*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


> Sheikh Hisham sudah banyak berjasa kepada umat Islam kerana, antaranya,
>
> 1. Beliau telah memperbaiki imej umat Islam - sebelum usaha-usahanya, dunia banyak 
>memikirkan umat Islam sebagai umat terrorist. Saya percaya kejayaannya dalam usaha 
>ini telah membuat penyokong-penyokong terrorisme marah, dan terdapat juga mereka yang 
>irihati. Jadi tak hairanlah jika dia dituduh sebagai "boneka." Sebagai orang Islam, 
>kita tak boleh
> tuduh melulu. Ini haram. Berikan bukti atau saksi.

Sheikh Hisham adalah ALTERNATIF yang cuba ditonjolkan oleh Amerika.

Bolehkah Amerika  yang berusaha MENGHANCURKAN ISLAM di seluruh dunia mengiktiraf kita 
sebagai pejuang???.  Musuh Islam tidak akan mengiktiraf kita kalau kita berjuang 
kebenaran.

Ertinya Sheikh Hisham Kabbani adalah membawa Islam yang DISUKAI oleh MUSUH ISLAM.

> 2. Beliau usahakan kajian-kajian dalam karya-karya ulamak-ulamak terdahulu. Saya 
>kata ini kerana saya perhati dalam tulisan-tulisannya, beliau selalu merujuk kepada 
>kitab-kitab lama. Contohya di bawah, beliau merujuk kepada tulisan al-Suyuti dan 
>al-`Ajluni. Tidak ramai antara kita yang larat nak buat kajian seperti ini.

Walaubagaimanapun, kajian beliau mempunyai banyak kelemahan dan kesalahan. Ini telah 
di dedahkan oleh ramai orang di Amerika Syarikat.

Sheikh Hisham ini suka 'quote' ulama2 'out of context' atau suka mengada2kan perkara 
yang tidak pernah ada.

> Satu lagi, apa maksud kata "As Suyuti dan Al Ajiluni tidak pernah menyatakan samada 
>RIWAYAT ini Sahih atau tidak"? Hujah-hujah macam inilah yang buat saya malas nak 
>jawab! (tapi saya kecualikan kali ni.) Kalau al-Suyuti dan al-`Ajluni dah menulisnya 
>dalam buku mereka, mestilah mereka fikirkan yang ianya sahih!

Ini kerana ianya adalah KUMPULAN RIWAYAT dan tidak semestinya riwayat ini SAHIH.
Ianya seperti kitab Aj Jami At Tarmizi yang tidak semsetinya kesemuanya sahih.

> 3. Beliau telah menarik ramai orang Amerika ke Islam. Kadang-kadang, saya dengar 
>cerita, beribu-ribu, tapi saya tak tahu satistik sebenar. Tidak ada siapa lagi di 
>Amerika yang telah capai tahap kejayaan seperti ini. Jika Sheikh Hisham bukan di 
>pihak yang benar, tak mungkin ia boleh berjaya sehingga begitu sekkali.
>
> Apa pula maksud "si Hisham ni cuma menarik orang BUKAN islam kepada SUFISMA dan 
>bukannya kepada Islam"..?!! Ini satu penyakit - suka kafir mengkafirkan orang. Kalau 
>mereka dah mengucap syahadah, menunaikan rukun-rukun Islam yang lain, dan beriman 
>mengikut rukun-rukun Iman, dan lebih pada itu berikhtiar mencapai taraf ehsan - sudah 
>tentu mereka Islam!

Ini kerana pengalaman pribadi saya melihatkan bahawa kumpulan sufi di USA dianggotai 
oleorang2 KAFIR yang mengaku sebagai SUFI tetapi tidak sebagai MUSLIM.

Sememangnya Hisham telah banyak kali menafikan kepentingan ISlam dan menyatakan betapa 
SUFI ini lebih tinggi tarafnya dari Islam.

> Dua perkara lagi:
>
> 1. Sheikh Hisham pergi ke Amerika bukan kerana ia lari dari Lubnan, tetapi kerana 
>minatnya untuk berbakti demi Allah ya Karim. Abangnya, Sheikh Adnan, masih di Lubnan 
>meneruskan usaha-usaha di sana.

Ini kerana di Lubnan, kumpulan SUFI telah TIDAK MENDAPAT TEMPAT LAGI di kalangan umat 
Islam. Jadi untuk mencari pengaruh baru maka terpaksalah beliau lari ke Amerika.

Hisham ni bukan orang tak kenal.  Tok guru saya biasa berhadapan dan banyak kali 
mencabar beliau untuk berdebat secara PUBLIC tapi Hisham tak berani nak sambut.

> 2. Satu lagi, tahun lepas saya telah ke Syria dan Jordan. Pengalaman saya bercanggah 
>dengan cerita sdra Rahman di bawah. Lebih-lebih lagi di Syria, mereka amat 
>anti-Wahabi.
>
>

Di syria memanglah mereka tak menentang SALAFI.  Ini kerana Hafiz Al Assad, yang telah 
membunuh ribuan nyawa umat Islam yang tidak berdosa, menentang Salafi dan menangkap 
serta menyiksa dan membunuh mereka2 dari gerakan Salafi dan Ikhwan.

Tetapi, seperti juga Clinton, HAfez si pembunuh ini, amat menyokong gerakan SUFI dan 
mengembang biak kan gerakan ini di Syria.

Telah menjadi lumrah bahawa musuh Islam seperti Hafiz dan Clinton adalah amat 
menyokong aliran Sufi kerana aliran ini MENYESATKAN umat Islam dan melemahkan mereka.


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Abdul Rahman <[EMAIL PROTECTED]>

Reply via email to