Setakat ni syarat-syarat yang khusus masih lagi di dalam perbincangan, tapi
secara umumnya seseorang yang ingin menjadi anggota koperasi perlu:


   - menjadi seorang warganegara;
   - telah mencapai umur lapan belas tahun atau; bagi koperasi sekolah telah
   mencapai umur dua belas tahun;
   - bermastautin atau bekerja atau mempunyai tanah dalam kawasan operasi
   atau dalam hal koperasi sekolah ianya adalah seorang pelajar yang
   didaftarkan di sekolah tersebut.

Dan mereka mestilah tahu/terlibat/faham ttg Sumber Terbuka.

Maklumat berkaitan akan dikemaskini dari masa ke semasa.


p/s: Soalan Lazin mengenai koperasi (Suruhanjaya Koperasi Malaysia)
http://bit.ly/l4lark

Pada 2 Mei 2011 3:29 PM, Sir Beyta <sir.be...@gmail.com> menulis:
>
> apa syarat2 yang memboleh kan saya untuk menjadi ahli ?
>
> 2011/5/2 Mohamad Imran <imtym....@gmail.com>
>>
>> hehe.. takpe2..
>>
>> Pada 2 Mei 2011 3:01 PM, Raja Iskandar Shah <rajaiskand...@gmail.com>
menulis:
>>>
>>> hik hik hik .... saya dah isi semula
>>>
>>>
>>>
>>>
>>> 2011/5/2 Mohamad Imran <imtym....@gmail.com>
>>>>
>>>> Tak perlu. Nanti saya hantar emel kepada setiap orang, untuk isi
maklumat berkenaan.
>>>>
>>>> Pada 2 Mei 2011 2:56 PM, Raja Iskandar Shah <rajaiskand...@gmail.com>
menulis:
>>>>>
>>>>>
>>>>> ---------- Forwarded message ----------
>>>>> From: Raja Iskandar Shah <rajaiskand...@gmail.com>
>>>>> Date: 2011/5/2
>>>>> Subject: Re: [KOSTEM] [osdcmy] Pengenalan Kepada Koperasi Sumber
Terbuka Malaysa Berhad & Jemputan menjadi Anggota
>>>>> To: koperasi-...@googlegroups.com
>>>>>
>>>>>
>>>>> salam imran
>>>>>
>>>>> kalau dah isi sebelum ini, perlukan isi semula ? rasanya sebelum ini
takde minta maklumat kad pengenalan
>>>>>
>>>>>
>>>>>
>>>>> 2011/5/2 Mohamad Imran <imtym....@gmail.com>
>>>>>>
>>>>>> Assalamu'alaikum & salam sejahtera.
>>>>>> Koperasi Sumber Terbuka Malaysia Berhad atau ringkasnya KOSTEM
merupakan satu idea dan visi untuk membantu menjana ekonomi
penggiat/pengguna/peminat Perisian Bebas dan Sumber Terbuka (FLOSS) di
Malaysia melalui model koperasi (cooperative).
>>>>>> Model koperasi merupakan satu bentuk perniagaan yang mengutamakan
kebajikan anggotanya. Petikan daripada Wikipedia:
>>>>>>>
>>>>>>> Koperasi adalah pertubuhan manusia yang berautonomi di mana
anggotanya bersatu secara sukarela demi mencapai kepentingan bersama di
bidang ekonomi, sosial dan budaya, melalui suatu badan yang dimiliki bersama
dan yang terkawal secara demokrasi ... Koperasi adalah berasaskan
nilai-nilai berdikari, bertanggungjawab pada diri sendiri, demokrasi,
kesamaan atau keadilan, perpaduan, kesetiaan dan bersatu hati. Selaras
dengan tradisi pengasas gerakan itu, anggota koperasi menerima nilai-nilai
etika, termasuk sadik, amanah, ketelusan, tanggungjawab sosial serta
prihatin terhadap orang lain.
>>>>>>
>>>>>> Dalam kata lain, model koperasi sangat bersesuaian dengan falsafah
FLOSS iaitu kesukarelaan dan saling-bantu-membantu sesama anggota.
>>>>>> Oleh kerana setakat yang diketahui tiada satu komuniti FLOSS di
mana-mana bahagian di dunia yang mengadaptasi model koperasi sebagai salah
satu aktiviti menjana ekonomi berkaitan FLOSS, maka penubuhan KOSTEM bakal
menjadi satu entiti baru dalam dunia FLOSS/OSS di Malaysia, mungkin di
seluruh dunia, sekiranya ianya berjaya direalisasikan.
>>>>>> Tercetusnya idea mewujudkan koperasi di kalangan komuniti di Malaysia
kerana ramai di kalangan ahli komuniti yang bergerak secara freelance serta
sukarela, menyebabkan mereka sering menghadapi kekangan-kekangan tertentu
yang membatasi niat untuk bergerak dengan lebih jauh, terutama soal
kewangan. Dengan berkoperasi, nasib mereka ini akan lebih terpelihara dan
dapat mengambil peluang-peluang yang datang, seperti contoh menguruskan
sesuatu projek yang diperolehi oleh KOSTEM (project management) dan/atau
menjadi seorang entreprenur dan bergiat dalam bidang perniagaan.
>>>>>> Dalam soal lain, KOSTEM juga boleh menjadi batu loncatan kepada
komuniti untuk 'memasarkan diri', dimana mereka yang mempunyai kelebihan dan
ilmu dalam FLOSS dapat menawarkan perkhidmatan-perkhidmatan yang mereka
miliki, sebagai contoh dalam bidang teknikal; penganalisis sistem,
pembangunan teknologi WWW, pembangun perisian, atau sistem sokongan,
dokumentasi, lokalisasi, hinggalah peringkat pengurusan; pengurus projek,
pemasaran, dan lain-lain yang berkaitan.
>>>>>> Juga dengan penubuhan KOSTEM dapat membawa FLOSS dikenali di kalangan
pengguna/pemain industri/sektor Awam & Swasta/badan korporat dan yang
berkaitan. Ini kerana koperasi sendiri sektor ketiga menyumbang kepada
pertumbuhan ekonomi negara selepas Awam dan Swasta. Secara tidak langsung
koperasi merupakan satu jenama yang kukuh dan diterima dalam ruang lingkup
ekonomi di Malaysia, dan ini memberi peluang untuk KOSTEM bergerak dengan
lebih jauh.
>>>>>> Sehingga kini, kami telah menubuhkan Jawatankuasa Penaja dimana
bertanggungjawab dalam proses permohonan, merangka perniagaan yang akan
dijalankan, hinggalah pelantikan Ahli Lembaga Koperasi dan menguruskan
Mesyuarat Agung Pertama. Mereka yang menjadi Ahli Jawatankuasa Penaja telah
dilantik semasa mesyuarat KOSTEM yang diadakan bersama-sama dengan Bengkel
Antara Distro #2 di HackerspaceKL pada 26 Mac lepas. Mereka yang dipilih
merupakan peminat, penggiat serta sukarelawan FLOSS di Malaysia.
>>>>>> Untuk menubuhkan sesebuah koperasi, ianya memerlukan
sekurang-kurangnya 50 orang bakal anggota. Namun, adalah lebih baik
sekiranya bakal anggota *perintis* lebih dari itu.
>>>>>> (catatan: Sebelum ini pada peringkat awal perbincangan, telah
dikumpulkan nama-nama mereka yang berminat untuk menyertai KOSTEM, tetapi
untuk memudahkan urusan, mereka akan menerima emel berasingan)
>>>>>> Kami sedang mencari mereka yang berminat untuk menyertai KOSTEM. Dan
kami juga menyeru kepada penggiat FLOSS di Malaysia supaya menjadikan KOSTEM
sebagai platform untuk memajukan industri/komuniti/budaya ini.
>>>>>> Sila isikan butir-butir peribadi yang diperlukan di dalam borang
dibawah:
>>>>>> http://bit.ly/ewSQp5
>>>>>> Untuk maklumat lanjut berkaitan KOSTEM, sila lawati Wiki KOSTEM (
http://bit.ly/wiktem) atau sertai perbincangan di milis (
http://bit.ly/KOSTEM). Terima kasih.
>>>>>>
>>>>>>
>>>>>> Salam hormat,
>>>>>> Mohamad Imran Ishak (MakLaN)
>>>>>> Setiausaha AJP KOSTEM
>>>>>> --
>>>>>> Aku Tetap Aku™
>>>>>> http://maklan.blogspot.com/
>>>>>> https://launchpad.net/~maklanx
>>>>>> http://www.facebook.com/mohamadimranishak
>>>>>>
>>>>>> --
>>>>>> Koperasi Sumber Terbuka Malaysia Berhad (KOSTEM)
>>>>>>
>>>>>> Kebebasan. Keterbukaan. Komuniti.
>>>>>>
>>>>>> http://www.kostem.my/
>>>>>
>>>>>
>>>>> --
>>>>> To unsubscribe from and detail about this group
http://portal.mosc.my/osdc-my-mailing-list-information
>>>>>
>>>>> MOSC2011 http://fb.me/mosc2011 and http://www.mosc.my/
>>>>
>>>>
>>>>
>>>> --
>>>> Aku Tetap Aku™
>>>> http://maklan.blogspot.com/
>>>> https://launchpad.net/~maklanx
>>>> http://www.facebook.com/mohamadimranishak
>>>>
>>>> --
>>>> To unsubscribe from and detail about this group
http://portal.mosc.my/osdc-my-mailing-list-information
>>>>
>>>> MOSC2011 http://fb.me/mosc2011 and http://www.mosc.my/
>>>
>>> --
>>> To unsubscribe from and detail about this group
http://portal.mosc.my/osdc-my-mailing-list-information
>>>
>>> MOSC2011 http://fb.me/mosc2011 and http://www.mosc.my/
>>
>>
>>
>> --
>> Aku Tetap Aku™
>> http://maklan.blogspot.com/
>> https://launchpad.net/~maklanx
>> http://www.facebook.com/mohamadimranishak
>>
>> --
>> To unsubscribe from and detail about this group
http://portal.mosc.my/osdc-my-mailing-list-information
>>
>> MOSC2011 http://fb.me/mosc2011 and http://www.mosc.my/
>
>
>
> --
> Beyta
> Website : http://www.beyta.net
>
>
> --
> To unsubscribe from and detail about this group
http://portal.mosc.my/osdc-my-mailing-list-information
>
> MOSC2011 http://fb.me/mosc2011 and http://www.mosc.my/



--
Aku Tetap Aku™
http://maklan.blogspot.com/
https://launchpad.net/~maklanx
http://www.facebook.com/mohamadimranishak

-- 
To unsubscribe from and detail about this group 
http://portal.mosc.my/osdc-my-mailing-list-information

MOSC2011 http://fb.me/mosc2011 and http://www.mosc.my/

Kirim email ke