Help Palestine [hidayahnet] Ramadhan Yang Berlalu, Apa Yang Kita Mahu Dan Apa Yang Kita Perolehi?

2007-10-13 Terurut Topik ruzaihan . junit
Assalamualaikum warahmatullah…

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Aku bersaksi bahawa tiada
Tuhan yang disembah selain Allah yang Esa, tiada sekutu bagiNya dan aku
bersaksi bahawa Nabi Muhammmad saw itu hamba dan pesuruhNya. Selawat
berserta salam buat Baginda saw yang memiliki akhlaq terpuji dan menjadi
ikutan selamanya berserta ahli keluarga Baginda. Juga sejahtera buat kita
semua dan orang-orang yang beramal soleh.

Bismillahir Rahmanir Raheem…

Ramadhan kian tiba ke penghujungnya. Petang ini (Khamis, 11 Oktober 2007)
segerombolan pakar akan ‘menghendap kelahiran’ anak bulan Syawal. Bermakna,
tidak esok, lusa kita akan menyambut Aidilfitri. Sekali lagi, Ramadhan
meninggalkan kita dengan pelbagai perasaan dan memori. Ada perasaan gembira
dan ada perasaan duka. Ada memori manis dan ada memori lara. Pemergian
Ramadhan memang ditangisi. Tetapi ketibaan Syawal tetap dirai.

Moleknya di penghujung bulan yang mulia ini, marilah kita muhasabahkan apa
yang telah kita perolehi dalam hampir tempoh 30 hari melalui. Namun
sebenarnya, apa yang kita cari dengan kehadiran Ramadhan ini? Apa yang kita
mahu? Sesetengah ada yang mencari keredhaan Allah. Dengan amalan
bersesuaian, insyaAllah itulah yang akan diperolehi. Namun masih ada lagi
yang mencari lebih dari itu.

Ada yang menjadikan Ramadhan ini sebagai medan menurunkan berat badan. Ada
juga yang menjadikan Ramadhan ini sebagai lubuk mengumpulkan kebendaan.
Biar apa pun hasrat dan keinginan, marilah kita muhasabahkan. Berjayakah
kita? Berapa banyakkah berat yang diturunkan? Berapa banyakkah harta yang
ditumpukkan. Gagal atau berjaya? Namun sesungguhnya, segala ibadah itu
mesti hanya diniatkan untuk Allah Subhanahu Wata’ala.

Semua ini mengingatkan saya kepada teman saya yang menyertai jemaah tabligh
untuk keluar selama 40 hari. Katanya, dia berharap pulang dari 40 hari itu,
dia dapat membuang ketagihan merokoknya. 40 hari berlalu dan kepulangannya
saya nantikan dengan deretan cerita yang menarik, yang biasanya menjadi
ole-ole dari mereka yang berpergian sepertinya. Tetapi ternyata ianya tidak
sebegitu.

Katanya, tidak banyak yang menarik untuk diceritakan. Dia juga tidak dapat
banyak beribadah sebaliknya lebih banyak tidur. Dan lebih menarik lagi,
ketagihan rokoknya masih belum mampu dihindarkan. Saya juga turut merasai
kehampaan yang dirasakan olehnya. Namun dia tersedar akan kesilapan yang
telah dilakukannya. Dia menentukan hasil yang dia mahukan dari amalannya.
Matlamatnya sudah becabang, bukan bulat hanya untuk Allah.

Mungkin dengan itu Allah menentukan tiada apa bahagian untuknya. Tiada
kenikmatan ibadah yang biasa diperolehi oleh orang lain. Dan tiada juga
kejayaan meninggalkan ketagihan tembakau. Saya hanya mendengar dengan
teliti. Banyak juga yang saya perolehi dengan cerita yang sedikit ini.
Rumusannya cuma satu. Segala amalan mesti diniatkan hanya untuk Allah.
Kemudian perolehannya, biarlah Dia yang tentukan segalanya.

Begitulah Ramadhan ini. Ramai sebenarnya yang terlepas apa yang diinginkan
tanpa disedari. Sedih juga apabila melalui bazaar Ramadhan dan mendapati
masih ramai yang sibuk berjual-beli sedangkan azan Maghrib sudah
berkumandang. Malah ada juga yang meninggalkan tarawikh demi menghabiskan
barangan jualan. Jika beginilah caranya Ramadhan dilalui… Apakah nikmat
Ramadhan mampu dirasai.

Tahun ini merupakan tahun kedua saya gagal menikmati Ramadhan seperti yang
saya harapkan. Tidak. Matlamat saya bukan untuk menurunkan berat badan.
Bukan juga untuk mengumpul duit raya. Matlamat saya mudah. Saya mahu
memanfaatkan bulan ini dengan ibadah. Saya mahu penuhi malam dengan
amalan-amalan soleh dan mengkhatamkan bacaan al-Quran dalam tempoh 30 hari
ini.

Tetapi apa yang saya dapati? Al-Quran yang saya baca tidak sampaipun juzuk
yang kesepuluh. Tarawikh? Kalaulah tarawikh itu ibarat pagar dan puasa saya
ibarat sebidang kebun, nescaya kebun itu telah musnah dilanggar makhluk
perosak. Begitulah rompongnya solat tarawikh yang saya kerjakan di setiap
malam Ramadhan. Itu amalan yang paling asas. Amalan tambahan lain jangan
terlintas di fikiran.

Apa amalan yang kerap saya perbuat di bulan ini hanyalah pembaziran.
Membazir ketika membeli juadah berbuka puasa. Membazir ketika berbelanja
untuk persiapan keluarga. Membazir, membazir dan terus membazirkan. Dan
kebetulan, di bulan ini Allah kurniakan saya dengan rezeki yang lebih dari
biasa. Apa lagi, belanja sakanlah saya untuk baju-baju anak-anak dan isteri
saya.

Sehingga pada suatu masa, ketika saya sedang minum di sebuah kedai bersama
teman-teman, seorang teman lama datang menemui saya. Tanpa banyak bunga
bahasa, teman saya itu bercerita tentang masalah yang sedang dilaluinya.
Rupanya salah seorang anaknya menghidap menyakit leukemia. Dia kemudiannya
menghulurkan surat daripada doktor yang mengesahkan apa yang diceritakannya
adalah benar.

Saya terkedu. Lebih pilu, apabila membaca sepucuk surat dari Hospital
Universiti yang bertajuk ‘amaran terakhir’ atas kegagalan teman saya untuk
menyelesaikan bil 

Help Palestine [hidayahnet] Piket - Kerajaan Rakyat Atau Kerajaan Pelabur???

2007-09-06 Terurut Topik Ruzaihan Junit
Assalamualaikum warahmatullah...

Saya tak berita penuh hanya ada yang menyampaikan bahawa kerajaan akan 
mengambil tindakan jika MTUC meneruskan piket pada Sabtu ini. Mereka juga 
mendakwa disebabkan MTUC ramai pelabur yang lari. Jika ini benar, nampaknya 
kerajaan tanpa silu lagi menunjukkan kezaliman mereka. Kerana pelabur boleh 
lari, maka mereka jaga pelabur. Dan kerana rakyat tidak boleh atau susah hendak 
lari, maka tak perlu dijaga?

Beginikah caranya kerajaan menjaga rakyatnya? Siapa yang memilih kerajaan 
sebenarnya? Pelabur atau rakyat???

Saya masih tak sempat nak menulis artikel penuh tapi cuma nak minta kawan-kawan 
semua berfikir. Layakkan orang yang mementingkan kepentingan orang asing 
diberikan hak untuk mentadbir pucuk pimpinan negara ini? Teruskanlah siksa diri 
anda. Mungkin ada tidak terjejas hari ini tapi fikirkan hari esok. Hidup bukan 
sentiasa di atas.

Wassalamualaikum warahmatullah...

-Abu Naqibah-


   

Looking for a deal? Find great prices on flights and hotels with Yahoo! 
FareChase.
http://farechase.yahoo.com/

Help Palestine [hidayahnet] Gangguan Seksual

2007-07-25 Terurut Topik ruzaihan . junit
Assalamualaikum warahmatullah…

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Aku bersaksi bahawa tiada
Tuhan yang disembah selain Allah yang Esa, tiada sekutu bagiNya dan aku
bersaksi bahawa Nabi Muhammmad saw itu hamba dan pesuruhNya. Selawat
berserta salam buat Baginda saw yang memiliki akhlaq terpuji dan menjadi
ikutan selamanya berserta ahli keluarga Baginda. Juga sejahtera buat kita
semua dan orang-orang yang beramal soleh.

Bismillahir Rahmanir Raheem…

Bayangkan dalam satu situasi. Seorang perempuan berpakaian cukup seksi.
Dengan dada yang terdedah, dengan kain yang singkat lagi ketat hingga
membonjolkan apa yang sepatutnya tersimpan. Kemudian si perempuan ini
bejalan di hadapan seorang lelaki. Dek kerana daya tarikan yang cukup
hebat, lelaki itu menatap dada putih, gebu yang terdedah itu dengan
pandangan yang cukup ‘menakutkan’ si perempuan.

Mungkin ada perempuan yang suka ditenung sebegitu. Tetapi, pada umumnya,
reaksi yang batal diterima adalah kerlingan marah daripada sang perempuan.
“Gatal!”, sekurang-kurangnya itu yang akan tersembul dari bibir perempuan
itu. Lebih malang lagi, jika ni berlaku dalam sebuah syarikat, kemungkinan
lelaki itu boleh didakwa sebagai melakukan ganguan seksual terhadap wanita
tersebut.

Peraturan gangguan seksual di tempat kerja rasanya sudah lama digesa oleh
pihak kerajaan untuk dilaksanakan. Sebagai muslim, sesungguhnya saya amat
bersetuju dengan peraturan ini. Bukankah Islam diutuskan salah satunya
sebagai penyelamat kaum wanita? Dengan adanya peraturan yang sebegini,
diharapkan sekurang-kurangnya dapatlah membentung nafsu jahat ketua-ketua
lelaki yang suka mengambil kesempatan.

Tetapi adakalanya saya berasakan peraturan ini sebagai berat sebelah.
Rasanya peraturan ini terlalu membela wanita dan benar-benar menekan
lelaki. Contohnya, seorang perempuan yang sengaja mahu menggoda seorang
lelaki, dengan sengaja membuka butang bajunya ketika di bilik lelaki
tersebut. Tetapi sekiranya ada pihak yang menyerbu, dengan sedikit air mata
daripada perempuan itu, tentu sahaja si lelaki akan dituduh sebagai cubaan
mencabul.

Tetapi bukan ketidak adilan sebegitu yang ingin saya bicarakan di sini.
Cuma saya selalu terfikir. Adalah salah bagi seorang lelaki untuk merenung
seorang perempuan dengan renungan yang bernafsu. Begitu juga, salah bagi
seorang lelaki untuk memegang atau menyentuh, secara sengaja, mana-mana
bahagian pada tubuh wanita yang dirasakan sensitif atau boleh memalukan
wanita tersebut.

Betul, perbuatan-perbuatan yang saya sebutkan di atas memang boleh
dikatakan melampau. Tetapi, pernah si penggubal peraturan ini terfikir
tentang perasaan kaum lelaki pula? Sememangnya Allah menciptakan lelaki itu
akan teransang dengan perempuan. Sedangkan melihat perempuan berbaju kurung
dari kain lembut yang ditiup angin pun adakalanya boleh merangsang lelaki,
apatah lagi yang terang dan nyata terdedahnya.

Berapa ramaikah lelaki di dunia ini mampu menahan matanya melihat paha atau
dada yang putih, gebu dan montok tertayang di hadapan mata? Saya boleh
menjangkakan, ada yang akan berkata “takkanlah lemah sangat iman hingga
tidak dapat menghindar dari memandang yang sebegitu”. Benar. Tetapi, berapa
tebalkah tembok iman yang diperlukan. Saya percaya Tembok Besar China juga
akan roboh jika acap kali diasak.

Maka sebenarnya, lelaki juga sepatutnya dibenarkan untuk membuat dakwaan
gangguan seksual oleh wanita. Percaya atau tidak, perempuan yang berpakaian
seksi sebenarnya sedang melakukan gangguan seksual kepada lelaki. Dan
gangguan-gangguan perempuan ini sebenarnya sama sahaja jahatnya dengan
lelaki yang melakukan gangguan seksual menggunakan anggota fizikal mereka.

Terus terang, saya sendiri cukup terganggu dengan perempuan-perempuan yang
sebegini. Seperti contohnya baru-baru ini. Saya mengadakan perbincangan
dengan jurutera dan ketua-ketua saya. Si jurutera perempuan ini duduk
bertentangan dengan saya. Ketika itu kesemua kelihatan baik sahaja kerana
pakaian jurutera itu, walaupun tidak menutup aurah, masih kelihatan tidak
mencolok mata.

Namun seketika kemudian dia berpaling membelakangkan saya seraya
membongkok, merapatkan dadanya ke meja. Ketika itu tersinsinglah jaket dan
bajunya menampakkan kulit bahagian belakang tubuhnya. Saya jadi serba
salah. Terpaksalah saya menunduk untuk mengelakkan fitnah. Kata orang,
pandangan pertama rezeki. Pandangan yang berikutnya pula adalah bencana.
Sudah tentu saya tidak mahukan bencana itu.

Tetapi terlalu lama pula dia berkeadaan begitu, Akhirnya saya menyorong
kerusi dan duduk di hadapannya. Suasana tenang buat seketika. Tidak berapa
lama kemudian si jurutera tadi berdiri pula. AllahuAkbar… Rupanya seluar
yang dipakainya sangar ketat. Ditambah pula keadaan fizikalnya yang montok,
sememangnya menyakitkan iman. Saya dapat lihat beberapa teman
tersenyum-senyum melihat keadaan ini dengan anak mata saya.

Ketika itu saya terfikir. Kalaulah semua perempuan yang seksi didenda
alangkah baiknya. Sekurang-kurangnya dapat juga menjaga orang-orang 

Help Palestine [hidayahnet] Afiat Di Dunia, Afiat Di Akhirat

2007-06-06 Terurut Topik ruzaihan . junit
Assalamualaikum warahmatullah…

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Aku bersaksi bahawa tiada
Tuhan yang disembah selain Allah yang Esa, tiada sekutu bagiNya dan aku
bersaksi bahawa Nabi Muhammmad saw itu hamba dan pesuruhNya. Selawat
berserta salam buat Baginda saw yang memiliki akhlaq terpuji dan menjadi
ikutan selamanya berserta ahli keluarga Baginda. Juga sejahtera buat kita
semua dan orang-orang yang beramal soleh.

Bismillahir Rahmanir Raheem…

Saya sebenarnya sedang menghabiskan pembacaan sebuah buku berjudul ‘Jangan
Melampaui Batas’ tulisan Dr. ‘Aidh Abdullah al-Qarni. Setelah helai demi
helai diselak, saya mula rasakan keseronokan membacanya. Gaya penulisan
yang bersahaja disertakan dengan perikan ayat dari al-Quran dan hadits
menjadikan ianya sebuah buku yang saya terfikirkan tentang isi kandungannya
setiap kali berseorangan.

Sebenarnya buku ini berbicara secara kasarnya tentang dosa dan taubat. Amat
sesuai untuk orang yang mahu atau sedang bertaubat terutamanya seperti saya
yang sedang hampir gagal di pertengahan taubat yang saya ucapkan.
Sekurang-kurangnya buku ini mengingatkan saya banyak perkara dan
memotivasikan saya untuk memperkuatkan semangat dan memperhebatkan
penentangan terhadap permintaan nafsu.

Paling menarik, di dalam buku ini diselitkan sebuah hadits. Hadits itu di
antara lainnya mengisahkan tentang seorang sahabat Nabi saw yang datang
berjumpa Baginda saw dan meminta sebuah doa yang terbaik untuk di doakan.
“Afiat di dunia, afiat di akhirat” jawab Nabi saw. Dan setelah soalan yang
sama diulang sebanyak tiga kali, itulah juga jawapan yang keluar dari mulut
Baginda saw.

Manurut Dr. ‘Aidh, afiat di dunia adalah kesihatan manakala afiat di
akhirat pula adalah pengampunan dari Allah swt. Manurutnya lagi,
sebagaimana pentingnya kesihatan di dunia ini, maka sebegitu jugalah
pentingnya pengampunan olehNya di akhirat kelak. Dan setelah
difikir-fikirkan, tidak dapat tidak, saya amat bersetuju dengan apa yang
dinyatakannya. Roh yang tidak diampunkan samalah seperti jasad yang tidak
berkeupayaan…

Apa yang kita cari dalam hidup kita di dunia ini? Harta dan kekayaan?
Kebahagiaan rumah tangga? Ketenteraman hidup? Kereta besar, rumah besar dan
segala-galanya yang besar? Apa lagi? Jika mampu, tentu kepala keretapi pun
kita mahu beli. Begitulah hebatnya dunia ini menarik perhatian kita. Maka
kita pun berusaha pagi, petang, siang dan malam untuk mencapai apa yang
kita idamkan selama ini.

Akhirnya, Allah tunaikan impian dan harapan kita. Maka jadilah kita seorang
yang kaya yang memiliki hampir segala-galanya. Apa sahaja yang terlintas di
hadapan mata, mampu kita dapatkan. Tetapi, dalam masa yang sama, Allah
menarik balik nikmat yang telah diberikanNya kepada kita sebelum ini. Tanpa
sedar, ketika kita memperolehi segala nikmat yang kita idamkan itu ketika
kita di hujung usia.

Ketika itu, seluruh badan sudah terketar. Hendak ke tandas pun perlu
dipapah. Hendak makan pun perlu disuapkan. Itupun makanan yang telah
dikisar. Kita miliki kereta yang termahal di dunia tetapi setakat mampu
‘menumpang’ di belakang kerana tiada upaya memandunya. Pegang sterengnya
pun setahun tidak sekali. Kita punyai mahligai indah umpama Taj Mahal
tetapi ruang kita hanya di atas katil dalam sebuah bilik…

Bahagiakan kita ketika itu? Sempurnakah kehidupan kita sebegitu? Demi Allah
tidak. Mengapa? Kerana kita tidak sedikitpun dapat menikmati segala nikmat
dunia yang kita perolehi tanpa satu nikmat penting iaitu kesihatan. Kesemua
benda, rumah, kereta, wang, harta dan sebagainya tidak membawa makna kepada
kita. Sebaliknya, kaum kerabat kita yang dapat bergembira dengannya.
Begitulah pentingnya kesihatan.

Dan begitu jugalah pentingnya pengampunan Allah di akhirat kelak.
Bayangkan, ketika dibangkitkan kita sarat dengan senarai amal kebajikan
yang kita perbuat di dunia. Dalam masa yang sama, sebagai manusia yang
bukan maksum, kita turut membawa beban-beban dosa yang sama beratnya atau
mungkin lebih berat lagi dari pahala-pahala yang kita perolehi hasil amalan
kita ketika di dunia dahulu.

Pada ketika itu, apakah yang paling perlu kita harapkan? Tentu saja
pengampunan dariNya. Bayangkanlah, walaupun senarai amalan kita panjang
berjela, namun setiap titik dosa yang kita perbuat kesemua diperhitungkan
satu persatu. Tidak ada satupun yang Allah perkenan untuk diampunkan.
Apakah ketika itu kita jangka kita dapat memasuki syurga Allah? Janganlah
diharapkan. Tidak mungkin kita akan ke sana.

Janganlah menyangka kita akan masuk ke syurga dengan amalan yang kita
perbuat. Solah, puasa, zakat, haji, sedekah dan lain-lainnya hanyalah
bekalan buat kita menghadap Allah di hari kemudian. Bukan sebuah jaminan
yang kita akan terselamat dari nyalaan api dan siksaan yang tidak terperi
sakitnya di neraka al-jahim. Tidak. Syurga atau neraka, semuanya bergantung
kepada rahmah dan pengampunan dariNya.

Jadi apa gunanya senarai amalan yang bergulung-gulung panjangnya jika tiada
pengampunan Allah di hari hisab kelak? Sebagaimana tubuh si 

Help Palestine [hidayahnet] Syurga Dan neraka

2007-05-31 Terurut Topik ruzaihan . junit
Assalamualaikum warahmatullah…

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Aku bersaksi bahawa tiada
Tuhan yang disembah selain Allah yang Esa, tiada sekutu bagiNya dan aku
bersaksi bahawa Nabi Muhammmad saw itu hamba dan pesuruhNya. Selawat
berserta salam buat Baginda saw yang memiliki akhlaq terpuji dan menjadi
ikutan selamanya berserta ahli keluarga Baginda. Juga sejahtera buat kita
semua dan orang-orang yang beramal soleh.

Bismillahir Rahmanir Raheem…

Seorang guru pernah bercerita kepada saya. Katanya, diriwayatkan, tatkala
Allah selesai mencipta syurga, maka Allah memanggil malaikat untuk
menyaksikan kehebatannya. Malaikat yang melihatnya telah terpesona dengan
kecantikan syurga lalu berkata “Nescaya semua orang akan mahukannya”. Lalu
Allah melindungkan syurga itu dengan kemiskinan, kepayahan dan ujian. Maka
berkata pula malaikat, “Nescaya, tiada yang akan berjaya”.

Kemudian Allah menciptakan neraka dan sekali lagi memanggil melaikat untuk
melihat betapa azabnya siksaan yang ada di dalamnya. Malaikat yang
melihatnya berasa gerun dengan penderitaan yang terkandung di dalamnya
seraya berkata “Nescaya, tidak akan ada orang yang akan mahukannya”. Tetapi
kemudian Allah lindungkan ianya dengan emas, kekayaan dan keseronokan,
berkatalah mereka “Nescaya tidak akan ada yang akan terlepas”.

Saya sebenarnya amat terkesan dengan riwayat ini. Dan beberapa kali juga
saya ulanginya di hadapan beberapa orang teman (terutama yang lebih junior)
sebagai peringatan buat mereka dan diri saya sendiri terutamanya. Mengapa?
Kerana riwayat ini sudah menjelaskan sesuatu yang perlu kita fahami secara
asas. Iaitu jalan ke syurga itu sememangnya dilitupi duri dan onak manakala
jalan ke neraka sememangnya dipenuhi dengan kenikmatan.

Mungkin kerana itu, walaupun hakikat indahnya syurga telah diuar-uarkan
oleh Allah melalui lidah mulia rasulNya Muhammad saw, namun duri dan onak,
kemiskinan, kepayahan dan ribuan lagi keperitan yang menanti di pintunya
menjadikan kita seakan terlupa akan kehebatan nikmat di dalamnya. Deretan
kesusahan yang menanti sepanjang jalan ke syurga menjadikan syurga itu
hilang daya tarikannya di hadapan mata kita.

Begitu juga jalan ke neraka. Sememangnya mudah. Dan yang lebih pasti,
tampak indah. Seronoknya berada dalam jalan ke neraka ini sehingga kita
terlupa hakikat sebenar neraka itu yang dipenuhi dengan azab penderitaan,
nyalaan api hitam dan biru, lautan peluh, nanah dan darah dan pelbagai lagi
siksaan-siksaan yang menggerunkan bukan sahaja manusia, bahkan malaikat
yang melihatnya.

Dan kerana mudahnya ia kelihatan, ditambah lagi keseronokan yang ada
sepanjang jalan menujunya, ramai di antara kita yang sama ada secara
sengaja atau tidak telah memilih neraka menjadi tempat tujuan utama.
Wana’uzubillah… Sebenarnya, bukanlah kerana kita ‘tertarik’ kepada siksaan
yang ditawarkan di dalamnya. Tidak. Tetapi sebenarnya akibat terpedaya
semasa berada di atas jalannya.

Maksiat dan dosa itu memang menyeronokkan. Memang lazat. Katakan apa saja
bentuk maksiat. Riba? Rasuah? Zina? Mencuri? Minum arak? Apa lagi? Kesemua
memang seronok untuk dilakukan. Apatah lagi di zaman serba moden ini. Orang
serba berbangga dengan kemungkaran yang diperbuat. Seorang lelaki akan
begitu berbangga dengan keupayaannya meniduri seorang gadis dan lain-lain
lagi.

Sedangkan jalan ke syurga tampak kelam dan memeritkan. Siapa yang suka
berlapar? Siapa yang sanggup hidup dalam kemiskinan? Bangun malam untuk
bertahajud? Malah bagi orang yang mengejar keuntungan, meninggalkan
perniagaan dalam tempoh sepuluh minit untuk berjemaah di masjid juga suatu
kerugian. Dan mereka juga, orang-orang yang memilih hidup zuhud, sering
dipandang jijik di mata masyarakat. Siapa yang sanggup jadi sebegini?

Maka benarlah ungkapan malaikat tadi. Tiada siapa yang akan terlepas dari
siksa neraka dan tiada siapa yang akan berjaya untuk masuk ke syurga.
Kerana kebiasaan kita untuk melihat dan seterusnya mengutamakan luaran
terlebih dahulu dari hakikat yang terselindung. MasyaAllah… Tetapi dengan
sifat Rahim dan Ghafur Allah, insyaAllah kita akan mampu juga menjejakkan
kaki ke taman syurgaNya yang penuh keindahan selagi kita beriman.

Tetapi, apakah neraka akan menjadi tempat persinggahan kita sebelum kita
akan ke syurga? Inilah yang sering menghantui pemikiran saya. Saya takut
untuk masuk ke nerakaNya. Saya gerun mendengar kisah-kisah siksaan yang
disaksikan oleh Nabi saw di neraka ketika peristiwa Israk  Mikraj. Tetapi
kaki ini selalu berat untuk berdiri menghadapNya. Mata ini terlalu sukar
untuk menahan mengantuk demi beribadah kepadaNya.

Tambah lagi dengan kehidupan hari ini. Saranan Nabi Muhammad saw, insan
yang selalu saya sebutkan sebagai kasih dan cinta kepadanya, yang saya akui
sebagai utusan Allah, yang saya iktiraf sebagai manusia terunggul untuk
dicontohi, saya ketepikan begitu sahaja. Saya tidak mahu hidup dalam
kekurangan seperti Baginda saw. Bahkan saya turut sama dalam perlumbaan
mengumpul harta dunia bersama orang-orang yang tidak beriman!

Help Palestine [hidayahnet] Dari Kuantan ke Johor Bahru

2007-05-28 Terurut Topik ruzaihan . junit
Assalamualaikum warahmatullah…

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Aku bersaksi bahawa tiada
Tuhan yang disembah selain Allah yang Esa, tiada sekutu bagiNya dan aku
bersaksi bahawa Nabi Muhammmad saw itu hamba dan pesuruhNya. Selawat
berserta salam buat Baginda saw yang memiliki akhlaq terpuji dan menjadi
ikutan selamanya berserta ahli keluarga Baginda. Juga sejahtera buat kita
semua dan orang-orang yang beramal soleh.

Bismillahir Rahmanir Raheem…

Hari ini sudah hampir dua minggu berlalunya 13 Mei, tarikh sambutan bagi
Hari Ibu. Seperti biasa, 13 Mei tidak mengundang apa-apa erti buat saya.
Ibu saya juga tidak suka Hari Ibu disambut pada hari-hari tertentu.
Sepatutnya, setiap hari adalah Hari Ibu, katanya suatu ketika dahulu. Dan
bagi saya pula, saya tidak perlukan 13 Mei untuk meraikan ibu saya. Saya
juga turut bersetuju hari ibu adalah 365 hari setahun.

Sepatutnya setiap hari ibu ibu dihormati. Setiap hari juga si ibu perlu
dijauhkan dari bebanan kerja yang berlebihan. Bagi diri saya, setiap bulan
saya akan bawa ibu dan ayah makan di luar. Jadi hari itu dapur kami tidak
perlu berasap. Begitu juga jika hendak membelikan mereka sesuatu. Tidak
perlu tunggu setahun sekali. Kalau bawa berbelanja, biarkan sahaja mereka
pilih apa yang mereka mahukan.

Saya juga beruntung kerana memiliki seorang isteri yang mampu menyayangi
ibu saya seperti ibu kandungnya sendiri. Adakalanya isteri saya yang
memberitahu apa-apa yang ibu inginkan yang disebutnya tanpa kehadiran saya.
Lebih beruntung lagi, syarikat tempat saya bekerja juga menyediakan
peruntukan untuk family dinner setahun sekali membolehkan saya membawa ibu
bapa saya makan di restoran yang lebih mewah.

Kelakar juga jika diingatkan. Ibu saya bukan main sakan membuat pesanan
manakala ayah dengan wajah bimbang kalau-kalau pesanan ibu melebihi bajet
yang ada. Tetapi bagi saya, berapapun yang dibelanjakan untuk mereka tidak
patut menjadi persoalan. Kerana pengorbanan yang terlalu hebat, yang tiada
tandingannya yang telah mereka berikan demi membesarkan kami adik beradik.

Dan berkata tentang pengorbanan ini, saya teringat ketika perjalanan pulang
saya dari Kuantan ke Johor Bahru lebih dua minggu yang lalu. Ketika itu,
saya menaiki sebuah bas buruk yang setiap barisannya terdapat empat orang
penumpang. Jadi suka atau tidak, ada orang lain yang akan duduk di sebelah
saya. Tiba-tiba naik seorang perempuan berusia lingkungan 40an terus menuju
ke tempat duduk saya.

Wajahnya sedikit berubah melihat saya. Mungkin dia juga tidak selesa duduk
bersebelahan seorang lelaki. “Nak duduk sini?” tanya saya kepadanya merujuk
kepada kerusi yang saya duduki iaitu bersebelahan dengan tingkap. Dia
tersenyum lalu menganggukkan kepalanya. Saya bingkas bangun dan
membenarkannya mengesot ke sebelah dalam. “Terima kasih” tuturnya ringkas.

Tidak banyak yang terjadi di awal perjalanan. Saya menghilangkan kebosanan
dengan mendail nombor kakak angkat saya yang tinggal di Kuala Lumpur.
Selesai berbual ditelefon, saya hidupkan pemain MP3 saya lalu memejamkan
mata. Alah bisa tegal biasa. Dek kerana terlalu biasa menaiki bas ekspress,
tidur di atas kerusi pun lenanya seperti tidur di atas katil. Saya hanya
terjaga ketika bas berhenti untuk minum.

Selesai berehat, bas memulakan perjalanannya semula. Ketika itu, barulah
wanita di sebelah saya tadi memulakan bicara. Pada awalnya, dia banyak
bertanya tentang diri saya. Tentang kerja dan sebagainya. Iyalah, baginya
sesuatu yang memelikkan apabila seorang yang tinggal di Johor Bahru bekerja
di Kerteh, Terengganu. Mulut saya pun becok menerangkan natur kerja saya
kepadanya.

Kemudian tiba giliran saya menjadi pemberita. Menurutnya, dia bekerja di
Kota Tinggi, Johor tetapi keluarganya berada di Kuantan. Anak sulungnya
kini di UiTM manakala anak kedua dan ketiganya bersekolah asrama. Manakala
anak bungsunya kini bersekolah darjah lima (atau enam) dan tinggal buat
sementara dengan ibunya di Kuantan. Katanya, suaminya telah lama meninggal
dunia. Lebih kurang tujuh atau lapan tahun dahulu.

Sedih juga katanya terpaksa berjauhan dengan anaknya. Dalam sebulan hanya
empat hari sahaja dapat pulang ke kampung. Pada awal dia bekerja dahulu,
hari-hari menangis mengenangkan anak yang ditinggalkan. Tetapi terpaksalah,
katanya lagi. Dia mesti mencari rezeki demi menanggung perbelanjaan
anak-anak yang masih belajar. Ketika itu, saya dapat melihat genangan air
jernih di kelopak matanya.

“Dulu kak kerja jaga kaunter tiket di Terminal (Makmur). Tapi lepas
syarikat kak kerja tu tutup, pergi macam tu je dengan gaji pun tak bayar,
lama kak menganggur. Kerja ni pun kawan kak yang rekomen…” Ceritanya dengan
lebih lanjut. Saya cuma mengangguk-anggukkan kepala. Dalam hati saya kagum
dengan ibu tunggal ini. Saya faham perasaan berjauhan dengan anak-anak.
Apatah lagi seorang perempuan yang jiwanya lebih halus.

“Dulu anak kak yang nombor dua tu duduk asrama penuh. Tapi dia tertekan.
Hari-hari dia dibuli.” Sambungnya lagi. Menurutnya, anak keduanya itu
akhirnya jatuh 

Help Palestine [hidayahnet] Pemimpin Dan Yang Dipimpin

2007-05-11 Terurut Topik ruzaihan . junit
Assalamualaikum warahmatullah…

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Aku bersaksi bahawa tiada
Tuhan yang disembah selain Allah yang Esa, tiada sekutu bagiNya dan aku
bersaksi bahawa Nabi Muhammmad saw itu hamba dan pesuruhNya. Selawat
berserta salam buat Baginda saw yang memiliki akhlaq terpuji dan menjadi
ikutan selamanya berserta ahli keluarga Baginda. Juga sejahtera buat kita
semua dan orang-orang yang beramal soleh.

Bismillahir Rahmanir Raheem…

Entah bagaimana, saya kurang pasti. Tetapi perbualan dua orang sahabat saya
akhirnya bertukar menjadi pedebatan yang hangat. Masing-masing berdiri atas
hujjah masing-masing. Saya pula hanya duduk di tengah-tengah. Bukan tidak
punya idea tetapi kerana umur kedua-dua mereka yang melebihi sepuluh tahun
jaraknya dengan saya membuatkan saya terfikir saya terlalu mentah untuk
menjampuk dalam perbualan mereka.

Tetapi akhirnya apabila keadaan menjadi semakin hangat, saya mengajak salah
seorang dari mereka untuk pergi minum. Alhamdulillah, dia bersetuju. Jadi
topik itu saya matikan begitu sahaja. Tidak ada ‘penggulungan hujjah’.
Sebenarnya, berbahas itu baik. Tetapi jika terlalu taksub kepada hujjah
yang kita pegang, akhirnya menjadikan hati kita buta untuk melihat kebaikan
yang ada dalam hujjah orang lain.

Sebenarnya kedua mereka berbincang tentang masalah sosial masyarakat.
Seorang dari teman saya meletakkan kesalahan pada diri kerajaan. Katanya,
kerajaan sebagai pemegang kuasa, gagal memanfaatkan kuasa yang ada pada
tangan mereka untuk menghalang mana-mana kegiatan yang tidak bermoral.
Bahkan mereka menutup pula sekolah-sekolah agama. Bagi saya, tiada salahnya
dalam hujjah yang diujarkan oleh teman saya yang ini.

Kemudian, yang seorang lagi pula berkata kita tidak boleh menyalahkan
kerajaan. Lahirnya seorang pemimpin yang cintakan dunia kerana sikap
keseluruhan masyarakat yang mencintai dunia. Kalau masyarakat itu cintakan
agama, insyaAllah pemimpin yang bakal lahir juga mereka yang percaya kepada
balasan akhirat. Jadi katanya, yang bersalah adalah pendakwah yang tidak
membimbing masyarakat. Ini juga saya rasakan betul.

Bukanlah saya bersifat lalang di sini. Tetapi hakikatnya memang sudah
sebegitu. Hujjah kedua-dua mereka memang benar. Tidak perlu dikatakan siapa
yang lebih benar. Yang penting, kerajaan salah, pendakwah juga salah.
Bercakap tentang pendakwah, siapakah sebenarnya pendakwah? Kerja
menyampaikan ini sebenarnya adalah tugas dan tanggungjawab setiap individu
muslim. Jadi, kesemua muslim itu dikira sebagai pendakwah.

Bermakna kesemua kita bersalah. Saya cuba merenungkan kata teman saya yang
kedua. Katanya, pemimpin yang cintakan dunia lahir daripada sikap
masyarakat yang cintakan dunia. Benar. Sangat benar. Cuba lihat sekeliling
kita hari ini. Bagaimana masyarakat kita menjalani kehidupan mereka.
Berlumba-lumba untuk mendapatkan kekayaan. Berlumba-lumba untuk mempamerkan
kemewahan.

Dek kerana tamakkan habuan dunia, sampai ada yang terlupa di mana letak
halal dan haramnya punca rezeki itu. Sehinggakan sanggup melabur dalam
sistem yang tersimpang dari syariah. Tidak cukup itu, apabila bijak pandai
kita, para ulama, mengeluarkan fatwa mengharamkan jenis-jenis pelaburan,
maka kita tentang fatwa dan pendapat mereka. Semata-mata kerana kita rasa
rugi jika tidak berlabur dalam skim yang haram itu.

Tidak cukup itu, kita gunakan hadits Nabi saw sewenang-wenangnya.
“Sesungguhnya meninggalkan keluarga kamu dalam keadaan berharta lebih baik
dari keadaan meminta-minta” tanpa kita selidiki apakah sebenarnya asbab
hadits tersebut dinyatakan. Sehingga kita menafikan hadits lain yang mana
Nabi saw mengangkat orang miskin ke darjat lebih tinggi dengan menyatakan
orang miskin akan masuk syurga setengah hari (500 tahun) lebih awal.

Atas sifat ini, sifat tamakkan harta dunia, maka kita alihkan qiblat kita
kepada kebendaan. Kita ubah matlamat hidup sebagai untuk mencari kekayaan
dan kemewahan, bukan untuk mencari keredhaan Allah. Maka kriteria pemimpin
yang akan kita pilih juga semestinya berubah. Kita katakan, pemimpin yang
mampu membawa kemajuan itulah pemimpin yang layak untuk memerintah negara.

Jadi bagaimana hendak membawa kemajuan? Banyak. Tetapi cara yang paling
mudah adalah dengan berkompromi dengan hukum Islam. Kemajuan itu kelihatan
agak lambat tanpa pengambilan riba. Industri pelancongan tampak lesu tanpa
penjualan arak dan penganjuran pesta besar-besaran. Kita mahukan
pembangunan. Dan inilah pembangunan yang dibawa oleh pemimpin yang kita
pilih, yang kita yakini mampu membawa kekayaan kepada negara.

Salahkah sang pemimpin? Sedangkan mereka hanya menghulurkan kepada rakyat
apa yang rakyat itu sendiri mahukan. Bukankah rakyat ingin kemajuan? Rakyat
sebelum ini tidak pernah bercerita mahu dipimpin untuk ke syurga. Rakyat
tidak pernah bercerita mahu undang-undang hudud ditegakkan. Yang rakyat
mahukan hanya pembangunan. Mahu mudah dapat kerja. Mahu mudah kumpul harta.
Salahkah mereka?

Untuk ini, saya bersetuju pula dengan pendapat teman saya yang 

Help Palestine [hidayahnet] Selamat Hari Pekerja

2007-05-07 Terurut Topik ruzaihan . junit
Assalamualaikum warahmatullah…

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Aku bersaksi bahawa tiada
Tuhan yang disembah selain Allah yang Esa, tiada sekutu bagiNya dan aku
bersaksi bahawa Nabi Muhammmad saw itu hamba dan pesuruhNya. Selawat
berserta salam buat Baginda saw yang memiliki akhlaq terpuji dan menjadi
ikutan selamanya berserta ahli keluarga Baginda. Juga sejahtera buat kita
semua dan orang-orang yang beramal soleh.

Bismillahir Rahmanir Raheem…

Tanggal 1 May setiap tahun, seperti kebiasaan, seluruh golongan pekerja
menyambut Hari Pekerja atau dahulunya, ketika saya masih di zaman
kanak-kanak, dipanggil sebagai Hari Buruh. Mungkin perkataan ‘buruh’
memperlihatkan kerendahan martabat, atau kebiasaannya ‘buruh’ dikaitkan
dengan pekerja kontrak pembinaan, maka ianya ditukarkan menjadi Hari
Pekerja. Namun Hari Pekerja mahupun Hari Buruh, konsep perayaannya tetap
sama.

Hari Pekerja diwujudkan mungkin sebagai menghargai pengorbanan golongan ini
yang banyak membantu dalam mempertingkatkan keuntungan syarikat dan
menaikkan ekonomi sesebuah negara. Sebagai orang yang tergolong dalam
kelompok yang diraikan, tentu sahaja Hari Pekerja memberikan suatu jenis
perasaan dalam diri saya. Tentu sahaja saya berasa gembira ada hari yang
dikhususkan khas untuk meraikan kita semua.

Tetapi mungkin juga bagi sesetengah orang Hari Pekerja hanyalah sebuah hari
cuti umum. Di hari ini, yang mana telah digazetkan sebagai hari cuti umum
di hampir setiap negara di dunia, mereka gunakan untuk menghabiskan masa
bersama keluarga. Inilah harinya untuk keluar membeli-belah, atau mungkin
berkelah atau mungkin bermalas-malasan sahaja di rumah bersama anak dan
juga isteri dan keluarga.

Saya sebenarnya teringat akan satu perbualan antara saya dengan seorang
teman tidak sampai dua minggu yang lalu. Kami sebenarnya sedang berbicara
tentang seorang lagi teman kami yang telahpun sampai ke usia persaraan.
Teman saya itu kemudiannya telah memohon untuk kembali bekerja dengan
syarikat lamanya melalui syarikat pembekal tenaga kerja yang membekalkan
pekerja secara kontrak.

Tetapi kemudian permohonan teman saya telah ditolak. Sebabnya mudah. Kerana
teman saya itu mempunyai kes mahkamah dengan pihak syarikat yang masih
belum selesai. Saya cukup kecewa dengan tindakan syarikatnya dan
berpendapat, pihak pengurusan sedang cuba menunjuk samseng dengan perbuatan
berupa ‘ugutan kepada yang lain’ bahawa mereka yang mempunyai kes mahkamah
dengan syarikat akan mengalami kesusahan.

Tetapi teman saya tadi tidak bersetuju dengan saya. Katanya, bagaimana
mungkin kita yang makan gaji dengan syarikat boleh membawa kes ke mahkamah.
Kita sepatutnya berterima kasih dengan syarikat yang memberikan kita kerja.
Saya cukup-cukup tersentak dan berasa amat marah. Bagaimana boleh ada
pemikiran yang ketinggalan zaman seperti ini pada seseorang yang hidup di
zaman moden?

“Kita pekerja, bukan hamba. Sebagai pekerja kita punyai hak tertentu, bukan
seperti hamba yang bebas diperlakukan apa sahaja. Dan jika pihak syarikat
gagal mematuhi hak kita yang ditetapkan, kita berhak membawanya ke
mahkamah!” jelas saya kepada teman saya. Mungkin tidak mahukan perdebatan,
maka teman saya tadi telah mengundur diri. Tetapi, apa yang dituturkannya
benar-benar mewujudkan kebimbangan dalam diri saya.

Berapa ramai sebenarnya orang yang berpendirian begini? Ini pendirian yang
berbahaya. Saya tidak terfikir masih ada manusia yang tidak dapat
membezakan antara penghambaan dan pekerjaan. Saya fikir golongan ini sudah
pupus ditelan zaman. Tetapi masih ada lagi rupanya. Sebenarnya, minda
begini cukup bahaya. Kerana ianya boleh menggelapkan lagi harapan
perjuangan membela golongan pekerja yang belum pernah cerah di Malaysia
ini.

Saya selalu ingatkan kepada rakan-rakan pekerja saya. Jangan sekali-kali
berfikir bahawa kita terhutang budi kepada syarikat. Jangan fikir syarikat
atau ketua kita yang ‘memberi kita makan’. Tidak! Sebaliknya, kitalah yang
memajukan syarikat. Kita jugalah yang membolehkan ketua kita duduk di
kerusi empuknya. Kitalah yang menyuapkan mereka nasi. Mereka berjaya kerana
peluh yang kita titiskan, bukan titisan tinta dari pena mereka semata.

Hubungan antara pekerja dengan majikan adalah sebuah hubungan simbiosis.
Masing-masing akan beroleh faedah antara satu sama lain. Kita bekerja untuk
syarikat, membolehkan syarikat membuat keuntungan, lalu syarikat membayar
kita gaji dan lain-lain insentif termasuk bonus dan elaun. Inilah yang
dinamakan simbiosis. Bukannya keuntungan terletak pada satu pihak sahaja.

Jika keuntungan hanya pada syarikat, sementara pekerja terus hidup dalam
tekanan, maka ini bukan simbiosis. Ini parasitisme. Satu pihak menyedut
segala kebaikan manakala pihak satu lagi terus membiarkan hak-haknya
‘dihisap’ hingga akhirnya kering dan layu. Sayang sekali, inilah yang
sering dan sedang berlaku kepada kebanyakan rakyat negara kita. Lebih
menyedihkan lagi, pihak berkuasa seakan-akan merestui perbuatan parasit
ini.

Kerana itu kerajaan enggan menetapkan had 

Help Palestine [hidayahnet] Sakit

2007-04-28 Terurut Topik ruzaihan . junit
Assalamualaikum warahmatullah…

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Aku bersaksi bahawa tiada
Tuhan yang disembah selain Allah yang Esa, tiada sekutu bagiNya dan aku
bersaksi bahawa Nabi Muhammmad saw itu hamba dan pesuruhNya. Selawat
berserta salam buat Baginda saw yang memiliki akhlaq terpuji dan menjadi
ikutan selamanya berserta ahli keluarga Baginda. Juga sejahtera buat kita
semua dan orang-orang yang beramal soleh.

Bismillahir Rahmanir Raheem…

Saya sedang tidak berapa sihat sebenarnya. Batuk, selsema, sakit kepala dan
‘panas dalam’ sehinggakan mata saya sentiasa berair. Lemahnya. Ikut hati
hendak rasanya memohon pulang ke rumah dari ketua saya. Tetapi kasihan pula
dengan teman-teman. Sekarang inipun sudah kekurangan tenaga. Kalau saya
balik, tentu yang tinggal akan jadi lebih susah. Jadi saya kira, biarlah
saya terus di sini, sekurang-kurangnya untuk menyumbangkan teori dan idea.

Saya tidak ingat kali terakhir saya demam kuat. Jika tidak salah, lebih
kurang lapan tahun dahulu. Kalau tidak salah saya ketika itu saya disyaki
menghidapi denggi kerana suhu badan mencecah 42 darjah. Selepas pemeriksaan
lanjut, saya disahkan hanya demam panas biasa. Alhamdulillah. Selepas itu
saya dibenarkan cuti sakit selama beberapa hari. Selain dari itu, rasanya
saya tidak pernah lagi demam teruk.

Tetapi hari ini rasanya keadaan agak parah. Nafas pun terasa pendek-pendek.
Kadang-kadang terasa bagai sudah dekat ajal. Telinga pun sentiasa berdesing
dan bibir pecah dan merekah. Tetapi apa boleh buat, di pelantar ini,
kesemua tempat berhawa dingin. Biar sejuk bagaimana pun, saya terpaksa juga
menahannya. Ya Allah… Siksanya… Tetapi… Kadangkala terasa bagai seronok
pula demam sebegini.

Bercakap tentang sakit dan siksa, saya teringat tempohari ketika di
hospital. Ketika itu saya melawat abang saya yang baru menjalani pembedahan
bagi membuang ketumbuhan dalam kepalanya. Ketika tiba di hadapan lif, saya
terlihat seorang tua sedang berbaring di atas penyorong. Di mulutnya
terdengar rintihan kesakitan yang dialaminya. Saya tercengang dan terdiam
melihat tingkah orang tua tersebut.

“Kalau patah macam ni, pergi bomoh boleh baik tak?” tanyanya kepada
pembantu hospital di hujung kakinya. “Bomoh? Saya tak tahulah pakcik…”
jawab pembantu hospital tersebut. Jawapan yang tepat, kata hati saya.
Kemudian saya beranikan diri untuk menegur orang tua tersebut. “Kenapa
pakcik?” tanya saya. “Jatuh dalam bilik ayaq. Patah tulang pungkoq.”
Jawabnya dengan ekspresi wajah yang muram.

“AllahuAkbar… Macam boleh jatuh?” tanya saya pula. “Tak taulah. Yang pakcik
kesal, awat patah tulang pungkoq pakcik ni. Sakit la… Baik mati teruih lagi
senang. Mati pun tak sakit lagu ni, betoi dak?” “Wallahua’lam… Saya tak
tahu pakcik. Saya belum pernah mati lagi” jawab saya perlahan. Kasihan
pakcik itu. Di sebelahnya ada perempuan muda yang saya kira anaknya. Riak
wajahnya kelihatan seperti menahan malu akibat kata-kata ayahnya.

Sebentar kemudian pintu lif terbuka. Kami masuk bersama dan orang tua tadi
keluar apabila tiba di wad Barat 2, wad untuk kecederaan patah. Dahulu,
semasa saya aktif berlumba, kami gelarkan wad ini sebagai Wad Mat Banting
kerana di Johor Bahru ketika itu, aktiviti lumba haram digelar sebagai
‘banting’. Saya tidak tahulah sama ada gelaran itu masih kekal kerana saya
telah lama bersara dari kegiatan yang tidak berfaedah itu…

Seketika kemudian, saya asyik terkenangkan orang tua tadi. Kasihan. Memang
kasihan. Kasihan tentang kesakitan yang dialaminya. Malah lebih kasihan
apabila dia meminta untuk mati sambil mengagak, kematian itu sendiripun
tidak seperit kesakitan yang dialaminya. Saya teringat, Nabi Muhammad
shallallahu’alaihi wasallam sendiri pun berkerut keningnya ketika rohnya
dicabut walaupun Izrail mengambil dalam keadaan cukup berhati-hati.

Inikan lagi kita. Bukan? Tetapi ajal maut itu ketentuan Allah. Lebih kita
jangan persoal. Tidak perlulah diagak-agak sakit atau tidak kematian itu.
Bila, bagaimana, oleh apa, semuanya Allah yang tentukan. Sebaiknya, kita
persiapkan diri kita untuk menghadapi alam kubur. Kerana menurut Nabi saw,
kubur itu boleh jadi satu taman dari taman-taman syurga atau boleh jadi
satu lembah dari lembah-lembah neraka.

Lebih baik kita berdoa dan berharap semoga kita akan dikurniakan kemuliaan
ketika menghadapi sakaratul maut. Lebih penting, mendapat husnul khatomah,
pengakhiran yang baik. Kerana, apa yang pastinya, itu lebih penting sebagai
umat Islam. Mati dalam keadaan bersaksi bahawa kita hanya menyembah Allah
dan tidak menyekutukanNya serta kita mempercayai kerasulan Muhammad saw.

Sesungguhnya kesakitan itu memang amat perit. Sedangkan saya yang hanya
demam ini pun rasanya tidak larat untuk menghadapinya, apatah lagi pakcik
tadi yang patah tulang punggungnya. Tetapi sesakit mana sekalipun,
sebenarnya, inilah peluang untuk kita menambahkan pahala beribadah. Iya.
Ketika sakit. Kerana ketika inilah, kita bermujahadah menahan kesakitan
untuk beribadah kepadaNya.

Sesungguhnya Allah Maha Pengasih 

Help Palestine [hidayahnet] PELIK TAPI BENAR

2007-04-26 Terurut Topik ruzaihan . junit
Assalamualaikum warahmatullah...

Email yang saya terima dari seorang teman. katanya, dia sudah periksa dan
terbukti dakwaan ini benar. Sesiapa lagi nak cuba?

Demokrasikah Malaysia?

Wassalamualaikum warahmatullah...

- Forwarded by Ruzaihan Junit/U-AsiaPacific/ExxonMobil on 04/26/2007
08:30 PM -

   
  [EMAIL PROTECTED]   
  
 To:
   
 cc:
   
  04/26/2007 12:00 PMSubject: Fwd: PELIK TAPI 
BENAR

   



dah check dah... memang betul ada... ijok punya kawasan... teruk betul
lah... ini mesti indon yg diberi kad pengenalan utk  undi bn atau hantu!!!

dasar firaun takpe... kerajaan firaun pun tumbang dgn izin Allah, diorg
pun tunggu masa juga... janji Allah itu, sekular2 ini bila tiba saat
ketetapan Allah, pasti tumbang...

__

pelik tapi benar..pengundi umur9 thn ada nama dlm
daftar pemilih SPR di Ijok
sila semak Kad Pengenalannya bernombor: 990518610029
dalam web http://www.spr.gov. my



__
Yahoo! Movies - Search movie info and celeb profiles and photos.
http://sg.movies.yahoo.com/



Help Palestine [hidayahnet] Melayu Bodoh

2007-04-08 Terurut Topik ruzaihan . junit
Assalamualaikum warahmatullah…

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Aku bersaksi bahawa tiada
Tuhan yang disembah selain Allah yang Esa, tiada sekutu bagiNya dan aku
bersaksi bahawa Nabi Muhammmad saw itu hamba dan pesuruhNya. Selawat
berserta salam buat Baginda saw yang memiliki akhlaq terpuji dan menjadi
ikutan selamanya berserta ahli keluarga Baginda. Juga sejahtera buat kita
semua dan orang-orang yang beramal soleh.

Bismillahir Rahmanir Raheem…

Mungkin ada yang marah-marah sebaik terbaca tajuk posting saya kali ini.
Mana tidaknya, ianya kelihatan celupar dan pasti menyakitkan hati mereka
yang merasakan diri mereka berketurunan Melayu. Tetapi, harap bersabar dan
teruskan membaca. Sebenarnya sengaja saya pilih tajuk sebegini. Bukan
sekadar gimik, tetapi juga sebagai mengikut apa yang telah sering disebut
oleh ramai orang Melayu sendiri bahkan juga para pemimpin kita.

Melayu bodoh! Memang agak kasar tetapi percaya atau tidak, inilah yang
selalu disemat dalam pemikiran orang Melayu oleh orang Melayu sendiri.
Sebenarnya sudah lama saya melihat trend sebegini. Hanya, baru-baru ini
apabila saya membaca email demi email bekaitan penentangan terhadap
‘Akademi Fantasia’ (AF) yang mengaitkan kebodohan Melayu, maka saya
mengambil keputusan untuk menulis sesuatu mengenainya.

Bodoh sangatkah orang Melayu? Seolah-olahnya hanya orang Melayu sahaja di
dalam dunia ini yang bisa ditipu. Hanya orang Melayu sahaja yang gilakan
hiburan dan hanya orang Melayu sahaja yang pernah dijajah? Dan bercakap
tentang AF, benarkah jumlah orang Melayu yang begitu ramai mengundi calon
kegemaran mereka melalui SMS membuktikan orang Melayu ini bodoh-bodoh
belaka? Jika Melayu bodoh, siapakah yang pandai? Inggeris?

Sebelum berbicara lebih lanjut, suka saya sebutkan di sini. AF dan
rancangan yang sama format dengannya, adalah berasal dari rancangan di
Britain berjudul Pop Star. Rancangan inilah yang (setahu saya) pertama
sekali menggunakan format undian SMS sebagai penentu pemenang mingguan. Dan
rancangan ini telah mendapat sambutan di luar jangkaan dengan jumlah
penonton yang tinggi setiap minggu.

Kemudian rancangan ini diimport ke Amerika Syarikat dengan menggunakan nama
American Idoldi mana ianya mencatat kejayaan yang lebih hebat hinggakan
dieksport pula ke serata dunia hingga akhirnya sampai ke Malaysia dengan
nama Malaysian Idol. Sementara itu, di Mexico (tak silap saya), format
rancangan telah diubah dan kemudian diberikan nama La Academia.

Dan dari rancangan inilah yang dibawa masuk ke Malaysia dengan nama Akademi
Fantasia. Bukan saya bercerita panjang lebar tentang sejarah AF untuk
mempromosikannya. Tetapi saya mahu semua orang, terutama orang Melayu yang
menuduh orang Melayu lain sebagai bodoh renungkan. Apakah betul orang
Melayu sahaja yang bodoh atau sebenarnya kesemua bangsa di dalam dunia ini
juga bodoh?

Jika kerana menonton AF orang Melayu secara kolektif boleh direndahkan
martabat dan kepandaiannya, boleh dihina dengan dikatakan terlalu gilakan
hiburan, bagaimana pula dengan orang British yang menonton Pop Star?
Bagaimana dengan orang Amerika yang berhabisan mengundi American Idol?
Bagaimana dengan orang Jepun yang beriya-iya menghantar undian SMS untuk
Japanese Idol?

Dan, jika anda ambil tahu perkembangan dunia, anda akan dapat Astro juga
ada mengendalikan rancangan mirip AF untuk kaum Cina dan India di saluran
masing-masing (saya tak berapa ingat namanya). Apakah orang Cina dan India
juga bodoh? Jika Melayu, Cina, India bahkan Jepun, Amerika dan Inggeris itu
bodoh kerana sukakan hiburan, maka siapa sebenarnya yang pandai?

Saya tidak menyokong AF. Sebenarnya, tahun ini saya langsung tidak menonton
AF. Jika dulu ada juga sambil minum-minum di galley (kebetulan televisyen
yang terpasang menayangkannya), tahun ini langsung seminitpun tidak. Malah
saya juga gembira jika Astro menamatkan siarannya. Tetapi untuk mengaitkan
AF dengan kebodohan orang Melayu, saya rasa ianya melampau.

Bukan juga saya ingin mengatakan orang Melayu ini pandai-pandai belaka.
Tidak. Bagi saya, bodoh atau pandainya seseorang itu bukan terletak kepada
bangsa keturunannya walaupun saintis barat cuba membuktikannya sebegitu.
Kerana bagi saya, orang yang pandai adalah orang yang beriman. Sepandai
manapun seseorang itu diperkatakan, namun jika tidak mampu menilai
kekuasaan Allah, maka bodohlah dia.

Sebenarnya, memang ada kelemahan dalam diri orang Melayu itu sendiri. Dan
kelemahan itu, yang paling ketara, hanyalah sifat setia yang membuta-tuli
kepada pemerintah walaupun zalim. Dan inilah sifat yang menjadikan orang
Melayu terjajah. Kerana lemahnya pemikiran raja Melayu ketika itu, yang
berdiri secara individu, hinggakan menerima ‘madah berhelah’ penjajah
Inggeris. Ianya bukan kerana kebodohan orang Melayu secara kolektif.

Dan jika kita lihat, kelemahan orang Melayu iaitu tunduk taat kepada
pemerintah secara membuta tuli masih kekal hingga ke hari ini. Dan
sebenarnya inilah faktor kejatuhan orang Melayu di atas tanah air sendiri.
Kerana 

Help Palestine [hidayahnet] Kemuliaan

2007-04-03 Terurut Topik ruzaihan . junit
Assalamualaikum warahmatullah…

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Aku bersaksi bahawa tiada
Tuhan yang disembah selain Allah yang Esa, tiada sekutu bagiNya dan aku
bersaksi bahawa Nabi Muhammmad saw itu hamba dan pesuruhNya. Selawat
berserta salam buat Baginda saw yang memiliki akhlaq terpuji dan menjadi
ikutan selamanya berserta ahli keluarga Baginda. Juga sejahtera buat kita
semua dan orang-orang yang beramal soleh.

Bismillahir Rahmanir Raheem…

Petang tadi, sambil lalu di hdapan teman saya yang sedang duduk berbual,
saya menyanyikan sebuah lagu… “Tercipta satu lembaran sejarah… Di tanah
suci Kota Mekah… Hari yang mulia penuh syahadah… Bermulalah sebuah kisah…”
seorang dari teman saya tergelak mendengarnya. Manakala seorang lagi
berkata, esok (Sabtu) baru ada pertandingan Akademi Fantasia manakala
seorang lagi, menyatakan kesudian untuk ‘mengafundi’ saya.

Tanpa berbicara, saya sambung rangkap keduanya. “Malam Isnin Subuh yang
indah… 12 Rabiul Awwal yang ceria… 20 April Tahun Gajah… Lahirlah insan
yang mulia…” (sebenarnya saya sendiri tidak berapa ingat lirik lagu ini).
Teman saya yang menyatakan kesudian untuk mengafundi saya sebentar tadi
segera teringat. “Oh… Ni… Maulid Nabi” katanya manakala yang seorang lagi
bertanya, “Bila?”

“Esok kan...?” jawab teman saya yang mula-mula tadi. Saya menoleh kepada
teman saya yang bertanya tadi. “Maulid Nabi esok kau tak tahu?” dia
menggeleng. “Akademi Fantasia esok kau tahu?” tanya saya lagi. Kali ini dia
mengangguk sambil membahakkan ketawa yang besar. Saya menggelengkan kepala.
Bukan salah dia juga. Sudah memang sistem pemerintahan kita lebih
mengiktiraf kalendar Kristian berbanding kalendar Islam sendiri…

Bagi kita muslim, hari ini, 12 Rabiul Awwal 1428H bersamaan 31 Mac 2007
merupakan tarikh yang istimewa. Ini kerana pada tarikh ini, kira-kira 1481
tahun yang lalu lahirnya seorang insan yang cukup istimewa. Yang telah
menjadi asbab hidayah kepada kita semua. Seorang insan yang memiliki akhlaq
yang cukup terpuji dan telah diiktiraf sebagai ‘sebaik-baik kejadian’ iaitu
Nabi Muhammad shallahu ‘alaihi wasallam…

Namun ada juga umat Islam yang biadab yang menganggap Nabi Muhammad saw ini
sebagai insan biasa yang sekadar menerima utusan Allah, seperti posmen yang
membawa surat. Astaghfirullah… Semoga Allah memberikan hidayah kepada
mereka yang beranggapan sebegitu kerana sesungguhnya, Nabi Muhammad jauh
lebih mulia dari itu. Bukannya posmen itu hina, tetapi kedudukan Nabi saw
yang teramat istimewa.

Allah tidak memilih Muhammad saw sebagai utusanNya dengan
sewenang-wenangnya sebagaimana sebahagian dari kita memilih pemimpin
mereka. Nampak sahaja lambang parti kegemaran mereka, terus pangkah
walaupun yang dicalonkan seorang penjenayah yang banyak melakukan kerosakan
ke atas diri mereka sendiri. Tidak! Allah tidak begitu. Bahkan Allah telah
menjaga diri Nabi Muhammad saw semenjak sebelum Baginda dilahirkan lagi.

Ayahanda Baginda, Adullah adalah anak kesayangan Abdul Muthalib, ketua Bani
Hasyim, kabilah bangsawan yang disegani di Kota Suci Makkah. Lebih dari
itu, Abdullah juga dikatakan memiliki wajah yang bercahaya yang mana,
sesiapa yang melihat parasnya akan terpegun dan hati mereka akan menjadi
sejuk. Begitulah bagaimana hebatnya Allah menjaga kemuliaan Nabi Muhammad
saw sehinggakan keturunan sebelum Baginda.

Bahkan, ada riwayat yang mengatakan bahawa tidak Allah ciptakan dunia ini
melainkan semata-mata kerana Nabi Muhammad saw. Dan kelak, di hari akhirat,
tidak akan ada manusia yang akan mencecahkan kakinya ke syurga sebelum
telapak suci milik Muhammad saw menjejakinya. Namun, selain dari segala
kelebihan yang Allah berikan kepada Baginda termasuklah mukjizat-mukjizat
sakti, Nabi saw tetap seorang manusia lelaki yang sejati.

Baginda dilahirkan berasbabkan seorang ibu dan seorang bapa. Selain itu,
Baginda juga makan, minum, berkahwin, tidur dan lain-lain perbuatan yang
berseuaian dengan fitrah manusia biasa. Jika mungkin penganut agama lain
menganggap kesamaan ini adalah satu kelemahan, tetapi bagi kita orang
Islam, inilah yang menyempurnakan sifat Nabi saw sebagai rasul pilihan.
Labih dari itu, inilah tanda belasnya Allah terhadap kita, hambaNya.

Kerana, jika sekiranya Allah mengutuskan para Malaikat sebagai rasulNya,
tentu sekali para malaikat tidak mampu memahami keadaan fitrah kita yang
berkehendak kepada perkara dunia. Alangkah siksanya sekiranya kita
dilarangkan berkahwin, makan, minum tidur dan lain-lain kerana para
malaikat tidak memerlukan semua ini. Lebih parah lagi, bagaimana kita
hendak mengikut sunnah mereka yang sujudnya sahaja sampai ribuan tahun.

Maka itu pengutusan Nabi Muhammad saw sebagai rasul adalah satu rahmat buat
kita semua. Dengan segala sifat terpuji yang wajar kita contohi, tidak ada
satupun sunnah Baginda saw yang menyalahi fitrah manusia. Hanya, dengan
pengutusannya, manusia dididik agar mampu memenuhi keinginan mereka secara
teratur, sambil menjaga hak-hak Allah dan hak-hak manusia sekelilingnya,
sesuai dengan 

Help Palestine [hidayahnet] Rindu

2007-04-03 Terurut Topik ruzaihan . junit
Assalamualaikum warahmatullah…

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Aku bersaksi bahawa tiada
Tuhan yang disembah selain Allah yang Esa, tiada sekutu bagiNya dan aku
bersaksi bahawa Nabi Muhammmad saw itu hamba dan pesuruhNya. Selawat
berserta salam buat Baginda saw yang memiliki akhlaq terpuji dan menjadi
ikutan selamanya berserta ahli keluarga Baginda. Juga sejahtera buat kita
semua dan orang-orang yang beramal soleh.

Bismillahir Rahmanir Raheem…

“Naqibah demam…” beritahu isteri saya sewaktu saya menelefonnya semalam.
“Dah bawa ke klinik?” tanya saya pula. “Sudah… Tapi dia tak nak makan ubat.
Dimuntahkannya semula” terang isteri saya pula. Sewaktu sedang saya berbual
dengan isteri saya, Naqibah terjaga dari tidur. “Ibu tengah cakap dengan
ayah ni. Naqibah nak cakap?” saya terdengar suara isteri saya bertanya
kepada anak sulung kami itu.

“Dia mengangguk, bang…” jelas isteri saya. Lalu saya meminta isteri saya
hidupkan fungsi speaker pada telefon bimbitnya. “Hello sayang… Anak ayah
demam eh?” tanya saya sebaik saya rasakan fungsi speaker telah dihidupkan
oleh isteri saya. Tiba-tiba Naqibah mengangis. “Tak nak… Tak nak…” katanya
berulang kali. Saya jadi terkejut pula. “Ah… Kenapa pula ni. Tadi kata nak
cakap dengan abang?” tanya saya kepada isteri saya.

“Dia demam rindu agaknya. Dia nak cakap tapi sayu bila dengar suara abang.
Ayang selimutkan dia dengan kain abang” pinta saya kepada isteri saya.
Memang kain yang saya gunakan untuk bersolat pada hari terakhir sebelum ke
laut sengaja tidak dibasuh kerana bersedia untuk situasi sebegini. Iyalah…
Mungkin kepada pakar perubatan ianya tiada kena mengena tetapi, saya
mengikut petua orang tua. Dengan kuasa Allah, ianya tidak mustahil.

Sebentar tadi, ibu saya menerangkan keadaan anak saya sudah kembali normal.
Katanya, mungkin kerana setelah diselimutkan dengan kain saya, rindunya
sudah terubat. Alhamdulillah… Allah yang menyembuhkan. Kain itu hanya
sebagai asbab. Tetapi kasihan Naqibah. Memang kami rapat. Dan memang dia
begitu manja kepada saya. Tetapi apakan daya, rutin kerja saya tidak
memungkinkan kami sentiasa bersama.

Yang kelakarnya, kata isteri saya, sekarang ini kalau dia nampak datuknya
hendak keluar rumah, mesti dia bertanya “Nak ambik ayah?”. Kalau ditanya
hendak berjalan ke mana, akan dijawabnya pula “Nak ke laut”. Mungkin dia
tidak tahu apa itu laut. Tetapi yang dia tahu, saya selalu memberitahunya
saya bekerja di laut. Agaknya, kerana itu dia sering menyebut mahu
‘berjalan’ ke laut.

Saya juga sebenarnya merindui Naqibah. Senyumannya, tawanya, tangisannya…
Ah… Setiap ibu bapa yang berjauhan dengan anak mereka, pasti faham perasaan
saya. Tetapi sebenarnya, saya hanya mengenali erti rindu hanya selepas
kelahiran Naqibah. Bukan bererti saya tidak merindui isteri dan ibu bapa
saya. Hanya saya seupayanya cuba bersikap profesional dengan tidak
mencampurkan perasaan peribadi ketika menjalankan tugas.

Tetapi dengan Naqibah situasi agak berbeza. Tidak kira apa saya lakukan,
gelagatnya sering bermain di mata. Mulut saya juga banyak bercerita
tentangnya kepada kawan-kawan. Agaknya teman-teman saya juga sudah jelak
mendengar cerita saya. Adakalanya saya tertawa denga keadaan saya sendiri.
Rasanya merindukan anak lebih teruk dari pasangan kekasih yang sedang
menanggung rindu…

Dan bila berbicara tentang rindu, saya tidak dapat tidak, akan teringat
kepada seorang teman saya, bekas rakan sekelas saya yang terkenal dengan
imej muslimahnya. Pada suatu ketika, di zaman remaja dahulu, saya pernah
menghubunginya melalui telefon. Banyak cerita yang kami bualkan. Maklumlah
sudah lama tidak berjumpa. Hinggalah akhirnya termasuk ke bab percintaan.
Nama sahaja remaja, bukan?

Setelah puas dikorek, akhirnya teman saya mengaku sudah memiliki seorang
teman lelaki. Namun, menurutnya, teman lelakinya itu sedang menuntut di
Jordan (ketika itu). “Tak rindu ke?” tanya saya cuba mengusik. “Taklah…
Kami memang jarang jumpa pun dulu. Cuma telefon je… “jawabnya pula. “Hm…
Kalau macam tu, mesti tinggi bil telefon. Berapa ringgit seminit telefon ke
sana?” tanya saya lagi mengkepohkan diri.

“Sebenarnya… Tak pernah telefon pun sekarang ni. Dia kata tak nak diganggu
masa belajar…” terangnya dengan nada perlahan. Sekali lagi saya bertanya
tidakkah dia merindui teman lelakinya itu. “Rindu juga. Tapi setiap kali
aku teringatkan dia, aku akan berkata ‘Ya Allah… Alangkah baiknya kalau aku
mampu merinduiMu sebagaimana aku merindui dia. Ya Allah… Bantulah aku
lupakan dia dan mengingatiMu…”

Saya jadi terdiam. Terpegun. Satu ayat yang tak pernah dan tak terfikir
akan terdengar dari mana-mana teman saya. Allahu Akbar! Hebat betul gadis
ini, bisik hati saya. Hanya ketika itu, sinar hidayah belum menerangi hidup
saya. Jadi kata-kata itu hilang pada esok harinya. Hanya pada akhir-akhir
ini, setelah ‘teruk dilanda rindu kepada anak’, barulah saya teringat
semula kepada kata teman saya dalam perbualan itu…

Benar. Sememangnya yang paling layak memiliki rindu kita adalah Allah
subhanahu 

Help Palestine [hidayahnet] Jihad Putera UMNO

2007-03-31 Terurut Topik ruzaihan . junit
Assalamualaikum warahmatullah…

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Aku bersaksi bahawa tiada
Tuhan yang disembah selain Allah yang Esa, tiada sekutu bagiNya dan aku
bersaksi bahawa Nabi Muhammmad saw itu hamba dan pesuruhNya. Selawat
berserta salam buat Baginda saw yang memiliki akhlaq terpuji dan menjadi
ikutan selamanya berserta ahli keluarga Baginda. Juga sejahtera buat kita
semua dan orang-orang yang beramal soleh.

Bismillahir Rahmanir Raheem…

Dalam Buletin Utama siaran Khamis 22hb Mac yang lalu, ada disiarkan berita
mengenai kumpulan penerjun payung Putera UMNO yang akan terjun di Kutub
Utara tidak berapa lama lagi. Dalam siaran tersebut, ada ulasan dari bekas
imam Masjid Negara, Mohd. Pirdaus yang menyatakan bahawa penerjunan
tersebut adalah satu jihad dengan alasan, semua perbuatan menaikkan nama
Islam adalah satu jihad.

Saya jadi tersentak. “Ugh… UMNO sudah terdesak hendak dapatkan sokongan
rakyat,” bisik hati saya. Seperti biasa, saya suka mendapatkan pandangan
orang yang saya kira lebih arif sebelum menulis. Ini kerana, saya tidak
mahu tulisan saya nanti dipengaruhi oleh sentimen politik kepartian.
Biarpun sudah nyata saya di pihak mana, namun biarlah tulisan saya tidak
bias. Kerana itu, selalunya apa yang saya tulis ketika isunya sudah mulai
‘sejuk’.

Cerita ini, cerita tentang ‘keberanian’ Putera UMNO ini memang sudah lama
tersebar. Dan seperti mana kebiasaan, apa sahaja yang dilakukan oleh pihak
parti pemerintah akan dilihat sebagai mulia dan bijak. Namun saya tidak
mahu komen tentang ini. Dan tentang penerjunan ini, walaupun disifatkan
sebagai membazir oleh sesetengah pihak, bagi saya tidak menjadi masalah
selagi ianya tidak menggunakan dana rakyat.

Tetapi tindakan melabelkan perbuatan ini sebagai satu jihad saya lihat
sebagai melampau. Mungkin tujuannya untuk menaikkan semangat peserta dan
‘memuliakan’ tindakan Putera UMNO tetapi sebenarnya ianya menjatuhkan
kemuliaan Jihad itu sendiri. Ia sebenarnya menghina Jihad. Menjadikan Jihad
itu sebagai satu aktiviti biasa, seperti Program Latihan Khidmat Negara
(PLKN) dan Kursus Biro Tatanegara (BTN).

Manakan tidak, cuba lihat para peserta yang bakal membuat penerjunan.
Dengan rambut yang berwarna, terutama di bahagian jambul yang termasuk
dalam anggota wajib wudhu, bolehkah orang seperti ini dilabelkan sebagai
mujahid? Mujahid UMNO, mungkin. Tetapi Mujahid Islam adalah jauh panggang
dari api. Takkanlah hanya kerana kuliah agama yang diadakan pada setiap
malam maka aktiviti ini sudah boleh dianggap Islamik?

Sekali lagi, saya tidak menentang program ini. Mungkin ada baiknya Putera
UMNO memancing mereka yang pernah terlibat dalam aktiviti sia-sia menyertai
program ini. Sekurang-kurangnya ada juga yang boleh mereka lakukan. Hanya
saya terkilan dengan kenyataan bekas Imam Masjid negara. Mengapa
memartabatkan mereka sehingga sebegitu rupa? Apa yang mulia sangat terjun
di kutub utara itu?

Jika penerjunan itu dianggap satu jihad, satu kerja mulia, bagaimana pula
dengan aktiviti keagamaan yang lain? Bagaimana dengan menuntu ilmu? Setahu
saya, inilah aktiviti yang disebut sebagai satu jihad. Malahan, jika
seorang penuntut meninggal dunia ketika sedang menuntut ilmu atau dalam
perjalanan ke arah itu, maka dia dikatakan mati syahid. Tetapi, apa yang
UMNO lakukan kepada mereka?

Sekolah Agama Rakyat dipaksa tutup. Bantuan dihentikan. Malah sekolah ini
dilabel sebagai sekolah pengganas. Apakah menuntut ilmu agama lebih hina
dari terjun payung di kutub utara? Baiklah, bagaimana dengan menuntut ilmu
di sekolah-sekolah kerajaan? Para pelajar dinafikan hak mendapat bantuan
dengan penamatan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT). Apakah menuntut ilmu ini
juga tidak semulia perbuatan penerjunan Putera UMNO?

Bagaimana pula dengan pergerakan yang lain yang sibuk berusaha
memartabatkan Islam dengan pelbagai cara dan bentuk? Bagaimana dengan
kumpulan dakwah Jemaah Tabligh yang sering dihalang dalam tugas menyampai
mereka? Bukan setakat dikenakan bayaran apabila iktiqaf di masjid-masjid,
bahkan di sesetengah surau milik UMNO, jemaah ini dilarang terus untuk
mengunjunginya.

Apakah tugas menyampaikan ini juga tidak cukup mulia untuk diisytiharkan
sebagai Jihad? Dan, bagaimana pula dengan kedudukan satu parti politik yang
cuba meletakkan Islam sebagai sistem pentadbiran di Malaysia, yang cuba
mengamalkan Hukum Hudud yang telah diwajibkan. Mereka ini dituduh dengan
pelbagai tuduhan palsu sedangkan, inila kerja memartabatkan Islam yang
sebenarnya.

Bukan membuat penerjunan di Kutub Utara. Baiklah, setelah terjunan dibuat,
apa kesannya kepada agama? Berapa ramai orang kafir yang dijangka akan
memeluk agama Islam? Berapa ramai perbuatan mungkar dapat dihalang dan
perbuatan ma’ruf dapat diamalkan? Berapa ramai orang yang akan menyertai
jemaah di masjid hanya kerana penerjunan ini? Lalu, dari segi apa hendak ia
dikatakan satu jihad?

Jihad mestilah mengundang kebaikan kepada umat Islam secara umumnya.
Seperti perperangan yang akan membuat orang kafir tunduk kepada 

Help Palestine [hidayahnet] Siapa Setinggan?

2007-03-22 Terurut Topik Ruzaihan Junit
Assalamualaikum warahmatullah…
 
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan 
yang disembah selain Allah yang Esa, tiada sekutu bagiNya dan aku bersaksi 
bahawa Nabi Muhammmad saw itu hamba dan pesuruhNya. Selawat berserta salam buat 
junjungan mulia Nabi Muhammad saw yang memiliki akhlaq terpuji dan menjadi 
ikutan selamanya berserta ahli keluarga Baginda. Juga sejahtera buat kita semua 
dan orang2 yang beramal soleh.
 
Bismillahir Rahmanir Raheem…
 
Baru-baru ini kecoh diperkatakan tentang tindakan merobohkan rumah setinggan di 
Kampung Beremban, Selangor. Tindakan tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada 
masyarakat. Ada yang mengutuk tindakan yang dikatakan kejam itu, malah tidak 
kurang juga yang menyokong. Kesemuanya berdasarkan hujjah dan pandangan 
masing-masing. Juga berdasarkan sokongan terhadap parti pemerintah atau parti 
pembangkang.
 
Bagi sesetengah orang, mereka berkata tindakan penduduk setinggan yang enggan 
berpindah setelah diberikan notis dan rumah gantian sebagai melampau. Lagipun, 
tanah itu dikatakan tanah kerajaan dan mereka (para setinggan) adalah 
penceroboh. Manakala bagi mereka yang mungkin pernah tinggal di kawasan 
setinggan dan memahami permasalahan yang mereka alami pula berkata sebaliknya.
 
Saya sendiri di ketika ini tinggal di sebuah rumah setinggan. Pada asalnya 
keluarga kami hidup di dalam kemiskinan menyebabkan ayah bertindak membeli 
rumah ini dari rakannya memandangkan hanya rumah sebegini yang kami mampu. Kini 
sudah 26 tahun kami menetap di sini. Bukan tidak mahu berpindah. Malah saya 
sebenarnya sudahpun membeli sebuah rumah hanya ia masih belum siap sepenuhnya.
 
Tetapi ada yang lebih dari itu. Kejiranan yang kami miliki pada ketika ini. 
Tinggal di rumah setinggan, keadaannya sungguh berbeza dengan tinggal di taman 
perumahan. Walaupun kejiranan kami di tengah-tengah bandar, suasana kampung 
masih wujud di sini walaupun hanya saki baki. Namun hakikat tetap hakikat. 
Tanah ini bukan milik kami dan kami tetap akan terpaksa meninggalkannya apabila 
tiba masa diusir nanti.
 
Tetapi ada warga tua yang benci dengan perkataan ‘tanah milik kerajaan’ ini. 
Kata mereka, bumi ini milik Allah. Jika diikutkan, kerajaan sendiri tidak 
berhak apa-apa kerana ‘tidak pernah membayar apa-apa’ kepada Allah sebagai 
tanda memilikinya. Saya tidak mahu komen tentang ini. Bagi saya, kata-kata itu 
hanya dipengaruhi emosi. Namun, apa yang mereka dakwakan bukanlah silap 
sepenuhnya…
 
Apa sebenarnya yang dikatakan setinggan? Saya tidak punya masa untuk ke 
perpustakaan untuk merujuk maknanya di dalam Kamus Dewan kerana tidak 
memilikinya sendiri. Tetapi berdasarkan apa yang saya fahami, setinggan adalah 
mereka yang mendirikan rumah atau bangunan di kawasan milik kerajaan atau 
individu atau syarikat tertentu tanpa izin dan tanpa sebarang bayaran.
 
Kemudian kita kutip semula kata-kata warga tua di tempat saya. Bumi ini milik 
Allah dan kita semua tinggal di bumi ini atas belas dan ihsan dariNya. Sebagai 
Tuhan Yang Maha Mengetahui, Allah telah menetapkan garis panduan tertentu yang 
perlu kita ikuti ketika ‘mendirikan kehidupan’ di dunia ini. Dan garis panduan 
ini terdapat di dalam kitab suci al-Quran dan juga sunnah rasulNya, Muhammad 
saw.
 
Tetapi jika kita teliti kehidupan kita hari ini, apakah sebenarnya kita 
menjalankan kehidupan berdasarkan garis panduan yang telah ditetapkan olehNya? 
Dari segi hukum privat seperti solat, puasa dan sebagainya sehinggalah kepada 
perihal pentadbiran sebuah kerajaan. Apakah yang kita amalkan ini berdasarkan 
apa yang telah diturunkan olehNya kepada kita ataupun sekadar sesuka hati kita 
sendiri?
 
Saya pasti ramai yang akan bersetuju jika saya katakan kita dirikan kehidupan 
di atas muka bumi ini adalah berdasarkan apa yang kita suka tanpa mengira atau 
mungkin sedikitpun tidak mengambil tahu apa sebenarnya yang Allah mahukan dari 
kita sebenarnya. Terlalu ramai yang ingkar terhadap arahanNya. Apatah lagi 
undang-undang Allah (Hudud). Telah kita letakkan di bawah telapak kaki kita.
 
Jika kita ambil kira perkara ini, maka sebenarnya kita tidak ada bezanya dengan 
setinggan yang dihina kerana dikatakan menceroboh hak orang lain. Kerana kita 
juga menceroboh hak Allah. Kita abaikan perintahNya dan buat apa yang 
dilarangNya. Dengan setiap kemungkaran yang telah dilakukan, apakah kita tidak 
rasa bahawa kita juga telah menceroboh bumi Allah ini dengan memperlakukannya 
sesuka hati kita?
 
Ada yang memberikan contoh. Katanya, bayangkan kita miliki sebuah tanah dan 
kemudian ada orang yang menceroboh dan mendirikan bangunan di atasnya. Sehingga 
suatu masa, apabila kita hendak mendirikan bangunan di atas tanah milik kita 
itu, si penceroboh enggan berpindah. Lalu jika kita robohkan bangunan milik si 
penceroboh, bolehkah kita didakwa sebagai zalim? Sebenarnya ini adalah satu 
contoh yang baik.
 
Saya applikasikan contoh ini kepada bumi Allah. Mungkin bezanya kita tinggal di 
bumi ini bukan sebagai penceroboh 

Help Palestine [hidayahnet] Kekuasaan Allah Dan Hakikat Sains

2007-03-08 Terurut Topik ruzaihan . junit
Assalamualaikum warahmatullah…

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Aku bersaksi bahawa tiada
Tuhan yang disembah selain Allah yang Esa, tiada sekutu bagiNya dan aku
bersaksi bahawa Nabi Muhammmad saw itu hamba dan pesuruhNya. Selawat
berserta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad saw yang memiliki akhlaq
terpuji dan menjadi ikutan selamanya. Juga buat orang2 yang beramal soleh
dan kesekalian dari kita.

Bismillahir Rahmanir Raheem…

Semalam saya mengirimkan posting saya yang berjudul 'Manusia Dan Kulit
Buku' di grups yang saya sertai. Seperti biasa, saya tidak begitu kisah
dengan sambutan orang terhadap penulisan saya. Kerana bagi saya, setiap
yang saya tulis adalah nasihat untuk diri saya sendiri. Terpulanglah kepada
orang lain untuk mengambil apa yang mereka rasakan baik dan menolak apa
yang mereka rasakan buruk.

Adalah tidak menjadi kebiasaan saya untuk membalas kritikan yang
dilemparkan terhadap saya. Kerana bagi saya, saya perlu bersikap terbuka.
Membalas setiap kritikan yang diterima, terutamanya yang negatif, bererti
saya menutup ruang untuk memperbaiki diri. Ia juga bakal menyerlahkan
betapa tidak rasionalnya saya dalam menghadapi corak permikiran manusia
yang sentiasa berbeza-beza.

Dan kebetulan, posting saya semalam tidak mendapat apa-apa respon kecuali
satu, dari seseorang yang sebelum ini pernah saya ulas penulisannya di
dalam grup. Saya tidak menyalahkan dia kerana mengkritik, bahkan tidak juga
terasa dengan kritikannya. Namun tujuan saya menulis artikel ini hanya
untuk bercerita sedikit apa yang saya rasakan, perasaan yang timbul setelah
membaca apa ulasannya, bukan untuk membela diri.

Semenjak kecil, sememangnya saya amat menggemari bidang ilmu Sejarah. Malah
ketika di sekolah, buku teks matapelajaran Sejarah habis saya baca beberapa
kali seperti membaca novel. Namun dalam kesemua yang pernah saya baca
(sedikit sahaja jumlahnya sebenarnya), yang paling menarik dan melekat di
hati saya adalah sejarah berkenaan Rasulullah saw dan para sohabatnya,
sebelum dan selepas Hijrah.

Saya tahu, ramai yang sering menyebut kegemilangan Islam di zaman Umar
Abdul Aziz, atau zaman Salahuddin al-Ayyubi, atau ketika pemerintahan
empayar Uthmaniah (yang dipanggil Ottoman oleh 'orang putih'). Atau
setidak-tidaknya, kita cukup berbangga dengan pencapaian yang telah dicapai
oleh Ibn Sinna, Ibn Bathutta, al-Khawarizmi dan lain-lain. Dan kita selalu
mengulang ayat bahawa merekalah pelopor sains yang sebenarnya.

Saya sedikitpun tidak menafikan hakikat itu. Bahkan saya juga amat-amat
mengkagumi mereka. Namun jauh di sudut hati saya, saya percaya tidak ada
sejarah pun di dalam dunia ini yang mampu menyaingi kehebatan zaman
kenabian Muhammad saw. Kisah Baginda saw sedari kecil, sehingga menerima
wahyu yang pertama, ketika penghijrahan, pembentukan Piagam Madinah,
pembukaan Kota Makkah sehinggalah kewafatan Baginda saw.

Diiringi oleh para sohabat yang mulia, yang redha Allah ke atas mereka dan
mereka juga meredhai Allah, juga penentangan oleh kaum musyrikin, ahlil
kitab serta munafiqin, menjadikan sejarah yang dicorak begitu berharga dan
istimewa. Tambah pula, inilah zamannya manusia begitu hampir kepada
Penciptanya. Dan inilah juga zamannya manusia dikhabar tentang kedudukan
mereka di dalam syurga ketika masih lagi bernyawa.

Walaupun hampir keseluruhan sohabat ini orang yang miskin, yang pada mata
kita hari ini sebagai 'orang-orang yang gagal dalam hidup', namun terdapat
banyak kelebihan pada diri mereka, melebihi kelebihan pelopor-pelopor ilmu
sains dan matematik yang disebutkan sebentar tadi. Manakan tidak,
sebahagian besar nash yang kita gunapakai hari ini dipetik dari perbualan
mereka dengan Nabi saw dan juga perbuatan yang mereka lakukan.

Dan di zaman inilah, banyak nushrah (pertolongan) Allah yang turun. Nushrah
yang kadangkala kita sukar percaya menggunakan aqal waras kita. Contohnya,
mukjizat Nabi saw di mana air telah keluar dari celahan jari Baginda ketika
musim kemarau. Dan ketika satu ghizwah di mana mereka menyaksikan bagaimana
anggota badan tentera kafirun bercerai dari tubuh sebelum pedang mereka
(tentera Islam) dihayunkan.

Banyak lagi sebenarnya keistimewaan sohabat Rasulullah saw yang cukup
menyayat hati dan perasaan apabila membaca. Dibandingkan dengan perpecahan
yang berlaku selepas zaman ini, tuduh menuduh dan kafir mengkafir serta
permusuhan antara mazhab (sedangkan pengasas mazhab-mazhab ini tidak
bermusuhan antara satu sama lain) menyebabkan saya kurang memberi perhatian
terhadap mereka (namun tidak pernah membenci mereka).

Saya tidak memerlukan hakikat sains untuk mempercayai kenabian Rasulullah
saw dan kekuasaan Allah swt. Kerana bagi saya, apa sahaja yang termaktub di
dalam al-Quran dan yang Nabi saw sabdakan adalah benar. Sama ada
dipersetujui oleh sains atau tidak, tidak menjadi hal. Bimbang keliru jika
Allah memesongkan hati orang yang mengkaji sehingga mendapati ianya
bertentangan dengan apa yang dipercayai, mana yang akan saya ikuti.

Seperti contohnya mencolek gigi 

Help Palestine [hidayahnet] Manusia Dan Kulit Buku

2007-03-07 Terurut Topik ruzaihan . junit
Assalamualaikum warahmatullah…

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Aku bersaksi bahawa tiada
Tuhan yang disembah selain Allah yang Esa, tiada sekutu bagiNya dan aku
bersaksi bahawa Nabi Muhammmad saw itu hamba dan pesuruhNya. Selawat
berserta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad saw yang memiliki akhlaq
terpuji dan menjadi ikutan selamanya. Juga buat orang2 yang beramal soleh
dan kesekalian dari kita.

Bismillahir Rahmanir Raheem…

Antara kedai kegemaran yang saya akan singgah apabila berkunjung ke pusat
membeli belah adalah kedai buku. Entah mengapa, semenjak di bangku sekolah
rendah lagi memang itulah tempat kegemaran saya. Jika tidak melihat buku
pun, saya akan menelek alat-alat tulis yang banyak terjual di situ. Bukan
setiap kali saya berkunjung saya pasti akan membeli buku. Ia bergantung
juga kepada keadaan. Keadaan buku dan keadaan poket saya sendiri :)

Biasanya buku yang menjadi pilihan saya adalah buku-buku agama terutama
kisah-kisah sighah para anbiyak dan para sohabat. Rasanya, membaca kisah
dan pengorbanan mereka lebih menarik dari novel cinta yang banyak terdapat
di pasaran. Tetapi adakalanya, saya beli juga buku ilmiah lain. Bergantung
kepada siapa penulisnya. Pada kebiasaan, saya akan membaca sinopsisnya
dahulu, kemudian biodata penulisnya (jika tidak saya kenali).

Jika sinopsis dan biodata penulisnya memuaskan hati, barulah saya akan
selak secara rawak bagi memerhatikan gaya bahasa yang digunakan. Jika buku
itu hasil terjemahan, akan saya periksa dahulu corak penterjemahannya. Ada
juga terdapat terjemahan yang menyakitkan kepala dan hati apabila
membacanya. Kemudian, jika puas hati segalanya, barulah saya membayar, jika
harganya berpatutan.

Langsung saya tidak peduli dengan corak kulit bukunya. Tidak penting sama
sekali. Kerana bukan semua orang mempunyai keupayaan untuk mencorak kulit
buku. Adakalanya corak buku yang 'memberahikan' sebenarnya diisi dengan
kisah cinta yang kosong. Dan adakalanya juga, kulit bukunya hanya gambar
kartun atau gambar-gambar yang lesu tetapi isi kandungannya cukup menyentuh
perasaan.

Mungkin benar juga pendapat orang bahawa sebuah buku itu tidak patut
dinilai berdasarkan kulitnya. Buku berkulit cantik tidak menjanjikan bahan
yang menarik dan begitulah sebaliknya. Rasanya saya amat bersetuju dengan
pendapat sebegitu. Tetapi... Apabila ada orang yang cuba mengaitkan pepatah
itu dengan manusia, dengan mengatakan bahawa orang yang berperwatakan baik
belum tentu baik, rasanya susah untuk saya mengiyakannya.

Pertamanya, manusia bukan seperti buku. Jikalau manusia itu seperti buku,
alangkah mudahnya. Mana-mana bahagian yang tidak kita gemari, tentu sahaja
boleh kita langkaukan kalau pun tidak disiatkan terus. Dan keduanya,
sebagai individu muslim, bukankah kita diajarkan betapa pentingnya
penampilan kita sebagai muslim. Kita diajarkan untuk menutup aurah, yang
mampu membezakan mukmin dengan yang kufur.

Selain itu sebagai lelaki, kita juga dididik oleh Rasulullah untuk
mengikuti sunnahnya. Bukan setakat bergamis dan berserban, yang selalu kita
tolak atas alasan budaya dan pekerjaan, bahkan kita ditekankan untuk
memelihara janggut dan menipiskan misai. Pentingnya perkara yang sering
dianggap remeh ini sehinggakan Nabi saw membuat perbandingan dengan kaum
kafirun iaitu Yahudi dan Nasrani.

Namun benar, sedikitpun saya tidak dapat menafikan betapa ada juga antara
individu yang menutup aurah (terutamanya perempuan yang jelas kelihatan
dengan tudungnya) yang bersifat lebih buruk dari individu yang tidak
menutup aurah. Dan ada juga saya terbaca kisah perempuan yang ternoda
akibat terpedaya dengan perwatakan teman lelakinya yang dipercayai seorang
yang menjaga solahnya.

Mungkin kisah ini disanjung sebagai kisah benar. Tetapi sebaliknya, inilah
kempen untuk memburukkan Islam. Inilah kempen untuk menafikan firman Allah
yang antara maksudnya sesungguhnya solah itu mampu menghindarkan kita dari
melakukan perbuatan yang keji dan mungkar. Dan kisah yang terpencil ini
akan digunakan dan diperbesarkan oleh mereka yang sentiasa mencari sebab
untuk menyokong perbuatan mereka menentang hukum Allah.

Sebenarnya, jika membicarakan tentang mereka yang zahirnya tampak baik,
tetapi dalamannya lebih busuk dari bangkai, banyak faktor lain yang perlu
kita perhatikan. Antara faktor yang terpenting adalah niat individu
terbabit. Kerana Nabi saw pernah berkata, setiap amalan itu akan dikira
berdasarkan niatnya. Jadi, sebelum menghukum secara umum, lebih baik kita
tanyakan individu terbabit perihal niat mereka berbuat amalan itu.

Contohnya memakai tudung. Dewasa ini, memakai tudung sudah tidak ubah
sebagai fesyen semata-mata. Ada yang memakai tudung tetapi mempamerkan
lengan, telinga dan leher mereka. Jadi untuk menghukum orang yang memakai
tudung itu 'mempunyai kulit buku yang baik' tetap salah kerana mereka
sebenarnya hanya bertudung tetapi masih mendedahkan aurah. Dari segi
manakah boleh mereka ini dikatakan berperwatakan baik?

Tetapi bagaimana pula dengan mereka yang 

Help Palestine [hidayahnet] Suasana

2007-03-04 Terurut Topik ruzaihan . junit
Assalamualaikum warahmatullah…

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Aku bersaksi bahawa tiada
Tuhan yang disembah selain Allah yang Esa, tiada sekutu bagiNya dan aku
bersaksi bahawa Nabi Muhammmad saw itu hamba dan pesuruhNya. Selawat
berserta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad saw yang memiliki akhlaq
terpuji dan menjadi ikutan selamanya. Juga buat orang2 yang beramal soleh
dan kesekalian dari kita.

Bismillahir Rahmanir Raheem…

Ada beberapa perkara yang saya banggakan dengan Masjid Jamek Kampung Melayu
di Johor Bahru. Bukan kerana ianya besar dan semakin membesar serta
kerja-kerja memperindahkannya yang sedang giat dijalankan tetapi atas
beberapa perkara lain. Antaranya ialah imam yang menitik beratkan soal
melurus dan merapatkan shaf serta menghidupkan masjid dengan banyak
aktiviti tanpa perlu mengundang ustaz dari luar.

Selain dari itu, bilangan jemaah yang semakin bertambah juga membuatkan
saya berasa semakin gembira berjemaah di sana. Hanya, apabila bertambahnya
bilangan jemaah, maka masalah tempat meletak kereta akan mula kelihatan.
Kerana, selain dari jemaah yang menyambut seruan muazzin, ada juga ‘jemaah
kedai makan’ di seberang jalan dan ‘jemaah pasar malam’ turut meletakkan
kereta di situ.

Namun ianya bukanlah masalah yang besar mana. Kerana tempat meletak kereta
di masjid ini agak luas. Hanya, mungkin terpaksa berjalan jauh sedikit
sebelum tiba di pintu hadapan masjid. Yang menjadi masalah sebenarnya ialah
sikap sesetengah jemaah yang enggan meletakkan kereta sebagaimana
sepatutnya. Tidak kiralah jemaah masjid atau ‘jemaah kedai makan’,
masalahnya kereta diletakkan sesuka hati.

Hendak dikatakan tidak faham dengan papan tanda yang tertulis “Sila
Letakkan Kenderaan Anda Dalam Kotak Yang Disediakan’ pun tidak boleh juga
kerana majoriti penduduk Kampung Melayu adalah orang Melayu. Hendak
dikatakan buta huruf lagilah tidak boleh kerana jikalau buta huruf,
bagaimana pula mereka boleh lulus ujian bertulis ‘L’ ketika mengambil lesen
memandu? Bukan?

Pada suatu ketika, ketika tiba di masjid, saya lihat sebuah kereta yang
diletakkan ‘di atas’ garisan yang memisahkan dua tempat letak kereta. Di
sebelah kereta ini adalah ruang kosong dan dalam jarak dua kotak, terdapat
sebuah kereta lain. Ketika saya tiba, saya segera meletakkan kereta di
sebelah kereta yang pertama tadi. Bagaimana? Dalam keadaan yang sama.
Kereta saya di atas garisan yang memisahkan dua kotak letak kereta.

Saya berasa agak tidak selesa begitu kerana saya telah menggunakan ruang
yang sepatutnya, jika kereta kami diletakkan dengan betul, akan membolehkan
sebuah lagi kereta diletakkan. “Ah… Bukan salah aku. Salah kereta sebelah
ni…” bisik hati saya. Tetapi kemudian saya jadi terfikir. Jika beginilah
caranya saya bertindak, maka tidak perlu hairan mengapa kemungkaran
berleluasa di dalam dunia hari ini.

Saya sengaja meletakkan kereta tidak mengikut kotaknya kerana saya
berpendapat, kereta di sebelah yang mula berbuat begitu. Tindakan saya yang
‘meredhakan’ kesalahannya adalah satu kesilapan yang agak besar. Baiklah,
saya boleh beralasan saya tidak kenal siapa pemandunya. Tetapi yang
menjadikan masalah ini lebih besar ialah sikap saya yang turut berbuat
kesalahan yang sama dan kemudiannya menggunakan alasan ‘terpaksa’.

Cuba kita letakkan contoh ini dalam kehidupan seharian kita. Sebagaimana
seorang yang memohon lesen untuk berniaga yang mahukan kelulusan segera
lesennya. Dia segera ‘menjolok’ orang yang menguruskan lesennya demi
menunaikan harapannya. Disebabkan itu, dia telah melangkaui beberapa
permohonan yang terlebih dahulu darinya. Apa yang terjadi kepada orang yang
dilangkaunya? Sakit hati? Sudah pasti.

Jalan mudah, dia juga turut menyogok untuk mempercepatkan kelulusan
permohonannya. Dan beginilah seterusnya sehingga akhirnya perbuatan
menyogok menjadi resam kita. Inilah yang saya maksudkan. Kerana sakit hati
hak kita diambil oleh orang lain secara biadap, maka kita bertindak
mengambil pula hak orang lain, juga secara biadap. Dengan perbuatan yang
sebegini, bilakah agaknya kesongsangan ini akan terhenti?

Sebenarnya, kita sudah terlalu banyak bertoleransi dengan kemungkaran yang
terjadi di sekitar kita dengan alasan, sudah terpaksa atau ianya sudah
menjadi kebiasaan dalam hidup kita. Tetapi, apabila diungkitkan tentang
sesuatu gejala yang besar, kita mula membebel menyalahkan orang lain
sedangkan hakikat sebenar, kita yang meninggalkan dakwah dan sibuk
berkompromi dengan maksiat, langsung tidak kita peduli.

Hari ini, apabila kejadian gejala seperti ‘Mat Rempit’, persetubuhan luar
nikah atau berzina, murtad dan yang lain-lainnya berlaku sebenarnya salah
siapa? Benar, pihak berwajib memang memegang saham terbesar kerana
mengenepikan pendidikan Islam tetapi apakah kita boleh berlepas tangan?
Sama sekali tidak. Setiap dari kita juga perlu merasa bersalah atas
kesongsangan ini. Kerana kegagalan kita membentuk suasana.

Iman masyarakat kita hari ini adalah iman suasana. Perbuatan zina tidak
berlaku di khalayak hanya 

Help Palestine [hidayahnet] Menzalimi Dan Dizalimi

2007-02-14 Terurut Topik ruzaihan . junit
Assalamualaikum warahmatullah…

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Aku bersaksi bahawa tiada
Tuhan yang disembah selain Allah yang Esa, tiada sekutu bagiNya dan aku
bersaksi bahawa Nabi Muhammmad saw itu hamba dan pesuruhNya. Selawat
berserta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad saw yang memiliki akhlaq
terpuji dan menjadi ikutan selamanya. Juga buat orang2 yang beramal soleh
dan kesekalian dari kita.

Bismillahir Rahmanir Raheem…

Jika kita selak akhbar harian di ketika ini, kebanyakan masa yang akan kita
lihat adalah berita kemusnahan umat Islam. Hari ini, umat Islam dihina,
dicerca, dibunuh dengan kejam, dibom malah dituduh sebagai pengganas. Umat
Islam, yang suatu ketika dahulu umat yang paling kuat dan mengusai dua
pertiga bumi malah diiktiraf sebagai umat terbaik oleh Allah swt kini
seolah-olah kain buruk yang begitu hina kedudukannya.

Mengapa boleh jadi begini? Mengapakah Allah menghukum umat Islam sehingga
sebegini rupa? Melihat keadaan yang menimpa sesama umat, ramai umat Islam
yang bangkit di tengah malam berdoa untuk keselamatan mereka. Berdoa
meminta supaya Islam kembali menjadi agama yang dihormati dan umat Islam
kembali digeruni. Tetapi seolahnya Allah tidak menunaikan permintaan itu.
Mengapa?

Kebetulan, beberapa minggu lepas saya ada mengikuti sebuah bayan. Dalam
bayan tersebut, inilah antara perkara yang diungkitkan. Menurutnya, kita
dilahirkan sebenarnya untuk menyampaikan dakwah. Untuk membawa kalimah
'Laailaha illallah' kepada orang-orang kafir dan mereka yang belum menemui
hidayah. Maka pada setiap masa, inilah fungsi dan peranan utama kita
sebagai umat Nabi Muhammad saw.

Tetapi hari ini, perkara terpenting ini, tugas terpenting kita ini, telah
ditinggalkan dek kerana kita sibuk mencari harta dunia. Menurutnya lagi,
disebabkan kita telah meninggalkan tugas ini, maka telah ramai antara
mereka mati dalam kekufuran sebelum mendengar kalimah 'Laailaha illallah'.
Sebagaimana kita bencikan sebuah pemerintahan yang mengabaikan
tanggungjawabnya, maka sebegitulah kita.

Oleh kerana kita tidak menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan
oleh Allah swt, maka kitalah sebenarnya golongan yang zalim. Kita menzalimi
Allah, kerana mensiakan amanahNya, kita menzalimi orang kafir kerana tidak
membawa cahaya hidayah kepada mereka dan kita menzalimi diri kita sendiri
kerana menafikan tugas kita. Dan doa orang zalim memang tidak akan
ditunaikan oleh Allah swt.

Perkataannya itulah membuatkan ramai hadirin yang mengeluh. Ada yang
menggeleng-gelengkan kepala sambil menyebut 'AllahuAkbar'. Katanya lagi,
berdoalah di hadapan Ka'bah sekalipun. Selagi kita tidak menjalankan dakwah
sebagaimana yang kita telah ditugaskan, maka selagi itulah kita ini
golongan manusia yang zalim dan sebagaimana firman Allah, tidak akan ada
bantuan untuk orang-orang yang zalim...

Bayan yang telah disampaikan betul-betul menyentuh hati dan perasaan saya.
Walaupun sudah lebih dua minggu mendengarnya, sehingga ke hari ini ianya
masih lagi terngiang-ngiang di telinga saya. Betul sangat apa yang
diungkapkan. Saya tidak tahu orang lain tetapi dengan menilai diri saya,
saya dapati sememangnya saya telah mengabaikan dakwah. Saya telah leka
dengan anugerahNya sehingga gagal menjalankan fungsi sendiri yang utama.

Janganlah menganggap setelah kita menunaikan kesemua ibadah fardhu ain maka
kita telahpun menjalankan tugas kita sebagai muslim. Sekali-kali tidak!
Solat, puasa, zakat , bersedakah dan sebagainya bukanlah tanggungjawab
sebaliknya ianya adalah rutin harian rohani kita. Sama seperti makan,
minum, qada hajat dan sebagainya. Tentunya kita tidak memanggil perbuatan
makan itu sebagai satu kerja untuk diri kita, bukan?

Orang yang menjaga ibadahnya tetapi meninggalkan dakwah samalah seperti
manusia yang tahunya hanya makan dan tidur. Kata orang Negeri Sembilan,
buek mengabihkan boreh yo. Dengan solah dan ibadah hariannya, maka rohani
dan imannya tetap hidup. Tetapi seolahnya tidak ada fungsi dalam
masyarakat. Tidak membina bahkan tidak juga meruntuhkan apa-apa yang ada
disekitarnya.

Itu jika orang yang menjaga ibadahnya. Bagaimana dengan orang yang tidak
menjaga ibadahnya? Samalah seperti tunggul kayu. Tidak makan, tidak minum,
tidak tidur dan tidak ada fungsi langsung. Bahkan boleh jadi menyusahkan
orang yang lalu lalang. Dan boleh jadi juga mengganggu sesuatu kerja untuk
dilakukan di kawasan berhampirannya. Hendak dialihkan, sudah tertanam
begitu dalam pula.

Tugas menyampaikan bukanlah perkara enteng yang boleh dipandang sebelah
mata. Tidak. Dan bukan juga tugas yang boleh kita salahkan kepada pihak
berkuasa sekiranya ia tidak terlaksana. Juga tidak! Ia adalah tugas setiap
individu lelaki Islam yang mukallaf. Yang telah baligh dan berakal. Jadi,
sekiranya kita menolak kerja tabligh atau menyampaikan ini, maka kita
sebenarnya telah menggolongkan diri kita sama dengan orang yang tidak
berakal.

Ah! Sudah. Sekejap tadi zalim. Sekarang tidak berakal ataupun gila pula.
Jadi, siapakah kita? Seorang orang gila yang 

Help Palestine [hidayahnet] Iklan

2007-02-12 Terurut Topik ruzaihan . junit
Assalamualaikum warahmatullah…

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Aku bersaksi bahawa tiada
Tuhan yang disembah selain Allah yang Esa, tiada sekutu bagiNya dan aku
bersaksi bahawa Nabi Muhammmad saw itu hamba dan pesuruhNya. Selawat
berserta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad saw yang memiliki akhlaq
terpuji dan menjadi ikutan selamanya. Juga buat orang2 yang beramal soleh
dan kesekalian dari kita.

Bismillahir Rahmanir Raheem…

Baru-baru ini saya ada terbaca di dalam akhbar berita berkenaan Menteri
Penerangan yang akan berbincang dengan Menteri Kebudayaan, Kesenian dan
Warisan (KeKKWa) berkenaan garis panduan iklan yang disiarkan di kaca
televisyen. Tertarik dengan tajuknya, saya teruskan membaca kerana di dalam
hati saya amat bersetuju jika garis panduan diwujudkan bagi membendung
sekian banyak iklan yang semakin merimaskan pandangan.

Tetapi, sebaik meneruskan pembacaan, saya tahu saya telah tersilap meletak
harapan. Pada awalnya harapan saya ialah, garis panduan itu akan
mengehadkan eksploitasi wanita dalam penyiaran iklan. Namun harapan saya
hanya tinggal harapan apabila mengetahui bahawa garis panduan itu hanyalah
bagi memastikan model yang dipergunakan dalam iklan adalah berwajah
Malaysia, bukan pan-Asia.

Kata menterinya, dia menerima banyak rungutan tentang wajah pan-Asia yang
digunakan dalam iklan-iklan terutamanya iklan produk kecantikan. Tambahnya
lagi, rungutan tersebut datang dari orang ramai dan juga syarikat
pengiklan. Dan yang paling menarik perhatian saya ialah apabila dia
mengatakan penggunaan model asing menunjukkan seolah-olah orang Malaysia
tidak cukup jelita untuk menjadi model jenama terbabit.

AllahuAkbar… Apa masalah dengan sang menteri ini, saya kurang pasti.
Tetapi, sebelum saya menulis lebih lanjut, rasanya baik kita lihat keadaan
sekitaran kita sekarang ini. Tentang iklan-iklan yang menguasai 50 peratus
dari helaian akhbar, yang tertampal di papan-papan iklan, yang tersiar di
radio dan pelbagai media lain, bukan terhad di kaca televisyen. Apa
perasaan kita dengan iklan yang kita lihat dan dengar?

Bangga? Gembira? Seronok? Bersyukur kerana dilahirkan dalam sebuah negara
Islam? Saya tidak tahu. Itu perasaan anda sendiri. Tetapi bagi diri saya,
ada sesetengah iklan yang saya seronok dengannya dan banyak pula iklan yang
saya jadi sakit hati, marah, benci, geram dan meluat dengannya. Saya akui,
adakalanya saya jadi ternanti-nanti siaran sesebuah iklan tetapi pada
kebanyakan masa, saya terasa seperti mahu mengalih siaran sebaik iklan itu
disiarkan.

Itu di televisyen. Bagaimana dengan iklan yang terpampang di cermin-cermin
kaca pasaraya? Terutamanya di butik-butik pakaian dan salon-salon rambut.
Astaghfirullah… Ada kalanya, ketika berjalan dengan isteri, saya jadi malu
pula. Gambar wanita dengan keadaan yang meransangkan tertepek di sana dan
sini. Nampak di sebelah kiri, paling muka di sebelah kanan, pun tetap ada
gambar wanita yang sebegini.

Kadangkala saya jadi hairan. Apa kaitan wanita seksi terbabit dengan
barangan yang diiklankan. Misalnya, iklan pisau cukur misai tetapi modelnya
seorang wanita. Sedangkan umum mengetahui jarang seorang wanita mempunyai
misai. Adakalanya, poster iklan juga melampau-lampau. Seperti iklan seluar
jeans. Mentang-mentanglah iklan seluar, maka model perempuannya tidak
perlulah berbaju. Begitu?

Saya juga jadi terfikir apa perasaan wanita ini diperlakukan sedemikian
rupa? Apakah mereka tidak kisah dianggap murahan kerana menayangkan hampir
seluruh badan dengan sedikit bayaran? Dan saya juga hairan dengan badan NGO
yang kononnya memperjuangkan hak wanita, menentang isu poligami tetapi
dalam masa yang sama rela, bahkan gembira melihat wanita dieksploitasikan
sebegini…

Hendak atau tidak, kita terpaksa akui bahawa iklan sedikit banyak memberi
kesan di dalam hati dan sanubari kita. Seperti contohnya, masih ingat iklan
hari raya oleh Petronas (kalau tak silap saya) di mana empat orang adik
beradik membawa balik seekor lembu selepas ibunya merungut kerana tidak
membeli bahagian pada lembu yang diinginkannya? Rasanya, iklan ini pernah
menjadi bualan orang di sana sini sedikit masa dahulu.

Anak saya yang belum berumur dua tahun itu pun terpengaruh dengan iklan.
Bila mana orang tanya anak siapa, pantas dia menjawab anak papa kerana
terikut iklan susu (di mana dua orang budak memasang satu tayar pada kereta
mainan dengan mengambil satu skru dari tiga tayar yang lain). Padahal saya
membiasakan dia memanggil saya ayah. Ini adalah contoh bagaimana sebuah
iklan boleh mempengaruhi budak kecil.

Sekarang ini, cuba bayangkan iklan-iklan tidak bermoral terpampang di kaca
televisyen dan anak kita sedang menontonnya. Seperti contohnya iklan produk
kecantikan yang memaparkan susuk tubuh yang menggiurkan. Apa yang hendak
kita katakan kepada anak perempuan kita jika mereka menganggap berpakaian
seksi itu biasa? Bagaimana dengan anak bujang kita yang menonton dengan
penuh selera?

Atau mungkin iklan juga perlu diklasifikasikan? Ada 18SX dan sebagainya...

http://hidayahnet.ourtoolbar.com [hidayahnet] Mengapa Jadi Begini?

2007-02-07 Terurut Topik ruzaihan . junit
Assalamualaikum warahmatullah…

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Aku bersaksi bahawa tiada
Tuhan yang disembah selain Allah yang Esa, tiada sekutu bagiNya dan aku
bersaksi bahawa Nabi Muhammmad saw itu hamba dan pesuruhNya. Selawat
berserta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad saw yang memiliki akhlaq
terpuji dan menjadi ikutan selamanya. Juga buat orang2 yang beramal soleh
dan kesekalian dari kita.

Bismillahir Rahmanir Raheem…

Baru-baru ini seorang teman saya bertanya kepada saya tentang isu Rosnah
Mat Aris yang dikatakan menghina Saidatina Khadijah, isteri pertama
Rasulullah saw. Saya menggelengkan kepala tanda tidak tahu… “Huh! Kau tak
baca suratkhabar. Mana nak tahu…” Katanya agak hampa. Namun saya berjanji
sekiranya saya ada menerima email berkenaan itu, akan saya lanjutkan
kepadanya.

Dan tadi, ketika menelaah email-email yang saya terima, saya terpandangkan
tajuk yang tersebut. Dan fahamlah saya. Rupanya Rosnah telah dikritik
gara-gara ‘lepas cakap’nya dalam rancangan hiburan Sensasi yang disiarkan
di TV3. Dalam rancangan itu, Rosnah ditanyakan tentang hubungannya dengan
lelaki muda. Lantas Rosnah bertanya tentang umur Nabi saw dan isterinya
ketika mereka berkahwin.

“Empat puluh” jawab hadirin. “Ha… Kan tua nak mampus tu!” kata Rosnah
diikuti tepukan dari penonton. Pelik juga saya, bagaimana penonton boleh
bertepuk atas perkataan yang seburuk itu. Tetapi, dalam akhbar Utusan
Malaysia semalam, Rosnah telah meminta maaf secara terbuka. Dia juga
menyatakan telah bertaubat dan meminta ampun dari Allah setiap kali
teringatkan perkara itu.

Alhamdulillah. Rosnah dapat menerima teguran dan mengakui kesilapannya.
Bagi saya, Rosnah lebih terbuka dari sesetengah artis kita yang apabila
ditegur mengenai kritikannya terhadap hukum Islam, bukan sekadar enggan
meminta maaf, bahkan memutar belitkan kata-kata. Dan pujian juga harus
diberikan kepada Jakim yang, sebagaimana dipetik oleh Rosnah, ada
menghubunginya secara peribadi dan mengingatkannya tentang perkara itu.

Belum pun reda persoalan ini dalam minda, saya sekali lagi terkejut apabila
membaca akhbar The New Straits Times. Pada bahagian tengahnya, terdapat
cerita ‘pilu’ mengenai keluarga Teo yang dikatakan telah bertukar anak
dengan orang lain ketika baru melahirkannya kira-kira 29 tahun lalu (kalau
tidak silap saya). Berita itu menggunakan tajuk yang menyebut keluarga Teo
mahu menyaman Hospital Batu Pahat atas kesilapannya.

Berita itu memang menyedihkan. Dan tindakan Hospital Batu Pahat juga memang
memalukan dan sukar untuk diterima. Tetapi yang lebih menyedihkan apabila
saya terbaca bahawa anak pasangan Teo itu, yang telah dipelihara oleh
pasangan Melayu, bertindak berpindah masuk ke rumah ibu kandungnya dan
telah membuat permohonan untuk keluar  dari Islam dan menukar nama kepada
nama Cina.

Astaghfirullahal ‘azim. Saya hanya mampu menggeleng kepala. Bagaimana
perkara ini boleh terjadi? Saya jadi tidak faham. Saya boleh faham
perasaannya setelah sekian lama berpisah dari ibu kandungnya. Saya juga
boleh terima jika dia mahu menukar namanya kepada nama Cina supaya dengan
itu mungkin membolehkannya mewarisi harta yang bakal ditinggalkan oleh ibu
bapa kandungnya.

Tetapi mengapa perlu menukar agama? Itu yang saya tidak faham. Dan
menambahkan kerisauan di hati saya ialah apabila terkenangkan bayi yang
pasangan Teo itu telah bawa kembali 29 tahun dahulu. Jika anak mereka
dipelihara oleh pasangan Melayu, tentunya anak yang dibawanya pulang adalah
anak pasangan yang membawa balik anaknya itu, iaitu orang Melayu dan
semestinya beragama Islam!

Bagaimana dengan keadaan anak ini? Apakah namanya sekarang ini? Dan apa
pula agama anutannya? Jika anak kandung ibu bapa angkatnya mahu keluar dari
Islam dan kembali kepada keluarga asalnya, apakah dia mahu kembali kepada
Islam dan meninggalkan keluarga angkatnya yang kafir itu? Bahkan, lebih
menghairankan saya, mengapakah boleh tergerak di hati pemuda tersebut untuk
meninggalkan Islam?

Jika betul ingatan saya peristiwa ini berlaku 29 tahun dahulu, bermakna
umur lelaki tersebut sudah mencecah 29 tahun sekarang ini. 29 tahun bukan
satu tempoh yang sekejap. 29 tahun tinggal bersama sebuah keluarga Islam.
29 tahun berkawan dengan orang-orang Islam di sekolah dan di kampung.
Setelah 29 tahun menganut Islam, sepatutnya sudah ada banyak pengetahuan
mengenai agama yang maha suci ini. Tetapi mengapa mesti terjadi sebegini?

Mungkin secara kasar, kisah anak pasangan Teo ini dan isu Rosnah Mat Aris
tidak ada kaitannya. Tetapi bagi saya, kedua-dua isu ini mempunyai punca
yang serupa. Kedangkalan mengenai Islam. Rosnah dan anak pasangan Teo
sebenarnya sama-sama tidak mempunyai ilmu yang mencukupi mengenai Islam.
Dan apa yang lebih pentingnya sebenarnya, kurangnya dakwah dan pendidikan
daripada orang yang berilmu.

Selama ini, kita selalu menganggap tempat mengajar ilmu agama adalah di
masjid-masjid, surau-surau ataupun madrasah dan sekolah agama. Betul,
memang itulah tempat yang seeloknya. Tetapi bagaimana dengan 

http://hidayahnet.ourtoolbar.com [hidayahnet] Muda Sebelum Tua

2007-02-06 Terurut Topik ruzaihan . junit
Assalamualaikum warahmatullah…

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Aku bersaksi bahawa tiada
Tuhan yang disembah selain Allah yang Esa, tiada sekutu bagiNya dan aku
bersaksi bahawa Nabi Muhammmad saw itu hamba dan pesuruhNya. Selawat
berserta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad saw yang memiliki akhlaq
terpuji dan menjadi ikutan selamanya. Juga buat orang2 yang beramal soleh
dan kesekalian dari kita.

Bismillahir Rahmanir Raheem…

Setiap pagi, sekiranya bekerja shif malam, saya akan menghadiri mesyuarat
bersama penyelia untuk memberikan laporan tentang kerja kami pada sebelah
malam kepadanya di samping berbincang tentang perkara-perkara berbangkit.
Jika dengan penyelia yang baik, mungkin perbualan kami tidak terhad tentang
perkara kerja sahaja. Mungkin akan berlarutan sehingga hal-hal politik,
dunia termasuklah bab agama.

Seperti pagi tadi, perbualan kami meleret sehingga ke ibadah solat. Pada
asalnya penyelia saya memperkatakan mengenai sesetengah orang yang suka
melebarkan kangkangannya ketika solat berjemaah kerana hendak mendapatkan
keselesaan ketika bertahiyat akhir. Kemudian diikuti pula dengan
kesilapan-kesilapan lain termasuklah kaedah turun bersujud yang
mandahulukan tangan, bukan lutut.

“Aku tahu sepatutnya turun lutut dulu baru tangan. Tapi lutut aku tak tahan
sakit…” katanya. Saya mengangguk sambil berkata, “Memang ada hadits Nabi
saw yang melarang kita bersujud seperti menangkap burung (turun dengan
mendahulukan tangan). Tapi itu bukan rukun. Cuma sunnah. Kalau dah sakit,
tak boleh tahan… Rasanya Allah tak menzalimi hambaNya.” Penyelia saya
mengangguk-anggukkan kepalanya.

Teman saya bekerja pada shif malam adalah seorang pelatih yang masih muda
usianya. Dia kelihatan tertarik dengan perbincangan kami. Lalu saya menoleh
kepadanya dan berkata “Masa mudalah masa nak beribadah. Kalau dah tua, kau
tengok macam ni, banyak yang kita tak dapat nak buat.” Kata-kata ini
sebenarnya lebih saya tujukan kepada diri saya sendiri. Dan ianya
membuatkan cerita lama saya kembali terimbas.

Saya bukanlah seorang insan yang mulia. Ketika muda banyak masa yang saya
luangkan kepada perkara-perkara yang lagho. Malah saya tergolong dalam
golongan remaja bermasalah. Bukan tidak ada yang cuba mentarbiah saya. Ada.
Tetapi kerana adanya sedikit ilmu agama dalam diri saya, seringkali hujjah
mereka saya patahkan. Lagipun, saya merasakan diri ini terlalu muda ketika
itu untuk ‘melepak’ di masjid.

Selalu kami (saya dan teman-teman ‘seperjuangan’) berkata masa muda inilah
untuk menikmati hidup. Buat apa yang kita hendak buat. Nanti sesudah tua,
sesudah merasa kesemua keseronokan, bolehlah bertaubat dan menghabiskan
masa dengan beribadah. “Kalau tak sempat taubat dah mati?” tanya seseorang.
“Hey… Only good men die young. And I’m not good enough!” jawab kami sambil
tertawa. Astaghfirullahal ‘azim…..

Jahilnya kami ketika itu. Tetapi, katakanlah betul falsafah songsang kami
tadi. Hanya orang baik yang mati di usia muda. Dan kami semua ‘berjaya’
sampai ke usia senja. Dan betul, di usia itu kamipun bertaubat. Apakah akan
diterima taubat kami kelak? Dan, yang juga perlu difikirkan, apakah di usia
itu kami dapat beribadah dengan kuat? Sedangkan usia tua sering dikaitkan
dengan kesakitan itu dan ini di seluruh badan.

Saya bersyukur yang amat apabila Allah melimpahkan cahaya hidayahNya kepada
saya ketika saya masih lagi muda. Pun begitu, ketika ini saya sudah mula
rasakan kudrat saya tidak seperti sepuluh tahun dahulu. Ketika ini,
Alhamdulillah saya masih boleh mengamalkan sunnah-sunnah di dalam solat
tetapi rasa sakit pada bahagian sendi sudah mula terasa. Tambah lagi dengan
kerja saya yang selalu terdedah kepada bahan kimia dan hidrokarbon.

Tetapi saya cuba membayangkan. Katakanlah saya bertaubat pada usia mencecah
50 tahun. Ketika itu, barulah saya hendak berjinak-jinak dengan tikar
sejadah. Dan pada usia itu, lutut saya sudah mulai longgar dan tidak lagi
mampu bersujud. Agaknya saya akan menangis kerana tidak mampu meletakkan
dahi di atas tempat sujud. Alangkah malangnya jika ketika itu baru saya
hendak menyesali masa yang berlalu.

Di masjid tempat saya sering bersolat, terdapat beberapa jemaah yang sudah
berusia yang bersolat secara duduk di atas kerusi. Mereka ini tidak lagi
mampu bersujud kerana masalah pada lutut dan kaki mereka. Kasihan mereka.
Saya berharap Allah menjauhkan saya dari penyakit yang sebegitu. Kerana
sesungguhnya, pada saya, nikmat di dalam solat itu adalah ketika bersujud
kepadaNya.

Malah ada juga riwayat yang mengatakan saat paling hampir kita kepada Allah
ialah tatkala kita bersujud. Syukurlah, kita masih mampu berada pada
kedudukan itu. Tetapi pernahkah kita terfikir tentang sahabat-sahabat kita
yang enggan merapatkan diri kepada Pencipta mereka sementara masih muda?
Selalu juga timbul rasa risau di hati saya kalau-kalau kita terlambat
mengingatkan mereka, mereka juga akan kehilangan peluang untuk bersujud…

Pandangan bahawa masa tua adalah masa paling sesuai untuk beribadah adalah

Help Palestine [hidayahnet] Elak Atau Tampal Lubang Di Jalanan?

2007-02-05 Terurut Topik ruzaihan . junit
Assalamualaikum warahmatullah…

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Aku bersaksi bahawa tiada
Tuhan yang disembah selain Allah yang Esa, tiada sekutu bagiNya dan aku
bersaksi bahawa Nabi Muhammmad saw itu hamba dan pesuruhNya. Selawat
berserta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad saw yang memiliki akhlaq
terpuji dan menjadi ikutan selamanya. Juga buat orang2 yang beramal soleh
dan kesekalian dari kita.

Bismillahir Rahmanir Raheem…

Banyak email yang saya terima berkenaan iklan sebuah syarikat
telekomunikasi yang dikatakan menggunakan sebuah lagu gospel (nyanyian koir
di dalam gereja) sebagai muzik latarnya. Tindakan ini dikatakan keterlaluan
dan mengusik sensitiviti masyarakat muslim di negara ini. Seperti biasa,
perkara seperti ini akan mengundang pelbagai pendapat. Ada yang pro dan ada
juga yang kontra.

Manakala bagi saya, adalah tidak patut untuk terus menuduh syarikat
telekomunikasi terbabit berniat jahat. Mungkin si pengarah iklan tersebut
tidak tahu ianya sebuah lagu gospel dan menganggapnya hanya sebuah lagu
biasa. Bukankah kita dituntut berbaik sangka? Namun, saya amat bersetuju
iklan itu mesti dihentikan siarannya serta-merta kerana ianya melanggar
undang-undang dan mencabar kedudukan Islam sebagai agama rasmi persekutuan.

Tetapi bukan itu yang ingin saya ungkapkan kali ini. Sebenarnya, dalam
memperkatakan tentang topik ini, saya amat tertarik dengan pandangan salah
seorang rakan netter. Dalam sebuah email, si penulis mengeluarkan satu
contoh cerita. Dia bercerita tentang lubang besar yang terdapat di
jalanraya. Kemudian, dia mencontohkan dirinya memandu sebuah kereta dan
melanggar lubang tersebut sehingga ada bahagian keretanya yang patah.

Selepas itu, dia menukar kereta lain dan terus melanggar lubang terbabit
dan mengakibatkan kerosakan pada keretanya lagi. Begitulah seterusnya
sehingga beberapa biji kereta. Akhirnya dia bertanya. Siapakah yang
bersalah dalam hal tersebut? Lubang di jalan atau kereta? Dan jawapannya,
seperti yang kebanyakan orang bersetuju, si pemandulah yang bersalah.
Begitulah, katanya, orang Melayu kita ini.

Ada orang Melayu akan melompat hanya apabila melihat kayu bersilang,
katanya. Saya faham. Dia menyindir orang yang beranggapan bahawa lagu yang
dimainkan di dalam iklan syarikat telekomunikasi terbabit sebagai satu
kesalahan adalah tidak rasional. Sesungguhnya saya menghormati buah
fikirannya. Dan saya juga menganggap ideanya menggunakan kisah kereta dan
lubang di jalan sebagai sesuatu yang kreatif.

Bagi saya, ideanya tidak salah. Hanya, perlu dilanjutkan dengan sedikit
penambahan. Dalam email balasan saya kepadanya, saya katakan adalah lebih
baik sekiranya lubang itu ditampal. Bukan dielak. Kita boleh mengelak hari
ini dan kita boleh mengelak esok. Bagaimana dengan hari seterusnya?
Bagaimana pula dengan hari-hari di mana kita keletihan dan kurang awas di
jalanan?

Mungkin di satu masa, dalam keadaan tergesa-gesa kerana satu kecemasan,
kita terlupa akan lubang tersebut lalu kita melanggarnya. Dan kesannya,
kereta  kita akan rosak. Malah, lebih dari itu, mungkin kita juga akan
tercedera. Maka kerana itulah, saya simpulkan bahawa mengelak lubang di
jalanraya bukanlah penyelesaian yang terbaik. Adalah lebih utama untuk kita
menampal lubang tersebut.

Mungkin ada yang akan beranggapan, itu bukan kerja kita sebaliknya ada
jabatan yang telah ditugaskan untuk menampal jalan yang berlubang. Benar!
Tepat sekali! Tetapi bagaimana jika jabatan tersebut mempunyai kakitangan
yang pemalas? Atau mungkin jabatan tersebut kekurangan kakitangan? Atau
mungkin ianya telah dirasuah atau ditekan oleh bengkel yang berdekatan yang
mahu mengambil untung atas kereta yang ‘terduduk’ di tengah jalan?

Apakah kita rela meletakkan kereta kita dalam risiko? Tentu sekali tidak.
Jadi rasanya tidak salah jika berkorban sedikit masa dan tenaga demi
kebaikan semua masa hadapan. Selepas lubang ditampal, pemanduan juga akan
menjadi lebih lancar. Malah mungkin akan lebih cepat untuk kita sampai ke
destinasi. Keselamatan juga insyaAllah akan lebih terjamin. Walau
bagaimanapun, ini hanya sekadar satu perumpamaan.

Dalam realiti, jika betul jalan berlubang, rasanya peratusan untuk saya
menampal sendiri lubang tersebut agak kecil. Paling mudah, saya ambil jalan
alternatif. Tetapi, untuk bercerita tentang konsep dakwah, sambil
menyambung idea yang digunakan oleh rakan netter tersebut, biarlah cerita
ini dijadikan sebuah perumpamaan atau contoh. Di mana jalanraya tersebut
adalah kehidupan, lubang sebagai dakyah kafirun dan kereta pula sebagai
iman kita.

Dakyah puak al-kafirun lebih-kurang sama banyaknya dengan lubang-lubang
yang terdapat di jalan-jalan raya kita pada hari ini. Ke sana dan ke mari,
ada saya yang mereka usahakan untuk membawa kita kepada kesesatan. Jadi,
apakah yang harus kita lakukan? Elak dari bertembung dengan mereka? Betul…
Tetapi berapa lama? Sampai bilakah kita mampu ‘bermain sembunyi ibu’ dengan
mereka?

Maka kerana itulah wajib bagi kita membanteras usaha mereka. Dakwah 

Help Palestine [hidayahnet] Perarakan Sempena Pesta Flora 2007

2007-02-04 Terurut Topik ruzaihan . junit
Assalamualaikum warahmatullah…

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Aku bersaksi bahawa tiada
Tuhan yang disembah selain Allah yang Esa, tiada sekutu bagiNya dan aku
bersaksi bahawa Nabi Muhammmad saw itu hamba dan pesuruhNya. Selawat
berserta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad saw yang memiliki akhlaq
terpuji dan menjadi ikutan selamanya. Juga buat orang2 yang beramal soleh
dan kesekalian dari kita.

Bismillahir Rahmanir Raheem…

Tahun 2007 menyaksikan Malaysia sekali lagi menyambut Tahun Melawat
Malaysia (TMM). Adalah menjadi harapan kerajaan dan segelintir rakyat tahun
ini jumlah bilangan pelancong yang melawat negara kita bertambah. Terutama
selepas banyak dana rakyat yang dibelanjakan demi mempromosikan Malaysia
sebagai sebuah destinasi pelancongan walaupun bagi diri saya, tidak ada apa
yang menarik untuk dipamerkan di sini.

Apa yang ada? Kesan tinggalan sejarah yang membuktikan betapa lemahnya
orang kita hingga dengan mudah diperdayakan oleh bangsa kulit putih dan
mengangkat mereka sebagai penasihat yang wajib didengari kata-katanya? Atau
menyaksikan bagaimana akibat kerasukan segelintir pemimpin merebut takhta
pemerintahan sehingga sanggup membiarkan pulau-pulau penting diserahkan
sebagai bayaran pertolongan bangsa penjajah?

Atau mungkin pelancong boleh melawat Menara Berkembar Petronas yang pernah
ditabalkan sebagai menara berkembar tertinggi di dunia? Atau bergembira
dengan taman-taman tema yang rakyat tempatan hanya mampu melihat dari luar
kerana tidak mampu membayar harga tiket yang terlalu mahal? Bukanlah kerana
rakyat kita bergaji kecil tetapi kerana duit telah habis digunakan untuk
membayar yuran pelajaran anak, petrol, tol dan sebagainya

Atau terus menonton anak-anak gadis kita tergadai maruahnya menggoyangkan
punggung bagi menghiburkan pelancong atas nama tarian tradisional? Atau apa
lagi? Saya akui industri pelancongan mempunyai kesan yang baik terhadap
ekonomi negara kita tetapi keterlaluan menggamit pelancong akan menyebabkan
lebih banyak kesan negatif dari positif. Terutama untuk kita yang berbangga
sebagai sebuah negara Islam. Walaupun sekadar Islam Hadhari.

Termasuk di dalam jadual perayaan di TMM 2007 ini adalah Perarakan Kereta
Berhias bersempena dengan Pesta Flora 2007 yang berlangsung baru-baru ini.
Saya tidak sempat dan berminat untuk menyertainya tambah lagi ianya
diadakan di Putrajaya. Jauh dari kediaman saya. Cuma saya berkesempatan
menonton sedutan persiapan yang diadakan sebelum perarakan bermula melalui
klip yang dimainkan di akhir Buletin Utama siaran TV3.

Memang gah. Tidak mustahillah jika ada yang mengatakan sebuah kereta
memakan belanja sehingga ratusan ribu ringgit. Ah… Alangkah bagusnya jika
wang itu disalurkan kepada anak-anak miskin yang tidak dapat melanjutkan
pelajaran akibat kesempitan hidup. Atau untuk mereka yang terpaksa merayu
sumbangan orang awam demi menjalani suatu pembedahan bagi menyelamatkan
nyawa. Atau disalurkan kepada mangsa banjir. Bukan?

Dalam melihat betapa gahnya kereta-kerata berhias yang dipamerkan, saya
terpandang kepada satu lembaga yang besar. “Gajah? Patung gajah?” saya
bertanya sendirian. Rupanya ahli keluarga saya yang lain juga turut
terpandang. “Buat apa patung gajah itu di situ? Akan turut diarakkah
nanti?” bisik hati saya lagi. Hairan… Apa kena mengena patung gajah dengan
bunga-bungaan? Gajah berasal dari bungakah? Atau bunga berasal dari gajah?

Dan pada malam minggunya, Buletin Utama menyiarkan pula klip sambutan
tersebut. Ternyata patung gajah itu benar-benar ada. Kebetulan abang saya
juga ada di rumah kami ketika itu. Kami saling berpandangan. “Eh! Ini dah
macam perarakan berhala ni!” kata saya kepada abang saya yang membuatkan
dia menganggukkan kepalanya tanda bersetuju. Hati saya jadi tidak tenteram.
Bagaimana perkara sebegini boleh terjadi?

Ke mana agaknya pergi mufti yang sebelum ini sibuk memperkatakan tentang
bidaah, yang sibuk mengutuk kerja-kerja amr-bil-ma’ruf, nahi-‘anil-mungkar
yang dijalankan oleh jabatan-jabatan agama? Ke mana agaknya menghilang
ustazah yang dilantik menjadi ahli parlimen yang kononnya sangat alim?
Apakah mereka tidak tahu, perbuatan mengarakkan patung sama seperti
perbuatan masyarakat jahiliyah dahulu?

Apa? Adakah atas nama ekonomi dan penyuburan industri pelancongan, maka
kegiatan haram sebegini terpaksa dihalalkan? Tidak ada pengecualian di
sini. Tidak cukupkah kita melakukan modifikasi terhadap Islam dengan
menggugurkan hukum hudud sehinggakan kini kita mula membenarkan berhala
diarak oleh orang yang mengaku Islam? Di manakah sebenarnya kelebihan Islam
Hadhari berbanding Islam yang dibawa Nabi saw sebenarnya?

Perperangan Islam terhadap berhala bukan bermula selepas pengutusan
Muhammad saw sebagai rasul Allah lagi. Malah ratusan tahun sebelum itu.
Tentu kita masih ingat kisah di zaman Nabi Ibrahim as di mana kaum beliau
begitu taksub dengan patung-patung yang mereka bina sendiri. Patung-patung
itu diarak dan diraikan lebih dari seorang raja lagi. Dan usaha menentang
ini 

Help Palestine [hidayahnet] Fw: Pusat Pemulihan Akhlak

2007-02-01 Terurut Topik ruzaihan . junit
Assalamualaikum warahmatullah...

Harap boleh tolong selesaikan masalah teman saya di bawah ini. Kepada
rakan-rakan yang mengetahui, harap sudi membantu. Saya dulukan ucapan
terima kasih, Kepada mereka yang sudi membantu, saya doakan semoga Allah
membalas kebaikan anda dengan sebaik-baik balasan...

Wassalamualaikum warahmatullah.

- Forwarded by Ruzaihan Junit/U-AsiaPacific/ExxonMobil on 01/31/2007
05:40 AM -
|-+
| |   [EMAIL PROTECTED]   |
| ||
| ||
| |   01/24/2007 09:55 AM  |
|-+
  
-|
  | 
|
  | To:  [EMAIL PROTECTED]
|
  | cc: 
|
  | Subject: urgent!
|
  
-|



Assalamualaikum...

Pekabar? Anak2 sihat? Awak, nak minta tolong  kit ni. Urgent! Very urgent!
Awak tahu tak mana2 pusat pemulihan akhlak yang islamik sikit. Saya nak
hantar sorang anak sedara saya. Dia tak terlibat dengan dadah atau jenayah
tapi perangai dia buruk sangat. Sebelum dia jadi lebih teruk better saya
buat sesuatu.





Help Palestine [hidayahnet] Dosa Dan Pahala

2007-01-16 Terurut Topik ruzaihan . junit

Johor dilanda banjir sekali lagi. Aduhai... Sedihnya hati. Entah apa nasib
teman saya. Baru saja pulang ke rumah asal mereka. Aduhai... Kalaulah
bencana sebegini menimpa diri sendiri, entah bagaimana reaksi nanti. Entah
bagaimana rudumnya iman. Wana'uzubillah. Saya tanyakan juga khabar di
rumah. Alhamdulillah... Memang rumah kami dimasuki air tetapi hanya lebih
kurang 10 baldi sahaja.

Sesetengah teman saya mengaitkan bencana ini dengan 'dosa warga Johor'.
Sudah sering sangat saya disindir (secara bergurau). Malah ada juga ahli
jemaah masjid di tempat saya yang berkata sebegitu. Banyak sangat maksiat
kat Johor ni katanya ketika bercerita tentang banjir yang melanda sebelum
ini. Tengok artis kita. Pakai seksi. Jual suara, jual bentuk tubuh tapi
lepas tu cakap, saya bersyukur atas rezeki yang Allah beri...

Lelaki itu mencebik bibirnya. Saya hanya tersenyum. Persoalannya, banyak
sangatkah maksiat di negeri Johor sehinggakan dilanda banjir sehebat ini? 3
kali tenggelam dalam masa kurang sebulan. Apakah negeri-negeri lain tidak
pernah melakukan dosa? Bagaimana dengan Kelantan dan Terengganu yang saban
tahun dilanda banjir? Apakah tahun lepas kadar maksiat di negeri mereka
sudah turun kerana itu mereka tidak ditimpa banjir pada tahun ini?

Sebenarnya, untuk kedua-dua kenyataan yang dikeluarkan oleh lelaki tadi,
telah saya balas. Pertama, saya katakan bahawa maksiat ada di mana-mana.
Masalahnya, sama ada ada atau tidak orang yang hendak mencegah, menentang
dan menghapuskan maksiat. Dan kedua, saya katakan kepadanya bahawa para
artis itu menganggap bahawa rezeki mereka Allah yang beri. Maka kerana itu
mereka mensyukurinya.

Memanglah! tempiknya. Orang kafir pun Allah yang beri rezeki sambungnya
lagi. Saya hanya mendiamkan diri sambil tersenyum. Rupanya jawapan saya
membuatkan dia naik angin. Sedangkan pada asalnya, saya bukanlah tidak
bersetuju dengan jawapannya. Bahkan sebenarnya saya juga merasa loya dengan
sifat sesetengah artis kita yang mencari makan dengan maksiat tetapi sibuk
berlagak baik dengan menyebut-nyebut kesyukuran mereka.

Tetapi itu hal dunia artis. Bukan itu yang ingin saya nukilkan di sini. Apa
yang menarik perhatian saya ialah, sikap kita (terutama diri saya sendiri)
yang terlalu kerap mengaitkan apa-apa bencana dengan dosa penduduk di
sekitarannya. Atau dalam bahasa mudah, kita selalu anggap bencana itu
sebagai kafarah untuk mereka. Masih ingat tragedi di Acheh tidak berapa
lama dahulu?

Ketika orang lain sedang sibuk membantu mangsa, sesetengah dari kita sedang
sibuk mengkaji dosa mereka. Oh... Mereka buat ini. Sebab itulah jadi
begini. Oh... Mereka buat itu. Sebab itu jadi begitu. Agaknya, jika si
mangsa mendengar, semakin hancur luluhlah hati mereka. Sudahlah kehilangan
harta benda dan segala, dituduh pula sebagai pembuat dosa. Beginikah cara
saudara mereka membantu mereka...

Jika dilihat pada bangsa-bangsa yang terdahulu, kita dapat melihat betapa
Allah pernah menghancurkan mereka dengan pelbagai cara. Dengan diterbalikan
bumi, dengan dihempap dengan batu, dengan banjir besar dan berbagai cara
yang lain. Kaum Luth dan kaum Nuh adalah cerita yang paling popular. Maka
seiring itu, bencana hari ini juga dibayangkan dengan kejadian masa silam
tersebut.

Tetapi seperkara yang selalu melintas di fikiran saya. Mengapakah kaum-kaum
itu dimusnahkan? Kerana dosa merekakah? Tidak. Bukan kerana dosa mereka
semata-mata. Tetapi kerana keengganan mereka untuk menerima teguran dan
peringatan yang diturunkan oleh Tuhan kepada mereka melalui para anbiyaNya.
Mereka dihukum akibat sifat degil mereka menolak utusan Allah.

Maka hari ini, jika kita mahu mengaitkan sesuatu bencana itu dengan maksiat
yang dilakukan oleh penduduknya, mari kita tanyakan kepada diri kita
semula. Apakah kita telah memberikan peringatan kepada mereka? Apakah sudah
cukup peringatan yang kita berikan itu? Jika kita masih belum memberikan
mereka peringatan, ataupun masih belum mencukupi, maka bolehkah kita
mengaitkan bencana itu dengan dosa mereka?

Bermakna, bencana yang melanda ini bukan kafarah buat mereka sahaja. Tetapi
juga termasuk kita. Kita yang mengabaikan sifat tabligh Nabi Muhammad saw.
Yang bermaksud menyampaikan. Kita tidak sibuk menyampaikan agama dan
peringatan Allah kepada mereka sebaliknya kita lebih sibuk dengan urusan
memperbincangan perkara remeh dan furu'. Lebih suka berdebat atas sebab
yang kecil dari bersatu untuk usaha yang lebih besar.

Jadi adalah tidak adil untuk kita menyalahkan mereka semata-mata.
Seharusnya, jika mahu menuduh penduduk sesuatu tempat itu berdosa sehingga
ditimpa bencana, silalah salahkan diri sendiri dahulu yang gagal
menjalankan peranan sebagai muslim untuk menentang kebathilan dan
menegakkan kebenaran. Salahkan diri sendiri dahulu kerana tidak mengikut
sunnah Nabi saw yang menyampaikan keagungan Tuhan.

Tentu kita tidak mahu menjadi seperti Nabi Yunus as yang ditelan ikan. Nabi
Yunus bukan tidak menyampaikan. Hanya beliau meninggalkan kaum mereka
setelah kaumnya enggan menerima 

Help Palestine [hidayahnet] Fw: Betul Tak?

2007-01-15 Terurut Topik ruzaihan . junit

Two men were on a plane on a business trip when a Muslim couple boarded the
plane and were seated right in front of them. The two men, eager to have
some fun, started talking loudly. My boss is sending me to Saudi Arabia,
the one said, But I don't want to go...too many Muslims there!

The Muslim couple noticeably heard and grew uncomfortable. The other guy
laughed, Oh, yeah, my boss wanted to send me to Pakistan but I
refused...WAY too many Muslims! Smiling, the first man said, One time I
was in Iran but I HATED the fact that there were so many Muslims!
The couple fidgeted.

The other guy responded, Oh, yeah...you can't go ANYWHERE to get away from
them...the last time I was in FRANCE I ran into a bunch of them too!
The first guy was laughing hysterically as he added, That is why you'll
never see me in Indonesia...WAY too many Muslims!

At this, the Muslim man turned around and responded politely, Why don't
you go to Hell?, he asked, I heard there's NO Muslim THERE!





Help Palestine [hidayahnet] Malang...

2007-01-12 Terurut Topik ruzaihan . junit
Assalamualaikum warahmatullah…

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Aku bersaksi bahawa tiada
Tuhan yang disembah selain Allah yang Esa, tiada sekutu bagiNya dan aku
bersaksi bahawa Nabi Muhammmad saw itu hamba dan pesuruhNya. Selawat
berserta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad saw yang memiliki akhlaq
terpuji dan menjadi ikutan selamanya. Juga buat orang2 yang beramal soleh
dan kesekalian dari kita.

Bismillahir Rahmanir Raheem…

Sedang saya membelek satu persatu email yang berada di kotak masuk sata,
tiba-tiba saya terpandang satu email yang bertajuk ‘Mengatasi Nasib
Malang’. Lekas-lekas saya klik email tersebut dan membaca isinya. Rupanya,
si pengirim bertanyakan untuk rakannya yang dikatakan mengalami nasib
malang. Berniaga tidak menjadi, rumahtangga porak-peranda dan pelbagai
masalah lain. Si pengirim bertanya kepada sesiapa yang boleh mengubatinya…

Ubat? Saya terdiam sebentar. Nasib malang boleh diubati? Kena mandi
bungalah agaknya. Tapi… Saya sendiri tidak tahu apa kaitan bunga dengan
nasib malang. Yang saya tahu, memang malanglah bunga yang terpilih kena
belumpun sempat menghamburnya benihnya untuk meneruskan generasi
berikutnya, telah dipetik dan dijadikan bahan mandian untuk membuang nasib
malang manusia…

Saya tidak mengenal pengirim apatah lagi rakannya yang disebut di dalam
email tersebut. Tetapi saya kenal dengan nasib malang. Malah dahulu, saya
pernah menganggap nasib malang adalah sahabat baik saya kerana di mana
sahaja saya berada, rasanya seperti dia ada bersama. Dalam lain erti kata,
suatu ketika dahulu, saya selalu menganggap diri saya ini bernasib malang.
Atas sebab-sebab tertentu, dahulu saya percaya ianya begitu.

Sebenarnya, apa yang kita panggilkan sebagai nasib malang? Bagi diri saya,
definisinya adalah, apa sahaja yang berlaku bukan seperti yang kita rancang
atau mahukan. Contohnya jika kita berniaga, kita tentu sahaja mahukan
keuntungan. Tetapi kemudiannya perniagaan kita lingkup. Maka tentunya kita
akan menganggap ianya sesuatu yang malang. Atau mungkin juga kemalangan
kereta. Namanya juga sudah keMALANGan…

Masih ingat dengan satu babak dalam filem P. Ramlee berjudul Ali Baba
Bujang Lapok? Dalam babak tersebut, seorang fakir yang dilakonkan oleh
Sarip Dol hendak meletakkan taruhan pada papan nombor yang dibentangkan
oleh Sarjan (lakonan Ibrahim Pendek). Si fakir meletakkan wang kutipan
sedekahnya selama seminggu dan akhirnya, kehabisan kesemua wang itu kerana
ditipu oleh sang Sarjan.

Apakah ini juga kita katakan malang? Oh tidak! Ini bukan malang. Ini bodoh!
Orang yang percaya bahawa dengan berjudi boleh menukar nasib mereka adalah
orang yang bodoh. Sememangnya ada kejadian orang yang jadi kaya hanya
dengan berjudi tetapi, ianya terlalu sukar di dapati. Dan sungguhpun kaya
di dunia ini, di akhirat kelak merekalah orang yang fakir kerana hidup
dalam timbunan harta yang bersumberkan haram.

Jika kita hendak mengira nasib malang yang menimpa diri kita, nescaya tidak
akan terkira banyaknya. Jika betullah definisi saya di atas, sudah tentu
kita ini sentiasa diselubungi dengan nasib malang kerana pada kebanyakan
masa, banyak yang kita inginkan berlaku sebaliknya. Dari kita mula boleh
mengingat sehingga sekarang, berapa banyak kejadian yang tidak kita ingini.
Cuba kira. Tentu tidak terkira bukan?

Tetapi jika segala nasib malang itu diletak pada sebelah neraca, kemudian
segala kebaikan yang kita terima dalam hidup ini diletakkan pada sebelah
yang lainnya, saya percaya neraca itu akan jadi berat sebelah dengan segala
kebaikan itu akan lebih berat. Tetapi, disebabkan pada kebanyakan masa kita
lebih menumpukan pemikiran terhadap kehampaan lebih daripada kebaikan, maka
itulah kita sering mengatakan kita bernasib malang.

Jika hendak berbicara tentang nasib malang, tidak ada orang yang lebih
malang berbanding dengan Nabi saw. Ayahandanya meninggalkan ketika Baginda
masih dalam kandungan. Apabila usia meningkat enam tahun, bondanya pula
meninggal dunia. Baginda saw dibesarkan tanpa kasih saya dari ayah dan ibu.
Hanya mengikut datuknya berniaga ke sana dan ke mari sampailah ke negeri
Syam.

Malah bertambah malang setelah dilantik sebagai Rasul Allah. Baginda yang
sebelum itu digelar sebagai al-Amin, dipercayai dan disayangi penduduk
Makkah telah dituduh sebagai pendusta, gila dan ahli sihir. Bahkan Baginda
saw pernah dilontar dengan najis. Malah, ketika berdakwah di Thoif, Baginda
saw telah dilontar dengan batu sehinggakan sepatu yang dipakaiNya bertakung
dengan darah Baginda.

Namun dalam lipatan sejarah Islam, tidak pernah sekalipun Baginda saw
menyifatkan dirinya bernasib malang. Bahkan Nabi saw begitu bersyukur
dengan anugerah yang telah Allah berikan kepadanya. Tidak ada makhluk Allah
yang bersyukur lebih dari Nabi Muhammad saw. Baginda saw bukan bersyukur
hanya setelah terbentuknya kerajaan Islam Madinah tetapi pada setiap masa.
Bahkan ketika dilempar dengan najis.

Kerana Baginda begitu yakin dengan setiap janji Allah. Dan Allah telah
berjanji bahawa ‘Setiap 

Help Palestine [hidayahnet] Hujan, Banjir Dan Rezeki

2007-01-08 Terurut Topik ruzaihan . junit
Assalamualaikum warahmatullah…

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Aku bersaksi bahawa tiada
Tuhan yang disembah selain Allah yang Esa, tiada sekutu bagiNya dan aku
bersaksi bahawa Nabi Muhammmad saw itu hamba dan pesuruhNya. Selawat
berserta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad saw yang memiliki akhlaq
terpuji dan menjadi ikutan selamanya. Juga buat orang2 yang beramal soleh
dan kesekalian dari kita.

Bismillahir Rahmanir Raheem…

Tempohari, ketika negeri Johor masih sedang hebat dilanda banjir lagi,
hujan turun dengan agak lebat sebaik selesai kami tunaikan solat Zuhur.
Maka saya dan beberapa orang jemaah hanya duduk di tangga masjid menanti
hujan teduh. Disebabkan ketika itu kisah banjir masih lagi menjadi isu
hangat, maka perbualan kami lebih banyak tertumpu kepada kisah bencana itu.
Maka keluarlah bermacam-macam cerita.

Tetapi saya paling tertarik dengan kata-kata seorang dari jemaah tersebut.
Katanya, hujan yang turun mencurah itu sebenarnya adalah permintaan manusia
sendiri. Selama ini apabila hari panas, manusia sering mengeluh dan berdoa
memohon Allah turunkan hujan. Sekarang, apabila Allah turunkan hujan dengan
lebatnya, bumi pula tidak tertampung. Kebanyakan kami menggelengkan kepala
tanda bersetuju dengan pendapatnya.

Kemudian saya mencelah. Haji... Hujan ni rahmat. Macam rezeki. Bila Allah
turunkan hujan sikit, kita kata tak cukup. Kita nak lagi. Hujan satu jam,
kita nak satu hari. Bila dah terlebih hujan, akhirnya banjir dan yang
hanyut kita sendiri juga. Begitu juga dengan rezeki. Bila Allah beri kita
rezeki, kita kata tak cukup. Kita nak lagi. Sampai akhirnya dah terlalu
melimpah, kita hanyut dalam kemewahan...

Saya dah terkena Haji. Bila duit ada di tangan, memang hanyut. Sebab nak
habiskan duit, saya tinggalkan jemaah. Sebab nak habiskan duit, bukan nak
cari duit tu... sambung saya lagi. Haji tersebut hanya tersenyum sambil
menggeleng-gelengkan kepalanya. Iya la eh? jawabnya pula menzahirkan
persetujuannya. Seketika kemudian hujan mulai reda dan kami semua beredar
pulang ke rumah masing-masing.

Dalam fikiran saya masih lagi terngiang-ngiang kata-kata yang saya sebutkan
sebentar tadi. Sungguh, ianya bukan apa yang telah lama bermain di fikiran
saya. Ianya lahir secara spontan. Ilham kurniaan Allah. Dan Alhamdulillah,
saya jadi tersedar. Betul. Saya sendiri bersetuju dengan apa yang saya
sebutkan tadi. Dan saya yakin, ini adalah satu cara Allah hendak
menyelamatkan saya. Segala puji bagi Allah...

Dahulu memang saya susah. Kehidupan sempit. Terutama ketika baru bertukar
tempat kerja. Ketika itu sedang sibuk mengumpul duit untuk berkahwin pula.
Kemudian, pada bulan-bulan awal perkahwinan, hidup saya masih di takat yang
lama. Masih terasa kesempitannya. Lalu yang saya pohon setiap hari dariNya
hanyalah limpahan rezeki. Saya mahukan rezeki yang lebih. Dan
Alhamdulillah, itulah yang Allah berikan.

Tetapi itupun masih belum mencukupi. Walaupun sudah mulai lapang, perasaan
untuk lebih selesa mula menguasai akal dan nafsu (iman lemah). Lalu dipohon
lagi rezeki dan Allah kurniakan lagi. Dan akhirnya ketika diri ini
dilimpahi dengan rezeki, saya terlupa untuk memohon diteguhkan iman. Saya
jadi hanyut. Seronok dengan limpahan wang. Mula berbelanja boros dan sesuka
hati.

Paling menyedihkan, disebabkan sibuk berbelanja, sering kali Asar dilakukan
dengan bersendirian. Manakan tidak, sedang suara bilal berkumandang
melaungkan azan Asar, saya sedang sibuk beratur di kaunter pembayaran untuk
melunaskan harga barang yang saya beli. Malah kadangkala, bukan setakat
Asar, bahkan Maghrib dan Isyak juga tidak dilakukan secara berjemaah kerana
sibuk sangat berbelanja.

Hebat, bukan? Allah mengurniakan saya limpahan rezeki. Dan saya menyatakan
kesyukuran ke hadhratNya dengan, bukan setakat meninggalkan jemaah, bahkan
melewatkan solat. Kadangkala saya jadi malu hendak ke masjid. Kerana wajah
saya terlalu sering tenggelam dan timbul. Malah lebih memalukan lagi, lebih
banyak masa tenggelam dari masa timbulnya. Inikah caranya saya menghargai
perintah Allah?

Maka sebenarnya rezeki itu tidak boleh berlebihan. Dan inilah sebabnya
Baginda Nabi saw memohon agar Baginda dijadikan lapar sehari dan kenyang
pada keesokan harinya kerana Baginda Nabi saw mahu meratap merintih pada
satu hari dan kemudiannya bersyukur atas nikmatNya pada keesokan harinya.
Supaya dengan cara itu, Baginda akan lebih menghargai rezeki yang
dikurniakan kepadanya.

Hujan adalah rezeki. Dan lihatlah apa yang terjadi apabila hujan yang
berlebihan. Bumi ini dinaiki air dan akhirnya memusnahkan apa yang telah
kita bina selama ini. Rumah yang disiapkan dengan hasil titik peluh dan
susah payah akhirnya rebah. Terasa sia-sia usaha kita selama ini. Dan
begitulah yang berlaku kepada iman kita. Dengan limpahan rezeki yang
mencurah-curah, akhirnya tembok iman yang kita bina mungkin akan musnah.

Saya tidak mengatakan tidak boleh mencari rezeki yang lebih. Tidak. Carilah
dunia seperti mana kita akan hidup seribu tahun lagi. Akan tetapi setiap

Help Palestine [hidayahnet] Banjir...

2007-01-07 Terurut Topik ruzaihan . junit
Assalamualaikum warahmatullah…

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Aku bersaksi bahawa tiada
Tuhan yang disembah selain Allah yang Esa, tiada sekutu bagiNya dan aku
bersaksi bahawa Nabi Muhammmad saw itu hamba dan pesuruhNya. Selawat
berserta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad saw yang memiliki akhlaq
terpuji dan menjadi ikutan selamanya. Juga buat orang2 yang beramal soleh
dan kesekalian dari kita.

Bismillahir Rahmanir Raheem…

Rasanya hampir semua orang tahu tentang berita negeri Johor yang dilanda
banjir hebat baru-baru ini. Ada juga beberapa orang yang menelefon dan
mengirimkan email bertanyakan adakah tempat saya dilanda banjir.
Alhamdulillah... Setakat ini rumah saya masih selamat. Memang dimasuk air
tetapi sekadar lebih kurang 10 baldi sahaja. Kepada mereka, terima kasih
kerana mengambil berat. InsyaAllah, email anda akan saya balas bila
kelapangan nanti.

Beberapa hari selepas banjir, iaitu hari ketiga saya pulang dari laut, saya
menghubungi teman-teman dari tempat kerja lama kami untuk minum bersama.
Kami berlima sebenarnya telah lama meninggalkan syarikat yang beroperasi di
Pasir Gudang itu dan semenjak berhenti, itulah kali pertama kami bertemu
kerana masing-masing berkhidmat dalam syarikat yang berlainan. Dua dari
kami kini bertugas di Sudan.

Sudah lama tidak bertemu, tentu sahaja banyak yang diceritakan. Antaranya
ialah tentang rakan-rakan yang sedang bertungkus-lumus mencari kerja lain.
Kami bertanya-tanya sama sendiri tentang kekosongan jawatan di tempat
masing-masing. Tiba-tiba seorang dari teman saya bercerita... Wei...
Korang tau pasal Bob? Kesian la dia... Rumah dia habis kena banjir. Motor
pun hanyut. Sekarang ni mula dari kosong la...

Saya jadi terkejut mendengar berita yang disampaikan. MasyaAllah... Begitu
terukkah banjir yang melanda Kota Tinggi? Sungguh, saya bukan orang yang
suka menonton dan membaca berita oleh media Malaysia kerana sudah sering
sangat tertipu ketika era pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim dahulu. Dan
kerana itu saya sering ketinggalan dengan berita nasional yang terkini.
Hanya bergantung kepada berita yang teman-teman kirimkan sahaja.

Kalau tempat korang ada kosong, tolong la rekomenkan si Bob tu. Kesian
dia. Tinggal sehelai sepinggang je. Sambung teman saya lagi. Kami kemudian
sama-sama berjanji untuk membantu apa-apa yang patut. Beberapa hari
kemudian, saya menghubungi teman saya yang terlibat dalam banjir tersebut.
Untuk mendapatkan berita yang lebih jelas tentang musibah yang melanda
kejiranannya.

Habis dah... jawab teman saya dengan tenang sambil tertawa. Kau
bayangkan, rumah aku yang dua tingkat tu tinggal bumbung je. Jelasnya lagi
membuatkan saya melopong. MasyaAllah... Begitu dalam? Motor? tanya saya
pula. Alhamdulillah. Memang hanyut tapi dapat diselamatkan sebab
tersangkut. Ada la 100 meter kena hanyut. Lepas aku hantar servis tuari
Allhamdulillah boleh pakai balik... jawabnya lagi.

Selepas dari itu, saya telefon pula pak cik saya di kampung.
Alhamdulillah... Rumah mereka terselamat. Tetapi, katanya, bandar Kota
Tinggi sudah berubah menjadi lautan. Bangunan Mara sudah menjadi pulau.
Lampu isyarat trafik juga tenggelam. Dan Jambatan Kota yang menghubungkan
Johor Bahru dengan Kota Tinggi menyeberangi Sungai Kota juga tenggelam.
Hanya tinggal besinya di tepinya sahaja yang kelihatan.

Saya membayangkan keadaannya. Sungguh mengerikan. Kemudian terbayang pula
seperti keadaan rumah teman saya. Rumahnya sudah tidak boleh diduduki lagi.
Dinding roboh. Baju-baju juga hanyut. Yang ada pun dipenuhi lumpur. Perabot
dan barangan elektrik pula rosak teruk dan tidak boleh digunakan lagi.
Mujurlah ayahnya pekerja Kementerian Kesihatan maka dapatlah mereka sebuah
rumah di Kuarters Hospital.

Seperkara yang menarik tentang sahabat saya ini, beliau, dari riak
suaranya, seperti begitu tenang menghadapi musibah ini. Dalam kebanyakan
masa dia ketawa ketika berbual dengan saya. Tidak sekalipun dia mencela
cuaca. Malah mengeluh sesal pun tidak. Tenang dan bersahaja. Sungguh saya
mengkagumi ketabahan hatinya. Hebat. Saya cuba bayangkan bagaimana
keadaannya jika saya yang ditimpa musibah sebegitu.

Ah... Tidak dapat saya hendak membayangkannya. Tempohari, ketika pulang
dari masjid hujan agak lebat. Maka saya dan beberapa orang jemaah yang lain
duduk berbual di kaki tangga sambil menunggu hujan teduh. Topik perbualan
ketika banyak berkisar tentang banjir. Ketika semua sedang sibuk berbual,
saya bertanya, bagaimanakah iman kita jika kita yang ditimpa musibah
sebegitu? Masing-masing menggelangkan kepala tanda tidak tahu...

Ketika itu, apa yang bermain difikiran saya ialah kata-kata dari abang
saya. Ketika bencana tsunami baru melanda Acheh, abang saya berkata, dalam
bencana sebegitu, orang yang paling beruntung adalah orang yang tidak punya
harta. Mereka tidak ada apa-apa yang boleh dikesalkan akibat rosak atau
hilang atau hanyut dibawa arus deras. Kerana harta mereka adalah apa yang
ada pada badan mereka.

Mereka tak punya TV plasma yang harga ribuan 

Help Palestine [hidayahnet] Tangisan Di Rumah Nurhikmah

2006-12-23 Terurut Topik ruzaihan . junit
Assalamualaikum warahmatullah…

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Aku bersaksi bahawa tiada
Tuhan yang disembah selain Allah yang Esa, tiada sekutu bagiNya dan aku
bersaksi bahawa Nabi Muhammmad saw itu hamba dan pesuruhNya. Selawat
berserta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad saw yang memiliki akhlaq
terpuji dan menjadi ikutan selamanya. Juga buat orang2 yang beramal soleh
dan kesekalian dari kita.

Bismillahir Rahmanir Raheem…

Pada 13 Disember baru-baru ini, saya ke Kuala Lumpur lagi untuk menghadiri
mesyuarat kesatuan. Semasa dalam perjalanan, saya hubungi teman saya dan
memberitahunya bahawa saya akan ke sana. Dan kami merangka rancangan untuk
bertemu jika mesyuarat saya berjaya ditamatkan lebih awal. Dan itulah
sebenarnya yang terjadi. Kami korbankan makan tengahari dan dapat menutup
mesyuarat jauh lebih awal.

Sebaik tamat mesyuarat, saya menghubungi teman saya tadi menggunakan sistem
pesanan ringkas (SMS). Tidak lama kemudian, keretanya pun muncul di hadapan
bangunan pejabat syarikat tempat saya bekerja. “Ada apa-apa program tak
lepas ni?” tanyanya. Saya menggelengkan kepala. “Cuma malam nanti la nak
balik Terengganu.” “Ok… Ni nak ajak pergi Kajang ni…”

Kajang? Kalau sebut Kajang, yang terbayang di kepala saya hanyalah sate
Kajang. Tetapi kemudian teman saya menjelaskan bahawa kami akan menuju ke
Rumah Nurhikmah, yang menempatkan anak-anak yatim dan ibu tunggal. Oh…
Detik hati saya. OK juga. Sebenarnya saya pernah menulis tentang Rumah
Nurhikmah ini tetapi, saya masih belum pernah berpeluang melihat keadaan
sebenar mereka. Mungkin inilah peluang saya.

Perjalanan dirasakan terlalu jauh. Sebenarnya saya begitu ghairah untuk
melihat keadaan rumah tersebut. Kerana fikir saya, selepas artikel itu saya
poskan ke internet, ramai yang menghubungi dan menyatakan kesediaan untuk
membantu. Dan pula saya sering terbaca di sebuah grup tentang perkembangan
Rumah Nurhikmah ini. Saya terbayangkan suasananya tentu bukan lagi seperti
gambar yang pernah dikirimkan kepada saya dahulu.

Sampai ke Kajang, dan setelah membelok ke beberapa sekolah (yang
mengelirukan terutama bagi orang yang pertama kali seperti saya), kami
akhirnya tiba di hadapan Rumah Nurhikmah. Dari luaran ianya kelihatan
seperti rumah biasa. Hanya papan tanda yang bertulis nama rumah tersebut
menjadikan ianya berbeza dari yang lain. Lalu teman saya tadi mengajak saya
masuk ke rumah tersebut.

Sebaik melangkahkan kaki melepasi pagarnya, saya amat terkejut melihat
keadaan dalamannya. Allahu Akbar! Ramainya anak-anak! Rumah yang pada
asalnya saya lihat seperti besar tadi tiba-tiba saya rasakan terlalu kecil
dan tidak mencukup untuk mereka. Namun saya lihat di wajah anak-anak yang
berada di situ kesemuanya penuh dengan keceriaan. Ada yang tersenyum
melihat kami lalu segera bersalaman dengan kami.

Sopan sungguh, bisik hati saya. Jika melihat seorang kanak-kanak yang
bersopan, tentulah hati kita akan aktif memuji orang yang menjaganya.
Bukan? Kerana adab anak-anak banyak dipengaruhi oleh orang yang membesarkan
mereka. Iya… Bergantung kepada pendidikan yang mereka terima di rumah. Dan
melihat keadaan mereka, saya agak yakin bahawa penjaga mereka di rumah itu
telah menjalankan tugasnya dengan baik.

Saya diperkenalkan kepada Hj. Othman, orang yang bertanggung jawab ke atas
anak-anak ini. Tetapi kami hanya sempat berbual untuk satu tempoh yang
pendek kerana ada banyak perkara yang menuntut perhatian Hj. Othman. Tak
mengapalah. Kerana saya tidak ada urusan penting di situ. Hanya teman saya
yang mahu berbincang tentang projeknya untuk menyediakan sudut bacaan di
rumah tersebut.

Jadi saya mundar-mandir di hadapan rumah tersebut sambil menunggu Hj.
Othman punyai masa untuk bercakap dengan teman saya. Tiba-tiba saya ditegur
oleh seorang dari anak-anak yang duduk di kerusi panjang berhampiran.
“Pakcik! Pakcik duduk mana?” tanyanya kepada saya. Saya kira anak ini mahu
beramah mesra dengan saya. “Johor.” Jawab saya lalu segera duduk di sebelah
mereka.

“Pakcik… Boleh pinjam telefon tak?” tanyanya. Telefon? Pelik juga saya. Apa
yang anak di sini hendak buat dengan telefon? Hendak bermain permainan java
kah? Tanya hati saya sendirian. “Nak buat apa?” saya cuba mendapatkan
kepastian. “Nak telefon mak. Mak janji nak datang hari ni. Tapi tak sampai
lagi…” jawabnya sambil titisan air jernih mula bergenang di kelopak
matanya.

Saya mengangguk sambil segera mengeluarkan telefon bimbit saya. Anak tadi
menyebut nombor ibunya dan saya serahkan telefon itu kepadanya selepas
mendail nombor yang disebutnya. “Tak ada orang angkat…” katanya sedih
sambil menyerahkan semula telefon itu kepada saya. “Tapi mak saya pakai 2
nombor” sambungnya lagi membayangkan kemungkinnan untuk mencuba nombor yang
kedua pula.

Sekali lagi saya serahkan telefon kepadanya selesai mendail nombor yang
disebutkan. “Off la…” jawabnya. Kali ini genangan airmata terus meleleh di
pipinya. Saya menyambut telefon yang dihulurkannya kepada saya. Saya semak
senarai nombor yang dipanggil dan 

Help Palestine [hidayahnet] Susulan Kejadian 5 November

2006-12-14 Terurut Topik ruzaihan . junit
Assalamualaikum warahmatullah…

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Aku bersaksi bahawa tiada
Tuhan yang disembah selain Allah yang Esa, tiada sekutu bagiNya dan aku
bersaksi bahawa Nabi Muhammmad saw itu hamba dan pesuruhNya. Selawat
berserta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad saw yang memiliki akhlaq
terpuji dan menjadi ikutan selamanya. Juga buat orang2 yang beramal soleh
dan kesekalian dari kita.

Bismillahir Rahmanir Raheem…

Tempohari, sebaik melangkahkan kaki ke Lapangan Terbang Kerteh, saya
terpandangkan wajah seorang yang telah lama tidak saya temui. Segera saya
menuju ke arahnya dan bersalam dengannya. Kemudian saya memeluknya sambil
menyatakan syukur kerana masih berpeluang untuk bertemu dengannya. Ya.
Memang saya sangat bersyukur masih dapat bertemu dengannya kerana ada suatu
kejadian yang menimpa dirinya baru-baru ini.

Saya telah dikhabarkan bahawa teman saya itu  telah terkena serangan angin
ahmar. Dan saya dapat melihat kesan itu pada raut wajahnya. Namun, bukan
itu yang menyebabkan kegembiraan saya apabila bertemu dengannya.
Sebenarnya, teman saya itu adalah salah seorang mangsa yang terlibat dalam
kejadian helikopter terhempas berdekatan pelantar Tapis B pada 5 November
yang lepas.

“Abang dah Subuh bang?” Tanya saya. “Dah… Baru lepas.” “Kalau macam tu,
biar saya ke surau dulu eh?” saya meminta izin untuk berdar ke surau.
Sebenarnya, hari itu saya tiba lewat di lapangan terbang. Maka saya harus
bergegas agar tidak terlepas peluang untuk berjamaah. Harapan saya, selepas
solat nanti dapat saya duduk berbual dengannya dan bertanya tentang keadaan
sebenar pada tarikh kejadian tersebut.

Selesai solat, ketika melangkah menuju ke kantin, saya tersua teman saya
itu sekali lagi. “Jom sarapan bang,” pelawa saya. “Dah… baru lepas. Ni nak
ke tandas pula ni” jawabnya sambil tersenyum. Saya mengangguk sambil
berjalan menuju ke kantin. Harapan untuk berbual dengannya masih menebal.
Malang sekali, sebaik selesai bersarapan, kelibat teman saya tidak lagi
kelihatan. Maka hilanglah peluang untuk mendapatkan cerita yang sebenar…

Sudah lebih sebulan lamanya kemalangan itu berlaku. Sudah lebih sebulan
juga lamanya Allahyarham Capt. Salleh meninggalkan kami dan rakan-rakannya
di MHS (Malaysia Helicopter Services). Harimau mati meninggalkan belang.
Manusia mati meninggalkan nama. Begitulah Capt. Salleh. Allahyarham
meninggal dunia dengan meninggalkan kisah pengorbanannya bagi mengelak
kemalangan yang lebih besar.

Namun, sebelum laporan rasmi dikeluarkan, terdapat juga suara-suara sumbang
yang berkata perkara yang tidak elok berkenaan Allahyarham. Paling
menyedihkan, apabila ada yang mengatakan kemalangan tersebut berpunca dari
kesilapan juruterbang yang merujuk kepada Allahyarham. Saya sememangnya
sakit hati mendengarnya tetapi disebabkan saya juga tidak mengetahui kisah
sebenar, terpaksalah saya mendiamkan diri.

Mujur, pada 23 November lalu pihak pengurusan syarikat tempat saya bekerja
telah memanggil kami dari pihak kesatuan untuk mendengar hasil siasatan
yang mereka dan pihak MHS lakukan berserta dengan langkah yang mereka ambil
selepas kejadian (sebenarnya, kami dari pihak kesatuan yang meminta acara
penerangan itu diadakan). Sekurang-kurangnya, dapatlah juga kami dengar
berita yang lebih sohih.

Majlis diadakan serentak dengan makan tengahari. Ianya dibuat secara tidak
formal agar lebih santai dan lebih mudah untuk bertukar-tukar fikiran.
Ketika itu, hati saya tidak berapa tenteram. Saya risau jika siasatan juga
akan meletakkan kesalahan kepada Allahyarham Capt. Salleh. Al-maklumlah,
orang yang sudah tiada tentu tidak dapat membela diri. Dan ini sememangnya
biasa terjadi dalam kebanyakan syarikat…

“Apa yang juruterbang lakukan adalah bersesuaian dengan garis panduan yang
dikeluarkan oleh DCA (Jabatan Penerbangan Awam).” Tutur sang pengurus yang
membuatkan saya menarik nafas lega. Alhamdulillah… Menurutnya lagi, tidak
ada siapa yang boleh dipersalahkan. Bukan juruterbang, dan bukan juga
pesawat Super Puma itu sendiri. Jika ada yang hendak dipersalahkan,
hanyalah cuaca pada hari tersebut.

Sebenarnya, ketika pesawat itu meninggalkan landasan, cuaca agak buruk.
Juruterbang telah mengambil keputusan untuk menerbangkan pesawat secara
automatik dengan berpandukan bearing yang telah disetkan. DCA membenarkan
perbuatan ini di dalam garis panduannya. Dengan syarat, pada jarak yang
ditetapkan (maaf, saya terlupa berapa meter), juruterbang perlu mengambil
alih dan mengawalnya secara manual.

Dan inilah yang dilakukan oleh Allahyarham. Hanya, pada ketika dia
mengambil alih pemanduan secara manual, cuaca masih buruk dan kadar
penglihatan begitu rendah. Namun Allahyarham mengambil keputusan untuk
meneruskan penerbangan setelah bertanya kepada rakan juruterbang yang lain
yang telah mendarat di pelantar yang berdekatan berkenaan cuaca yang mereka
hadapi.

Malang sekali, saat Allahyarham mampu melihat sekitaran, pelantar Tapis B
sudah berada betul-betul di hadapan mata mereka. Dengan kecekapan dan

Help Palestine [hidayahnet] Re: Bila Suami Kata Jangan...

2006-12-13 Terurut Topik ruzaihan . junit
Assalamualaikum warahmatullah...

   Saya juga seorang suami dan untuk menjadikannya sempurna, saya juga
   tidak izinkan isteri saya menyertai aktiviti sekolahnya (isteri saya
   seorang guru). Bukan tidak beri langsung sebenarnya. Apa yang penting,
   saya tidak suka pergaulan isteri saya dengan lelaki lain. Jika buat
   family day atau annual dinner dan sebagainya, biasanya akan melibatkan
   aktiviti 'kebersamaan' yang jelas mejatuhkan maruah saya sebagai suami.

   Kalau ada acara camping, saya benarkan isteri saya jadi guru pengiring
   tetapi, tidak boleh bermalam. Sebelum maghrib mesti ada di rumah.
   Mengapa? Kerana anak kami memerlukan dia lebih dari anak orang lain.

   Soalan saya kepada majikan, mengapa perlu motivation camp seperti ini?
   Motivasi seorang pekerja adalah pada duit. Kalau nak naikkan motivasi
   pekerja, beri saja gaji lebih. Tak perlu buat acara yang bertentangan
   dengan syarak. Motivation camp bererti akan ada sukan² mengarut yang
   sekurang²nya, menyebabkan si isteri terpaksa memakai t-shirt dan track
   bottom. Menampakkan punggung dan pinggul. Astaghfirullah...

   Baru² ini, saya saja cuba pergi ke family day. Saya diminta menjadi juru
   kamera. Biasalah, apabila family day, banyaklah acara sukan mengarut.
   Saya pun terpaksalah ambil gambar si perempuan melompat dan yang paling
   seronok, masuk dalam air! Jadi, untuk apa rancangan atau acara seperti
   ini? Untuk menggalakkan maksiat?

   Sebab itu, sebaiknya puan tak payah pergi. kalau bos puan hendak pecat
   kerana tidak pergi ke acara sebegini, laporkan saja ke IR. Setahu saya,
   di luar waktu kerja, majikan tidak boleh memaksa pekerja untuk mengikut
   aktiviti syarikat. Tapi, kalau puan rasa arahan syarikat lebih penting
   dari arahan suami, kahwinlah saja dengan syarikat tempat puan bekerja.

   Untuk alasan, katakan saja kepada mereka bahawa puan orang Islam yang
   taat kepada ajaran agama. Jika kerana itu puan hendak dipecat, puan ada
   alasan yang lebih kukuh untuk menang dalam perbicaraan.

   Wassalamualaikum warahmatulllah...
   -Abu naqibah-

   

   saya juga merasa simpati di atas apa yang puan hadapi, saya juga sebagai
   seorang boss, dan jika staff tidak dapat memberikan sepenuh komitmen
   terhadap pekerjaan dan aktiviti syarikat, perkara seperti ini sedikit
   sebanyak akan menjejaskan perjalanan syarikat.

   Di sini puan ada 2 opsyen, pertama mungkin puan satu hari akan
   diberhentikan kerja atau minta berhenti (jadi surirumah sepenuh masa)
   kerana tidak dapat memberikan komitmen terhadap pekerjaan (sebab kursus
   dan program motivasi adalah untuk mencemerlangkan kakitangan) termasuk
   kursus dan sebagainya adalah untuk kecemerlangan staff dan syarikat.

   Kedua, puan terpaksa melanggar cakap suami saya x galakkan..

   Oleh itu, puan harus berbincang dengan suami, dan dia seharusnya faham
   mengenai pekerjaan yang puan sedang lakukan. jika dia tidak mahu
   puan mengikuti semua aktiviti syarikat, maka puan harus berhenti atau
   jika dia mahu puan bekerja, dia harus faham kehendak dan tanggungjawab
   terhadap pekerjaan yang puan lakukan.

   Kita kena faham, bahawa kita di bayar gaji untuk bekerja.

   Semoga dapat membantu

   Soharabi, Narikkodan [EMAIL PROTECTED] wrote:
   thanks...suami saya adalah sangat lembut  penyayang orangnya...sentiasa
   berterima kasih di atas
   apa yang saya lakukan untuknya, cuma bab ni dia memang strict, dia dah
   tau company kami dipenuhi
   lelaki 2/3  dia taknak saya berada di sekeliling environment yg boleh
   mengundang macam2 hal, motivation
   kami pun bukan sekejap, 3 malam 4 hari, it's quite long for himso
   bila dia menjaga saya dengan baik
   memang kita kalah dgn dia...cuma my prob is with da company yg anggap
   motivation camp tu compulsory, reason
   family members sakit je yang dia terima...itu pun family
   terdekat..anyway thanks.


   -Original Message-
   From: hidayahnet@yahoogroups.com [mailto:[EMAIL PROTECTED]
   Behalf Of siti halimah bakri
   Sent: Friday, 24 November, 2006 09:33
   To: Ikhwanul Muslimun
   Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] Bila Suami Kata Jangan...(1)

   Wa'alakumussalam.
   saya amat bersimpati dengan puan, walaubagaimanapun saya/org lain tidak
   mengetahui siapa suami puan sebenarnya...yang mnegenali dia pun hanya
   puan seorang.
   walaupun saya baru setahun jagung dalan lam perkahwinan, komunikasi
   merupakan perkara amat penting...setiap apa yang berlaku mesti
   bersebab..saya harap puan tidak putus asa menyelidik apa sebab suami
   puan berkelakuan begini(mungkin juga ada sejarah lalu dalam
   keluarganya)...dan saya doakan Allah kurniakan kesabaran kepada puan di
   atas apa yang berlaku...dan banyak2kanlah baca doa pelembut hati dan
   tujukan padanya pada semua keadaan(sediakan makan, tidur dsb)..

   Soharabi, Narikkodan [EMAIL PROTECTED] wrote:
   Assala mualaikum...

   Nak minta pandangan rakan2...saya 

Help Palestine [hidayahnet] Kisah Sepuluh Ringgit

2006-12-13 Terurut Topik ruzaihan . junit
Assalamualaikum warahmatullah…

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Aku bersaksi bahawa tiada
Tuhan yang disembah selain Allah yang Esa, tiada sekutu bagiNya dan aku
bersaksi bahawa Nabi Muhammmad saw itu hamba dan pesuruhNya. Selawat
berserta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad saw yang memiliki akhlaq
terpuji dan menjadi ikutan selamanya. Juga buat orang2 yang beramal soleh
dan kesekalian dari kita.

Bismillahir Rahmanir Raheem…

Sebelum saya memulakan tulisan saya untuk kali ini, ingin saya mengucapkan
terima kasih kepada mereka yang mengucapkan tahniah kepada saya atas
kelahiran anak kedua saya. Apa yang saya bakal ceritakan juga sebenarnya
berlaku 2 hari sebelum kelahiran Nazhurah. Satu kejadian yang mengundang
air mata saya dititiskan. Ianya berlaku di pekan Kuala Selangor sewaktu
perjalanan pulang ke Tanjung Karang.

Disebabkan saya tiba lewat di rumah kakak ipar saya di Teluk Panglima
Garang, maka kami menukar rancangan untuk pulang ke Tanjung Karang keesokan
harinya. Apabila bangun pagi keesokan harinya, isteri saya mendapati badan
Naqibah mulai panas. Tetapi kami merancang untuk meneruskan rancangan kami
dan akan singgah ke klinik apabila tiba di pekan Kuala Selangor nanti.

Di dalam teksi, Naqibah hanya tidur di pangkuan saya sepanjang perjalanan.
Dia hanya terjaga sebaik teksi berhenti di sebuah klinik di deretan sebuah
rumah kedai berhampiran stesen minyak Shell di Kuala Selangor. Kami segera
masuk ke klinik bagi mendapatkan rawatan untuk Naqibah. Doktor mengesahkan
Naqibah hanya demam biasa. Alhamdulillah. Mungkin kerana telalu kepenatan
semalam.

Setelah mengambil ubat dan membayar kos rawatan, kami keluar dari klinik
dan singgah di butik Anakku yang terletak di sebelahnya. Tiba-tiba isteri
saya dihampiri oleh seorang perempuan dengan anak kecilnya. Dari segi
rupanya kelihatan seperti seorang berbangsa India tetapi dia mengenakan
tudung di kepalanya. Mulutnya pula berkata sesuatu yang sukar untuk kami
fahami sambil menunjukkan duit seringgit di tangan kanannya.

Saya berfikir mungkin perempuan ini seorang peminta sedekah. Saya segera
mengeluarkan duit seringgit dari beg duit saya dan menghulurkan kepadanya.
Dia mengucapkan terima kasih sambil mulutnya masih terus membebel yang saya
tidak faham biji butirnya. Hanya yang saya faham, dia berkata bahawa dia
dan anaknya masih belum makan. Timbul rasa simpati di hati saya
mendengarnya.

Sebelum menaiki teksi di Kelang, sempat saya singgah di mesin ATM untuk
melihat gaji. Jumlah yang tertera mengundang senyuman di bibir. Maklumlah,
bulan ini bonus kami dikreditkan ke dalam akaun kami. Mengenangkan gaji
saya yang agak lebih di bulan ini, saya kira tidak ada salahnya jika saya
hulurkan kepada perempuan itu lebih sedikit juga. Bukan banyak pun. Hanya
RM10 sahaja.

Sebaik melihat kertas merah di tangan saya, wanita itu melonjak
kegembiraan. Lantas dia segera merentap tangan isteri saya dan menciumnya.
Isteri saya kebingungan dengan reaksinya. Saya juga terkedu melihatnya. Dan
yang paling menyedihkan, apabila wanita itu meneriak anaknya sambil berkata
dengan riang “Adik! Kita makan dik!” dan kemudian menarik anaknya ke kedai
makan yang terdekat.

Saya tidak dapat menahan sebak di dada. Saya dapat rasakan ada titisan air
mata di kelopak mata saya. Apabila isteri saya memandang kepada saya, saya
segera menoleh ke arah lain. Malu pula rasanya hendak menangis di hadapan
isteri. Tetapi apa yang berlaku cukup-cukup menyentap emosi saya. Malah
hingga ke hari ini, rasa sebak masih melanda apabila melihat riangnya
wanita itu beroleh duit sebanyak RM10…

“Sedih abang Yang…” kata saya kepada isteri saya sebaik wanita itu jauh
dari kami. “Dia dapat sepuluh ringgit je tapi seronoknya melampau. Abang…
Gaji abang lebih bulan ni. Tapi abang tak ingat pun abang cakap
Alhamdulillah ke tak masa tengok gaji tadi…” Insaf saya. Selama ini saya
menganggap RM10 itu bagaikan kertas yang hampir pupus nilainya tetapi ada
orang lain yang gembira bukan kepalang apabila beroleh wang sebanyak itu.

“Kita ingat Achik dengan Ateh dan cukup susah. Tapi ada orang lain yang
lebih susah, kan?” tambah isteri saya pula yang mengundang lebih keinsafan
dalam diri saya. Betapa saya selama ini kufur dengan nikmat yang Allah
beri. Betapa saya tidak pernah merasa cukup dengan limpahan rezeki yang
dikurniakan. Sedangkan ada orang yang mendapatkan sebahagian kecil dari apa
yang saya perolehi begitu pandai menghargainya.

Saya cuba bayangkan diri saya dalam keadaannya. Tanpa kereta dan tanpa
telefon bimbit, aksesori yang bagi saya sengaja dijadikan keperluan. Bukan
setakat itu, makan juga terpaksa mengharap simpati orang. Bagaimanakan
keadaan saya ketika itu? Akan berimankan saya dengan iman seperti hari ini
ataukah saya menjadi orang yang menyalahkan takdir? Wana’uzubillahi
minzalik. Semoga Allah melindungi kita dari keburukan.

Pulang ke rumah di Johor Bahru, saya bercerita kepada abang saya tentang
apa yang berlaku. “Eh eh dik…” Kata abang saya terharu. “Kalau kita macam
tu entah 

Help Palestine [hidayahnet] Kelahiran Anak Kedua

2006-12-12 Terurut Topik ruzaihan . junit
Assalamualaikum warahmatullah…

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Aku bersaksi bahawa tiada
Tuhan yang disembah selain Allah yang Esa, tiada sekutu bagiNya dan aku
bersaksi bahawa Nabi Muhammmad saw itu hamba dan pesuruhNya. Selawat
berserta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad saw yang memiliki akhlaq
terpuji dan menjadi ikutan selamanya. Juga buat orang2 yang beramal soleh
dan kesekalian dari kita.

Bismillahir Rahmanir Raheem…

21 November yang lepas saya kembali ke darat selepas bertugas selama 14
hari di tengah lautan. Saya tiba di Johor Bahru kira-kira jam 8 malam.
Dijadualkan untuk menghadiri satu mesyuarat jawatankuasa kerja kesatuan
pada hari Khamis, maka pada malam keesokan harinya saya berangkat pula ke
Kuala Lumpur. Pada rancangannya, saya akan ke Tanjung Karang selesai
mesyuarat untuk mengambil kereta saya yang baru siap selepas kemalangan.

Disebabkan saya mahu ke Tanjung Karang, maka isteri saya mahu menyertai
saya kerana baginya inilah peluang untuk dia pulang ke kampung sempena cuti
sekolah. Lagipun, isteri saya sedang sarat dan dijangka melahirkan anak
kedua kami pada 20 Disember nanti. Saya hanya bersetuju kerana pada fikiran
saya tidak ada bahaya yang boleh berlaku walaupun tidak digalakkan oleh
doktor untuk berjalan jauh dalam keadaan sarat sebegitu.

Keesokan paginya (Khamis, 23 November), kami tiba di Kelang dengan menaiki
bas ekspress. Mengikut rancangan kami, isteri dan anak saya akan ke rumah
kakak ipar saya di Teluk Panglima Garang dan menunggu saya di sana sebelum
kami bersama bergerak ke kampung di Tanjung Karang. Selepas mendapatkan
teksi untuk membawa anak dan isteri saya ke Tanjung Karang, saya bergegas
mendapatkan bas ke Kuala Lumpur.

Mesyuarat pada hari itu agak panas kerana membabitkan pelan yang memberi
kesan kepada keseluruhan golongan pekerja selain sedikit briefing berkenaan
kejadian helikopter terhempas tempohari (insyaAllah akan saya ceritakan
dalam artikel berasingan). Oleh kerana panasnya isu dan banyaknya perkara
yang diperbincangkan, mesyuarat gagal ditamatkan sebelum jam 5 petang.

Melihat waktu sudah hampir pukul 6, saya meninggalkan mesyuarat sebelum
ianya tamat kerana tidak mahu sampai ke rumah kakak ipar saya terlalu
lewat. Dan malam itu saya tiba di rumah kakak ipar saya sekitar jam 9
malam. Naqibah masih belum tidur. Kami menukar rancangan untuk pulang ke
kampung pada keesokan harinya memandangkan hari telah larut malam dan
kesukaran untuk mendapatkan kenderaan untuk ke rumah mertua saya.

Pada pagi Jumaat (24 November), kami bergerak ke kampung dengan menaiki
teksi. Waktu kami tiba, imam masih belum memulakan khutbahnya. Lalu saya
bergegas ke masjid dan Alhamdulillah, sempat menunaikan solat Jumaat tanpa
meninggalkan khutbah. Pulang dari masjid, isteri saya mengadu kesakitan
pada tempat peranakannya dan ada kesan darah. “Mungkin sebab letih jalan
jauh agaknya” tutur isteri saya cuba menenangkan saya.

Kebetulan, kereta saya pula tidak dapat dikeluarkan dengan segera.
Kerja-kerja baik pulih telah beres hanya kelulusan dari pihak insurans yang
belum selesai. Akhirnya, pada petang itu pihak bengkel membenarkan saya
mengambil kereta dan memberitahu bahawa saya perlu datang lagi ke bengkel
itu untuk menandatangani dokumen pelepasan dari insurans. Jadi pada malam
itu juga kami berangkat ke Johor Bahru.

Dalam pada itu, keadaan isteri saya tetap dipantau. Katanya, kesan darah
sudah mula berkurangan tetapi pergerakan bayi di dalam perut juga menjadi
semakin perlahan. Akhirnya kami mengambil keputusan untuk berjumpa dengan
doktor pada pagi keesokan harinya (Ahad, 26 November) bagi mendapatkan
pengesahan dan mendapatkan nasihat apa yang terbaik harus kami lakukan.

Setelah menceritakan apa yang berlaku kepada Dr. Noraini, beliau segera
melakukan imbasan pada perut isteri saya. “Bayi normal. Berat dan besarnya
juga normal.” kata doktor membuatkan saya sedikit lega. Kemudian saya
katakan kepada doktor bahawa semenjak pagi bayi kami sudah tidak bergerak
lagi. Dr. Noraini berfikir sekejap sebelum berkata “Masuk wadlah. Nampak
normal tapi kita tak tahu keadaan dia di dalam tu”.

Waktu itu baru jam 1 tengahari. Isteri saya dimasukkan ke dalam satu bilik
yang saya tidak tahu apa namanya. Di situ, perut isteri saya dililit dengan
sejenis tali yang lebar yang kemudiannya dihubungkan kepada satu mesin yang
mencetak graf yang juga saya tidak tahu apa maknanya. Jururawat yang
bertugas memerhatikan graf tersebut kemudian berkata “Eh! Ada sakit ni…”
membuatkan saya bertambah keliru.

Ketika itu Naqibah ada bersama saya. Saya bertanya kepada jururawat yang
bertugas tentang keadaan isteri saya dan dia menasihatkan saya untuk pulang
dahulu untuk menghantar Naqibah dan berjanji akan menelefon saya jika
ada-apa berlaku. Saya pulang dengan keadaan yang bercampur. Gembira kerana
jika isteri saya bersalin hari itu, saya ada bersamanya. Tetapi juga risau
kerana anak saya masih belum cukup bulan dalam kandungan.

Sebelum pulang isteri saya sempat bersalam dan memohon 

Help Palestine [hidayahnet] Datuk Azhar, Fiitnah Siber dan Wira Negara

2006-11-19 Terurut Topik ruzaihan . junit
Assalamualaikum warahmatullah…

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Aku bersaksi bahawa tiada
Tuhan yang disembah selain Allah yang Esa, tiada sekutu bagiNya dan aku
bersaksi bahawa Nabi Muhammmad saw itu hamba dan pesuruhNya. Selawat
berserta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad saw yang memiliki akhlaq
terpuji dan menjadi ikutan selamanya. Juga buat orang2 yang beramal soleh
dan kesekalian dari kita.

Bismillahir Rahmanir Raheem…

Rasanya orang masih lagi ramai yang berbicara tentang kes murtad Datuk
Azhar Mansur, pelayar yang dianggap wira kerana merentasi dunia dengan
kapal layarnya secara solo. Sebenarnya, berita tentang kemurtadan ini telah
lama tersebar. Hampir dua tahun yang lampau. Dan tersebarnya berita itu
adalah melalui email² berantai. Berita penafiannya juga sudah lama
tersebar. Juga melalui email.

Tetapi, penafian yang dibuat itu adalah dari orang lain. Orang yang tidak
ada kena mengena dengan Datuk Azhar. Hanya, orang itu mengetahui keberadaan
Datuk Azhar. Hanya baru² ini sahaja Datuk Azhar menafikannya. Itupun dia
menafikan keterlibatannya dengan kejadian pembabtisan orang Melayu. Hal
agama yang dianutinya, masih kekal rahsia. Mengapa dan untuk apa, hanya
Datuk Azhar yang mengetahui.

Seperti yang diagak, penafian sebegitu sememangnya akan mengundang lebih
banyak kontroversi. Dan akhir² ini juga, saya lihat kotak masuk saya
dipenuhi dengan email yang memusykili status agama Datuk Azhar. Hm…
Sebenarnya, saya tidak berminat untuk berbicara tentang agama Datuk Azhar.
Tetapi yang saya sangat berminat adalah, penyebaran cerita dan berita
melalui email ini.

Seperti yang saya tulis sebentar tadi, berita kemurtadan Datuk Azhar telah
saya terima hampir dua tahun yang lalu. Ketika itu, saya begitu ghairah dan
teruja dengan berita dari internet. Tambah lagi saya seorang yang kecewa
dengan ketelusan media arus perdana kita selepas pemecatan Datuk Seri Anwar
Ibrahim sebagai Timbalan perdana Menteri. Internet telah menjadi sumber
berita saya yang utama.

Sebaik saya mendapat cerita itu, saya segera cuba melanjutkan ke sebuah
grup yang saya sertai. Nasib baik, pihak moderator menghubungi saya semula
dan mengatakan bahawa cerita itu tidak akan disiarkannya. Hujjahnya amat
logik. Katanya, jika berita ini benar, ia akan menyebabkan kita seolah²
berdakwah untuk agama Kritian (kerana menyebarkan dakwaan Datuk Azhar
terjumpa Jesus Christ).

Selepas dari cerita Datuk Azhar ini, saya menerima pelbagai rencam lagi
berita melalui saluran internet. Berita tentang artis, tentang ahli politik
dan bermacam lagi. Saya ingat lagi berita mengenai Tuan Haji Mahfuz yang
didakwa mendapat permit teksi terbanyak dan dikatakan telah mengkhianati
Pas. Juga tidak ketinggalan berita mengenai artis² yang popular ataupun
yang tidak popular.

Banyak lagi cerita yang saya terima dari internet yang kadang² boleh
diterima akal tetapi kebanyakan masanya, lebih seperti memperbodohkan kita.
Ia membuatkan saya terfikir. Jika berita ini palsu, apakah hukumnya kepada
saya yang menyebarkan berita tersebut? Ya, kadangkala, kerana benci dan
menyampahnya kita kepada seseorang, cukup mudah untuk kita mempercayai
cerita² buruk mengenainya.

Namun, ia bukanlah lesen untuk kita menyebarkan fitnah. Maka setelah
berfikir panjang, saya mengambil keputusan untuk tidak lagi menyebarkan
apa² berita yang kurang sohih. Saya tidak mahu terlibat dalam apa² aktiviti
yang boleh menjerumuskan diri ke dalam lembah neraka. Seperti kes Datuk
Azhar ini. Jika benar Datuk Azhar masih Islam, entah apa hukumnya kepada
orang memfitnahnya.

Bahaya sungguh cerita dan berita dari internet. Saya berharap agar cerita²
sensasi yang penuh fitnah dapat dihentikan sebarannya dalam ruang siber
ini. Lebih baik untuk kita lanjutkan kisah² agama ataupun sighah (seperti
yang selalu dipos oleh Pak Ngah) dan berita politik yang sohih (seperti
yang selalu dipos oleh Syed Dahij) dari cerita yang tidak ada asal usul.
Sekurang²nya, kira mengurangkan risiko dosa yang bakal kita sandang.

Berkenaan Datuk Azhar, bukanlah saya tidak mahu komen. Tetapi rasanya, yang
layak menetukan status agama seseorang itu bukanlah saya orangnya. Walaupun
Datuk Azhar tidak membuat pengakuan masih Islam, namun keadaannya yang
tidak mengaku murtad sepatutnya membolehkan kita untuk bersangka baik
kepadanya. Namun, sekiranya benar dia murtad pun, kita tidak boleh melayan
kesnya dengan istimewa.

Kes murtad tidak boleh kita jadikan isu semata² kerana orang yang terlibat
adalah orang kenamaan. Sebaliknya, jika seorang pemungut botol sekalipun
yang murtad, ianya perlu kita pandang dengan serius dan perlu kita tangani
dengan segera. Menanganinya bukanlah dengan mencaci-maki individu terbabit
ataupun keluarganya. Sebaliknya kita perlu menanganinya dengan lebih
bijaksana, sistematik dan Islamik.

Memang ada hukum bunuh yang ditetapkan di dalam Islam buat mereka yang
murtad dan enggan kembali kepada Islam. Saya tidak mahu menyentuh tentang
isu itu. Hukum tetap hukum. Tetapi, sebagai muslim, cukupkah untuk 

Help Palestine [hidayahnet] Budaya Rasuah

2006-11-15 Terurut Topik ruzaihan . junit
Assalamualaikum warahmatullah…

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Aku bersaksi bahawa tiada
Tuhan yang disembah selain Allah yang Esa, tiada sekutu bagiNya dan aku
bersaksi bahawa Nabi Muhammmad saw itu hamba dan pesuruhNya. Selawat
berserta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad saw yang memiliki akhlaq
terpuji dan menjadi ikutan selamanya. Juga buat orang2 yang beramal soleh
dan kesekalian dari kita.

Bismillahir Rahmanir Raheem…

Beberapa hari ini, orang sibuk membicarakan tentang kedudukan Malaysia
dalam ‘Carta Rasuah’ yang dipanggil Indeks Persepsi Rasuah (CPI) yang
dikeluarkan oleh Transparency International di mana kedudukan negara
dikatakan merudum dari anak tangga ke 39 ke anak tangga 44. Pentingnya
kedudukan ini bukan untuk menilai popular atau tidaknya negara kita dalam
dunia tetapi ‘popular atau tidaknya rasuah’ dalam negara kita.

Kalau bercakap tentang rasuah, tentu banyak tempat yang jari ini boleh
ditudingkan. Sama ada kepada kerajaan, yang akan dikatakan lemah dalam
menangani gejala ini, mahupun BPR yang dikatakan gagal dalam menjalankan
tugas. Tudinglah jari ini ke mana sahaja dan kepada siapa juapun. Tanpa
melakukan apa², hakikatnya tetap sama. Sama ada suka atau tidak, rasuah
telah menjadi satu budaya dalam masyarakat kita.

Saya teringat semalam, ketika berbual dengan isteri saya di telefon, dia
ada menyebut tentang seorang ibu kepada anak muridnya yang menduduki tempat
tercorot di dalam kelas. Sebaik mengetahui bahawa anaknya akan diturunkan
ke kelas yang lebih bawah, maka si ibu beriya² memujuk supaya isteri saya
membantu untuk membolehkan anaknya kekal di dalam kelas sekarang. Biarpun
diberi seribu satu alasan, si ibu tetap memujuk dan merayu.

Akhirnya isteri saya yang ingin menamatkan perbualan telefon tersebut,
memberikan alasan bahawa dia terpaksa bersiap untuk acara ‘Malam Majlis
Amal’ anjuran sekolahnya. Mendengarkan itu, segera si ibu berkata bahawa
dia sebenarnya berniat untuuk membelikan tiket untuk kesemua ahli keluarga
kami (yang bernilai RM70 setiap satu). Tetapi kemudian isteri saya menjawab
bahawa mereka telahpun memperolehi tiket percuma.

“Rasuah!” ucap saya sebaik selesai mendengar cerita isteri saya. “Tak
sangka…,” sambut isteri saya, “kerja macam ni pun ada orang nak rasuah.”
sambungnya lagi membuatkan kami sama² tergelak. Mungkin bagi si ibu (tidak
silap saya, seorang doktor) pemberian sebegitu bukan sebuah rasuah. Mungkin
baginya sebuah pemberian ikhlas. Mengapa? Kerana rasuah telah menjadi satu
budaya dalam masyarakat kita!

Ada orang mengaitkan ‘budaya’ memberikan anak upah jika membantu kita ke
kedai sebagai satu ‘usaha menyemai benih menerima rasuah’. Manakala bagi
saya pula tidak sebegitu. Ianya sebuah insentif. Ianya lebih kepada satu
usaha menggalakkan. Sama seperti majikan yang memberikan bonus kepada
pekerjanya jika mereka bekerja bersungguh² sehingga membuahkan keuntung
kepada pihak syarikat.

Lagipun, ianya tidak berkaitan dengan hak orang lain. Lainlah jika, kerana
kita memberikan anak kita upah, maka ada orang lain yang akan kehilangan
haknya. Itu barulah boleh dikatakan rasuah. Seperti dalam kes isteri saya.
Jika kerana hendakkan tiket percuma, maka isteri saya membenarkan anak si
ibu kekal di dalam kelasnya sehingga ada pelajar yang layak kekal
diturunkan kelas, maka jelaslah ianya satu jenis rasuah yang nyata.

Kemudian saya teringat lagi. Satu kejadian yang berlaku kepada anak saudara
saya. Ketika itu, anak saudara saya berada di dalam darjah 5 atau 6.
Seorang dari gurunya ada mengadakan kelas tuisyen pada sebelah malam. Yuran
bagi kelas tersebut adalah sebanyak RM8 bagi setiap malam dan diadakan 3
kali setiap minggu. Oleh kerana ibu bapanya kurang berkemampuan, maka anak
saudara saya tidak dapat mengikuti kelas tersebut.

Apa yang berlaku memang di luar dugaan. Menurut anak saudara saya, gurunya
‘mengugut’ akan memberi tips  hints kepada mereka yang mengikuti kelas
tuisyennya sahaja. Jadi, orang seperti anak saudara saya, tidak akan
mendapatnya dan perlu berusaha lebih untuk lulus dalam matapelajaran yang
diajar oleh guru tersebut. Dalam erti kata lain, si guru hanya akan
memberikannya kepada anak muridnya yang ‘merasuahnya’ sahaja.

Tetapi, saya katakan kepada anak saudara saya, pedulikan saja ‘ugutan’ guru
tersebut. Kerana, ketika UPSR nanti, bukan guru itu yang membuat soalan.
Lagipun, tidak rugi berusaha lebih kerana hasilnya dia juga yang perolehi.
Dan keputusannya, anak saudara saya lulus UPSR dengan mendapat 5A dan kini
sedang menuntut dalam tingkatan satu di sebuah sekolah sains di Kota
Tinggi.

Apa yang paling menarik adalah, komentar dari kakak saya yang terluka
dengan tindakan guru tersebut. Kata kakak saya, sepatutnya seorang guru
ikhlas mengajar. Tidak perlu meemikirkan duit. Walaupun saya tidak
bersetuju dengan tindakan guru terbabit, tetapi saya tidak boleh menerima
ungkapan kakak saya sebulat²nya. Bukan kerana isteri saya seorang guru
tetapi kerana mengenangkan guru juga seorang manusia.

Bukankah sifat manusia 

Help Palestine [hidayahnet] Poligami

2006-10-24 Terurut Topik ruzaihan . junit
Assalamualaikum warahmatullah…

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Aku bersaksi bahawa tiada
Tuhan yang disembah selain Allah yang Esa, tiada sekutu bagiNya dan aku
bersaksi bahawa Nabi Muhammmad saw itu hamba dan pesuruhNya. Selawat
berserta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad saw yang memiliki akhlaq
terpuji dan menjadi ikutan selamanya. Juga buat orang2 yang beramal soleh
dan kesekalian dari kita.

Bismillahir Rahmanir Raheem…

Hari ini, ketika menyelak² akhbar harian, saya agak terkejut membaca berita
perceraian penyanyi rock Awie dan isterinya Arni Nazira. Memanglah saya
pernah terdengar mengenainya sebelum ini tetapi saya menganggapnya hanyalah
khabar angin biasa. Terkilan juga. Walaupun saya sudah lama tidak mengikuti
perkembangan dunia hiburan, tetapi saya akui saya pernah meminati Awie dan
kumpulannya.

Khabarnya perceraian itu disebabkan oleh perkahwinan kali kedua Awie dengan
Rozana Misbun, adik kepada pelakon Haliza Misbun. Dan khabarnya juga, Arni
menjadi berang setelah mengetahui berita perkahwinan yang tersebar
berikutan penyebaran email memaparkan gambar pernikahan Awie hanya setelah
setahun ianya terjadi. Hm… Mungkin yang menyebarkan email itu telah berpuas
hati dengan apa yang terjadi.

Saya menjadi lebih terkilan apabila mengetahui punca perceraian mereka.
Entah mengapalah Arni lebih suka memilih neraka (kerana wanita yang meminta
cerai tidak akan masuk syurga) berbanding dengan payung emas yang
dijanjikan di syurga. Apapun, saya tidak mahu masuk campur urusan rumah
tangga orang lain. Mungkin mereka ada masalah lain. Cuma saya berharap,
wanita lain tidak akan mengikut jejak langkah Arni yang saya kira kurang
bijak ini.

Seketika kemudian saya teringat tentang kisah seseorang yang saya kenal.
Orang ini, setakat yang saya ketahui, adalah merupakan seorang lelaki yang
cukup menyayangi anak² dan keluarganya. Jadi, apabila saya diberitahu
tentang kisahnya yang bermain kayu tiga, menduakan isterinya dengan seorang
wanita lain (khabarnya janda muda), saya agak terkejut dan lebih lagi
terkilan.

Jika dulu, keluarganya menjadi keutamaannya, kini tidak lagi. Anak² dan
isteri sering ditinggalkan dengan alasan bekerja. Tetapi semuanya
terbongkar apabila adik iparnya sendiri melihat dia berbuka puasa bersama
wanita itu. Mereka bertanya kepada saya, apa yang boleh kami lakukan untuk
menyelamatkan keadaan. Buat apa lagi? Hendak diberitahu isterinya? Boleh
jadi menjahanamkan rumah tangga mereka, bukan menyelamatkannya.

Sebenarnya, saya sudah bersedia untuk menasihati lelaki itu tetapi
nampaknya kami tidak berpeluang untuk bersemuka. Dia sentiasa sibuk. Isteri
saya tentu sahaja geram apabila mendengar kelakuan lelaki terbabit. Tetapi
saya katakan kepadanya, saya sendiri belum tentu baik jahatnya. Lebih baik
dia jaga saya baik². Jangan nanti kutuk² suami orang, akhirnya suami
sendiri berkelakuan lebih buruk lagi.

Ia membuatkan saya teringat kepada peristiwa yang berlaku hampir setahun
yang lalu. Secara tiba², kotak masuk email saya didatangi oleh email dari
seorang gadis. Menurutnya, dia amat tertarik dengan artikel yang saya tulis
dan ingin bersahabat dengan saya. Dan bagi saya, setakat bersahabat tidak
ada salahnya. Saya pun melayannya sebagaimana sahabat yang lain. Tanpa saya
duga berlaku sesuatu yang lebih dari itu.

Akhirnya dia berterus terang bahawa dia telah terpikat kepada saya. Dalam
keadaan ini, saya tidak berahsia sedikitpun kepadanya. Saya telah
memaklumkan kepadanya akan status diri saya. Saya telah berkahwin dan
telahpun mempunyai anak. Bahkan nama Abu Naqibah datangnya dari nama anak
saya. Namun katanya, dia tidak kisah bermadu. Bahkan ibunya juga
menggalakkan dengan mengingatkan tentang payung emas di syurga.

Saya tetap menolak dengan berbagai alasan. Dan alasan yang paling popular
tentunya saya tidak berkelayakan untuk berpoligami. Bukan setakat masalah
fizikal seperti ekonomi, bahkan dari segi rohani. Iaitu ilmu dan iman saya
tidak memadai untuk saya memelihara dua orang isteri. Rupa²nya dia begitu
serius dan memujuk saya dengan memberikan berbagai ‘nas dan dalil’ mengapa
layak untuk berpoligami.

Akhirnya saya memberikannya 3 situasi. Situasi pertama, keadaan kerja saya.
Saya bekerja 2 minggu di lautan tanpa pulang ke rumah. Jadi saya hanya
mempunyai masa selama 2 minggu untuk bersama keluarga. Jika saya mempunyai
dua orang isteri, setiap isteri hanya akan bersama saya selama seminggu
bagi setiap bulan. Dia sanggup, katanya. Betul. Dia mungkin sanggup tetapi
bagaimana pula dengan anak²? Kasihan mereka…

Situasi kedua, saya katakan kepadanya betapa lemahnya iman saya sehinggakan
saya bimbang akan terjadi banding membandingkan antara dia dengan isteri
saya. Oh, awak tak boleh begitu. Jangan perbandingkan kami, katanya. Tidak,
kata saya. Perbandingan tetap akan wujud. Mungkin saya akan lebih
menyayanginya kerana dia masih ‘baru’. Jika begitu, bagaimana agaknya nasib
isteri pertama saya?

Atau mungkin, saya akan lebih menyayangi isteri pertama saya kerana layanan
yang 

Help Palestine [hidayahnet] Fenomena Filem Melayu

2006-10-17 Terurut Topik ruzaihan . junit
Assalamualaikum warahmatullah…

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Aku bersaksi bahawa tiada
Tuhan yang disembah selain Allah yang Esa, tiada sekutu bagiNya dan aku
bersaksi bahawa Nabi Muhammmad saw itu hamba dan pesuruhNya. Selawat
berserta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad saw yang memiliki akhlaq
terpuji dan menjadi ikutan selamanya. Juga buat orang2 yang beramal soleh
dan kesekalian dari kita.

Bismillahir Rahmanir Raheem…

Pada suatu malam, saya memasuki bilik seorang teman. Niat di hati untuk
berbual² sambil 'menunggu mata mengantuk'. Atau mungkin juga boleh
'menonton' dia bermain konsol permainan video PS2. Namun sebaik memasuki
biliknya, saya dapati teman saya dan seorang yang lain sedang asyik
menonton sebuah filem Inggeris. Saya tidak berminat untuk menonton tetapi
untuk terus meninggalkan mereka, saya rasa bukan perbuatan yang manis.

Jadi saya duduk² sebentar. Disebabkan saya tidak berminat dengan filem yang
ditayangkan, saya alihkan perhatian saya kepada deretan vcd yang terletak
di atas mejanya. Dalam banyak tajuk yang ada di situ, yang cukup saya
tertarik sekali ialah sebuah filem Melayu yang sedikit masa lalu menjadi
topik perbualan hangat akibat adegan² 'separa lucah' yang terdapat di
dalamnya. Filem tersebut berjudul 'Remp-It'.

Saya tidak pasti dari mana datangnya nama Remp-It tersebut tetapi rasanya
ianya terhasil akibat usaha untuk mengkomersilkan nama 'Mat Rempit', kutu
jalanan yang terkenal dengan lumba motorsikal haram dan aksi bahaya mereka
di jalan raya. Filem 'Remp-It' ini dikatakan mengutarakan isu kehidupan
sebenar golongan ini yang juga sering dikaitkan dengan seks rambang dan
beberapa aktiviti songsang yang lain.

Banyak bogel ke dalam cerita ni? tanya saya kepada teman saya sambil
memegang sampul vcd berkenaan. Mana ada bogel... Pegang² dada adalah...
jawabnya sambil mata tidak dialihkan dari kaca televisyen. Fooh!, kata saya
di dalam hati. Hebat filem Melayu sekarang ini. Saya meneliti nama
pelakonnya... Farid Kamil  Julia Hana. Melayu! Bermakna adegan itupun
membabitkan pelakon Melayu... Hebat pelakon Melayu sekarang ini!

Bukanlah saya tidak tahu bahawa filem ini tidak menampilkan adegan bogel.
Saya telah mengetahui banyak fakta berkenaan filem ini walaupun belum lagi
menontonnya. Semuanya dari pembacaan dan juga 'laporan' dari teman² yang
pernah menonton. Tetapi sengaja saya tanyakan begitu kepada teman saya.
Mungkin boleh dikatakan sebagai gurauan atau sindiran walaupun saya tahu
sindiran itu tidak ada kena mengena dengan teman saya tadi sebenarnya.

Kemudian saya teringat kepada isu yang hangat diperkatakan di ruangan cyber
melalui perbincangan dalam milis sekarang ini. Iaitu mengenai kenyataan
Mawi yang menetapkan syarat menolak adegan berpegangan tangan dengan wanita
jika mahu dia membintangi sesuatu filem. Dikatakan kenyataan ini telah
menyinggung perasaan pelakon² senior seperti pelakon terbaik, Rosyam Noor
dan pelakon tua, M. Rajoli.

Saya sebenarnya tidak mempunyai maklumat yang sempurna mengenai perkara ini
kerana saya agak jarang membaca suratkhabar. Apa yang saya perolehi adalah
berdasarkan email² yang saya terima dan juga cerita dari teman² yang memang
fanatik. Sama ada fanatik meminati Mawi atau fanatik membenci Mawi. Sudah
tentulah ada yang menyokong pernyataan Mawi dan ada juga yang
menyifatkannya sebagai 'perasan baik'.

Saya tidak mahu dikatakan berada di mana² pihak. Saya juga tidak mahu
memberi komen sama ada patut atau tidak Mawi memberikan kenyataan yang
sedemikian. Baik atau buruknya seseorang, tidak boleh dinilaikan hanya
kerana patah perkataan yang dituturkannya semata². Juga kita tidak boleh
mengatakan seseorang itu jahat hanya kerana kita melihat amalannya kurang
dari apa yang kita amalkan.

Tetapi yang menarik, apakah perlu untuk seorang pelakon Melayu yang mengaku
Islam berpendirian sebegitu dalam menilai sesebuah tawaran lakonan yang
diterimanya. Dan apakah perlu seorang penonton Melayu yang mengaku Islam
menyokong kenyataan sebegitu atau sebaliknya mentertawakannya kerana
dikatakan cuba berlagak baik di dalam industri yang memang sudah terkenal
dengan maksiat dan kemungkarannya.

Benarkah industri perfileman tanahair dipenuhi dengan maksiat dan
kemungkaran? Ya juga. Tetapi bukankah kita ada beberapa filem yang menyeru
kepada kebaikan? Ataupun sekurang²nya cuba membangkitkan realiti masyarakat
setempat dengan harapan, ianya mampu membangkitkan kesedaran sekaligus
mengubah masyarakat untuk menjadi yang lebih baik, mirip kepada apa yang
pengarah filem itu mahukan?

Kita ada filem seperti Abang yang berkisar tentang konflik kekeluargaan.
Juga filem seperti Matinya Seorang Patriot, Bukit Kepong, Paloh dan Embun
untuk menyemarakkan semangat perjuangan. Tidak lupa filem Sepet dan Gubra
yang 'menegur' masyarakat tentang isu perkauman dan juga Islam yang sedang
diliberalkan. Filem seperti KL Menjerit dan terbaru, Remp-It yang dikatakan
mengungkap permasalahan sebenar golongan remaja kita.

Tidak baguskan filem sebegini? Bukankah 

Support Palestine [hidayahnet] Bala Atau Ujian?

2006-10-15 Terurut Topik ruzaihan . junit
Assalamualaikum warahmatullah…

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Aku bersaksi bahawa tiada
Tuhan yang disembah selain Allah yang Esa, tiada sekutu bagiNya dan aku
bersaksi bahawa Nabi Muhammmad saw itu hamba dan pesuruhNya. Selawat
berserta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad saw yang memiliki akhlaq
terpuji dan menjadi ikutan selamanya. Juga buat orang2 yang beramal soleh
dan kesekalian dari kita.

Bismillahir Rahmanir Raheem…

Dalam hidup ini, kita sering berhadapan dengan pelbagai masalah. Tidak
kiralah sama ada masalah di dalam pekerjaan mahupun berkaitan dengan
kekeluargaan atau apa juga masalah. Ada kalanya masalah itu terlalu kecil
dan tidak langsung membebankan pemikiran kita. Namun acap kali juga datang
masalah yang besar yang hinggakan kita mula terasa beban dan terasa
bagaikan bala sedang diturunkan ke atas diri kita.

Persoalannya, benarkah ianya bala? Atau sebenarnya sekadar ujian? Dan
soalan seterusnya, apakah itu bala dan apakah pula itu ujian? Dan apakah
perbezaan di antara keduanya? Jawapannya adalah mudah. Sebab bala dan ujian
adalah dua perkara yang sama. Apa saja yang merupakan bala boleh dianggap
ujian dan begitulah sebaliknya. Yang membezakannya adalah cara penerimaan
kita.

Sebagai contoh, seperti yang saya ceritakan dan posting sebelum ini, kereta
saya terbabit di dalam kemalangan pada 29 September yang lepas. Pada
kejadian tersebut, saya boleh memilih sama ada hendak menganggap ianya
sebagai sebuah bala atau bencana yang Allah turunkan buat saya. Atau
sebaliknya, jika saya hendak menganggap ianya sebuah ujian dari Allah juga
tidak menjadi masalah dari segi istilahnya.

Namun, reaksi yang bakal terhasil oleh kita adalah berbeza mengikut
penterjemahan kita ke atas kejadian tadi. Sebagai contoh, sekiranya saya
menganggap kemalangan itu sebagai sebuah bala, sudah tentu yang akan
terhasil di dalam hati saya adalah kekecewaan dan rasa penyesalan. Sudah
tentu saya akan jadi tertekan. Malah, pada satu tahap, mungkin juga saya
boleh menyalahkan Tuhan.

Mungkin saya boleh berkata, Aku dah mulakan perjalanan dengan doa menaiki
kenderaan pun accident juga! atau Apalah dosa aku sampai jadi macam ini
sekali Kedua² pengucapan tersebut, yang terhasil daripada tanggapan
bahawa kejadian kemalangan itu adalah bala dari Allah jelas sekali
menjejaskan iman. Sebagai seorang muslim, tidak wajarlah untuk saya berucap
sebegitu.

Namun saya juga punya pilihan untuk menerima kemalangan itu sebagai ujian
yang Allah turunkan buat saya. Dengan beranggapan begini, saya boleh
memujuk hati yang terluka dengan berbagai 'pujukan' yang manis. Saya boleh
menganggap ujian ini Allah turunkan demi untuk meninggikan darjat saya.
Juga boleh menganggap bahawa ini adalah satu cara untuk Allah mengurniakan
pahala yang lebih untuk saya dan berbagai 'pujukan' yang lain.

Amat nyata, bagaimana penerimaan kita terhadap sesuatu kejadian yang
menimpa diri kita mampu mengukuh atau melemahkan kedudukan iman kita. Dan
pada pengamatan saya sendiri, adalah lebih baik untuk menganggap setiap
kejadian itu sebagai ujian dari Allah daripada menganggapnya sebagai bala.
Kerana, sebagaimana seorang yang sedang mengambil peperiksaan, ujian hanya
akan membuatkan kita lebih berhati².

Pun begitu, adalah tidak mustahil jika kejadian ini sememangnya Allah
turunkan sebagai balasan atas kesilapan dan dosa yang saya lakukan. Tidak
mustahil juga jika Allah sebenarnya hendak memberikan saya amaran dan
peringatan agar lebih berhati² dan lebih berwaspada. Sesungguhnya, apa juga
yang tersirat di sebalik kejadian itu, Allah lebih mengetahui segala²nya.

Cuma yang ingin saya tekankan di sini adalah, reaksi atau cara penerimaan
kita apabila terjadi sesuatu kejadian yang tidak kita ingini berlaku
memainkan peranan penting dalam pertumbuhan iman kita. Sekiranya cara
penerimaan kita betul, maka insyaAllah iman kita akan membesar dengan lebih
sihat dan bertenaga dan begitu jugalah sebaliknya. Penerimaan yang salah
boleh membunuh iman kita.

Tidak sampai seminggu kereta saya kemalangan, ketika saya sedang membeli
tiket bas untuk kembali bekerja, saya telah tersilap langkah dan akhirnya
kaki saya tergeliat di Terminal Bas Larkin. Saya pulang ke rumah dalam
keadaan berdengkot. Kemudiannya saya meminta ayah saya untuk tolong urutkan
bagi mengurangkan kesakitan. Apa yang terjadi, bengkak semakin membesar dan
kaki saya mula kelihatan biru.

Ketika masuk waktu solat Asar, saya sudah mula menjadi malas untuk ke
masjid. Kaki sakit ni... Macam mana nak berdiri... Bisik hati saya.
Hampir² juga iman saya tertewas. Jika difikirkan, ya! Mengapa harus saya ke
masjid? Bukankah Allah yang memberikan kesakitan ini kepada saya? Jika
Allah mahu saya ke masjid, mengapa Allah tidak jadikan saya sihat sahaja
sepanjang masa?

Tetapi Alhamdulillah, seketika kemudian iman saya bangkit semula. Ah...
Tidak. Ini adalah sebahagian dari ujian Allah. Aku mesti ke masjid. Pahala
lebih kalau pergi berdengkot begini... Pahala lebih... Jadi saya pergi
juga ke masjid dalam 

Boycott Israel [hidayahnet] Ditegur

2006-09-27 Terurut Topik ruzaihan . junit
Assalamualaikum warahmatullah…

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Aku bersaksi bahawa tiada
Tuhan yang disembah selain Allah yang Esa, tiada sekutu bagiNya dan aku
bersaksi bahawa Nabi Muhammmad saw itu hamba dan pesuruhNya. Selawat
berserta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad saw yang memiliki akhlaq
terpuji dan menjadi ikutan selamanya. Juga buat orang2 yang beramal soleh
dan kesekalian dari kita.

Bismillahir Rahmanir Raheem…

Ada sekali (sebenarnya beberapa kali) saya terlewat ke masjid untuk
berjamaah Maghrib. Saya masbuk pada rakaat kedua dan berada di saf yang
terakhir sekali iaitu saf ketiga. Seperti biasa, selepas imam memberi
salam, saya bangun untuk menyelesaikan baki satu rakaat yang saya
tertinggal. Di sebelah saya seorang yang boleh dipanggil ‘pakcik’ dengan
saiz tubuh yang ‘bolah tahan’.

Selesai saya memberi salam, saya teruskan dengan berzikir seperti biasa.
Satu dari tabiat buruk yang amat sukat untuk saya buang adalah perbuatan
‘mematahkan jari’ (cracking knuckles) terutama selepas solat, iaitu ketika
berzikir. Jadi, seperti kebiasaan saya, sewaktu mulut terkumat kamit
menyebut kalimah² suci, tangan saya begitu aktif ‘mematahkan’ jari² pada
tangan satu lagi.

Secara tiba² tangan saya ditepuk perlahan. Saya membuka mata dan melihat
pakcik di sebelah saya sedang merenung saya sambil tangannya digoyang²kan
sebagaiseolah² berkata ‘jangan buat begitu’. Saya dapat rasakan ada
perubahan pada riak muka saya tetapi saya cuba tersenyum sambil mengangguk.
Kemudian saya ‘pisahkan’ tangan kanan dan tangan kiri supaya saya tidak
berbuat begitu lagi.

Saya kira ianya habis begitu saja. Tetapi kemudian pakcik tersebut mencuit
saya “Ha… Tu makruh tu buat macam tu. Kat luar tu dah ada tampal dah.
Makruh…” katanya sambil tangannya ditudingkan ke dinding masjid memberitahu
nota tentang hukum ‘mematahkan jari’ ada tertampal di situ. Saya tersenyum
lagi. Sebolehnya saya tidak mahu bercakap ketika berzikir. Saya mahu
tumpukan sepenuh perhatian sepenuhnya kepada bacaan saya.

Tetapi teguran pakcik tersebut sedikit sebanyak mengganggu fikiran saya.
Tentang hukum mematahkan jari, sememangnya ianya bukan perbuatan yang baik.
Tetapi saya seolahnya ketagihan. Kebetulan saya belum lagi berjumpa mana²
nas yang melarangnya (sesiapa yang ada harap dapat berikan kepada saya).
Tetapi sering orang memberitahu ianya makruh dan saya yakin ianya begitu
memandangkan keburukan yang ada pada perbuatan tersebut.

Pun begitu, walaupun saya tahu pakcik itu berbuat sesuatu yang betul
manakala saya sememangnya layak ditegur, saya rasakan sedikit sebanyak ego
saya tercalar. Walaupun saya mampu menepis ego tersebut, namun ia akan
datang semula. Terkadang lahir juga dari hati ‘siapa pakcik ni nak ajar
aku?’. Syukurlah saya cepat tersedar dan kemudian berdoa kepada Allah agar
pakcik tersebut dikurniakan kebaikan kerana berani menegur kesalahan saya.

Sebagai seorang yang biasa menegur orang yang berbuat silap, teguran pakcik
tersebut membuatkan saya terfikir. Mungkin beginilah agaknya perasaan orang
yang saya tegur. Meskipun pakcik tersebut menegur secara lembut, tetapi
nafsu dalam jiwa saya memberontak untuk menolak teguran tersebut. Dan tidak
mustahil selama ini orang lain juga berasakan seperti mana yang saya
rasakan ketika itu.

Seperti tadi, selesai solat witr, saya melihat ke jamaah di belakang saya
dan dapati pembantu saya tidak ada dalam barisan. Kemudian saya hampiri
teman sebiliknya dan bertanya di manakah pembantu saya. “Mungkin dalam
bilik,” katanya. “Kenapa kau tak tarik dia sekali?” tanya saya lagi.
“Susah… Benda macam ni (solat tarawih) bukan boleh dipaksa…” katanya lagi
membuatkan saya menjawab, “Mana boleh macam tu…” tanda tidak berpuas hati.

Saya menuju ke biliknya dan melihat pembantu saya sedang leka bermain
konsol permainan PS2. “Ooo… Kat sini engkau eh? Orang tarawih kat surau,
kau tarawih berjamaah dengan PS2?” tegur saya dalam nada berjenaka. “Aku
nak makan pisang…” jawabnya merujuk kepada perbualan kami sebelum ini
tentang pengalaman ketika bertarawih di kampung di mana katanya, anak muda
yang membantu akan ‘dihadiahkan’ dengan buah pisang.

Saya tergelak mendengar jawapannya. Kemudian saya rapatkan muka saya ke
mukanya. “Tengok sikit muka anak Aji Ajis (bukan nama sebenar)? Woi! Bapa
engkau sikit punya alim, anak nak pergi tarawih pun malas!” kutuk saya lagi
membuatkan dia tersengih. Tetapi kemudian saya teringat kepada peristiwa
saya ditegur di masjid dahulu. Secara tiba² saya terfikir apa yang
dirasakan oleh pembantu saya itu tadi.

Sungguhpun teguran saya secara lawak jenaka, namun rasanya agak keras. Ah…
dia faham tu… Pujuk hati saya. Saya tidak terus pergi. Saya duduk di
sebelahnya. Berharap agar dia tidak berkecil hati. “Amacam? Bola la kalau
berani…” pembantu saya menghulurkan gamepad kedua kepada saya mencabar saya
untuk bermain permainan bola dengannya. Saya menggeleng. Ketika ini barulah
saya berpuas hati yang dia tidak berkecil hati.

Susah juga hendak menegur kesilapan orang. Jika 

Boycott Israel [hidayahnet] Kehadiran Yang Dinanti

2006-09-26 Terurut Topik ruzaihan . junit
Assalamualaikum warahmatullah…

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Aku bersaksi bahawa tiada
Tuhan yang disembah selain Allah yang Esa, tiada sekutu bagiNya dan aku
bersaksi bahawa Nabi Muhammmad saw itu hamba dan pesuruhNya. Selawat
berserta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad saw yang memiliki akhlaq
terpuji dan menjadi ikutan selamanya. Juga buat orang2 yang beramal soleh
dan kesekalian dari kita.

Bismillahir Rahmanir Raheem…

Saya bangkit pagi ini seperti biasa. Jam 4.30 pagi. Sememangnya setiap hari
bekerja, inilah waktu saya meninggalkan 'katil tersayang' untuk mula
bekerja. Saya perlu menandatangani beberapa permit kerja agar bahagian
selenggaraan dapat menjalankan kerja mereka dengan lancar di siang hari
nanti. Seperti biasa, saya akan makan dahulu sebelum memegang pen untuk
memulakan tugas.

Tetapi pagi ini tidak seperti biasa. Ketika melangkah memasuki galley, saya
lihat sudah sedia ramai orang yang sedang menikmati juadah masing². Oh...
Hari ini 1 Ramadhan. Hari ini umat Islam di Malaysia memulakan ibadah puasa
wajib mereka. Dan malam tadi sudahpun dilakukan solat tarawih di mana saya
telah dipaksa menjadi imam. AllahuAkbar. Inilah pertama kali dalam hidup
saya mengimamkan solat Tarawih. Menggigil lutut dibuatnya.

Saya menyedut udara pagi ini dalam² ketika berjalan menuju ke bilik kawalan
sebentar tadi. Ah... Segarnya udara pagi Ramadhan ini. Alhamdulillah...
Betapa beruntungnya saya dapat menikmati bulan Ramadhan yang penuh barokah
ini sekali lagi. Hati saya cukup gembira. Sebenarnya sudah banyak
perancangan yang ingin saya laksanakan di dalam Ramadhan ini. Kerana itulah
saya tidak sabar² menantu kehadirannya.

Bagaimana tidak, di bulan ini Allah yang sememangnya Maha Pemurah telah
melebarkan lagi pintu rahmatNya untuk kesemua kita. Inilah bulannya di mana
setiap amal kita dibalas dengan balasan yang berlipat kali ganda. Inilah
bulannya di mana tidur yang tidak melalaikan juga diberikan pahala. Dan
inilah bulannya kita dapat memperkentalkan benteng kesabaran dan kekuatan
iman dalam menghadapi dugaan hidup.

Selama sebelas bulan sebelum ini kita telahpun melalui hidup ini sebagai
mukmin yang ada kalanya berjaya menewaskan dugaan tetapi yang pada
kebiasaannya, tewas dalam perjuangan. Sebelas bulan sudah lamanya semenjak
kali terakhir kita berjaya mengekang amukan nafsu terhadap nikmat² dunia.
Kini tibalah sebuah bulan di mana nafsu akan sekali lagi tunduk kepada
iman.

Jika dikenang²kan, alangkah bertuahnya kita kerana Allah telah
mensyariatkan berpuasa di bulan Ramadhan ini. Mana tidaknya, setelah puas
bergelumang dengan dosa, tidak kiralah sama ada kecil mahupun besar
sepanjang sebelas bulan yang lalu, maka Allah memberikan kita kemudahan
untuk mengimbangi dosa² yang kita lakukan dengan kurniaan pahala yang
mencurah² di bulan ini.

Agar nanti di Mizan, neraca yang menimbang amalan kita insyaAllah seimbang
ketika menimbang jumlah pahala dan dosa kita. Bayangkanlah jika tiada
keberkatan Ramadhan... Bagaimanakah agaknya dapat kita tambah pahala kita
dengan keadaan harian kita yang sentiasa sibuk dengan pekerjaan² dunia?
Hendak bangkit di tengah malam bagi menunaikan solat tahajud pun sudah
bagitu berat. Bagaimana lagi dengan amalan² yang lain.

Oleh kerana itu, rugilah bagi mereka yang melalui Ramadhan ini secara sia².
Ramadhan ini seumpama sebuah kotak yang penuh berisi dengan harta yang
terbuka di hadapan kita. Sesiapa sahaja boleh mengambil harta tersebut
tetapi ianya tidak akan susut². Hanya apabila cukup tempoh, kotak itu akan
tertutup. Apakah yang akan kita katakan kepada orang yang melihat sahaja
kotak itu tertutup tanpa mengambil apa² dari dalamnya?

Begitu jugalah kita jika kita biarkan Ramadhan ini berlalu tanpa cuba
melakukan seberapa banyak amal kebaikan dan kebajikan. Tentu sahaja kita
akan tergolong dalam golongan orang yang bodoh. Bukan setakat bodoh bahkan
juga sombong. Kerana tidak mengendahkan pemberian yang diberikan kepada
kita. Maka kerana itu, sewajarnyalah kita berusaha bersungguh² untuk
merebut setiap kebaikan yang dijanjikan di dalam bulan yang mulia ini.

Saya yakin ramai di antara kita yang tidak sabar menanti kehadiran
Ramadhan. Kesemuanya menanti dengan sebab dan alasan masing². Ada yang
mengharapkan kehadiran Ramadhan ini akan menjayakan 'misi' menguruskan
badan mereka. Ada juga yang meletakkan harapan untuk berhenti merokok di
dalam Ramadhan ini. Ada juga yang ingin menjadikan Ramadhan ini sebagai
bulan untuk menambahkan simpanan.

Biar apa pun sebab dan alasan kita untuk menyambut Ramadhan, yang paling
penting jangan lari dari niat yang paling utama. Iaitu berpuasa demi kerana
ianya suatu suruhan dari Allah. Kerana tanpa niat yang ini, biarpun harapan
kita yang lain sempena Ramadhan termakbul tetapi tetap ibadah puasa yang
kita jalankan menjadi sia² belaka. Apatah lagi jika harapan kita tadi juga
terkubur berkubur. Tentunya lebih malang lagi jika berlaku sebegitu.

Allah telah menjadikan tempoh 29 atau 30 hari ini sebagai hari² yang penuh
dengan 

Boycott Israel [hidayahnet] Kenyataan Pope Dan Diri Kita

2006-09-24 Terurut Topik ruzaihan . junit
Assalamualaikum warahmatullah…

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Aku bersaksi bahawa tiada
Tuhan yang disembah selain Allah yang Esa, tiada sekutu bagiNya dan aku
bersaksi bahawa Nabi Muhammmad saw itu hamba dan pesuruhNya. Selawat
berserta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad saw yang memiliki akhlaq
terpuji dan menjadi ikutan selamanya. Juga buat orang2 yang beramal soleh
dan kesekalian dari kita.

Bismillahir Rahmanir Raheem…

Akhir² ini kotak masuk email saya dipenuhi oleh berita tentang Pope
Benedict XVI yang dikatakan menghina Islam apabila mengulang semula ayat
dari Emperor Manuel II Paleologos dari kerajaan Byzantine yang mengatakan
bahawa Nabi Muhammad saw meminta atau menyuruh umat Baginda menyebarkan
Islam melalui perang atau pedang atau keganasan. Dalam kata lain, Islam
memaksa orang memeluk agama itu.

Sudah tentu kita sebagai orang Islam akan merasa marah dan geram dengan
kenyataan yang biadab sebegini. Jika seorang Kristian Paria (maksud saya,
yang punyai takat terendah dalam hierarki) yang menyebutnya pun sudah boleh
menaikkan kemarahan apatah lagi seorang ketua agama yang kononnya bersifat
suci. Apakah orang yang ‘suci’ tidak mampu mengawal lidah mereka hinggakan
boleh terbabas kata?

Maka tidak hairanlah jika di sana dan sini orang ‘bersorak’ meminta Pope
memohon maaf atas keterlanjuran katanya dan sebaiknya berundur dari jawatan
itu. Kerana jika dia tidak mampu pengawal lidah sendiri, adalah sesuatu
yang mustahil untuk dia mengawal perbuatan jutaan pengikut Katholik yang
lain. Cuma yang hairannya, mengapa ‘kerajaan Islam’ kita tidak begitu
memandang serius perkara ini…

Saya mengambil masa beberapa hari untuk memikirkan tentang perkara ini di
samping menunggu untuk mendapatkan berita yang ‘lebih jelas’ berkenaan
ucapan Pope Benedict XVI tersebut. Semakin lama difikirkan, saya jadi
semakin pasti. Memang terdapat banyak punca bagaimana ayat provokasi itu
boleh terkeluar dari mulutnya. Tetapi yang paling nyata, tindakan Pope itu
adalah diakibatkan ceteknya pengetahuannya berkenaan Islam.

Di Eropah dan Amerika Syarikat malah di negara kita sendiri, sebenarnya
telah lama wujud penyakit Islamophobia. Bahkan di negara kita ini jauh
lebih hebat lagi. Orang Islam sendiri mempunyai penyakit ini. Penyakit
takut kepada Islam. Kerana itu kita boleh melihat bagaimana hukum Allah
dipermainkan dan dihina oleh penganut sendiri. Dan kita boleh lihat
bagaimana sekolah² agama ditutup kerana dikatakan menjadi sarang pengganas.

Semua kejadian ini, sama ada kepada orang kafir mahupun kepada orang yang
mengaku Islam sendiri, adalah disebabkan oleh pemahaman mereka yang terlelu
rendah tentang apakah Islam sebenarnya. Mereka tidak mengerti apakah
sebenarnya yang dibekalkan dan diajarkan oleh Islam kepada penganutnya.
Sama ada tidak sampai kepada mereka atau mungkin mereka yang menafikan
berita yang mereka dengar.

Jika sememangnya mereka menafikan kebaikan Islam walaupun mereka telah
sedia mengetahui, maka merekalah sebenarnya musuh Allah yang hakiki. Tetapi
seandainya mereka tidak memahami Islam kerana tidak sampai kepada mereka
berita sebenar tentang agama yang terhebat ini, maka sebenarnya itu adalah
atas kesilapan kita sendiri. Kesilapan kita kerana kita tidak menyampaikan.

Saya selalu baca artikel² berkenaan perjalanan saudara² baru (muallaf)
sebelum mereka menemui Islam. Berbagai cerita yang akan kita temui tetapi
yang paling biasa adalah, mereka tidak mengenali Islam dengan lebih dekat
sebelum memeluk agama Islam. Hanya setelah bercampur gaul dengan orang
Islam yang mengamalkan konsep Islam secara menyeluruh, barulah mereka sedar
bahawa sebenarnya agama yang benar hanyalah Islam.

Bayangkanlah di negara kita sendiri. Yang merempit di tengah malam² buta
adalah kalangan remaja Islam. Yang merogol, membunuh, menagih dadah dan
sebagainya, kebanyakannya datang dari kalangan orang yang menganut Islam.
Lebih memedihkan, sebuah parti Melayu yang mendakwa memperjuangkan Islam
sendiri menggalakkan perbuatan mat² dan minah² rempit dengan ‘menganjurkan
parti untuk mereka di masjid²’.

Jikalau beginilah keadaannya, bagaimanakah caranya orang bukan Islam dapat
mengenali agama kita dengan lebih dekat lagi? Saya teringat sebuah kisah
yang diceritakan oleh seorang karkun (peserta Jemaah Tabligh) kepada saya.
Menurutnya, ada seorang lelaki muda dari keluarga kaya yang berterus-terang
kepada ayahnya bahawa dia ingin memeluk Islam. Sebagai seorang kafir, sudah
tentu ayahnya terluka dengan kenyataan anaknya itu.

Apa yang ayahnya lakukan adalah cukup mudah. Dalam satu malam, pemuda itu
dibawa oleh ayahnya berkeliling kota. Menjengah ke lorong² gelap, menonton
perlumbaan haram, ke pusat² hiburan dan banyak lagi tempat jenayah yang
lain. Kemudian ayahnya bertanya. Siapakah yang paling ramai dia temui. Si
anak segera menarik balik niatnya setelah melihat betapa rosaknya akhlak
orang Islam berbanding dirinya yang kafir.

Jika sememangnya ramai orang Islam yang menjadi pembunuh, perogol, perompak
dan berbagai 

Boycott Israel [hidayahnet] GAS PETRONAS LPG cylinders

2006-09-24 Terurut Topik ruzaihan . junit


  [EMAIL PROTECTED] 

  as.com.my  To:

 cc:

 Subject:  GAS PETRONAS LPG 
cylinders   
  09/21/2006 08:53 AM   








PaiN iS TeMpOraRy,GLoRy LaSt FoRevEr

Best regards,

Mohamad Syukairy b Supian,
Production Technologist - Angsi SSI/DPE/DD,
L13 T2 PeTT KLCC.
Petronet: 8-351-8329/ DID: +60-3-2331-8329/ Fax: +60-3-2331-8457
Email: [EMAIL PROTECTED]

- Forwarded by Norehan Bt M Noh/DD/PCSB/Petronas on 21/09/2006 08:37 AM
-


Dear colleagues,

There is an email being circulated within and outside PETRONAS claiming
that there is a way to detect 'LPG cylinder expiry date' and that it is
unsafe to use the LPG cylinder after the expiry date.

We would like to point out the following :

   There is no such thing as 'LPG cylinder expiry date'. The information is
   misleading.

   LPG cylinders are requalified at a set frequency to ensure the integrity
   of the cylinders and to ensure the cylinders are still meeting PETRONAS
   specifications. GAS PETRONAS cylinders are first requalified 9 years
   after the manufacturing year. If the cylinders still meet PETRONAS
   specifications, they will be injected into the market again and will be
   requalified every  6 years thereafter.

   Cylinders that fail to meet PETRONAS specfications will be scrapped.

   To ensure a high standard and integrity and safety of GAS PETRONAS
   cylinders, the requalification exercise practised by PDB is more
   stringent than the requirements of MS 830 : 2003, which is 12 years
   after the manufacturing year and 10 years thereafter.

   Most LPG incidents investigated were due to gas leaks from hoses, loose
   connection between the hose and the stove or the hose and the regulator,
   faulty regulator or due to incomplete shut off of the stove knob. None
   of the LPG incidents was due to 'expired cylinders'.

Kindly contact the undersigned (at ext 16581) or En. Abdul Hisham Mohamad
of LPG Business Division (at ext 16562), should you need any further
clarifications.

Thank you

Ir. Yee Gim Kong
Senior Manager
HSE  Risk Management Department
PETRONAS Dagangan Berhad.
Tel (office)   +603-23316581
Fax  +603-23316220
E-mail   [EMAIL PROTECTED]






--

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title change to daily digest. 

--

Affiliates:
Islamic_Board - Malaysia - Islamic Events and Notices 
http://groups.yahoo.com/group/islamic_board/

Tamadun - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim  
http://groups.yahoo.com/group/tamadun/

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia  : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah   : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info  : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera  : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website : http://hidayahnet.multiply.com/   
Yahoo! Groups Links

* To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

* Your email settings:
Individual Email | Traditional

* To change settings online go to:
http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/join
(Yahoo! ID required)

* To change settings via email:
mailto:[EMAIL PROTECTED] 
mailto:[EMAIL PROTECTED]

* To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]

* Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/
 




Boycott Israel [hidayahnet] Re: Memerlukan nasihat anda

2006-09-23 Terurut Topik ruzaihan . junit
Assalamualaikum warahmatullah...

  APA??? Cerai? Jeng... Jeng... Jeng...

  Bismillahir Rahmanir Raheem...

  Nak selamatkan anak = perkara baik.
  Nak bercerai = perkara buruk.
  Agak² boleh neutral tak eh?

  Ala... Kalau saya cakap masalah kecik tentu orang marah kan? Tapi
  puan kesalkan dengan perangai suami puan yang tak pandai atau tak tau
  cara nak tegur anak puan dan pukul atau dengan hukuman yang keras².
  Tapi... Puan nak buat benda yang sama gak kat dia! Tu masalah tu!
  Puan nak hukum dia dengan perceraian? Siaaan dia. Puan, kalau dia tak
  sayang anak, dia takkan seret budak tu masuk toilet untuk bersihkan
  krim yang kat kepala dia.

  Puan kata puan nasihatkan anak puan dengan kasih sayang. Tapi suami
  puan? Puan dah nasihatkan dengan kasih sayang? Tanya la dia apa
  masalah dia... Mungkin dia sebenarnya ada masalah lain. Sebab... Dia
  buat tu di luar kawalan dia. Ada perkara lain yang mengawal logika
  aqal dia. Mungkin masalah tempat kerja. Masa pukul tak beringat tapi
  lepas pukul baru menyesal. Tu bukti dia sayang budak tu.

  Bayangkan... Dengan emosi yang tak stabil tu (saya anggap emosinya
  tak stabil sebab tu sanggup pukul anak teruk² kemudian menyesal),
  puan berpisah dengan dia dan ambil pula anak² tu dari dia. Apa akan
  jadi pada dia? Ada tak kemungkinan dia culik plak anak tu dari jagaan
  puan nanti? Laaagi haru. Sebab tu, bagi saya suami puan perlukan
  perhatian sebenarnya. Perhatian puan.

  Tanya dia pelan². Orang tua² cakap, slow talk. Tanya dia nape pukul
  cenggitu. Tanya dia tak sayang anak ke. Pastu tanya apa masalah dia
  sebenarnya. Kalau masalah tempat kerja, ajak dia carik tempat keje
  lain. Jangan teruskan keja kat tempat 'bertekanan tinggi' macam tu.
  Kalau masalah lain, cuba selesaikan bersama²... Terbaik, cakap benda
  ni lepas hubungan seksual anda.

  Contoh ayat,
  Isteri : Bang... Kalau saya pregnant macam mana?
  Suami : Ok la... Teruskan...
  Isteri : Tapi saya takut la...
  Suami : Takut pe...
  Isteri : Takut nanti anak ni pun kena belasah jugak...
  Pastu curahkan isi hati puan. Apa yang puan rasa masa lihat anak kena
  belasah tu.

  Apapun, buat slow². Baik². Kita ni bagaikan berjalan atas satu jalan
  yang lurus. Penghujungnya kita tak nampak lagi. Tapi kiri kanan ada
  simpang². Kita tau matlamat kita di penghujung jalan yang penuh
  kebahagiaan. Tapi kita rasa dah letih sangat. Kan lebih baik kita
  perlahankan langkah kita, jalan dengan bersantai daripada kita
  membelok masuk ke simpang di kanan kiri dan akhirnya ketemu jalan
  mati.

  End of the day, kita tak sampai ke mana²...

  Sekadar pendapat lemah dari Abu Naqibah...

  Wassalamualaikum warahmatullah.

  Re: Memerlukan nasihat anda
  Posted by: Shahrul Lidfaza Bob Hisham Shahrul Lidfaza Bob Hisham
  Wed Sep 20, 2006 3:16 pm (PST)
  ***
  Your mail has been scanned by InterScan.
  ***-***

  Waalaikumussalam!!

  Masalah yg saudari hadapi itu masih boleh diatasi...tak perlu berlaku
  perceraian..saya sebagai seorang suami dan bapa kepada 3 org anak
  perempuan
  pun agak panas baran,saya juga pernah memukul anak saya...tapi semua
  itu
  saya dapat hindari setelah umur makin menigkat...saya rasa suami puan
  masih
  muda lagi...apa-apa pun jgn dilawan ketika suami tgh marahcuba
  sentiasa
  beristigifar semasa beliau tgh marahsebab org tgh marah nie 75%
  akal
  nye dipegaruhi syaitan,suami puan pula agak kuat agama nye,maka
  syaitan yg
  dtg pun mesti level2 jeneral..so bykkan bersabarketika mood suami
  dalam
  keadaan suruh anak2 puan bermanja ngan dia.. mesti
  settle...

  @
  Sent by: To: Ikhwanul Muslimun hidayahnet@yahoogroups.com
  [EMAIL PROTECTED] cc:
  roups.com Subject: Boycott Israel [hidayahnet] Memerlukan nasihat
  anda


  09/19/2006 01:24
  PM
  Please respond to
  hidayahnet



  ***
  Your mail has been scanned by InterScan.
  ***-***

  TM, mohon lalu tanpa pamerkan email ID. Thanks.

  Assalamualaikum,

  Saya mohon nasihat warga2 hidayahnet atas situasi yang saya hadapi.

  Saya sudah berkahwin selama 3 tahun dan telah dikurniakan 2 orang
  cahaya
  mata, both boys, eldest is 2+years and youngest is 6-month old. Suami
  saya
  is a good person with strong character, never missed solat, always
  recite
  quran, always attended majlis ilmu di surau bila ada peluang.
  Ditambah lagi
  dengan paras rupa yang bersih, dia merupakan suami idaman yang betul2
  saya
  sanjungi.

  Anak saya yang pertama sedang dalam growing up phase where dia sudah
  boleh
 

Boycott Israel [hidayahnet] Dear God...

2006-09-21 Terurut Topik ruzaihan . junit
Assalamualaikum warahmatullah...

Nice story. Hehehe... Kekadang kita tak tau apa yang sebenarnya terjadi
kan? Tapi kita suka buat assumption atau conclusion pakai logik aqal kita
yang terhad...

Wassalamualaikum warahmatullah...
__

There was a man who worked for the Post Office whose job it was to process
all the mail that had illegible addresses.

One day, a letter came addressed in a shaky handwriting to God with no
actual address. He thought he should open it to see what it was about. The
letter read:

Dear God,

I am an 83 year old widow, living on a very small pension. Yesterday
someone stole my purse. It had $100 in it, which was all the money I had
until my next pension check. Next Sunday is Christmas, and I had invited
two of my friends over for dinner. Without that money, I have nothing to
buy food with. I have no family to turn to, and you are my only hope. Can
you please help me?

Sincerely,
Edna

The postal worker was touched. He showed the letter to all the other
workers. Each one dug into his or her wallet and came up with a few
dollars. By the time he made the rounds, he had collected $96, which they
put into an envelope and sent to the woman. The rest of the day, all the
workers felt a warm glow thinking of Edna and the dinner she would be able
to share with her friends.

Christmas came and went. A few days later, another letter came from the
same old lady to God. All the workers gathered around while the letter was
opened. It read,

Dear God,

How can I ever thank you enough for what you did for me? Because of your
gift of love, I was able to fix a glorious dinner for my friends. We had a
very nice day and I told my friends of your wonderful gift. By the way,
there was $4 missing. I think it must have been those bastards at the Post
Office.

Sincerely yours
Edna.





--

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title change to daily digest. 

--

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia  : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah   : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info  : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera  : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood : http://ikhwanweb.com 
Yahoo! Groups Links

* To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

* Your email settings:
Individual Email | Traditional

* To change settings online go to:
http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/join
(Yahoo! ID required)

* To change settings via email:
mailto:[EMAIL PROTECTED] 
mailto:[EMAIL PROTECTED]

* To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]

* Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/
 





Boycott Israel [hidayahnet] Matlamat Perjuangan

2006-09-20 Terurut Topik ruzaihan . junit
Assalamualaikum warahmatullah…

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Aku bersaksi bahawa tiada
Tuhan yang disembah selain Allah yang Esa, tiada sekutu bagiNya dan aku
bersaksi bahawa Nabi Muhammmad saw itu hamba dan pesuruhNya. Selawat
berserta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad saw yang memiliki akhlaq
terpuji dan menjadi ikutan selamanya. Juga buat orang2 yang beramal soleh
dan kesekalian dari kita.

Bismillahir Rahmanir Raheem…

Sudah lama saya tidak menulis artikel yang berbau politik. Dan kebanyakan
posting yang saya buat juga tidak menggambarkan pegangan politik saya yang
sebenar. Jika adapun artikel saya yang kelihatan 'berhaluan kiri', ianya
hanyalah kritikan kepada kerajaan atas beberapa keputusan yang mereka buat,
bukan menjelaskan fahaman politik yang saya 'anuti' secara jelas. Saya
lebih suka sebegitu sebenarnya.

Pada awal saya menulis di ruang siber ini, ya, memang kebanyakan artikel
saya telah menunjukkan saya condong ke arah mana. Tetapi kemudian ramai
yang menghubungi saya yang nyata kurang senang saya bersikap sedemikian.
Dari situ saya tahu rupanya bukan hanya orang Pas yang membaca artikel saya
dan mengunjungi blog saya. Jadi saya tukarkan corak. Saya jadikan penulisan
saya lebih menjurus pengislahan diri, bukan politik kepartian.

Tetapi malam tadi, saya menerima 'sepucuk' email dari seseorang. Nama
terdaftar pada IDnya adalah Ustaz Zatsu. Saya sendiri tidak kenal siapa
dia. Dan saya juga tidak pasti dari mana dia perolehi alamat email saya.
Tetapi itu tidak menjadi hal. Apa yang menjadi hal ialah isi kandungan
emailnya. Di dalam email tersebut, terlalu banyak kutukan pedas yang
dilemparkan terhadap Pas.

Saya baca lebih dari 3 kali. Dan setiap kali saya pasti tersenyum.
Tersenyum, kerana saya terfikir apakah yang membuatkan dia ingin
mengirimkan email itu terhadap saya. Mungkinkah dia rasakan saya seorang
yang fanatik terhadap pas? Dan tersenyum kerana banyak isu yang disebutkan
adalah isu lapok. Isu yang sebenarnya sering digunakan oleh orang Umno yang
ketandusan idea.

Kritikannya cukup pedas. Jika saya seorang yang fanatik terhadap Pas,
mungkin saya boleh jadi mengamuk. Tetapi sayangnya, saya bukanlah seorang
yang sebegitu. Dan tujuan saya menulis email ini bukanlah untuk membela Pas
sebaliknya untuk menjelaskan pegangan politik saya kepada sesiapa yang
tidak tahu dan ingin tahu. Supaya selepas ini, saya tidak lagi disalah
anggap.

Ustaz Zatsu di dalam emailnya menyebut tentang isu pilihanraya bukan
ibadah, menyebut tentang isu tuhan samseng dan juga tentang kononnya banyak
perkara bathil dan bidaah yang diperjuangkan di dalam Pas. Hm... Berat,
kan? Secara zahir, memang isu yang diketengahkan oleh si penulis agak
benar. Ya, pilihanraya atau demokrasi bukanlah apa yang dihukumkan oleh
Allah. Yang betul, sistem pemerintahan Islam adalah sitem Khulafa.

Saya akan sentuh tentang itu kemudian. Saya lebih berminat untuk bercerita
tentang tuhan samseng ini. Katanya, untuk menjadi samseng, seseorang perlu
zalim, hati kering dan sebagainya. Tetapi dia lupa sebenarnya samseng
adalah istilah. Samseng atau tidaknya seseorang itu terletak kepada siapa
yang menggelarnya. Jadi samseng itu tidak semestinya zalim. Samseng boleh
jadi seorang yang baik.

Penjajah British mengatakan Datuk Maharajalela adalah seorang samseng.
Mengapa? Kerana Datuk Maharajalela begitu tegas terhadap penjajah itu
hingga sanggup membunuh wakil mereka, JWW Birch. Begitu juga beberapa ulama
dan pejuang kemerdekaan Malaya yang digelar penjahat atau wanted persons
oleh penjajah ini seperti Mat Kilau, Tok Gajah, Tok Janggut dan sebagainya.

Adakah kerana mereka ini betul² jahat? Tidak! Bahkan mereka orang mulia
yang berjuang menetang penjajahan. Tetapi mereka dianggap samseng kerana
yang menggelar mereka sebegitu adalah manusia yang jahat sebenarnya. Apakah
tindakan mereka 'bersifat samseng' kepada penjajah ini layak kita gelar
sebagai zalim? Tidak, bahkan merekalah yang mengangkat darjat kita sebagai
bangsa yang tidak rela dijajah.

Begitu juga, jika Tuhan bersifat samseng kepada orang kafir dan mereka yang
menyekutukan Allah dan berkelakuan mungkar, apakah Tuhan itu zalim? Tidak!
Jika Allah menjanjikan balasan neraka yang siksanya amat pedih itu kepada
mereka, apakah Allah bersikap kejam? Apabila Allah memerintahkan bunuh
kepada mereka yang murtad, tentulah si kafir akan mengatakan Allah itu
samseng.

Jadi, dengan janji azab yang disediakan, Tuhan memang samseng kepada orang
kafir. Kata samseng dunia, kalau nak selamat penuhi permintaan mereka. Dan
Allah pula berkata, jika mahu lepas dari siksa neraka, ikutilah
perintahNya. Dan saya pernah terbaca hadits yang memetik Nabi saw berkata,
sesiapa yang sombong itu adalah melakukan syirik. Kerana sombong adalah
sifat Allah. Hanya Allah yang layak bersifat sombong. Pulak?

Tetapi jika didalami, sememangnya Allah layak bersifat sombong. Setiap
titik perkara yang ada di atas muka bumi ini hanyalah milik Allah. Sudah
setentunya sebagai al-Malik, tidak ada halangan 

Boycott Israel [hidayahnet] Pahit Akan Manis Juga Akhirnya

2006-09-19 Terurut Topik ruzaihan . junit
Assalamualaikum warahmatullah…

Segala  puji  bagi  Allah,  Tuhan  sekalian alam. Aku bersaksi bahawa tiada
Tuhan  yang  disembah  selain  Allah yang Esa, tiada sekutu bagiNya dan aku
bersaksi  bahawa  Nabi  Muhammmad  saw  itu  hamba  dan pesuruhNya. Selawat
berserta  salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad saw yang memiliki akhlaq
terpuji  dan  menjadi ikutan selamanya. Juga buat orang2 yang beramal soleh
dan kesekalian dari kita.

Bismillahir Rahmanir Raheem…

Minggu lepas, saya ke kedai rakan saya untuk menggunting rambut. Kebetulan,
ketika itu rakan saya agak sibuk kerana sedang melayan seorang rakan lain
yang datang untuk menggunting rambut anaknya yang baru berusia 3 bulan.
Jadi rambut saya dipotong oleh pembantunya, seorang muda yang baru tamat
latihan. Macamana bang? Tapak satu ke kosong? tanya pemuda itu. Kosong!
jawab saya sambil menyambut senyumnya.

Ketika dia sedang 'menebas' rambut di kepala saya, anak rakan saya di
sebelah tidak habis² menangis. Iyalah. Budak kecil bukan tahu apa. Tetapi
tangisan bayi tersebut menarik perhatian pemuda yang menggunting rambut
saya. Lama tak dengar suara budak kecil menangis. katanya. Seronok kan?
tanyanya. Saya hanya tersenyum. Kemudian saya bertanya kepadanya Kau dah
kahwin? Belum... jawabnya ringkas.

Tunggu apa lagi? Kahwin cepat la bagus... Belum ada rezeki bang...
jawabnya lagi sambil terus tersenyum. Rezeki ada je di mana². Mana boleh
kata belum ada rezeki jawab saya pula. Dia tersenyum lagi. Kali ini dia
menukar jawapannya kepada 'belum sampai seru'. Okaylah kata saya. Kalau
kata belum sampai seru, atau maksudnya belum bertemu jodoh, mungkin saya
boleh terima lagi.

Entahlah. Akhir² ini saya asyik menasihatkan orang² muda yang saya temui
agar berkahwin cepat. Pantang terdengar mereka berbual tentang perempuan,
atau 'bergayut' di telefon lama², pasti saya akan 'menggatal' menyuruh
mereka berkahwin segera. Ramai yang memberi alasan mereka masih muda.
Huh! dengus saya. Aku dulu ingat umur 27 masa aku kahwin dulu tu muda
lagi. Rupanya 27 tu dah terlalu tua sebenarnya...

Tetapi yang paling ramai memberikan alasan mereka belum cukup wang, tidak
cukup bersedia atau kerjaya belum kukuh. Sebenarnya, saya cukup akui
perihal jodoh ini adalah ketentuan Allah Yang Maha Menentukan semata². Jika
Allah menentukan belum ada jodoh untuk kita, buatlah bagaimana sekalipun,
kita tetap tidak akan berkahwin. Tetapi untuk menjadikan 'rezeki' atau wang
sebagai alasan, saya cukup tidak berkenan.

Saya teringat ketika saya hendak berkahwin dahulu. Sebelum saya mengikat
tali pertunangan, saya telah pun mempunyai satu kerjaya yang boleh
dikatakan stabil. Walaupun tidak semewah mana, namun saya masih mampu
berkereta dan mampu menanggung ibu bapa saya serta mempunyai sedikit 'wang
saku' untuk berfoya² (ini zaman muda² dulu la...). Namun segalanya berubah
tidak lama selepas saya bertunang.

Syarikat tempat saya bekerja mula mengehadkan dan mengawal jumlah jam kerja
lebih masa (OT). Pendapatan saya mula berkurangan. Bukan sedikit tetapi
hampir seribu ringgit juga sebulan. Ketika itu, perniagaan yang saya
jalankan juga mula dilanda masalah dengan rakan kongsi saya melarikan wang
pelaburan saya. Akhirnya saya mula 'berkawan rapat' dengan kad kredit.
Mula² memang mudah tetapi lama kelamaan saya jadi kian tersepit.

Akhirnya saya ambil keputusan untuk bertukar tempat kerja. Saya menyertai
syarikat saya bekerja sekarang ini sebagai pelatih. Berapa sen sangat gaji
yang saya perolehi sebagai pelatih. Selepas dibayar kad kredit, selepas
ditolak duit kereta dan duit untuk ibu bapa saya, yang tinggal untuk saya
adalah negatif. Dengan majlis yang bakal berlangsung tidak berapa bulan
lagi, saya mula kehilangan arah.

Sesekali syaitan berbisik kepada saya untuk membatalkan perkahwinan. Tetapi
tidak! Saya perkuatkan azam dalam hati untuk menunaikan janji yang telah
saya buat. Di ketika itu juga, Allah telah memancarkan sinar hidayahNya
kepada saya dan membawa saya pulang ke jalan yang dia redhoi. Saya mula
belajar untuk mensyukuri nikmat dan belajar untuk berkata cukup dengan apa
yang saya ada.

Saya mula pasrah dengan apa yang terjadi. Dan ketika majlis penyerahan wang
hantaran hampir sampai, saya hanya ada sepuluh ringgit di dalam poket.
Tunang saya (kini isteri) ketika itu pula masih menuntut di maktab.
Bagaimana pula dia dapat membantu. Dan kerana dia masih di maktab jugalah
kami harus kahwin segera. Kerana saya tidak mahu dia dihantar bertugas jauh
sebaik selesai pengajiannya.

Akhirnya, apabila tiba hari penyerahan wang hantaran, saya bertekad untuk
menggunakan wang ansuran bulanan kereta. Ketika itu, bayaran kereta saya
'tersangkut' untuk dua bulan. Pihak bank sudah sibuk menghubungi dan
mengugut untuk mengeluarkan surat tarik. Kad kredit saya juga sudah tidak
boleh digunakan lagi. Ada yang sudah sampai tahap maksimum dan juga yang
digantung kerana tiada pembayaran dibuat.

Saya jadi begitu buntu. Tidak tahu bagaimana saya boleh dapat sumber lagi
untuk meneruskan majlis yang telah 

Boycott Israel [hidayahnet] Bantu Membantu

2006-08-30 Terurut Topik ruzaihan . junit
Tadi, ketika waktu minum, saya berbual² dengan operator radio yang bertugas
untuk shift malam. Ketika berbual², tiba² dia membuka cerita pengalamannya
pada suatu hari dalam sebuah bas ekspres. Katanya, ketika itu dia di dalam
perjalanan dari Kerteh, Terengganu untuk ke Kuala Lumpur. Ceritanya
berkenaan dengan sepasang suami isteri yang duduk di belakang tempat
duduknya.

Dalam perjalanan, katanya, tiba² dia terdengar satu bunyi yang kuat seraya
diikuti suara perempuan itu yang mengaduh. Teman saya menoleh ke belakang
dan melihat isteri kepada pasangan tadi telah keluar darah dari hidungnya.
Teman saya melihat sekeliling dan dilihatnya semua penumpang yang lain
tidak berbuat apa². Lalu teman saya memberanikan diri untuk menegur sikap
lelaki itu.

“Relax la brother...” (teman saya seorang penganut Kristian Orthodoks
berbangsa India) dan kemudiannya diikuti oleh satu pukulan dari botol air
mineral bersaiz besar yang mengenai tepat ke mata teman saya oleh suami si
wanita itu. “Mau lagi ka?” tanya lelaki itu. Teman saya lalu menjawab “Ei
lu bodoh. Lu apesal pukul curi sama wa?” soal teman saya yang seolah²
mencabar kelelakian si suami.

Lantas si lelaki segera meminta bas berhenti (untuk bergaduh di luar).
Lelaki itu turun dahulu sebaik pintu terbuka. Namun ketika teman saya
hendak melangkah keluar, pemandu bas terus meandu bas tersebut dan
meninggalkan si lelaki tadi terkontang-kanting sendirian. Saya tergelak
mendengar ceritanya. “Padan muka!” kata saya. Terbayang bagaimana keadaan
lelaki itu menggelabah mencari jalan untuk pulang.

Namun seketika kemudian teman saya menyambung lagi. “Saya peliklah. There
was not one person you know. A lot of them. Small fella. Big fella. Young
fella, old fella. Tapi semua buat tak tau saja.” Kata²nya membuatkan saya
terdiam sebentar. “Well you know Luke, this not happen only in here. It
happen in all the developed contries. And now it’s coming here. We’re going
towards them.” Jawab saya. Saya lihat dia terangguk².

“Yeah… In the developed contries it’s like ‘F*** you! I don’t have time’”
katanya lagi. Kali ini saya tidak ketawa lagi. Kerana saya rasa apa yang
teman saya bangkitkan cukup benar. Kita kini mula kehilangan masa untuk
mengambil tahu hal orang lain. Saya cuba membayangkan bagaimana jika saya
turut berada di dalam bas tersebut. Apakah tindakan yang akan saya ambil?
Seperti teman saya, atau seperti manusia² penakut yang lain..

Saya bukan mahu bercerita kisah rumahtangga di sini. Bukan tidak mahu
tetapi saya rasakan tidak sesuai untuk bercerita tentangnya. Saya terlalu
muda dan belumpun sampai 3 tahun menjalani alam rumah tangga. Takkanlah
saya yang pengalaman baru setahun jagung ini hendak menasihatkan orang yang
lebih berpengalaman? Jadi, isu bagaimana suami melayan isteri itu, biarlah
kita tinggalkan dahulu.

Apa yang cukup menarik minat saya di sini ialah tentang perangai manusia
hari ini yang tidak lagi mengambil tahu hal orang lain. Bukan setakat tidak
ambil tahu, bahkan tidak kisah dan tidak mahu membantu walaupun melihat
kecelakaan terjadi kepada orang lain. Lebih mengecewakan, orang lain itu
adalah orang yang sebangsa dan seagama dengan kita. Jangankan hendak
menolong, bersimpati pun mungkin tidak.

Di manakah silapnya kita? Apakah kerana arus kemodenan yang kita kecapi
sekarang ini menghalang kita dari berbuat baik dan bantu membantu sesama
muslim? Atau apakah kita terlalu sibuk dengan urusan lain hinggakan tidak
ada masa walaupun barang seminit dua untuk menghentikan kekejaman dan
ketidak adilan? Atau apakah keselesaan hidup kita membuatkan kita tidak
perlu risaukan penderitaan orang lain?

Ini hanyalah satu contoh. Perkara ini tidak terhad kepada kes suami pukul
isteri sahaja. Jika kita baca surat khabar, tentu kita pernah baca kisah
orang yang begnya diragut kemudian tidak ada orang yang ambil peduli.
Bukan? Begitu juga dengan kisah² lain. Kisah keluarga yang hidup miskin
tetapi terbiar dalam pondok usang. Kisah keluarga miskin yang dihalau dari
tanah yang ditumpanginya dan banyak lagi kisah yang menyayat hati.

Bukanlah bererti kita harus menjadi seperti orang kepoh yang hinggakan
warna seluar dalam yang dipakai jiran kita pun kita perlu ambil tahu.
Tetapi, jika kemungkaran telah berlaku di hadapan mata, bukankah wajib kita
menghalangnya? Jika kecelakan telah berlaku terhadap saudara seagama kita
di hadapan mata, bukankah wajib kita membantunya? Jangankan seagama, kafir
zimmi pun wajib kita bantu.

Sebenarnya, setiap muslim mempunyai tanggungjawab mereka terhadap muslim
yang lain. Setiap daripada jiran kita juga, mempunyai haq ke atas diri
kita. Dan kesemua haq ini adalah wajib untuk kita penuhi jika terdaya.
Terdapat banyak hadits yang menyentuh tentang haq² ini. Jika anda berminat,
dapatkan kitab Mantakhab Ahadith. Topik Ikhwanul Muslimin menyentuh khusus
berkenaan perkara ini.

Pada kebiasaannya, orang mudah menggunakan alasan ‘asalkan kita menentang
dengan hati cukuplah…’. Sebenarnya tidak. Menentang dengan hati adalah
bukti iman kita adalah 

Boycott Israel [hidayahnet] Pengawalan Gejala Murtad

2006-08-26 Terurut Topik ruzaihan . junit
Assalamualaikum warahmatullah…

Segala  puji  bagi  Allah,  Tuhan  sekalian alam. Aku bersaksi bahawa tiada
Tuhan  yang  disembah  selain  Allah yang Esa, tiada sekutu bagiNya dan aku
bersaksi  bahawa  Nabi  Muhammmad  saw  itu  hamba  dan pesuruhNya. Selawat
berserta  salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad saw yang memiliki akhlaq
terpuji  dan  menjadi ikutan selamanya. Juga buat orang2 yang beramal soleh
dan kesekalian dari kita.

Bismillahir Rahmanir Raheem…

Semalam, ketika saya sedang membelek² isi kandungan email yang saya terima,
seorang pelatih (trainee) menghampiri saya dan bertanya, “Han, kau tahu tak
berita terkini tentang Lina Joy? Orang kata dia menang dalam perbicaraan…”
Saya segera menggelengkan kepala. “Tipu je tu. Keputusan belum diputuskan
lagi.” Jawab saya sambil mencari² email penafian berita tersebut yang
sudahpun saya padamkan.

“Macam mana dengan cerita nama Islam pada MyKid? Kata nak padamkan, masa
umur 18 tahun nanti baru letak Islam?” tanyanya lagi. Saya berhenti
membelek kotak masuk email saya. Kemudian saya menoleh tepat ke arah
wajahnya dan berkata, “Sebenarnya, ini bukan kisah perkataan Islam pada
MyKad atau apa. Bukan juga soal mengawal orang Islam murtad melalui
undang².”

“Soal sebenarnya, mengapa ada orang Islam yang murtad? Mengapa boleh
terlintas untuk mensyirikkan Allah? Apakah yang dijanjikan oleh agama lain
yang lebih baik dari Islam yang serba sempurna ini. Inilah persoalan yang
sebenarnya.” Kata saya kepadanya lagi. Dia menganggukkan kepalanya. Tidak
tahulah sama ada dia bersetuju atau sebenarnya sudah malas mendengar
ceramah saya lagi.

Bukan hati tidak marah apabila membaca penerangan PEMBELA berkenaan
penyebaran Bible secara percuma kepada umat Islam pada 18 Ogos lalu. Bukan
tidak tersirap darah dengan sifat hina Lina Joy yang mencemarkan agama
Islam dengan permohonannya. Dan bukan juga tidak terkilan dengan tindakan
Jabatan Pendaftaran Negara jika benar mahu menghapuskan perkataan Islam
pada MyKid. Bukan.

Saya memang terkilan dan amat tertekan dengan apa yang berlaku hari ini.
Tetapi, persoalan yang bermain di fikiran saya, mengapakah kita perlu
menggunakan kekerasan atau pengawalan menggunakan undang² untuk menghalang
orang Islam murtad? Sedangkan ini adalah perkara terkecil yang perlu kita
lakukan dalam usaha menyelamatkan agama yang maha suci ini.

Sebelum saya terus menulis, suka saya nyatakan di sini. Ketika saya menulis
artikel Murtad tidak berapa lama dulu, ada orang yang mempersoalkan sikap
saya yang menurutnya memperkecilkan usaha mengumpulkan tandatangan untuk
petisyen kes Lina Joy. Sesungguhnya saya tidak pernah berniat begitu. Malah
tidak terlintas walau sedikitpun di hati saya untuk memperkecilkan usaha
mereka.

Saya, pada setiap masa, menyokong mana² usaha untuk melindungi iman orang
Islam di bumi nan bertuah Malaysia ini. Dan saya juga, dengan sepenuh raga
menolak sebarang usaha untuk menjatuhkan martabat Islam sebagai satu agama
yang agung dan diiktiraf sebagai agama rasmi persekutuan dan kerajaan
negeri. Harap tidak ada yang tersalah faham sekali lagi.

Apa yang cuba saya bawakan ialah, seperti kata saya kepada pelatih saya
tadi, mengapakah ada orang yang boleh terfikir untuk mensyirikkan Allah?
Betul, kita boleh halang mereka bertukar agama. Kita juga boleh kekalkan
perkataan Islam pada MyKad mereka tetapi jika mereka mahu murtad dan
mengamalkan agama baru mereka secara senyap², apa yang boleh kita lakukan?

Seperti kes Kamariah yang saya perolehi dari email. Dia redha dengan
keadaannya dan hampir pasti tidak akan mengumumkan penukaran agamanya.
Namun dalam pada masa yang sama, cuba mempengaruhi keluarganya untuk
mengikuti jalan lembah kehinaan yang dipilihnya. Untuk kes yang sebegini,
apakah yang boleh kita lakukan? Adakah dengan jalan undang² juga?

Sebenarnya, masalah terbesar kita di dalam perihal murtad ini adalah usaha
dakwah. Bukan soal perundangan. Jika usaha dakwah kita betul, jika kita
mampu meneguhkan keimanan dalam hati setiap dari kita, sebenarnya tanpa
undang² murtad pun tidak akan ada orang Islam yang akan meninggalkan Islam.
Sebaliknya, ramai orang kafir yang akan memeluk agama Allah ini.

Usaha dakwah kita pada hari ini adalah terlalu lemah. Selain dari penutupan
sekolah² agama rakyat, pendidikan agama mengikut silibus sekolah kebangsaan
pula gagal mengukuhkan iman anak² kita di sekolah. Sudahlah begitu, mereka
ini disorongkan pula dengan budaya berhibur dan berseronok. Lihat sahaja
program di kaca televisyen kita. Terlalu banyak acara hiburan berbanding
acara berbentuk keagamaan.

Rakyat terutama umat Islam di negara kita hari ini lebih mengenali rupa
artis dari para ulama kita. Sebut sahaja Mawi, Siti Nurhaliza, Faizal AF4
dan beberapa artis lain. Saya pasti anak sekecil 4 tahun pun sudah boleh
mengenalnya. Sedangkan berapa ramai yang mengenal wajah Ustaz Haron Din,
Ismail Kamus dan Akhil Hayy (sekadar menyebut nama yang popular sahaja).

Mengapa rakyat tidak mengenal wajah² ini? Mudah. Kerana tidak ada ruang
buat mereka 

Re: Boycott Israel [hidayahnet] Berselawat Berjabat Tanganselepas sembayang jemaah.

2006-08-24 Terurut Topik ruzaihan . junit
Assalamualaikum warahmatullah...

Maaf, izinkan saya menyatakan pendapat saya pula di sini. Setelah sekian
lama saya menjadi pemerhati (kerana saya melanggan hidayahnet secara daily
digest sekarang ini). Nampaknya, setiap kali berbicara tentang bidaah, ia
pasti akan menjadi satu isu yang cukup besar. Akan jadi
lekeh-memperlekehkan ilmu orang. Akan terjadi nafi-menafikan hukum.

Tatkala saudara² kita di Lubnan hancur tubuh badannya diledak bom dan
machine gun, di kala Lina Joy serta ahlun-nar yang lain sedang bergembira
melanyak agama kita, tatkala itulah kita sedang sibuk membicarakan hal yang
furuk ini. Ketika itu juga kita sedang bersusah-payah membuktikan
perpecahan yang wujud di kalangan penganut agama suci ini.

Baiklah. Yang menjadi persoalan di sini adalah amalan atau iktiqad? Adakah
bersalaman dan berselawat selepas solat itu yang menjadi kesalahan atau
iktiqad yang menyatakan ianya perkara yang perlu dibuat yang silap? Seperti
amalan membaca Yaa Siin di malam jumaat. Pembacaan itu yang salah atau
iktiqad bahawa ianya sunnah yang salah?

Ini soal iktiqad. Bersalaman itu baik. Berselawat itu baik. Tetapi yang
salahnya ialah menganggap ianya suatu sunnah sedangkan ia bukan. Dan
persoalan juga, mengapa mesti dibuat dalam bentuk bulatan? Kan? Saya biasa
amalkan di surau di pelantar tempat saya bekerja ini perihal bersalaman dan
berselawat selepas solat.

Tapi tidak dalam bentuk bulatan. Selepas selesai berdoa (yang bagi Wahabi
juga suatu bidaah), kami akan bangun menuju tempat lain untuk bersolat
sunat ba'diah (memperbanyakkan tempat sujud). Sambil jalan, kami akan
bersalaman dengan orang yang kami temui sambil bertukar² senyuman dan lidah
melafazkan selawat atau zikrullah.

Kesemua kami akui ini bukan sunnah tapi kami amalkan kerana adat dan ianya
tidak bercanggah dengan aqidah Islamiyah. Bukankah kita diharuskan mengikut
adat selagimana ianya tidak merosakkan aqidah? Jadi, jika perkara ini
diiktiqadkan sebagai adat, kan habis cerita? Mengapa hendak diperbesarkan
lagi?

Begitu juga amalan membaca Yaa Siin atau apa² lagi yang dianggap bidaah
termasuklah berdoa selepas solat. Bacalah Yaa Siin di malam Jumaat tapi
jangan diiktiqadkan bahawa pada malam Jumaat aku mesti baca surah ni sampai
habis. Itu yang silap. Baca Quran amalan mulia. Bacalah bila² saja kamu
rasakan senang.

Juga berdoa. Berdoakan bukan semata² selepas solat. BUkan juga mesti
mengangkat tangan. Kata² juga doa. Hanya kita mengambil kesempatan
bersempena dengan tempat dan keadaan yang sesuai. Jika tidak, bila lagi nak
berdoa? Masuk tandas? Tidur? Bersetubuh? Hm...

Perihal bidaah ni, adalah perihal iktiqad sebenarnya. Selagi tidak ada
hukum yang melarang, ianya boleh kita buat. Asalkan tidak diiktiqadkan
bahawa ianya perbuatan Nabi saw ataupun sunnah atau wajib atau apa juga.
Perihal beroleh pahala atau tidak, itu haq Allah semata². Kita tidak layak
untuk menentukannya.

Seperti dalam satu riwayat, diceritakan bagaimana seorang alim yang selalu
menasihati seorang pendosa agar bertaubat. Sehingga satu hari si pendosa
mengatakan kepada si 'alim tinggalkan aku kepada Allah iaini biarlah
Allah yang tentukan pengakhiran untuknya.

Si 'alim katakan, tidak ada keampunan bagimu dan engkau pasti akan
dimasukkan ke dalam neraka. Di akhirat kelak, Allah berkata kepada si
'alim Apakah engkau mahu mengambil tugasKu? kerana si 'alim telah
tentukan tiada pengampuan untuk si pendosa.

Akhirnya si pendosa dimasukkan ke dalam syurga dengan rahmat Allah kerana
meletakkan pengharapan semata² terhadap Allah manakala si 'alim diletakkan
ke dalam neraka kerana mendahului Allah dalam berbuat keputusan. Apakah
kita hendak menjadi seperti si alim? Mendahului Allah dalam soal pemberian
pahala dan dosa?

Benar kata kebanyakan rakan netters. Selagi tidak ada dalil yang
mengharamkannya, janganlah kita memandai hendak mengharamkannya pula.
Tetapi, jika hendak beramal pun, betulkan dulu iktiqad. Jangan di sabitkan
Nabi saw dan sunnahnya tanpa kita mengetahui dengan sohih.

Hanya sekadar pendapat dari si lemah, Abu Naqibah

Wassalamualaikum warahmatullah.


Akhi PE OMB, antum keliru kut antara sunnah nabi dengan sifat2 yg ada pada
nabi. Cuba antum check betul2.

Lagu satu, didalam perkara ibadah (seperti berselawat), kita tidak boleh
berkata sesuatu itu baik atas neraca akal kita semata tapi mestilah
berdasarkan apa yg diajar oleh agama kita, setiap perkara ibadah termasuk
dlm hal tauqifiyah iaitu mesti ada dalil yg mensyariatkannya. Berselawat
itu baik tapi mestilah betul pada tempatnya, mengikut neraca Al-Quran dan
Al-Sunnah.

abuaizat.




 PE
 OMB_Tech/OMB/OMCP
 @OMRONAP   To
 Sent by:  Ikhwanul Muslimun
 [EMAIL PROTECTED] hidayahnet@yahoogroups.com
 roups.com  cc

   

Boycott Israel [hidayahnet] Rezeki Tergantung

2006-08-22 Terurut Topik ruzaihan . junit
Assalamualaikum warahmatullah…

Segala  puji  bagi  Allah,  Tuhan  sekalian alam. Aku bersaksi bahawa tiada
Tuhan  yang  disembah  selain  Allah yang Esa, tiada sekutu bagiNya dan aku
bersaksi  bahawa  Nabi  Muhammmad  saw  itu  hamba  dan pesuruhNya. Selawat
berserta  salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad saw yang memiliki akhlaq
terpuji  dan  menjadi ikutan selamanya. Juga buat orang2 yang beramal soleh
dan kesekalian dari kita.

Bismillahir Rahmanir Raheem…

Saya sebenarnya memang cukup suka untuk bercakap tentang rezeki. Kerana
rezeki itu bagi saya sesuatu yang subjektif. Ia boleh jadi macam².
Segalanya terpulang kepada tuan punya diri untuk menilai ianya sebuah
rezeki atau satu lagi mala petaka yang menimpa diri. Tetapi, bagi saya
semua yang berlaku pada diri ini adalah rezeki belaka. Meskipun ianya
sebuah mala petaka.

Kebetulan, baru² dalam salah sebuah egroup yang saya sertai, ada seseorang
yang bertanya berkenaan 'rezeki tergantung'. Ada sesiapa pernah alami apa
yang saya alami? si penulis emel memulakan notanya. Kenapa setiap kali
rezeki itu ditunjukkan Allah tetapi tidak sampai atau tidak berjaya menjadi
hak saya... sambungnya lagi. Saya dapat membaca kekecewaan dalam
tulisannya itu.

Si pengirim ingin memohon nasihat daripada teman² dalam group yang sama.
Oleh kerana saya bukanlah seorang yang layak untuk memberi nasihat,
walaupun ada beberapa perkara yang ingin saya kongsikan dengannya, lalu
saya mengambil keputusan untuk menulis artikel ini. Agar saya dapat
berkongsi dengan lebih ramai orang. Agar ianya sekadar berbentuk luahan
hati saya, bukan sebuah nasihat.

Jika berkata tentang rezeki, umumnya orang akan mengaitkan dengan wang atau
harta. Atau setidak²nya dengan cara untuk beroleh wang atau harta itu tadi
seperti pekerjaan atau peluang perniagaan. Namun secara peribadi, saya
merasakan kesemua perkara yang kita perolehi atau sedia miliki adalah
merupakan rezeki. Tangan, mata, mulut dan semua anggota badan bahkan udara
yang kita hela juga merupakan rezeki.

Jadi sebenarnya hidup kita ini dilimpahi dengan berbagai jenis rezeki.
Tetapi seperti mana yang saya sebutkan di awal tadi, ianya terpulang kepada
penakrifan individu itu sendiri. Jika orang menganggap udara bukan rezeki,
mungkin ia akan merasakan bahawa dirinya degitu sedikit beroleh rezeki
dalam hidupnya. Dan begitu juga sebaliknya. Jika ia yakin udara itu rezeki,
pasti dia mensyukuri kemewahan hidupnya.

Bukan setakat mata itu rezeki, bahkan kecacatan pada mata juga rezeki.
Contohnya, seorang lelaki yang cacat penglihatan yang saya kenali. Kerjanya
hanya menjual tisu dan pen. Pernah saya tanyakan kepadanya, adakah orang
membeli tisu atau pen darinya? Tidak pernahkah orang menipunya? Iyalah...
Mungkin diletakkan duit syiling 1 sen dan kemudian mengambil tisu atau pen
darinya...

Katanya, itulah rezekinya sebagai orang buta. Ramai orang yang bersimpati.
Memang ada yang menipu tetapi lebih ramai yang bersedekah. Katanya, ramai
yang meletakkan wang seringgit kemudian tidak meminta wang baki (harga tisu
sebungkus adalah 30 sen). Kalau awak yang meniaga macam saya, tentu kena
terajang aje usiknya. Begitu positif, dia menganggap kekurangannya sebagai
rezeki dirinya.

Abang Ramli memang cukup tabah. Kini bukan setakat tisu dan pen, dia juga
menjual reload untuk semua jenis perkhidmatan telefon pra-bayar. Dan
percaya atau tidak, kebanyakan orang kampung lebih suka membeli darinya
dari kedai² biasa. Dan percaya atau tidak juga, Abang Ramli punyai simpanan
puluhan ribu ringgit di dalam bank. Maka kecacatannya bukan mala petaka
sebaliknya suatu rahmat. Atau rezeki.

Dan jika disebut soal rezeki tergantung, tidak dapat tidak sudah pasti saya
akan teringatkan kisah ayah saya. Disebabkan perebutan harta oleh ibu
tirinya, ayah saya telah jadi anak terbuang. Hinggakan sekolah pun tidak
mampu ditamatkan. Untuk meneruskan hidup, ayah terpaksa melakukan berbagai²
jenis pekerjaan termasuklah menjadi nelayan.

Selepas berkahwin, hidup ayah masih tidak berubah. Ibu bercerita, mereka
pernah tinggal di lombong bijih hingga ayah ditimpa oleh runtuhan tanah.
Mereka pernah bekerja menoreh getah hingga paha ibu rabak dihiris oleh
pisau toreh. Ayah juga pernah menjual aiskrim yang bila kala hujan terpaksa
menanggung rugi. Hinggalah suatu hari motorsikal ayah dicuri rakan sendiri.

Bukan setakat itu, ayah pernah bekerja menjadi buruh di pelabuhan sehingga
dinaikkan pangkat tetapi akhirnya dikhianati teman sendiri hinggakan ayah
berhenti kerja. Dan bermacam² lagi dugaan yang menimpa ayah dalam
meneruskan hidup dan membesarkan kami enam beradik. Tetapi, ayah tetap
tidak pernah mengalah dan tidak pernah menganggap rezekinya tergantung apa
lagi ditarik balik.

Sebaliknya, ayah menganggap kami anak² sebagai rezekinya. Kini, ayah tidak
perlu bekerja lagi. Makannya, ada yang menanggung. Pakaiannya, setiap hari
raya, berpasang² akan sampai kepadanya. Ayah hanya bertani di kebun sebagai
memenuhi minatnya. Tidak lagi perlu risaukan tentang bil utiliti, bulanan
kereta, 

Boycott Israel [hidayahnet] Filem Melayu Dan Realiti Masyarakat Melayu

2006-08-20 Terurut Topik ruzaihan . junit
Assalamualaikum warahmatullah…

Segala  puji  bagi  Allah,  Tuhan  sekalian alam. Aku bersaksi bahawa tiada
Tuhan  yang  disembah  selain  Allah yang Esa, tiada sekutu bagiNya dan aku
bersaksi  bahawa  Nabi  Muhammmad  saw  itu  hamba  dan pesuruhNya. Selawat
berserta  salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad saw yang memiliki akhlaq
terpuji  dan  menjadi ikutan selamanya. Juga buat orang2 yang beramal soleh
dan kesekalian dari kita.

Bismillahir Rahmanir Raheem…

Agaknya bahang Festival Filem Malaysia ke 19 yang berlangsung baru² masih
lagi terasa di kalangan penggemar seni. Maklumlah, saya lihat di beberapa
egrup yang saya sertai, terdapat perbincangan hangat mengenainya terutama
isu pemenang anugerah Pelakon Wanita Terbaik, Syarifah Amani (maaf kalau
tersilap eja namanya) berkenaan bahasa Melayu juga berkenaan filem dan
budayanya.

Sebenarnya, saya bukanlah penggemar filem Melayu. Jangan salah faham, saya
juga bukanlah penggemar 100% filem Inggeris. Saya cuma gemarkan filem yang
mampu membuat saya berfikir seperti Six Sense, The Other dan Secret Window.
Filem² perang dan bergaduh tidak tentu fasal seperti filem² lakonan Van
Damme dan Steven Siegal memang saya cukup anti dan meluat.

Ada juga filem Melayu yang berkualiti seperti filem² arahan Allahyarham P.
Ramlee yang saya hafal kebanyakan dialognya dan filem² lakonan Haji Azmil
Mutafa seperti Mekanik dan Ali Setan. Dan yang terbaru, saya amat terhibur
menonton Baik Punya Cilok. Bagi saya, inilah sebenarnya filem terbaik
Malaysia kerana ianya lain dari yang lain dan tidak pula perlu menggadai
maruah bangsa seperti filem² lain...

Saya tidak pernah menonton filem Gubra arahan Yasmin yang telah memenangi
anugerah Filem Terbaik. Sebabnya mudah. Kerana saya meluat dengan filem
Sepet yang jelas meletakkan maruah wanita Melayu sebegitu rendah hingga
mudah mendedahkan paha dan mudah diusung oleh bangsa asing. Tambahan, saya
telah membaca artikel tulisan Faisal Tehrani berjudul 'Gubra Yang Sesat
Lagi Menyesatkan'.

Berdasarkan pembacaan, saya dapat menggambarkan Gubra sebagai satu lagi
filem seperti Sepet yang kononnya cuba menyingkap kebenaran atau realiti
masyarakat Melayu. Kononnya, apa yang berlaku di dalam Gubra adalah apa
yang berlaku dalam masyarakat hari² kaum Melayu di Malaysia termasuklah
adegan berkemban sepanjang hari dan gurauan berunsur lucah oleh pasangan
suami isteri di hadapan anak².

Saya tidak tahu. Mungkin benar ibu Yasmin berkemban sepanjang hari di dalam
rumah tetapi tidak ibu saya. Dan hasil pertanyaan kepada teman², saya belum
jumpa lagi siapa² yang mengaku ibu bapa mereka berkelakuan sebegitu.
Mengapa? Kerana masyarakat Melayu yang MESTI beragama Islam ini bergitu
sensitif dengan perihal seks dan menganggapnya taboo atau sesuatu yang
memalukan untuk dibicarakan secara terbuka.

Jadi saya tidak tahu di mana letaknya kebenaran ayat Gubra menyingkap
realiti masyarakat Melayu. Ops... Maaf. Saya tidak menonton filem ini. Maka
saya tidak layak berbicara panjang lebar tentangnya. Hanya yang saya
tertarik, jika benar masyarakat Melayu Malaysia ini 'berpenyakit', apakah
logik atau munasabah untuk kita paparkannya di layar perak? Apakah kesan
yang boleh kita perolehi?

Benar, jika sakit kita perlu berubat. Dan amat benar, jika memang sudah
sakit, lebih baik kita mengaku saja. Tetapi, kena lihat juga kepada siapa
kita mengaku. Dan apakah sama tindakan mengaku dengan memukul canang?
Seperti seorang yang berpenyakit kurap, apakah kita lihat ianya sebuah
perkara yang masuk akal untuk dia pergi ke mikrofon masjid dan umumkan
kepada orang kampung bahawa dia berpenyakit itu?

Lawak, bukan? Jadi, untuk apakah perlunya dibikin sebuah filem yang
mencemarkan, walaupun menyatakan kebenaran tentang masyarakat Melayu?
Benar, kita perlu mengaku kenyataan bahawa kita berpenyakit. Tetapi,
mengakulah kepada doktor. Supaya kita dapat diberi rawatan yang sepatutnya.
Bukannya dengan membuat pengumuman di surau dan masjid hingga akhirnya kita
sendiri yang ditertawakan.

Itu dari soal maruah pada mata masyarakat asing. Bagaimana pula dengan
maruah orang yang melakonkan adengan itu? Apakah, atas nama seni, kita akan
dibebaskan dari hukuman mendedahkan aurah dan bersentuhan dengan jantina
bertentangan tanpa hubungan mahram di akhirat kelak? Bagaimana pula dengan
kita yang bukan sahaja berdiam diri bahkan menyokong dengan mengangkat
filem ini sebagai yang terbaik?

Seperti baru² ini kecoh orang memperkatakan tentang adegan filem Remp-It
yang memaparkan adegan seks yang terlalu panas sehingga seolah² ianya
sebuah filem barat. Sesetengah orang yang saya temui berkata tidak ada
salahnya kerana adegan sebegitu memang sedia disiarkan di televisyen kita
dalam filem dan drama import. Betul, tetapi persoalannya, bagaimana pula
maruah 'orang kita' yang melakonkan babak tersebut?

Sebenarnya, kita telah terlalu biasa dengan adegan maksiat seperti
berpegangan tangan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram. Malah
kita juga sudah menganggap biasa melihat adegan mereka berpeluk. 

Boycott Israel [hidayahnet] Berikan lebih

2006-07-30 Terurut Topik ruzaihan . junit
Assalamualaikum warahmatullah...

Dapat dari group lain. Sebuah cerita yang menarik. InsyaAllah boleh
memberikan kesedaran...

Wassalamualaikum warahmatullah...
-Abu Naqibah-
__

Salam kepada  semua,

System kat ofis aku down - 2.30am and aku still kat ofis.  Sementara tunggu
system up balik, aku nak share something interesting  happened to me last
nite kat ofis.

Semalam, aku stay back macam biasa  utk habiskan keje. Tgh duk lepak-lepak
benti rehat sekejap, datang sorang  pak gad nih. Indian age dalam 50+ tapi
still kuat coz dia dulu secret  service utk kerajaan Sarawak. Body guard aa
kira. Dia pon maybe tgh boring  coz kitorg dorang je yg ada kat floor nih.
Dia dtg borak - and aku layan  la macam biasa. Then suddenly dia tanya gaji
aku. (uikss.. apsal lak nih?)  Then aku cakap la, adala sikit-sikit lepas
utk diri sendri and family. (takut  gak dia nak pow ke or mintak duit
ker...) Then dia tanya, ada bagi kat mak  aku dak.. aku kata la ada...
bapak? (aku diam kejap coz aku mmg tak kasik kat  bapak aku - aku only
kasik kat mak aku and assuming dia sbg finance  minister akan distribute la
duit-duit tu ke mana-mana channel yg sepatutnya). Then dia tanya lagik.

Aku pon slo jer jawab... tak. Dia pon cakap  kenapa tak and aku pon
explain la why. Then dia cerita, u tau ka, bila u  kasik sama u punya
bapak, dia punya rasa lain u tau ka... Saya sbg bapak aaa,  bila anak kasik
saya wang , saya rasa satu macam punya lain. aku pon  dengar jer la...
then mata dia berair... Dia kata bila anak dia kasik duit dekat dia, I
felt like im flying in the sky! Masa dia cerita tu, siap  dia cakap
sekarang saya cerita pon , bulu roma saya sudah naik, rasa satu macam
laaa... Aku pon teros tingat kat bapak aku. Tho dia masih ada  and still
makan duit pencen, aku terpikir yg aku tak penah kasik duit direk kat dia.
Dan tiba-tiba aku pon sebak rasa macam nak nangis bila teringat  kat bapak
aku. Dulu masa dia kerja, dia selalu kasik duit kat aku masa aku belajar.

Skang aku dah keje dan dia tak, kenapa l aku tak hulur  sikit kat dia.
Aku rasa yg aku dah bagi kat family cukup - tapi tidak! Gad tu tgk kat mata
aku and cakap u kasik u punya mak, lain cerita. tapi  kalau u kasik u
punya bapak wang aaa.. dia misti rasa happy. Saya mula  dapat wang dari
anak aaa, walaupun saya ada gaji aaa.. saya nangis. Nangis  gembira u tau!
Itu malam saya tableh tido. U ada wang, u kasik la sama u  punya bapak
direk. Nanti u tgk apa dia rasa. Tada-tada wang, 50 suda cukup.

Malam tu aku sedih, dan gembira. Sedih sbb tingat kan kesilapan aku dan
gembira sbb aku dapat dua pengajaran dekat sinih. Yg pertama, walau siapa
pon kita, dengarlah nasihat org-org di bawah kita.  Kadang-kala, nasihat
itu menjadi suatu yang amat berguna. Dan yang kedua, sayangilah bapa anda.
Hulurkan lah sedikit wang hasil penat lelah kita  itu. Tak dapat banyak,
sedikit pon tidak mengapa.

Kepada yang masih mempunyai bapa, sayangilah mereka sepenohnya. Peluk erat
dan berikan satu senyuman istimewa buatnya. Kepada yang tiada, hadiahkanlah
bacaan al-fatihah serta panjatkanlah doa semoga arwah dicucuri rahmat dan
ditempatkan  bersama para mukminin.

iDa FaZLiNa^^ Md TaHiR
MuAr..






--

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title change to daily digest. 

--

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia  : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah   : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info  : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera  : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood : http://ikhwanweb.com 
Yahoo! Groups Links

* To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

* To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]

* Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/
 




Boycott Israel [hidayahnet] Ibu

2006-07-28 Terurut Topik ruzaihan . junit
Assalamualaikum warahmatullah…

Segala  puji  bagi  Allah,  Tuhan  sekalian alam. Aku bersaksi bahawa tiada
Tuhan  yang  disembah  selain  Allah yang Esa, tiada sekutu bagiNya dan aku
bersaksi  bahawa  Nabi  Muhammmad  saw  itu  hamba  dan pesuruhNya. Selawat
berserta  salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad saw yang memiliki akhlaq
terpuji  dan  menjadi ikutan selamanya. Juga buat orang2 yang beramal soleh
dan kesekalian dari kita.

Bismillahir Rahmanir Raheem…

Dalam sebuah bayan, saya pernah mendengar mengenai sebuah riwayat. Riwayat
ini sangat panjang untuk diceritakan. Tetapi poin yang ingin saya nyatakan
adalah, Allah telah membahagikan kasih sayang kepada 100 bahagian. 99
daripadanya adalah milik Allah iaitu kasihnya Allah kepada sekalian
makhlukNya. Hanya satu bahagian yang Allah sebarkan ke muka bumi ini.
Itulah kasih seorang ibu terhadap anak²nya.

Sebenarnya, 21 Julai yang baru lepas adalah hari ulangtahun kelahiran ibu
saya yang tercinta. Pada tarikh itu, cukup 63 tahun umur ibu. Ibu memang
sudah tua. Tetapi Alhamdulillah masih kekal cergas dan sihat. Hanya
penyakit darah tinggi dan lututnya sahaja yang mencacatkan taraf
kesihatannya. Itupun lutut ibu sudah beransur pulih, Alhamdulillah...
Tetapi ibu masih belum mampu untuk duduk antara dua sujud.

Kasihan ibu. Tenaganya telah dihabiskan ketika membesarkan kami enam adik
beradik. Dan setahu saya, dalam enam beradik sayalah yang paling banyak
mengerah tenaganya. Maklum saja, saya dilahirkan tidak sempurna jadi
terpaksa di tahan di wad hospital. Cerita ibu, dia terpaksa tidur di tepi
katil wad. Itupun tidur duduk. Jika tiba saya demam, lagi menyusahkan. Saya
hanya mahu tidur di pangkuan. Terpaksalah ibu tidur bersila...

Setiap dari kita mempunyai ibu. Sekurang²nya seorang ibu kandung. Bukanlah
tujuan saya di sini untuk mengagungkan ibu saya di hadapan anda semua.
Tidak. Kerana kasih ibu tidak boleh diperbandingkan. Saya tidak boleh kata
ibu saya menyayangi saya lebih dari ibu si anu menyayanginya. Tidak boleh.
Kerana kasih sayang adalah subjektif. Tidak boleh diukur dengan pembaris
mahupun skala ritcher.

Akan tetapi, pokok ceritanya tetap sama. Semua ibu menyayangi anak mereka.
Atau lebih tepat lagi, semua ibu menyayangi anak mereka lebih dari
segala²nya. Hm... Mungkin ada satu atau dua peratus yang terkecuali tetapi,
umumnya memang begitu. Dan sebenarnya, tidak ada kasih apapun di dalam
dunia ini yang mampu mengasihi kita seperti kasihnya ibu kita terhadap kita
melainkan Nabi saw dan Allah.

Saya teringat di tahun lepas. Ketika dalam perjalanan balik ke kampung
isteri saya di Tanjung Karang. Waktu itu tengah malam. Saya memandu
manakala isteri saya lena tidur di sebelah sambil memangku anak kami, Nurul
Naqibah Izzati yang ketika itu baru berusia beberapa bulan. Sesekali
tergerak di hati untuk mengusik isteri saya. Lalu sengaja saya
bermain'zig-zag'. Saya ingin lihat isteri saya terkejut dan menggelabah..

Malangnya dia tetap lena seperti tidak ada apa². Saya terfikir, mungkin dia
terlalu letih. Saya diamkan. Tetapi seketika kemudian, Naqibah bergerak
sedikit. Sedikit sangat. Hanya menggerakkan tangannya, kalau tidak silap
saya. Saya lihat isteri saya terus terjaga dan terus menepuk² paha Naqibah
agak segera lena semula. Saya jadi tersenyum. Begitulah kasih ibu. Ketika
tidur pun masih risaukan anak di pangkuan.

Ibu kita telah banyak berkorban untuk kita. Pengorbanan mereka yang terawal
adalah apabila menahan rasa loya pada tekak, sakit pada pinggang dan macam²
'pembawaan' lain ketika mengandungkan kita. Ini diikuti pula dengan
pengorbanan kedua yang jauh lebih besar, iaitu ketika bersabung nyawa
melahirkan kita. Teringat kata cikgu saya. Bayangkan lubang sebesar jari
hendak melalukan kepala sebesar bola. Tentu sakit, bukan?

Namun mereka segera melupakan kesakitan itu sebaik melihat anak mereka
selamat di sisi mereka. Dan tambah melegakan, apabila melihat anak² mereka
berjaya dalam hidup. Tidak akan terungkit dalam lipatan memori mereka
tentang segala penderitaan mereka ketika mengandung, melahirkan dan
membesarkan kita. Apa yang mereka ingat hanyalah perasaan syukur dan bangga
dengan kejayaan anak² mereka.

Lalu kita pun sebagai anak yang telah dewasa, mulalah kononnya hendak
membalas jasa. Kita belikan mereka barang yang mahal². Kita bawa mereka
berjalan seluruh dunia. Tempatkan di rumah yang besar. Berikan mereka
segala apa yang terlintas atas dunia ini. Persoalannya, apakah kita benar²
dapat membalas jasa mereka dengan cara begitu? Sekali² tidak. Jangan pernah
menyangka kita boleh mampu membayar segala pengorbanan mereka.

Berilah mereka apapun. Bawalah mereka ke mana pun. Demi Allah, tidak
secalitpun dari jasa mereka yang boleh kita setimpalkan dengan pemberian
kita. Kita akan kekal terhutang budi dan nyawa kepada mereka. Ia akan kekal
begitu. Tidak akan berubah walau sedikitpun. Jadi bolehlah dipadamkan
perkataan membalas jasa ibu. Kerana ianya suatu yang mustahil. Mungkin
boleh digantikan dengan perkataan berkhidmat untuk mereka.


Boycott Israel [hidayahnet] Kebajikan Yang Bersyarat

2006-07-26 Terurut Topik ruzaihan . junit
Assalamualaikum warahmatullah…

Segala  puji  bagi  Allah,  Tuhan  sekalian alam. Aku bersaksi bahawa tiada
Tuhan  yang  disembah  selain  Allah yang Esa, tiada sekutu bagiNya dan aku
bersaksi  bahawa  Nabi  Muhammmad  saw  itu  hamba  dan pesuruhNya. Selawat
berserta  salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad saw yang memiliki akhlaq
terpuji  dan  menjadi ikutan selamanya. Juga buat orang2 yang beramal soleh
dan kesekalian dari kita.

Bismillahir Rahmanir Raheem…

Tidak berapa lama dahulu saya ada menulis tentang seorang sahabat saya yang
'mengadu' kepada saya berkenaan tingkah beberapa teman kami yang kian
hanyut dan kini menjadi penagih syabu atau ice. Sahabat saya itu berharap
agar saya dapat 'melawat' teman² lama ini dan memberikan mereka nasihat
agar mereka tidak terus hanyut. Sayangnya, janji saya kepadanya masih belum
sempat saya tunaikan.

Hinggalah pada hari Sabtu minggu lepas. Ketika itu, rumah salah seorang
teman saya sedang sibuk membuat persiapan untuk perkahwinan adiknya pada
keesokan harinya. Saya berfikir bahawa ini mungkin masa yang paling sesuai.
Lalu, malam itu, sebaik pulang dari masjid selepas waktu Isyak, saya segera
menuju ke rumah teman saya itu. Sengaja saya datang dengan berpakaian gamis
dan serban yang masih terlilit di kepala.

Sebaik sampai, saya disambut oleh adik teman saya yang kemudiannya
menunjukkan saya tempat port mereka. Teman saya tadi separuh terkejut
melihat kehadiran saya. Apatah lagi apabila di tangannya terdapat sebiji
botol berisi air dengan dua batang terjulur keluar. Satu kelihatan seperti
batang paip manakala sebatang lagi, muncungnya terbenam di dalam air dengan
muncung yang lagi satu pula tercacak ke udara.

Di hujung muncungnya terdapat botol kecil dan di dalam botol itu kelihatan
serbuk² putih. Kemudian api kecil dinyalakan di bawah botol kecil itu
menukarkan serbuk putih tadi kepada asap yang kemudiannya melalui air
sebelum disedut oleh teman saya memasuki rongga mulut dan terus ke peparu
dan otaknya. Mungkin ini agaknya yang dipanggil syabu, bisik hati saya.

Kau tak kisah ke aku pakai macam ni lepak kat sini? tanya saya kepada
mereka. Kalau kisah, aku boleh balik tukar baju. sengaja saya mengumpan
dengan harapan itu boleh menjadi pembuka kata untuk 'sessi kuliah' saya.
Namun mereka semua berkata tidak kisah. Lalu saya simpan semua ayat yang
telah saya susun dan teruskan duduk bersama mereka dengan harapan peluang
yang lain akan tiba.

Ketika itu di kaca televisyen tertayang filem Tokyo Drift versi cetak
rompak. Tertarik dengan kereta² yang 'berlakon' dalam filem tersebut,
kebanyakan topik cerita kami berkisar tentang kereta. Seketika kemudian
teman saya menceritakan sesuatu yang mengejutkan saya. Gua dah tolak
kereta gua. katanya. Kenapa? tanya saya. Nak buat ikat jamin. Gua
sangkut hari tu... saya tergamam seketika.

Saya tahu itu peluang untuk saya tetapi saya masih simpan ayat² berikutnya.
Masih belum sesuai masanya, kata hati saya. Seketika kemudian kami
dipanggil untuk mengemas meja kerana kumpulan Yaa Siin kaum ibu telah
selesai dengan majlis mereka. Kami meneruskan kerja tanpa menyebut apa²
tentang kisah tadi. Sehinggalah semuanya selesai, ketika saya duduk
berehat, teman saya datang kepada saya bersama dua gelas air.

Lu sangkut tuari, mem lu tau tak? tanya saya memulakan bicara. Tau...Dia
yang jamin gua. jelasnya. Dia tak cakap apa? tanya saya lagi. Teman saya
menghembus nafas panjang sebelum menyambung Nak cakap apa? Bukan benda
gua... Katanya, sebenarnya dia menyediakan khidmat 'teksi sapu' dan pada
malam kejadian, dia hanya membawa seorang kawannya untuk bertemu
pelanggannya.

Tanpa disangka, pelanggan kawannya itu rupanya telah 'dipegang' oleh pihak
polis. Sebaik sampai, mereka terus ditahan dan terus digeledah. Mujurlah
teman saya tidak menyimpan apa². Namun dia terkandas dalam ujian air
kencing dan akan didakwa atas tuduhan memiliki dadah dalam badan. Hukuman
yang bakal diterimanya jika sabit kesalahan adalah penjara atau denda yang
tidak melebihi jumlah ikat jamin, katanya.

Saya terdiam sebentar. Kemudian saya merenung wajahnya tepat² sebelum
bertanya, Lu dah kena mcam ni, tak ada niat nak berhenti ke? Itu la...
katanya. Gua nak buat loan ni. Lepas tu gua nak buka carwash. Kalau
carwash ni menjadi, memang gua tak nak sentuh lagi benda² macam ni.
Katanya membuatkan saya sedikit lega. Sekurang²nya dia masih ada niat
hendak bertaubat.

Tetapi, yang tidak kenanya, mengapa setelah perniagaan mencuci keretanya
berjaya baru hendak berhenti? Kenapa tidak sekarang? Pye... Banyak orang
yang nak buat kebajikan. Nak buat kebaikan. Tapi kebanyakannya meletakkan
syarat atas setiap kebajikan atau kebaikan yang mereka hendak buat itu.
Mereka buat kebajikan yang bersyarat. Kebajikan yang hanya akan dilakukan
setelah apa yang mereka mahukan tercapai.

Sedangkan, sepatutnya mereka lakukan kebajikan dulu barulah berfikir untuk
mencapai matlamat. Itulah masalahnya... saya menjelaskan kepadanya. Saya
lihat dia separuh termenung sambil mengurut dahi dan 

Boycott Israel [hidayahnet] Lega?

2006-07-26 Terurut Topik ruzaihan . junit
Assalamualaikum warahmatullah…

Segala  puji  bagi  Allah,  Tuhan  sekalian alam. Aku bersaksi bahawa tiada
Tuhan  yang  disembah  selain  Allah yang Esa, tiada sekutu bagiNya dan aku
bersaksi  bahawa  Nabi  Muhammmad  saw  itu  hamba  dan pesuruhNya. Selawat
berserta  salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad saw yang memiliki akhlaq
terpuji  dan  menjadi ikutan selamanya. Juga buat orang2 yang beramal soleh
dan kesekalian dari kita.

Bismillahir Rahmanir Raheem…

Ada baca akhbar Mingguan Malaysia semalam (23 Julai 2006). Kalau ada, anda
perasan atau tidak di muka hadapan akhbar berkenaan, pada ruangan bawah
sebelah kiri, terdapat satu kolum kartun kecil yang bertajuk Senyum
Kambing. Kartun itu menyiarkan dialog antara dua watak. Orang yang pertama,
bertopi, berkata Pusat hiburan tutup 1 pagi. manakala temannya yang
berjanggut menyambut dengan berkata Aku lega..

Sebenarnya kartun ini merujuk kepada berita yang lebih 'lengkap' di
bahagian dalam, mukasurat 3 bahagian Dalam Negeri di kolum pertama yang
bertajuk 'Semua pusat hiburan perlu tutup 1 pagi' oleh S. Anand Kumar. Ini
sebenarnya adalah laporan kepada pengumuman yang dibuat oleh Timbalan
Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Mohd. Johari Baharum sebagai hasil
mesyuarat JK Bertindak Penguatkuasaan Undang-Undang.

Rasanya mungkin isu ini berbangkit akibat cadangan oleh Menteri
Pelancongan, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor supaya melanjutkan waktu
operasi pusat hiburan sehingga jam 5 pagi. Menurut Datuk Mohd. Johari,
cadangan ini ditolak selaras dengan fokus kerajaan dalam mebanteras gejala
sosial dan salah guna dadah. Oh... Patutlah watak kartun Senyum Kambing di
muka hadapan berkata Aku lega...

Baiklah, kita tinggalkan soal perbincangan menteri² tersebut. Saya tidak
berapa suka hendak bercerita panjang tentang mereka. Kerana bagi saya
kebanyakan menteri yang ada sekarang adalah serupa. Kadangkala hujjah yang
saya baca dari rakan penulis lain di internet labih jitu dan lebih relevan
dari mereka. Jadi tidak perlulah membazir air liur. Hanya yang ingin saya
sentuh adalah tentang kartun itu sendiri. Watak dan dialog kartun Senyum
Kambing tersebut.

Saya tidak pasti watak kartun itu mewakili siapa. Sama ada ia mewakili
suara kerajaan, atau suara editor, atau semata² suara penulis / pelukisnya
atau sebenarnya ia bermaksud mewakili suara rakyat terbanyak atau lebih
tepat lagi sidang pembaca mereka. Tapi yang saya boleh agak, niat asal sang
editor mungkin untuk menjadikan kartun itu sebagai lambang suara rakyat
atas isu² yang terkini dan mungkin sensasi.

Secara peribadi, memang saya 'agak' berterima kasih kepada pihak kerajaan
yang tetap dengan keputusan tidak melanjutkan waktu operasi pusat hiburan
hingga jam 5 pagi. Tetapi, saya agak kesal dengan reaksi 'aku lega' oleh
penulis kartun Senyum Kambing itu. Jika benarlah kata² oleh watak dalam
kartun itu mewakili kata² rakyat terbanyak, nyatalah kita semua di dalam
ambang kebinasaan.

Apakah kita boleh berasa lega apabila kerajaan berkeputusan untuk
mengehadkan waktu operasi pusat hiburan ke jam 1 pagi sahaja? Tentu saja
tidak. Mengapa? Kerana, seperti kata Datuk Mohd. Johari, pusat hiburan
telah menjadi salah satu tempat untuk anak² muda mendapatkan bekalan dadah
dan juga tempat berlakunya gejala sosial. Jadinya, tutup jam 1 pagi masih
belum memadai sebenarnya. Masih belum dan tidak mungkin akan memadai.

Itu yang saya tidak faham dengan pemikiran para menteri kita. Bukan mereka
tidak tahu keburukan pusat hiburan. Tetapi tetap, mereka izinkan juga
beroperasi. Walaupun tutup jam 1 pagi, maksiat tetap akan berlaku. Katakan
pusat itu dibuka jam 6 petang. Hingga ke jam 1 pagi, ada 7 jam untuk
berbuat maksiat. Waktu memang sudah dikurangkan tetapi jalan tetap masih
dibuka. Bukankah itu tindakan yang kurang cerdik?

Contohnya, saya mempunyai seorang anak berusia satu tahun setengah. Sebesar
itu, tentu bahaya jika bermain dengan pisau. Lalu, setiap kali dia memang
pisau, saya rampas dari tangannya. Kemudian, pisau itu saya letakkan semula
di lantai. Apakah tindakan saya betul? Apakah dengan cara begitu, saya
boleh berkata saya telah menjaga anak saya dari bahaya bermain pisau?
Apakah isteri saya yang melihat boleh berpuas hati?

Tentu saja tidak! Bahkan jika orang hendak katakan saya bodoh kerana
tindakan tersebut, memang tepat dan kena sangat. Begitu juga dalam kes
pusat hiburan ini. Biarpun masa disingkatkan, namun pusat hiburan tetap
wujud. Bererti tukaran 'wang dan barang' tetap berlaku. Bererti urusniaga
'daging segar manusia' tetap mengambil tempat. Bermakna, tidak ada bezanya
antara tutup jam 5 pagi atau jam 1 pagi!

Jika benar kerajaan ingin menghapuskan penyalah gunaan dadah, atau serius
dalam menangani gejala sosial, sewajibnya kesemua pusat hiburan ini
ditutup. Jangan dibenarkan beroperasi walau sesaat pun. Hanya dengan cara
beginilah baru insyaAllah kita dapat mengurangkan satu opsyen tempat
maksiat kepada pelaku² sumbang. Tindakan begini pun, memudahkan lagi pihak
berkuasa melakukan pantauan.

Arahan 

Boycott Israel [hidayahnet] Murtad

2006-07-24 Terurut Topik ruzaihan . junit
Assalamualaikum warahmatullah…

Segala  puji  bagi  Allah,  Tuhan  sekalian alam. Aku bersaksi bahawa tiada
Tuhan  yang  disembah  selain  Allah yang Esa, tiada sekutu bagiNya dan aku
bersaksi  bahawa  Nabi  Muhammmad  saw  itu  hamba  dan pesuruhNya. Selawat
berserta  salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad saw yang memiliki akhlaq
terpuji  dan  menjadi ikutan selamanya. Juga buat orang2 yang beramal soleh
dan kesekalian dari kita.

Bismillahir Rahmanir Raheem…

Baru² ini kita dikejutkan dengan kenyataan secara terbuka dari Mufti Negeri
Perak, Datok Harussani mengenai gejala murtad yang mana permohonan untuk
memfailkan pertukaran agama atau untuk keluar dari Islam secara rasmi telah
mencecah angka 100,000 orang. Sebaik pendedahan tersebut, maka terbitlah
berbagai² reaksi sama ada dari pihak berwajib atau dari orang ramai.

Sebenarnya, angka 100,000 itu lebih kecil dari yang pernah saya baca di
internet. Menurut pembacaan saya, kenyataan Datok Harussani sebelum ini
menyebut sejumlah 250,000 telahpun menghantar borang ke Jabatan Pendaftaran
Negara bagi memohon menukar status agama dari Islam ke lain² agama. Tidak
tahulah angka mana yang lebih tepat sebenarnya.

Kemudian, baru² ini tersebar pula email di hampir kesemua egroups yang saya
sertai mengenai kes Lina Joy atau nama asalnya Azalina Jailani. Lina Joy
dikatakan akan menghadiri satu perbicaraan di mahkamah atas tuntutan yang
sama; menukar status agama dari Islam kepada Kristian. Kes ini dikatakan
mendapat perhatian antarabangsa walaupun ia disepikan dari publisiti oleh
media tempatan.

Dalam banyak kejadian, hal dan reaksi, saya paling terkejut dengan
tindakbalas yang diberikan oleh Jabatan Kemajuan Islam atau Jakim berkenaan
pendedahan Datuk Mufti tersebut. Dalam kenyataannya, Jakim meminta Datuk
Mufti dan mereka yang melakukan kajian mengenainya tampil berserta dengan
bukti mengenai dakwaan mereka tentang 100,000 orang yang murtad itu.

Jika bukti yang Jakim perlukan, mengapa tidak kes Lina Joy ini dijadikan
bukti? Mungkin kita akan terdengar deraian tawa dari orang² kuat di Jakim
akibat pertanyaan saya tadi. Mungkin mereka akan berkata; Lina Joy
hanyalah satu kes yang terpencil. Tidak boleh dikaitkan dengan angka
100,000 tersebut. Tidak! Ini bukanlah kes yang terpencil. Dan, jika
terpencil sekalipun, ia bukanlah kes yang kecil!

Di tempat kerja saya diajar mengenai piramid keselamatan. Menurut piramid
itu, (misalnya) jika ada 200 kelalaian dalam pekerjaan, akan menghasilkan
100 hampir nahas (near misses). Setiap 100 hampir nahas pula, akan
menghasilkan 50 rawatan kecemasan atau first aid. Setiap 50 rawatan
kecemasan akan menghasilkan 10 kecederaan berat (lost time injury) dan atas
segalanya adalah 1 kematian (fatality).

Setelah berfikir sejenak, saya rasa piramid ini boleh diapplikasikan dalam
kes murtad di negara kita. 200 orang yang melalaikan ibadah mengakibatkan
100 orang yang munafiq. 100 orang munafiq pula mengakibatkan 50 orang
melakukan dosa besar. Berikutnya, terhasil 10 orang yang melakukan syirik
tanpa sedar (minta nombor dan sebagainya) dan atas sekali, pengisytiharan
murtad secara terang²an.

Bayangkan. Jika teori berkenaan piramid ini betul, bermakna ada begitu
ramai orang yang melalaikan ibadah di dalam negara kita. Dan, sekali lagi,
jika piramid ini betul, dan kenyataan Datok Mufti juga betul, bermakna 20
juta iaitu hampir 100% umat di bumi Malaysia ini tergolong dalam golongan
yang melalaikan ibadah! Allahu Akbar! Peratusan ini termasuklah diri saya
sekali!

Poin saya di sini, sebenarnya kita tidak perlu tunngu sehingga angka itu
mencecah 100,000 untuk bertindak. Tidak perlu menunggu sehingga nasi sudah
menjadi kerak baru hendak dikecilkan apinya! Cukup dengan satu kes ini (kes
Lina Joy) untuk mengejutkan kita dari lena yang tidak berkesudahan. Untuk
bangun dan memulakan gerakan tarbiyyah bagi menyelamatkan aqidah Islamiyah.

Tetapi yang menyedihkan, sama ada di internet, dalam suratkhabar mahupun di
televisyen, orang lebih asyik membicarakan rancangan perkahwinan Siti
Nurhaliza dengan Datuk Khalid berbanding dengan cerita bagaimana untuk
menyelamatkan maruah Islam dan bagaimana hendak meloloskan diri dari
panasnya api neraka kerana melalaikan dakwah dan lain²perintah Allah.

Saya teringat kepada tutur seorang teman saya. Katanya, ada seorang
pemimpin agama lain yang pernah berkata, jika orang Islam ini, diikat
dengan kepala di bawah dan kaki di atas, kemudian dikelar kulitnya dan
dititiskan air limau berserta garam pada kesemua kesan luka tersebut sambil
dipaksa untuk meninggalkan Islam, nescaya dia akan terus kekal bersama
agamanya.

Namun, jika orang Islam dirosakkan dengan fesyen, dengan hiburan, dengan
sukan dan berbagai² dengan lagi dan kemudiannya dengan perlahan menjurus
mereka untuk mengamalkan agama lain, nescaya mereka akan menurut dengan
rela. Tidak pastilah sama ada ayat ini benar dituturkan oleh pemimpin agama
lain atau sebenarnya rekaan teman saya itu sendiri. Tetapi jika ini
rekaannya, tentu saja teman saya itu 

Bismillah [hidayahnet] Selamat Ke Menara Gading

2006-07-05 Terurut Topik ruzaihan . junit
Assalamualaikum warahmatullah…

Segala  puji  bagi  Allah,  Tuhan  sekalian alam. Aku bersaksi bahawa tiada
Tuhan  yang  disembah  selain  Allah yang Esa, tiada sekutu bagiNya dan aku
bersaksi  bahawa  Nabi  Muhammmad  saw  itu  hamba  dan pesuruhNya. Selawat
berserta  salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad saw yang memiliki akhlaq
terpuji  dan  menjadi ikutan selamanya. Juga buat orang2 yang beramal soleh
dan kesekalian dari kita.

Bismillahir Rahmanir Raheem…
Baru sebentar tadi, sebelum masuk waktu Isya', saya menelefon anak saudara
saya yang akan melanjutkan pelajar di UiTM Kota Semarahan (kalau tak salah
saya) di Sarawak dan akan berangkat esok untuk urusan pendaftaran pada hari
Isnin nanti. Macam mana? tanya saya. Takutlah Pak Usu. Angah tak biasa
pergi jauh². Betul! Angah tak pernah pergi jauh macam ni. jawabnya.

Bukanlah dia tidak pernah tinggal di asrama. Sebelum ini dia menghabiskan
tingkatan 4 dan 5nya di Sekolah Teknik Azizah. Tetapi itu di Larkin, Johor
Bahru. Masih terlalu dekat dan boleh pulang setiap minggu. Lalu saya
ceritakan pengalaman saya kepadanya. Pak Usu dulu masa masuk MRSM Jasin,
Melaka seorang juga. Lagilah. Baru berusia 16 tahun masa itu...

Saya tahu. Melaka dan Sarawak memang jauh berbeza. Bukan dari segi jarak,
malah juga budaya. Namun hakikatnya tetap juga jauh. Ketika itu kami tidak
punyai banyak wang. Saya tidak mampu membeli tiket bas yang berharga RM16
(kalau tak silap) untuk pulang setiap bulan. Hinggakan perkahwinan kakak
kedua saya pun terpaksa saya tinggalkan kerana kesuntukan wang.

Kemudian saya yakinkan kepadanya bahawa orang Sarawak memang ramai yang
baik². Sama sahaja. Di mana² akan sentiasa wujud orang yang baik dan orang
yang jahat. Dan setelah memberikan sedikit nasihat dan ucapan tahniah, kami
menamatkan perbualan. Kami memang tidak mampu berbual panjang kerana waktu
Isyak sudah semakin hampir. Tetapi perbualan sesingkat itu mengungkit
semula kenangan lalu.

Sebenarnya selepas SRP (kini PMR), saya tidak tahupun ada sekolah bernama
MRSM. Tetapi suatu hari, ketika sedang berehat di kedai jiran saya, saya
terlihat di televisyen iklan tawaran kemasukan ke MRSM. Ketika itu
keputusan SRP masih belum dikeluarkan. Saya hanya berjenaka dengan teman
saya ketika saya katakan bahawa keputusan yang bakal saya peroleh akan
melayakkan saya ke MRSM.

Namun tak semena² abang teman saya (yang ketika itu menuntut di UKM)
menghempas buku dan berkata Jangan confident sangat. Saya terkedu. Memang
betul keputusan belum diumumkan. Tetapi apakah salah saya bergurau begitu?
Mengapa mesti sampai menghempas buku? Apakah seorang yang bersekolah di
sekolah yang bertaraf kampung seperti saya mumang sudah pasti bodoh?

Saya hanya mendiamkan diri sambil bertekad untuk betul² memohon untuk masuk
ke MRSM. Sebenarnya saya tidak pernah punya niat untuk meninggalkan Sekolah
Menengah Majidi Baru kerana bagi saya, jika semua pelajar pandai ke sekolah
pandai, maka keseimbangan tidak akan wujud. Tetapi saya hanya ingin
membuktikan bahawa bukan hanya dia yang boleh layak ke universiti.

Dan ditaqdirkan, apabila keputusan diumumkan, ternyata memang saya layak.
Tanpa banyak bicara saya memohon dan Alhamdulillah diterima. Tetapi saya
mengambil keputusan untuk menolak kerana perbelanjaan yang terlalu besar
(untuk mebeli cadar, sarung bantal dan lain² keperluan) sedangkan ketika
itu keluarga saya sedang sibuk menguruskan majlis perkahwinan kakak saya.

Tetapi ayah teringin benar melihat anaknya bersekolah di sekolah asrama
penuh. Setelah 5 anak²nya tidak ke mana, biarlah yang bungsu ini seorang
menjadi wakil. Saya pergi juga dengan perasaan yang bercampur². Gembira,
sedih, risau dan berbagai lagi. Apa yang pasti, bukan seperti zaman
sekarang, saya tidak dapat menghubungi keluarga saya dengan kerap. Paling
kerap pun, hanya seminggu sekali.

Teringat lagi waktu bangun pagi yang pertama di dormitori. Tidak ada lagi
ibu yang akan menyiapkan sarapan jemput² atau lempeng. Tidak ada lagi Ateh
yang akan duduk di sebelah. Petang² juga dilalui hanya dengan kawan². Tidak
ada lagi pertengkaran dengan adik beradik. Tidak ada. Hidup hanya
dihabiskan di dorm dan juga di bilik kelas.

Tetapi lama-kelamaan situasi begitu menjadi biasa kepada saya. Dan hari ini
saya rindukan suasana itu. Suasana prep... Dan Alhamdulillah, saya lulus
SPM dengan keputusan yang elok. Tidaklah terlalu cemerlang tetapi cukuplah
untuk melanjutkan pelajaran ke universiti. Saya ditempatkan dalam kursus
Kejuruteraan Petroleum, walaupun sebenarnya saya tidak tahu apa itu
Kejuruteraan petroleum.

Sengaja saya pilih UTM kerana ianya di Johor Bahru. Tetapi saya telah
tersalah kira. Kerana fakulti saya ketika itu berpusat di kampus Jalan
Semarak, Kuala Lumpur. Sekali lagi saya berjauhan dengan keluarga. Hanya
kali ini saya telah punya pengalaman. Maka ianya tidaklah sesukar
pengalaman yang pertama. Namun, berjauhan dengan keluarga bukanlah perkara
yang terindah.

Ada banyak pengalaman yang telah saya kutip ketika menuntut di UTM. Namun
bukan itu yang 

Bismillah [hidayahnet] Iman Sang Semut

2006-07-04 Terurut Topik ruzaihan . junit
Assalamualaikum warahmatullah...

Nice story. Mungkin ada yang dah pernah baca. Tapi bacalah lagi. Untuk
peringatan kepada diri sendiri. Inilah yang dinamakan iman. Sedang seekor
semut boleh beriman sebegini, bagaimana agaknya keadaan kita? Susah kan nak
percaya Allah takkan lupa  rezeki setiap makhluknya walau pun sekecil
semut? Waima sebesar kuman selsema burung sekalipun.

Susah... Susah... Walaupun mulut berkata mudah. Tapi sampai ketika, kita
tetap mengeluh dan risaukan masa hadapan. Tak percayalah tu...

Wassalamualaikum warahmatullah.

-Abu Naqibah-



Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Allah
Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu; lantas Nabi Allah
Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu
yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus.  Nabi Allah
Sulaiman pun bertanya kepada semut:  Wahai semut
apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu.

Semut pun menjawab: Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di
tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di  pasir yang tandus
ini ada rezeki untuk ku. Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya: 
Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar
makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?

Jawab semut: Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan.

Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan: Kalau kamu makan hanya sebiji
gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong.

Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan
dimasukkan ke dalam bekas; kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh
dalam bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi tinggal semut didalam
bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan.

Bila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya
dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Allah Sulaiman menemplak
semut: Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu
makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan
setengah.

Jawab semut: Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada di
atas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji
gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu
datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila
kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada
kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah
sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa.

Itulah Iman Sang Semut!!





 Yahoo! Groups Sponsor ~-- 
Check out the new improvements in Yahoo! Groups email.
http://us.click.yahoo.com/6pRQfA/fOaOAA/yQLSAA/TXWolB/TM
~- 

--

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title change to daily digest. 

--

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia  : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah   : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info  : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera  : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood : http://ikhwanweb.com 
Yahoo! Groups Links

* To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

* To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]

* Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/
 





Bismillah [hidayahnet] AWAS: Penipuan keatas pemilik telefon bimbit

2006-07-04 Terurut Topik ruzaihan . junit
Assalamualaikum warahmatullah...

Saya sendiri pernah terima sms begini. Lepas tu saya reply Cheap trick! I
can lodge a police report. Tapi sender ni dengan bangganya boleh jawa
Nope. This is non-register.. Hm... Kalau iman dah tak ada, dah tak kira
halal haram. Mungkin dia fikir duit ni tak buat makan (kalau muslim la) dan
tak jadi darah daging. Betul la tu. Tapi dia buat untuk hubungi awek dia.
Cuba bayangkan apa taraf hubungan dia? Gunakan jalan yang haram.

Yang peliknya, ada sesetengah orang tak tahu tentang ni. Tentang airtime
sharing ni. So this one is consider serious memandangkan ramai yang dah
terkena. Harap² dapat disebarkan...

Wassalamualaikum warahmatullah...

-Abu Naqibah-

- Forwarded by Ruzaihan Junit/U-AsiaPacific/ExxonMobil on 07/01/2006
03:38 AM -


  KHAMIS, Najiah  

  [EMAIL PROTECTED]  To:   

  om.my  cc:   

  Sent by:Subject:  AWAS: Penipuan 
keatas pemilik telefon bimbit   








  06/30/2006 03:04 PM   






 Dah baca Harian Metro? Kalau belum, saya paparkan cerita mengenai penipuan
kepada pemilik telefon bimbit prabayar di bawah ni ( kes 2 ). Tapi sebelum
tu saya nak cerita tentang kes penipuan yang hampir sama ( rujuk kes 1 )
yang pernah berlaku kepada saya baru-baru ini. Juga saya paparkan mesej
yang
saya terima daripada kawan saya tentang penipuan yang tak pasti kepada
pemilik telefon bimbit prabayar atau pascabayar ( Kes 3 )

KES 1

1. No Telefon Bimbit   : 013-3440257
Mesej  : Dear valued customer.RM70 will be
credit into your account.To activate type 7 and send to 10133440257. TQ

Tarikh Mesej diterima  : 26 April 2006

Masa Mesej diterima   : 12:49 pagi


2. No Telefon Bimbit    : 019-9580629

Mesej   : TAHNIAH! ANDA TELAH TERPILIH
UTK MENERIMA RM50 KREDIT PANGGILAN PERCUMA DARI CELCOM SEMPENA (ULANG
TAHUN') SILA TAIP; 10  HANTAR KE; 10199580629 (PERCUMA)TQ.

Tarikh Mesej diterima  : 10 April 2006

Masa Mesej diterima   : 1:00 pagi.



3. No Telefon Bimbit       : 019-9993064

Mesej   : Penambahan baki akaun Xpax
Mid
Prepaid anda sebanyak RM5 akan diaktifkan akaun anda,dail 0193000910 atau
taip 5 SEND ke 1013064.TQ.

Tarikh Mesej diterima  : 09 April 2006

Masa Mesej diterima   : 5:45 pagi.



4. No Telefon Bimbit       : 013-2798220

Mesej   : Anda mempunyai 9 pesanan
suara.Untuk mendengar mesej bersuara ini sila taip 9 dan htr ke 10132454709

Tarikh Mesej diterima  : 06 Jun 2006

Masa Mesej diterima   : 1:17 pagi.


Pernahkah anda menerima sms seperti di atas di talian telefon bimbit anda?
Saya dah menerimanya sebanyak 4 kali dan percayalah bahawa semuanya adalah
TIPU belaka. Untuk pengetahuan, sekiranya anda membalas kepada nombor yang
diberikan dengan menaip angka 10, 20 atau apa saja dan dihantar kepada
nombor yang bermula dengan 1, contohnya 10132454709, ini bermakna kredit
panggilan anda sebenarnya telah dipotong sebanyak jumlah yang anda taip itu
iaitu 10, 20 dsbnya, kerana telah dipindahkan kepada pemilik nombor
berkenaan. Angka 1 di hadapan nombor itu adalah angka yang telah disetkan
oleh pengendali telefon bimbit iaitu Celcom, Maxis dan Digi, sebagai angka
untuk memindahkan kredit panggilan.

Pada mulanya saya hampir terpedaya, tetapi nasib baik telah menerima
peringatan daripada kawan saya tentang perkara ini satu ketika dahulu. Apa
yang saya lakukan adalah membalas semula dengan kata-kata yang kasar di
samping menyelitkan sedikit nasihat berunsur

Bismillah [hidayahnet] Re: Lepas Minyak Elektrik Pula...sape yang tak paham2 ni?

2006-07-02 Terurut Topik ruzaihan . junit
Assalamualaikum warahmatullah...

Astaghfirullah... Tak habis² lagi perdebatan tentang ini? Rasanya saya
tulis artikel ni lebih sebulan yang lalu... Harga letrik dah naik pun. Dah
membebankan pun...

Tapi kesemua hujjah yang anda kemukakan adalah benar. Saudara Asetip,
mungkin anda sebagai pelajar yang terlitup dengan akta zalim AUKU
menjadikan minda anda KAKU untuk melihat kebenarannya. Seorang yang
menunggang basikal, tak patut bercakap tentang seronoknya menunggang motor.
Seorang yang belum berumahtangga, tak patut bercerita seolah² dia lebih
tahu cara mengurus rumah tangga. Lain situasi, lain bebanan. Anda duduk
bujang. Dengan kawan². Macam kami? Macam saya? Susah... Macam dalam artikel
saya yang asal, takkanlah sebab nak berjimat kita kena buang keluarga dan
saudara mara? Takkanlah sampai peringkat nak halau mereka ketika berkunjung
untuk elak bil letrik melambung? Kan?

Tapi bagi saya, kalau bil saya naik RM100 pun, tak apa lagi (sebelum ini
RM90). Yang saya takut ialah kenaikan barangan lain yang menggunakan
elektrik. Hatta harga kek sekalipun. Kalau setakat RM10 sebulan, masih
boleh ditanggung, insyaAllah. Tapi kalau dah campur dengan kenaikan lain,
ianya mungkin mencecah RM100 sebulan atau mungkin lebih. Bagaimana? Tak apa
lagi? Hm... Anda memang layak jadi menteri kabinet.

Soal TNB bankrup tu masalah KERAjaan. Saya anggap itu semua penipuan.
Penipuan dengan niat hendak dijadikan alasan menaikan harga. Depa yang tak
pandai meniaga, kita nak tanggung? Hensem sangat ke muka depa tu?

Macam kes minyak. Penyangak diesel. Mana penyangak tu? Takkan lepas naik
harga sekali terus hilang diorang? Kata orang singapura masuk Malaysia 
beli minyak? Bagusla. Sebab depa guna untuk melancong (atau melencong) di
Malaysia. Kan itu industri yang digalakkan. Kalau nak kata diorang beli
minyak untuk pakai kat negara mereka, itu salah. Sebab kereta Singapura
perlu bertangki yang 3/4 penuh sebelum melepasi imigresen di sana. Tipu je
tu.

Macam kes gula. Hm... Penyorok gula pula. Cara nak elakkan kes begini,
naikkan harga gula pula. Ewah ewah. Senangnya? Mana pergi penguatkuasa?
Kalau macam ni, budak darjah 6 pun boleh buat keputusan. Eh... Pak Lah dulu
masuk U tak? Kurang periksa pulak... Inilah yang dinamakan mengarut. Cuba
tipu rakyat. Kalau orang Umno mungkinlah boleh diperbodohkan sebab kalau
tak bodoh, dah lama diorang tinggalkan parti penipu tu...

Agaknya, lepas ni kalau mak bapak yang nak naikkan hantaran anak
perempuannya, bolehlah disorokkan anaknya itu. Atau mungkin cakap anaknya
dah diculik si penyangak. Kena naik harga. Atau nak lagi real, cakap je
bisnes ayahnya lingkup... So hantaran anak terpaksa dinaikkan bagi
menanggung kerugian ayahnya yang tak pandai meniaga. Boleh macam tu? Allahu
Akbar... Kita doakanlah semoga mereka ini diberikan hidayah dan sedikit
kecerdikan agar dapat berfikir sebagai manusia normal.

Wassalamualaikum warahmatullah...

-Abu Naqibah-




___
salam

  saya pun setuju dgn semua saudara sekalian ... kekdg terfikir gak saya
kalo lah takde elaun + etc utk wakil rakyat tuh ... ade ke depa rela
berkorban masa  tenaga???

  saya pun setuju kalo semua menteri tuh dikurengkan elaun/gaji ... zaman
anwar je sanggup kemukakan idea tuh  depa nih memang pentingkan diri
sendiri ... mungkin sbb bg diorg boss is always right hehrp depa nih
sedarlah yg depa menganiaya org mungkin belum masanya doa org teraniaya
dimakbulkan .. tapi insyaallah masanya akan sampai jua ...



[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote:
  Salam,
Saudara Ajai, saya memang setuju dgn pendapat saudara,
yang saya nak tambah pun banyak lagi.
Bukan nak membangkang apa yang dipostkan oleh Saudara
Asetip, memang ada betulnya jugak, saya akui!
Cuma saya nak tanya laa, kalo ada sesapa yang bermurah
hati / buah fikiran untuk dikongsi bersama ttg issue
ni...

1 ) Memang, memang betul kita kena berjimat cermat
dalam banyak hal seperti yang dicadangkan oleh Encik
Asetip, saya setuju tu... Tapi, setelah sekian banyak
perkara yang dikategorikan sebagai KEHENDAK dalam
hidup ( spt TV, Astro, Home Theater, lekapan 
lengkapan rumah, perabut, home PC, water heater/cooler
dan segala macam yang sejenis dengannya ) telah kami
korbankan untuk pemimpin dan negara, apakah / adakah
menda2 yang dikategorikan sebagai KEPERLUAN ASAS
dalam hidup kami pun nak kena kami korbankan??? (
setelah setakat ni dah banyak kami REDUCEkan )
Saya amat berbesar hati sekiranya Encik Asetip sudi
menjadi tetamu saya, berkunjung ke rumah saya, tengok
family life saya, pas tu...Encik fikir dan nilaikan
sendiri laa macam mana lagi nak berjimat...

2 ) Kalaulah, kalaulah kita orang pakat ramai2, mintak
KERAjaan yang kita orang pilih untuk mewakili kita
orang, membela nasib kita orang, berkorban untuk kita
orang pulak, agak2 Encik Asetip rasa sanggup tak
KERAjaan PM kita tu BERKORBAN???
Tak banyak yang kami mintak... cuma POTONGAN GAJI
MEREKA SEBANYAK 10% jer untuk MEMBANTU RAKYAT
BERKORBAN UNTUK 

Bismillah [hidayahnet] JAWAPAN KEPADA TUDUHAN-TUDUHAN TERHADAP RUFAQA (3)

2006-07-02 Terurut Topik ruzaihan . junit
Assalamualaikum warahmatullah...

Allahu Akbar... Terima kasihlah kepada pengirim artikel ini. Terima kasih
kerana telah menunjukkan sekali lagi sikap taksub terhadap pemimpin yang
melampau.

Tak sangka. Orang tua ni ada keramat rupanya. Sampai Anwar jatuh
tersungkur. Sampai Mahathir jadi terhina. Agaknya lepas ni kalau Pak Lah
tergolek, akan dikatakan pula sebab menderhaka pada si tua ni juga? Wah...
Hebat!

Tapi... Yang sekarang ni, kegoyahan pentadbiran Pak Lah akibat goncangan
Mahathir... Apakah balasan juga? Kenapa? Sebab lepaskan orang tua tu? Aik?
Ini sudah terbalik!!!

Sudahlah. Yang sudah tu sudah. Seperti yang saya katakan dulu, ashaari tu
tak layak jadi pemimpin agama. Memalukan. Kalau jadi perawi hadits, habis
semuanya jadi dhoif. Sebab dia ni penipu.

Salah satunya sebab dia kata pernah jumpa Nabi saw secara sedar. Kan tipu
tu? Eh! Ada pula kata dia dipaksa. Itupun menipu juga! Kalau tak tahan
dengan sedikit dugaan, sampai terpaksa buat pengakuan palsu, macam mana nak
jadi pemimpin yang disanjungi? Memalukan betul! Tengok Abdul Rahman Basyir.
Sampai ke sudah tetap tak mengaku.

Jangan kata bila Rufaqa naik maknanya Allah dah tolong. Kita tak tau
perancangan Allah. Dugaan datang dalam pelbagai bentuk. Kejayaan pun satu
bentuk dugaan. Dan ingat, Dajjal datang nanti membawa seribu satu
keajaiban. Allah menjadikan Dajjal seolah² benar seperti dakwaannya iaitu
'seorang' tuhan.

Jangan kata bila dah jatuh dan naik balik, maknanya kita di pihak yang
benar. Mungkin Allah sedang menduga umat yang lain setakat mana kecerdikan
mereka. Mungkin. Kita tidak sampai ke tahap itu untuk mengetahuinya. Jadi,
janganlah tulis dengan yakin yang orang² yang tergolek 'dog' itu akibat
dari pembalasan kerana menangkap ashaari.

Lainlah kalau Jibrail sendiri yang cerita kepada ashaari. Erm... Jumpa Nabi
saw dah pernah mengaku. Nabi saw ada di sebelah pun dah mengaku. Bahkan
dapat wahyu pun dah diakukan. Tengah tunggu si tua tu mengaku jadi 'anak
angkat' Allah pula. Pengikut Arqam dan Rufaqa tentu akan percaya bulat².
Bila agaknya ya?

Wassalamualaikum warahmatullah...

JAWAPAN KEPADA TUDUHAN-TUDUHAN TERHADAP RUFAQA (3)
20/06/2006
Petikan buku Tun Mahathir Tangkap Hj Ashaari Mereka Terhina yang akan
terbit tidak lama lagi. Penulis Puan Mariam Hj Ahmad Shafiee
  ***
  Pengenalan
  Saya adalah salah seorang rakyat Malaysia yang mengikut sama menyaksikan
peristiwa pengharaman Jemaah Arqam oleh kerajaan Malaysia pada tahun 1994,
lebih kurang dua belas tahun yang lalu.

  Menurut kata Ketua Polis Negara Malaysia waktu itu, Tan Sri Rahim Noor,
peristiwa paling besar tahun itu ialah berjayanya kerajaan menangani kes Al
Arqam itulah. Memang pada waktu itu semua orang terkejut melihat demikian
mudahnya kes Arqam di tutup oleh kerajaan. Maka ada pemerhati berkata,
“Kalau pun dia boleh hidup balik, paling kurang lima tahun dari sekarang,
itu pun bukan oleh Ashaari lagi tapi oleh salah seorang anaknya.”

  Namun keadaan jadi cukup gempar bilamana dua tahun berikutnya orang-orang
Arqam ditangkap sekali lagi. Maka dengan segala susah payahnya kerajaan
telah mengambillah langkah-langkah untuk pastikan Arqam betul-betul
berkubur.
  Pegawai-pegawai kerajaan yang bertanggungjawab menangani kes ini (SB)
kelihatan begitu bersungguh-sungguh merayu agar orang-orang Arqam beri
kerjasama demi menyelesaikan masalah antara dua tokoh iaitu Mahathir
Mohamad dan Ashaari Muhammad.

  “Selesaikanlah Ya Allah masalah ini dengan seadil-adilnya.” Begitulah
hati-hati merintih waktu itu. Untuk selesaikan kes itu, lamanya masa yang
diambil adalah 10 tahun. Kes yang cukup unik yang julung-julung kali
berlaku di Malaysia dimana ISA dan Arqam akhirnya berkawan baik dan
sama-sama membangunkan syarikat perniagaan Melayu di tempat buangan daerah
Bandar Country Homes (BCH) yang bersejarah.

  Sepuluh tahun masa yang diambil adalah untuk melengkapkan skrip kerjasama
itu demi membuktikan bahawa atas nama Tuhan tiada yang mustahil untuk
berlaku. Rufaqa akhirnya membesar bersama ISA. Sesuatu yang dihancurkan,
hanya seperti musim luruh yang menggugurkan seluruh daun-daun untuk
ditumbuhkan semula daun-daun baru. Sedangkan batangnya terus berdiri teguh.
Bunga-bunga pun keluar bila tiba musimnya. Ertinya sistem ekonomi Islam
bermodalkan taqwa, kembali hidup di Malaysia.

  Daun-daun yang gugur mulanya dilihat menggelupur begitu liar ditiup
taufan ISA. Namun sesudahnya, oleh sang pencipta skrip diputuskan bahawa
rupa-rupanya mereka dilonggokkan di bumi untuk reput, hina menjadi baja
untuk mengukuhkan lagi sistem pokok.

  Ya, penentang-penentang yang mati-matian berjuang untuk memastikan Arqam
berkubur rupanya ialah satu proses untuk mempopulerkan terus nama yang
sepatutnya sudah dilupakan. Kegiatan mereka benar-benar membantu
memanjangkan hayat populariti Arqam sehingga tak sempat dilupakan orang
terus. Hanya untuk itu saja! Walhal ISA dan Arqam terus berkawan
bekerjasama dan membangunkan sesuatu yang akal manapun tak 

Bismillah [hidayahnet]

2006-07-01 Terurut Topik ruzaihan . junit
Assalamualaikum warahmatullah…

Segala  puji  bagi  Allah,  Tuhan  sekalian alam. Aku bersaksi bahawa tiada
Tuhan  yang  disembah  selain  Allah yang Esa, tiada sekutu bagiNya dan aku
bersaksi  bahawa  Nabi  Muhammmad  saw  itu  hamba  dan pesuruhNya. Selawat
berserta  salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad saw yang memiliki akhlaq
terpuji  dan  menjadi ikutan selamanya. Juga buat orang2 yang beramal soleh
dan kesekalian dari kita.

Bismillahir Rahmanir Raheem…

Lebih seminggu yang lalu, secara kebetulan, ketika hendak menunaikan sunat
ba'diah Zuhur di Masjid Jamek Kampung Melayu Majidi, saya terlihat kelibat
teman saya yang telah lama tidak saya temui sedang berzikir. Jadi saya
sengaja mendirikan solat di sebelahnya dengan harapan agar dia tidak terus
pulang jika ternampak saya di sebelahnya. Alhamdulillah, segalanya terjadi
seperti yang saya harapkan.

Selesai solat, kami sama² duduk di tangga masjid sambil bercerita tentang
kisah silam dan kisah masa sekarang. Aku nak ke Jabatan Agama ni katanya
apabila saya tanya tujuannya selepas ini. Saya mengerutkan kening. Untuk
apa? Pelik. Lalu teman saya menjelaskan. Aku nak ambil surat untuk keluar
3 hari di masjid di Tanjung Langsat. Masjid sana memang perlukan surat dari
jabatan... katanya. Saya jadi separuh terkejut.

Astaghfirullah... Orang hendak duduk beribadah di masjid, qiamulail dan
kemudian mengajak orang kampung berhampiran semua ke masjid, perlu minta
pula kebenaran dari Jabatan Agama? Pelik... Pelik... Saya menggeleng²kan
kepala. Hm... Nak buat maksiat tak payah pula surat dari jabatan jawab
saya sambil disambut oleh gelak kecil kami berdua. Perkara² ini benar²
membuatkan saya berfikir panjang.

Lantas saya teringat satu dialog dalam filem arahan Allahyarham Tan Sri P.
Ramlee yang berjudul 'Ali Baba Bujang Lapok' yang berbunyi Jual ganja ada
lesen. Jual candu ada lesen. Jual belacan tak ada lesen. Sebaik
mendengarkan ayat ini, saya yakin kebanyakan dari kita akan ketawa. Malah
ada yang ketawa terbahak² hingga 'pecah perut'. Tetapi apakah mereka yang
ketawa besar ini benar faham akan maksud ayat ini.

Sebenarnya apa yang berlaku dalam kes teman saya tadi adalah contoh
terjemahan untuk dialog yang saya sebutkan di atas tadi. Teman saya ibarat
orang yang menjual belacan, satu kegunaan yang umum. Sungguhpun ianya
sesuatu yang diperlukan oleh masyarakat, namun ia tidak mendapat sokongan
dari mereka yang menduduki hierarki tertinggi dalam pentadbiran masyarakat
dan negara.

Namun jika ditinjau pula pusat² maksiat, kedai tikam nombor, pusat hiburan,
kelab malam dan lain² begitu mudah untuk dibuka. Hantar saja permohonan ke
PBT dan dalam masa yang singkat, segalanya akan beres. Dan sebenarnya
inilah yang Allahyarham P. Ramlee maksudkan dengan ganja dan candu dalam
dialog yang sama. Lucu bukan? Malah lebih lucu jika kita tahu maksud yang
sebenar.

Bahkan ini juga berlaku dalam masyarakat pertengahan dan bawah itu sendiri.
Lihatlah saja majlis perkahwinan. Sepatutnya, perkahwinan adalah perkara
yang mudah. Tertentu pengantin lelaki dan perempuannya, ada ijab dan qabul,
wali, dua orang saksi yang adil dan maskahwin (yang berpatutan), maka
sepatutnya selesailah upacara mulia. Tetapi hari ini, perkara yang sebegini
mudah telah sengaja sipersusahkan.

Bukan setakat wang hantaran yang ditinggikan nilainya, majlis juga perlu
diadakan sebesar yang boleh. Jika boleh, mahu diadakan siaran langsung di
televisyen. Inilah yang menjadikan perkahwinan sukar untuk dijalankan. Akan
tetapi, dalam masa yang sama, perzinaan menjadi semakin mudah. Pertumbuhan
hotel² murah dan taman² rekreasi memberikan kemudahan yang menyelesakan
buat pelaku² sumbang ini.

Lebih malang lagi, tiada sokongan yang diberikan kepada psukan penguatkuasa
jenayah syariah. Tentu kita masih ingat kisah penangkapan seorang artis
yang separuh bogel di dalam sebuah kelab malam terkemuka. Inilah satu
contoh terbaik untuk menerangkan ungkapan dialog dalam filem Ali Baba
Bujang Lapok tersebut. Bagaimana pencegahan maksiat dianggap suatu perkara
yang salah dan pembuat maksiat pula dianggap teraniaya.

Mengapa harus begini? Mengapa mesti diharamkan benda yang halal manakala
benda yang halal pula diharamkan? Apakah yang akan kita dapat dengan
perbuatan tersebut? Keseronokan? Ya... Memang betul. Tapi itu hanyalah di
dunia. Sedangkan hidup kita di dunia ini untuk waktu yang terhad. Apakah
kita rela sakit yang abadi demi semata untuk secebis keseronokan yang hanya
sementara?

Dan baru² ini, heboh pula cerita tentang kerajaan Kelantan yang menyediakan
satu skim galakan kepada pendakwah yang berupa wang tunai RM10,000 berserta
elaun bulanan sebanyak RM1,000, sebuah rumah dan kereta pacuan empat roda
bagi yang sanggup untuk mengahwini gadis² Orang Asli. Asalkan si pendakwah
sanggup tinggal di situ untuk menjadi imam dan mengadakan kelas fardhu ain
serta menjalankan kerja² dakwah.

Mengapakah rancangan sebaik ini harus ditentang? Apakah salah diberi
sedikit imbuhan, jika kerajaan mampu, kepada mereka yang sanggup

Bismillah [hidayahnet] Kasih Sayang Allah

2006-06-29 Terurut Topik ruzaihan . junit
Assalamualaikum warahmatullah…

Segala  puji  bagi  Allah,  Tuhan  sekalian alam. Aku bersaksi bahawa tiada
Tuhan  yang  disembah  selain  Allah yang Esa, tiada sekutu bagiNya dan aku
bersaksi  bahawa  Nabi  Muhammmad  saw  itu  hamba  dan pesuruhNya. Selawat
berserta  salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad saw yang memiliki akhlaq
terpuji  dan  menjadi ikutan selamanya. Juga buat orang2 yang beramal soleh
dan kesekalian dari kita.

Bismillahir Rahmanir Raheem…

Seronok melihat puteri kesayangan saya membesar. Semakin comel dan semakin
bijak. Untuk kami, dialah penawar segala duka. Melihat keletahnya memang
tidak kering gusi dibuatnya. Ada² saja yang akan dilakukannya. Pada
kebiasaannya, datuk dan neneknyalah yang menjadi mangsa. Pantang melihat
orang buat kerja, pasti akan diganggu. Almari pakai mereka habis
'dikemaskan'.

Hanya satu yang menjadi masalah. Kedegilannya. Bukan degil bagaimana, cuma
setiap apa yang kita larang itulah yang terlalu ingin dibuatnya. Memanjat
meja makan, tingkap dan sebagainya. Mungkin kerana umurnya belumpun setahun
setengah, jadi dia tidak benar² memahami mengapa kami melarangnya. Kami
harap, semakin dia membesar, semakin dia faham mengapa kami melarangnya
berbuat sesuatu.

Sebenarnya, melihatkan keadaan puteri saya membuatkan saya teringat sifat
keseluruhan manusia secara amnya. Tampaknya seperti ada persamaan.
Persamaan dari segi, seronok melakukan apa yang dilarang. Semakin dilarang,
semakin pula seronok untuk membuatnya. Hanya, dalam kes kita, yang melarang
adalah Allah swt, Tuhan Yang Maha Mencipta dan Maha Mengetahui.

Namun asas mengapa sesuatu larangan itu dibuat adalah jelas. Kerana kasih
sayang. Rasanya sesiapa yang ada atau pernah ada anak kecil akan faham
bahawa kita orang dewasa melarang anak² ini melakukan sesuatu bukanlah
kerana dengki atau cemburu sebaliknya kerana risaukan keselamatan mereka.
Kerana kita sayangkan mereka dan tidak mahu sesuatu yang tidak baik berlaku
ke atas mereka.

Begitu juga hakikat larangan Allah terhadap banyak perkara di dunia ini.
Adakah kerana Allah sengaja mahu menyekat kita menikmati keseronokan dunia?
Tidak! Atau adakah kerana Allah sengaja mahu menyusahkan kita? Juga tidak!
Bahkan ianya untuk kebaikan kita secara keseluruhannya agar tidak ditimpa
kecelakaan. Lebih dari itu, segala larangan itu adalah tanda kasih sayang
Allah terhadap kita.

Namun anak² kecil ini tidak akan mengerti mengapa kita melarangnya. Kerana
pemikiran mereka yang belum mumaiyiz. Belum mampu membezakan antara yang
baik dengan yang buruk. Dan sebenarnya, begitu jugalah hakikat kita sebagai
manusia. Pemikiran kita adalah cetek dan terhad. Kita tidak mempunyai
kepandaian seperti Allah untuk menilai sesuatu larangan yang Dia
perintahkan.

Lalu mengapa mesti kita mempersoalkan apa yang Allah larang? Mengapa, jika
Allah menyuruh kita menutup aurah, kita masih mahu degil. Bahkan memberikan
alasan² yang tidak masuk akal. Apakah kita menyangka fikiran kita ini jauh
lebih bijak dan lebih pandai dari Allah maka kita tahu apa yang lebih baik
untuk kita? Atau apakah kita ini tidak 'terikat' kepada perintahNya?

Begitu juga, apabila Allah melarang pengambilan riba dan untung yang
berlebihan. Apakah kita ingin katakan Allah sebenarnya sengaja tidak mahu
kita memperolehi kesenangan yang lebih mudah? Dan juga larangan² yang
lainnya seperti zina, minum arak, meninggalkan solat dan lain². Jelas, jika
kita melanggar arahan ini bererti kita menolak hakikat Allah lebih
mengetahui apa yang terbaik buat kita.

Sebenarnya Allah amat² menyayangi kita. Sungguhpun Allah tidak memerlukan
kita. Bahkan jika Dia tidak menciptakan Adam as buat pertama kalipun tidak
ada tidak ada apa yang terjejas bagiNya. Walaupun sebesar sayap nyamuk. Dan
seandainya kita melanggar segala arahanNya dan kita terjerumus ke lembah
kemusnahan sekalipun, tidak akan sedikitpun kurang kerajaanNya.

Tetapi demi kasih sayang Allah terhadap kita hamba yang hina, Dia telah
mengutuskan bukan seorang, bukan dua orang bahkan ribuan nabi² dan rasul²
semata² untuk menolong kita. Supaya kita tidak teraba dalam gelap. Supaya
kita tidak terjerumus ke lembah kehinaan. Supaya kita semua akan kembali
menghadapNya dalam keadaan yang suci dan berseri².

Lantas apakah tindakan kita bagi membalas kasih sayang Allah ini? Ya, kita
sambut kedatangan nabi² ini terutamanya khotimul anbiya Nabi Muhammad saw
dengan menyatakan iman kepada baginda dan perkara yang baginda bawa.
Kemudian? Apakah dengan pernyataan iman itu sudah mencukupi? Sedang pada
hakikat, hampir segala yang Baginda saw bawa kita dustakan.

Apakah ini caranya menghargai kasih sayang Allah? Mengenepikan apa yang Dia
perintahkan atau melakukannya secara sambil lewa jikapun tidak diabaikan
terus. Tidak. Tidak. Saya bukan berkata tentang orang lain. Apa yang saya
sebutkan di sini adalah tentang diri saya sendiri. Saya tidak tahu amalan
orang lain. Apa yang saya tahu adalah kelemahan saya sendiri.

Allah telah mengurniakan saya terlalu banyak kelebihan dunia. Ibu bapa yang

Bismillah [hidayahnet] Tangkal

2006-06-28 Terurut Topik ruzaihan . junit
Assalamualaikum warahmatullah…

Segala  puji  bagi  Allah,  Tuhan  sekalian alam. Aku bersaksi bahawa tiada
Tuhan  yang  disembah  selain  Allah yang Esa, tiada sekutu bagiNya dan aku
bersaksi  bahawa  Nabi  Muhammmad  saw  itu  hamba  dan pesuruhNya. Selawat
berserta  salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad saw yang memiliki akhlaq
terpuji  dan  menjadi ikutan selamanya. Juga buat orang2 yang beramal soleh
dan kesekalian dari kita.

Bismillahir Rahmanir Raheem…

Beberapa hari lepas saya berkesempatan mendengar perbualan beberapa 'orang
lama'. Maksud saya orang lama di sini bukanlah orang yang telah lama
bekerja tetapi mereka yang telah lama gidup dan ada yang telah bergelar
datuk. Kata orang, mendengar perbualan orang lama ini kadang² boleh
menambahkan pengetahuan. Maklumlah, orang lama tentulah banyak pengalaman
mereka.

Topik hari itu adalah berkenaan kepercayaan mistik. Tentang hantu,
jembalang dan jin serta tidak ketinggalan ilmu² kebatinan dan tangkal.
Antara yang paling menarik adalah cerita tentang siong babi hutan.
Dikatakan sesiapa yang memiliki siong babi hutan ini, akan kebal dan tidak
lut senjata. Ada juga versi lain yang mengatakan pada siong itu terdapat
sebentuk cincin yang mampu membuat si pemakai ghaib.

Tetapi payah untuk ditemui, kata mereka. Kata hati saya pula, kalau cincin
itu mampu buat pemakainya ghaib, macam mana hendak jumpa? Sudah tentulah
babi hutan itu juga ghaib. Tetapi yang paling lucu adalah apabila mereka
katakan, babi tersebut akan menanggalkan siong atau cincinnya jika ia
hendak mandi... Mandi? Er... Cuba bayangkan bagaimana agaknya babi hutan
tanggalkan siong itu ya?

Mungkin kebanyakan yang membaca akan berkata ini adalah ideologi
kekampungan. Fahaman mengarut. Sementara bagi saya, walaupun sudah beberapa
kali 'disakat' dan pernah bertemu jelmaan makhluk berbentuk toyol, namun
terlalu sukar untuk meyakini. Bukan saya tidak percaya dengan kewujudan
mereka. Saya percaya. Mereka makhluk Allah juga. Hanya, untuk mengatakan
mereka hebat, agak sukar.

Sebenarnya kepercayaan begini sudah begitu sebati dengan kehidupan orang
Melayu sejak sekian lama. Mungkin ini diwarisi oleh fahaman animisme yang
diamalkan sebelum kedatangan Hindu dan kemudiannya disesuaikan menurut
kepercayaan terhadap alam ghaib seperti yang diajarkan di dalam Islam.
Namun kini kepercayaan itu sudah semakin meleset. Orang mulai menolak
kewujudan makhluk² ini.

Jika dulu, ada saja orang sakit, pawang dan bomoh akan segera dicari. Tapi
kini orang kita mula beralih ke hospital. Mungkin ini selaras dengan
peningkatan kadar celik huruf. Atau mungkin juga kerana ketiadaan bomoh dan
pawang yang berbakat? Wallhu'alam. Apa yang pasti, meskipun orang kita mula
melupakan 'kehebatan' hantu dan jembalang, namun kepercayaan tetap sama.

Kepercayaan dari segi, yang mendatangkan mudarat dan kebaikan adalah
makhluk. Bukan Allah. Hanya yang berbeza adalah makhluk 'yang dipercayai'.
Jika dulu, kita letakkan kepercayaan kepada hantu dan jembalang. Kini
kepercayaan kita letakkan pula kepada ubat²an. Kepada makanan tambahan. Dan
paling penting kepada duit. Kita percaya, duitlah punca kebahagiaan hidup
kita.

Jika dulu, orang kita bulat² percaya untuk menangkis sesuatu kejahatan,
kita perlu kepada tangkal. Jika berjalan di dalam hutan tanpa tangkal yang
terikat di pinggang, lengan atau tergantung di leher, alamat celakalah
padahnya. Begitu juga dalam mengubati penyakit. Sekira seseorang itu
sembuh, maka yakinlah ia akan tangkal yang dipakainyalah yang
menyembuhkannya.

Tetapi hari ini masyarakat umum mula mempercayai bahawa untuk terjamin
kehidupan hari ini dan esok, kita perlukan duit. Jika tidak ada duit,
seolahnya kita telah melihat hari esok, maka akan celakalah akibatnya.
Bugitu juga dengan ubat. Kalau demam, yang menyihatkan mereka adalah ubat
tersebut. Jika kita teliti, betul bukan bahawa hakikat minda kita tidak
pernah berubah?

Sedangkan pada realitinya yang menentukan keselamatan, yang menentukan
kebahagiaan bahkan yang menentukan kecelakaan, hanya Allah subhanahu
wata'ala. Begitu juga yang menyihatkan badan. Bukan ubat yang kita makan.
Itu hanya asbab. Dan Allah boleh menyembuhkan penyakit tanpa asbab ubat.
Allah juga boleh menjadikan seseorang itu senang tanpa sesen duit pun.

Kerana itu saya cukup tidak selesa jika ada yang suruh menabung duit untuk
kegunaan di hari tua. Kata mereka, jika masa muda ini tidak menabung, di
hari tua nanti hendak makan apa? Oh... Mungkin duit yang memberi mereka
makan. Tapi bagi saya, saya cukup yakin bahawa hanya Allah yang menjadikan
saya kenyang. Dan hanya Allah yang boleh menentukan susah senang saya di
hari kemudian.

Bukan salah untuk menabung. Simpanlah jika ada keperluannya seperti untuk
menunaikan haji atau sebagainya. Tetapi jika menabung sehinggakan sanggup
mengikat perut, atau sehingga terasa kering tapak tangan untuk menghulurkan
derma, entah apalah gunanya? Tidak mendatangkan hasil. Tidak mampu
menjanakan ekonomi masyarakat.

Kerana itulah orang Islam dikenakan zakat 

Bismillah [hidayahnet] Budaya Atau Agama?

2006-06-27 Terurut Topik ruzaihan . junit
Assalamualaikum warahmatullah…

Segala  puji  bagi  Allah,  Tuhan  sekalian alam. Aku bersaksi bahawa tiada
Tuhan  yang  disembah  selain  Allah yang Esa, tiada sekutu bagiNya dan aku
bersaksi  bahawa  Nabi  Muhammmad  saw  itu  hamba  dan pesuruhNya. Selawat
berserta  salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad saw yang memiliki akhlaq
terpuji  dan  menjadi ikutan selamanya. Juga buat orang2 yang beramal soleh
dan kesekalian dari kita.

Bismillahir Rahmanir Raheem…

Semalam petang, ketika berborak dengan teman², tiba² terkeluar cerita
tentang wanita yang merokok. Entah saya sendiri tidak berapa ingat
bagaimana topik ini terkeluar tetapi ia kemudiannya menjadi 'tajuk
perbahasan yang hangat' di situ. Masing² dengan cara sendiri. Tetapi secara
keseluruhannya, kemsemua yang ada menyelar perbuatan itu (walaupun kami
sendiri adalah perokok).

Yang seronoknya apabila ada seorang yang berkata wanita atau perempuan yang
melakukan perbuatan itu seakan tidak tahu malu. Kutukan demi kutukan
terkeluar yang kemudiannya disambut dengan gelak ketawa. Terkadang hinaan
yang dikeluarkan agak memedihkan. Mujurlah, Alhamdulillah, di kalangan ahli
keluarga saya yang perempuan tidak ada yang merokok.

Kemudian ada seseorang yang menyebut tentang senario di ibu pejabat kami di
Kuala Lumpur. Katanya, di sana keadaan perempuan menghidap rokok adalah
suatu kebiasaan. Tidak ada apa yang hendak dipelikkan. Malah terdapat
seorang perempuan yang agak berusia, bertudung dan berbaju kurung tetapi
sering kelihatan berada dan menghisap rokok di smoking area.

Masing² menggeleng kepala. Ternyata mereka amat malu dengan tindakan
perempuan bertudung yang merokok itu. Rasanya sentimen terkuat mereka untuk
berasa malu adalah kerana wanita itu seorang Melayu. Kerana hampir
kesemuanya menyuarakan bahawa merokok bukan amalan wanita Melayu. Dan kata
mereka, merokok biasa dikaitkan dengan wanita jalang atau pelacur.

Saya agak kurang bersetuju dengan kenyataan itu. Juga kenyataan bahawa
rokok adalah pembunuh. Kerana nenek saudara saya, yang pastinya seorang
wanita adalah seorang perokok tegar. Beliau tidak jalang, bukan pelacur
malah adalah seorang perempuan kampung yang baik. Tetapi beliau telah
meninggal dunia lebih kurang lima tahun yang lepas, pada usia 104 tahun
akibat penyakit tua, bukan barah.

Baiklah, itu bukan isunya di sini. Yang menjadi isu ialah perbuatan merokok
oleh perempuan bertudung itu tadi. Apa pendapat anda? Secara peribadi, saya
tidak bersetuju jika wanita itu dikatakan memalukan. Namun saya tidak
mengatakan perbuatan merokok itu baik. Tidak. Cuma jika hendak 'dijijikkan'
wanita itu semata² atas satu amalan 'sekecil' itu adalah tidak wajar.

Fatwa telah dikeluarkan dan merokok dihukumkan sebagai makruh. Walaupun
ianya makruh yang menghampiri haram, namun makruh tetap makruh. Jadi,
apakah logik untuk kita keji seorang yang melakukan perbuatan yang setakat
makruh dengan kejian yang lebih menghinakan dari seorang yang lain yang
tidak melakukan perbuatan makruh tersebut tetapi melakukan perbuatan yang
haram pula?

Sebagai contoh, perbuatan merokok, larangannya tidak disebutkan di dalam
al-Quran yang merupakan qalam Allah. Tetapi perbuatan menutup aurah
dituntut secara terang di dalamnya. Begitu juga perbuatan menghampiri zina,
pengambilan untung yang berlebihan dan riba serta banyak lagi perbuatan²
yang Allah sebutkan sebagai menzalimi Allah dan diri mereka sendiri.

Yang peliknya, orang kita tidak pula merasa malu apabila melihat kaum
mereka melakukan perbuatan sebegini. Malah, pendedah aurah seperti beberapa
penyanyi popular dipuja dan disanjung. Inilah yang saya lihat sebagai
songsang. Kerana wanita bertudung yang merokok dipandang hina manakala
wanita yang tidak merokok tetap dipandang mulia walaupun sebenarnya
menafikan perintah Allah.

Mengapa kita tidak sibuk untuk berapa malu apabila melihat seorang wanita
Melayu mendedahkan rambut dan lehernya serta bentuk buah dadanya (walaupun
berbaju kurung)? Mengapa kita tidak malu melihat pasangan muda yang
dilahirkan dalam keluarga muslim dan belum berkahwin berjalan berpimpinan
tangan dan berpeluk² di depan khalayak? Malah kita boleh pula anggap
sebagai trend masa kini.

Itulah, berjuang pada perkara yang tidak betul. Paksinya sudah tepat,
menggalakkan kebaikan dan mencegah kemungkaran. Namun perkaranya yang
salah. Memang elok jika kita bertindak menggalakkan orang berhenti merokok
(bukan mencemuh perokok). Tetapi mengapa mesti ditekankan perkara ini dan
dalam masa yang sama terus sahaja membiarkan perkara mungkar yang lain
berleluasa?

Apakah kita sebenar seorang pejuang agama atau lebih kepada pejuang bangsa?
Apakah kita sebenarnya lebih sedih melihat seorang meninggalkan nilai
budayanya sedangkan yang meninggalkan nilai iman tidak menjanakan apa² rasa
kecewa dalam jiwa kita? Mungkin kerana itu kita terlalu berminat dengan
permainan makyung dan bertindak mempertahankannya walaupun ianya
melencongkan aqidah...

Hari ini, seorang penyanyi wanita yang togel kepala dan dadanya digelar

Bismillah [hidayahnet] Kiamat

2006-06-01 Terurut Topik ruzaihan . junit



Kiamat! Kiamat! Dunia sudah kiamat!

Jeritan yang kuat itu mengejutkan Lebai Karim dari lenanya. Dia mencapai
cermin mata yang terletak di atas meja di sebelah katilnya lalu menoleh ke
jam dinding yang terpaku di hadapannya. Pelik! Dilihatnya kesemua jarum jam
berpusing ligat. Ah! Rosak lagi jam ini agaknya Lebai Karim membuat
andaian sendiri.

Bunyi hingar-bingar di luar rumahnya memaksa Lebai Karim mejengah ke luar.
Di selaknya jendela kamar tidurnya perlahan-lahan. Alangkah terkejutnya dia
apabila mendapati suasana di luar begitu amat menyeramkan. Awan hitam
memenuhi seluruh langit dan petir sambar menyambar di sana sini. Sebentar
kemudian dia melihat seperti angin yang kuat melanda bermula dari arah
barat.

Berberapa orang mula tercampak dipukul angin kuat itu. Lebai Karim segera
memaut kepada sebatang tiang apabila yakin angin kencang tersebut semakin
menghampiri rumahnya. Dia memjamkan matanya rapat-rapat. Seketika kemudian
dia merasakan gegaran yang belum pernah dia rasakan sebelum ini.

Apabila keadaan kembali tenang, perlahan-lahan Lebai Karim membuka kelopak
matanya. Alangkah terkejutnya dia apabila mendapat bahagian rumahnya yang
tertinggal hanya tiang tempat dia berpaut. Bahagian yang lainnya semuanya
telah pergi dibawa angin kencang tadi. Kini dia bagaikan berada di tanah
lapang. Padang jarak padang terkukur.

Lebai Karim melihat beberapa orang mulai bangun dan berdiri. Mungkin mereka
ini tercampak dipukul angin kencang tadi, Lebai Karim mengagak lagi.
Beberapa orang mula merapatinya. Keadaan mereka benar-benar tidak terurus.
Dengan pakaian yang compang-camping dan bau yang tengik, hampir-hampir
Lebai Karim terbelahak dibuatnya.

Lebai. Apa dah jadi ni? Kiamat ke ni? Mana Dajjal? Mana Imam Mahadi? Mana
Isa? Kiamat ke ni Lebai? Cakaplah!

Seorang lelaki menggoncang-goncang tubuh Lebai Karim. Lebai Karim hanya
membisu. Mulutnya ternganga dan matanya agak terbeliak. Kepalanya
menggeleng-geleng.

Aku... Aku tidak tahu...

Mana boleh tak tahu! Kau orang alim, Lebai! Kau tahu banyak pasal agama!
Cakaplah Lebai. Kiamat ke ni?

Lelaki tadi mula bertindak kasar. Lebai Karim cepat meloloskan diri dari
orang ramai yang mula berkeruman di sekelilingnya.

Aku tidak tahu! Aku tidak tahu...

Lebai Karim mula meninggikan suaranya. Tiba-tiba kata-katanya terhenti.
Tekaknya terasan mual. Bau busuk mula menerokai rongga hidungnya. Lebai
Karim tidak tahan lagi. Buekkk! Cecair berlendir keluar dari mulutnya.

Tengok!

Jerit seorang lelaki sambil menunjuk kepada seorang wanita.

Hah! Argh...! Tidak...!

Jerit wanita tadi sambil terus berlari sebaik mendapati nanah busuk
mengalir keluar dari kemaluan. Sebentar kemudian jeritan yang seakan sama
mula kedengaran dari orang-orang yang lainnya. Lelaki dan perempuan. Sama
sahaja. Mereka mula bertempiaran ke hulu dan ke hilir sebaik melihat
titisan nanah dan darah busuk mengalir keluar dari kemaluan mereka.

Dalam sekejap masa tanah lapang tadi dibanjiri dengan cairan nanah dan
darah busuk. Lebai Karim mula mencari tempat yang lebih tinggi. Entah
bagaimana, dalam dia bersusah payah mendaki anak-anak bukit, Lebai Karim
terlihat seorang lelaki berpakaian putih yang tenang wajahnya. Bukan sahaja
tidak terlihat riak bahkan lelaki itu tersenyum seperti kepuasan.

Lebai Karim segera menghampiri lelaki itu. Ketika dia benar-benar hampir
kepadanya, lelaki tersebut mengalihkan pandangannya kepada Lebai Karim.
Pandangan matanya bulat. Bibirnya yang tersenyum sebentar tadi beransur
bertukar jadi mencebik.

Kau siapa? Kenapa kau tersenyum melihat orang-orang ini ditimpa bencana?
Ini semua angkara engkaukah?

Lebai Karim memberanikan diri bertanya soalan bertubi-tubi.

Hai orang tua! Aku tidak ada kuasa untuk membuat ini semua. Kau lupakah,
siapa yang paling berkuasa untuk mengadakan yang tiada?

Jawab lelaki tadi. Kiamat? Detik hati Lebai Karim. Dia mula keliru. Rasanya
dunia masih terlalu awal untuk kiamat. Gambaran tentang tanda-tanda kiamat
yang diperlajarinya sedari kecil banyak lagi yang belum berlaku.

Mengapa orang tua? Kau tidak percayakah? Kau lupa, Tuhanmu memiliki
segenap kudrah untuk menjadikan apa saja yang Dia ingin jadikan?

Tambah lelaki itu seakan mengerti apa yang berada di benak Lebai Karim.

Mereka ini... Mengapa mereka jadi begini?

Mereka inilah yang menggunakan kemaluan mereka pada jalan yang bukan haq.
Mereka ini penzina. Lihatlah betapa kejinya penzina yang tidak bertaubat.
Busuk! Jijik! Mengapa mereka tidak berbangga dengan keadaan ini seperti
mana mereka berbangga ketika melakukan zina dahulu?

Lelaki itu seakan mengejek ketika menerangkan kepada Lebai Karim akan
situasi yang berada di hadapan mata mereka. Lebai Karim terangguk-angguk
tanda setuju. Namun tangan dan kakinya tetap menggigil ketakutan.

Sebentar kemudian Lebai Karim melihat beberapa orang manusia yang berjalan
terhoyong hayang dengan perut yang membusung. Perut mereka terus juga
membesar sehingga akhirnya meletup dan mengeluarkan bau yang cukup
meloyakan bersama binatang-binatang berbisa 

Bismillah [hidayahnet] Perkahwinan Misyar - Wanita Jadi Alat Pemuas Nafsu Lelaki?

2006-06-01 Terurut Topik ruzaihan . junit



Assalamualaikum warahmatullah…

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Aku bersaksi bahawa tiada
Tuhan yang disembah selain Allah yang Esa, tiada sekutu bagiNya dan aku
bersaksi bahawa Nabi Muhammmad saw itu hamba dan pesuruhNya. Selawat
berserta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad saw yang memiliki akhlaq
terpuji dan menjadi ikutan selamanya. Juga buat orang2 yang beramal soleh
dan kesekalian dari kita.

Bismillahir Rahmanir Raheem…

Masyarakat kita hari ini begitu asyik sekali bercerita tentang isu yang
paling hangat di pasaran iaitu itu 'Kahwin Misyar' di mana si lelaki
(suami) dibebaskan dari tanggung jawab menyara nafkah zahir isterinya.
Ulama agung seperti Yusuf Qardhawi dan TG Nik Abdul Aziz sendiri sudah
menyatakan pendirian mereka bahawa perkahwinan ini adalah sah dan
sememangnya baik untuk dijalankan.

Perkahwinan Misyar ini dikatakan mampu membendung gejala sosial dan
mengurangkan penzinaan. Secara peribadi saya memang bersetuju dengan
perkara ini. Bukanlah kerana saya lelaki (yang dipandang sebagai golongan
paling beroleh faedah) tetapi kerana sama ada kita sedar atau tidak,
perkahwinan jenis ini sememangnya telah lama berleluasa di dalam masyarakat
kita.

Namun, bagi saya, walaupun si isteri telah bersetuju untuk menanggung
keluarga, lelaki tidak harus mengambil kesempatan dengan bermalas²an.
Seharusnya si isteri menanggung keluarga, bukan suami. Jadi, untuk
perbelanjaan peribadinya, suami harus keluar mencari rezeki untuk diri
sendiri. Ini bagaimanapun hanya pendapat peribadi saya semata, bukan fatwa
atau hukum.

Kalau ada yang bertanya apa hak saya untuk menyatakan pendapat saya dalam
perihal ini, biarlah saya bertanya pula apa haq Utusan Malaysia bertanya
kepada artis² seperti Mawi, Norman KRU dan Umie Aida berkenaan hal yang
sama. Dan apa juga hak yang ada pada menteri² dan pemimpin² yang, pada
dasarnya tidak mengenal aurah sendiri, memberi komen berkenaan hal ini?

Kerana hal ini dikatakan isu gender? Kerana dikatakan Perkahwinan Misyar
ini menghina perempuan? Seperti kata TG Nik Abdul Aziz, jika sudah si
isteri yang rela, mana datang soal menghinanya? Tetapi dalam banyak
pendapat, yang paling menarik adalah ulasan seseorang yang berkata jangan
sampai wanita dijadikan alat kepuasan seks lelaki pula.

Wah... Sejak bila pula wanita tidak menjadi 'alat kepuasan seks lelaki'?
Sejak bila? Sejak dari zaman jahiliyah hinggalah zaman sekarang dan mungkin
akan berterusan ke zaman akan datang, sememangnya itulah kerja kaum wanita.
Menjadi alat memuaskan nafsu lelaki. Sama seperti nasi yang mengenyangkan
perut dan air yang menghilangkan dahaga.

Uh... Saya pasti ramai wanita yang membentak membaca tulisan ini. Sabar...
Saya menulis ini bukan semborono. Jika tidak percaya dengan apa yang saya
katakan, cubalah selak akhbar, majalah atau tontonlah siaran televisyen.
Tidak kiralah saluran mana sekalipun. Kemudian renungkan dalam² dan fikir
semula. Sekarang, bagaimana? Boleh bersetuju dengan kata² saya?

Saban hari, di dada² akhbar, majalah waima di televisyen sekalipun akan
sentiasa terpampang tubuh² mongel gadis² yang tidak dapat dipastikan tahap
kegadisannya mahupun seorang yang layak bergelar nenek sedang menayangkan
sebahagian besar dari kulit mereka untuk tatapan umum. Mereka ini bukan
sahaja malu bahkan merasa bangga dengan apa yang mereka lakukan.

Sebenarnya, kegiatan ini (membuka aurah) untuk siapa? Adakah si perempuan²
ini menayangkan dada, perut, pinggul dan segala perhiasan pada tubuh mereka
semata² untuk diri mereka sendiri? Soalan. Bagaimana mereka boleh berdandan
untuk diri sendiri sedangkan mereka tidak mampu melihat tubuh mereka? Atau
mereka berjalan dengan cermin sentiasa di hadapan mereka?

Sebenarnya, segalanya untuk lelaki. Setiap penayangan tubuh secara besar²an
ini hanyalah untuk memuaskan sang lelaki. Si perempuan hanya akan merasakan
keseronokan dan kepuasan apabila dipuji tentang bentuk tubuh mereka yang
menggiurkan. Sedangkan pada hakikat yang paling nyata, sang lelakilah yang
puas menjamu mata mereka.

Masih mahu menafikan? Bukankah wanita menayangkan tubuh mereka untuk
kelihatan cantik? Untuk apa kelihatan cantik? Untuk menarik perhatian
lelaki. Bukan? Atau secara ringkasnya untuk memuaskan nafsu lelaki. Jadi
betullah dakwaan saya di awal tadi bahawa perempuan sememangnya alat
memuaskan nafsu lelaki. Perempuan bersusah payah menayangkan badan dan yang
dapat seronoknya lelaki juga.

Tetapi peliknya mereka ini jual mahal pula. Teringat saya di zaman bujang²
dahulu, ketika berjalan dengan teman², apabila terserempak sahaja dengan
gadis berpakaian seksi, kami akan pakat ramai² tenung gadis tersebut. Lihat
lurah di dada mereka, atau punggung yang kembang atau perut yang terboseh
atau apa sahaja. Kemudian pakat gelak ramai² apabila si gadis berusaha
menutupnya.

Itu yang pelik tu! Sudah mahal² beli baju yang tidak cukup kain, terkial²
pula tarik sana dan tarik sini hendak bagi cukup. Bila orang tengok marah
pula. Ehem... Rasanya tak marah tapi bangga. Saja je jual 

Re: Bismillah [hidayahnet] Re: Solat Akhir Waktu, Akal Mesti Sesuai Dengan Sunnah

2006-05-31 Terurut Topik ruzaihan . junit



Waalaikumussalam warahmatullah...

Iman terdiri dari enam perkara.

1. Percaya bahawa Allah adalah tuhan yang Esa. Tiada tuhan selain Dia, yang
tidak beranak dan diperanakkan. Dia yang mengaturkan segalanya dan Dialah
yang menentukan segalanya. Dialah yang paling utama dan tiada yang lebih
tinggi daripada kuasa dan arahanNya.

2. Percaya bahawa Malaikat itu wujud dan para malaikat ini diberikan
kelebihan untuk melaksanakan tugas² yang telah Allah tentukan. Percaya
bahawa malaikat ini tidak mempunyai nafsu dan percaya bahawa malaikat
adalah makhluk yang jujur, yang amanah, yang menyampaikan tugasnya
sebagaimana ia diperintahkan.

3. Percaya kepada kitab² yang Allah kirimkan. Bukan setakat al-Quran bahkan
Taurat, Injil dan Zabur. Percaya bahawa kitab² ini adalah benar, ayat² yang
terkandung di dalamnya adalah benar, percaya bahawa segala janji yang Allah
'tuturkan' di dalam kitab² ini pasti akan terlaksana.

4. Percaya kepada rasul² yang Allah utuskan. Percaya bahawa mereka
diutuskan dengan haq dan percaya bahawa mereka ini bebas dari semua bentuk
dosa. Percaya bahawa semua ajaran yang dibawa oleh para rasul ini benar dan
tidak ada tokok tambah yang mereka buat sendiri.

5. Percaya kepada akhirat di mana manusia akan dibangkitkan dan akan
diperhitungkan amalan mereka. Percaya bahawa Allah telah menciptakan syurga
nan permai sebagai balasan untuk mereka yang taat dan percaya bahawa Allah
telah sediakan api neraka yang menjulang tinggi untuk mereka yang ingkar.
Percaya bahawa sesiapa sahaja walaupun penderhaka akan dimasukkan ke syurga
dengan rahmatNya dan sesiapa sahaja walaupun ahli ibadah akan dicampak ke
neraka akibat dari kemarahanNya.

6. Percaya kepada qada dan qadar. Percaya bahawa manusia tidak berhak
menentukan jalan hidup mereka sendiri. Segalanya adalah ketentuan yang
telah ditentukan olehNya.

Kepada puan Siti Khatijah dan puan Nor Irma, tahniah kerana telah
dikurniakan suami yang solleh. Benar, mungkin sesetengah orang berpendapat
di suami patut ada bersama isterinya di saat genting tetapi, untuk apakah
kehadiran si suami jika tidak dapat melakukan apa²? Apakah dengan kehadiran
sang suami di sisi isterinya mampu membuatkan Izrail tersipu² malu kemudian
membatalkan niatnya untuk meragut nyawa sang isteri? Tidak.

Apa yang terbaik adalah bagi si suami berdoa kepada Allah agar memberikan
yang terbaik kepada isterinya. Jika kematian itu adalah yang terbaik,
biarlah Allah memisahkan mereka dengan kematian. Kerana manusia tidak punya
upaya untuk menentukan apa². Terselamatnya seseorang melahirkan bukan
kerana kecanggihan alat perubatan atau kecekapan doktor sebaliknya hanya
semata² kerana rahmatNya. Telah terbukti banyak kali mereka yang melahirkan
anak luar nikah mampu melakukannya dengan selamat tanpa bantuan doktor dan
peralatan perubatan yang canggih. Lalu? Mengapakah hendak dipersoalkan
keimanan seorang suami yang yakin bahawa segalanya adalah atas
ketentuanNya.

Bercakap tentang makan sebelum solat... Agaknya Nabi saw dulu makan berapa
pinggan nasi ye? Hm... Atau Nabi saw makan kurma dan/atau roti? Cubalah,
selepas masuk waktu (laungan azan bermula) anda semua suapkan mulut dengan
kurma atau roti. Dan ingat, berhenti sebelum kenyang. Kemudian bergegaslah
(dengan berhati²) ke masjid. Sila perhatikan. Apakah anda masih mampu
mendapatkan takbir yang pertama? Cubalah kerana saya telah mencubanya.

Tidak ada kitab tertentu yang saya perlu cadangkan di sini. Hanya, ada
terdapat banyak hadits yang menyebut kepentingan mengutamakan solat.
Sehinggakan Nabi saw menyatakan betapa Allah menyintai masjid dan membenci
pasar. Teliti hadits² dan kemudian tanyakan, apakah Nabi saw mengamalkan
fiqh rigid?

Dengan hal sekecil ini kita mahu berbalah. Sedangkan umat Palestin dan Iraq
dirogol bergilir² oleh Bush dan Blair terus dibiarkan. Inilah akibatnya
apabila manusia percaya akalnya sentiasa yang terbaik.

Maaf jika terlanjur bicara.

Wassalamualaikum warahmatullah...

-AN-


 From: Afzan Afzan
 Date: Sat May 27, 2006 8:06pm(PDT)
Subject: Re: Fw: Solat Akhir Waktu, Akal Mesti Sesuai Dengan Sunnah

Assalamualaikum,

 Tertarik dgn tulisan-tulisan yang menekankan bahawa Iman yang patut
memimpin akal, terpanggil saya untuk menulis dan ingin bertanyakan pendapat
saudara saudari.
 Kita banyak membaca tulisan-tulisan mengenai pentingnya Iman, tetapi
tidak ada antara kita menerangkan maksud Iman itu sendiri. Minta izin tuan
moderator sekiranya ada tulisan yang menerangkan maksud Iman, harap
posting. Oleh kerana saya ahli baru dalam group ini, mungkin ada topik yang
saya terlepas.

 Berbalik kepada topik akal dan iman, adakah kita pasti yang kita
benar-benar beriman?
 Surah Al-Ankabut Ayat 2:
 Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan:
Kami telah beriman, sedang mereka tidak diuji lagi?

 Saya ingin meminta pendapat rakan-rakan sekalian, apa itu maksud IMAN
sebenarnya.

 Saya tidak pandai menulis. Kalau saya terkasar bahasa, kalau ada salah
silap dalam tulisan saya, saya mohon maaf. Segala 

Bismillah [hidayahnet] Cahaya Allah Pasti Bersinar...

2006-05-28 Terurut Topik ruzaihan . junit



CAHAYA ALLAH PASTI BERSINAR
kenangan hidupku bersama Islam di bumi asing

 Bandar Belfast Yang Meninggalkan Seribu Kenangan Buatku


 Saya ingin tahu, apakah yang mendorong anda datang melawat Belfast
 Islamic Centre?, saya mengajukan soalan tersebut kepada sekumpulan lelaki
 dan wanita Katholik yang melawat masjid tempat saya bekerja.

 Kita adalah masyarakat yang cerdik dan boleh berfikir sendiri. Kami tidak
 pernah melihat sesuatu yang diburuk-burukkan sebagaimana media
 memburuk-burukkan Islam.

 Kami sudah bosan dengan telatah media. Agak mengejutkan apabila kami
 menemui alamat Islamic Centre ini di dalam direktori. Rupa-rupanya ada
 masjid di Belfast. Sebab itulah kami mengambil keputusan untuk bertemu
 sendiri dengan orang Islam dan mengenali mereka secara dekat, jawab salah
 seorang daripada ahli rombongan itu.

 Pelbagai soalan yang mereka ajukan sepanjang sejam sesi dialog yang saya
 kendalikan. Ia merupakan rutin biasa kerana semenjak peristiwa 11
 September 2001, Belfast Islamic Centre menjadi tumpuan pelbagai pihak.
 Kadang-kadang tetamu datang secara bersendirian, berdua, satu kereta, satu
 van dan malah satu bas. Jangan terkejut jika ada di kalangan pengunjung
 itu, dihantar oleh pihak gereja! Khususnya gereja Katholik.

 Nampaknya, propaganda anti teroris yang dilancarkan oleh Amerika Syarikat
 di bawah kabinet Bush, menjadi reverse pscyhology yang membalikkan
 faedahnya kepada umat Islam.

 Tidak saya nafikan, di peringkat awal sejurus selepas insiden 11
 September, Belfast Islamic Centre memang menjadi sasaran kemarahan
 penduduk sekitar Belfast. Beberapa kali insiden kurang baik menimpa, malah
 tingkap masjid juga pernah pecah akibat batu yang dibaling oleh beberapa
 individu yang 'marah tak bertempat'. Ketika itu, solat Jumaat juga
 memerlukan kepada pengawasan pihak polis.

 Namun, selepas kemarahan itu reda, keadaan yang berlaku menjadi
 sebaliknya. Masjid kami dan kebanyakan masjid di sekitar United Kingdom
 dan Ireland menjadi tumpuan mereka yang selama ini tidak pernah tahu
 apa-apa tentang Islam. Sifirnya seperti cerita Tufail ibn Amr di zaman
 Rasulullah SAW. Akibat propaganda musuh, timbul keinginan untuk mencari
 kebenaran dan akhirnya beroleh iman.

 Menjadi Imam muda di sebuah masjid yang komunitinya seperti umat Islam di
 Belfast, bukanlah suatu tugas yang mudah. Tidak pernah saya sangka bahawa
 cabarannya akan sebesar apa yang telah saya tempuhi. Namun dalam pelbagai
 kerenah umat Islam di sana, perkara yang paling mendukacitakan saya adalah
 tabiat suka bertengkar dan bergaduh sesama sendiri. Malah saya ditawarkan
 memegang jawatan Imam atas motif yang berkaitan. Saya orang Malaysia, maka
 saya dianggap tidak bias kepada pihak Pakistan atau Arab yang sentiasa
 tidak sependapat.

 Akan tetapi, kesusahan bekerja sebagai Imam sering terubat apabila saya
 berurusan dengan non Muslim. Subhanallah, selama saya bertugas, hanya
 sekali sahaja saya menerima kunjungan non Muslim yang bersifat provokatif
 lagi mencabar. Selebihnya datang dengan rasa ingin tahu yang amat luhur,
 dan kami di masjid menyambutnya dengan penuh komitmen. Ziarah yang
 provokatif pada suatu petang itu berlaku di antara saya dengan seorang
 Paderi Kristian Arab yang sedang belajar PhD di Fakulti Teologi universiti
 berdekatan. Beliau berasal dari Iraq.

 LAWATAN PADERI ARAB KE MASJID

 
 Majlis Dialog Antara Agama Sering Diadakan di Belfast 
 


 Mr. Imam, saya dukacita kerana kamu telah 'memurtadkan' penduduk tempatan
 di sini., kata paderi tersebut kepada saya. Agak terkejut juga saya,
 apabila bicara saya dengannya bermula dengan kenyataan sebegitu.

 Boleh tuan jelaskan apa yang tuan maksudkan?, saya cuba menyoal kembali.

 Agama Kristian sudah stabil dan baik di sini. Kenapa mesti kamu
 propagandakan Islam di sini? Apakah kamu mahu mengajak penduduk di sini
 menganut agama yang buruk seperti agama Saddam Hussein?, beliau nampak
 sungguh emosi.

 Orang Islam di Iraq sangat zalim terhadap kami. Saddam Hussein telah
 menindas kami dengan begitu teruk di sana. Dan sekarang kamu berhasrat
 membawa agama Saddam kepada penduduk Kristian di sini?, ujarnya lagi.

 Saya cuba menggagahkan diri untuk terus tersenyum walaupun dengan perisa
 yang agak kelat. Saya rasa istilah saya memurtadkan penduduk di sini agak
 keterlaluan. Ia lebih sesuai digunakan terhadap orang seperti kamu di
 negara-negara umat Islam. Orang seperti kamu yang banyak memurtadkan orang
 kami!, saya cuba memancing beliau.

 Ah, sama sahaja dengan kamu. Kamu juga buat perkara yang sama!, kata
 paderi Arab tersebut. Hah, jerat saya sudah mengena.

 Oh tidak sama. Saya di sini, tidak sama dengan kamu di tempat kami. Saya
 di sini hanya bertugas memberikan penerangan tentang agama Islam
 terutamanya ketika saya ditanya mengenainya. Apa yang saya ceritakan
 benar-benar tentang Islam semata-mata. Seandainya mereka bertanya tentang
 Kristian, barulah saya sentuh mana-mana perkara yang saya tahu. Jika
 mereka menerima Islam, mereka menerimanya 

Bismillah [hidayahnet] (-_-) makluman semua - Maksud AKUM

2006-05-28 Terurut Topik ruzaihan . junit



Assalamualaikum warahmatullah...

Ni lagi sahu hal. Dah banyak kali dah orang pesan nak bagi salam tu biar
penuh. Erm... Fakta kat bawah ni tak diketahui betul atau tidak. Tapi
rasanya tak salah kalau kita berhati² dengan tak lagi gunakan perkataan
'akum' tu. Ok?

Wassalam...
-AN-

__

(Kepada yg selalu sms dgn singkatan assalamualaikum jadi akum harap baca
petikan dibawah ni.. semuga kita tahu dgn apa yg kita buatklu dah
tahu.. nak buat jugak.. tu tak kisah laa...perahu masing masing.. masing
masing kayuh.. nak tuju hala mana.. hulu ke hilir..hehehe)
 
 
 Subject: makluman semua 
 
 Perkataan 'AKUM' adalah gelaran Yahudi untuk orang2 bukan yahudi yang 
 bermaksud 
 'BINATANG' dalam bahasa Ibrani. 
 Ia singkatan daripada perkataan 'Avde Kokhavim U Mazzalot' yang bermaksud 
 ' HAMBA2 BINATANG DAN ORANG2 SESAT'.. 
 Pada zaman dahulu, orang2 Pagan menyembelih binatang untuk bintang yang 
 dianggap tuhan. Orang2 Yahudi menggelarkan binatang itu AKUM sehingga nama 
 itu lekat pula kepada orang2 bukan Yahudi kerana mereka dianggap seperti 
 binatang dalam ajaran mereka. 
 Adalah lebih baik jika kita menggantikan perkataan akum tu kepada salam 
 dlm bahasa arab atau peace .. 
 Namun adalah lebih afdal jika kita menggunakan Assalamualaikum w.b.t 
 secara keseluruhan... 
 
 Jika anda sayangkan umat Islam,adalah lebih baik anda sebarkan kepada 
 kawan2 yang lain.. 
 
 wallahua'lam 









--

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title change to daily digest. 

--

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood : http://ikhwanweb.com








  
  
SPONSORED LINKS
  
  
  

Divine inspiration
  
  
Islam
  

   
  







  
  
  YAHOO! GROUPS LINKS



  Visit your group "hidayahnet" on the web.
  To unsubscribe from this group, send an email to:[EMAIL PROTECTED]
  Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.



  











Bismillah [hidayahnet] Lepas Minyak Elektrik Pula...

2006-05-28 Terurut Topik ruzaihan . junit



Assalamualaikum warahmatullah…

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Aku bersaksi bahawa tiada
Tuhan yang disembah selain Allah yang Esa, tiada sekutu bagiNya dan aku
bersaksi bahawa Nabi Muhammmad saw itu hamba dan pesuruhNya. Selawat
berserta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad saw yang memiliki akhlaq
terpuji dan menjadi ikutan selamanya. Juga buat orang2 yang beramal soleh
dan kesekalian dari kita.

Bismillahir Rahmanir Raheem…

Beberapa hari lepas, tariff baru kenaikan harga letrik telahpun diluluskan
oleh kabinet. Hm... Tidak ada apa yang mengejutkan. Kenaikan memang sudah
dijangka. Yang pasti, kita mulai kenal dengan sifat PM kita dan barisan
kabinetnya yang tidak memandang berat kepada janji untuk mengekang kenaikan
harga lain² selepas kenaikan harga minyak awal tahun dahulu.

Nampaknya memang kita sudah tidak boleh berbuat apa lagi. Semua igauan
buruk mengenai kenaikan harga barangan keperluan termasuk minyak dan letrik
telah pun menjadi kenyataan. Suka atau tidak, hendak atau tidak, nasi sudah
menjadi bubur. Ini bukan keputusan orang lain. Ini keputusan majoriti
rakyat Malaysia yang sukarela melantik mereka yang meluluskan kenaikan
harga ini memerintah.

Ops... Ini bukan artikel politik yang berusaha untuk menukar syahadah
politik anda. Tidak. Saya tidak berminat untuk itu. Juga bukan untuk
menunjuk pandai mengajarkan cara² untuk berjimat cermat. Tidak. Juga bukan
untuk itu. Lain keluarga lain situasi. Tidak semestinya cara berjimat yang
kita amalkan akan berkesan kepada orang lain. Bukan begitu?

Sebaliknya ini hanyalah luahan hati seorang insan biasa di bumi yang
kononnya bertuah ini. Hanya sekadar menceritakan apa yang terlintas di
benak ini berikutan kenaikan yang didakwa sebagai tidak membebankan. Tidak
membebankan? Mungkin. Mungkin buat mereka yang gajinya sebanyak RM24,000
sebulan seperti Perdana Menteri kita atau RM18,000 sebulan seperti
timbalannya.

Dan seruan yang akan kita dengar ialah, berjimat cermatlah. Allahu Akbar.
Hendak berjimat bagaimana lagi agaknya? Hingga tidak perlu nyalakan lampu
walaupun di malam hari yang gelita? Biar anak² kita belajar di dalam gelap
ditemani cahaya malap lilin? Atau berjimat dengan memasak air menggunakan
dapur arang kerana hendak digunakan dapur gas pun, harga gas sudah naik
juga?

Atau mungkin sehingga kita tutup semua televisyen dan berhenti dari
menonton televisyen? Tidak boleh juga begitu. Jika nanti TV3 mencatat
rating yang rendah, kerajaan perlu bantu juga kerana UMNO mempunyai
sebahagian saham di dalamnya. Dan jika kerajaan membantu, kitalah yang
membayarnya. Akhirnya, beban kembali kepada kita dengan kenaikan harga bagi
menampung kos tersebut. Sama juga...

Lalu? Hm... Biarlah saya bercerita tentang diri saya. Saya ini anak ke enam
daripada enam orang adik beradik. Seperti kebanyakan keluarga lain, ibu
bapa saya tinggal bersama saya selaku anak bongsu. Memandangkan ibu bapa
ada bersama saya, maka rumah saya akan menjadi tumpuan semua adik beradik
saya pada sekurang²nya sebulan sekali kerana mereka hendak melawat ibu bapa
kami.

Kadangkala (selalu juga) adik beradik saya akan tidur di rumah kami. Jika
sudah tidur di situ, tentu sahajalah mereka akan menggunakan air, api waima
makan juga di rumah kami. Jadi, 10 kilogram beras belum tentu mencukupi
untuk kami setiap bulan. Begitu juga dengan bekalan api dan air. Walaupun
isi rumah saya kecil, tetapi bil elektrik dan air tetap tinggi.

Dalam situasi seperti saya ini, bagaimanakah agaknya hendak berjimat? Saya
hanya terpandang satu cara. Iaitu dengan melarang adik beradik saya datang
ke rumah atau menghalau mereka untuk segera pulang. Supaya nanti mereka
tidak dapat 'membazirkan' bil elektrik dan air rumah saya. Begitu? Ya
Allah. Kalau saya buat begitu, memang saya golongan terlaknat.
Wana'uzubillah...

Inilah yang saya maksudkan. Hendak sebut perkataan berjimat itu memang
mudah tetapi hendak melaksanakannya? Apakah, kerana hendak menanggung
kebodohan segelintir manusia yang gila harta, saya perlu menjadi orang yang
membuang keluarga dan sahabat handai demi sebuah perkataan 'jimat' seperti
yang disarankan oleh menteri² kita yang kaya² belaka?

Tidak pelikkah, TNB yang dikatakan bankrup itu sebenarnya masih banyak
tabung. Tabung yang berbentuk hutang di dalam syarikat² gergasi. Dan
tentunya kes yang popular adalah Perwaja. Kenapa agaknya kerajaan tidak
mengejar syarikat² gergasi ini dengan gergaji agar mereka membayar hutang²
mereka kepada TNB? Mengapa agaknya rakyat terbanyak dijadikan mangsa?

Apabila TNB rugi, rakyat harus tanggung bersama. Apabila untung, rakyat
dapat apa? Dapat tengok? Seperti mana kita berbangga apabila Petronas
digolongkan sebagai salah sebuah dari 200 syarikat yang mempunyai pelaburan
paling tinggi dalam dunia? Bangga! Bangga! Sedangkan untung Petronas
berbilion ringgit tahun lepas entah ke mana disalurkan, tidak sampaipun
kepada kita!

Bangga? Masih mahu bangga? Teruskanlah. Mungkin anda seorang yang kaya
raya. Tetapi harus diingat, taukeh babi pun akan 

Bismillah [hidayahnet] RAYUAN JOGATHON SK(2) SULTAN ALAM SHAH, PJ.

2006-05-28 Terurut Topik ruzaihan . junit



Assalamualaikum warahmatullah

Dalam setiap dari apa yang kita ada, terdapat haq orang lain di dalamnya.
Hulurkanlah. Supaya insyaAllah kelak mudah nanti di hadapanNya untuk kita
katakan ke mana kita belanjakan harta kita yang Dia kurniakan ketika di
dunia. Percayalah, setiap apa yang kita keluarkan pada jalanNya, insyaAllah
Dia akan membayarnya semula dengan harga yang berlipat kali ganda. Jika
bukan di sini, mungkin nanti di sana. Sesungguhnya Dia Maha Pemberi
Balasan. Semoga Allah memberkati kesetiap dari kita, insyaAllah... Amin...

Harap dapat disebarkan...

Wassalamualaikum warahmatullah...

-Abu Naqibah-
__

From: [EMAIL PROTECTED] [mailto:[EMAIL PROTECTED]
Sent: Thursday, May 25, 2006 3:56 PM
Subject: RAYUAN JOGATHON SK(2) SULTAN ALAM SHAH, PJ.


Saudara/saudari ALUKEP sekelian,

Sebagai menyambut cadangan sebahagian ahli ALUKEP bagi membanyakkan khidmat
bakti kepada masyarakat...

Saya bagi pihak AJK PIBG SK(2) Sultan Alam Shah (juga ahli ALUKEP) mewakili
warga kerja SK(2) SAS ingin merayu kepada tuan2 dan puan2 sekelian agar
dapat memberikan sedikit sumbangan kepada tabung PIBG sekolah kami.

Untuk makluman, sekolah ini telah ditubuhkan pada tahun 1962 (dalam keadaan
uzur dah) di Seksyen 11, Petaling Jaya Selangor. Pada tahun 1971, sekolah
ini telah dipilih untuk menempatkan pelajar Pendidikan Khas Cacat
Pendengaran. Terdapat lebih kurang 30 orang pelajar Pendidikan Khas Cacat
Pendengaran menuntut disini. Disamping itu, sekolah ini juga menempatkan
seramai hampir 60 orang pelajar miskin dari rumah kebajikan disekitar
Petaling Jaya. Turut belajar disini adalah pelajar dari kawasan stinggan
yang berhampiran. Untuk makluman tuan2 dan puan2, jumlah pelajar di SK(2)
SAS hanyalah seramai 208 orang sahaja.

Disebabkan sekolah yang telah berusia lebih 44 tahun, banyak prasarana
sekolah telah uzur. Pada tahun lepas, pehak PIBG sekola telah membelanjakan
lebih RM 13,000 untuk memperbaiki tandas murid dan guru (sebahagian
perbelanjaan belum lagi dijelaskan) kerana kekurangan wang. Disamping itu
surau , van (Sumbangan BAKTI pada tahun 1996) dan mesen
photostat sekolah juga sudah uzur dan selalu mengalami kerosakan.

Disebabkan itu kami AJK PIBG telah bersetuju untuk mengadakan program
jogathon sekolah pada 24 Jun 2006. Kelulusan telah kami perolehi dari
Pejabat Pendidikan Daerah Petaling Selangor (Permit no : SEL 174) dan dari
IPPD Petaling Jaya (Permit Polis : KP-SR-Bth 15-05-2006). Objektif jogathon
kami ialah untuk:-

 Membiayai kos baikpulih tandas murid (baki terhutang dari tahun lepas
dan kerja baikpulih tambahan yang akan kami jalankan di masa hadapan).
 Menaiktaraf surau sekolah.
 Membiayai pembelian mesen photostat.
 Membiayai kos penyelenggaraan van sekolah.
 Mengisi tabung kewangan PIBG.

Surat rayuan memohon sumbangan untuk program jogathon 2006 dilampirkan
dibawah. Sebahagian tuan2 dan puan2 saya percaya telahpun menerima surat
dari pehak sekolah kami sebelum ini.

Sehubungan itu, saya amat mengalu-alukan agar pihak tuan dapat menghulurkan
apa juga bentuk sumbangan untuk membantu sekolah kami. Sebarang sumbangan
sila hubungi En Khairul Nizam B Ibrahim (Bendahari PIBG SK(2) SAS di H/P
no 013-3183446) atau En Zainal B Sayuti (H/P 016-3837968) atau SK(2) SAS
03-79568959 atau saya sendiri seperti H/P, e-mail dan alamat dibawah.

Kami yakin sumbangan tuan2 dan puan2 amat berharga dan bermakna untuk kami.
Kami mengucapkan ribuan terima kasih.

Ramlan Abdul Latif
Yang Dipertua
PIBG SK(2) SAS
Jalan Bukit 11/2
46200 Petaling Jaya,
Selangor
Malaysia
H/P +6013-3153281
Fax +603-79601154
e-mail : [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED]









--

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title change to daily digest. 

--

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood : http://ikhwanweb.com








  
  
SPONSORED LINKS
  
  
  

Divine inspiration
  
  
Islam
  

   
  







  
  
  YAHOO! GROUPS LINKS



  Visit your group "hidayahnet" on the web.
  To unsubscribe from this group, send an email to:[EMAIL PROTECTED]
  Your use of Yahoo! Groups is subject to the 

Bismillah [hidayahnet]

2006-05-11 Terurut Topik ruzaihan . junit



Assalamualaikum warahmatullah…

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Aku bersaksi bahawa tiada
Tuhan yang disembah selain Allah yang Esa, tiada sekutu bagiNya dan aku
bersaksi bahawa Nabi Muhammmad saw itu hamba dan pesuruhNya. Selawat
berserta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad saw yang memiliki akhlaq
terpuji dan menjadi ikutan selamanya. Juga buat orang2 yang beramal soleh
dan kesekalian dari kita.

Bismillahir Rahmanir Raheem…

Hidup ini bagaikan sebuah perjalanan. Sebuah perjalanan yang jauh. Yang
jauhnya beribu² batu. Banyak onak dan duri. Penuh ranjau sepanjang jalan.
Maka kerana itu hidup ini memerlukan bekalan yang mencukupi. Perlu makanan
sebagai pengalas perut ketika kelaparan. Juga memerlukan ubat²an jika
terluka atau terhiris digarit duri sepanjang perjalanan.

Amalan seharian kita, dan segala perkara yang dikaitkan dengan iman menjadi
bekalan yang paling berguna. Amalanlah yang menjadi makanan kita, yang akan
membekalkan kita tenaga untuk terus mengharungi cabaran sepanjang
perjalanan. Agar nanti kita selamat tiba ke destinasi. Agar nanti kita
tidak kecundang di tengah jalan dan akhirnya tersesat tanpa haluan.

Dan sebagaimana lazim, perjalanan yang jauh juga memerlukan perancangan
yang teliti. Makanan dan ubat²an satu keperluan. Begitu juga pakaian dan
lain² barangan. Kerana mungkin kita boleh sampai tanpa bekalan pakaian.
Tetapi kita tidak mahu sampai dalam keadaan dhaif. Dengan pakaian yang
koyak di sana dan sini. Dengan pakaian yang mendedahkan aurat.

Kebetulan beberapa malam lepas saya sempat berbual dengan teman saya, yang
baru saja mendirikan rumahtangga. Setelah sekian lama tidak berhubungan,
banyak juga yang kami kongsikan dalam tempoh yang sekejap perbualan kami
malam itu. Dan salah satu perkara yang agak menarik perhatian saya ialah
apabila teman saya itu menyebut kata suaminya bahawa tanggungjawab yang
dipikulnya kini bertambah.

Spontan saya tanyakan kepada teman saya, mengapa harus suaminya pikul
tanggungjawab itu? Kerana tanggung jawab bukanlah guni beras yang perlu
dipikul. Teman saya hanya tertawa mendengar kata saya. Dan sebenarnya saya
hanya berniat untuk berseloroh dengannya. Hanya berniat untuk mengusik.
Tetapi kemudiannya saya rasakan ia perkara yang ada kebenarannya.

Memang telah menjadi kebiasaan untuk kita melihat pekerja mana² syarikat
runcit memikul guni beras dari gudang ke lori atau dari lori ke kedai
runcit di atas tengah belakangnya. Tetapi perjalanan hidup bukan sesingkat
itu. Bukan seperti jarak antara gudang ke lori atau lori ke kedai runcit.
Perjalanan hidup adalah beratus, kalau pun tidak beribu kali ganda dari
jarak itu.

Dengan jarak perjalanan yang beratus, beribu malah mungkin berjuta batu
jauhnya, apakah mungkin untuk memikul guni yang seberat itu sehingga
selamat tiba ke destinasi? Tentu sekali kita tidak termampu. Mungkin ada
yang termampu tetapi berapa ramai. Dan jika mampu sekalipun, entah
bagaimana keadaan kita setibanya ke destinasi kelak.

Kerana di hujung perjalanan kita adalah sebuah temasya yang menjanjikan
kebahagiaan dan kegembiraan. Jika kita sampai dengan memikul seguni beras,
tiba saja ke destinasi kita sudah sedia keletihan. Bagaimanakah agaknya
dapat kita nikmati segala acara kegembiraan yang telah disediakan? Bukankah
itu suatu kerugian? Apatah lagi setiap tetamu akan diperiksa barangan yang
dibawanya satu persatu…

Kerana itu saya katakan kepada teman saya, lebih praktikal jika tanggung
jawab itu dijadikan beg. Cuma malam itu saya katakannya sebagai beg tangan.
Tetapi setelah saya fikirkan, adalah lebih sesuai jika dianggap seperti beg
pakaian. Beg yang memuatkan pakaian yang bakal kita pakai di sepanjang
perjalanan nanti. Bukan setakat pakaian malah segala barang keperluan yang
lain.

Lain orang lain kapasitinya. Lain tanggungjawab yang dipikul dan lain pula
kemampuan untuk menanggung bebanan. Seperti beg pakaian tadi. Ada berbagai
variasi dari segi saiz. Ada yang besar, ada yang kecil. Mungkin ada yang
memiliki hanya sebuah beg yang besar. Mungkin juga ada yang memiliki beg
yang kecil tetapi berbilang² pula jumlahnya.

Disebabkan saiz yang tidak sama, maka lain orang lainlah jenis bekalan yang
akan dibawanya bersama. Seorang yang mempunyai beg yang lebih besar,
tentunya akan membawa barangan yang lebih banyak. Begitu juga sebaliknya.
Seorang yang begnya kecil, tentu hanya mampu memuatkan beberapa helai
pakaian sahaja. Mungkin cuma sepasang dua sahaja.

Mungkin kita yang mempunyai beg yang besar ini kasihan melihat mereka yang
hanya memiliki beg yang begitu kecil. Hinggakan kita jadi tertanya,
bagaimana agaknya perjalanan yang perlu mereka tempuhi. Bagaimana nanti
jika pakaian mereka kotor belaka? Bagaimana mereka hendak menukar pakaian.
Sedangkan hakikat yang kita sering lupa, beban perjalanan mereka kurang
daripada kita sebenarnya.

Benar beg mereka kecil, benar pakaian yang mereka bawa adalah sedikit.
Benar. Memang benar. Tetapi hidup adalah sebuah perjalanan yang jauh.
Apakah kita sebenarnya mampu menanggung 

Bismillah [hidayahnet] Nur Muhammad saw Islam

2006-05-10 Terurut Topik ruzaihan . junit



Assalamualaikum warahmatullah…

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Aku bersaksi bahawa tiada
Tuhan yang disembah selain Allah yang Esa, tiada sekutu bagiNya dan aku
bersaksi bahawa Nabi Muhammmad saw itu hamba dan pesuruhNya. Selawat
berserta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad saw yang memiliki akhlaq
terpuji dan menjadi ikutan selamanya. Juga buat orang2 yang beramal soleh
dan kesekalian dari kita.

Bismillahir Rahmanir Raheem…

Setelah Nabi Adam as memakan buah khuldi yang mana beliau dilarang
menghampiri pohonnya, maka beliau dan isterinya telah diarahkan untuk
meninggalkan syurga dan dibuang di dunia. Lalu menangislah Nabi Adam as
bertahun² lamanya memohon belas agar Tuhannya dapat mengampunkannya.
Akhirnya Adam as pun berkata, “Dengan berkat Muhammad saw, maka Kau
ampunkanlah aku wahai Allah”.

Lalu Allah bertanya dari manakah Adam as telah mendengar nama tersebut.
Maka Adam as pun memberitahu ketika beliau keluar meninggalkan syurga,
beliau ternampak di pintu gerbangnya tertulis kalimah ‘Laailaha illallah,
Muhammadur rasulullah’. Lalu Allah mengatakan kepada Adam as, “Jika tidak
kerana Muhammad saw, tidak Aku ciptakan dunia ini dan keseluruhan isinya”.

Segalanya bermula dengan Nabi Muhammad saw. Begitulah bagaimana kita
terhutang budi kepada Nabi Muhammad shallahu ‘alaihi wasallam. Tidak
perlulah dibayangkan bagaimana iman kita tanpa pengutusan penutup segala
nabi ini, sebaliknya fikirkan adakah mungkin kita mampu berada di tempat
kita sekarang ini jika tanpa penciptaan Nabi Muhammad saw.

Nabi Muhammad saw adalah insan yang paling terpuji di antara insan² yang
terpuji. Baginda juga disebut sebagai ‘Penghulu Segala Nabi’. Kemuliaan dan
kesucian Nabi Muhammad saw bukan hanya selepas perlantikan Baginda sebagai
rasul Allah, sebaliknya Allah telah memelihara Baginda semenjak dari dalam
perut ibunya lagi. Bahkan ibu dan bapanya sendiri adalah dari kalangan
orang yang terpelihara.

Abdullah, bapa Nabi saw merupakan seorang anak yang paling disayangi si
antara adik beradiknya. Begitu juga Aminah, ibu Baginda, merupakan seorang
yang dihormati di kalangan masyarakat. Oleh kerana itu, Nabi saw telah
dimuliakan di sisi masyarakat semenjak kecil lagi. Ditambah lagi dengan
sifat jujur dan adil yang sedia ada di dalam diri Baginda, menjadikannya
seorang yang paling dipercayai.

Sebelum diutus sebagai rasul Allah, Nabi Muhammad saw bukanlah seorang
penyembah berhala. Tidak pernah di dalam hidup Baginda menyembah patung²
Lata dan Uzza serta patung² lain yang diletakkan di sekeliling Ka’abah.
Sebaliknya Baginda mengikuti ajaran Nabi Musa as. Begitu juga dengan isteri
Baginda saw iaitu Saidatina Khadijah r.anha, wanita pertama yang memeluk
Islam.

Baginda sebenarnya begitu risau dengan keadaan kaumnya yang semakin hari
semakin menyimpang dari ajaran sebenar. Akhirnya Baginda saw berkhalwat
(menyendiri) di sebuah gua yang bernama Gua Hira’. Dan di situlah sebuah
lembaran baru bermula di mana Malaikat Jibrail telah datang mengemui
Baginda saw dengan membawa Qalam Allah yang pertama, iaitu ‘Bacalah!’
(Surah Iqra’).

Sugguhpun Nabi Muhammad merupakan utusan Allah yang terakhir, namun untuk
mengatakan Islam sebagai agama yang baru seperti yang sering didakwa oleh
musyrikin Makkah adalah tidak tepat. Islam sebenarnya adalah agama yang
tertua. Malah Nur Islam telah wujud lama sebelum dunia ini diciptakan lagi.
Nur Islam telah wujud bersama² Nur Muhammad saw, beribu tahun sebelum Adam
as mula bernafas.

Sekalian nabi yang pernah diutuskan juga sebenarnya menyeru kepada Islam.
Dari Adam, Idris, Nuh hinggalah ke Ibrahim, Musa, Isa dan Nabi Muhammad saw
sendiri menyeru kepada satu kalimah agung yang sama iaitu ‘Tiada Tuhan
melainkan Allah’.

Firman Allah di dalam al-Quran,

“Dan Kami telah menganugerahkan Ishak dan Yakub kepadanya. Kepada keduanya
masing² telah Kami beri petunjuk; dan kepada Nuh sebelum itu (juga) telah
Kami beri petunjuk, dan kepada sebahagian dari keturunannya (Nuh) iaitu
Daud, Sulaiman, Ayub, Yusuf, Musa dan Harun. Demikianlah kami memberi
balasan kepada orang² yang berbuat baik, dan Zakaria, Yahya, Isa dan
Illyas. Semuanya termasuk orang-orang yang saleh. Dan Ismail, Alyasa, Yunus
dan Lut. Masing²nya Kami lebihkan darjatnya di atas umat (di masanya), (dan
Kami lebihkan pula darjat) sebahagian dari bapa² mereka, keturunan mereka
dan saudara² mereka. Dan Kami telah memilih mereka (untuk menjadi nabi-nabi
dan rasul-rasul) dan Kami menunjuki mereka ke jalan yang lurus.” (Surah
al-An’aam 6:84-87)

Dan Allah mengutuskan setiap nabiNya adalah di kawasan² kota, atau dengan
kata lain, nabi² diutus di kalangan orang² yang berkemajuan. Di kalangan
orang² yang mempunyai akal untuk berfikir. Dengan jumlah Nabi yang tidak
terkira banyaknya, adalah tidak mustahil jika sebenarnya ada nabi yang
diutuskan di negeri China dan India yang kita tahui pernah gemilang dengan
tamadun² yang hebat.

Sesungguhnya saya amat bersyukur terpilih menjadi sebahagian umat Nabi
Muhammad saw. Kerana sahaja bukan keagungan 

Bismillah [hidayahnet] CREDIT CARDS – BEWARE

2006-05-08 Terurut Topik ruzaihan . junit



CREDIT CARDS – BEWARE

Good to take note of...


Be sure to read 'Scene 3'


SCENE 1.


This is a new one. People sure stay busy trying to cheat us, don't they?? A
friend went to the local gym and placed his belongings in the locker. After
the workout and a shower, he came out, saw the locker open, and thought to
himself, Funny, I thought I locked the locker. Hm.


He dressed and just flipped the wallet to make sure all was in order.
Everything looked okay - all cards were in place.


A few weeks later his credit card bill came - a whooping bill of $14,000!


He called the credit card company and started yelling at them, saying that
he did not make the transactions. Customer care personnel verified that
there was no mistake in the system and asked if his card had been stolen.


No, he said, but then took out his wallet, pulled out the credit card,
and yep - you guessed it – a switch had been made. An expired similar
credit card from the same bank was in the wallet. The thief broke into his
locker at the gym and switched cards.


Verdict: The credit card issuer said since he did not report the card
missing earlier, he would have to pay the amount owed to them. How much did
he have to pay for items he did not buy? $9,000! Why were there no calls
made to verify the amount swiped? Small amounts rarely trigger a warning
bell with some credit card companies. It just so happens that all the
small amounts added up to big one!


SCENE 2.


A man at a local restaurant paid for his meal with his credit card. The
bill for the meal came, he signed it, and the waitress folded the receipt
and passed the credit card along.


Usually, he would just take it and place it in his wallet or pocket. Funny
enough, though, he actually took a look at the card and, lo and behold, it
was the expired card of another person. He


called the waitress and she looked perplexed. She took it back, apologized,
and hurried back to the counter under the watchful eye of the man.


All the waitress did while walking to the counter was wave the wrong
expired card to the counter cashier, and the counter cashier immediately
looked down and took out the real card. No exchange of words --- nothing!
She took it and came back to the man with an apology.


Verdict: Make sure the credit cards in your wallet are yours. Check the
name on the card every time you sign for something and/or the card is taken
away for even a short period of time. Many people just take back the credit
card without even looking at it, assuming that it has to be theirs. FOR
YOUR OWN SAKE, DEVELOP THE HABIT OF CHECKING YOUR CREDIT CARD EACH TIME IT
IS RETURNED TO YOU AFTER A TRANSACTION!








SCENE 3:


Yesterday I went into a pizza restaurant to pick up an order that I had
called in. I paid by using my Visa Check Card which, of course, is linked
directly to my checking account.


The young man behind the counter took my card, swiped it, then laid it on
the counter as he waited for the approval, which is pretty standard
procedure. While he waited, he picked up his cell phone and started
dialing.


I noticed the phone because it is the same model I have, but nothing seemed
out of the ordinary. Then I heard a click that sounded like my phone sounds
when I take a picture. He then gave me back my card but kept the phone in
his hand as if he was still pressing buttons. Meanwhile, I'm thinking: I
wonder what he is taking a picture of, oblivious to what was really going
on. It then dawned on me: the only thing there was my credit card, so now
I'm paying close attention to what he is doing.


He set his phone on the counter, leaving it open. About five seconds later,
I heard the chime that tells you that the picture has been saved.


Now I'm standing there struggling with the fact that this boy just took a
picture of my credit card. Yes, he played it off well, because had we not
had the same kind of phone, I probably would never have known what
happened. Needless to say, I immediately canceled that card as I was
walking out of the pizza parlor.


All I am saying is, be aware of your surroundings at all times. Whenever
you are using your credit cards, take caution and don't be careless. Notice
who is standing near you and what they are doing when you use your card. Be
aware of phones because many have a camera phone these days.


When you are in a restaurant and the waiter/waitress brings your card and
receipt for you to sign, make sure you scratch the number off. Some
restaurants are using only the last four digits, but a lot of them are
still putting the whole thing on there. I have already been a victim of
credit card fraud and, believe me, it is not fun. The truth is that they
can get you even when you are careful, but don't make it easy for them.

FORWARD THIS TO AS MANY PEOPLE AS YOU CAN THINK OF.







--

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the 

Bismillah [hidayahnet] Artis Kita...

2006-05-05 Terurut Topik ruzaihan . junit



Assalamualaikum warahmatullah…

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Aku bersaksi bahawa tiada
Tuhan yang disembah selain Allah yang Esa, tiada sekutu bagiNya dan aku
bersaksi bahawa Nabi Muhammmad saw itu hamba dan pesuruhNya. Selawat
berserta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad saw yang memiliki akhlaq
terpuji dan menjadi ikutan selamanya. Juga buat orang2 yang beramal soleh
dan kesekalian dari kita.

Bismillahir Rahmanir Raheem…

Malam tadi, ketika membelek² suratkhabar hari Ahad (kami di laut ni terima
suratkhabar lewat sehari selalunya), saya terpandang satu bahagian yang
cukup menggelikan hati. Iaitu laporan mengenai Anugerah Industri Muzik
(AIM) yang berlangsung baru² ini. Bila tarikh sebenar berlangsung saya
tidak perasan pula kerana saya tidak membaca laporan penuhnya - tidak
berminat!

Cukup setakat melihat gambar² artis yang menghadiri anugerah tersebut.
Wow!, bisik hati saya. Dahsyat juga industri muzik Malaysia ini. Jika
hendak dibilang berapa jenis anugerah yang ada, rasanya tak cukup dengan
sekadar menggunakan jari² di tangan sahaja. Terpaksa gunakan jari kaki
pula. Anugerah Bintang Popularlah, Anugerah Skrinlah adan entah apa²
anugerah lagi agaknya.

Tetapi jika hendak dikira dari segi kualiti memang hancur. Hendak dikira
dari segi pasaran pula, memang susah nak laku. Setiap hari yang boleh
didengar ialah tuduhan terhadap cetak rompak sebagai punca. Sedangkan punca
sebenar iaitu kualiti yang memalukan tidak pula disebut. Percayalah, jika
seseorang artis itu berkualiti tentu orang akan mencari albumnya yang asli.
Seperti Mawi contohnya.

Tetapi Mawi pula dikutuk dan dihina. Sampaikan dipanggil badut pula. Badut
pun badutlah Mawi. Janji album laku ratusan ribu. Yang tak badut tu album
entah terjual melebihi sepuluh ribu entah tidak. Bukan sengaja nak
menyokong Mawi, tetapi rasanya artis seperti Mawi yang sanggup merakamkan
sebuah album yang memuatkan himpuan doa harian, berzanji, selawat dan
nasyid, patut disokong.

Baiklah. Kita tinggalkan kisah Mawi. Saya bukan hendak mempromosikan album
Mawi. Apa ingin saya katakan di sini adalah tentang industri muzik tanah
air dan anugerah yang wujud. Nampaknya kesemua anugerah ini membazir.
Kerana dari dulu hingga kini belum mampu menaikkan kualiti artis kita.
Jangankan hendak setaraf dengan Hollywood, dengan Indonesia pun bagaikan
mustahil.

Tetapi ops... ketika membelek² akhbar malam tadi saya mula perasan. Memang
sebenarnya artis kita sudah setaraf dengan artis² Hollywood. Malah mungkin
jauh lebih hebat lagi. Bukan dari segi nyanyian atau lakonan atau apa²
aspek seni, tetapi dari segi berpakaian. Menyelak helaian demi helaian,
beberapa kali juga hati saya menjerit 'wow!'

Mana tidak, di muka hadapan gambar artis perempuan menayangkan dadanya
sehingga ternampak lurah yang didendami. Buka muka dua, pun begitu. Ishk...
Saya ini lelaki. Muda, kuat dan sihat zahir batin. Yang lemah dan sakit
adalah iman saya. Sudah berkahwin pula. Jadi bohonglah kalau saya katakan
tidak berasa apa² melihat gambar² separuh bogel artis² kita itu.

Hm... Saya betul² tidak faham. Entah apa faedahnya agaknya artis² perempuan
ini menayangkan apa yang sepatutnya hanya ditonton dan dinikmati oleh suami
mereka. Kalau hendak dikatakan kerana hendak menarik peminat, yang si
pelaku ni sebenarnya bukanlah dari golongan yang terlalu popular. Lebih
popular pula Mawi yang tidak seksi sebegitu (Mawi lagi.).

Paling hebat di antara gambar² yang saya lihat adalah penyanyi dari
Sarawak, Dayang Nurfaizah. Sudahlah tidak bertudung, bajunya tidak
berlengan, ditambah pula aksesori di kepala yang saya tidak tahu apa
namanya tetapi biasa dipakai oleh perempuan² hindu. Dalam hati saya
tertanya. Adakah dia ini pakai sekadar untuk suka² kerana merasakan fesyen
itu sesuai dengannya atau memang dia sudah memeluk hindu?

Wana'uzubillah... Janganlah sampai memeluk hindu. Hina sangat rasanya.
Semoga Allah menyelamatkan iman mereka, kita semua dan seluruh keturunan
kita. Amin. Tetapi jika sekalipun pemakaian itu adalah sekadar suka², haram
tetap haram. Bukankah sebagai mukmin kita dilarang mengikut perbuatan
sesuatu kaum kerana jika kita berbuat demikian, maka kita akan tergolong
dalam kaum tersebut?

Astaghfirullah... Dan si Dayang ini adalah artis yang boleh dikatakan
popular. Katakanlah ada beberapa perempuan di luar sana yang tertarik
dengan pemakaian Dayang di malam itu, mula meniru pula. Kemudian ditiru
pula oleh teman² mereka dan seterusnya. Apa sudah jadi? Berapa ramaikah
nanti di kalangan wanita² kita yang akan tergolong dalam 'golongan mereka'?

Suatu ketika dahulu artis Ziana Zain pernah bertindik hidung. Sama ada
ditindik atau jenis sepit, tidak dapat saya pastikan. Yang saya pasti,
ramai di kalangan remaja di zaman itu turut sama menindik hidung mereka.
Malang sekali apabila ditegur, mereka berkata Aku tak ikut orang hindulah.
Aku ikut artis ni... Astaghfirullah... Dah? Artis itu ikut siapa?

Menjadi artis tidaklah semudah ABC. Banyak kesan dan akibat. Yang lebih
pahit 

Bismillah [hidayahnet] Berfikir Sebelum......!!!

2006-05-04 Terurut Topik ruzaihan . junit



WANITA: Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?
LELAKI: Kamu!!!
WANITA: Menurut kamu, saya ini siapa?
LELAKI: (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti) Kamu, tulang
rusukku!

Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur,
Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari
tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi
merasakan sakit di hatinya...

Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk
sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan
masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi
membosankan.

Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan
cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai
menjadi semakin panas. Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran
WANITA lari keluar rumah. Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak Kamu
tidak cintakan saya lagi!!!.

LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga
berteriak Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang
rusukku!!!

Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat.

LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang
telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air
mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad
untuk berpisah. Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi.
Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing.

Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha
mencari khabar akan kehidupan WANITA. WANITA pernah ke luar negeri tetapi
sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai.
LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya.

Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di
hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.

Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana
banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh
sebuah dinding pembatas.

LELAKI: Apa khabar?
WANITA: Baik... Kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?
LELAKI: Belum.
WANITA: Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut. Saya akan
kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu tahu
nombor telepon saya kan? Tidak ada yang berubah.

WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz Selamat tinggal...

Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang
korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan
kembali merasakan sakit dihatinya. Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu
adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya
dia patahkan.


Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai.
Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang di
kemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semua sudah
terlambat...

Kerana itu, jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh
hati... Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata-kata
yang kau ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai? Kira merasakan akan
menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan. Kerana semakin besar
risiko untuk kehilangan orang yang dicintai.

Jadi berfikirlah, apakah kata-kata yang akan dilafazkan sebanding dengan
akibat yang akan diterima??


(-_-) KITA KAWAN-KAWAN TAK MAU LAWAN...










--

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title change to daily digest. 

--

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood : http://ikhwanweb.com








  
  
SPONSORED LINKS
  
  
  

Divine inspiration
  
  
Islam
  

   
  







  
  
  YAHOO! GROUPS LINKS



  Visit your group "hidayahnet" on the web.
  To unsubscribe from this group, send an email to:[EMAIL PROTECTED]
  Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.



  











Bismillah [hidayahnet] Apabila Ulama DiCabar

2006-05-04 Terurut Topik ruzaihan . junit



- Forwarded by Ruzaihan Junit/U-AsiaPacific/ExxonMobil on 04/30/06
09:39 AM -
 
 
 To: 
 cc: (bcc: Ruzaihan Junit/U-AsiaPacific/ExxonMobil) 
 04/29/06 03:19 PM Subject: Apabila Ulama DiCabar 
 
 




Production Tapis Delta/Pump
Tel: 09-8302000 Ext 7035/45/46.
Exxonmobil Malaysia Exploration  Production
Email :[EMAIL PROTECTED]

Apabila Ulama Dicabar .
Pada suatu ketika, kota Baghdad didatangi oleh seorang pendakyah Yahudi
bernama Dahri. Kedatangannya mencetuskan kegemparan dikalangan umat Islam.
Dahri cuba merosakkan pegangan umat Islam dengan membahaskan soal-soal yang
berhubung kait denngan ketuhanan. Dicabarnya para ulama Baghdad untuk
berdebat dengannya. Setiap kali cabarannya disahut, hujah-hujah Dahri
tidak pernah dapat dipatahkan sehingga akhirnya tidak ada lagi ulama
Baghdad dan ulama-ulama disekitarnya yang sanggup berhadapan dengannya.
Dari kejadiannya ini, tahulah Khalifah bahawa Baghdad sudah ketiadaan
ulama yang benar-benar berwibawa dan tinggi ketaqwaannya. Lalu Khalifah
memerintahkan beberapa orang menteri meninjau ke daerah lain, kalau-kalau
masih ada ulama yang boleh dibawa berdepan dengan Dahri. Akhirnnya wakil
Khalifah menemui Imam Hammad bin Abi Sulaimann Al-Asy ari, seorang ulama
yang tidak kurang juga ketokohannya.


 Khalifah memerintahkan supaya hari perdebatan antara Imam
Hammad dan Dahri disegerakan. Dan majlis bersejarah itu mesti dibuat di
Masjid Jamek di tengah-tengah kota Baghdad. Sehari sebelum pertemuan itu
lagi, Masjid Jamek telah penuh sesak dengan orang ramai. Masing-masng
menaruh harapan agar Imam Hammad berjaya menumbangkan Dahri kerana
beliaulah satu-satunya ulama yang diharapkan.


 Subhanallah Subhanallah  Walauhaulawala quwwata illa
billahi aliyyil azim! Lidah Imam Hammad terus melafazkan kalimat
mensucikan segala tohmahan yang tidak layak bagi Zat yang Maha Agung. Dia
beristighfar terus. Rasanya dah tidak sanggup telinganya menadah bermacam
tohmahan yang dilemparkan oleh Dahri yang biadab dan matarialis itu.
Mempertikaikan KeEsaan Allah SWT buukanlah perkara kecil dalam Islam. Ini
kes berat! Hatinya cukup pedih. Roh ketauhidannya bergelora. Mahu
rasanya dipenngal leher si Dahri yang angkuh itu di depan ribuan mata yanng
turut hadir dalam majlis iru.


 Keesokannya, pagi-pagi lagi muncul Abu Hanifah, murid Imam
Hammad yang paling rapat dan yang paling disayanginya. Namanya yang
sebenar ialah Nu' man, yang ketika itu usiannya masih lagi remaja. Bila
ternampak keadaan gurunya itu, Abu Hanifah pun bertanya untuk mendapat
kepastian. Lalu Imam Hammad menceritakan keadaan yang sebenar. Dalam pada
itu teringat Hammad akan mimpinya malam tadi, lalu dikhabarkan kepada
muridnya itu. Abu Hanifah mendengarnya dengan penuh khusyuk.


 ...Aku bermimpi ada sebuah dusun yang amat luas lagi indah.
Di sana kulihat ada sepohon kayu yand rendanng dan lebat buahnya.
Tiba-tiba, di situ keluar seekor khinzir dari hujung sebuah kampung. Lalu
habis dimakannya buah-buahan yang masak ranum dari pokok itu. Hingga ke
daun dan dahan-dahannya habis ditutuh.Yang tinggal cuma batangnya
sahaja.Dalam pada itu juga keluar seekor harimau daripada umbi pohon
rendang tadi lalu menerkam khinzir itu dengan gigi dan kukunya yang
tajam.Lalu,khinzir tadi mati disitu juga.


 Hammad termenung seketika. Kekalutan pemikiran yang telah
dicetuskan Dahri, yang boleh menggugat pegangan aqidah umat ini,tidak boleh
di biarkan. Mesti dihapuskan segera. Wajahnya yang tenang bagai air sungai
yang mengalir jernih, masih nampak bercahaya walau di saat sebegitu
genting. Satu kelebihan Abu Hanifah ialah beliau juga dikurniakan Allah
ilmu menta'bir mimpi, sebagai mana nabi Allah Yusuf. Pada pengamatannya
juga, mimpi tersebut akan memberi petanda baik bahawa si Dahri pasti akan
menerima padahnya nanti. Dan setelah mendapat keizinan gurunya, dia pun
cuba mentafsirnya:


  Apa yang tuan lihat dalam mimpi tuan sebagai dusun yang
luas lagi indah itu adalah tamsilan kepada agama Islam kita. Pokok yang
berbuah lebat itu adalah tamsilan kepada sekalian ulamannya. Manakala
sepohon kayu yang masih tinggal itu adalah tuan sendiri. Dan khinzir yang
tiba-tiba muncul dan merosakkan pohon tersebut ialah si Dahri. Manakala
harimau yang keluar lalu membunuh khinzir tadi... adalah saya... jelas Abu
Hanifah.


 Beliau juga memohon izin untuk membantu gurunya
berdepan dengan si Dahri. Betapa gembiranya hati Iman Hammad bila
tercetusnya hasrat itu dari hati muridnya sendiri. Maka berngkatlah
ilmuan budak itu bersama gurunya untuk pergi ke Masjid Jamek di mana majlis
dialog akan diadakan yang dihadiri oleh orang ramai dan Khalifah. Seperti
biasanya, sebelum menyampaikan dakyahnya, Dahri akan mencabar dan
memperleceh-lecehkan ulama dengan bersuara lantang dari atas pentas.


  Hai Dahri, apalah yang digusarkan. Orang yang
mengetahuinya pasti menjawabnya! Tiba-tiba suara Abu Hanifah memeranjatkan
Dahri dan menyentakkan kaum Muslimin yang hadir. Dahri sendiri terkejut.
Matanya memandang tajam mata Abu Hanifah.


  Siapa kamu

Bismillah [hidayahnet] Masih Ada Waktu

2006-05-03 Terurut Topik ruzaihan . junit



Arman masih lagi tekun di hadapan monitor komputernya komputernya,
mengetuk-ngetuk papan kekunci. Sesekali dia menyentuh tetikus yang terletak
di sebelah kanan monitornya. Sibuk. Sibuk sekali. Semenjak
dipertanggungjawabkan dengan projek baru ini oleh majikannya, Arman begitu
sibuk sekali. Sehingga kesemua kerjanya yang tidak sempat disiapkan di
pejabat dibawa pulang bersamanya ke rumah.

Jam menunjukkan sudah pukul 9.00 malam. Normah, isteri Arman baru sahaja
keluar dari bilik setelah selesai menunaikan solat fardhu Isya'. Dia
menggeleng-gelengkan kepalanya melihat Arman masih tidak berganjak dari
meja komputernya. Bang, tak berhenti untuk solat dulu ke? Kerja tu kan
nanti boleh disambung? tegur Normah dengan lembut. Hm... dengus Arman
sebagai membalas peringatan oleh isterinya.

Normah berlalu. Dia tidak berani untuk menegur dengan lebih lagi. Normah
cukup kenal benar dengan perangai Arman yang panas baran. Lalu Normah
mengambil bakul yang dipenuhi dengan pakaian yang telah kering yang diambil
dari ampaian petang tadi. Sewaktu melintasi sisi Arman, tangan Normah telah
disambar oleh suaminya. Arman mengenggam tangan Normah sambil merenungnya
seketika.

Awak tahu tidak projek ini penting untuk saya? Ini bagaikan nyawa kerjaya
saya. Tak perlu awak nak susah-susah ingatkan saya waktu solat seperti saya
anak-anak awak. Tugas ini amanah majikan kepada saya. Saya pasti Allah
faham apa yang saya buat. Tahu? bentak Arman. Normah hanya tunduk
memandang lantai. Memanglah, jika diikut dari segi pendidikan, Arman jauh
lebih tinggi darinya. Sama ada akademik mahupun agama.

Arman melepaskan gengaman tangannya terhadap Norman dan kemudian meneruskan
kerjanya. Begitu asyiknya dia menaip sehingga terlupa waktu terus berlalu.
Sedar-sedar, jam sudahpun pukul 12 tengah malam. Allah... Dah larut
rupanya. Patutlah aku rasa mengantuk sangat. bisik Arman kepada dirinya
sambil menyandarkan badannya ke kerusi. Dalam tidak sedar Arman terlelap di
tempat duduknya.

 ***

Arman hanya tersedar apabila terasa bahunya bagaikan digerak oleh
seseorang. Dengan mata yang kelat, Arman melihat sekujur tubuh yang besar
dan tinggi berada disebelahnya. Arman cuba mengangkat kepalanya tetapi
rasanya, mungkin 'makhluk' itu telah menahan kepalanya dari mendongak.

Hai manusia. Hari ini aku akan pisahkan engkau dari dunia yang engkau
cintai ini! suara milik tubuh yang besar itu bagaikan halilintar membelah
bumi. Tapi... Siapa engkau...? Tanya Arman dengan nada yang
tersekat-sekat. Seraya kemudian makhluk itu mula ketawa membuatkan Arman
terasa bagaikan rumahnya sedang dilanda gempa bumi.

Kau tak perlu tahu siapa aku. Mari. Ikut aku. aku akan segera membawamu
bertemu dengan Tuhanmu yang sering kau abaikan! kaki Arman menggeletar
mendengar kata-kata makhluk tersebut. Bertemu Tuhan? Allah? Serta-merta
Arman teringat bahawa dia masih belum menunaikan solat. Wahai makhluk,
tolonglah aku. Jika benar kau ingin membawa aku bertemu denganNya,
izinkanlah aku tunaikan solat dahulu...

Sekali lagi makhluk itu ketawa. Apa? Kau masih ada keinginan untuk
bersolat? Bagus... Tetapi mengapa baru sekarang? Sekarang sudah jam berapa
wahai manusia? Arman terdiam ketika diajukan soalan begitu. Serta-merta di
pandangannya kelihatan wajah Normah yang telah mengingatkannya agar segera
menunaikan kewajipannya tadi. Bukan itu sekali sahaja tetapi
berbilang-bilang kali.

Aku hairan dengan kamu manusia. Tatkala terdengar berita tentang lombong
emas di suatu tempat, kamu akan bersegera ke sana. Padahal ianya hanyalah
sementara. Dan apabila terdengar tentang sesuatu nikmat, kamu juga akan
segera ke sana. Sedangkan ianya sia-sia. Tetapi Allah mengkhabarkan kamu
tentang harta di syurga yang kekal dan nikmatnya yang tidak terhingga di
sana, mengapa kamu tidak berkejaran untuk mendapatkannya?

Arman terkedu. Terasa benar apa yang dituturkan oleh makhluk itu tepat
mengena batang hidungnya. Airmatanya mula menitis. Arman mulai kesal dengan
apa yang telah dilakukan olehnya selama ini. Dia selalu alpa. Dia selalu
lupa. Terkadang memang sengaja dia buat-buat lupa untuk mendirikan solat
pada awal waktu. Bukan itu sahaja. Malah sesiapa yang cuba mengingatkan
pasti akan 'disekolahkan' olehnya.

Hidupnya terlalu mengutamakan dunia. Jika cuba diingatkan, dengan bersahaja
Arman akan katakan bahawa Nabi saw menyuruh kita makan terlebih dahulu jika
makan sudah dihidangkan. Ataupun dia akan sibuk mengulang tentang amanah.
Katanya tugasnya adalah amanah dan sebagai muslim dia diwajibkan menunaikan
amanah. Memang rakan-rakannya tidak mampu melawan hujahnya. Itulah yang
memang Arman mahukan.

Cuma sekali, Arman memang cukup sakit hati dengan Majid. Kerana Majid
pernah mematikan hujahnya. Kata Majid, benarlah Nabi saw kata makan dahulu
jika makanan telah terhidang. Tetapi Nabi saw makan tidak seperti kita.
Baginda hanya memakan roti dan sup atau beberapa butir kurma. Dan berhenti
pula sebelum kenyang. Jadi masih sempat bersolat di awal waktu di masjid
secara berjamaah. Geram Arman kerana 

Bismillah [hidayahnet] Seekor Anak Harimau Dan Sekumpulan Kambing

2006-05-01 Terurut Topik ruzaihan . junit



Assalamualaikum warahmatullah…

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Aku bersaksi bahawa tiada
Tuhan yang disembah selain Allah yang Esa, tiada sekutu bagiNya dan aku
bersaksi bahawa Nabi Muhammmad saw itu hamba dan pesuruhNya. Selawat
berserta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad saw yang memiliki akhlaq
terpuji dan menjadi ikutan selamanya. Juga buat orang2 yang beramal soleh
dan kesekalian dari kita.

Bismillahir Rahmanir Raheem…

Arakian tersebutlah kisah, di sebuah negeri bernama Antah Berantah,
terdapat seekor anak harimau yang tersesat jalan. Maka berjalanlah si anak
harimau ke sini dan ke sana mencari keluarganya yang entah di mana. Maka
dijadikan cerita, secara tiba² sang anak harimau telah sampai di luar
sebuah kandang kambing pada satu tengah malam yang sejuk lagi gelita.

Maka menggigillah si anak harimau di luar kandang tersebut. Melihat keadaan
sang anak harimau, maka timbullah rasa simpati di hati bapa dan mak
kambing. Maka diajaknya anak tidur bersama mereka. Maka bermulalah hidup
anak harimau bersama keluarga kambing tersebut. Adapun anak² kambing yang
lainnya tidak dapat menerima kehadiran anak harimau yang kelihatan jauh
berbeza dari mereka.

Lalu dipinggirkanlah anak harimau dari segala aktiviti mereka. Andai kata
anak harimau cuba hampiri, maka akan disondollah anak harimau itu tadi
dengan tanduk mereka yang masih baru hendak tumbuh. Sedihnya bukan kepalang
bagi si anak harimau. Hendak ia pergi, tidak tahu ke mana hendak ditujui.
Lagipula, si mak dan bapa kambing begitu baik terhadapnya.

Aduhai... Keluh si anak harimau. Bukankah baik jika aku juga memiliki
tanduk seperti mereka. Pasti akan ku sondol mereka semula seandainya mereka
menganiayai ku. Aduhai... Ratap si anak harimau dengan kesedihan. Tatkala
kambing² bersaudara enak meragut rumput di padang yang hijau, si anak
harimau hanya mampu memerhatikan dari jauh sahaja.

Tiba² dari celahan rumput, muncul harimau dewasa. Auuummm!!! laung sang
harimau. Bertempiaranlah lari kesemua kambing yang ada termasuklah si anak
harimau. Adapun sang harimau dewasa terlihat kelibat sang anak harimau yang
turut berlari bersama kumpulan kambing tadi. Lalu dikejarnya dan dibawa ke
sisi. Menggigillah sang anak harimau kerana bimbang dijadikan santapan.

Mengapa engkau lari? tanya si harimau dewasa. Saudaraku kesemuanya lari.
Aku juga takut engkau akan membaham aku. jawab si anak. Hahahaha...
Engkau bukan saudara mereka! Lihat, kau juga seperti aku. Malah ngaumanmu
juga bisa membuatkan mereka ketakutan... Aku juga bisa mengaum?
Ajarkanlah aku! Ajarkanlah aku! teriak si anak harimau tidak sabar.

Kemudian si anak harimau pulang ke kandang dengan riang. Di sana, anak²
kambing yang lain sedang sedia menanti. Tiba² datang seekor yang paling
besar menyondol badan sang anak harimau. Si anak harimau hanya tersenyum
seraya berpaling kepada mereka. Ia kemudian menyeringaikan giginya sebelum
mengaum. Maka bertempiaranlah si anak² kambing. Puaslah hati sang anak
harimau...

 *

Sebenarnya kisah anak harimau ini ada kaitannya dengan kehidupan kita
sebagai muslim. Setelah sekian lama sang anak harimau dibuli, sehinggakan
dia mengharap juga memiliki tanduk seperti kambing² yang lain, akhirnya
anak harimau dapati cara terbaik untuk menangani anak² kambing itu adalah
dengan kembali kepada asalnya. Iaitu kembali menjadi harimau semula.

Cuba lihat diri kita sebagai muslim hari ini. Rasanya hampir kesemua kita
sedia maklum betapa kita hidup di bawah injakan kafir laknatuLlah. Sama ada
di dalam mahupun di luar negara. Maka berlaunganlah para pemimpin kita
bahawa kita diinjak kerana kita tidak memiliki kekayaan dan teknologi
seperti orang² kafir. Maka disuruhnya kita berusaha untuk mencapai itu.

Persoalannya, benarkah jika kita memiliki segala kecanggihan dunia hari ini
kita akan disanjung semula? Marilah kita cuba mengingat dan mengenang
keagungan zaman Nabi saw dan para sahabat. Kesemua mereka ini disanjung di
seluruh dunia dan seluruh zaman. Mengapa? Apakah kerana mereka ini kaya
dengan harta dan teknologi? Tidak. Bahkan mereka sebenarnya orang² yang
miskin.

Tetapi mereka dihormati kerana aqidah dan akhlaq mereka yang tinggi dan
terpuji. Inilah hakikat. Iman pada diri kita sebenarnya adalah ngauman si
anak harimau. Seperti mana si anak harimau tidak memerlukan tanduk untuk
melawan anak² kambing, begitu juga kita tidak memerlukan harta seperti
orang kafir untuk menguasai mereka. Persoalannya adalah iman.

Saya tidak menafikan kepentingan harta di dalam kehidupan. Dan amat benar,
ilmuwan Islam juga pernah mendominasi sebahagian besar dari bidang
teknologi. Tetapi sebenarnya, sejauh manakah harta dan teknologi itu mampu
membawa kejayaan kepada kita tanpa dorongan dan pimpinan iman dan aqidah
yang sempurna. Di sinilah letak persoalannya.

Kita sedia melihat bukan sedikit sebenarnya orang Islam yang telah berjaya
di dalam hidup mereka. Tetapi pernahkah kita fikir berapa ramaikah di
kalangan mereka yang masih kekal Islamnya? Rasanya bukanlah perkara 

Bismillah [hidayahnet] Mawlid

2006-04-10 Terurut Topik ruzaihan . junit
Assalamualaikum warahmatullah…

Segala  puji  bagi  Allah,  Tuhan  sekalian alam. Aku bersaksi bahawa tiada
Tuhan  yang  disembah  selain  Allah yang Esa, tiada sekutu bagiNya dan aku
bersaksi  bahawa  Nabi  Muhammmad  saw  itu  hamba  dan pesuruhNya. Selawat
berserta  salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad saw yang memiliki akhlaq
terpuji  dan  menjadi ikutan selamanya. Juga buat orang2 yang beramal soleh
dan kesekalian dari kita.

Bismillahir Rahmanir Raheem…

Selasa ini, 12 Rabi’ul Awwal bersamaan 11 April, insyaAllah kita akan
menyambut hari ulang tahun kelahiran Nabi Muhammad saw, penutup segala nabi
yang hadir dengan membawa 1001 rahmat. Seperti kebiasaan, hari keputeraan
Baginda, yang juga lebih kita kenali sebagai mawlid, akan disambut dengan
meriah. Maka akan penuhlah papan hitam di suaru dan masjid dengan senarai
ceramah mawlid.

Saya tidaklah menyokong apatah lagi membantah sambutan ini. Juga, saya
tidak mahu termasuk dalam kelompok yang membicarakan tentang boleh atau
tidaknya sambutan seperti ini diadakan. Cuma pada prinsip saya, menyambut
mawlid memang baik tetapi jika keterlaluan sehingga mengakibatkan
pembaziran, maka akan menjadi kesalahan juga akhirnya. Matlamat tidak
mungkin menghalalkan cara.

Lalu saya teringat di zaman kanak² dahulu. Kami di Johor Bahru biasa
menyambut mawlid dengan mengadakan perarakan sambil melaungkan selawat ke
atas Baginda saw. Ini salah satu acara yang sangat saya nantikan dahulu.
Memang meriah dan memang seronok. Kata orang tua², perarakan itu adalah
sempena mengingati peristiwa hijrah Nabi saw. Lalu saya jadi tertanya
mengapa tidak dibuat ketika Maal Hijrah?

Kemudian, kata mereka lagi, apabila Sultan Iskandar menaiki takhta, beliau
telah mengharamkan upacara tersebut dengan alasan majlis itu memberikan
kesempatan untuk pasangan bercinta berdua²an dan berkepit memadu asmara.
Sama ada betul atau tidak cerita ini, wallahu’alam. Lagipun, bukan itu yang
ingin saya kisahkan. Bukan tentang cara menyambut mawlid itu sendiri.

Apa yang menarik perhatian saya di sini ialah, mawlid ini dikatakan sebagai
meraikan Nabi saw. Tentulah, kerana Baginda bukanlah calangan personaliti.
Jadi, meraikan sebegini dikatakan akan memuliakan Baginda. Persoalannya,
setelah kita membuatkan Baginda saw kelihatan benar² dimuliakan, apakah
benar kita sebenarnya memuliakan Baginda dalam ertikata sebenar?

Sebagai contoh, sultan adalah salah seorang manusia yang dimuliakan di
Tanah Melayu ini. Maka kerana itu sambutan hari kelahiran mereka juga
disambut dengan besar²an. Mulianya sultan ini hinggakan terdapat perkataan
yang dikhususkan hanya untuk kegunaan mereka sahaja seperti beta, santap
dan sebagainya. Puncak segalanya ialah apabila segala titah sultan
‘diletakkan di atas batu jemala patik’.

Tetapi cuba kita lihat dengan Nabi saw. Apakah benar perintah Baginda saw
kita letakkan di atas ‘batu jemala’ kita, atau ‘sekadar di pinggiran’
sahaja? Apabila Baginda saw perintah agar solat di awal waktu, kita katakan
kerja yang diamanahkan lebih penting. Dan apabila Baginda saw katakan
‘seburuk² perbelanjaan adalah untuk bangunan’, kita bina pula masjid
kristal. Taatkah begitu?

Bagaimanakah dapat kita kaitkan kemuliaan dengan mengingkari perintah orang
yang kononnya kita muliakan? Apakah, seorang anak yang menderhaka kepada
bapanya boleh kita sifatkan sebagai anak yang menghormati dan memuliakan
bapanya? Jika kita seorang yang beriman, tentu kita katakan tidak. Lalu,
apakah mawlid ini boleh menjadikan kita orang yang memuliakan Baginda
padahal kita mengingkarinya?

Semua orang ingat kepada bekas perdana menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed.
Beliau dikatakan memiliki pemikiran yang kritis dan ada juga yang
menganggapnya sebagai genius. Sememangnya beliau dihormati di seluruh
negara malah hingga ke peringkat antarabangsa sehinggalah ditubuhkan sebuah
institut untuk mengkaji pemikiran Dr. Mahathir.

Begitu juga dengan perdana menteri kita sekarang. Beliau juga dihormati dan
dimuliakan. Sehingga beberapa ayat yang beliau sebut seperti Bekerja
dengan saya bukan untuk saya dan Cemerlang, Gemilang, Terbilang menjadi
ikutan dan sering disiarkan di media² perdana. Semua ini membuktikan betapa
mereka 'dimuliakan' dan betapa pentingnya kedudukan mereka dalam hirarki
pemerintahan negara.

Sayangnya, kita tidak pula mendengar mana² pihak di dalam negara kita cuba
menubuhkan Institut Mengkaji Pemikiran Nabi Muhammad saw. Jangankan itu,
kata² Nabi Muhammad saw juga tidak sering kita dengar diulang sebut oleh
orang ramai sebagaimana kata² pemimpin² di atas diulang sebut. Malah bagi
sesetengah orang lebih gemar mengulangi lirik sesebuah lagu lagi dari kata²
Nabi sendiri.

Saya tidak mengatakan mengulang sebut kata² orang lain selain Nabi saw itu
sebagai salah. Asalkan ianya kata² yang baik, teruskanlah. Tetapi yang cuba
saya ungkitkan di sini ialah konsep menghormati dan memuliakan kenabian
Muhammad saw. Iaitu konsep sambutan mawlidur rasul. Adalah agak pelik untuk
kita katakan kita sambutan ini sebagai memuliakan 

Bismillah [hidayahnet] minta pendapat untuk isteri yang dalam delima

2006-04-08 Terurut Topik ruzaihan . junit
Assalamualaikum warahmatullah...

Diminta Puan Norhanisah Mustakim sudi menghubungi saya, kalau sudi. Saya
tak berniat hendak berbincang tentang perkara ini di hadapan public.
Sila email ke [EMAIL PROTECTED] atau [EMAIL PROTECTED] jika
selepas 10hb April. Terima kasih.

Wassalamualaikum warahmatullah.






--

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title change to daily digest. 

--

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia  : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah   : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info  : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera  : http://pk-sejahtera.org
The Muslim Brotherhood : http://ikhwanweb.com 
Yahoo! Groups Links

* To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

* To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]

* Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/
 





Bismillah [hidayahnet] Fwd: Animal Products in Kellogg's

2006-04-04 Terurut Topik ruzaihan . junit
Assalamualaikum warahmatullah...

Sejauh mana betulnya masih boleh dipersoalkan. Sebab... Ini mungkin product
untuk keluaran di US. Untuk di Malaysia, mungkin Jakim telah buat
pemeriksaan. Bagaimanapun, langkah berjaga² patut kita ambil.

Terima kasih kepada yang sudi mengirimkan.

Wassalam...

-Abu Naqibah-

__

Subject: FW: Animal Products in Kellogg's

PLEASE PASS THIS AS AN AWARENESS TO ALL OUR VEGETARIAN  MUSLIM (HALAL)
BROTHERS AND SISTERS.


Subject: Animal Products in Kellogg's
 Thank you for contacting Kellogg Company about the gelatin we add to some
 of our products. We are happy to provide you with this information.

 Gelatin is used to help the texture of the product and is derived from
 either beef or pork. Kellogg's(R) Frosted Mini-Wheats(R) and Kellogg's(R)
 Rice Krispies Treats(R) cereals contain type B gelatin, which is derived
 from beef.

 Whenever marshmallow ingredients are present in a Kellogg's(R)cereal
 brand, the marshmallow contains type A gelatin, which is derived from
 pork. Kellogg's(R) Krave(TM) Snack Bars also contain type A gelatin
 derived from pork sources.

 Type B gelatin is derived from beef sources and is found in the frosting
 of all varieties of Kellogg's(R) Frosted Pop-Tarts(R), Kellogg's(R)
 Frosted Pop-Tarts(R) Snak-Stix(TM), all varieties of Kellogg's(R)
 Pop-Tarts(R)Pastry Swirls, and Kellogg's(R) Nutri-Grain(R) Minis with
 Yogurt Icing.

 Plain (unfrosted) Kellogg's(R) Pop-Tarts(R) do not contain gelatin. None
 of the equipment that comes in contact with the gelatin in
 Kellogg's(R)Frosted Pop-Tarts(R) is used in the production of the other
 pastries.

 Kellogg's(R) Rice Krispies Treats(R) Squares contain type A gelatin in the
 marshmallow, which is derived from pork sources.

 The pregelatinized wheat starch contained in some of our toaster pastries
 is derived from wheat and does not contain any gelatin. Vegetable
 shortening only is used to produce plain or frosted Kellogg's(R)
 Pop-Tarts(R). No animal shortening is used.

 We appreciate your patronage of our products and ho pe that this provides
 you with the information you need to make food choices appropriate for
 your family.

 Sincerely,

 Ana Lara
 Consumer Affairs Department



Bro. J Jagadeesan (sai)
Official:Dato' J.Jegathesan
24 Jalan Abdullah, Bangsar
59000 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel:(R)603-2282 5558 (O)603-6201 2220
Fax:(O)603-6201 2223






--

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title change to daily digest. 

---

Recommended sites:
Radio Kuliyyah: http://www.kuliyyah.com 
Yahoo! Groups Links

* To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

* To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]

* Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/
 





Bismillah [hidayahnet] Gambaran Manusia Yang Berdosa Di Padang Masyar

2006-04-04 Terurut Topik ruzaihan . junit
Gambaran manusia yg berdosa di padang masyar


BERWAJAH KERA
Suka menabur fitnah sesama manusia

BERWAJAH KHINZIR (babi)
Suka memberi  menerima rasuah

BUTA KEDUA BELAH MATA
Hakim yang zalim ketika menjatuhi hukuman

PEKAK DAN BISU
Suka menunjuk-nunjuk amal ibadat  kebajikan yang dilakukan kepada orang
lain.

TUBUH YANG MENGALIR NANAH  DARAH YANG AMAT BUSUK SERTA MENIKAM LIDAHNYA
BERULANG KALI
Golongan yang berilmu  mengajar orang lain tetapi perbuatannya sendiri
tidak sama dengan apa yang dikatakannya.

BADANNYA LUKA SEPERTI DIHIRIS
Menjadi saksi tetapi berbohong terhadap kebenaran

BERJALAN TERHOYONG-HAYANG SEPERTI CACAT
Orang yang kedekut membelanjakan sedikit hartanya untuk kebajikan

BERJALAN SEPERTI MABUK
Orang yang suka bercerita hal-hal dunia didalam masjid

RUPA BADANNYA SEPERTI KHINZIR
Suka makan riba - orang yang digelar along @ ceti

TIDAK BERTANGAN  TIDAK BERKAKI
Suka menyakiti @ menyusahkan jiran sekeliling

WAJAH  BADANNYA SEAKAN KHINZIR
Suka mempermudahkan solat  lalai dalam solatnya hingga sering terlupa
rukun


PERUTNYA DIPENUHI ULAR  KALAJENGKING YANG SERING MENYENGAT-NYENGAT
Tidak mahu mengeluarkan zakat terhadap dirinya, pendapatannya, terhadap
perniagaan  lain-lain zakat

BADANNYA SANGAT BUSUK SEPERTI BAU BANGKAI
Melakukan maksiat secara sembunyi-sembunyi

TIDAK BERLIDAH  DARAH YANG BUSUK MENGALIR DARI MULUT
Malas dan jarang mengucap dua kalimah syahadah

BERJALAN KAKI KEATAS  KEPALA KEBAWAH, DARAH DAN NANAH SENTIASA MENGALIR
DARI KEMALUAN
Suka melakukan zina

MUKA HITAM  PERUTNYA DIPENUHI API
Suka makan harta anak yatim

KULIT DIPENUHI SOPAK  KUDIS
Orang yang menderhaka kepada kedua orang tuanya

GIGINYA SEPERTI TANDUK LEMBU LIDAH TERJELIR HINGGA KEPERUT, NAJIS  AIR
KENCINGNYA SENTIASA MENGALIR KELUAR DARI KEMALUAN
Orang yang suka minum arak @ segala jenis benda yang menghayalkan seperti
dadah dan lln.








 Yahoo! Groups Sponsor ~-- 
Join modern day disciples reach the disfigured and poor with hope and healing
http://us.click.yahoo.com/lMct6A/Vp3LAA/i1hLAA/TXWolB/TM
~- 

--

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title change to daily digest. 

---

Recommended sites:
Radio Kuliyyah: http://www.kuliyyah.com 
Yahoo! Groups Links

* To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

* To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]

* Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/
 





Bismillah [hidayahnet] Re: SIM : SULIT: Senarai Penuh Harga Barangan Subsidi Di Malaysia

2006-03-16 Terurut Topik ruzaihan . junit
Assalamualaikum warahmatullah...

Ya. Ya. Memang ada nak tambah.

Harga lampin pakai buang tanpa subsidi : RM45.00
Harga lampin pakai buang bersubsidi : RM38.00
Subsidi syarikat lampin pakai buang kepada pembeli: RM7.00
Rakyat harus berterima kasih kepada syarikat agar syarikat dapat membuat
lampin yang pakai spring dunlop di masa hadapan.

Tambang bas ekspress JB-KL tanpa subsidi : RM30.00
Tambang bas ekspress JB-KL bersubsidi : RM24.00
Subsidi syarikat lampin pakai buang kepada pembeli: RM6.00
Rakyat harus berterima kasih kepada syarikat bas agar syarikat dapat
menyediakan bas ekspress yang boleh selesa bagaikan di rumah sendiri di
masa hadapan.

Harga waja tanpa subsidi : RM90,000.00
Harga  bersubsidi : RM60,000.00
Subsidi syarikat lampin pakai buang kepada pembeli: RM30,000.00
Rakyat harus berterima kasih kepada Proton agar Proton dapat membuat kereta
yang boleh terbang di masa hadapan.

-Abu Naqibah-
http://abunaqibah.blogspot.com




 
  Rozmal bin Malakan
  
  Subject: SIM : SULIT: 
Senarai Penuh Harga Barangan Subsidi Di Malaysia 

 



Maklumat berikut dipetik daripada sumber internet yang
tidak boleh dipercayai. Menurut sumber, maklumat ini
dapat mereleasekan tension rakyat Malaysia.

Harga minyak selitar tanpa subsidi : RM 2.50
Harga minyak seliter bersubsidi : RM 1.90
Subsidi kerajaan pada rakyat : RM RM 0.60
Rakyat harus berterima kasih kepada kerajaan agar
kerajaan dapat membina lebih banyak sekolah di masa
hadapan

Harga Nasi Lemak sebungkus tanpa subsidi  : RM 1.50
Harga Nasi Lemak sebungkus bersubsidi : RM 1.00
Subsidi peniaga kepada pembeli : RM 0.50
Pembeli harus berterima kasih kepada peniaga agar
peniaga dapat menyediakan warung yang mesra pengguna 5
tahun akan datang

Harga Roti Canai sekeping tanpa subsidi : RM 1.00
Harga Roti Canai sekeping bersubsidi : RM 0.70
Subsidi peniaga kepada pembeli : RM 0.30
Pembeli harus berterima kasih kepada peniaga agar
peniaga dapat menyediakan kedai yang berhawa dingin 5
tahun akan datang

Harga Gunting Rambut sekepala tanpa subsidi : RM 7.00
Harga Gunting Rambut sekepala bersubsidi : RM 8.00
Subsidi tukang gunting kepada pelanggan : RM 1.00
Pelanggan harus berterima kasih kepada tukang gunting
agar tukang gunting dapat menyediakan kedai gunting
rambut yang ada home theater 5 tahun akan datang.

Ada sesiapa nak tambah lagi ?


 Sudi-sudi layari blog saya di http://waghih.blogspot.com

  Kalau kita hanya mengharapkan kemenangan, kita tidak akan berjaya. Kalau
kita berusaha untuk mencapai kemenangan, dengan izin Allah kita akan
berjaya






 Yahoo! Groups Sponsor ~-- 
Join modern day disciples reach the disfigured and poor with hope and healing
http://us.click.yahoo.com/lMct6A/Vp3LAA/i1hLAA/TXWolB/TM
~- 

--

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title change to daily digest.  
Yahoo! Groups Links

* To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

* To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]

* Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/
 




Bismillah [hidayahnet] Rumah Nurhikmah

2006-03-14 Terurut Topik ruzaihan . junit
Assalamualaikum warahmatullah…

Segala  puji  bagi  Allah,  Tuhan  sekalian alam. Aku bersaksi bahawa tiada
Tuhan  yang  disembah  selain  Allah yang Esa, tiada sekutu bagiNya dan aku
bersaksi  bahawa  Nabi  Muhammmad  saw  itu  hamba  dan pesuruhNya. Selawat
berserta  salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad saw yang memiliki akhlaq
terpuji  dan  menjadi ikutan selamanya. Juga buat orang2 yang beramal soleh
dan kesekalian dari kita.

Bismillahir Rahmanir Raheem…

Saya tidak tahu bagaimana hendak memulakan posting kali ini. Sebenarnya
saya sudah pun menulis hampir dua muka semalam. Namun rasanya... Seperti
ada yang tidak kena. Lalu saya membuat keputusan untuk menulis kembali pada
hari ini... Bemula dari sifar. Saya rasakan apa yang saya tulis semalam
terlalu berbelit², maka hari ini rasanya saya hendak menulis secara direct.
Agar lebih mudah difahami dan diterima, insyaAllah.

Kisahnya tentang Rumah Nurhikmah, pusat jagaan anak² yatim dan ibu tunggal.
Rasanya, dengan sebaris ayat begini sudah cukup untuk membayangkan apakah
misi dan matlamat rumah sebegini. Tentu saja rumah atau pusat yang sebegini
ditubuhkan bagi membela nasib mereka yang tidak sebaik kebanyakan daripada
kita yang punyai rumah yang selesa, pendapatan yang tetap atau sekurang²nya
kasih sayang yang sempurna.

Sebenarnya kisah anak² yatim dan kedhaifan Rumah Nurhikmah ini sampai
kepada saya melalui seorang teman yang saya kenali dari salah satu egroup
yang saya sertai (Terima kasih Kak Jam). Sekali dengar sudah cukup
mengharukan jiwa dan perasaan saya. Lalu saya ambil keputusan untuk membuat
satu posting khas berkenaan rumah ini untuk anda semua nilaikan dan, jika
boleh, berikan sumbangan seberapa yang mampu, insyaAllah.

Rumah ini sebenarnya diwaqafkan oleh Allahyarhamah Hajjah Aminah (semoga
Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya). Ianya tidaklah sebesar mana. Malah
jika dibuat perbandingan, jauh lebih besar asrama pelajar sekolah² bantuan
kerajaan. Namun biarpun sesak dan sempit, inilah rumah yang menjadi syurga
buat mereka. Jika sekalipun ia neraka, memang mereka tidak ada pilihan dan
tetap terpaksa menganggapnya syurga juga.

Apa yang istimewanya Rumah Nurhikmah ini hingga menarik minat saya? Tidak
ada apa² sebenarnya. Rumah Nurhikmah adalah sekadar sebuah rumah bagi saya.
Tetapi yang menarik perhatian di sini ialah mereka yang tinggal di dalam
rumah ini iaitu anak² yatim yang bukan sahaja kekurangan dari segi
material, bahkan kekurangan dari segi kasih dan sayang dari ibu bapa yang
tidak mampu dibeli dengan wang ringgit.

Allah tidak menjadikan anak² yatim untuk dibiarkan atau dihina. Bahkan
anak² yatim mendapat tempat yang istimewa di dalam agama kita hinggakan
Allah 'menulis' beberapa ayat memberikan anak² ini perlindungan yang
'khusus dari langit'. Lebih dari itu, Nabi junjungan kita Muhammad saw juga
adalah merupakan seorang yang yatim piatu. Bukankah ini sudah cukup
membuktikan betapa istimewanya kedudukan mereka?

Sayangnya anak² yang istimewa inilah yang telah terbiar. Saya percaya tidak
ada di antara kita yang sengaja membiarkan anak² ini kesempitan. Hanya
kerana berita mengenai mereka tidak sampai ke pengetahuan kita. Dan kerana
itulah saya menulis artikel ini. Semoga selepas sampainya berita tentang
mereka ke pengetahuan saudara² pembaca yang mulia sekalian, akan
tergeraklah di hati saudara² sekalian untuk memberikan sumbangan.

Mereka tidak meminta emas dan permata. Bukan juga wang hingga bejuta.
Menurut teman saya, di saat Rumah Nurhikmah sedang mencari 500 insan yang
berhati mulia untuk menyalurkan wang sebanyak RM10 (sepuluh ringgit sahaja)
setiap bulan. Kerana menurut perkiraan, Rumah Nurhikmah memerlukan
sekurang²nya RM5,000 sebulan untuk meneruskan operasi hariannya.

Sepuluh ringgit. Agaknya apalah yang boleh kita dapat dengan wang sebanyak
itu hari ini? Dengan keadaan harga minyak yang kian meningkat dengan
refleksnya terhadap harga barang dan perkhidmatan juga meningkat, RM10 hari
ini sama nilainya, kalau pun tidak kurang, denga RM1 kira² dua puluh tahun
dahulu. Maka rasanya RM10 sebulan bukanlah sesuatu yang boleh dikira
membebankan.

Namun rayuan ini hanyalah kepada yang mampu. Bagi yang tidak mampu, tidak
mengapalah. Cukuplah dengan memasangkan niat untuk membantu dan kemudian
panjatkanlah doa untuk kesejahteraan anak² ini dan juga mereka yang sudi
menghulurkan bantuan. Allah mengetahui apa yang terlintas di hati kita. Dan
Nabi saw juga pernah memberitahu, walaupun hanya sekadar niat, Allah
telahpun mengurniakan pahala. Begitulah Maha Pemurahnya Allah.

Manakala bagi yang mampu pula, tidak ada salahnya untuk menyumbangkan lebih
dari RM10 sebulan. Jika hendak RM100 atau RM1,000  sebulan ataupun RM10
setiap hari, tidak akan menjadi masalah. Malah saya pasti pihak pengurusan
akan menerima dengan lapang dada dan tangan yang terbuka. Setiap sumbangan
bolehkan dikreditkan ke akaun Maybank bernombor 5140-1159-4047 atas nama
Pusat Jagaan Nurhikmah.

Sumbangan bulanan ini bukanlah merupakan satu²nya jalan untuk mereka

Bismillah [hidayahnet] Fw: Malaysia boleh!!!

2006-03-06 Terurut Topik ruzaihan . junit
Assalamualaikum...

Tak tau la betul ke tak. rasa macam fiction je nih. Tapi seronok baca
interview ni. Walaupun ianya MUNGKIN fiction, tapi fakta yang dikemukan
mungkin logik. Er... Maksud saya, logik untuk dituturkan oleh seorang YB
dari Parti Pemerintah. Bukan logik untuk dipercayai...

- Message from birdtrax [EMAIL PROTECTED] on Mon, 6 Feb 2006
10:57:04 +0800 -
   
 Subject: Fwd: Malaysia boleh!!!   
   




It's all about social obligation


MT: Thank you, Yang Berhormat, for agreeing to this interview.

YB: No problem. I am always happy to accommodate the media, even for
mosquito websites like Malaysia Today.

MT: Okay, YB, can we first talk about Proton?

YB: Sure, anything.

MT: Proton announced last year that it was a bumper year. Then we found out
recently that last year it lost money badly. Was the government lying to
the people?

YB: What has a bumper year got to do with making money? So we lost money.
So what? That was expected all along. We did not lie to the people.

MT: But why announce a bumper year then?

YB: Because it was a bumper year. And this year it is a steering wheel
year. And next year it will be a windscreen year. Therefore, according to
previous Prime Minister Dr Mahathir Mohamadâ€(tm)s Wawasan 2020, by 2020 we
can expect to be manufacturing the whole car in Malaysia . Now, of course,
we are not yet manufacturing the whole car locally.

MT: So you do not expect Proton to make money until 2020.

YB: I did not say Proton will be making money in 2020. I said it will be
manufacturing the whole car in Malaysia by 2020.

MT: Okay, so the future still looks very bleak for Proton, even beyond
2020.

YB: Why must you people always equate success with making money? Our
success is measured by being able to manufacture the whole car in Malaysia
, not measured by the profit we make. Even if we make a loss we are still
successful, as long as the car is fully manufactured in Malaysia.

MT: But isnâ€(tm)t going into business about making profits?

YB: Thatâ€(tm)s whatâ€(tm)s wrong with you people. You always think that
going into business is just to make money. There are also other reasons you
know or not?

MT: Like what?

YB: Well, like social obligation.

MT: What social obligation?

YB: To assist the Bumiputeras.

MT: In what way do you assist the Bumiputeras?

YB: We create small and medium-scale industries, the sub-contractors and
component suppliers to Proton. Okaylah, Proton loses money, but these
sub-contractors make money. That is more important. That is the social
obligation I am talking about.

MT: But someone has to pay for these people to be able to make money.

YB: Sure, the car buyers of course. But then they cannot grumble. This
is…

MT: ...yes, I know...their social obligation..Okay, can we talk about the
Ringgit now?

YB: Sure.

MT: At one time the Ringgit was one-to-one with the Singapore Dollar. Today
it is so much lower. Does this not reflect that Singapore has better
economic policies than Malaysia ?

YB: No, it does not.

MT: And why do you say that?

YB: Well, Singapore has less people than Malaysia. So it does not need to
print so much money. Malaysiaâ€(tm)s population is many times bigger. So we
need to print more money. If not there would not be enough money for
everyone. If Singaporeâ€(tm)s population is the same size as Malaysia, then
they too would need to print more money. Then the Singapore Dollar would be
at par with the Malaysian Ringgit.

MT: While on the subject of Singapore and Malaysia, at one time MAS and SIA
were one airline called MSA. Then, after Singapore left Malaysia, MSA broke
up into MAS and SIA. But SIA makes tons of money while MAS is losing its
pants. Does this not yet again show that Singapore manages its economy
better?

YB: You are wrong on that point.

MT: Oh?

YB: Singapore did not leave Malaysia. It got thrown out of Malaysia .

MT: Okay, never mind, leave or thrown out, SIA is still performing better
than MAS.

YB: That is because SIA does not have any domestic flights. All its flights
are international flights. So it does not have to lose any money on
domestic flights. We need domestic flights you know or not? This is our
social obligation to the people, especially to those who live in East
Malaysia.

MT: But MAS is making money on its domestic flights. It is the
international flights that it is losing money on. MASâ€(tm) domestic
flights are not cheap because it does not have any competitors, until
recently of course with Air Asia coming onto the scene, so it can charge
more. It is the international flights that MAS is suffering because of the
stiff competition from many more-established airlines. So how can your
argument be correct?

YB: Well, our international flights cost more to run than SIA.

MT: How come?

YB: We have to pay more for our 

Bismillah [hidayahnet] SIM : RENUNGAN: Perjalanan Takdir yang Menakjubkan

2006-03-06 Terurut Topik ruzaihan . junit
- Forwarded by Ruzaihan Junit/U-AsiaPacific/ExxonMobil on 03/05/2006
07:35 AM -

 
  Abang Long
 
  [EMAIL PROTECTED]  To:  [EMAIL PROTECTED]
 
 cc:   
 
  Sent by:Subject: SIM : RENUNGAN: 
Perjalanan Takdir yang Menakjubkan
  [EMAIL PROTECTED] 

  ogroups.com   
 

 

 

 
  02/17/2006 08:17 AM   
 

 

 



Pada suatu hari sepasang suami isteri sedang makan bersama di rumah
mereka. Sedang mereka makan, kedengaran pintu rumah mereka diketuk oleh
seseorang. Si isteri telah membuka pintu dan dilihatnya seorang lelaki
meminta sedekah. Si isteri merasa terharu dan dia bermaksud hendak
memberikan sesuatu. Tetapi sebelumnya dia bertanya dahulu kepada suaminya,
Wahai suamiku, bolehkah saya memberikan makanan kepada pengemis ini?

Alangkah sedihnya hati si isteri apabila mendengar jawapan daripada suami
yang dicintai yang telah menjawab, Tidak usah! Usir saja dia, dan tutup
kembali pintu! Dengan kuasa Allah, pada suatu ketika si suami yang
menjalankan perniagaan telah mengalami kerugian yang teruk dan menderita
kerana banyak hutang, sehingga rumahtangga mereka porak peranda.

Akhirnya rumahtangga mereka musnah akibat berlaku perceraian. Tidak lama
setelah itu bekas isterinya berkahwin lagi dengan seorang pedagang di kota.
Dikisahkan, pada suatu hari ketika ia sedang makan bersama suaminya (yang
baru), tiba-tiba ia mendengar pintu rumahnya diketuk orang. Setelah dibuka
pintu ternyata tamu tak diundang itu adalah seorang pengemis yang sangat
mengharukan hati wanita itu.

Maka wanita itu berkata kepada suaminya. Wahai suamiku bolehkah saya
memberikan sesuatu kepada pengemis ini? Suaminya menjawab, Berilah makan
kepada pengemis itu. Setelah memberi makanan kepada pengemis itu isterinya
masuk ke dalam rumah sambil menangis. Suaminya dengan perasaan hairan
bertanya kepadanya, Mengapa engkau menangis? Apakah engkau menangis kerana
saya menyuruhmu memberikan daging ayam kepada pengemis itu?

Wanita itu menggelengkan kepalanya, lalu berkata dengan nada yang sedih dan
sambil terisak-isak menahan tangis, Wahai suamiku. Saya sedih dengan
perjalan takdir yang sungguh menakjubkan hatiku. Tahukah engkau siapa
pengemis yang ada di luar itu? Dia adalah suamiku yang pertama dahulu.
Mendengar keterangan isterinya sedemikian, sang suami sedikit terkejut,
tetapi segera ia pula bertanya Dan tahukah engkau siapa saya yang kini
menjadi suamimu ini. Saya adalah pengemis yang dulu diusirnya...!

Begitulah kisahnya, saudara-saudaraku, maka berikan sesuatu itu kepada yang
haqnya. Usahlah suka menghina dan mencaci sesama kita, terutama yang kurang
bernasib baik. Allah itu MAHA KUASA.





 Yahoo! Groups Sponsor ~-- 
Join modern day disciples reach the disfigured and poor with hope and healing
http://us.click.yahoo.com/lMct6A/Vp3LAA/i1hLAA/TXWolB/TM
~- 

--

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title change to daily digest.  
Yahoo! Groups Links

* To visit your group

Bismillah [hidayahnet] Lanjutan 30 Sen Lagi...

2006-03-05 Terurut Topik ruzaihan . junit
Assalamualaikum warahmatullah...

Saya tidak bercadang hendak membuat posting penuh mengenai isu ini lagi.
Disebabkan hambatan tugas dan tugasan. Cuma... Ada beberapa perkara yang
saya terfikir ketika membaca emais dari teman² yang lain.

Sesungguhnya saya sudah lama meragui 'kesucian hati' para pemimpin kita
untuk benar² membantu rakyat. Kerana itu saya sebagaimana kebanyakan rakyat
Malaysia yang lain bertanya mengapa kenaikan kali ini terus 30 sen? Setelah
saya timbang (kilo dan kati), akhirnya saya berpendapat begini; trend
semasa menunjukkan ada penurunan pada harga minyak dunia.

Jika trend ini berterusan, tidak mustahil harga minyak boleh jatuh serendah
USD55 sebarrel. Jika benar ini berlaku, maka alasan KERAjaan untuk
menaikkan harga runcit minyak selepas ini akan musnah. Disebabkan keadaan
ini, maka hendak atau tidak, sebelum terlewat, mereka perlu menaikkan harga
minyak sementara harga minyak dunia masih mahal.

Maka selepas ini, apabila harga minyak turun semula, keuntungan yang akan
diperolehi oleh KERAjaan bukan lagi RM4.4b tapi sebaliknya lebih itu. Jika
ketika harga minyak sebanyak USD62 sebarrel, dengan harga runcit sekarang
KERAjaan boleh jimat RM4.4 bilion, bayangkan bila harga turun ke USD55
sebarrel. Tentu berlipat kali ganda.

Saya gelihati apabila mengenangkang nasihat pemimpin KERAjaan yang meminta
rakyat menukar cara hidup dan cara perbelanjaan bagi mengatasi masalah
kenaikan harga minyak ini. Pelik. Mengapa rakyat? Mengapa tidak KERAjaan
menghentikan seketika projek² pembangunan yang ada bagi mengalirkan dana
bagi membantu rakyat yang terbeban kesan kenaikan ini?

Bagaikan seorang bapa yang mempunyai sebuah perniagaan kedai makan. Dai ada
sedikit wang tambahan untuk membesarkan kedai. Namun begitu, anaknya
memerlukan duit untuk menyambung persekolahan. Manakah yang wajar? Apakah
wajar si bapa meminta anaknya berhenti sekolah supaya dia boleh
membelanjakan duitnya untuk membesarkan kedai?

Begitu juga dengan pembangunan. Memang difahami, sebagai contoh jambatan
serong di Tambak Johor, mampu mengumpan peningkatan ekonomi. Tetapi, dalam
kegawatan seperti ini, bukankah lebih baik peruntukan itu dibelanjakan
untuk yang lebih bermanfaat kepada rakyat. Projek itu bukankah boleh
dilaksanakan kemudian? Atau sebab Pak Lah nak jambatan itu di buat di
zamannya? Atau... Kontraktor itu saudaranya? Wallahu'alam.

Bagaimana pula seorang bapa yang berkata kepada anaknya bahawa dia tidak
mempunyai wang untuk membelikan mereka baju dan buku. Terpaksalah anaknya
menggunakan baju dan buku lama ke sekolah. Namun dalam begitu, si bapa
boleh pula membeli telefon bimbit baru. Baikkah bapa sebegitu? Jika tidak,
mengapa masih menganggap pemimpin yang menaikkan harga runcit petro dengan
alasan KERAjaan tidak mempunyai duit, tetapi dalam masa yang sama menaikkan
gaji para menteri sebagai baik? Ini KERAjaan haprak! Jika benar wujud
Melayu haprak, itulah mereka yang duduk di singgahsana di Putrajaya. Jika
benar wujud 'Kaduk naik junjung', itulah dia barisan kabinet kita.

Saya teringat pada suatu kursus yang saya hadiri baru² ini. Seorang teman
membangkitkan mengapa harga minyak di Terengganu lebih mahal dari KL
sedangkan Terengganu adalah negeri pengeluar minyak? Jika alasan perjalanan
lori yang lebih jauh dari PD ke KL diambil kira, bukankah Terengganu juga
mempunyai loji penapisan sendiri?

Tuan instruktur secara berseloroh mengatakan mungkin kerana rakyat
Terengganu kaya. Bukan, kata teman saya. Kerana orang Terengganu bodoh!
Lalu suasana di dalam kelas dipecahkan dengan gelak tawa. Orang asli beli
Maggi RM2.50 sebungkus bukan sebab dia kaya. Tapi sebab dia bodoh. Dia tak
tahu harga sebenar Maggi tu tau! Tambah teman saya lagi.

Maaflah orang Terengganu. Sebenarnya yang mengeluarkan kenyataan tersebut
sendiri adalah orang Terengganu. Apa yang ingin saya kaitkan di sini
adalah, realitinya KERAjaan takkan sudah² menipu kita kerana mereka begitu
yakin kita ini orang yang bodoh. Mereka yakin, jika mereka kata KERAjaan
sudah tidak mampu menanggung beban subsidi minyak, kita akan percaya secara
membuta tuli.

Dan memang ada yang percaya. Ha... Memang bodoh betullah tu. Ehem...
Maaflah. Saya teremosi. Cuma saya terasa pelik dengan sesetengah orang kita
yang tidak nampak² kenyataan yang terjadi. Masih lagi hendak percaya kepada
si durjana yang maha hebat penipuannya ini.

Hari ini (3 Mac 2006) akan ada perhimpunan secara aman menentang kenaikan
harga minyak. Saya ingin turut serta sayangnya saya sedang berada di tengah
lautan. Saya cuma berharap perhimpunan ini mendapat sambutan. Tunjukkan
kepada KERAjaan kita tidak bodoh. Jika kita tunduk juga, memanglah...

Tok Lah, Tok Jib, kalau rasa tak mampu nak atasi kenaikan harga minyak,
anda tidak layak memerintah. Sila turun takhta. Ada ramai lagi manusia yang
lebih alim dan arif cara mengurus dana HAK RAKYAT, BUKAN HAK KAMU! Mereka
lebih bijak dan lebih Islamik. Kalau setakat naikkan harga minyak untuk
balancekan belanjawan, Aiman Tak Kisah pun boleh fikir nak buat 

Bismillah [hidayahnet] 30 Sen Lagi

2006-03-02 Terurut Topik ruzaihan . junit
Assalamualaikum warahmatullah…

Segala  puji  bagi  Allah,  Tuhan  sekalian alam. Aku bersaksi bahawa tiada
Tuhan  yang  disembah  selain  Allah yang Esa, tiada sekutu bagiNya dan aku
bersaksi  bahawa  Nabi  Muhammmad  saw  itu  hamba  dan pesuruhNya. Selawat
berserta  salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad saw yang memiliki akhlaq
terpuji  dan  menjadi ikutan selamanya. Juga buat orang2 yang beramal soleh
dan kesekalian dari kita.

Bismillahir Rahmanir Raheem…


Malam kelmarin (Isnin), ketika dalam bas ekspres menuju ke Kerteh, tiba²
saya dikejutkan dengan panggilan telefon dari abang saya. Dik, engkau
dekat mana? Dalam bas on the way ke kerteh. Ada apa? Tanya saya. Bimbang
juga jika ada apa² berlaku. Tak. Kawan aku dari Petronas beritahu aku.
Harga minyak akan naik lagi esok. 30 sen. Aku ingat kau di rumah. Bolehlah
isi minyak penuh² malam ini.

Saya tersenyum mendengar kata² abang saya. Bukan apa. Kadang kala abang
saya begitu mudah terpengaruh dengan khabar angin. Selalunya apabila harga
minyak hendak naik, kita akan dengar kekecohan di sana sini terlebih
dahulu. Ini tiba² pula. Tidak ada hujan, tidak ada angin, takkanlah tiba²
hendak ribut pula. Namun kemudian, saya tetap menelefon ayah saya meminta
dia mengisi minyak keretanya.

Keesokan paginya, saya tiba di lapangan terbang seperti biasa. Selesai
check in, saya pun menunaikan solat subuh di surau yang disediakan. Habis
solat, ketika sedang menyarung kasut, seorang teman duduk di sebelah saya.
Harga minyak naik 30 sen lagi pagi ni. Bisiknya kepada saya. Man engkau
tahu? Malam tadi. Ada keluar satu garis sahaja di TV3 pukul 11 tengah
malam.

Saya terdiam sambil menggeleng²kan kepala. Jadi benarlah apa yang abang
saya beritahu malam tadi. Jijik betul taktik kerajaan kali ini. Iyalah.
Mereka telah melihat bagaimana para pemandu beratur di stesen minyak untuk
mengisi minyak sebelum jam 12 malam jika diberitahu awal² tentang kenaikan
harga minyak. Maka dibuatnya pengumuman jam 11 malam. Persoalannya, mengapa
begitu?

Nampak sangat seolah² kerajaan mahu rakyat terus terkena beban kenaikan ini
serta merta. Apalah salahnya jika dibiarkan rakyat menikmati harga lama itu
untuk kurang 24 jam lagi? Kerana bimbang orang buat stockpiling? Entahlah.
Sudahlah kenaikan 30 sen, yang tertinggi dalam sejarah, ini mengecewakan.
Cara pengumuman dibuat lebih² lagi menyakitkan hati. Saya terasa ketika ini
para menteri sedang ketawa mengenangkan kelam kabut rakyat.

Kelam kabut ketika berebut² mengisi minyak di saat² akhir. Dan kelam kabut
menyusun belanjawan akibat kenaikan yang saya sebut sebagai melampau ini.
Tetapi apa boleh dibuat? Kita mentimun dan mereka durian. Dilenyek, kita
yang terluka. Melenyek mereka juga kita yang tetap akan terluka. Yang
peliknya, rakyat tidak pernah hendak menghukum kerajaan yang tidak habis²
menghukum kebodohan rakyat.

Dahulu, ketika kenaikan sebanyak 10 sen, ramai rakyat yang sokong. Apabila
kerajaan laungkan 'slogan' Bangsa Subsidi, yang saya sifatkan sebagai
menghina anak bangsa sendiri, ramai juga rakyat yang terlompat² kegembiraan
kerana bersetuju dengan apa yang telah kerajaan perkatakan. Yang bising²
pun, setakat cakap² di belakang. Perlahan-lahan, kita akhirnya dapat
menerima kenaikan itu.

Kemudian dinaikkan lagi. 20 sen pula. Sekali lagi, perkara yang sama
seperti ketika kenaikan sebanyak 10 sen berlaku lagi. Dan lagi, dan lagi,
dan lagi. Setiap kali ada kenaikan, keadaan tetap sama. Dan sehinggalah
semalam (28 Feb 2006) harga minyak naik buat julung kalinya sebanyak 30
sen. Dan saya jangkakan, rakyat tetap akan bising² setakat 'gitu-gitu'
sahaja. Kemudian diam seperti tidak ada apa yang berlaku.

Betullah cakap Mahathir. Melayu mudah lupa. Senang saja caranya. Selepas
ini akhbar² perdana boleh muatkan isu² yang hangat sedikit. Seperti cerita
kes rogol kanak², atau pelacur Uzbekistan dan sebagainya. Secara serta
merta pandangan dan komen rakyat akan teralih kepada isu baru ini. Maka
lupalah mereka tentang kenaikan 30 sen ini. Memanglah Melayu mudah lupa.

Banyak sangatkah kesan kenaikan 30 sen ini? Banyak. Terlalu banyak. Kalau
kenaikan setakat 3 atau 5 sen, mungkin tidak begitu terasa. Tetapi kenaikan
kali ini, para pemilik motorsikal juga akan terjejas. Bukan setakat
terjejas malah terjejas dengan begitu teruk. Bayangkan sebuah motorsikal
yang kapasiti tangki minyaknya sebesar 4 liter. Ketika harga lama, isian
penuh bernilai lebih kurang RM6.40.

Dengan harga baru, si pemilik motorsikal terpaksa mengisi membayar sebayak
RM7.60. Bayangkan. Kenaikan sebanyak RM1.20. Mungkin ada yang berpendapat
tidak sebanyak mana tetapi cuba bayangkan satu situasi seperti seorang
kenalan saya. Kenalan saya ini tinggal di Pasir Gudang tetapi bekerja di
Pusat Bandaraya. Setiap hari dia terpaksa menunggang motor (yang berusia
lebih 10 tahun) sejauh lebih kurang 80km pergi dan balik.

Dengan anggapan setiap liter minyaknya boleh bertahan untuk perjalanan
sejauh 20km, dia terpaksa mengisi minyak secara penuh hampir setiap hari.
Bermakna 

Bismillah [hidayahnet] Terkini di Diari Abu Naqibah [kemaskini 12 Feb 2006]

2006-02-12 Terurut Topik ruzaihan . junit
Assalamualaikum warahmatullah...

Berikut adalah petikan artikel terbaru dalam Diari Abu Naqibah

1. AJL 20
Malangnya, bukan setakat kita kita menghalang atau mencegah kemungkaran
ini, bahkan kita turut menggalakkannya. Para artis itu sudah satu halnya.
Memang sudah tertera di baju mereka Rape me please. Yang kita seronok
menonton ini apa halnya pula? Puas menonton, kita pun keesokannya sibuk
bercerita dengan teman² kisah si artis yang namanya sekian sekian
berpakaian seksi habis. Kutuk bagai nak rak padahal kita tidak jauh
bezanya.

2. Cinta, Kasih Dan Sayang
Anehnya, ketika kita 'berdating' dengan Kekasih Yang Haq, kita tidak begitu
peduli dengan penampilan kita. Bukan setakat pakaian yang selekeh, malah
kadang bau badan yang cukup tidak menyenangkan. Apakah itu caranya kita
menzahirkan rasa cinta kita kepada Allah? Benar, yang penting niat yang
baik. Tetapi, apakah kita tidak berniat kelihatan menarik di hadapan Allah
seperti mana kita cuba lakukan di hadapan pasangan kita?

3. Solat Sebagai Tanda Kasihnya Allah
Solat adalah anugerah. Maka sewajarnyalah ia 'dilayan' sebagai satu
anugerah. Lihat saja bagaimana seorang Dato' menjaga pingat darjah
kebesarannya. Diletakkan di dalam kotak yang khas, digilap dan dipamerkan
dengan bangga setiap hari. Tidak bolehkah kita menjaga solat kita sebegitu?
Meletakkannya di dalam kotak khas supaya tidak diganggu perkara dunia dan
menggilapnya setiap hari agar tidak menjadi semakin pudar dimakan masa.

Sudi2lah kiranya meluangkan masa melawat Diari Abu Naqibah di
http://abunaqibah.blogspot.com untuk membaca artikel penuh.

Terima kasih. Jazakallahu khairan katsira...

Wassalamualaikum warahmatullah...

-Abu Naqibah-





 Yahoo! Groups Sponsor ~-- 
Join modern day disciples reach the disfigured and poor with hope and healing
http://us.click.yahoo.com/lMct6A/Vp3LAA/i1hLAA/TXWolB/TM
~- 

--

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title change to daily digest.  
Yahoo! Groups Links

* To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

* To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]

* Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/
 





Bismillah [hidayahnet] Terkini di Diari Abu Naqibah

2006-02-06 Terurut Topik ruzaihan . junit
Assalamualaikum warahmatullah...

Sudi2lah kira meluangkan masa melawat Diari Abu Naqibah di
http://abunaqibah.blogspot.com

Berikut adalah petikan artikel terbaru

1. Kerana Kehendak Nafsu
  Lagi² kisah rogol. Lagi² kisah rogol. Letih saya membacanya di dada
akhbar tempatan kita. Jika sebelum ini, kita dikejutkan dengan berita kes
rogol-bunuh seorang Eksekutif Jualan berbangsa Tionghua, kini berita
kematian adik Syafiqah, pelajar tingakatan 3 di Sekolah Perempuan Sultan
Ibrahim (SIGS), Johor Bahru pula yang menjadi topik perbualan hangat di
kalangan masyarakat kita...

2. Siapa Yang Menghina Nabi saw?
  Alahai... Apa sudah jadi dengan maruah umat Islam hari ini? Sesudah
kita dihina, dikeji, dikutuk dan bermacam² di... lagi, kini golongan ahlun
nar ini semakin berani dengan mengkarikaturkan nabi junjungan kita Nabi
Muhammad saw. Walaupun saya tidak tahu apa perkara yang dijadikan bahan
lawak itu, namun perbuatan menzahirkan wajah Nabi Muhammad saw dalam bentuk
kartun jelas perbuatan yang melampau...

3. Apa Orang Kata
  Sebenarnya, ini bukan masalah teman saya seorang. Rasanya hampir
semua orang yang pernah cuba berubah pernah juga menghadapi dilema yang
sebegini. Memang itulah hakikatnya. Apabila kita hendak berubah, yang
selalu kita fikirkan adalah apa yang akan orang perkatakan. Yang kita
bimbang ialah kita akan ditertawakan. Atau mungkin dengan alasan yang lebih
'mulia' sedikit, kita tidak mahu merosakkan imej Islam...


Terima kasih. Jazakallahu khairan katsira...

Wassalamualaikum warahmatullah...

-Abu Naqibah-





 Yahoo! Groups Sponsor ~-- 
Join modern day disciples reach the disfigured and poor with hope and healing
http://us.click.yahoo.com/lMct6A/Vp3LAA/i1hLAA/TXWolB/TM
~- 

--

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title change to daily digest.  
Yahoo! Groups Links

* To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

* To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]

* Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/
 




Bismillah [hidayahnet] Jom Tubuh Kelab Motoris

2006-02-06 Terurut Topik ruzaihan . junit
Assalamualaikum warahmatullah...

Tak tau macam mana nak mulakan... Beginilah...

Sebenarnya secara tiba² semalam saya di datangi satu idea yang saya kira
menarik (bagi diri saya). Saya percaya, kebanyakan dari kita memiliki
kenderaan sendiri. Tak kiralah motorsikal ke, kereta ke atau apa saja. Dan
saya juga terfikir kecenderungan remaja kita terlibat dengan kelab² kereta
atau motor ni. Saya sendiri dulu pernah, dengan teman² lain, tubuhkan satu
kelab kereta. Daytona Motorsport. Sayangnya, lepas kelab didaftarkan secara
sah, saya terpaksa tarik diri (atau disingkirkan?) kerana masalah kerja.

Jadi saya terfikir. Apa kata kalau kita tubuhkan sebuah kelab yang
'berindentitikan kita'? Maksud saya, sebuah kelab yang... Hm... Memandu
sambil berdakwah. Macam mana? Untuk sementara, saya gelarkan kelab ni
Persatuan Motoris Muslim atau Muslim Motorists Society (MMS). Rasanya
banyak faedah yang boleh kita dapat.

Pertama, MMS boleh bertindak sebagai sebuah NGO Islam. Cuma mungkin kita
lebih menekankan tentang kenderaan. Contohnya tentang isu kenaikan harga
minyak, atau kenaikan bayaran insurans atau apa sahaja. Kemudian, kita
boleh anjurkan macam² aktiviti. Contohnya konvoi. Tapi dengan cara yang
Islamik la. Dan mungkin dengan cara ni kita boleh berkempen untuk pemanduan
yang berhemah.

Selain tu, kita boleh dapatkan ahli di kalangan bussinessman. Pengusaha
woksyop, contohnya. Lepas tu, kita buat kerja sama. Ahli kelab yang
dapatkan servis di woksyop tu, boleh dapat diskaun, katakan 15% ke. Atau
mungkin juga doktor yang ada klinik sendiri. Sama juga. Ahli kelab dapat
diskaun. Dengan cara ni, kita boleh bantu ekonomi masyarakat Islam kita
sendiri. Saya rasa rata² orang tau dalam bisnes automobil, kaum Cina lebih
banyak memonopoli.

Dan macam² lagi aktiviti yang boleh kita lakukan. Contohnya macam mengumpul
dana untuk bantu anak² yatim, atau pembinaan masjid/surau atau apa² je la.
Sebab saya tengok, dah banyak ada kelab bermotor tapi... Sikit sangat atau
mungkin takde yang berciri Islamik. So apa kata kita mulakan?

Disebabkan saya tinggal di JB, jadi saya harapkan sokongan dari warga JB.
Tapi andaikata orang JB tak minat, mana² tempat yang ada cukup korum kita
boleh teruskan. Bermula satu tempat, insyaAllah kita boleh kembangkan ke
seluruh negara. Tapi tu jauh lagi. Sekarang ni saya perlukan sokongan
kawan² untuk jadikan idea ni satu kenyataan.

Suka saya nyatakan di sini, saya tak berminat utk jadi pemimpin kelab ni.
Sebab saya kerja offshore, 2 minggu kat laut dan 2 minggu darat, mungkin
boleh mengganggu kelancaran perjalanan kelab nanti. Jadi saya perlukan
individu yang mempunyai kaliber untuk bentindak sebagai ketua. Saya akan
sokong dengan terus berikan idea dan bantu mana yang patut. Mungkin
pengalaman saya masa tubuhkan kelab dulu boleh bermanfaat.

Jadi saya harap mana² individu yang berminat, tak kira dari kawasan mana,
dapat hubungi saya di email ini ([EMAIL PROTECTED]) atau email
personal saya ([EMAIL PROTECTED]) untuk dapatkan matlumat lanjut dan
berbincang dengan lebih mendalam lagi.

Harap mendapat kerjasama dari teman² sekalian...

Wassalamualaikum warahmatullah...







 Yahoo! Groups Sponsor ~-- 
Join modern day disciples reach the disfigured and poor with hope and healing
http://us.click.yahoo.com/lMct6A/Vp3LAA/i1hLAA/TXWolB/TM
~- 

--

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title change to daily digest.  
Yahoo! Groups Links

* To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

* To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]

* Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/
 




Bismillah [hidayahnet] Terkini di Diari abu Naqibah.

2006-01-16 Terurut Topik ruzaihan . junit
Assalamualaikum warahmatullah...

Terkini di Diari Abu Naqibah.

Akibat Kelalaian Kita Sendiri.
Atau  dalam  bahasa  yang  lebih mudah, kejadian Black Metal ini sebenarnya
adalah  akibat dari perbuatan kita sendiri yang mencuaikan, kalau pun tidak
menolak  sama  sekali,  perintah2  Allah  seperti  yang terkandung di dalam
al-Quran  dan  al-Hadits.  Ini  juga sebagai peringatan buat kita yang kian
hari  kian  melalaikan  tugas  sebagai khalifah dan sebagai penyampai agama
Allah. Mudah bicara, kerana kita tidak melakukan da'wah.

Maruah Undang-Undang Syariah.
Jadi  sebenarnya  tidak timbul sama ada perintah Allah agar kita mendirikan
negara  Islam  terkandung  atau  tidak  di  dalam  al-Quran. Ayat ini telah
menjelaskan  segalanya.  Keputusan  kita mesti selari dengan keputusan yang
Nabi  saw  putuskan.  Jika  kita berimanlah. Jika dahulu, Nabi saw putuskan
perempuan  mendapat satu perlapan dari harta peninggalan, wajib kita terima
dengan hati yang redha. Sekali lagi, jika kita berimanlah.

Sudikanlahuntukmelawati   Diari   Abu   Naqibah
(http://abunaqibah.blogspot.com) untuk membaca artikel penuh.

Terima Kasih.

Wassalamualaikum warahmatullah...

-Abu Naqibah-





 Yahoo! Groups Sponsor ~-- 
Join modern day disciples reach the disfigured and poor with hope and healing
http://us.click.yahoo.com/lMct6A/Vp3LAA/i1hLAA/TXWolB/TM
~- 

--

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title change to daily digest.  
Yahoo! Groups Links

* To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

* To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]

* Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/
 





Bismillah [hidayahnet] Technical Assistants vacancy

2006-01-15 Terurut Topik ruzaihan . junit
- Forwarded by Ruzaihan Junit/U-AsiaPacific/ExxonMobil on 01/13/2006
05:43 PM -


  Abdul R. Is   

  [EMAIL PROTECTED]  To:  [EMAIL PROTECTED] 
[EMAIL PROTECTED] 
  Sent by:   cc:

  [EMAIL PROTECTED]  Subject: Technical Assistants 
vacancy  
  .utm.my   







  01/13/2006 11:20 AM   

  Please respond to 

  r.








See attachment  for details.

___


(See attached file: Technical Assistants.doc)
___
alumni mailing list
[EMAIL PROTECTED]
http://groups.utm.my/mailman/listinfo/alumni
MOTTO: ALUMNI PEWARIS KEPIMPINAN


 Yahoo! Groups Sponsor ~-- 
Join modern day disciples reach the disfigured and poor with hope and healing
http://us.click.yahoo.com/lMct6A/Vp3LAA/i1hLAA/TXWolB/TM
~- 

--

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title change to daily digest.  
Yahoo! Groups Links

* To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

* To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]

* Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Technical Assistants.doc
Description: MS-Word document


Bismillah [hidayahnet] Terkini di Diari Abu Naqibah.

2006-01-11 Terurut Topik ruzaihan . junit
Assalamualaikum.

1. Hakikat Sebuah Pengobanan.

Relatifnya  dengan  kehidupan  kita pada hari ini, kita juga dituntut untuk
melakukan  pengorbanan.  Namun  pengorbanan  yang  bagaimana?  Adakah cukup
setakat  dengan  menghulurkan  leher haiwan ternakan kita? Atau adakah kita
juga perlu menyembelih anak kita sebagai bukti ketaqwaan kita? Atau mungkin
kita  perlu  melekapkan bom di sekeliling pinggang sebelum meletupkannya di
tempat tumpuan orang kafir bagi mencapai tahap pengorbanan itu?...

2. 10 Zulhijjah  Harapan Ibu.

Satu  lagi harapan beliau yang belum tercapai adalah untuk pergi menunaikan
haji ke Makkah al-Mukarramah. Dan inilah sebenarnya yang mengundang airmata
saya. Saya sedih. Mengenangkan ibu yang semakin dihambat usia. Entah sempat
atau  tidak  saya  membawanya  ke  sana. Dengan perbelanjaan haji yang kian
meningkat,  rasanya harapan beliau untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci itu
akan tinggal harapan...

3. Hari Raya Di Tengah Lautan.

Ramai juga kenalan saya yang menghantar email bertanyakan suasana beraya di
tengah  lautan.  Jenuh jugalah kiranya tangan ini menaip email menjelaskan.
Tiba2  malam  tadi  saya  terfikir.  Jika  saya  buat sebuah posting khusus
menceritakan  bagaimana  keadaan kami beraya di tengah lautan, mungkin elok
juga.  Sekurang2nya  bolehlah  saya kongsikan pengalaman pahit manis beraya
tanpa keluarga tercinta di sisi kepada saudara2 semua...

Baca artikel sepenuhnyadiDiariAbuNaqibah.Lawati
http://abunaqibah.blogspot.com .

Terima Kasih...

-Abu Naqibah-





 Yahoo! Groups Sponsor ~-- 
Join modern day disciples reach the disfigured and poor with hope and healing
http://us.click.yahoo.com/lMct6A/Vp3LAA/i1hLAA/TXWolB/TM
~- 

--

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title change to daily digest.  
Yahoo! Groups Links

* To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

* To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]

* Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/
 




Re: Bismillah [hidayahnet] Hadis Daif Dan Palsu Dalam Kitab Ihya Ulumiddin

2006-01-09 Terurut Topik ruzaihan . junit
Assalamualaikum warahmatullah...

Memula ingatkan nak peram je email ni. Taknak dah respon apa2 email dengan
adress ni sebab saya dah gunakan email [EMAIL PROTECTED] tapi...
Melihatkan isu ini, terasa seperti ingin berkata sesuatu pula. Sebenarnya
pada awalnya saya tidak perasan dengan komen anak angkat Ashaari pada akhir
artikel ini. Setelah membaca komen saudara accfinbcd barulah sata
telitikan...

Hm... Besar betul hasad orang Arqam ni terhadap Wahabi. Penuh dengan rasa
prejudis dan sentiasa memandang serong. Sedangkan dalam artikel ini
terdapat banyak ayat2 yang memuji dan menyatakan Imam Ghazali adalah imam
besar dan karyanya dikatakan agung. Hanya masalahnya ialah pengaruh sufi
yang banyak dalam diri beliau menyebabkan beliau terjerumus dalam
penerbitan hadith2 palsu.

Hadith2 palsu ini bukan ciptaan beliau. Jadi dengan jelas, beliau tidak
dipersalahkan. Malah artikel ini turut membela Imam Ghazali dengan
menyatakan bahawa beliau memang diketahui bukan ahli dalam ilmu hadith.
Entah tak tau dalam perenggan mana yang Grad It baca kata Dr. Asri sebagai
meminta orang menolak Imam Ghazali. Anta baca terbalik tak Grad It???

Bercakap tentang Wahabi, saya bukanlah jenis pengikut mana2 pergerakan atau
fahaman. Saya bersetuju dengan banyak perkara tetapi ada juga perkara yang
saya persoalkan. Apabila mereka mengikut mahzab yang lain dari Syafie,
bukanlah bererti mereka sesat. Para pengikut Wahabi ini bertindak mengikut
dalil dan nas. Bukan seperti Arqam yang beramal main ikut2 Ashaari dan
guru2nya.

Para2 sufi memang terkenal sebagai orang2 yang kuat ibadahnya. Mereka ini,
makanannya adalah solah, minumannya adalah zikir. Namun Nabi saw sendiri
tidak mengamalkan cara hidup sufi. Akan tetapi menjadi sufi bukanlah satu
kesalahan. Yang menjadi salah adalah menjadi pengikut sufi. Kerana para
sufi bukanlah ulama. Kesemua fahaman tarekat dan aurad adalah berdasarkan
amalan para sufi... Itu yang menjadi salahnya.

Saya pun tak faham bagaimana Ibnu Taimiyah dikatakan beraliran Wahabi
sedangkan ketika hayatnya, Wahabi belum wujud lagi. Kalau nak dikatakan
Wahabi ini beraliran Taimiyah... Mungkin kot? Apa yang saya lihat, Wahabi
dibenci oleh golongan pengikut sufi kerana Wahabi menentang sebarang bentuk
bidaah.

Bercakap tentang bidaah. Sebenarnya tidak ada bidaah baik atau bidaah
jahat. Bidaah tetap bidaah. Memanglah adakalanya perbuatan bidaah itu
kelihatan baik. Contohnya membaca Yaasiin pada malam Jumaat. Tetapi beramal
kepada Yaa Siin sehingga melupakan Surah Kahfi itu yang tidak baik. Kerana
sibuk hendak beramal dengan yang tidak disuruh, maka kita lupakan apa yang
disuruh. Itukan salah namanya...

Ada pula yang mengatakan penjilidan al-Quran itu bidaah kerana tidak
dilakukan oleh Nabi saw. Ini lagi satu hal. Nabi saw telah membukukan
al-Quran sebenarnya. Kerana, ketika hayat Baginda, setiap kali Baginda
menyebut Allah berfirman... maka para sahabat akan berlumba2 untuk
menulis. Ada kalanya Baginda diamkan dan ada kalanya Baginda larang.

Yang Baginda saw diamkan, itu menjadi sebahagian dari al-Quran. Manakala
yang Baginda saw larang, menjadi hadith qudsi. Perbuatan Baginda memdiamkan
para sahabat menulis firman Allah ini dilihat sebagai salah satu cara
penjilidan al-Quran. Hanya Nabi saw tidak melakukan secara spesifik. Namun,
al-Quran ini bukan susunan Usman ra. Sebaliknya ia adalah susunan Baginda
saw yang beberapa kali membentangkannya di hadapan Jibrail.

Huih! Panjang dah ni. Ok... Berbalik kepada kitab Ihya' Ulumuddin. Hm...
Rasanya dah jelas Dr. Asri tidak menolak Imam Ghazali. Tetapi jika kitab
Ihya' Ulumuddin ini ditolak pun, tidak ada salahnya. Mengapakah kitab yang
terdapat banyak hadith dhoif hendak dijadikan panduan? Tetapi saranan saya,
janganlah ditolak bulat2. Sebab itu seelok2nya kita berguru bukan semata2
kepada kitab. Berguru kepada ulama. Dan jangan berpegang kepada satu kitab
semata2 juga bertaqlid kepada seorang guru semata2 seperti perbuatan Arqam
atau kini Rufaqa yang meletakkan sepenuh jiwa raga terhadap Ashaari
hinggakan fatwa yang mengatakan fahaman orang tua itu sesat pula yang
dianggap sesat.

Akhir kata, saya nak tanya dengan pengikut2 atau 'die hard fan' Ashaari ni.
Sekian lama anda semua berkempen sana sini cakap Ashaari kena penjara atau
Arqam difatwakan sebagai sesat kerana Jakim didalangi oleh pengikut2
Wahabi, tup2 keluar pulak perkataan dari mulut orang Jakim (ntah hape ke
namanya) yang mengatakan Wahabi sesat. Macam  mana tu?

Anda katakan Jakim itu Wahabi. Jakim juga katakan Wahabi itu sesat. Jadi,
Jakim mengatakan kepercayaan mereka sendiri sesat? Confuse... Confuse...
Confuse... Atau yang sebenar2nya memang Arqam itu sesat? Agaknya di mana
Ashaari hendak sembunyikan mukanya sekarang? Itulah... Dulu layi den dah
koba an. jangan main tuduh2 jang. Bahayo... Ha... Kono macam sekarang ni
ha... Sapo nak jawab. Den tak tuduh al-Arqam sesat. Tapi memang dah
dinyatokan dalam fatwa. Salah ikut pergorakan Arqam. AllahuAkbar...
Suruhlah Ashaari tu mintak mahap kat semua pengikut 

Bismillah [hidayahnet] Bersedia

2006-01-09 Terurut Topik ruzaihan . junit
Tempat: Bawah LRT Central Market
Tarikh: 20 Dec 2005

(See attached file: Polis.jpg)

 Yahoo! Groups Sponsor ~-- 
Join modern day disciples reach the disfigured and poor with hope and healing
http://us.click.yahoo.com/lMct6A/Vp3LAA/i1hLAA/TXWolB/TM
~- 

--

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title change to daily digest.  
Yahoo! Groups Links

* To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

* To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]

* Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/
 
attachment: Polis.jpg


  1   2   3   >