H-Net* Tahun 2000 - satu ulasan

2000-01-04 Terurut Topik pakdinn


 *~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
 {Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
 {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
 *~*
  PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~
Assalamualaikum,

Hari ini, 4 Jan Y2K ; kita semua sedang berada di alaf baru, suatu alaf yang 10 dua 
puluh tahun dahulu kita semua begitu tertunggu-tunggu akan kedatangannya. Waktu itu, 
kita tertanya-tanya, apakah gamaknya suasana kehidupan manusia ketika ini? Macam mana 
agaknya dunia tahun 2000? Wujudkan lagi dunia ketika itu? Apakah betul kata orang 
bahawa Perang Dunia 3 akan meletus sehingga seluruh dunia hancur lebur angkara bom 
nuklear Amerika dan Russia; dan banyak lagi.

Ha, sekarang kita sudah pun berada di alaf baru tahun 2000; apa yang istimewanya?

TARAK APA AIH - GEMPAK AJE LEBIH!!

Pun begitu, ada juga kisah-kisah yang menarik untuk diceritakan, kerana sepuluh dua 
puluh tahun akan datang, orang mungkin akan lupa cerita-cerita di sebalik sambutan 
tahun 2000 ini; tapi kalau anak cucu saya tanya, nanti saya akan habag kat dia:

"Ohh, meriah sungguh depa sambut tahun 2000 tu, ada siaran langsung dari seluruh 
dunia. Di Malaysia pulak, depa pakat buat Pesta Arak merata jalan"

Akhbar the SUN 31 Dis 99 menyiarkan satu sisipan khas memuatkan senarai dan nama-nama 
tempat di sekitar Kuala Lumpur, Bangsar dan Shah Alam yang menyediakan pesta Arak 
sempena kedatangan tahun Masehi 2000 ini. 

TU DIA AIH - ADA 66 TEMPAT SEMUANYA!!

Di bawah senarai lokasi-lokasi tersebut, dimuatkan iklan besar Carlsberg yg antara 
lain berbunyi:

"What better way to greet the new millennium than with Carlsberg!!"

[Apakah lagi cara yg lebih baik untuk menyambut kedatangan alaf baru, kalau bukan 
dengan tonggang Carlsberg!!]

Cucu saya mungkin tanya: "Awat Tok Wan, kerajaan tak kata apa ka?"

Lalu saya jawab: "Nak kata apanya Cu woi, masa tu kita orang Melayu masih lagi jadi 
Pembangkang, tak memerintah Malaysia lagi. Kita tak leh nak buat apa aih sebab 
kerajaan yg memerintah hari itu adalah Parti Melayu berbangsa China!!"

Cucu saya yang masa tu baru balik dari Al-Azhar (insyaallah) mungkin akan tanya lagi:

"Awat?  orang Islam kat Malaysia masa tu tak dak teloq ka Tok Wan - kalau kerajaan dah 
tak boleh buat apa sebab orang Cina yang pilih depa, yang orang Islam berjuta-juta tu 
tak dak yang berani buat apa ka?"

HA, YANG INI YANG BERAT SAYA NAK JAWAB - SEBAB SOALAN INI KENA SEBIJIK KAT BATANG 
HIDUNG SAYA SENDIRI!!

Inilah jawaban yang saya sudah prepare andaikata saya masih hidup untuk memberi 
penjelasan kepada cucu saya itu nanti. Sama-samalah kita renung relevant ka tidak 
jawapan saya ini dengan suasana ketika ini.

Bagi orang Islam yang benar-benar sedar akan tanggungjawabnya sebagai orang Islam di 
Malaysia, kedatangan tahun 2000 ini menggugat dirinya dengan dua isu utama; pertama 
ialah hati yang terguris luka kerana ada mereka-mereka yang selama ini mengaku 
menghormati perbezaan agama dlm konteks masyarakat berbilang bangsa dan agama di 
Malaysia, tetapi di malam bulan ramadan yang mulia tatkala mana ummat Islam  beribadat 
di masjid2 di seluruh negara, mereka boleh berpesta Arak secara besar-besaran, 
langsung  tidak menghiraukan sensitiviti orang2 Melayu Islam yang walau pun memilih 
untuk bersama parti pembangkang, tetapi adalah warga asal yang merupakan kaum majoriti 
di Tanah Melayu.

TAK PERLU KITA HURAI PANJANG BAB  INI KERANA MAKIN DIHURAI, MAKIN BERDARAH RASANYA 
JANTUNG HATI INI!!

Yang ke-dua; setiap orang Islam yang benar-benar akan tanggungjawabnya sebagai seorang 
Islam, tentunya akan merasa pilu dan duka kerana di ketika kita semua sedang meriah 
menyambut kedatangan bulan ramadan dan hari raya yang pertama di alaf baru, 
saudara-saudara seagama kita di bumi Cheschnya sedang diburu tentera Russia kapir 
laknatullah semata-mata kerana mereka ingin menegakkan kalimah Allah di bumi tanah 
tumpah mereka sendiri.

APA KAITANNYA CERITA CHESCHNYA DENGAN PESTA ARAK INI?

Begini:

Apabila meletusnya cerita Pesta Arak di Malaysia, yg turut dimuatkan dalam akhbar 
utama milik pemerintah; kita semua jadi marah. Marah sungguh marah, bukan main-main 
dan bukan dibuat-buat. Pertamanya, kerana mereka tanpa segan silu berpesta arak di 
khalayak terbuka, dan keduanya kerana mereka tidak langsung menghormati sensitiviti 
kita yang sedang berpuasa.

Lalu, kita semua jadi marah. So, kita pun marah. Habis marah, apa kita buat? Nothing, 
tak dak apa, paling kuat pun kita kata:

"Celaka punya kapiaq!!"

Dan, bila kita nampak dalam TV itu ada ditunjukkan muka kulit sawo matang macam kita; 
dan sebab kita dok ingat Orang Melayu mestilah orang Islam dahulu kini selamanya dan 
sampai mampuih, kita pun kata:

"Anak haram punya Melayu, tak sedar diri - kalau tak posa/terawih pun, hormatlah sikit 
b

H-Net* Jiwa Syahid - satu polemik

1999-12-25 Terurut Topik pakdinn


 *~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
 {Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
 {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
 *~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~
Assalamualaikum,

Membaca berita BERNAMA di bawah mengenai penculikan kapalterbang India oleh 
Mujahid-Mujahid Kashmir, mengingatkan saya kepada cerita-cerita penculikan 
kapalterbang di tahun-tahun 1970an, yang begitu sinonim dengan pertubuhan-pertubuhan 
radikal Islam ketika itu seperti kumpulan The Black September (Palestine) yang begitu 
digeruni oleh tentera-tentera kuffar waktu itu.

SUATU KETIKA DULU, SAYA PERNAH TERTANYA:
"APAKAH AKAN BANGKIT LAGI ANGKATAN MUJAHID BERANI MATI SEPERTI KUMPULAN THE BLACK 
SEPTEMBER INI?"

Lantas, apabila membaca berita ini, membuatkan saya terfikir, apakah kemunculan semula 
cerita-cerita seperti ini, di kala dunia sedang bergerak menuju ke alaf baru, 
menandakan bahawa kita sedang melihat satu kebangkitan semula angkatan-angkatan 
mujahid yang sedemikian?

Kalau benar, apakah ini bermakna bahawa Islam, dalam erti kata semangat 'jihad-syahid' 
sedang muncul semula dalam jiwa-jiwa kita? Kalaulah benar, ke manakah arah tuju kita 
selepas ini?

Saya tidak ada specific isu yang nak diutarakan, cuma sekadar ingin mencetuskan satu 
polemik untuk dibincangkan bersama.

By the way, dlm berita BERNAMA ini, dilaporkan bahawa tentera Lashkar-e-Toiba disyaki 
terbabit dalam penculikan tersebut. Untuk yang berminat mengetahui siapakah itu 
tentera Lashkar-e-Toiba, sila baca tulisan saya beberapa bulan dahulu yg saya letakkan 
di:
http://www.angelfire.com/wi/ulasan/kashmir2.html

Sekian, semoga sebarang usaha untuk mengembalikan semula jiwa-jiwa syahid dalam dada 
kita, orang2 Islam akan mendapat balasan pahala yang sewajarnya.

Selamat Hari Raya dan Selamat Mengerjakan Ibadah Puasa.

Wassalam,
Pakdin


ISLAMIC MILITANTS CLAIM RESPONSIBILITY FOR HIJACKING 
   
NEW DELHI, Dec 25 (Bernama-Kyodo) - An Islamic militant group claimed responsibility 
Saturday for the hijacking of an Indian Airlines plane Friday and has demanded the 
immediate release of three activists, India's minister of state for civil aviation 
told a news conference. 

The group, calling itself the ''Islamic Salvation Army,'' telephoned the airport 
control room at New Delhi airport at 10:30 a.m. and claimed responsibility for
the hijacking. 

The militants identified two of the people they want released as ''Mushtaq Ahmed 
Zargar'' and ''Jilani,'' but the name of the third person was inaudible, the minister, 
Chaman Lal Gupta, said. 

Zargar belongs to the Jammu and Kashmir Islamic Front, according to a Press Trust of 
India (PTI) report. Indian security forces arrested Zargar in 1997 and he is currently 
in Kot Balwal jail in Jammu, the agency report said. 

The Islamic Salvation Army is believed to be a shadow group of some of the militant 
organizations operating in disputed Jammu and Kashmir State. 

The Indian airliner is now surrounded by security forces at Kandahar airport in 
Afghanistan. It was hijacked after leaving Kathamandu about 5 p.m. Friday, landed 
first in Amritsar, then in Lahore, and then at a military base near Dubai, where 25 
passengers were released and the body of another was dumped. 

It was carrying 178 passengers and 11 crew when several men armed with  rifles and 
grenades took it over. 

A former Indian minister and a prominent Sikh leader, Surjit Singh Barnala, said 
earlier he believed a group called Lashkar-e Toiba (Army of Holy Men) was involved in 
the hijacking, according to a PTI report. 

Lashkar-e Toiba, believed to be funded by Saudi billionaire and alleged terrorist 
Osama bin Laden, is one of the main groups behind an armed intrusion in Kashmir from 
Pakistan earlier this year. 

It is also one of several groups that passed a resolution in November at Muridke near 
Lahore pledging to wage a ''holy war'' against the United States
and India. 

India has been waging a war against Islamic separatists in Jammu and Kashmir, its only 
Muslim-majority state, for more than a decade and more than 20,000 people have died in 
the strife. 

Militants have been demanding a separate state or Kashmir's alignment with Pakistan. 
India has fought three wars with Pakistan over the Kashmir region since the two 
countries won independence from Britain in 1947. 

In the battles earlier this year, Islamic militants holed up in the icy heights on the 
Indian-controlled side of Kashmir and were only dislodged by the Indian
military after a campaign that lasted more than two
months.--BERNAMA-KYODO
   

 


---
Get free personalized email at http://www.iname.com

 ~~

H-Net* ulasan mingguan

1999-12-21 Terurut Topik pakdinn


 *~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
 {Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
 {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
 *~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~
Assalamualaikum,

Sedikit ulasan sejarah negara untuk suku pertama minggu ke tiga bulan December 1999.

Kini, setelah hampir sebulan berlalunya pilihanraya ke-10 negara, barulah kita dapat 
melihat betapa pihak BN khususnya UMNO sudah mula dapat menerima kenyataan bahawa, 
bersalahan dengan apa yang diwar-warkan oleh media utama mereka di hari-hari awal 
keputusan p/raya diumumkan,  UMNO sebenarnya sudah kalah, dan sudah ditolak oleh 
majoriti orang-orang Melayu beragama Islam.

Buktinya, berita-berita akhbar dan media massa dua tiga minggu ini jelas menunjukkan 
kepada kita bahawa, seperti juga pesakit AIDS yg baru disahkan mengidap HIV positif; 
UMNO juga menunjukkan simpton yg serupa,  mereka juga melalui tiga peringkat yang sama 
seperti pesakit AIDS ini; peringkat pertama di panggil 'Denial'' (Penafian), peringkat 
kedua dipanggil 'Anger' (Marah) dan peringkat akhir dipanggil 'Acceptance' (Menerima 
Kenyataan).


Peringkat pertama: Denial (Penafian)

Pada malam keputusan p/raya diumumkan, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad, walau pun 
mengetahui bahawa UMNO cuma mendapat 72 kerusi Parlimen berbanding 94 pada tahun 1995, 
tapi seperti juga seorang pesakit AIDS yg baru sahkan mengidap AIDS, beliau dengan 
segera terus menafikan kenyataan ini. Kata beliau:

"Pencapaian BN kali ini (148 kerusi parlimen) jauh lebih baik daripada pencapaian kita 
dalam pilihanraya lalu!!"

Sedangkan semua orang tahu sebelum parlimen dibubarkan BN menguasai 162 kerusi. Lantas 
untuk menyedapkan hari Dr Mahathir berkata bahawa 162 kerusi itu adalah hasil 
kemasukan S46 dan PBS ke dalam BN.

IKUT SUKA HATI HANGLAH CHE DET OII!!

[Ini sebijik macam pesakit AIDS apabila mula-mula disahkan mengidap HIV Positif, dia 
mungkin akan kata:
"Ish, aku tak dak nak kena AIDS aih, ini mesti silap darah orang lain ini!"]


Peringkat ke-2: Anger (Marah)

Dua tiga hari kemudian, kita boleh melihat bagaimana hampir setiap pemimpin UMNO yg 
ditemuramah, begitu marah-marah. Ada yang marah kat Sanusi, ada yang marah kat Wan 
Mokhtar, ada yang marah kat rakyat kata rakyat tipu dia dan berbagai-bagai lagi, tapi 
yang paling ketara ialah mereka semua ini cukup marah dengan parti pembangkang. Mereka 
mula menuduh yg bukan2 kpd pihak pembangkang - fitnahlah, dakyah palsulah, 
memperalatkan agamalah dan sebagainya.

Ucapan live Menteri Besar pahang di kaca TV yg menuduh PAS memperalatkan agama dan 
kenyataan Shahidan Kassim dlm interview dengan Mingguan Malaysia boleh dijadikan 
bukti. Begitu juga dengan Dr Mahathir, beliau nampaknya begitu marah sekali dengan 
suasana ini; contohnya kita semua dapat lihat bagaimana Dr Mahathir yang selama ini 
tidak begitu ambil pusing kempen-kempen pembangkang, dalam TV 20/12/99, kita dapat 
melihat Dr Mahathir begitu marah sambil menunjukkan berbagai surat dan
poster yg kononnya merupakan dakyah dan fitnah pihak pembangkang.

Kemarahan Dr Mahathir ini turut dikongsi oleh Wakil Pos dari Pahang, Datuk Seri Najib 
Tun Razak yg dipetik sebagai berkata:

"We have to put a stop to this"
[Kita mesti hentikan semua 'fitnah2' ini]

APABILA SEORANG MENTERI BERKATA MACAM ITU, BERMAKNA SEMUA JENTERA KERAJAAN AKAN 
DIKERAHKAN UNTUK MENCAPAI TUJUAN TERSEBUT. MAKNA KATA, MARAH SUNGGUHLAH KERAJAAN UMNO 
KITA INI!!

Kata Najib lagi: "Dulu, kita tak kisah sangat sebab kita ingat rakyat tak terpengaruh 
dengan dakyah2 yg sebegini, tapi rupa2nya keputusan p/raya lalu menunjukkan bahawa ia 
memberi kesan kepada pengundi" 

HMM, PATUTLAH - dulu depa tak kisah sangat dengan berita2 dlm harakah, kononnya 
harakah itu hanyalah akhbar nyamuk, tapi dua tiga hari lepas kita dapat lihat menteri2 
seperti Hamid Albar sudah mula memberi perhatian kpd berita-berita yang disiarkan oleh 
Harakah. Contohnya, beliau  menjawab sendiri satu tulisan Rustam Sani dalam harakah 
keluaran sebelum ini. Kenyataan Hamid ini disiarkan sepenuhnya oleh Harakah keluaran 
20 Dec 1999, dan berita ini juga turut dimuatkan dlm Mingguan Malaysia 19 Dec 1999.

Akhbar Mingguan Malaysia hari yang sama turut turut membuat ulasan balas terhadap 
tulisan Pemimpin Pejuang Acheh, Hassan di Tiro yg ada disiarkan dalam Harakah untuk 
beberapa keluaran secara bersiri.

HA, KAN BAGUS KALAU KERAJAAN SUDAH MULA LAYAN HARAKAH SEJAK DARI DULU. INI SUDAH 
TERHANTUK BARU NAK TERNGADAH!!

Apa-apa pun, ini jelas menunjukkan kepada kita bahawa pihak kerajaan khususnya UMNO 
sudah mula menerima kenyataan; kalau pun tidak sepenuhnya tapi mereka sedang dalam 
proses peralihan daripada peringkat  'anger' atau marah kepada peringkat 'acceptance' 
iaitu menerima kenyataan.

H-Net* cerita Nazri - reply

1999-12-20 Terurut Topik pakdinn


 *~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
 {Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
 {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
 *~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~

Nazri dok kata, beliau pernah bertegang  leher masa miting dalam kabinet  dengan 
sorang menteri Cina semata-mata nak pejuang dan pertahankan ketuanan  Melayu -   Boleh 
tahan jugak Nazri nih.Tapi yang dok jadi tanda tanya saya, apa betulke miting 
Kabinet tu, Nazri  boleh masuk? - Kan Nazri masa tu masih Timb. menteri!


Assalamualaikum Puan Seri Mawar,

Gini ajelah, kalau kita tengok perlantikan kabinet baru baru-baru ini; secara kasarnya 
kita boleh kata bahawa kabinet itu bermakna gabungan kementerian2 di bawah Perdana 
Menteri, yang mana setiap kementerian itu diwakili oleh 3 penama - Menteri, Timbalan 
Menteri dan Setiausaha Parlimen.

Dengan kata lain, ketiga-tiga jawatan di atas adalah juzuk himpunan kepada sebuah 
kabinet. Maka itu, apabila ada hamba Allah berkata bahawa beliau ada berbuat itu ini 
dalam kabinet, ianya tak bermakna beliau berbuat demikian hanya dalam meeting kabinet 
antara menteri-menteri kabinet.

Bila depa kata depa ada bincang dalam kabinet atau ada bersembang dalam kabinet; ada 
kemungkinan "dalam kabinet" diertikan sebagai dalam meeting kabinet, dalam  
sub-committee kabinet, dalam  Jawatankuasa Kecil kabinet, dalam Special Task Force 
kabinet, atau pun mungkin dalam perjumpaan2 tak formal seperti dalam pejabat, dalam 
cafeteria, dalam lift, dalam tandas, dalam karaoke atau pun mungkin dalam kelab 
dangdutÂ….J (yg ini saya tambah!).

Apa-apa pun, tujuan saya tulih pasal Nazri, bukannya sebab saya nak habag kata dia tu 
bagus sangat; cuma saya nak habag kata saya rasa dia ni okay atas sifat dia sebagai 
seorang ahli politik, tak ada kena mengena dgn fahaman politiknya - macam jugak orang 
tua saya, hardcore UMNO kelas satu yang cukup respect dengan Mat Sabu, sampaikan dua 
tiga bulan sebelum pilihanraya dia pernah habag kat saya kata ada rumours di kalangan 
orang2 UMNO bahawa Mat Sabu akan bertanding atas tiket UMNO.

SAYA NAK TERGELAK BESAR - SEBAB SAYA PERNAH MAT SABU KATA DALAM SATU CERAMAHNYA:

"NAUZUBILLAH HI MIN ZALIK KALAU AKU MASUK UMNO!!"

So, bagi saya Nazri ini cara perjuangan politiknya macam jugak Mat Sabu - depa dua ini 
cukup yakin dengan apa yang depa yakin.

Nazri cukup yakin kononnya melalui UMNO sahajalah org2 Melayu dapat mempertahankan 
ketuanan Melayu di Malaysia ini. Kerana itu, apabila berhadapan dengan PAS atau 
KeADILan yang pada pandangan beliau tidak menepati perjuangan ketuanan Melayu menurut 
tafsirannya, maka beliau pun melawan habis-habisan; contohnya beliaulah yang mula2 
mencabar Dr Wan Azizah masuk politik kalau berani sangat. Lepas tu, bila dah Kak Wan 
masuk politik, beliau mencabar pula Kak Wan atau Azmin atau siapa2 saja dalam KeADILan 
supaya bertanding berlawan dengan beliau di Chenderoh, Perak.

Tang bab kutuk PAS, yg tu jangan habaglah - kalau kita tengok transkrip2 persidangan 
parlimen yg lepas2; kita boleh naik termuntah baca ucapan beliau mengenai PAS.

Pun begitu; yg saya kagum kat dia ni; dia bukan saja berani lawan parti lawannya, tapi 
juga pernah berani lawan Mahathir ( la ni saya tak tau pulak dia masih berani ke tidak 
lagi!). Kalau sapa masih ingat, 4 lima tahun dulu, dia hampir terpelanting dari 
politik nasional apabila secara lantang membantah ucapan Mahathir yg disifatkannya 
menghina ketuanan Melayu. Saya lupa pulak dah pasal bab Bahasa atau bab hak2 
keistimewaan org Melayu; tapi saya masih ingat lagi surat khabar2 ketika itu cukup 
rancak memainkan isu berkenaan. Penutup cerita itu berakhir apabila Nazri dipaksa 
melutut menyembah Mahathir.

Baru2 ini pula masa gawat kes DSAI; kita mungkin masih ingat Nazri nak kena saman 
mahkamah pasal kes hina mahkamah apabila beliau kata : Hakim Ogostin Paul patut letak 
jawatan kalau tak reti bahasa Melayu!!

Sebab2 di atas adalah sebab kenapa saya kata dia ni okay sebagai individu; tapi 
sebagai ahli PAS saya tetap tak bersetuju dengan beliau. Beliau ini pun macam puak2 
UMNO yg lain; walaupun mungkin ikhlas dalam perjuangan tapi sebab orang2 bawah nak 
kena jamu (macam jugak tok bomoh jamu hantunya) dan politik wang sudah menjadi budaya; 
maka itu beliau pun end up jadi macam wakil2 rakyat UMNO yg lain, fulus dulu, tulus 
kemudian:

Contohnya:

Dalam Pembahagian Saham Individu Bumiputera 1993; Nazri mendapat saham Super Ent. 
Holding  Berhad sebanyak 700,000 unit. Tahun 1994 pula beliau dianugerahkan saham LB 
Aluminium Bhd sebanyak 339,393 unit.

ISH, ISH UNTUNG AIH MASUK UMNO - DUIT DAPAT, POKET PUN KEMBUNG; LEPAS TU BOLEH PI 
MELALAK MERATA JALAN HABAG KAT SATU MALAYSIA KATA:

"Perjuangan kami ialah untuk menegakkan ketuanan Melayu!!"

PIIRAHH!

H-Net* ulasan mingguan

1999-12-16 Terurut Topik pakdinn


 *~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
 {Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
 {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
 *~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~
Assalamualaikum,

Ada orang berkata, kenapa kita harus menyibukkan diri bercerita pasal hal rumahtangga 
UMNO sedangkan kita bukanlah ahli UMNO. Jawabnya mudah sahaja; sebelum pilihanraya 
kita bercerita mengenai tingkah laku dan buruk perangai pemimpin-pemimpin UMNO, dengan 
tujuan untuk menyedarkan rakyat jelata khususnya org2 Melayu beragama Islam supaya 
jangan memilih pemimpin-pemimpin yang sedemikian. 

Kita ingat setakat itu sahajalah kerja kita. Rupa-rupanya tidak; kerana bantuan 
orang-orang Cina dan akibat sokongan dua tiga orang Melayu yang masih karat-biru, 
beserta pula dengan undi pos yang pangkah-pangkahnya nampak serupa ; maka 
pemimpin-pemimpin yang sedemikan masih terus bertakhta di puncak persada politik 
negara.

NAMPAKNYA PERJUANGAN KITA MASIH BELUM SELESAI!

Kerana itu, hari ini dan hari-hari yang seterusnya kita akan terus memperkatakan 
perihal buruk laku pemimpin-pemimpin UMNO ini,  yang sanggup berbuat apa sahaja 
termasuk bertikam sesama sendiri demi membolot pangkat dan kekayaan serta pengaruh 
peribadi. Moga-moga dengan pendedahan dan analisa yang berterusan ini, rakyat jelata 
akan sedar ke mana dihabiskan mandat pemerintahan yang mereka berikan baru-baru ini.

Secara peribadi pula, saya suami isteri adalah pembayar setia income-tax negara; 
kerana duit cukai saya itulah yang membayar gaji menteri-menteri berkenaan, maka 
undang-undang sejagat mengatakan bahawa sebagai majikan, saya ada hak yang sepenuhnya 
untuk mengomel dan mengkritik  tingkah laku mereka.

WE ARE THE BOSS!!

[Bukankah Tajol Rosli sendiri pernah bermadah : "The boss always right"] ?

Okay, berbalik kepada isu menarik sepanjang minggu ini, minggu ke-2 bulan Disember 
1999.

Nampaknya mana-mana kita pergi minggu ini, mesti kita dengar orang bersembang mengenai 
perlantikan kabinet dan Exco baru. Walau pun banyak yang dibualkan orang, tapi yang 
paling menarik bagi saya ialah cerita mengenai isu Menteri Besar atau Ketua Menteri. 

Apa tidaknya, mula-mula Wan Mokhtar kena balun, kononnya kerana beliaulah, UMNO kalah 
di Terengganu. Depa kata sebab dia dok tang tu lama sangat dah, tapi yang lawaknya tak 
ada siapa yang berani kata macam tu kat Mahathir!

MAU TIDAKNYA, NANTI TAK PASAL-PASAL JADI MACAM NAJIB. SEBAIK SAHAJA DIA KATA  "UMNO 
PERLU MERENUNG KE DALAM" - TERUS KENA HANTAR  PI  JAGA PADANG KAWAD!!

[Tu kira okey lagi tu; kalau saya jadi PM, saya akan wujudkan semula Kementerian lama 
yang diberi nafas baru bernama 'Kementerian Tenaga dan Pos' - Najib jadi Menteri, 
Shahrizat jadi Timbalan, dan Annuar Musa jadi Setiausaha Parlimen - okay ka?]

OKEY PA - DEKAT2 NAK PILIHANRAYA NANTI, SIAPA YANG NAK UNDI EXTRA SERIBU DUA,  
BOLEHLAH JUMPA SALAH SEORANG DARIPADA DEPA BERTIGA!!
 
Lepas tu, Sanusi pula kena, kononnya sebab idea pembangunan Sanusi di Kedah semuanya 
idea Pak Lawak; sebab tu rakyat Kedah tak suka kat dia, tapi depa semua lupa Sanusi tu 
Mahathir yang pergi kutip letak kat situ,  walau pun hari itu 22 ADUN Kedah membantah 
sekeras-kerasnya. Pasal apa agaknya tak  ada orang Kedah berani kata, "Ini semua salah 
Mahathirlah ni, dia yang dok gatal pi bubuh Sanusi kat situ"?

SEBAB - DEPA TAKUT KALAU DEPA KATA MACAM TU,  NANTI  MAN AROPP  WAKIL KHAS PM DI 
KUBANG PASU MAI CEKUP DEPA,  LEPAS TU PI  LONTAR  MASUK DALAM KOLAM UDANG YANG DAH 
NAIK MENERUNG DI KERPAN SANA NU!!

Di negeri Sembilan lain pulak ceritanya, sudahlah puas bertekak dengan pihak istana, 
dibantu pula oleh Berita Pengarang Utusan Malaysia, baru boleh masuk mengadap untuk 
mengangkat sumpah; bila tengah bersumpah itu, bangun pula sorang ADUN keluar dari 
majlis ketika seorang EXCO  tengah mengangkat sumpah. Nak tau sebab apa? Sebab dia tak 
puas hati Datuk Waad yg tengah ada kes dengan BPR dilantik semula jadi EXCO.

LA, KITA INGATKAN DEPA BERGADUH SEBAB KES JE YANG BELUM SELESAI,   RUPA2NYA SAMPAI 
DALAM ISTANA PUN MASIH NAK BERTEKAK BAB KERUSI!!

[Tapi, yg Datuk Ishak ADUN Lenggeng bantah perlantikan Datuk Waad tu pun ada point 
jugak; ya lah, angkat sumpah ape ke bendanya kalau Rasuah pun dia balun!!]

Nak jadi ceritanya pula, masa angkat sumpah itu, ada polis sudah tahan tak bagi masuk 
istana sama itu pemberita dari Utusan Malaysia. Esoknya terus jadi riuh satu Malaysia. 
Utusan Malaysia 16/12/99 memetik kenyataan Awang Selamat (senator Zainudin Maidin) yg 
meminta penjelasan dari pihak polis PDRM secara rasmi mengenai sebab musabab kenapa 
pemberita Utusan Malaysia dihalang masuk.

TU DIA AIH, GADUH SAKAN - ISA SAMAD vs ADUN LENGGENG vs DATUK WAAD vs PIHAK ISTANA vs  
POLIS DIRAJA vs UTUSAN MALAYSIA vs AW

H-Net* kabinet baru - ulasan 2

1999-12-13 Terurut Topik pakdinn


 *~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
 {Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
 {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
 *~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~
Assalamualaikum,

Nampaknya, perbincangan mengenai pembentukan kabinet baru ini mendapat liputan yang 
begitu meluas dalam diskusi-diskusi net ini. Semuanya nampak begitu serius, kerana itu 
kali ini saya nak minta tumpang mencelah, cuba nak ulas sikit dari sudut yang agak 
berbeza. Minta maaf kalau ada yang tak kena.

Okaylah, apa kata kalau kita sembang sikit pasal  Menteri-menteri  dalam kabinet alaf 
baru Dr Mahathir ini.

Rais Yatim: Hmm, tengok nama Rais Yatim, teringat saya kepada kisah Memali Memali; apa 
tidaknya, masa kerajaan BN siarkan videoa footage Memali sekitar 1985/86 dulu, yang 
jadi pengacara atau juru ulas siaran itu ialah Rais Yatim. Bukan main bersemangat dia 
mengulas, yg buat kita baranya bila ditunjukkan dalam video tu mayat al-syahid ustaz 
Ibrahim Libya berseluar pendek; nak tunjuk kata  Tok Guru apa macam ini pakai seluar 
pendek, sedangkan hakikat sebenarnya Ustaz Ibrahim cuma pakai seluar pendek  dalam 
kain sarungnya saja.

BUSUK HATI SUNGGUH MANUSIA-MANUSIA SEKULAR MACAM DEPA INI - BUKAN SAJA ORANG HIDUP, 
ORANG MATI YANG DAH JADI MAYAT PUN DEPA SANGGUP BUAT FITNAH!!

Pun begitu, kepada Datuk Rais, kita nak nasihatkan: since Datuk telah diberi peluang 
kedua dalam career politik Datuk, ada baiknya kalau sebagai langkah pertama, Datuk pi 
jumpa balu-balu dan anak-anak yatim Memali itu pi minta maaf. Ada baiknya juga kalau 
Datuk cuba ajak Musa Hitam pi sama. Kalau tak mau minta maaf pun, pi ajelah jumpa depa 
tanya khabar. Kalau Datuk nak tau, di musim-musim hujan la ni, depa terpaksa berikat 
perut. Apa tidaknya, balu-balu Memali ini boleh dikatakan kesemuanya, walau pun dah 
tua-tua dan sakit-sakit, tapi terpaksa bergagah juga turun menoreh. Antara yang masih 
menoreh ialah Ratna Che Lit (46), Zainab Salleh (42), Asma Ibrahim (49) dan Siti 
Aishah Ahmad (47). Kalau gamaknya Datuk rasa segan nak pi sorang-sorang, bolehlah kot 
ajak Datuk Sepie (bekas wakil rakyat UMNO di Baling) pi sama, tahun lepas saya dengar 
cerita Datuk Sepie pi jumpa keluarga Ustaz Ibrahim secara peribadi, pi tanya khabar .

Persoalannya: 

Mampukah Rais Yatim berbuat demikian, atau pun beliau terpaksa terus berjuang dalam 
politik negara dengan segala kenangan silam terus menghantui beliau dari belakang?

WALAU PUN DALAM BANYAK HAL, TERMASUK DALAM ISU POLITIK SEMASA, RAIS YATIM CUBA 
DITUNJUKKAN SEBAGAI BERSIKAP TERBUKA - TAPI KITA JANGAN LUPA, SUATU KETIKA DULU BELIAU 
PERNAH TERLIBAT DALAM PAKATAN FITNAH TERHADAP AL-SYAHID USTAZ IBRAHIM LIBYA!!

Nazri Tan Seri Aziz: Hmm, yang ini secara ikhlas saya nak tulis bahawa, dalam 
banyak-banyak yang tak berjenis dalam UMNO hari ini, beliau adalah yang paling saya 
respect dan hormati. Walau pun mungkin dari segi ideologi, beliau berbeza dengan kita 
dari PAS dan mungkin dari segi prinsip, beliau berbeza dengan bekas kawan-kawannya 
dalam BA, tapi secara peribadi saya melihat Nazri Tan Seri Aziz ikhlas dalam 
perjuangannya untuk menegakkan ketuanan Melayu.

Saya masih ingat, ada sekali dalam perjalanan hidup saya, saya pernah ditakdirkan 
berbual one to one dengan beliau. Dalam perbualan itu, saya kemukakan pertanyaan 
mengenai isu Melayu Cina, pasal apa kerajaan terlalu memberi muka kepada Cina dan 
lain-lain isu sensitif yang saya tak boleh tulis di sini  (saya akui saya ketika itu 
adalah Malay Ultranasionalist). Kata Nazri:

"Memang di luar orang tak tau, tapi dalam kabinet kita fight. Saya sendiri hari itu 
lawan debat sakan dengan sorang Menteri Cina yang komplen pasal ada sorang anak cina 
ada berkelulusan SPM/STPM sama seperti kawan baik budak itu berbangsa Melayu, tapi 
sebab dia cina, dia tak dapat masuk U sedangkan budak Melayu tu dapat. Saya kata kat 
dia, cerita you tu cuma satu dalam seribu, sedangkan kat kampung2 sana nu ramai lagi 
budak2 Melayu yanmg tak dapat masuk U sebab miskin dan tak mampu" - ini pasal quota 
lah ini. 

Itulah Nazri Tan Seri Aziz; kita harap di portfolio barunya sebagai Menteri 
Pembangunan Usahawan ini, beliau akan dapat berbuat sesuatu untuk membantu 
usahawan-usahawan Melayu tanpa mengambil kira latar belakang politik atau perjuangan. 
Kalau ditakdirkan beliau dah berubah sifatnya dah jadi macam Mahathir dan rakan-rakan, 
nanti sama-samalah kita gasak dia, sampai dia padam.

Saya puji Nazri ini pun bukan dapat apa pun, tapi dok ingat yang betul kena kata 
betul, saya tulis jugaklah.

OKAYLAH TU, SEKURANG-KURANGNYA OTAK BELIAU MASIH BERCHAP MELAYU, TAK MACAM OTAK 
KEBANYAKAN PUAK-PUAK INI YANG WALAU PUN NAMA MELAYU TAPI SUDAH DIBUBUH CHAP NAGA!!

Hamid Othman: Dok pikir-pikir sekali, awat lah Ma

H-Net* kabinet baru - ulasan 1

1999-12-13 Terurut Topik pakdinn


 *~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
 {Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
 {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
 *~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~
Assalamualaikum, 

Dua tiga hari ini, riuh orang bersembang sana sini pasal barisan kabinet baru negara. 
Macam-macamlah komen yang kita dengar, tapi dah puas dah kita pasang telinga sana 
sini, setakat ini komen-komen yang diterima biasa-biasa saja, tak adalah sampai macam 
komen Datuk Abu Hassan Omar, MB S'ngor ini: 

"Pembentukan kabinet baru ini adalah hasil kepakaran istimewa dan klasiknya PM" 
[Mingguan Malaysia 12 Dis 99] 

BAGI ORANG YANG TAK BIASA DENGAN "BAHASA AMFUSANA-AMFUSINI" MACAM INI, BOLEH TERMUNTAH 
DIBUATNYA OII!! 

Fikir-fikir sekali apalah salahnya kalau cakap elok-elok kata: 

"Kita tidak seharusnya mempersoalkan perlantikan barisan kabinet baru ini, kerana sama 
juga seperti tindakan memecat, meng-affidavit dan melebamkan mata  Anwar tempoh hari, 
itu adalah hak-hak istimewa seorang Perdana Menteri!!" 

HA, KAN SENANG - SEMUA ORANG BOLEH TERIMA; LAGI PUN KALAU MANA-MANA AHLI PARLIMEN YANG 
JAWAB MACAM TU, INSYAALLAH AKAN NAIK PANGKAT SEBERAPA SEGERA MACAM DATUK TAJUL ROSLI, 
MB PERAK YANG BARU TU!

Berbalik kepada isu perlantikan kabinet baru; saya secara individu, sebagai seorang 
pembayar setia income-tax negara, tak ada apa nak komen sebenarnya. Bagi saya, 
letaklah siapa saja pun kat barisan kabinet tu, hatta kalau letak tunggul kayu sekali 
pun, kata pemutus bukan ada kat tangan menteri-menteri ini. Depa ini cuma boleh 
bercakap saja (itu pun kalau ada teloq nak bercakap), tapi yang punya kata putus ialah 
si PM, Dr Mahathir. 

ALAH, KALAU HANGPA TAK CAYA, CUBA TANYA HAMID OTHMAN; INSYAALLAH DIA BOLEH CERITA 
PANJANG!! 

Kalau hangpa malas nak jumpa Tok Mid pun, cuba hangpa belek suratkhabar2 lama, cuba 
check tengok; masa gawat isu Tol dulu, dan masa gawat kes barangan keperluan tak cukup 
dulu, sapa yang jadi tukang cakapnya; bukankah PM? Mana perginya menteri-menteri yang 
bertanggungjawab di kementerian-kementerian berkenaan waktu itu? Sammy Vellu dan Megat 
Junid tentu dah lupa, tapi rakyat jelata macam kita ini, sampai bila-bila pun kita 
ingat.

TAK GUNA ADA MENTERI, KALAU MAHATHIR  SEORANG YANG CONTROL SEGALA-GALANYA!! 

So, kalau PM yang buat segala keputusan, apa lagi yang kita nak sembangkan pasal 
kabinet baru ni?

Jawabnya, saja-sajalah, supaya PM tau kata zaman dia la ni, rakyat jelata macam kita 
ini dah tarak hormat dah aih kat Bapak-Bapak Menteri di negara kita ini. Kita nak 
habag kata bahawa kita semua dah hilang respect kat depa. Kita rasa bahawa depa duduk 
kat situ buat perabih duit rakyat saja, buat menyemak Putrajaya saja. Biar PM pegang 
semua jawatan itu lagi bagus.

Walau bagaimana pun, since semua orang pakat dok sembang pasal kabinet baru ini, kita 
pun teringinlah juga mencelah sama. Ini pandangan  saya, mungkin tak tepat sepenuhnya, 
tapi insyaallah adalah kot yang kena sipi-sipi.

Okay, mula-mula sekali kita mulakan dengan Daim Zainuddin. Kita taulah mentaliti 
kawan-kawan kita yang join UMNO nak jadi Wakil Rakyat tu; semuanya pasal fulus, 
semuanya nak jadi kaya raya. Semuanya kalau boleh nak jadi macam Daim, sekali buka 
mulut saham melambung.

HA! - KAN DAIM SEKARANG DAH KAYA , DOK TUNGGU APA LAGI, KASI CHANCE LA KAT KAWAN-KAWAN 
KITA ITU PULAK!! 

Kalau setakat nak jadi Menteri Kewangan, kita rasa Ku Li pun boleh. Ku Li ini bukan 
takat ada pengalaman tapi connection dia dengan business komuniti pun kira okay jugak. 
Habis tu,  pasal apa Mahathir masih juga nak kekalkan Daim? - itu yang mungkin 
menyebabkan rakyat marhain macam kita tak paham-paham nie!

BILA RAKYAT DOK SYAK KATA DAIM DENGAN PM PAKAT BERKONGSI MAKAN HARTA NEGARA, DEPA 
MARAH PULA - SIAP KATA RAKYAT INI EMOSI, KONONNYA SUKA SANGAT DENGAR FITNAH 
PEMBANGKANG!! 

[Sikit, sikit fitnah. Fitnah Taik Kucing!!] 

Tak apa lah, nanti kita cerita panjang pasal apa agaknya Mahathir masih nak kekalkan 
Daim.

Cakap pasal kabinet ini juga, kita dok dengar rakyat marhain kat bawah-bawah sana dok 
sok-sek sok-sek  tanya sama sendiri, apa ke halnya dengan bekas MB Melaka dan bekas MB 
Perak itu. Patutnya jadi Menteri penuhlah; ini tidak, seorang jadi Timbalan dan 
seorang lagi jadi Setiausaha Parlimen. Yang kita
kesiannya kat MB Perak; masa tragedi Talkin UMNO 1987 dulu, Ramli Ngah Taliblah yang 
jadi buruan kedua-dua kumpulan, team A dan team B; apa tidaknya, Perak adalah antara 
negeri yang punyai paling ramai bahagian-bahagian UMNO kalau nak dibandingkan dengan 
negeri2 lain; makna kata, kalau siapa dapat tackle Perak , maka insyaallahlah akan 
menang di Perhimpunan Agung UMNO. 

ISH, ISH, KESIAN SUNGGUH KAT RAMLI NGAH TALIB - PUNYA LAH SETIA HABIS KAT DR MAHATHIR, 
 

H-Net* SAH MAHATHIR DAN KRONI PERCAYA BOMOH - selingan

1999-12-09 Terurut Topik pakdinn


 *~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
 {Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
 {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
 *~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~
Assalamualaikum,

Saya tak baca lagi Majalah yg saudara bomoh Malaya katakan ini, tapi kalau cakap pasal

"11HBNOV ramalan29HB NOV kemenangan.."

itu; saya rasa tak payah pakai Raja Bomoh Malaysia nak ramalkannya. Kita pun boleh...

Kalau tuan-tuan nak tahu, No Favorite Mahathir ialah no-2 (menurut sumber2 yg tak 
sahih...:-).

Kononnya diceritakan orang, Mahathir ini lahir pada 20 hb, dan kebetulannya pula ramai 
Pemimpin2 Ternama dunia macam Mahatma Ghandi dan juga si Diktator Hitler lahir pada 
tarikh yg sama; jadi Mahathir rasa no itu adalah number bertuahnya atau kata omputih 
'My lucky number'.

[cuba check betul ka tidak, ka saya yg kena tipu dengan sumber tak sahih ini].

Diberitakan orang lagi, apa-apa yg Mahathir buat mesti dia tengok dulu tarikh itu sama 
ada jumlahnya jadi '2' atau tidak. Bagi dia, no '2' ini adalah no keramat.

Dia umumkan pembubaran parlimen pada 11 hb.
(satu + satu = dua)

Pencalonan untuk pilihanraya diadakan pada 20 hb.
(dua + kosong = dua)

Pilihanraya diadakan pada 29 hb.
(dua + sembilan = 11 ==> satu + satu = dua) 

Semuanya berakhir dengan dua!

SO, SAPA KATA SPR BEBAS?

By the way, cakap pasal tarikh p/raya lalu, depa2 yg kenal Mahathir & no 2 ini, ramai 
yang tersilap ramal 2 Dis sebagai tarikh p/raya sebab tak perasan 29 hb itu. 

Wallah hu aklam, saya pun dengaq orang sembang saja!

Wassalam,
Pakdin
p.s: Anwar kena pecat berapa haribulan hah?bukan "2" September ka?

From: "SUARA RAKYAT" <[EMAIL PROTECTED]>

KALAU SAUDARA SEMUA NAK TAHU LEBIH LANJUT BACALAH MAJALAH MINGGUAN PERDANA  sebab 
disitu nanti ada ruangan oleh RAJA BOMOH MALAYSIA yang telah membuat Ramalan keatas 
kemenangan BN.

Doa jampi di hina RAJA Bomoh juga yang di jumpanya?

11HBNOV ramalan29HB NOV kemenangan..

Tapi disini saya ingin bagitau kat RAJA BOMOH MALAYSIA...Berdosa buat 
ramalan ni ,,,Berjudi,berzina,minum khamar dan tenung nasib adalah tergolong 
dalam dosa-dosa besarnauzubillah.

Apa nak buat bomoh bomoh lah nak cari makan???



---
Get free personalized email at http://www.iname.com

 
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED])
 

Pengirim: [EMAIL PROTECTED]



H-Net* sembang-sembang: reply

1999-12-08 Terurut Topik pakdinn


 *~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
 {Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
 {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
 *~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~

"osba" [EMAIL PROTECTED] wrote:


Sedikit pandangan saya mengenai poster  dan bendera..bagi saya taktik sebegini bukan 
lagi faktor utama kejayaan sesebuah parti..kini saya rasa taktik menggunakan gambar, 
lukisan serta banner yg besar dgn segala ungkapan yg telah diungkapkan oleh org2 BN 
harus diketengahkan..disamping bendera dan poster. 


Assalamualaikum,

Saya bersetuju dengan pandangan saudara; masa pilihanraya baru-baru ini, bila saya 
lalu di beberapa kawasan sekitar Kedah-Penang, saya nampak penuh dengan  poster dan 
bendera berbagai parti,  PAS-DAP-ADIL-PRM, UMNO, KATI, MIC, MCA, Gerakan dan di celah2 
tu pulak ada poster cap PAYUNG, cap BAS dan macam2 lagi. Tapi, it makes no difference 
kpd orang yang lalu lalang kat kawasan2 itu sebab tidak ada satu pun yang stand out 
atau yang menonjol berbanding dengan yang lain. Yang saya rasa agak menonjol ialah 
satu poster besar guna papan/plywood ada kot dalam 6 kaki tinggi dan lebar, dekat 
kawasan Perkuburan Syuhada Memali, depa cap hijau, kat tengah tu cap bulan putih, dan 
kat bulan putih tu depa lukis gambar kereta kebal siap dengan rocket launcher, kat 
bawah tu bertulis besar 'Angkatan Untuk Memusnahkan BN' atau lebih kurang macam tu 
maksudnya.

Orang mungkin kata buat apa nak buat poster2 atau banner besar macam tu; jawapannya 
mudah saja; mengikut kajian Perayu Undi PAS, dalam 100 orang ada 30 orang atau 30% 
pengundi yg sampai hari undi masih tak tau nak pangkah apa. Bila saya dengar 
penceramah perayu undi PAS kata macam tu, pada mulanya saya tak berapa nak yakin sebab 
saya dok ingat "ala, sebelum pi mengundi tu org dah tetap dah aih nak pangkah apa, 
kalau yg PAS tu PASlah, kalau yg UMNO pekat tu, UMNO lah, tok sah buat apalah kat 
depa". Rupa2nya tanggapan saya meleset bila saya terbaca kajian akhbar the STAR 
beberapa hari menjelang pilihanraya yg mengatakan bahawa hasil kajian mereka 
menunjukkan 37% pengundi masih belum membuat decision (keputusan) nak pangkah parti 
mana.

LA, KIRA CANGGIH JUGA JENTERA PERAYU UNDI PAS NI YA!!

Jadi, tujuan perang poster dan banner adalah untuk menawan hati 30% - 37% pengundi2 
ini secara psikologi. Bayangkanlah, kalau bendera kita cuma ada 3-lai  dan bendera 
biru tua BN berjuta-juta lai keliling pusat pengundi tu, ish gamaknya depa yang duduk 
atas pagar tu nak kita ka agaknya?

KERANA ITU PERANG BANNER DAN POSTER INI PENTING!


Kalau nak dikira poster dan bendera, DUN BAYU kalau nak dikira poster BN tenggelam dek 
hijau bulan sahaja, namun pas belum boleh menang disini w/pun majoriti sekitar 2 
ribu..Saya org Dun Bayu tapi mengundi di Parlimen W/Maju..sehari dua balik kampung, 
saya begitu bersemangat dgn poster dan bendera..dlm hati..hmm kali ni sure pas menang 
punya.tapi sebaliknya berlaku..kenapa? dari mana datangnya 2 ribu undi tersebut..nasib 
baik Dun Kupang yang menang dgn majoriti 3 ribu, maka Parlimen Baling jatuh ke tangan 
Pas dgn majoriti 1 ribu lebih..alhamdulillah..namun perasaan kecewa juga ada dgn sikap 
org2 Bayu.


Saya tak berapa mahir dengan suasana politik DUN Bayu, Baling ini tetapi apa yang saya 
difahamkan rakyat jelata di kawasan itu dibela secukupnya oleh puak2 UMNO ini; kalau 
tak percaya cuba pi ronda-ronda kat Penang, utara Perak atau kat belah2 Alor Setar dan 
Sungai Petani; cuba tengok lori-lori besar tayar 10 atau 12 yg dok angkut barang tu, 
cuba tengok drebar dia sapa, lepas tu tengok pula kat badan lori tu permit tu sapa 
punya. Jangan terkejut kalau saudara tengok kat dalam lori tu nampak penuh dengan 
Carlsberg tapi kat body tu nama macam nama kita2, lepas tu alamat dia pulak bunyi 
macam kampung2 kat kawasan saudara  tu. Kawan saya pernah terserempak dengan lori muat 
menatang babi - memang cina bawak, tapi kat badan tu nama ($#@%&) alamat Baling, Kedah 
- tak payah saya sebut sapa, saya rasa kalau sdra tanya kat org2 kat pekan Baling tu 
mesti depa kenal.

RINGKAS CERITANYA, PUAK2 UMNO KAT KAMPUNG2 DI BAYU TU RAMAI KEPALA-KEPALA YG DAH 
'KENYANG' MAKAN PERMIT ALI BABA DAN BERBAGAI MACAM HABUAN LAGI (PERMIT TEKSI, BALAK, 
BAS, LESEN KONTRAKTOR, PERIKANAN, DLL).
DEPA NI PULAK ADA RAMAI KRONI KECIL-KECILAN KAT KAMPUNG2 DI SANA. JADI, BILA PAS NAK 
TAWAN BAYU, BUKAN TAKAT KENA LAWAN DENGAN CALON BN, TAPI KENA JUGA LAWAN KEPALA-KEPALA 
DAN KRONI-KRONI KAT KAMPUNG TU - YG CUKUP RISAU PERMIT DEPA TAK JALAN KALAU 
BALING/BAYU JATUH KAT TANGAN PAS!!

[Ini pendapat saya saja, boleh kot tanya Ust Suhaimi, ketua Penerangan PAS Kedah, 
mungkin dia lebih tau!] 



Saya setuju dgn pak Din dgn gaya fikir org2 lama pas..depa tak kisah org lain samada 
d

H-Net* kongsi cerita

1999-12-08 Terurut Topik pakdinn


 *~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
 {Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
 {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
 *~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~
Assalamualaikum,

Ini ada email peribadi saya kepada seorang kawan; lepas send email to kat dia, 
terfikir pulak ada baiknya kalau diforwardkan email tu ke hnetsaja nak kongsi 
cerita sementara ada.

Wassalam,
Pakdin

-

Tadi, kawan cina seopis saya tanya pasal kharaj, saya habag kat dia kata:

"Kharaj tu macam zakat untuk non-muslim; zakat to help poor muslims, kharaj pula to 
help poor non-muslims".

Saya kata lagi:

"Non Muslim ada pilihan nak bayaq kharaj ka nak bayaq income tax; kalau  bayaq kharaj, 
duit tu akan pi kpd kerajaan Negeri Terengganu to help poor non-muslims di Terengganu; 
tapi kalau bayaq income tax, duit itu
akan pi kpd Central govenrment untuk digunakan oleh government bagi berbagai 
kegunaanantaranya ialah to bail out their kronies"..:-)

Okay ka?


---
Get free personalized email at http://www.iname.com

 
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED])
 

Pengirim: [EMAIL PROTECTED]



H-Net* sembang-sembang: bah akhir

1999-12-08 Terurut Topik pakdinn


 *~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
 {Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
 {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
 *~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~
Assalamualaikum,

Esok dah nak puasa, minta izin nak perabis sikit lagi cerita sembang-sembang ini.

Kita sudah sembang pasal Kelantan, Terengganu dan Kedah; apa kata hari ini kita 
sembang sikit pasal Penang. Bukannya apa, sebab kalau nak dikira, Penang ini patutnya 
jatuh ke tangan BA; pertamanya  Penang ini terutamanya kawasan mainland (Seberang 
Perai) dikatakan orang sebagai kubu kuat DS Anwar dan yang keduanya pula, di sebelah 
island (Pulau) sana, dikatakan orang sebagai kubu kuat DAP.  By right, Penang ini dah 
patut dapat kat kita, jadi tang mana silapnya?

Okay, mai kita cuba sembang bab ini:

Di Pulau Pinang, terutamanya di sebelah Seberang Perai, kalau kita renung kembali 
suasana politik di sana beberapa bulan selepas pemecatan DSAI; ketika itu kita 
benar-benar dapat merasakan bahawa kalau tidak satu Penang pun, sekurang-kurangnya 
seluruh kawasan Seberang Perai akan jatuh ke tangan pembangkang.
Suasana begitu gamat sekali dengan ceramah GERAK yang tak berhenti-henti, diiringi 
pula dengan kibaran bendera bulan di sana sini dan kemasukan beramai-ramai ahli UMNO 
ke dalam PAS. Bila Parti KeADILan ditubuhkan pula, berduyun-duyunlah saki baki ahli 
UMNO yang ada terus keluar lalu menubuhkan cawangan2 PKN bagaikan cendawan tumbuh 
selepas hujan. Waktu tu, memang meriah sekali.

Masih saya ingat lagi kira-kira setahun yang lalu, di bulan Ramadhan tahun 1999; untuk 
pertama kalinya Presiden PAS dijemput hadir untuk merasmikan satu majlis di sebuah 
masjid bekas kubu kuat UMNO di Kubang Semang. Ada dua ucapan Ust Fadzil yang saya tak 
dapat lupakan:

Pertama: Kata beliau:

"Kali terakhir saya menjejakkan kaki ke masjid ini ialah 20 tahun lepas, ketika saya 
dan DSAI sama-sama dalam ABIM. Hari ni kita bersolat teraweh bersama-sama, sedangkan 
dia duduk di dalam sana, posa dan teraweh sorang-sorang.".

Dan yang kedua, kerana waktu itu orang baru mula heboh dengan perkataan 'konspirasi', 
beliau berkata:
 
"Perkataan konspirasi ni bukan benda baru. Zaman Nabi Yusuf dulu pun dah ada 
konspirasi. Abang2 dia - sebab dengki khianat kerana ayah mereka sayangkan Nabi Yusuf 
- mereka bawa Nabi Yusuf ke satu tempat, kemudian campak dia ke dalam telaga, ambik 
baju dia lumur dengan darah kambing. Lepas tu bawa baju yg penuh darah tu, 'usung' kot 
padang pasir pi bagi tau ayah depa kata Nabi Yusuf sudah di makan Serigala. MASA TU 
TAK DAK TILAM NAK USUNG, KALAU TIDAK TERUK LA JUGAK DEPA NAK USUNG TILAM PI MAI PI MAI 
KOT PADANG PASIR TU!!!". 

Bukan takat Ustaz Fadzil, dua orang jaguh PAS, iaitu sdra Mahfuz dan Mat Sabu juga 
pulang ke kampung untuk bersama-sama mengasak UMNO di Pulau Pinang.

Saya masih ingat, dalam satu perjumpaan GERAK besar-besaran di Pongsu Seribu, dalam 
kawasan Pak Lah, ketika mana Anwar baru saja dibelasah, dan tidak ada siapa yang 
berani mengaku siapa yang memukulnya; Mahfuz berkata:

"Ish, heran woo Polis Tak Tau siapa yang pukul Anwar! - Bukannya apa, kita naik heran 
sebab Polis Malaysia ni adalah yang paling bijak dalam dunia - tengoklah, BULU DENGAN 
RAMBUT PUN DEPA BOLEH BEZA!!!."

" Depa pi selongkar tempat tidur Anwar dlm jel, lepas tu pi bilik air, Aha, ini bulu, 
yang ini rambut - HEBAT WOO!!"

"Nak tahu apa pasal depa cuma bawa Tilam ke mahkamah? Mana perginya Bantal dan Cadar?"
" BANTAL DANCADAR TAK BOLEH MASUK MAHKAMAH SEBAB KENA TAHAN DENGAN ISA!!!"

Gamat sungguh Pulau Pinang dengan penceramah-penceramah seperti Mahfuz ini.

Nak tambah gamat lagi, Mat Sabu yang merupakan anak jati Pulau Pinang turut sama 
pulang untuk memeriahkan keadaan. Saya ingat lagi, dalam satu ceramahnya, Mat Sabu 
yang terkenal dengan lawak sinisnya berkata:

"Nak tahu beza Hadith Nabi dan Hadis Mahathir?"

"Hadith Nabi : Jika sekiranya anak aku Fatimah mencuri, nescaya aku sendiri yang akan 
memotong tangannya. Hadis Mahathir: JIKA SEKIRANYA ANAK AKU MIRZAN NAK KAN DUIT 
RAKYAT, NESCAYA AKU SENDIRI YANG AKAN MENCURI UNTUKNYA!!! " 

Di akhir ceramahnya yang berapi-rapi itu, Mat Sabu berkata:

"Kita sudah bersiap sedia untuk mengambil alih pemerintahan di Negeri Perlis, ,
Kita sudah bersiap sedia untuk mengambil alih pemerintahan di Negeri Kedah,
Kita sudah bersiap sedia untuk mengambil alih pemerintahan di Negeri Terengganu,
Kita sudah bersiap sedia untuk mengekalkan pemerintahan di Negeri Kelantan!!". 

[Kemudian orang ramai pekik ,"PENANG MANA"] 

Kata Mat Sabu:,
"Aku tak berapa percaya lagi kat hangpa!!"

HA, SEKARANG SETAHUN KEMUDIAN, UCAPAN MAT SABU ITU RUPA-RUPANYA MENJADI KENYATAAN - 
PENANG GAGAL KITA TAWAN.

Apa silapnya?

Saya tak pasti sama ada perlu atau tida

H-Net* Tak paham-paham...

1999-12-07 Terurut Topik pakdinn


 *~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
 {Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
 {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
 *~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~
Assalamualaikum,


Wahid said Prime Minister Mahathir Mohamad had asked him during his visit to Kuala 
Lumpur last month to help foster closer ties with Israel, according to the Far Eastern 
Economic Review.


[Terjemahan: Presiden Indonesia, Abdul Rahman Wahid  menyatakan bahawa semasa lawatan 
beliau ke Kuala Lumpur baru-baru ini, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad telah memohon 
jasabaik beliau untuk merapatkan hubungan antara Malaysia dan Israel: sumber FEER]

ALAHAI DEPA NI, APA LAH YANG DOK GALAK SANGAT NAK BERBAIK DENGAN ISRAEL INI; KALAU 
SUKA SANGAT DENGAN YAHUDI TU, PI LAH HANGPA ANAK BERANAK PAKAT BUNGKUS KAIN BAJU PI 
MIGRATE KE SANA!!

Dah majoriti orang2 Melayu Islam tak undi hangpa; tak paham-paham lagi ka...




KUALA LUMPUR, Dec 7 (AFP) - Malaysia said Tuesday it had summoned the Indonesian 
charge d'affaires to express "deep regret" at reported comments by President 
Abdurrahman Wahid on Malaysian relations with Israel.

Wahid said Prime Minister Mahathir Mohamad had asked him during his visit to Kuala 
Lumpur last month to help foster closer ties with Israel, according to the Far Eastern 
Economic Review.

"They (Malaysia) know we are a friend of Israel," this week's issue of the magazine 
quoted Wahid as telling
journalists travelling with him on a recent Middle East tour.

"If the statement made by President Wahid is true, we take strong objection to that 
statement," said Foreign
Minister Syed Hamid Albar, who denied Mahathir made any such request.

"We look at this matter very seriously," Syed Hamid added.

"Dr Mahathir at no time during the discusssion whether formally or informally made any 
remarks to that effect."

"The position of Malaysia ... is very clear: we have no intention of establishing 
diplomatic or commercial relations  with Israel."

Syed Hamid said Malaysia's ambassador in Jakarta would call on the foreign ministry to 
express concern at the
reported statement.

Asked whether it had been confirmed that Wahid made the statement, the foreign 
minister said he hoped "they
will come up with something to make the position clear."

It was the second time in two months the minister has denied attempts to foster warmer 
relations with Israel. On October 7 he accused the opposition Parti Islam SeMalaysia 
(PAS) of lying about his meeting with Israeli
Foreign Minister David Levy on the sidelines of the UN General Assembly.

PAS had said that meeting "disgraced Muslims and Malaysians." It expressed fears it 
was part of Malaysian
efforts to recognise the "terrorist" state. 

Syed Hamid had said he used the informal meeting to explain why Malaysia did not have 
diplomatic relations,
and to urge implementation of peace accords with the Palestinians.

Malaysia under Mahathir has been an outspoken supporter of the Palestinian cause.

PAS made big gains at the ruling party's expense in the November 29 state and 
parliamentary elections.
Opposition parties have predicted the ruling party will now seek to compete with PAS 
on an "Islamisation"
agenda to win back the sympathies of Muslim Malays.

---
Get free personalized email at http://www.iname.com

 
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED])
 

Pengirim: [EMAIL PROTECTED]



H-Net* sembang-sembang: Samb 3

1999-12-06 Terurut Topik pakdinn


 *~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
 {Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
 {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
 *~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~
Sembang-sembang  (sambungan)

Kita dah sembang pasal Kelantan dan Terengganu; apa kata kali ini kita cerita sikit 
pasal Kedah.

Saya ingat lagi, dua tiga minggu menjelang pilihanraya, Dr Mahathir secara terbuka 
mengumumkan bahawa BN akan memberikan perhatian penuh dan fokus khas kepada 
negeri-negeri Kelantan/Terengganu/Kedah/Perlis dalam usaha mengelakkan 'persekutuan'  
ini  daripada jatuh ke tangan pembangkang.

UNTUK YANG TIDAK TAHU, INGIN DIMAKLUMKAN BAHAWA SUATU KETIKA DULU, NEGERI-NEGERI 
BERKENAAN PERNAH BERNAUNG DI BAWAH SATU PERSEKUTUAN YANG DIBERI NAMA 'EMPAYAR PATTANI 
BESAR'. SILA CEK BUKU SEJARAH!!

Bila ingat Mahathir kata BN akan bagi tumpuan kat Kedah ini, saya pun terfikir:

"Ish, sungguh ka Kedah nak dapat kat PAS ni?"

Bukannya apa, walau pun kita tengok sticker PAS kat kereta-kereta penuh dengan 
perkataan  "Bertekad Mencapai Kemenangan", tapi dari perbualan saya dengan orang-orang 
lama PAS di Kedah; mereka tak berapa kisah sangat PAS nak menang atau tidak. Bagi 
mereka, menang atau kalah, itu soal lain, yang penting perjuangan untuk menegakkan 
Islam sebagai cara hidup dan sistem kenegaraan, itu yang paling penting; menang atau 
kalah itu adalah ketentuan Allah SWT.

Contoh:
Sorang makcik yang saya temui, rumah dia tak jauh dari markas PAS Pendang kat Gajah 
Mati, bila saya sembang dengan beliau cerita pasal isu Anwar dan Reformasi dan 
kaitannya dengan PAS, beliau berkata:

"Makcik kesian sungguh dengan Anwar tu, awat la teruk sangat depa buat kat kawan tu; 
takkan depa tak tau kot, kalau tak kerana dia, tak dak lah ramai orang pakai tudung 
macam hari ini!!"

Bila sebut pasal PAS, cepat-cepat makcik ini cakap:

"Makcik ini, nak habag kat hangpa, PAS menang ka, PAS kalah ka, dok sokong PAS tang 
tu!!"

HA, KALI INI PAS MENANG DI PENDANG (KAW UST FADZIL NOOR); TAK SIA-SIALAH NAMPAKNYA 
SOKONGAN MAKCIK INI TERHADAP PAS SELAMA INI.

Sebetulnya, kebanyakan orang-orang PAS 'veteran' di Kedah dah mangli dengan 
menang-kalah PAS satu dua kerusi di Kedah selama ini, dan mereka ini pula 
kebanyakannya bukan nak peduli sangat kalau jiran sebelah menyebelah memberi sokongan 
atau tidak kepada PAS. Di sebuah kampung di pedalaman Baling, saya pernah bertemu 
dengan kumpulan PAS veteran ini; cara mereka bergaul dengan orang2 UMNO adalah seperti 
mana kita bergaul dengan orang2 bukan Melayu di tempat kerja - sembang boleh sembang, 
tapi tang bab agama, hang hang aku aku!!

Dua tiga minggu sebelum pilihanraya, saya pernah bertanya kepada seorang makcik di 
kampung berkenaan mengenai persediaan kaum muslimat untuk keluar merayu undi. Kata 
beliau:

"Nak rayu apa wei!! -  kalu dema tak mau Islam, itu dema kena jawab dengan Tuhan di 
akhirat esok lah!!"

Sebenarnya, mentaliti makcik ini adalah typical mentaliti kebanyakan orang-orang lama 
PAS di kampung2 di pedalaman Kedah; mereka sokong PAS 100% tapi tak begitu peduli sama 
ada orang sebelah rumah nak sokong atau tidak. Bagi mereka, sokongan mereka terhadap 
PAS adalah soal agama, soal mati dan yang paling penting soal hidayah:

"Biaqlah depa nak sokong UMNO, nak buat macam mana hidayah tak mai lagi kat depa!!"

KERANA ITU AGAKNYA, ASAKAN PAS DI KEDAH TEMPOH HARI SEDIKIT TERSASAR DARI SASARAN!!

Lantas, kalau beginilah sikap orang2 Veteran PAS di Kedah, dari manakah agaknya 
datangnya sokongan di luar dugaan yang membolehkan PAS menguasai 12 kerusi DUN dan 8 
kerusi Parlimen tempoh hari?

Jawapannya ialah daripada golongan muda dan daripada mereka-mereka yang bersimpati 
dengan kes Datuk Seri Anwar Ibrahim, serta dua tiga orang daripada kumpulan-kumpulan 
UMNO yang kecewa dengan pemilihan calon-calon kroni oleh Datuk Seri Sanusi Junid.

Saya bagi contoh di Parlimen Sik; ada satu keluarga, ibu dan ayah mengundi UMNO tapi 
ENAM orang anak-anaknya (yg sulung dlm 30an) semuanya mengundi PAS. Kesemuanya anaknya 
ini mengundi PAS bukan kerana faktor Anwar Ibrahim atau undi protes, tapi kerana 
faktor ideologi (yg cukup ditakuti oleh Datuk Najib); mereka ini mengundi PAS sebagai 
menyatakan sokongan terhadap satu perjuangan yang bertekad untuk menjadi Islam sebagai 
agama yang memerintah, dan bukan diperintah seperti apa yang kita lihat sekarang!!

DAHULU, MEREKA MENGUNDI TOK MID KERANA MEREKA MERASAKAN TOK MID MAMPU MENJADIKAN ISLAM 
SEBAGAI AGAMA YANG MEMERINTAH, TAPI ISU JANGGUT NABI, ISU PENOLAKAN HUDUD, ISU MUFTI 
SELANGOR DAN ISU AISHAH BOKHARI MENYEBABKAN TOK MID SUDAH HILANG KEYAKINAN DI MATA 
MEREKA!!

Begitu juga dengan isu DSAI; ketika berkunjung ke sebuah kampung di Baling, seorang 
sahabat memberitahu saya kalau nak se

H-Net* sembang-sembang - samb 2

1999-12-06 Terurut Topik pakdinn


 *~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
 {Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
 {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
 *~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~
Sembang-sembang (sambungan)

Cakap pasal Terengganu, secara ikhlas saya nak tulih, masa saya pi Terengganu dua tiga 
bulan sebelum pilihanraya lalu, walau pun saya tak berapa nampak poster PAS merata 
jalan macam poster BN di Jeli itu; entah pasal apa, saya dapat agak PAS akan dapat 
berbuat sesuatu di Terengganu tapi tak lah sampai score 8-0 macam tu sekali!!

TERKEJUT SUNGGUH SAYA, TENGOK SCORE TU MACAM TENGOK PESTABOLA MERDEKA MALAYSIA LAWAN 
BANGLADESH ZAMAN DULU-DULU (ZAMAN MOKHTAR DAHARI)!!

[Tapi, di zaman Muhyideen Yassin la nie, bukan takat Bangladesh, silap silap kalau 
lawan Timor Timor pun belum tentu boleh score]

Bukannya apa; kalau kita tengok suasana di Terengganu dua tiga bulan menjelang 
pilihanraya, kita tak nampak sangat orang2 PAS boleh tawan Terengganu , apa tah lagi 
dengan isu PAS Besut yang menjadi berita utama di TV3 dan Utusan Meloya hampir setiap 
minggu.

So, tang mana specialnya cerita politik Terengganu hinggakan PAS boleh sapu bersih 
sampai macam tu sekali?

Ini persepktif saya, mungkin sedikit berbeza dengan tuan-tuan, tapi tak apa, sekadar 
bersembang; kalau tak tepat pun mungkin ada kena sipi-sipi.

Sebelum itu saya nak cerita sikit pasal tanggapan saya terhadap TG Haji Hadi:

Beberapa bulan sebelum p/raya lalu, saya turut hadir dalam majlis  Perhimpunan 
Besar-Besaran Rakyat Terengganu di Pantai Batu Burok, Kuala Terengganu.  Orang nala 
punya ramai sampaikan ada yang tak boleh masuk; secara kasar saya kira melebihi 100 
ribu orang. Saya ingat lagi, anak saya yang tertidur atas riba ajak balik; tapi tak 
boleh sebab ramai sangat orang hinggakan ada yang terpaksa berdiri di gigi ombak.

Antara tetamu malam itu ialah Dr Wan Azizah, Ustaz Fadzil, TG Haji Hadi, Ust Abu Bakar 
Chik, Wakil PUM, Presiden ABIM, Presiden JIM dan beberapa orang tetamu dari NGO. Gamat 
sungguh ucapan depa. Pada mulanya saya tak expect orang ramai sampai macam tu sekali; 
yang saya pi itu pun sebab nak tengok Haji Hadi - ya lah, kat sebelah utara ni DS Wan 
Azizah dan Ust Fadzil dah biasa sangat dah.Tapi, harapan saya tak berapa kecapaian 
apabila tiba giliran Haji Hadi, dia bagi ucapan ringkas, lepas tu dia cakap:

"Tak apalah, saya berhenti dulu, kita bagi laluan kepada tetamu-tetamu kita dari luar 
ini; sebab saya orang sini, bila-bila pun kita boleh berjumpa dan bercakap lagi!!"

La, frust sungguh saya; bukannya apa - saya cukup tertarik dengan Ustaz Hadi sejak 
pertama kali saya mendengar beliau berceramah di Bandar Bahru, Kedah kira-kira 6 tahun 
yang lalu.

MASA TU, SAYA ADALAH HARDCORE UMNO - YANG LA NI DIPANGGIL ORANG SEBAGAI GENG JACKET 
HITAM!!

Saya tak pasti kenapa saya ke sana, tapi masih saya ingat, dalam ceramahnya itu, Ust 
Hadi ada berkata:

"Kepada tuan-tuan sekalian, terutamanya orang2 UMNO dan Ustaz-Ustaz UMNO, sila balik 
semak ayat Quran  (sekian-sekian) - cuba check tengok betulkah apa yang saya kata 
ini!!"

Dan, masih saya ingat, di celah-celah lampu flurosent yang terang gelap itu, saya 
duduk mencangkung mencatatkan ayat-ayat yang dimaksudkan beliau. Bila balik, saya 
terus cek tengok Al-Quran, hati saya mula berdetak; mulai saat itu, sedikit demi 
sedikit hinggalah beberapa tahun kemudian, akhirnya saya tergerak untuk mengisi borang 
PAS!

SAYA MENGUNDI PAS BUKAN KERANA FAKTOR ANWAR IBRAHIM, BUKAN FAKTOR CALON, DAN BUKAN 
KERANA UNDI PROTES, TAPI UNDI SAYA ADALAH ATAS DASAR IDEOLOGI PERJUANGAN PAS, YANG 
JELAS BERJUANG UNTUK MENEGAKKAN HUKUM AL-QURAN DAN SISTEM PERUNDANGAN DAN CARA HIDUP 
ISLAM DI BUMI MALAYSIA!!

Dan saya yakin, walau pun saya bukan orang Terengganu; rakyat di sana memilih PAS, 
salah satu sebabnya ialah kerana mereka sudah faham tentang konsep kenegaraan Islam 
yang telah berjaya diketengah dan diberi kepahaman kepada mereka oleh TG Haji Hadi 
Awang dan rakan-rakan.

Pun begitu, secara ikhlasnya juga saya perlu tulis di sini bahawa lawatan singkat saya 
ke Terengganu beberapa bulan menjelang pilihanraya itu, saya dapat melihat bahang 
reformasi akibat kes DSAI merebak begitu cepat ke seluruh Terengganu. Melihatkan 
kereta-kereta berpelekat ADIL dan Reformasi yang begitu banyak di bandar Kuala 
Terengganu menyebabkan saya jadi termenung sejenak:

"Kenapa di Pulau Pinang yang merupakan negeri asal DSAI, kehangatan reformasi tidaklah 
begitu terasa?"

Kerana itu, apabila BA tewas di Pulau Pinang saya tak berapa nak terkejut, kerana 
bahang reformasi tak berapa terasa berbanding dengan Kuala Lumpur atau Terengganu!!

Di Terengganu, sama ada orang PAS suka atau tidak, berani saya tulis di sini bahawa 
kemenangan PAS di sana, banyak d

H-Net* sembang-sembang

1999-12-05 Terurut Topik pakdinn


 *~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
 {Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
 {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
 *~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~
Assalamualaikum,

Ish, banyak sungguh cerita-cerita dan kisah2 politik semasa dan selepas pilihanraya 
yang kita dok dengar dan tengok; kadang2 tu banyak sangat, sampaikan bila ada orang 
sembang, kita nak tumpang mencelah tak tau nak mula tang mana dulu.

Hari ini saya nak minta tumpang celah sedikit. Lagi pun dah dekat nak puasa dah ni, 
boleh la kot kita terus bercerita sementara ada waktu ini; bukannya apa takut kot-kot 
kalau bila dah masuk bulan posa, masih dok bercerita pasal bab pilihanraya, 
silap-silap boleh termasuk dalam senarai umpat mengumpat - tak pasal dapat dosa kering.

Saya dok tengok-tengok orang bersembang; kalau yang belah ADIL tu, nanti depa cakap:

"Aha, tu dia cuba hangpa tengok, habis orang Melayu tolak UMNO sebab faktor Anwar 
Ibrahim!!"

Lepas tu, pi kat kawasan yang ramai orang PAS asal pulak, nanti depa kata:

"Ha, cuba hangpa tengok, la ni orang Melayu dah tak mau UMNO dah, habis pakat mai 
belah PAS!!"

Nanti, kita sama-sama tengok apakah sebenarnya faktor kemerosotan UMNO dan kebangkitan 
PAS dalam pilihanraya ke-10 ini. Boleh tengok relevant ka tidak apa yang orang dok 
sepanjang minggu ini.

Mula-mula, kita tengok apa kata orang2 UMNO.

Kalau kita baca Utusan Meloya dan Berita Hairan, kita  boleh nampak dengan jelas 
ulasan sebaris dan senada daripada barisan kepimpinan UMNO. Bunyinya lebih kurang:

"Ha, kita kalah bukan sebab PAS kuat, tapi sebab UMNO berpecah sesama sendiri; dan 
faktor utama yang dikenal pasti kenapa kita gagal menawan pengundi ialah kerana 
pemilihan calon!!"

ISH, SUNGGUH KA PEMILIHAN CALON SEBAGAI PUNCA?

KALAU SUNGGUH TAK KAN SEMUA CALON UMNO DI KELANTAN, TERENGGANU, KEDAH, PERLIS, PAHANG, 
UTARA PERAK DAN SATU DUA TEMPAT DI SELANGOR, SEMUA ITU TAK LAYAK BELAKA??

[Ish, tak logik aih!!]

Yang saya kesiannya, bila depa pakat dok hentam Wan Mokhtar. Kata depa:

"Orang tak suka kat dia sebab dia ni dah lama sangat dah - (dah tua)!!"

Tang Sanusi pun depa kata macam tu lebih kurang; dan yang lawaknya Si Khalil Yaakub yg 
dok aim nak jadi Naib Presiden UMNO , yang kita nampak lebih tua dari Najib tu pun 
boleh kata kat Najib, kononnya pengundi2 di Pahang dah cemuh dengan 'orang2 lama' 
macam Najib. Benda ni keluar dlm akhbar UM, tapi dok esoknya seperti biasa, si Khalil 
Yaakub ni cakap bahawa kenyataan dia semalam disalah tafsirkan oleh akhbar UM 
kepunyaan depa sendiri.

Mungkin sebab tu lah kot, kelmarin dalam interview dengan si Ghafar Baba Pahlawan 
Purba; Utusan Malaysia memetik Ghafar sebagai berkata:

"Kepada orang-orang muda dalam UMNO, kita kena ingat, suatu hari nanti kita semua akan 
TUA juga!!"

HA, TU DIA; CUBIT PAHA KIRI, PAHA KANAN PUN SAKIT. HANGPA BALUN WAN MOKHTAR, GHAFAR 
BABA PAHLAWAN PURBA PUN TERASA JUGA!!

ISH, ISH KESIAN KAT ORANG-ORANG TUA DALAM UMNO MACAM GHAFAR, MACAM WAN MOKHTAR, MACAM 
SANUSI; BILA DEPA TAK MAU, DEPA TERAJANG MACAM TU SAJA!!

Dr Mahathir yang dilahirkansatu waktu dengan penama-penama di atas tak terasa apa-apa 
ka?

Nak rasa apanya, kalau hangpa tengok poster-poster dia merata jalan di seluruh 
Malaysia ini; semua gambar-gambar dia adalah gambarnya semasa berumur "17 tahun"  - 
muda, handsome lagi macam Shah Rukh Khan!!

SILAP LA DEPA DOK PI GANTUNG GAMBAQ MAHATHIR MUDA-MUDA TU; LAGI DIA TENGOK GAMBAR TU, 
LAGI LA DIA TERASA YANG DIA MASIH MUDA BELIA DAN BERTENAGA LAGI - WALAU PUN HAKIKATNYA 
HANYA KAK HASMAH YANG TAU!!

[Hangpa nak marah saya kutuk Mahathir ni, hangpa marahlah, tapi saya takkan boleh maaf 
dia sampai bila-bila sebab dia dok kutuk janggut nabi hari tu!!]

NASIB BAIK SAIDINA OMAQ DAH TAK DAK, KALAU DIA MASIH ADA LA, HAI TAK TAU LA APA NAK 
JADI DENGAN MAHATHIR SORANG NI!!

Okaylah, berbalik pada cerita pilihanraya; sebenarnya saya sendiri, selepas seminggu 
pilihanraya berlalu macam tak percaya yang PAS boleh menang sampai besar macam tu 
sekali,terutamanya di Terengganu dan Kedah, sedangkan dua tiga minggu sebelum 
pilihanraya, hati saya dok duq-daq-duq-daq dok risau Kelantan akan jatuh ke tangan 
depa. Bukannya apa, sebab bulan September lalu saya ada pi Kelantan dan Terengganu; di 
Kelantan terutamanya di Jeli, saya tengok masyaallah bendera dan poster BN merata 
jalan; sampaikan kat satu tempat tu nak parking kereta tepi jalan pun payah sebab 
terpacak penuh dengan bendera BN.

Saya masih ingat, kat satu tempat kat Jeli, saya naik bara tengok bendera BN, bukannya 
apa, anak saya yang kecik dah mai dia punya 'emergency'; tak kan nak lepas dalam 
kereta, so saya pun kena la berenti tepi jalan. Penuh dengan bendera BN, tak tau nak 
berenti tang mana; dah budak tu buat

H-Net* ulasan ringkas

1999-12-02 Terurut Topik pakdinn


 *~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
 {Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
 {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
 *~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~
Assalamualaikum,

Semalam saya beli Berita Hairan, Utusan dan The Star; lepas tu tengok Berita TV7 dan 
TV3...tu dia aih, nak habag kat hangpa, UMNO khususnya dia punya 'pucuk 
pimpinan' kena hentam habis-habisan.

Tulisan2 dan ulasan2 di TV tu walau pun berputar-putar tapi semuanya menjurus ke arah 
satu konklusi:

"MAHATHIR MESTI RESIGN!!"

Cuma depa tak sebut nama dia saja!!

Insyallah, di lain kali kita ulas lagi

Wassalam,
Pakdin
p.s: Apakah mungkin perletakan jawatan dua MP Gerakan hari ini akan berjangkit ke 
dalam UMNO?

---
Get free personalized email at http://www.iname.com

 
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED])
 

Pengirim: [EMAIL PROTECTED]



H-Net* P/raya Terengganu - satu ulasan

1999-11-30 Terurut Topik pakdinn


 *~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
 {Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
 {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
 *~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~
Assalamualaikum,

Secara peribadi, saya merasakan kemenangan PAS di Terengganu begitu mengejutkan; bukan 
kerana belum bersedia menerima kemenangan ini,  tetapi kerana selama ini suasana 
politik di Terengganu tidaklah nampak sangat begitu menjerumus ke arah itu. Tidak 
keterlaluan kalau kita katakan selama ini  semua orang tidak sangat memberi perhatian 
kepada Terengganu berbanding Perlis. 

Saya sendiri, walau pun sering berulang alik ke Terengganu atas urusan peribadi tidak 
begitu menjangkakan kemenangan sehebat ini. Mungkin kerana itu saya jarang menulis 
mengenai Terengganu walau pun mendapat berbagai maklumat dari sahabat-sahabat di sana. 
Pun begitu, seingat saya, ada dua tiga article yang pernah saya tulis mengenai 
Terengganu ini; di sini saya petikkan sebahagian dari article tersebut sebagai 
flashback untuk tatapan bersama:

September 1998 (selepas pemecatan DSAI)



Masuk ke Hulu Terengganu, seorang sahabat di sana yg sekarang ini sudah 'terlalu 
kurang' menerima habuan2 kontrak baiki jalan dan yg sewaktu dengannya, bila diajukan 
persoalan Anwar Ibrahim, beliau berkata, "Heran sungguh, kita dok pasang telinga 
dengar orang sembang-sembang di kedai2 kopi , setakat ini semuanya anti-Mahathir, tak 
ada lagi yang saya dengar sokong Mahathir". "Ada dalam 10 orang?", tanya saya. 
"Lebih!". "20 orang?". "Lebih lagi!". Dalam perbualan seterusnya, kita dimaklumkan 
melalui survey random beliau dari Bandar Kuala Terengganu hinggalah ke pedalaman Ulu 
Pait berdekatan air terjun Sekayu, sentimen pro-pembangkang begitu jelas terasa. Bulan 
nak naik dah!! 

Singgah pula di Pekan Chukai, dalam kawasan Wan Amar Mokhtar, Menteri Besar yang 
paling lama berkhidmat dalam dunia (sudah 24 tahun), seorang sahabat yang rumah 
pusakanya sedang menunggu masa untuk dirobohkan - bagi memberi laluan kepada 
pembangunan 'Bandar Kemaman'; apabila diajukan persoalan Anwar Ibrahim, beliau 
berkata, "Nak cerite pun tak reti, tapi tadi saya ada berbual dengan penjual 
suratkhabar dekat Pasar tu, dia cakap, saje-saje le dia nak tengok reaksi orangramai 
beli suratkhabar pagi tadi, (muka depan 2 org mengaku salah diliwat), semua orang yang 
beli, bila tengok aje muka depan tu, terus geleng kepala, tak logik - tak logik, tak 
masuk akal!!". 

Terus pula kita ke sebuah kampung nelayan berdekatan, kereta baru yang kita bawa itu 
habis berdebu melalui jalan-jalan berpasir di celah2 rumah nelayan tersebut. Selepas 
minum, kita pun ajukan persoalan yang sama, belum sempat kita habis soalan, sahabat 
tersebut terus menjawab, "Aha, kalau nak tahu cerita yang betulnya, tadi Zaki ada bawa 
balik 'tebal ni' dari internet!". Tu dia aih, internet dah masuk ke kampung nelayan, 
nak apa lagi??. 

Next stop ialah di Kuantan, Pahang. Bila diajukan persoalan yg sama, isteri tuan rumah 
yang agak becok ini bila diajukan persoalan Anwar Ibrahim ini, beliau berkata, 
"Suratkhabar tak boleh percaya, kalau nak, nanti saya tunjukkan 'internet' yang abah 
dia bawa balik tiap-tiap hari tu - 'tebal ni'". 

Pun begitu, walaupun mereka sudah tak percaya suratkhabar, tapi terpaksa juga dibeli 
kerana nak tahu perkembangan terbaru. Ini diakui oleh Pok Li dari Kuala Kemaman, 
Terengganu. Kata beliau, "Surat kabo nak kena beli juga, walau pun tak beto tapi nak 
kena ambik tahu jugo ape cerita". Inilah kelebihan yg kerajaan ada yang pihak 
pembangkang tak ada.




September 1999 (setahun selepas pemecatan DSAI)



Walau pun demam pilihanraya tak begitu terasa di bumi Terengganu, tetapi di kalangan 
ahli-ahli PAS,
persediaan mereka sudah lama bermula; ini terbukti dengan Poster Ceramah berbagai rupa 
yang boleh kita temui di mana-mana. Mungkin kerana itu agaknya, walau pun sedang 
bergumbira dengan Festival Terengganu, Ayah Wan kita sebenarnya tak berapa nak boleh 
tidur lena. Dalam satu perbualan dengan seorang sahabat di sebuah gerai makan di Pekan 
Chukai, saya dimaklumkan bahawa dua tiga minggu lepas, Ayah Wan jadi terkedu kerana 
majlis beliau bersama rakyat di Kuala Kemaman cumalah dihadiri oleh sekitar LIMA PULUH 
ORANG sahaja!! 

Kerana itu juga, beliau terpaksa membatalkan satu majlis yang sama di satu kawasan di 
Kemaman dua tiga hari selepasnya. Menurut sahabat itu lagi, majoriti orang-orang 
Melayu di Kemaman sudah bersama dengan Barisan Alternatif, yang jadi faktor penentu 
dalam pilihanraya akan datang ialah pengundi berbangsa Cina. Kerana itulah agaknya, 
Ayah Wan sanggup melakukan sapa saja untuk meraih sokongan kumpulan ini

H-Net* p/raya - sembang sembang

1999-11-30 Terurut Topik pakdinn


 *~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
 {Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
 {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
 *~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~
Assalamualaikum,

Melihat kepada tulisan sahabat-sahabat kita di hizbinet ini, saya dapat merasakan ada 
yang merasa kecewa dengan so called kegagalan BA dalam pilihanraya yang baru berlalu. 

Secara peribadi, saya tidak merasa kecewa langsung dengan 'kekalahan' ini; walau pun 
saya sendiri seperti sahabat-sahabat satu UPU terpaksa bercekang mata sampai pukul 2 
tiga pagi menyiapkan bahan2 kempen, poster-poster, melengkapkan pondok panas dsg;  
saya tidak rasa kecewa malah sebaliknya pula berlaku. Kemenangan PAS di Terengganu dan 
penambahan jumlah kerusi parlimen beserta kemenangan buat pertama kali di beberapa 
buah negeri bukan Kedah-Perlis-Kelantan-Terengganu membuatkan saya jadi gembira dan 
cukup bersyukur dengan prestasi ini.

Dari segi penambahan jumlah kerusi parlimen, sila lihat fakta ini:

BN (1995) - 166 kerusi
BN (1999) - 148 kerusi

PAS (1995) - 8 kerusi
PAS (1999) - 27 kerusi
ADIL (1999) - 5 kerusi

Walaupun dilihat secara sepintas lalu, kita gagal menyekat 2/3 majoriti BN, tapi 
kegagalan itu bukanlah merupakan satu kegagalan dalam erti kata yang sebenarnya. Kalau 
pun hari ini depa tak mahu memilih kita, tapi insyaallah 5 atau 10 tahun akan datang; 
anak-anak mereka akan menyertai kita. Tak usah sembang pasal 
Kedah-Perlis-Kelantan-Terengganu; cuba tengok jumlah undi yang kita tewas di 
negeri-negeri seperti Pahang, Perak dan Melaka; ada sesetengahnya tak sampai pun 500.  
Datuk Najib yang pernah diwar-warkan sebagai bakal Perdana Menteri melalui theori 
RAHMAN itu pun, hampir-hampir saja menyembah bumi kalau tak kerana ada extra dua tiga 
ratus orang pelakon tambahan. Kadang-kadang kita sendiri naik terkejut dengan 
perubahan mendadak masyarakat kita ini; contohnya apabila melihat siaran langsung 
keputusan p/raya negeri Melaka malam tadi, secara tak sengaja keluar perkataan berikut 
dari mulut saya:

"Ish, tak sangka sungguh ramai jugak pengundi PAS di Melaka ni!!"

Kata saya kepada isteri saya:

"Tengoklah 5 atau 10 dari sekarang; silap-silap Melaka pula akan jatuh ke tangan 
kita!!".

Sesungguhnya tuan-tuan dan rakan2 sekalian,

"KALAHNYA KITA ITU HANYA MERUPAKAN KEKALAHAN DARI SEGI JUMLAH ORANG YANG MEMBERI 
SOKONGAN, TETAPI HARUS KITA INGAT KEMAMPUAN KITA MENAMBAHKAN JUMLAH MEREKA2 YANG PAHAM 
TENTANG SISTEM HIDUP ISLAM, DAN MAHU BERSAMA-SAMA KITA MENEGAKKAN KEADILAN DAN 
MENCEGAH KEMUNGKARAN, SEBENARNYA SECARA SENDIRINYA  ADALAH MERUPAKAN SATU KEMENANGAN!!"

Moga segala hasil usaha kita sebelum, ketika dan selepas pilihanraya ini akan diberi 
balasan pahala yang setimpal. Amin!

Teruskan perjuangan.

Wassalam,
Pakdin




---
Get free personalized email at http://www.iname.com

 
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED])
 

Pengirim: [EMAIL PROTECTED]



H-Net* Keputusan p/raya - satu ulasan

1999-11-29 Terurut Topik pakdinn


 *~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
 {Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
 {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
 *~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~
Assalamualaikum,

Selesailah sudah satu babak dalam arena politik semasa; biar apa pun Dr Mahathir nak 
kata mengenai keputusan pilihanraya ini tetapi rata-rata rakyat termasuklah mereka 
yang bertanding berpendapat pilihanraya kali yg ke-10 ini adalah yang paling mencabar 
dalam sejarah politik negara.

Hampir semua orang kecuali Dr Mahathir beranggapan demikian; contohnya saya petikkan 
di sini ulasan ringkas Shahidan Kassim mengenai pilihanraya kali ini:

"KANGAR: Menteri Besar, Datuk Seri Shahidan Kassim menyifatkan pilihanraya umum ke-10 
sebagai yang paling "hebat" dalam sejarah hidupnya. "Dalam sejarah saya bersama 
pilihanraya sejak tahun 1970an, inilah pilihanraya yang paling hebat", katanya dalam 
satu temuramah dengan RTM pagi tadi"
[Harian Metro 30/11/99]

Sedangkan Dr Mahathir pula dalam ulasan ringkasnya malam tadi, sekitar pukul 3:30 pagi 
selepas BN dimumkan sudah memperolehi 2/3 kerusi parlimen berkata :

"Keputusan tidak rasmi menunjukkan kita sudah memperolehi hampir 143 kerusi parlimen; 
jumlah ini jauh melebihi jumlah kerusi yang kita perolehi pada tahun 1995 lalu".

Jumlah kerusi yg dimenangi oleh BN "secara sah"  pada tahun 1995 adalah sekitar 120 
-130 kerusi. Menurut Dr Mahathir, walaupun sebelum dibubarkan parlimen, jumlah kerusi 
parlimen BN melebihi 160 kerusi, tapi jumlah itu termasuk kerusi-kerusi parlimen yg 
diperolehi hasil kemasukan wakil2 S46 dan PBS ke dalam BN. Jadi, pada anggapan Dr 
Mahathir, untuk pilihanraya kali ini, BN telah memperolehi kejayaan di luar dugaan 
kerana berjaya mengatasi rekodnya pada tahun 1995!!

Bila saya lihat jumlah kerusi parlimen yg dimenangi PAS/ADIL di Terengganu (8-0), 
Kedah (8-7) dan Kelantan (14-1) ,  yg begitu di luar jangkaan, saya jadi hairan dengan 
sikap bongkak yg ditunjukkan oleh Dr Mahathir ini.

ISH, ISH GUANO MU MAHATHIR - DAH KALAH TERUK PUN TAK MAU MENGAKU LAGI!!

Berbalik kepada keputusan p/raya umum ini; kita tak perlu ulas panjang, cukup kalau 
kita kata bahawa Mahathir dan UMNO menang hanya kerana undi bukan Melayu. NOKTAH!!

Sepintas lalu, usaha Mahathir berkunjung ke China di tengah-tengah kegawatan politik 
negara; diikuti dengan kunjungan balas Perdana Menteri China ke Malaysia dalam waktu 
yg sebegitu singkat selepas lawatan Mahathir ke sana - kononnya sebagai lawatan balas 
- adalah satu tektik politik kotor murahan yang begitu mudah dibaca oleh semua orang. 
Resolusi 17 perkara yang kita rasa ada udang di sebalik batu semuanya menjurus ke arah 
satu perkara - untuk mendapat undi masyarakat Cina di Malaysia.

Hasilnya seperti yang kita lihat malam tadi; untuk kerusi-kerusi parlimen, Dr Mahathir 
berharap sepenuhnya kepada sokongan dari kawasan-kawasan dan parti-parti komponen 
bukan Melayu.

Jika trend ini berterusan, dan jika ditakdirkan Tuhan Dr Mahathir masih bernafas lagi 
untuk 5 tahun akan datang; maka jangan terkejut dan merasa hairan jika dua tiga hari 
menjelang pilihanraya umum ke-11 tahun 2004 nanti, Dr Mahathir tanpa ragu-ragu akan 
berkata:

"MAKA DENGAN INI SAYA MENGISYTIHARKAN TIDAK ADA LAGI TARAF BUMIPUTERA DI MALAYSIA DAN 
AGAMA ISLAM TIDAK LAGI MENJADI AGAMA RASMI, SEMUA ORANG DAN SEMUA AGAMA KINI SAMA SAJA 
MENURUT KACAMATA PERLEMBAGAAN NEGARA!!"

Lalu, pada ketika itu, BN akan menang dengan lebih cemerlang, bukan setakat 2/3 malah 
hampir-hampir mencecah 3/3 kerana ketika itu semua orang  - Cina, India, Serani, Sikh, 
Sakai, Negrito, Jakun, Semai, Iban, Kadazan musyrikin dan segala jenis suku bangsa 
bukan Islam di Sabah dan Serawak akan memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi 
kepada Barisan Nasional!!

Di manakah kita, orang-orang Islam berbangsa Melayu pada ketika itu?

Itu tak perlu kita ulas; cuma kita perlu berdoa dan berharap dengan penuh harap dan 
hampa berdegap moga-moga dengan izin Allah SWT dua tiga bulan selepas pilihanraya 
ke-10 ini, pemimpin-pemimpin UMNO yang mempunyai kesedaran akan berusaha untuk 
menjatuhkan Dr Mahathir dari dalam!!

ULASAN RINGKAS TENGKU RAZALEIGH HAMZAH TADI MALAM (30/11/99) SUDAH MENUNJUKKAN 
BUNGA-BUNGA KE ARAH ITU. 

Nasib Dr Mahathir dalam arena politik negara untuk beberapa bulan mendatang amat 
menarik untuk diberi perhatian...

Wassalam,
Pakdin


---
Get free personalized email at http://www.iname.com

 
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
 ( 

H-Net* minta pandangan - reply

1999-11-24 Terurut Topik pakdinn


 *~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
 {Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
 {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
 *~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~
From: NAManaf <[EMAIL PROTECTED]> 
Subject: minta pandangan
 
Assalamualaikum,

saya ingin dapatkan sedikit pandangan dari pak din.
saya tak kenal pak din personally tapi saya selalu ikuti tulisan pak din. hari ni, 
dalam general.list ada statement yang dihantar ke list tersebut berkenaan dengan 
ucapan LKS berkenaan dengan penolakan nyata DAP terhadap islamic state. LKS menyatakan 
bahawa MCA/GERAKAN tidak berpendirian tegas dalam hal ini dan tolerable towards 
islamic country kalau cadangan itu di bawa oleh UMNO. bagi DAP, mereka akan tolak 
cadangan itu tak kira sama ada dibuat oleh UMNO/BA.

apa pandangan pak din dalam hal ini?

wasalam

-nor aziah abd. manaf-
-uum-

===

W'kum,

Minta maaf tak dapat nak tulih panjang, sibuk sikit la ni. Malam tadi meeting dengan 
JK Parti Keadilan kat tempat kami sampai larut malam. Pengalaman meeting antara PAS 
dan Keadilan ni begitu menarik sekali, insyaallah lepas pilihanraya nanti, saya dok 
ingat nak tulih sikit.

Berbalik kepada pertanyaan saudari, macam ni lah:

Kita bekerjasama dengan DAP dalam hal khusus, bukannya dalam hal yang melibatkan 
harakah perjuangan kita. Hal khusus di sini ialah bekerjasama untuk menjatuhkan 
Barisan Nasional dan kepimpinan Dr Mahathir yang begitu ketara dengan kezalimannya 
khususnya terhadap musuh-musuh politik beliau dan musuh-musuh BN, dan yang paling 
terutama sekali ialah sikap dendam beliau yang tak pernah luntur terhadap perjuangan 
kita untuk menegakkan Islam di muka bumi ini.

Perjuangan PAS untuk menegakkan negara Islam tak ada kena mengena dengan Pakatan 
Barisan Alternatif, Keadilan, DAP, PRM atau yang seumpamanya. Perjuangan kita untuk 
menegakkan negara Islam tetap akan diteruskan sampai bila-bila, sehinggalah Allah 
mengizinkan undang2 dan sistem hidup Islam tertegak di bumi Malaysia ini, insyaallah!

Dengan kata lain, perjuangan untuk menegakkan negara Islam akan tetap berjalan tak 
kira apa orang nak kata, dan tak kira apa orang kapiaq nak kata:

MUKHLISI NA LAHUDDIN WALAU KARIHAL KAFIRUUN!!

[Ikhlas dalam menegakkan Islam sebagai Addin, walau apa pun orang kapiaq nak kata!]

Harap ini dapat menjawab persoalan saudari.

Wassalam,
Pakdin


---
Get free personalized email at http://www.iname.com

 
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED])
 

Pengirim: [EMAIL PROTECTED]



H-Net* ulasan mingguan

1999-11-02 Terurut Topik pakdinn


 *~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
 {Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
 {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
 *~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~
Assalamualaikum wbt,

Fuh! Banyak betul isu-isu baru yang muncul secara sensasi sepanjang minggu lalu, 
minggu terakhir bulan October 1999. Dalam banyak-banyak itu, saya amat tertarik dengan 
cerita Datuk Murad dan Master Account 3 Billion Ringgit. Saya mengikuti cerita 
tersebut dengan penuh minat sekali; tak kiralah melalui laman-laman reformasi atau 
melalui surat-surat khabar milik kerajaan. Setiap kali membaca cerita-cerita tersebut, 
saya mengeluh dan tersengih sendiri; kekadang rasa nak tergelak pun ada - bercampur 
baur pula dengan rasa panas hati yang membara terhadap sandiwara semasa ini.. 

[Sebetulnya, saya sendiri dah tak tahu , dah tak reti bagaimana nak gambarkan perasaan 
yang berbuku di dada ini - semuanya doesn't make sense, segala-galanya langsung tak 
masuk akal!!]

Saya bukan nak mempersoalkan sahih benarnya kenyataan Datuk Murad itu, tapi apa yang 
saya nak tulis ialah jalan cerita yang sampai secara peribadi kepada saya, lama dahulu 
sebelum cerita Datuk Murad menjadi heboh ke seluruh negara.

Buat permulaan, biarlah petikan sebahagian daripada kenyataan Puan Marina Yusof ini 
menjadi pembuka bicara:
 

I have known  Datuk Murad long enough to know that he is not capable of coming out  
with such a statement on his own.  It is out of characterDatuk  Murad has never 
uttered a harsh word against anyone although the years I have known him.  I believe he 
has been forcibly turned over and his very soft and weak personality has succumbed.  I 
believe it is the work of  the same group of people who fixed Datuk Seri Anwar Ibrahim.


[Terjemahan secara kasar: Saya sudah lama mengenali Datuk Murad, cukup lama untuk saya 
menyatakan bahawa tak logik kalau beliau nak membuat kenyataan yang sedemikianÂ….Ini 
Bukanlah Perangai beliauÂ…Datuk Murad tidak pernah mengeluarkan kata-kata kesat 
terhadap sesiapa pun sepanjang bertahun-tahun saya mengenali beliau. Saya yakin beliau 
telah ditekan dan dipaksa untuk membuat kenyataan tersebut; dan saya juga yakin bahawa 
ini semua adalah kerja kumpulan yang sama yang bertanggungjawab memfitnah Datuk Seri 
Anwar Ibrahim.]

SAYA CUMA NAK TULIS DI SINI BAHAWA SAYA SETUJU 100% DENGAN KENYATAAN PUAN MARINA INI!!.

Kenapa?

Ini sebabnya:

Datuk Murad yang 'kami' kenali ialah seorang manusia yang berhati pemurah, penuh ihsan 
dengan semua orang. Kalau tak percaya, silalah berkunjung ke Kampung Ketior di Kuala 
Kangsar; saudara-saudara semua boleh tanya orang-orang kampung di situ siapakan 
manusia bernama Datuk Murad ini; saudara boleh minta tolong mereka tunjukkan di 
manakah tanah miliknya, yg dibeli dengan wang ringgit sendiri, kemudian diwakafkan 
sebagai tanah perkuburan.

Kalau rajin, silalah soal siasat tengok pakcik-pakcik mana yang pernah datang ke rumah 
beliau secara peribadi - memohon bantuan kewangan di kala tersepit, tanyalah kot-kot 
ada yang tidak pernah dilayannya.

Kalau lagi rajin, silalah tanya dua orang Hafiz yang mendapat tajaan ikhlas Datuk 
murad sepanjang pengajian mereka tanpa diminta bayaran balik walau sekupang jua pun.

Banyak lagi cerita-cerita positif mengenai Datuk Murad, yang menyebabkan saya dari 
awal-awal lagi tidak dapat mempercayai bahawa Datuk Murad sanggup mengeluarkan 
kenyataan tersebut secara sukarela.

Walau pun begitu, Datuk Murad yang 'kami' kenali ada beberapa kelemahan yang agak 
ketara; selain daripada tak mampu nak kata "NO" , beliau juga jenis manusia yang 
mempercayai orang lain membabi buta.

Contoh tak boleh kata "NO", kalau orang kampung datang berjumpa nak minta bantuan, 
anak sekolah ka, nak buat masjid ka apa-apa ka, kot mana susah pun mesti nak 
ditolongnya. Kadang-kadang beliau tidak langsung memeriksa benar sahihnya. Ini mungkin 
baik dari satu sudut, tapi dari sudut yang lain ia memberi peluang kepada orang yang 
tidak ikhlas atau berniat jahat untuk memperkudakannya.

KELEMAHAN BELIAU INI MUNGKIN SEDANG DIPERGUNAKAN OLEH KUNCU-KUNCU 'ORANG ITU'  DALAM 
KES MASTER A/C 3 BILLION RINGGIT INI!!

Kelemahan Datuk Murad yang kedua ialah terlalu mempercayai orang bawahnya atau pun 
orang-orang yang rapat dengannya.

Contoh: Kalau sesiapa rajin, silalah berkunjung ke rumah Datuk Murad dan silalah tanya 
orang gaji dan orang-orang suruhannya, berapa banyak belanja dapur/rumah sebulan yang 
Datuk Murad peruntukkan, dan berapa banyak pula yang betul-betul dibelanjakan mereka? 

Jangan terkejut tuan-tuan, kalau orang-orang suruhan beliau itu bagitahu bahawa duit 
balance belanja dapur itu, yang terus masuk ke dalam poket mereka, jumlahnya lebih 
banyak daripada gaji tuan-tuan!!

SIFAT DAT

H-Net* SIAPA KATA Dr. Mahathir Jahil Agama? - reply

1999-10-31 Terurut Topik pakdinn


 *~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
 {Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
 {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
 *~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~
Assalamualaikum,

Ha'a, siapa pulak yang pandai-pandai dok pi tuduh Dr Mahathir jahil agama?

Kalau dia jahil tak kan dia sanggup berdebat sakan dengan Ustaz Ahmad Awang (YDP PUM) 
masa Ustaz kerja kat jabatan Perdana Menteri dulu; hangpa tau dak tajuk apa depa debat?

"DR MAHATHIR KATA SELAMAT PAGI TU SAMALAH DENGAN ASSALAMUALAIKUM!!"

[Ish, ish!!]

Satu lagi, kadang-kadang hangpa dok tuduh Mahathir jahil agama, tapi hangpa tak dak 
bukti.salah wei, silap-silap dia boleh bawa hangpa ke mahkamah... bukan takat kena 
saman malu, silap-silap boleh kena tahan ISA sebab boleh dituduh sebagai ejen asing 
yang cuba menjatuhkan kerajaan. Bahaya wei!!

Lagi satu, kalau hangpa balik kampung musim cuti sekolah nak mai ini; kalau 
ditakdirkan timbul lagi cerita "Siapa Kata Mahathir Jahil Agama"; maka janganlah segan 
silu, jawablah dengan lidah yang terang lagi fasihSesungguhnya Dr Mahathir itu 
memang jahil agama, jahil murakkab. berdasarkan kenyataan2 beliau yang berikut:

"Apabila hukum rejam dengan batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada 
pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan." [Mahathir Mohamad 
- Interview dengan media massa, 14 Julai 1992]

" Hudud tidak boleh dilaksanakan kerana sukar mendapat saksi yang tidak fasik."
(Mahathir Mohamad - ucapan di Pusat Bahasa Arab Nilam Puri,Kelantan, 3 Mac 1994)

"Al-Quran perlu ditafsirkan semula untuk disesuaikan dengan keadaan masa kini."
(Mahathir Mohamad - ucapan di Pasir Mas, 14 Ogos 1994)

"Saya memastikan bahawa negeri-negeri yang diperintahkan Barisan Nasional tidak akan 
melaksanakan hukum hudud." (Mahathir Mohamad - interview selepas sidang Majlis 
Tertinggi UMNO, 1994)

"Hukum rejam kepada penzina adalah primitif."
(Mahathir Mohamad - interview di Nilam Puri, 3 Mac 1994)

"Kita (kerajaan pusat) akan mengambil tindakan jika Kelantan meneruskan usaha 
melaksanakan hudud."
(Mahathir Mohamad - ucapan di Nilam Puri, 3 Mac 1994)

"Al-Quran mestilah ditafsir semula untuk disesuaikan dengan zaman dan keadaan."
(Mahathir Mohamad - majlis IKIM, 10 Ogos 1994)

HA, MEMANG BETOILAH SIAPA-SIAPA YANG KATA DR MAHATHIR  JAHIL DALAM AGAMA!! 

Pilihanraya ini nak pangkah dia lagi?

Wassalam,
Pakdin



---
Get free personalized email at http://www.iname.com

 
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED])
 

Pengirim: [EMAIL PROTECTED]



H-Net* Pandangan dr celah tingkap - reply

1999-10-28 Terurut Topik pakdinn


 *~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
 {Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
 {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
 *~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~
Assalamaualaikum saudari Juliana,

Hari ini saya ingin membawa saudari menyelami Sejarah UMNO serta Asas dan Tujuan 
Penubuhannya, dan sama ada perjuangan UMNO yang ada hari ini benar-benar relevan 
dengan tujuan penubuhan asalnya. 

Orang mungkin bertanya kenapa saya masih nak bercakap mengenai UMNO lagi sedangkan 
saya sudah pun keluar dari
UMNO. Saya sendiri tak pasti tetapi satu benda yang pasti, walaupun sudah tidak 
bersama UMNO, tapi jauh di sudut hati masih terasa semacam ada 'satu ikatan yang belum 
terurai' antara diri saya dan parti UMNO yang pernah saya anggotai dulu. Maka di sini, 
izinkan saya meluahkan isi hati saya dengan seikhlas mungkin. 

UMNO dilahirkan dalam Istana Besar Johor Bahru tanggal 11 Mei 1946. Ianya lahir hasil 
daripada Kongres Melayu
Pertama yang berlansung di Kuala Lumpur dari 1 hingga 4 March 1946. Kongress ini 
diwujudkan sebagai kemuncak
kepada perjuangan orang-orang Melayu menentang Malayan Union pada ketika itu. Antara 
lain Malayan Union mengatakan bahawa kuasa orang Melayu selama ini yang dipegang oleh 
Raja2 Melayu akan diambil alih oleh seorang Gabenor Kulit Putih dan taraf 
kewarnegaraan akan diberikan kepada semua imigran2 yang dibawa masuk ke Tanah Melayu 
menjadikan mereka dan penduduk asal bangsa Melayu mempunyai taraf yg sama di sisi 
perlembagaan. 

INILAH PERJUANGAN UMNO ASAL YANG SAYA KENALI, DAN KERANA ITULAH SAYA MEMILIH UMNO 
SEBAGAI WADAH PERJUANGAN SAYA SUATU KETIKA DAHULU! 

Sesungguhnya, sebagai anak Melayu, saya tidak pernah ada rasa benci kepada perjuangan 
UMNO yang asal. Walaupun orang mungkin kata saya bersifat assobiyah, tetapi dengan 
sedikit ilmu yang cetek ini, berani saya katakan
bahawa UMNO asal yang ditubuhkan pada bulan Mei 1946 itu adalah satu jemaah Islam sama 
seperti mana JIM dan
ABIM yang ada hari ini. Cumanya, hari ini UMNO yang saya kenali itu sudah jauh 
terpesong dari matlamat perjuangan
asalnya; kerana itu saya tidak punya pilihan lain selain memufarakahkan diri keluar 
dari kelompok yang sesat ini! 

Lihatlah Perlembagaan atau ASAS dan TUJUAN penubuhan UMNO asal ini; begitu ideal dan 
begitu mempersonakan
sekali: 

1. Mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan negara.
2. Mendukung dan mempertahankan Perlembagaan Negara, Perlembagaan Negeri-Negeri dan 
Raja Berperlembagaan.
3. Menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam, agama rasmi negara serta menghormati 
prinsip kebebasan
beragama. 
4. Mempertahankan kedaulatan rakyat dan keadilan sosial dengan mengamalkan Sistem 
Pemerintahan Demokrasi
Berparlimen serta memajukan ekonomi rakyat Melayu dan Bumiputera khasnya dan rakyat 
Malaysia amnya. .
5. Menjamin kedudukan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu) sebagai bahasa rasmi tunggal 
dan Kebudayaan
Kebangsaan yang berteraskan Kebudayaan Melayu.
6. Mewujudkan kerjasama antara kaum bagi melahirkan satu bangsa Malaysia yang kuat dan 
bersatu berasaskan
kepada Hak-hak Asasi Manusia dan Hak -Hak Istimewa Orang Melayu. 

TAK RASA NAK TERGELAK KA TENGOK UMNO DR MAHATHIR HARI INI KALAU NAK BANDING DENGAN 
TUJUAN PENUBUHAN UMNO YANG ASAL!! . 

Mai kita tengok betul ke tidaknya. 

ASAS DAN TUJUAN UMNO. 

1. Mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan negara. 

PENAT-PENAT DATUK BAHAMAN, TOK JANGGUT, MAT KILAU DAN TOK NENEK KITA DULU2 BERJUANG 
UNTUK KEMERDEKAAN, HASILNYA SIAPA DAPAT?.KEK EKONOMI NEGARA TAK
SAMPAI 30% KEPUNYAAN ORANG MELAYU ORANG ISLAM. SUDAH LA TU, KALAU DI'ZOOM' LAGI, KEK 
YG 30% TU PULA MAJORITYNYA ADA DI TANGAN KAUM KERABAT DAN HANDAI TAULAN
DR MAHATHIR, DAIM RAFIDAH DAN YANG SEWAKTU DENGANNYA; BUKANNYA MILIK SERATA UNTUK 
SEMUA ANAK MELAYU. NEGARA BERDAULAT.TAPI ANAK-ANAK PRIBUMI MASIH
HIDUP MELARAT.NAK MASUK UNIVERSITY PUN SUDAH TAK LARAT SEBAB NAK KENA BAYAR LIMA 
ENAM RIBU UNTUK HABUAN PUAK2 KORPORAT!! 

2. Mendukung dan mempertahankan Perlembagaan Negara, Perlembagaan Negeri-Negeri dan 
Raja Berperlembagaan. 

DUKUNG KEPALA HOTAK HANGPA!

PERLEMBAGAAN NEGARA SUDAH TIDAK DIDUKUNG LAGI TAPI SUDAH JADI MACAM DUGUNG, DICAMPAK 
KE SANA KE SINI IKUT SEDAP HATI! 

IKUT PERLEMBAGAAN NEGARA, HAKIM SEPATUTNYA BERFUNGSI SECARA INDEPENDENT ATAU SECARA 
BERASINGAN, TAPI HARI INI HAKIM DAH JADI MACAM BERUK - MAHATHIR KATA PANJAT, 
PANJATKALAU TAK PANJAT NANTI KENA JOLOK JUBUR MACAM MUNAWAR, MACAM SUKMA, MACAM 
MALEK HUSSEIN DAN MUNGKIN MACAM BEBERAPA ORANG LAGI YANG SEGAN NAK BAGITAU KAT KITA!! 

[Kerana itu saya tak hairan bila ada orang buat lawak kata Zahid Hamidi dah jadi 
senyap sebab dia dah kena jentik teloq masa kena tahan ISA dulu!!] 

3. Menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam, aga

H-Net* Gus Dur - ulasan tambahan

1999-10-27 Terurut Topik pakdinn


 *~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
 {Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
 {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
 *~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~
Assalamualaikum,

Cerita Gus Dur dan Indonesia ini, kalau nak ditulis, memang  boleh dibuat buku. Apa 
yang kita cuba sentuh cumalah sedikit iktibar panduan bersama.

Terus terang, kita tidak seharusnya meletakkan harapan yang tinggi kepada Gus Dur 
kerana banyak tanda-tanda menunjukkan perjuangan menegakkan Islam di bumi Indonesia 
masih lagi jauh daripada sasaran.

Pun begitu, satu benda yang agak ketara, kerajaan BN pimpinan UMNO nampaknya begitu 
gelisah sekali dengan perkembangan terbaru di Indonesia ini. Contoh yang paling ketara 
ialah:

Tatkala mana Harakah keluaran 25 October 1999 mengalu-alukan dengan penuh rasa gembira 
kejayaan Gus Dur , Berita Harian keluaran hari yang sama cuba memburuk-burukkan Gus 
Dur dengan menyiarkan beberapa berita negetif mengenai beliau.

Antara yang sempat saya baca:

Berita Harian keluaran 25/10/99 menyiarkan satu article yang antara lain menceritakan 
bagaimana Gus Dur pernah berkata:

"Penganut Agama Kristian lebih rapat dengan Tuhan mereka berbanding dengan penganut 
Islam, kerana penganut Kristian berbisik ketika berbicara dengan Tuhan mereka, 
sedangkan penganut Islam menjerit menggunakan pembesar suara ketika berhadapan dengan 
Tuhan "

Kita tak pasti sama ada Gus Dur pernah bercakap demikian, atau pun mungkin dia cuma 
berlawak sahaja, wallah hu aklam.

Apa-apa pun, Gus Dur walau pun dipanggil ulamak dan dianggap sebagai Tuan Guru oleh 
pengikut-pengikutnya tetapi taraf ulamak beliau itu tidaklah mencapai tahap ulamak 
menurut piawaian masyarakat kita. Contoh yang paling ketara, beliau tanpa was-awas 
terus memegang erat tangan Megawati selepas Megawati diiytiharkan menang jawatan Naib 
Presiden, sambil berkata:

"Saya bersama-sama Megawati hari ini menyambut kemerdekaan negara kita kali ke-dua 
selepas Sukarno mengisytiharkannya pada tahun 1945" [FEER 28/10/99]

YA, KITA JUGA INGIN MELIHAT PEMIMPIN BARISAN ALTERNATIF MEMBUAT UCAPAN YANG SAMA 
SEKIRANYA BA MENANG KELAK, TETAPI KITA TENTUNYA TAK INGIN MELIHAT USTAZ FADZIL 
MEMEGANG TANGAN DR WAN AZIZAH SEPERTI MANA YANG DILAKUKAN OLEH GUS DUR TERHADAP 
MEGAWATI!!

[Pointnya - ada benda yang kita boleh pelajari dari Indonesia, ada yang tidak]

Saya cuba membuat sedikit research mengenai latarbelakang politik Gus Dur; antara 
banyak-banyak perangai dan fe'el dia, cuma satu yang saya rasa amat wajar ditonjolkan 
kepada umum, terutamanya kepada para pemimpin Barisan Alternatif.

Saya melihat sepanjang perjalanan Gus Dur ke persada pemerintahan negara, dalam banyak 
hal, beliau lebih gemar mengambil jalan tengah, cuba menjadi 'orang tua' sebagai 
perantara antara berbagai kumpulan tatkala mana suasanan politik, ekonomi dan 
ketenteraman awam Indonesia berada dalam keadaan tegang.

Dalam konfrontasi pertengahan November tahun lalu di antara tentera kerajaan dan 
penunjuk2 perasaan, yang menolak legimitacy atau kesahihan kerajaan BJ Habibie yang 
mengambil alih pemerintahan selepas kejatuhan Suharto; pada mulanya tidak ada 
mana-mana pemimpin yang sanggup mengambil risiko untuk ke hadapan bagi mententeramkan 
keadaan.

Sebaliknya, yang berlaku ialah kemunculan beberapa kumpulan radikal bangun untuk 
memimpin gerakan rakyat. Mereka berjaya menghimpun beribu-ribu orang pelajar untuk 
terus berdemo bagi menggagalkan kerajaan Bj Habibie yg dilihat mereka sebagai 
kroni-kroni kepada Suharto. Contohnya, beribu-ribu orang turun menunjuk perasaan 
menentang Sessi Khas persidangan parlimen kerajaan BJ Habibie daripada berlansung.

Apabila pelajar-pelajar ini diserang oleh gangster-gangster yang dilatih khas oleh 
pihak tentera (yang menembak mati 6 orang penunjuk perasaan di Jambatan Semanggi, 
Jakarta, hampir sejuta orang turun untuk membantu mereka. Ini menyebabkan kerajaan BJ 
Habibie yang tersedia lemah menjadi bertambah nazak. [Sumber: Berita ANTARA].

Dalam suasana yang sedemikian, negara Indonesia berada dalam keadaan yang penuh chaos, 
huru hara, lintang pukang dan teramat nazak sekali.

Maka, di kala itu, di kala mana tidak ada pemimpin-pemimpin politik yang berani ke 
hadapan, lalu muncullah Gus Dur cuba menyelamatkan keadaan. Kalau mahu, beliau boleh 
terus saja bersama-sama dengan kumpulan pelajar-pelajar berkenaan, tetapi beliau tidak 
berbuat demikian; sebaliknya beliau meminta semua pihak supaya berdamai - bukan 
setakat berdamai dengan kerajaan boneka BJ Habibie tetapi juga berdamai dan memaafkan 
Suharto.

Akhbar Kompas keluaran Dec 7 melaporkan bahawa bagi Gus Dur cara untuk mencegah 
daripada berlakunya Revolusi sosial ialah dengan mewujudkan persefahaman antara 
kesemua kumpulan yang

H-Net* personal reply

1999-10-26 Terurut Topik pakdinn


 *~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
 {Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
 {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
 *~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~
Assalamualaikum,

Saya sering menerima berbagai reply dan feedback untuk tulisan ulasan mingguan yang 
tersiar; di bawah ini saya paparkan sebahagian daripada personal reply untuk Ulasan 
Mingguan mengenai perlantikan Gus Dur sebagai Presiden ke-4 Indonesia.

Moga ada manafaatnya,
Pakdin



"mrashdan" wrote:

Assalamu'alaikum..
Suatu sudut ulasan yang menarik dan munasabah, malah boleh disifatkan sebagai 
begitulah realitinya..

Sememangnya ada perwakilan-perwakilan daripada PAN, PKB serta beberapa partai politik 
yang turut serta pada Pemilu lepas,yang menziarahi anak-anak Indonesia di IPT 
Malaysia.Disuarakan pada ketika itu, biar Pak Habibie, biar Amien Rais,namun untuk 
membiarkan Megawati bergelar Presiden Indonesia,tidak sekali..Gus Dur juga dilihat 
pada ketika itu sebagai sekutu rapat Megawati juga bersifat tidak 
Islamik..nah..hasilnya sekarang..Presiden & Naib Presiden!..

Dan keadaan mendesak Pak Habibie,Amien Rais, melepaskan
pencalonan mereka semata-mata ingin melihat Islam berada kukuh di 
Indonesia..Alhamdulillah..sekurang-kurang tampuk pemerintahan berada pada umat 
Islam.Itulah pengorbanan, demi agama Islam..

Kita tunggu dan lihat perkembangan politik tanah jiran
kita..selari meninjau kemampuan kita umat Islam Malaysia merubah kepimpinan politik 
negara sendiri..negara kita tanggungjawab kita..agama kita tanggungjawab umat Islam 
seluruhnya.

wassalam.
=

"wan falah" wrote:
..MANA SATU ISLAM???PASUMNO???DUA2 PARTI YG NGAKU AGAMA ISLAM.YG 
KEDUA2 MAIN2 POLITIK...WAALLAHUA'LAM...MOGA2 ORG YG BAWAK CERITA NI KENE 
SEDAR JGN BERSABDA2 SEMCM NABI.
SERAHLAH PADA ALLAHH...ALLAH YG MAHA 
KETAHUIAMINNN

(AKU ELOK JER SOLAT KAT RUMAH TAK DE SAPE NAK
KACAU...ALHAMDULILLAHH ALLAH HU AKBARRR)

===

"saifullizwan" wrote:
ASSALAM MU'ALAIKUM WRTH! SALAM SEJAHTERA KAHS BUAT PAKDINN DAN SEKUTU DI GERAK SEMOGA 
SIHAT WAL'AFIAT, BERJAYA DAN SELAMAT HENDAKNYA BAIK DI DUNIA 
MAHUPUN DI AKHIRAT NANTI...AMIN! 

ALHAMDULILLAH! AKHIRNYA APA YANG SAYA CITAKAN SELAMA INI SUDAH MENJADI KENYATAAN. 
SEBENARNYA SAYA SANGAT GEMBIRA ATAS PERISTIWA PERLANTIKAN PRESIDEN INDONESIA ITU. IA 
ADALAH SEORANG ULAMA YANG DISEGANI. BAGAIMANA PULA MALAYSIA? SAYA SUKA ULANG KEMBALI 
INGATAN SAYA DARI SATU HADIS NABI MUHAMMAD SAW YANG PERNAH DITANYA OLEH PARA SAHABAT 
TENTANG KEBANGKITAN SEMULA UMAT MUHAMMAD (KEBANGKITAN ISLAM)DI AKHIR ZAMAN NANTI. 

SABDA RASULULLAH SAW : "UMATKU AKAN BANGKIT SEMULA DI AKHIR ZAMAN NANTI BERMULA DARI 
SEBELAH TIMUR!" 

BERDASARKAN HADIS INI, SAYA SELALU TERTANYA - TANYA PADA DIRI SAYA; BILA AGAKNYA? 
SEBELAH TIMUR?! KITA PUN SEBELAH TIMUR NI? INDONESIA DAN MALAYSIA DAN BRUNEI DAN 
SELATAN THAILAND MEMPUNYAI PENDUDUK ISLAMNYA YANG RAMAI. 
ADAKAH KEBANGKITAN ITU AKAN BERLAKU DI SINI? DI ASIA TENGGARA? 
ALLAH HU AKBAR! WALLAH HU A'LAM

===

"idrus latif" wrote:

"  wrote:
> Dear Idrus,
> I found this article in my e-mail today. Just a
> though.

My concern is that although Gus and Mega is the number
one and number two but largely the cabinet members are
filled with Golkars. Therefore , in the long run it
might be possible that reforms might not be able to be
implemented in Indonesia.

The articles that you transmitted to me highlighted
the writers worry about DAP and the elements of
non-Malays in KeADILan. I am more concern about
cheating in the election and the fact that there will
be no election.

The Malay dominance will not be affected as long as
Pas is the dominant component in the BA. I would like
to see the situation that Anwar is the PM as wanted by
many but the core cabinet positions are handled by
PAS. 

I got to go now... Reformasi
===


---
Get free personalized email at http://www.iname.com

 
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED])
 

Pengirim: [EMAIL PROTECTED]



H-Net* ulasan mingguan

1999-10-25 Terurut Topik pakdinn


 *~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
 {Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
 {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
 *~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~
Assalamualaikum,

Sepanjang minggu lalu dan sehingga minggu ini, minggu terakhir bulan October 1999, 
orang masih memperkatakan mengenai perlantikan Kyai Haji Abdurrahman Ad Dakhil bin 
Kyai Wahid Hashim atau nama ringkasnya GUS DUR sebagai Presiden ke-4 Republik 
Indonesia.

Telah banyak diulas orang mengenai perlantikan beliau ini; apa kata kalau kali ini 
kita cuba ulas dari sudut yang sedikit berbeza.

Saya secara peribadi rasa agak terpegun dengan permainan politik 'kaum Muslim' di 
Indonesia ini; bukannya apa, jika lihat hasil Pemilu (pilihanraya) Indonesia tempoh 
hari, kita dapat melihat dengan jelas bagaimana Parti PDI-Perjuangan pimpinan Megawati 
Sukarnoputri jauh ke hadapan berbanding dengan parti-parti lain. Yang membezakan parti 
Megawati dengan parti-parti lain ini ialah PDI-Perjuangan rata-rata calunnya adalah 
bukan Islam sedangkan parti-parti seperti Golkar, PKB, PAN, PPP dan lain-lain lagi 
adalah mewakili satu kumpulan manusia Indonesia - beragama Islam.

DENGAN KATA LAIN, DALAM PILIHANRAYA YANG LALU, PDI-PERJUANGAN PIMPINAN MEGAWATI YANG 
DIDOKONG PERKUMPULAN KRISTIAN DAN SEKULAR TELAH BERJAYA MENGALAHKAN SATU KUMPULAN 
BESAR UMMAT ISLAM INDONESIA YANG BERPECAH BELAH KEPADA BEBERAPA PERKUMPULAN YANG LEBIH 
KECIL!

[Lantas, kemenangan Gus Dur ke atas Megawati untuk pertandingan jawatan Presiden 
dengan pukulan 373 vs 313 boleh dikira amat menakjubkan].

Tidak hairanlah penyokong-penyokong Megawati merusuh sepanjang jalan selepas keputusan 
pemilihan jawatan presiden diumumkan!

Jadi, apa sebenarnya yang berlaku dan yang paling penting apa yang kita di Malaysia 
ini boleh mengambil pengajaran drpd peristiwa berkenaan?

Begini:

Di Malaysia, seandainya UMNO boleh diumpamakan seperti GOLKAR yang begitu angkuh di 
zaman kemuncaknya tetapi menjadi seperti tikus mondok di zaman kejatuhannya, dan 
gerakan reformasi Malaysia (PKN) diibaratkan seperti Parti Fraksi Nasional (PAN dan 
Parti Keadilan), maka PAS pula walau pun mungkin ramai yang tak bersetuju dengan 
analogi saya, sedikit sebanyak bolehlah diibaratkan seperti Parti Kebangkitan Bangsa 
(PKB) pimpinan Gus Dur.

Maka siapa pula yang mewakili Megawati PDI-Perjuangan?

Jawapannya ada di benak setiap kita, iaitu siapa-siapa sahaja tak kira kawan atau 
lawan yang ingin melihat ketuanan Melayu Islam hancur di bumi Malaysia!!

SENGAJA SAYA TIMBULKAN ISU INI KERANA SEJAK AKHIR-AKHIR INI, SAYA SERING MENERIMA 
EMAIL MENYATAKAN RASA GUSAR AKAN MASA DEPAN KETUANAN MELAYU ISLAM DI BUMI MALAYSIA 
SEKIRANYA BARISAN ALTERNATIF MENGUASAI KERAJAAN.

Lihatlah betap liciknya permainan politik saudara-saudara seislam kita di Indonesia 
sana; dalam kerangka usaha mereka menjatuhkan pemerintah yang selama ini begitu 
berdendam dan memusuhi gerakan Islam, mereka yang pada asalnya kerana berbeza 
pendapat, telah berpecah kepada beberapa kumpulan kecil; tetapi akhirnya di atas 
keikhlasan perjuangan masing2, mereka kemudiannya telah dibukakan hati untuk bersatu 
pada 20 October 1999, tanggal penting untuk pemilihan jawatan Presiden.

Pada asalnya ramai calun dijangka bertanding untuk jawatan Presiden itu; antaranya 
ialah Amien Rais (PAN), Bacharudddin Jusuf Habibie (Golkar), Jeneral Wiranto dan juga 
Gusdur, Megawati serta Hamzah Haz dari PPP.

Akhirnya, sejarah menyaksikan betapa Amien Rais sendiri yang mencalunkan Gus Dur untuk 
jawatan Presiden dengan membawa bersamanya sokongan padu dari Parti Fraksi Nasional 
(PAN dan Parti Keadilan). Penarikan diri oleh Jen Wiranto dan juga oleh BJ Habibie 
disertai sokongan padu dari parti GOLKAR  terhadap pencalunan Gus Dur telah memberi 
ruang kepada kaum Islam Indonesia untuk menerajui kerajaan.

Cuba bayangkan GOLKAR sebagai UMNO dan Gus Dur mewakili PAS serta Amien Rais mewakili 
PKN (sebut ABIM, JIM, ISMA dan yang sewaktu dengannya); walau pun lima enam tahun 
dahulu; ketiga-tiga puak ini selalu 'bertempur' bagai nak rak tetapi apabila ketuanan 
'Bangsa Indonesia Islam' atau di Malaysia dikenali sebagai ketuanan 'Melayu Islam' 
berada di persimpangan jalan; maka suka ka tak suka ketiga-tiga kumpulan ini tidak ada 
pilihan lain, melainkan terpaksa bersatu semula!!

INILAH YANG TELAH KITA LIHAT SEMASA TRAGEDI 13 MEI, SEMASA KES KG RAWA DAN JUGA SEMASA 
ZAMAN MALAYAN UNION - ORANG2 MELAYU ISLAM DI BUMI MALAYSIA INI,  WALAU TERUK SEKALI 
MANA PUN KITA BERPECAH, SELAGI MASIH ADA SYAHADAH DI DADA, INSYAALLAH  CARIK-CARIK 
BULU AYAM, AKHIRNYA BERCANTUM JUA!!

Perjuangan kita sekarang ialah menentang kezaliman dan menegakkan keadilan; dan yang 
paling terutama sekali ialah menjatuhkan kepimpinan y

H-Net* Banjir di sana sini

1999-10-24 Terurut Topik pakdinn


 *~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
 {Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
 {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
 *~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~
Assalamualaikum,

Ish, tak puas hati sungguh!

Dua tiga hari ni hujan lebat dan banjir merata jalan, tapi bila tengok berita, tak dak 
apa-apa pun.

Di sebelah utara ni (Kedah/Penang), dah dekat tiga hari dah hujan turun tak 
berenti-renti, tambah-tambah malam tadi (24/10) tatkala mana BN menyambut ulangtahun 
25 tahun penubuhan mereka. Di sebelah Kedah, saya tengok poster merata jalan ajak 
orang mai berkumpul di Tapak Pasar Malam Sungai Petani untuk menyambut ulangtahun itu, 
tapi kesian kat depamalam tadi adalah malam yang paling lebat hujan turun!

Saya balik ke Kedah kelmarin (ahad), malam tadi bila nak mai balik Penang, kena lalu 
paling kurang 3 kawasan banjir; hak dua tu okay jugak sebab air tenang, tapi yang satu 
tu, air bukan main deras, puas saya hembus baca jampi kiri kanan takut2 kereta 
tersangkut di bawa arus ke tepibergegar la jugak rasa badan kereta tu.

Balik rumah, hujan terus mencurah2 turun sampai pagi; agaknya mungkin langit pun 
tumpang bersedih dengan sambutan ulangtahun ke-25 BN ni.

Paginya, nak mai kerja, mak dato'.banjir lagi, jem merata jalan. Bukak Radio 
(104.4), Laporan Lalulintas, la, banjiq bukan takat di Penang atau Kedah, tapi melarat 
sampai ke Lembah Kelang. Ada pemanggil dari Sungai Karang (Lupa pulak Batu Karang ka 
Kuala Karang ka atau Sungai Karang, Selangor) dan jugak dari Kelang cakap di sebelah 
sana pun banjir juga.

Kemudian, dengar pula berita pukul 9.00 am; berita RTMcuma ada 3 berita utama:

1. Berita ucapan PM masa sambutan Ulangtahun BN malam tadi.

2. Berita Mustapa Mohamad cakap kerajaan dlm process nak bina 100 buah sekolah 
barudekat pilihanraya dah kot.

3. Berita Ferrari dan litar lumba F1 yang baru  berlalu..

MANA CERITA BANJIRNYA???

La, cerita banjiaq yang tak ada kena mengena dengan politik ni pun nak 
sensordpelik, pelik...


Wassalam,
Pakdin



---
Get free personalized email at http://www.iname.com

 
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED])
 

Pengirim: [EMAIL PROTECTED]



H-Net* Holy fighting - reply

1999-10-22 Terurut Topik pakdinn


 *~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
 {Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
 {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
 *~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~
Assalamualaikum,

Nak tumpang bagi pendapat dalam isu di atas:

Bismillah hirrah manirrahim,

Cakap pasal jihad, saya rasa malu kat diri sendiri nak reply email dari 
[EMAIL PROTECTED] ini; bukannya apa, org lain dok sibuk nak turun padang pi 
berjihad di Afghan/Khasmir/Moro dsg, kita cuma boleh berlagak menulis kat depan PC ni 
macam kita tau semua benda; sedangkan kalau betul2 jihad meletup kat depan mata, 
rasanya kita dulu yg lari

Ikhlas dari hati, saya memang kalau boleh nak mati syahid, dan saya yakin semua orang 
yang ada syahadah kat dalam dirinya mesti ada kalau tak banyak pun, sekurang2nya 
pernah berdetik kat hujung hati, kalau boleh kita ni nak mati syahidtak kiralah 
amalan agama dan amal ibadat kita lintang pukang sekali pun. 

Contohnya, masa timbul isu Kg Rawa; ada ramai pemuda2 termasuk Mat2 Rock yg kena masuk 
lokap pasal sanggup pi ke depan nak menghalang/melawan gangster2 hindu yg dok pi 
lempar bom api di merata masjid di Pulau Pinang.  Menurut sorang sahabat yg ditahan 
satu lokap dgn depa, ada sorang mat Rock tu sembahyang pun tak berapa reti. Bila pak 
dia mai nak jamin, pak dia tanya, "Pasal apa depa tahan hang mat?". Dia kata, "Check 
tak kira pak, check nak mati syahid, check nak lawan hindu tu nak bakar masjid kita"!!.

PENDEKNYA: SAMA ADA KITA PERASAN ATAU TIDAK, KALAU KITA BERTAFAKUR SEKEJAP, KITA TANYA 
BETUL2 KAT DIRI KITA, KITA SEMUA NI MEMANG ADA NIAT NAK MATI SYAHIDTAMBAH2 LAGI 
KALAU KITA TAK TAHAN DOK TENGOK ORANG HINA AGAMA KITA, HINA NABI KITA, HINA SUNNAH 
BELIAU, PERLEKEH JANGGUT BELIAU DAN SEBAGAINYA!!

Tapi, masalahnya, kita tak la berani macam Mat Rock Pulau Pinang yg saya cerita tadi. 
Bila kita nak ke depan, (jgn kata nak pi perang, nak pi demo pasal isu TOL pun kecut 
perut); kita mula terfikir:

"Ish, kalaulah jadi apa2 kat aku, sapa nak bayar kereta Pacuan 4Roda aku, siapa nak 
bayar hutang bunglow aku, siapa nak bagi makan anak2 aku, siapa nak sara adik2 aku 
sekolah, sapa nak bagi duit bulan2 kat mak pak aku, siapa nak jaga anak2 aku, dan 
lain2 lagi!!"

TERMASUK DALAM TU, MUNGKIN KITA DOK PIKIR:

"Apa nak jadi kat bini aku, entah2 lepas aku tak dak nanti, dia kahwin lain.ish, 
tak boleh bayang aih macam mana kalau bini aku dok ...dengan laki baru dia...kat rumah 
aku pulak tu...ish, torture weh kalau macam ni, tak boleh, tak boleh, tak boleh!"

Last2 sekali, kita pun kata:

"Biaq pi lah kat depa, depa nak perang depa perang lah; kalau semua org nak pi perang 
sapa pulak nak kerja membangunkan negara!!"

Kemudian, nak sedapkan hati lagi, kita pun kata:

"Alah, bekerja membangunkan negara dan mencari makan minum anak2 isteri juga satu 
ibadah, yg penting niat...niat...niat...semuanya bermula dari niat..."

LAST2 SEKALI, BILA ORANG DOK KELAM KELIBUT PI SANA SINI CARI ILMU ATAU TURUN BERJIHAD, 
KITA DOK TERCELAPAK DEPAN TV TIAP2 MALAM.TUNGGU CERITA WUKONG...MENCARI KITAB DI 
BARAT (JOURNEY TO THE WEST)!!

So, dipendekkan cerita; kekadang sebab kita rasa kita ni dah tak boleh dah nak pi line 
'jihad' dan mati syahid ni, maka secara saikologi, kita pun dok harap:

"Minta2 la bila anak aku besar nanti, dia akan jadi Mujahid macam Osama Bin Ladin".

Lalu, bila kita dapat anak lelaki yg pertama atau selepas kita dah dapat cahaya Islam 
setelah selama ini hanyut dengan arus jahiliah; kita pun kata kat orang rumah kita:

"Mak hang oi, abah rasa budak ni kita bagi nama MUHAMMAD MUJAHID kot no!!!"

Dah kita tak rasa boleh jadi mujahid, kita dok harap berkat panggilan orang kat anak 
kita nanti, insyaallah dia akan jadi Mujahid.

[Besok, anak kita pun buat macam tu jugak kat anak dia...cucu kita nama Mohamad Syahid 
Bin Muhammad Mujahid!!)

So, konklusinya:

Dalam isu yg dibawa di bawah; saya mencadangkan agar si lelaki berkenaan teruslah 
turun ke medan jihad sebelum beliau menjadi seperti kami-kami yang sedang menulis dan 
membaca hizbinet ini...

Sekian, wassalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh, moga ada manafaatnya.

Wassalam,
Pakdin


  
Saya forward again. PLEASE, WE NEED GOOD ADVISE UTK YANG PAKAR/ ADA RUANG UTK BERI
PENDAPAT for this matter. HELP US OUT. 
Sis Noraini, Abu Hanif, Ibnu Muhajir, Ali Zulfakar, pak Dinn, osman dan sesiapa yang 
ada GOOD  ADvise, please. 

Sis Bibah from @ylcorp.po.my 

Salaam utk semua warga hizbi, 

Saya nak minta pendapat : 

1. Adakah lebih baik seorang pemuda itu berjihad/holy fighting for Allah atau lebih 
baik dia berkahwin? 

2. Mana yang lebih baik, berjihad dalam status bujang atau bergelar suami? 

3

H-Net* ulasan mingguan - luahan rasa

1999-10-18 Terurut Topik pakdinn


 *~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
 {Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
 {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
 *~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~
Assalamualaikum,

Minggu lepas, minggu kedua bulan October 1999, kita mula dapat menyaksikan dengan 
jelas adegan-adegan hangat yang dilakunkan oleh beberapa watak terpilih dari kerajaan 
Barisan Nasional, yang walau pun nampak betul dari sudut permainan politik, tetapi 
amatlah merbahaya dari sudut keselamatan negara.

Cerita 13 Mei yang berlaku di ketika Hishamuddin Bin Hussein Onn masih berhingus lagi, 
cuba dihidupkan semula seolah-olah ianya baru saja semalam bermula. Tidak cukup dengan 
itu, Ling Liong Sik yang anaknya baru saja berusia 27 tahun, tapi sudah bermasalah 
hutang RM1.2 billion; seperti sudah di arah, tanpa angin tanpa taufan, tiba-tiba saja 
dengan lantang berkata:

"Any move to create an "Islamic State" would hinder the country' progress. Such a 
notion of an islamic state us turning the clock backward" - Singapore NST 6/10/99

[Terjemahan kasar:  "PENUBUHAN NEGARA ISLAM AKAN MENYEBABKAN JARUM JAM NEGARA BERPUTAR 
BERIBU-RIBU TAHUN KE BELAKANG - AKAN MENYEBABKAN NEGARA KITA MUNDUR, MISKIN, DAIF, 
MEREMPAT DAN JAUH KETINGGALAN DI BELAKANG!!"]

Yang hairannya, tak dak sapa pun dalam UMNO hatta Dr Hamid Othman Phd sekali pun yang 
berani bangun menentang penghinaan secara terang-terang terhadap agama Islam yang 
tercinta ini. Kalau pun tak berani nak bagi penampar kat Ling Leong Sik, 
sekurang-kurangnya cakaplah baik2; habag kat dia kata:

"Hello Leong Sik, kalau lu mau kondem PAS, lu kondem PAS sudahlah, janganlah dok pi 
gatal mulut kutuk agama Islam pula. Nanti, kalau itu ngaji punya orang sudah naik 
syeikh, bukan saja lu punya lumah boleh jadi padang jarak padang tekukur, tapi habis 
satu Malaysia boleh jadi macam 'OKLAHOMA'!!".

SO, KEPADA WATAK-WATAK YANG DILATIH KHAS OLEH PM MACAM LING LEONG SIK INI, KITA INGIN 
NASIHATKAN, BERHATI-HATILAH BERMAIN DENGAN MERCUN DAN BUNGA API;  YA LAH DAH DEKAT NAK 
RAYA INI, NANTI KANG ADA PULA YANG MASUK TV3, PUTUS JARI ATAU KUDUNG KAKI TANGAN TAK 
TENTU PASAL!!

Sebenarnya, walau pun isu 13 Mei dan rusuhan kaum ini sudah basi pada pandangan 
orang-orang yang berfikiran jauh macam kita, tapi kalau dimainkan betul-betul memang 
boleh mempengaruhi pengundi. Ini berdasarkan pengalaman saya secara peribadi semasa 
musim pilihraya 1995 yang lalu.

Pada asalnya, bila radio, paper dan TV tak habis-habis dok mainkan 13 Mei akan meletus 
kalau DAP dapat tawan Pulau Pinang, saya tak berapa nak ambik peduli sangat. Tapi, 
saya mula ambil kisah apabila sorang kawan rapat kat tempat kerja mai bisik kat saya 
(Cina ramai tempat kerja tu); kata dia:

"Wei, hang dah beli stok (barang2 keperluan) simpan dah ka?"

Saya tanya: "Awatnya?"

Dia kata: "Pak menakan (pakcik) aku askar, dia dengan geng2 dia dah kena hantar mai 
dekat satu batalion mai kawal Penang, depa kata kalau DAP menang, sahih jadi rusuhan".

TU DIA AIH, SAYA MASA TU ADA ANAK KECIK, GELABAH LA JUGAK, SAKGI MANA NAK CARI SUSU 
DUMEX KAT DIA PULAK.  MASA KITA KECIK-KECIK DULU, BAGI SUSU CAP JUNJUNG PUN TAK APA. 
BUDAK2 LA NI, KALAU DUMEX, DUMEX AJELAH, YANG LAIN TAK MAU TELAN!!

Nak jadi lagi gempak, cerita askar2 pakat mai turun kawal Penang ini tersebar sampai 
ke pengetahuan kawan saya berbangsa Cina; depa tanya saya betul ka? Saya kata, saya 
dengar pun macam tu jugak!

So, dipendekkan cerita, pilihanraya tahun 1995 itu, walaupun jumlah orang yang mai 
dengar ceramah Lim Kit Siang kadang2 boleh kalah jumlah orang yang dok pi Stadium 
Bandaraya tengok Penang lawan bola, tapi kerana isu 13 Mei punya pasal, Lim Kit Siang 
dan DAP kalah juga di Pulau Pinang!!

Gitulah adanya. 

Untuk tahun ini, walau pun saya dah melalui pengalaman berhadapan dengan  pilihanraya 
kotor BN tahun 1995 di Pulau Pinang, tetapi kerana saya seorang bapa yang walaupun 
kental tara mana sekali pun semangat juang saya, namun kerana selalu terngiang-ngiang 
kat telinga saya ini ucapan Dr Mahathir bahawa pilihanraya 1999 ini adalah yang 
'paling kotor' dalam sejarah Malaysia, maka nak tak nak, duit gaji bulan lepas, saya 
dah belanja separuh untuk membeli barang-barang keperluan anak bini untuk disimpan di 
kala kecemasan, cukuplah kot untuk bertahan dua tiga bulan...

CELAKA PUNYA MAHATHIR, TAHUN 1995 AKU DAH KENA, TAHUN INI PULA, KOT MANA BUAT PUN, AKU 
TERKENA JUGA!!!

Sekian, sekadar luahan rasa.

Wassalam,
Pakdin

 


---
Get free personalized email at http://www.iname.com

 
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada bod

H-Net* ulasan mingguan - 2

1999-10-08 Terurut Topik pakdinn


 *~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
 {Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
 {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
 *~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~
Assalamualaikum,

Membaca berita pertemuan 'tidak rasmi' antara anak Singa UMNO, Hamid Albar atas 
kapasitinya sebagai Menteri Luar Malaysia dengan rakan sejawatan dari negara haram 
Israel, David Levy di New York pada 26 hb September lalu membuatkan hati kita jadi 
berdegap-degup. Kita tertanya-tanya, sudah hilangkah sensitiviti negara kita ini 
dengan sejarah kekejaman dan kezaliman Israel terhadap saudara-saudara seislam kita di 
Palestine sana.

DAN, MUNGKIN KERANA SECARA KEBETULAN PERTEMUAN HAMID DAN DAVID  INI DIBUAT DALAM BULAN 
SEPTEMBER ,  TERUS IANYA MENGINGATKAN KITA KEPADA  NOSTALGIA LAMA KISAH PERJUANGAN 
KUMPULAN GERILA "THE BLACK SEPTEMBER" YANG CUKUP DIGERUNI ISRAEL SUATU KETIKA DULU!!

Untuk yang sudah lupa sejarah atau pun memang tak pernah diajar sejarah kisah 
saudara-saudara seislam kita di bumi Palestine berjuang untuk membebaskan tanah air 
mereka daripada cengkaman Yahudi, di sini saya perturunkan sedikit catatan sejarah 
untuk penghayatan bersama. Insyaallah saya akan cuba tulis seringkas mungkin.

Kalau kita baca Sejarah Israel versi Yahudi, kita akan diberitahu bahawa bumi Israel 
hari ini adalah tanah air tok nenek mereka dahulu kala; dikatakan mereka bahawa negara 
Israel ini sudah pun diduduki oleh Tok Nenek mereka sejak 1800 tahun sebelum kelahiran 
nabi Isa. Kemudian diceritakan juga bagaimana Israel dijajah bersilih ganti 
sehinggalah kerajaan British dan sekutu-kutunya mengisytiharkan Israel sebagai sebuah 
negara untuk orang2 Yahudi seluruh dunia pada tahun 1947.

Untuk pengetahuan, sejarah telah mencatatkan bahawa Jerusalem yang ketika itu berada 
di bawah pemerintahan kristian telah jatuh ke tangan tentera Islam di bawah 
pemerintahan Khalifah Umar pada tahun 638. Pada tahun 1099, Jerusalem ditawan semula 
oleh tentera Kristian. Seratus tahun kemudian, tentera Islam berjaya mengambil alih 
semula Jerusalem daripada tentera Kristian.

Selama beratus-ratus tahun lamanya selepas itu , Israel berada di bawah pemerintahan 
Khalifah Islam bersilih ganti sehinggalah penubuhan kedutaan British yang pertama di 
Jerusalem dalam pertengahan tahun 1800. Ketika itu, di ketika mana pemerintahan 
empayar Othmaniah sedang berada dalam keadaan nazak; seorang kenamaan British berdarah 
Yahudi bernama Moses Montofiore mula mencanangkan idea penubuhan negara Yahudi Israel 
pada tahun 1839. Selepas itu, kemasukan beramai-ramai orang2 Yahudi dari seluruh 
pelusuk dunia pun bermula.

Kemasukan beramai2 org2 Yahudi ini berterusan sehinggalah selepas Perang Dunia 2, di 
mana orang2 Islam sudah hilang sabar dengan keadaan ini. Di ketika keadaan makin 
meruncing, British dan sekutunya mengisytiharkan penubuhan negara Israel untuk orang 
Yahudi pada tahun 1947.

Selepas British berundur pada tahun 1948, peperangan pun meletus; setahun kemudian 
setelah genjatan senjata diisytiharkan, tentera2 Yahudi dengan bantuan sekutu baratnya 
telah berjaya menguasai sebahagian besar bumi Palestine. 

INILAH PERMULAAN KEPADA "PERJUANGAN YG BELUM SELESAI" YANG TERUS MENERUS DIPIKUL OLEH 
SAUDARA-SAUDARA SEAGAMA KITA DI BUMI PALESTINE HINGGALAH KE HARI INI!!

[Kalau siapa-siapa ada kesempatan bertemu Hamid Albar, minta tolong pi habag cerita 
ini kat dia sat!!]
  
Pada tahun 1967, berlaku peperangan antara Israel dan Mesir, Jordan serta Syria yang 
dikenali sebagai Peperangan Enam Hari, kerana setelah enam hari berperang Israel pun 
menang. Bukan takat menang, tapi mereka juga berjaya menawan Bukit golan, Tebing Barat 
, Semenanjung Gaza dan Gurun Sinai.

Sejarah mencatatkan bahawa peperangan ini dan beberapa siri peperangan sebelum dan 
selepas itu  (1948, 1956, 1967, 1973) telah mengakibatkan lebih daripada 500,000 
orang2 Palestine terpaksa melarikan diri ke negara2 berdekatan sebagai pelarian; 
menumpang teduh buat sementara dengan harapan suatu hari nanti mereka akan dapat 
kembali semula ke rumah masing-masing.

HARI INI, MASIH RAMAI LAGI YANG MASIH HIDUP SEBAGAI PELARIAN HINGGALAH KE SAAT INI - 
SAAT DI MANA HAMID ALBAR BERJABAT SALAM DENGAN DAVID LEVY DI NEGARA PAKCIK YAHUDI DI 
BUMI NEW YORK!!

Perjuangan untuk membebaskan bumi Palestine diteruskan dari luar terutama di Jordan 
yang pernah menjadi pangkalan PLO suatu ketika dulu. 

Di penghujung tahun 1960an, penculikan kapalterbang oleh gerila-gerila Palestine 
seakan sudah menjadi berita biasa. Bagi mereka, itu adalah satu cara untuk menarik 
perhatian masyarakat dunia terhadap perjuangan mereka.

Kemuncaknya ialah penculikan beberapa buah kapal terbang milik Amerika, British dan 
Switzerland secara serentak pada

H-Net* ulasan mingguan

1999-10-07 Terurut Topik pakdinn


 *~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
 {Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
 {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
 *~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~
Assalamualaikum,

Izinkan saya memberi sedikit ulasan sejarah negara sepanjang minggu pertama bulan 
October 1999 ini.

Melihat kepada lembaran suratkhabar lama seminggu yang lalu, tidak banyak benda baru 
yang mampu diperkatakan kerana kebanyakan berita  yang tersiar lebih merupakan sebagai 
predule kepada pilihanraya umum yang bakal menjelang .

Secara peribadi, isu yang paling menonjol pada pandangan mata saya ialah berita 
penangkapan anak Tuan Guru Nik Aziz atas tuduhan memukul anak muridnya. Utusan 
Malaysia melaporkan bahawa Nik Adli, 32 tahun, guru dsiplin Sekolah Menengah Agama 
Darul Anwar, Kota Bharu telah ditahan dan kemudian dibebaskan dengan ikat jamin polis 
sementara menanti tindakan selanjutnya. Menurut polis, jika didapati bersalah, Nik 
Adli boleh didakwa di bawah Kanun Keseksaan Section 324 yang boleh membawa hukuman 3 
tahun penjara.

Saya tidak ada apa-apa nak komen, cumanya saya nak tulis di sini komen spontan 
daripada seorang guru berbangsa India di sebuah sekolah menengah berdekatan. Kata 
beliau:

"What?? - Nik Aziz's Son is Only a Teacher??"
[Apa?? - Anak Nik Aziz cuma cikgu sekolah??"]

Kemudian disampuk oleh seorang guru lagi:

"Warden some more, you know!!"
[Warden pulak tu, hang tau dak?]

LA, KITA PUN TAK SANGKA, BAGI KITA BIASALAH, ANAK NIK AZIZ JADI CIKGU KA, KERANI KA, 
PEON KA, BIASA LA. TAPI, BAGI DEPA, KALAU PUN ANAK NIK AZIZ TAK JADI TAUKE KORPORAT,  
SEKURANG-KURANGNYA DAH TENTU JADI TAUKEH BALAK!!

Masyaallah, semua benda ini Tuhan nak tunjuk ini; Nik Aziz vs Mahathir - tengok anak 
siapa jadi apa?

ISH, ISH TAK BOLEH PIKIAQ AIH KALAU MIRZAN JADI WARDEN!!

Minggu ini juga kita menyaksikan dua berita gempar yang melibatkan dua konspirator 
utama kes DSAI; seorang bernama Azizan, dan seorang lagi bernama Ummi Hafilda.

Rasanya semua orang tahu dah, Azizan ditangkap dan dihukum penjara 3 bulan atas 
kesalahan khalwat; Ummi Hafilda pula dihukum bangkrap kerana tak mampu nak bayar 
hutang. Kita tahulah, dalam suasana UMNO tengah gawat berdepan dengan pilihanraya yang 
paling kritikal dalam sejarah negara kita ini, si Azizan dan si Ummi hanyalah 
sebahagian drpd buah-buah catur di atas papan catur politik negara. Ini siapa-siapa 
yang masa zaman muda dulu kaki rock, tentu pernah dengar lagu Scorpion ini, kata dia:

"Life is like a chess, if you don't  make a move, you'll loose the game"
[Hidup ini macam papan catur, kalau kita tak pandai atur langkah, maka kecundanglah 
kita!]

Jadi, bagi saya, Azizan dan Ummi sedang digunakan oleh Mahathir dan 
penasihat-penasihatnya untuk mengelabui mata masyarakat dalam menilai ketulusan sistem 
kehakiman dan perundangan negara. Bila tengok Azizan kena penjara, Ghafar Baba pun 
boleh masuk kampung kata:

"Tengok, Azizan pun kena penjara; kalau sungguh Hakim di Malaysia ini Dr Mahathir 
pegang, tentu dia tak kena masuk jel!!"

Lepas tu, bila tengok Ummi Hafilda kena isytihar Muflis - Tajol Rosli yang IQ Zero pun 
boleh ikut Ghafar Baba masuk kampung; kemudian dengan penuh konfiden cakap:

"Tengok, Ummi Hafilda pun boleh kena bangkrap; kalau sungguh dia dapat juta-juta sebab 
tolong konspirasi Anwar Ibrahim, mesti dah boleh bayar hutang tu. Alah, bukan banyak 
mana pun, RM300,000 sahaja!!"

TU DIA, PANDAI SUNGGUH DEPA!!

Yang saya boleh syak benda ini bukan pasal apa; cuba lihat keratan UM dan BH di bawah 
ketika menyiarkan berita Azizan dan Ummi Hafilda ini.

Utusan Malaysia 29 Sept 1999:

ALOR GAJAH 28 Sept. - "Saksi utama" perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, 
Azizan Abu Bakar, dihukum penjara tiga bulan dan denda berjumlah RM7,000 oleh Mahkamah 
Rendah Syariah di sini hari ini selepas dia mengaku bersalah berkhalwat dan cuba 
melakukan persetubuhan haram dengan Norhayati Saad. 

Berita Harian 7 October 1999:

KUALA LUMPUR, Rabu - Ummi Hafilda, "saksi utama" kes Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari 
ini diisytiharkan muflis oleh Mahkamah Tinggi di sini selepas gagal membayar hutang 
berjumlah RM300,000 kepada UNI-Grand Enterprise

HA, TENGOK - DUA DUA BERITA MEMULAKAN AYAT DENGAN PERKATAAN "SAKSI UTAMA". MAKNA KATA, 
AWAL BISMILLAH LAGI MEREKA NAK HABAG KATA BAHAWA ORANG KUAT KONSPIRASI PUN BOLEH KENA 
DAKWA, JADI MANA YANG DIKATAKAN MAHKAMAH DAN HAKIM ITU MAHATHIR PUNYA? 

[Ha, ni kalau kita pi cula undi dengan orang kampung, macam mana nak jawab ni?]

Minggu ini juga kita digemparkan dengan "penyalahgunaan kuasa yang tak berbelah 
bahagi" oleh Datuk Najib Tun Razak apabila beliau mengumumkan TV Pendidikan di 
sekolah2 seluruh negara akan 'diswasta'kan kepada ASTRO. Bila orang komplain kata ini 
satu lagi

H-Net* Rupa2nya Norhayati Saad adalah - reply

1999-10-01 Terurut Topik pakdinn


 *~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
 {Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
 {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
 *~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~
"Concorde" <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
Rupa2nya Norhayati Saad adalah salah seorang dari 3 orang ratu cantik yg ditangkap 
oleh MUIS dan didapati bersalah kerana berkelakuan sumbang dikhalayak ramai. Akibatnya 
Hamid Osman cadang pada Mamak Nyanyok tu supaya Ustaz Ishak Baharom mufti selangor 
dipecat. Penganjur pertandingan ratu cantik yg Norhayati Saad masuk itu ialah Umi 
Hafilda. Sekongkong betul depa.

===

Assalamualaikum,

Saya rasa kenyataan sdra Concorde di atas tak berapa benarNorhayati Saad bukanlah 
termasuk dalam 3 penama yang ditangkap MUIS dalam isu Mufti vs Ratu itu. Berikut saya 
cut & paste kan nama-nama mereka yang terlibat yang pernah saya tulis dalam salah satu 
ulasan saya suatu ketika dulu:

"Bagi yang tak ingat, kita nak cerita semula; tiga orang wanita Islam, Fahyu Hanim 
(Alor Setar), Noni Mohamad (Penang) dan Sharina Shaari (Alor Setar) telah didakwa di 
mahkamah syariah kerana mengambil bahagian dalam pertandingan ratu cantik Miss 
Malaysia Petite di Holiday Villa Hotel pada 13 Jun 1997. Dalam pertandingan itu, Fahyu 
(18 tahun) dapat no 2, Noni (19 tahun) dapat no 3, dan Sharina yang agak berusia (23 
tahun) tak dapat apa-apa!"

Ulasan detail ada saya simpan di URL:
http://www.angelfire.com/wi/ulasan/pelbagai.html

Sekadar membetul kesilapan,
Pakdin

---
Get free personalized email at http://www.iname.com

 
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED])
 

Pengirim: [EMAIL PROTECTED]



H-Net* Ulasan Sebuah Sajak - 2

1999-09-22 Terurut Topik pakdinn


 *~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
 {Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
 {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
 *~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~
Ulasan saya di bawah:

--- sbab sb <[EMAIL PROTECTED]> wrote:

 BILA  MAHATHIR MATI

 POLIS  TAK  JADI  ANJING
 SB TAK JADI MUSANG
 FRU TAK JADI SERIGALA
 KERAJAAN  TAK  JADI  KERA
 HAKIM TAK  JADI BERUK
 PEGUAM TAK JADI KALDAI
 BN TAK  JADI BABI
 AKHBAR DAN TV TAK JADI  MURAI GILA
 DAIM TAK JADI GAGAK
 RAKYAT TAK JADI TIKUS.

FIKIRKAN LAH

KITA SEMUA DIPERALATKAN

DOA KAN LAH MAHATHIR MATI CEPAT.




Assalamualaikum,

Cakap pasal Mahathir mati ini, saya teringatkan kata-kata seorang sahabat yang pernah 
menumpang kereta saya balik kerja; dalam perjalanan pulang tu, kami berbual-bual 
mengenai isu semasa; bila masuk bab DSAI dan cerita Mahathir hina nabi dan perlekeh 
ulamak, saya dengar beliau berkata:

"Tak dak ka orang nak tembak orang tua tu?"

Saya tergamam buat seketika, sebab bagi saya, seperti juga kata Mahathir tatkala 
mengulas kes keracunan Anwar, "Membunuh Bukanlah Budaya Kita!!".

Cuma saya kata:

"Saya rasa tentu dah ada orang dok ikut Mahathir ke hulu ke hilir, cuma tunggu masa 
saja".

Saya pun tak berapa pasti kenapa saya cakap macam tu, tapi nun jauh di sudut hati 
saya, saya macam dapat rasa bahawa Mahathir ini cuma tunggu masa saja nak end up jadi 
macam Anwar Sadat. Walau pun saya tak punya maklumat apa-apa mengenai pergerakan 
orang-orang Anwar, tapi penangkapan Azizan beserta aweknya tanpa baju dan seluar 
dalam, sedikit sebanyak menyakinkan saya bahawa ada 'mata-mata' yang sedang 
memerhatikan pergerakan kumpulan Enam Jahannam ini. Kalau pun telahan saya itu tidak 
benar, tapi saya yakin apa yang berlaku semuanya adalah kehendak Allah mengikut 
susuncaraNya.

Kadang-kadang, tanpa kita sedari, tindakan kita membenci Mahathir dan sekutu-kutunya 
ini bukanlah berlaku atas kehendak kita sendiri, tapi semuanya adalah atas kehendak 
Allah SWT. Saya sendiri, kadang2 naik hairan macam mana saya boleh membenci Dr 
Mahathir sampai macam ini sekali sedangkan dulunya saya begitu menyanjung beliau, 
pernah mengutus beberapa pucuk surat peribadi menyatakan rasa hormat dan sokongan yg 
tidak berbelah bahagi.  Hari ini, saya jadi phobia, tak boleh langsung tengok muka 
beliau di kaca-kaca TV; kalau keluar saja rasa macam nak baling kasut kat screen TV 
tu. Macam tu juga dengan poster-poster BN, kalau takat lambang keris atau kati saja, 
no problem; tapi kalau ada gambar Mahathir, darah saya tiba-tiba saja naik memuncak, 
nak rasanya saya koyak-koyakkan poster itu.

SAYA DOK INGAT, KALAU MACAM INI, NANTI SAYA YANG PI DULU KENA DARAH TINGGI SEDANGKAN 
DR MAHATHIR COOL SAJA, TAK MAMPUS-MAMPUS LAGI!!

Sekali tu, saya cuba slow-talk dengan orang rumah saya, cuba nak cari sebab apa 
puncanya saya boleh jadi tension sampai macam tu sekali. Cari punya cari, selain 
daripada list2 perbuatan dan kata-kata Dr Mahathir yang saya tidak suka; saya dapati 
di sana ada satu benda yang lebih besar yang saya sendiri tak pernah perasan selama 
ini. Di akhir pencarian itu, saya temui satu jawapan yang penuh pasti:

BUKAN SAYA YANG NAK BENCI DR MAHATHIR, TAPI TUHAN YANG CAMPAKKAN RASA BENCI ITU KE 
HATI SAYA, MUNGKIN KERANA HASIL DOA ALIM ULAMAK DAN ORANG AWAM YANG TERANIAYA, DAN 
MUNGKIN INI JUGA SEBAGAI TANDA BALASAN CASH DARIPADA ALLAH SWT TERHADAP SEGALA 
PENGHINAAN BELIAU TERHADAP SUNNAH RASUL JUNJUNGAN DAN HUKUM HAKAM ISLAM SELAMA INI!! 

Setelah saya menemui jawapan ini, saya tak lagi rasa tertekan apabila melihat wajah 
beliau; sebaliknya tiap kali saya lihat wajah beliau di kaca TV atau di mana-mana, 
saya tak nampak lagi beliau sebagai Dr Mahathir, tetapi lebih sebagai sekeping papan 
bak kepingan patung wayang kulit yang digunakan oleh Tok-Tok Dalang. Bagi saya, Dr 
Mahathir yang pernah saya sanjungi dulu sudah pun lama mati, yang saya nampak ini 
hanyalah sebuah jasad seperti sekeping papan yang tidak punya roh di dalam. 

AL-FATIHAH BUAT MAHATHIR!!

Berbalik kepada isu asal; kalaulah benar telahan saya bahawa ada  'mata-mata' yang 
sedang memerhatikan pergerakan kumpulan Enam Jahannam ini, terutamanya Dr Mahathir, 
maka Dr Mahathir Bin Mohamed tentunya tak tidur lena sekarang. Dan sekiranya 
'mata-mata' ini begitu professional sifatnya, mereka tentunya tidak akan bertindak 
apa-apa sebelum tiba hari pilihanraya.

KALAU BENAR ADA 'MATA-MATA' DI LUAR SANA, KITA MINTA SUPAYA MEREKA TIDAK BERBUAT 
APA-APA  SEBELUM TIBA PILIHANRAYA, KERANA KITA YAKIN SEMUA ORANG YG TIDAK PUAS HATI 
DENGAN DR MAHATHIR SEBENARNYA CUMA MENUNGGU HARI TERSEBUT UNTUK MEMBUAT KEPUTUSAN.

Setelah selesai pilihanraya, tak kira parti mana menang; tak perlu ras

H-Net* Ulasan Mingguan

1999-09-21 Terurut Topik pakdinn


 *~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
 {Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
 {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
 *~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~
Assalamualaikum,

Sedikit ulasan sejarah negara untuk minggu ke-tiga bulan September 1999.

Kalau tahun lepas, minggu ke-tiga bulan September menyaksikan penangkapan DSAI diikuti 
dengan demonstrasi berbulan-bulan lamanya, tahun ini pula suasana tak banyak berbeza. 
Isu keracunan DSAI, ditambah pula dengan cerita kulit tangannya menggelupas dan 
rambutnya gugur petanda sel-sel kulit sudah mulai mati, menambah hangatkan lagi 
suasana.

Kerana itu, di sedikit kelapangan yang ada ini, izinkan saya mengulas isu ini dari 
sudut yang sedikit berbeza. Oleh kerana ini cuma luahan hati dan pandangan peribadi 
yang tak mencerminkan pendirian mana-mana organisasi, maka tak payahlah berhujjah 
balas kalau ada yang tak berkenan di hati.

Saya yang pernah mengundi di Parlimen Permatang Pauh, yang tidak pun mengundi Datuk 
Seri Anwar semasa beliau dalam UMNO, tiba-tiba saja jadi kelu dan terkedu apabila 
mendengar cerita-cerita ini, tak sangka rupa-rupanya sampai macam tu sekali depa 
sanggup buat kepada seorang manusia yang pernah jadi kawan baik depa sendiri. Saya 
cuba pikiaq dan pikiaq, tapi otak saya tak sampai nak agak apa yang depa cuba nak buat 
sebenarnya.

Cuma saya terfikir: 

"MACAM INI PUNYA ORANG PUN DEPA MASIH LAGI BOLEH TERIMA SEBAGAI PERDANA MENTERI. SAYA 
RASA JAHAT-JAHAT SIAM PERUT HIJAU PUN, TAK DAKLAH SAMPAI PI BAGI RACUN TIKUS KAT 
TAHANAN DEPA!!"

Kalaulah benar macam Harakah tulis cerita Anwar diracun ini, saya rasa ini bukan lagi 
isu politik , tapi dah jadi isu peribadi, isu personal atau dengan kata lain dah jadi 
'personal matter', maksud kata dah jadi isu sendirian berhad. Kalau isu politik, maka 
wajarlah diselesaikan dengan cara politik; kerana itu kita bersetuju penuh dengan 
penubuhan KeADILan kerana ia memberi peluang kepada penyokong2 DSAI untuk 
menyelesaikan masalah ini melalui saluran politik. 

Tapi, bila Anwar dah kena racun, ia bukan lagi isu politik, tapi dah jadi isu 
sendirian berhad. Bila dah jadi isu sendirian berhad, wajarlah kiranya diselesaikan 
dengan cara sendirian berhad; dan menurut firasat saya pihak yang terbaik untuk 
menyelesaikan isu sendirian berhad ini ialah kaum keluarga dan kabilah Anwar sendiri - 
itu pun kalau kabilah dia masih ada semangat berkabilah macam sesetengah kaum kerabat 
kita di kampung; depa ni bila-bila masa saja kita talipon, tak kira malam atau pagi 
buta, insyaallah tanpa banyak soal depa akan bersegera tiba. Memang Islam melarang 
semangat Assobiyah atau semangat suku kaum ini, tapi saya tak rasa Islam juga melarang 
kaum keluarga kita memprotect dan melindungi kepentingan dan keselamatan (apatah lagi 
nyawa) ahli-ahli keluarga kita.

BUKANNYA APA - KITA RASA KALAU KAUM KELUARGA ANWAR SENDIRI YANG BERTINDAK SECARA 'MANO 
E MANO' DENGAN PUAK-PUAK ENAM JAHANNAM INI, INSYAALAH MASALAH INI AKAN LEBIH SEGERA 
DAPAT DISELESAIKAN TANPA MELIBATKAN KEPENTINGAN PERJUANGAN JANGKA PANJANG 
SAHABAT-SAHABAT DI LUAR SANA!!

Dengan kata lain, penyelesaian secara terbuka oleh ahli-ahli keluarga yang terlibat 
walau teruk mana sekali pun penangannya, masyarakat umum rata-ratanya boleh menerima 
ia dengan hati terbuka. Kalau ada pun sok sek sok sek, paling kuat pun cuma bertahan 
seminggu dua.

Saya bagi contoh:

Kalau sesiapa masih ingat, bagaimana seorang penyanyi dipukul dan dibelasah teruk di 
Kuantan Pahang beberapa tahun lalu kerana cuba 'be-romen' dengan anak gadis orang. Ya 
benar, mungkin salah gadis tersebut yang sanggup menjual maruah diri berpoya-poya 
dengan kumpulan penyanyi tersebut, tapi apabila penyanyi berkenaan menyalahgunakan 
peminatnya ini sebagai tempat melepaskan nafsu, maka sesuatu yang drastik perlu 
dilakukan. Kalau takat masuk mahkamah, mana bisa membayar kembali harga diri yang 
hilang; mungkin kerana itu akhirnya kaum keluarga gadis ini mengambil tindakan 
sendiri. Tentu kita masih ingat wajah abang-abang dan kaum kerabat gadis ini diusung 
polis untuk disoalsiasat, saya tak nampak pun tanda kesal di wajah mereka malah saya 
dapat melihat sinar kepuasan serta rasa bangga bertaut di dada kerana nama baik 
keluarga akhirnya berjaya ditebus.

SAMPAI HARI INI KITA TAK TAHU APA CERITANYA, TAPI YANG PASTI MARUAH KELUARGA SUDAH 
DIBELA DAN MASYARAKAT UMUM PUN TAK BERAPA MEMANDANG SERONG TINDAKAN MEREKA!!

Begitu juga dengan kisah saudara seislam kita tiga beranak yang mati ditetak di malam 
Valentine 1998 dalam rumah kontena mereka di Bandar Sunway. Kerana apa? Kerana mereka 
bertiga ini telah murtad dari agama asal, apabila disuruh kembali ke agama asal 
mereka, biar pun diugut akan dibunuh, mereka tetap istiqamah

H-Net* sembang-sembang

1999-01-17 Terurut Topik pakdinn


 *~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
 {Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
 {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
 *~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~
Assalamualaikum,

Berjalan-jalan di musim pilihanraya ini, kadang2 seronok jugak, banyak cerita yg kita 
dapat.

Sekali tu kami anak beranak singgah di rumah seorang sahabat dalam daerah Sik, kawasan 
YB Hamid Othman. Lama tak jumpa, panjang jugak kami bersembang.

Kata Makcik tuan rumah itu:

"Ish, ish la ni makin gamat sungguh nak pilihanraya; Hamid Othman yang dulu mai takat 
balai raya saja; baru ni dia mai rumah kawan Makcik,  terus masuk ke dapur!!".

DAPOQ PUN DAPOQ LAH, JANJI UNDI DAPAT!!

Berborak pula dengan anak dia; saya dapat cerita kisah kawan dia seorang cikgu di 
sekolah (apa nama tu - lupa pulak!) kat satu kawasan di pedalaman Sik. Cikgu ini 
cerita kisah dia mengajar budak-budak kelas lukisan. Ini cerita betul, bukan saya buat 
lawak:

Cikgu ini baru grad Maktab saja; jadi mengajar pun lurus betul bendul. Sekali tu, dia 
cakap:

"Murid-murid, hari ini kita belajar lukis bendera; okay mulakan lukis bendera"

Dalam fikiran cikgu tu, bendera biasalah, bendera Malaysia atau bendera Negeri Kedah.

Tiba-tiba, dia terperasan budak-budak itu boleh dikatakan kesemuanya pakat lukis 
bendera bulan; sini bulan sana bulan. Lepas tu, dia tanya apasal depa lukis bendera 
bulan. Budak-budak tu cakap:

"La, cikgu tak perasan ka, kat kampung kami ini dari mula masuk kampung hingga ke 
hujung kampung, penuh hijau dengan bendera bulan!!"

PATUT PUN!!

[Rasa-rasanya kalau Pengarah Pendidikan Kedah pi buat spot check hari tu, tentu gambar 
cikgu muda ini akan masuk muka depan Utusan Malaysia dituduh sebagai Seorang Pendidik 
Yang Tidak Mengenang Budi, cuba menghasut pelajar-pelajarnya membenci kerajaan!!]

Cakap pasal cikgu kelas lukisan ini, saya teringat pula perbualan saya dengan sorang 
cikgu yang ditugaskan mengawas kelas Lukisan semasa peperiksaan penggal yang lalu. 
Tajuk lukisan itu berbunyi: "Gambarkan suasana di kampung Nelayan".

Semasa meronda kelas tersebut, si cikgu ni terkejut sebab beliau ternampak seorang 
murid sedang asyik melukis bendera bulan berkibar di atas bumbung sebuah rumah. Kata 
cikgu tu:

"Aii, bulan terang nampak!!"

Kata budak tu:

"La, cikgu tak nampak ka kat bendera kati dan bendera mata ni?"

Lalu, ditunjukkannya rumah2 lain yang berkibar dengan bendera kati dan bendera mata di 
attap rumah tersebut. Kata budak ni lagi:

"Yang ini hardcore UMNO, yang ini ADIL dan yang ini PAS".

TU DIA, KALAU NAJIB NAMPAK LUKISAN BUDAK TU, GAMAKNYA DIA NAK CHARGE APA KAT CIKGU DAN 
BUDAK INI - YA LAH, DAH LUKIS TIGA BENDERA, KIRA OKAY LAH KOT!!

Pointnya di sini, kegawatan politik negara sudah pun menjengah masuk ke alam pemikiran 
anak-anak kita di sekolah2. Mereka turut bersembang dan bercakap mengenai hal2  
politik  (versi mereka) seperti mana kita juga. 

KERANA ITU, APABILA CIKGU SEK MEN KEB  JABI CUBA MEMASUKKAN CERITA POLITIK UNTUK 
MENARIK MINAT PELAJAR2 SUPAYA MEMINATI MATEMATIK, MAKA SAYA RASA ITU ADALAH SATU USAHA 
DAN PENDEKATAN YANG TERBAIK MENGAMBIL KIRA SUASANA DAN KEADAAN SEMASA!!

[Puak2 UMNO ini dalam keadaan depa tengah nak kalah ini, bukan boleh melawak dah 
dengan depa; dulu2 masa depa tengah kuat, kita terajang pung kok depa pun tak apa, 
waktu tu depa tak kisah sangat.]

SEKARANG INI, BERHATI-HATILAH KALAU NAK MELAWAK DENGAN ORANG2 UMNO!!

Cerita di atas adalah cerita budak sekolah rendah dan sekolah menengah; ini anak saya 
yang kat Tadika tu pun turut terpengaruh jugak.

Malam tadi, dia cakap:

"Abah, kawan cek nama Ifan tu, dia habag dia sokong Dr Mahathir. Dia tanya cek, cek 
sokong Mahathir ka Anwar??"

LA, SAYA MANA PERNAH ADA AJAR ANAK SAYA SOKONG MAHATHIR KA ANWAR!!

[Yang saya ingat, bila depa tanya pasal apa orang letak bendera bulan kat sana sini; 
saya kata, depa penaik bendera bulan sebab depa tak suka kat Dr Mahathir, itu saja - 
saya tak pernah cakap pun pasal Anwar Ibrahim!!]

Kemudian, dah anak saya tanya soalan di atas, saya pun jawablah:

"lain kali kalau kawan cek tanya cek sokong sapa, cek jawab:"

"SAYA  SOKONG NIK AZIZ!!"

[Tak pasti pulak kawan dia tu kenal ka tidak Nik Aziz - mungkin selama ini TV3 dok 
bagi publisiti kat Mahathir dan DSAI saja, Nik Aziz kurang. Tapi, kita rasa bila dah 
habis pilihanraya ini, insyaallah kawan anak saya tu akan kenal siapa Nik Aziz - ya 
lah, dah tiap tiap malam sekarang ini gambar Nik Aziz muncul di TV3 dok kena hentam 
dengan depa!!]

Dan malam tadi jugak, buat pertama kalinya anak saya yg masih kat sekolah rendah tanya:

"Abah, bendera hijau putih tu nama dia bendera bulan kan; yang warna biru yang baru 
naik tu bendera apa abah?"

[Baru dua tiga hari ini, bendera BN mula menonjolkan d

H-Net* Parlimen Permatang Pauh - satu ulasan

1999-01-16 Terurut Topik pakdinn


 *~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
 {Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
 {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
 *~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~
Assalamualaikum,

Agak lama saya tidak menulis mengenai politik Permatang Pauh; rasanya kali terakhir 
ialah beberapa bulan selepas DSAI dipecat dahulu.

Malam kelmarin dulu (17/11/99) apabila melihat cerita Permatang Pauh ditayang sebegitu 
rupa dalam Berita Utama TV3 dan NTV7; ditambah pula dengan liputan khas politik 
Permatang Pauh dalam Utusan Malaysia keesokan harinya dan Fokus Khas mengenai politik 
Pulau Pinang/P Pauh dalam Berita Harian sehari sebelumnya; saya jadi terpanggil untuk 
kembali ke sana semula untuk mendapatkan perkembangan terbaru dan mutakhir.

HMM, NAMPAK GAYANYA  DEPA SUDAH MULA MENGGUNAKAN TV3, NTV7, UTUSAN MALAYSIA DAN BERITA 
HARIAN UNTUK MENYERANG SESUATU KAWASAN ITU SECARA SERENTAK,  4-SERANGKAI!!

Benar tidaknya berita yang disiarkan dalam keempat-empat media massa itu bergantung 
kepada tukang editor yang meng-editnya. Ini disahkan sendiri oleh seorang aktivist 
PAS, orang kuat bilik gerakan MTD Permatang Pasir; kata beliau, NTV7 ter-interview 
salah seorang pemuda ahli PAS dari MTD Permatang Pasir. Apabila ditanya kpd beliau 
tentang pilihanraya di Permatang Pauh ini, beliau berkata:

"Permatang Pauh pasti jatuh ke tangan Barisan Alternatif dalam pilihanraya akan 
datang!!"

TAPI, CUBALAH TENGOK BERITA YANG KELUAR  - LAIN YANG DEPA INTERVIEW, LAIN YANG 
KELUAR!! - NTV7 PUN DAH JADI MACAM TV3 SUKU!!

ESOK KALAU KITA MENANG, MEMANG PATUT PADAN KALAU IKUT STYLE GUS DUR DI INDONESIA, 
HABIS BERIBU-RIBU ORANG TARAK KERJA BILA BELIAU ISYTIHARKAN KEMENTERIAN PENERANGAN 
DIMANSUHKAN!! 

[Ha, dulu Kementerian Penerangan inilah yang jadi anjing Suharto dok pi salak dan 
gigit pembangkang; bila pembangkang menang, baru padan muka!!]

Bila kita rujuk balik kpd kenyataan TV3, NTV7,  Utusan dan Berita Harian itu; kita 
boleh lihat dengan jelas bahawa media-media pro-BN ini di penghujung cerita mereka; 
mereka sendiri sebenarnya tak begitu yakin mereka akan dapat tawan Permatang Pauh.

Saya bagi contoh:

NTV7 kata: "Keputusan p/raya ini akan menentukan sejauh manakah penduduk Permatang 
Pauh taat dan setia kepada parti berbanding dengan individu".

HA,  DALAM MAKNANYA TU!!

[Taat kepada parti bermakna taat kepada UMNO walau apa pun yang terjadi, sementara 
taat kepada individu bermakna taat kepada Anwar atau taat kepada Mahathir!!]

DENGAN KATA LAIN, PILIHANRAYA DI PARLIMEN PERMATANG PAUH BUKANLAH SETAKAT PERTANDINGAN 
ANTARA BARISAN ALTERNATIF MELAWAN BARISAN NASIONAL TETAPI LEBIH JUGA MERUPAKAN SATU 
PERTARUNGAN PERIBADI ANTARA MAHATHIR MELAWAN ANWAR , MENGUKUR  KETAATAN ORANG2 UMNO 
TERHADAP KEDUA-DUANYA BERBANDING KESETIAAN MEREKA TERHADAP PARTI!!

[No wonder, Mahathir sanggup kerah TV3, NTV7, UM dan Berita Harian untuk menyerang 
Permatang Pauh habis-habisan!!]

TV3 pula menyiarkan kenyataan Ibrahim Saad [yang terkenal di Pulau Pinang sebagai Mr 
10%]. Sebelum itu, saya nak habag di sini bahawa, ada 2 benda yang terus terbayang 
dalam kotak fikiran saya sebaik saja nama beliau disebut:

Pertama: Saya teringat cerita seorang pakcik tua dari Pulau Pinang, bagaimana ketika 
beliau berjumpa Ibrahim Saad di pejabatnya semasa Ibrahim Saad jadi Timbalan Ketua 
Menteri Pulau Pinang dahulu; Ibrahim Saad ini tarak ada respect dan rasa hormat 
langsung sama orang tua. Ada ka patut, dia bercakap dengan pakcik tua berkopiah ini 
sambil meletakkan kedua-dua belah kakinya di atas meja terlunjur menghala kpd pakcik 
ini. 

MACAM INI PUNYA ORANG PUN BOLEH JADI MENTERI, HERAN SUNGGUH!!

Kedua: Saya teringat cerita seorang sahabat anak Kampung Makam, bagaimana Ibrahim Saad 
ini lari lintang pukang nak kena penampar dengan puak-puak UMNO Kg Makam. Manusia 
kurang ajar macam Ibarhim Saad ini memang patut pun kena penampar !!

Okaylah, berbalik kepada cerita TV3. Dalam temubual dengan Ibrahim Saad, beliau cuba 
memancing undi dengan mengeksploitasikan kenyataan DSAI semasa beliau dalam UMNO 
dahulu. Kata Ibrahim 10% Saad:

"Dahulu, DSAI dalam ucapan-ucapannya di Permatang Pauh, selalu menekankan betapa 
pentingnya dan perlunya kita menjaga perpaduan sesama kita. Tapi hari ini,  cuba kita 
lihat di Permatang Pauh, adakah pihak ADIL mengikut cakap beliau atau tidak?"

TU DIA AIH, PERPADUAN CARA IBRAHIM SAAD - BERSATU PADULAH WAHAI ORANG2 MELAYU PULAU 
PINANG, LEPAS TU TANAH HANGPA, HANGPA BAGI KAT AKU, AKU TOLONG JUAL!!

[Untuk pengetahuan, Ibrahim Saad inilah yang akan bertanding melawan DS Wan Azizah 
untuk merebut kerusi parlimen Permatang Pauh].

Berita Harian 16 Nov pulak memuatkan satu halaman besar bertajuk "Laluan mudah bagi BN 
di Pulau Pinang"

H-Net* Begitukah PAS ? - reply

1999-01-15 Terurut Topik pakdinn


 *~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
 {Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
 {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
 *~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~
  
Imam Perang [EMAIL PROTECTED] wrote:
Saya begitu keliru dan huyung-hayang fikiran saya dibuatnya lantaran masalah yang akan 
saya sebutkan sebentar lagi. 

BUKAN HANG SORANG SAJA YG TERHUYUNG HAYANG BAHANA PILIHANRAYA INI; DR MAHATHIR 
KESAYANGAN HANG TU PUN TENGAH DOK TERHUYUNG HAYANG JUGAK - TAPI TERHUYUNG HAYANG DIA 
BUKAN SEBAB BAHANA P/RAYA (SEBAB DIA YAKIN DIA AKAN MENANG); DIA JADI KELIRU, PANAS, 
BERSERABUT, MAMAI DAN MAMUN DISEBABKAN BAHANA DOA-DOA ALIM ULAMAK YANG DIA SENGAJA DOK 
CARI PASAL NAK LAWAN KALI NI!!

Masaalahnya ialah, kenapakah orang-orang parti PAS begitu KEMARUK sangat hendak 
perintah ini negara?

LA, SAPA YANG DOK HABAG KAT HANG KATA PAS KEMARUK SANGAT NAK PERINTAH NEGARA. KITA INI 
ORANG ISLAM, KALAU BOLEH KITA NAK HABISKAN MASA-MASA KITA MENGHADIRI KULIAH, BERAMAL 
IBADAT DAN BERIKTIKAF DI MASJID-MASJID SEPANJANG WAKTU. TAPI, CUBA HANG PIKIAQ SAT:

1. BOLEH KA KITA DOK SENANG, SELESA DALAM MASJID KALU KAT LUAQ SANA DEPA DOK GEDEBUM 
GEDEBAM DENGAN PESTA MAKSIAT, TAK CAYA CUBA TENGOK GAMBAQ HISHAMUDIN TENGAH DOK TOGOQ 
ARAK TU!!

2. BOLEH KA KITA DOK SENANG-SENANG DALAM MASJID KALU KAT LUAQ SANA DEPA PAKAT BERJUDI 
MERATA JALAN; TAK CAYA CUBA PI BUAT SPOT CHECK KAT OFFICE MEGAT JUNID WAKTU-WAKTU 
MACAM NI!!

3. DAN YANG PALING MEMBUATKAN ORANG PAS (BUKAN TAKAT ORG PAS, TAPI  SEMUA ORANG ISLAM) 
JADI LAGI KEMARUK NAK PERENTAH NEGARA INI IALAH BILA SI PEMERINTAH YANG BERNAMA DR 
MAHATHIR BIN MOHAMAD INI DENGAN CEROI-NYA, TARAK PASAL2 DOK PI HINA JANGGUT NABI, 
RASULULLAH SAW RASUL JUNJUNGAN!!

[Ish, ish, hang sebagai Imam Perang, tak kesian ka kat Nabi kita; dia dah mati wei, 
orang dok kutuk dia, lepas tu tak dak sapa dok pi bangun nak defend dia, hang tak 
kesian ka? Aku rasa la, kalau Saidina Omaq ada lagi la ni, maunya kena cantas tengkuk 
Dr Mahathir kesayangan hang tu!!]


Kenapa PAS begitu MABOK sangat KUASA?

ISH, ISH ORANG MABOK MANA LA GAMAKNYA YANG DOK PI KELENTONG CERITA TU KAT HANG? - 
HISHAMUDDIN USIN ON KA?

LA MACAM NI LAH AKU NAH HABAG KAT HANG. CUBA DENGAQ BAIK-BAIK, HARAP2 HANG MASIH WARAS 
DAN TAK MABOK:

NIK AZIZ KATA, KALAU UMNO TUKAR PERLEMBAGAAN TERIMA ISLAM SEBAGAI DASAR DAN SISTEM 
PEMERINTAHAN NEGARA, HARI INI JUGAK PAS AKAN DIBUBARKAN!!

HA, TU KAN BERMAKNA PAS BUKANLAH MABOK KUASA MACAM YANG DEPA DOK WAR WARKAN KAT HANG 
TU!!

Begitu bernafsu sekali nampaknya orang orang PAS ni malah gelojoh lagi biadap dalam 
mengejar kuasa. Gian sangatkah kalian ini? Macam tidak ada kemaluan

ISH, HANG NI; KALAU NAK MELAWAK PUN JANGANLAH DOK KATA KAMI TAK DAK KEMALUAN; KALAU 
TAK DAK KEMALUAN MACAM MANA NAK GIAN MACAM YANG HANG TULIH TU!! - HANG NI, NAK BUAT 
LAWAK PADA-PADA SUDAHLAH!!

Come on lah...boleh ke kalian memerintah? Ada cukup ke golongan ilmuan dan 
professional dalam PAS untuk pegang jawatan macam  Menteri Kerja Raya misalnya. Jangan 
nak buang masalah.

ISH, MACAM MANA HANG BOLEH TUDUH KATA KAMI TAK CUKUP ILMUAN DAN PROFESSIONAL? HANG 
SILAP KOT. AKU NAK TULIH NI PUN RASA TAK BERAPA SEDAP HATI, TAPI TAK APALAH, MUNGKIN 
HANG TAK PERNAH TERFIKIR; NI AKU NAK HABAG BETOI2 PUNYA KAT HANG:

HANG TAU DAK YANG MAJORITI GOLONGAN PROFESSIONAL MELAYU MACAM DOKTOR, LAWYER, 
ENGINEER, PENSYARAH DSG DAH HABIS MASUK PAS/ADIL. AKU BAGI SATU CONTOH: CUBA HANG  PI 
USM PENANG; ADA SATU FAKULTI TU, DARI 46 ORANG PENSYARAH, CUMA DUA ORANG SAJA YANG 
SOKONG BN!!

KALAU MAJORITI GOLONGAN PROFESSIONAL MELAYU DAH MASUK PAS/ADIL; BERMAKNA KATA MAJORITI 
AHLI-AHLI UMNO TERUTAMANYA BARISAN PEMIMPINNYA ADALAH DARI GOLONGAN YANG SEDIKIT 
'KURANG CERDIK' DALAM HIREAKI MASYARAKAT MELAYU.

SEBAB TU, HANG JANGAN TERKEJUT KALAU HANG BALIK KAMPUNG, YANG JADI KETUA CAWANGAN DAN 
BARUA-BARUA UMNO DI PERINGKAT BAHAGIAN, NEGERI DSG ADALAH KAWAN-KAWAN KITA YANG TAK 
PASS SPM ATAU PUN PALING KUAT DAPAT GRED-3!!

[Kadang-kadang aku rasa tak masuk akai wei, kawan aku yang dapat no 40 masa darjah 
tiga dulu la ni jadi orang kuat UMNO kat tempat aku, (jadi wakil pemerintah di kampung 
aku) sedangkan aku dari darjah satu sampai darjah enam dok dapat no 1 memanjang!!]

BETOILAH KATA KAWAN SEPEJABAT AKU:

"KITA YANG BELAJAQ TINGGI-TINGGI INI, YANG JADI DULUNYA JADI TOP SCORER , LA NI KENA 
IKUT PERINTAH KAWAN-KAWAN KITA YANG MANGKAQ-MANGKAQ BELAKA MASA KAT SEKOLAH DULU. DEPA 
YANG DAPAT GRED 3, MASUK UMNO JADI KETUA CAWANGAN, BAHAGIAN DSG LA NI JADI ORANG KUAT 
KERAJAAN.  KITA YANG CERDIK PANDAI INI JADI HAMBA PULAK KAT DEPA!!"

KERANA ITU JUGAK, AKU TERPAKSA BERSETUJU 100% DENGAN MAT SABU; KATA DIA:

"YANG CERDIK-CERDIK DAH HABIS MASUK PAS, YANG TINGGAI DALAM UMNO 

H-Net* testing

1999-01-15 Terurut Topik pakdinn


 *~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
 {Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
 {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
 *~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~
Testing...

UNDILAH PAS

---
Get free personalized email at http://www.iname.com

 
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED])
 

Pengirim: [EMAIL PROTECTED]