Assalamu'alaikum & salam sejahtera.

Koperasi Sumber Terbuka Malaysia Berhad atau ringkasnya KOSTEM merupakan
satu idea dan visi untuk membantu menjana ekonomi penggiat/pengguna/peminat
Perisian Bebas dan Sumber Terbuka (FLOSS) di Malaysia melalui model koperasi
*(cooperative)*.

Model koperasi merupakan satu bentuk perniagaan yang mengutamakan kebajikan
anggotanya. Petikan daripada Wikipedia:

Koperasi adalah pertubuhan manusia yang berautonomi di mana *anggotanya
> bersatu secara sukarela demi mencapai kepentingan bersama di bidang ekonomi,
> sosial dan budaya, melalui suatu badan yang dimiliki bersama dan yang
> terkawal secara demokrasi* ... Koperasi adalah berasaskan nilai-nilai
> berdikari, bertanggungjawab pada diri sendiri, demokrasi, kesamaan atau
> keadilan, perpaduan, kesetiaan dan bersatu hati. Selaras dengan tradisi
> pengasas gerakan itu, anggota koperasi menerima nilai-nilai etika, termasuk
> sadik, amanah, ketelusan, tanggungjawab sosial serta prihatin terhadap orang
> lain.


Dalam kata lain, model koperasi sangat bersesuaian dengan falsafah FLOSS
iaitu kesukarelaan dan saling-bantu-membantu sesama anggota.

Oleh kerana setakat yang diketahui tiada satu komuniti FLOSS di mana-mana
bahagian di dunia yang mengadaptasi model koperasi sebagai salah satu
aktiviti menjana ekonomi berkaitan FLOSS, maka penubuhan KOSTEM bakal
menjadi satu entiti baru dalam dunia FLOSS/OSS di Malaysia, mungkin di
seluruh dunia, sekiranya ianya berjaya direalisasikan.

Tercetusnya idea mewujudkan koperasi di kalangan komuniti di Malaysia kerana
ramai di kalangan ahli komuniti yang bergerak secara *freelance *serta
sukarela, menyebabkan mereka sering menghadapi kekangan-kekangan tertentu
yang membatasi niat untuk bergerak dengan lebih jauh, terutama soal
kewangan. Dengan berkoperasi, nasib mereka ini akan lebih terpelihara dan
dapat mengambil peluang-peluang yang datang, seperti contoh menguruskan
sesuatu projek yang diperolehi oleh KOSTEM *(project management)* dan/atau
menjadi seorang entreprenur dan bergiat dalam bidang perniagaan.

Dalam soal lain, KOSTEM juga boleh menjadi batu loncatan kepada komuniti
untuk 'memasarkan diri', dimana mereka yang mempunyai kelebihan dan ilmu
dalam FLOSS dapat menawarkan perkhidmatan-perkhidmatan yang mereka miliki,
sebagai contoh dalam bidang teknikal; penganalisis sistem, pembangunan
teknologi WWW, pembangun perisian, atau sistem sokongan, dokumentasi,
lokalisasi, hinggalah peringkat pengurusan; pengurus projek, pemasaran, dan
lain-lain yang berkaitan.

Juga dengan penubuhan KOSTEM dapat membawa FLOSS dikenali di kalangan
pengguna/pemain industri/sektor Awam & Swasta/badan korporat dan yang
berkaitan. Ini kerana koperasi sendiri sektor ketiga menyumbang kepada
pertumbuhan ekonomi negara selepas Awam dan Swasta. Secara tidak langsung
koperasi merupakan satu jenama yang kukuh dan diterima dalam ruang lingkup
ekonomi di Malaysia, dan ini memberi peluang untuk KOSTEM bergerak dengan
lebih jauh.

Sehingga kini, kami telah menubuhkan Jawatankuasa Penaja dimana
bertanggungjawab dalam proses permohonan, merangka perniagaan yang akan
dijalankan, hinggalah pelantikan Ahli Lembaga Koperasi dan menguruskan
Mesyuarat Agung Pertama. Mereka yang menjadi Ahli Jawatankuasa Penaja telah
dilantik semasa mesyuarat KOSTEM yang diadakan bersama-sama dengan Bengkel
Antara Distro #2 di HackerspaceKL pada 26 Mac lepas. Mereka yang dipilih
merupakan peminat, penggiat serta sukarelawan FLOSS di Malaysia.

Untuk menubuhkan sesebuah koperasi, ianya memerlukan sekurang-kurangnya 50
orang bakal anggota. Namun, adalah lebih baik sekiranya bakal anggota
*perintis* lebih dari itu.
(catatan: Sebelum ini pada peringkat awal perbincangan, telah dikumpulkan
nama-nama mereka yang berminat untuk menyertai KOSTEM, tetapi untuk
memudahkan urusan, mereka akan menerima emel berasingan)

Kami sedang mencari mereka yang berminat untuk menyertai KOSTEM. Dan kami
juga menyeru kepada penggiat FLOSS di Malaysia supaya menjadikan KOSTEM
sebagai platform untuk memajukan industri/komuniti/budaya ini.

Sila isikan butir-butir peribadi yang diperlukan di dalam borang dibawah:

http://bit.ly/ewSQp5

Untuk maklumat lanjut berkaitan KOSTEM, sila lawati Wiki KOSTEM (
http://bit.ly/wiktem) atau sertai perbincangan di milis (
http://bit.ly/KOSTEM). Terima kasih.


Salam hormat,
Mohamad Imran Ishak (MakLaN)
Setiausaha AJP KOSTEM
--
Aku Tetap Aku™
http://maklan.blogspot.com/
https://launchpad.net/~maklanx
http://www.facebook.com/mohamadimranishak

-- 
To unsubscribe from and detail about this group 
http://portal.mosc.my/osdc-my-mailing-list-information

MOSC2011 http://fb.me/mosc2011 and http://www.mosc.my/

Kirim email ke