---------- Forwarded message ----------
From: Raja Iskandar Shah <rajaiskand...@gmail.com>
Date: 2011/5/2
Subject: Re: [KOSTEM] [osdcmy] Pengenalan Kepada Koperasi Sumber Terbuka
Malaysa Berhad & Jemputan menjadi Anggota
To: koperasi-...@googlegroups.com


salam imran

kalau dah isi sebelum ini, perlukan isi semula ? rasanya sebelum ini takde
minta maklumat kad pengenalan




2011/5/2 Mohamad Imran <imtym....@gmail.com>

> Assalamu'alaikum & salam sejahtera.
>
> Koperasi Sumber Terbuka Malaysia Berhad atau ringkasnya KOSTEM merupakan
> satu idea dan visi untuk membantu menjana ekonomi penggiat/pengguna/peminat
> Perisian Bebas dan Sumber Terbuka (FLOSS) di Malaysia melalui model koperasi
> *(cooperative)*.
>
> Model koperasi merupakan satu bentuk perniagaan yang mengutamakan kebajikan
> anggotanya. Petikan daripada Wikipedia:
>
> Koperasi adalah pertubuhan manusia yang berautonomi di mana *anggotanya
>> bersatu secara sukarela demi mencapai kepentingan bersama di bidang ekonomi,
>> sosial dan budaya, melalui suatu badan yang dimiliki bersama dan yang
>> terkawal secara demokrasi* ... Koperasi adalah berasaskan nilai-nilai
>> berdikari, bertanggungjawab pada diri sendiri, demokrasi, kesamaan atau
>> keadilan, perpaduan, kesetiaan dan bersatu hati. Selaras dengan tradisi
>> pengasas gerakan itu, anggota koperasi menerima nilai-nilai etika, termasuk
>> sadik, amanah, ketelusan, tanggungjawab sosial serta prihatin terhadap orang
>> lain.
>
>
> Dalam kata lain, model koperasi sangat bersesuaian dengan falsafah FLOSS
> iaitu kesukarelaan dan saling-bantu-membantu sesama anggota.
>
> Oleh kerana setakat yang diketahui tiada satu komuniti FLOSS di mana-mana
> bahagian di dunia yang mengadaptasi model koperasi sebagai salah satu
> aktiviti menjana ekonomi berkaitan FLOSS, maka penubuhan KOSTEM bakal
> menjadi satu entiti baru dalam dunia FLOSS/OSS di Malaysia, mungkin di
> seluruh dunia, sekiranya ianya berjaya direalisasikan.
>
> Tercetusnya idea mewujudkan koperasi di kalangan komuniti di Malaysia
> kerana ramai di kalangan ahli komuniti yang bergerak secara *freelance *serta
> sukarela, menyebabkan mereka sering menghadapi kekangan-kekangan tertentu
> yang membatasi niat untuk bergerak dengan lebih jauh, terutama soal
> kewangan. Dengan berkoperasi, nasib mereka ini akan lebih terpelihara dan
> dapat mengambil peluang-peluang yang datang, seperti contoh menguruskan
> sesuatu projek yang diperolehi oleh KOSTEM *(project management)* dan/atau
> menjadi seorang entreprenur dan bergiat dalam bidang perniagaan.
>
> Dalam soal lain, KOSTEM juga boleh menjadi batu loncatan kepada komuniti
> untuk 'memasarkan diri', dimana mereka yang mempunyai kelebihan dan ilmu
> dalam FLOSS dapat menawarkan perkhidmatan-perkhidmatan yang mereka miliki,
> sebagai contoh dalam bidang teknikal; penganalisis sistem, pembangunan
> teknologi WWW, pembangun perisian, atau sistem sokongan, dokumentasi,
> lokalisasi, hinggalah peringkat pengurusan; pengurus projek, pemasaran, dan
> lain-lain yang berkaitan.
>
> Juga dengan penubuhan KOSTEM dapat membawa FLOSS dikenali di kalangan
> pengguna/pemain industri/sektor Awam & Swasta/badan korporat dan yang
> berkaitan. Ini kerana koperasi sendiri sektor ketiga menyumbang kepada
> pertumbuhan ekonomi negara selepas Awam dan Swasta. Secara tidak langsung
> koperasi merupakan satu jenama yang kukuh dan diterima dalam ruang lingkup
> ekonomi di Malaysia, dan ini memberi peluang untuk KOSTEM bergerak dengan
> lebih jauh.
>
> Sehingga kini, kami telah menubuhkan Jawatankuasa Penaja dimana
> bertanggungjawab dalam proses permohonan, merangka perniagaan yang akan
> dijalankan, hinggalah pelantikan Ahli Lembaga Koperasi dan menguruskan
> Mesyuarat Agung Pertama. Mereka yang menjadi Ahli Jawatankuasa Penaja telah
> dilantik semasa mesyuarat KOSTEM yang diadakan bersama-sama dengan Bengkel
> Antara Distro #2 di HackerspaceKL pada 26 Mac lepas. Mereka yang dipilih
> merupakan peminat, penggiat serta sukarelawan FLOSS di Malaysia.
>
> Untuk menubuhkan sesebuah koperasi, ianya memerlukan sekurang-kurangnya 50
> orang bakal anggota. Namun, adalah lebih baik sekiranya bakal anggota
> *perintis* lebih dari itu.
> (catatan: Sebelum ini pada peringkat awal perbincangan, telah dikumpulkan
> nama-nama mereka yang berminat untuk menyertai KOSTEM, tetapi untuk
> memudahkan urusan, mereka akan menerima emel berasingan)
>
> Kami sedang mencari mereka yang berminat untuk menyertai KOSTEM. Dan kami
> juga menyeru kepada penggiat FLOSS di Malaysia supaya menjadikan KOSTEM
> sebagai platform untuk memajukan industri/komuniti/budaya ini.
>
> Sila isikan butir-butir peribadi yang diperlukan di dalam borang dibawah:
>
> http://bit.ly/ewSQp5
>
> Untuk maklumat lanjut berkaitan KOSTEM, sila lawati Wiki KOSTEM (
> http://bit.ly/wiktem) atau sertai perbincangan di milis (
> http://bit.ly/KOSTEM). Terima kasih.
>
>
> Salam hormat,
> Mohamad Imran Ishak (MakLaN)
> Setiausaha AJP KOSTEM
> --
> Aku Tetap Aku™
> http://maklan.blogspot.com/
> https://launchpad.net/~maklanx
> http://www.facebook.com/mohamadimranishak
>
>  --
> Koperasi Sumber Terbuka Malaysia Berhad (KOSTEM)
>
> Kebebasan. Keterbukaan. Komuniti.
>
> http://www.kostem.my/
>

-- 
To unsubscribe from and detail about this group 
http://portal.mosc.my/osdc-my-mailing-list-information

MOSC2011 http://fb.me/mosc2011 and http://www.mosc.my/

Kirim email ke