apa syarat2 yang memboleh kan saya untuk menjadi ahli ?

2011/5/2 Mohamad Imran <imtym....@gmail.com>

> hehe.. takpe2..
>
> Pada 2 Mei 2011 3:01 PM, Raja Iskandar Shah <rajaiskand...@gmail.com>menulis:
>
> hik hik hik .... saya dah isi semula
>>
>>
>>
>>
>>
>> 2011/5/2 Mohamad Imran <imtym....@gmail.com>
>>
>>> Tak perlu. Nanti saya hantar emel kepada setiap orang, untuk isi maklumat
>>> berkenaan.
>>>
>>> Pada 2 Mei 2011 2:56 PM, Raja Iskandar Shah 
>>> <rajaiskand...@gmail.com>menulis:
>>>
>>>>
>>>>
>>>> ---------- Forwarded message ----------
>>>> From: Raja Iskandar Shah <rajaiskand...@gmail.com>
>>>> Date: 2011/5/2
>>>> Subject: Re: [KOSTEM] [osdcmy] Pengenalan Kepada Koperasi Sumber Terbuka
>>>> Malaysa Berhad & Jemputan menjadi Anggota
>>>> To: koperasi-...@googlegroups.com
>>>>
>>>>
>>>> salam imran
>>>>
>>>> kalau dah isi sebelum ini, perlukan isi semula ? rasanya sebelum ini
>>>> takde minta maklumat kad pengenalan
>>>>
>>>>
>>>>
>>>>
>>>> 2011/5/2 Mohamad Imran <imtym....@gmail.com>
>>>>
>>>>> Assalamu'alaikum & salam sejahtera.
>>>>>
>>>>> Koperasi Sumber Terbuka Malaysia Berhad atau ringkasnya KOSTEM
>>>>> merupakan satu idea dan visi untuk membantu menjana ekonomi
>>>>> penggiat/pengguna/peminat Perisian Bebas dan Sumber Terbuka (FLOSS) di
>>>>> Malaysia melalui model koperasi *(cooperative)*.
>>>>>
>>>>> Model koperasi merupakan satu bentuk perniagaan yang mengutamakan
>>>>> kebajikan anggotanya. Petikan daripada Wikipedia:
>>>>>
>>>>> Koperasi adalah pertubuhan manusia yang berautonomi di mana *anggotanya
>>>>>> bersatu secara sukarela demi mencapai kepentingan bersama di bidang 
>>>>>> ekonomi,
>>>>>> sosial dan budaya, melalui suatu badan yang dimiliki bersama dan yang
>>>>>> terkawal secara demokrasi* ... Koperasi adalah berasaskan nilai-nilai
>>>>>> berdikari, bertanggungjawab pada diri sendiri, demokrasi, kesamaan atau
>>>>>> keadilan, perpaduan, kesetiaan dan bersatu hati. Selaras dengan tradisi
>>>>>> pengasas gerakan itu, anggota koperasi menerima nilai-nilai etika, 
>>>>>> termasuk
>>>>>> sadik, amanah, ketelusan, tanggungjawab sosial serta prihatin terhadap 
>>>>>> orang
>>>>>> lain.
>>>>>
>>>>>
>>>>> Dalam kata lain, model koperasi sangat bersesuaian dengan falsafah
>>>>> FLOSS iaitu kesukarelaan dan saling-bantu-membantu sesama anggota.
>>>>>
>>>>> Oleh kerana setakat yang diketahui tiada satu komuniti FLOSS di
>>>>> mana-mana bahagian di dunia yang mengadaptasi model koperasi sebagai salah
>>>>> satu aktiviti menjana ekonomi berkaitan FLOSS, maka penubuhan KOSTEM bakal
>>>>> menjadi satu entiti baru dalam dunia FLOSS/OSS di Malaysia, mungkin di
>>>>> seluruh dunia, sekiranya ianya berjaya direalisasikan.
>>>>>
>>>>> Tercetusnya idea mewujudkan koperasi di kalangan komuniti di Malaysia
>>>>> kerana ramai di kalangan ahli komuniti yang bergerak secara *freelance
>>>>> *serta sukarela, menyebabkan mereka sering menghadapi
>>>>> kekangan-kekangan tertentu yang membatasi niat untuk bergerak dengan lebih
>>>>> jauh, terutama soal kewangan. Dengan berkoperasi, nasib mereka ini akan
>>>>> lebih terpelihara dan dapat mengambil peluang-peluang yang datang, seperti
>>>>> contoh menguruskan sesuatu projek yang diperolehi oleh KOSTEM *(project
>>>>> management)* dan/atau menjadi seorang entreprenur dan bergiat dalam
>>>>> bidang perniagaan.
>>>>>
>>>>> Dalam soal lain, KOSTEM juga boleh menjadi batu loncatan kepada
>>>>> komuniti untuk 'memasarkan diri', dimana mereka yang mempunyai kelebihan 
>>>>> dan
>>>>> ilmu dalam FLOSS dapat menawarkan perkhidmatan-perkhidmatan yang mereka
>>>>> miliki, sebagai contoh dalam bidang teknikal; penganalisis sistem,
>>>>> pembangunan teknologi WWW, pembangun perisian, atau sistem sokongan,
>>>>> dokumentasi, lokalisasi, hinggalah peringkat pengurusan; pengurus projek,
>>>>> pemasaran, dan lain-lain yang berkaitan.
>>>>>
>>>>> Juga dengan penubuhan KOSTEM dapat membawa FLOSS dikenali di kalangan
>>>>> pengguna/pemain industri/sektor Awam & Swasta/badan korporat dan yang
>>>>> berkaitan. Ini kerana koperasi sendiri sektor ketiga menyumbang kepada
>>>>> pertumbuhan ekonomi negara selepas Awam dan Swasta. Secara tidak langsung
>>>>> koperasi merupakan satu jenama yang kukuh dan diterima dalam ruang lingkup
>>>>> ekonomi di Malaysia, dan ini memberi peluang untuk KOSTEM bergerak dengan
>>>>> lebih jauh.
>>>>>
>>>>> Sehingga kini, kami telah menubuhkan Jawatankuasa Penaja dimana
>>>>> bertanggungjawab dalam proses permohonan, merangka perniagaan yang akan
>>>>> dijalankan, hinggalah pelantikan Ahli Lembaga Koperasi dan menguruskan
>>>>> Mesyuarat Agung Pertama. Mereka yang menjadi Ahli Jawatankuasa Penaja 
>>>>> telah
>>>>> dilantik semasa mesyuarat KOSTEM yang diadakan bersama-sama dengan Bengkel
>>>>> Antara Distro #2 di HackerspaceKL pada 26 Mac lepas. Mereka yang dipilih
>>>>> merupakan peminat, penggiat serta sukarelawan FLOSS di Malaysia.
>>>>>
>>>>> Untuk menubuhkan sesebuah koperasi, ianya memerlukan sekurang-kurangnya
>>>>> 50 orang bakal anggota. Namun, adalah lebih baik sekiranya bakal anggota
>>>>> *perintis* lebih dari itu.
>>>>> (catatan: Sebelum ini pada peringkat awal perbincangan, telah
>>>>> dikumpulkan nama-nama mereka yang berminat untuk menyertai KOSTEM, tetapi
>>>>> untuk memudahkan urusan, mereka akan menerima emel berasingan)
>>>>>
>>>>> Kami sedang mencari mereka yang berminat untuk menyertai KOSTEM. Dan
>>>>> kami juga menyeru kepada penggiat FLOSS di Malaysia supaya menjadikan 
>>>>> KOSTEM
>>>>> sebagai platform untuk memajukan industri/komuniti/budaya ini.
>>>>>
>>>>> Sila isikan butir-butir peribadi yang diperlukan di dalam borang
>>>>> dibawah:
>>>>>
>>>>> http://bit.ly/ewSQp5
>>>>>
>>>>> Untuk maklumat lanjut berkaitan KOSTEM, sila lawati Wiki KOSTEM (
>>>>> http://bit.ly/wiktem) atau sertai perbincangan di milis (
>>>>> http://bit.ly/KOSTEM). Terima kasih.
>>>>>
>>>>>
>>>>> Salam hormat,
>>>>> Mohamad Imran Ishak (MakLaN)
>>>>> Setiausaha AJP KOSTEM
>>>>> --
>>>>> Aku Tetap Aku™
>>>>> http://maklan.blogspot.com/
>>>>> https://launchpad.net/~maklanx
>>>>> http://www.facebook.com/mohamadimranishak
>>>>>
>>>>>  --
>>>>> Koperasi Sumber Terbuka Malaysia Berhad (KOSTEM)
>>>>>
>>>>> Kebebasan. Keterbukaan. Komuniti.
>>>>>
>>>>> http://www.kostem.my/
>>>>>
>>>>
>>>>
>>>>  --
>>>> To unsubscribe from and detail about this group
>>>> http://portal.mosc.my/osdc-my-mailing-list-information
>>>>
>>>> MOSC2011 http://fb.me/mosc2011 and http://www.mosc.my/
>>>>
>>>
>>>
>>>
>>> --
>>> Aku Tetap Aku™
>>> http://maklan.blogspot.com/
>>> https://launchpad.net/~maklanx
>>> http://www.facebook.com/mohamadimranishak
>>>
>>>  --
>>> To unsubscribe from and detail about this group
>>> http://portal.mosc.my/osdc-my-mailing-list-information
>>>
>>> MOSC2011 http://fb.me/mosc2011 and http://www.mosc.my/
>>>
>>
>>  --
>> To unsubscribe from and detail about this group
>> http://portal.mosc.my/osdc-my-mailing-list-information
>>
>> MOSC2011 http://fb.me/mosc2011 and http://www.mosc.my/
>>
>
>
>
> --
> Aku Tetap Aku™
> http://maklan.blogspot.com/
> https://launchpad.net/~maklanx
> http://www.facebook.com/mohamadimranishak
>
>  --
> To unsubscribe from and detail about this group
> http://portal.mosc.my/osdc-my-mailing-list-information
>
> MOSC2011 http://fb.me/mosc2011 and http://www.mosc.my/
>



-- 
Beyta
Website : http://www.beyta.net

-- 
To unsubscribe from and detail about this group 
http://portal.mosc.my/osdc-my-mailing-list-information

MOSC2011 http://fb.me/mosc2011 and http://www.mosc.my/

Kirim email ke