Tak perlu. Nanti saya hantar emel kepada setiap orang, untuk isi maklumat
berkenaan.

Pada 2 Mei 2011 2:56 PM, Raja Iskandar Shah <rajaiskand...@gmail.com>menulis:

>
>
> ---------- Forwarded message ----------
> From: Raja Iskandar Shah <rajaiskand...@gmail.com>
> Date: 2011/5/2
> Subject: Re: [KOSTEM] [osdcmy] Pengenalan Kepada Koperasi Sumber Terbuka
> Malaysa Berhad & Jemputan menjadi Anggota
> To: koperasi-...@googlegroups.com
>
>
> salam imran
>
> kalau dah isi sebelum ini, perlukan isi semula ? rasanya sebelum ini takde
> minta maklumat kad pengenalan
>
>
>
>
> 2011/5/2 Mohamad Imran <imtym....@gmail.com>
>
>> Assalamu'alaikum & salam sejahtera.
>>
>> Koperasi Sumber Terbuka Malaysia Berhad atau ringkasnya KOSTEM merupakan
>> satu idea dan visi untuk membantu menjana ekonomi penggiat/pengguna/peminat
>> Perisian Bebas dan Sumber Terbuka (FLOSS) di Malaysia melalui model koperasi
>> *(cooperative)*.
>>
>> Model koperasi merupakan satu bentuk perniagaan yang mengutamakan
>> kebajikan anggotanya. Petikan daripada Wikipedia:
>>
>> Koperasi adalah pertubuhan manusia yang berautonomi di mana *anggotanya
>>> bersatu secara sukarela demi mencapai kepentingan bersama di bidang ekonomi,
>>> sosial dan budaya, melalui suatu badan yang dimiliki bersama dan yang
>>> terkawal secara demokrasi* ... Koperasi adalah berasaskan nilai-nilai
>>> berdikari, bertanggungjawab pada diri sendiri, demokrasi, kesamaan atau
>>> keadilan, perpaduan, kesetiaan dan bersatu hati. Selaras dengan tradisi
>>> pengasas gerakan itu, anggota koperasi menerima nilai-nilai etika, termasuk
>>> sadik, amanah, ketelusan, tanggungjawab sosial serta prihatin terhadap orang
>>> lain.
>>
>>
>> Dalam kata lain, model koperasi sangat bersesuaian dengan falsafah FLOSS
>> iaitu kesukarelaan dan saling-bantu-membantu sesama anggota.
>>
>> Oleh kerana setakat yang diketahui tiada satu komuniti FLOSS di mana-mana
>> bahagian di dunia yang mengadaptasi model koperasi sebagai salah satu
>> aktiviti menjana ekonomi berkaitan FLOSS, maka penubuhan KOSTEM bakal
>> menjadi satu entiti baru dalam dunia FLOSS/OSS di Malaysia, mungkin di
>> seluruh dunia, sekiranya ianya berjaya direalisasikan.
>>
>> Tercetusnya idea mewujudkan koperasi di kalangan komuniti di Malaysia
>> kerana ramai di kalangan ahli komuniti yang bergerak secara *freelance *serta
>> sukarela, menyebabkan mereka sering menghadapi kekangan-kekangan tertentu
>> yang membatasi niat untuk bergerak dengan lebih jauh, terutama soal
>> kewangan. Dengan berkoperasi, nasib mereka ini akan lebih terpelihara dan
>> dapat mengambil peluang-peluang yang datang, seperti contoh menguruskan
>> sesuatu projek yang diperolehi oleh KOSTEM *(project management)*dan/atau 
>> menjadi seorang entreprenur dan bergiat dalam bidang perniagaan.
>>
>> Dalam soal lain, KOSTEM juga boleh menjadi batu loncatan kepada komuniti
>> untuk 'memasarkan diri', dimana mereka yang mempunyai kelebihan dan ilmu
>> dalam FLOSS dapat menawarkan perkhidmatan-perkhidmatan yang mereka miliki,
>> sebagai contoh dalam bidang teknikal; penganalisis sistem, pembangunan
>> teknologi WWW, pembangun perisian, atau sistem sokongan, dokumentasi,
>> lokalisasi, hinggalah peringkat pengurusan; pengurus projek, pemasaran, dan
>> lain-lain yang berkaitan.
>>
>> Juga dengan penubuhan KOSTEM dapat membawa FLOSS dikenali di kalangan
>> pengguna/pemain industri/sektor Awam & Swasta/badan korporat dan yang
>> berkaitan. Ini kerana koperasi sendiri sektor ketiga menyumbang kepada
>> pertumbuhan ekonomi negara selepas Awam dan Swasta. Secara tidak langsung
>> koperasi merupakan satu jenama yang kukuh dan diterima dalam ruang lingkup
>> ekonomi di Malaysia, dan ini memberi peluang untuk KOSTEM bergerak dengan
>> lebih jauh.
>>
>> Sehingga kini, kami telah menubuhkan Jawatankuasa Penaja dimana
>> bertanggungjawab dalam proses permohonan, merangka perniagaan yang akan
>> dijalankan, hinggalah pelantikan Ahli Lembaga Koperasi dan menguruskan
>> Mesyuarat Agung Pertama. Mereka yang menjadi Ahli Jawatankuasa Penaja telah
>> dilantik semasa mesyuarat KOSTEM yang diadakan bersama-sama dengan Bengkel
>> Antara Distro #2 di HackerspaceKL pada 26 Mac lepas. Mereka yang dipilih
>> merupakan peminat, penggiat serta sukarelawan FLOSS di Malaysia.
>>
>> Untuk menubuhkan sesebuah koperasi, ianya memerlukan sekurang-kurangnya 50
>> orang bakal anggota. Namun, adalah lebih baik sekiranya bakal anggota
>> *perintis* lebih dari itu.
>> (catatan: Sebelum ini pada peringkat awal perbincangan, telah dikumpulkan
>> nama-nama mereka yang berminat untuk menyertai KOSTEM, tetapi untuk
>> memudahkan urusan, mereka akan menerima emel berasingan)
>>
>> Kami sedang mencari mereka yang berminat untuk menyertai KOSTEM. Dan kami
>> juga menyeru kepada penggiat FLOSS di Malaysia supaya menjadikan KOSTEM
>> sebagai platform untuk memajukan industri/komuniti/budaya ini.
>>
>> Sila isikan butir-butir peribadi yang diperlukan di dalam borang dibawah:
>>
>> http://bit.ly/ewSQp5
>>
>> Untuk maklumat lanjut berkaitan KOSTEM, sila lawati Wiki KOSTEM (
>> http://bit.ly/wiktem) atau sertai perbincangan di milis (
>> http://bit.ly/KOSTEM). Terima kasih.
>>
>>
>> Salam hormat,
>> Mohamad Imran Ishak (MakLaN)
>> Setiausaha AJP KOSTEM
>> --
>> Aku Tetap Aku™
>> http://maklan.blogspot.com/
>> https://launchpad.net/~maklanx
>> http://www.facebook.com/mohamadimranishak
>>
>>  --
>> Koperasi Sumber Terbuka Malaysia Berhad (KOSTEM)
>>
>> Kebebasan. Keterbukaan. Komuniti.
>>
>> http://www.kostem.my/
>>
>
>
>  --
> To unsubscribe from and detail about this group
> http://portal.mosc.my/osdc-my-mailing-list-information
>
> MOSC2011 http://fb.me/mosc2011 and http://www.mosc.my/
>



-- 
Aku Tetap Aku™
http://maklan.blogspot.com/
https://launchpad.net/~maklanx
http://www.facebook.com/mohamadimranishak

-- 
To unsubscribe from and detail about this group 
http://portal.mosc.my/osdc-my-mailing-list-information

MOSC2011 http://fb.me/mosc2011 and http://www.mosc.my/

Kirim email ke