Help Palestine [hidayahnet] Jika anda hendak memasukkan alamat website Pertubuhan Islam anda, sila emailkan

2007-07-14 Terurut Topik Hidayahnet
Assalamualaikum

Jika ingin memasukkan alamat website persatuan anda ke 
http://hidayahnet.ourtoolbar.com, sila emailkan detail kepada [EMAIL PROTECTED]

Moderator
http://hidayahnet.ourtoolbar.com





  Selamat datang ke Hidayahnet Toolbar [IE/Firefox]

Assalamualaikum/Selamat Sejahtera.

Selamat datang ke Hidayahnet Toolbar. Ianya sepertimana Google toolbar yang 
biasa, tetapi telah diubahsesuai mengikut kesesuaian.

Toolbar ini akan diupdatekan sekerap mungkin.

Jika anda hendak memasukkan alamat website Pertubuhan Islam anda, sila emailkan 
kepada [EMAIL PROTECTED] details berikut:

 -Nama pertubuhan:
 -alamat Website:
 -Sila nyatakan, dimana sesuai untuk link tersebut diletakkan [cthnya, category 
Islamic Organisation / National / Perak]

Moderator akan review link tersebut untuk kesesuaian dan akan seterusnya update 
Toolbar.

Jika anda mempunyai comment/cadangan mengenai Toolbar ini, sila email kepada 
[EMAIL PROTECTED]

Hidayahnet



Tags: toolbar
234_60c.gif

Help Palestine [hidayahnet] PERSIDANGAN ANTARABANGSA PENDIDIKAN ISLAM (ICIE 2007)

2007-07-14 Terurut Topik fadzil abdullah
INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION 2007
(ICIE 2007)

TARIKH:21/7/2007 (SABTU) HINGGA 22/7/2007 (AHAD)

TEMPAT:  PUTRA HOTEL, JALAN TUN ABD RAZAK, KUALA LUMPUR.
(BERDEPAN INSTITUT JANTUNG NEGARA)

TEMA PERSIDANGAN:  ENHANCING NETWORKING IN ISLAMIC EDUCATION

KERTASKERJA UTAMA:


  ISSUES AND CHALLENGES IN IMPLEMENTING ISLAMIC EDUCATION by: Br Dawud 
Tauhidi, TLD, USA.
  2. NECESSARY ELEMENTS FOR EXCELLENCE IN ISLAMIC EDUCATION
  by: Assoc Prof. Dr Abdul Razzaq Dhafr, Ummul Qura, Mecca.

  3. ENHANCING NETWORKING IN ISLAMIC EDUCATION
  by: Prof. Dr Siddiq Baba, UIAM, Malaysia.

20 Kertaskerja didalam empat  kelompok: Falasafah dan Konsep; Model and 
Implementation,Approach and Challenges; Curriculum and Assessment.

6 country report.

Forum: Enhancing Networking in Islamic Education.

Yuran:  RM250.00 seorang.
   RM100.00 bagi pelajar (ada Kad Matrik)

JANGAN LEPAS PELUANG. HUBUNGI:

Pej MUSLEH:   03-41011561 atau

Pej MVSB:   03-55483140.

 Sehubungan dengan Persidangan SATU JAMUAN MAKAN MALAM PERDANA akan insya Allah 
dianjurkan di Grand Seasons Hotel, Jalan Pahang, Kuala Lumpur pada malam 
21/7/2007 bemula dengan ketibaan tetamu jam 8.00 malam. MEJA sedang dijual 
dengan harga minima RM1,000.00. Hubungi alamat di atas unruk tempahan.

 Fadzil bin Hj Abdullah
  Handphone: 0123893752


-
To help you stay safe and secure online, we've developed the all new Yahoo! 
Security Centre.

Help Palestine [hidayahnet] Hukum : Qisas

2007-07-14 Terurut Topik umar faruqi
Kewajipan melaksanakan hukuman qisas  FIRMAN Allah yang bermaksud; Oleh kerana 
itu Kami tetapkan (sesuatu hukum) ke atas Bani Israel, iaitu barang siapa 
membunuh seorang manusia bukan kerana ia membunuh orang lain atau bukan kerana 
melakukan sesuatu kerosakan di bumi, maka seolah-olah ia telah membunuh manusia 
seluruhnya dan barang siapa yang memelihara nyawa seorang manusia, maka 
seolah-olah ia memelihara nyawa manusia seluruhnya.
   
   
  Sesungguhnya rasul-rasul Kami telah datang kepada mereka membawa 
pengajaran-pengajaran yang jelas kemudian ramai di antara mereka sesudah itu 
menjadi manusia-manusia pelampau di muka bumi. (al-Maidah: 32)
   
   
  Huraian 
   
  Oleh kerana berlakunya banyak pencerobohan, pembunuhan dan pemerasan hak maka 
Allah Yang Maha Kuasa yang mengetahui keadaan dan perilaku manusia, menetapkan 
hukuman qisas yang perlu dilaksanakan, iaitu hukuman balas kepada orang yang 
melakukan pembunuhan dengan sengaja. 
  Hukuman ini sebenarnya telah dikuatkuasakan ke atas Bani Israel di dalam 
syariat yang ditetapkan kepada mereka. 
   
   
  Di dalam Islam, perbuatan bunuh adalah satu dosa besar. Membunuh seorang yang 
lain seolah-olah menyamai perbuatan membunuh seluruh manusia. Tindakan 
menyelamatkan satu nyawa seolah sama seperti menyelamatkan nyawa seluruh umat 
manusia. 
  Hukuman qisas yang wajib dilaksanakan ini mempunyai kesan besar dalam 
membentuk dan mempertahan hak asasi manusia kerana ia mencegah pembunuhan yang 
dilakukan dengan sewenangnya oleh orang lain. Ia mempertahankan maruah manusia, 
mengawal dan membentuk keamanan dan ketenteraman hidup. 
   
   
  Allah merakamkan dalam ayat di atas kecaman terhadap Bani Israel yang ingkar 
dalam melaksanakan suruhan Allah s.w.t. dalam bentuk peraturan dan 
penguatkuasaan undang-undang, Rasul yang didatangkan kepada mereka, mereka 
hinakan dan rendahkan.
  Sikap yang melampaui batas mereka adalah contoh sikap degil golongan yang 
mengingkari perintah dan suruhan Allah s.w.t. 
   
   
  Kesimpulan
   
  Allah yang mencipta manusia, mengetahui perilaku dan sifat manusia, telah 
menetapkan hukuman qisas untuk membendung salah laku dalam jenayah pembunuhan 
yang dilakukan manusia. 
   
   
  Sikap Bani Israel yang mengingkari perintah Allah merupakan sikap manusia 
yang dimurkai Allah s.w.t. 
  – Disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.




Help Palestine [hidayahnet] Hiburan : Ning Baizura bertunang 19 Julai

2007-07-14 Terurut Topik umar faruqi
  Ning Baizura bertunang 19 Julai  KUALA LUMPUR 12 Julai – Penyanyi dan pelakon 
Ning Baizura, 32, akan bertunang dengan Omar Sharif Christopher Layton Dalton, 
33, pada 19 Julai ini.
   
   
  Majlis pertunangan tersebut akan diadakan di rumah bapanya, Sheikh Hamzah 
Sheikh Mohd. di Shah Alam selepas Isyak.
   
   
  Selasa lalu, Ning telah dirisik oleh Omar yang diwakili oleh Datin Farida 
Hashim (ibu angkat Ning) di rumah bapanya.
  Ning ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini berkata, beliau tidak akan 
mengumumkan jumlah wang hantaran dan tarikh pernikahannya nanti.
   
   
  “Bagaimanapun, kami merancang bernikah dalam tempoh setahun dari tarikh 
pertunangan,” kata Ning yang mengakui hubungannya dengan Omar direstui oleh 
keluarga kedua-dua belah pihak.
   
   
  Menurut Ning, pada majlis pertunangan itu nanti, pihak lelaki akan diwakili 
oleh Farida kerana ibu bapa Omar yang menetap di England tidak dapat hadir.
   
   
  Ning dan Omar mula berkenalan pada satu majlis perkahwinan rakan baiknya di 
Bali, Indonesia pada awal September lalu.
   
   
  Kata Ning, Omar yang bertugas di sebuah syarikat minyak di Kuala Lumpur sejak 
dua tahun lalu telah memeluk Islam pada 7 Julai lepas di Islamic Outreach, 
Jalan U-Thant di sini. 
  “Pada hari yang penuh makna itu, Ning tidak dapat turut serta sebab menyertai 
acara Jom! Heboh di Pulau Pinang. Tapi bapa dan abang Ning serta Amir (suami 
pengacara Sarimah Ibrahim) dan Vernon Kedit-Jelly (pengurus Ning) hadir 
menyaksikan acara itu,” kata Ning.
   
   
  Menurut penyanyi itu yang telah memperlihatkan lakonan hebat dalam filem Diva 
baru-baru ini, beliau bercadang untuk mengikuti kursus perkahwinan pada 
September ini.
   
   
  “Masa itu bulan puasa, tidak banyak aktiviti seni. Jadi Ning rasa waktu itu 
memang sesuai untuk kami ikuti kursus perkahwinan sebelum bernikah tahun 
depan,” jelasnya.
  Sementara itu, Omar dalam kenyataan ringkas yang dihantar melalui Vernon 
berkata, beliau jatuh cinta dengan Ning kerana penyanyi itu baik hati dan 
sensitif terhadap perasaannya.
   
   
  ‘‘Ning menerima saya seadanya. Selain terpikat dengan sifat lucunya, dia juga 
wanita jelita yang cerdik dan sentiasa tersenyum,’’ katanya.




RE: Help Palestine [hidayahnet] Bank Islam

2007-07-14 Terurut Topik ZANUSSI MOHD
Assalamualaikum ... kepada semua sahabat sekalian ...
sememangnya dalam keadaan getir sebegini kita tak tahu
apakah yang mampu difikirkan oleh beliau (nizam).
Mungkin kalau kita berada ditempat beliau, kita akan
tahu sendirilah. Bukan senang untuk kita menghalalkan
sesuatu setelah apa yang kita lalui. Mungkin tidak
baik jugak untuk nizam menyumpah kenalan sendiri walau
apa pun yang dilakukannya kepada anda. Saya rasa anda
masih boleh mencari beliau untuk selesaikan kemelut
ini. Banyak berdoa dan buatlah solat hajat semoga
boleh lembut hatinya dan datang berjumpa dengan anda
untuk selesaikan perkara ini. Anda harus bersabar ...
sabar dapat banyak membantu kita ... insyaAllah.

Kita manusia nie kena ada 3 perkara ini ... baru ada
kekuatan 

1) Kekuatan Iman 
2) Kekuatan Amal
3) Kekuatan Kesabaran

Allah sentiasa akan membantu kita kalau kita mohon
kepada beliau. Kita mohon kepada Allah semoga dapat
cari jalan keluar ... seterusnya dapat menyelesaikan
kemelut ini.

 
--- Normansah Bin Rahman (MS)@yahoo.com wrote:

 Assallamualaikum semua,
 Saya rasa apa yang diutarakan oleh saudara Nizam itu
 sesuatu yg telah
 terbuku dihatinya
 sekian lama. Mungkin tiada cara lain utk dia
 melepaskan kemarahannya. Memang
 didalam Islam
 kita digalakkan berkorban sesama sahabat tetapi cuba
 letakkan diri kita yang
 serba kekurangan
 ini ditempat saudara Nizam, mungkin ada yang mungkin
 akan mengambil tindakan
 yang lebih drastik
 selain menghantar e-mail.
 Fenomena yg biasa: Bila kita ingin membuat pinjaman,
 perlukan penjamin,
 dengan manis mulut kita
 memujuk kawan sahabat kita untuk menolong. Tetapi
 setelah mendapatnya kita
 mengelapkan nama
 baik sahabat tersebut dengan tidak menjelaskan
 hutang tersebut. Adakah ini
 kita katakan pengorbanan?
 Pernah tak kita tanya penjamin, bagaimana keadaan
 kewangan kau sekarang.
 Sebaliknya kita berdiam dan
 melarikan diri.
 Di sini saya berharap bagi membantu saudara Nizam
 kita ni kepada sesiapa
 yang mengenali si peminjam
 tersebut bawa dia berjumpa atau suruh dia hubungi
 penjamin dia (En Nizam)
 berbincang bagaimana mengatasi
 masalah ini. Setahu saya setelah jadi court kes,
 peminjam boleh meminta
 mengurangkan bayaran bulanan yang
 dikenakan sehingga lunas hutang tersebut. Selagi
 tidak dilunaskan hutang
 penjamin mahupun peminjam akan
 disenarai hitamkan dan tidak boleh meminjam wang
 dari mana-mana bank. Ini
 bagi saya merupakan satu pengorbanan
 penjamin tersebut. Perlukah kita tambah pengorbanan
 dia dengan menyuruh dia
 melunaskan hutang kita pula.
 Berperi kemanusiankah tindakan kita itu.
 
 Kepada saudara/saudari semua bagi membantu saudara
 Nizam cubalah sama-sama
 kita cari siapa peminjam tersebut
 dan bermuzakarah. Insyaallah akan ada
 penyelesaiannya.
 
 Terima kasih.
 
 
   _
 
 From: hidayahnet@yahoogroups.com
 [mailto:[EMAIL PROTECTED] On
 Behalf Of [EMAIL PROTECTED]
 Sent: Monday, July 09, 2007 1:21 PM
 To: Ikhwanul Muslimun
 Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] Bank Islam
 
 
 
 tgk gaya persembahan ayat, mcm org yg 'tahu' psl
 agama. cuma mungkin belum belajar bab menghalalkan
 pinjaman dan memaafkan kesalahan org lain kot?
 insya'allah. bila tiba masanya, diharapkan sumpah
 akan
 ditarik balik. sama2 kita doakan.
 
 --- [EMAIL PROTECTED] mailto:mat%40yahoo.com ,
 [EMAIL PROTECTED] wrote:
 
  assalammualaikum...
  nizam.. sesungguhnya Allah maha pengasih lagi maha
  penyayang... Rahmat Allah amat besar kepada
 hambaNya
  yang membantu sesama Islam... sahabat Nabi banyak
  berkorban sesama sahabat sehingga semasa berhijrah
  ke Madinah ada di kalangan sahabat menawarkan
  isteri2 mereka kepada sahabat dari mekah.. di
 harap
  en. nizam dapat memahami apa maksud saya.. dan
  semoga Allah menambah berkat dalam kehidupan
 tuan...
 
  [EMAIL PROTECTED] mailto:nizam%40yahoo.com com wrote:
  Assalamualaikum,
  Saudaraku Zainal Mohd Salleh, terlebih dahulu saya
  memohon maaf diatas bicara yang bakal menyentuh
 hati
  dan perasaan saudara.
 
  Wahai saudaraku, ingatlah pesan rasulullah s.a.w
  yg bermaksud, dari Abu Hurairah r.a , “Sesiapa
 yang
  pernah berbuat aniaya pada saudara Islamnya, baik
  berupa kehormatan badan atau harta atau
  lain-lainnya, hendaklah segera minta halal
 sekarang
  juga sebelum datang suatu hari yang tiada
 bergunanya
  harta wang dinar atau dirham, jika ia mempunyai
 amal
  salih, maka akan diambil menurut penganiayaannya,
  dan jika tidak mempunyai kebaikan, maka diambilkan
  dari kejahatan orang yang dianiaya utk ditanggung
  kpdnya.” Dan riwayat dari Abu Umamah r.a, “Siapa
  yang mengambil hak seorang muslim dgn sumpah
  palsunya, maka Allah akan mewajibkan baginya
 neraka
  dan mengharamkannya syurga.” (Riwayat dari
 Bukhairi
  dan Muslim)
 
  Saudara, anda mempunyai hutang tertunggak melalui
  pinjaman peribadi sejumlah $8,402.27 kepada Bank
  Islam (M) Berhad, No Akaun: 12092080010581 dan No
  Kad Pengenalan Malaysia: 601224015855 dan seperti
  yang termaktub dalam akta perjanjian pinjaman
  tersebut adalah menjadi 

Re: Help Palestine [hidayahnet] Tahfiz Turki

2007-07-14 Terurut Topik andi takdir
Terima kasih kepada yang telah memberi pandangan.

Niat saya yang sebenarnya supaya anak saya dapat menghabis dan memberi tumpuan 
kepada hafazan Al-Quran sehingga habis ( insyak Allah target 2 tahun ) dan 
kemudian saya akan memasukkannya pelajaran akademik di sekolah sewasta yang ada 
akademik dan hafazan supaya anak saya dapat mengulang sambil dapat belajar 
akademik seperti di Sekolah Maahad Hafiz Klang dan sebagainya.. 


- Original Message 
From: [EMAIL PROTECTED] [EMAIL PROTECTED]
To: Ikhwanul Muslimun hidayahnet@yahoogroups.com
Sent: Monday, July 9, 2007 6:17:01 PM
Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] Tahfiz Turki

Assalamualaikum warahmatullah

lepas tahfiz nak buat ape? adakah nak terus pelajaran
agama hingga peringkat ijazah.. atau masuk pondok.. ke
nak buat spm . dan buat kursus akademik?

kalau betul betul kat malaysia tahfiz boleh habis 2
tahun. 

kata malaysia juga ada program tahfiz dan akademik.
dan lain lain. 

program kat mesir atau sudan pun ada gak. 

--- isa.sulaiman@ yahoo.com wrote:

 pasal agama lebih prefer belajar dalam negeri 
 
 
 
 anditkd 
 Sent by: [EMAIL PROTECTED] ups.com
 08/07/2007 01:06 AM
 Please respond to
 [EMAIL PROTECTED] ups.com
 
 
 To
 [EMAIL PROTECTED] ups.com
 cc
 
 Subject
 Help Palestine [hidayahnet] Tahfiz Turki
 
 
 
 
 
 
 Saya minta pandangan yang ikhlas tentang belajar
 Tahfiz diTurki.
 Anak saya ada mendapat tawaran untuk menghafaz
 Al-Quran di Turki.
 Anak saya baru berumur 13 tahun dan programme
 tersebut akan berjalan 
 selama 3 tahun. 
 
 Abdul Hadi
 
 
 

 _ _ _ _ _ _
Never miss an email again!
Yahoo! Toolbar alerts you the instant new Mail arrives.
http://tools. search.yahoo. com/toolbar/ features/ mail/




   

Need a vacation? Get great deals
to amazing places on Yahoo! Travel.
http://travel.yahoo.com/

Re: Help Palestine [hidayahnet] Kenyataan Mengarut Dari Seorang 'Mujaddid'

2007-07-14 Terurut Topik Saadiah Awek
Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!
Tak tau apa nak jadi dengan Pak Lah ni!
Lahaula wala quwata illah billah hil aliyil aziim...
Inna lillahi wainna ilaihi rajiuun...



- Original Message 
From: [EMAIL PROTECTED] [EMAIL PROTECTED]
To: Ikhwanul Muslimun hidayahnet@yahoogroups.com
Sent: Wednesday, July 11, 2007 1:22:19 PM
Subject: Help Palestine [hidayahnet] Kenyataan Mengarut Dari Seorang 'Mujaddid'

10/07: Malaysia does not forbid Muslims from converting, PM says
[print] Category: General 
Posted by: Raja Petra 
(Kyodo) - Malaysian Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi said Monday that 
Islamic authorities should be more understanding in handling conversion issues 
following numerous high-profile cases that threw Malaysia's image as a 
progressive and moderate Muslim country into question. 

I have always told the religious departments to listen to their grouses why 
they want to leave the religion. We have to be ready to listen and to resolve 
the problem, he told reporters on the sidelines of an international Islamic 
seminar. 

This is not something that cannot be done (leaving Islam). It has happened 
before. For those who don't want to be Muslim anymore, what can you do? 
Abdullah added. 

Malaysia is currently embroiled in tense and emotional debates over recent 
cases involving Muslims who tried but failed to renounce their religion. 

The discussions pit those who believe Malaysia needs to shore up its Islamic 
credentials with more rigid enforcement against those who want freedom of 
religion and secularism in the multiracial country where non-Muslims account 
for about 40 percent of the 26 million population. 

Some people such as Lina Joy, an ethnic Malay-Muslim who became the country's 
most famous Christian convert, face tremendous challenges to practice their new 
faith.

Joy had to live in hiding due to threats from religious zealots after she 
sought redress in a secular court to recognize her new faith. 

But the country's highest court, the Federal Court ruled that it has no 
jurisdiction over conversion matter and directed her to the sharia Islamic 
court. 

But converts such as Joy know the hurdles they face if they go to the sharia 
court. 

Apostasy, considered one of Islam's greatest sins, is punishable by 
imprisonment or a fine under Malaysia's sharia law. Converts also face being 
sent to rehabilitation centers as in the case of Revathi Masoosai, an ethnic 
Indian-Muslim who wants to be Hindu. 

She applied to the sharia court to renounce Islam and for that she was sent to 
the rehabilitation center for six months. 

Revathi, who was released last week, spoke of being mentally tortured and that 
she was threatened that her 15-month-old baby would be taken away from her. 

She also spoke of being served beef most of the time even though beef is 
prohibited for Hindus. 

Despite her ordeal, the religious authorities still refused to grant her wish 
to embrace Hinduism. 

Instead, she has to continue receiving counseling.  
 


Got a little couch potato? 
Check out fun summer activities for kids.



 

No need to miss a message. Get email on-the-go 
with Yahoo! Mail for Mobile. Get started.
http://mobile.yahoo.com/mail 

Help Palestine [hidayahnet] Semasa : Siapa yang kita mahu dengar?

2007-07-14 Terurut Topik umar faruqi
Siapa yang kita mahu dengar?

Baru sehari lepas DYTM Raja Muda Perak semasa meresmikan Muzakarah Ulamak 2007 
di Ipoh, Perak menitahkan agar Ulamak memainkan peranan yang lebih proaktif 
termasuklah menyata dan melaksanakan kebenaran tanpa prejudis atau bimbang pada 
tekanan mana-mana pihak.


Titah Raja Muda itu lagi:

Ulamak mestilah menghayati nilai-nilai Islam, iaitu bebas dari rasuah, sentiasa 
jujur. Menghormati cerdik pandai dan MENGHUKUM MEREKA YANG BERSALAH WALAUPUN 
SUKAR.


Pada hari yang sama berita itu terbit akhbar tempatan melaporkan pihak 
Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) telah menahan seorang penghibur 
Siti Noor Idayu Abd Moin, 22 kerana mendedahkan tubuh ketika membuat satu 
persembahan dan menggalakkan aktiviti tidak bermoral di tempat kerjanya di 
Pusat Hiburan di Sunway City.


Dalam laporan itu Siti mendakwa bahawa dia hanya memakai baju tidak berlengan 
dan seluar panjang ketika pegawai-pegawai JAIP membuat serbuan itu. Beliau 
turut mendakwa dikasari oleh pihak penguatkuasa JAIP tersebut. 





Pada hari ini akhbar THE STAR melaporkan yang Mufti Perak Datuk Seri Harussani 
Zakaria (yang barangkali mengambil semangat titah DYTM Raja Muda itu) telah 
menegaskan bahawa adalah HARAM (dan berdosa) bagi mana-mana orang Islam samada 
lelaki atau wanita bekerja di tempay yang menghidangkan arak kerana mereka 
dianggap bersubahat dalam aktiviti HARAM itu. Ini melibatkan semua jawatan 
termasuklah kerani atau juruwang.






Siti Noor Idayu dan pakaiannya



Dan dalam kes Siti ini kata Mufti tersebut lagi walaupun jika ibu-bapanya 
memberikan kebenaran untuk beliau bekerja di premis seumpama ini ianya tetap 
HARAM (dan berdosa). Tambahnya:



Jika ibu-bapa anda mengizinkan anda memandu 120kmj di lebuhraya, adakah anda 
berhak melakukan itu?

Kalau kita benar mahu memberikan peranan kepada para Ulamak, memartabatkan 
agama yang kita cintai ini maka sewajarnyalah pandangan Ulamak seumpama ini 
yang bersandarkan nas dituruti dan dipatuhi.Kalau Mufti sudah mengesahkan yang 
bekerja samada sebagai penghibur, pelayan, juruwang atau apa sahaja dalam 
premis yang seumpama ini HARAM maka terimalah hakikat itu tanpa sebarang alasan 
(kebetulan Nash, Timbalan Presiden KARYAWANA dan Sisters in Islam mengeluarkan 
kenyataan yang ternyata tidak seiring dengan kenyataan Mufti Perak ini).


Saya kira Mufti Perak juga perlu menyentuh mereka yang mencari rezeki dan 
bekerja di premis dan syarikat judi, yang juga menggajikan ramai kakitangan 
beragama Islam. Begitu juga pemegang saham dan pengarah syarikat arak dan judi 
ini. Kebetulan juga seorang anak Perak yang bergelar TUN merupakan Pengarah 
Kanan sebuah syarikat gergasi judi di Malaysia, beliau juga perlu dinasihati 
sebagaimana Siti ini.


Help Palestine [hidayahnet] Info : Gambar Fatimah

2007-07-14 Terurut Topik umar faruqi
Masih adakah yang mahu mempertahankan Islam?

Mahkamah Tinggi Shah Alam semalam menolak permohonan V.Suresh untuk mendapatkan 
perintah HABEAS CORPUS bagi membebaskan isterinya Siti Fatimah Abdul Karim 
(yang nama Hindunya adalah M. Revathi) dari tahanan di Pusat Pemurnian Akidah, 
Baitul Aman di Batang Kali, Selangor. Hakim Datuk Su Giok Yam menolak 
permohonan itu yang dikemukakan oleh peguam Karpal Singh atas alasan Siti 
Fatimah telah pun dibebaskan dari Pusat tersebut.


Pada 23 Jun 2006 Siti Fatimah telah mengemukakan permohonan di Mahkamah Tinggi 
Syariah Melaka untuk keluar dari Islam dan menukar namanya dari nama Islam ke 
nama Hindunya atas alasan beliau tidak lagi menganut Islam, telah berkahwin 
dengan V. Suresh menurut agama Hindu dan kini mempunyai seorang anak Diviya 
Dharhini hasil dari perkahwinan itu.


Mahkamah walaubagaimanapun telah mengeluarkan perintah menahan Siti Fatimah 
untuk 100 hari mulai 8 Januari tahun ini (dan kemudiannya dilanjutkan ke 80 
hari lagi) di Pusat berkenaan dan perintah tersebut disahkan oleh Mahkamah 
Tinggi Syariah Selangor yang diberi kuasa ke atas responden memandangkan Pusat 
tersebut berada di Selangor.

 


gambar terkini Fatimah dan anak 
dari laman web Malaysiakini


Perintah tahanan ini telah mendapat liputan hangat media bukan Melayu 
termasuklah media antarabangsa.


Menurut turutan kesnya Siti Fatimah lahir dalam sebuah keluarga Muslim dan 
dibesarkan mengikut ajaran Islam oleh ibu-bapa kandungnya. Pada tahun 2004 
beliau telah lari dari rumah dan berkahwin dengan Suresh.


Semalam juga Siti Fatimah telah dibawa ke Mahkamah Syariah Melaka yang telah 
membebaskan beliau dengan syarat beliau dan anaknya mestilah tinggal bersama 
ibu-bapa kandungnya dan tidak boleh lagi tinggal dengan suaminya yang beragama 
Hindu.


Akhbar Utusan Malaysia meletakkan berita ini di muka 13 tanpa menyebut perintah 
yang dikeluarkan oleh Mahkamah Syariha Melaka sedangkan saya merasakan kes ini 
sangat besar khasnya terhadap umat Islam dan sepatutnya akhbar tersebut 
meletakkan berita ini di muka hadapan dan melaporkan dengan secara terperinci 
perkembangan ini agar menjadi iktibar dan pengajaran kepada umat Islam.


Saya katakan demikian kerana laman web Malaysiakini bukan sekadar melaporkan 
kes ini, malah menonjolkan bahawa Siti Fatimah jelas terus menantang usaha 
untuk mengembalikannya kepada Islam. Beliau kelihatan dalam beberapa gambar 
yang dipaparkan oleh laman web ini, mengenakan pottu (tanda merah di dahi) dan 
demikian juga anak kecilnya, saya kira bagi membuktikan yang beliau masih 
penganut Hindu!


Jika sesiapa berkesempatan menonton klip video yang disertakan oleh laman web 
ini jelas walaupun telah lebih 180 hari berada di pusat pemulihan akidah itu, 
ternyata kakitangan di pusat berkenaan gagal menyelamatkan akidah Siti Fatimah. 
Dalam video berkenaan, antara dailog yang boleh saya ketengahkan di sini:


Wartawan: Tiap-tiap hari buat apa di sana?
Fatimah: Hari-hari kalau nak katakan ikut agama Islam, memang dia orang buat 
ajaran agama Islam, tapi saya tidak pernah ikut, tidak pernah ikut langsung 
satu pun


Wartawan: Punca masalah ditahan, siapa yang buat aduan?
Fatimah: Tidak ada orang buat aduan, saya minta permohonan menukar nama saya 
dan agama saya dekat mahkamah syariah. Saya buat permohonan.


Wartawan: sekarang dalam IC nama Ravathi nama Islam?
Fatimah: Saya nak gugurkan nama itu


(Untuk makluman Fatimah fasih bertutur dalam Bahasa Malaysia)

Di Mahkamah Tinggi semalam wakil dari Majlis Perundingan Agama Hindu, Sikh, 
Buddha dan Kristian turut berada di mahkamah.


Perkembangan ini sudah pasti mencetuskan kebimbangan dihati sebahagian besar 
umat Islam, sejauh manakah kemampuan pihak berkuasa agama kita dalam membela 
dan mempertahankan aqidah umat Islam? Apa yang berlaku di Shah Alam semalam 
sudha pasti dianggap oleh masyarakat bukan Islam sebagai menyekat kebebasan 
mereka dan menggambarkan seolah Islam itu zalim dan memporak-perandakan 
rumahtangga orang.


Saya menyeru para ulamak, pihak berkuasa agama agar melihat balik keberkesanan 
program pemurnian aqidahnya. Jika perlu ditukar dan digantikan para pegawai dan 
kaunselor dengan yang lebih baik dan terlatih, amka segeralah lakukan. Jangan 
kerana kelemahan dan kekurangan kita kelak Islam dilihat sebagai agama yang 
boleh dipermainkan.


Perkembangan kes Siti Fatimah atau Ravathi ini menuntut semua pihak khususnya 
pemimpin-pemimpin masyarakat Islam agar lebih peka dan memikirkan bagaimana 
usaha yang paling berkesan untuk bertindak dalam suasana seumpama ini. Kita 
mahu mempertahankan aqidah penganut Islam tetapi dalam waktu yang sama kita 
perlu memikirkan bagaimana mengelakkan tindakan kita itu dianggap dan 
dieksploitasi sebagai usaha untuk menyekat kebebasan rakyat.


Kalau dalam hal mempertahankan nasib dan masadepan sekolah dan bahasa Cina, 
para pimpinan masyarakat Cina dari MCA, Gerakan dan DAP boleh duduk berunding 
semeja dan bersetuju serta membuat tuntutan bersama saya tidak 

Help Palestine [hidayahnet] Hukum : Surat bernatai dan sewaktu dengannya...

2007-07-14 Terurut Topik umar faruqi
Jika anda ingin tahu dari siapakah bermulanya surat berantai yang kononnya 
dari Sheikh Ahmad yang bermimpi bertemu Rasulullah didalam mimpinya, bacalah 
keterangan dibawah ini:-

 
  
Keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan 1978


 
  
SURAT SHEIK AHMED PALSU, KHURAFAT DAN BOLEH MENJATUHKAN MURTAD


 
   
  Majlis Fatwa Kebangsaan 1978
 
   
  Mengesahkan surat ini ditulis oleh paderi-paderi biara Blessings of St 
Antonio, Texas, USA pada tahun 1974/75 untuk mengelirukan umat Islam. Penulis 
asal surat ini ialah mendiang Father Francis Jose de Villa, seorang paderi 
Katolik 
dari Argentina berketurunan Arab-Syria (bekas penganut Islam, nama asalnya 
Mohamed Elias Skanbeg). Dia pernah bertugas di Instituto Sacristo Convocione 
Reliogioso di Brindisi, Itali sebagai mubaligh Katolik antara tahun 1966-1968 
di bawah Cardinal Agostino Casaroli. Father de Villa meninggal dunia  pada 
tahun 1980 di Texas dalam usia 54 tahun . 

Menurut Allahyarham Sayyed Mohamed Raisuddin Al-Hashimi Al-Quraisy, penjaga 
makam Rasulullah SAW di Madinah antara tahun 1967-hingga 1979, tidak ada 
penjaga makam bernama Sheik Ahmad antara tahun 1881 hingga 1979. 


Penjaga makam di Madinah ialah:


 
  Sayyed Turki Abu Mohamed Abdul  Razaque Al-Hashimi Al-Quraisy 
(1881-meninggal dunia 1932), anaknya Sayyed Hashim Abu Faisal Abdul Jalil 
Al-Hashimi Al-Quraisy (1932-meninggal dunia 1934), adiknya Sayyed Abdul Karim 
Mutawwi Al-Hashimi Al-Quraisy (1934-bersara 1966) dan anak saudaranya Sayyed 
Mohamed Raisuddin bin Mohamed bin Abdul Razaque Al-Hashimi Al-Quraisyi 
(1967-meninggal dunia 1979).

 
  
Bekas menteri besar Perak Allahyarham Tan Sri Mohamed Ghazali Jawi 
bertaubat dan mengucap kalimah syahadat sekali lagi di hadapan Kadi Daerah 
Kinta pada tahun 1976 setelah beliau mengaku pernah menerima dan mengirim surat 
ini kepada dua puluh orang kawannya. Peristiwa ini berlaku tidak lama sebelum 
beliau meninggal dunia. Bekas Kadi Daerah Kinta meminta beliau mengucap semula 
kerana bimbang beliau telah gugur syahadah (murtad). 


Allahyarham Datuk Shafawi Mufti Selangor mengisytiharkan bagi pihak Majlis 
Fatwa Kebangsaan bahawa barang siapa dengan sengaja menyebarkan risalah ini 
adalah melakukan syirik dan tidak mustahil jatuh murtad melainkan dia 
bertaubat dan menarik balik perbuatannya itu terhadap sesiapa yang telahpun 
dikirimkan risalah ini. 
   


  
( Surat Keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia Bil. 7/78/I).
 
  
Keputusan ini diiktiraf oleh Majlis Raja-raja Melayu dalam mesyuaratnya di 
Pekan pada 16 Oktober 1978, dipengerusikan oleh Almarhum Sultan Idris Shah, 
Perak. Menurut Majlis Fatwa Kebangsaan 1978, menyebar surat ini termasuk dalam 
menyekutukan Allah S.W.T. dengan syirik yang amat besar (shirk-i-kubra) serta 
mempermainkan Rasulullah S.A.W. serta menyebar dengan niat tidak baik 
kekeliruan dan muslihat di kalangan umat Islam.. 
  
Lagipun, surat ini menggambarkan pembohongan yang amat besar terhadap 
junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. serta ajaran baginda kerana menggambarkan 
SHEIK AHMAD sebagai perawi hadith sesudah 
kewafatan baginda.

 
   
  Allahyarham Datuk Sheik-ul-Islam Mufti Kedah dalam Risalat Al-Aman 1983/Bil 
8, surat ini paling kurang menimbulkan syirik kecil dan murtad secara tidak 
sengaja terkeluar dari Islam, serta syirik yang besar jika sengaja maka 
taubatnya tidak sah melainkan dibuat dengan sesungguhnya. Adapun jika seseorang 
itu menyalin surat ini kepada umat Islam lain, jatuhlah hukum ke atasnya 
mentablighkan perkara syirik dan khurafat. Sesungguhnya ulamak sependapat 
perbuatan itu sungguh besar syiriknya dan boleh mengakibatkan murtad walaupun 
tanpa sadar si-pengirim.

 
   
   Hentikanlah menyebarkan juga seperti mana menghentikan SMS fadhoil 'amal 
yang cpt;


   
  Ucapkanlah 'La Ilaha Illallah' dan sebarkan kepada 10orang nescaya kamu akan 
mendapati keajaiban, dan pelbagai fadhoil maudhu yang tidak ada sanadnya. 
Sedangkan mencipta sesuatu fadhoil 'amal seumpama mencipta satu targhib baru 
yang disangka hadith oleh orang awam adalah haram bahkan berdusta pula ia bagi 
pihak Nabi S.A.W.


   
  HENTIKAN MENGHANTAR EMAIL YANG BOLEH MENJADIKAN KITA SESAT TANPA KITA 
SEDARI..INSAFLAH .SEMOGA ALLAH MENGAMPUNKAN DOSA KITA...
 
   
   


Help Palestine [hidayahnet] Re: [NaqibNet Diskusi] KEGAGALAN SISTEM PENDIDIKAN KEBANGSAAN

2007-07-14 Terurut Topik fadzil abdullah
Salam;

Pada 21/7/2007 hingga 22/7/2007 satu Persidangan berkenaan Pendidikan Islam 
akan di adakan di PUTRA HOTEL, JALAN TUN ABDUL RAZAK dengan tema 'Enhancing 
Network of Islamic Education. Pastikan ikhwah dan akhwat mendaftar diri untuk 
menghadiri persidangan ini. Kita melihat agenda pendidikan bukan dalam kacamata 
glokal tetapi sebagai rahmatalalamin. Kita perlu menggaris agenda dunia dalam 
mencorakkan generasi akan datang. Reformasi pendidikan hendaklah diamati dari 
perspektif ubudiyah yang hakiki. Perpaduan yang diimpikan juga adalah atas 
landasan shahiidatain.

Untuk mendaftar diri boleh hubungi:

   Dr Sahrim - Naib Presiden JIM -  0193302096

   Uz. Megat - Pengerusi MUSLEH - 0192687058

   Fadzil Hj Abdullah - Secretary ICEE - 0123893752

   Uz Shamsul Maarif - Secretary MUSLEH - 0132758565
TIGA KERTAS UTAMA akan dibentangkan oleh:


   Br Daud Tauhidi dari Philadelphia USA
   Assoc Prof Dr Abdul Razaq Dafari dari Ummul Qura Saudi.
   Prof Dr Sidek Baba (tidak perlu kepada pengenalan lagi)
Lebih dari 20 kertaskerja akan dibentangkan dalam sessi selari. 6 country 
report dijadual untuk dibentangkan.

Ayuh JANGAN TUNGGU LAMA-LAMA TEL SEKARANG atau pun message kepada [EMAIL 
PROTECTED] untuk mendaftar diri. TAMPIL UNTUK SOLIDARITI KEPADA USAHA MENGARUS 
PERDANA PENDIDIKAN  ISLAM.

Kesempatan terhimpun tokoh-tokoh pendidikan maka ICEE dengan colaboration 
MUSLEH menganjurkan DINNER PERDANA pada malam 21/7/2007 di Grand Season Hotel. 
Kita sasarkan 100 meja. Hubungi sekolah SRI atau SMI yang berdekatan untuk 
menempah meja. Minima RM1,000.00 semeja.  Boleh terus kepad MUSLEH VENTURES SDN 
BHD Tel: 03-5548 3140 atau fax 03-5542 7864.

Mari himpunkan satu ribu orang. Denyut jantung ummah menzahirkan usaha memupuk 
perkongsian Rahmatal Alamin Al-Islam penyelamat manusia.


fadzil bin hj abdullah
0123893752





ab rahim abdul hamid [EMAIL PROTECTED] wrote: 
 Nilai semula sistem pendidikan’   
Oleh Abdul Halim Yusoff 

  
PETALING JAYA: Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam mencadangkan 
kajian menyeluruh dibuat terhadap sistem pendidikan negara bagi mencari jawapan 
kenapa sekolah berasaskan aliran agama dan kaum semakin berkembang berbanding 
sekolah kebangsaan.



  Beliau berkata, kerajaan perlu membuat satu penilaian serius dan mendalam 
berhubung isu itu kerana  selepas 50 tahun mencapai kemerdekaan, perbezaan 
aliran sistem pendidikan sekolah semakin menonjol. 

“Semua pihak perlu dibabitkan dalam kajian itu dan pastikan pandangan mereka 
didengar, dinilai dan diberi perhatian seperti yang pernah dibuat dalam Penyata 
Razak dan Penyata Rahman Talib pada awal negara dibentuk.

“Kajian perlu dibuat, tak kiralah berapa lama keputusannya dapat diperoleh 
setahun atau dua tahun, tapi yang penting ia mesti dilakukan supaya kita tahu 
kenapa perkara itu berlaku,” katanya ketika sesi soal jawab program Syarahan 
Tun Abdul Razak anjuran Yayasan Tun Razak, di sini, malam tadi. 

Hadir sama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Pengerusi 
Yayasan Tun Razak, Tun Mohamed Hanif Omar. 

Terdahulu, Musa menyampaikan syarahan bertajuk Resipi untuk Perpaduan Dalam 
Dunia Yang Semakin Berubah. Ucapannya antara lain menyentuh kejayaan pelbagai 
dasar yang diperkenalkan Tun Razak, merangkumi Dasar Ekonomi Baru (DEB),  
pembangunan agensi seperti Mara dan Felda serta pembangunan sistem pelajaran.

Dasar itu, katanya, menyumbang kepada kestabilan dan kemakmuran negara, 
menghapuskan kemiskinan dan merapatkan jurang polarisasi kaum serta membolehkan 
negara mempunyai ramai golongan kelas menengah. 

Mengenai golongan kelas menengah, Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin 
bertanya kepada Musa kenapa sejak beberapa tahun lalu, timbul trend golongan 
berkenaan menghantar anak mereka ke sekolah agama atau sekolah vernakular, 
bukan ke sekolah kebangsaan. 

Mengulas lanjut, Musa berkata, kajian menyeluruh perlu kerana arah aliran itu 
jelas terserlah dan beliau sendiri menyedari sebilangan besar orang Melayu 
menghantar anak mereka ke sekolah Cina. 

  


-
Sick sense of humor? Visit Yahoo! TV's  Comedy with an Edge to see what's on, 
when.
 
   

   
-
To help you stay safe and secure online, we've developed the all new Yahoo! 
Security Centre.

Help Palestine [hidayahnet] Ekslusif : Kisah anak orang terkaya di Malaysia...

2007-07-14 Terurut Topik umar faruqi
  Eksklusif: Kisah anak Ananda Krishnan jadi sami   

 Thursday, 12 July 2007


   
ANANDA... benarkah anak lelaki tunggalnya minta sedekah di KLCC?

Oleh Khalid Jaafar SEHINGGA sekarang saya tidak memahami sepenuhnya apa yang 
berlaku di Pejabat Anwar Ibrahim sepanjang saya berkhidmat di sana selama 10 
tahun, di kementerian pendidikan, kementerian kewangan dan pejabat timbalan 
perdana menteri.


  Pejabat itu adalah yang paling kompleks, mengatasi kompleksiti pejabat pm. 
Selalu ada orang yang mengejutkan masuk ke-pejabatanya.

Setiausaha-setiausahanya akan bertanya-tanya: siapa orang itu? Bagaimana dia 
boleh dapat appointment jumpa tpm? Orang itu tidak akan dapat menemui tpm jika 
namanya dan waktunya tidak dituliskan dalam Diari Merah, ditulis oleh tpm 
sendiri atau orang yang memegang diari tersebut. Dan hanya seorang yang 
memegangnya.


Sebagai contoh: Suatu hari saya ternampak sami Buddha memasuki pejabat tpm. 
Satu tahu itu sami Buddha kerana kepalanya botak dicukur, memakai jubah kuning 
kunyit dan berselipar Jepun. Hanya ada seorang lain yang berjubah datang 
menemui Anwar di pejabatnya. Tetapi dia tidak pakai jubah kuning kunyit, 
selalunya cokelat muda, berserban dililit cara Hadharmaut dan memakai sepatu 
murah. Orang itu adalah Haji Ismail Mina.

 
Setiausaha-setiausaha di pejabat tidak memandang serius haji ini yang rupanya 
hanya seperti orang kampong dan tidak melayannya sebagaimana mereka melayani 
menteri-menteri atau tokoh-tokoh korporat. Hanya saya yang melayaninya dibilek 
tetamu atau dibilik saya sendiri. Saya senang berbual dengannya dan dia pandai 
berseloroh. Bila dia akan menyatakan pendiriannya yang serius dia akan berkata: 
Ya akhi, enta kena faham, ana ..


Orang perantaraan TPM dan Presiden PAS
Kawan-kawan dipejabat hanya mengenalinya sebagai salah seoranggeng Abim. 
Mula-mula saja juga menjangka beliau salah seorang dari kawan lama Anwar yang 
datang membawa business proposal. Sheikh pun kena tolong orang-orang kita, 
kata haji tersebut. Akhirnya saya tahu beliau adalah orang perantaraan antara 
Anwar Ibrahim dengan Uztaz Fadhil Nor yang ketika itu presiden Pas. Rahsia itu 
pecah pada suatu malam.

 
Saya datang ke rumah bos untuk berbincang tetang ucapannya yang akan datang. 
Perbincangan dipendekan dan Anwar berbisik meminta saya meninggalkan rumahnya. 
Tidak ada orang lain ketika itu dan saya heran kenapa dia tergesa-gesa. Ismail 
Mina nak datang bawa Ustaz Fadhil. Dia tidak akan masuk rumah kalau ada orang 
lain. Maka sayapun beredar segera.


Saya faham apa urusan haji berjubah cokelat menemui Anwar. Tetapi sami Buddha 
berjubah kuning kunyit? Setelah beberapa saat sami itu masuk dan pintu ditutup 
saya baru terlintas bahawa saya mengenalinya. Saya berlari dan masuk ke pejabat 
tpm untuk menyapanya. How are Timi, kami bersalaman intim. Dan perbualan 
tersebut saya menyanya soalan yang sekarang saya kira agak bodoh. Sudahkah 
kamu sampai ke Nirwana? Dia menjawab dengan nada yang tawadhu, dan saya 
meninggalkannya berbual dengan Anwar, dan saya tidak tahu apa yang mereka 
perbualkan.


Timi anak lelaki tunggal Ananda Krishnan
Timi adalah anak lelaki tunggal orang terkaya Malaysia, Ananda Krishnan. Kami 
bertama kali bertemu di Andalusia, Sepanyol, September 1994. Pada waktu itu ada 
persidangan tahunan IMF dan Bank Dunia di Madrid yang perlu dihadiri oleh Anwar 
sebagai menteri kewangan. Selepas itu beliau perlu pergi ke Washington untuk 
menerima anugerah presiden Universiti Georgetown kerana sumbangannya terhadap 
dialog antara kebudayaan dan memberi ucapan.

 
Paul Wolfowitz, ketika itu dekan SAIS (School of Advanced International 
Studies), juga mengundang Anwar untuk memberi pidato di universitynya. Acara 
begitu padat maka pak menteri membawa tiga setiausaha bersamanya selain dari 
tim keselamatan. Yang pertama, dan tidak boleh tidak, adalah pemegang Dairi 
Merah. Tanpa dia acara menteri akan jadi puting beliung. Keduanya Muhammad 
Ahmad (Allahyarham) setiausaha sulit kanan di kementerian kewangan kerana 
urusan IMF-Bank Dunia dan akhir sekali saya untuk menjaga penyediaan ucapan dan 
membuat pindaan saat-saat akhir yang dituntut oleh menteri.


Merancang perjalanan dan penerbangan bukanlah mudah. KL ke London, London ke 
Paris, Paris ke Madrid, Madrid ke Washington. Dan disetiap kota ada acara dan 
temu janji. Di London menemui Gordown Brown, di Paris menemui Jacques Chirac, 
dan orang Malaysia yang ikut serta juga ingin menemui tpm. Maka untuk 
memudahkan penerbangan pemegang Dairi Merah menyewa jet milik Ananda Krishnan 
untuk penerbangan beberapa sektor.

 
Kami sampai beberapa hari lebih awal sebelum persidangan IMF-Bank Dunia di 
Madrid. Anwar Ibrahim mahu melihat kesan-kesan peninggalan tamadun Islam di 
Andalusia. Ananda membawa Timi kerana anak muda itu tahu berbahasa Sepanyol 
untuk membantu kami berkemunikasi 

Re: Balasan: Re: Help Palestine [hidayahnet] Tahfiz Turki

2007-07-14 Terurut Topik joko lungo
Assalamualaikum warahmatullah

kita lihat data yang kita ada.

satu juzuk alquran resam othamani ada 20 muka. jadi
jumlah semua muka surat ada 600 muka. tolah yang dah
hafal skit skit. jumlah muka surat yang perlu dihafal
ialah lebih kurang 580.  kalau satu hari 10 muka
(lepastu ulang kaji yang semalam.. maknanya 1 hari
kena 20 muka surat) maka akan khatam dalam masa 60
hari tanpa henti kalau masukkan  ingatkembali apa yang
telah dihafal minggu 2 hari, 3 hari, 4 hari 5 hari
lepas..  maka jumlah 60 hari ni akan bertambah.. 

masa menghafal yang pernah saya lihat dimalaysia ialah
17 minggu.

student ni dapat 12A masa spm.

bagi student yang pandai, dan institusi hafiz yang
efficient dengan guru yang baik. 1.5 tahun adalah 
masa yang paling wajar menghabiskan hafazan. kemudian
6 bulan untuk menggulang.   perlu diingat, betul betul
hafiz mesti boleh menghafaz 3 hingga 5 juzuk satu
hari. sewaktu mengulang.  lebih baik lagi kalau boleh
10 juzuk sehari... 

kalau baca kelajuan biasa 1 juzuk akan ambil 45 minit.
dalam speed menghafaz mungkin dia ambil 20 minit satu
juzuk.  jadi kalau sorang guru ada 15 orang murid dan
kalau semua murid boleh membuat hafazan baru sebanyak
4 muka surat. cikgu tersebut akan perlukan minimum 1
jam,(kalau tak de salah langsung)  biasanya lebih dari
3 jam.  lepas tu untuk menyemak yang dah hafaz
semalamnya  2 jam lagi akan diperlukan. .. kira tu je
mampunya.  kalau semua student dia buat lebih dari 4
muka surat.. mau pengsan cikgu tu.
tu belum lagi kena betulkan tajwis.

4 muka surat ni.. akan membolehkan student habis dalam
masa 150 hari.(tanpa  cuti) 

kalau 2 muka surat sehari. student akan habis
menghafal dalam masa 1 tahun (tanpa ulangan)

kalau nak habis 2 bulan maknanya satu hari pelajar
kena hafal 10 muka surat dan mengulang 10 muka surat..
 20 muka surat tu.. 

rasanya nak betulkan tajwid bebudak tahfiz ni pun
perlukan lebih dari 2 bulan.


jadi..  fikir fikirlah 

wassalam 

--- [EMAIL PROTECTED],
[EMAIL PROTECTED] wrote:

 Assalaamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

   Kehadapan Ikhwah sekelian hafidzhohumullah,

   Pada pendapat saya tidak perlu untuk menghabiskan
 masa selama 3 tahun untuk menghafalkannya di Turki
 atau dimana-mana. 
   Saya berpendapat pembelajaran tahfidz tidak
 sepatutnya menjangkau lebih daripada setahun.  Ini
 adalah kerana saya mengetahui diberapa tempat dimana
 pelajar-pelajar menghafalkan Al Quran hanya selama 2
 bulan mengikut penghafalan yang sangat padat. Ini
 telah lama dilakukan di beberapa negara arab seperti
 di negara Arab di Saudi di Qasim, ianya juga
 sekarang dibuat di UAE dan berapa tempat lagi.  

   Walaubagaimanapun bagi masyarakat kita yang
 kemungkinan lemah daya penghafalan setahun untuk
 menghafal selama setahun adalah lebih daripada
 mencukupi dan lebihan daripada masa itu bagi
 pendapat saya adalah pembaziran masa dan ketidak
 wajaran didalam membahagikan masa. Sekiranya lebihan
 masanya dimantapkan dengan penghafalan kitab-kitab
 tafsir atau ilmu-ilmu lain mungkin adalah wajar. Ini
 sekiranya seorang pelajar memberikan seluruh masanya
 untuk mempelajari Al Quran tetapi sekiranya
 penghafalan dibuat secara sambilan maka tidak
 termasuk didalam saranan ini. 

   Ini adalah sebagai pendapat diatas amatan dan
 pengalaman yang pernah saya alami didalam melihat
 dan mengikuti program padat seperti yang disebutkan
 diatas. Kemungkinan ianya dilihat sebagai sesuatu
 yang tidak boleh berlaku seperti pernah seorang
 hafidz yang pernah menyelesaikan penghafalannya di
 malaysia memustahilkan program seperti ini akan
 berhasil, tetapi sebagai makluman ianya telah
 berhasil didalam amatan saya sekiranya dilihat
 prestasi seorang yang tidak begitu cerdas untuk
 menghafal iaitu memerlukan 8 bulan untuk menghafal
 seluruh Al Quran dengan diikuti dengan ulangkaji
 sendiri dan bersama teman yang berterusan selepas
 setiap hafalan.

   InsyaAllah program ini kemungkinan akan
 diperkenalkan di Malaysia atau Singapura sekiranya
 segala usaha untuk dilaksanakannya berjaya. 

   Ameen. 

   Sekian Terimakasih.


   Abu Mus'ab


   [EMAIL PROTECTED],
 [EMAIL PROTECTED] wrote:
   assalamualaikum wbt...
 menghafaz quran dimana² pun boleh dan sesuai...tp
 pengalaman dan suasananya cukup berbeza.
 
 pada pandangan saya lebih baik encik abdul hadi
 terima tawaran itu kerana bukan semua orang bertuah
 menapat peluang tersebut...ia baik utk pengalaman
 dan penguasaan ilmu yang berpandangan lebih
 jauh.anak encik abdul hadi boleh mengetahui dan
 memahami kehidupan masyarakat selain malaysia.ianya
 baik untuk pengalaman hidup.
 
 
 [EMAIL PROTECTED] wrote:  
 pasal agama lebih prefer belajar dalam negeri  
 
 
 anditkd 
 Sent by: hidayahnet@yahoogroups.com   08/07/2007
 01:06 AM   Please respond to
 hidayahnet@yahoogroups.com
 
 
 To
   hidayahnet@yahoogroups.com   cc
   
   Subject
   Help Palestine [hidayahnet] Tahfiz Turki
 
   
 
 
 
 
 Saya minta 

Help Palestine [hidayahnet] re: Wakil rakyat itu hamba rakyat

2007-07-14 Terurut Topik Amir Hamzah
Assalamualaikum,

Betui juga kata penulis ini, wakil rakyat sebenarnya bertugas untuk rakyat dan 
bukan sebaliknya. Ini juga bererti bahawa kerajaan, tak kiralah umno ka, PAS 
ka, PKR ka, kesemuanya patut akur pada keperluan dan aspirasi rakyat dan bukan 
sebaliknya. Bermakna, jika rakyat tidak setuju dengan projek mega dan mewah 
yang kebanyakkan membadzir sedangkan keperluan asas ramai lagi rakyat tidak 
disediakan, kerajaan itu telah melanggar perjanjian atau amanah mereka. 
Bermakna juga rakyat berhak untuk menyuarakan bangkangan dan seterus itu 
memilih kerajaan alternatif.


Salam Aman [EMAIL PROTECTED] wrote: 
Roslan SMS
Wakil rakyat itu hamba rakyat

Isunya tidak berpuashati dengan pembinaan menara telokomunikasi yang 
ditempatkan di kawasan mereka, iaitu di Solok Sungai Pinang, berhampiran 
Georgetown. Lalu mereka memanggil satu majlis dengan menjemput ahli EXCO yang 
berkaitan beserta wakil rakyat kawasan mereka untuk hadir. Maka datanglah Dr 
Teng Hock Nan, Pengerusi JK Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalulintas dan 
Hubungan Kaum (beliau juga Naib Presiden Gerakan dan kebetulan abang kepada 
ADUN DAP Sg Pinang di Selangor, YB Teng Chang Khim).

Saya mengambil berita dari NST ini untuk menunjukkan betapa berkuasanya rakyat 
sebenarnya. Tidak seperti persepsi sebahagian masyarakat Melayu kita seolah 
wakil rakyat itu Tuan Besar, wakil rakyat itu penentu segala-galanya. Sedangkan 
kita selalu lupa tanpa undi dan sokongan kita,  dia sekadar seorang calon yang 
silap gaya boleh dtewaskan atas kehendak kita.

Berbalik kepada kisah 150 orang penduduk yang rata-rata terdiri dari masyarakat 
Cina di Solok Sungai Pinang. Mereka tidak berpuas hati dengan keputusan 
kerajaan negeri membenarkan menara itu ditempatkan behampiran kawasan 
penempatan mereka. Tetapi ahli EXCO yang hadir enggan melayan tuntutan mereka 
(agar menara itu dipindahkan ke tempat lain).

Akhirnya apabila mereka mencuri kesempatan untuk bertanya berkenaan hal lain, 
EXCOP tersebut enggan menjawab dan bangun meninggalkan dewan.

Menurut NST ketika kejadian itu berlaku, mereka yang hadir menyorak marah dan 
melimparkan berbagai kata-kata antara lain:

YB tipu. Apa jenis ahli politik ini?

Malah Pengerusi Jawatankuasa Penduduk berkata kepada NST:

Seorang ahli politik yang baik sepatutnya mendahulukan  kepentingan rakyat dari 
yang lain-lain. Namun dia (Dr Teng) telah membelakangkan kami, ini sungguh 
mengeciwakan.

Demikianlah nasib ahli EXCO di Pulau Pinang. Masyarakat Cina terbutki 
menjadikan wakil rakyat itu bertanggungjwab tersu kepada mereka. Yang lain 
bagaimana? Saya menjangkakan jika beginilah trend nya tidak mustahli penduduk 
di kawasan ini dan mungkin sebahagian besar yang lain di Pulau Pinang akan 
menolak Gerakan dan konco-konconya. 

Yang lain di luar Pulau Pinang bagaimana? 

Yang wakil rakyatnya Zakaria Mat Deros macam mana?


*** - ***
Sokong [EMAIL PROTECTED], groups baru ditubuhkan selepas email moderatornya 
digodam. 
 http://groups.yahoo.com/group/harakah_daily/
Tontoni: webtv8 di http://wtv8.tv/v1/ tvpas di http://www.tvpas.com/

-
Kini dengan  simpanan sebanyak 1GB
http://my.mail.yahoo.com/
 
  
-
Bosan dengan spam? Mel Yahoo! memiliki perlindungan spam yang terbaik
http://my.mail.yahoo.com/
   
-
Bosan dengan spam? Mel Yahoo! memiliki perlindungan spam yang terbaik
http://my.mail.yahoo.com/