Help Palestine [hidayahnet] Kenyataan Media : Ketua Polis Negara perlu tumpu usaha basmi jenayah bukan berpolitik

2009-04-05 Terurut Topik aHmadHazieq
Kenyataan Media : Ketua Polis Negara perlu tumpu usaha basmi jenayah bukan 
berpolitik
 
Dewan Pemuda Pas Wilayah Persekutuan (pemudawilayah) memandang serius 
peningkatan kes jenayah yang melibatkan golongan pelajar yang dilaporkan oleh 
Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan  semalam.
 
Utusan Malaysia melaporkan bahawa;

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan hari ini (semalam) melahirkan 
kebimbangannya dengan trend penglibatan pelajar dalam kegiatan jenayah yang 
menunjukkan peningkatan sejak dua tahun lalu.
 
Beliau berkata, jenayah melibatkan golongan itu yang dianggap serius 
termasuklah kes bunuh, rogol, samun, merusuh, mencuri dan pecah rumah.
 
Katanya, ini dibuktikan apabila pada 2007, sebanyak 1,836 kes dilaporkan dengan 
melibatkan tangkapan seramai 3,383 pelajar.
 
Tambahnya, daripada jumlah itu, seramai 3,241 pelajar orang adalah mereka yang 
berusia 13 hingga 18 tahun.
 
“Bagi tahun lalu pula, angka itu terus menunjukkan peningkatan iaitu sebanyak 
2,218 kes dengan melibatkan penahanan seramai 3,725 pelajar.
 
“Daripada jumlah itu seramai 3,629 pelajar adalah berusia 13 hingga 18 tahun,” 
katanya dalam perutusan sempena sambutan ulang tahun ke-39 pasukan Kor Kadet 
Polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.
Berdasarkan fakta-fakta yang dinyatakan jelas pada kita bahawa perlunya satu 
usaha yang serius diperingkat pasukan Polis dan membendung gejala ini dari 
terus meningkat.
 
Pemudawilayah tidak nafikan bahawa ibu bapa, guru dan masyarakat perlu 
memainkan peranan. Tetapi dalam masa yang sama bila ia sudah dikategorikan 
sebagai perbuatan jenayah maka tindakan Polis menjadi keutamaan.
 
Pembanterasan jenayah seharusnya sinonim dengan tugas Polis, namun akhir-akhir 
ini rakyat sudah melihat seolah-olah penjenayah masakini tanpa mengira usia 
sudah tidak takut dengan Polis.
 
Kebanyakkan rakyat membuat persepsi bahawa Polis hanya mampu menerima dan 
mengeluarkan kertas Laporan Polis bagi tujuan makluman dan claim insurans 
sahaja. Tindakan susulan seperti siasatan jarang dilakukan terutamanya bagi kes 
yang melibatkan kerugian kurang dari RM 1000.
 
Selain itu kes-kes melibatkan keganasan seperti pergaduhan kumpulan samseng, 
rogol dan bunuh akan diambil tindakan pantas jika ianya disiarkan dalam akhbar. 
Jika tidak siasatan akan bertangguh-tangguh.
 
Pemudawilayah sendiri pernah membantu seorang mangsa kes Ah Long membuat 
laporan Polis. Dan pegawai yang menyiasat kes itu hanya kata, jika Ah Long itu 
datang kacau, buat Laporan Polis lagi. Tapi Polis tidak boleh bertindak apa-apa 
selagi Ah Long tidak pukul atau mencederakan mangsa
 
Mangsa telah membuat banyak Laporan Polis tetapi Polis tak buat apa dengan 
alasan Polis tiada kuasa untuk menyiasat Ah Long itu walaupun mangsa pernah 
membuat laporan yang rumahnya disimbah cat dan pagarnya dirantai.
 
Paling mengejutkan, setelah Pemudawilayah menyiasat sendiri kes itu, antara Ah 
Long yang terlibat adalah mereka yang berumur bawah 21 tahun. Dan ini sudah 
menunjukan bahawa trend jenayah kini sudah semakin menular kepada golongan muda 
dan mereka menjadi rekrut untuk kumpulan-kumpulan samseng yang giat melakukan 
jenayah bersama Ah Long.
 
Jadi sejauh manakah pihak Polis serius untuk membantu rakyat dan melindungi 
mereka. Jika kes sekecil itu pun Polis boleh lepas tangan, bagaimana dengan 
kes-kes besar seperti kes pembunuhan Altantuya yang tidak disiasat dengan 
bersunguh-sungguh oleh Polis walaupun banyak aduan dibuat tentang penglibatan 
seorang ahli Politik dalam kes itu.
 
Malangnya Ketua Polis Negara berpolitik pula dan mengalihkan masa kerjanya 
untuk memantau aktiviti politik dan pilihanraya di 3 tempat-Bukit Gantang, 
Bukit Selambau dan Batang Ai, yang sedang berlangsung sekarang.
 
Semalam Polis secara tiba-tiba mengeluarkan arahan melarang jentera Pilihanraya 
di 3 tempat berkenaan untuk menyebut atau bercakap tentang isu Sultan Perak dan 
Kes Altantuya. Tidak cukup dengan itu, aktiviti kempen juga dihadkan sehinggan 
jam 11 malam.
Dalam masa yang sama, beribu Polis dihantar ke sana dan menyebabkan banyak 
tempat kekurangan anggota untuk berkerja membanteras jenayah.
 
Sepanjang 10 tahun ini tidak ada apa-apa kes yang besar berlaku sepanjang sesi 
kempen pilihanraya melainkan kes petugas Pas yang dipukul Pemuda Umno di Ijok 
pada tahun 2007. Itu pun tidak diambil tindakan oleh Polis.
 
Mereka telah dibelasah teruk oleh kumpulan Pemuda Umno berhampiran Balai Polis 
hingga masuk wad, tetapi hingga kini tiada tangkapan dan dakwaan dibuat.
 
Jadi apa gunanya pihak Polis mencampuri urusan Politik dan Pilihanraya. Apa 
sebenarnya keutamaan Polis.
 
Pihak Polis perlu membuka semula Fail Meja mereka dan membaca kembali senarai 
tugas mereka.  Jika mahu Polis dipandang tinggi oleh rakyat, mereka perlulah 
membuat senarai keutamaan tugas mereka dengan meletakkan pembanterasan jenayah 
sebagai tugas utama.
 
Pemudawilayah tidak menolak sumbangan Polis pada negara, tetapi mereka perlulah 
meletakan diri mereka ditempat yang 

Help Palestine [hidayahnet] Artikel : Unity Goverment bukan bermaksud Pas sertai BN, bukan untuk Melayu sahaja

2009-03-20 Terurut Topik aHmadHazieq
Artikel : Unity Goverment bukan bermaksud Pas sertai BN, bukan untuk Melayu 
sahaja
 oleh HermanSamsudeen


 
 
Begitu gelojoh pimpinan BN dan ramai pihak membuat ulasan terhadap buah pikiran 
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengenai Unity Goverment (Kerajaan 
Perpaduan) sejak dua tiga hari ini. Jelas apa yang mereka fikirkan jauh 
menyimpang dari hasrat asal Presiden Pas.
 
Hasrat sebenar Presiden Pas
 
Idea ini bangkit setelah Presiden melihat politik negara yang kian kalut dan 
ekonomi negara kian serabut dibawah pentadbiran Kerajaan BN yang kini tidak 
mendapat sokongan 2/3 rakyat Malaysia.
 
Melihat kepada timbulnya pelbagai isu dan masalah lantaran ketamakkan 
sesetengah pihak untuk terus berkuasa dan sebahagian lagi berusaha menjadi 
Kerajaan dalam cara pemikiran mereka, akhirnya membawa timbul suatu keinginan 
di hati Presiden Pas untuk memberikan jalan tengah untuk rakyat mendapat 
khidmat yang terbaik.
 
Percaturan politik yang mengkucar kacirkan negara dikhuatiri meninggalkan kesan 
yang panjang terhadap struktur ekonomi dan sosial negara. Kerajaan BN yang 
memerintah juga dilihat bertindak berdasarkan keperluan mereka bukannya 
keperluan keseluruhan rakyat. Pembangkang pula seolah-olah dinafikan idea-idea 
mereka dan ini membuka ruang yang luas untuk percakaran hebat peringkat 
kepimpinan negara dan akar umbi keseluruhannya.
 
Atas prinsip menjaga kepentingan rakyat, Presiden Pas menawarkan idea Kerajaan 
Perpaduan tanpa pembangkang (Pembangkang tetap wujud tetapi sebagai kumpulan 
yang bekerja dalam membantu mencipta dasar yang lebih baik) dimana idea ini 
mengemukakan pandangan berat untuk difikirkan semua.
 
Ianya untuk kebaikkan seluruh rakyat dan negara, bukan untuk Melayu sahaja!
 
Timbalan Ketua Pemuda Pas Pusat, Ust. Nasaruddin Hassan Tantawi merumuskan 
pandangan Presiden Pas ini sebagai satu alternatif untuk mengabungkan kembali 
rakyat dibawah satu tadbir urus yang disiplinnya menumpukan kepada soal 
kebersamaan memperbaiki ekonomi negara dan mempertahankan semangat perpaduan 
seluruh rakyat.
 
Idea besar ini harus dilihat sebagai satu peluang ‘gencatan senjata’ yang mana 
tiada siapa yang harus dikorbankan melainkan kepentingan parti atau individu 
sahaja. Ia membawa semua pemimpin dan rakyat berfikir atas dasar unity bukannya 
individualistik.
 
Pas mahu Kerajaan Perpaduan ini menguruskan isu-isu dan kepentingan semua kaum 
dan tidak tertumpu pada kaum tertentu seperti Melayu sahaja. Pas melihat semua 
rakyat tanpa mengira latar belakang bangsa, agama dan fahaman politik berhak 
untuk menerima layanan yang adil (bukan ditafsir sebagai sama rata).
 
Kerajaan Perpaduan bukan bererti Pas sertai BN
 
Pas bukannya menawar diri untuk sertai BN atau bergabung dengan Umno untuk 
perkukuhkan Melayu. Pandangan itu jauh meleset dari apa yang dibawa oleh 
Presiden Pas.
Pemikiran Presiden Pas tetap bersama dengan apa yang diingini oleh Musyidul Am, 
Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat iaitu menolak gagasan Kerajaan Campuran yang 
berlandaskan sistem politik satu Parti yang bergabung dibawah BN sahaja.
 
Apa yang mahu diutarakan adalah kesatuan pentadbiran dibawah urustadbir 
pelbagai parti yang memerintah dimana kumpulan pembangkang diberikan ruang yang 
secukupnya untuk menyertai urustadbir negeri dan negara berdasarkan keperluan 
tertentu.
 
Ini bermakna, BN kekal dengan komponennya, Pakatan kekal dengan komponennya. 
Apa yang harus diperbaiki adalah senarai urustadbir Kerajaan dan juga struktur 
hubungan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.
 
Ianya Penyelesaian kepada masalah urustadbir negara
 
Hari ini kita melihat Kerajaan Persekutuan mempergunakan kuasa Persekutuan 
mereka untuk menafikan hak Kerajaan negeri memerintah dengan menyalurkan 
bantuan Persekutuan kepada Jabatan Kerajaan Persekutuan yang diwujudkan disemua 
negeri yang di perintah Pakatan. Tindakan ini menyebabkan Kerajaan Negeri yang 
diperintah Pakatan tidak mendapat peruntukan yang sepatutnya.
 
Ini sekaligus meningkatkan perbelanjaan Kerajaan diperingkat negeri dan negara 
sekaligusnya menjadikan dana negara sebagai modal percaturan politik bukannya 
dana untuk membantu rakyat.
 
Selain itu dalam isu-isu melibatkan soal tanah, balak dan air juga sering wujud 
perbezaan tindakan lantaran pengaruh kepentingan ideologi politik. Kerajaan Pas 
di Kedah baru-baru ini mengancam menebang balak dikawasan hutan simpan tadahan 
air sebagai reaksi terdesak untuk mendapatkan dana menguruskan negeri setelah 
Kerajaan Persekutuan menafikan hak Kerajaan Kedah menerima bantuan kewangan dan 
royalti.
 
Selangor pula berebut dengan Persekutuan dalam soal menguruskan air 
negeri. Manakala beberapa projek mega di Pulau Pinang menjadi bahan perdebatan 
Kerajaan Negeri dan Persekutuan.
 
Projek ECER di Kelantan juga menjadi persoalan di mana Kerajaan Negeri tidak 
dijemput secara serius untuk menyertainya.
 
Selain itu, salah urustadbir diperingkat Persekutuan dan negeri juga sukar 
dibendung hingga menyebabkan gejala rasuah berleluasa 

Help Palestine [hidayahnet] Artikel : Najib pecat Abdullah jika enggan turun dari jawatan PM

2009-02-21 Terurut Topik aHmadHazieq
Artikel : Najib pecat Abdullah jika enggan turun dari jawatan PM
 
oleh HermanSamsudeen
 



Bakal Presiden Umno yang mengidam kerusi Perdana Menteri, Najib Razak dijangka 
akan membuat penstrukturan Kabinet jika berjaya merampas kerusi itu dari 
Abdullah. Cukuplah jika Najib dilantik jadi Presiden Umno, itu sudah memberikan 
kekuatan padanya walaupun Abdullah enggan letak jawatan sebagai PM.
 
Najib boleh memecat beliau dari Umno dan kemudiannya membawa usul undi tidak 
percaya sebagaimana teori Mahathir jika Abdullah berkeras untuk terus jadi PM.
 
Abdullah juga dipercayai tidak akan menjadi anggota kabinet baru Najib 
sekaligusnya, akan dipecat dari jawatan Menteri Pertahanan jika kabinet 
dirombak.
 
Naib Presiden Umno sekarang, Muhyiddin Yassin membayangkan rombakan kabinet 
akan dibuat jika Najib berkuasa. Bagi beliau Kabinet Kerajaan yang ada sekarang 
ini sudah dilihat rakyat sebagai ‘Kerajaan yang hilang arah’.
 
MCA pula sudah bersedia untuk menamakan 3 calon Menteri yang baru dimana 
Timbalan Menteri Kewangan sekarang, Kong Cho Ha bakal mengambil tempat Menteri 
Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Ong Ka Chuan.
 
Turut dinamakan untuk merebut jawatan Menteri ialah Ketua Pemuda MCA yang juga 
Timbalan Menteri Pelajaran, Wee Ka Siong dan Ketua Wanita MCA, Chew Mei Fun. 
Disamping itu komponen BN yang lain juga sudah membuat persedian untuk 
menamakan calon mereka bagi merebut jawatan Menteri dalam senarai kabinet yang 
baru.
 
Oleh itu, Najib kini wajar merangka strategi untuk mewujudkan Kabinet yang 
lebih baik dari Abdullah disamping memastikan kedudukan beliau menjadi lebih 
selesa selepas ini.
 
Mahathir mengakui bahawa kumpulan Think Tank Abdullah di Tingkat 4 kini 
terdesak dan semakin giat berusaha agar rancangan peralihan kuasa ini gagal. 
Taruhan mereka iaitu anak menantu Abdullah yang juga Naib Ketua Pemuda Umno 
sekarang, Khairy Jamaluddin bagi merebut Jawatan Ketua Pemuda dianggap usaha 
paling penting bagi memastikan survival ‘geng Tingkat 4′.
 
Mereka juga berusaha agar Abdullah tidak melaksanakan peralihan kuasa walaupun 
sedar bahawa Abdullah sudah tidak tahan menerima tekanan dari ahli Umno untuk 
berundur.
 
Secara keseluruhannya rakyat melihat Abdullah sebagai Perdana Menteri yang 
pasif tetapi dalam masa yang sama masih boleh menerima beliau berbanding Najib 
yang dilihat terlalu agreasif terhadap rakyat.
 
Kini pertembungan kuasa besar ini semakin menuju kemuncaknya, dan rakyat yang 
dibawah ini juga yang akan menjadi korbannya kelak.


  

Help Palestine [hidayahnet] Makluman : Demontrasi Membantah Konsert Rihanna Ditangguhkan!

2009-02-05 Terurut Topik aHmadHazieq
Makluman : Demontrasi Membantah Konsert Rihanna Ditangguhkan!
 


Demontrasi bagi membantah Konsert Rihanna yang dijadualkan akan diadakan pada 
esok hari (6 Feb 2009) selepas solat jumaat di Hadapan Bangunan Celcom 
ditangguhkan ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian atas sebab-sebab 
yang tidak dapat dielakkan buat masa ini. Kami sebagai penganjur berasa kesal 
dan memohon maaf di atas penangguhan ini.
 
Sekian. Terima Kasih
 
Herman Samsudeen
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda Pas Wilayah Persekutuan


  

Help Palestine [hidayahnet] Anak-anak Gaza Mati Dibom, Dollah Badawi Tersenyum Tunggu Rihanna

2009-02-05 Terurut Topik aHmadHazieq
Anak-anak Gaza Mati Dibom, Dollah Badawi Tersenyum Tunggu Rihanna
Oleh HermanSamsudeen |
 


Dalam keadaan dunia Palestine bergolak, Dollah Badawi menanti dengan penuh 
kesungguhan Konsert Xpax ignites Rihanna LIVE in Kuala Lumpur pada hari Jumaat, 
13 Februari 2009 nanti.
 

 
Menanti saat itu, anak-anak Palestine satu persatu rebah ke bumi kelahiran 
mereka bersimbah darah dengan tubuh yang berkecai lantaran kezaliman bom-bom 
yang digugur dari pesawat Israel buatan Amerika.
 
Pada 31 Januari baru-baru ini Obama mengumumkan pakej bantuan kewangan kepada 
Israel berjumlah USD2.55 billion untuk tahun 2009 yang merangkumi bantuan 
peralatan ketenteran dan penyelidikan teknologi tinggi ketenteraan.
 
Kerjasama Amerika dan Israel bukan lagi satu rahsia dimana Israel telah 
menerima USD 53 Billion (RM191 Billion) bantuan kewangan dari Kerajaan Amerika 
Syarikat sejak 1949 dan semua ini diakui Obama dalam temuramah beliau lewat 
januari lalu.
 
Obama juga mengakui bahawa dana itu diperolehi dari sumber dalam negara 
termasuklah cukai-cukai pendapatan dan keuntungan perniagaan yang dibayar oleh 
penduduknya termasuklah Rihanna yang bakal berkunjung ke Malaysia bulan hadapan.
 
Oleh itu rakyat Malaysia yang sudah sepakat menghulurkan bantuan kewangan 
kepada Rakyat Gaza dan bertekad memboikot produk Amerika seharus memahami isu 
ini.
 

 
Bantahan kepada Konsert Rihanna mengambarkan seriusnya kita membantah segala 
produk yang datang dari Amerika. Ramai yang kata mereka tidak mampu menghalang 
diri untuk menggunakan produk Amerika seperti komputer dan Telefon Bimbit. Tapi 
dalam konteks hiburan sebegini, maka tiada alasan lagi untuk diberi kerana kita 
mempunyai banyak alternatif hiburan yang ada dalam negara.
 
Selain itu Pemudawilayah juga mengajukan bantahan ini bukan sekadar untuk 
mengukuhkan program boikot sebagai tanda sokongan kepada Gaza tetapi untuk 
menyelamatkan muda-mudi negara ini agar tidak hanyut dengan dunia hiburan 
khususnya yang datang dari barat.
 
Pada hari ini orang-orang dari barat berpusu-pusu datang melancong ke Malaysia 
dan belajar menikmati budaya dan gaya hiburan kita. Malangnya anak-anak muda 
kita yang belum menjejakkan kaki ke Amerika atau Eropah sudah mengamalkan 
budaya barat melebihi dari masyarakat Barat yang mula memahami budaya Timur 
kita.
 
Pemudawilayah juga melihat dengan serius akan peningkatan gejala sosial yang 
meliputi perlanggaran hukum dan adab budaya kita dimana muda-mudi kini lebih 
cenderung untuk melakukan maksiat seperti meminum arak hingga mabuk, mengambil 
dadah, judi, lari bersama pasangan, lepak, merempit, zina, melacur atau 
bertukar pasangan.
 
Masalah sebegini didapati meningkat dengan begitu banyak bila adanya konsert 
atau pesta yang dianjurkan dimana muda-mudi mengambil kesempatan untuk membawa 
pasangan dan teman-teman mereka bersuka ria hingga ke pagi walaupun konsert 
habis pukul 12 malam. Dan bila mereka tiada duit untuk berhibur mereka akan 
lakukan jenayah seperti memukul mak ayah yang tua, mencuri-meragut, memerat 
ugut dan sebagainya.
 
Setiap tahun Dollah Badawi berjanji akan mengurangkan masalah sosial ini namun, 
setiap tahun juga masalah ini bertambah. Konsert-konsert giat dijalankan, tak 
cukup artis tempatan, artis luar negara dipanggil.
 
Kerajaan wujudkan banyak pusat pemulihan sosial tetapi nampaknya ia sekadar 
menyediakan ruang penyelesaian sementara walhal gejala sosial terus meningkat. 
Bila meningkat pusat pemulihan ditambah dan ini merugikan negara. sewajarnya 
masalah ini diselesaikan diperingkat akar umbi bukan membantu untuk 
mengembangkannya.
 
Tangan kanan Kerajaan sediakan pelbagai modul positif didik anak muda, tangan 
kiri pula sediakan ruang untuk mereka berhibur dan lakukan maksiat-Jenayah. 
Sampai bila pun masalah ini tidak akan berkurangan.
 
Jika di Palestine rakyatnya mati kerana di bom Israel, tapi di Malaysia 
generasi muda kita rosak dan mati akalnya kerana diracun oleh Kerajaan yang 
memerintah.
 
Oleh itu Pemudawilayah menyeru kepada warga yang prihatin untuk turun bersama 
kami membantah konsert Rihanna ini dihadapan Bangunan Celcom di Jalan Raja Muda 
Abd Aziz pada 6 Februari 2009 selepas solat Jumaat.
 

 
Ayuh! tiada orang lain yang boleh selamatkan Umat Islam di Palestine melainkan 
umat Islam dan mereka yang prihatin sahaja. Dan tiada orang lain yang boleh 
selamatnya anak muda kita dari dirosakkan melainkan warganegara kita sendiri!


  

Help Palestine [hidayahnet] Berita : 38 pasukan sertai Futsal Piala Ahli Parlimen Titiwangsa

2009-02-02 Terurut Topik aHmadHazieq
Berita : 38 pasukan sertai Futsal Piala Ahli Parlimen Titiwangsa
 


Cheras, 2 Feb 2009 : Sebanyak 38 pasukan telah menyertai pertandingan Futsal 
bagi merebut Piala Ahli Parlimen Titiwangsa, YB. Dr. Lo’lo’ Dato’ Hj. Mohamad 
Ghazali anjuran Dewan Pemuda Pas Titiwangsa. Pertandingan telah berlangsung 
semalam di The Challenger Sports Centre Cheras.
 
Pengurus program, Mohd Fahmy Abd Samad mengesahkan bahawa penyertaan kali ini 
amat menggalakkan dimana jumlah penyertaan melebihi sasaran asal. Penganjur 
hanya mensasarkan 20 pasukan sahaja. Walaubagaimana pun, sebanyak 40 pasukkan 
mendaftar dan dihari program 2 pasukan telah menarik diri atas sebab-sebab yang 
tidak dapat dielakkan.
 
Pertandingan ini menawarkan hadiah bernilai RM 700 bagi tempat pertama, RM 500 
bagi tempat kedua dan RM 300 bagi tempat ketiga.
 
Format perlawanan liga di Pusingan pertama dan kalah mati dipusing kedua dan 
seterusnya telah digunakan oleh pihak penganjur.
 
Matlamat utama
 
Program ini dianjurkan khusus bagi membuka ruang kepada golongan muda mengenali 
Pas khususnya Pemuda Pas Titiwangsa secara lebih akrab lagi
 
Ketua Pemuda Pas Titiwangsa, Herman Samsudeen berkata;
 
“Pertandingan ini adalah sebahagian dari program Pas dimana kita mahu 
masyarakat tahu bahawa pemuda Pas bukan sahaja tahu berpolitik, tapi kita juga 
mempunyai ruang yang luas untuk bersukan dan beriadah bersama masyarakat”
 
“Penganjuran kali ini amat berjaya dan ternyata program yang dianjurkan oleh 
Pemuda Pas ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan walaupun tidak ditaja 
oleh mana-mana pihak. Malah masih ada yang memohon untuk menyertai program ini 
walaupun tarikh tutup penyertaan telah tamat 2 hari yang lepas (Jumaat)”
 
Ternyata program ini bukan sekadar menemukan pimpinan pemuda Pas dengan 
golongan muda tetapi ia juga membuka ruang untuk mereka menyertai Pas. Didapati 
kaunter pendaftaran keahlian turut mendapat sambutan dimana seramai 54 orang 
telah menyatakan kesediaan mereka untuk mendaftar sebagai ahli Pas.
 
“Kebanyakkan peserta begitu teruja dengan pertandingan ini dan mahukan ianya 
dianjurkan lagi. Golongan muda kini dilihat lebih terbuka dan tidak takut untuk 
bersama dalam mana-mana program yang dianjurkan Pas. Jika beginilah semangat 
mereka maka pada masa akan datang, kami juga bersedia untuk mengadakan lebih 
banyak pertandingan untuk mereka sertai” Kata Herman lagi.
 
Artikel dan gambar penuh boleh dilihat di:
http://dppwp.wordpress.com/2009/02/01/38-pasukan-sertai-futsal-piala-ahli-parlimen-titiwangsa/


  

Help Palestine [hidayahnet] Kenyataan Media : Pemudawilayah Bantah Konsert Rihanna, Boikot Artis Amerika!!!

2009-01-20 Terurut Topik aHmadHazieq
Kenyataan Media : Pemudawilayah Bantah Konsert Rihanna, Boikot Artis Amerika!!!
 
Dewan Pemuda Pas Wilayah Persekutuan (Pemudawilayah) hari ini melahirkan rasa 
kekesalan terhadap tindakan Syarikat Celcom (M) Berhad yang menaja dan akan 
turut menganjurkan program Xpax ignites Rihanna LIVE in Kuala Lumpur pada hari 
Jumaat, 13 Februari 2009 nanti.
 
Rihanna yang terkenal dengan lagu Bad Girl dan Umbrella sebelum ini dijangka 
akan mengadakan persembahan lewat pukul 8.30 malam di Stadium Bukit Jalil 
nanti. Iklan-iklan telah mula disebarkan melalui kaca TV, Surat Khabar, SMS dan 
ternyata ia adalah suatu usaha yang bersungguh dari Celcom dalam mengaut 
keuntungan dalam mengorganisasikan konsert ini.
 
Rihanna atau nama sebenarnya Robyn Rihanna Fenty merupakan artis kelahiran 
Kepulauan Barbados yang menempah nama di Amerika Syarikat. Beliau yang 
berkecimpung dalam genre RB, Pop,Pop-Rock, dance dan reggae sering membawakan 
aksi yang menghairahkan dalam penyampaian lagu-lagunya disamping mengenakan 
pakaian ketat dan seksi.
 
Ini sememangnya tidak memenuhi citarasa budaya tempatan, dan tidak secocok 
dengan celcom yang dilihat sebagai sebuah syarikat tempatan yang sewajarnya 
mengutamakan budaya ketimuran dan artis-artis tempatan.
 
Kehadiran Rihanna yang kini sudah menetap di Amerika Syarikat sedikit sebanyak 
akan membawa keluar wang negara yang akhirnya akan masuk ke Amerika.
 
Melihat kepada pengaliran wang ini, bukan sahaja membawa kita memahami erti 
kerugian buat negara tetapi satu penderitaan buat rakyat Palestine dimana 
Amerika yang menjadi sekutu Israel membekalkan senjata ketika pembunuhan ngeri 
di Gaza hasil dari sumbangan dan dana cukai yang diberi oleh penduduk Amerika.
 
Sama ada Rihanna sedar atau tidak kita sememangnya tahu bahawa duit cukai yang 
dibayar beliau turut menyumbang kepada peperangan di Gaza.
 
Maka Pemudawilayah menolak kehadiran artis ini di Malaysia atas dasar 
ketidaksesuaian gaya penyampaian lagu, pakaian dan juga atas sentimen 
menghormati rakyat Palestine yang tertindas angkara kekejaman Israel dan 
sekutunya-Amerika yang ditaja oleh kebanyakkan penduduknya.
 
Sama ada Rihanna terlibat atau tidak, bagi kami beliau juga adalah agen kepada 
kerosakkan muda-mudi yang ada diseluruh dunia melalui penyampaian lagunya dan 
juga penyumbang kepada kekuatan dana Israel melalui Amerika yang menjadi tempat 
beliau menempah nama.
 
Memanggil Rihanna ke Malaysia umpama menghina adab ketimuran, merendahkan artis 
tempatan, sengaja merugikan ekonomi negara dan menyokong dasar perang Israel 
yang disokong Amerika.
 
Sewajarnya dalam suasana ekonomi yang tidak menentu dan palestine ditindas 
kini, kita meneruskan kempen boikot barangan Amerika termasuklah artis-artis 
mereka serta apa sahaja yang dikeluarkan dari negara itu terutama 
perkara-perkara yang negatif.
 
Justeru itu Pemudawilayah menyeru organisasi Kerajaan seperti Kementerian Luar 
Negeri, Imigresesn, Puspal, DBKL, Polis dan yang terlibat dalam mengeluarkan 
permit Konsert ini untuk menolak permohonan penganjur bagi membawa artis ini.
 
Organisasi NGOs dan parti-parti Politik serta orang perseorangan juga diseru 
untuk menolak Konsert ini dan menyatakan bantakan mereka dengan menghantar 
bantahan kepada Celcom dan organisasi Kerajaan yang terlibat dalam mengeluarkan 
permit konsert ini.
 
Pemudawilayah dalam masa terdekat akan mengemukakan surat bantahan bagi 
memastikan konsert ini dibatalkan. Cukuplah dengan segala macam bencana yang 
berlaku sekeliling kita, jangan diundang lagi apa yang kita tidak mampu 
hadapinya dimasa akan datang dengan cara yang sebegini.
 
Kita sibuk menderma untuk tabung Gaza tapi dalam masa yang sama wajarkah kita 
menyumbang kepada tabung peperangan Israel melalui konsert Rihanna ini?
 
Sesungguhnya Pemudawilayah akan terus konsisten menentang konsert-konsert yang 
tidak mengambarkan akhlak dan nilai ketimuran yang positif serta turut 
mengundang pelbagai masalah sosial di negara ini. Kami juga akan terus 
konsisten untuk memboikot apa sahaja produk Amerika yang merugikan negara dan 
menyumbang kepada peperangan atau kerosakkan di muka bumi ini.
 
Sekian. Terima Kasih.
 
Kamaruzaman Mohamad
Ketua
Dewan Pemuda Pas Wilayah Persekutuan


  

Help Palestine [hidayahnet] Kenyataan Media : Pemudawilayah bantah Kenyataan Perkauman oleh Naib Presiden MCA

2008-09-23 Terurut Topik aHmadHazieq
Kenyataan Media : Pemudawilayah bantah Kenyataan Perkauman oleh Naib 
Presiden MCA
 
 


Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (Pemudawilayah) membantah kenyataan Naib 
Presiden MCA, Datuk Donald Lim Siang Chai yang membayangkan bahawa keadaan yang 
bahaya jika semua parti kaum Cina sokong pembangkang dan hanya parti berasaskan 
orang Melayu menjadi parti memerintah.
 
Ini adalah suatu kenyataan yang prejudis kepada orang Melayu dan akan 
menyemarakkan rasa perkauman. Nampaknya MCA mulai menunjukkan belang 
perkaumannya!
 
Ternyata kenyataan itu dibuat memandangkan MCA terdesak untuk terus memenangi 
hati rakyat berketurunan cina. Akhir-akhir ini parti-parti komponen BN dilihat 
sudah berpecah dan ada yang cenderung untuk bersama Pakatan.
 
Pakatan yang kini menjadi pembangkang terbesar di Parlimen Malaysia bukan 
sahaja dianggotai oleh kaum Cina. Pakatan merupakan gabungan terbesar bagi 
semua kaum di Malaysia termasuklah dari Kaum Melayu, India dan Bumiputra.
 
Seandainya parti-parti kaum cina berhijrah kepada Pembangkang, Negara ini bukan 
diperintah oleh kaum Melayu sahaja kerana ketika itu Pakatan yang berbilang 
bangsa ini akan jadi Kerajaan. Hanya tinggal Umno sahaja sebagai Pembangkang. 
Hayat Umno juga dijangka tidak lama kerana ramai pemimpin Melayu sudah beralih 
kepada Pakatan dan menyertai gagasan berbilang bangsa.
 
Keharmonian dan kesepakatan kaum tidak akan dicapai dalam Barisan Nasional 
kerana wujudnya tiga parti perkauman yang dominan iaitu Umno, MCA dan MIC.
 
Isu perkauman yang cuba di semarakkan oleh Donald ini hanyalah suatu dogengan 
bagi memastikan MCA iaitu parti khusus untuk kaum cina sahaja tidak dibubarkan. 
Beliau sewajarnya memandang ke hadapan dan mempelajari semula erti perpaduan 
berbilang bangsa.
 
Pemudawilayah sesekali tidak bersetuju jika negara ini diperintah oleh satu 
kaum sahaja. Kenyataan bahaya Donald ini wajar ditarik balik agar tidak 
menimbulkan rasa prejudis kepada parti-parti lain khususnya yang dikuasai orang 
Melayu. Tindakan tegas wajar dikenakan kepada beliau kerana cuba mempermainkan 
isu perkauman dalam soal masa depan dan pentadbiran negara.
 
Negara ini bukan untuk kaum cina sahaja, juga bukan untuk kaum Melayu atau kaum 
India sahaja. Negara ini milik semua. Menjadi hak dan tanggungjawab semua untuk 
kita bersama memeliharanya.
 
Isu perkauman seharusnya diletak ke tepi dan tidak dijadikan agenda politik 
bagi mana-mana parti. Penggunaan sendi perkauman dalam dunia politik akan 
menyebabkan ketidakstabilan dan perpecahan. Oleh itu wajarlah jika semua parti 
perkauman dibubarkan segera dan kita bersatu didalam gabungan parti pelbagai 
bangsa untuk kepentingan negara.
 
Herman Samsudeen
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan


  

Help Palestine [hidayahnet] Artikel untuk siaran : DBKL halang Dr. Lolo bantu rakyat miskin!

2008-09-20 Terurut Topik aHmadHazieq
Artikel untuk siaran : DBKL halang Dr. Lolo bantu rakyat miskin!
Oleh HermanSamsudeen


 
Permohonan pejabat Ahli Parlimen Titiwangsa bagi mendapatkan senarai nama 
penerima bantuan untuk tujuan menyalurkan sumbangan telah ditolak oleh pihak 
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
 
Pada 18 September, Pegawai Ahli Parlimen Titiwangsa, Shahir Abu Hassan telah 
mengemukakan surat kepada DBKL. Namun tanpa berfikir panjang, pada hari yang 
sama Pengarah Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial DBKL, Dr. Ismail Stapa 
membalas surat itu dan menolak permohonan yang dikemukakan atas alasan maklumat 
itu adalah hak milik DBKL dan tidak boleh di edarkan kepada pihak luar.
 
Ahli Parlimen Titiwangsa, YB. Dr. Lo’ Lo’ binti Dato’ Hj. Mohamad Ghazali 
berasa kecewa dengan sikap tidak prihatin DBKL.
 
“Saya nak tahu maklumat penerima bantuan yang layak kerana saya ingin turun 
memberikan bantuan. Saya tidak minta DBKL bagi duit.”
 
“Saya dan ahli-ahli Pas telah mengutip sumbangan orang ramai dan ingin serahkan 
kepada yang layak.” kata Dr. Lo’Lo lagi.
 
Pada masa ini Dr. Lo’Lo’ terpaksa meminta bantuan kakitangan beliau bersama 
ahli-ahli Pas Kawasan untuk turun padang bagi mengenalpasti rakyat yang kurang 
bernasib baik. Dr. Lo’ Lo’ turun sendiri menziarahi rakyat dari rumah ke rumah 
dan masjid surau bagi mendapatkan maklumat serta menghulurkan bantuan.
 
Dalam masa yang sama, DBKL bertungkus lumus membantu Ahli Parlimen BN 
Setiawangsa yang juga Menteri Wilayah, Zulhasnan Rafique untuk mengedarkan 
bantuan bagi kawasan parlimen itu.
 
Sebelum ini Menteri Wilayah dan Datuk Bandar telah memberikan jaminan untuk 
membantu rakyat walaupun di dalam kawasan Parlimen yang ditadbir oleh Pakatan 
Rakyat, namun akhirnya pembohongan mereka terbongkar.
 
Bukan sahaja enggan bekerjasama memberikan maklumat, bantuan kewangan juga 
tidak dihulurkan. Sehingga kini, semua ahli Parlimen Pakatan di Wilayah 
Persekutuan menggunakan dana sendiri dan bantuan orang ramai bagi menjalankan 
aktiviti bersama rakyat dalam kawasan masing-masing.
 
Setakat ini kerjasama DBKL amat terhad dan mereka hanya tertumpu kepada Kawasan 
Parlimen Setiawangsa.
 
Rakyat begitu kecewa kerana ahli Parlimen yang dipilih oleh mereka tidak 
mendapat layanan yang adil dari DBKL, walhal rakyat telah membayar cukai yang 
banyak kepada DBKL setiap tahun.
 
Surat Dari Pejabat Dr. Lo’Lo’

 
Surat Dari DBKL

 
*penulis adalah Setiausaha Politik bagi Ahli Parlimen Titiwangsa, YB. Dr. Lo’ 
Lo’ binti Dato’ Hj. Mohamad Ghazali.
 
...lawati : http://docpearl.blogspot.com/ atau 
http://drlolo.wordpress.com/ untuk mengikuti perkembangan Dr. Lo'Lo'


  

Help Palestine [hidayahnet] Jom Joint : Pemuda Wilayah anjur 3 XPDC Dakwah (Triple Days)

2008-08-30 Terurut Topik aHmadHazieq
Jom Joint : Pemuda Wilayah anjur 3 XPDC Dakwah (Triple Days)
 


Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan akan menganjurkan 3 XPDC dakwah sebelum 
sambutan ulang tahun kemerdekaan ke-51 dan sebelum menjelangnya Ramadhan 
Al-Mubarak.
 
XPDC dakwah yang pertama akan diadakan pada hari ini, 29 Ogos bersama Pemuda 
Pas Pusat sebagai susulan bantahan Pemuda Wilayah kepada konsert Avril. 
Sementara yang kedua akan diadakan pada malam 30 Ogos, yang juga merupakan 
aktiviti tahunan Dewan Pemuda Wilayah. Bagi XPDC yang ketiga, akan diadakan 
pada 31 Ogos dengan anjuran bersama Ahli Parlimen Titiwangsa, YB. Dr. Lo’lo’ 
Binti Dato’ Hj. Mohamad Ghazali.
 
Untuk XPDC dakwah yang pertama hari ini, 29 Ogos, semua peserta dan 
petugas-petugas unit Amal pemuda  diminta berkumpul di hadapan pintu masuk 
Stadium Merdeka pada pukul 7.00 petang. Solat fardhu maghrib dan solat Hajat 
akan diadakan secara berjemaah dihadapan pintu masuk Stadium (Sila berwuduk 
terlebih dahulu + bawa alas jika perlu).
 
XPDC kedua ialah pada malam merdeka di Dataran Merdeka, iaitu pada 30 Ogos. 
Semua peserta diminta berkumpul di Masjid Jamek, Kuala Lumpur,  pada pukul 10 
malam untuk sesi taklimat.
 
Bagi XPDC ketiga, ianya diadakan khusus bagi mengunjungi golongan pekerja seks 
dan mak nyah di sekitar jalan Hj. Taib. Para peserta di minta berkumpul pada 
jam 4.30 petang di Surau Pejabat PAS Pusat Jalan Raja Laut.
 
Kami mengajak seluruh ahli Pas, Umat Islam dan NGOs untuk turut bergabung dalam 
usaha dakwah ini. Sesungguhnya kemulian Ramadhan itu bermula dari diri kita 
sendiri dan semoga apa yang kita lakukan ini akan menambahkan lagi keberkatan 
amal kita di dalam bulan Ramadhan akan datang.
 
Adalah rugi dan berdosanya kita jika kita membiarkan Ramadhan disambut dengan 
aktiviti kemaksiatan kerana bala Allah itu akan tetap tertimpa ke atas hambanya 
yang soleh lantaran keengganan mereka berdakwah kepada masyarakatnya.
 
Ingatlah! kita ini adalah duta penyelamat dan penyebar kasih sayang antara 
sesama insan. Allah tidak mengundang umat Muhammad masuk ke syurga 
bersendirian, maka carilah teman-teman ke syurga melalui jalan dakwah ini.
 
keterangan lanjut hubungi : kamaruzaman-0192828536 - Rusly-0136987682
Lawati : http://dppwp.wordpress.com


  

Help Palestine [hidayahnet] Kenyataan Media : Pemudawilayah desak Mufti Wilayah keluarkan Fatwa Berhubung Konsert Avril

2008-08-28 Terurut Topik aHmadHazieq
Kenyataan Media : Pemudawilayah desak Mufti Wilayah keluarkan Fatwa Berhubung 
Konsert Avril
 


Berikutan dari keputusan Menteri Kabinet yang meluluskan Konsert Avril Lavigne 
yang akan berlangsung pada 29 Ogos 2008 di Stadium Merdeka, Dewan Pemuda PAS 
Wilayah Persekutuan (pemudawilayah) mendesak agar Mufti Wilayah Persekutuan, 
Datuk Wan Zahidi Wan Teh dan mufti-mufti lain mengeluarkan Fatwa bagi 
memperjelaskan hukum konsert berkenaan.
 
Fatwa ini penting kerana ia melibatkan soal masa depan masyarakat Malaysia, 
khususnya belia Islam yang kini semakin diperhambakan oleh dunia hiburan.
 
Tindakan kerajaan meluluskan Konsert ini dilihat umpama menuangkan minyak 
diatas api yang marak. Gejala sosial dan kerosakan akhlak semakin meningkat. 
Pemakaian remaja Islam juga semakin singkat dan menyerupai artis kesukaan 
mereka. Identiti Islam dan Melayu semakin luput dari tubuh anak-anak ini.
 
Mufti Wilayah boleh merujuk klip-klip video artis ini yang tersebar diinternet 
sebagai rujukan dalam mengeluarkan fatwa.
 
Pemudawilayah juga meminta agar Mufti Wilayah memainkan peranan yang penting 
dan tidak sekadar mencari populariti politik dengan hanya mengeluarkan 
pandangan terhadap isu hangat seperti kes Sumpah Saiful Bukhari Azlan.
 
Konsert Avril akan ditonton oleh ramai remaja Islam. Jika dibandingkan kesannya 
dengan kes Saiful, konsert ini lebih besar impaknya kerana ia melibatkan ramai 
orang. Oleh itu pemudawilayah mendesak agar Mufti Wilayah memainkan peranannya 
dan mempergunakan Ilmunya yang dikatakan lebih tinggi dari ilmu Imam Masjid 
Wilayah Persekutuan, Ramlang Porigi.
 
Pemudawilayah mengingatkan bahawa menjadi tanggungjawab Mufti Wilayah untuk 
menyelamatkan umat Islam dari terjerumus ke dalam kancah sosialisasi sedemikian 
dan beliau akan diminta pertanggungjawaban dihadapan Allah jika gagal 
mempergunakan ilmu yang ada dalam mencegah kemungkaran. Sesungguhnya neraka 
Allah itu luas, dan orang-orang berilmu tinggi, yang tidak mempergunakan ilmu 
adalah sebahagian dari isinya.
 
Herman Samsudeen
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan


  

Help Palestine [hidayahnet] Kenyataan Media: Konsert Avril Lavigne menghina pengorbanan Pejuang-pejuang Kemerdekaan - Pemudawilayah

2008-08-05 Terurut Topik aHmadHazieq
Kenyataan Media: Konsert Avril Lavigne menghina pengorbanan 
Pejuang-pejuang Kemerdekaan - Pemudawilayah
 



 
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (Pemudawilayah) kecewa dengan sikap talam 
dua muka yang ditunjukan oleh Jawatankuasa Permohonan Artis Luar Negeri 
(Puspal). Pada bulan lepas mereka membatalkan Konsert Inul di Stadium Bukit 
Jalil atas desakkan orang ramai. Tapi dalam diam mereka mereka membenarkan pula 
Konsert Avril Lavigne di Stadium Merdeka pada hari Jumaat 29 Ogos nanti.
 
Pemudawilayah memandang serius diatas tindakan berkenaan dan membantah 
kehadiran artis ini sempena meraikan Hari Kemerdekaan Negara yang ke-51. Ini 
bukanlah budaya kita dan tidak seharusnya Puspal yang bernaung di bawah 
Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia (KPKKW) 
mengambil kesempatan untuk merosakkan sambutan kemerdekaan negara.
 
Ini adalah suatu perkara yang tidak dapat dimaafkan kerana pihak Puspal yang 
menjadi sebahagian dari Agensi Kerajaan yang biayai dari hasil titik peluh 
rakyat seharusnya memainkan peranan untuk menapis permohonan persembahan artis 
dari luar negara. Tapisan ketat perlulah dibuat bagi artis-artis yang 
mengadakan pertunjukan yang tidak sesuai dengan budaya masyarakat Malaysia.
 
Jika dilihat dengan latar budaya masyarakat Malaysia kini, kita sudah jauh dari 
mengamalkan keperibadian dan generasi baru semakin hilang jati diri. Subbudaya 
dari luar diasimilasikan dan dijadikan gaya hidup.
 
Tingginya gejala sosial hari ini berpunca dari kegagalan KPKKW sendiri. Walau 
pun mereka melancarkan kempen Budi Bahasa dan pelbagai lagi kempen kebudayaan, 
semuanya gagal dan tidak bermanfaat. Apa yang mereka lakukan hanyalah 
menaburkan madu diatas racun yang telah disemai terlebih dahulu.
 
Pemudawilayah mendesak agar Puspal menolak permohonan Konsert dari artis ini 
walaupun mendapat tajaan dari Syarikat Maxis. Rakyat Malaysia sudah terlalu 
banyak disumbatkan dengan budaya berhibur. 
 
Tindakan meluluskan konsert ini adalah suatu penghinaan kepada pejuang-pejuang 
kemerdekaan tanahair. Seharusnya bulan kemerdekaan ini dihayati dan pengorbanan 
nenek moyang kita di ingati pada bentuk yang lebih positif bukannya memanggil 
waris penjajah untuk mengajar anak-anak muda kita untuk menjadi ‘beruk’ moden 
yang terkinja-kinja tanpa hala tujuan.
 
Pemudawilayah tidak menolak hiburan. Tapi jika inilah yang dihadapkan pada anak 
bangsa yang merdeka ini kami sesekali tidak akan bersetuju dan akan 
menentangnya. Pemudawilayah akan menghantarkan memorandum dan kempen bagi 
menentang konsert ini serta konsert lain yang tidak sesuai dengan roh dan 
semangat merdeka.
 
Kami juga akan menghantar satu delegasi untuk berbincang dengan Puspal dan 
pihak berkepentingan dalam tempoh terdekat bagi menyampaikan bantahan dan 
cadangan terhadap isu ini.
 
Herman Samsudeen
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan


  

Help Palestine [hidayahnet] Kenyataan Media : Pemudawilayah tolak Draf KL2020 dan Campurtangan Gabem diragui

2008-08-04 Terurut Topik aHmadHazieq
Kenyataan Media : Pemudawilayah tolak Draf KL2020 dan Campurtangan Gabem diragui
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan memandang serius campurtangan dan 
penglibatan langsung Gagasan Badan Ekonomi Melayu (GABEM) yang juga sayap 
ekonomi Umno yang dipengerusikan oleh Rahim Tamby Chik dalam Projek Pembangunan 
Semula Kg. Bharu.


 
Tindakan Pengarah Eksekutif Gabem Consulting Sdn. Bhd., Datuk Mohamed Dahan 
Abdul Latif mengumumkan cadangan Kerajaan berhubung isu pembangunan Kg. Bharu 
dalam ucapannya di Pameran dan Konvensyen Hartanah Bumiputera 2008 (KHB08) 
jelas menunjukan bahawa organisasi ini mempunyai pertalian rapat dengan projek 
itu nanti.
 
Beliau menjelaskan bahawa Pemilik tanah di Kg. Bharu dijangka diberi tawaran 
pampasan sebanyak 20 peratus dalam bentuk wang tunai manakala 80 peratus lagi 
dalam bentuk saham di dalam projek berkenaan.
 
Pemudawilayah meihat bahawa ada ‘hidden agenda’ sedang berlegar di dalam hal 
ini kerana Projek Pembangunan Kg. Bharu kini masih lagi tertakluk dalam Draf 
Pelan Kuala Lumpur 2020 dan belum lagi dipersetujui oleh rakyat, khususnya 
penduduk di Kg. Bharu.
 
Isu utama kini adalah tentang status tanah Kg. Bharu yang bakal 
dibangunkan kerana ianya masih tertakluk di bawah undang-undang tanah rizab 
Malayu dan Kg. Bharu terikat di bawah Enakmen Tanah Negeri Selangor bukannya 
milik persekutuan.
 
Gabem berusaha memujuk penduduk untuk menyerahkan tanah mereka dengan 
menawarkan saham sehingga 80 peratus di mana nilai ini masih lagi menjadi tanda 
tanya kerana tiada penjelasan terperinci diberikan tentang bentuk pulangan yang 
akan diterima dan bagaimana status pemilikkan tanah itu kelak.
 
Pemudawilayah khuatir jika tanah-tanah Kg. Bharu akan tergadai dengan 
sendirinya bila mana projek yang dicadangkan Gabem menjadi gajah putih atau 
sekadar satu putaran taktikal yang digunakan bagi memastikan tanah-tanah 
berkenaan jatuh pada pihak tertentu.
 
Jika satu lot bernilai satu juta, penduduk hanya terima 200 ribu ringgit sahaja 
dan baki 800 ribu ringgit dimasukkan dalam saham yang mana nilai pulangannya 
tidak ditetapkan dan juga pemilik bakal dibebankan dengan akaun untung atau 
rugi yang pastinya akan terbeban dibahu mereka.
 
Gabem adalah sebuah syarikat swasta yang boleh untung dan rugi bila-bila masa 
dan ianya boleh dibubar atau diistiharkan bankrap jika gagal memulangkan 
kembali hutang kepada bank.
 
Kenapa wujud hutang? ya! perkara ini mungkin tidak disedari kerana pihak Gabem 
akan mengunakan mandat sebagai pengurus projek untuk mendapatkan suntikan dana 
yang mana pinjaman bank dilakukan bagi pelaburan disetiap inci tanah. 
Persoalannya, hutang yang dibuat oleh Gabem akan turut ditangung oleh pemilik 
tanah tanpa disedari dan sekiranya rugi maka tanah-tanah Kg. Bharu akan 
dirampas.
 
Selepas sahaja Draf Pelan Kuala Lumpur digazetkan, tanah-tanah Kg. Bharu akan 
ditukarkan statusnya kepada tanah komersial dan status tanah rizab mungkin 
hilang. Ini akan memudahkan cagaran tanah dilakukan pada bank yang akhirnya 
membuka peluang yang luas untuk tanah kg baru dimiliki oleh orang-orang 
berkepentingan melalui Gabem.
Justeru itu, Pemudawilayah menolak campurtangan Gabem dalam pembangunan semula 
Kg. Bharu dan Draf Pelan yang dicadangkan oleh DBKL haruslah ditolak.
 
Sebarang pembangunan dalam Kg. Bharu hendaklah dilaksanakan sendiri melalui MAS 
iaitu badan yang menguruskan Kg. Bharu secara sah. Organisasi ini perlulah 
diberikan sokongan kewangan dan DBKL sewajar menghormati kedudukan MAS dalam 
segala aspek yang melibatkan Kg. Bharu.
 
Pengerusi MAS juga hendaklah dikembalikan kepada Menteri Besar Selangor 
bukannya dipegang oleh Datuk Bandar DBKL yang kini menjadi boneka kepada 
pihak-pihak berkepentingan didalam Gabem-Umno.
 
Herman Samsudeen
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan


  

Help Palestine [hidayahnet] Makluman : Dialog Kg. Bharu : Milik Selangor atau DBKL?

2008-07-30 Terurut Topik aHmadHazieq
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Diharapkan maklumat ini dapat disiarkan dan disebarkan untuk memastikan pemilik 
dan waris tanah Kg. Bharu yang sebahagiannya tinggal di luar Kg. Bharu 
mengetahui program ini.-TQ
Dialog Kg. Bharu : Milik Selangor atau DBKL?
oleh HermanSamsudeen


 
Ahli Parlimen Titiwangsa (PAS), YB. Dr. Lo’lo’ Binti Dato Hj. Mohamad Ghazali 
akan menganjurkan Majlis Dialog Menteri Besar Selangor, Y.A.B. Tan Sri Dato` 
Abd Khalid Bin Ibrahim bersama Wakil dan waris-waris tanah Kampong Bharu, Kuala 
Lumpur.
 
Majlis ini akan berlangsung pada 3 Ogos 2008, 2.00 petang di Kelab Sultan 
Sulaiman, Kuala Lumpur.
 
Majlis ini bakal membahaskan isu berkenaan “Masa Depan Kg. Bharu: Bersama 
Selangor atau DBKL”. Tajuk ini dipilih memandangkan terdapat beberapa 
pertikaian tentang status tanah-tanah rizab Kampong Bharu, yang sebahagiannya 
masih lagi tertakluk dibawah undang-undang Kerajaan Selangor.
 
Walaupun tanah-tanah Kampong Bharu ditadbir urus Malay Agriculture Settlement 
(MAS), namun dari segi perlaksanaan dasarnya segala urusan diserahkan kepada 
DBKL. Mengikut perlembagaan MAS, Pengerusinya haruslah Menteri Besar Selangor 
sebagai wakil Kerajaan Selangor. Tapi apa yang berlaku kini, pengerusinya 
adalah Datuk Bandar Kuala Lumpur yang berkhidmat dibawah Kerajaan Persekutuan 
bukannya Kerajaan Selangor.
 
Perkara-perkara pokok yang bersangkutan dengan undang-undang ini sering menjadi 
batu penghalang bagi usaha membangunkan kampong Bharu.
 
Oleh itu dialog ini dianjurkan bagi membuka ruang untuk semua pihak memahami 
status tanah, tanggungjawab dan hak mereka, khususnya dalam menimbangkan 
cadangan DBKL yang kini telah melancarkan Draf Pelan Kuala Lumpur 2020 
untuk penilaian rakyat.
 
Adakah DBKL berhak menyentuh tanah Kampong Bharu? Apakah kuasa Kerajaan 
Selangor ke atas Kampong Bharu? siapa yang berhak untuk membangunkan Kampong, 
Selangor atau DBKL?
 
Untuk mengetahui jawapannya, para wakil dan waris pemilik tanah adalah dijemput 
hadir bagi mendengar sendiri pandangan Menteri Besar Selangor tentang isu tanah 
dan pembangunan Kampong Bharu.
 
penulis adalah Setiausaha Politik YB. Dr. Lo’lo’ Binti Dato Hj. Mohamad Ghazali 


  

Help Palestine [hidayahnet] Kenyataan Media : Pemudawilayah bantah konsert Inul!

2008-07-23 Terurut Topik aHmadHazieq
Kenyataan Media : Pemudawilayah bantah konsert Inul!
 
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (PemudaWilayah) membantah sekeras-kerasnya 
konsert Inul Darastista atau nama sebenarnya Ainul Rokhimah yang dijadualkan 
berlangsung di Stadium Putra, Bukit Jalil pada 27 Julai 2008. Tindakan 
membenarkan konsert berkenaan adalah satu penghinaan kepada rakyat kerana 
sebelum ini, konsert berkenaan telah dibatalkan selepas Majlis Bandaraya Johor 
Bahru enggan mengeluarkan permit.
 
Untuk itu, PemudaWilayah akan menghantar memorandum bantahan kepada pihak DBKL 
dan Kementerian Wilayah memandangkan konsert berkenaan akan berlangsung dalam 
kawasan pentadbiran DBKL.
 
Seharusnya pihak Kerajaan peka terhadap kehendak rakyat dan tidak melayani 
artis ini yang sehingga kini masih ditolak oleh Ulama'-ulama' Indonesia yang 
mengganggap aksi goyang pinggulnya sebagai aksi erotik dan berbaur pornografi.
 
Sebelum ini artis ini juga pernah mengadakan konsert di Stadium Merdeka. 
Walaupun dibantah oleh PemudaWilayah tapi pihak DBKL berdegil. Semasa konsert 
berkenaan berlangsung, Inul tetap mempersembahkan aksi goyang pinggul walaupun 
beliau berjanji tidak melakukannya.
 
Jadi adakah ada lagi mana-mana pihak boleh menjaminkan perkara yang sama tidak 
berlaku?
 
PemudaWilayah juga ingin mengingatkan semua pihak terhadap aksi tunjuk punggung 
oleh penyanyi kumpulam Caburateor Dung yang dibelasah oleh penonton yang 
menyaksikan konsert mereka di Stadium Kelana Jaya sempena Himpunan Protes awal 
bulan ini.
 
Suasana menjadi panas bilamana penganjur gagal mengawal aksi penyanyi berkenaan 
dan akhirnya diselesaikan dengan cara yang negatif oleh penonton. Situasi yang 
sama tidak mustahil akan berlaku lantaran kuatnya bantahan yang ditujukan 
terhadap Inul akhir-akhir ini.
 
Walaupun apa jua alasan yang dilontarkan, PemudaWilayah mengingatkan bahawa 
rakyat tempatan menolak konsert ini. Rata-rata penonton yang hadir pada siri 
konsert beliau sebelum ini adalah dari kalangan warga Indonesia yang kempunan 
melihat aksi beliau ditanahair sendiri.
 
Jika konsert ini berlaku maka negara ini akan 'dilacurkan' kedaulatannya bagi 
melampiaskan keinginannya warga Indonesia yang tidak tercapai ditanahair mereka.
 
Diharapkan agar pihak Kerajaan mengambil serius terhadap perkara ini bagi 
menjaga imej negara sebagai anggota OIC.
 
Herman Samsudeen
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan


  

Help Palestine [hidayahnet] Kenyataan Media - Isu Solat : Presiden Cuepacs wajar letak jawatan

2008-07-10 Terurut Topik aHmadHazieq
Kenyataan Media - Isu Solat : Presiden Cuepacs wajar letak jawatan
 
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan melahirkan rasa kesal diatas kecetekan 
buah pemikiran yang dilontarkan oleh Presiden Cuepacs, Omar Osman terhadap 
cadangan Kerajaan PAS Kelantan menjadikan solat lima waktu dan Jumaat sebagai 
syarat kenaikan pangkat serta pengambilan baru kakitangan awam dinegeri itu.
 
Hujah beliau bahawa syarat itu akan menafikan hak kaum lain dalam menjawat 
jawatan di agensi Kerajaan di negeri itu membuktikan bahawa beliau sendiri 
tidak faham tentang dasar baru yang ingin diperkenalkan itu.
 
Pemudawilayah menasihatkan beliau agar tidak melatah sedemikian rupa dalam 
membahaskan isu ini. Apa yang diperkenalkan oleh Kerajaan PAS ini bukanlah 
perkara baru kerana hal ini telah diperintahkan oleh Allah SWT kepada umat 
terdahulu dan Rasulullah SAW sendiri menyatakan bahawa;
 
“Ditegakkan Islam atas lima perkara: pengakuan syahadah iaitu tiada tuhan yang 
disembah dengan sebenarnya melainkan allah, pengakuan bahawa Nabi Muhammad itu 
Rasulullah, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, menunaikan fardhu haji dan 
berpuasa dibulan ramadhan”. [Al- Bukhari]
 
Hadis di atas menyebut dengan jelas tentang solat yang menjadi komponen kedua 
terpenting dalam Rukun Islam. Perkara pertama yang akan disoal diakhirat kelak 
adalah tentang solat, ianya tiang agama, dan bagaimana seseorang pekerja itu 
dapat bermanfaat pada majikan jika tiang agamanya sudah tiada.
 
Soal solat ini juga adalah pembuktian penting umat Islam terhadap kepercayaan 
mereka kepada Allah (Tuhan). Bila sebut kepercayaan maka ia juga terkandung 
dalam perkara pertama dalam rukun negara iaitu kepercayaan pada Tuhan.
 
Perkara ini bukanlah suatu gurauan kerana setiap penjawat awam wajib patuh pada 
rukun negara ini. Bagi mana-mana penjawat awam yang tidak patuh maka mereka 
boleh dipecat. Bagaimana jika seseorang penjawat awam atau pemohon itu enggan 
mengiktiraf kesetiaan pada Raja dan Negara, enggan memperdulikan keluhuran 
perlembagaan dan tidak kisah tentang kedaulatan undang-undang serta kesopanan 
dan kesusilaan. Layakkah beliau untuk menjadi pegawai awam yang bekerja untuk 
negara dan negeri?
 
Arahan Kerajaan PAS ini juga adalah sebahagian dari usaha membasmi masalah 
rasuah dan disiplin kalangan penjawat awam yang gagal di atasi melalui kaedah 
semasa. Tindakan ini juga dibuat berpandukan keyakinan pada janji Allah bahawa:
 
“Dan dirikanlah solat (dengan tekun), sesungguhnya solat itu mencegah dari 
perbuatan yang keji dan mungkar”. [Al-Ankabut ayat 45]
 
Kalau kita selidiki, kebanyakkan penjenayah yang beragama Islam atau golongan 
yang bermasalah di negara ini adalah dari kalangan mereka yang tidak menjaga 
solat.
 
Menteri Besar Kelantan, YAB Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat juga ada 
menjelaskan bahawa;
 
“Mereka yang tidak menunaikan sembahyang itu menunjukkan bahawa mereka sudah 
tidak takut kepada Tuhan, Tuhan yang maha berkuasa, apatah lagi kepada manusia, 
yang sememangnya kurang berkuasa”.
 
Maka apalah sangat yang perlu dikecohkan jika usaha ini diteruskan. Omar tidak 
perlu risau kerana peraturan ini hanyalah sebahagian dari peraturan yang boleh 
dimasukkan dalam senarai peraturan tatatertib kakitangan awam.
 
Jika Kerajaan sebelum ini melalui JPA menguatkuasakan arahan yang tidak logik 
dalam peraturan berkenaan seperti tidak membenarkan pegawai Pengurusan dan 
Profesional terlibat dalam politik dalam negara ‘demokrasi’ ini, apa salahnya 
jika Kerajaan PAS memasukan arahan yang lebih logik seperti solat ini.
 
Peraturan ini juga hanya terhad kepada kakitangan yang beragama Islam dan 
mereka yang bukan beragama Islam masih tertakluk pada peraturan sedia ada.
 
Diharapkan Omar sedar bahawa beliau masih lagi seorang muslim dan wajib untuk 
menyokong cadangan ini dengan akal fikiran bukan membantah membuta tuli hanya 
kerana ingin jadi hero kepada Kerajaan Barisan Nasional.
 
Beliau seharusnya meminta maaf dan meletakkan jawatan sebagai Presiden Cuepacs 
kerana apa yang beliau ucapkan itu adalah sesuatu perkara yang amat memalukan 
ramai penjawat awam, khususnya dari kalangan mereka yang beragama Islam.
 
Berhubung persoalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (JPA), Tan Sri Ismail Adam 
yang khuatir tentang mekanisma perlaksanaan peraturan ini. Perkara tersebut 
tidaklah terlalu sukar. Sekiranya peraturan itu dikuatkuasakan, dengan 
sendirinya mereka yang solat akan solat. Mereka yang tidak solat sudah 
awal-awal lagi tidak diambil bekerja.
 
Bagi kakitangan sedia ada, mereka akan ikut kerana ianya sudah jadi peraturan. 
Setiap kali azan, ketua jabatan akan bertanggungjawab memastikan kakitangannya 
berada di surau dan masjid.
 
Kalau susah juga, kad perakam waktu solat boleh diperkenalkan sebagaimana kad 
perakam waktu kehadiran. Tetapi itu adalah pilihan yang mungkin tidak akan 
digunakan kerana di kelantan sekarang ini kebanyakkan kakitangannya adalah 
mereka yang solat 5 waktu.
 
Kewujudan peraturan ini hanyalah sebagai penegasan dan 

Help Palestine [hidayahnet] Untuk Makluman dan Sebaran : Taklimat dan Dialog Draf Pelan KL2020 bersama YB Titiwangsa

2008-06-27 Terurut Topik aHmadHazieq
Untuk Makluman dan Sebaran : Taklimat dan Dialog Draf Pelan KL2020 bersama 
YB Titiwangsa
 


Ahli Parlimen Titiwangsa, YB. Dr. Lo’ Lo’ Binti Dato’ Hj. Mohamad Ghazali akan 
mengadakan Taklimat dan Dialog bersama rakyat berkenaan DRAF PELAN BANDARAYA 
KUALA LUMPUR 2020. Sesi ini akan berlangsung mengikut zon seperti berikut;
 
 
 
 
Zon Keramat
Tarikh : 29 Jun 2008 (Ahad)
Masa : 2 petang
Tempat : Dewan Masjid Al-Akram, Datok Keramat
 
Zon Kg. Bharu
Tarikh : 12 Julai 2008 (Sabtu)
Masa : 9 pagi
Tempat : Dewan Serbaguna Jalan Hamzah, Kg. Bharu
 
Zon Pandan
Tarikh : 12 Julai 2008 (Sabtu)
Masa : 3 petang
Tempat : Dewan Wirawati, Taman Maluri 
 
Beberapa orang pakar akan hadir bagi membentangkan cadangan-cadangan dan bentuk 
pembangunan yang dikemukakan oleh DBKL.
 
Kehadiran dan maklumbalas dari penduduk amatlah diharapkan bagi memastikan hak 
dan kepentingan semua dapat dijaga.
 
Para Wartawan dijemput hadir untuk membuat liputan
 
Herman Samsudeen-019-2168557
Setiausaha Politik
YB. Dr. Lo'lo' Binti Dato' Hj. Mohamad Ghazali
Ahli Parlimen Titiwangsa



  

Help Palestine [hidayahnet] Demo lagi:Ingat Minyak.....sekarang, kita jangan jadi hangat2 taik minyak....

2008-06-12 Terurut Topik aHmadHazieq
Demo lagi:Ingat Minyak.sekarang, kita jangan jadi hangat2 taik minyak


Kepada sahabat2 yang begitu terasa dengan kenaikkan harga minyak ini, jangan 
duduk peluk tubuh sahaja..ayuh kita buktikan. Tak guna kita mengeluh 
bersendirian. 

Ini adalah masalah satu negara, angkara BN yang durjana..ayuh kita 
bersama-sama, buktikan bahawa tindakan kerajaan BN ini salah dan ditoloak oleh 
rakyat. Ayuh turun berdemo sebelum minyak naik lebih tinggi lagi.

Jangan lupa janji kita 13 Jun 2008, selepas solat jumaat. Kita berarak dari 
Masjid Kg. Baru hingga ke Suria KLCC.

Sebagai tanda soladariti dan kemarahan rakyat pakailah baju MERAH!...kenapa 
mesti MERAH...ya..MERAH itu lambang keberanian dan semangat yang membaraia 
juga adalah lambang untuk menunjukkan ketegasan dan keseriusan kita dalam 
membatah kenaikkan harga minyak ini...



INGAT! MERAH itu bukan milik Umno...jangan lelong warna merah itu pada 
UMNO...MERAH itu adalah milik rakyat...Umno patut tukar warna rasmi parti 
mereka kepada warna yang lebih kusam...mereka tak layak pakai merah kerana 
mereka hingga kini masih takut untuk suarakan ketidakpuashatian rakyat atas 
tindakkan pemimpin mereka.

Jadi, jangan lupa...13 jun adalah hari rakyat merampas perjuangan tulen dari 
Umno..kita bersatu bangkit dengan jiwa yang merdeka untuk menunjukkan pada 
mereka bahawa rakyat tidak takut pada kerajaan Umno-BN lagi.

Selain dari Demontrasi ini juga, hari ini PAS Wilayah akan hantar satu surat 
bantahan kenaikkan harga minyak kepada PM pada jam 11 pagi di Perjabat Perdana 
Menteri, Putrajaya.

Jam 2 petang pula, PAS Wilayah pula akan serah surat bantahan dan seruan agar 
pemimpin BN bertanggungjawab atas isu ini. Surat akan diserahkan pada 
sekretariat BN di PWTC. Bagi yang berminat, boleh berkumpul di Bus Stand depan 
The Mall jalan Putra.

Sebelum itu. Pemudawilayah juga telah lancar Kempen Kutipan tandatangan yang 
dirasmikan oleh Presiden 8 Jun lalu.


Dokumen memorandum boleh di download di sini. Bagi yang datang KL Jumaat ini, 
boleh datang terus ke pejabat YB. Titiwangsa di Kg. Baru bagi dapatkan salinan 
hardcopy secara percuma..

Diharapkan rakan-rakan dan seluruh rakyat dapat memberikan kerjasama dengan 
mengedar dan mengumpulkan tandatangan bagi menjayakan kempen ini khusus untuk 
mendesak Kerajaan Barisan Nasional tunduk pada tuntutan rakyat.

Bagi yang telah berjaya mengumpulkan senarai tandatangan, diharapkan dapat 
mengembalikan dokumen berkenaan kepada Sekretariat DPPWP sebelum 11 Julai 2008 
(Jumaat) ke :

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan
18-3 Tingkat 2, Kompleks Udarama, Jalan 3/64A Off Jalan Ipoh,
50350 Kuala Lumpur
TelFax : (603) 40421559
Zulkarnain : 0193764089
Herman : 019-2168557
Blog : http://dppwp.wordpress.com
Email : [EMAIL PROTECTED]

Bagi mereka yang masih bersemangat meneruskan kempen bantahan...pemudawilayah 
juga menyediakan program Edaran risalah pada;

Tarikh : 14 Jun 2008 (Sabtu)
Masa : 5 petang
Tempat : Pasar Malam Jalan TAR (Bermula di Hadapan Masjid India hingga Ke 
Pertama Kompleks.

Dan seterusnya pada malam itu satu ceramah akan diatadakan seperti maklumat 
berikut;

ceramah rakyat MEMBANTAH KENAIKKAN HARGA MINYAK

14 Jun 2008 (Sabtu)

9.00 malam

Pejabat Wakil Rakyat Titiwangsa, Kg. Baru

Speaker:

YB. Dr. Lo’Lo Hj. Mohd Ghazali
YB. Amiruddin Shaari 
Ust. Idris Ahmad 
Mohamed Hanipa Maidin


  

Help Palestine [hidayahnet] Berita Wilayah : BOHONG! Media BN Contohi Sikap Buruk Abdullah

2008-02-24 Terurut Topik aHmadHazieq
 pengundi, inilah masanya untuk kita 
mengajar mereka erti berterima kasih dan merakyat. Undi anda untuk PAS dan BA 
amat penting dan selayaknya ada tidak mengikuti kebebalan ‘orang utan’ yang 
menerima ilmu atau informasi secara stereotype tanpa memikirkan kesannya dimasa 
hadapan.
   
  Seandainya rakyat masih enggan berubah maka tunggulah saat kehancuran negara 
ditangan-tangan pemimpin rasuah dan penipu yang ditaja oleh BN.




aHmadHazieq [EMAIL PROTECTED] wrote:Wilayah Persekutuan Negeri Pertama 
Umumkan Calon PAS  Oleh HermanSamsudeen 
   
  
   
  Kuala Lumpur, 20 Februari : PAS Wilayah akhirnya memulai langkah, mendepani 
semua negeri dan parti-parti Barisan Nasional dan secara rasminya mengumumkan 3 
calon yang akan membawa panji PAS pada pilihanraya ke-12 ini.
   
  Peristiharan itu dilakukan lewat malam tadi oleh Presiden PAS sendiri, Tuan 
Guru Dato Seri Abd Hadi Awang, di Markas PAS Titiwangsa.
   
  HJ. Mohamad Noor Mohamad yang sebelum ini bertanding di parlimen Titiwangsa 
bertukar ke Parlimen Putrajaya. Tempat beliau digantikan oleh AJK PAS Pusat 
yang juga Ketua Dewan Muslimat Titiwangsa, Dr. Lo’lo Dato’ Hj. Ghazali. PAS 
Labuan pula diwakili oleh Sdr. Matusin Abd Rahman, iaitu YDP PAS Labuan.
   
  Lebih 2000 penyokong Barisan Alternatif membanjiri Markas PAS Titiwangsa 
untuk melihat sendiri calon-calon PAS Wilayah Persekutuan. Para petugas PAS 
Wilayah Persekutuan kini berada dalam tahap terbaik untuk memberikan saingan 
sengit kepada Jentera Barisan Nasional dalam Pilihanraya kali ini.
   
  Sebelum pengistiharan calon, Presiden telah melancarkan T-Shirt rasmi Petugas 
 PAS dengan memakaikannya kepada seorang petugas berbangsa India, Sdr. Rama 
yang secara simboliknya menunjukkan sokongan padu kepada PAS walaupun berbeza 
agama, tetapi satu matlamat.
   
  
   
  Presiden dalan ucapan beliau, menekankan bahawa semua pihak kini mengharap 
Keadilan, Kesejahteraan dan inginkan negara ini diperintah dengan sebaiknya 
oleh pemimpin yang jujur. Dan pemimpin-pemimpin PAS adalah alternatif kepada 
pemimpin korupsi yang saban musim mewakili BN.
   
  PAS akan bertanding di lebih 60 kerusi parlimen dan semua jentera PAS kini 
diminta untuk melipatkan gandakan gerak kerja kempen bagi memastikan rakyat 
dapat menerima maklumat yang betul terhadap isu-isu semasa.





  Sumbangan anda diperlukan bagi mengisi tabung pilihanraya 
  DEWAN PEMUDA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN
  Bank Islam : 1402301110
  Untuk Sumbangan Peralatan, Bahan Kempen dan Sebagainya sila hubungi :
  Khairil : 019-5732576 @ Hilmy : 016-2333024


  Lawati Laman Rasmi Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan di 
http://dppwp.wordpress.com 

-
  Never miss a thing. Make Yahoo your homepage. 



  Sumbangan anda diperlukan bagi mengisi tabung pilihanraya 
  DEWAN PEMUDA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN
  Bank Islam : 1402301110
  Untuk Sumbangan Peralatan, Bahan Kempen dan Sebagainya sila hubungi :
  Khairil : 019-5732576 @ Hilmy : 016-2333024


  Lawati Laman Rasmi Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan di 
http://dppwp.wordpress.com 

   
-
Be a better friend, newshound, and know-it-all with Yahoo! Mobile.  Try it now.

Help Palestine [hidayahnet] Berita Wilayah : Wilayah Persekutuan Negeri Pertama Umumkan Calon PAS

2008-02-21 Terurut Topik aHmadHazieq
Wilayah Persekutuan Negeri Pertama Umumkan Calon PAS  Oleh HermanSamsudeen 
   
  
   
  Kuala Lumpur, 20 Februari : PAS Wilayah akhirnya memulai langkah, mendepani 
semua negeri dan parti-parti Barisan Nasional dan secara rasminya mengumumkan 3 
calon yang akan membawa panji PAS pada pilihanraya ke-12 ini.
   
  Peristiharan itu dilakukan lewat malam tadi oleh Presiden PAS sendiri, Tuan 
Guru Dato Seri Abd Hadi Awang, di Markas PAS Titiwangsa.
   
  HJ. Mohamad Noor Mohamad yang sebelum ini bertanding di parlimen Titiwangsa 
bertukar ke Parlimen Putrajaya. Tempat beliau digantikan oleh AJK PAS Pusat 
yang juga Ketua Dewan Muslimat Titiwangsa, Dr. Lo’lo Dato’ Hj. Ghazali. PAS 
Labuan pula diwakili oleh Sdr. Matusin Abd Rahman, iaitu YDP PAS Labuan.
   
  Lebih 2000 penyokong Barisan Alternatif membanjiri Markas PAS Titiwangsa 
untuk melihat sendiri calon-calon PAS Wilayah Persekutuan. Para petugas PAS 
Wilayah Persekutuan kini berada dalam tahap terbaik untuk memberikan saingan 
sengit kepada Jentera Barisan Nasional dalam Pilihanraya kali ini.
   
  Sebelum pengistiharan calon, Presiden telah melancarkan T-Shirt rasmi Petugas 
 PAS dengan memakaikannya kepada seorang petugas berbangsa India, Sdr. Rama 
yang secara simboliknya menunjukkan sokongan padu kepada PAS walaupun berbeza 
agama, tetapi satu matlamat.
   
  
   
  Presiden dalan ucapan beliau, menekankan bahawa semua pihak kini mengharap 
Keadilan, Kesejahteraan dan inginkan negara ini diperintah dengan sebaiknya 
oleh pemimpin yang jujur. Dan pemimpin-pemimpin PAS adalah alternatif kepada 
pemimpin korupsi yang saban musim mewakili BN.
   
  PAS akan bertanding di lebih 60 kerusi parlimen dan semua jentera PAS kini 
diminta untuk melipatkan gandakan gerak kerja kempen bagi memastikan rakyat 
dapat menerima maklumat yang betul terhadap isu-isu semasa.





  Sumbangan anda diperlukan bagi mengisi tabung pilihanraya 
  DEWAN PEMUDA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN
  Bank Islam : 1402301110
  Untuk Sumbangan Peralatan, Bahan Kempen dan Sebagainya sila hubungi :
  Khairil : 019-5732576 @ Hilmy : 016-2333024


  Lawati Laman Rasmi Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan di 
http://dppwp.wordpress.com 

   
-
Never miss a thing.   Make Yahoo your homepage.

Help Palestine [hidayahnet] Sebarkan : Laman Khas Sempena Pilihanraya 2008 / Negara Bankrap dibawah BN, Rakyat akan bahagia dengan Negara Berkebajikan

2008-02-17 Terurut Topik aHmadHazieq
Laman Khas Sempena Pilihanraya 2008  Posted on Februari 15, 2008 oleh 
HermanSamsudeen 
   
  Lawati laman khas untuk pilihanraya 2008 versi PAS Wilayah Persekutuan di 
http://pilihanraya2008.wordpress.com/. Untuk sumbangan artikel sila hantarkan 
ke [EMAIL PROTECTED]
   
  

   
   
   
  Hishamuddin Ketar Kepala Lutut Untuk Jawab Isu Pendidikan Dalam Pilihanraya  
Posted on Februari 15, 2008 oleh HermanSamsudeen 
   
  ‘Usah guna isu pendidikan raih undi’ begitulah kata-kata Hishamuddin 
kepada rakyat yang bakal menyertai Pilihanraya ke-12 dari 24 Februari-8 Mac 
2008 nanti. Akhirnya beliau secara tidak langsung mengakui bahawa sistem 
pendidikan negara mempunyai kepincangan dan amat memalukan jika disebarkan 
semasa pilihanraya nanti.
   
  Isu pendidikan tidak menjadi persoalan kiranya tiada sebarang kecacatan dan 
juga kelemahan yang nyata sepanjang sesi 2004-2008 BN memerintah.
   
  Walaubagaimana pun, isu pendidikan bakal mengoyahkan kepala lutut Hishamuddin 
kerana rakyat kini semakin marah kepada BN ekoran dari penarikan bantuan kepada 
Sekolah Agama Rakyat diakhir pemerintahan Mahathir.
   
  Seterusnya mata pelajaran Sains dan Matematik dipaksa untuk diajarkan di 
dalam Bahasa Inggeris atas gesaan Mahathir dan kini kebanyakkan pemimpin BN 
menyesal dan ingin kembali menggunakan Bahasa Malaysia untuk matapelajaran 
berkenaan.
   
  Seterusnya tragedi bumbung makmal komputer MRSM yang runtuh kerana kecuaian 
pemantauan oleh Kementerian Pelajaran yang dikelolakan oleh Menteri BN ini juga 
mengecewakan rakyat.
   
  Selain itu, Sekolah Rendah Jenis Kebangsan (Cina) di Damansara telah ditutup 
atas alasan ingin memindahkan sekolah berkenaan ke tempat lain. Guru, pelajar 
dan Penduduk setempat membantah kerana sekolah baru itu jauh dari tempat 
tinggal mereka dan sekolah lama yang sedia ada masih berkeadaan baik untuk 
digunakan. Sehingga kini sekolah berkenaan telah dikunci dan guru serta pelajar 
mereka dihalau keluar dan terpaksa belajar di dalam kontena usang yang panas.
   
  Dalam perkembangan berasingan, SJKT Kampung Jebong Lama, di Simpang, Taiping, 
Perak yang telah menabur bakti selama 74 tahun turut menerima nasib yang hampir 
serupa.
   
  Sebuah kontena lama berukuran enam kali tiga meter telah dijadikan kelas 
sementara menanti bangunan tambahan sekolah disiapkan. Berkemungkinan kelas ini 
adalah kelas yang terkecil sekali dinegara ini dan boleh dimasukkan dalam 
Malaysian Books of Record.
   
  Sebanyak RM550 ribu telah diperuntukkan oleh Kerajaan bagi membina bangunan 
baru, namun hingga kini tiada sebarang aktiviti pembinaan dilakukan.
   
  Pelajar di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Jalan Tepi Sungai, di Klang 
pula terpaksa terpaksa menumpangkan pelajar-pelajar mereka di kandang kuda 
milik Majlis Perbandaran Klang (MPK) setelah sekolah mereka yang telah berusia 
80 tahun itu musnah sekelip mata dalam satu kebakaran pada 22 Disember 2007.
   
  Pada tahun 2003, Presiden MIC, Samy Vellu telah datang melawat sekolah ini 
dan meluluskan peruntukan sebanyak RM 1.2 juta bagi pembinaan bangunan sekolah 
yang baru. Namun setelah hampir 4 tahun berlalu, projek yang dijanjikan tidak 
kunjung tiba.
   
  Pada Oktober tahun 2006 pula Ahli Parlimen Kapar yang juga merupakan 
Setiausaha Parlimen Kementerian Pelajaran, Komala Krishnamoorthy telah 
mengumumkan kepada ibubapa sekolah tersebut bahawa Kementerian Pelajaran 
Malaysia telah meluluskan peruntukan RM800,000 bagi kerja-kerja baik pulih 
sekolah tersebut.
   
  Beliau adalah wakil rakyat dimana letaknya sekolah tersebut. Beliau juga 
merupakan Ketua Wanita MIC Pusat.
   
  Namun janji hanya tinggal janji. Kerajaan terlalu sibuk untuk projek mega 
WPI, NCER, dan ECER hingga terlepas pandang kepada sekolah ini.
   
  Tidak cukup dengan kisah duka di atas, Kerajaan BN sekali lagi mempermainkan 
rakyat. Dalam pembentangan Budget 2008 tahun lalu, Abdullah Badawi mengumumkan 
penghapusan Yuran Sekolah mulai tahun 2008.
   
  Namun, pada 1 Januari 2008 ibu bapa diseluruh negara digemparkan dengan caj 
Yuran Tambahan yang mencecah hingga RM 500.
   
  Antara perkara yang dimasukkan dalam senarai yuran ini adalah Yuran Tandas, 
Yuran Tuala Wanita (untuk pelajar perempuan), Yuran pelbagai dan banyak lagi. 
Yuran PIBG pula dikenakan sebanyak dua kali, iaitu melalui akaun pelajar dan 
satu lagi melalui akaun ibubapa.
   
  Ketika rakyat sedang marah dengan penipuan ini, guru-guru hanya mampu 
menjelaskan bahawa Yuran Sekolah yang dihapuskan hanyalah yuran asas sahaja dan 
ianya bernilai RM 4.50 sahaja.
   
  Hishamuddin ketika diminta mengulas isu ini, telah memarahi ibu bapa 
diseluruh negara kerana tidak mahu memberikan kerjasama untuk membayar yuran 
berkenaan, walaupun ianya tidak wajib.
   
  Dengan sombongnya beliau mencabar ibu bapa untuk datang semula ke sekolah 
kalau mahu yuran berkenaan dikembalikan.
   
  Sikap panas baran dan lepas tangan serta menipu menjadi amalan bagi 
Hishamudin dan pemimpin BN lain maka wajarlah 

Help Palestine [hidayahnet] Baju Pilihanraya Untuk Dijual, Hanya RM10

2008-02-16 Terurut Topik aHmadHazieq
Baju Pilihanraya Untuk Dijual, Hanya RM10  Posted on Februari 16, 2008 oleh 
HermanSamsudeen | Edit 
   
  Pemuda PAS Titiwangsa menawarkan baju khas bagi petugas sempena 
pilihanraya Umum ke-12. Baju ini sesuai digunakan bagi menyemarakkan lagi 
manifesto dan mempromosikan PAS. Baju ini bernilai RM 10 ringgit sahaja. 
Dapatkan segera selagi stok masih ada.
   
  
  Bahagian Depan
   
  
  
Bahagian Belakang
  
  
  
  Baju ini akan dilancarkan di Markas PAS Kg. Pandan, Kuala Lumpur  pada 19 
Februari 2008 sempena Ceramah Presiden.
   
  Untuk Tempahan dalam kuantiti yang besar bolehlah menghubungi Sdr. Helmi di : 
016-2333024

   




  Sumbangan anda diperlukan bagi mengisi tabung pilihanraya 
  DEWAN PEMUDA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN
  Bank Islam : 1402301110
  Untuk Sumbangan Peralatan, Bahan Kempen dan Sebagainya sila hubungi :
  Khairil : 019-5732576 @ Hilmy : 016-2333024


  Lawati Laman Rasmi Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan di 
http://dppwp.wordpress.com 

   
-
Never miss a thing.   Make Yahoo your homepage.

Help Palestine [hidayahnet] SEBARKAN : HIMPUNAN PETUGAS PILIHANRAYA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN

2008-02-01 Terurut Topik aHmadHazieq

HIMPUNAN PETUGAS PILIHANRAYA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN
   
  Adalah dimaklumkan bahawa PAS WILAYAH PERSEKUTUAN akan mengadakan Program 
Himpunan Petugas Pilihanraya Peringkat PAS Wilayah Persekutuan pada;
   
  Tarikh :03 Februari 2008 (AHAD)
  Masa:9.00 pagi
  Tempat:   Pejabat PAS Titiwangsa, Kg.Pandan.
   
  Semua ahli dan penyokong PAS dijemput hadir. Sekian Terima kasih.
   
   
  Saya yang menjalankan tugas,
   
   
  Herman Samsudeen
  Ketua Penerangan DPPWP
  (H/P : 016-6781700)



 

  Lawati Laman Rasmi Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan di 
http://dppwp.wordpress.com 

   
-
Be a better friend, newshound, and know-it-all with Yahoo! Mobile.  Try it now.

Help Palestine [hidayahnet] Makluman : JELAJAH PRESIDEN KE WILAYAH PERSEKUTUAN PADA 13 JANUARI DITANGGUHKAN

2008-01-11 Terurut Topik aHmadHazieq
Makluman : JELAJAH PRESIDEN KE WILAYAH PERSEKUTUAN PADA 13 JANUARI DITANGGUHKAN
   
  Ruj kami : PAS/BPP 09/2.01(2007-09)– 32
   
  Tarikh :   30 Zulhijjah 1428
9 Januari 2008 
   
  ÇáÓáÇã Úáí#1706;ã  æÑÍã#1731;Çá᪠æÈÑ#1706;ÇÊå
   
  Kepada : 
  Saudara/Saudari,
  Setiausaha Dewan Ulama’/Pemuda/Muslimat
  Setiausaha Kawasan
  Ketua Pengarang Media
   
  JELAJAH PRESIDEN KE WILAYAH PERSEKUTUAN
   
   
  Adalah saya dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas
   
  2. Adalah dimaklumkan bahawa program tersebut yang ditetapkan pada tarikh 13 
Januari 2008 bertempat di Darul Ummah dan juga Ceramah Perdana pada malam 
tersebut telah ditangguhkan ke satu tarikh yang akan diberitahu kelak. 
   
  3. Penangguhan tersebut adalah kerana kesemua AJK PAS Pusat serta Pesuruhjaya 
daripada negeri-negeri akan berada di negeri Terengganu pada tarikh tersebut. 
   
  4. Diharapkan saudara/saudari dapat memaklumkan perkara ini kepada semua ahli 
Kawasan/Dewan masing-masing. Segala kesulitan adalah amat dikesali. 
   
  Sekian, terima kasih. 
   
   
   “SELAMATKAN DEMOKRASI, TEGAKKAN KEADILAN”
   
   


  Yang menjalankan amanah,
   
   
   
   
   
  HEDZER BIN IBRAHIM
  Setiausaha,
  Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan.
   
  s.k   Fail
   
   


 

  Lawati Laman Rasmi Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan di 
http://dppwp.wordpress.com 

   
-
Never miss a thing.   Make Yahoo your homepage.

Help Palestine [hidayahnet] Kem. Pelancongan dapat malu, pekerja asing kuasai KLIA

2008-01-10 Terurut Topik aHmadHazieq
Kem. Pelancongan dapat malu, pekerja asing kuasai KLIA  Oleh HermanSamsudeen
   
  Pelancong-pelancong asing yang datang ke Malaysia terkejut beruk dan 
tidak yakin mereka telah sampai ke negara ini sebaik sahaja keluar dari kapal 
terbang di KLIA dan lapangan terbang lain dinegara ini. Sesetengah pelancong 
terpaksa merujuk ke kaunter khidmat pelanggan Kementerian Pelancongan untuk 
mendapatkan kepastian bahawa ini adalah negara Malaysia atau tidak.
   
  Insiden ini sebenarnya sering berlaku kerana pengurusan Malaysian Airport 
Berhad (MAB) telah menggaji begitu ramai pekerja asing yang terdiri dari rakyat 
Indonesia, Nepal dan Bangladesh. Para pelancong yang datang dari Indonesia 
berasakan mereka masih lagi berada di Indonesia walaupun hakikatnya telah 
sampai disini.
   
  
   
  Tidak kurang juga yang membelek-belek semula tiket mereka dan bertanyakan 
pada pramugari dan juruterbang kerana takut tersalah destinasi.
   
  Berikutan dari itu, Kabinet Mengenai Pelancongan membuat keputusan agar semua 
urusan di lapangan terbang yang membabitkan pelancong mestilah dikendalikan 
sepenuhnya oleh warga tempatan.
   
  “Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pelancongan menetapkan bagi lapangan terbang 
utama seperti KLIA yang mempunyai urusan dengan pelancong hendaklah 
dikendalikan oleh warganegara tempatan.
   
  “Kita akan buat dalam bentuk arahan kepada Malaysia Airports Bhd. (MAB) bagi 
memastikan bukan sahaja MAB, malah operator bagi perkhidmatan yang menggunakan 
penyumberan luar (di lapangan terbang) hendaklah terdiri daripada warganegara 
tempatan,” kata Timbalan Perdana Menteri Najib Razak selepas mempengerusikan 
mesyuarat jawatankuasa berkenaan di Putrajaya semalam. 
   
  Menjelaskan mengenai keputusan berkenaan, Menteri Hal Ehwal Dan Negeri, Radzi 
Sheikh Ahmad berkata, kerajaan itu memberikan isyarat yang jelas bahawa 
lapangan terbang utama di negara ini sepatutnya bebas daripada pekerja asing.
   
  Ini, tambahnya, termasuk pekerja-pekerja yang menolak troli dan mengangkat 
bagasi para pelancong asing harus di kalangan rakyat tempatan.
   
  “Termasuk mereka yang melakukan kerja di tandas-tandas di lapangan terbang, 
kita mahu ia juga pekerja tempatan,” katanya.
   
  Begitulah kucarnya Kabinet Malaysia bila mana masalah pekerja asing ini 
akhirnya turut ditegur oleh pelancong dari luar negara. Memang memalukan, dan 
kebergantungan pekerja asing sebenarnya berpunca dari sikap BN yang memanjakan 
syarikat yang diuruskan oleh kroni mereka seperti MAB untuk menggaji pekerja 
asing dengan begity ramai.
   
  Sewajarnya pekerja tempatan diberikan keutamaan dan prasarana yang sama 
seperti pekerja asing ini untuk menarik perhatian mereka. Kebanyakkan majikan 
tidak menyediakan kediaman dan elaun makan untuk pekerja buruh tempatan 
walaupun kadar gaji mereka sama dengan warga asing ini yang telah menerima 
semua kemudahan tersebut.
   
  Memang tidak dinafikan bahawa segelintir pekerja tempatan tidak berminat 
dengan kerja sebagai tukang cuci, tetapi harus diingat bahawa tidak semuanya 
bersikap begitu.
   
  Diharapkan pihak Kerajaan tidak melaksanakan dasar ini di KLIA sahaja, 
sewajarnya ianya turut dilakukan dikompleks-kompleks niaga tumpuan pelancong, 
hotel, resort  dan juga beberapa industri yang boleh diambil alih oleh pekerja 
tempatan.
   
  Jika tidak, pelancong akan terkejut lagi bila memasuki hotel yang dibersihkan 
oleh pekerja Indonesia. Nanti mereka ingat, mereka bercuti diDenpasar atau di 
Jakarta pula.




 

  Lawati Laman Rasmi Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan di 
http://dppwp.wordpress.com 

   
-
Be a better friend, newshound, and know-it-all with Yahoo! Mobile.  Try it now.

Help Palestine [hidayahnet] Kenyataan Media DPPWP : Tahniah Pengarah BPR WPKL Yang Baru, Jangan Takut Tangkap Ikan Besar

2008-01-04 Terurut Topik aHmadHazieq
Kenyataan Media DPPWP :   Tahniah Pengarah BPR WPKL Yang Baru, Jangan Takut 
Tangkap Ikan Besar   
   
  Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (PemudaWilayah) mengucapkan 
setinggi-tinggi tahniah kepada Pengarah Badan Pencegah Rasuah Wilayah 
Persekutuan Kuala Lumpur yang baru iaitu Moh Samsudin Yusof. Sebelum ini 
jawatan pengarah disandang oleh Datuk Abu Zubir Mahfodz yang akan bertugas 
sebagai Pengarah Penyelidikan dan Perancangan BPR Malaysia mulai esok dan 
seterusnya bersara pada April ini.
   
  PemudaWilayah berharap dengan perlantikan beliau ini, usaha membanteras 
jenayah rasuah di Kuala Lumpur ini khasnya dapatlah ditingkatkan. Peningkatan 
jumlah maklumat yang diterima daripada orang awam sebanyak 19 peratus iaitu 691 
maklumat pada 2007 berbanding 620 pada tahun sebelumnya tidak akan bermakna 
jika jumlah tangkapan yang dibuat adalah kurang atau gagal disiasat dengan baik.
   
  PemudaWilayah juga menyambut baik azam beliau yang mahukan tangkapan lebih 
banyak terhadap kes rasuah “ikan bilis” yang melibatkan pemberian dalam jumlah 
yang kecil kepada pegawai penguatkuasa yang bertugas sama ada di 
kaunter-kaunter atau di jalan raya.
   
  Dalam pada itu, tindakan dan usaha yang lebih serius perlulah dilakukan bagi 
menangani kes rasuah yang berlaku dibalik kamar-kamar mewah yang melibatkan 
pegawai berjawatan tinggi dan orang-orang kenamaan. ‘Ikan-ikan besar’ ini 
seharusnya ditangkap dan tidak dibiarkan bermaharajalela.
   
  Tidak guna jika BPR sekadar menumpukan kepada ‘ikan-ikan kecil’ sedangkan 
‘ikan-ikan besar’ ini terus menerus bermaharajalela. Kata orang kepimpinan 
melalui teladan, maka wajarlah semua agensi Kerajaan dan organisasi swasta 
dibersihkan diperingkat tertinggi sebelum menyelam mencari ‘ikan-ikan kecil’.
   
  Memang mudah menangkap ‘ikan-ikan’ kecil ini, hatta duduk bersantai ditepian 
pantai pun boleh dapat. Tapi itu tidak akan memuaskan hati rakyat kerana bila 
mereka ditangkap ‘Ikan Besar’ masih bebas melakukan jenayah yang lebih besar 
dan mengancam negara.
   
  Oleh itu besarlah harapan rakyat agar beliau tidak takut untuk menyiasat 
kes-kes berprofail tinggi. Rakyat akan bersama dengan orang-orang yang ingin 
berjuang untuk kebenaran dan beliau tidak akan keseorangan jika agenda 
perjuangan beliau selari dengan kehendak rakyat.
   
  Herman Samsudeen
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan




 

  Lawati Laman Rasmi Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan di 
http://dppwp.wordpress.com 

   
-
Looking for last minute shopping deals?  Find them fast with Yahoo! Search.

Re: Help Palestine [hidayahnet] Sempena Menyambut Muharam pada 10 Jan 2008 Saya sertakan lampiran ini untuk kita amalkan bersama moga dapat menanamkan kecintaan kita pada Allah SWT amiinAssalamu'alaik

2008-01-04 Terurut Topik aHmadHazieq
Alhamdulillah..terima kasih, bersamalah kita amalkan

[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote:  

Note: forwarded message attached.
-
  Never miss a thing. Make Yahoo your homepage.   

 Subject: Sempena Menyambut Muharam pada 10 Jan 2008 
Saya sertakan lampiran ini untuk kita amalkan bersama moga dapat menanamkan 
kecintaan kita pada Allah SWT amiinAssalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Date: Wed, 2 Jan 2008 14:49:27 +0800
From: Saadiah Binte Awek [EMAIL PROTECTED]
To: Saadiah Awek [EMAIL PROTECTED]

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh
  Menemui saudara2 ku yang dikasihi yang dirahmati Allah SWT
  Alhamdulillah dengan nikmat sihat dan hidup moga bertambah 
  keimanan dan ketaqwaan kita pada Allah SWT amiin.
  Saya sertakan lampiran bilamana dapat kesalahan harap dibetulkan.
  Jazakallahu khairan kathiro
  Saadiah Binte Awek
   







 

  Lawati Laman Rasmi Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan di 
http://dppwp.wordpress.com 

   
-
Looking for last minute shopping deals?  Find them fast with Yahoo! Search.

Help Palestine [hidayahnet] Artikel : Samy Vellu dan MIC ada hubungan sulit dengan Kerajaan India?

2008-01-03 Terurut Topik aHmadHazieq
Samy Vellu dan MIC ada hubungan sulit dengan Kerajaan India?  Oleh 
HermanSamsudeen 
   
  Pelik tapi itulah yang terjadi selama ini. Menteri Kerja Raya, Samy Vellu 
kini berada di Tamil Naidu dan akan ke New Delhi bagi menghadiri persidangan 
tiga hari untuk masyarakat berketurunan India anjuran kerajaan India, mulai 7 
Januari ini. Hari ini baru 2 haribulan bermakna ada lagi 5 hari untuk 
persidangan itu.
   
  Ini bukan kali pertama beliau ke India atas urusan sebegini. Selama ini, Samy 
Vellu selalu menegaskan bahawa beliau dan MIC begitu taat terhadap negara ini. 
Dalam kes Hindraf baru-baru ini beliau juga ada mengeluarkan kenyataan agar 
Kerajaan India tidak campurtangan.
   
  Tetapi dalam diam beliau kerap ke India atas urusan kaum India termasuklah 
bagi urusan perdagangan yang mana sepatutnya beliau menyertai Misi Perdagangan 
bersama Rafidah Aziz dan bukannya pergi bersendirian.
   
  Beberapa perkara menjadi persoalan. Sejauh manakah Samy dan MIC benar-benar 
setia kepada negara ini? Adakah beliau dan MIC benar-benar ada ‘hubungan sulit 
dengan Kerajaan India’ dan membelakangkan Kerajaan Malaysia untuk kepentingan 
masyarakat India (Ahli MIC).
   
  Kita telah menerima kaum India dengan baik selama ini. Kita menggangap mereka 
teman dan ramai orang India yang berpuashati dengan layanan orang Melayu.
   
  Jadi apakah sebabnya Samy masih mahu menyertai Persidangan untuk Kaum India 
di sana. Adakah masih ada lagi agenda perkauman yang ingin diimport dari sana. 
Saban tahun beliau ke sana untuk menemui pemimpin India dan banyak perkara yang 
terjadi dalam MIC dan dalam negara turut dijadikan bahan perbincangan disana.
   
  Kenapa perlu rujuk Kerajaan India bagi isu-isu masyarakat India di Malaysia? 
Adakah jaminan Kerajaan Malaysia untuk memberi keadilan kepada kaum India tidak 
cukup hingga beliau perlu mendapatkan perlindungan atau sokongan tambahan dari 
Kerajaan India?
   
  Orang-orang Bugis, Jawa dan Cina di Malaysia tidak pernah menghadiri 
konvensyen yang berteraskan perkauman di negara asal keturunan mereka. Kalau 
ada pun, mereka hadir tanpa adanya komitmen yang tetap sebagai mana Samy Vellu 
yang kerap ke India bila ada masalah atau isu perkauman di negara ini.
   
  Sewajarnya beliau merujuk kepada kepimpinan negara jika ada apa-apa. Memang 
hak peribadi beliau untuk menghadiri persidangan itu, tetapi sebagai seorang 
Menteri Kanan yang banyak menyimpan dan mengetahui rahsia besar negara tidak 
wajar untuk beliau ke sana atas urusan sebegini.
   
  Adalah bahaya jika Kerajaan Malaysia berdiam diri dan membiarkan Samy menemui 
Kerajaan India atas agenda kaum India. Bila-bila masa sahaja rahsia negara 
boleh diserahkan kepada Kerajaan India dan ini membahayakan negara ini secara 
umumnya.
   
  Kerajaan Malaysia seharusnya mengambil serius perkara ini dan kita tidak mahu 
MIC berpakat dengan negara asing yang lebih besar dari Malaysia bagi melakukan 
apa-apa propaganda politik dimasa hadapan.
   
  Tulisan ini bukannya bertujuan untuk menghasut dan mencetuskan gelojak 
perkauman. Kita yakin bahawa ramai lagi kaum India dinegara ini yang 
benar-benar ikhlas untuk hidup dan menyumbang kepada negara ini. Tapi biarlah 
anasir-anasir luar tidak dibiarkan mempengaruhi politik negara ini.
   
  
  Samy Vellu bersama bekas Perdana Menteri India pada tahun 2001
   
  
  Samy bersama Menteri Kewangan India, P. Chidambaram
   
  
  Samy bersama Ketua Menteri Chennai, Jayalalithaa
   
  
  Samy bersama Penganjur World Tamil Business Leaders Conference, Bala S. 
Balendra (kiri) and Dr. V.R.S. Sampath (Kanan)




 

  Lawati Laman Rasmi Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan di 
http://dppwp.wordpress.com 

   
-
Never miss a thing.   Make Yahoo your homepage.

Help Palestine [hidayahnet] Kenyataan Media DPPWP: Chua Soi Lek Wajib Letak Jawatan Sekarang!!!

2008-01-01 Terurut Topik aHmadHazieq
Kenyataan Media DPPWP: Chua Soi Lek Wajib Letak Jawatan Sekarang!!!   
  Pengakuan Dr. Chua Soi Lek berhubung skandal video seksnya bukan beerti 
kes ini harus ditutup begitu sahaja. Tuntutan beliau agar siasatan dibuat 
terhadap mereka yang merancang rakaman dan penyebaran video berkenaan haruslah 
diambil serius oleh pihak Polis. Ternyata apa yang berlaku ini bukanlah suatu 
perkara yang kebetulan. Ianya telah dirancang dengan rapi dan 3 kamera telah 
disediakan dibilik hotel yang beliau gunakan.
   
  Musuh-musuh politik beliau dalam MCA atau BN sendiri berkemungkinan besar 
menjadi dalang utam dalam konspirasi ini. Kedudukan beliau sebagai Menteri 
Kesihatan yang menggantikan Dr. Chua Jui Meng begitu hangat dipersoalkan selama 
ini. Tidak cukup dengan itu, MCA juga punyai musuh tradisi yang terdiri dari 
kalangan komponen BN sendiri dan orang nombor 2 dalam MCA ini menjadi sasaran 
pertama untuk konspirasi terancang ini.
   
  Oleh itu terpulanglah kepada pihak Polis untuk menyelesaikan kes ini sebelum 
ianya berpanjangan.
   
  Dalam pada itu Pemuda PAS Wilayah melihat bahawa isu ini bukan sekadar soal 
konspirasi politik, tetapi ia juga melibatkan soal intergriti dan etika beliau 
sebagai seorang wakil rakyat bertaraf menteri kanan. Walaupun beliau bukanlah 
seorang muslim, namun apa yang dilakukannya, iaitu melakukan hubungan seks 
rambang dengan wanita selain isteri beliau adalah diluar dari budaya kita 
rakyat Malaysia dan kaum cina sendiri. Budaya menyimpan gundik atau wanita 
simpanan tidak wajar dilakukan lagi pada zaman moden ini. Menteri ini sudah 
cukup kaya jika mahu berkahwin lagi, jadi tiada sebab untuk beliau melakukan 
perkara-perkara yang melanggari etika dan budaya rakyat negara ini.
   
  Jika di Amerika, Bill Clinton meletak jawatan kerana pendedahan skandal seks 
beliau, di Indonesia juga sama. Ahli DPR Indonesia, Yahya Zaini juga meletak 
jawatan selepas video skandal seksnya tersebar diinternet.
   
  Perdana Menteri Malaysia yang keempat, Mahathir pula telah memecat 
timbalannya, Anwar Ibrahim atas alasan melakukan seks luar tabii walau pun ia 
hanyalah sekadar suatu pembohongan semata.
   
  Jadi dalam kes ini Chua wajib meletak jawatan bagi menjaga nama baik negara 
dan juga organisasi yang dipimpinnya. Jika beliau enggan meletak jawatan, maka 
adalah wajib bagi Perdana Menteri, Abdullah Badawi memecatnya.
   
  PemudaWilayah juga bersetuju dengan pandangan Prof. Khoo Kay Kim yang 
menyarankan agar Chua meletakkan jawatan kerana telah melakukan sesuatu perkara 
yang amat memalukan negara dan melanggari tatasusila masyarakat dinegara ini.
   
  Oleh itu, sudah tiba masanya untuk beliau berfikir untuk kepentingan semua 
dan mengundurkan diri secara terhormat sebelum rakyat turun ke jalan raya untuk 
mendesak beliau berundur secara terhina. Soal ianya konspirasi atau tidak, itu 
adalah soal peribadi beliau. Yang nyata kini, beliau sendiri telah mengakui 
kecurangan beliau kepada isteri, keluarga, penyokong dan 27 juta rakyat negara 
ini dan permohonan maaf beliau akan dilihat lebih ikhlas jika beliau segera 
berundur dari Kerajaan.
   
  Kamaruzaman Mohamad
Ketua
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan




 

  Lawati Laman Rasmi Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan di 
http://dppwp.wordpress.com 

   
-
Never miss a thing.   Make Yahoo your homepage.

Help Palestine [hidayahnet] Benazir ditembak di Pakistan, Suwandi Azman ditembak di Malaysia

2007-12-30 Terurut Topik aHmadHazieq
Benazir ditembak di Pakistan, Suwandi  Azman ditembak di Malaysia   oleh 
HermanSamsudeen
   
  Tiga insan yang jauh berbeza dari segi perjuangan dan taraf kedudukannya 
tetapi menerima nasib yang hampir sama.
   
  Benazir merupakan pemimpin besar Pakistan dan wanita pertama negara itu yang 
diangkat menjadi Perdana Menteri. Beliau ditembak mati dan kemudiannya dibom 
selepas berucap dihadapan ribuan penyokongnya yang anti Kerajaan.
   
  Suwandi dan Azman pula adalah dua orang rakyat biasa di Malaysia. Kesalahan 
mereka adalah kerana mereka menjadi ahli Parti Islam Semalaysia (PAS) yang 
ingin mendengar ceramah pimpinan di Batu Burok. Kedua-duannya ditembak oleh Wan 
Aziz Wan Omar (RF143706), seorang anggota Polis yang kononnya cuba 
mempertahankan diri dari orang awam yang tidak bersenjata.
   
  Alhamdulillah, belum masanya Suwandi dan Azman menjadi ahli syuhada namun 
disitu ada kebersamaannya dengan nasib Benazir yang menjadi mangsa kepada 
Kerajaan zalim. Mereka dizalimi oleh orang-orang yang benci pada perjuangan 
mereka.
   
  Jika Benazir telah meninggal dunia akibat serangan itu, Suwandi dan Azman 
pula menderita terpenjara akibat diserang anggota Polis yang bacul itu. Peguam 
Negara pula sanggup ‘mencemar duli’ bagi menguruskan kes mereka dan menjadi 
punca kepada terkurungnya Suwandi dan Azman di penjara Kuala Terengganu.
   
  Mereka menjadi mangsa, belum lagi dibuktikan bersalah tetapi dilayan seperti 
pesalah.
   
  Nasib mereka memang malang. Kerana mereka itu anak Melayu bukannya India dan 
Kerana mereka juga ahli PAS maka segala rayuan agar Kes yang dibicarakan 
dibawah seksyen 149 Kanun Keseksaan itu ditarik balik tidak dilayan.
   
  31 ahli Hindraf merayu melalui Presiden MIC, Samy The Toll telah bebas dari 
tuduhan cubaan membunuh kerana Peguam Negara pening kepala nak dengar outa 
Samy. Alasannya beliau tak tau siapa yang cuba bunuh polis itu.
   
  Dalam kes Suwandi dan Azman pula, Peguam Negara boleh tahu pula macam mana 
mereka nak bunuh Polis itu, padahal ramai lagi yang ditahan dan yang terlibat.
   
  Begitulah Undang-undang Komanwel ala Malaysia. Perdana Menteri kita sudah 
hampir digelar Pervez Badawi. Kalau dia masih ikut rentak Presiden Pakistan, 
rasa-rasanya Suwandi dan Azman nie akan mati kena bom tak lama lagi. Begitu 
juga dengan pimpinan PAS seperti Mat Sabu dan lain-lain.
   
  Harap-harap perkara itu tidak terjadi. Kalau nak jadi pemimpin negara 
Demokrasi, amalkanlah demokrasi tulen, jangan amalkan ‘DumbKasi’ (Bodoh dan 
tidak jantan).




 

  Lawati Laman Rasmi Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan di 
http://dppwp.wordpress.com 

   
-
Be a better friend, newshound, and know-it-all with Yahoo! Mobile.  Try it now.

Help Palestine [hidayahnet] Berita : Isu Jika Enggan Buka Tudung , Carilah Kerja Lain � Kenyataan Balas MaBeSpa

2007-12-28 Terurut Topik aHmadHazieq
Isu Jika Enggan Buka Tudung , Carilah Kerja Lain – Kenyataan Balas MaBeSpa  
Oleh HermanSamsudeen 
   
  Isu ‘Jika Enggan Buka Tudung , Carilah Kerja Lain’ yang disiarkan dalam 
akhbar mstar online bertarikh 18 Disember 2007 ternyata mengundang pelbagai 
reaksi dikalangan rakyat, khususnya kalangan wanita Islam negara ini.
   
  Ternyata isu sensitif ini begitu mengganggu ketenteraman beberapa pihak yang 
sukar menerima hakikat bahawa negara yang dihuni oleh lebih 50% umat Islam ini 
melayan wanita-wanita muslim dalam cara yang sedemikian.
   
  Justeru itu, Presiden Persatuan Kecantikan dan Spa Bumiputera (MaBeSpa), 
Mohaizi Mohamad tampil mengeluarkan satu kenyataan rasmi bagi menyatakan 
kekecewaannya terhadap penyelewengan yang dilakukan oleh wartawan mStar hingga 
menyebabkan kenyataan beliau sebelum ini disalah tafsirkan oleh semua pihak.
   
  Didalam kenyataannya, beliau mendakwa bahawa wartawan mStar, Salhan K.Ahmad 
telah menyalah tafsirkan pandangan beliau yang diperolehi dari temuramah 
melalui telefon.
   
  “Kenyataan yang dibuat melalui perbualan telefon tersebut tidak dibuat secara 
rasmi di mana penulis tidak memperkenalkan diri sebagai pemberita dan menelefon 
untuk bertanya secara peribadi dan bukannya sebagai wakil daripada MaBeSpa. 
Penulis telah memutar belitkan kenyataan Mohaizi Mohamad dengan niat mencari 
publisiti murahan” kata Mohaizi.
   
  Mohaizi juga menegaskan bahawa Presiden MaBeSpa hanya ingin menjelaskan 
bahawa sekiranya pemilik pusat kecantikkan yang bukan Islam tidak berminat 
untuk menerima pekerja bertudung, ia bukanlah merupakan suatu kesalahan. 
Sebagai pemilik pusat kecantikkan, mereka mempunyai hak mutlak untuk memilih 
pekerja yang dapat membangunkan perusahaan. Beliau mencadangkan agar pekerja – 
pekerja yang beragama Islam dan bertudung memohon pekerjaan di Pusat 
Kecantikkan yang boleh menerima mereka.
   
  “MaBeSpa sebagai persatuan bumiputera mengambil kira isu ini sebagai serius 
dan berhasrat untuk mengambil tindakan mahkamah terhadap penulis kerana penulis 
telah memburukkan nama persatuan dan mensensasikan kenyataan presidennya” tegas 
Mohaizi dalam kenyataan ringkasnya.




 

  Lawati Laman Rasmi Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan di 
http://dppwp.wordpress.com 

   
-
Never miss a thing.   Make Yahoo your homepage.

Help Palestine [hidayahnet] Kenyataan Media DPPWP : XPDC Dakwah Bersama YB Salahuddin

2007-12-28 Terurut Topik aHmadHazieq
Kenyataan Media DPPWP :  XPDC Dakwah Bersama YB Salahuddin   
  
   
  Menjelang sambutan tahun baru pada malam 31 Disember 2007 ini, Pemuda PAS 
Wilayah akan bersama Ketua Pemuda PAS Pusat, YB. Salahuddin untuk turun bertemu 
rakyat. Acara tahunan yang saban musim menjadi medan dakwah ini akan 
mengembelingkan segala keringat anak-anak muda yang berjiwa merdeka untuk 
berkongsi erti iman dan Islam bersama reranting umat yang kian rapuh oleh 
gelojak sosialisasi.
   
  XPDC ini akan bermula seawal pukul 9.30 malam, 31 Disember ini di ruang legar 
utama Masjid KLCC. Kedatangan para peserta, khususnya ahli PAS amatlah 
digalakkan bagi kita bersama-sama membawa misi dakwah.
   
  Bagi ahli-ahli PAS disarankan memakai baju atau uniform yang mempunyai logo 
Parti. Bagi yang bukan ahli PAS digalakkan untuk memakai baju berwarna putih.
   
  Program akan dimulakan dengan taklimat dan tazkirah ringkas dari pimpinan 
Pemuda PAS. Seterusnya edaran risalah dakwah yang berkaitan dengan pengenalan 
kepada adab-adab sosialisasi cara Islam akan dilakukan sekitar medan KLCC dan 
juga beberapa tempat disekitar Kuala Lumpur.
   
  Inilah peluang kita. Datanglah beramai-ramai untuk kita menyaksikan sendiri 
kancah sosialisasi yang kian menghujani negara kita. Kita bertanggungjawab 
untuk membersihkan ‘bah’ ini agar tidak terus menghayutkan anak-anak muda kita.
   
  Untuk keterangan lanjut sila hubungi Sdr. Hafiz : 017-3712598.
   
  Kamaruzaman Mohamad
  Ketua
  Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan




 

  Lawati Laman Rasmi Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan di 
http://dppwp.wordpress.com 

   
-
Never miss a thing.   Make Yahoo your homepage.

Help Palestine [hidayahnet] Kisah Benar : Lembu Korban Mengamuk Dengar Ucapan Annuar Musa

2007-12-25 Terurut Topik aHmadHazieq
Kisah Benar : Lembu Korban Mengamuk Dengar Ucapan Annuar Musa  oleh 
HermanSamsudeen
   
  
  LEMBU yang disembelih bangkit mengejar orang ramai  Berpantang maut sebelum 
ajal, begitulah yang boleh digambarkan terhadap seekor lembu korban yang 
tiba-tiba bangkit selepas disembelih. Peristiwa berlaku di majlis Korban 
Perdana anjuran Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia di padang Sekolah Kebangsaan 
Machang 2 di Machang pada pagi Sabtu ini iaitu Hari ketiga umat Islam merayakan 
Hari Raya Aidiladha.
   
  Menurut laporan Agendadaily, ketika kejadian itu Pengerusi Perhubungan UMNO 
Negeri Kelantan, Annuar Musa hampir menghabiskan ucapannya. Lembu yang 
berlumuran darah dilehernya itu naik minyak lalu mengejar orang ramai sebelum 
rebah dan menghembuskan nafasnya yang terakhir.
   
  Begitulah kuasa Allah. Kejadian ini agak luar biasa dan petanda dari Allah 
bahawa apa yang dilakukan oleh pemimpin Umno dulu, kini dan selamanya adalah 
‘ibadat politik’ semata. Kekejaman pemimpin Umno begitu banyak dan lembu korban 
ini pun tahu masa untuk dia buktikan ketidakredhaannya pada apa yang telah 
dilakukan Umno kepada rakyat.
   
  Bagi pemimpin Umno, kejadian ini hanyalah kebetulan tetapi mereka juga harus 
berwaspada kerana inilah petanda dari Allah yang tidak redha dengan tingkah 
laku mereka yang suka menyeleweng dan menjual agama bagi kepentingan politik.
   
  Sama ada duit yang digunakan untuk mengadakan majlis korban itu halal atau 
tidak, hanya Allah yang tahu. Tapi yang terjadi tetap terjadi, kebangkitan 
lembu itu telah menjelaskan segalanya pada kita. Hanya orang-orang yang bodoh 
sahaja yang masih tidak mengerti.




 

  Lawati Laman Rasmi Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan di 
http://dppwp.wordpress.com 

   
-
Be a better friend, newshound, and know-it-all with Yahoo! Mobile.  Try it now.

Re: Balasan: Help Palestine [hidayahnet] berkenaan kitab fadha'il amal

2007-12-23 Terurut Topik aHmadHazieq
Teruskan baca kitab fadha'il amal tapi jangan lupa baca juga kitab-kitab lain 
yang banyak dipasaran dan gedung-gedung ilmu sekarang. Kalau kita asyik baca 
satu kitab kadang kala ada beberapa perkara yang kita sendiri kurang faham, 
tapi kini telah banyak kitab-kitab lama karangan ulama Muktabar seperti imam 
ghazali, yusuf qardawi, fathi yakan dan sebagai yang boleh dirujuk.
   
  Kitab-kitab kuning yang selama ini terperap dipondok-pondok pengajian pun 
telah ditranslate ke dalam bahasa yang mudah difahami...insyaAllah berkat 
mencari ilmu itu besar ganjarannya.

[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote:
Jangan baca terjemahan hadisnya sahaja
  Tetapi baca juga huraiannya sekali
  Kerana pengarangnya  Maulana Muhammad Zakariyya ada menjelaskan status hadis 
dan tempat ambilannya. 
   
  Juga kesah-kesah yang dikemukakan didalam tu ada yang diambik dari sumber 
yang dipertikaikan. Pengarangnya ada menyebutkan sebabnya
   
  Cuma masalahnya kadang-kadang terjemahan kurang tepat
  kerana kitab itu dikarang dalam bahasa urdhu
  dan penterjemahnya saya percaya bukan orang melayu
   
  Tidak mengapa hanya sekadar untuk menimbulkan minat dan kesungguhan untuk 
beramal, namun kaifiat bagaimana untuk beramal perlu dipelajari daripada guru. 
Juga belajarlah hadis-hadis RasuluLLah dari para guru
   
  Tapi bukan guru yang suka bikin keliru
   
  Tingkatkan minat saudara untuk belajar
  Semoga Allaah melimpahkan rahmatnya kepada kita semua
   
  aamiin

[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote:
saya nak tanya berkenaan kitab fadha'il amal, iaitu kitab yang dirujuk 
oleh ramai karkun. ia juga ada hampir disetiap surau dan masjid kat negara 
kita. saya dengar banyak yang meragukan dalam kitab tu.
   
  soalannya, adakah saya boleh merujuk apa-apa yang ada dalam kitab tu sebab 
saya ada senaskah kitab fadha'il amal di rumah.


Biar susah, jangan menyusahkan..
   
   
  JUNHAIRI BIN ABD JALIL 
  EKSEKUTIF PEMASARAN KAD KREDIT BANK ISLAM 
  PERUNDING TAKAFUL IKHLAS
019-3635331




-
  Be a better friend, newshound, and know-it-all with Yahoo! Mobile. Try it 
now.   





-
  Bosan dengan spam? Mel Yahoo! memiliki perlindungan spam yang terbaik
http://my.mail.yahoo.com/  

 


 

  Lawati Laman Rasmi Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan di 
http://dppwp.wordpress.com 

   
-
Looking for last minute shopping deals?  Find them fast with Yahoo! Search.

Help Palestine [hidayahnet] Artikel : Umno dan Israel sama-sama menindas golongan marhaien

2007-12-15 Terurut Topik aHmadHazieq
Umno dan Israel sama-sama menindas golongan marhaien  Oleh HermanSamsudeen
   
  Sungguh melucukan bila mana membaca lawak jenaka Pensyarah Kanan Pusat 
Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM) Dr. Siva Murugan yang cuba 
membela Umno dan mendakwa bahawa Demonstrasi Pemuda UMNO dan Hindraf adalah 
tidak sama.
   
  Dalam komentar beliau yang dipetik oleh akhbar Utusan Malaysia pada 11 
Disember, yang bertajuk “Demonstrasi Pemuda UMNO, Hindraf tidak sama“, beliau 
akhirnya secara spontan mengakui juga bahawa kedua-dua kelompok ini berbeza 
memang ideologi tetapi mempunyai persamaan dalam memperjuangkan isu penindasan 
kaum. Dalam erti kata lain, tajuk berita Utusan itu perlu ditukar kepada “Umno 
dan Hindraf punyai persamaan dalam perjuangan mereka”.
   
  “Isu yang diperjuangkan oleh Pergerakan Pemuda UMNO dan Hindraf adalah jauh 
berbeza. Nyata sekali kepada orang ramai bahawa kedua-duanya membawa ideologi 
berbeza walaupun pada dasarnya melaungkan mengenai penindasan terhadap sesuatu 
kaum,” kata Dr. siva.
   
  Hakikatnya, kedua-dua kelompok ini berjuang atas dasar perkauman dan itulah 
yang sebenarnya cuba diungkapkan oleh Dr. Siva.
   
  Dari sisi pandangan yang ketiga kenyataan itu juga boleh dianggap sebagai 
satu pengiktirafan terhadap dakwaan Hindraf bahawa wujudnya penindasan Kaum 
India dinegara ini oleh Kerajaan Umno-BN.
   
  
   
  Jika dikenangkan kembali, pada 28 Julai 2006 yang lalu Pemuda Umno telah 
berhimpun di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur untuk menyerahkan memorandum kepada 
Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Condoleezza Rice yang menghadiri Forum 
Serantau ASEAN (ARF) atas isu keganasan Israel di Palestine dan Jordan.
   
  Dua hari Sebelum itu, iaitu pada 26 Julai Pergerakan Pemuda UMNO Perak telah 
bertindak ekstrim dengan membakar bendera Israel dan Amerika Syarikat (AS) di 
perkarangan Dataran Bangunan UMNO Perak sebagai tanda bantahan terhadap 
penindasan ke atas rakyat Palestin dan Lebanon.
  Dalam kedua-dua demontrasi ini tiada sebarang gas pemedih mata dan tiada 
seorang pun pemimpin pemuda Umno yang ditahan.
   
  Jika dilihat pada perhimpunan Hindraf pada 25 November 2007, mereka juga 
berhimpun untuk menyampaikan memorandum kepada Kerajaan Britain melalui pejabat 
kedutaannya di Jalan Ampang. Memorandum itu sebenarnya, khusus untuk melaporkan 
ketidakadilan Kerajaan Umno-BN dalam melayani kaum India dinegara ini. Mereka 
juga mendakwa kaum India di Malaysia tertindas dengan beberapa dasar Kerajaan 
yang tidak memihak kepada mereka termasuklah dalam soal pemberian 
kontrak-kontrak kerajaan dan soal pembelian hartanah.
   
  Walaubagaimana pun sambutan yang diberikan oleh pihak Polis cukup berbeza. 
Mereka tidak diberi permit walaupun telah memohon lebih awal. Mereka juga 
ditembak dengan gas pemedih mata, cecair kimia dari water canon, dan ada juga 
yang dipukul. Ekoran dari itu, penyokong-penyokong Hindraf terpaksa bertindak 
balas dengan membaling batu ke arah polis. Jika dilihat pada rakaman video dan 
gambar yang tersiar di media mereka membaling batu ke arah Polis yang diperkuda 
oleh BN sama seperti kanak-kanak palestine membaling batu kepada tentera Israel.
   
  Walaupun perjuangan mereka tidak sesuai dipadankan dengan perjuangan umat 
Palestine, namun dari segi soal layanan hak asasi dan kemanusian, di situ ada 
persamaannya.
   
  Pemuda Umno yang bangga mendakwa perhimpunan mereka tahun lepas sebagai 
lambang kebersamaan dengan Palestine sebenar sedang memanipulasikan minda 
rakyat. Rakyat Malaysia tetap tidak akan lupa dengan peristiwa naiknya bendera 
haram Israel dihadapan Bangunan Umno di PWTC pada Disember 2005 sempena Forum 
keamanan sejagat yang mana wakil Israel dan Palestine turut dijemput sekali.
   
  
   
  Tidak cukup dengan itu, rakyat Malaysia juga tidak lupa dengan tindakan 
Menteri Luar Palestin, Mahmoud Zahar (Hamas) yang memboikot suatu program yang 
diatur kerajaan Malaysia sempena persidangan khas Pergerakan Negara-Negara 
Berkecuali (NAM) pada Mei 2006, iaitu setelah Kerajaan Umno-BN mengiktiraf 
kehadiran wakil Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO), Farrouk Khadoumi. Farrouk 
bukanlah wakil Palestine yang sah, tetapi beliau diberikan ruang yang luas bagi 
mewakili Palestine dan berucap dalam persidangan itu. Walaupun pihak Kerajaan 
mengetahui bahawa Mahmoud adalah wakil sah Palestine, namun kehadiran beliau 
langsung tidak diberikan pengiktirafan yang sewajarnya.
   
   
   
  Kedua-dua insiden in sudah cukup membuktikan bahawa Kerajaan Umno-BN 
sebenarnya tidak ikhlas dalam memperjuangkan Palestine. Tindakan mereka 
membakar bendera Israel dan Amerika adalah satu lakonan semata kerana selepas 
itu, Pak Lah boleh pula bersalaman dan mendengar alunan muzik piano yang 
dimainkan oleh Condoleezza Rice sempena makan malam Forum Serantau ASEAN (ARF). 
Pak Lah juga menjalinkan hubungan yang akrab dengan penjenayah dunia iaitu, 
Presiden Bush.
   
  
   
  Sehingga kini, Kerajaan juga masih cuba menafikan bahawa Malaysia langsung 

Help Palestine [hidayahnet] UPDATE dari pejabat agung PAS Pusat

2007-12-12 Terurut Topik aHmadHazieq
UPDATE dari pejabat agung PAS Pusat  Oleh Roslan SMS
   
  Rombongan BERSIH seramai 6 orang telah berjaya menembusi Parlimen yang 
dikawal ketat oleh pihak polis sejak awal pagi tadi. Rombongan diketuai Yap 
Swee Seng (SUARAM) dan Dr Dzulkifli Ahmad kini sedang mengadakan sidang akhbar 
di lobi Parlimen. Mereka ditemani Ketua Pembangkang Sdr Lim Kit Siang, Datin 
Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Dato’ Kamarudin Jaffar.
   
  Laporan seterusnya menyusul.
   
  ROSLAN SHAHIR BIN DATUK MOHD SHAHIR
Setiausaha Akhbar Presiden PAS




 

  Lawati Laman Rasmi Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan di 
http://dppwp.wordpress.com 

   
-
Never miss a thing.   Make Yahoo your homepage.

Help Palestine [hidayahnet] Artikel Berita : Jalan-jalan dengan baju Kuning alternatif kepada Demontrasi.

2007-12-10 Terurut Topik aHmadHazieq
Jalan-jalan dengan baju Kuning alternatif kepada Demontrasi.  Oleh 
HermanSamsudeen
   
  Kuala Lumpur : Ketua Pemuda PAS Pusat, YB Salahudin Ayub telah mengetuai 
30 orang pemuda berbaju kuning dalam program ‘Ziarah Rakyat’ di Jalan Tunku Abd 
Rahman lewat waktu petang sabtu yang lalu.
   
  Turut kelihatan adalah Timbalannya, Ust Nasaruddin Hassan dan Sdr. 
Kamaruzaman Mohamad, Ketua pemuda PAS Wilayah Persekutuan.
   
  Program bermula dari bangunan PAS Pusat di Jalan Raja Laut, melalui SOGO dan 
seterusnya memasuki Jalan TAR. Kumpulan berbaju Kuning ini berjaya menarik 
perhatian orang ramai yang memandu dan bersiar-siar di sekitar gedung-gedung 
pakaian. Ada yang melambaikan tangan dan ada yang membunyikan hon bagi 
menyambut kehadiran kumpulan KUNING ini.
   
  Salahuddin yang memimpin kumpulan ini menyatakan, bahawa,
   ”tidak salah untuk berpakaian kuning pada hari sabtu atau hari-hari lain. 
Sebaiknya semua ahli PAS dan pendokong BERSIH memakai baju Kuning pada tiap 
hari Sabtu dan keluar untuk membeli belah dengan pakaian BERSIH. Walaupun kita 
tidak berceramah atau berdemontrasi, tetapi orang sekeliling kita dapat baca 
apa yang tertulis dibaju tersebut. Ini juga satu cara untuk kita sampaikan 
maklumat dan promosikan BERSIH”
   
  Sepanjang perjalanan, kumpulan Kuning ini mengedarkan risalah BERSIH dalam 
Bahasa Melayu dan Bahasa Cina. Seorang peserta Melayu yang boleh bertutur dalam 
Cina turut bersama dan memudahkan para petugas memberikan maklumat tentang 
BERSIH kepada mereka yang berbangsa cina.
  Kumpulan Kuning ini juga menghabiskan masa lebih kurang sejam di sekitar 
Jalan TAR dan meninjau suasana peniaga dan pengunjung. Rata-rata peniaga yang 
ditemui berharap agar pihak Kerajaan dapat mengawal kenaikkan harga barang 
bermula dari kilang dan juga pemborong.
   
  Para peniaga juga mengakui bahawa mereka terhimpit dengan kenaikkan harga 
minyak dan tol. Keadaan tersebut menjadikan mereka tiada pilihan melainkan 
turut menaikkan harga barang jualan mereka walaupun dibantah oleh pelanggan.
   
  Para pengunjung yang ditemui turut berharap agar Kerajaan dapat memainkan 
peranan yang efektif dalam mengawal kenaikkan harga barang.
  Disamping itu mereka juga mahu Kerajaan menjaga keselamatan rakyat. Isu 
peningkatan kadar jenayah amat merisaukan mereka. Bagi mereka, keutamaan 
sekarang adalah soal keselamatan negara, mereka tidak kisah parti mana yang 
memerintah, tetapi jika parti yang sedia ada gagal menjaga keselamatan rakyat, 
mereka tidak teragak-agak untuk menukar undi kepada parti alternatif.
   
  Sebelum beredar, Kumpulan KUNING ini sempat berhenti untuk minum disebuah 
gerai dan pemilik gerai gembira kerana gerainya berjaya diKUNING pada hari 
berkenaan.
   
  Semasa dalam perjalanan pulang, Kumpulan KUNING ini sempat singgah sebentar 
di SOGO dan mengambil gambar bersama rakyat yang duduk berehat disitu. 
   
  Kumpulan ini juga terserempak dengan beberapa orang anggota Polis yang sedang 
menyaman beberapa kenderaan yang diletakkan disiar kaki sekitar SOGO dan 
Pertama Kompleks. Mereka juga tidak terlepas dari diberikan risalah BERSIH.
   
  
   
  Seorang anggota polis yang enggan menyatakan namanya sempat ditemubual dan 
meluahkan ketidakpuashatiannya terhadap sikap Kerajaan yang suka mempergunakan 
mereka bagi menghadapi Perhimpunan Rakyat yang dilakukan secara aman. Bagi 
mereka, banyak lagi tugas lain yang lebih penting dari menjaga perhimpunan aman.
   
  Pengalaman mereka bertugas menjaga perhimpunan BERSIH telah menyedarkan 
mereka bahawa rakyat mampu mengawal perasaan jika tidak diprovok. Mereka juga 
mengakui bahawa wujudnya provokasi dikalangan anggota cawangan khas bagi 
menggangu perhimpunan BERSIH sekaligus memastikan unit-unit PDRM yang lain 
dapat bertindak agreasif kepada rakyat yang berhimpun.
   
  Mereka berharap agak Kerajaan tidak lagi menjadikan mereka sebagai alat 
politik mereka. Tidak semua anggota Polis minat dengan politik dan bagi mereka, 
tugas membanteras jenayah adalah penting dari melayani karenah politik Kerajaan.
   
  Tenyata bahawa rakyat yang ditemui sepanjang ziarah ini mempunyai pelbagai 
harapan kepada Kerajaan. Tanpa mengira latar belakang dan profesyen, mereka 
juga berhak untuk bersuara.
   
  Program BERSIH seterusnya akan bersambung di hadapan Parlimen pada pukul 11 
pagi, 11 Disember ini bagi memastikan tempoh perkhidmatan Pengerusi SPR, Tan 
Sri Abdul Rashid Abdul Rahman tidak disambung lagi untuk sesi akan datang. 
Seluruh rakyat Malaysia dijemput hadir dan syorkan membawa sepanduk dan placard 
bagi menyatakan tuntutan mereka terhadap pemulihan demokrasi dinegara ini.




 

  Lawati Laman Rasmi Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan di 
http://dppwp.wordpress.com 

   
-
Be a better friend, newshound, and know-it-all with Yahoo! Mobile.  Try it now.

Help Palestine [hidayahnet] Makluman : Gelombang Kuning Ziarah Rakyat Bersama Pimpinan Pemuda PAS

2007-12-07 Terurut Topik aHmadHazieq
Gelombang Kuning Ziarah Rakyat Bersama Pimpinan Pemuda PAS  oleh 
HermanSamsudeen | 
   
  Dimaklumkan bahawa Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan akan mengadakan 
program “Gelombang Kuning Ziarah Rakyat Bersama Pimpinan Pemuda PAS” pada;
   
  Tarikh : 8 Disember 2007 (Sabtu)
Masa : Pukul 2.30ptg.
Tempat Berkumpul : Surau Ibu Pejabat PAS Pusat, Jalan Raja Laut.
   
  Aktiviti :
2.30 : Sesi Dialog dan Motivasi Bersama YB. Salahuddin.
4.15 : Solat Asar
4.30 : Taklimat Program Ziarah  Pembahagian Kawasan
4.45 : Bergerak Bersama Pimpinan Ke Kawasan2 Yang ditetapkan untuk program 
Ziarah dan edaran Risalah.
6.30 : Program tamat 
   
  Oleh itu, semua ahli Pemuda PAS dan Penyokong BERSIH sekitar Lembah dijemput 
hadir. Para peserta diminta untuk memakai pakaian KUNING!!!
   
  (para wartawan dijemput hadir bagi membuat liputan)




 

  Lawati Laman Rasmi Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan di 
http://dppwp.wordpress.com 

   
-
Never miss a thing.   Make Yahoo your homepage.

Help Palestine [hidayahnet] Sindiket Memperalatkan wanita Malaysia

2007-12-06 Terurut Topik aHmadHazieq
  Sindiket Memperalatkan wanita Malaysia
  
Kenyataan Media Lajnah Antarabangsa DPPP
  
  Lajnah Antrabangsa Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) memandang serius laporan 
mengenai wanita rakyat Malaysia yang menjadi mangsa diperalatkan oleh sindiket 
pengedaran dadah antarabangsa.  Sebagaimana yang disebut oleh Pengarah Jabatan 
Narkotik Bukit Aman, Datuk Bakri Zinin, kes seumpama ini semakin meningkat 
dengan tahun ini sahaja sebanyak 30 orang ditahan dan kini merempat di penjara 
beberapa negara asing. Malahan ada juga yang berhadapan dengan hukuman mati 
mandatori. Wanita Melayu adalah yang tertinggi ditahan iaitu 15 orang manakala 
India (tujuh), Cina (enam) dan kaum lain (dua).
  

  
  Laporan itu juga menyebut kes melibatkan wanita Malaysia berumur antara 20-an 
dan 30-an diperalatkan sindiket dadah terus berulang di mana pada Oktober 
sahaja, tiga lagi wanita tempatan yang bertindak sebagai drug courier (pembawa 
dadah) bagi menyeludup dadah sama ada secara sedar atau tanpa sedar ditahan di 
dua buah negara iaitu di Caracas, Venezuela dan Australia.
  

  
  Melihat kepada kes Raja Munirah Raja Iskandar yang mendapat liputan meluas di 
media perdana, Lajnah Antarabangsa DPPP amat terkejut dengan perkembangan ini, 
seolah olah kes yang berlaku pada akhir tahun lalu itu tidak dijadikan 
pengiktibaran oleh individu individu terbabit.
  

  Lajnah Antarabangsa  DPPP mengharapkan rakyat Malaysia  yang mendapat  
tawaran  berkerja di  luar  negara   atau mana mana individu yang  baru  
dikenali,  lebih berhati  hati di  dalam tindakan  yang diambil.  Adalah 
diharapkan juga, pihak berkuasa mengambil  langkah  sewajarnya  untuk 
menjalankan  penyiasatan  kerana dibimbangi lebih ramai lagi akan terjebak di  
dalam kancah  yang bukan  sahaja meninggalkan kesan  yang negatif kepada  hidup 
individu  terbabit malahan pihak keluarga mereka dan negara Malaysia sendiri.
  

  Lajnah Antarabangsa DPPP juga mengajak semua pihak mendoakan agar rayuan pada 
 Selasa  ini yang  dikemukakan oleh  Raja Munirah,  setelah dijatuhkan  hukuman 
 tujuh  tahun  penjara  oleh  mahkamah Jepun sebelum ini,  sekurang kurangnya 
dapat dikurang demi masa depan beliau.
  

  Dr Rosli Allani Abdul Kadir 
  Pengerusi Lajnah Antarabangsa DPPP (07/09)
  22 Dzulkaedah 1428 bersamaan 2 Disember 2007  





 

  Lawati Laman Rasmi Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan di 
http://dppwp.wordpress.com 

   
-
Get easy, one-click access to your favorites.  Make Yahoo! your homepage.

Help Palestine [hidayahnet] Kenyataan DPPWP untuk Disiarkan : Jangan terpedaya dengan SMS dan Email bersifat perkauman, rakyat perlu bertenang.

2007-12-06 Terurut Topik aHmadHazieq
Jangan terpedaya dengan SMS dan Email bersifat perkauman, rakyat perlu 
bertenang.  Oleh HermanSamsudeen 
Email 1:
  12:12] syooq: Ketua Umno Putrajaya bagi maklumat untuk semua malam tadi, 
polis menjumpai 1 kontena senjata di batu caves. Hari ahad ni mungkin akan 
berlaku rusuhan atau darurat di KL. BERHATI-HATI, dan sebarkan pada 
saudara-mara. Hak melayu islam malaysia dipertikai oleh HINDRAF (The Hindu 
Rights Action Force). Kaum Hindu akan mengadakan rusuhan pada AHAD 16/12/2007 
930pagi berkumpul di Kg Bharu.  Sebarkan berita ini kepada bangsa melayu yang 
lain tak kira UMNO,PAS dan KEADILAN. Apa-apa kene standby..TANAH KITA HAK 
KITA,tragedi 13 Mei mungkin berulang (jangan anggap remeh) 11:45 AM—mmg 
dasar KELING…tak habis2 menyusahkan orang!!!..
   
  Email 2:
   
  wiltda13 wrote:
  
Latest news on rumours about PEKIDA rally on 16th December. 
   
  Last night (Saturday 1/12/07), all the PEKIDA big head has gone to Kampung 
Baru, KL for unusual meeting. According to the source which is a member of 
PEKIDA, this meeting got something to do with the upcoming rally. He say 
something about rallying up to meet Pak Lah, the Ayahanda of PEKIDA on that 
particular day, in retaliation of HINDRAF rally recently took place.
  ———
   
  kedua-dua email di atas telah disebarkan melalui SMS, email dan forum-forum. 
Siapa yang menyebarkannya, sehingga kini masih belum diketahui. Nampaknya suatu 
usaha jahat sedang menular ke dalam rangkaian masyarakat bagi mencetuskan 
huru-hara pada 16 Disember ini. Setakat ini pimpinan PEKIDA pun belum ada yang 
mengesahkan kebenaran maklumat ini. Apa yang menariknya, ahli Parlimen 
Putrajaya yang juga Ketua UMNO Putrajaya, Tengku Adnan Mansor turut dikaitkan.
   
  Berita seperti ini bukan sahaja akan mencetuskan huru-hara malah akan 
mewujudkan rasa tidak senang antara kaum India dan Melayu khususnya di Lembah 
KLang. Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan berharap agar orang-orang Melayu 
dan India tidak terpengaruh dengan sebarang dakyah yang cuba mencetuskan 
kebimbangan dan rasa kurang senang seperti ini.
   
  Sehubungan dengan itu, pihak berkuasa juga perlu memantau perkembangan 
perkara ini dan mengawasi pertubuhan-pertubuhan yang berkaitan (Terutamanya 
yang bersifat perkauman)  dan bukannya pertubuhan Hindraf sahaja. Kita tidak 
mahu rusuhan 13 Mei berlaku sekali lagi dan kita berharap akan segala maklumat 
yang diterima dapat diselidiki dahulu sebelum di sebarkan. 
   
  Ahli-ahli PAS juga dinasihatkan agar tidak mencampuri sebarang gerakkan 
subversif yang cuba menggangu ketenteraman dan keharmonian masyarakat.
   
  Kita berharap agar orang Melayu dan India dan bertenang dalam menghadapi 
provokasi melampau sebegini. Kita tidak mahu sebarang pertumpahan darah berlaku 
dan perangkap seperti ini haruslah dijauhi.




 

  Lawati Laman Rasmi Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan di 
http://dppwp.wordpress.com 

   
-
Be a better sports nut! Let your teams follow you with Yahoo Mobile. Try it now.

Help Palestine [hidayahnet] UMNO ambil Kesempatan atas isu hindraf

2007-12-04 Terurut Topik aHmadHazieq
Nampaknya strategi UMNO dengan memainkan isu-isu perkauman semakin menjadi. 
Sebelum nie Hindraf...Ni saya dapat komen dalam blog dari orang Cina plak.
   
  Nampaknya mereka semakin galak persoalkan isu hak istimewa orang Melayu. Kita 
juga harus berhati-hati terhadap isu perkauman ini.
   
  Hakikat sebenarnya kita kena perjelaskan pada rakyat bahawa dibawah PAS hak 
orang Melayu di Jaga dan Bukan Melayu tidak akan didiskriminasikan.
   
  UMNO berjaya memainkan peranannya dengan mengapi-apikan orang Melayu dengan 
Demontrasi Hindraf yang didakwa menghina orang Melayu. timbul satu persoalan 
dikepala, Sewaktu Himpunan Hindraf, 2 orang Pimpinan Hindraf ditahan dan 
dikawal ketat dirumah dan seorang dlokap. Mereka dipantau 24 hinggalah Demo 
habis.
   
  Isunya disini, siapa yang lead demo tu. Macam mana tuntutan yang dikemukan 
melalui saman 14 trillion tidak disebut langsung dalam memo. isi memo yang 
mendakwa bahawa wujudnya aktiviti Genoside di Taman Medan nampaknya berbeza 
sekali dengan tuntutan Hindraf.
   
  Peliknya kita pun tak tahu siapa yang Faks surat tu, media hanya sebut Faks 
dari wakil Hindraf. ini menunjukkan seolah-olah ada provokasi dari BN dan 
kemungkinan surat itu palsu. 3 orang peguam dibebaskan tanpa pertuduhan selepas 
Himpunan. Meeka juga agak senyap dan kurang bahas isu saman 14 trillion. Adakah 
mereka telah diugut semasa ditahan.
   
  Banyak betul tanda tanya???
   
  human book | [EMAIL PROTECTED] | IP: 60.53.179.83 
   
List of racial discriminations in Malaysia, practiced by government as well 
as government agencies. This list is an open secret. Best verified by 
government itself because it got the statistics. 
   
  This list is not in the order of importance, that means the first one on the 
list is not the most important and the last one on the list does not mean least 
important.
   
  This list is a common knowledge to a lot of Malaysians, especially those 
non-malays (Chinese, Ibans, Kadazans, Orang Asli, Tamils, etc) who were being 
racially discriminated. 
   
  Figures in this list are estimates only and please take it as a guide only. 
Government of Malaysia has the most correct figures. Is government of Malaysia 
too ashamed to publish their racist acts by publishing racial statistics?
   
  This list cover a period of about 50 years since independence (1957).
  List of racial discriminations (Malaysia): 
   

   (1) Out of all the 5 major banks, only one bank is multi-racial, the rest 
are controlled by malays  
   (2) 99% of Petronas directors are malays  
   (3) 3% of Petronas employees are Chinese  
   (4) 99% of 2000 Petronas gasoline stations are owned by malays  
   (5) 100% all contractors working under Petronas projects must be bumis 
status  
   (6) 0% of non-malay staffs is legally required in malay companies. But there 
must be 30% malay staffs in Chinese companies  
   (7) 5% of all new intake for government army, nurses, polices, is non-malays 
 
   (8) 2% is the present Chinese staff in Royal Malaysian Air Force (RMAF), 
drop from 40% in 1960  
   (9) 2% is the percentage of non-malay government servants in Putrajaya. But 
malays make up 98%  
   (10) 7% is the percentage of Chinese government servants in the whole 
government (in 2004), drop from 30% in 1960  
   (11) 95% of government contracts are given to malays  
   (12) 100% all business licensees are controlled by malay government e.g. 
Approved Permits, Taxi Permits, etc  
   (13) 80% of the Chinese rice millers in Kedah had to be sold to malay 
controlled Bernas in 1980s. Otherwise, life is make difficult for Chinese rice 
millers  
   (14) 100 big companies set up, managed and owned by Chinese Malaysians were 
taken over by government, and later managed by malays since 1970s e.g. MISC, 
UMBC, UTC, etc  
   (15) At least 10 Chinese owned bus companies (throughout Malaysia, 
throughout 40 years) had to be sold to MARA or other malay transport companies 
due to rejection by malay authority to Chinese application for bus routes and 
rejection for their application for new buses  
   (16) 2 Chinese taxi drivers were barred from driving in Johor Larkin bus 
station. There are about 30 taxi drivers and 3 are Chinese in October 2004. 
Spoiling taxi club properties was the reason given  
   (17) 0 non-malays are allowed to get shop lots in the new Muar bus station 
(November 2004)  
   (18) 8000 billion ringgit is the total amount the government channeled to 
malay pockets through ASB, ASN, MARA, privatisation of government agencies, 
Tabung Haji etc, through NEP over 34 years period  
   (19) 48 Chinese primary schools closed down since 1968 - 2000  
   (20) 144 Indian primary schools closed down since 1968 - 2000   
   (21) 2637 malay primary schools built since 1968 - 2000  
   (22) 2.5% is government budget for Chinese primary schools. Indian schools 
got only 1%, malay schools got 96.5%  
   (23) While a Chinese parent with RM1000 salary (monthly) cannot get 

Help Palestine [hidayahnet] MB Pahang Bazir RM 48,000 untuk Nombor CCC 9, Rakyat Terus Dibiarkan Miskin

2007-12-01 Terurut Topik aHmadHazieq
MB Pahang Bazir RM 48,000 Nombor CCC 9, Rakyat Terus Dibiarkan Miskin  Posted 
on November 27, 2007 by HermanSamsudeen | Edit 
   
  Inilah dia sikap wakil rakyat UMNO-BN. Dari bawah sampailah ke atas 
mereka tidak habis-habis nak membazir. MB Pahang sanggup bazirkan RM48,000 
untuk nombor kenderaan  9 yang tak boleh dibawa mati. Ini baru harga 
nombor, belum kereta lagi.
   
  Isu duit sendiri atau duit rakyat tidak lagi menjadi persoalan. Isu disini 
adalah pembaziran. Apa salahnya duit yang sebanyak itu didermakan kepada fakir 
miskin. Ramai lagi rakyat Pahang yang hidup dibawah garis kemiskinan.
   
  
  
   
  Kenapa mereka nak berebut-rebut tunjuk kekayaan sama seperti pemimpin 
masyarakat zaman Firaun dan zaman Jahiliyyah. Mereka kena ingat, bila mati 
nanti batu nisan pun orang tolong beli dan harganya tak sampai pun beribu-ribu 
macam nie.
   
  Rakyat wajar menjatuhkan pemimpin sebegini. Mereka tidak layak bekerja untuk 
rakyat kerana sikap yang tamak, sombong dan suka menunjuk-nunjuk macam ini.
   
  Berita 1: Pejabat MB menang bidaan CCC 9
  
KUANTAN 26 Nov. (Utusan Malaysia) – Pejabat Menteri Besar Pahang memenangi 
tender bagi mendapatkan nombor pendaftaran kenderaan CCC 9 selepas membida pada 
harga RM48,000. 
   
  Harga tersebut merupakan yang ketiga tertinggi dibida bagi siri nombor CCC 
selepas Sultan Pahang yang membida pada harga RM76,600 untuk CCC 1 dan dua Exco 
kerajaan negeri yang membida sebanyak RM62,400 untuk CCC 3 dan CCC 8. 
Bagaimanapun dua Exco itu dilaporkan telah menarik diri.
   
  Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri juga memenangi bidaan untuk nombor CCC 20 
dengan nilai bidaan sebanyak RM5,500.
   
  Senarai nama pemohon yang berjaya bagi nombor siri CCC yang ditender, kini 
dipamerkan di pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Alor Akar di sini.
   
  Jumaat lalu, Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob memberitahu, dua anggota 
Exco kerajaan negeri Pahang yang membida nombor pendaftaran tersebut telah 
menarik diri.
   
  Dua Exco itu ialah, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan dan Koperasi, 
Datuk Shahiruddin Ab. Moin dan Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan 
Perpaduan, Datuk Dr. Ahmad Shukri Ismail.
   
  Adnan berkata, beliau tidak menghalang Ahli Dewan Undangan Negeri untuk 
mendapatkan nombor pendaftaran kenderaan berharga lebih RM10,000 kerana mereka 
mempunyai sumber pendapatan lain misalnya perniagaan.
   
  ‘‘Tetapi bagi mereka yang menjadi Exco, kalau nak beli nombor pendaftaran, 
saya nasihatkan berhentilah jadi Exco,’’ katanya.
   
  Sementara itu, mengikut laman web JPJ, nombor 1 hingga 10 dikelaskan sebagai 
nombor utama dan pembida perlu membayar 10 peratus daripada nilai bidaan semasa 
memohon.
   
  Pembida yang berjaya perlu membayar baki nilai tempahan dalam tempoh dua 
minggu dan mendaftarkan nombor tersebut dalam masa satu bulan.
   
  Berita 2 : Pahang oh Pahang di manakah Adnan
  Dipetik dari Manjanik  “Keluarga hidup dalam ‘reban ayam’” tajuk berita 
akhbar Berita Harian 8 Jun 2007 menyentak hatiku. Sungguh menyayat hati. 
Rupa-rupanya masih ada insan di bumi bertuah ini yang sebegini rupa 
kehidupannya.
   
  Air lombong jadi minuman
   
  
  
   
  
  KUANTAN: Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Pepatah ini 
sesuai untuk sepasang suami isteri dan lapan anak mereka termasuk seorang yang 
baru berusia tiga minggu yang tinggal di sebuah rumah tidak ubah seperti reban 
ayam di kawasan bekas lombong, Jalan Kuantan-Muadzam Shah, dekat Gambang, di 
sini.
   
  Zakaria Deraman, 42, dan Nurhamizah Mat Jusoh, 34, dari Sungai Tong, Setiu, 
Terengganu berhijrah ke sini, empat tahun lalu, untuk mencari rezeki dengan 
harapan dapat mengeluarkan keluarganya daripada belenggu kedaifan.
   
  Bagaimanapun, apa yang dicari bukan saja masih belum ditemui, malah pasangan 
itu bersama anak-anaknya Nur Ain Emylia Janora, 13; Mohd Zulfikar, 11; Rosol 
Azi, 9; Nurain Juliana, 7; Nuratiqah, 5; Mohd Saro, 3 dan Puteri Zazani, 2, dan 
Fitri berusia tiga minggu terpaksa menempuh hidup lebih getir dan melarat di 
bandar.
   
  
  Keluarga daif ini yang pernah tinggal di Kampung Seri Fajar, dekat Gambang, 
tiga tahun lalu dengan sewa RM50 sebulan, terpaksa menyisihkan diri ke kawasan 
bekas lombong itu kerana tidak mampu membayar sewa, selain dikatakan menjadi 
punca masalah denggi di kampung itu apabila besi buruk dikumpul untuk dijual 
didakwa menjadi tempat pembiakan aedes.
   
  Agak menyedihkan keadaan isterinya baru bersalin dan belum habis pantang, 
manakala bayi mereka berusia tiga minggu terpaksa berdepan kehidupan yang 
menyulitkan di pondok usang yang turut dihurungi nyamuk dan lalat.
   
  Pondok mereka diami di kawasan lombong itu terletak dalam persekitaran semak 
samun dan kotor, tiada kemudahan elektrik dan air bersih.
   
  Kawasan bekas lombong dihuni pelbagai jenis hidupan air termasuk udang galah, 
ikan baung dan keli itu menjadi punca rezeki utama keluarga itu, manakala air 
lombong dijadikan sumber minuman, selain 

Help Palestine [hidayahnet] Pejabat Umno berlambang PAS

2007-11-29 Terurut Topik aHmadHazieq
Hampir Gila Puak-puak UMNO nie tengok lambang PAS kat depan pintu pejabat 
mereka... Itu baru lambang, lepas nie pasti ada lagi yang bakal mengejutkan 
anda disanaPejabat Umno berlambang PAS  Posted on November 26, 2007 by 
HermanSamsudeen | Edit 
   
  KOTA TINGGI: Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kota Tinggi, Rasman Ithnin naik 
berang apabila pintu unit pejabat UMNO di Wisma JKKK Felda Air Tawar Dua di 
sini telah dicat dengan lambang parti pembangkang.
   
  Kejadian itu bermula apabila Pusat Latihan Bio Teknologi EM yang turut 
menggunakan unit pejabat itu telah menawarkan pintu pejabat dengan warna hijau 
sebagai warna alam sekitar dan memajukan bidang pertanian.
   
  Ketua UMNO Cawangan Kampung Felda Air Tawar Dua, Suradi Kassim berkata, apa 
yang berlaku ialah ada pihak tidak bertanggungjawab telah melukis bulatan putih 
di pintu hijau itu menyebabkan ia seolah-olah pejabat sebuah parti pembangkang.
   
  Katanya, perbuatan yang baru disedari semalam itu telah mencetuskan rasa 
tidak puas hati di kalangan ahli UMNO dan petugas pusat latihan itu tetapi 
keadaan diredakan dengan baik.
  ‘‘Tetapi kita telah melaporkan kejadian ini di balai polis untuk mencari 
pihak yang tidak bertanggungjawab melukis gambar bulan putih di pintu 
tersebut,” katanya.
   
  Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supritendan Osman Mohd. Sebut ketika 
dihubungi mengesahkan ada menerima laporan mengenai kes tersebut dan ia sedang 
disiasat. Utusan.





 

  Lawati Laman Rasmi Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan di 
http://dppwp.wordpress.com 

   
-
Get easy, one-click access to your favorites.  Make Yahoo! your homepage.