hik hik hik .... saya dah isi semula



2011/5/2 Mohamad Imran <imtym....@gmail.com>

> Tak perlu. Nanti saya hantar emel kepada setiap orang, untuk isi maklumat
> berkenaan.
>
> Pada 2 Mei 2011 2:56 PM, Raja Iskandar Shah <rajaiskand...@gmail.com>menulis:
>
>>
>>
>> ---------- Forwarded message ----------
>> From: Raja Iskandar Shah <rajaiskand...@gmail.com>
>> Date: 2011/5/2
>> Subject: Re: [KOSTEM] [osdcmy] Pengenalan Kepada Koperasi Sumber Terbuka
>> Malaysa Berhad & Jemputan menjadi Anggota
>> To: koperasi-...@googlegroups.com
>>
>>
>> salam imran
>>
>> kalau dah isi sebelum ini, perlukan isi semula ? rasanya sebelum ini takde
>> minta maklumat kad pengenalan
>>
>>
>>
>>
>> 2011/5/2 Mohamad Imran <imtym....@gmail.com>
>>
>>> Assalamu'alaikum & salam sejahtera.
>>>
>>> Koperasi Sumber Terbuka Malaysia Berhad atau ringkasnya KOSTEM merupakan
>>> satu idea dan visi untuk membantu menjana ekonomi penggiat/pengguna/peminat
>>> Perisian Bebas dan Sumber Terbuka (FLOSS) di Malaysia melalui model koperasi
>>> *(cooperative)*.
>>>
>>> Model koperasi merupakan satu bentuk perniagaan yang mengutamakan
>>> kebajikan anggotanya. Petikan daripada Wikipedia:
>>>
>>> Koperasi adalah pertubuhan manusia yang berautonomi di mana *anggotanya
>>>> bersatu secara sukarela demi mencapai kepentingan bersama di bidang 
>>>> ekonomi,
>>>> sosial dan budaya, melalui suatu badan yang dimiliki bersama dan yang
>>>> terkawal secara demokrasi* ... Koperasi adalah berasaskan nilai-nilai
>>>> berdikari, bertanggungjawab pada diri sendiri, demokrasi, kesamaan atau
>>>> keadilan, perpaduan, kesetiaan dan bersatu hati. Selaras dengan tradisi
>>>> pengasas gerakan itu, anggota koperasi menerima nilai-nilai etika, termasuk
>>>> sadik, amanah, ketelusan, tanggungjawab sosial serta prihatin terhadap 
>>>> orang
>>>> lain.
>>>
>>>
>>> Dalam kata lain, model koperasi sangat bersesuaian dengan falsafah FLOSS
>>> iaitu kesukarelaan dan saling-bantu-membantu sesama anggota.
>>>
>>> Oleh kerana setakat yang diketahui tiada satu komuniti FLOSS di mana-mana
>>> bahagian di dunia yang mengadaptasi model koperasi sebagai salah satu
>>> aktiviti menjana ekonomi berkaitan FLOSS, maka penubuhan KOSTEM bakal
>>> menjadi satu entiti baru dalam dunia FLOSS/OSS di Malaysia, mungkin di
>>> seluruh dunia, sekiranya ianya berjaya direalisasikan.
>>>
>>> Tercetusnya idea mewujudkan koperasi di kalangan komuniti di Malaysia
>>> kerana ramai di kalangan ahli komuniti yang bergerak secara *freelance 
>>> *serta
>>> sukarela, menyebabkan mereka sering menghadapi kekangan-kekangan tertentu
>>> yang membatasi niat untuk bergerak dengan lebih jauh, terutama soal
>>> kewangan. Dengan berkoperasi, nasib mereka ini akan lebih terpelihara dan
>>> dapat mengambil peluang-peluang yang datang, seperti contoh menguruskan
>>> sesuatu projek yang diperolehi oleh KOSTEM *(project management)*dan/atau 
>>> menjadi seorang entreprenur dan bergiat dalam bidang perniagaan.
>>>
>>> Dalam soal lain, KOSTEM juga boleh menjadi batu loncatan kepada komuniti
>>> untuk 'memasarkan diri', dimana mereka yang mempunyai kelebihan dan ilmu
>>> dalam FLOSS dapat menawarkan perkhidmatan-perkhidmatan yang mereka miliki,
>>> sebagai contoh dalam bidang teknikal; penganalisis sistem, pembangunan
>>> teknologi WWW, pembangun perisian, atau sistem sokongan, dokumentasi,
>>> lokalisasi, hinggalah peringkat pengurusan; pengurus projek, pemasaran, dan
>>> lain-lain yang berkaitan.
>>>
>>> Juga dengan penubuhan KOSTEM dapat membawa FLOSS dikenali di kalangan
>>> pengguna/pemain industri/sektor Awam & Swasta/badan korporat dan yang
>>> berkaitan. Ini kerana koperasi sendiri sektor ketiga menyumbang kepada
>>> pertumbuhan ekonomi negara selepas Awam dan Swasta. Secara tidak langsung
>>> koperasi merupakan satu jenama yang kukuh dan diterima dalam ruang lingkup
>>> ekonomi di Malaysia, dan ini memberi peluang untuk KOSTEM bergerak dengan
>>> lebih jauh.
>>>
>>> Sehingga kini, kami telah menubuhkan Jawatankuasa Penaja dimana
>>> bertanggungjawab dalam proses permohonan, merangka perniagaan yang akan
>>> dijalankan, hinggalah pelantikan Ahli Lembaga Koperasi dan menguruskan
>>> Mesyuarat Agung Pertama. Mereka yang menjadi Ahli Jawatankuasa Penaja telah
>>> dilantik semasa mesyuarat KOSTEM yang diadakan bersama-sama dengan Bengkel
>>> Antara Distro #2 di HackerspaceKL pada 26 Mac lepas. Mereka yang dipilih
>>> merupakan peminat, penggiat serta sukarelawan FLOSS di Malaysia.
>>>
>>> Untuk menubuhkan sesebuah koperasi, ianya memerlukan sekurang-kurangnya
>>> 50 orang bakal anggota. Namun, adalah lebih baik sekiranya bakal anggota
>>> *perintis* lebih dari itu.
>>> (catatan: Sebelum ini pada peringkat awal perbincangan, telah dikumpulkan
>>> nama-nama mereka yang berminat untuk menyertai KOSTEM, tetapi untuk
>>> memudahkan urusan, mereka akan menerima emel berasingan)
>>>
>>> Kami sedang mencari mereka yang berminat untuk menyertai KOSTEM. Dan kami
>>> juga menyeru kepada penggiat FLOSS di Malaysia supaya menjadikan KOSTEM
>>> sebagai platform untuk memajukan industri/komuniti/budaya ini.
>>>
>>> Sila isikan butir-butir peribadi yang diperlukan di dalam borang dibawah:
>>>
>>> http://bit.ly/ewSQp5
>>>
>>> Untuk maklumat lanjut berkaitan KOSTEM, sila lawati Wiki KOSTEM (
>>> http://bit.ly/wiktem) atau sertai perbincangan di milis (
>>> http://bit.ly/KOSTEM). Terima kasih.
>>>
>>>
>>> Salam hormat,
>>> Mohamad Imran Ishak (MakLaN)
>>> Setiausaha AJP KOSTEM
>>> --
>>> Aku Tetap Aku™
>>> http://maklan.blogspot.com/
>>> https://launchpad.net/~maklanx
>>> http://www.facebook.com/mohamadimranishak
>>>
>>>  --
>>> Koperasi Sumber Terbuka Malaysia Berhad (KOSTEM)
>>>
>>> Kebebasan. Keterbukaan. Komuniti.
>>>
>>> http://www.kostem.my/
>>>
>>
>>
>>  --
>> To unsubscribe from and detail about this group
>> http://portal.mosc.my/osdc-my-mailing-list-information
>>
>> MOSC2011 http://fb.me/mosc2011 and http://www.mosc.my/
>>
>
>
>
> --
> Aku Tetap Aku™
> http://maklan.blogspot.com/
> https://launchpad.net/~maklanx
> http://www.facebook.com/mohamadimranishak
>
>  --
> To unsubscribe from and detail about this group
> http://portal.mosc.my/osdc-my-mailing-list-information
>
> MOSC2011 http://fb.me/mosc2011 and http://www.mosc.my/
>

-- 
To unsubscribe from and detail about this group 
http://portal.mosc.my/osdc-my-mailing-list-information

MOSC2011 http://fb.me/mosc2011 and http://www.mosc.my/

Kirim email ke