Help Palestine [hidayahnet] Contoh Ringkasan Eksekutif dalam Kertas Kerja Perniagaan

2010-08-16 Terurut Topik studioperintis
Penyediaan Kandungan Dokumentasi

Bahagian ini merupakan tajuk penting, iaitu anda harus memastikan bahawa
kertas kerja dan pelan perniagaan anda mengandungi kesemua tajuk berikut.
Segala isi kandungan yang ingin disampaikan terletak di bawah tajuk-tajuk
ini. Namun begitu, isi kandungan ini juga tertakluk kepada jenis perniagaan
yang ingin diusahakan, jika perniagaan yang ingin dijalankan merupakan
perniagaan yang banyak menjurus ke sektor perusahaan, maka tajuk seperti
Strategi Pemasaran, Implikasi Kewangan dan Janaan Pendapatan haruslah diberi
penekanan. Manakala jika anda bakal mengusahakan perniagaan berbentuk
perkhidmatan maka tajuk seperti Situasi Masa Ini, Konsep Pelaksanaan dan
Kajian Sasaran dan Persaingan haruslah dititik-beratkan.

1.Ringkasan Eksekutif/Pelan

Merupakan tajuk selaku pembuka tirai bagi kertas kerja anda. Di bawah tajuk
ini, ditulis sinopsis atau ringkasan penulisan anda agar pembaca mendapat
gambaran menyeluruh tentang perkara yang ingin disampaikan melalui kertas
kerja dan pelan perniagaan anda. Ringkasan itu dimulakan dengan memberikan
idea serba ringkas tentang objektif dan matlamat kertas kerja dan nyatakan
hasil (output) yang diharapkan pada akhir penyampaian pembentangan tersebut.
Ringkasan Eksekutif/Pelan  http://www.books.perintis.com.my ini
kebiasaannya tidak terlalu panjang dan hanya perlu disediakan untuk 1 atau 2
muka surat sahaja.

Di sini jugalah anda perlu menyatakan perkara-perkara yang bakal
dibentangkan untuk menarik perhatian pembaca atau penilai. Secara psikologi,
kita juga kadang-kala akan melihat dahulu tajuk-tajuk menarik sesuatu bahan
bacaan sebelum membelinya, bukan? Begitu juga dengan kertas kerja dan pelan
perniagaan ini, perlu diperjelaskan agenda-agenda yang akan dibentangkan
sebagai faktor psikologi untuk pembaca atau penilai khususnya.

Sebagai contoh di sini diberikan cara Ringkasan Eksekutif/Pelan harus
ditulis;

Kertas Kerja dan Pelan Perniagaan Pusat Cucian Kenderaan xx ini dibangunkan
adalah untuk memperlihatkan secara lebih dekat dan terperinci berkenaan
perkhidmatan/servis perniagaan yang dijalankan sebagai satu Panduan Tindakan
(guideline) dalam memenuhi matlamat kepuasan pelanggan dan masyarakat
setempat khususnya. Dalam Kertas Kerja dan Pelan Perniagaan ini juga
disertakan pelbagai informasi dan keupayaan Pusat Cucian Kenderaan xx yang
merangkumi lapangan seperti yang berikut:

Perkhidmatan yang disediakan - jenis perkhidmatan cucian dan servis yang
diusahakan.

Spesifikasi perniagaan yang menjelaskan hala tuju perkhidmatan.

Pelan pemasaran terperinci merangkumi Perniagaan Luar Lanjutan bagi tujuan
meningkatkan kuantiti pelanggan dan kaedah promosi.

Prosedur Operasi Kerja (S.O.P) bagi perkhidmat-an yang terdapat di Pusat
Cucian Kenderaan xx.

Strategi pelaksanaan yang dapat menunjukkan gambaran keseluruhan strategi
perancangan ini.

Diagram Konsep Perkhidmatan (Concept Diagram) Pusat Cucian Kenderaan xx dan
Konsep Perkhidmatan Luar (Workflow) yang diusahakan.

Senarai aset dan kos-kos yang terlibat untuk permulaan, implikasi kewangan
harian dan jangkaan purata kemasukan bulanan.

Jangka masa pelaksanaan (timeline) yang dicadangkan.

Dengan adanya Kertas Kerja dan Pelan Perniagaan ini dapatlah dikenal pasti
hala tuju dan kaedah yang sesuai agar dapat memberikan ruang perkhidmatan
kepada para pelanggan dengan hanya membabitkan nilai kos yang minimum bagi
memulakan perniagaan ini. Penyediaan kertas kerja ini juga merupakan salah
satu syarat utama yang perlu disediakan bagi memohon pinjaman perniagaan
seperti yang dikehendaki. 

Satu kelebihan jika anda berjaya menyiapkan Ringkasan Eksekutif kerana
melalui pendekatan ini, anda sebenarnya telah tahu perkara yang ingin
disampaikan melalui kertas kerja perniagaan tersebut. Saya yakin bahawa anda
akan berasa selesa untuk meneruskan penulisan kandungan yang seterusnya.

Maklumat lanjut berkenaan buku ANEKA CONTOH KERTAS KERJA PERNIAGAAN ini
boleh didapati di  http://www.perintis.com.my/ http://www.perintis.com.my
atau sila hubungi Cik Nor di talian 03-9019 5303.

Help Palestine [hidayahnet] Penyediaan Ubat Menggunakan Kurma

2010-06-28 Terurut Topik studioperintis
Kurma memang enak dimakan begitu sahaja. Namun begitu, terdapat pelbagai
cara yang boleh dilakukan untuk memaksimumkan khasiat kurma kepada manusia.
Dengan campuran bersama dengan bahan lain, kurma boleh dijadikan ubat yang
sangat mujarab untuk pelbagai penyakit. Di bawah ini dihidangkan beberapa
cara penyediaan ubat yang berasaskan kurma untuk merawat beberapa penyakit.

i. Mengubati tenaga batin

Ramuan:

Kurma kering dan susu segar

Cara penyediaan:

Caranya dengan merendam buah kurma kering yang keras (labanah) ke dalam susu
segar dan dibiarkan buat beberapa ketika sehingga kurma kering tadi menjadi
lembut dan air susu tadi bertukar menjadi keperang-perangan. Susu tersebut
bolehlah diminum sambil menyebut nama Allah SWT dan berselawat. Insya- Allah
SWT dengan keizinan-Nya, sekiranya dijadikan amalan rutin, penyakit yang
berkaitan dengan lemah tenaga batin akan dapat disembuhkan.

ii. Mengubati gastrik

Ramuan:

Kurma dan susu lembu atau susu kambing asli

Cara penyediaan:

Masak susu lembu atau susu kambing asli di atas api yang sederhana, masukkan
kurma di dalamnya, biarkan sehingga mendidih, kemudian angkat dan biarkan
suam. Minumlah setiap dua hari, insya-Allah SWT, penyakit gastrik atau medu
akan berkurangan.

Petua dan Larangan Penggunaan Kurma

Kurma sememangnya mempunyai manfaat yang banyak. Namun, terdapat beberapa
larangan dalam pengambilannya.

Antaranya dengan jelas Rasulullah SAW melarang sahabatnya, Shuhaib dan
Sayyidina Ali, memakan kurma ketika sedang sakit mata.

Selain itu, terdapat juga larangan nabi yang melarang memakan kurma dalam
beberapa situasi. Antaranya seperti yang disebut di bawah:

Hadis Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a:

Bahawa Nabi Muhammad SAW menegah mencampurkan anggur kering dan kurma atau
mencampurkan antara kurma muda dan kurma masak.

Terdapat juga hadis yang lain mengatakan bahawa Rasulullah SAW melarang
sahabatnya memakan dua biji kurma sekali gus.

Hadis Ibnu Umar r.a:

Diriwayatkan daripada Jabalah bin Suhaim r.a katanya:

Ibnu Az-Zubair r.a pernah memberikan kami buah kurma. Ketika itu orang
ramai sedang ditimpa kesusahan. Pada waktu kami sedang makan, tiba-tiba
datanglah Ibnu Umar. Dia menegur dengan katanya: Jangan kamu mengambil dua
biji kurma sekali gus. Hal ini demikian kerana Rasulullah SAW telah melarang
perbuatan tersebut kecuali setelah seseorang itu mendapat izin terlebih
dahulu daripada temannya.

(Sahih Muslim: no 3809)

Artikel di atas dipetik dari BAB 1: Kurma dalam buku Kenali 15 Superfoods
Dalam Al-Quran. Maklumat lanjut berkenaan buku ini boleh didapati di
http://www.books.perintis.com.my http://www.books.perintis.com.my/  atau
berhubung dengan Cik Nor di talian 03-9019 5303.

Help Palestine [hidayahnet] Kenali 15 Superfoods dalam Al-Quran

2010-06-24 Terurut Topik studioperintis
BAB 1: KURMA

Pengenalan

Kurma merupakan tumbuhan yang tidak asing dalam kalangan penduduk negara
kita terutamanya apabila menjelang Ramadan. Kurma merupakan hidangan wajib
ketika berbuka puasa. Kurma atau tamar atau istilah saintifi knya, phoenix
dactyloferal merupakan sejenis tumbuhan yang mempunyai khasiat yang begitu
banyak kepada umat manusia.

Disebabkan kepentingannya juga, Allah SWT telah menyebut kalimah kurma
sebanyak 21 kali dalam al-Quran.  Firman Allah SWT dalam surah Maryam ayat
25-26 yang maksudnya:

Dan gegarlah ke arahmu batang pohon tamar itu, supaya gugur kepadamu buah
tamar yang masak.  Maka, makanlah dan minumlah serta bertenanglah hati
daripada segala yang merunsingkan.
(Maryam : 25)

Maka daripada ayat ini, kita dapati dengan jelas Allah SWT mengarahkan
Mariam a.s supaya memakan buah kurma untuk mengurangkan kesakitan bersalin
dan menenangkan hati beliau ketika hendak melahirkan Isa a.s. Sekiranya ada
buah yang lebih baik daripada kurma untuk menahan kesakitan bersalin nescaya
Allah SWT akan mengurniakan buah tersebut kepada Mariam, tetapi ternyata
tidak ada buah yang lebih baik daripada kurma di dunia ini untuk memudahkan
proses bersalin.

Selain ini, diriwayatkan juga kurma terutamanya kurma Madinah sangat
digemari oleh Rasulullah SAW. Antaranya terdapat hadis daripada Sa'ad r.a.
yang bermaksud:

Rasulullah SAW pernah bersabda: Sesiapa yang memakan tujuh biji kurma
antara La Bataiha (dua tanah tidak berpasir di Madinah) pada waktu pagi,
maka racun tidak akan dapat memudaratkannya sampai petang. (Sahih Muslim:
no 3813)

Terdapat pelbagai jenis kategori kurma. Ketika muda kurma dipanggil balah,
manakala ketika mekar kurma dipanggil ruthob, ketika masak, kurma dipanggil
tamar dan kurma kering yang keras pula dipanggil labanah. Semua jenis kurma
ini mempunyai khasiat yang tersendiri.  

Kandungan Nutrien

Ramai yang tidak mengetahui bahawa kurma sangat kaya dengan zat galian dan
vitamin. Antara zat galian dan vitamin yang terdapat dalam kurma ialah
kalsium, zat besi, kalium, vitamin A, B, B1, B2, B3, vitamin C dan E. selain
itu, kurma juga mengandungi unsur bebas lemak dan bebas kolesterol, asid
amino triptofan, glukosa dan sukrosa.

Khasiat Kurma

Kurma mempunyai khasiat yang banyak. Antaranya kurma mampu mengelakkan
penyakit, menyembuhkan penyakit, memudahkan proses bersalin, memudahkan
pencernaan dan banyak lagi.

1.2.1   Kurma mengelakkan penyakit

Zat galian seperti kalium, kalsium, zat besi boleh menyihatkan sel darah
merah dan seterusnya mengurangkan risiko sakit jantung dan diabetes. Kurma
juga mempunyai serat yang tinggi di samping nutrien yang disebutkan tadi.
Semua zat galian yang terdapat dalam kurma amat membantu dalam mencegah
penyakit kronik seperti jantung dan kencing manis. Kenyataan ini dikuatkan
lagi dengan kenyataan daripada Prof. Madya Asiah Mohd Zain, pensyarah
Jabatan Sains Makanan, Fakulti Sains Makanan dan Bioteknologi UPM, Daripada
segi perubatan, amalan memakan kurma setiap hari boleh mengurangkan risiko
seseorang itu diserang penyakit kronik seperti jantung dan kencing manis
kerana kurma mengandungi zat galian seperti kalium, kalsium dan zat besi
yang boleh menyihatkan sel darah merah.

1.2.2   Menyembuhkan penyakit yang kronik

Selain itu, kurma juga mengandungi protein dan garam galian yang
menghentikan tindak balas luar biasa yang dicetuskan oleh gluten di dalam
usus kecil. Tindak balas itu jika dibiarkan boleh membawa kepada pengeluaran
sel darah putih secara berlebihan. Selain gangguan usus, jus kurma berkesan
untuk mengatasi masalah sembelit. Bagaimanapun minuman ini tidak sesuai
diamalkan oleh mereka yang mengidap penyakit diabetes kerana boleh
mendatangkan kesan yang lebih serius.  Jus kurma juga merupakan penawar
mujarab dalam perubatan tradisional untuk mengatasi masalah insomnia. Bagi
mereka yang mengalami masalah batuk, jus kurma sesuai untuk diamalkan kerana
kandungan gula dalam buah kurma bertindak menghilangkan gatal-gatal dalam
kerongkong sekali gus menghentikan batuk.

1.2.3   Memudahkan proses bersalin

Bagi perempuan dalam pantang yang kehilangan darah, zat besi dan kalsium
dalam kurma sangat membantu untuk menambahkan jumlah sel darah merah. Unsur
ini juga boleh meningkatkan kadar pengeluaran susu ibu.  Kalsium dan kalium
yang terdapat dalam kurma juga dapat mengelak daripada berlakunya tekanan
darah tinggi.

Menurut kajian Dr. Mahmud Nazim al Nasimy dalam buku Tempoh Mengandung
Daripada Segi Perubatan: Fiqhiyyah dan Perundangan, jus kurma dapat menolong
mencengkam rahim sewaktu proses kelahiran, memperkukuh urat rahim dan
memudahkan bersalin. Vitamin A pula dapat memelihara kulit yang sihat. Kurma
juga mengandungi kalium yang dapat mengurangkan risiko penyakit strok.  Hal
ini demikian kerana kalium ialah sejenis mineral yang membuatkan kadar
denyutan jantung menjadi teratur serta membantu tekanan darah.

1.2.4   Memudahkan proses pencernaan

Kurma merupakan juadah yang sangat popular pada bulan Ramadan. Umat Islam
memakannya ketika 

Help Palestine [hidayahnet] Koleksi Contoh Dokumen Perjanjian Berserta Panduan Asas Membina Rangka Dokumen Perjanjian

2010-05-02 Terurut Topik studioperintis
Pendahuluan

Dalam membuat sesuatu pekerjaan atau usaha sama, sering kita mendapati bahawa 
urusan ini disudahi dengan sesuatu perjanjian. Tidak kiralah sama ada 
perjanjian tersebut merupakan perjanjian secara lisan, dokumentasi mahupun 
melalui ketetapan jangka masa. Perihal ini telah lama wujud berikutan kita 
(manusia) sentiasa berpegang pada janji dan janji harus dikotakan.

Lihat sahaja segala urusan pekerjaan sejak zaman dahulu seperti contoh seorang 
hamba kepada rajanya, iaitu seseorang hamba itu harus berjanji akan akur akan 
segala perintah yang dikeluarkan oleh rajanya bagi melaksanakan sesuatu 
pekerjaan. Jika tidak, hukuman berat akan dijatuhkan. Begitu juga ketika zaman 
Rasulullah S.A.W, telah ada beberapa perjanjian perikatan demi mewujudkan 
suasana harmoni dalam mengembangkan syiar Islam, sebagai contoh Perjanjian 
Aqabah dan Perjanjian Mekah.

Pada zaman yang berteraskan teknologi moden dan arus pembangunan pesat ini juga 
kita sebenarnya dikelilingi oleh pelbagai jenis perjanjian sama ada perjanjian 
tersebut kita sedari atau tanpa kita sedari. Orang ramai tidak gemar untuk 
membaca sesetengah dokumen perjanjian kerana dokumen perjanjian ini terlalu 
panjang dan dipenuhi dengan ayat-ayat yang sukar difahami. Lantas, akhirnya ada 
antara kita yang terperangkap oleh perjanjian yang telah ditandatangani tanpa 
memahami terma dan syarat perjanjian. Hal ini sesuatu yang merugikan dan 
berkemungkinan menjurus ke arah memakan diri sendiri.

Justeru, buku ini ditulis dan diterbitkan khusus sebagai panduan am tentang 
perjanjian dan seterusnya dalam merangka satu-satu dokumen perjanjian itu. Buku 
ini mengetengahkan pelbagai jenis contoh dokumen perjanjian dan juga penerangan 
berkenaan dengan kepentingannya. Dengan adanya pelbagai jenis dokumen 
perjanjian ini, dapatlah kita sama-sama berkongsi ilmu dalam merangka satu-satu 
dokumen perjanjian yang adil, seimbang dan saksama kepada kedua-dua belah pihak 
yang memeterai perjanjian tersebut.

Contoh dokumen perjanjian yang disajikan dalam buku ini diharapkan dapat 
memberikan cetusan idea dan pengetahuan secara am kepada anda tentang hak dan 
kepentingan yang ingin dilindungi serta sebagai langkah persediaan sebelum anda 
mendapatkan khidmat peguam. Bahasa yang digunakan untuk menulis dokumen 
perjanjian dalam buku ini ialah bahasa Melayu walaupun majoriti dokumen 
perjanjian ditulis dalam bahasa Inggeris. Hal ini tidak menjadi halangan kerana 
dengan tercetusnya idea kasar dan jangkaan hasil daripada bacaan buku ini, 
pembaca akan mengetahui hak dan keperluan masing masing yang ingin dimasukkan 
sebagai terma dan syarat dalam satu-satu dokumen perjanjian tanpa mengira 
medium bahasa pengantar yang digunakan.

Secara ringkas, kandungan dalam buku terbahagi kepada beberapa bab seperti yang 
tertera di bawah:

Bab 1 - Apakah perjanjian?
Bab 2 - Akta perjanjian
Bab 3 - Langkah untuk merangka dokumen perjanjian
Bab 4 - Kesalahan lazim dokumen perjanjian
Bab 5 - 12 contoh dokumen perjanjian

Namun begitu, segala panduan yang diberikan di sini hanya memandu anda ke arah 
pembinaan rangka dokumen perjanjian. Harus diingatkan bahawa pihak penerbit 
tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kerugian yang anda hadapi sekiranya 
menemukan sebarang masalah.

Selamat membaca!

Kandungan

1. PERJANJIAN
1.1 Apakah perjanjian?
1.2 Adakah perjanjian sama dengan kontrak?
1.3 Bilakah kita memerlukan perjanjian?
1.4 Mengapakah perjanjian penting?

2. AKTA PERJANJIAN
2.1 Akta yang berkaitan dengan perjanjian
2.2 Kepentingan mengetahui akta perjanjian

3. LANGKAH UNTUK MEMBINA RANGKA DOKUMEN PERJANJIAN
3.1 Persedian pembinaan rangka dokumen perjanjian
3.2 Perkara asas pembinaan rangka dokumen perjanjian
3.3 Perkara penting yang perlu ada dalam dokumen perjanjian
3.4 Syarat penting dalam pembinaan dokumen perjanjian yang sah di sisi 
undang-undang

4. KESALAHAN LAZIM DOKUMEN PERJANJIAN
4.1 Kesalahan lazim

5. KOLEKSI CONTOH DOKUMEN PERJANJIAN
1. Perjanjian Tahap Perkhidmatan (SLA)
2. Perjanjian Sewa Rumah Berperabot
3. Perjanjian Sewa Rumah Tidak Berperabot
4. Perjanjian Sewaan Tanah
5. Perjanjian Sewa Pejabat Atau Bangunan Komersial
6. Perjanjian Sewa Kenderaan
7. Perjanjian Kerja Secara Kontrak
8. Perjanjian Praperkahwinan
9. Perjanjian Perniagaan Francais
10. Perjanjian Pinjaman Wang
11. Perjanjian Pembelian Kenderaan Terpakai (Penyambungan Bayaran Bank)
12. Perjanjian Perkongsian (Partnership)

Artikel di atas dipetik daripada buku Koleksi Contoh Dokumen Perjanjian 
Berserta Panduan Asas Membina Rangka Dokumen Perjanjian. Harga senaskhah buku 
ialah RM20. Maklumat lanjut berkenaan buku ini boleh didapati dengan melayari 
laman web kami di www.books.perintis.com.my atau hubungi Cik Nor di talian 
03-9019 5303. 

Help Palestine [hidayahnet] Koleksi Contoh Dokumen Perjanjian Berserta Panduan Asas Membina Rangka Dokumen Perjanjian

2010-04-30 Terurut Topik studioperintis

2010-04-28 Terurut Topik studioperintis

Help Palestine [hidayahnet] Untuk siapakah profil syarikat ditulis?

2010-04-11 Terurut Topik studioperintis
Jika sesuatu penulisan itu diterbitkan, maka haruslah ada sasaran pembacanya. 
Begitu juga dengan profil syarikat yang mempunyai sasarannya yang tersendiri. 
Terdapat beberapa sebab profil syarikat penting dan perlu dalam sesebuah 
organisasi hari ini. Pendekatan penulisan yang berbeza dilakukan seiring dengan 
sasaran pembaca atau penilainya.

Kebiasaannya profil syarikat ini dibangunkan mengikut kepentingan seperti yang 
dinyatakan di bawah:

i. Pelanggan sasaran 

Profil syarikat ditulis bagi memberikan penerangan dan butiran berkenaan 
syarikat anda kepada pelanggan agar skop perniagaan dapat dilihat dengan jelas 
oleh pihak pelanggan khususnya.

Kebiasaannya, profil syarikat yang disediakan untuk pelanggan sasaran anda 
haruslah mengandungi segala maklumat dan kenyataan produk yang ingin 
disampaikan mengikut keperluan permintaan pelanggan sasaran tersebut. 

Contoh: 

Syarikat anda menjalankan perusahaan kosmetik, maka semestinya anda 
perbanyakkan maklumat mengenai kebaikan dan imej-imej produk yang ditawarkan 
dalam profil syarikat anda.

ii. Badan kerajaan 

Badan kerajaan merupakan sebahagian daripada kelompok sasaran pelanggan tetapi 
berbeza dari sudut keterampilan perbentangan profil syarikat, iaitu butiran dan 
kerja-kerja yang pernah dijalankan disediakan dengan terperinci. Hal ini 
demikian kerana anda berhubung dengan pihak kerajaan, maka sudah semestinya 
segalanya agak kompleks dan spesifik.

Bahagian kewangan selalunya menjadi isu apabila berhadapan dengan pelanggan 
bagi kategori ini. Hanya syarikat yang mempunyai kewangan yang kukuh mendapat 
menjadi perhatian. Oleh itu, harus diingatkan bahawa anda perlu menitikberatkan 
maklumat dalam bahagian ini. 

Sertakan juga maklumat kejayaan syarikat anda menyempurnakan kerja-kerja atau 
projek sepanjang syarikat ditubuhkan sebagai rujukan.

iii. Tender 

Kemasukan sesuatu tender memerlukan dokumen sampingan yang menjelaskan kekuatan 
sesebuah syarikat. Oleh itu, syarikat anda haruslah menyediakan profil syarikat 
yang lengkap dan menarik perhatian pihak penilai tender.

Jika syarikat anda terlibat dalam sesuatu kemasukan tender, dokumen sampingan 
yang relevan perlu disertakan sekali seperti brosur (brochure) produk atau 
perkhidmatan, imej-imej tertentu seperti lukisan pelan (jika terlibat dengan 
produk fizikal), salinan profil berbentuk cakera padat secara interaktif (ini 
adalah untuk mewujudkan kelainan) dan juga lampiran maklumat syarikat yang 
bekerjasama dengan syarikat anda seperti pembekal, tenaga kerja dan pengeluar 
bahan mentah.

iv. Institusi kewangan 

Profil syarikat juga diperlukan oleh pihak bank dalam menilai pertimbangan 
sesebuah syarikat untuk mengeluarkan pinjaman perniagaan. Aspek penting yang 
perlu diberi penekanan berkaitan dengan bahagian pengurusan kewangan. Segala 
projek atau kerja yang pernah dijalankan perlu dimasukkan dalam profil syarikat 
anda.

Anda haruslah memastikan segala maklumat tersebut adalah tepat dan sah bagi 
tujuan pemeriksaan dan rujukan institusi kewangan tersebut.

v. Pihak berkuasa tempatan

Kadangkala profil syarikat perlu diserahkan kepada pihak berkuasa tempatan bagi 
tujuan kelulusan menjalankan perniagaan dan tujuan rekod. Profil jenis ini 
memadai dengan hanya membentangkan butiran perniagaan yang dijalankan. Anda 
tidak perlu memberikan data terperinci dan secara khusus. 

Hal ini demikian kerana kebiasaannya pihak berkuasa tempatan akan membuat 
rujukan berdasarkan profil syarikat jika berlaku sebarang masalah dan isu 
berbangkit terhadap sesebuah syarikat tersebut semasa atau setelah kerja-kerja 
dijalankan.

Artikel di atas dipetik daripada buku Aneka Contoh Profil Syarikat. Maklumat 
lanjut berkenaan buku ini boleh didapati dengan menghubungi Cik Nor di talian 
03-9019 5303 atau melayari web kami di www.books.perintis.com.my. 

Help Palestine [hidayahnet] Langkah Menuju Kejayaan

2010-03-28 Terurut Topik studioperintis
Langkah 1: Kejayaan Bermula Dengan Imaginasi

I am enough of an artist to draw freely upon my imagination. Imagination is 
more important than knowledge. Knowledge is limited. Imagination encircles the 
world.
- Albert Einstein

Imaginasi merupakan satu penyatuan di kotak pemikiran manusia, iaitu idea-idea 
lama akan bergabung dengan idea-idea baharu untuk membentuk satu kombinasi unik 
yang mempunyai kegunaan baharu yang sesuai dengan keadaan. Setiap sesuatu 
kejayaan bermula dalam pemikiran atau imaginasi seseorang. Sebagai contoh, 
Thomas
Edison telah lama membayangkan mesin yang bersuara, mesin yang mengeluarkan 
imej yang bergerak serta bulba kecil yang mengeluarkan cahaya dalam mindanya 
sebelum rekaan tersebut menjadi realiti. Apabila Thomas Edison mencipta mentol 
lampu elektrik, beliau sebenarnya menggabungkan dua prinsip lama dan mengaitkan 
perkara tersebut antara satu sama lain untuk membentuk satu kombinasi baharu.

Thomas Edison dan saintis-saintis yang lain pada masa itu tahu bahawa cahaya 
dapat dihasilkan dengan memanaskan wayar kecil dengan aliran elektrik, tetapi 
masalah utama yang dihadapi adalah untuk mencari sejenis wayar yang apabila 
dipanaskan tidak akan terputus dua.

Dalam eksperimen-eksperimen yang dijalankan, Thomas Edison telah mencuba semua 
jenis wayar yang ada dan berharap akan menjumpai sejenis wayar yang dapat 
menahan haba yang tinggi, iaitu satu faktor terpenting sebelum cahaya dapat 
dihasilkan. Beliau telah menjalankan beribu-ribu eksperimen sebelum masalah ini 
dapat diatasi.

Semua persoalan terjawab apabila pada suatu hari, Thomas Edison telah 
menggunakan pengetahuan fiziknya, yang digabungkan dengan idea-idea lama dan 
imaginasi yang ada dalam kepalanya merumuskan bahawa tidak akan ada pembakaran 
sekiranya tiada oksigen. Maka, berbekalkan pengetahuan ini, Thomas Edison telah 
meletakkan wayar di dalam sebuah balang kaca tanpa oksigen, dan apabila 
pemanasan berlaku, satu cahaya telah dikeluarkan. Kejayaannya telah 
memanfaatkan jutaan manusia dari dahulu sehingga hari ini. Walaupun terdapat 
pelbagai jenis mentol pada zaman ini, prinsipnya tetap sama.

Begitu juga di sebalik setiap pembinaan jalan, bangunan, institusi kewangan, 
perniagaan yang besar dan ciptaan yang mengagumkan, sebenarnya bermula dalam 
minda seseorang. Imaginasi itu menjadi satu matlamat dan akal serta tenaga 
telah digerakkan ke arah mencapai matlamat tersebut.

Anda tidak mungkin mempunyai tujuan dalam hidup atau tidak mungkin mempunyai 
keyakinan diri atau inisiatif dan sifat kepimpinan, sekiranya anda tidak 
mewujudkan karektor-karektor ini dalam imaginasi anda terlebih dahulu dan 
membayangkan diri anda dengan sifat-sifat positif tersebut. Perjalanan dalam 
fikiran manusia mudah dan digambarkan seperti berikut, sebuah imaginasi yang 
diterjemahkan kepada idea dan dengan perancangan yang baik, hal ini boleh 
menjadikan matlamat itu suatu realiti.

Oleh itu, jangan berputus asa mengharapkan rahmat daripada Tuhan. Jika dalam 
proses melakukan sesuatu anda merasakan perlu ada perubahan, maka lakukan 
perubahan tesebut demi kebaikan. Jika ada banyak rintangan yang datang, anda 
harus bertindak balas secara positif terhadap perkara-perkara tersebut walaupun 
mungkin membantutkan kejayaan anda.

Ingat! Fikir positif tentang kejayaan dan usaha anda. Anda pasti boleh berjaya. 
Jangan sekali-kali berputus asa walaupun telah mencuba berkali-kali, bak kata 
Thomas Edison semasa hayatnya;

I have not failed. I've just found 10,000 ways that won't work.
- Thomas Alva Edison (1847-1931)

kerana seperti kata, Albert Einstein,
The significant problems we face cannot be solved at the same level of 
thinking we were at when we created them.

Jadi, tidak perlu berputus asa!

Artikel di atas dipetik daripada Bab 4: Langkah Menuju Kejayaan dalam buku Cara 
Mudah Mengenal Pasti Langkah Menuju Kejayaan Dalam Hidup. Maklumat lanjut 
tentang buku ini boleh didapati di www.books.perintis.com.my atau sila 
berhubung dengan Cik Nor di talian 03-9019 5303.

Help Palestine [hidayahnet] Rahsia penyampaian ucapan yang baik dan berkesan

2010-03-10 Terurut Topik studioperintis
Menurut kebanyakan pendapat, penyampaian ucapan atau ceramah yang baik 
bergantung pada tiga perkara utama:

Siapakah yang menyampaikan? 
Bagaimanakah maklumat tersebut disampaikan? 
Apakah yang disampaikan? 

Jika diteliti, faktor orang yang menyampaikan diletakkan paling atas sekali 
dalam senarai. Mengapa? Lazimnya, apabila dimaklumkan bahawa akan ada satu 
ceramah di tempat anda, apakah perkara pertama yang akan anda tanya? Soalannya 
pasti Siapa penceramahnya? Identiti penceramah sangat penting kerana identiti 
merupakan daya penarik bagi penganjur untuk menarik lebih banyak penonton. 

Walaupun terdapat hanya seorang penceramah yang terkenal dan penceramah lain 
ialah penceramah biasa yang belum dikenali, daya tarikan dan reputasi 
penceramah utama tadi mampu untuk menarik kehadiran penonton.

Situasi yang sama juga berlaku dalam penganjuran sesuatu konsert. Apabila tiket 
konsert mula dijual, penganjur akan meletakkan nama penyanyi yang paling 
terkenal di atas untuk menarik perhatian peminat. Penganjur juga akan membuat 
berbagai-bagai helah untuk memastikan penonton tidak meninggalkan konsert lebih 
awal dengan meletakkan penyanyi pujaan mereka di akhir konsert. 

Sebagai bukti penyanyi tersebut hadir, mereka mungkin akan menampilkannya pada 
permulaan rancangan dengan janji bahawa beliau akan muncul semula. Dengan ini, 
peminatnya tidak mungkin akan berganjak. 

Begitulah pentingnya daya tarikan yang ada pada seseorang penyampai yang baik. 
Semua ini merupakan reputasi yang dibina sejak awal pembabitan dalam bidang ini 
dan digilap oleh pengalaman. 

Faktor kedua pula ialah cara maklumat disampaikan. Dua orang yang berlainan 
boleh menyampaikan ceramah dengan menggunakan teks ucapan yang sama tetapi 
kesannya kepada penonton sudah pasti berbeza. 

Bagi topik dan ayat yang sama, sebenarnya boleh disampaikan dengan pelbagai 
lenggok bahasa, penekanan suara pada perkataan tertentu dan gerak-geri badan 
yang mengiringi penyampaian tersebut. Situasi ini banyak berlaku kepada pemandu 
pelancong kerana bagi setiap destinasi, mereka mempunyai skrip untuk bercerita 
tentang latar belakang tempat yang dilawati kepada pelancong. Bagaimanakah 
maklumat tersebut disampaikan? Penuh semangat, sambalewa ataupun bersahaja? 

Cara penyampaian sangat penting kerana hal ini boleh menimbulkan mood yang 
berbeza kepada pelancong. Lawatan ke Tugu Negara misalnya boleh menjadi satu 
pengalaman yang biasa ataupun boleh menjadi sesuatu yang menarik dan menyentuh 
perasaan. 

Pada satu lawatan ke Tugu Negara, terdapat dua kumpulan daripada dua agensi 
pelancongan yang berbeza. Bagi kumpulan pertama, pemandu pelancong tersebut 
memberikan penerangan kepada pelancong mengenai Tugu Negara, tahun Tugu Negara 
dibina, simboliknya dan sejarah yang membawa kepada pembinaannya. 

Cara penyampaian adalah sangat bersahaja sehinggakan memberikan impresi bahawa 
Tugu Negara hanyalah salah satu daripada banyak tugu lain di Malaysia yang 
tidak ada keistimewaannya. Tidak ada seorang pun pelancong yang berminat untuk 
mengetahui perihal tugu tersebut dengan lebih lanjut lagi. 

Berlainan pula dengan kumpulan yang kedua. Pemandu pelancong memulakan 
pengenalan kepada Tugu Negara sebagai sebuah tugu peringatan yang banyak 
memberi erti kepada negara. Cara penyampaian yang agak melankolik sungguh 
menyentuh hati dan pelancong yang datang turut menghargai pengorbanan 
askar-askar Melayu yang berjuang habis-habisan pada zaman sebelum kemerdekaan. 
Mereka turut tersentuh oleh semangat cinta akan negara yang ditunjukkan oleh 
askar-askar yang terkorban dalam memelihara kedaulatan negara. 

Contoh di atas merupakan contoh terbaik untuk membezakan dua penyampaian yang 
berbeza dengan menggunakan maklumat yang sama. Setiap fakta yang diberikan oleh 
pemandu pelancong bagi kumpulan kedua telah disebut oleh pemandu pelancong bagi 
kumpulan pertama. Yang membezakan hanyalah cara penyampaian, gaya suara dan 
elemen emosi yang ditunjukkan. 

Kebanyakan orang mungkin menyangka kandungan teks ucapan ialah faktor 
terpenting dalam memastikan sesuatu penyampaian berjaya. Tidak dinafikan 
kepentingannya tetapi seperti yang telah dijelaskan, dua individu mungkin 
menyampaikan teks yang sama tetapi cara penyampaian yang berbeza telah 
meletakkan satu ucapan itu pada tahap yang lebih baik daripada yang satu lagi. 

Penyampaian yang baik akan berjaya menarik minat penonton untuk terus mendengar 
tanpa jemu dan hal ini membantu ke arah memastikan mesej yang ingin disampaikan 
sampai kepada penonton. 

Namun, apakah yang dimaksudkan dengan 'penyampaian' atau 'delivery'? Adakah 
penyampaian satu perpindahan dari satu tangan ke tangan yang lain? Apabila anda 
membeli sebuah kereta, penjual kereta akan datang kepada anda dan memberikan 
kunci kereta berserta dokumen penjualan. Anda menerima semua perkara tersebut 
dan proses jual beli berakhir di situ. Adakah semudah itu dengan penyampaian 
sesuatu maklumat? 

Sarina merupakan seorang novelis yang terkenal dan pada 

Help Palestine [hidayahnet] Uji tahap kemahiran berkomunikasi anda!

2010-01-27 Terurut Topik studioperintis
Apakah tahap kemahiran berkomunikasi anda? Adakah baik, perlu diperbaiki 
ataupun lemah? Untuk menilai diri anda, jawab soalan dalam Ujian Komunikasi di 
bawah.

UJIAN KOMUNIKASI
Anda diberikan masa selama 20 minit untuk menjawab kesemua 34 soalan. Jawab 
secara jujur dan spontan.

1. Jika saya menerangkan sesuatu perkara kepada sekumpulan orang, saya akan 
bertanya kepada mereka sama ada mereka faham atau tidak akan perkara yang ingin 
saya sampaikan.
A Tidak pernah 
B Jarang-jarang 
C Kadang-kadang
D Kerap
E Sentiasa

2. Orang tidak pernah faham akan perkara yang ingin saya sampaikan.
A Sentiasa 
B Kerap 
C Kadang-kadang
D Jarang-jarang
E Tidak pernah

3. Saya dapat menyampaikan idea saya dengan berkesan.
A Tidak pernah 
B Jarang-jarang 
C Kadang-kadang
D Kerap
E Sentiasa

4. Saya berasa sukar untuk menyampaikan sesuatu maklumat sekiranya orang tidak 
faham akan perkara yang saya cakapkan.
A Sentiasa 
B Kerap 
C Kadang-kadang
D Jarang-jarang
E Tidak pernah

5. Jika saya tidak memahami sesuatu soalan, saya akan bertanya dengan lebih 
lanjut.
A Tidak pernah terjadi
B Jarang-jarang terjadi
C Kadang-kadang berlaku
D Kerap berlaku
E Sentiasa terjadi

6. Saya tidak faham akan perkara yang orang lain maksudkan.
A Sentiasa 
B Kerap 
C Kadang-kadang
D Jarang-jarang
E Tidak pernah

7. Saya mudah untuk memahami perasaan orang lain.
A Tidak pernah 
B Jarang-jarang 
C Kadang-kadang
D Kerap
E Sentiasa

8. Saya berpura-pura mendengar walaupun fikiran saya melayang jauh.
A Sentiasa 
B Kerap 
C Kadang-kadang
D Jarang-jarang
E Tidak pernah

9. Saya susah untuk meluahkan perasaan.
A Sentiasa 
B Kerap 
C Kadang-kadang
D Jarang-jarang
E Tidak pernah

10. Jika saya mempunyai sesuatu perkara yang penting dan relevan untuk 
diperkatakan dalam satu perbualan, saya akan menyampuk.
A Sentiasa 
B Kerap 
C Kadang-kadang
D Jarang-jarang
E Tidak pernah

11. Saya boleh membaca mood seseorang ketika dia bercakap.
A Tidak pernah 
B Jarang-jarang 
C Kadang-kadang
D Kerap
E Sentiasa

12. Sekiranya saya tahu apa-apa yang ingin ditanyakan kepada saya, saya akan 
terus menjawab walaupun orang tersebut belum habis bertanya.
A Sentiasa 
B Kerap 
C Kadang-kadang
D Jarang-jarang
E Tidak pernah

13. Saya terlalu memikirkan perkara yang ingin saya sampaikan sehingga saya 
tidak peduli akan perasaan atau reaksi pendengar saya.
A Sentiasa 
B Kerap 
C Kadang-kadang
D Jarang-jarang
E Tidak pernah

14. Kelemahan saya bukan urusan orang lain dan lebih baik bagi saya untuk 
menyembunyikannya daripada diketahui oleh orang ramai.
A Tidak pernah 
B Jarang-jarang 
C Kadang-kadang
D Kerap
E Sentiasa

15. Sekiranya saya bersalah, saya tidak akan teragak-agak untuk mengakui 
kesalahan saya.
A Tidak pernah 
B Jarang-jarang 
C Kadang-kadang
D Kerap
E Sentiasa

16. Satu cara yang paling baik untuk orang lain memahami diri saya adalah 
dengan cara berterus terang tentang apa-apa yang saya rasa dan fikirkan.
A Tidak pernah 
B Jarang-jarang 
C Kadang-kadang
D Kerap
E Sentiasa

17. Jika sesuatu perbualan itu menjadi terlalu peribadi, saya akan cuba menukar 
topik.
A Sentiasa 
B Kerap 
C Kadang-kadang
D Jarang-jarang
E Tidak pernah

18. Sekiranya saya sedar saya melukakan hati seseorang, saya akan cepat-cepat 
meminta maaf.
A Tidak pernah 
B Jarang-jarang 
C Kadang-kadang
D Kerap
E Sentiasa

19. Saya akan mempertahankan diri saya sekiranya saya dikritik.
A Sentiasa 
B Kerap 
C Kadang-kadang
D Jarang-jarang
E Tidak pernah

20. Sekiranya saya marah dan seseorang bertanya sama ada saya marah atau tidak, 
saya akan mengaku.
A Tidak pernah 
B Jarang-jarang 
C Kadang-kadang
D Kerap
E Sentiasa

21. Saya cenderung untuk membuat kesimpulan tentang sesuatu perkara.
A Sentiasa 
B Kerap 
C Kadang-kadang
D Jarang-jarang
E Tidak pernah

22. Sekiranya saya berbual dengan seseorang, saya mencuba untuk meletakkan diri 
saya di tempat orang itu.
A Tidak pernah 
B Jarang-jarang 
C Kadang-kadang
D Kerap
E Sentiasa

23. Jika seseorang itu menghadapi kesukaran untuk mencari sesuatu perkataan 
untuk dikatakan, saya bersedia untuk menyambung apa-apa yang ingin disampaikan.
A Sentiasa 
B Kerap 
C Kadang-kadang
D Jarang-jarang
E Tidak pernah

24. Orang di sekeliling berkata saya bercakap dengan nada yang tinggi, tetapi 
saya tidak menganggap sedemikian.
A Sentiasa 
B Kerap 
C Kadang-kadang
D Jarang-jarang
E Tidak pernah

25. Saya selalu bercakap dengan tidak terburu-buru.
A Tidak pernah 
B Jarang-jarang 
C Kadang-kadang
D Kerap
E Sentiasa

26. Saya mempunyai satu firasat yang orang lain berasa tidak selesa dengan 
kehadiran saya.
A Sentiasa 
B Kerap 
C Kadang-kadang
D Jarang-jarang
E Tidak pernah

27. Saya berminat dengan apa-apa yang ingin diperkatakan oleh orang lain.
A Tidak pernah 
B Jarang-jarang 
C Kadang-kadang
D Kerap
E Sentiasa

28. Saya berasa kecewa apabila orang lain tidak bersependapat dengan saya 
terutama sekali jika orang tersebut tidak melalui situasi yang saya lalui.
A Sentiasa 
B Kerap 
C Kadang-kadang
D Jarang-jarang
E Tidak pernah

29. Jika saya mengkritik, saya akan 

Help Palestine [hidayahnet] Buku cerita kanak-kanak untuk anak anda!

2009-11-23 Terurut Topik studioperintis
Jualan 1

Jualan penghabisan stok pelbagai siri buku cerita kanak-kanak kembali lagi.

Stok terhad. Diskaun hebat sehingga 70%. Jangan lepaskan peluang untuk memiliki 
buku-buku cerita kanak-kanak pada harga yang hebat!

Jualan 2

Jualan buku kondisi bekas pameran turut diadakan.

Buku yang dijual adalah dalam keadaan sedikit kotor atau terlipat pada bahagian 
kulit buku. Bahagian isi buku masih elok dan tidak terjejas.

Stok terhad. Diskaun hebat sehingga 50%. Jangan lepaskan peluang untuk memiliki 
buku kerjaya dan peningkatan diri pada harga yang hebat!

Untuk keterangan lanjut, sila lawat laman web www.books.perintis.com.my atau 
hubungi Cik Nor di talian 03-9019 5303.

Help Palestine [hidayahnet] Teknik Bertengkar Secara Positif

2009-08-31 Terurut Topik studioperintis
Rasulullah bersabda, Sesiapa meninggalkan perdebatan, sedang dia berada di 
pihak yang benar, dibina untuknya sebuah rumah di tengah-tengah syurga. 
(Riwayat Anas Bin Malik)

Tidak indahkah dijanjikan dengan sebuah rumah di tengah-tengah syurga? 
Sekalipun kita di pihak yang benar, namun untuk mengelakkan perbalahan 
berpanjangan, mengalah sahajalah. Rugikah kalau beralah? Bagi sesetengah orang 
yang mementingkan diri sendiri mungkin tidak munasabah jika mahu beralah tetapi 
apa kata kalau saya katakan 'orang yang beralah akan menang besar kemudiannya?'

Pergaduhan suami isteri akan sentiasa berlaku. Bak lagu P.Ramlee 'Sedang lidah 
lagi tergigit'. Anda tidak akan sentiasa boleh berkata 'ok' kepada isteri anda 
begitu juga dia. Setiap kali pergaduhan berlaku, pasti akan ada hati yang akan 
terluka terutamanya hati orang perempuan yang memang diketahui tidak dapat 
diramalkan. 

Jika pergaduhan itu berpunca daripada sesuatu yang sangat kecil, maka jika kita 
perbesarkan, maka akan terlihatlah peribadi sebenar seseorang itu. Sungguh akan 
terlihat betapa hodoh sekali seseorang itu tambahan pula, mulutnya mudah sekali 
melancangkan kata-kata yang tidak sedap didengar. 

Sabda Rasulullah s.a.w: 

Orang mukmin bukan seorang pencela, bukan seorang pengutuk, bukan seorang yang 
keji dan bukan seorang yang berkata kotor. 

(Riwayat Ibnu Mas'ud RA) 

Dalam sabda ini, dapatlah kita fahami bahawa orang yang berkata keji bukanlah 
orang mukmin sebenar. Betapa iman kita dapat disukat dengan perlakuan yang 
sangat keji ini. 

Pernahkah anda melihat pergaduhan suami isteri ini daripada sudut yang positif? 
Sebenarnya, pergaduhan akan menyebabkan terbentuknya satu penyatuan pelbagai 
perkara termasuklah cita rasa dan impian pasangan itu. Bagi mencapai tujuan 
inilah kita sering bertelingkah dengan pasangan untuk mencapai sesuatu yang 
terbaik. Tidaklah saya maksudkan pergaduhan adalah baik, namun hal ini adalah 
lebih baik daripada kita berdiam dan tidak berbincang sehingga akhirnya tidak 
ada penyatuan antara suami dan isteri. 

Justeru, pergaduhan menjadi medium kepada pasangan dalam menyatukan kasih 
sayang. Setiap individu akan melahirkan perasaan tidak puas hati dan 
sebagainya. Maka, di sini adalah tempat untuk mencurahkan perasaan. Jadi, 
janganlah memendam perasaan sehingga jiwa kita menjadi tertekan ibarat belon 
yang akan pecah akibat ditiup dengan angin yang kuat. Jika tidak diluahkan, 
pasangan anda tidak mungkin akan tahu perkara yang ada dalam hati anda. 

Di sini, saya akan kongsikan beberapa tip untuk bertengkar secara positif:

1. Jangan terlampau banyak bercakap - Ketika bertengkar, hati masing-masing 
pasti dalam keadaan marah. Ketika marah, pasti perkara yang logik sekalipun 
tidak diterima melainkan masing-masing mahu menegakkan pendapat masing-masing. 
Jika anda sebagai suami mempunyai hak untuk bercakap sekalipun, kurangkan 
daripada terlalu menegakkan pendapat anda sendiri. Hal ini akan mencetuskan 
perasaan tidak puas hati kepada pasangan anda sehingga perlahan-lahan dia akan 
menjadi bosan dengan anda. Yang perlu anda lakukan adalah dengan memikirkan 
secara mendalam cara untuk mem-betulkan keadaan. 

2. Jangan menyebut kelemahan pasangan - Bukan hanya isteri anda yang mempunyai 
kelemahan, anda juga ada ke-lemahan sendiri. Jadi, dengan mengungkit kelemahan 
dia, anda akan turut merangsang pasangan mengungkit kelemahan anda. Lagi pula, 
anda tidak akan menang dengan hanya mengungkit sebegini tetapi menyebabkan 
keadaan lebih parah. Jika mahu menegur pasangan, minta dia meluahkan 
ketidak-puasan hatinya tentang anda dahulu supaya apabila giliran anda nanti, 
dia tidak akan meninggikan suara.

3. Jangan membalas perbuatannya - Sebagai contoh, pasangan anda bermesra-mesra 
dengan lelaki sebelah rumah. Anda mahu membuatkan dia sedar bahawa perbuatannya 
salah. Jangan anda pula bermesra-mesra dengan perempuan lain di hadapan dia. 
Keadaan ini hanya memberi peluang yang lebih kepada isteri anda untuk menjauhi 
anda. Akhirnya, anda turut terlibat dalam menjarakkan perhubungan anda sendiri. 

4. Jangan cuba mengubah pasangan - Anda dibesarkan dalam keluarga 'begini', 
isteri anda dibesarkan dalam keluarga 'begitu'. Pastilah terdapat perbezaan 
antara kedua-duanya. Anda harus memahami bahawa cara dia melihat sesuatu pasti 
tidak sama dengan pandangan anda. 

5. Fokus pada masalah - Jangan meleret-leret sehingga perkara yang bukan 
masalah akhirnya akan turut menjadi masalah. 

6. Jangan tinggikan suara - Semakin tinggi suara kita ketika bergaduh, semakin 
tinggilah suara pasangan kita nanti. Pergaduhan seperti ini tidak akan 
menjadikan keadaan semakin baik malah semakin kusut. Cubalah bercakap dengan 
tenang sehingga isteri anda yang sedang marah akan turut tenang dan seterusnya 
dapat menyelesaikan masalah dengan lebih cepat. 

7. Gunakan panggilan manja - Ada pasangan yang pada masa biasa menggunakan 
panggilan 'sayang' atau 'manja' tetapi ketika bergaduh, keadaan akan beralih 
sebaliknya. 

Help Palestine [hidayahnet] Teknik menulis pantun dan bahasa berirama

2009-07-16 Terurut Topik studioperintis
Pantun dan bahasa berirama sememangnya tidak dapat dipisahkan dalam apa-apa jua 
majlis. Pada zaman dahulu, pantun dan bahasa berirama dituturkan oleh 
masyarakat Melayu pada setiap masa tidak kira di mana-mana sahaja. Bahasanya 
yang indah, lembut dan tersusun menyebabkan masyarakat menggemarinya. 
Sememangnya, pantun dan bahasa berirama merupakan unsur keindahan bahasa yang 
amat sesuai digunakan dalam apa-apa jua teks. Penggunaan pantun dan bahasa 
berirama dalam teks pengacara majlis sudah tentu dapat menarik perhatian dan 
tumpuan hadirin agar terus bersama-sama menjayakan majlis tersebut dengan 
jayanya. Oleh itu, di sini diberikan sedikit panduan tentang teknik mencipta 
pantun dan bahasa berirama agar teks pengacara yang dihasilkan tidak terlalu 
sterotaip dan hambar.

Mencipta Pantun

Pantun ialah puisi berirama yang berangkap. Pantun boleh dibahagikan kepada 
pantun dua kerat, empat kerat, enam kerat, lapan kerat dan berkait. Dalam 
penulisan teks pengacara majlis, pantun yang kerap digunakan ialah pantun empat 
kerat. Hal ini kerana pantun empat kerat lebih mudah untuk dicipta. Sebelum 
mencipta pantun, kita harus mengetahui dengan jelas ciri-ciri pantun. Yang 
berikut merupakan ciri-ciri pantun yang perlu dipatuhi agar pantun yang 
terhasil tidak kedengaran sumbang.

1. Binaan pantun terdiri daripada pembayang dan maksud. Dalam pantun empat 
kerat, dua baris di atas ialah pembayang dan dua baris di bawah ialah maksud.

2. Rima akhir pantun empat kerat ialah ab ab, iaitu jika dalam baris pertama 
suku kata akhir ialah -kan (a) maka suka kata akhir dalam baris ketiga juga 
ialah -kan (a). Begitu juga jika suku kata akhir bagi baris kedua ialah -ri (b) 
maka suku kata akhir keempat juga semestinya -ri (b).

3. Setiap satu baris terdiri daripada tiga hingga enam patah perkataan sahaja.

4. Suku kata dalam sebaris pula antara lapan hingga 12 suku kata.

Pantun yang ingin dicipta pula harus bergantung kepada agenda sesuatu acara. 
Jika pantun yang ingin dicipta adalah untuk tujuan alu-aluan maka dalam maksud 
pantun harus disebut ucapan selamat datang. Pembayang pantun pula lebih baik 
menggunakan unsur keindahan alam. Jika tidak mampu, anda boleh menggunakan 
apa-apa sahaja unsur yang dirasakan sesuai dan menarik.

Contoh pantun:

Memasang pukat terkena lokan,
Lokan dibawa ke Tanjung Puri; } Pembayang
Selamat datang kami ucapkan,
Ke Majlis Anugerah Guru Bestari. } Maksud

Mencipta Bahasa Berirama

Bahasa berirama ialah kata-kata ibarat yang mempunyai rentak dan keindahannya 
yang tersendiri. Selalunya, kata-kata berirama ini diambil daripada ungkapan 
atau peribahasa yang digubah menjadi bahasa yang menarik.

Bahasa berirama sebenarnya tidak terikat seperti penciptaan pantun. Rima akhir 
bahasa berirama boleh berbentuk bebas atau terikat, iaitu . Yang penting 
dalam bahasa berirama, kata-kata yang digunakan harus indah dan sesuai dengan 
acara.

Contoh:

Benar kata orang, jika tak kenal maka tak cinta,
Kalau dah cinta, ingin pula bertentang mata,
Pabila bertentang mata, ingin pula mendengar suara.

Namun begitu, bahasa berirama tidak semestinya dicipta seperti di atas. Anda 
juga boleh menggunakan frasa-frasa menarik seperti meluah rasa mengungkap 
bicara, segera ditampilkan, namun apakan daya, kita telah di penghujung acara 
dan sebagainya.

Artikel di atas dipetik daripada Bahagian 2: Teknik Penulisan dalam buku Aneka 
Contoh Teks Pengacara Majlis. Maklumat lanjut berkenaan buku ini boleh didapati 
di www.books.perintis.com.my.

Help Palestine [hidayahnet] Teknik menulis pantun dan bahasa berirama

2009-07-10 Terurut Topik studioperintis

Help Palestine [hidayahnet] Aneka Contoh Profil Syarikat

2009-06-21 Terurut Topik studioperintis
Pengenalan

Kita biasa mendengar profil syarikat dalam sesebuah syarikat. Profil syarikat 
begitu sinonim dan perkara yang perlu ada dan menjadi keperluan dalam mencapai 
hala tuju syarikat. Tahukah anda, apakah yang dikatakan dengan profil syarikat? 
Untuk siapakah sesebuah sasaran profil syarikat itu dibangunkan? Secara am, 
profil syarikat boleh diibaratkan sebagai sebuah platform dan medium dalam 
memperkenalkan kewujudan dan kekuatan sesebuah syarikat. Namun begitu, tidak 
banyak syarikat pada hari ini yang menyediakan profil syarikat malah menganggap 
perkara ini sebagai suatu bebanan. Oleh hal yang demikian, buku ini ditulis 
bagi menyediakan panduan dalam menyediakan sesebuah profil syarikat dan 
kepentingannya. 

Justeru, buku ini terbahagi kepada beberapa bahagian yang menerangkan 
kepentingan profil syarikat sebagai panduan kepada para usahawan dan anda di 
luar sana dalam menyedia-kan profil syarikat. Buku ini terbahagi kepada lima 
bahagian seperti yang tertera di bawah: 

Bahagian 1 - Apakah profil syarikat?
Bahagian 2 - Untuk siapakah profil syarikat ditulis? 
Bahagian 3 - Kepentingan profil syarikat 
Bahagian 4 - Format profil syarikat 
Bahagian 5 - Aneka contoh profil syarikat 

Dalam Bahagian 1, penerangan akan diberi mengenai maksud profil syarikat. Dalam 
bahagian ini, pembaca akan dapat mengetahui maksud profil syarikat. Hal ini 
termasuklah cara dan kaedah sesuatu isi penulisan itu dibentangkan. Dalam 
Bahagian 2 pula, diterangkan sasaran profil syarikat tersebut dan kepada pihak 
mana yang perlu diberikannya. Hal ini adalah perlu bagi mengetahui prioriti 
penulisan itu dilaksanakan. 

Manakala dalam Bahagian 3 pula, diterangkan kepentingan profil syarikat 
tersebut dan sebab diperlukan segera. Segala bentuk format penulisan yang 
dijelaskan dalam Bahagian 4 akan memberikan idea kepada penulis sama ada perlu 
mengikut format yang tertentu atau tidak. 

Akhir sekali, buku ini menyediakan 10 contoh profil syarikat agar dapat 
memberikan panduan kepada anda dalam usaha membangunkan profil syarikat anda 
sendiri. 

Oleh itu, dengan adanya panduan yang bersertakan contoh-contoh yang saya 
sediakan dalam buku ini, diharapkan dapat membawa manfaat kepada syarikat anda 
demi menjana pendapatan yang lebih positif hendak-Nya.

Selamat membaca!

1.0: Apakah profil syarikat?

Profil syarikat merupakan keterangan terperinci berserta butiran perihal 
syarikat yang memaparkan segala informasi dalaman berkenaan sesebuah organisasi 
atau syarikat. Dalam erti kata lain, profil syarikat merupakan suatu medium 
atau platform untuk memperlihatkan kekuatan syarikat anda.

Sesebuah profil syarikat harus mengandungi beberapa aspek penting untuk 
dipaparkan kepada pihak yang membacanya. Aspek ini termasuklah:

i. Maklumat syarikat
ii. Carta organisasi
iii. Sejarah syarikat
iv. Butiran perniagaan yang dijalankan
v. Matlamat syarikat
vi. Kewangan syarikat
vii. Carta aliran proses perniagaan yang diusahakan
viii. Kerja-kerja yang pernah dijalankan
ix. Kerja-kerja yang sedang dijalankan
x. Pengiktirafan yang diterima (sekiranya ada)
xi. Lampiran sijil-sijil/lesen
xii. Dokumen lain sekiranya perlu

Segala aspek yang ditulis di sebelah haruslah lengkap dan mampu menarik 
perhatian pembaca. Sekiranya terdapat informasi yang tidak betul, hal ini mampu 
merosakkan profil syarikat dan seterusnya kredibiliti syarikat anda. Sudah 
tentunya suatu yang merugikan, bukan? Oleh hal yang demikian, disarankan agar 
anda memasukkan data-data yang betul dan tidak ditokok tambah keasliannya.

Secara am, profil syarikat merupakan suatu medium terbaik untuk anda 
memaklumkan kekuatan syarikat. Hal ini merupakan perkara utama yang perlu 
dititikberatkan supaya syarikat anda berjaya mendapat perhatian daripada 
mana-mana organisasi yang menilainya bagi mendapatkan sesuatu projek ataupun 
jaringan perniagaan. Pelbagai idea kreatif dapat dilihat pada hari ini dalam 
membangunkan profil syarikat. Ada yang membuat cetakan warna berserta imej-imej 
yang menarik perhatian, persembahan interaktif melalui cakera padat (CD) atau 
melalui cetakan berbentuk buku dokumentasi.

Oleh hal yang demikian, perlu bagi sesuatu syarikat mengetahui bahawa 
pentingnya sesebuah profil syarikat dan sentiasa perlu mengemaskinikannya dari 
semasa ke semasa. Bagi seseorang Pengarah Urusan syarikat, beliau perlu 
menitikberatkan isi kandungan profil syarikat ini supaya tidak mengandungi 
unsur-unsur yang memesongkan hala tuju syarikat. Justeru, profil syarikat perlu 
dikemaskini dari semasa ke semasa demi meningkatkan isi kandungannya mengikut 
aspek yang telah dinyatakan di sebelah.

Artikel di atas dipetik daripada buku Aneka Contoh Profil Syarikat. Maklumat 
lanjut berkenaan buku ini boleh didapati dengan menghubungi Cik Nor di talian 
03-9019 5303 atau melayari web kami di www.books.perintis.com.my. 

Help Palestine [hidayahnet] Teknik menulis teks pengacara

2009-05-30 Terurut Topik studioperintis
Seorang pengacara perlu mempunyai kemahiran menulis teks pengacara. Memang 
tidak dapat dinafikan bahawa teks pengacara majlis formal sebenarnya bukan 
ditulis oleh pengacara tetapi setiausaha sesuatu program. Namun begitu, hal ini 
tidak bermakna pengacara majlis tidak perlu menulis teks. Adakalanya pihak 
penganjur atau tuan rumah menyerahkan tugas tersebut kepada pengacara majlis.

Selain itu, majlis seperti majlis perkahwinan, jamuan makan malam, jamuan 
perpisahan dan majlis amal selalunya memerlukan pengacara majlis menulis teks 
sendiri. Walaupun teks ini tidak dibaca sepenuhnya, sebagai seorang pengacara 
majlis, anda harus menyediakan teks sebagai garis panduan dalam mengendalikan 
sesuatu majlis agar tidak berlaku kepincangan dalam majlis tersebut.

2.1 Teknik Menulis Teks Pengacara

Sebenarnya, dalam menulis apa-apa juga bahan sama ada teks, surat atau kertas 
kerja, anda perlu mengetahui tekniknya terlebih dahulu agar dapat memudahkan 
anda menulisnya. Oleh itu, di sini diterangkan serba ringkas teknik penulisan 
teks pengacara majlis sebagai panduan terutama kepada bakal pengacara majlis 
dan mereka yang berminat dalam bidang pengacaraan majlis.

2.1.1 Penyediaan Teks

Sebelum menyediakan teks pengacara majlis, anda terlebih dahulu perlu 
mengetahui nama majlis tersebut, tujuan majlis, dan atur cara sesuatu malis 
dengan lengkap. Pastikan juga anda mendapat senarai nama jemputan terkini 
terutama tamu kehormat dan penaja acara jika ada. Setelah itu, baru anda boleh 
merancang teks anda agar bersesuaian dengan majlis.

2.1.2 Cara Menyediakan Teks Dan Kandungan Teks

Teks pengacara majlis perlu disediakan dalam saiz setengah kertas A4 dan 
ditulis dalam tiga ruangan, iaitu masa, panduan (CUE) dan pengumuman (ANN) 
seperti:

  Masa
 CUE
 ANN 1
 
Ruangan masa, diperuntukkan untuk mencatat jangka masa sesuatu acara. Manakala 
ruangan 'cue' pula merupakan ruangan untuk mencatat panduan bagi sesuatu 
pengumuman. Dengan kata lain, 'cue' ini merupakan penanda aras bagi menentukan 
sesuatu pengumuman itu dibuat. Ruangan 'announcement' pula ialah ruangan yang 
perlu dibaca oleh pengacara majlis. Ruangan inilah yang mencatatkan setiap 
perkara yang perlu diumumkan oleh pengacara majlis.

Yang berikut merupakan contoh penyediaan teks pengacara majlis:
 
  Masa
 CUE
 ANN 1
 
  8.30 pagi

  Apabila isyarat, iaitu YAB Timbalan Perdana Menteri masuk ke dalam dewan 
dengan diiring oleh  Yang Berbahagia Ketua Pengarah. dan Pengarah
  
  Mengumumkan ketibaan Yang Amat Berhormat .. dengan diiringi 
oleh Yang Berbahagia  dan Yang Berusaha . masuk ke 
dewan dan seterusnya mengambil tempat di atas pentas.

Perlu diingatkan di sini bahawa setiap muka surat diperuntukkan untuk satu 
pengumuman sahaja. Hal ini penting agar jika terdapat perubahan pada saat akhir 
berkaitan perjalanan atur cara, maka perkara ini memudahkan pengacara menyusun 
semula teks mengikut atur cara tanpa perlu membuat contengan yang akan 
mengelirukan. Teks yang telah lengkap perlu diklip untuk diselak ke atas atau 
ke kanan.

Artikel di atas dipetik daripada Bahagian 2: Teknik Penulisan dalam buku Aneka 
Contoh Teks Pengacara Majlis. Maklumat lanjut berkenaan buku ini boleh didapati 
di www.books.perintis.com.my.

Help Palestine [hidayahnet] Rahsia penyampaian ucapan yang baik dan berkesan

2009-05-03 Terurut Topik studioperintis
Menurut kebanyakan pendapat, penyampaian ucapan atau ceramah yang baik 
bergantung pada tiga perkara utama:

Siapakah yang menyampaikan? 
Bagaimanakah maklumat tersebut disampaikan? 
Apakah yang disampaikan? 

Jika diteliti, faktor orang yang menyampaikan diletakkan paling atas sekali 
dalam senarai. Mengapa? Lazimnya, apabila dimaklumkan bahawa akan ada satu 
ceramah di tempat anda, apakah perkara pertama yang akan anda tanya? Soalannya 
pasti Siapa penceramahnya? Identiti penceramah sangat penting kerana identiti 
merupakan daya penarik bagi penganjur untuk menarik lebih banyak penonton. 

Walaupun terdapat hanya seorang penceramah yang terkenal dan penceramah lain 
ialah penceramah biasa yang belum dikenali, daya tarikan dan reputasi 
penceramah utama tadi mampu untuk menarik kehadiran penonton.

Situasi yang sama juga berlaku dalam penganjuran sesuatu konsert. Apabila tiket 
konsert mula dijual, penganjur akan meletakkan nama penyanyi yang paling 
terkenal di atas untuk menarik perhatian peminat. Penganjur juga akan membuat 
berbagai-bagai helah untuk memastikan penonton tidak meninggalkan konsert lebih 
awal dengan meletakkan penyanyi pujaan mereka di akhir konsert. 

Sebagai bukti penyanyi tersebut hadir, mereka mungkin akan menampilkannya pada 
permulaan rancangan dengan janji bahawa beliau akan muncul semula. Dengan ini, 
peminatnya tidak mungkin akan berganjak. 

Begitulah pentingnya daya tarikan yang ada pada seseorang penyampai yang baik. 
Semua ini merupakan reputasi yang dibina sejak awal pembabitan dalam bidang ini 
dan digilap oleh pengalaman. 

Faktor kedua pula ialah cara maklumat disampaikan. Dua orang yang berlainan 
boleh menyampaikan ceramah dengan menggunakan teks ucapan yang sama tetapi 
kesannya kepada penonton sudah pasti berbeza. 

Bagi topik dan ayat yang sama, sebenarnya boleh disampaikan dengan pelbagai 
lenggok bahasa, penekanan suara pada perkataan tertentu dan gerak-geri badan 
yang mengiringi penyampaian tersebut. Situasi ini banyak berlaku kepada pemandu 
pelancong kerana bagi setiap destinasi, mereka mempunyai skrip untuk bercerita 
tentang latar belakang tempat yang dilawati kepada pelancong. Bagaimanakah 
maklumat tersebut disampaikan? Penuh semangat, sambalewa ataupun bersahaja? 

Cara penyampaian sangat penting kerana hal ini boleh menimbulkan mood yang 
berbeza kepada pelancong. Lawatan ke Tugu Negara misalnya boleh menjadi satu 
pengalaman yang biasa ataupun boleh menjadi sesuatu yang menarik dan menyentuh 
perasaan. 

Pada satu lawatan ke Tugu Negara, terdapat dua kumpulan daripada dua agensi 
pelancongan yang berbeza. Bagi kumpulan pertama, pemandu pelancong tersebut 
memberikan penerangan kepada pelancong mengenai Tugu Negara, tahun Tugu Negara 
dibina, simboliknya dan sejarah yang membawa kepada pembinaannya. 

Cara penyampaian adalah sangat bersahaja sehinggakan memberikan impresi bahawa 
Tugu Negara hanyalah salah satu daripada banyak tugu lain di Malaysia yang 
tidak ada keistimewaannya. Tidak ada seorang pun pelancong yang berminat untuk 
mengetahui perihal tugu tersebut dengan lebih lanjut lagi. 

Berlainan pula dengan kumpulan yang kedua. Pemandu pelancong memulakan 
pengenalan kepada Tugu Negara sebagai sebuah tugu peringatan yang banyak 
memberi erti kepada negara. Cara penyampaian yang agak melankolik sungguh 
menyentuh hati dan pelancong yang datang turut menghargai pengorbanan 
askar-askar Melayu yang berjuang habis-habisan pada zaman sebelum kemerdekaan. 
Mereka turut tersentuh oleh semangat cinta akan negara yang ditunjukkan oleh 
askar-askar yang terkorban dalam memelihara kedaulatan negara. 

Contoh di atas merupakan contoh terbaik untuk membezakan dua penyampaian yang 
berbeza dengan menggunakan maklumat yang sama. Setiap fakta yang diberikan oleh 
pemandu pelancong bagi kumpulan kedua telah disebut oleh pemandu pelancong bagi 
kumpulan pertama. Yang membezakan hanyalah cara penyampaian, gaya suara dan 
elemen emosi yang ditunjukkan. 

Kebanyakan orang mungkin menyangka kandungan teks ucapan ialah faktor 
terpenting dalam memastikan sesuatu penyampaian berjaya. Tidak dinafikan 
kepentingannya tetapi seperti yang telah dijelaskan, dua individu mungkin 
menyampaikan teks yang sama tetapi cara penyampaian yang berbeza telah 
meletakkan satu ucapan itu pada tahap yang lebih baik daripada yang satu lagi. 

Penyampaian yang baik akan berjaya menarik minat penonton untuk terus mendengar 
tanpa jemu dan hal ini membantu ke arah memastikan mesej yang ingin disampaikan 
sampai kepada penonton. 

Namun, apakah yang dimaksudkan dengan 'penyampaian' atau 'delivery'? Adakah 
penyampaian satu perpindahan dari satu tangan ke tangan yang lain? Apabila anda 
membeli sebuah kereta, penjual kereta akan datang kepada anda dan memberikan 
kunci kereta berserta dokumen penjualan. Anda menerima semua perkara tersebut 
dan proses jual beli berakhir di situ. Adakah semudah itu dengan penyampaian 
sesuatu maklumat? 

Sarina merupakan seorang novelis yang terkenal dan pada 

Help Palestine [hidayahnet] Cara Mudah Berucap di Khalayak

2009-04-16 Terurut Topik studioperintis
Di hadapan khalayak, Fairuz berdiri kaku. Wajahnya pucat lesi. Tangannya 
menggeletar memegang kertas yang mengandungi teks untuk ucapannya pada hari 
itu. Entah bagai ada yang tidak kena, perutnya terasa memulas dan hatinya 
berdebar-debar. Peluh dingin memercik keluar dari tapak tangan dan dahinya. 
Fairuz mengeluarkan sapu tangan dari kocek dan ditekapkan pada dahinya. 
Titik-titik peluh baru muncul semula. 

Dia mencuba untuk menenangkan perasaannya yang gugup. Hadirin masih lagi 
menanti dengan sabar tetapi tertanya-tanya sebab Fairuz masih belum memulakan 
ucapannya. Fikirannya buntu. Sudah berkali-kali Fairuz membaca teks ucapannya 
pada malam sebelumnya tetapi semuanya bagaikan sudah hilang. Dia tidak lagi 
ingat apa-apa. Fairuz tidak tahu apa yang patut dilakukannya. Patutkah dia 
melarikan diri? Tidak! Peristiwa ini sungguh memalukan. Dia tidak pernah 
menyangka bahawa nasibnya pada hari tersebut sebegitu malang.

Bab 1PENDAHULUAN

Adakah anda pernah mengalami keadaan seperti Fairuz? Jika pernah, jangan 
bimbang kerana anda tidak keseorangan. Banyak individu di luar sana yang petah 
berkata-kata apabila bercakap dengan rakan taulan, tetapi jika disuruh bercakap 
di hadapan khalayak, sepatah perkataan pun tidak mampu hendak diucapkan. 

Memang benar, banyak cerdik pandai yang ternama dan terkenal, yang nampak 
berkeyakinan dan petah bercakap tiba-tiba menjadi bisu dan lidah mereka kelu 
tidak terkata apabila menghadapi hadirin yang ramai. Kebolehan seseorang itu 
bercakap di hadapan khalayak sangat penting kerana kebolehan itu melambangkan 
imej mereka. Kebolehan berpidato lazimnya dikaitkan dengan golongan politik 
tetapi tidak dapat dinafikan bahawa kerjaya lain seperti guru, pensyarah, ejen 
pemasaran dan sebagainya juga perlu mempunyai kebolehan ini. Kerja seharian 
menuntut mereka berinteraksi dengan pelbagai pihak dan selalunya melibatkan 
lebih daripada seorang pendengar. Kegagalan untuk mempengaruhi pelanggan supaya 
membeli produk yang dipromosikan misalnya, akan menjejaskan pendapatan dan 
karier mereka. 

Bagi golongan yang menjalankan perniagaan sendiri, kemahiran berkomunikasi 
sangat penting agar dapat mempengaruhi pelanggan untuk membeli produk tersebut 
ataupun tidak. Secara profesional, golongan ini harus berkemahiran 
berkomunikasi untuk memasarkan produk dengan cara yang berkesan kerana selain 
pengiklanan, pembentangan latar belakang produk (presentation) secara audio dan 
visual juga memberikan kesan yang positif terhadap penjualan produk. Kajian 
menunjukkan bahawa jualan melalui ejen yang mempromosikan secara terus kepada 
pengguna adalah lebih tinggi daripada jualan yang didapati daripada pengiklanan.

Buku ini bertujuan untuk memberikan petunjuk tentang cara untuk menyedia dan 
menyampaikan ucapan, mengembangkan informasi yang ada, memikat pendengar untuk 
terus mendengar ucapan anda, menambah unsur-unsur lain dalam ucapan secara 
impromtu dan sebagainya. Buku ini juga akan membincangkan gerak-geri tubuh dan 
cara untuk menjadikan ucapan anda menarik dan akan terus diingati oleh setiap 
pendengar.

Selain itu, anda juga akan diberikan tips cara untuk mengingati keseluruhan 
teks ucapan anda tanpa menghafal. Sudah pasti agak sukar bagi seseorang untuk 
menghafal berkajang-kajang ucapan dalam tempoh masa yang singkat.

Bab 2TUJUH ASPEK PENYAMPIAN YANG DINAMIK

Ada tujuh aspek yang harus dikuasai oleh seorang penceramah apabila menyediakan 
dan menyampaikan sesuatu pembentangan. Seorang penceramah yang efektif mampu 
untuk menguasai ketujuh-tujuh perkara tersebut dalam masa yang sama. Kegagalan 
untuk memberikan tumpuan kepada kesemua aspek ini akan mengakibatkan kegagalan 
sesuatu pem-bentangan. Kegagalan untuk memberikan tumpuan kepada kesemua aspek 
ini juga akan mengakibatkan pembentangan terjejas dengan teruk sehingga 
memberikan kesan kepada kredibiliti dan reputasi seseorang penceramah. 

Aspek-aspek ini ialah:

1. Penceramah 
2. Mesej yang disampaikan
3. Hadirin
4. Saluran
5. Maklum balas
6. Bunyi bising
7. Setting/susun atur tempat

2.1 Penceramah

Salah satu daripada komponen utama sesuatu pembentangan atau ucapan ialah 
penceramah itu sendiri. Kebanyakan penceramah lupa bahawa mereka lebih penting 
daripada alat visual lain yang ada. Mereka terdorong untuk menyediakan alat 
bantuan visual yang canggih sehingga terlupa bahawa semua itu hanyalah 
merupakan bantuan kepada mereka semata-mata. 

Terdapat tiga faktor utama yang perlu dipertimbangkan semasa memilih 
penceramah, iaitu:

(a) Tahap motivasi semasa memberikan ucapan/ceramah
(b) Kredibiliti sebagai seorang penceramah dan personalitinya
(c) Stail penyampaian dan bercakap

2.1.1 Tahap motivasi

Pendekatan untuk menilai tahap motivasi seseorang penceramah boleh dilakukan 
dengan mengambil kira dua faktor yang berikut:

Sama ada imbuhan peribadi (contoh: wang) atau imbuhan tidak langsung (kepuasan 
dalam membantu orang lain) terlibat. 

Sama ada imbuhan segera (mendapat wang hari ini) ataupun imbuhan 

Help Palestine [hidayahnet] Kesalahan bahasa Melayu yang lazim - Bhg 2

2009-04-05 Terurut Topik studioperintis
Kesalahan bahasa dalam penulisan sering berlaku sama ada disedari ataupun tanpa 
disedari. Kesalahan bahasa pasti berlaku jika kita tidak mengetahui hukum 
tatabahasa. Oleh itu, dalam bahagian ini disenaraikan beberapa kesalahan bahasa 
yang biasa dilakukan sebagai panduan dan hukum tatabahasa sebagai rujukan bagi 
meminimumkan kesalahan bahasa yang berlaku semasa menulis.

3.1 Kesalahan dari segi kata, frasa dan imbuhan

Kesalahan dari segi kata, frasa dan imbuhan ialah kesalahan menggunakan kata 
atau frasa atau imbuhan di tempat yang tidak sepatutnya. Kesalahan dari segi 
kata, frasa dan imbuhan paling kerap kita lakukan dalam penulisan. Terdapat 
banyak kesalahan dari segi kata, frasa dan imbuhan yang dapat saya kesan dalam 
bahan terbitan. Yang berikut merupakan kesalahan kata, frasa dan imbuhan yang 
lazim berlaku.

3.1.2 Kata ganti nama

i. Penggunaan kata ganti nama dia di tempat kata ganti nama beliau

Contoh:

Walaupun kami akan kehilangan seorang pekerja seperti dia, kami tidak mahu 
menjadi penghalang bagi dia mendapatkan satu peluang yang lebih baik.
Dia merupakan seorang wanita yang gigih berusaha dan tabah dalam mengharungi 
cabaran dalam dunia perniagaan.

Sepatutnya:

Walaupun kami akan kehilangan seorang pekerja seperti beliau, kami tidak mahu 
menjadi penghalang bagi beliau mendapatkan satu peluang yang lebih baik.
Beliau merupakan seorang wanita yang gigih berusaha dan tabah dalam mengharungi 
cabaran dalam dunia perniagaan. 

NOTA: 

Kata ganti nama diri beliau digunakan untuk merujuk kepada orang yang 
berpangkat, berjaya dan berakhlak mulia. Kata ganti nama diri dia pula merujuk 
kepada orang biasa. 

ii. Penggunaan kata ganti nama ia untuk merujuk kepada benda, perkara ataupun 
konsep

Contoh:

Kami tidak lagi memerlukan akaun simpanan di atas dan berharap agar ia dapat 
ditutup segera.
Diharapkan pemberian anugerah itu tadi dapat menyuntik semangat hadirin yang 
ada di dewan ini dan ia pastinya memberikan kenangan indah kepada semua 
penerima anugerah. 

Sepatutnya:

Kami tidak lagi memerlukan akaun simpanan di atas dan berharap agar akaun ini 
dapat ditutup segera.
Diharapkan pemberian anugerah itu tadi dapat menyuntik semangat hadirin yang 
ada di dewan ini dan anugerah itu tadi pastinya memberikan kenangan indah 
kepada semua penerima anugerah.

NOTA: 

Kata ganti nama diri ia tidak boleh digunakan untuk merujuk kepada benda, 
perkara ataupun konsep. Kata ganti nama diri ia HANYA digunakan untuk 
menggantikan nama orang.

iii. Penggunaan kata ganti nama ia bertugas sebagai objek kepada kata sendi 
atau kata kerja transitif

Contoh:

Akmal berasa seronok dapat berkawan dengan ia.

Sepatutnya:

Akmal berasa seronok dapat berkawan dengannya.

iv. Penggunaan kata ganti nama ia bertugas sebagai kata nama pelaku dalam ayat 
pasif diri orang ketiga

Contoh:

Beg ia telah diselongkar ketika bersenam di padang.

Sepatutnya:

Begnya telah diselongkar ketika bersenam di padang.

v. Penggunaan kata ganti nama diri ianya

Kata ganti nama diri ianya tidak boleh digunakan kerana ianya merupakan 
gabungan kata ganti nama diri ia dan nya.

Contoh:

Penagihan dadah dalam kalangan pelajar perlu dibanteras segera kerana bimbang 
ianya kian menular.
Jika dahulunya beg genggam kerap digayakan ke majlis makan malam tetapi kini 
ianya bebas digayakan ke mana-mana sahaja.

Sepatutnya:

Penagihan dadah dalam kalangan pelajar perlu dibanteras segera kerana bimbang 
gejala tersebut kian menular.
Jika dahulunya beg genggam kerap digayakan ke majlis makan malam tetapi kini 
beg genggam bebas digayakan ke mana-mana sahaja.

vi. Penggunaan kata ganti nama diri singkat, iaitu kau, ku, mu dan nya yang 
dieja berasingan dengan kata yang menyertainya

Contoh:

Tolong kau ambilkan aku segelas air, kata Najwa.
Hati ku telah dimiliki.

Sepatutnya:

Tolong kauambilkan aku segelas air. kata Najwa.
Hatiku telah dimiliki. 

NOTA:

Kata ganti nama diri singkatan kau, ku perlu dieja rapat dengan kata kerja 
dasar yang mengikutnya. Begitu juga kata ganti nama diri singkatan ku, mu dan 
-nya sebagai akhiran ditulis serangkai dengan kata yang mendahuluinya.

vii. Penggunaan kata ganti nama kamu di tempat kata ganti nama kalian

Contoh:

Kamu hendaklah belajar dengan bersungguh-sungguh, nasihat Cikgu Sofia kepada 
murid-muridnya.

Sepatutnya:

Kalian hendaklah belajar dengan bersungguh-sungguh, nasihat Cikgu Sofia 
kepada murid-muridnya.

NOTA: 

Kata ganti nama diri kalian membawa maksud jamak, iaitu digunakan untuk merujuk 
kepada sekumpulan orang. Kata ganti nama diri kamu digunakan untuk merujuk 
kepada diri seseorang.

viii. Penggunaan kata ganti nama diri kita semua

Penggunaan kata ganti nama diri kita semua adalah salah. Hal ini demikian 
kerana kata ganti nama kita telah membawa maksud jamak. Jadi, kata semua tidak 
perlu hadir selepas kata ganti nama kita.

xi. Penggunaan kata ganti nama diri mereka yang digandakan

Contoh:

Marilah kita sertai mereka-mereka yang baru datang itu, kata Salina.

Help Palestine [hidayahnet] Kesalahan bahasa Melayu yang lazim

2009-03-29 Terurut Topik studioperintis
Kesalahan bahasa dalam penulisan sering berlaku sama ada disedari ataupun tanpa 
disedari. Kesalahan bahasa pasti berlaku jika kita tidak mengetahui hukum 
tatabahasa. Oleh itu, dalam bahagian ini disenaraikan beberapa kesalahan bahasa 
yang biasa dilakukan sebagai panduan dan hukum tatabahasa sebagai rujukan bagi 
meminimumkan kesalahan bahasa yang berlaku semasa menulis.

3.1 Kesalahan dari segi kata, frasa dan imbuhan

Kesalahan dari segi kata, frasa dan imbuhan ialah kesalahan menggunakan kata 
atau frasa atau imbuhan di tempat yang tidak sepatutnya. Kesalahan dari segi 
kata, frasa dan imbuhan paling kerap kita lakukan dalam penulisan. Terdapat 
banyak kesalahan dari segi kata, frasa dan imbuhan yang dapat saya kesan dalam 
bahan terbitan. Yang berikut merupakan kesalahan kata, frasa dan imbuhan yang 
lazim berlaku.

3.1.1 Kata, frasa dan imbuhan kata nama

i. Penggunaan kata nama khas di tempat kata nama am

a. Bahasa Inggeris dan bahasa Inggeris
Ejaan b huruf besar bagi ejaan Bahasa Inggeris digunakan apabila merujuk kepada 
subjek atau mata pelajaran. Jika tidak, b bagi ejaan bahasa Inggeris perlu 
dieja dengan huruf kecil. Begitu juga bagi bahasa Melayu.

ii. Penggunaan kata dan frasa nama yang tidak tepat

a. Teladan ATAU Tauladan 
Penggunaan kata teladan adalah betul. Hal ini demikian kerana kata tauladan 
adalah salah mengikut tatabahasa. 

b. Pusat beli-belah ATAU Pusat membeli-belah
Penggunaan kata yang betul ialah pusat beli-belah. Hal ini demikian kerana 
pusat membeli-belah membawa maksud kompleks tersebut berjalan untuk 
melaksanakan urusan jual beli.

c. Kata alu-aluan ATAU Kata-kata aluan
Penggunaan kata yang betul ialah kata alu-aluan. Hal ini demikian kerana dalam 
kamus tidak terdapat perkataan aluan.

iii. Penggunaan imbuhan Pe-...-an di tempat imbuhan PeR-...-an

a. Persaraan ATAU Pesaraan 
Kata pesaraan tidak terdapat dalam kamus. Oleh itu, kata persaraan adalah betul.

b. Perdamaian ATAU Pedamaian 
Kata pedamaian tidak terdapat dalam kamus. Oleh itu, kata perdamaian adalah 
betul.

iv. Penggunaan imbuhan PeR-...-an di tempat imbuhan Pe-...-an

a. Pelantikan ATAU Perlantikan
Kata perlantikan tidak terdapat dalam kamus. Oleh itu, kata pelantikan adalah 
betul.

b. Peletakan ATAU Perletakan
Kata perletakan tidak terdapat dalam kamus. Oleh itu, kata peletakan adalah 
betul.

NOTA: 

Bagi menentukan sama ada satu-satu perkataan itu menerima Pe-...-an atau 
PeR-...-an, perkataan itu boleh diuji dengan imbuhan beR- Jika perkataan 
tersebut boleh menerima beR-... dan meN-..., hal ini bermakna perkataan 
tersebut juga boleh menerima imbuhan PeR--an. Jika perkataan tersebut dapat 
menerima imbuhan meN-..., hal ini bermakna perkataan tersebut boleh menerima 
imbuhan Pe-...-an. 

v. Kesalahan penggunaan imbuhan kata nama

a. Penstrukturan ATAU Pengstrukturan 
Penstrukturan adalah betul. Hal ini demikian kerana kata pinjaman yang bermula 
dengan huruf s dan t menerima imbuhan pen- dan bukannya peng-.

b. Pergolakan ATAU Pergolakkan 
Kata pergolakan adalah betul. Hal ini demikian kerana kata nama hanya menerima 
imbuhan apitan peR-...-an dan bukannya peR-...-kan. 

c. Pengklasifikasi ATAU Penklasifikasi 
Pengklasifikasi adalah betul. Hal ini demikian kerana kata pinjaman yang 
bermula dengan huruf k akan bergabung dengan imbuhan peng- dan bukannya pen-.

vi. Hukum D-M

a. Hal-hal lain ATAU Lain-lain hal 
Penggunaan yang betul ialah hal-hal lain. Hal ini demikian kerana kata hal-hal 
merupakan unsur yang diterang manakala kata lain pula merupakan unsur yang 
menerang. Begitu juga bagi frasa lain-lain perkara dan lain-lain agenda. Frasa 
yang betul ialah perkara-perkara lain dan agenda-agenda lain. 

b. Janji temu ATAU Temu janji 
Penggunaan yang betul ialah janji temu. Hal ini demikian kerana kata janji 
merupakan unsur yang diterang manakala kata temu pula merupakan unsur yang 
menerang. Sesungguhnya, kita membuat janji untuk bertemu dan bukannya bertemu 
untuk berjanji. 

c. Pendingin hawa ATAU Penghawa dingin 
Penggunaan yang betul ialah pendingin hawa. Hal ini demikian kerana kata 
pendingin merupakan unsur yang diterang manakala kata hawa pula merupakan unsur 
yang menerang.

NOTA:

D-M bermaksud diterangkan (D) dan menerangkan (M). Dalam peraturan itu, unsur 
yang diterangkan merupakan unsur inti yang hadir pada kedudukan pertama dan 
unsur penerang pula hadir pada kedudukan kedua.

Contohnya:

Diterangkan (D)  Menerangkan (M)
sos cili
restoran  Aminah
lampu suluh
dapur  gas
perpustakaan   mini

Maklumat lanjut berkenaan buku CARA MUDAH MENGENAL PASTI KESALAHAN LAZIM DALAM 
BAHASA MELAYU ini boleh didapati di www.books.perintis.com.my atau sila 
berhubung dengan Cik Nor di talian 03-9019 5303. 

Help Palestine [hidayahnet] Buku Cara Mudah Mengenal Pasti Kesalahan Lazim Dalam Bahasa Melayu

2009-03-20 Terurut Topik studioperintis
Pendahuluan

Kesalahan bahasa bukanlah satu isu yang baharu tetapi satu isu yang telah lama 
dibicarakan. Jika kita lihat, banyak kesalahan bahasa yang boleh kita temukan 
dalam bahan-bahan terbitan. Sebagai rakyat Malaysia, sudah sampai masanya untuk 
kita memperjuangkan bahasa kita sendiri. Adakah sesuatu yang amat sukar untuk 
kita menggunakan bahasa yang betul dari segi hukum tatabahasanya? Tidak malukah 
kita jika suatu hari nanti kita ditegur oleh pelancong yang fasih berbahasa 
Melayu kerana kesalahan bahasa yang kita lakukan? Teringat saya semasa saya 
mengikuti satu pembentangan kertas kerja semasa di universiti dahulu, seorang 
pelajar dari negara Jepun bangun membetulkan ejaan pada slaid pembentangan 
seorang rakan. Walaupun rakan tersebut mengatakan bahawa berlaku kesilapan 
semasa menaip, namun sebenarnya dia memang tidak mengetahui ejaan yang betul 
kerana semua perkataan tersebut dieja dengan salah. Soalnya di sini, jika 
bangsa Jepun begitu peka akan bahasa kita, mengapa tidak kita? 

Oleh itu, saya terpanggil untuk menulis buku ini bagi memberi anda sedikit 
penerangan tentang tatabahasa dan kesalahan yang biasa dilakukan. Terdapat 
empat bahagian dalam buku ini, iaitu:

Bahagian 1 - Pengenalan
Bahagian 2 - Pengetahuan Asas Tatabahasa
Bahagian 3 - Kesalahan Bahasa Yang Lazim
Bahagian 4 - Kesalahan Lazim dalam Penulisan Surat Rasmi

Dalam bahagian 1, anda akan diberikan penerangan sebab buku ini ditulis dan 
cara-cara untuk memaksimumkan penggunaan buku ini. Hal ini penting agar buku 
ini dapat membantu anda dalam meningkatkan pemahaman dari segi tatabahasa.

Bahagian 2 pula akan menyentuh aspek pengetahuan asas tatabahasa. Pengetahuan 
asas tatabahasa ini dipecahkan kepada enam subtopik utama yang perlu ketahui 
oleh semua orang, iaitu golongan kata, imbuhan, frasa, ayat, tanda baca dan 
ejaan. 

Dalam bahagian 3, dimuatkan aneka kesalahan bahasa yang lazim. Kesalahan bahasa 
yang disentuh melibatkan kesalahan bahasa yang biasa dilakukan dari segi kata, 
frasa dan imbuhan, ayat, ejaan dan tanda baca.

Akhir sekali dalam bahagian 4, disenaraikan 11 kesalahan lazim yang biasa 
dilakukan dalam penulisan surat rasmi.

1. Pengenalan

Banyak antara kita yang beranggapan bahawa kita telah menguasai bahasa Melayu 
dengan baik. Hal ini demikian kerana sejak kecil lagi kita telah bercakap dalam 
bahasa Melayu dan belajar bahasa Melayu sejak di bangku sekolah rendah. Jadi, 
kealpaan dalam menguasai bahasa yang baik terus berlaku. Ada juga yang 
beranggapan bahawa penguasaan dari aspek tatabahasa kurang penting. Oleh sebab 
itu, banyak dapat kita temukan kesalahan bahasa dalam penulisan sama ada 
artikel, berita, rencana, papan tanda, surat dan sebagainya. 

Adakah kita mahu perkara itu terus berlaku tanpa ada penghujungnya? Pasti 
jawapannya tidak, bukan? Sebagai rakyat Malaysia yang mengakui bahawa bahasa 
Melayu merupakan bahasa kebangsaan, kita harus memainkan peranan kita dengan 
membetulkan kesalahan bahasa yang selama ini kita abaikan.

1.1 Mengapakah buku ini ditulis?

Sebagai seorang pendidik dan penulis, saya banyak menemukan kesalahan bahasa 
dalam penulisan. Kesalahan bahasa ini adakalanya menjadi isu terutama ketika 
saya mengajarkan tatabahasa kepada pelajar kelas yang terpandai. Mereka banyak 
bertanyakan soalan terutama apabila wujudnya percanggahan penerangan tatabahasa 
yang saya berikan dengan ayat-ayat yang dibaca oleh mereka terutama daripada 
surat khabar, majalah, buku dan sebagainya. 

Sebagai seorang pendidik dan penulis, saya amat khuatir akan kesalahan yang 
berlaku dalam bahan penerbitan. Hal ini demikian kerana kesalahan yang terdapat 
dalam bahan terbitan bukan sahaja menjejaskan mutu hasil bahan terbitan itu 
sendiri tetapi juga akan merosakkan pembacaan dan menjejaskan penghayatan 
pembaca. Tambahan pula bahan terbitan juga acap kali menjadi bahan rujukan para 
pelajar dan orang ramai. Keadaan ini sudah pastinya akan menyebabkan kesalahan 
bahasa dalam kalangan pelajar dan orang ramai.

Oleh itu, sebagai pendidik dan penulis, telah menjadi tanggungjawab saya untuk 
memastikan kesalahan bahasa yang berlaku selama ini dapat diatasi atau 
setidak-tidaknya dapat membantu orang ramai meminimumkan kesalahan bahasa yang 
dilakukan. Besar harapan saya agar buku ini dapat membantu anda menguasai 
tatabahasa yang betul terutama dalam penulisan. 

1.2 Untuk siapakah buku ini ditulis?

Sebenarnya buku ini ditulis untuk semua orang tanpa mengira peringkat usia, 
pekerjaan atau pangkat. Hal ini demikian kerana buku ini sesuai menjadi bahan 
rujukan para pelajar yang akan menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah 
(PMR) atau Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk mendapatkan keputusan yang 
cemerlang dalam subjek Bahasa Malaysia.

Buku ini juga dapat memberikan panduan kepada guru-guru atau bakal guru bahasa 
dalam mengajarkan tatabahasa kepada para pelajar. Kepada para editor, wartawan, 
penulis atau bakal penulis yang baru berjinak-jinak dalam dunia penerbitan dan 

Help Palestine [hidayahnet] Aneka contoh teks pengacara majlis

2009-03-04 Terurut Topik studioperintis
Pengenalan

Dalam urusan kita sehari-hari, adakalanya kita diminta untuk menjadi pengacara 
majlis bagi sesuatu majlis yang akan berlangsung di tempat kerja seperti jamuan 
perpisahan, Majlis Makan Malam Syarikat, Malam Amal, Hari Kualiti, pelancaran 
kempen dan sebagainya. Banyak daripada kita beranggapan bahawa tugas sebagai 
pengacara majlis merupakan tugas yang glamour dan mudah.

Sebenarnya, tugas pengacara majlis bukanlah mudah seperti yang kita jangkakan. 
Hal ini kerana kelancaran, kejayaan, hidup dan matinya sesebuah majlis 
bergantung sepenuhnya kepada pengacara majlis. Sekiranya dalam mengendalikan 
majlis, pengacara majlis hilang kata-kata maka keadaan ini akan menyebabkan 
kelancaran majlis terganggu. Begitu juga, jika pengacara majlis tidak pandai 
menarik perhatian tetamu yang hadir. Hal ini akan menyebabkan tetamu berasa 
bosan dan akhirnya meninggalkan majlis begitu sahaja. Akibatnya, tuan rumah 
atau penganjur akan menanggung malu. Oleh itu, sekiranya anda terpilih untuk 
menjadi pengacara majlis, pengetahuan tentang tugas sebenar pengacara majlis 
menjadi keperluan yang amat penting.

Jadi, buku ini ditulis untuk memberi anda sedikit panduan dan idea tentang 
tugas sebenar pengacara majlis. Terdapat enam bahagian dalam buku ini, iaitu:

Bahagian I - Pengacara Majlis
Bahagian II - Teknik Penulisan
Bahagian III - Kesalahan Bahasa
Bahagian IV - Senarai Panggilan Hormat dan Pantang Larang
Bahagian V - Cara Memulakan dan Mengakhiri Majlis
Bahagian VI - Aneka Contoh Teks Pengacara Majlis

Kandungan

Pendahuluan

Bahagian 1 - Pengacara Majlis
Pengenalan 
1.1 Siapakah pengacara majlis?
1.2 Mengapakah pengacara majlis penting?
1.3 Tip untuk menjadi seorang 'Star Emcee'?

Bahagian 2 - Teknik Penulisan
Pengenalan
2.1 Teknik menulis teks pengacara
2.1.1 Penyediaan teks
2.1.2 Cara menyediakan teks dan kandungan teks
2.2 Teknik menulis pantun dan bahasa berirama
2.2.1 Mencipta pantun
2.2.2 Mencipta bahasa berirama
2.3 Contoh-contoh pantun untuk agenda/atur cara tertentu
2.4 Contoh-contoh bahasa berirama untuk agenda/atur cara tertentu

Bahagian 3 - Kesalahan Bahasa
Pengenalan
3.1 Kesalahan Bahasa

Bahagian 4 - Senarai Panggilan Hormat  Pantang Larang Pengacara Majlis
Pengenalan
4.1 Panggilan hormat
4.2 Pantang larang

Bahagian 5 - Cara Memulakan dan Mengakhiri Majlis
Pengenalan
5.1 Cara memulakan majlis
5.2 Cara mengakhiri majlis

Bahagian 6 - Aneka Teks Pengacara Majlis
Pengenalan
6.1 Teks Perasmian Dewan
6.2 Teks Hari Anugerah
6.3 Teks Hari Wanita
6.4 Teks Jamuan Perpisahan
6.5 Teks Festival Nasyid
6.6 Teks Makan Malam Syarikat
6.7 Teks Majlis Tadarus Al-Quran
6.8 Teks Amanat Pemimpin
6.9 Teks Pelantikan Pengawas
6.10 Teks Perhimpunan Sahabat PEMADAM
6.11 Teks Hari Anugerah Khidmat Cemerlang
6.12 Teks Sambutan Hari Guru
6.13 Teks Sambutan Bulan Kemerdekaan
6.14 Teks Hari Kokurikulum
6.15 Teks Majlis Perkongsian Ilmu
6.16 Teks Majlis Pecah Tanah
6.17 Teks Pelancaran Buku Baru
6.18 Teks Perkahwinan Anak VIP
6.19 Teks Pelancaran Kempen (sebarang kempen)
6.20 Teks Malam Amal

Penutup

*Petikan daripada Bahagian IV

Pengenalan

Dalam sesuatu majlis pasti ada pelbagai jenis tamu mengikut pangkat dan 
kedudukan. Oleh itu, sebagai pengacara majlis, anda harus mengetahui penggilan 
hormat bagi seseorang tamu mengikut pangkat, darjat atau gelaran jawatan yang 
dijawat. Selain itu, sebagai pengacara majlis juga, anda harus mengetahui 
pantang larang terutama daripada segi berpakaian agar anda tidak menjadi isu 
dan memalukan pihak penganjur atau tuan rumah. Oleh sebab pentingnya panggilan 
hormat dan pantang larang daripada segi berpakaian, maka dalam bab ini akan 
disenaraikan panggilan hormat dan sedikit pantang larang berpakaian sebagai 
rujukan dan panduan para pembaca.

Panggilan Hormat

Penggilan hormat yang sesuai hendaklah digunakan terhadap orang-orang kenamaan 
sebagai tanda penghormatan kepada kedudukan mereka. Amat mustahak bagi seorang 
pengacara majlis mengetahui dan menggunakan panggilan hormat dan gelaran yang 
betul mengikut protokol dalam sesuatu majlis yang dikendalikan. 

Panggilan hormat bagi Yang di-Pertuan Agong, Sultan-Sultan dan Yang DiPertua 
Negeri adalah seperti berikut:

(a) Yang di-Pertuan Agong - *DYMM Seri Paduka Baginda
(b) Raja Permaisuri Agong - DYMM Seri Paduka Baginda
(c) Raja Perlis - DYMM Tuanku
(d) Sultan Kedah - Ke Bawah DYMM Al-Sultan
(e) Sultanah Kedah - Ke Bawah DYMM Tuanku
(f) Sultan Selangor - DYMM Sultan
(g) Tengku Ampuan Selangor - DYMM Tengku Ampuan
(h) Yang Dipertuan Besar - DYMM Tuanku Negeri Sembilan
(i) Tunku Ampuan - DYMM Tuanku Negeri Sembilan
(j) Sultan Pahang - Ke Bawah DYMM Sultan
(k) Sultanah Pahang - DYMM Sultanah
(l) Sultan Terengganu - DYMM Sultan
(m) Tengku Ampuan Besar - DYMM Tengku Ampuan Terengganu
(n) Al-Sultan Kelantan - Ke Bawah DYMM Tuanku
(o) Raja Perempuan Kelantan - DYMM Tengku
(p) Sultan Johor - DYMM Baginda Sultan
(q) Sultanah Johor - DYMM Baginda Sultanah
(r) Paduka Seri Sultan Perak - DYMM Paduka Seri Sultan
(s) Raja Permaisuri 

Help Palestine [hidayahnet] Adakah anda tidak pasti kerjaya apakah yang sesuai dengan kehendak dan personaliti anda?

2009-02-27 Terurut Topik studioperintis
Ataupun anda merasakan bahawa pekerjaan yang anda lakukan tidak serasi dengan 
anda dan kerjaya tersebut sebenarnya bukan yang anda impi-impikan selama ini? 

Jika anda berada dalam dilema untuk memilih, UJIAN APTITUD mungkin boleh 
memberikan jawapan kepada soalan-soalan yang sedang anda cari selama ini. 

UJIAN APTITUD bertujuan untuk memberikan panduan kepada sesiapa sahaja yang 
ingin berjaya dalam karier masing-masing. UJIAN APTITUD dapat membantu anda 
menilai kebolehan diri anda dan seterusnya mentafsir bidang yang sesuai dengan 
kebolehan dan tahap pemikiran anda. 

Tidak kira apa jua sebab anda mencuba UJIAN APTITUD, ujian ini akan membantu 
anda membuat keputusan yang lebih baik tentang masa depan karier anda dan 
seterusnya hala tuju hidup anda!

Sekarang ini, kita banyak mendengar cerita tentang kebanyakan remaja atau 
graduan yang bekerja tetapi apabila ditanya tentang pilihan mereka, mereka 
hanya menjawab, Saya hanya mendapat kerja ni. Jadi, saya kerja saja dulu, 
lebih baik daripada tidak dapat bekerja langsung.. Fenomena ini agak 
menyedihkan. Sekiranya anda tidak melakukan pekerjaan yang anda minati, anda 
tidak mungkin berpeluang untuk mengeksploitasikan kebolehan anda. Hal ini juga 
satu 'pembaziran' sumber manusia dan boleh mengakibatkan rasa kekosongan dan 
kekecewaan pada diri anda. 

Kebanyakan individu akan cenderung untuk memilih pekerjaan yang menawarkan gaji 
yang tinggi atau bekerja di syarikat yang lebih stabil sebagai pengisian untuk 
jangka masa pendek. Namun, yang membimbangkan kesannya untuk jangka masa yang 
panjang. Bayangkan anda terpaksa melakukan kerja yang tidak anda sukai untuk 
bertahun-tahun lamanya!

Terdapat dua perkara penting yang harus anda ketahui sebelum anda memilih 
sesuatu kerjaya.

1. Anda harus mengenali diri anda sendiri.
2. Anda harus mengetahui peluang yang ada untuk anda di luar sana.

Kerjaya yang sesuai untuk orang lain mungkin tidak sesuai dengan diri anda. 
Jadi, inilah masa untuk anda membuat keputusan dengan menilai diri anda sendiri 
daripada segi kebolehan dan keinginan anda.

UJIAN APTITUD dapat membantu anda merancang kerjaya anda secara teratur. Semua 
ujian yang disediakan dapat memberikan panduan berkaitan kerjaya yang sesuai 
untuk anda, iaitu:

1. Mampu menyerlahkan kebolehana dan kekuatan diri anda
2. Sesuai dengan perlakuan dan cara hidup anda (personaliti)
3. Apa yang dapat merangsang pemikiran dan minat anda (motivasi)

Aspek Kebolehan
Perkara yang perlu dikenal pasti adalah mengenali diri anda yang sebenar. Anda 
perlu mengetahui kebolehan anda dan perkara yang dapat dilakukan untuk 
menggunakan kebolehan anda secara maksimum.

Sekiranya anda sedang melakukan pekerjaan yang tidak anda minati, kebolehan 
sebenar anda tidak dapat digunakan dengan sebaik mungkin. Hal ini mungkin 
menghalang majikan anda untuk mendapat gambaran yang sebenar tentang prestasi 
kerja anda. 

Oleh itu, untuk mengenal pasti kekuatan diri anda, anda harus menjalani Ujian 
Kebolehan. Ujian Kebolehan ini bertujuan untuk mengenal pasti kebolehan yang 
tidak semestinya lahir daripada pembelajaran dan pengetahuan. Ujian yang diberi 
akan menguji tahap anda memahami dan menyelesaikan sesuatu perkara atau masalah 
dalam tugasan seharian.

Fail pdf Ujian Kebolehan boleh dimuat turun di Ruangan Muat Turun. Sila klik di 
sini.

Aspek Personaliti

Fitrah perlakuan manusia ialah kemampuan untuk menyesuaikan diri dalam apa-apa 
jua keadaan (fleksibel). Atas alasan inilah kebanyakan orang dapat melakukan 
kerja yang tidak disukai oleh mereka selama bertahun-tahun lamanya. 

Majoriti majikan sekarang amat menitikberatkan kesesuaian peribadi pekerja 
dengan tugasan yang akan dilakukan. Oleh itu, banyak syarikat memerlukan anda 
untuk membuat ujian penilaian dahulu sebelum memulakan temu duga kerana perkara 
ini sediki sebanyak dapat memberikan gambaran yang sebenar tentang diri anda 
sama ada terdapat kesesuaian atau tidak dengan jawatan yang ditawarkan. 

Jika seseorang pekerja itu tidak berminat akan kerja yang dilakukan, secara 
tidak langsung, produktiviti syarikat akan terjejas. Oleh itu, keserasian 
personaliti seseorang pekerja dan tugas amat penting.

Ujian Personaliti akan menganalisa pemikiran, perasaan dan perlakuan anda. 
Dengan itu, anda harus menjawab semua soalan dengan jujur dan fikiran yang 
terbuka untuk mendapatkan takrifan yang tepat tentang personaliti anda.

Ujian Personaliti adalah berbeza dengan Ujian Kebolehan kerana tiada jawapan 
yang betul atau salah. Apapun jawapan yang anda berikan adalah datang dari 
dalam diri anda sendiri. Takrifan daripada keputusan ujian akan memberi anda 
panduan tentang kerjaya yang sesuai dengan diri anda.

Fail pdf Ujian Personaliti boleh dimuat turun di Ruangan Muat Turun. Sila klik 
di sini.

Aspek Motivasi

Jika anda bertanya kepada seseorang tentang perkara yang mereka minati, mereka 
mungkin dapat memberikan jawapan kepada anda tanpa berfikir panjang. Hakikatnya 
perkara itu tidak semudah yang 

Help Palestine [hidayahnet] Cara Mudah Mengendalikan Majlis Rasmi Aktiviti Riadah Syarikat

2009-02-21 Terurut Topik studioperintis
Pendahuluan

Mengendalikan sesuatu majlis merupakan satu tugasan yang agak sukar bagi 
sesetengah orang, tetapi nampak mudah apabila dilakukan oleh orang lain. 
Mengapa begitu? 

Adakah mengendalikan majlis memerlukan kemahiran yang tinggi? Adakah perlu 
menghadiri kursus untuk mengendalikan majlis?

Sebenarnya, mengendalikan sesuatu majlis bukanlah satu tugasan yang sangat 
sukar. Namun, tugas ini memerlukan perancangan awal yang teliti. Setiap majlis 
yang sempurna dan berjalan dengan baik memerlukan perancangan pada tahap awal, 
pada tahap pertengahan dan pada tahap akhir. Perancangan yang sebegini memberi 
peluang kepada anda untuk mengenal pasti semua kelemahan yang ada dan mencari 
jalan penyelesaian yang terbaik. Yang penting, anda harus tahu matlamat majlis 
dan cara untuk anda mengendalikannya. Tentukan tema majlis dan yang paling 
penting, bajet bagi sesuatu majlis itu. 

Mengendalikan sesuatu majlis atau acara tidak hanya tertumpu kepada majlis 
makan malam, majlis perkahwinan dan sebagainya tetapi merangkumi pelbagai acara 
lain yang berkaitan. Buku ini akan membincangkan cara-cara mudah untuk 
mengendalikan majlis rasmi, majlis tidak rasmi, majlis anjuran syarikat seperti 
majlis makan malam dan juga team building, hari keluarga dan acara yang paling 
digemari, iaitu mencari harta karun atau lebih senang dikenali sebagai treasure 
hunt. 

Lazimnya, acara-acara ini dianjurkan oleh syarikat-syarikat dengan tujuan untuk 
meraikan kakitangan, menyambut ulang tahun syarikat atau mengumpul dana. Cara 
itu juga boleh dianjurkan sebagai satu kolaborasi antara dua atau lebih 
syarikat yang ingin bekerjasama atau meraikan sesuatu kejayaan. 

Walau apa jua majlis yang ingin dianjurkan, perancangan awal adalah sangat 
perlu. 

Kandungan

Pendahuluan

1. Mengendalikan Majlis Rasmi, Majlis Makan Malam dan Majlis Perkahwinan

1.1 Apakah maklumat-maklumat yang diperlukan untuk merancang majlis?

1.1.1 Jumlah tetamu yang bakal dijemput 
1.1.2 Tempat yang sesuai 
1.1.3 Tema majlis 
1.1.4 Penyediaan kad jemputan 
1.1.5 Menu 
1.1.6 Hiasan dewan
1.1.7 Buah tangan untuk tetamu
1.1.8 Dif-dif kehormat 
1.1.9 Atur cara majlis 
1.1.10 Susunan dewan 
- Kedudukan pentas
- Hiasan pentas
- Meja makan dan
tempat duduk hadirin 
1.1.11 Pengacara majlis 
1.1.12 Penyambut tetamu 
1.1.13 R.S.V.P
1.1.14 Penyediaan bajet

1.2 Perkara penting yang perlu anda fikirkan

1.2.1 Dua minggu sebelum majlis
1.2.2 Seminggu sebelum majlis
1.2.3 Sehari sebelum majlis
1.2.4 Hari majlis
1.2.5 Selepas majlis tamat 38

2. Mengendalikan Majlis Tidak Rasmi 

2.1 Apakah yang perlu anda lakukan?

2.1.1 Tentukan tempat/venue
2.1.2 Tentukan tarikh yang sesuai
2.1.3 Tema majlis, jika ada
2.1.4 Atur cara majlis 
2.1.5 Kad jemputan
2.1.6 Menu
2.1.7 Aktiviti sepanjang majlis
2.1.8 Hiasan rumah
2.1.9 Cenderamata untuk tetamu

2.2 Perkara penting yang perlu anda lakukan 

2.2.1 Jangan terperap di dalam dapur sepanjang malam!
2.2.2 Buat senarai tentang perkara yang perlu anda lakukan sebelum majlis 
bermula 
2.2.3 Pilih untuk melakukan perkara yang anda mampu sahaja dan serahkan tugas 
lain kepada pihak kedua
3. Mengendalikan Majlis Yang Dianjurkan Oleh Syarikat

3.1 Maklumat yang diperlukan dan cara untuk mendapatkannya

3.1.1 Jumlah kakitangan yang akan hadir
3.1.2 Tempat
3.1.3 Menu 64 
3.1.4 Aktiviti 65
3.1.5 Cenderamata 66
3.1.6 Kos-kos lain
7
3.2 Bagaimanakah untuk memastikan semua kakitangan hadir?
7
3.3 Contoh kertas kerja pengurusan

3.4 Perkara lain yang perlu diambil perhatian

3.4.1 Tema majlis 74
3.4.2 Dif-dif kehormat 74
3.4.3 Atur cara majlis
3.4.4 Kad jemputan
3.4.5 Selesai majlis

4. Mengendalikan Hari Keluarga atau Lawatan bagi Syarikat atau Persatuan

4.1 Apakah perkara yang perlu dilakukan?

4.1.1 Penubuhan ahli jawatankuasa
4.1.2 Urusan penyertaan
4.1.3 Tempat dan aktiviti yang sesuai
4.1.4 Aktiviti yang sesuai
4.1.5 Penyediaan makanan
4.1.6 Cenderamata
4.1.7 Kertas kerja pengurusan

5. Mengendalikan Acara Bina Pasukan (Team Building)

5.1 Apakah yang dimaksudkan dengan team building?

5.2 Cara yang kreatif untuk membentuk kumpulan

5.2.1 Biarkan semua peserta mencari ahli kumpulan mereka sendiri
5.2.2 Mengira dengan cara mudah
5.2.3 Kad warna

5.3 Idea-idea lain
5.3.1 Bunyi binatang
5.3.2 Menyelesaikan misteri

5.4 Aktiviti mental

5.4.1 Analisis SWOT
5.4.2 Analisis SWOT perniagaan
5.4.3 Bagaimanakah menggunakan analisis SWOT ini?
5.4.4 Analisis SWOT peribadi
6. Mengendalikan Acara Mencari Harta Karun (Treasure Hunt)

6.1 Menganjurkan treasure hunt yang kreatif

6.2 Kenapa perlu menganjurkan treasure hunt?

6.3 Apakah pilihan yang ada?

6.4 Idea kreatif dan pendekatan baru

6.5 Tip-tip untuk menganjurkan treasure hunt di taman awam

6.6 Permainan untuk kumpulan yang besar

6.7 Cadangan untuk saiz kumpulan

7. Mengendalikan Acara Telematch

7.1 Acara dalam telematch

7.2 Permainan telematch

7.3 Hadiah bagi pemenang

Penutup

Harga senaskhah buku CARA MUDAH MENGENDALIKAN MAJLIS RASMI  AKTIVITI RIADAH 
SYARIKAT ini ialah RM20. Maklumat 

Help Palestine [hidayahnet] Aneka contoh kertas kerja pengurusan - dwibahasa

2009-02-10 Terurut Topik studioperintis
Pendahuluan

Di dalam sesebuah organisasi, pihak pengurusan seringkali perlu menyediakan 
kertas kerja sebelum sesuatu agenda dilaksanakan untuk diserahkan kepada 
pengurusan atasan atau pihak yang berkaitan bagi tujuan penilaian. Agenda 
tersebut tidak kiralah sama ada untuk agenda formal atau tidak formal yang 
mendatangkan manfaat kepada organisasi tersebut. 

Justeru, buku ini bertujuan untuk memberikan panduan dan idea kepada anda 
tentang cara untuk menulis dan menyediakan kertas kerja pengurusan yang baik, 
efektif serta disaluti dengan isi kandungan yang sesuai. Terdapat sebanyak 20 
contoh kertas kerja pengurusan dalam buku ini yang dibahagikan kepada dua 
bahagian, iaitu:

Bahagian A - Kertas Kerja Pengurusan Formal
Bahagian B - Kertas Kerja Pengurusan Tidak Formal
Dalam Bahagian A, penekanan diberi kepada panduan utama untuk menghasilkan 
kertas kerja pengurusan yang formal bagi tujuan pembentangan kepada pihak 
pengurusan atasan. Sebanyak 10 contoh kertas kerja pengurusan disajikan untuk 
menunjukkan cara dan kaedah sesuatu isi penulisan itu dibentangkan. Manakala 
dalam Bahagian B pula, sebanyak 10 contoh kertas kerja pengurusan tidak formal 
disajikan sebagai panduan kepada mana-mana kakitangan yang memerlukannya bagi 
tujuan pembentangan sesuatu pelan atau tindakan bagi tujuan mendapatkan 
persetujuan pihak pengurusan yang ber-kenaan mengikut jabatan masing-masing.

Oleh itu, dengan adanya panduan berserta dengan contoh-contoh berkenaan dapat 
memberikan idea dan seterusnya membantu mana-mana kakitangan yang memerlukan 
kaedah yang sesuai untuk menyampaikan sesuatu idea untuk dinilai oleh pihak 
yang berkenaan di dalam sesuatu jabatan atau di dalam sesebuah organisasi. 
Jangan biarkan idea bernas yang diperoleh dibiarkan begitu sahaja dan 
bertindaklah ke arah penyampaian yang positif agar pembangunan syarikat dapat 
dikecapi bersama. 

Selamat membaca!

Kandungan buku

Pendahuluan

Bahagian A: Kertas Kerja Pengurusan Formal - Formal Management Working Papers 

1. Kertas Kerja Aktiviti Promosi Luar

Contoh: KERTAS KERJA BAGI MENGADAKAN PAMERAN JUALAN 2008 DI PUTRAJAYA 

Working Paper - External Promotions Activity 
Example: WORKING PAPER TO PROPOSE A SALES EXHIBITION 2008 AT PUTRAJAYA 

2. Kertas Kerja Pembangunan Automasi Pejabat

Contoh: KERTAS KERJA BAGI MENAMBAH PERKAKASAN AUTOMASI PEJABAT UNTUK KEGUNAAN 
JABATAN

Working Paper - Development of Office Automation System

Example: WORKING PAPER TO UPGRADE OFFICE EQUIPMENT AUTOMATION SYSTEM FOR 
DEPARTMENT USE 

3. Kertas Kerja Tugasan Luar Pejabat

Contoh: KERTAS KERJA TUGASAN LUAR PEJABAT BAGI PELAKSANAAN KELAS LATIHAN 
PEKERJA DI PERINGKAT CAWANGAN

Working Paper - Outstation Duties

Example: WORKING PAPER TO REQUEST OUTSTATION DUTIES TO IMPLEMENT EMPLOYEES 
TRAINING AT BRANCH LEVEL

4. Kertas Kerja Pengubahsuaian Pejabat 

Contoh: KERTAS KERJA BAGI PENGUBAHSUAIAN RUANGAN PEJABAT PUSAT PANGGILAN 
PELANGGAN 

Working Paper - Office Renovation 

Example: WORKING PAPER TO REQUEST FOR RENO-VATION AT CUSTOMER SERVICE CALL 
CENTRE

5. Kertas Kerja Pembangunan Latihan

Contoh: KERTAS KERJA CADANGAN BAGI MENGADAKAN KURSUS PEMBANGUNAN DIRI DAN 
MOTIVASI PEKERJA SYARIKAT

Working Paper - Development Training 

Example: WORKING PAPER TO ORGANIZE A SELF-DEVELOPMENT \AND MOTIVATION COURSE 
FOR COMPANY EMPLOYEES

6. Kertas Kerja Penyediaan Pampasan dan Elaun

Contoh: KERTAS KERJA BAGI KENAIKAN PAMPASAN TUGASAN LUAR PEJABAT BAGI 
KAKITANGAN EKSEKUTIF DAN PENGURUSAN

Working Paper - Provision of Compensation and Allowance

Example: WORKING PAPER TO PROPOSE FOR AN INCREASE IN COMPENSATION FOR 
OUTSTATION DUTIES FOR EXECUTIVE AND MANAGEMENT STAFF 

7. Kertas Kerja Penganugerahan Pekerja

Contoh: KERTAS KERJA BAGI PENGANUGERAHAN PEKERJA TERBAIK MENGIKUT BAHAGIAN/UNIT 
DI DALAM SYARIKAT

Working Paper - Employees Awards 

Example: WORKING PAPER TO AWARD BEST EMPLOYEE OF DEPARTMENTS/UNITS IN THE 
COMPANY

8. Kertas Kerja Pengambilan Pekerja Baru

Contoh: KERTAS KERJA MENAMBAH BILANGAN KAKI-TANGAN UNTUK BAHAGIAN KOMUNIKASI

Working Paper - New Staff Recruitment 

Example: WORKING PAPER TO REQUEST FOR ADDITIONAL STAFF FOR COMMUNICATIONS 
DEPARTMENT

9. Kertas Kerja Lanjutan Perkhidmatan

Contoh: KERTAS KERJA BAGI MELANJUTKAN TEMPOH PERKHIDMATAN KAKITANGAN SEMENTARA 
DI BAHAGIAN OPERASI

Working Paper - Service Extension 

Example: WORKING PAPER TO REQUEST FOR SERVICE EXTENSION FOR TEMPORARY STAFF AT 
OPERATIONS DEPARTMENT

10. Kertas Kerja Kenaikan Gaji/Pangkat

Contoh: KERTAS KERJA BAGI KENAIKAN GAJI DAN PANGKAT KAKITANGAN DARIPADA 
BAHAGIAN PEMASARAN

Working Paper - Salary Increment And Promotion

Example: WORKING PAPER TO REQUEST FOR SALARY INCREMENT AND PROMOTION FOR STAFF 
AT MARKETING DEPARTMENT 

Bahagian B: Kertas Kerja Pengurusan Tidak Formal -  Informal Management Working 
Papers

1. Kertas Kerja Aktiviti Riadah Syarikat

Contoh: KERTAS KERJA BAGI MENGADAKAN AKTIVI RIADAH KELUARGA KAKITANGAN DI TAMAN 
TASIK 

Help Palestine [hidayahnet] Pujian vs Galakan

2009-01-09 Terurut Topik studioperintis
Pujian vs Galakan 
 
Sebagai ibu bapa dan pendidik, kita perlu memberi pujian dengan betul dan 
berpada-pada. Mungkin anda tertanya-tanya, adakah pujian-pujian yang anda 
berikan kepada anak-anak dan pelajar-pelajar kita itu ada keburukannya? Ya, 
pujian ada keburukannya jika tidak digunakan dengan betul. Memang pujian itu 
merupakan satu cara yang agak berkesan untuk meningkatkan harga diri seseorang 
tetapi terdapat satu lagi strategi yang lebih berkesan. 

 Dr. Rudolph Dreikur, seorang pakar psikologi yang terkenal, pernah 
berkata, “…seorang kanak-kanak itu memerlukan galakan seperti pokok perlukan 
matahari dan air”. Strategi ini lebih memberikan kesan berpanjangan kepada cara 
kanak-kanak itu melihat dirinya. Pujian dan galakan itu merupakan strategi yang 
positif, berkesan dan membawa manfaat jika digunakan. Kedua-dua teknik ini 
boleh:

i.   Membina harga diri

ii.   Meningkatkan rasa bangga

iii.  Menggalakkan kerjasama

iv.  Membina perhubungan yang positif

v.   Membantu kanak-kanak semasa mereka menghadapi kesukaran dan masalah

 Bagaimanapun, jika anda kaji betul-betul, sebenarnya ada perbezaan 
yang ketara antara pujian dan galakan. Cuba anda lihat perbezaannya:

1.  Pujian ialah satu ganjaran yang perlu dimenangi:

 “Tahniah Haziq kerana berjaya dapat A dalam ujian semalam!”

 Galakan pula ialah satu hadiah:

 ”Abah berasa bangga kerana Haziq betul-betul berusaha dengan gigih 
untuk peperiksaan kali ini!”

2.  Pujian menggunakan perkataan-perkataan yang menunjukkan kita menghakimi:

  “Awak dapat jawab semua soalan dengan betul. Tahniah!”

 Galakan menggunakan pertuturan perkataan yang menunjukkan kita 
mengambil berat:

 “Saya berasa gembira apabila awak mencuba untuk menjawab soalan saya 
tadi.”

3.  Pujian menggalakkan pertandingan:

 “Tahniah Aiman! Aiman dapat nombor satu dalam kelas!”

 Galakan menggalakkan kerjasama:

 ”Teruskan usaha Ain! Nampak makin bagus keputusan periksa Ain.”

4.  Pujian menunjukkan penerimaan bersyarat:

 “Emak sayangkan Odah apabila Odah dapat keputusan yang baik dalam 
peperiksaan.”

 Galakan menunjukkan penerimaan tanpa syarat:

 “Emak sayangkan Odah apabila Odah berada di sisi emak.”

5.  Pujian mengajar kanak-kanak untuk memuaskan hati orang dewasa: 

 “Bagus betul Hafiz hari ini kerana tolong mak mengemas rumah. Mak rasa 
bangga dengan Hafiz.”

 Galakan pula mengajar kanak-kanak untuk memuaskan hati mereka sendiri:

 “Abah perhatikan sekarang ini, Syakirin semakin rajin mengulang kaji 
pelajaran. Syakirin patut bangga dengan diri Syakirin.”

6.  Pujian hanya boleh diberi apabila kanak-kanak itu berjaya:

 “Tahniah, Zul kerana berjaya mendapat keputus-an cemerlang dalam 
peperiksaan.”

 Galakan pula boleh digunakan apabila seseorang kanak-kanak itu sedang 
menghadapi kegagalan atau kekecewaan:

 “Tak apa, adik. Emak tahu adik dah berusaha keras untuk mendapatkan 
keputusan yang cemerlang dalam ujian Matematik itu. Teruskan usaha adik itu!”

 Daripada penerangan-penerangan di atas, anda boleh lihat bahawa 
puji-pujian boleh mendatangkan ketagihan dan boleh menyebabkan kanak-kanak itu 
mencari motivasi yang berbentuk luaran. Sebaliknya, galakan akan kurang 
menyebabkan ketagihan dan lebih menggalakkan motivasi dalaman kanak-kanak itu. 
Secara amnya, pujian itu berkesan, tetapi galakan lebih berkesan!

 Topik ini dapat mendidik kita agar memberi pujian dan galakan bagi 
memotivasikan kanak-kanak untuk belajar dengan lebih gigih dalam memahirkan 
diri mereka dalam bahasa Inggeris. Selain dua strategi ini, ada satu strategi 
yang lain. Strategi ini juga sering disarankan oleh penulis perhubungan manusia 
yang tersohor, Dale Carnegie, dalam buku beliau “How to Win Friends and 
Influence People”. Lihat dalam cerita berikut bagaimana strategi ini digunakan 
dengan efektif:

 “Strategi ini saya pelajari daripada John William, yang merupakan 
Pengerusi di syarikat tempat saya bekerja dahulu. John merupakan seorang ahli 
korporat yang hebat dan amat berbakat. ‘Kemahiran manusia’ beliau amat 
menakjubkan dan beliau disayangi, dihormati dan disegani oleh semua orang yang 
me-ngenali beliau. Saya amat seronok memerhati dan mempelajari cara beliau 
berinteraksi dengan orang lain.

Bila-bila sahaja setiausaha saya memberitahu bahawa John sedang di 
talian, saya akan berasa teruja. Saya amat seronok berbual dengan beliau. Suatu 
hari, saya cuba menganalisa sebab-sebab penggilan beliau cukup menyeronokkan 
saya. Selepas membuat analisa, saya mula memahaminya! John sering memuji saya, 
“Minit mesyuarat yang awak buat itu cukup hebat.” Beliau juga sering memberi 
galakan kepada saya, “Saya berasa gembira melihat awak hadir ke perlawanan 
persahabatan bola sepak syarikat kita 

Help Palestine [hidayahnet] 101 Perkara Yang Anda Harus Tahu Untuk Menjadi Pengacara Hos TV Versatil

2008-11-30 Terurut Topik studioperintis
Pendahuluan

Pengacara majlis, atau dalam Bahasa Inggeris dikenali sebagai 'Master of 
Ceremony', atau lebih singkat dipanggil 'emcee' diibaratkan sebagai 'nadi' 
sesebuah majlis. 

Fungsi utama seorang pengacara adalah untuk menghidupkan sesuatu majlis dan 
mengawal agar majlis berjalan dengan lancar. Pengacara juga bertindak sebagai 
'image creator' yang mewakili hos sesuatu majlis itu. 

Pengacara harus bersifat versatil, iaitu dia mampu membentuk mood sesuatu 
majlis seperti yang dikehendaki oleh hos. Andaikata hos menginginkan majlis 
tersebut menjadi penuh formal dan beradab, seseorang pengacara harus bijak 
untuk mengemudi majlis dan mengawal hadirin yang datang supaya tidak tersasar 
dari imej majlis yang dinginkan oleh hos tersebut.

Memang bukan sesuatu yang mudah untuk menjadi seorang pengacara yang baik, 
namun, hal ini bukan sesuatu yang mustahil. Jika anda tahu cara-cara dan 
taktiknya, anda mungkin akan mengatakan bahawa tugas ini sesuatu yang senang. 

Berikut dihidangkan soalan-soalan yang mungkin menjadi tanda tanya dan diharap 
jawapan yang disediakan mampu memberi keyakinan diri kepada sesiapa sahaja yang 
ingin mencuba untuk menjadi seorang pengacara.

Kandungan

Pendahuluan

Personaliti dan Penampilan Seseorang Pengacara

1. Apakah ciri utama yang harus ada pada seseorang untuk menjadi pengacara?
2. Adakah bentuk fizikal seseorang itu penting?
3. Bagaimanakah pula dengan suara? 
4. Bagaimanakah caranya untuk mengawal suara agar lebih menonjol?
5. Perlukah anda bercakap dengan cepat untuk membuktikan kelancaran anda 
bercakap?
6. Apakah teknik-teknik vokal yang perlu diketahui?
7. Apakah pakaian yang sesuai?
8. Bolehkah seseorang pengacara majlis memakai pakaian yang sama sepanjang 
majlis berlangsung?
9. Bilakah masa yang sesuai untuk menukar pakaian?
10. Adakah perlu untuk memberitahu hadirin bahawa anda ingin menukar pakaian?
11. Perlukah seseorang pengacara majlis itu memilih warna yang terang supaya 
mudah dilihat oleh orang?
12. Adakah pengacara perlu berpakaian sedondon dengan subjek yang akan diraikan?
13. Bagaimanakah pula dengan gaya rambut?
14. Sekiranya warna rambut tidak sesuai, bagaimanakah caranya untuk 
mengurangkan tumpuan orang pada rambut anda?
15. Sekiranya seseorang pengacara majlis memakai tudung, adakah perlu untuk 
menggayakan tudung dengan cara yang berbeza?

Penerimaan Tawaran Menjadi Pengacara

16. Bilakah majlis tersebut akan berlangsung?
17. Di manakah majlis tersebut akan diadakan?
18. Apakah tema majlis?
19. Apakah kod pakaian?
20. Siapakah tetamu kehormat?
21. Berapa lamakah majlis tersebut dijangka berlangsung?
22. Apakah bahasa pengantara yang akan digunakan?
23. Adakah skrip disediakan?
24. Bagaimanakah cara duduk majlis (seating arrangement)?
25. Berapa orangkah pengacara majlis yang akan disediakan?
26. Perlukah disediakan muzik latar?
27. Siapakah penaja majlis tersebut?
28. Apakah yang diperlukan daripada anda sebagai pengacara?
29. Adakah sebarang syarat dikenakan?
30. Berapakah bayaran yang ditawarkan?
31. Tema yang dicadangkan tidak bersesuaian dengan majlis. Adakah perlu anda 
memberikan cadangan atau buah fikiran anda kepada hos?
32. Bagaimanakah untuk mempengaruhi hos agar memilih anda menjadi pengacara 
majlis?
33. Sekiranya bayaran yang ditawarkan kurang sesuai, bagaimanakah caranya untuk 
anda berunding?

Persediaan Sebelum Bermulanya Tugas Sebagai Pengacara

34. Apakah yang perlu anda lakukan setelah menerima tawaran sebagai pengacara 
majlis? 
35. Dalam majlis perkahwinan, jika anda diminta membuat ucapan tentang 
mempelai, apakah persediaan yang harus anda lakukan? 
36. Bilakah masa yang sesuai untuk seseorang pengacara majlis itu datang?
37. Apakah yang perlu anda lakukan sesudah tiba di tempat majlis?
38. Perlukah anda mengenalkan diri anda kepada orang lain yang ada di situ?
39. Adakah anda perlu mendapatkan senarai terbaru hadirin?
40. Di manakah tempat yang sesuai bagi anda duduk sebelum majlis bermula?
41. Apakah latihan yang perlu anda lakukan untuk melancarkan majlis atau 
rancangan?
42. Adakah anda perlu menyebut nama semua kenamaan yang hadir? 
43. Perlukah anda mengenali tetamu kehormat?
44. Apakah persediaan lain yang anda perlu lakukan untuk mendapatkan lebih 
maklumat berkenaan majlis tersebut?
45. Perlukah anda menyediakan 'timer'?
46. Adakah anda perlu mengetahui arah dan cara masuk tetamu kehormat terlebih 
dahulu?

Mengacarakan Majlis Atau Rancangan

47. Bagaimanakah untuk memulakan sesuatu majlis formal?
48. Bagaimanakah pula untuk memulakan majlis separa formal dan tidak formal?
49. Di manakah tempat yang sesuai bagi anda berdiri?
50. Sekiranya majlis tersebut dirakamkan, perlukah anda memandang pada kamera?
51. Sekiranya majlis tersebut melibatkan penglibatan pihak lain, apakah yang 
perlu anda lakukan?
52. Perlukah anda mengenalkan hos majlis kepada semua hadirin?
53. Perlukah anda menerangkan kepada hadirin tujuan majlis tersebut diadakan?
54. Bagaimanakah anda mempersilakan tetamu kehormat untuk menyampaikan 

Help Palestine [hidayahnet] Tip untuk menganjurkan treasure hunt di tempat awam

2008-11-20 Terurut Topik studioperintis
Berdasarkan pengalaman yang sudah-sudah, aktiviti treasure hunt ini ialah satu 
permainan yang sangat versatile dan boleh dimainkan di mana-mana sahaja, 
termasuk di dalam taman! Di negara ini terdapat banyak taman tasik atau taman 
bunga yang besar yang terbuka untuk kegunaan orang ramai. Taman-taman ini juga 
banyak mempunyai tempat beriadah dan sesuai untuk seisi keluarga dan pelbagai 
peringkat umur.

Treasure hunt juga sesuai untuk dilakukan di taman bunga, terutama sekali taman 
yang mempunyai landskap yang menarik dengan rimbunan pelbagai jenis pohon dan 
aksesori lain yang menarik seperti gua buatan, terowong, parit besar, rumah di 
atas pokok, pondok rehat dan sebagainya. 

Yang penting, gunakan kreativiti anda untuk menganjurkan permainan ini di taman 
dengan mengambil kira pelbagai faktor. Lazimnya, keputusan untuk menjalankan 
aktiviti treasure hunt di taman dibuat untuk memudahkan peserta yang 
berkeluarga untuk turut serta. Selain kemudahan yang ada untuk kanak-kanak, 
taman juga merupakan satu tempat yang selamat untuk kanak-kanak berlari-lari 
tanpa perlu ibu bapa risau akan keselamatan mereka. 

Yang berikut disenaraikan tip berguna jika anda perlu menyorokkan klu untuk 
permainan treasure hunt ini sekiranya diadakan di dalam taman.

1. Tiada kanak-kanak 

Pastikan tidak ada kanak-kanak yang nampak anda menyembunyikan klu atau menanam 
sesuatu objek. Sudah menjadi fitrah kanak-kanak, mereka mempunyai sifat ingin 
tahu yang tinggi dan akan berusaha untuk mencari jawapan kepada sifat ingin 
tahu mereka.

Jadi, tidak hairanlah apabila ada kanak-kanak yang akan mengambil klu yang 
telah anda sorokkan atau menggali kembali objek yang telah ditanam untuk 
mendapatkan jawapan.

Tidak keterlaluan untuk mengatakan bahawa kanak-kanak tersebut akan bergegas ke 
tempat yang telah anda sorokkan barang-barang dan mengambilnya. 

Ingat, bukan salah mereka kerana mencari sesuatu yang misteri atau berjaya 
menggali sesuatu benda yang berharga ialah satu pengalaman yang sangat 
menyeronok-kan mereka. 

2. Tahu waktu taman beroperasi

Kebanyakan taman mempunyai waktu buka dan tutup tertentu, ada yang ditutup 
dengan lebih awal dan ada yang tidak. 

Jadi, adalah penting bagi anda untuk mengetahui-nya kerana anda harus berada di 
sana lebih awal daripada orang lain untuk menyorokkan 'harta karun' anda. 

3. Jauhi paip pancuran air (sprinkler) 

Sebelum anda menyorokkan sebarang klu atau objek, pastikan anda tahu tempat 
letaknya paip pancuran air (sprinkler) yang selalunya tersembunyi di 
celah-celah pokok. 

Kebanyakan pancuran diprogramkan untuk menyiram air pada waktu malam. Oleh itu, 
pastikan klu anda tidak akan dibasahi air, jika tidak anda akan mendapati 
semuanya telah hancur ataupun rosak keesokan paginya.

4. Cari taman yang sesuai dengan tema 

Bergantung kepada tema yang telah anda pilih, cari taman yang banyak mempunyai 
kolam air atau anak sungai yang kecil jika tema yang anda gunakan berkaitan 
dengan lanun dan air. Anda boleh menyembunyikan klu di dalam botol yang 
direndamkan di dalam air sungai.

Namun, berhati-hati kerana anda tidak mahu botol tersebut dihanyutkan air! 
Untuk mengelakkan daripada perkara ini terjadi, anda mempunyai beberapa 
pilihan, iaitu:

i. Mengikat muncung botol dengan tali atau benang halus pada batu atau pada 
dahan pokok. Tetapi pastikan benang atau tali ini tidak kelihatan kerana jika 
tidak, hal ini akan menjadi seperti jejak yang membawa peserta kepada botol 
tersebut! Pastinya permainan akan menjadi hambar dan tidak mencabar.

ii. Memasukkan sesuatu benda yang berat di dalam botol tersebut sehingga botol 
tersebut tenggelam dan tidak boleh dibawa arus. Anda boleh mengisi dengan pasir 
ataupun batu kecil. 

iii. Meletakkan botol tersebut di celah-celah batu agar tidak boleh bergerak 
dan tidak akan dibawa arus.

5. Perkara penting ketika memilih taman

Jika anda menggunakan taman awam yang besar dan banyak mempunyai pokok atau 
rimbunan pohon yang boleh menjadi tempat berteduh kepada orang yang tidak 
mempunyai rumah seperti pengemis atau orang yang tidak siuman, anda mesti 
berhati-hati kerana anda tentu tidak mahu mengganggu tempat persembunyian 
mereka. Selain itu, anda juga tidak mahu mereka melihat apa-apa yang ingin anda 
sorokkan kerana seperti kanak-kanak, orang dewasa juga kadang-kadang mempunyai 
sifat ingin tahu yang menebal! 

Sebelum anda memilih taman, pastikan taman tersebut diketahui oleh semua 
peserta agar tidak ada yang sesat nanti. Sediakan peta untuk ke taman tersebut 
untuk mengelakkan sebarang kelewatan yang tidak diingini. 

Sebelum memilih tempat, fikirkan tentang festival lain atau acara lain yang 
mungkin berlangsung di taman tersebut pada waktu yang sama. Jika terdapat 
festival yang dianjurkan di tempat yang dipilih, hal ini bermakna taman 
tersebut akan mempunyai lebih banyak pengunjung berbanding dengan hari biasa 
dan kesesakan akan berlaku. 

Jika terlalu banyak pengunjung, pastinya berlaku kekecohan dan jangan terkejut 

Help Palestine [hidayahnet] Buku baru: Cara Mudah Mengendalikan Majlis Rasmi Aktiviti Riadah Syarikat

2008-11-06 Terurut Topik studioperintis
Pendahuluan

Mengendalikan sesuatu majlis merupakan satu tugasan yang agak sukar bagi 
sesetengah orang, tetapi nampak mudah apabila dilakukan oleh orang lain. 
Mengapa begitu? 

Adakah mengendalikan majlis memerlukan kemahiran yang tinggi? Adakah perlu 
menghadiri kursus untuk mengendalikan majlis?

Sebenarnya, mengendalikan sesuatu majlis bukanlah satu tugasan yang sangat 
sukar. Namun, tugas ini memerlukan perancangan awal yang teliti. Setiap majlis 
yang sempurna dan berjalan dengan baik memerlukan perancangan pada tahap awal, 
pada tahap pertengahan dan pada tahap akhir. Perancangan yang sebegini memberi 
peluang kepada anda untuk mengenal pasti semua kelemahan yang ada dan mencari 
jalan penyelesaian yang terbaik. Yang penting, anda harus tahu matlamat majlis 
dan cara untuk anda mengendalikannya. Tentukan tema majlis dan yang paling 
penting, bajet bagi sesuatu majlis itu. 

Mengendalikan sesuatu majlis atau acara tidak hanya tertumpu kepada majlis 
makan malam, majlis perkahwinan dan sebagainya tetapi merangkumi pelbagai acara 
lain yang berkaitan. Buku ini akan membincangkan cara-cara mudah untuk 
mengendalikan majlis rasmi, majlis tidak rasmi, majlis anjuran syarikat seperti 
majlis makan malam dan juga team building, hari keluarga dan acara yang paling 
digemari, iaitu mencari harta karun atau lebih senang dikenali sebagai treasure 
hunt. 

Lazimnya, acara-acara ini dianjurkan oleh syarikat-syarikat dengan tujuan untuk 
meraikan kakitangan, menyambut ulang tahun syarikat atau mengumpul dana. Cara 
itu juga boleh dianjurkan sebagai satu kolaborasi antara dua atau lebih 
syarikat yang ingin bekerjasama atau meraikan sesuatu kejayaan. 

Walau apa jua majlis yang ingin dianjurkan, perancangan awal adalah sangat 
perlu. 

Kandungan

Pendahuluan

1. Mengendalikan Majlis Rasmi, Majlis Makan Malam dan Majlis Perkahwinan

1.1 Apakah maklumat-maklumat yang diperlukan untuk merancang majlis?

1.1.1 Jumlah tetamu yang bakal dijemput 
1.1.2 Tempat yang sesuai 
1.1.3 Tema majlis 
1.1.4 Penyediaan kad jemputan 
1.1.5 Menu 
1.1.6 Hiasan dewan
1.1.7 Buah tangan untuk tetamu
1.1.8 Dif-dif kehormat 
1.1.9 Atur cara majlis 
1.1.10 Susunan dewan 
- Kedudukan pentas
- Hiasan pentas
- Meja makan dan
tempat duduk hadirin 
1.1.11 Pengacara majlis 
1.1.12 Penyambut tetamu 
1.1.13 R.S.V.P
1.1.14 Penyediaan bajet

1.2 Perkara penting yang perlu anda fikirkan

1.2.1 Dua minggu sebelum majlis
1.2.2 Seminggu sebelum majlis
1.2.3 Sehari sebelum majlis
1.2.4 Hari majlis
1.2.5 Selepas majlis tamat 38

2. Mengendalikan Majlis Tidak Rasmi 

2.1 Apakah yang perlu anda lakukan?

2.1.1 Tentukan tempat/venue
2.1.2 Tentukan tarikh yang sesuai
2.1.3 Tema majlis, jika ada
2.1.4 Atur cara majlis 
2.1.5 Kad jemputan
2.1.6 Menu
2.1.7 Aktiviti sepanjang majlis
2.1.8 Hiasan rumah
2.1.9 Cenderamata untuk tetamu

2.2 Perkara penting yang perlu anda lakukan 

2.2.1 Jangan terperap di dalam dapur sepanjang malam!
2.2.2 Buat senarai tentang perkara yang perlu anda lakukan sebelum majlis 
bermula 
2.2.3 Pilih untuk melakukan perkara yang anda mampu sahaja dan serahkan tugas 
lain kepada pihak kedua
3. Mengendalikan Majlis Yang Dianjurkan Oleh Syarikat

3.1 Maklumat yang diperlukan dan cara untuk mendapatkannya

3.1.1 Jumlah kakitangan yang akan hadir
3.1.2 Tempat
3.1.3 Menu 64 
3.1.4 Aktiviti 65
3.1.5 Cenderamata 66
3.1.6 Kos-kos lain
7
3.2 Bagaimanakah untuk memastikan semua kakitangan hadir?
7
3.3 Contoh kertas kerja pengurusan

3.4 Perkara lain yang perlu diambil perhatian

3.4.1 Tema majlis 74
3.4.2 Dif-dif kehormat 74
3.4.3 Atur cara majlis
3.4.4 Kad jemputan
3.4.5 Selesai majlis

4. Mengendalikan Hari Keluarga atau Lawatan bagi Syarikat atau Persatuan

4.1 Apakah perkara yang perlu dilakukan?

4.1.1 Penubuhan ahli jawatankuasa
4.1.2 Urusan penyertaan
4.1.3 Tempat dan aktiviti yang sesuai
4.1.4 Aktiviti yang sesuai
4.1.5 Penyediaan makanan
4.1.6 Cenderamata
4.1.7 Kertas kerja pengurusan

5. Mengendalikan Acara Bina Pasukan (Team Building)

5.1 Apakah yang dimaksudkan dengan team building?

5.2 Cara yang kreatif untuk membentuk kumpulan

5.2.1 Biarkan semua peserta mencari ahli kumpulan mereka sendiri
5.2.2 Mengira dengan cara mudah
5.2.3 Kad warna

5.3 Idea-idea lain
5.3.1 Bunyi binatang
5.3.2 Menyelesaikan misteri

5.4 Aktiviti mental

5.4.1 Analisis SWOT
5.4.2 Analisis SWOT perniagaan
5.4.3 Bagaimanakah menggunakan analisis SWOT ini?
5.4.4 Analisis SWOT peribadi
6. Mengendalikan Acara Mencari Harta Karun (Treasure Hunt)

6.1 Menganjurkan treasure hunt yang kreatif

6.2 Kenapa perlu menganjurkan treasure hunt?

6.3 Apakah pilihan yang ada?

6.4 Idea kreatif dan pendekatan baru

6.5 Tip-tip untuk menganjurkan treasure hunt di taman awam

6.6 Permainan untuk kumpulan yang besar

6.7 Cadangan untuk saiz kumpulan

7. Mengendalikan Acara Telematch

7.1 Acara dalam telematch

7.2 Permainan telematch

7.3 Hadiah bagi pemenang

Penutup

Harga senaskhah buku CARA MUDAH MENGENDALIKAN MAJLIS RASMI  AKTIVITI RIADAH 
SYARIKAT ini ialah RM20. Jumlah 

Help Palestine [hidayahnet] Aneka contoh teks pengacara majlis

2008-10-30 Terurut Topik studioperintis
Pengenalan

Dalam urusan kita sehari-hari, adakalanya kita diminta untuk menjadi pengacara 
majlis bagi sesuatu majlis yang akan berlangsung di tempat kerja seperti jamuan 
perpisahan, Majlis Makan Malam Syarikat, Malam Amal, Hari Kualiti, pelancaran 
kempen dan sebagainya. Banyak daripada kita beranggapan bahawa tugas sebagai 
pengacara majlis merupakan tugas yang glamour dan mudah.

Sebenarnya, tugas pengacara majlis bukanlah mudah seperti yang kita jangkakan. 
Hal ini kerana kelancaran, kejayaan, hidup dan matinya sesebuah majlis 
bergantung sepenuhnya kepada pengacara majlis. Sekiranya dalam mengendalikan 
majlis, pengacara majlis hilang kata-kata maka keadaan ini akan menyebabkan 
kelancaran majlis terganggu. Begitu juga, jika pengacara majlis tidak pandai 
menarik perhatian tetamu yang hadir. Hal ini akan menyebabkan tetamu berasa 
bosan dan akhirnya meninggalkan majlis begitu sahaja. Akibatnya, tuan rumah 
atau penganjur akan menanggung malu. Oleh itu, sekiranya anda terpilih untuk 
menjadi pengacara majlis, pengetahuan tentang tugas sebenar pengacara majlis 
menjadi keperluan yang amat penting.

Jadi, buku ini ditulis untuk memberi anda sedikit panduan dan idea tentang 
tugas sebenar pengacara majlis. Terdapat enam bahagian dalam buku ini, iaitu:

Bahagian I - Pengacara Majlis
Bahagian II - Teknik Penulisan
Bahagian III - Kesalahan Bahasa
Bahagian IV - Senarai Panggilan Hormat dan Pantang Larang
Bahagian V - Cara Memulakan dan Mengakhiri Majlis
Bahagian VI - Aneka Contoh Teks Pengacara Majlis

Kandungan

Pendahuluan

Bahagian 1 - Pengacara Majlis
Pengenalan 
1.1 Siapakah pengacara majlis?
1.2 Mengapakah pengacara majlis penting?
1.3 Tip untuk menjadi seorang 'Star Emcee'?

Bahagian 2 - Teknik Penulisan
Pengenalan
2.1 Teknik menulis teks pengacara
2.1.1 Penyediaan teks
2.1.2 Cara menyediakan teks dan kandungan teks
2.2 Teknik menulis pantun dan bahasa berirama
2.2.1 Mencipta pantun
2.2.2 Mencipta bahasa berirama
2.3 Contoh-contoh pantun untuk agenda/atur cara tertentu
2.4 Contoh-contoh bahasa berirama untuk agenda/atur cara tertentu

Bahagian 3 - Kesalahan Bahasa
Pengenalan
3.1 Kesalahan Bahasa

Bahagian 4 - Senarai Panggilan Hormat  Pantang Larang Pengacara Majlis
Pengenalan
4.1 Panggilan hormat
4.2 Pantang larang

Bahagian 5 - Cara Memulakan dan Mengakhiri Majlis
Pengenalan
5.1 Cara memulakan majlis
5.2 Cara mengakhiri majlis

Bahagian 6 - Aneka Teks Pengacara Majlis
Pengenalan
6.1 Teks Perasmian Dewan
6.2 Teks Hari Anugerah
6.3 Teks Hari Wanita
6.4 Teks Jamuan Perpisahan
6.5 Teks Festival Nasyid
6.6 Teks Makan Malam Syarikat
6.7 Teks Majlis Tadarus Al-Quran
6.8 Teks Amanat Pemimpin
6.9 Teks Pelantikan Pengawas
6.10 Teks Perhimpunan Sahabat PEMADAM
6.11 Teks Hari Anugerah Khidmat Cemerlang
6.12 Teks Sambutan Hari Guru
6.13 Teks Sambutan Bulan Kemerdekaan
6.14 Teks Hari Kokurikulum
6.15 Teks Majlis Perkongsian Ilmu
6.16 Teks Majlis Pecah Tanah
6.17 Teks Pelancaran Buku Baru
6.18 Teks Perkahwinan Anak VIP
6.19 Teks Pelancaran Kempen (sebarang kempen)
6.20 Teks Malam Amal

Penutup

*Petikan daripada Bahagian IV

Pengenalan

Dalam sesuatu majlis pasti ada pelbagai jenis tamu mengikut pangkat dan 
kedudukan. Oleh itu, sebagai pengacara majlis, anda harus mengetahui penggilan 
hormat bagi seseorang tamu mengikut pangkat, darjat atau gelaran jawatan yang 
dijawat. Selain itu, sebagai pengacara majlis juga, anda harus mengetahui 
pantang larang terutama daripada segi berpakaian agar anda tidak menjadi isu 
dan memalukan pihak penganjur atau tuan rumah. Oleh sebab pentingnya panggilan 
hormat dan pantang larang daripada segi berpakaian, maka dalam bab ini akan 
disenaraikan panggilan hormat dan sedikit pantang larang berpakaian sebagai 
rujukan dan panduan para pembaca.

Panggilan Hormat

Penggilan hormat yang sesuai hendaklah digunakan terhadap orang-orang kenamaan 
sebagai tanda penghormatan kepada kedudukan mereka. Amat mustahak bagi seorang 
pengacara majlis mengetahui dan menggunakan panggilan hormat dan gelaran yang 
betul mengikut protokol dalam sesuatu majlis yang dikendalikan. 

Panggilan hormat bagi Yang di-Pertuan Agong, Sultan-Sultan dan Yang DiPertua 
Negeri adalah seperti berikut:

(a) Yang di-Pertuan Agong - *DYMM Seri Paduka Baginda
(b) Raja Permaisuri Agong - DYMM Seri Paduka Baginda
(c) Raja Perlis - DYMM Tuanku
(d) Sultan Kedah - Ke Bawah DYMM Al-Sultan
(e) Sultanah Kedah - Ke Bawah DYMM Tuanku
(f) Sultan Selangor - DYMM Sultan
(g) Tengku Ampuan Selangor - DYMM Tengku Ampuan
(h) Yang Dipertuan Besar - DYMM Tuanku Negeri Sembilan
(i) Tunku Ampuan - DYMM Tuanku Negeri Sembilan
(j) Sultan Pahang - Ke Bawah DYMM Sultan
(k) Sultanah Pahang - DYMM Sultanah
(l) Sultan Terengganu - DYMM Sultan
(m) Tengku Ampuan Besar - DYMM Tengku Ampuan Terengganu
(n) Al-Sultan Kelantan - Ke Bawah DYMM Tuanku
(o) Raja Perempuan Kelantan - DYMM Tengku
(p) Sultan Johor - DYMM Baginda Sultan
(q) Sultanah Johor - DYMM Baginda Sultanah
(r) Paduka Seri Sultan Perak - DYMM Paduka Seri Sultan
(s) Raja Permaisuri 

Help Palestine [hidayahnet] Aneka contoh teks pengacara majlis

2008-09-23 Terurut Topik studioperintis

Re: Help Palestine [hidayahnet] Jualan Mega Penghabisan Stok Buku Cerita Kanak-kanak Perintis Publications

2008-08-15 Terurut Topik studioperintis
Assalamualaikum w.b.t.

Siri buku cerita kanak-kanak hanya boleh di order secara online. Offer
tamat pada 31 Ogos 2008.

Lawati www.books.perintis.com.my http://www.books.perintis.com.my .

--- In hidayahnet@yahoogroups.com, Khuzainol Che Abdullah Che Abdullah
wrote:

 kami nak oder buku2 ini macamana?

 --- On Wed, 6/8/08, [EMAIL PROTECTED] [EMAIL PROTECTED] wrote:
 From: [EMAIL PROTECTED] [EMAIL PROTECTED]
 Subject: Help Palestine [hidayahnet] Jualan Mega Penghabisan Stok Buku
Cerita Kanak-kanak Perintis Publications
 To: Ikhwanul Muslimun hidayahnet@yahoogroups.com
 Date: Wednesday, 6 August, 2008, 3:12 PM

 --- On Tue, 29/7/08, studioperintis@ perintis. com.my

 Date: Tuesday, 29 July, 2008, 1:48 PM

 Â

 If you experience
 problems viewing this newsletter, view it on our website.

 Siri-siri buku cerita kanak-kanak
 yang sebelum ini hanya untuk pasaran perpustakaan
 sekolah-sekolah seluruh Malaysia
 kini dapat anda miliki dengan diskaun hebat sehingga 75%. Promosi
istimewa ini hanya untuk
 pembelian secara online di laman web www.books.perintis. com.my.

 Jualan penghabisan stok pelbagai
 siri buku cerita kanak-kanak akan bermula  pada 21 hb Julai
sehingga 31
 Ogos 2008. Diskaun hebat sehingga 75%. Jangan lepaskan peluang untuk
memiliki
 buku-buku cerita kanak-kanak pada harga yang hebat! Berikan anak anda
 bahan bacaan berkualiti sempena cuti sekolah ini.

 Get your preferred Email name!

 Now you can @ymail.com and @rocketmail. com.

 Send instant messages to your online friends
http://uk.messenger.yahoo.com

Help Palestine [hidayahnet] Jualan Mega Penghabisan Stok Perintis Publications

2008-07-31 Terurut Topik studioperintis
Siri-siri buku cerita kanak-kanak yang sebelum ini hanya untuk pasaran 
perpustakaan sekolah-sekolah seluruh Malaysia kini dapat anda miliki dengan 
diskaun hebat sehingga 75%. Promosi istimewa ini hanya untuk pembelian secara 
online di laman web www.books.perintis.com.my. 

Jualan penghabisan stok pelbagai siri buku cerita kanak-kanak akan bermula pada 
21 hb Julai sehingga 31 Ogos 2008. Diskaun hebat sehingga 75%. 

Jangan lepaskan peluang untuk memiliki buku-buku cerita kanak-kanak pada harga 
yang hebat! Berikan anak anda bahan bacaan berkualiti sempena cuti sekolah ini.

Help Palestine [hidayahnet] Aneka contoh pantun pilihan mengikut atur cara majlis

2008-07-22 Terurut Topik studioperintis
Sekapur Sireh
Pantun merupakan puisi berangkap tradisional yang sememangnya tidak dapat 
dipisahkan dalam apa-apa jua majlis. Penggunaan pantun dalam sesuatu majlis 
dapat mengukuhkan penyampaian hasrat dan buah fikiran seseorang pengacara 
majlis. Bahasanya yang indah, lembut dan tersusun mampu menyentuh dan mencuit 
perasaan hadirin. Penggunaan pantun dalam teks pengacara majlis pastinya 
menimbulkan pelbagai perasaan dalam kalangan hadirin mengikut atur cara sesuatu 
majlis. Jadi, penggunaan pantun dalam teks pengacara majlis sudah tentu dapat 
menarik perhatian dan tumpuan hadirin agar terus bersama-sama menjayakan majlis 
tersebut dengan jayanya. 

Oleh sebab pantun begitu berkuasa dalam mengindah dan membangkitkan perasaan 
hadirin, maka dalam pasaran sekarang terdapat banyak buku pantun. Namun, buku 
pantun yang diterbitkan acapkali menjurus kepada jenis majlis. Hal ini banyak 
menyebabkan orang bertanya kepada saya tentang pantun yang sesuai untuk apa-apa 
jua jenis majlis dan tidak terhad kepada majlis-majlis tertentu. Persoalan yang 
dilontarkan kepada saya ini menerbitkan idea kepada saya untuk menulis buku 
aneka contoh pantun pilihan mengikut atur cara majlis. 

Konsep buku ini sebenarnya bukan sahaja memudahkan pengacara majlis tetapi juga 
memudahkan sesiapa sahaja yang berminat dalam penulisan teks pengacara majlis 
atau baru berjinak-jinak untuk menjadi pengacara majlis untuk memasukkan contoh 
pantun pilihan sedia ada atau mengolah pantun yang diberikan mengikut 
kesesuaian majlis dan acara yang dikendalikan. Jadi, buku ini ditulis untuk 
memberi anda sedikit panduan dan idea tentang pantun yang sesuai mengikut atur 
cara. 

Terdapat enam bahagian dalam buku ini, iaitu:

Bahagian I - Asal Usul Pantun
Bahagian II - Fungsi Pantun
Bahagian III - Teknik Penciptaan Pantun
Bahagian IV - Senarai Kata Berima (Pembayang)
Bahagian V - Aneka Contoh Pantun Pilihan Mengikut Atur Cara Majlis
Bahagian VI - Pantun Untuk Atur Cara-atur Cara Lain

Bahagian I menyatakan maksud dan asal usul pantun Melayu secara ringkas. 

Bahagian II menyentuh fungsi pantun. Bahagian ini dipecahkan kepada dua, iaitu 
fungsi pantun dalam masyarakat Melayu pada zaman dahulu dan fungsi pantun dalam 
teks pengacara majlis. 

Dalam bahagian III pula, diberikan panduan untuk mencipta pantun mengikut 
langkah demi langkah. Dalam bahagian ini juga diberikan penjelasan tentang 
ciri-ciri pantun empat kerat untuk memudahkan pembaca mencipta pantun. 

Dalam bahagian IV, diberikan senarai kata berima yang dapat digunakan dalam 
mencipta pembayang pantun.

Dalam bahagian V, dimuatkan aneka contoh pantun pilihan mengikut atur cara 
majlis yang boleh diubah suai mengikut selera pengacara majlis. Buku ini 
menyajikan 11 jenis pantun mengikut atur cara majlis yang kerap diadakan dalam 
sesuatu majlis rasmi, iaitu:

Pantun Memulakan Majlis
Pantun Bacaan Doa
Pantun Mempersilakan Tamu Memberikan Ucapan
Pantun Ucapan Terima Kasih
Pantun Persembahan/Selingan
Pantun Mempersilakan Tetamu Menjamu Selera
Pantun Sebelum dan Selepas Penyampaian Hadiah/Cabutan Bertuah/Cenderamata
Pantun Meredakan Debaran
Pantun Sebelum dan Selepas Gimik
Pantun Memohon Maaf
Pantun Penutup Majlis

Akhir sekali, bahagian VI mempersembahkan pantun untuk atur cara-atur cara lain 
yang mungkin tidak disentuh secara spesifik dalam bahagian V.

Diharapkan buku ini dapat mencetuskan idea dan membantu para pengacara majlis 
atau bakal pengacara majlis untuk mengindahkan teks pengacaraan agar majlis 
rasmi yang dikendalikan tidak terlalu dilihat seperti majlis pengumuman 
semata-mata. 

*Petikan daripada Bahagian II

Fungsi pantun dalam masyarakat Melayu

Pantun Melayu terdiri daripada beberapa jenis pantun seperti pantun adat, 
agama, nasihat, jenaka, budi dan teka-teki. Setiap pantun yang dicipta 
mempunyai fungsi atau kegunaannya sendiri. Dalam masyarakat Melayu, pantun 
merupakan satu corak komunikasi berseni yang digunakan di tempat yang tertentu, 
dalam upacara yang tertentu atau untuk menyampaikan sesuatu dalam maksud 
termasuk kiasan atau sindiran. Penggunaan pantun dalam menyampaikan sindiran 
bertujuan agar yang kena sindir atau yang kena nasihat itu tidak marah, tetapi 
sebaliknya mempunyai azam untuk membaiki perbuatan dan perangai yang tidak 
disukai. Diingatkan di sini, seseorang yang akan menyampai atau melafazkan 
pantun juga harus memerhatikan isi pantun. Keadaan pantun dilafaz menjadi 
pertimbangan dalam penyampaikan isi pantun. Jika hal ini tidak diberi perhatian 
oleh orang yang melafazkan pantun, dikhuatiri akan menimbulkan salah faham 
kepada pendengar terutama pantun yang berkaitan dengan sindiran dan nasihat. 
Begitu juga jika melafazkan pantun berkaitan dengan budi dan jenaka. Cara 
melafazkan pantun harus dijaga agar maksud atau tujuan sesuatu pantun itu 
dilafazkan sampai kepada pendengar. Sesungguhnya, Pantun Melayu yang dicipta 
oleh masyarakat Melayu dahulu mempunyai beberapa fungsi. 

2.1.1 Untuk mendidik 

Masyarakat Melayu terutamanya 

Help Palestine [hidayahnet] Aneka contoh teks pengacara majlis

2008-07-17 Terurut Topik studioperintis
Pengenalan

Dalam urusan kita sehari-hari, adakalanya kita diminta untuk menjadi pengacara 
majlis bagi sesuatu majlis yang akan berlangsung di tempat kerja seperti jamuan 
perpisahan, Majlis Makan Malam Syarikat, Malam Amal, Hari Kualiti, pelancaran 
kempen dan sebagainya. Banyak daripada kita beranggapan bahawa tugas sebagai 
pengacara majlis merupakan tugas yang glamour dan mudah.

Sebenarnya, tugas pengacara majlis bukanlah mudah seperti yang kita jangkakan. 
Hal ini kerana kelancaran, kejayaan, hidup dan matinya sesebuah majlis 
bergantung sepenuhnya kepada pengacara majlis. Sekiranya dalam mengendalikan 
majlis, pengacara majlis hilang kata-kata maka keadaan ini akan menyebabkan 
kelancaran majlis terganggu. Begitu juga, jika pengacara majlis tidak pandai 
menarik perhatian tetamu yang hadir. Hal ini akan menyebabkan tetamu berasa 
bosan dan akhirnya meninggalkan majlis begitu sahaja. Akibatnya, tuan rumah 
atau penganjur akan menanggung malu. Oleh itu, sekiranya anda terpilih untuk 
menjadi pengacara majlis, pengetahuan tentang tugas sebenar pengacara majlis 
menjadi keperluan yang amat penting.

Jadi, buku ini ditulis untuk memberi anda sedikit panduan dan idea tentang 
tugas sebenar pengacara majlis. Terdapat enam bahagian dalam buku ini, iaitu:

Bahagian I - Pengacara Majlis
Bahagian II - Teknik Penulisan
Bahagian III - Kesalahan Bahasa
Bahagian IV - Senarai Panggilan Hormat dan Pantang Larang
Bahagian V - Cara Memulakan dan Mengakhiri Majlis
Bahagian VI - Aneka Contoh Teks Pengacara Majlis

Kandungan

Pendahuluan

Bahagian 1 - Pengacara Majlis
Pengenalan 
1.1 Siapakah pengacara majlis?
1.2 Mengapakah pengacara majlis penting?
1.3 Tip untuk menjadi seorang 'Star Emcee'?

Bahagian 2 - Teknik Penulisan
Pengenalan
2.1 Teknik menulis teks pengacara
2.1.1 Penyediaan teks
2.1.2 Cara menyediakan teks dan kandungan teks
2.2 Teknik menulis pantun dan bahasa berirama
2.2.1 Mencipta pantun
2.2.2 Mencipta bahasa berirama
2.3 Contoh-contoh pantun untuk agenda/atur cara tertentu
2.4 Contoh-contoh bahasa berirama untuk agenda/atur cara tertentu

Bahagian 3 - Kesalahan Bahasa
Pengenalan
3.1 Kesalahan Bahasa

Bahagian 4 - Senarai Panggilan Hormat  Pantang Larang Pengacara Majlis
Pengenalan
4.1 Panggilan hormat
4.2 Pantang larang

Bahagian 5 - Cara Memulakan dan Mengakhiri Majlis
Pengenalan
5.1 Cara memulakan majlis
5.2 Cara mengakhiri majlis

Bahagian 6 - Aneka Teks Pengacara Majlis
Pengenalan
6.1 Teks Perasmian Dewan
6.2 Teks Hari Anugerah
6.3 Teks Hari Wanita
6.4 Teks Jamuan Perpisahan
6.5 Teks Festival Nasyid
6.6 Teks Makan Malam Syarikat
6.7 Teks Majlis Tadarus Al-Quran
6.8 Teks Amanat Pemimpin
6.9 Teks Pelantikan Pengawas
6.10 Teks Perhimpunan Sahabat PEMADAM
6.11 Teks Hari Anugerah Khidmat Cemerlang
6.12 Teks Sambutan Hari Guru
6.13 Teks Sambutan Bulan Kemerdekaan
6.14 Teks Hari Kokurikulum
6.15 Teks Majlis Perkongsian Ilmu
6.16 Teks Majlis Pecah Tanah
6.17 Teks Pelancaran Buku Baru
6.18 Teks Perkahwinan Anak VIP
6.19 Teks Pelancaran Kempen (sebarang kempen)
6.20 Teks Malam Amal

Penutup

*Petikan daripada Bahagian IV

Pengenalan

Dalam sesuatu majlis pasti ada pelbagai jenis tamu mengikut pangkat dan 
kedudukan. Oleh itu, sebagai pengacara majlis, anda harus mengetahui penggilan 
hormat bagi seseorang tamu mengikut pangkat, darjat atau gelaran jawatan yang 
dijawat. Selain itu, sebagai pengacara majlis juga, anda harus mengetahui 
pantang larang terutama daripada segi berpakaian agar anda tidak menjadi isu 
dan memalukan pihak penganjur atau tuan rumah. Oleh sebab pentingnya panggilan 
hormat dan pantang larang daripada segi berpakaian, maka dalam bab ini akan 
disenaraikan panggilan hormat dan sedikit pantang larang berpakaian sebagai 
rujukan dan panduan para pembaca.

Panggilan Hormat

Penggilan hormat yang sesuai hendaklah digunakan terhadap orang-orang kenamaan 
sebagai tanda penghormatan kepada kedudukan mereka. Amat mustahak bagi seorang 
pengacara majlis mengetahui dan menggunakan panggilan hormat dan gelaran yang 
betul mengikut protokol dalam sesuatu majlis yang dikendalikan. 

Panggilan hormat bagi Yang di-Pertuan Agong, Sultan-Sultan dan Yang DiPertua 
Negeri adalah seperti berikut:

(a) Yang di-Pertuan Agong - *DYMM Seri Paduka Baginda
(b) Raja Permaisuri Agong - DYMM Seri Paduka Baginda
(c) Raja Perlis - DYMM Tuanku
(d) Sultan Kedah - Ke Bawah DYMM Al-Sultan
(e) Sultanah Kedah - Ke Bawah DYMM Tuanku
(f) Sultan Selangor - DYMM Sultan
(g) Tengku Ampuan Selangor - DYMM Tengku Ampuan
(h) Yang Dipertuan Besar - DYMM Tuanku Negeri Sembilan
(i) Tunku Ampuan - DYMM Tuanku Negeri Sembilan
(j) Sultan Pahang - Ke Bawah DYMM Sultan
(k) Sultanah Pahang - DYMM Sultanah
(l) Sultan Terengganu - DYMM Sultan
(m) Tengku Ampuan Besar - DYMM Tengku Ampuan Terengganu
(n) Al-Sultan Kelantan - Ke Bawah DYMM Tuanku
(o) Raja Perempuan Kelantan - DYMM Tengku
(p) Sultan Johor - DYMM Baginda Sultan
(q) Sultanah Johor - DYMM Baginda Sultanah
(r) Paduka Seri Sultan Perak - DYMM Paduka Seri Sultan
(s) Raja Permaisuri 

Help Palestine [hidayahnet] Uji tahap kemahiran berkomunikasi anda!

2008-07-09 Terurut Topik studioperintis
Apakah tahap kemahiran berkomunikasi anda? Adakah baik, perlu diperbaiki 
ataupun lemah? Untuk menilai diri anda, jawab soalan dalam Ujian Komunikasi di 
bawah.

UJIAN KOMUNIKASI
Anda diberikan masa selama 20 minit untuk menjawab kesemua 34 soalan. Jawab 
secara jujur dan spontan.

1. Jika saya menerangkan sesuatu perkara kepada sekumpulan orang, saya akan 
bertanya kepada mereka sama ada mereka faham atau tidak akan perkara yang ingin 
saya sampaikan.
A Tidak pernah
B Jarang-jarang
C Kadang-kadang
D Kerap
E Sentiasa

2. Orang tidak pernah faham akan perkara yang ingin saya sampaikan.
A Sentiasa
B Kerap
C Kadang-kadang
D Jarang-jarang
E Tidak pernah

3. Saya dapat menyampaikan idea saya dengan berkesan.
A Tidak pernah
B Jarang-jarang
C Kadang-kadang
D Kerap
E Sentiasa

4. Saya berasa sukar untuk menyampaikan sesuatu maklumat sekiranya orang tidak 
faham akan perkara yang saya cakapkan.
A Sentiasa
B Kerap
C Kadang-kadang
D Jarang-jarang
E Tidak pernah

5. Jika saya tidak memahami sesuatu soalan, saya akan bertanya dengan lebih 
lanjut.
A Tidak pernah terjadi
B Jarang-jarang terjadi
C Kadang-kadang berlaku
D Kerap berlaku
E Sentiasa terjadi

6. Saya tidak faham akan perkara yang orang lain maksudkan.
A Sentiasa
B Kerap
C Kadang-kadang
D Jarang-jarang
E Tidak pernah

7. Saya mudah untuk memahami perasaan orang lain.
A Tidak pernah
B Jarang-jarang
C Kadang-kadang
D Kerap
E Sentiasa

8. Saya berpura-pura mendengar walaupun fikiran saya melayang jauh.
A Sentiasa
B Kerap
C Kadang-kadang
D Jarang-jarang
E Tidak pernah

9. Saya susah untuk meluahkan perasaan.
A Sentiasa
B Kerap
C Kadang-kadang
D Jarang-jarang
E Tidak pernah

10. Jika saya mempunyai sesuatu perkara yang penting dan relevan untuk 
diperkatakan dalam satu perbualan, saya akan menyampuk.
A Sentiasa
B Kerap
C Kadang-kadang
D Jarang-jarang
E Tidak pernah

11. Saya boleh membaca mood seseorang ketika dia bercakap.
A Tidak pernah
B Jarang-jarang
C Kadang-kadang
D Kerap
E Sentiasa

12. Sekiranya saya tahu apa-apa yang ingin ditanyakan kepada saya, saya akan 
terus menjawab walaupun orang tersebut belum habis bertanya.
A Sentiasa
B Kerap
C Kadang-kadang
D Jarang-jarang
E Tidak pernah

13. Saya terlalu memikirkan perkara yang ingin saya sampaikan sehingga saya 
tidak peduli akan perasaan atau reaksi pendengar saya.
A Sentiasa
B Kerap
C Kadang-kadang
D Jarang-jarang
E Tidak pernah

14. Kelemahan saya bukan urusan orang lain dan lebih baik bagi saya untuk 
menyembunyikannya daripada diketahui oleh orang ramai.
A Tidak pernah
B Jarang-jarang
C Kadang-kadang
D Kerap
E Sentiasa

15. Sekiranya saya bersalah, saya tidak akan teragak-agak untuk mengakui 
kesalahan saya.
A Tidak pernah
B Jarang-jarang
C Kadang-kadang
D Kerap
E Sentiasa

16. Satu cara yang paling baik untuk orang lain memahami diri saya adalah 
dengan cara berterus terang tentang apa-apa yang saya rasa dan fikirkan.
A Tidak pernah
B Jarang-jarang
C Kadang-kadang
D Kerap
E Sentiasa

17. Jika sesuatu perbualan itu menjadi terlalu peribadi, saya akan cuba menukar 
topik.
A Sentiasa
B Kerap
C Kadang-kadang
D Jarang-jarang
E Tidak pernah

18. Sekiranya saya sedar saya melukakan hati seseorang, saya akan cepat-cepat 
meminta maaf.
A Tidak pernah
B Jarang-jarang
C Kadang-kadang
D Kerap
E Sentiasa

19. Saya akan mempertahankan diri saya sekiranya saya dikritik.
A Sentiasa
B Kerap
C Kadang-kadang
D Jarang-jarang
E Tidak pernah

20. Sekiranya saya marah dan seseorang bertanya sama ada saya marah atau tidak, 
saya akan mengaku.
A Tidak pernah
B Jarang-jarang
C Kadang-kadang
D Kerap
E Sentiasa

21. Saya cenderung untuk membuat kesimpulan tentang sesuatu perkara.
A Sentiasa
B Kerap
C Kadang-kadang
D Jarang-jarang
E Tidak pernah

22. Sekiranya saya berbual dengan seseorang, saya mencuba untuk meletakkan diri 
saya di tempat orang itu.
A Tidak pernah
B Jarang-jarang
C Kadang-kadang
D Kerap
E Sentiasa

23. Jika seseorang itu menghadapi kesukaran untuk mencari sesuatu perkataan 
untuk dikatakan, saya bersedia untuk menyambung apa-apa yang ingin disampaikan.
A Sentiasa
B Kerap
C Kadang-kadang
D Jarang-jarang
E Tidak pernah

24. Orang di sekeliling berkata saya bercakap dengan nada yang tinggi, tetapi 
saya tidak menganggap sedemikian.
A Sentiasa
B Kerap
C Kadang-kadang
D Jarang-jarang
E Tidak pernah

25. Saya selalu bercakap dengan tidak terburu-buru.
A Tidak pernah
B Jarang-jarang
C Kadang-kadang
D Kerap
E Sentiasa

26. Saya mempunyai satu firasat yang orang lain berasa tidak selesa dengan 
kehadiran saya.
A Sentiasa
B Kerap
C Kadang-kadang
D Jarang-jarang
E Tidak pernah

27. Saya berminat dengan apa-apa yang ingin diperkatakan oleh orang lain.
A Tidak pernah
B Jarang-jarang
C Kadang-kadang
D Kerap
E Sentiasa

28. Saya berasa kecewa apabila orang lain tidak bersependapat dengan saya 
terutama sekali jika orang tersebut tidak melalui situasi yang saya lalui.
A Sentiasa
B Kerap
C Kadang-kadang
D Jarang-jarang
E Tidak pernah

29. Jika saya mengkritik, saya akan pastikan saya mengkritik perbuatan 
seseorang itu, bukan 

Help Palestine [hidayahnet] Kursus Kertas Kerja Pelan Perniagaan (Daftar SEGERA!!)

2008-07-04 Terurut Topik studioperintis
  Dijemput kepada semua bakal-bakal usahawan atau pun yang telah memulakan 
perniagaan:

  BENGKEL KERTAS KERJA  PELAN PERNIAGAAN - Siri Julai 08'

  Tarikh:  Ahad, 20 / 27 Julai 2008

  Masa  :  8.30am (Pendaftaran) - 9.00am hingga 5.00pm

  Tempat  :  Pusat Belia Antarabangsa (IYC), Bandar Tun Razak,

 Cheras, Kuala Lumpur.

Daftar Sekarang (Terhad 50 peserta sahaja!!)
Hubungi 013-3479321 (waktu pejabat) atau  017-3668721

Siapa patut hadir?

  a.. Anda yang ingin memulakan perniagaan secara teratur  sistematik.
  b.. Tidak tahu jenis perniagaan yang sesuai dan mendapat permintaan.
  c.. Ingin menyediakan Kertas Kerja  Pelan Peniagaan untuk mendapatkan 
pinjaman perniagaan.
  d.. Anda yang memerlukan panduan menyediakan Pelan Perniagaan agar perniagaan 
lebih meyakinkan dan berkembang maju.

Kursus ini adalah khusus untuk para usahawan yang ingin tahu bagaimana cara 
menyediakan Kertas Kerja dan Pelan Perniagaan dengan lebih teratur dan 
sistematik. Bagaimana anda ingin memulakan perniagaan? Di manakah garis panduan 
yang harus diikuti agar perancangan memulakan perniagaan itu tercapai? Walaupun 
anda mengetahui perkara yang bakal dilaksanakan, kadang-kadang anda buntu 
bagaimana untuk menyediakan satu kaedah perancangan yang teratur melalui 
perbentangan Kertas Kerja.

Perkara inilah yang menyebabkan sesetengah permohonan pinjaman 
perniagaan tidak berjaya dan cadangan perniagaan tidak diterima. Kaedah 
perbentangan dan penyusunan isi kandungan kertas kerja haruslah jelas dan mudah 
difahami. Objektif, strategi pelaksanaan dan implikasi kewangan merupakan 
faktor penting dalam melihat sejauh manakah sesuatu perniagaan itu mendatangkan 
keuntungan atau tidak jika ianya beroperasi. Selain itu, jangkamasa membuat 
sesuatu kertas kerja dan pelan perniagaan kebiasaannya adalah singkat. Anda 
semestinya akan mengambil masa yang panjang jika tidak tahu cara untuk 
memulakannya.

Justeru, Kursus ini bertujuan untuk memberi panduan dan idea kepada 
anda di luar sana tentang cara untuk menulis dan menyediakan kertas kerja dan 
pelan perniagaan yang baik, efektif serta disaluti dengan isi kandungan yang 
sesuai.

Perihal Kursus:

Pengenalan

Kursus 'Pelan Perniagaan' ini diadakan setelah terbitnya buku 'Aneka Contoh 
Pelan Perniagaan' yang telah berada di pasaran sejak March 2008 terbitan 
Perintis Books Sdn Bhd. Buku ini telah ditulis oleh Penceramah kursus ini 
sendiri iaitu En Shahrul Nizam Razali :

Keistimewaan Kursus:

  a.. Program ini merangkumi semua aspek penting dan kandungan utama dalam 
menyediakan sesebuah kertas kerja perniagaan.
  b.. Penglibatan peserta kursus secara interaktif dengan tenaga pengajar 
kursus. Cth: Latihan secara praktikal, perbentangan video dan soal jawab.
  c.. Mengadakan kaunseling berterusan untuk para usahawan agar sentiasa 
mendapat tunjuk ajar yang konsisten sehingga lengkapnya kertas kerja berkenaan.
  d.. Mewujudkan perhubungan yang sihat dan meluas dengan peserta Kursus yang 
lain di mana anda dapat bertukar-tukar pendapat dan berkongsi idea sesama para 
usahawan lain.
  e.. Alat tulis, minum pagi dan makan tengah hari disediakan oleh pihak 
penganjur kursus ini.
  f.. Percuma buku 'Aneka Contoh Pelan Perniagaan' yang mengandungi 10 contoh 
jenis perniagaan masa kini (Harga pasaran RM25).

 MODUL KURSUS

  a.. Panduan utama penulisan.
  b.. Penyediaan kandungan dokumentasi.
  c.. Perbentangan video pendek motivasi kendiri.
  d.. Contoh Kertas Kerja  Pelan Perniagaan

Kursus ini akan disusuli dengan penulisan secara praktikal dan bimbingan 
terperinci agar diakhir kursus semua peserta akan mampu menghasilkan sendiri 
sebuah Kertas Kerja dan Pelan Perniagaan yang berkesan dan mengandungi isi-isi 
yang bermutu bagi membantu perniagaan yang diceburi.

Bagi mereka yang berminat sila hubungi / SMS talian 013-3479321 atau 
017-3668721 atau email ke [EMAIL PROTECTED] com untuk tempahan. (Terhad kepada 
50 orang / Kursus sahaja!! ). Sila nyatakan Nama Penuh, No. IC, Jenis 
Perniagaan yang anda ceburi.

Bayaran Kursus :  RM 80.00/orang sahaja

PROSPEKTUS RESOURCES menggalakkan penempahan awal bagi anda yang ingin 
menyertai bengkel lebih-lebih lagi yang sedang berhadapan dengan penyediaan 
Kertas Kerja dan Pelan Perniagaan.

Bagi membuat tempahan pendaftaran, bayaran boleh dibuat melalui deposit bank 
(Attn: Shahrul Nizam Mohd Razali, Maybank: 114058034078) atau bayar terus 
secara tunai semasa pendaftaran dihari kursus diadakan. Sila emailkan slip 
pembayaran atau SMS tarikh,masa dan lokasi transaksi dilakukan.

* Minum pagi  makan tengah hari serta nota kursus akan disediakan.

Sekian, Terima Kasih.

Help Palestine [hidayahnet] Kursus Kertas Kerja Pelan Perniagaan (Daftar SEGERA!!)

2008-07-03 Terurut Topik studioperintis

Help Palestine [hidayahnet] BUKU BARU: ANEKA CONTOH KERTAS KERJA PENGURUSAN - DWIBAHASA

2008-06-07 Terurut Topik studioperintis
Pendahuluan

Di dalam sesebuah organisasi, pihak pengurusan seringkali perlu menyediakan 
kertas kerja sebelum sesuatu agenda dilaksanakan untuk diserahkan kepada 
pengurusan atasan atau pihak yang berkaitan bagi tujuan penilaian. Agenda 
tersebut tidak kiralah sama ada untuk agenda formal atau tidak formal yang 
mendatangkan manfaat kepada organisasi tersebut. 

Justeru, buku ini bertujuan untuk memberikan panduan dan idea kepada anda 
tentang cara untuk menulis dan menyediakan kertas kerja pengurusan yang baik, 
efektif serta disaluti dengan isi kandungan yang sesuai. Terdapat sebanyak 20 
contoh kertas kerja pengurusan dalam buku ini yang dibahagikan kepada dua 
bahagian, iaitu:

Bahagian A - Kertas Kerja Pengurusan Formal
Bahagian B - Kertas Kerja Pengurusan Tidak Formal
Dalam Bahagian A, penekanan diberi kepada panduan utama untuk menghasilkan 
kertas kerja pengurusan yang formal bagi tujuan pembentangan kepada pihak 
pengurusan atasan. Sebanyak 10 contoh kertas kerja pengurusan disajikan untuk 
menunjukkan cara dan kaedah sesuatu isi penulisan itu dibentangkan. Manakala 
dalam Bahagian B pula, sebanyak 10 contoh kertas kerja pengurusan tidak formal 
disajikan sebagai panduan kepada mana-mana kakitangan yang memerlukannya bagi 
tujuan pembentangan sesuatu pelan atau tindakan bagi tujuan mendapatkan 
persetujuan pihak pengurusan yang ber-kenaan mengikut jabatan masing-masing.

Oleh itu, dengan adanya panduan berserta dengan contoh-contoh berkenaan dapat 
memberikan idea dan seterusnya membantu mana-mana kakitangan yang memerlukan 
kaedah yang sesuai untuk menyampaikan sesuatu idea untuk dinilai oleh pihak 
yang berkenaan di dalam sesuatu jabatan atau di dalam sesebuah organisasi. 
Jangan biarkan idea bernas yang diperoleh dibiarkan begitu sahaja dan 
bertindaklah ke arah penyampaian yang positif agar pembangunan syarikat dapat 
dikecapi bersama. 

Selamat membaca!

Kandungan buku

Pendahuluan

Bahagian A: Kertas Kerja Pengurusan Formal - Formal Management Working Papers 

1. Kertas Kerja Aktiviti Promosi Luar

Contoh: KERTAS KERJA BAGI MENGADAKAN PAMERAN JUALAN 2008 DI PUTRAJAYA 

Working Paper - External Promotions Activity 
Example: WORKING PAPER TO PROPOSE A SALES EXHIBITION 2008 AT PUTRAJAYA 

2. Kertas Kerja Pembangunan Automasi Pejabat

Contoh: KERTAS KERJA BAGI MENAMBAH PERKAKASAN AUTOMASI PEJABAT UNTUK KEGUNAAN 
JABATAN

Working Paper - Development of Office Automation System

Example: WORKING PAPER TO UPGRADE OFFICE EQUIPMENT AUTOMATION SYSTEM FOR 
DEPARTMENT USE 

3. Kertas Kerja Tugasan Luar Pejabat

Contoh: KERTAS KERJA TUGASAN LUAR PEJABAT BAGI PELAKSANAAN KELAS LATIHAN 
PEKERJA DI PERINGKAT CAWANGAN

Working Paper - Outstation Duties

Example: WORKING PAPER TO REQUEST OUTSTATION DUTIES TO IMPLEMENT EMPLOYEES 
TRAINING AT BRANCH LEVEL

4. Kertas Kerja Pengubahsuaian Pejabat 

Contoh: KERTAS KERJA BAGI PENGUBAHSUAIAN RUANGAN PEJABAT PUSAT PANGGILAN 
PELANGGAN 

Working Paper - Office Renovation 

Example: WORKING PAPER TO REQUEST FOR RENO-VATION AT CUSTOMER SERVICE CALL 
CENTRE

5. Kertas Kerja Pembangunan Latihan

Contoh: KERTAS KERJA CADANGAN BAGI MENGADAKAN KURSUS PEMBANGUNAN DIRI DAN 
MOTIVASI PEKERJA SYARIKAT

Working Paper - Development Training 

Example: WORKING PAPER TO ORGANIZE A SELF-DEVELOPMENT \AND MOTIVATION COURSE 
FOR COMPANY EMPLOYEES

6. Kertas Kerja Penyediaan Pampasan dan Elaun

Contoh: KERTAS KERJA BAGI KENAIKAN PAMPASAN TUGASAN LUAR PEJABAT BAGI 
KAKITANGAN EKSEKUTIF DAN PENGURUSAN

Working Paper - Provision of Compensation and Allowance

Example: WORKING PAPER TO PROPOSE FOR AN INCREASE IN COMPENSATION FOR 
OUTSTATION DUTIES FOR EXECUTIVE AND MANAGEMENT STAFF 

7. Kertas Kerja Penganugerahan Pekerja

Contoh: KERTAS KERJA BAGI PENGANUGERAHAN PEKERJA TERBAIK MENGIKUT BAHAGIAN/UNIT 
DI DALAM SYARIKAT

Working Paper - Employees Awards 

Example: WORKING PAPER TO AWARD BEST EMPLOYEE OF DEPARTMENTS/UNITS IN THE 
COMPANY

8. Kertas Kerja Pengambilan Pekerja Baru

Contoh: KERTAS KERJA MENAMBAH BILANGAN KAKI-TANGAN UNTUK BAHAGIAN KOMUNIKASI

Working Paper - New Staff Recruitment 

Example: WORKING PAPER TO REQUEST FOR ADDITIONAL STAFF FOR COMMUNICATIONS 
DEPARTMENT

9. Kertas Kerja Lanjutan Perkhidmatan

Contoh: KERTAS KERJA BAGI MELANJUTKAN TEMPOH PERKHIDMATAN KAKITANGAN SEMENTARA 
DI BAHAGIAN OPERASI

Working Paper - Service Extension 

Example: WORKING PAPER TO REQUEST FOR SERVICE EXTENSION FOR TEMPORARY STAFF AT 
OPERATIONS DEPARTMENT

10. Kertas Kerja Kenaikan Gaji/Pangkat

Contoh: KERTAS KERJA BAGI KENAIKAN GAJI DAN PANGKAT KAKITANGAN DARIPADA 
BAHAGIAN PEMASARAN

Working Paper - Salary Increment And Promotion

Example: WORKING PAPER TO REQUEST FOR SALARY INCREMENT AND PROMOTION FOR STAFF 
AT MARKETING DEPARTMENT 

Bahagian B: Kertas Kerja Pengurusan Tidak Formal -  Informal Management Working 
Papers

1. Kertas Kerja Aktiviti Riadah Syarikat

Contoh: KERTAS KERJA BAGI MENGADAKAN AKTIVI RIADAH KELUARGA KAKITANGAN DI TAMAN 
TASIK 

Help Palestine [hidayahnet] Teknik menulis pantun dan bahasa berirama

2008-05-15 Terurut Topik studioperintis
Pantun dan bahasa berirama sememangnya tidak dapat dipisahkan dalam apa-apa jua 
majlis. Pada zaman dahulu, pantun dan bahasa berirama dituturkan oleh 
masyarakat Melayu pada setiap masa tidak kira di mana-mana sahaja. Bahasanya 
yang indah, lembut dan tersusun menyebabkan masyarakat menggemarinya. 
Sememangnya, pantun dan bahasa berirama merupakan unsur keindahan bahasa yang 
amat sesuai digunakan dalam apa-apa jua teks. Penggunaan pantun dan bahasa 
berirama dalam teks pengacara majlis sudah tentu dapat menarik perhatian dan 
tumpuan hadirin agar terus bersama-sama menjayakan majlis tersebut dengan 
jayanya. Oleh itu, di sini diberikan sedikit panduan tentang teknik mencipta 
pantun dan bahasa berirama agar teks pengacara yang dihasilkan tidak terlalu 
sterotaip dan hambar.

Mencipta Pantun

Pantun ialah puisi berirama yang berangkap. Pantun boleh dibahagikan kepada 
pantun dua kerat, empat kerat, enam kerat, lapan kerat dan berkait. Dalam 
penulisan teks pengacara majlis, pantun yang kerap digunakan ialah pantun empat 
kerat. Hal ini kerana pantun empat kerat lebih mudah untuk dicipta. Sebelum 
mencipta pantun, kita harus mengetahui dengan jelas ciri-ciri pantun. Yang 
berikut merupakan ciri-ciri pantun yang perlu dipatuhi agar pantun yang 
terhasil tidak kedengaran sumbang.

1. Binaan pantun terdiri daripada pembayang dan maksud. Dalam pantun empat 
kerat, dua baris di atas ialah pembayang dan dua baris di bawah ialah maksud.

2. Rima akhir pantun empat kerat ialah ab ab, iaitu jika dalam baris pertama 
suku kata akhir ialah -kan (a) maka suka kata akhir dalam baris ketiga juga 
ialah -kan (a). Begitu juga jika suku kata akhir bagi baris kedua ialah -ri (b) 
maka suku kata akhir keempat juga semestinya -ri (b).

3. Setiap satu baris terdiri daripada tiga hingga enam patah perkataan sahaja.

4. Suku kata dalam sebaris pula antara lapan hingga 12 suku kata.

Pantun yang ingin dicipta pula harus bergantung kepada agenda sesuatu acara. 
Jika pantun yang ingin dicipta adalah untuk tujuan alu-aluan maka dalam maksud 
pantun harus disebut ucapan selamat datang. Pembayang pantun pula lebih baik 
menggunakan unsur keindahan alam. Jika tidak mampu, anda boleh menggunakan 
apa-apa sahaja unsur yang dirasakan sesuai dan menarik.

Contoh pantun:

Memasang pukat terkena lokan,
Lokan dibawa ke Tanjung Puri; } Pembayang
Selamat datang kami ucapkan,
Ke Majlis Anugerah Guru Bestari. } Maksud

Mencipta Bahasa Berirama

Bahasa berirama ialah kata-kata ibarat yang mempunyai rentak dan keindahannya 
yang tersendiri. Selalunya, kata-kata berirama ini diambil daripada ungkapan 
atau peribahasa yang digubah menjadi bahasa yang menarik.

Bahasa berirama sebenarnya tidak terikat seperti penciptaan pantun. Rima akhir 
bahasa berirama boleh berbentuk bebas atau terikat, iaitu . Yang penting 
dalam bahasa berirama, kata-kata yang digunakan harus indah dan sesuai dengan 
acara.

Contoh:

Benar kata orang, jika tak kenal maka tak cinta,
Kalau dah cinta, ingin pula bertentang mata,
Pabila bertentang mata, ingin pula mendengar suara.

Namun begitu, bahasa berirama tidak semestinya dicipta seperti di atas. Anda 
juga boleh menggunakan frasa-frasa menarik seperti meluah rasa mengungkap 
bicara, segera ditampilkan, namun apakan daya, kita telah di penghujung acara 
dan sebagainya.

Artikel di atas dipetik daripada Bahagian 2: Teknik Penulisan dalam buku Aneka 
Contoh Teks Pengacara Majlis. Maklumat lanjut berkenaan buku ini boleh didapati 
di www.books.perintis.com.my.

Help Palestine [hidayahnet] Uji tahap kemahiran berkomunikasi anda!

2008-05-06 Terurut Topik studioperintis
Apakah tahap kemahiran berkomunikasi anda? Adakah baik, perlu diperbaiki 
ataupun lemah? Untuk menilai diri anda, jawab soalan dalam Ujian Komunikasi di 
bawah.

UJIAN KOMUNIKASI
Anda diberikan masa selama 20 minit untuk menjawab kesemua 34 soalan. Jawab 
secara jujur dan spontan.

1. Jika saya menerangkan sesuatu perkara kepada sekumpulan orang, saya akan 
bertanya kepada mereka sama ada mereka faham atau tidak akan perkara yang ingin 
saya sampaikan.
A Tidak pernah 
B Jarang-jarang 
C Kadang-kadang
D Kerap
E Sentiasa

2. Orang tidak pernah faham akan perkara yang ingin saya sampaikan.
A Sentiasa 
B Kerap 
C Kadang-kadang
D Jarang-jarang
E Tidak pernah

3. Saya dapat menyampaikan idea saya dengan berkesan.
A Tidak pernah 
B Jarang-jarang 
C Kadang-kadang
D Kerap
E Sentiasa

4. Saya berasa sukar untuk menyampaikan sesuatu maklumat sekiranya orang tidak 
faham akan perkara yang saya cakapkan.
A Sentiasa 
B Kerap 
C Kadang-kadang
D Jarang-jarang
E Tidak pernah

5. Jika saya tidak memahami sesuatu soalan, saya akan bertanya dengan lebih 
lanjut.
A Tidak pernah terjadi
B Jarang-jarang terjadi
C Kadang-kadang berlaku
D Kerap berlaku
E Sentiasa terjadi

6. Saya tidak faham akan perkara yang orang lain maksudkan.
A Sentiasa 
B Kerap 
C Kadang-kadang
D Jarang-jarang
E Tidak pernah

7. Saya mudah untuk memahami perasaan orang lain.
A Tidak pernah 
B Jarang-jarang 
C Kadang-kadang
D Kerap
E Sentiasa

8. Saya berpura-pura mendengar walaupun fikiran saya melayang jauh.
A Sentiasa 
B Kerap 
C Kadang-kadang
D Jarang-jarang
E Tidak pernah

9. Saya susah untuk meluahkan perasaan.
A Sentiasa 
B Kerap 
C Kadang-kadang
D Jarang-jarang
E Tidak pernah

10. Jika saya mempunyai sesuatu perkara yang penting dan relevan untuk 
diperkatakan dalam satu perbualan, saya akan menyampuk.
A Sentiasa 
B Kerap 
C Kadang-kadang
D Jarang-jarang
E Tidak pernah

11. Saya boleh membaca mood seseorang ketika dia bercakap.
A Tidak pernah 
B Jarang-jarang 
C Kadang-kadang
D Kerap
E Sentiasa

12. Sekiranya saya tahu apa-apa yang ingin ditanyakan kepada saya, saya akan 
terus menjawab walaupun orang tersebut belum habis bertanya.
A Sentiasa 
B Kerap 
C Kadang-kadang
D Jarang-jarang
E Tidak pernah

13. Saya terlalu memikirkan perkara yang ingin saya sampaikan sehingga saya 
tidak peduli akan perasaan atau reaksi pendengar saya.
A Sentiasa 
B Kerap 
C Kadang-kadang
D Jarang-jarang
E Tidak pernah

14. Kelemahan saya bukan urusan orang lain dan lebih baik bagi saya untuk 
menyembunyikannya daripada diketahui oleh orang ramai.
A Tidak pernah 
B Jarang-jarang 
C Kadang-kadang
D Kerap
E Sentiasa

15. Sekiranya saya bersalah, saya tidak akan teragak-agak untuk mengakui 
kesalahan saya.
A Tidak pernah 
B Jarang-jarang 
C Kadang-kadang
D Kerap
E Sentiasa

16. Satu cara yang paling baik untuk orang lain memahami diri saya adalah 
dengan cara berterus terang tentang apa-apa yang saya rasa dan fikirkan.
A Tidak pernah 
B Jarang-jarang 
C Kadang-kadang
D Kerap
E Sentiasa

17. Jika sesuatu perbualan itu menjadi terlalu peribadi, saya akan cuba menukar 
topik.
A Sentiasa 
B Kerap 
C Kadang-kadang
D Jarang-jarang
E Tidak pernah

18. Sekiranya saya sedar saya melukakan hati seseorang, saya akan cepat-cepat 
meminta maaf.
A Tidak pernah 
B Jarang-jarang 
C Kadang-kadang
D Kerap
E Sentiasa

19. Saya akan mempertahankan diri saya sekiranya saya dikritik.
A Sentiasa 
B Kerap 
C Kadang-kadang
D Jarang-jarang
E Tidak pernah

20. Sekiranya saya marah dan seseorang bertanya sama ada saya marah atau tidak, 
saya akan mengaku.
A Tidak pernah 
B Jarang-jarang 
C Kadang-kadang
D Kerap
E Sentiasa

21. Saya cenderung untuk membuat kesimpulan tentang sesuatu perkara.
A Sentiasa 
B Kerap 
C Kadang-kadang
D Jarang-jarang
E Tidak pernah

22. Sekiranya saya berbual dengan seseorang, saya mencuba untuk meletakkan diri 
saya di tempat orang itu.
A Tidak pernah 
B Jarang-jarang 
C Kadang-kadang
D Kerap
E Sentiasa

23. Jika seseorang itu menghadapi kesukaran untuk mencari sesuatu perkataan 
untuk dikatakan, saya bersedia untuk menyambung apa-apa yang ingin disampaikan.
A Sentiasa 
B Kerap 
C Kadang-kadang
D Jarang-jarang
E Tidak pernah

24. Orang di sekeliling berkata saya bercakap dengan nada yang tinggi, tetapi 
saya tidak menganggap sedemikian.
A Sentiasa 
B Kerap 
C Kadang-kadang
D Jarang-jarang
E Tidak pernah

25. Saya selalu bercakap dengan tidak terburu-buru.
A Tidak pernah 
B Jarang-jarang 
C Kadang-kadang
D Kerap
E Sentiasa

26. Saya mempunyai satu firasat yang orang lain berasa tidak selesa dengan 
kehadiran saya.
A Sentiasa 
B Kerap 
C Kadang-kadang
D Jarang-jarang
E Tidak pernah

27. Saya berminat dengan apa-apa yang ingin diperkatakan oleh orang lain.
A Tidak pernah 
B Jarang-jarang 
C Kadang-kadang
D Kerap
E Sentiasa

28. Saya berasa kecewa apabila orang lain tidak bersependapat dengan saya 
terutama sekali jika orang tersebut tidak melalui situasi yang saya lalui.
A Sentiasa 
B Kerap 
C Kadang-kadang
D Jarang-jarang
E Tidak pernah

29. Jika saya mengkritik, saya akan 

Help Palestine [hidayahnet] BUKU BARU: ANEKA CONTOH TEKS PENGACARA MAJLIS

2008-04-27 Terurut Topik studioperintis
Pengenalan

Dalam urusan kita sehari-hari, adakalanya kita diminta untuk menjadi pengacara 
majlis bagi sesuatu majlis yang akan berlangsung di tempat kerja seperti jamuan 
perpisahan, Majlis Makan Malam Syarikat, Malam Amal, Hari Kualiti, pelancaran 
kempen dan sebagainya. Banyak daripada kita beranggapan bahawa tugas sebagai 
pengacara majlis merupakan tugas yang glamour dan mudah.

Sebenarnya, tugas pengacara majlis bukanlah mudah seperti yang kita jangkakan. 
Hal ini kerana kelancaran, kejayaan, hidup dan matinya sesebuah majlis 
bergantung sepenuhnya kepada pengacara majlis. Sekiranya dalam mengendalikan 
majlis, pengacara majlis hilang kata-kata maka keadaan ini akan menyebabkan 
kelancaran majlis terganggu. Begitu juga, jika pengacara majlis tidak pandai 
menarik perhatian tetamu yang hadir. Hal ini akan menyebabkan tetamu berasa 
bosan dan akhirnya meninggalkan majlis begitu sahaja. Akibatnya, tuan rumah 
atau penganjur akan menanggung malu. Oleh itu, sekiranya anda terpilih untuk 
menjadi pengacara majlis, pengetahuan tentang tugas sebenar pengacara majlis 
menjadi keperluan yang amat penting.

Jadi, buku ini ditulis untuk memberi anda sedikit panduan dan idea tentang 
tugas sebenar pengacara majlis. Terdapat enam bahagian dalam buku ini, iaitu:

Bahagian I - Pengacara Majlis
Bahagian II - Teknik Penulisan
Bahagian III - Kesalahan Bahasa
Bahagian IV - Senarai Panggilan Hormat dan Pantang Larang
Bahagian V - Cara Memulakan dan Mengakhiri Majlis
Bahagian VI - Aneka Contoh Teks Pengacara Majlis

Kandungan

Pendahuluan

Bahagian 1 - Pengacara Majlis
Pengenalan 
1.1 Siapakah pengacara majlis?
1.2 Mengapakah pengacara majlis penting?
1.3 Tip untuk menjadi seorang 'Star Emcee'?

Bahagian 2 - Teknik Penulisan
Pengenalan
2.1 Teknik menulis teks pengacara
2.1.1 Penyediaan teks
2.1.2 Cara menyediakan teks dan kandungan teks
2.2 Teknik menulis pantun dan bahasa berirama
2.2.1 Mencipta pantun
2.2.2 Mencipta bahasa berirama
2.3 Contoh-contoh pantun untuk agenda/atur cara tertentu
2.4 Contoh-contoh bahasa berirama untuk agenda/atur cara tertentu

Bahagian 3 - Kesalahan Bahasa
Pengenalan
3.1 Kesalahan Bahasa

Bahagian 4 - Senarai Panggilan Hormat  Pantang Larang Pengacara Majlis
Pengenalan
4.1 Panggilan hormat
4.2 Pantang larang

Bahagian 5 - Cara Memulakan dan Mengakhiri Majlis
Pengenalan
5.1 Cara memulakan majlis
5.2 Cara mengakhiri majlis

Bahagian 6 - Aneka Teks Pengacara Majlis
Pengenalan
6.1 Teks Perasmian Dewan
6.2 Teks Hari Anugerah
6.3 Teks Hari Wanita
6.4 Teks Jamuan Perpisahan
6.5 Teks Festival Nasyid
6.6 Teks Makan Malam Syarikat
6.7 Teks Majlis Tadarus Al-Quran
6.8 Teks Amanat Pemimpin
6.9 Teks Pelantikan Pengawas
6.10 Teks Perhimpunan Sahabat PEMADAM
6.11 Teks Hari Anugerah Khidmat Cemerlang
6.12 Teks Sambutan Hari Guru
6.13 Teks Sambutan Bulan Kemerdekaan
6.14 Teks Hari Kokurikulum
6.15 Teks Majlis Perkongsian Ilmu
6.16 Teks Majlis Pecah Tanah
6.17 Teks Pelancaran Buku Baru
6.18 Teks Perkahwinan Anak VIP
6.19 Teks Pelancaran Kempen (sebarang kempen)
6.20 Teks Malam Amal

Penutup

*Petikan daripada Bahagian IV

Pengenalan

Dalam sesuatu majlis pasti ada pelbagai jenis tamu mengikut pangkat dan 
kedudukan. Oleh itu, sebagai pengacara majlis, anda harus mengetahui penggilan 
hormat bagi seseorang tamu mengikut pangkat, darjat atau gelaran jawatan yang 
dijawat. Selain itu, sebagai pengacara majlis juga, anda harus mengetahui 
pantang larang terutama daripada segi berpakaian agar anda tidak menjadi isu 
dan memalukan pihak penganjur atau tuan rumah. Oleh sebab pentingnya panggilan 
hormat dan pantang larang daripada segi berpakaian, maka dalam bab ini akan 
disenaraikan panggilan hormat dan sedikit pantang larang berpakaian sebagai 
rujukan dan panduan para pembaca.

Panggilan Hormat

Penggilan hormat yang sesuai hendaklah digunakan terhadap orang-orang kenamaan 
sebagai tanda penghormatan kepada kedudukan mereka. Amat mustahak bagi seorang 
pengacara majlis mengetahui dan menggunakan panggilan hormat dan gelaran yang 
betul mengikut protokol dalam sesuatu majlis yang dikendalikan. 

Panggilan hormat bagi Yang di-Pertuan Agong, Sultan-Sultan dan Yang DiPertua 
Negeri adalah seperti berikut:

(a) Yang di-Pertuan Agong - *DYMM Seri Paduka Baginda
(b) Raja Permaisuri Agong - DYMM Seri Paduka Baginda
(c) Raja Perlis - DYMM Tuanku
(d) Sultan Kedah - Ke Bawah DYMM Al-Sultan
(e) Sultanah Kedah - Ke Bawah DYMM Tuanku
(f) Sultan Selangor - DYMM Sultan
(g) Tengku Ampuan Selangor - DYMM Tengku Ampuan
(h) Yang Dipertuan Besar - DYMM Tuanku Negeri Sembilan
(i) Tunku Ampuan - DYMM Tuanku Negeri Sembilan
(j) Sultan Pahang - Ke Bawah DYMM Sultan
(k) Sultanah Pahang - DYMM Sultanah
(l) Sultan Terengganu - DYMM Sultan
(m) Tengku Ampuan Besar - DYMM Tengku Ampuan Terengganu
(n) Al-Sultan Kelantan - Ke Bawah DYMM Tuanku
(o) Raja Perempuan Kelantan - DYMM Tengku
(p) Sultan Johor - DYMM Baginda Sultan
(q) Sultanah Johor - DYMM Baginda Sultanah
(r) Paduka Seri Sultan Perak - DYMM Paduka Seri Sultan
(s) Raja Permaisuri 

Help Palestine [hidayahnet] BUKU BARU: ANEKA CONTOH TEKS PENGACARA MAJLIS

2008-04-25 Terurut Topik studioperintis

2008-04-17 Terurut Topik studioperintis
Penyediaan Kandungan Dokumentasi

Bahagian ini merupakan tajuk penting, iaitu anda harus memastikan bahawa kertas 
kerja dan pelan perniagaan anda mengandungi kesemua tajuk berikut. Segala isi 
kandungan yang ingin disampaikan terletak di bawah tajuk-tajuk ini. Namun 
begitu, isi kandungan ini juga tertakluk kepada jenis perniagaan yang ingin 
diusahakan, jika perniagaan yang ingin dijalankan merupakan perniagaan yang 
banyak menjurus ke sektor perusahaan, maka tajuk seperti Strategi Pemasaran, 
Implikasi Kewangan dan Janaan Pendapatan haruslah diberi penekanan. Manakala 
jika anda bakal mengusahakan perniagaan berbentuk perkhidmatan maka tajuk 
seperti Situasi Masa Ini, Konsep Pelaksanaan dan Kajian Sasaran dan Persaingan 
haruslah dititik-beratkan.

1.Ringkasan Eksekutif/Pelan

Merupakan tajuk selaku pembuka tirai bagi kertas kerja anda. Di bawah tajuk 
ini, ditulis sinopsis atau ringkasan penulisan anda agar pembaca mendapat 
gambaran menyeluruh tentang perkara yang ingin disampaikan melalui kertas kerja 
dan pelan perniagaan anda. Ringkasan itu dimulakan dengan memberikan idea serba 
ringkas tentang objektif dan matlamat kertas kerja dan nyatakan hasil (output) 
yang diharapkan pada akhir penyampaian pembentangan tersebut. Ringkasan 
Eksekutif/Pelan ini kebiasaannya tidak terlalu panjang dan hanya perlu 
disediakan untuk 1 atau 2 muka surat sahaja.

Di sini jugalah anda perlu menyatakan perkara-perkara yang bakal dibentangkan 
untuk menarik perhatian pembaca atau penilai. Secara psikologi, kita juga 
kadang-kala akan melihat dahulu tajuk-tajuk menarik sesuatu bahan bacaan 
sebelum membelinya, bukan? Begitu juga dengan kertas kerja dan pelan perniagaan 
ini, perlu diperjelaskan agenda-agenda yang akan dibentangkan sebagai faktor 
psikologi untuk pembaca atau penilai khususnya.

Sebagai contoh di sini diberikan cara Ringkasan Eksekutif/Pelan harus ditulis;

Kertas Kerja dan Pelan Perniagaan Pusat Cucian Kenderaan xx ini dibangunkan 
adalah untuk memperlihatkan secara lebih dekat dan terperinci berkenaan 
perkhidmatan/servis perniagaan yang dijalankan sebagai satu Panduan Tindakan 
(guideline) dalam memenuhi matlamat kepuasan pelanggan dan masyarakat setempat 
khususnya. Dalam Kertas Kerja dan Pelan Perniagaan ini juga disertakan pelbagai 
informasi dan keupayaan Pusat Cucian Kenderaan xx yang merangkumi lapangan 
seperti yang berikut:

Perkhidmatan yang disediakan - jenis perkhidmatan cucian dan servis yang 
diusahakan.

Spesifikasi perniagaan yang menjelaskan hala tuju perkhidmatan.

Pelan pemasaran terperinci merangkumi Perniagaan Luar Lanjutan bagi tujuan 
meningkatkan kuantiti pelanggan dan kaedah promosi.

Prosedur Operasi Kerja (S.O.P) bagi perkhidmat-an yang terdapat di Pusat Cucian 
Kenderaan xx.

Strategi pelaksanaan yang dapat menunjukkan gambaran keseluruhan strategi 
perancangan ini.

Diagram Konsep Perkhidmatan (Concept Diagram) Pusat Cucian Kenderaan xx dan 
Konsep Perkhidmatan Luar (Workflow) yang diusahakan.

Senarai aset dan kos-kos yang terlibat untuk permulaan, implikasi kewangan 
harian dan jangkaan purata kemasukan bulanan.

Jangka masa pelaksanaan (timeline) yang dicadangkan.

Dengan adanya Kertas Kerja dan Pelan Perniagaan ini dapatlah dikenal pasti hala 
tuju dan kaedah yang sesuai agar dapat memberikan ruang perkhidmatan kepada 
para pelanggan dengan hanya membabitkan nilai kos yang minimum bagi memulakan 
perniagaan ini. Penyediaan kertas kerja ini juga merupakan salah satu syarat 
utama yang perlu disediakan bagi memohon pinjaman perniagaan seperti yang 
dikehendaki. 

Satu kelebihan jika anda berjaya menyiapkan Ringkasan Eksekutif kerana melalui 
pendekatan ini, anda sebenarnya telah tahu perkara yang ingin disampaikan 
melalui kertas kerja perniagaan tersebut. Saya yakin bahawa anda akan berasa 
selesa untuk meneruskan penulisan kandungan yang seterusnya.

Artikel di atas dipetik daripada Bahagian 2: Penyediaan Kandungan Dokumentasi 
dalam buku ANEKA CONTOH KERTAS KERJA PERNIAGAAN. Maklumat lanjut tentang buku 
ini boleh didapati di www.books.perintis.com.my.

Help Palestine [hidayahnet] BUKU BARU: Aneka Contoh Kertas Kerja Perniagaan

2008-03-22 Terurut Topik studioperintis
Pendahuluan

Perkembangan semasa dunia hari ini telah melahirkan pelbagai jenis produk dan 
perkhidmatan yang semakin hari semakin mendapat permintaan ramai. Tambahan lagi 
jika perniagaan tersebut merupakan sesuatu perniagaan yang baru dan memberikan 
kemudahan atau kepentingan kepada pengguna. Justeru, anda dapat lihat betapa 
banyaknya daripada kita yang berkobar-kobar untuk memulakan perniagaan tanpa 
menyedari bahawa sebenarnya telah memulakan langkah yang salah, iaitu dengan 
tidak menyediakan pelan tindakan perniagaan yang seharusnya menjadi garis 
panduan untuk mencapai kejayaan. Titik mula untuk menjalankan perniagaan dikira 
setelah anda mencetuskan idea dan keinginan untuk berniaga. Seterusnya, 
langkah-langkah untuk ke hadapan dirancang termasuklah faktor kewangan (modal), 
pembelian aset, strategi pemasaran dan janaan hasil pendapatan.

Soalnya, bagaimanakah anda hendak memulakan semua itu? Apakah garis panduan 
yang harus diikuti agar perancangan memulakan perniagaan itu tercapai? Walaupun 
anda mengetahui perkara yang bakal dilaksanakan, kadang-kadang anda buntu cara 
untuk menyediakan satu kaedah perancangan yang teratur melalui pembentangan 
kertas kerja perniagaan.

Perkara inilah yang menyebabkan sesetengah permohonan pinjaman perniagaan tidak 
berjaya dan cadangan perniagaan tidak diterima. Kaedah pembentangan dan 
penyusunan isi kandungan kertas kerja haruslah jelas dan mudah difahami. 
Objektif, strategi pelaksanaan dan implikasi kewangan merupakan faktor penting 
dalam melihat sama ada sesuatu perniagaan itu mendatangkan keuntungan atau 
tidak jika perniagaan tersebut beroperasi. Selain itu, jangka masa membuat 
sesuatu kertas kerja dan pelan perniagaan kebiasaannya adalah singkat. Anda 
semestinya akan mengambil masa yang panjang jika tidak tahu cara untuk 
memulakannya.

Justeru, buku ini bertujuan untuk memberikan panduan dan idea kepada anda di 
luar sana tentang cara untuk menulis dan menyediakan kertas kerja dan pelan 
perniagaan yang baik, efektif serta disaluti dengan isi kandungan yang sesuai. 
Terdapat empat bahagian dalam buku ini, iaitu
Bahagian 1 - Panduan utama penulisan
Bahagian 2 - Penyediaan kandungan dokumentasi
Bahagian 3 - Contoh kertas kerja dan pelan perniagaan
Bahagian 4 - Contoh profil syarikat

Dalam Bahagian 1, penekanan diberi kepada panduan utama untuk menghasilkan 
kertas kerja dan pelan perniagaan yang efektif dan menarik perhatian pembaca. 
Hal ini termasuklah cara dan kaedah sesuatu penulisan itu dibentangkan. Sering 
kali kebanyakan kertas kerja tidak begitu berkesan disebabkan kaedah penulisan 
yang lemah.

Dalam Bahagian 2, diberikan semua tajuk utama isi kandungan yang perlu ada 
dalam penghasilan kertas kerja mengikut susunan. Diterangkan serba sedikit 
kandungan yang perlu ada di bawah tajuk-tajuk tersebut. 

Dalam Bahagian 3, dimuatkan 10 contoh kertas kerja dan pelan perniagaan agar 
anda mendapat gambaran kasar cara kertas kerja dan pelan perniagaan 
dipersembahkan mengikut jenis perniagaan yang bakal diusahakan.

Akhir sekali, dalam Bahagian 4 disertakan contoh profil syarikat bagi kemudahan 
anda sebagai panduan membuatnya.

Kandungan

Pendahuluan 

BAHAGIAN 1:
Panduan Utama Penulisan

i. Penjelasan Objektif 
ii. Keutamaan Komunikasi 
iii. Kesalahan Tatabahasa 
iv. Penggunaan Ayat 
v. Menulis Berdasarkan Bacaan Umum
vi. Elemen Paparan/Grafik
vii. Kaedah Pembentangan Penulisan
viii. Tajuk dan Muka Surat yang Jelas
ix. Penyusunan Agenda Pembentangan
x. Pengakhiran Kertas Kerja dan Pelan Perniagaan

BAHAGIAN 2:
Penyediaan Kandungan Dokumentasi

i. Ringkasan Eksekutif/Pelan
ii. Isi Kandungan
iii. Pengenalan/Pendahuluan
iv. Butiran Perkhidmatan/Perniagaan
v. Isu Semasa/Situasi Masa Ini
vi. Konsep Pelaksanaan
vii. Strategi Pemasaran/Operasi/Pelaksanaan
viii. Kaedah Implementasi
ix. Implikasi Kewangan
x. Janaan Pendapatan
xi. Kajian Sasaran dan Persaingan
xii. Langkah Seterusnya
xiii. Jadual Pelaksanaan
xiv. Kesimpulan
xv. Penutup
xvi. Apendiks/Lampiran

BAHAGIAN 3:
Contoh Pelan Perniagaan

1. Perkhidmatan Dobi
2. Perkhidmatan Katering
3. Perkhidmatan Mencuci 
4. Perkhidmatan 'Terminal' Sekolah Memandu Kenderaan
5. Perkhidmatan Dandanan Rambut/Salon
6. Perniagaan Produk Perkahwinan
7. Perniagaan Kafe Berinternet
8. Perniagaan dalam Internet
9. Perniagaan Penternakan
10. Perniagaan Percetakan

BAHAGIAN 4:
Contoh Profil Syarikat

1. Contoh Profil Starikat 1: Esquire Technology
2. Contoh Profil Starikat 2: Penerbitan Pertiwi

Maklumat lanjut berkenaan buku ANEKA CONTOH KERTAS KERJA PERNIAGAAN ini boleh 
didapati di www.books.perintis.com.my.

Help Palestine [hidayahnet] Tip berkesan yang dapat membantu anda menjadi IBU SUPER!

2008-02-26 Terurut Topik studioperintis
Sepakat dengan suami perkara yang boleh dan yang tidak boleh dilakukan

Sesuatu yang perlu anda tahu ialah perkara yang dimarahi suami mestilah sama 
dengan perkara yang anda marahi. Sekalipun tidak sama, jangan sekali-kali anda 
membela anak di hadapan suami anda. Hal ini akan menyebabkan anak anda bingung. 
Sekiranya didapati suami melakukan sesuatu yang tidak sepatutnya, tunggulah 
pada masa lain untuk berbincang dengannya. 

Jangan biar anak rasa terbela ketika membuat kesalahan. Sekiranya anda 
mengikuti asas ini, maka anda akan mendapati anak tidak akan melawan dan patuh. 
Saat itu, barulah kita boleh memujuk anak semula dan jelaskan bahawa perkara 
yang dilakukannya tadi adalah tidak boleh.

Sekiranya boleh, jangan sampai kedua-duanya suka berleter atau kedua-duanya 
suka marah-marah. Pernah terlihat keluarga yang ayahnya kurang memarahi anak 
tetapi sekiranya ayah itu meninggikan suara sedikit, anak akan terus ketakutan? 
Adakalanya juga dengan hanya menyebut nama penuh anak akan menyebabkan 
anak-anak cukup faham bahawa anda betul-betul sedang marahkan mereka. Justeru, 
paling penting adalah dengan menyemai rasa hormat anak kepada kita sebagai ibu 
bapa.

Menerapkan disiplin

Jika diperhatikan, banyak bahagian dalam buku ini adalah secara berjadual. 
Mengapa teknik ini digunakan? Teknik ini telah banyak menunjukkan testimonial 
yang sangat berjaya, iaitu di akhirnya, perkara yang terjadual menjadi 
kebiasaan dalam kehidupan. Bukankah ini lebih baik daripada hidup tidak 
berdisiplin?

Anda perlu bersikap tegas terhadap anak-anak anda tetapi janganlah sehingga 
tiada lemah lembut langsung. Mereka ibarat tanah. Sekiranya tanah itu kasar, 
siramkanlah dahulu air untuk melembutkannya sedikit sebelum dicangkul. Sejak 
kecil lagi mereka perlu diberikan pengenalan atas perkara yang boleh dan tidak 
boleh dilakukan oleh mereka. 

Hindari memukul anak sekiranya sedang marah

Ketika anda terasa sangat marah, cubalah kawal diri daripada memukul anak. Hal 
ini akan menyebabkan pukulan anda terlalu kuat dan hal ini akan membekaskan 
sesuatu dalam jiwa mereka. Kudrat semasa sedang marah sangat kuat dan akan 
menyebabkan anda akan terasa berkuasa memukul anak anda. 

Kadangkala kita mempunyai masalah lain tetapi pada masa yang sama, anak kita 
melakukan perkara yang tidak kita sukai. Justeru, kemarahan kita tertumpah 
kepada si anak. Cubalah bertenang dan tarik nafas perlahan. Fikirkan semula 
adakah berbaloi sekiranya anda memukul anak yang melakukan kesalahan ketika 
anda sedang marah?

Ugutan dan herdikan

Sekadar mengugut tidak mendidik anak kerana selalunya kita tidak akan melakukan 
perkara yang kita ugutkan itu. Anak-anak akan menjadi lali kerana ibu bapa 
hanya tahu mengugut. Kemungkinan anak menjadi kurang rasa hormat kepada kita 
akibat daripada perbuatan tersebut.

Herdikan juga menimbulkan kesan yang tidak baik. Kebanyakan masa kita 
mengherdik, kita akan menggunakan ayat yang tidak sepatutnya. Kata-kata kita 
ialah doa. Bayangkan kita tega untuk mendoakan yang buruk-buruk kepada 
anak-anak kita dan kemudian memarahinya lagi. 

Bayangkan kita menggunakan kata seperti, Budak bangang!! Sanggupkah kita 
mendoakan anak dengan perkataan kesat seperti ini? Sekalipun kesabaran kita 
memang benar-benar sedang diuji, mengapa tidak kita memilih untuk menggunakan 
cara yang berhikmah berbanding dengan kaedah seperti ini yang jelas tidak 
pernah ditunjuk oleh Rasulullah s.a.w? 

Kaedah Rasulullah s.a.w dan sahabat mendidik anak

Bak kata pepatah English, 'Spare the rod, spoil the child'. Menunjukkan tidak 
lengkap rumah itu tanpa ada rotan di dalamnya. Mari kita perhatikan daripada 
aspek pendidikan Rasulullah s.a.w terhadap anak-anak kecil. 

Rasulullah s.a.w bersabda:

Suruhlah anak-anak kamu bersembahyang pada usia tujuh tahun dan pukul mereka 
sekiranya tidak bersembahyang pada usia 10 tahun dan pisahkan antara mereka 
tempat tidur.

(Riwayat Al-Hakim dan Abu Daud)

Berdasarkan daripada hadis ini, maka kita sepatutnya membiasakan anak-anak 
dengan amal ibadat wajib sedari kecil lagi. Hal ini adalah wajar bagi 
menanamkan rasa cinta akan Allah, mensyukuri nikmat-Nya, menyucikan jiwa anak, 
kesihatan fizikal dan akhlak, iaitu perbuatan dan perkataannya. 

Saidina Ali juga berpesan supaya kita mendidik anak mengikut tahap 
kecerdikannya. Pesannya: 

Pada tujuh tahun yang pertama, bermain dengan anak kamu, didik anak kamu pada 
tujuh tahun berikutnya serta berkawan dengannya pada tujuh tahun selepas itu.

Hal ini bermakna kita hendaklah bermesra, bermain dan bergurau dengan anak yang 
berusia di bawah tujuh tahun. Selepas usianya tujuh tahun, kita wajar mendidik 
dan mendisiplinkan mereka serta diajarkan cara beribadah secara betul. Ketika 
ini juga hendaklah diajarkan menghormati hak orang lain dan menunaikan suruhan 
orang yang lebih tua. 

Selepas usianya 14 tahun, kita perlu menjadi kawan mereka supaya mereka dapat 
merujuk masalah dan mengadu kepada kita jika berhadapan dengan masalah. 
Kebiasaannya pada 

Help Palestine [hidayahnet] Tip berkesan yang dapat membantu anda menjadi ISTERI SUPER!

2008-02-21 Terurut Topik studioperintis
Pengenalan

Tidak dinafikan dalam mendepani zaman ini, para isteri akan bertemu dengan 
bermacam-macam bentuk halangan. Tambahan pula bagi mereka yang bekerja dan 
mempunyai anak yang banyak. Di mana-mana sahaja akan kita temui keluhan demi 
keluh-an sehingga menjadikan anak-anak dara merasakan bahawa terus menjadi dara 
adalah yang terbaik.

Sekiranya, kita menoleh dan merenung sejarah nenek moyang kita dahulu, 
sepatutnya mereka lebih-lebih lagi mempunyai alasan untuk mengeluh, namun kita 
dapat saksikan orang-orang lama ini akan bertahan lama dengan pasangan 
masing-masing. Mereka tidak mempunyai mesin untuk membasuh pakaian. Mereka 
perlu mencari kayu api untuk memasak. Ah, banyak lagi alasan yang boleh 
digunakan untuk menunjukkan ibu-ibu kita pada zaman dahulu mempunyai sejumlah 
kerja yang berkali ganda untuk dibandingkan dengan tugasan kita ini!

Justeru, apakah formula terbaik yang boleh diguna pakai dalam memastikan hala 
tuju hidup kita di dunia ini berjalan dengan baik dan juga membina kehidupan 
yang selesa di akhirat? Mungkin ada baiknya jika kita menilik semula tabiat 
baik yang telah diamalkan oleh ibu-ibu kita dan diaplikasikan mengikut 
kesesuaian pada masa sekarang. 

Sekiranya, ibu-ibu kita berjaya dalam kepayahan maka kita perlu lebih berjaya 
dengan kemudahan yang kita ada. Buku ini akan menyingkap petua berkesan dan 
sekatan yang perlu dielakkan dalam menjadi 'Isteri High Class'.

Antara tip-tip yang berkesan:

1. Kurangkan leteran

Ya, inilah kegemaran golongan para isteri kini. Dengan tekanan yang sangat 
mendesak di pejabat, ditambah pula keadaan yang sangat mendera di rumah, kita 
telah menggunakan kaedah berleter bagi melepaskan tekanan. Sebenarnya, leteran 
bukanlah menghilangkan tekanan.

Seorang isteri yang berleter sebenarnya sedang memindahkan tekanannya kepada 
seisi keluarga. Sekiranya ini berlaku, hal ini bermakna seisi keluarga sedang 
berada dalam keadaan tertekan. Sekiranya tekanan dipendam, maka ada kemungkinan 
satu hari kita akan terdengar ledakan bomnya. 

Jadi, bukankah baik sekiranya tekanan itu dilepaskan dengan teknik yang lain. 
Apa kata jika anda menggunakan kaedah berlemah lembut, iaitu dengan berlucu, 
namun menyengat sanubari sasaran kita.

Di sini disertakan beberapa contoh situasi agar pada masa hadapan, anda boleh 
berfikir secara kreatif cara menggunakan kata-kata lucu untuk menegur. 

i. Suami meletakkan pakaian dan stokinnya di merata-rata tempat setelah 
menanggalkannya; 
Apa kata kalau sayang tak nak basuh baju abang kalau abang tak letak baik-baik 
baju abang di tempatnya. Aci tak?

ii. Hari minggu, suami tidur semula sesudah solat subuh sedang-kan rumah penuh 
dengan aktiviti yang wajib dilakukan; 
Apa kata kalau abah bangun, mandikan anak dan suapkan anak-anak. Tadi umi dah 
masak. Nanti malam karang, umi mandikan abah selepas umi suap abah. Boleh?

iii. Suami enggan membersihkan anak yang telah membuang air besar di dalam 
lampin pakai buang. Mungkin dia geli; 
Takpe kalau papa tak mau basuh tapi cuba papa fikir, kalau mama pergi dulu, 
papa pula sakit. Tak boleh bangun sendiri. Sapa ya yang nak basuhkan berak 
papa?

iv. Anak anda malas membaca buku tetapi gemar menonton televisyen; 
Mana ya adik letakkan buku sekolah adik tadi? Cikgu adik pesan suruh mak bagi 
kat televisyen tu suruh dia buat kerja sekolah adik. Satu lagi, adik tak boleh 
keluar rumah petang ni untuk main di padang sebab adik dah langgar larangan mak 
jangan tengok TV selagi kerja sekolah adik tak selesai. 
Maklumlah, TV kan tak pandai buat kerja sekolah!

Selain teknik di atas, anda juga perlu masa yang sesuai untuk bersendirian 
dengan orang yang anda ingin leteri. Masa ini, berbicaralah dari hati ke hati 
supaya dia memahami perkara yang anda katakan adalah untuk kebaikan dirinya 
juga. Insya-Allah mereka akan faham jika anda menyampaikan rasa hati anda 
dengan tepat.

Sekiranya mereka telah membantu anda, janganlah mengharapkan sesuatu yang 
maksimum daripada mereka. Hal ini juga menyebabkan mereka bosan untuk membantu 
lagi kerana buat salah, tinggalkan pun salah. Jadi, mereka memilih untuk 
meninggalkan sahaja tugasan itu. Bukankah ini lebih merugikan. Sekiranya kerja 
mereka tidak serapi mana sekalipun, ucapkanlah terima kasih dan hal ini akan 
membangkitkan rasa suka mereka untuk membantu anda pada masa lain.

Artikel di atas dipetik daripada Bab 7: Menghadapi Cabaran dalam buku Manual 
Kerja Super Isteri. Maklumat lanjut berkenaan buku ini boleh didapati di 
www.books.perintis.com.my.

Help Palestine [hidayahnet] Memahirkan diri dalam perbualan menggunakan Bahasa Inggeris - Part 3

2007-07-30 Terurut Topik studioperintis
Kaedah Permulaan Perbualan
Dengan menggunakan kaedah permulaan perbualan ini, anda sebenarnya belajar 
cara-cara untuk memulakan sesuatu perbualan itu berdasarkan tujuan perbualan 
itu. Hal ini amat berkesan dan amat efektif kerana anda cuma belajar teknik 
untuk memulakan perbualan sahaja dan kemudian menamatkan perbualan itu mengikut 
kesesuaian situasi.

Tujuan 3: Menyapa orang lain dan memperkenalkan diri

Cara anda menyapa orang lain dan memperkenalkan diri akan membentuk imej anda 
pada pandangan orang lain, terutamanya apabila pertama kali anda berjumpa 
dengan orang tersebut. Jadi, adalah amat penting untuk anda menggunakan bahasa 
dan cara yang betul dan berhemah apabila anda menyapa orang lain dan 
memperkenalkan diri. Berikut adalah beberapa cara yang boleh anda gunakan untuk 
memulakan perbualan:

Menyapa orang lain

Anda cuma perlu menyapa orang lain apabila pertama kali berjumpa dengan orang 
itu pada hari itu. Pastikan sapaan anda itu bersesuaian dengan masa.

Hello/Hi.

Good morning.
Selamat pagi.
* Good morning digunakan apabila anda berjumpa dengan seseorang pada waktu pagi 
sebelum pukul 12 tengah hari.

Good afternoon.
Selamat petang.
* Good afternoon digunakan apabila anda berjumpa dengan seseorang pada waktu 
petang selepas pukul 12 tengah hari hingga pukul 6 atau 7 petang.

Good evening.
Selamat malam.
* Good evening digunakan apabila anda berjumpa seseorang pada waktu 
petang/malam selepas pukul 6 atau 7 petang.

Info 
Good night

Walaupun sapaan Good night kalau diterjemahkan secara bahasa akan memberikan 
maksud Selamat malam tetapi Good night tidak digunakan untuk menyapa orang lain 
pada waktu malam. Sebaliknya, good night digunakan untuk mengucap selamat 
tinggal sebelum berpisah pada waktu malam ataupun untuk diucapkan sebelum tidur.

Memperkenalkan diri sendiri 

My name is.
Nama saya.

Hello, . (name)
Hello, ... (nama anda)
Contoh: Hello, Yusoff. (jika nama anda Yusoff dan anda ingin perkenalkan nama 
anda kepada orang yang tidak mengenali anda)

Hi, . (name)
Hi, ... (nama anda)

I am.
Saya.

Selain sekadar memperkenalkan diri anda dengan menyebut nama anda, anda boleh 
juga memperkenalkan diri anda sebegini:

I don't think we've met, I'm. /my name is.
Saya rasa kita tak pernah berjumpa, saya./nama saya.

Have we met before? I'm. /My name is..
Pernahkah kita berjumpa sebelum ini? Saya./Nama saya.

Artikel di atas dipetik daripada Bab 3: Memahirkan Diri Dalam Perbualan dengan 
Kaedah Permulaan Perbualan dalam buku Cara Mudah Menguasai Kemahiran Berbahasa 
Inggeris - Perbualan Sehari-hari Dalam Bahasa Inggeris. Buku ini ditulis oleh 
Mohd Yusoff Noordin aka Cikgu Tuition. Maklumat lanjut berkenaan buku ini boleh 
didapati di www.books.perintis.com.my.

Help Palestine [hidayahnet] Memahirkan diri dalam perbualan menggunakan Bahasa Inggeris - Part 2

2007-07-25 Terurut Topik studioperintis
Kaedah Permulaan Perbualan
Dengan menggunakan kaedah permulaan perbualan ini, anda sebenarnya belajar 
cara-cara untuk memulakan sesuatu perbualan itu berdasarkan tujuan perbualan 
itu. Hal ini amat berkesan dan amat efektif kerana anda cuma belajar teknik 
untuk memulakan perbualan sahaja dan kemudian menamatkan perbualan itu mengikut 
kesesuaian situasi.

Tujuan 2: Mendapatkan maklumat/Bertanya soalan

Dalam kehidupan sehari-hari, kita akan sentiasa memerlukan pertolongan orang 
lain terutamanya dalam mendapatkan maklumat atau bertanyakan soalan tentang 
sesuatu perkara. Kebanyakan orang yang ingin anda dapatkan pertolongan pula 
ialah orang yang tidak anda kenali langsung. Kadang-kadang orang yang ingin 
anda tanya itu juga sedang sibuk dengan kerja atau sedang melakukan 
perkara-perkara peribadi mereka. Sebagai contoh, mereka mungkin sedang makan, 
membaca akhbar ataupun berbual dengan kawan-kawan mereka. Oleh itu, kedatangan 
anda untuk bertanyakan sesuatu kepada mereka mungkin sebenarnya mengganggu 
mereka. Jika anda tersilap tanya, anda mungkin dianggap biadab dan 
berkemungkinan orang yang ditanya tidak berminat untuk membantu anda. Oleh itu, 
cara anda memulakan soalan adalah amat penting.

Ada pelbagai cara untuk anda mendapatkan maklumat atau membuat pertanyaan. Cara 
anda memulakan pertanyaan amat penting kerana anda sebenarnya ingin mendapatkan 
pertolongan daripada orang lain yang tidak anda kenali. Berikut adalah beberapa 
contoh permulaan perbualan yang sesuai:

Excuse me. Could you tell me...?
Maafkan saya. Boleh tak beritahu saya...?

Could you assist me...?
Boleh tak awak membantu saya.?

I am sorry to bother you. Do you know...?
Maaf kerana saya mengganggu, awak tahu.?

I'm trying to.
Saya sedang cuba.

Excuse me sir/madam. Could you help me...?
Maafkan saya encik/puan. Boleh bantu saya.?

Do you happen to know...?
Adakah awak tahu.?

I'd like to know...
Saya ingin tahu.

Could you find out...?
Boleh tak awak cuba carikan...?

I'm interested in...
Saya berminat.

I'm looking for.
Saya sedang mencari.

Info

Jika anda ingin mendapatkan maklumat atau bertanyakan soalan kepada orang yang 
anda tidak kenali adalah lebih berhemah jika anda menyapa mereka dengan 
memberikan salam (jika anda dan orang yang ingin anda tanyakan itu ialah orang 
Islam) ataupun sekadar menyapa dengan menyebut hi, hello, good morning dan 
sebagainya. Anda juga boleh meminta laluan atau menyampuk dengan mengucapkan 
excuse me atau I am sorry.

Jika anda menggunakan telefon pula, anda boleh mulakan dengan:

I'm calling to find out...
Saya menelefon untuk mengetahui.

I'm calling to inquire.
Saya menelefon untuk.

I'm calling to know about...
Saya menelefon untuk mengetahui tentang.

I'm calling about...
Saya menelefon untuk...

Contoh pembinaan ayat

1. Could you tell me when the next commuter to Seremban will arrive?
Boleh awak beritahu saya bila komuter seterusnya ke Seremban akan tiba?

2. I would like to know if I could get a bus to Puchong from the Central Market.
Saya ingin tahu jika saya boleh dapatkan bas ke Puchong dari Pasar Budaya.

3. Do you happen to know where the nearest hospital is?
Adakah awak tahu di mana terletaknya hospital yang berdekatan?

4. I'd like to know what you think about the work assignment given by our boss 
just now.
Saya ingin tahu apa-apa yang awak fikirkan tentang tugasan kerja yang 
diberi oleh ketua kita sebentar tadi.

Artikel di atas dipetik daripada Bab 3: Memahirkan Diri Dalam Perbualan dengan 
Kaedah Permulaan Perbualan dalam buku Cara Mudah Menguasai Kemahiran Berbahasa 
Inggeris - Perbualan Sehari-hari Dalam Bahasa Inggeris. Buku ini ditulis oleh 
Mohd Yusoff Noordin aka Cikgu Tuition. Maklumat lanjut berkenaan buku ini boleh 
didapati di www.books.perintis.com.my.

Help Palestine [hidayahnet] ANEKA PILIHAN PEKERJAAN UNTUK ANDA

2007-06-30 Terurut Topik studioperintis
Pendahuluan
Sebelum sebarang keputusan diambil untuk memilih bidang kerjaya, anda harus 
membuat penyelidikan tentang karier dan bidang yang anda minati. Hal ini 
termasuk mengenal pasti kemahiran, minat, kesesuaian personaliti dan bakat 
anda. 

Untuk mendapat maklumat yang diperlukan, rujukan boleh dibuat melalui banyak 
sumber seperti Internet, risalah, buku, surat khabar dan kaunselor kerjaya. 

Tidak terlalu awal sekiranya anda mengambil inisiatif untuk menentukan hala 
tuju hidup anda sebelum anda memilih subjek-subjek penting yang akan diambil 
dalam peperiksaan STPM, SPM mahupun PMR. Dengan mengetahui apa-apa yang anda 
inginkan dalam hidup dan hala tuju anda, anda akan menjadi lebih fokus dalam 
pemelajaran. 

Bagi graduan pula, buku ini dapat menjadi panduan untuk mengetahui peluang 
pekerjaan yang ada dan bersesuaian dengan kursus yang diambil. Buku ini juga 
memberikan maklumat tentang setiap pekerjaan tersebut dan terpulang kepada anda 
untuk menentukan sama ada pekerjaan tersebut sesuai atau tidak. Jika tidak 
sesuai, belum terlambat bagi anda untuk menukar kursus atau menambah 
subjek-subjek yang berkaitan supaya anda mempunyai pilihan pekerjaan yang lebih 
luas kelak.

Semua pekerjaan disusun dengan mengikut abjad dalam bahasa Inggeris. Bagi 
setiap pekerjaan tersebut dijelaskan: 

i. Latar belakang pekerjaan - menerangkan secara ringkas pekerjaan tersebut dan 
bidang/syarikat yang sesuai.

ii. Tugasan utama - tuntutan kerja bagi jawatan tersebut, seperti contoh 
tugasan yang bakal dilakukan, skop kerja dan sebagainya.

iii. Personaliti sesuai - adakah pekerjaan itu sesuai dengan personaliti anda? 

iv. Kelayakan akademik - kelayakan akademik minimum yang diperlukan bagi 
jawatan tersebut.

v. Anggaran gaji - anggaran gaji yang diberikan adalah mengikut pasaran semasa 
tetapi hal ini bergantung kepada syarikat yang menawarkan jawatan tersebut, 
pengalaman yang anda ada atau persaingan dalam pasaran. Lebih tinggi permintaan 
terhadap sesuatu jawatan dan lebih ramai orang yang memohon, gaji yang 
ditawarkan mungkin tidak begitu tinggi. Sebaliknya, jika jawatan yang 
ditawarkan adalah 'specialised' dan tidak ramai orang yang mempunyai kriteria 
yang dicari, gaji yang ditawarkan mungkin berganda. Pendek kata, hal ini 
bergantung kepada keadaan semasa, sama ada 'pasaran pekerja' atau 'pasaran 
majikan'. 

Kandungan buku ini

Pendahuluan  5

Direktori Pekerjaan A hingga Z ... 7

Gaji Permulaan ... 190

Penutup .. 192

Direktori Pekerjaan A hingga Z

A

ACCOUNTANT/AKAUNTAN 

ACCOUNT EXECUTIVE/EKSEKUTIF AKAUN (juga pengurus akaun)

ACTUARIAL CONSULTANT/PERUNDING AKTUARI

ADMINISTRATIVE OFFICER/PEGAWAI TADBIR (juga kerani)

AERONAUTICAL ENGINEER/JURUTERA AERONAUTIKAL (juga jurutera angkasa)

AIRLINE PILOT (COMMERCIAL)/JURUTERBANG PESAWAT (KOMERSIAL) 

AIRLINE PILOT (TUDM)/JURUTERBANG PESAWAT (TUDM)

AIRLINE ENGINEER/JURUTERA PESAWAT (juga mekanik pesawat, jurutera 
penyelenggaraan pesawat)

AIR TRAFFIC OFFICER/PENGAWAL TRAFIK UDARA

ANIMATOR

ARCHITECT/ARKITEK

ART TEACHER/GURU SENI (juga jurulatih seni)

ASTRONOMER/AHLI ASTRONOMI 

AUCTIONEER/PELELONG 

AUDITOR/JURUAUDIT 

AUTOMOTIVE DESIGNER/PEREKA AUTOMOTIF 

AUTOMOTIVE ENGINEER/JURUTERA AUTOMOTIF (juga mekanik motor)

B

BANK MANAGER/PENGURUS BANK 

BANK OFFICER/PEGAWAI BANK 

BANK TELLER/KERANI BANK 

BIOTECHNOLOGIST/BIOTEKNOLOGIS (juga jurutera bioprocess, jurutera biokimia) 

BOTANIST/AHLI BOTANI

BROADCASTING JOURNALIST/WARTAWAN PENYIARAN (TV)

BUILDING INSPECTOR/PEMERIKSA BANGUNAN 

C

CAFE MANAGER/PENGURUS KAFE

CALL CENTRE OPERATOR/OPERATOR PUSAT PANGGILAN

CARDIOLOGIST/PAKAR KARDIOLOGI 

CARTOONIST/KARTUNIS

CHEF (juga tukang masak, Sous Chef, Pastry Chef)

CHEMICAL ENGINEER/JURUTERA KIMIA 

CHIROPRACTOR

CIVIL ENGINEER/JURUTERA SIVIL

CLINICAL PSYCHOLOGIST/AHLI PSIKOLOGI KLINIKAL 

CLOTHING DESIGNER/PEREKA FESYEN

COMMUNICATIONS OFFICER/PEGAWAI KOMUNIKASI

COMPUTING SERVICES MANAGER/PENGURUS PENYELENGGGARAAN KOMPUTER

COPYWRITER

CORPORATE LAWYER/PEGUAM KORPORAT

COUNSELLOR/KAUNSELOR 

CRIMINOLOGISTS/PENYIASAT PENJENAYAH

CURATOR/KURATOR

D

DENTIST/PAKAR GIGI

DIETICIAN / PAKAR PEMAKANAN

DIPLOMATIC OFFICER / PEGAWAI DIPLOMATIK (juga diplomat, penasihat polisi luar 
negara)

DIRECTOR/PENGARAH 

DIVER/PENYELAM

DRIVING INSTRUCTOR/JURULATIH MEMANDU

E

ECONOMIST/AHLI EKONOMI 

ELECTRICAL ENGINEER/JURUTERA ELEKTRIK 

ELECTRONIC ENGINEER/JURUTERA ELEKTRONIK 

ENVIRONMENTAL ENGINEER/JURUTERA ALAM SEKITAR

F

FACTORY OPERATOR/OPERATOR KILANG 

FINANCIAL CONTROLLER/PERANCANG KEWANGAN 

FIRE OFFICER/AHLI BOMBA 

FLIGHT ATTENDANT/PRAMUGARI/A 

FOOD AND BEVERAGE MANAGER/PENGURUS MAKANANAN DAN MINUMAN 

FOOD TECHNOLOGIST/PAKAR MAKANAN

FORENSIC SCIENTIST/AHLI SAINS FORENSIK 

G

GEOGRAPHER/AHLI GEOGRAFI 

GEOLOGIST/AHLI GEOLOGI 

GRAPHIC DESIGNER/PEREKA GRAFIK 

GYNAECOLOGIST/PAKAR SAKIT PUAN

H

HEALTH AND SAFETY OFFICER/PEGAWAI KESIHATAN DAN KESELAMATAN 

HEALTH INSPECTOR/INSPEKTOR KESIHATAN

Help Palestine [hidayahnet] Aneka Contoh Surat RAsmi Dan Kertas Kerja Pengurusan

2007-05-26 Terurut Topik studioperintis
Pendahuluan
 
Dalam urusan sehari-hari, kita tidak dapat lari daripada keperluan untuk 
membuat kertas kerja untuk pengurusan seperti menulis surat, tidak kira sama 
ada surat rasmi ataupun tidak rasmi. Sekiranya kita bekerja, kemahiran menulis 
surat dan membuat kertas kerja pengurusan yang meyakinkan menjadi satu 
keperluan yang sangat penting. 

Adakalanya kita dikehendaki menulis surat rasmi dan kita cuma diberikan masa 
yang singkat untuk mengarang. Walaupun kita mengetahui perkara yang hendak 
dikatakan, kadang-kadang kita buntu dan tidak tahu cara untuk memulakan surat 
rasmi tersebut.

Hal ini boleh menyebabkan kerja kita tergendala dan kredibiliti kita sebagai 
seorang pekerja yang baik tergugat. Berapa lamakah yang anda perlukan untuk 
menulis sepucuk surat rasmi yang ringkas? 10 minit? 20 minit? 1 jam? Atau 
seharian? Semua itu bergantung kepada kebolehan individu dan kemahiran ini 
boleh dipelajari dan diperbaik dengan latihan, pembacaan dan pengalaman. 

Berapa lamakah pula yang anda perlukan untuk membuat satu kertas kerja 
pengurusan? Misalannya, anda hendak memohon kelulusan pihak pengurusan untuk 
memulakan sesuatu projek atau memohon peruntukan kewangan. Buntu bukan, jika 
anda tidak tahu cara untuk memulakannya?

Buku ini bertujuan untuk memberi anda sedikit panduan dan idea tentang cara 
untuk menulis surat rasmi yang baik dengan susunan bahasa yang sesuai. Terdapat 
4 bahagian dalam buku ini, iaitu:

Bahagian I   - Aneka contoh surat rasmi

Bahagian II  -Pelbagai contoh kertas kerja pengurusan

Bahagian III -Pelbagai frasa dan ayat untuk memudahkan anda mengarang 
surat 

Bahagian IV -Kesalahan bahasa

Dalam Bahagian I, surat rasmi ditulis dalam dua bahasa, iaitu bahasa Melayu dan 
bahasa Inggeris untuk memudahkan penggunaan. Surat-surat rasmi ini juga 
dibahagikan mengikut kategori masing-masing bagi memudahkan rujukan. Terdapat 
18 kategori surat rasmi yang paling kerap digunakan dalam urusan sehari-hari. 

Dalam Bahagian II, diberikan 10 jenis contoh kertas kerja pengurusan yang 
pelbagai dan anda boleh menyesuaikan format yang ada untuk pelbagai tujuan 
lain. Bagi Bahagian II, semua pembentangan kertas kerja pengurusan ditulis 
dalam bahasa Inggeris untuk memudahkan rujukan.

Dalam Bahagian III, diberikan pula senarai frasa dan ayat yang kerap digunakan 
dalam surat rasmi bagi membantu anda merangka dan menulis surat rasmi dengan 
baik. Frasa dan ayat yang kerap digunakan ini dibahagikan kepada tiga bahagian, 
iaitu:

1.   permulaan surat rasmi

2.   pertengahan surat rasmi

3.   penutup surat rasmi

Bahagian ini ditulis dalam dua bahasa, iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. 
Walau bagaimanapun, bahagian yang ditulis dalam bahasa Inggeris bukan merupakan 
terjemahan daripada bahagian bahasa Melayu.

Akhir sekali, Bahagian IV memuatkan sedikit panduan tentang penggunaan 
bahasa Melayu yang betul dalam penulisan surat rasmi secara khasnya dan dalam 
apa-apa jua penulisan umumnya. Hal ini dapat membantu anda menulis surat rasmi 
dan kertas kerja pengurusan yang baik, tepat dan meyakinkan.

Kandungan buku ini

Pendahuluan  7

Bahagian I   9

Aneka Contoh Surat Rasmi

  Pengenalan   10

  1.1   Meminta Pertolongan  11

  1.2   Menolak Permintaan25

  1.3   Pengurusan Jualan dan 

  Pemasaran39

  1.4   Mengutip Derma dan Dana  48

  1.5   Memohon Maklumat/

  Memberikan Maklumat55

  1.6   Aduan 63

  1.7   Menguruskan Pembekal  73

  1.8   Menguruskan Pelanggan 83

  1.9   Pungutan Hutang dan 

  Kawalan Kredit 91

  1.10  Bahagian Sumber Manusia99

  A  Pengambilan Pekerja99

  B  Perletakan Jawatan/

 Pemberhentian Kerja 109

  C  Polisi   125

  1.11  Perbankan, Insurans dan 

  Hartanah 133

  1.12  Simpati dan Takziah 143

  1.13  Memohon Maaf153

  1.14  Tahniah  161

  1.15  Terima Kasih dan Penghargaan 169

  1.16  Surat Perniagaan Yang Lain   179

Bahagian II

Aneka Contoh Kertas Kerja Pengurusan  195

Help Palestine [hidayahnet] Aneka Contoh Surat RAsmi Dan Kertas Kerja Pengurusan

2007-05-23 Terurut Topik studioperintis

2007-04-27 Terurut Topik studioperintis