Nampaknya hasil yang digubal di dalam linux Fimos menggunakan framework bisnes 
yang baik. Tapi kadangkala tidak difahami oleh pengguna biasa dan baru yang 
didedahkan oleh Ubuntu dalam idea mereka yang menekankan prinsip free sampai 
bila-bila.
Fimos dah bergerak laju dihadapan depan pengurusan mereka menekankan support 
yang agak sukar dan membosankan pengguna baru yang ingin menggunakan Linux dan 
tidak mahu memikirkan masalah apabila menggunakan Linux. 
Langkah OSDC memantau pergerakan pembangunan Fimos adalah baik dan juga 
pemahaman kepada pengguna terhadap penggunaan Linux juga difikirkan perlu 
kerana jika di dalam Kementerian Pelajaran sendiri, licence untuk penggunaan 
produk adalah serendah RM 30 dengan hanya menunjukkan identiti anda sebagai 
pelajar atau kakitangan Kementerian Pelajaran anda layak mendapat harga produk 
daripada Microsoft daripada harga serendah RM 30.
Cabaran Fimos untuk memasuki Kementerian Pelajaran (sehingga ke peringkat 
sekolah dan Matrikulasi) perlu dikaji semula memandangkan harga yang ditawarkan 
mereka sebelum ini adalah RM 111 (betulkan saya jika ianya salah) dan harga 
yang ditawarkan daripada Microsoft adalah serendah RM 30, manakala Kolej-kolej 
Matrikulasi dalam cadangan menggunakan Ubuntu sebagai Sistem Pengendali Ubuntu 
secara total memandangkan kestabilan dan keselesaan dalam Teachinng and 
Learning Material mereka.
Tindakan fimos menggunakan nama selain daripada Ubuntu juga adalah betul (jika 
source code diambil daripada Ubuntu) kerana Canonical sendiri melarang sebarang 
penjualan Ubuntu Derivatives seperti yang dinyatakan di dalam Laman Web mereka.
Persoalannya, kita mahu menyokong dan kita semestinya tidak mahu OS ini lenyap 
satu hari nanti dan langkah dan rapi dan support yang berterusan haruslah 
dirangka, manakala OSDC sebagai satu badan yang mempunyai rangkaian expert yang 
tinggi boleh membantu dalam pembangunan OS mereka.
Sekadar pandangan biasa saya. 
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

-----Original Message-----
From: Harisfazillah Jamel <linuxmalay...@gmail.com>
Sender: osdcmy-list@googlegroups.com
Date: Sun, 13 Mar 2011 09:54:04 
To: <osdcmy-list@googlegroups.com>
Reply-To: osdcmy-list@googlegroups.com
Subject: Re: [osdcmy] Re: FiMOS - For Malaysian, by Malaysian

The problem with Ubuntu Muslim was the words Ubuntu. Ubuntu is the
trademark and copyright of Canonical. The decision to use Sabily is
the best decision. Sabily has its own branding. Bagus bila ada
branding sendiri.

Ubuntu base on Debian, Sabily base on Ubuntu. Thats the beauty of open
sources software dan FiMOS base on Linux dan mungkin besar daripada
Ubuntu. (Maaf saya tunggu FiMOS jelaskan, tapi bagi saya itu tidak
penting, yang penting daripada CD FiMOS saya leh kaji dan dapatkan
maklumat).

Tapi ada isu jugak ni. Saya pun dalam isu trademark Ubuntu, nampaknya
keras, Kalau dibaca betul2 Ubuntu tak bagi pun dalam banyak perkara
sebut, distros yang telah diubah dan tidak serupa Ubuntu dipanggil
Ubuntu atau dikatakan daripada Ubuntu. Adoi pening-pening.

So bagi saya, jika FiMOS tidak sebut mereka daripada Ubuntu, langkah
mereka ada betulnya. Ia adalah isu trademark dan copyright Ubuntu.
Bukan isu hendak sembunyikan hal yang sebenarnya. Perkara ini unik
dalam business yang menggunakan OSS. Don't used my name even you are
using my car. Hehehe.. Leceh-leceh. Kerana Canonical tidak mahu Ubuntu
wpun disebut sebagai asal pun, kerana ia boleh dianggap sebagai
promosi dan pergunakan nama Ubuntu untuk perniagaan atau perkara lain
daripada Ubuntu.

Harap anda dapat maksud saya.

Contoh kita adalah CentOS, memang terang2 kita tengok nama fail dan
setting macam Redhat, namun mereka tidak dapat nak sebut pun nama
Redhat atau bagitahu asal mereka daripada RedHat.

Dalam OSS kita boleh ambil, pakej balik, edar balik dan yang paling
penting kita boleh tahu dari mana hendak dapatkan source codes semua
software OSS, tidak semesti daripada packager. Tanggung jawab mereka
bagitahu, jangan lindung atau tukar nama apa2 OSS dalam edaran mereka.
 Dan tidak semesti mereka perlu buka mulut. Apabila kita dapat CD,
maka kita boleh buka lihat dan fahamkan inti pati OS mereka. Mereka
tidak berhak saman kita pun.

Ia akan jadi kesalahan kepada FiMOS jika mereka marah kepada kita
apabila kita hack, korek, edit dan ambil tahu OSS dalam CD mereka.
Selagi mereka OK dan tidak bertindak saman atau katakan itu OSS mereka
punya then kita tiada masalah dan mereka tiada masalah. Kalau
sebaliknya berlaku then kita kena fight for it.

Tapi kita perlu ingat, brand nama FiMOS adalah hak mereka, trademark
dan copyright. Mereka berhak untuk pertahankan trandemark dan
copyright itu. Mereka berhak saman kita jika kita salah guna trademark
nama mereka. Malah mereka sebenarnya boleh saman kita kerana gunakan
nama FiMOS dalam niat tidak baik. Rumitnya isu trademark ni. Tapi anda
semua perlu tahu. kita sebenarnya boleh disaman malu.

Dan bagi saya, jika ada berlaku kes dimana, packager FiMOS diambil
oleh syarikat lain dan diubah dan dikeluarkan FiMOS dan diedarkan,
mereka tidak boleh marah. :) tapi jika syarikat itu katakan OSS dalam
CD itu hak mereka, maka FiMOS boleh mewakili kita untuk pertahankan
OSS dalam packager yang asal daripada mereka. Rumitkan perkara-perkara
dalam OSS ...

Sebagai packager, tidak kira FiMOS, OShirix, SimpleLinux dan Sabily,
anda semua berhak untuk pakejkan khidmat bayaran terhadap usaha edaran
dan sokongan terhadap hasil distros anda. Berapa harganya pun, itu
ikut kiraan masing-masing, kalau nak bagi free pun bagus. Tapi khidmat
sokongan ini belanjanya besar. Gaji nak bayar, helpdesk nak bayar dan
admin nak bayar. Its cost. So jangan sampai rugi dan lepas tu hilang..
Its happen too last Malaysian distros....

Bagi kita, jika rasa mahal support tu, Hmmm, pandai-pandailah runding
harga.. Tawar menawar. :)

Ada perkara mungkin kita tidak selesa dan tidak setuju, tapi dalam
dunia OSS ni, ia tidak salah. Contoh, jika FiMOS tidak sediakan
kemudahan download distros mereka, itu tidak salah, sebab mereka telah
memilih untuk edarkan dengan cara kita perlu beli CD mereka dan
perkhidmatan mereka. Mereka telah memilih cara edaran yang boleh
diterima pakai dalam lesen OSS.

Wahhh, pening-pening, saya pun mula-mula pening. Selepas naik motor
berjam-jam hari2 pergi kerja dan lawat projek2, baru saya terfikir, ia
tidak jadi satu kesalahan sebab kita masih ada satu perkara. Kita pun
boleh buat macam mereka. I can build my own Linux. Atau dengan cara
Centos pun boleh, beli CD mereka dan kemudian edarkan semula dengan
keluarkan semua trademark FiMOS.

Kita bebas untuk melakukan ia, tiada halangan daripada segi lesen OSS...

Ramai antara anda mungkin tidak tempoh zaman saya mula-mula dengan
Linux. Download 1 CD aje dekat seminggu. Its cost us. Waktu tu sekitar
1999 Internet mahal dan perlahan. Secara tidak langsung kita
sebenarnya telah membayar edaran Linux. Ada juga syarikat waktu tu
edarkan Linux dengan cara pos. Anda perlu order dan bayar tapi
oversea. Mahal gak tu.

Itu asal usulnya distros. Orang pakej dan jual pakej untuk tujuan
edaran dan mudahkan pemasangan Linux.

http://en.wikipedia.org/wiki/Linux_distribution

Apa yang FiMOS dan lain-lain syarikat Distros buat adalah ulang balik
cerita awal Linux.

Panjang ngomel saya pagi Ahad ni.

On Sun, Mar 13, 2011 at 4:48 AM, Muhd Syazwan Md Khusaini
<jipangmenje...@gmail.com> wrote:
> On Sun, Mar 13, 2011 at 4:44 AM, Muhd Syazwan Md Khusaini
> <jipangmenje...@gmail.com> wrote:
>>
>> it is misunderstanding, but after the Sabily guy met Shuttleworth.
>> lagipun banyak sangat version, nak follow mana satu pun payah.
>> the stories goes same with Ultimate Edition (Ubuntu Ultimate Edition) and
>> some number of project that got 'buntu' at the back :p
>
> maybe this will help (it's not sabily, but one of the project got 'Ubuntu'
> name)
> http://en.wikipedia.org/wiki/EasyPeasy#Trademark_issues
>>

-- 
To unsubscribe from and detail about this group 
http://portal.mosc.my/osdc-my-mailing-list-information

MOSC2011 http://fb.me/mosc2011

MOSC Survey 2011 Awareness Of OSS Certification
http://survey.mosc.my/mosc-survey-2011-awareness-oss-cert

-- 
To unsubscribe from and detail about this group 
http://portal.mosc.my/osdc-my-mailing-list-information

MOSC2011 http://fb.me/mosc2011

MOSC Survey 2011 Awareness Of OSS Certification
http://survey.mosc.my/mosc-survey-2011-awareness-oss-cert

Kirim email ke