the tail learns something he can learn in no
other way. - Mark Twain*




Help Palestine [hidayahnet] Tazkirah: Strategi syaitan profesional

2010-03-07 Terurut Topik BawangGoreng
PETiKAN : http://laman-seri.blogspot.com

*Tazkirah: Strategi syaitan
profesional*http://laman-seri.blogspot.com/2008/06/tazkirah-strategi-syaitan-profesional.html


http://2.bp.blogspot.com/_oV1RUxbNq84/S5BovwpAxfI/DlM/IaGln_Do0vs/s1600-h/silent-light1.jpgSyaitan
suka keluar waktu senja (maghrib)

Assalamualaikum warahmatullah,

SYAITAN ialah musuh sejati, bukannya teman sejati. Ia tidak boleh dibuat
kawan, sebaliknya kena dibuat lawan. Jika hendak bermusuh dengan syaitan,
kita mesti mengetahui teknik serta sepak terajang syaitan dan konconya yang
begitu taktikal, sebab tugas mereka sangat profesional menggoda dan
menyesatkan manusia.

Pertemuan kali ini kita ingin melihat strategi syaitan dengan pelbagai cara
supaya dengan mengetahuinya kita boleh menghindari diri dan terhindar
daripada godaan mereka.

Antara strategi syaitan ialah:

1. Suka orang berada dalam keraguan. Ketika anda menghadapi masalah dan
ragu-ragu untuk membuat keputusan, pada saat kebimbangan itulah syaitan
mengganggu dan menggoda, mengarah anda untuk memilih itu dan membuat ini.

Sudah tentu pilihan syaitan itu ke arah keburukan, jauh dari kebaikan.
Malah, jika pilihan baik sekalipun, mereka akan mengalih orientasi dan
matlamat supaya berakhir dengan keburukan. Antaranya, melakukan sesuatu
bukan kerana Allah, sebaliknya untuk mengejar glamor dan pangkat. Oleh
kerana bimbang gangguan syaitan ini, Rasulullah SAW bersabda,
maksudnya: Tinggalkan
yang meragukan, ambillah yang menyakinkan.

Ini dikatakan 'believe system' (sistem keyakinan diri). Apabila ada
keyakinan, hilang keraguan dan apabila hilang keraguan tertutup peluang
syaitan untuk menggoda manusia. Sebab itu prinsip Islam bermula dengan
keyakinan, yang bernama iman iaitu beriman kepada perkara ghaib, dosa
pahala, hari akhirat dan sebagainya. Tetapi apabila rosak iman, rosaklah
segala-galanya.

2. Syaitan suka orang kuat ibadat tetapi tidak ada ilmu. Beribadat dan
beramal mesti berasaskan ilmu sebagai imam, manakala amal sebagai makmum
untuk menewaskan syaitan.

Keinginan untuk belajar tidak boleh berhenti. Sesiapa yang berasa cukup
dengan ilmu yang sudah ada atau sudah rasa pandai sebenarnya dia sedang
memberikan peluang dan ruang kepada syaitan menguasai dirinya.

Islam bermusuh dengan kebodohan. Sebab itu ayat pertama diturunkan pada Nabi
SAW dalam surah al-'Alaq ialah menyuruh nabi membaca, Bacalah (wahai
Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk).

Suruhan itu bukan sekadar membaca buku dan kitab tetapi membaca fakta, data
dan tanda kebesaran Allah di dalam al-Quran. Dengan membaca bererti semakin
banyak kita membuka jendela ilmu serta semakin sempitlah peluang syaitan
untuk melakukan tipu daya dan mengelecek manusia.

3. Syaitan menyesatkan orang yang tidak ikhlas. Sebab itulah ibadat mesti
dengan ikhlas, cari ilmu dengan ikhlas, menolong orang dengan ikhlas, malah
berjuang dengan ikhlas. Ikhlas bermakna melakukan sesuatu kerana Allah dan
berasa bersama dengan Allah.

4. Syaitan sangat suka orang sombong diri. Sebaliknya syaitan akan
menjauhkan diri daripada orang merendah diri.

Islam menggesa umatnya menjadi orang terunggul dan terhebat, tetapi jangan
sampai menjadi seperti Firaun dan Namrud yang sanggup melawan 'Taukeh'
(Tuhan).

5. Syaitan ‘auta’nya sangat hebat. Bagi yang solat jemaah di masjid, syaitan
tidak berkata, “tak payah solat.” Dia bisik, “masbukpun tak apa, dapat juga
jemaah.” Kalau dah masbuk nanti, “boleh tepuk bahu orang lain, dapat juga
jemaah.” Nanti dah tak dapat tepuk bahu orang, “dapat juga solat di masjid,
lagi baik dari rumah. Orang lain solat di rumah.” Nanti “kalau solat seorang
di masjid baik buat di rumah saja, maghrib dan isyak barulah masjid.”
atau “waktu
kerja ni, maghrib dan isyak di rumah pun boleh, nanti dah pencen barulah
full di masjid” …. dan seumpamanya. Kalau kita solat di masjid jemaah
(lelaki) dengan solat nafilahnya banyaklah buffer dan benteng pertahanan.
Tembus satu benteng ada benteng lain, cepat sedar dan perbaiki diri. Syaitan
tembak dari jauh!

6. Lihat sejarah silam permulaan manusia, pada asalnya menyembah patung. Anak
Nabi Adam, pada zaman mereka, masih belum sembah patung. Mereka percaya
sangat Allah beri rezeki. Iblis tak hasut anak Nabi Adam sembah patung.
Malangnya, generasi selepas mereka, syaitan mula menghasut dengan usul
membuat patung, untuk memperingati nenek moyang yang soleh atau dijadikan
sebagai teladan. Di zaman Nabi Nuh a.s., patung telah disembah sebagai
Tuhan. Lihatlah bagaimana iblis/syaitan memainkan fikirkan manusia. Iblis
dan tenteranya sabar, berstrategi demi sumpah mereka, iaitu menyesatkan
manusia. Iblis sanggup merayu, Ya Tuhanku agar diberi umur panjang demi
melihat anak-anak Adam tersungkur.

Dalam surah Yaasn ayat 60, yang bermaksud, “…Bukankah Aku telah
memerintahkan kepadamu hai Bani Adam supaya kamu tidak menyembah syaitan?
Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi kamu……” Dalam ayat
ini, memang jelas Allah memperingatkan kita, jangan tunduk 

Help Palestine [hidayahnet] RENUNGAN : Akauntabiliti seorang pemimpin

2010-03-07 Terurut Topik BawangGoreng
PETIKAN : http://laman-seri.blogspot.com
*Akauntabiliti seorang
pemimpin*http://laman-seri.blogspot.com/2010/03/akauntabiliti-seorang-pemimpin.html



http://3.bp.blogspot.com/_oV1RUxbNq84/S3y6PC1cQBI/DYA/UGS52QToqfA/s1600-h/gambar-tuan-guru-sedang-berdoa.jpg
Menjadi pemimpin bukan suatu kerja mudah. Peranan pemimpin untuk membawa
perubahan organisasi atau pengikut ke arah kebaikan menjadi akauntabiliti
kepada pemimpin itu dan harapan besar semua pengikutnya.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Setiap orang daripada kamu adalah
menjaga dan setiap penjaga bertanggungjawab (akauntabiliti) terhadap apa
yang dijaganya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Ensiklopedia Britannica menyifatkan Nabi Muhammad yang juga digelar al-Amin
sebagai personaliti pemimpin agama paling berjaya di dunia. Bekas penulis
terkenal British, George Bernard Show menyatakan, *“jika Nabi Muhammad masih
hidup, beliau akan berjaya menyelesaikan masalah yang mengancam tamadun
dunia hari ini.”
*
Pada prinsipnya, al-Amin bermaksud pengamal akauntabiliti yang dipercayai
dan memberi perkhidmatan memuaskan kepada masyarakat. Corak kepimpinan
Rasulullah SAW diteruskan para sahabat, yang juga menunjukkan kepimpinan
cemerlang. Contohnya Sayidina Abu Bakar dan Sayidina Umar membuat ucapan
hampir sama ketika dipilih sebagai khalifah.

Antara ucapan mereka, “Jika saya benar, maka ikutilah saya dan jika saya
menyeleweng, maka perbetulkan saya bagi mementukan urus tadbir Negara tidak
tersesat dan bersedia meletakkan jawatan jika gagal memenuhi akauntabiliti.”

Renung-renungkan!

Capaian entry berkaitan :

   1. Tazkirah: Ciri-ciri manusia
unggulhttp://laman-seri.blogspot.com/2008/06/tazkirah-ciri-ciri-manusia-unggul.htmlhttp://laman-seri.blogspot.com/2008/06/salamunalaik-sifat-yang-wajib-ada-pada.html
   2. PEMiMPiN ADiL DAN
SAKSAMAhttp://laman-seri.blogspot.com/2008/06/salamunalaik-sifat-yang-wajib-ada-pada.htmlhttp://laman-seri.blogspot.com/2008/07/kisah-imam-yang-empat.html
   3. Kisah Imam Yang
Empathttp://laman-seri.blogspot.com/2008/07/kisah-imam-yang-empat.html
   4. Perihal 
Amanahhttp://laman-seri.blogspot.com/2009/02/perihal-amanah.htmlhttp://laman-seri.blogspot.com/2009/03/kepemimpinan-suatu-amanah-berat-sarat.html
   5. Kepemimpinan suatu amanah berat, sarat
tanggungjawabhttp://laman-seri.blogspot.com/2009/03/kepemimpinan-suatu-amanah-berat-sarat.html
   6. Ketaqwaan Sayidina Umar Ibnu
Azizhttp://laman-seri.blogspot.com/2009/03/ketaqwaan-sayidina-umar-ibnu-aziz.htmlhttp://laman-seri.blogspot.com/2009/03/politik-wang-wariskan-pemimpin-tidak.html
   7. Politik wang wariskan pemimpin tidak
berkualitihttp://laman-seri.blogspot.com/2009/03/politik-wang-wariskan-pemimpin-tidak.html
   8. Ulul Albab: Pemimpin beragama pelindung
rakyathttp://laman-seri.blogspot.com/2009/03/ulul-albab-pemimpin-beragama-pelindung.htmlhttp://laman-seri.blogspot.com/2009/06/shalahuddin-al-ayyubi.html
   9. Shalahuddin
Al-Ayyubihttp://laman-seri.blogspot.com/2009/06/shalahuddin-al-ayyubi.html

--
~ 睡眠不足のママ ~
http://laman-seri.blogspot.com
http://little-kiosk.blogspot.com
Everyone thinks of changing the world, but no one thinks of changing
himself. – Leo Tolstoy


Firman Allah SWT :
[7:179] Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahanam kebanyakan
dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya
untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak
dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka
mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat
Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi.
Mereka itulah orang-orang yang lalai.

Hadis Rasulullah SAW:
Dari Abu Hurairah r.a., dari Rasulullah SAW., sabdanya: Siapa yang tasbih
tiga puluh tiga kali, tahmid tiga puluh tiga kali, takbir tiga puluh tiga
kali, jadi jumlahnya sembilan puluh sembilan kali, kemudian dicukupkannya
seratus dengan membaca: La ilaha illallahu wahdahu la syarikalahu lahul
mulku wa lahul hamdu wa huwa 'ala kulli syai-in qadir. Maka diampuni Allah
segala kesalahannya, walaupun sebanyak buih di lautan. (Hadis riwayat
Muslim)



Help Palestine [hidayahnet] ARTIKEL : Solat itu buang masa?

2010-03-01 Terurut Topik BawangGoreng
Assalamualaikum warahmatullah,

Saya baca artikel ini dlm Solusi Feb (Isu #16) , suka kongsikan dengan
sahabat. semoga bermanafaat.

PETIKAN : http://genta-rasa.com
 SOLAT ITU BUANG MASA?http://genta-rasa.com/2010/01/22/solat-itu-buang-masa/

* http://gentarasa.files.wordpress.com/2010/01/modul-solat.jpg
*

*Ustaz Hashim sedang memberikan taklimat awal kepada para peserta
kursus **Modul
Solat yang dijalankan oleh saya dan teman-teman di Fitrah Perkasa
*

*Malam ini saya di UIA Kuantan, untuk berkongsi ilmu dengan saudara/i kita
di sana dalam tajuk: MUKMIN PROFESIONAL. Mudah-mudahan Allah akan
permudahkan untuk meuar-uarkan gagasan ini. *

*Mukmin Profesional  yang telahpun dijalankan dalam bentuk program dan
modulnya sejak 7 atau 8 tahun yang lalu di pelbagai agensi korporat oleh
Fitrah Perkasa Sdn Bhd. adalah satu proses “rebranding” (penjenamaan semula)
imej umat Islam yang negatif di mata dunia. *

*Untuk anda sahabat-sahabat yang setia mengikuti kembara Gentarasa – saya
ketengahkan satu tulisan untuk dijadikan bahan fikir dan zikir – solat pada
pandangan bukan Islam dan orang Islam sendiri. Marilah membacanya dengan
nama Allah…*

*SOLAT ITU  BUANG MASA?*

“Mengapa orang Islam banyak buang masa untuk bersembahyang?” Anda terkejut?
Sudah tentu. Ini adalah soalan yang jarang kita dengar. Soalan ini
ditanyakan pada saya lebih kurang 15 tahun yang lalu ketika berada di Jepun.
Ia diajukan oleh pelajar-pelajar Jepun yang melihat pelajar-pelajar Malaysia
solat lima waktu sehari semalam.

Sebelum menjawab soalan ini, saya menyoal kembali pelajar-pelajar Malaysia
yang hadir dalam majlis usrah itu:
“Mengapa soalan seumpama ini ditanyakan ketika kamu di sini, tidak di
Malaysia?”
Seorang pelajar menjawab, “kerana mereka jarang melihat orang solat.”
Yang lain menjawab, “mereka menyembah berhala mereka sekali-skala. Tidak
sekerap dan selama kita umat Islam.”

Saya senyum. Pelajar-pelajar itu berminat sungguh untuk mendalami Islam.
Mereka mendekati Islam lebih serius berbanding ketika mereka di Malaysia
dahulu. Ketika di perantauan, ramai yang kembali gigih menghayati agama
sebagai perisai diri daripada kejutan budaya dan godaan persekitaran yang
terlalu mencabar.
“Ada sebab lain?” tanya saya sekadar mengundang reaksi. Mereka diam. Mungkin
terus berfikir.

“Orang Jepun sangat menghargai masa. Pengurusan masa mereka sangat efisien.
Majoritinya tidak membuang masa…” kata saya meluahkan hasil pemerhatian
secara rambang. Memang, ketika di dalam kereta api kebanyakan mereka
membaca. Buku-buku dan komik banyak tersusun di bahagian atas syiling kereta
api.

“Jadi bagi orang Jepun yang tidak membuang masa, 5 ke 10 minit yang kita
luangkan untuk mengerjakan satu waktu solat dirasakan telah membuang masa.
Sebab itu mereka bertanya, mengapa kita membuang masa. Sebab itu soalan itu
timbulnya di kalangan orang Jepun. Kenapa tidak di kalangan orang kita di
Malaysia? ”

“Sebab orang kita masih ramai yang membuang masa,” jawab seorang pelajar
secara spontan.
Saya senyum, sambil mengangguk kepala. Bagi orang yang banyak membuang masa,
apalah ertinya 5 atau 10 minit untuk solat. Bagi mereka yang suka melepak,
berbual kosong, berlegar-legar di pusat membeli-belah sampai berjam-jam
apalah harga masa yang sebanyak itu. Tidak jadi kudis. Namun tidak bagi
orang Jepun, masa beberapa minit untuk aktiviti yang tidak penting (termasuk
solat – pada pandangan mereka) sangat membazir masa.

“Apa yang saudara jawab?” tanya saya menduga. Gembira melihat mereka
tercabar begitu. Kekadang kecintaan dan kefahaman kita terhadap Islam hanya
timbul dengan adanya cabaran dan perlecehan.
“Susah nak jawab sebab Allah perintahkan kita. Mana mereka boleh terima
jawapan yang begitu.”
“Perlu dijawab begitu. Sebab Allah, Tuhan kami perintahkan begitu.”

“ Tapi kalau ditanya lagi apa sebabnya Tuhan kamu perintahkan begitu?”
“Jawablah, Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-Nya daripada
hamba itu sendiri,” jawab saya.
“Mungkin mereka terima jawapan dari perspektif kita. Tapi bagaimana kalau
kita nak jawab yang logik dan rasional mengikut perspektif mereka?” tanya
seorang penuntut tahun akhir kejuruteraan elektrik (seingat saya).
Bagus soalan itu. Saya memang menantikan respons yang lebih kritikal dan
berani.

“Tanyakan mereka, apa yang kamu buat untuk memastikan alat-alat teknologi
kamu dalam keadaan yang baik? Bukankah kamu sentiasa menyelenggarakannya?
Lebih canggih alat teknologi kamu, maka semakin kerap kamu
menyelenggarakannya. Kamu sentiasa buat “maintanance” kapal terbang, kereta
api elektrik (“bullet train”) dan kereta kamu…” terang saya.

Pelajar-pelajar yang berjumlah 20 orang itu tidak berganjak. Hawa musim
dingin kota Ibaraki itu sekali-sekala mencuri masuk melalui regangan tingkap
yang terbuka. Nyaman.
“Kemudian tanyakan mereka siapa yang lebih canggih, alat-alat atau jentera
teknologi yang dicipta itukah atau pun manusia yang menciptanya?”
“Tentulah manusia,” jawab mereka hampir serentak.
“Nah, kalau begitu tanyakan mereka, kalau kamu 

Help Palestine [hidayahnet] RENUNGAN : Hujan - Rahmat atau laknat?

2010-02-28 Terurut Topik BawangGoreng
Hujan : Rahmat atau
laknat?http://laman-seri.blogspot.com/2010/02/hujan-rahmat-atau-laknat.html
http://3.bp.blogspot.com/_oV1RUxbNq84/S3uxrkrbKbI/DWo/JZoKmfs3wZI/s1600-h/mainpix1.jpg
Dari ‘Atha’ bin Abu Rabah r.a. katanya, dia mendengar Aisyah r.a., isteri
Rasulullah SAW bercerita, Bila angin bertiup kencang dan langit mendung
berawan banyak, tampak kegelisahan di wajah Rasulullah SAW sehingga baginda
maju mundur (berjalan mundar-mandir). Apabila hujan telah turun wajah
baginda berubah menjadi gembira dan hilang kegelisahannya. Berkata Aisyah,
Aku bertanya kepada baginda, apa yang menyebabkan baginda gelisah sebegitu
rupa. Jawab baginda, Aku khuatir kalau-kalau angin dan mendung itu menjadi
laknat yang ditimpakan kepada umatku. Tetapi bila hujan telah turun maka hal
itu adalah rahmat. (Hadis riwayat Muslim)

Allah SWT menyuruh kita hamba-hambanya agar sentiasa melakukan apa yang
disuruh-Nya dan meninggalkan apa yang dilarang-Nya. Maka selaku manusia yang
ditugaskan menjadi khalifah Allah, wajib ke atas kita menjalankan perintah
Allah itu tanpa rasa malas, angkuh dan sombong atau dengan lain perkataan
menderhakai Allah dengan melakukan berbagai kemaksiatan di muka bumi ini.

Sesungguhnya apabila kemurkaan Allah menjelma akibatnya amat dahsyat sekali
sebagaimana yang telah berlaku pada kaum ‘Add yang hanyut dengan seribu satu
kemaksiatan hingga pada suatu ketika telah datang kepada mereka awan mendung
dan mereka berkata, Inilah awan-awan yang akan menurunkan hujan bagi
kita... Namun ternyata bahawa hal yang sebaliknya berlaku di mana kebaikan
yang mereka sangkakan akan mendatangi mereka sebenarnya adalah satu bala
(malapetaka) yang diturunkan Allah akibat dari kejahatan yang mereka
lakukan.

Mengingatkan hal inilah, Rasulullah SAW akan merasa resah gelisah setiap
kali awan mendung berarak, memikirkan sama ada ia merupakan satu rahmat atau
satu laknat daripada Allah SWT. Oleh itu sebagai umat Islam, kita ini
hendaklah sentiasa beringat dan menjauhi perkara yang mengundang kemurkaan
Allah SWT. Lebih-lebih lagi di akhir zaman ini, berbagai-bagai malapetaka
alam yang terjadi seperti gempa bumi, taufan, letupan gunung berapi, banjir
besar, ombak besar dan sebagainya berlaku dan sesungguhnya segala peristiwa
tersebut sebenarnya mempunyai pengajaran (mesej) yang tersendiri untuk umat
manusia seluruhnya di mana hanya manusia yang benar-benar beriman dan
beramal soleh serta yang diberi taufik dan hidayah sahaja yang akan sedar
dan mengambil iktibar daripadanya.

Hujan, rahmat atau laknat?

Kadang kala kita sentiasa terdengar orang-orang di sekeliling atau kita
sendiri mengeluh apabila cuaca yang dikatakan 'buruk', seperti :

   - “Ishh….cuaca buruk je akhir-akhir ni yer…soalnya, kenapa hujan
   dikatakan cuaca buruk???”
   - “Iskkk….. Tak kering la baju kalu asyik hujan je…”
   - “Alaha…..hujan lagiii”
   - “Tiap-tiap hari hujan…susah la mcm nih…”
   - “Kalau hujan…memang payah nak buat ape-ape kerja…”
   - “Ala… tak boleh balik la mcm ni…hujan!!”


Adalah lebih molek jika bebelan-bebelan itu lebih baik digantikan dengan doa
kerana sesungguhnya, hujan yang diturunkan adalah rahmat bukan malapetaka
kepada kita.

“Allahumma syaiyiban nafi’a”
Terjemahan : Ya Allah, Ya Tuhan kami, jadikanlah hujan ini bermanfaat buat
kami.


Tatkala mendengar petir pula, bacalah :

“Allahumma la taqtulna bi gadabika wa la tuhlikna bi 'azabika
wa 'afina qabla zalik”
Terjemahan : Ya Allah, janganlah Engkau membunuh kami dengan kemurkaan-Mu,
dan janganlah Engkau membinasakan kami dengna siksa-Mu, dan selamatkanlah
kami sebelum itu.


Firman Allah SWT yang bermaksud, “Dan Dialah (Allah SWT) yang menghantar
angin sebagai pembawa berita yang menggembirakan sebelum kedatangannya
(yakni hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, dan dihalakan
ke negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang), lalu diturunkan hujan
bersama awan mendung itu, kemudian dikeluarkan air hujan untuk membasahi
bumi untuk terus hidup.” (Surah Al-A’raf, ayat 57)

Sedarkah kita bahawa air hujan yang turun ke bumi adalah limpahan rahmat
yang diberikan oleh Allah SWT dan bukannya malapetaka. Rasullullah SAW ada
berpesan kepada umatnya bahawa apabila hujan turun ke bumi, setiap doa
daripada umatnya adalah mustajab.

Firman Allah SWT yang bermaksud, “Dan Allah jualah mengetahui rahsia langit
dan bumi dan kepada-Nya dikembalikan segala urusan. Oleh itu, sembahlah
akanNya serta berserahlah kepada-Nya. Dan (ingatlah), tuhanmu tidak
sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan.” (Surah Hud, ayat 123)

Oleh itu, mulai hari ini, apabila hari hujan, janganlah bersungut tetapi
ditukarkan kepada berdoa kerana hujan yang diturunkan adalah rahmat kepada
kita.

Renung-renungkan dan selamat beramal

Capaian entry berkaitan :

   1. Kisah Di Balik Solat 5
Waktuhttp://laman-seri.blogspot.com/2008/06/kisah-di-balik-solat-5-waktu.html
   2. Doa agar dapat bayar

Help Palestine [hidayahnet] TIPS : 20 amalan murah rezeki

2010-02-24 Terurut Topik BawangGoreng
Petikan : http://laman-seri.blogspot.com 20 amalan murah
rezekihttp://laman-seri.blogspot.com/2010/02/20-amalan-murah-rezeki.html


Assalamualaikum warahmatullah,

Semua orang impikan rezeki yang banyak, mudah, berkat serta makmur,
termasuklah saya. He.. he... Dalam pekerjaan kita seharian mencari
rezeki, mestilah
sentiasa niatkan dalam hati supaya Allah mengurniakan kita dengan rezeki
yang halal, berkat, mudah serta luas. Terdapat amalan-amalan yang boleh
menjadi sebab Allah melimpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya
dengan pemberian-Nya.

Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat
setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh
menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat.

Di antaranya:

1. Menyempatkan diri beribadah

Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam
hadis qudsi: “Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan
membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka
Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup
kefakiranmu.” (Hadis Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari
Abu Hurairah r.a.)

2. Memperbanyak istighfar

Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah,
yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia
berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Rasulullah SAW :
“Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah SWT akan menghapuskan segala
kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah
yang tidak disangka.” (Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah
dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)

3. Tinggalkan perbuatan dosa

Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja
membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Rasulullah SAW : “… dan
seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang
dibuatnya.”(Hadis Riwayat at-Tirmizi)

4. Sentiasa ingat Allah SWT

Banyak ingat Allah SWT buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini
rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya: “...(iaitu)
orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati
Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi
tenteram.”(Surah Ar-Ra’d, ayat 28)

5. Berbakti dan mendoakan ibu bapa

Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah SAW berpesan agar siapa yang
ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu
bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Rasulullah SAW juga bersabda:
“Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah
akan memanjangkan umurnya.” (Hadis Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani,
al-Asybahani dan al-Hakim)

Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda
Rasulullah SAW : “Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang
tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah) daripadanya.” (Hadis Riwayat
al-Hakim dan ad-Dailami)

6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah

Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan
meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri
dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Rasulullah SAW : “Tidaklah kamu diberi
pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan
kamu.” (Hadis Riwayat Bukhari)

7. Tunaikan hajat orang lain

Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk
tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Rasulullah SAW : “Siapa yang
menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Hadis
Riwayat Muslim)

8. Banyak berselawat

Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak
tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan
kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat.
Wallahu a’lam.

9. Buat kebajikan banyak-banyak

Ibnu Abbas berkata: “Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati,
kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain.
Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati,
melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”

10. Berpagi-pagi

Menurut Rasulullah SAW, berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik
selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.

11. Menjalin silaturrahim

Rasulullah SAW bersabda : “Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan
dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Hadis
Riwayat Bukhari)

12. Melazimi kekal berwuduk

Seorang Arab desa menemui Rasulullah SAW dan meminta pedoman mengenai
beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah SWT. Rasulullah
SAW bersabda: “Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya
Allah akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid
al-Walid)

13. Bersedekah

Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi
SAW 

Help Palestine [hidayahnet] Kajian bawa Michael kepada Islam

2009-01-26 Terurut Topik BawangGoreng
 si penganut itu tahu
ada sesuatu yang palsu mengenai agamanya itu, adakah itu maksudnya,
soalnya.

Ini menyebabkan Micheal tidak dapat bersetuju dengan agama itu walaupun
telah dilahirkan sebagai Yahudi.

Seperkara lagi persoalan mengenai neraka juga tidak dibincangkan secara
serius dalam agama Yahudi. Jadi apa perlunya melakukan kebaikan, dan apa
salahnya melakukan kejahatan? Jika saya tidak ditakutkan dengan hukuman yang
tegas jadi apa perlunya saya mempunyai sikap dan moral yang baik, kata
Micheal.

Setelah sanggup meninggalkan Yahudi, Micheal mencari pula mengenai Kristian.


Pada mulanya, saya tidak bermasalah, tetapi apabila diulang kali
membacanya, satu tuhan yang terdiri bapa tuhan, anak tuhan dan Ruhul Kudus,
bagaimana ini dapat dijelaskan secara logik. Bagaimana ketiga-tiga unsur ini
merupakan Tuhan yang Satu. 1+1+1=3, betul? Saya masih memberi peluang dengan
mendapatkan sebanyak mungkin penerangan mengenai konsep Triniti ini, namun
setelah banyak melakukan analogi sekali pun, konsep ini tidak dapat saya
terima, akal saya tidak mampu untuk menerimanya, katanya.

Begitupun Micheal mengharapkan logik pada doktrin Kristian yang lain. Ini
termasuklah Nabi Isa a.s mati kerana dosa-dosa kesemua pengikutnya.

Baginda melakukan ini disebabkan kita semua diselubungi Dosa Warisan
(Original Sin). Oleh kerana Nabi Isa merupakan anak tuhan, jadi dia sanggup
mati disalib bagi menyelamatkan orang lain dari neraka dan menyelamatkan
dari dosa yang ditinggalkan oleh Nabi Adam. Jadi, kita semua ini dilahirkan
sebagai seorang yang berdosa termasuklah bayi yang baru berusia setahun
sudah menanggung dosa dalam usia semuda itu. Ini pelik, dek kerana perbuatan
seorang manusia, seluruh manusia yang lain perlu menanggungnya, kata
Micheal.

Tetapi Nabi Isa wafat disebabkan baginda 'menyeru kepada kasih sayang sesama
umat'.

Tetapi mengapa di dalam kitab Injil diceritakan baginda merintih ketika
hendak disalib sambil berkata; Bapa, tidakkah Kau mengampuniku? Jadi adakah
ini bermakna Nabi Isa tidak memahami mengapa baginda hendak dibunuh dengan
kejam tetapi doktrin mengatakan Nabi Isa secara sukarela dirinya dibunuh,
katanya.

Ini membuatkan Kristian juga tidak ada tempat di hati Micheal. Lalu apakah
ajaran yang seterusnya untuk anak muda ini percaya dengan segala
kebenaran-kebenaran yang kuat atau sekurang-kurangnya dapat diterima oleh
akal yang logik?!

Saya tidak menghadapi masalah untuk memahami Islam. Tidak ada pada agama
itu yang boleh menimbulkan konflik pada logik akal saya. Kitab suci al-Quran
itu sendiri sangat menakjubkan dan begitu bersesuaian untuk semua zaman dan
masa, seolah-olah seperti baru dikarang (diwahyukan). Banyak bukti saintifik
ditemui dari kitab itu sedangkan kitab itu ditemui sejak 1,400 tahun dahulu.
Tetapi adakah agama ini bersifat sejagat, agama untuk semua tetapi yang
lebih menghairankan Islam dinyatakan untuk semua tanpa memilih kaum, bangsa,
warna kulit, bahasa dan asal usul manusia. Namun lebih menghairankan nama
agama itu sendiri, iaitu Islam dinyatakan dengan banyak kali dalam al-Quran.
Jadi benarlah Islam satu agama, tambahnya.

Kata Mishael, dia tidak menemui sebarang perkataan agama Yahudi ada
disebutkan dalam kitab Taurat mahupun agama Kristian dalam kitab Injil
sekalipun dalam Kitab Perjanjian Lama kecuali manusia itu sendiri yang
memberikan nama-nama itu, bukan tuhan. Tidak perlu lama bagi Micheal untuk
mempercayai agama mana yang layak untuk dianuti. Setelah terjawab segala
persoalan maka tanpa ragu anak muda ini memeluk Islam dan selamanya beliau
tetap yakin pada Islam setelah 'berkenalan' dengan apa juga yang didakwa
sebagai agama!


--
- BawangGoreng -

http://bawangorengnet.blogspot.com


Hadis Rasulullah s.a.w.:
Daripada Salman bin 'Amir r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
Sedekah kepada golongan miskin, ganjarannya hanyalah sekadar pahala
sedekah; sedangkan sedekah kepada mereka yang mempunyai hubungan
silaturrahim terdapat dua ganjaran, iaitu pahala sedekah dan pahala menjalin
hubungan silaturrahim. (Hadis riwayat al-Tirmizi)




Help Palestine [hidayahnet] TAZKiRAH: Lima cara redha, tenang terima segala musibah

2009-01-12 Terurut Topik BawangGoreng
 bin
Abdullah)

5. Berdoa dan bertawakal kepada Allah SWT, semoga musibah yang menimpa
menjadi titik tolak kepada kita untuk berubah ke arah lebih baik, lebih kuat
pergantungan kepada Allah SWT, lebih menjaga syariat, lebih berusaha
menuntut ilmu dan beramal untuk kebahagiaan di dunia dan akhirat.
Bersabarlah dan jangan mengeluh

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, Sesungguhnya orang mukmin akan
menerima tekanan hidup kerana tidak ada satu bencana sama ada kerana terkena
duri atau yang lebih besar, tidak juga ketakutan melainkan Allah akan
mengangkat darjatnya satu darjat dan menghapuskan satu kesalahan dengan
kesabarannya menghadapi bencana dan kesusahan tersebut. (Hadis riwayat
al-Hakim)

1. Tribulasi atau ujian adalah seiringan dengan perjuangan. Oleh itu ia
tetap memerlukan bekalan iman, sabar dan istiqamah. Sabar ialah mengawal
diri daripada kegelisahan dan menerima segala dugaan, rintangan dan segala
suruhan Allah dengan hati yang tenang iaitu tidak merasa jemu dan berputus
asa dalam menghadapi kesulitan hidup. Sabar perlu dilakukan sejak mula-mula
menghadapi bala kesusahan kerana seseorang yang menghadapi kesusahan dengan
penuh kesabaran akan dihapuskan dosanya dan dimasukkan ke dalam syurga.

Setiap ujian yang diturunkan oleh Allah mempunyai hikmahnya yang tersendiri.
Oleh itu untuk menjadi hamba Allah yang dikasihi, hendaklah kita bersedia
menghadapi setiap ujian yang menimpa dengan penuh kesabaran, sebaliknya bagi
seseorang yang tidak redha menerima ujian Allah, maka ia akan menjadi hamba
yang dibenci serta jauh daripada rahmat Allah.

2. Ujian dijadikan Tuhan untuk mengukur sama ada keimanan seseorang itu
kepada Allah dan seluruh ajaranNya adalah benar dan diikuti oleh perlakuan
dan tindakan atau hanya terhenti setakat di mulut sahaja. Sesungguhnya
setiap mukmin yang beriman kepada Allah, imannya belum dapat diperakui
sebelum diuji keimanannya itu dan berjaya pula menghadapi dugaan tersebut di
mana tiada balasan yang lebih besar di dunia dan akhirat daripada balasan
bagi seseorang yang bersifat sabar dalam menghadapi bala ketika di dunia.

3. Umat Islam akan diuji dengan lima perkara iaitu saudara seagama yang
sentiasa dengki terhadapnya, orang munafiq yang sentiasa membencinya, orang
kafir yang sentiasa memeranginya, syaitan yang sentiasa berusaha
menyesatkannya dan bisikan hawa nafsu yang sentiasa menggoncang keimanannya.
Semuanya ini menuntut kesabaran dan di dalamnya terdapat ganjaran pahala
yang besar daripada Allah SWT.

4. Lawan bagi sabar adalah mengeluh dan ia merupakan perbuatan yang amat
dilarang oleh agama kerana dengan mengeluh akan membuatkan semangat menjadi
lemah dan terbitnya perasaan kecewa dan putus asa sedangkan Allah SWT
berfirman dengan maksudnya, Sesungguhnya setelah tiap-tiap
kesukaran/kesulitan disertai kemudahan. (Surah al-Insyirah, ayat 6)

5. Tanpa masalah atau ujian tidak akan wujud kematangan kerana pengalaman
dalam menyelesaikan masalah adalah guru terbaik dalam menjamin kejayaan
dalam kehidupan.

Elakkan berkata 'kalau'

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Mukmin yang kuat lebih disukai oleh
Allah daripada mukmin yang lemah. Namun pada kedua-duanya ada kebaikan.
Berjaga-jagalah terhadap perkara yang boleh mendatangkan kebaikan kepada
engkau, pintalah pertolongan daripada Allah. Sekiranya engkau ditimpa
sesuatu musibah, maka jangan engkau berkata: Sekiranya (kalau) aku lakukan
begini maka sudah pasti lain yang berlaku. Tetapi katakanlah: Itu
merupakan takdir Allah dan Dia melakukan apa yang dikehendaki-Nya,
sesungguhnya 'kalau' akan membukakan pintu amalan syaitan. (Hadis riwayat
Muslim)

Huraian:

   1. Kekuatan seseorang Muslim itu diukur bukan sahaja dari segi fizikal
   (tubuh badan) tetapi juga dinilai daripada aspek kekuatan iman. Bahkan
   itulah yang paling penting.
   2. Orang yang sentiasa bewaspada terhadap nikmat kehidupan di dunia tidak
   akan mudah terjerumus dalam perangkap syaitan. Segala tindakan yang diambil
   mencerminkan ketaqwaannya kepada Allah dan dia sekali-kali tidak membiarkan
   kebaikan dan keburukan yang menimpanya sebagai suatu kegembiraan
   (kemenangan) dan kesedihan semata tetapi percaya bahawa semuanya itu
   mempunyai hikmah yang tersendiri daripada Allah untuk diambil pengajaran.
   3. Ucapan 'kalau' tidak harus diamalkan kerana ia seolah-olah menunjukkan
   bahawa kita tidak redha dengan apa yang telah berlaku. Sebaliknya kita
   hendaklah sentiasa berfikiran positif dan ingat bahawa segala yang baik itu
   datangnya daripada Allah dan yang buruk itu adalah daripada kelemahan diri
   kita sendiri. Oleh sebab itu Islam menyuruh umatnya agar bertawakkal
   (berserah) kepada Allah SWT dalam melakukan sesuatu usaha dan percaya bahawa
   setiap sesuatu itu tidak akan berlaku tanpa keizinan daripada-Nya jua.

Renung-renungkan dan selamat beramal!

--
- BawangGoreng -

http://bawangorengnet.blogspot.com


Hadis Rasulullah SAW:
*Dari Anas r.a

Help Palestine [hidayahnet] Doa memohon kesabaran dan mati dalam iman

2009-01-04 Terurut Topik BawangGoreng
 Doa memohon kesabaran dan mati dalam
imanhttp://bawangorengnet.blogspot.com/2008/12/doa-memohon-kesabaran-dan-mati-dalam.html
Posted by Bawang
Goreng  at 12:43
PMhttp://bawangorengnet.blogspot.com/2008/12/doa-memohon-kesabaran-dan-mati-dalam.html

http://3.bp.blogspot.com/_oV1RUxbNq84/SVmrag_pjCI/BhU/Qp1bLFYZrGM/s1600-h/bismillah1.gif
http://3.bp.blogspot.com/_oV1RUxbNq84/SVmrag_pjCI/BhU/Qp1bLFYZrGM/s1600-h/bismillah1.gif

وَمَا تَنقِمُ مِنَّآ إِلَّآ أَنۡ ءَامَنَّا بِـَٔايَـٰتِ رَبِّنَا لَمَّا
جَآءَتۡنَا‌ۚ رَبَّنَآ أَفۡرِغۡ عَلَيۡنَا صَبۡرً۬ا وَتَوَفَّنَا مُسۡلِمِينَ

Dan kamu tidak menyalahkan kami, melainkan kerana kami telah beriman kepada
ayat-ayat Tuhan kami ketika ayat-ayat itu datang kepada kami. (Mereka
berdoa): Wahai Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami dan
wafatkanlah (matikanlah) kami dalam keadaan berserah diri (berserah sepenuh
hati kepada-Mu).

(Surah Al-A'raaf, ayat 126)

PERHATiAN: Teks asal dari artikel menyebut ayat 89, bila disemak, terjemahan
sepatutnya untuk ayat 126.

Keterangan Ayat

Allah SWT menggunakan perkataan 'limpah' laksana air. Sabar berperanan
seperti air yang menjadi agen pembersihan dan ketenangan. Seperti mana air
membersihkan kekotoran, demikian juga sabar membersihkan dosa. (*Tafsir
al-Baidhawi*, tafsir ayat 126, surah al-A'raf)

Menurut hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam al-Tabari dalam tafsirnya, ayat
ini menceritakan tentang tabahnya iman ahli sihir terhadap Allah sesudah
meyakini perutusan Nabi Musa. Walaupun mereka takut kepada Firaun yang
berkuasa menzalimi mereka tetapi mereka memilih mati syahid demi
mempertahankan akidah mereka.

Ahli-ahli sihir yang rancak mempamerkan tipu daya mereka pada sebelah pagi
bertukar menjadi mujahid di jalan Allah SWT pada sebelah petangnya. (*Jami'
al-Bayan li al-Tabari*, tafsir ayat 126, surah al-A'raaf)

Khasiat dan Kaifiat Beramal

Oleh itu, kita wajar mencontohi iman dan keyakinan golongan mukmin seperti
ini. Walaupun kita beriman, kadangkala iman boleh tergugat apabila
berhadapan dengan tipu daya dunia. Maka awasilah iman dengan cara beramal
dengan ayat ini supaya mampu menikmati iman 'ahli-ahli sihir' yang dipilih
Allah SWT menjadi para 'syuhada.'

Sumber: UtusanOnLine
29/12/2008http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008dt=1229pub=Utusan_Malaysiasec=Bicara_Agamapg=ba_03.htm


-- 
- BawangGoreng -

LAMANSERi MAYAPERSADA http://bawangorengnet.blogspot.com


Hadis Rasulullah s.a.w.:
Daripada Salman bin 'Amir r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
Sedekah kepada golongan miskin, ganjarannya hanyalah sekadar pahala
sedekah; sedangkan sedekah kepada mereka yang mempunyai hubungan
silaturrahim terdapat dua ganjaran, iaitu pahala sedekah dan pahala menjalin
hubungan silaturrahim. (Hadis riwayat al-Tirmizi)

Daripada Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: Janganlah
kamu membenci bapamu. Siapa yang benci kepada bapanya, maka dia kafir.
(Hadis Riwayat Muslim)




Help Palestine [hidayahnet] Banyak cakap atau diam?

2008-12-09 Terurut Topik BawangGoreng
 bermaksud: Barangsiapa
yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yang
banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Dan barangsiapa yang banyak
dosanya, nescaya Neraka lebih utama baginya. (Hadis riwayat Abu Naim)

Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat, maka hendaklah dia
berkata dengan perkataan yang baik-baik, atau diam. (Riwayat riwayat
Bukhari dan Muslim)

Barangsiapa diam maka ia terlepas dari bahaya. (Hadis riwayat At-Tarmizi)

Ada pepatah mengatakan, banyak diam tidak semestinya bodoh, banyak cakap
tidak semestinya cerdik Manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan
kecuali dengan mendiamkan lidahnya. Jalan yang terbaik ialah diam jika kita
tidak dapat bercakap ke arah perkara-perkara yang membawa kebaikan. Bicara
yang baik adalah lambang hati yang baik dan bersih yang bergantung kepada
kekuatan iman pada diri manusia itu sendiri.

Manusia Yang Dikasihi Dan Dibenci

Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya orang-orang yang
paling aku kasihi di kalangan kamu dan orang yang paling dekat tempat
duduknya denganku dihari kiamat ialah orang yang paling baik akhlaknya.
Sesungguhnya orang yang paling aku benci dan paling jauh dariku pada hari
kiamat ialah orang yang banyak bercakap perkara sia-sia, dan berlagak
angkuh, sombong malah ia merasa bangga dengan kesombongannya. Para sahabat
bertanya lagi, Wahai Rasulullah, sesungguhnya kami telah mengetahui maksud
perkataan orang-orang yang suka bercakap banyak yang sia-sia, dan yang
berlagak angkuh dan sombong, tetapi apakah maksud orang yang bangga dengan
kesombongannya? Jawab Rasulullah, ialah orang yang takbur. (Hadis Riwayat
At-Tarmizi)

Daripada hadis di atas, dapatlah kita tafsirkan, orang yang berakhlak mulia
adalah orang yang paling dikasihi oleh Rasulullah dan diberi tempat yang
paling dekat dengan baginda di hari kiamat nanti. Bercakap-cakap kosong atau
perkara-perkara yang sia-sia dan membuat fitnah adalah perbuatan yang
dilarang oleh agama kerana ia tidak mendatang apa-apa kebaikan bahkan bakal
mengundang azab di hari akhirat kelak. Islam juga melarang umatnya bersifat
membangga diri dan memandang rendah serta menghina orang lain tetapi
hendaklah bersifat tawaduk dan rendah diri demi menjaga hati dan perasaan
orang lain.

Renung-renungkan, dan selamat beramal!

--
- BawangGoreng -

http://bawangorengnet.blogspot.com


Hadis Rasulullah s.a.w.:
Daripada Salman bin 'Amir r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
Sedekah kepada golongan miskin, ganjarannya hanyalah sekadar pahala
sedekah; sedangkan sedekah kepada mereka yang mempunyai hubungan
silaturrahim terdapat dua ganjaran, iaitu pahala sedekah dan pahala menjalin
hubungan silaturrahim. (Hadis riwayat al-Tirmizi)




Help Palestine [hidayahnet] Tazkirah: Mohon dihindari kufur selepas dikurniakan nikmat

2008-09-21 Terurut Topik BawangGoreng
 jauh lagi, Akibatnya ia tidak dapat lagi solat Jumaat,
sekalipun hanya sekali seminggu.

Pada suatu hari Jumaat, Rasulullah SAW bertanya kepada orang ramai,
bagaimana Sya'labah. Orang menjawab: Wahai Rasulullah, Sya'labah sudah
mempunyai ternakan kambing yang sangat berkembang-biak sehingga sudah
kesempitan tempat. Rasulullah SAW mengucapkan: Celaka Sya'labah, celaka
Sya'labah.

Setelah datang perintah wajib berzakat, Rasulullah SAW mengutus dua orang
utusannya, seorang daripada Bani Sulaiman dan seorang lagi daripada suku
Bani Jahinah untuk memungut zakat ke desa di luar kota Madinah, dengan
membawa surat perintah berzakat.

Kedua utusan itu lebih dulu datang kepada Sya'labah, meminta zakat
ternakannya, membacakan surat perintah Rasulullah SAW. Maka Sya'labah
berkata: Ternakan ini hanya pajakan, bukan kepunyaanku. Pergilah kamu
keduanya terlebih dulu kepada orang lain dan jika sudah selesai, kembali
lagi kepadaku.

Kedua utusan Rasulullah SAW pergi kepada seorang yang menternak unta
daripada golongan Suku Bani Sulaim. Orang itu setelah mendengar perintah
Rasulullah SAW lalu diserahkannya zakat daripada ternakannya. Kemudian kedua
utusan itu pergi kepada orang lain yang layak mengeluarkan zakat.

Akhirnya, kedua utusan itu kembali menemui Sya'labah, Sya'labah minta surat
perintah Rasulullah SAW dan dibacanya. Lalu katanya: Ini hanya pajakanku.
Pulanglah kamu keduanya, nanti aku fikir dulu.

Kedua utusan itu kembali kepada Rasulullah SAW. Belum mereka menyampaikan
berita mengenai Sya'labah, Rasulullah SAW bersabda: Wah, celaka Sya'labah.
Wah, celaka Sya'labah.

Lalu Rasulullah SAW mendoakan untuk kaum Bani Sulaim yang memilih unta yang
baik sebagai zakat ternakan mereka, dengan doa kebaikannya. Kemudian kedua
utusan itu menyampaikan berita penolakan Sya'labah sehingga turunlah ayat
surah at-Taubah, ayat 75-78.

Kemudian Sya'labah datang kepada Rasulullah SAW menyerahkan zakatnya.
Rasulullah SAW menjawab, al-Quran melarang untuk menerima zakat daripada
Sya'labah. Maka Sya'labah berasa amat susah hati dan sedih sehingga dia
siram kepalanya dengan tanah.

Rasulullah SAW bersabda: Inilah akibat perbuatan kamu sendiri, saya selalu
perintahkan dulu, tapi hari itu kamu menolak, tidak mahu menurutinya. Tidak
lama kemudian Rasulullah SAW wafat. Maka Sya'labah pergi kepada Abu Bakar,
khalifah pertama untuk menyerahkan zakatnya. Abu Bakar menjawab, oleh kerana
Rasulullah SAW menolak, ia tentu tidak dapat pula menerimanya.

Selepas Abu Bakar wafat, Sya'labah berulang-ulang menyerahkan zakatnya
kepada Umar dan Usman. Kedua-dua khalifah itu pun menolak untuk menerima
zakatnya, seraya berkata: Rasulullah SAW dan Abu Bakar sudah menolak, tentu
kami tidak dapat pula menerimanya.

Begitulah Sya'labah yang mungkir janji sesudah berharta, berlimpah-ruah dan
mewah, akhirnya dia meninggal di zaman khalifah Usman. Panjangnya umur
Sya'labah kerana hidup di zaman Rasulullah SAW, zaman Khalifah Abu Bakar
As-Siddiq, Khalifah Umar Ibnu Khattab dan meninggal di zaman Khalifah Usman.

Biarpun umurnya dipanjangkan, hartanya banyak berlimpah-ruah, tetapi
kekayaan itu tidak diredai Allah. Maka, setiap insan beriman dianjurkan
berdoa: Jika Engkau panjangkan umurku berilah umur yang Engkau reda (umur
yang engkau sukai), dan jika Engkau beri kekayaan berilah kekayaan yang
Engkau reda.

Renung-renungkan, dan selamat beramal!

-- 
- BawangGoreng -

http://bawangorengnet.blogspot.com
Buckle up! UpGrade yrself at
SERiPERSONAhttp://www.seripesona.com/index.php?ref=bawangoreng


Hadith Nabi s.a.w.:
Daripada Salman bin 'Amir r.a., Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud:
Sedekah kepada golongan miskin, ganjarannya hanyalah sekadar pahala
sedekah; sedangkan sedekah kepada mereka yang mempunyai hubungan
silaturrahim terdapat dua ganjaran, iaitu pahala sedekah dan pahala menjalin
hubungan silaturrahim.

Hadith riwayat al-Tirmizi




Help Palestine [hidayahnet] Jumaat penghulu segala hari

2008-08-25 Terurut Topik BawangGoreng
 melakukan dosa-dosa yang lain. Sesungguhnya orang yang
dibenarkan meninggalkan solat Jumaat hanyalah mereka yang menghadapi
kesukaran yang mencapai darjah keuzuran syar'i sepertimana yang berlaku
kepada orang sakit dan orang musafir. Oleh itu sekiranya seseorang itu tiada
sebarang alasan yang munasabah di sisi syarak untuk meninggalkan solat
Jumaat, maka hendaklah mereka mengerjakannya kerana solat Jumaat selain
daripada suatu kewajiban dalam beribadat kepada Allah S.W.T ia juga
merupakan suatu syiar Islam yang wajib dipelihara demi menjaga kesucian
agama.

--
- BawangGoreng -

http://bawangorengnet.blogspot.com


Hadith Nabi s.a.w.:
Daripada Salman bin 'Amir r.a., Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud:
Sedekah kepada golongan miskin, ganjarannya hanyalah sekadar pahala
sedekah; sedangkan sedekah kepada mereka yang mempunyai hubungan
silaturrahim terdapat dua ganjaran, iaitu pahala sedekah dan pahala menjalin
hubungan silaturrahim.

Hadith riwayat al-Tirmizi




Help Palestine [hidayahnet] Cerpen: Nangka 10 tinggal 9

2008-07-31 Terurut Topik BawangGoreng
 mulut berkerak
Candida tumbuh seperti orang mengidap AIDS .

Amat pelik sekali ialah badan Tok Guru berbau busuk macam mayat. Siapa yang
datang melawat pasti termuntah. Tak boleh tahan lama. Mereka berpandangan
antara satu sama lain dan bertanya dalam hati kecil masing-masing, Kenapa
begini? Macam orang mati! Jawapannya tiada siapa tahu.

Kalut kawan-kawan Tok Guru baca Yasin di rumah. Tak cukup itu, sembahyang
hajat beramai-ramai. Semua harap Tok Guru dapat pergi dengan tenang bertemu
Tuhan. Tak sanggup lagi melihat Tok Guru menderita. Tapi nyawa Tok Guru
liat. Ketegar tak mahu pergi meninggal badan. Entah apa lagi yang tak kena.
Sungguh mereka bingung. Cari jalan tak ke sudah.

Kali ini mereka kumpul semua sanak saudara, handai taulan, jiran,
kawan-kawan dan anak-anak muridnya. Mereka semua pakat menziarah Tok Guru.
Semasa itu, kemaafan dibisikkan ke telinga Tok Guru. Masih begitu juga.
Tiada perubahan. Dia terkedang di atas katil seperti diseksa. Semua orang
bingung mati akal. Tidak tahu apa lagi yang harus dibuat. Akhirnya, lawan
tengok sesama sendiri.

Siapa lagi yang tak datang? tanya seorang ustaz kepada sekumpulan orang
taman.

Rasa-rasanya semua dah dipanggil, jawab salah seorang daripada mereka.

Apa lagi agaknya? rungut ustaz dalam menungan.

Tiba-tiba.

Bismillahirrahmannirrahim, nangka 10 tinggal sembilan.

Semua orang memanggung kepala seperti ayam memanggung kepala apabila nampak
sewah dalam rumah itu. Cepat-cepat mereka pergi tengok di luar. Nun, di sana
mereka nampak Awang. Terkedek-kedek seorang diri berjalan menuju ke bandar.
Dia dipujuk datang cepat. Lepas itu, jenazah Tok Guru selamat dikebumikan.
Tiada halangan lagi. Awang pun kembali bergerak seperti biasa. Yang tinggal
hanya sunyi sepi. Sayup-sayup kedengaran, Bismillahirrahmannirrahim, nangka
10 tinggal sembilan.

**

--
- BawangGoreng -

http://bawangorengnet.blogspot.com
BAWANGORENG at MULTiPLY http://bawangoreng.multiply.com/
Buckle up! UpGrade yrself at
SERiPERSONAhttp://www.seripesona.com/index.php?ref=bawangoreng


Hadith Nabi s.a.w.:
Daripada Salman bin 'Amir r.a., Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud:
Sedekah kepada golongan miskin, ganjarannya hanyalah sekadar pahala
sedekah; sedangkan sedekah kepada mereka yang mempunyai hubungan
silaturrahim terdapat dua ganjaran, iaitu pahala sedekah dan pahala menjalin
hubungan silaturrahim.

Hadith riwayat al-Tirmizi




Help Palestine [hidayahnet] ARTIKEL: Makna kehidupan Husnul khaatimah

2008-07-24 Terurut Topik BawangGoreng
  Makna kehidupan Husnul
khaatimahhttp://mambang-di-awan.blogspot.com/2008/07/makna-kehidupan-husnul-khaatimah.html

*Petikan: http://www.wisatahati.com/artikel%20trainer3.html *

*Khusnul Khatimah adalah hujung perjuangan manusia. Manakala perjuangan
terakhirnya berlansung dengan baik, insya Allah ia akan menikmati sisi
terakhir dari kehidupannya di syurga.*

Hidup terasa begitu cepat. Dan waktu secara perlahan-lahan, senantiasa
mengarahkan kita menuju kematian. Satu tahun berlalu berganti dengan dua
tahun dan kian hari usia kita semakin bertambah. Semakin lama kematian itu
semakin mendekat dan manusia tak mungkin lagi dapat menghindarinya. Ibarat
sebuah medan ujian, dunia adalah babak prakualifikasi untuk menentukan siapa
yang layak untuk mendiami istana syurga yang abadi, dan siapa yang pantas
untuk dimasukkan ke dalam bara api neraka.

Detik-detik kematian tak perlu dirisaukan. Orang-orang yang beriman akan
menyambutnya dengan perasaan yang tulus, dari Allah SWT kita berasal dan
kepada-Nya pula kelak kita kembali. Dalam kepastian menjemput kematian
inilah husnul khaatimah menjadi idaman setiap orang mukmin. Karena pada
detik akhir ini semua ditentukan, apakah kita akan menjadi orang yang
bahagia, atau sebaliknya, semua tergantung pada detik-detik akhir ini.
Husnul Khaatimah, merasa enjoy dan happy, bahagia di saat –saat terakhir
kehidupan.

Setiap akhir pastilah ada awalnya. Begitu juga kalau ada husnul khaatimah
itu sesungguhnya tidak hanya pada akhir kematian. Paling tidak ada empat
kali period yang kita jalani.

Pertama, saat keluar dari alam ruh ('*alamul arwaah).* Dari alam ruh, kita
keluar dan masuk ke alam kedua, yang disebut dengan *'alamul arham* (alam
kandungan atau rahim ibu). Ketika dalam kandungan, ada satu masa di mana
Tuhan *meniupkan* ruh-Nya kepada Adam yang sebelumnya hanya selonggok
fisik saja.

Tatkala Nabi Adam diciptakan dari tanah liat itu, dia tidak ada apa-apanya.
Nabi Adam tak ubahnya selonggok tanah biasa. Nabi Adam mulai berharga dan
bernilai, setelah Allah SWT meniupkan ruh-Nya itu dan menjadikannya sebagai
*khalifah* (mandataris Tuhan) di bumi. Pada saat itulah kedudukannya
melampaui makhluk spiritual yang ada sebelumnya, termasuk malaikat dan jin.

Di dalam alam rahim, terjadi peristiwa spiritual yang disebut dengan
perjanjian primordial, yang universal bagi seluruh manusia. Manusia dengan
Tuhannya melakukan kontrak.

*Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari
sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka (seraya
berfirman): Bukankah aku ini Tuhanmu? mereka menjawab: Betul (Engkau
Tuhan kami), Kami menjadi saksi. (kami lakukan yang demikian itu) agar di
hari kiamat kamu tidak mengatakan: Sesungguhnya Kami (Bani Adam) adalah
orang-orang yang lengah terhadap ini (keesaan Tuhan), (QS. Al-A'raaf :
172).*

Apa pun agamanya dan betapa pun kafirnya orang itu kemudian, sesungguhnya ia
mengingkari perjanjian primordial itu dengan Tuhan. Seorang manusia tidak
mungkin keluar ke alam fana (dunia) ini tanpa melalui perjanjian itu.

Terminal yang ketiga adalah *alam fana* (alam sementara). Di sinilah puncak
prestasi manusia harus diperoleh. Dunia ini tempat beramal dan berprestasi
yang menentukan masa depan kita di alam berikutnya. Kalau prestasi amal
ibadah kita baik, maka mulai terminal keempat yaitu alam *barzakh* sampai
terakhir, alam *akhirat* nanti, kita kita akan merasakan efek dan pengaruh
positifnya. Maka di sinilah perlunya kita mengkaji *husnul khaatimah.*

*Husnul Khaatimah* adalah ujung perjuangan manusia. Kalau perjuangan
terakhirnya itu baik, *insyaa Allah* ia akan menikmati sisa terakhir dari
kehidupannya. Menurut Nabi, *Barang siapa yang mengucapkan
laailaahaillallah di akhir hayatnya (di penghujung pembicaraannya), ia
dijamin masuk surga.*

Apakah hadis ini mengisyaratkan tidak pentingnya shalat, puasa, zakat, atau
haji bagi kita? Bukankah dengan hanya mengafal kalimat
*laailaahaillallah*yang nantinya kita ucapkan menjelang kematian,
sudah cukupkah membuat kita
masuk surga? Tentu saja jawabannya tidak. Persoalannya tidak sederhana
menghafal. Kalimat ini kalimat sakral. Bisa jadi saat ini kita merasa mudah
dan lancar melafadzkannya. Akan tetapi orang yang selalu dilumuri dengan
dosa sepanjang hidupnya, lidahnya takkan sanggup mengucapkan *
laailaahaillallah*. Atau dia punya dosa-dosa tertentu, sehingga lidahnya
kelu untuk mengucapkan kalimat tauhid ini.

Diceritakan, suatu hari Rasulullah mendengar bahwa Al-Qama, salah satu
sahabat dekatnya, mengalami *sakaratul maut,* Rasulullah kemudian mengutus
sahabat-sahabat terbaiknya yang lain untuk membantu *ta'ziyyah* mayitnya.
Alangkah kagetnya para sahabat yang datang pada saat itu. Al-Qama yang
dikenal rajin ikut berjihad bersama Rasulullah, tidak sanggup mengucapkan *
laailaahaillallah,* tetapi kata-katanya lancar, ia memanggil siapa saja.

Bersamaan dengan itu, sahabat segera menghubungi Rasulullah. Ya Rasul. Ada
sesuatu yang aneh terjadi pada sahabat kita Al-Qama, lapor