+1 ngn abg haris...
xkshla step tu pendek or panjang.tp at least ade perubahan,tringt ngn
quote dari baju time anwar dlu,kalau takut dengan risiko,,usah bicara
tentang perjuangan.(lebey kurang la kot..:p)
tp bgi sy sndiri,sbgai seorng yg baru nak blajar sal linux nie,nak
jugak tgk cd yg based on linux kat pricelist lowyat.bkn ap,nti kalo
ade org tnye,at least kite leh ckp "ak tau la skit2,kalo ko nak
test,ak leh ajar skit2" dan seangkatan dengannyer.
lgpn skrng nie tgk dev FiMOS pn da brani nak slowtalk dgn kite,da
pndai bagi salam n join ngn kite,so rasenyer tu da menunjukkan
perkembangn yg baik.maybe kalo projek nie sukses,dorng nak wat versi
ntuk server lak ker,leh gak pnggil kite,jdik team skali.hehehe

2011/3/11 Harisfazillah Jamel <linuxmalay...@gmail.com>:
> Kita perlu bermula. Sama ada kita suka atau tidak dengan cara mereka,
> we have to make that move.
>
> Saya hendak bertanya kepada semua. Hendak yang mana satu sekarang,
> selepas banyak projek OS Malaysia berkubur atau dormant, daripada
> Ketupat Linux (adoi mesti kena alert lagi nanti ni), Embun, KOMNAS
> (lupa nama projek) dan beberapa lagi.
>
> 1) Kita kondem dan kutuk dan mengata sampai thread ni beribu-ribu
> email tapi satu haram cadangan yang bergerak dan usaha alternatif atau
> usaha untuk berhubung dan untuk ke depan. Adakah kita mampu untuk jauh
> ke depan melawan big company yang banyak duit. Jangan hanya berjuang
> dengan pendapat dan padangan sahaja. Action needed. Jangan jadi
> pengikut jadilah leaders.
>
> Lepas tu bising dengan kerajaan tiada dana tiada peruntukan sedang,
> apa yang kita buat sekarang hanya menjadikan kita dipandang negatif
> oleh kerajaan.
>
> Setiap langkah mereka yang mahu menggunakan OSS kita lawan dan siasat
> sehingga ke akar ubi mengalah isteri cumburu suami keluar malam pulak
> nampaknya. Periksa HP, periksa email dan periksa entah apa lagi.
>
> Patutlah banyak syarikat tak mahu nak bantu kita. Kita ni dianggap
> macam melepas anjing yang tersepit. Sudah diberi sokongan (wang dan
> hubungan) kena kutuk balik.
>
> Pilihan ke dua
>
> Kita bantu dan kita tunjukkan jalan. Kita jumpa mereka dan kita bantu
> apa yang mereka perlu untuk menjadikan ia seperti apa yang kita
> hendak.
>
> Tapi timbul satu lagi soalan, apa sebenarnya kita hendak? sedangkan
> lesen OSS ni ada berpuluh yang menunjukkan ada pelbagai pendapat
> tentang pelaksanaan OSS.
>
> So fikir-fikirlah....
>
> Saya mengambil pilihan kedua. Saya telah berhubung dengan FiMOS,
> berjumpa dengan mereka, malah ada CD FiMOS yang saya akan pasang nanti
> bila ada kesempatan. Saya akan cuba berikan pandangan dan bantuan mana
> yang saya mampu dalam memastikan usaha mereka berjaya. Bagi saya jika
> projek ini pun gagal, baik kita jangan buat OS kita sendiri.
>
> Sebab apa FiMOS? Tidak SimpleLinux dan OShirix dan yang lain. Sebab
> FiMOS telah ambil risiko ke depan yang melibatkan pelaburan modal
> sendiri dan politik. Dan juga tidak kurang 20 orang kakitangan yang
> telah berusaha untuk menjayakan projek ini. Besar risiko mereka.
>
> Jika kita dalam komuniti tidak bersama membantu siapa lagi? Berani ke
> kita? atau kita hanya berani menulis dalam email ini dan cakap
> sahaja....
>
> Damp, sedih betul saya.
>
> Kerajaan dan masyarakat ada pandangan lain tentang bagaimana mereka
> menilaikan sesebuah projek itu berjaya. Sekali sekala jangan fikir
> tentang kita sahaja. Kita ni komuniti kecil aje. Tak ramai tapi maaf
> saya kata, kita ni berlagak....
>
> Daripada banyak penulisan, maaf saya kata, kita ini selfish. Terlalu
> pentingkan diri sehingga memandang sebelah mata usaha orang lain.....
>
> Wassalam.
>
> Harisfazillah Jamel
>
> --
> To unsubscribe from and detail about this group 
> http://portal.mosc.my/osdc-my-mailing-list-information
>
> MOSC2011 http://fb.me/mosc2011
>
> MOSC Survey 2011 Awareness Of OSS Certification
> http://survey.mosc.my/mosc-survey-2011-awareness-oss-cert
>

-- 
To unsubscribe from and detail about this group 
http://portal.mosc.my/osdc-my-mailing-list-information

MOSC2011 http://fb.me/mosc2011

MOSC Survey 2011 Awareness Of OSS Certification
http://survey.mosc.my/mosc-survey-2011-awareness-oss-cert

Kirim email ke