hehe.. takpe2..

Pada 2 Mei 2011 3:01 PM, Raja Iskandar Shah <rajaiskand...@gmail.com>menulis:

> hik hik hik .... saya dah isi semula
>
>
>
>
>
> 2011/5/2 Mohamad Imran <imtym....@gmail.com>
>
>> Tak perlu. Nanti saya hantar emel kepada setiap orang, untuk isi maklumat
>> berkenaan.
>>
>> Pada 2 Mei 2011 2:56 PM, Raja Iskandar Shah <rajaiskand...@gmail.com>menulis:
>>
>>>
>>>
>>> ---------- Forwarded message ----------
>>> From: Raja Iskandar Shah <rajaiskand...@gmail.com>
>>> Date: 2011/5/2
>>> Subject: Re: [KOSTEM] [osdcmy] Pengenalan Kepada Koperasi Sumber Terbuka
>>> Malaysa Berhad & Jemputan menjadi Anggota
>>> To: koperasi-...@googlegroups.com
>>>
>>>
>>> salam imran
>>>
>>> kalau dah isi sebelum ini, perlukan isi semula ? rasanya sebelum ini
>>> takde minta maklumat kad pengenalan
>>>
>>>
>>>
>>>
>>> 2011/5/2 Mohamad Imran <imtym....@gmail.com>
>>>
>>>> Assalamu'alaikum & salam sejahtera.
>>>>
>>>> Koperasi Sumber Terbuka Malaysia Berhad atau ringkasnya KOSTEM merupakan
>>>> satu idea dan visi untuk membantu menjana ekonomi penggiat/pengguna/peminat
>>>> Perisian Bebas dan Sumber Terbuka (FLOSS) di Malaysia melalui model 
>>>> koperasi
>>>> *(cooperative)*.
>>>>
>>>> Model koperasi merupakan satu bentuk perniagaan yang mengutamakan
>>>> kebajikan anggotanya. Petikan daripada Wikipedia:
>>>>
>>>> Koperasi adalah pertubuhan manusia yang berautonomi di mana *anggotanya
>>>>> bersatu secara sukarela demi mencapai kepentingan bersama di bidang 
>>>>> ekonomi,
>>>>> sosial dan budaya, melalui suatu badan yang dimiliki bersama dan yang
>>>>> terkawal secara demokrasi* ... Koperasi adalah berasaskan nilai-nilai
>>>>> berdikari, bertanggungjawab pada diri sendiri, demokrasi, kesamaan atau
>>>>> keadilan, perpaduan, kesetiaan dan bersatu hati. Selaras dengan tradisi
>>>>> pengasas gerakan itu, anggota koperasi menerima nilai-nilai etika, 
>>>>> termasuk
>>>>> sadik, amanah, ketelusan, tanggungjawab sosial serta prihatin terhadap 
>>>>> orang
>>>>> lain.
>>>>
>>>>
>>>> Dalam kata lain, model koperasi sangat bersesuaian dengan falsafah FLOSS
>>>> iaitu kesukarelaan dan saling-bantu-membantu sesama anggota.
>>>>
>>>> Oleh kerana setakat yang diketahui tiada satu komuniti FLOSS di
>>>> mana-mana bahagian di dunia yang mengadaptasi model koperasi sebagai salah
>>>> satu aktiviti menjana ekonomi berkaitan FLOSS, maka penubuhan KOSTEM bakal
>>>> menjadi satu entiti baru dalam dunia FLOSS/OSS di Malaysia, mungkin di
>>>> seluruh dunia, sekiranya ianya berjaya direalisasikan.
>>>>
>>>> Tercetusnya idea mewujudkan koperasi di kalangan komuniti di Malaysia
>>>> kerana ramai di kalangan ahli komuniti yang bergerak secara *freelance
>>>> *serta sukarela, menyebabkan mereka sering menghadapi kekangan-kekangan
>>>> tertentu yang membatasi niat untuk bergerak dengan lebih jauh, terutama 
>>>> soal
>>>> kewangan. Dengan berkoperasi, nasib mereka ini akan lebih terpelihara dan
>>>> dapat mengambil peluang-peluang yang datang, seperti contoh menguruskan
>>>> sesuatu projek yang diperolehi oleh KOSTEM *(project management)*dan/atau 
>>>> menjadi seorang entreprenur dan bergiat dalam bidang perniagaan.
>>>>
>>>> Dalam soal lain, KOSTEM juga boleh menjadi batu loncatan kepada komuniti
>>>> untuk 'memasarkan diri', dimana mereka yang mempunyai kelebihan dan ilmu
>>>> dalam FLOSS dapat menawarkan perkhidmatan-perkhidmatan yang mereka miliki,
>>>> sebagai contoh dalam bidang teknikal; penganalisis sistem, pembangunan
>>>> teknologi WWW, pembangun perisian, atau sistem sokongan, dokumentasi,
>>>> lokalisasi, hinggalah peringkat pengurusan; pengurus projek, pemasaran, dan
>>>> lain-lain yang berkaitan.
>>>>
>>>> Juga dengan penubuhan KOSTEM dapat membawa FLOSS dikenali di kalangan
>>>> pengguna/pemain industri/sektor Awam & Swasta/badan korporat dan yang
>>>> berkaitan. Ini kerana koperasi sendiri sektor ketiga menyumbang kepada
>>>> pertumbuhan ekonomi negara selepas Awam dan Swasta. Secara tidak langsung
>>>> koperasi merupakan satu jenama yang kukuh dan diterima dalam ruang lingkup
>>>> ekonomi di Malaysia, dan ini memberi peluang untuk KOSTEM bergerak dengan
>>>> lebih jauh.
>>>>
>>>> Sehingga kini, kami telah menubuhkan Jawatankuasa Penaja dimana
>>>> bertanggungjawab dalam proses permohonan, merangka perniagaan yang akan
>>>> dijalankan, hinggalah pelantikan Ahli Lembaga Koperasi dan menguruskan
>>>> Mesyuarat Agung Pertama. Mereka yang menjadi Ahli Jawatankuasa Penaja telah
>>>> dilantik semasa mesyuarat KOSTEM yang diadakan bersama-sama dengan Bengkel
>>>> Antara Distro #2 di HackerspaceKL pada 26 Mac lepas. Mereka yang dipilih
>>>> merupakan peminat, penggiat serta sukarelawan FLOSS di Malaysia.
>>>>
>>>> Untuk menubuhkan sesebuah koperasi, ianya memerlukan sekurang-kurangnya
>>>> 50 orang bakal anggota. Namun, adalah lebih baik sekiranya bakal anggota
>>>> *perintis* lebih dari itu.
>>>> (catatan: Sebelum ini pada peringkat awal perbincangan, telah
>>>> dikumpulkan nama-nama mereka yang berminat untuk menyertai KOSTEM, tetapi
>>>> untuk memudahkan urusan, mereka akan menerima emel berasingan)
>>>>
>>>> Kami sedang mencari mereka yang berminat untuk menyertai KOSTEM. Dan
>>>> kami juga menyeru kepada penggiat FLOSS di Malaysia supaya menjadikan 
>>>> KOSTEM
>>>> sebagai platform untuk memajukan industri/komuniti/budaya ini.
>>>>
>>>> Sila isikan butir-butir peribadi yang diperlukan di dalam borang
>>>> dibawah:
>>>>
>>>> http://bit.ly/ewSQp5
>>>>
>>>> Untuk maklumat lanjut berkaitan KOSTEM, sila lawati Wiki KOSTEM (
>>>> http://bit.ly/wiktem) atau sertai perbincangan di milis (
>>>> http://bit.ly/KOSTEM). Terima kasih.
>>>>
>>>>
>>>> Salam hormat,
>>>> Mohamad Imran Ishak (MakLaN)
>>>> Setiausaha AJP KOSTEM
>>>> --
>>>> Aku Tetap Aku™
>>>> http://maklan.blogspot.com/
>>>> https://launchpad.net/~maklanx
>>>> http://www.facebook.com/mohamadimranishak
>>>>
>>>>  --
>>>> Koperasi Sumber Terbuka Malaysia Berhad (KOSTEM)
>>>>
>>>> Kebebasan. Keterbukaan. Komuniti.
>>>>
>>>> http://www.kostem.my/
>>>>
>>>
>>>
>>>  --
>>> To unsubscribe from and detail about this group
>>> http://portal.mosc.my/osdc-my-mailing-list-information
>>>
>>> MOSC2011 http://fb.me/mosc2011 and http://www.mosc.my/
>>>
>>
>>
>>
>> --
>> Aku Tetap Aku™
>> http://maklan.blogspot.com/
>> https://launchpad.net/~maklanx
>> http://www.facebook.com/mohamadimranishak
>>
>>  --
>> To unsubscribe from and detail about this group
>> http://portal.mosc.my/osdc-my-mailing-list-information
>>
>> MOSC2011 http://fb.me/mosc2011 and http://www.mosc.my/
>>
>
>  --
> To unsubscribe from and detail about this group
> http://portal.mosc.my/osdc-my-mailing-list-information
>
> MOSC2011 http://fb.me/mosc2011 and http://www.mosc.my/
>



-- 
Aku Tetap Aku™
http://maklan.blogspot.com/
https://launchpad.net/~maklanx
http://www.facebook.com/mohamadimranishak

-- 
To unsubscribe from and detail about this group 
http://portal.mosc.my/osdc-my-mailing-list-information

MOSC2011 http://fb.me/mosc2011 and http://www.mosc.my/

Kirim email ke