H-Net* Ku Li di persimpangan oleh Roslan SMS

2000-04-19 Terurut Topik counterbalance
KU LI DIPERSIMPANGAN
ROSLAN SMS 
Sebagaimana yang dijangka akhirnya Majlis Tertinggi UMNO memberi tamparan maut terhadap peluang dan masa depan Ku Li untuk kembali berperanan dalam arus perdana UMNO melalui tindakan MT yang licik dan bacul itu. MT yang bersidang Isnin lalu telah memasyhorkan bahawa keputusan UMNO Bahagian Gua Musang mencalonkan Ku Li bagi jawatan Naib Presiden melalui keputusan Jawatankuasa bahagiannya adalah tidak sah. Oleh itu tindakan MT tersebut mengakibatkan Ku Li kekurangan satu pencalonan (jatuh 16 dari 17) untuk melayakkan beliau bertanding pada persidangan UMNO 12 Mei nanti. 
Ku Li sesungguhnya menjadi mangsa “tyranny of the minority”, kelompok kecil yang berkuasa yang duduk dalam MT yang diketuai oleh Presidennya. Dr. Mahathir telah mengunakan kuasa yang ada baginya bagi mematahkan peluang Ku Li dengan mengatakan bahwa MT adalah tempat rujuk terakhir bagi sebarang permasalahan dalam UMNO. Demikianlah sebagaimana yang didakwa Ku Li, dalam kes beliau pengadil yang mengadili pertandingan turut menjadi pemain dalam pertandingan tersebut. Pastilah keputusan pengadil tadi akan memihak kepada pasukan yang diwakilinya (selain Mahathir dan Pak Lah – Najib, Abu Hassan, Ghani, Mat Taib calon-calon Naib Presiden belaka semuanya duduk dalam MT). Dalam erti kata lain Ku Li cuba ketengahkan bahawa keadilan sudah tiada lagi dalam UMNO. Presiden UMNO hari ini sebenarnya menggunakan ketiga-tiga jubah peguam, pendakwa dan hakim, maka beliau laksana diktator dalam menentukan hal-ehwal partinya, tegas agar semuanya selaras dengan selera dan kehendaknya semata-mata. 
Kini dengan tindakan bacul MT UMNO itu Ku Li secara teknikalnya tiada lagi layak untuk bertanding merebut sebarang jawatan dalam UMNO. Dengan usia yang semakin memanjat diri, masa depan Ku Li dalam UMNO hampir kelam dan pudar. Ahli-ahli UMNO dari peringkat akar-umbi sehinggalah ke perwakilan Mei nanti perlu belajar dari insiden terhadap Ku Li ini. Begitulah keadaan parti anda kini di bawah genggaman Dr. Mahathir sebagai Presiden. Kalau parti pembangkang mendakwa PM dan kerajaannya tidak adil, tidak demokratik, menyekat kebebasan rakyat, mencabul hak asasi pantas sahaja ahli dan pimpinan UMNO termasuk yang tak berjawatan di kampung-kampung menepis dan menangkis dengan seribu alasan. Kini melalui insiden terhadap Ku Li ini terserlah lah peribadi dan sikap Presiden anda itu yang cuba anda pertahankan. 
Dengan keputusan ini bermakna Dr. Mahathir telah memaku padat dan kemas keranda untuk Ku Li dalam UMNO. Kata-kata Ku Li semalam seharusnya menjadi iktibar kepada ahli-ahli UMNO khusus buat mereka yang benar-benar taksub dan fanatik terhadap manusia bernama Mahthir ini. Ku Li dipetik sebagai berkata: 
“Pertimbangan seharusnya diberikan hanya terhadap pemimpin-pemimpin yang layak dan mempunyai wibawa sahaja, iaitu yang bebas dari RASUAH, SALAH GUNA KUASA dan pelbagai jenis SKANDAL, TUDUHAN dan FITNAH yang hanya akan membawa aib kepada UMNO, umat Melayu dan negara.” 
Kepada Ku Li kita menasihatkan agar banyak-banyaklah bersabar. Inilah hakikat kediktatoran dan kuku besi Mahathir yang Ku Li sebenarnya telah pun masak berkenaannya sejak pertandingan 1987 lalu. Sesungguhnya siapalah UMNO di Kelantan jika tidak kerana Ku Li. Datuk Mustapha, Annuar Musa dan Hussien Ahmad tidak mampu menonjol dan diterima rakyat Kelantan sebagimana Ku Li. Yang jelas pada pilihanraya lalu panji-panji UMNO cuma dapat berkibar melalui 1 kerusi parlimen dan 2 kerusi DUN, itupun kerana pengaruh Ku Li di Gua Musang. Melalui sikap MT ini nyatalah UMNO sudah tidak lagi menghargai jasa Ku Li itu. 
Sesungguhnya jika Ku Li masih ikhlas dan mahu mempertahankan maruah ummah dan bangsa, perjuangan sebenar masih belum selesai. Biarlah UMNO dengan karenah Presidennya yang angkuh itu kerana UMNO pun sudah terbukti beransur terhakis dari keutamaan dan selera orang Melayu serta semakin songsang dari perjuangan asalnya . Ayuhlah Ku Li demi perpaduan umat Melayu dan Islam, ayuh bersama-sama kami dalam Barisan Alternatif menegakkan panji-panji perjuangan yang telah dinodai dan dicabul oleh Dr. Mahathir dan kroni-kroni suku sakatnya itu. Nasib serta masa depan ummah dan agama lebih penting dari perut dan periok nasi mereka yang durjana itu. Ayuhlah juga sahabat-sahabat yang lain yang masih dalam UMNO, tinggalkanlah sahaja perjuangan yang sudah tidak mengenal erti kebenaran dan keadilan itu, disini rakan-rakan dalam PAS, KeAdilan, DAP dan PRM sedang menunggu dengan tangan persahabatan yang ikhlas dan jujur. 
Ayuh Ku Li jangan fikir panjang-panjang lagi. Ayuh Bersama Menegakkan Keadilan. 
[EMAIL PROTECTED]     COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COMDo You Yahoo!?
Send online invitations with Yahoo! Invites.

H-Net* Debat Gelita-14 Gegarkan Parlimen

2000-04-19 Terurut Topik counterbalance
Debat Gelita-14 Gegarkan Parlimen
Syabas kepada Ahli-ahli Parlimen BA yang berjaya memukau TM KDN si Bidin Zin dalam debat parlimen hari ini (18/04/00). Memang betul wakil BN tidaklah sehebat mana dalam debat di mana-mana pun  termasuk di parlimen! (Sila lihat petikan berita Malaysiakini yang dilampirkan). 
Tak sah kalau tidak menjadi kakak tua kepada bos ... walau apa yang dikata oleh BOS besarnya itu tidak masuk akal... semuanya YES belaka. Inilah barangkali senjata sakti yang perlu dimainkan untuk menjaga hati bos dan awet lama. 
Perjuangan MP BN memang tidak nampak keikhlasannya. Ia lebih kepada kepentingan peribadi daripada rakyat yang diwakili. Sedarlah ahli-ahli Umno, tunggu apa lagi ... buatlah perhitungan sebelum semuanya menjadi buubr ! Demo kasi  sebab demokrasi dah tak wujud lagi dalam parti yang tak relevan di abad ini. 
pencinta demokrasi 

dari Malaysiakini   




Tuesday, April 18, 2000 
Heated ‘Black 14' debate in Parliament Kevin Tan 
April 18: Police has gathered proof that the "Black 14" organisers planned violence at the National Mosque last Saturday, said Deputy Home Minister Zainal Abidin Zin. 
"KeADILan leaders have called on their supporters to bring along sticks, flags and canes to fight the police personnel who were to arrest them," he told the Dewan during the one-hour debate on the "Black 14" emergency motion which started at 5pm.  
Opposition leader Fadzil Noor, PAS MP for Pendang, moved an urgent motion filed yesterday, to debate the issue this morning.  
The motion tabled at 10.15am as the first item on the agenda today was accepted by House Speaker Tun Mohamed Zahir Ismail, who said that the motion satisfied the three criteria - it being of a "specific" nature, is "urgent" and of "public interest".  
In response to Zainal, Fadzil said the people's gathering last Saturday was planned to be a peaceful one to mark the anniversary of former deputy prime minister Anwar Ibrahim's sentencing and also to present a people's memorandum to the rulers to protest Prime Minister Mahathir Mohamad's interference with the judiciary system. 
Fadzil alleged that it was the prime minister, his deputy and other ministers who had spread rumours about "violence breaking out" during the gathering. 
He urged that these rumour mongers be charged in court as was done in the case of several individuals charged with spreading rumours in the Internet of impending trouble at Chow Kit some years ago. This was greeted by loud tapping of the table by opposition MPs. 
Tan Seng Giaw, DAP MP for Kepong, in seconding the motion, said that the right to peacefully assemble is a basic right in a parliamentary democracy, and there is no room for violence to be used as long as the security of the country is not jeopardised. 
He added that if the gathering at the National Mosque or the vicinity of Jalan Tunku Abdul Rahman was not suitable, the police could have allowed such an gathering at alternative venues such as the Bukit Jalil stadium. 
However, Zainal stated that police has been always fair. 
For example, he said in the past when the government arrested people under the Internal Security Act, as in 1987, Umno politicians were also detained. 
At this juncture, Mahfuz Omar, PAS MP for Pokok Sena, interjected: "The government is lying!" But his microphone was quickly switched off. 
He nevertheless continued to state that in the Operation Lalang, innocent people like him (Mahfuz) were arrested, but he was shouted down by the government backbenchers.COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COMDo You Yahoo!?
Send online invitations with Yahoo! Invites.

H-Net* Mustapha Mohamed akan dilantik Gabenor Bank Negara

2000-04-19 Terurut Topik counterbalance




MUSTAPA MOHAMED AKAN DILANTIK GABENOR BANK NEGARA 

  



Oleh Azman Ujang KUALA LUMPUR, 19 April (Bernama) -- Bekas Menteri Kewangan Kedua Datuk Mustapa Mohamed akan dilantik menjadi Gabenor Bank Negara Malaysia yang akan datang, kata sumber-sumber hari ini. Kerajaan dijangka mengumumkan pelantikan beliau untuk mengetuai bank pusat itu sama ada lewat hari ini atau "dalam sehari dua ini", sumber-sumber itu memberitahu Bernama. Mustapa, 49, lulusan University of Melbourne dengan ijazah kepujian kelas pertama dalam bidang ekonomi, akan menggantikan Tan Sri Ali Abul Hassan Sulaiman yang akan bersara apabila kontraknya tamat pada akhir bulan ini. Mustapa, ahli politik yang sedang meningkat sebelum kekalahannya yang mengejutkan pada pilihan raya umum November lepas, merupakan ahli politik pertama yang dilantik ke jawatan itu, satu daripada jawatan yang paling mendapat perhatian ramai di Malaysia. Bagaimanapun ekoran pelantikan itu, Mustapa akan dikehendaki melepas!
kan semua jawatan politiknya. Ketua Umno bahagian Jeli, Kelantan, itu adalah anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno dan telah memeperolehi bilangan pencalonan yang kedua tertinggi untuk mempertahankan kerusi itu pada pemilihan parti bulan depan. Berikutan kekalahannya pada pilihan raya umum lepas, Mustapa telah dilantik sebagai Penasihat Kementerian Kewangan. Beliau telah menjadi setiausaha politik kepada Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin antara 1987 dan 1991 sebelum dilantik menjadi Timbalan Menteri Kewangan pada 1994. Mustapa, yang juga memegang ijazah sarjana dalam Development Economics dari Boston University, dinaikkan pangkat ke jawatan Menteri Pembangunan Usahawan pada 1995. Pada 1998, beliau dilantik ke jawatan Menteri Kewangan Kedua, apabila jawatan itu diwujudkan buat kali pertamanya dalam kabinet. Sementara itu, sumber-sumber itu berkata penasihat Bank Negara, Datuk Nor Mohamed Yakcop, yang sebelum ini turut diramalkan sa!
bagai antara calon untuk jawatan gabenor itu, dijangka dinaikkan pangkat sebagai seorang lagi Timbalan Gabenor Bank Negara. Sebagai penasihat, Nor mengetuai jabatan-jabatan perbankan, kawalan pertukaran dan insurans di bank pusat itu. Nor juga merupakan perancang perbankan Islam yang telah diperkenalkan dengan jayanya di Malaysia. Pemegang tunggal jawatan Timbalan Gabenor sekarang, Datuk Dr Zeti Akhtar Aziz, mengetuai pengurusan ekonomi dan rizab. Akta Bank Negara membolehkan pelantikan tiga orang timbalan gabenor. -- BERNAMA  COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COMDo You Yahoo!?
Send online invitations with Yahoo! Invites.

H-Net* MEMBANTAH PENANGKAPAN DAN TAHANAN REMAN (fwd)

2000-04-19 Terurut Topik counterbalance
MEMBANTAH PENANGKAPAN DAN TAHANAN REMANParti Rakyat Malaysia (PRM) merasa kesal atas tindakan menangkap kira-kira 70 orang yang disyaki terlibat dengan perhimpunan aman yang diadakan oleh sebilangan rakyat pada 15hb April. Ada di antara mereka yang ditangkap telah dibebaskan, akan tetapi terdapat juga yang masih ditahan tidak terlibat sama sekali dengan perhimpunan itu; mereka kebetulan saja berada di tempat polis mengambil tindakan menangkap.Seramai 51 orang telah dibawa ke mahkamah. Di antara mereka ialah tiga orang peminpin keADILan, iaitu Ezam Mohamad Noor, Tian Chua dan Gopalakrishnan. Mereka, bersama Malek Hussein dituduh merancang perhimpunan haram, manakala seramai 47 yang lain dituduh menyertai perhimpunan haram. Kesemuanya telah dibawa ke mahkamah yang memperkenankan permintaan polis supaya mereka ditahan reman di antara lima hingga enam hari. Hanya seorang penuntut berumur 17 tahun ditahan reman selama tiga hari.PRM membantah keras penahanan reman semua orang yang kena tahan (OKT) ini. Kami berpendapat ia lebih daripada tempoh yang sebenarnya diperlukan. Pihak polis selalunya memberikan alasan bahawa penahanan reman itu perlu untuk membuat penyiasatan dan mengambil kenyataan. Dari pengalaman sendiri dan juga orang lain yang pernah ditahan reman polis, kami lihat ada tendensi sengaja hendak melengah-lengahkan proses ini. Lagi pula, kenyataan sepatutnya boleh diambil tanpa menahan seseorang dengan memanggilnya hadir ke balai polis saja. Nampaknya pihak polis sengaja hendak mendera. Ini perbuatan tidak adil lagi zalim.Saya mendapat tahu daripada pihak peguam dan keluarga OKT bahawa ada beberapa orang – antara lima enam orang – menunjukkan tanda kecederaan kerana dipukul polis semasa ditangkap. Bahkan seorang daripadanya luka di dahi oleh kerana katanya dipukul polis dengan belantan. Sangat hairan mengapa pihak polis keberatan membawa mereka yang cedera ini ke hospital. Lebih menghairankan lagi apabila Perdana Menteri mengatakan peguam-peguam yang membela OKT sepatutnya membuktikan bahawa mereka ini telah dipukul.PRM berpendapat bahawa yang membawa senjata dan yang mengganas ialah pasukan polis, bukannya rakyat yang cuba berhimpun secara aman. Kezaliman polis, tidak kira sama ada di Kuala Lumpur atau di Washington perlu dikutuk. Yang membimbangkan ialah di negeri ini kezaliman polis mencerminkan juga kezaliman pucuk pimpinan yang semakin jelas membawa negara menuju kepada pemerintahan kuku besi.Dr Syed Husin AliPresiden PRM18hb April 2000COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COMDo You Yahoo!?
Send online invitations with Yahoo! Invites.

H-Net* Majlis Bantahan Pembinaan Gereja

2000-04-19 Terurut Topik counterbalance
Assallamualaikum,Kehadiran dan sokongan anda diperlukan bagi menzahirkan Kesatuan Masyarakat Islam terhadap Bantahan Pembinaan Komplek Gereja Terbesar Asia di Kawasan Islam Shah Alam:TEMPAT: Masjid Al-I'tisam, Taman TTDI Jaya, Seksyen U2, Shah Alam, Selangor.TARIKH: 20 April 2000 (Khamis malam Jumaat ini).MASA:   Selepas Solat Maghrib.ATURCARA MAJLIS, insyaAllah:19:22   Solat Maghrib.19:45   Ucapan oleh Pengerusi Masjid Al-I'tisam.20:00   PENERANGAN 1 - Murtad dan Gerakan Kristianisasi di IPT oleh Saudara Borhanuddin Haji Ahmad (Presiden GAMIS).20:45   Solat Isyak dan Solat Hajat.21:00   Taklimat Status Bantahan oleh Tuan Haji Shahardin Haji Ismail @ Shah DeBunt (Pengerusi Badan Bertindak Bantahan Pembinaan Gereja).21:15   PENE!
RANGAN 2 - Akta Hak Kebebasan Berugama oleh Tetuan Mohd.Hanifa Maidin (Peguam).22:00   PENERANGAN 3 - Pengalaman Sebenar Tragedi di Ambon dan Maluku oleh Dr.Azhar A.Aziz (Naib Presiden MERCY) diiringi dengan Tayangan Video dan Slide. 23:00   Majlis Dialog - Zahirkan pandangan, komentar dan persoalan yang membina bagi menjayakan operasi Bantahan Pembinaan Gereja ini.UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:Zakaria:    017-8759170Kapt(B)A.Halim: 017-8824462Tengku Affandi: 019-3170832Ir. Rani:   018-8206020Mereka merancang dan Allah merancang, sesungguhnya perancangan Allah adalah yang terbaik.* SILA SAMPAIKAN KEPADA ORANG ISLAM YANG LAIN.COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COMDo You Yahoo!?
Send online invitations with Yahoo! Invites.

H-Net* Wajah Sdr Ezam kelmarin

2000-04-17 Terurut Topik counterbalance
Wajah Saudara Ezam Kelmarin
KUALA LUMPUR - Pemimpin Pemuda Parti Keadilan, Encik Ezam Mohd Nor, melambai-lambai walaupun tangannya digari setiba di mahkamah di Kuala Lumpur semalam. Dua pemimpin Parti Keadilan semalam ditahan selepas mereka menyerah diri di ibu pejabat polis Kuala Lumpur pada pukul 11.15 pagi, berhubung perhimpunan haram di ibu negara Sabtu lepas. 

COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COMDo You Yahoo!?
Send online invitations with Yahoo! Invites.

H-Net* Pinjaman 'Al-Qardhul Hasan' : Maksimum RM43 Ribu

2000-04-17 Terurut Topik counterbalance
Pinjaman ‘al-Qardhul-hasan’Maksimum RM43 RibuOleh Suhaimi Taib




 Kuala Terengganu: Pegawai Kerajaan Negeri akan menerima kemudahan pinjaman al-Qardhul-hasan maksimum RM43,000 dan paling rendah RM500 untuk membeli kenderaan dan komputer. 
Pemohon yang layak ialah pegawai yang memerlukan kenderaan dan komputer untuk kemudahan bertugas manakala pegawai sementara atau kontrak perlu dua penjamin dari pegawai kategori I hingga VII yang disahkan jawatan mereka.
Kakitangan kerajaan sementara dan kontrak dikecualikan dari mendapat pinjaman membeli komputer.
Kenyataan ini terdapat dalam lampiran A dan B Pekeliling Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu Bilangan Tujuh tahun 2000 yang berkuatkuasa Januari lepas dibuat oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Haji Mazlan Hashim bertarikh 26 Mac lalu.
Katanya had pembiayaan bermula dari RM45,000 hingga RM500 (membeli basikal) dari Gred Utama, Khas A dan Ke atas sehingga kategori V hingga IX yang bergaji RM1,200 ke bawah (bergantung kepada kelulusan khas) 
Kadar bayaran balik bulanan melalui skim potongan gaji dalam tempoh maksimum 84 bulan dan tempoh paling rendah bergantung kepada keadaan tertentu.
Semua pembiayaan membeli kenderaan dan komputer bagi Kakitangan Kerajaan Negeri atau Badan Berkanun Negeri dan Pihak Berkuasa Kerajaan Tempatan dilaksanakan mengikut Sistem Islam berdasarkan prinsip ‘al-Qardhul-hasan’ iaitu pembiayaan jualan bertangguh tanpa dikenakan apa-apa bayaran tambahan lain berkuatkuasa tarikh berkenan.
Dato’ Haji Mazlan, berkata selaras dengan keputusan tersebut , semua pembiayaan membeli kenderaan dan komputer yang diamalkan sekarang akan diganti dengan prinsip berkenaan termasuk pembiayaan membeli kenderaan dan komputer tanpa sebarang faedah, bayaran keuntungan atau bayaran perkhidmatan.
“Ia meliputi semua pinjaman baru atau pinjaman yang telah diluluskan tetapi belum selesai dibuat bayaran balik pada tarikh kuatkuasa Pekeliling ini,” katanya.
Beliau berkata kadar bayaran balik atau ansuran bulanan kepada pembiayaan yang telah dikeluarkan tetapi belum selesai dibuat bayaran balik adalah dikekalkan tetapi tempoh bayaran baliknya akan dipendekkan berdasarkan baki pokok pada tarikh kuatkuasa Pekeliling berkenaan.
Menurut beliau syarat-syarat pembiayaan pinjaman dan tatacara pinjaman di bawah prinsip ‘al-Qardhul-hasan’ masih kekal menggunakan peraturan sebagaimana ditetapkan oleh Pekeliling Perbendaharaan Bilangan Tujuh dan Bilangan Lapan Tahun 1993 (bagi pembiayaan membeli kenderaan) dan Pekeliling Perbendaharaan Bil Lapan Tahun 1992 (bagi pembiayaan membeli komputer) dan surat Pekeliling Pejabat Setiuasaha Kerajaan sebagaimana SUK.TR. 1000/1/1-(93) bertarikh 13 Ogos 1990 iaitu pelaksanaan skim pembiayaan melalui prinsip Al-Bai’u Bithaman Ajil.
Surat Pekeliling berkenaan diedarkan kepada semua Jabatan Negeri atau Badan Berkanun Negeri dan Pihak berkuasa Kerajaan Tempatan manakala salinan pula kepada Setiausaha Sulit Kanan kepada Y.A.B. Menteri Besar, Y.B. Pegawai Kewangan Negeri. Pengarah Audit Negeri dan Akauntan Negeri.
“Dengan berkuatkuasanya Pekeliling ini maka Surat Pekeliling Pentadbiran ini sebagaimana SUK.TR. 1000/1/1 - (93) bertarikh 13 Ogos 1990 adalah dibatalkan,” jelasnya.COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COMDo You Yahoo!?
Send online invitations with Yahoo! Invites.

H-Net* Malaysia's Anwar saga continues to haunt Mahathir

2000-04-17 Terurut Topik counterbalance
Malaysia's Anwar saga continues to haunt MahathirKUALA LUMPUR, April 16 (AFP) - Despite being behind bars, ex-deputypremier Anwar Ibrahim continues to haunt Prime Minister MahathirMohamad, as his supporters mounted anti-government protests over theweekend despite a police clampdown.Diplomats and opposition leaders said the jailed Anwar remained apotential threat to Mahathir and his regime, although a ruling partyofficial strongly rejected the claims.Police Saturday used water cannons and teargas to break up sporadicdemonstrations by Anwar supporters in the city centre to mark the firstanniversary of his sentencing, the first time in seven monthsauthorities have done so.The heavy security presence foiled plans for a mass rally and a march onthe palace to submit a memorandum on Anwar's case to the king."Anwar certainly re!
mains on the mind of Mahathir. Unlike Mahathir'sprevious deputies, Anwar has charisma and the ability to garnergrassroot support," one Western diplomat told AFP.While Mahathir, 74, is firmly in control, the diplomat said Anwar'sdefiant attitude irked the premier."I think Anwar is a potential force when released from jail," he said.Anwar, 52, was sacked by Mahathir as deputy premier and finance ministerin September 1998 and detained later that month under a security act forleading mass anti-government rallies.He was sentenced to six years in jail last April for abusing his powerto cover-up allegations of sexual misconduct and is now on trial forsodomy.Anwar says he is the victim of a high-level conspiracy because heintended to expose corruption and was seen as a political threat to thepremier.The diplomat said the massive show of force Saturday could have been dueto a "sense of insecurity" i!
n Mahathir's United Malays NationalOrganisation (UMNO), which saw its support base eroded in November'sgeneral election.UMNO lost 22 parliamentary seats to opposition parties, mainly theresurgent Parti Islam SeMalaysia (PAS), after Anwar's treatment splitthe ethnic Malay community.With less than a month to the UMNO general assembly to elect topleaders, one Asian diplomat said authorities may be aiming to show theyare fully in control."The Anwar saga remains a concern to Mahathir and his allies because theMalay community remains unhappy with UMNO," he said.But UMNO Supreme Council member Ibrahim Ali said Anwar did not pose athreat to the government or the ruling party."The Anwar saga will be dead and gone by the time we have the nextelection some time in 2004-2005," he said.UMNO will hold its triennial party election on May 11. Mahathir has beenassured of the party presidency and his preferr!
ed successor, deputypremier Abdullah Ahmad Badawi, will be selected deputy president.The president and deputy president of UMNO are traditionally made thecountry's premier and deputy premier.Chandra Muzaffar, deputy president of the National Justice Party(Keadilan) headed by Anwar's wife, described the "heavy-handed tactic"by police as a "concerted attempt to marginalise Anwar."He said the clampdown was also part of a "continuing pattern to tightenthe screw" on opposition parties following the erosion of support forthe ruling coalition in November's polls.Tian Chua, Keadilan vice-president, said Anwar's determination to fightfor reforms despite being behind bars continued to haunt Mahathir."I think that anything that is associated with Anwar, they will comedown hard. Mahathir is paranoid about it. They are finding ways toarrest more Keadilan leaders," he said.Tian was arrested by police Sunday !
shortly after his press conference.Police Friday detained three Keadilan leaders and are seeking anotherthree. They arrested 48 people during Saturday's protests.COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COMDo You Yahoo!?
Send online invitations with Yahoo! Invites.

H-Net* Parlimen: Sidang Dewan Rakyat DiTangguh Kerana Tak Cukup Korum

2000-04-17 Terurut Topik counterbalance




 PARLIMEN : SIDANG DEWAN RAKYAT DITANGGUH KERANA TAK CUKUP KORUM 

  



KUALA LUMPUR, 17 April (Bernama) -- Persidangan Dewan Rakyat yang sepatutnya dilanjutkan sehingga 7.45 malam ini ditangguhkan kerana bilangan anggota yang menghadiri sidang tidak mencukupi korum 26 orang yang diperlukan. Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Muhammad bin Abdullah membuat keputusan itu korum masih tidak mencukupi walaupun dua kali memanggil anggota parlimen yang berada di luar supaya memasuki dewan. Pada masa itu, dewan sepatutnya membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (1999) 2000 di peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat itu di Dewan Rakyat hari ini. Kali pertama pada pukul 5.40 petang, Muhammad meminta petugas dewan memanggil anggota parlimen yang berada di luar dan hanya tiga orang sahaja yang masuk ke dewan menjadikan jumlahnya 21 orang. Kali kedua ialah pada pukul 6 petang apabila loceng dibunyikan, tiada anggota parlimen yang masuk. A!
nggota parlimen PAS Kuala Kedah Mohamad Sabu membangkitkan usul bahawa sidang patut ditangguhkan kerana tidak cukup korum. Lima minit kemudian Muhammad membuat keputusan supaya sidang ditangguhkan. --BERNAMA COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COMDo You Yahoo!?
Send online invitations with Yahoo! Invites.

H-Net* Democrasy or Democrazy

2000-04-17 Terurut Topik counterbalance
National News 
FRU menyemburkan air kepada sekumpulan penyokong reformasi yang menyembunyikan diri dalam perhimpunan Black 14 hari ini. 
COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COMDo You Yahoo!?
Send online invitations with Yahoo! Invites.

H-Net* Lulus Pinjaman

2000-04-16 Terurut Topik counterbalance
LULUS PINJAMANOleh Suhaimi Taib




LULUS…Tuan Guru Haji Abdul Hadi diwawancarakan oleh wartawan BBC News, Cik Frances Harrison di Pejabat Menteri Besar di sini semalam


Kuala Terengganu: Kerajaan Negeri meluluskan pinjaman komputer, perumahan dan kenderaan tanpa faedah kepada kakitangan kerajaan bertujuan menghargai khidmat yang disumbangkan kepada kerajaan selama ini.
Y.A.B. Menteri Besar Tuan Guru Haji AbdulHadi Awang, berkata pinjaman berkenaan bermaksud bayar balik pinjaman sama banyak dengan kadar pinjaman diberikan.
Katanya kerajaan juga sedang merangka untuk memberi pinjaman perumahan tanpa faedah kepada rakyat termiskin di negeri ini.
Kerajaan juga merangka untuk memberi pinjaman secara murabahah dengan menetapkan keuntungan kepada barang yang dijual sebagai contoh rumah yang modal RM25,000 dijual dengan harga RM30,000.
"Mereka membayar RM30,000 dalam masa 15 tahun atau sebagainya, tidak lebih daripada itu," katanya ketika ditemubual oleh Wartawan British Broadcasting Corporation (BBC News), Cik Frances Harrison di Pejabat Menteri Besar di Wisma Darul Iman, di sini semalam.
Katanya ini antara sistem muamalah Islam yang akan kerajaan perkenalkan kepada rakyat mengikut bidang kuasa kerajaan negeri.
Kerajaan juga mengadakan muamalah pajak gadai Islam (ar-Rahn) dan ia dilaksanakan sejak kerajaan lalu.
"Bagaimanapun kita akan memperbanyakkan lagi cawangan di daerah-daerah dan memperkemaskinikan sistem pengurusannya," katanya.
Ketika menjawab satu soalan lain, Tuan Guru Haji Abdul Hadi menjelaskan kerajaan mengenakan peraturan pergaulan di kedai gunting dan ‘saloon unisex’ antara lelaki dan perempuan bagi menghalang pergaulan bebas berlaku di kalangan mereka di tempat-tempat berkenaan.
Bagaimanapun pergaulan di tempat awam seperti di dalam bas, kapal terbang dan lain-lain tidak perlu kepada peraturan tempat berasingan antara lelaki dan perempuan kerana rakyat Terengganu memahami batas pergaulan di tempat awam.
"Perkara berkaitan dengan aurat juga perlu kepada motivasi tidak melalui penguatkuasaan undang-undang,"jelasnya.COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COMDo You Yahoo!?
Send online invitations with Yahoo! Invites.

H-Net* Cili Api 71:GERAKAN GELITA 14 BERJAYA!

2000-04-16 Terurut Topik counterbalance
Cili Api 71PEDAS-PEDAS CILI API(16hb April 2000)GERAKAN GELITA 14 BERJAYA!Selama hampir seminggu Dr M @ Cek Det, Dollah Badawi, polis dan media bergabung tenaga serta berpadu suara menakut-nakutkan rakyat. Tiga orang pemimpin keADILan telah ditangkap. Pada 14 dan 15 April jalan-jalan masuk ke Kuala Lumpur dan menuju Dataran Merdeka serta Masjid Negara dikawal rapi. Berpuluh-puluh trak FRU terletak di beberapa jalan di Kuala Lumpur. Pasukan polis berpakaian seragam berjaga di sempanjang jalan, di stesen bas serta keretapi. Anggota-anggota SB berpakaian pereman berlonggok atau berkeliaran di merata tempat. Cili Api lihat selama dua hari pihak polislah yang mengadakan demonstrasi haram.Segala ugutan dan tindakan mereka yang cuba menakut-nakutkan tidak berjaya menggagalkan gerakan Gelita 14. Pada 15 April, mereka berjaya mengadakan perhimpunan. Mereka berhimpun di Masjid Negara. Mereka berhimpun di Dataran Merdeka. Mereka berhimpun di Jalan Tuanku Abdul Rahman dekat Sogo. Media yang dimiliki atau dipengaruhi BN mengatakan ada kira-kira 300 orang berhimpun di masjid. Hendak tahu angka sebenar, kurang-kurang kena kali tiga. Media tempatan mendakwa ada 500 orang berhimpun berdekatan Sogo. Media asing mendakwa ada 2000 orang. Cili Api anggar tentu ada lebih daripada 1000 orang.  Semuanya berhimpun secara aman, walaupun mereka ada juga menjerit-jeritkan  Reformasi dan Allahu-akbar dan sekali-sekali mengeji polis.Polis menyerang dan memukul mereka di masjid dan di jalan. Pancutan air beracun dilepaskan untuk menyurai himpunan. Belantan, rotan, kaki dan tangan digunakan polis untuk memukul penunjuk perasaan yang terpaksa berkeliaran lari. Nyata sekali yang mengganas bukanlah mereka yang berhimpun secara aman, akan tetapi polis tidak berdisiplin yang hampir bersifat kebinatangan  itu. Mereka yang berhimpun datang tanpa apa-apa senjata. Yang bersenjata ialah pihak polis. Cili Api tidak dapat menahan gelak apabila mendengar pihak polis berjaya “merampas” hanya sepucuk pistol mainan kanak-kanak dari kalangan mereka yang dikatakan menunjuk perasaan itu.Dilaporkan seramai 46 orang telah ditahan polis kerana berhimpun. Cili Api dengar angkanya lebih dari 100 orang. Polis berkata mereka sedang mencari Tian Chua, Lokman, Zahid dan Sanusi. Barangkali yang mereka hendakkan sangat ialah Tian dan Lokman. Pagi ini Tian mengadakan sidang akhbar. Kita tengoklah bagaimana polis akan bertindak. Cili Api dengar Lokman sudah bolos. Zahid dan Sanusi ada sekereta dengan Ezam semasa dia ditangkap. Mereka mengikut Ezam sampai ke balai polis. Tetapi polis tidak menangkap mereka. Cili Api tidak percaya polis tidak mengenali mereka. Adakah polis tidak mahu mereka, tapi buat heboh saja?Pulang dari Havana, Cek Det berkata perhimpunan ini gagal sebab rakyat tidak mahukan huru-hara dan menyokong perkembangan ekonomi. Memanglah tidak seramai yang dijangkakan datang berhimpun. Betapa tidak? Bagaimana mereka hendak sampai kalau sudah ada yang ditangkap semasa dalam perjalanan dan semua jalan dikawal? Tetapi, tidak adakah laporan yang disampaikan kepada Cek Det tentang perhimpunan di masjid dan di jalan itu? Tidak adakah yang melaporkan kepadanya 46 orang telah ditahan? Tidak siapakah yang melaporkan tentang pistol kanak-kanak yang dirampas itu? Atau adakah, seperti biasa, Cek hanya pandai berbohong saja?Cek Det mendakwa rusuhan boleh menjejas pekembangunan ekonomi. Pelancong  akan takut datang, katanya. Tetapi sebenarnya Cek Det, ugutan-ugutan serta gemparan Cek Det dan polis itulah yang  membimbangkan peniaga dan menakutkan pelancong. Cili Api lihat kali ini para pelancong cukup ghairah mengambil gambar. Mereka tertarik dengan  berpuluh-puluh trak FRU berwarna merah yang terletak berderet di merata ceruk jalan dan beratus-ratus anggota polis yang berlepak di merata tempat  dengan membawa senjata lengkap. Cili Api percaya mereka akan pulang membawa bermacam-macam cerita tentang  Kuala Lumpur, sebagai pusat negeri yang sudah hampir menjadi negara polis.Cili Api rasa Cek Det, Dollah Badawi sudah bertindak tidak bijaksana. Mereka   melampaui batas. Akibatnya, imej dan nama negara  jatuh merosot sampai ke Havana. Walaupun perhimpunan Gelita 14 tidak sebesar yang dirancangkan, tetapi Cili Api fikir gerakan ini telah mencapai kejayaan besar.COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COMDo You Yahoo!?
Send online invitations with Yahoo! Invites.

H-Net* Polis dakwa berjaya halang perhimpunan

2000-04-16 Terurut Topik counterbalance
National News 
Anggota FRU menembakkan  gas pemedih mata untuk menyuraikan penunjukan perasaan semalam.FRU menyemburkan air kepada sekumpulan penyokong reformasi yang menyembunyikan diri dalam perhimpuna Black 15 hari ini. (Gambar lain) 
Polis dakwa berjaya halang perhimpunan Black 15KUALA LUMPUR, 16 April (Hrkh) - Polis mendakwa berjaya mengawal keadaan dan menghalang perhimpunan Black 15 yang dijadulkan semalam.Polis gunakan meriam air suraikan reformasiKUALA LUMPUR, April 15 (Hrkh) - Polis menggunakan meriam air untuk menyuraikan beratus-ratus penyokong reformasi dalam perhimpuna hari ini menurut saksi-saksi. 
Authorities determine to make it a Black 14KUALA LUMPUR, 14 April (Hrkh) - It looks like the authorities are really determined to make today a Black 14, said Aliran Executive Committe. 
PAS kesal penangkapan pimpinan KeAdilanKUALA LUMPUR, 14 April (Hrkh) - PAS kesal dengan tindakan polis terhadap beberapa pimpinan Keadilan hari ini. COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COMDo You Yahoo!?
Send online invitations with Yahoo! Invites.

H-Net* Ahli Umno lawan ahli Umno

2000-04-13 Terurut Topik counterbalance
Ahli Umno lawan ahli Umno 
MENTAKAB 13 Apr.(Hrkh) - Dua orang penduduk Kampung Teluk Ira, Temerloh yang dituduh memukul dua pemimpin Umno cawangan itu sebenarnya bukan ahli PAS bahkan mereka adalah ahli Umno dan ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) kampung berkenaan. 
Kedua-dua mereka memukul dua pemimpin Umno berkenaan pula bukanlah kerana sengketa politik tetapi sebenarnya kerana masalah peribadi yang berlaku sesama mereka dalam JKKK itu. 
Dalam kejadian 7 April lalu, media melaporkan kononnya Ketua Umno cawangan Kampung Telok Ira yang juga ketua kampung tersebut, Mohd Pilus Mat Taha dan Setiausahanya, Ahmad Salleh telah dipukul oleh penyokong PAS. 
Tinjauan dan temu bual Harakah dengan penduduk kampung serta dua orang lelaki yang dikatakan bertanggungjawab menyerang dua pemimpin Umno itu mendedahkan hal sebaliknya. 
Didapati kedua-dua mereka yang dikatakan penyokong PAS itu, Azhari Musa,36, dan Tajul Mulok Hassan,38, adalah ahli Umno cawangan dan juga merupakan ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) kampung berkenaan. 
"Kami adalah ahli Umno dan ahli JKKK kampung Teluk Ira ini," kata kedua-dua mereka. 
"Keahlian kami tidak pernah dipersoal dan kami tidak pernah menerima apa-apa notis yang mengatakan sebaliknya," tegas mereka lagi. 
Kedua-duanya turut menegaskan bahawa perbalahan yang berlaku itu bukanlah kerana fahaman politik, tetapi masalah peribadi yang biasa berlaku dalam mana-mana institusi masyarakat di peringkat kampung. 
Mereka turut mengesahkan telah membuat laporan polis di Balai Polis Temerloh pada hari kejadian. 
Dalam pada itu, Azhari Musa mengakui bahawa masalah yang berlaku antara mereka adalah masalah lama yang berpunca daripada sikap sombong pemimpin Umno terbabit. 
Tajul Muluk turut mengesahkan perkara tersebut dan berkata "Sebagai ketua kampung, beliau harus memimpin semua orang. Kena jaga semua penduduk. Ini tidak, saya beri salam pun dia tidak jawab," dakwanya. 
Tajul seterusnya mempersoal tindakan pemimpin negara dan media membesar-besarkan perkara remeh yang lazim berlaku di peringkat kampung itu. 
Sementara itu Pengerusi Masjid Kampung Telok Ira, Mahmud Husin, turut menyatakan kekesalannya kerana perkara yang kecil itu diperbesarkan pemimpin Umno dan media. 
"Mereka memberi gambaran seolah-olah penduduk kampung berada dalam keadaan berpecah-belah, sedangkan ia adalah perkara kecil yang boleh diselesaikan di peringkat kampung saja," kata beliau. 
"Sepatutnya bila ada masalah, pemimpin dan media harus berusaha mengatasinya, bukan tambah mengeruhkan lagi keadaan," tegas beliau. 
Sementara itu, Ketua PAS cawangan Telok Ira, Haji Mohd Lazim Haji Salleh, turut menyatakan kekesalannya kerana pemimpin Umno dan media suka mengambil kesempatan atas perselisihan rakyat tanpa mengira buruk baiknya. 
"Sikap adu domba pemimpin Umno terserlah lagi apabila mereka tanpa segan silu atau rasa bersalah cuba mengambil kesempatan politik dalam kes begini,"kata beliau. 
DAPATKAN HARAKAH KELUARAN TERBARU Dipasaran sekarang!!!
 COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COMDo You Yahoo!?
Send online invitations with Yahoo! Invites.

H-Net* Terengganu: Fakta sahih yang disembunyikan

2000-04-10 Terurut Topik counterbalance
TERENGGANU : FAKTA SAHIH YANG DISEMBUNYIKAN
ROSLAN SMS 
Sebagaimana yang didedahkan dalam tulisan saya yang lalu, UMNO khususnya  melalui Menteri Agamanya Hamid Othman, telah memutar-belit dan mengeksploitasi dengan jahat berita berhubung lesen menjual arak di Trengganu dengan tanpa malu menyatakan bahawa langkah yang dilaksanakan di Trengganu itu tiada bezanya dengan langkah yang diambil di Pusat. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Alam Sekitar Negeri YB Hj. Wan Abdul Mutalib Embong telah mengumumkan bahawa kerajaan negeri telah memperbaharui 8 lesen perniagaan arak di Trengganu iaitu dua masing-masing di Kuala Trengganu, Dungun dan Kemaman dan satu masing-masing di Marang dan Besut. Ini bermakna cuma di premis-premis tersebut sahaja dibenarkan masyarakat bukan Islam membeli/meminum arak dalam keadaan yang terkawal bagi seluruh negeri Trengganu. 
UMNO melalui akhbar-akhbar perdananya tanpa sebutir maruah pun telah mencedok dan memberikan penghuraian yang menyeleweng terhadap tindakan ini. Kebanyakan akhbar-akhbar mereka termasuklah yang berbahasa Inggeris telah memberikan maksud: 
“Trengganu approves 8 NEW liquor licenses.” 
Perkataan “NEW” digunakan bagi menunjukkan kononnya kerajaan negeri PAS telah meluluskan 8 lagi lesen baru selain dari yang telah sedia ada dilulus oleh kerajaan UMNO dahulu. 
Sedangkan yang sahih sepatutnya : 
“The State government had renewed ONLY 8 licenses for selling liquor” 
ataupun kerajaan negeri CUMA memperbaharui 8 lesen SAHAJA bagi menjual arak di seluruh negeri Trengganu. 
Tiada satu akhbar tempatan pun kemudiannya yang bertanggungjawab memperbetulkan laporan mereka. Setelah puas mereka menabur fitnah, tanpa apa sekali maruah dan etika, mereka pakat diam membisu, termasuklah Menteri Agama yang menjuarai berita fitnah tadi. Kalau kita teliti akhbar The Sun hari Ahad baru-baru ini (9/4/2000) mukasurat 5 di bawah tajuk: 
“Reconsider pub closure decision Trengganu government urged” 
barulah terdedah fakta sebenar. Berita tersebut cuba meluahkan keresahan peniaga-peniaga araka di Trengganu, namun dicelah-celah keluh-kesah itu terdedahlah maklumat yang sahih. Di laporan tersbut dimuatkan bahawa kerajaan negeri telah sebenarnya menutup lebih 20 premis bar, pub dan pusat karaoke di seluruh negeri berkuat-kuasa 1 April lalu termasuklah 11 di Kuala Trengganu sahaja. Ini menunjukkan kerajaan PAS di Trengganu telah mengambil langkah berani mengurangkan bilangan premis menjual arak kepada bilangan yang sekadar cukup menampung warganya yang bukan Islam yang sememangnya dijanjikan oleh Islam kebebasan meminumnya. Oleh itu bagaimana pula boleh disamakan tindakan ini dengan langkah yang diambil oleh kerajaan Pusat. 
Pusat yang turut dianggotai kabinetnya oleh Menteri Agama anak Sik itu telah memberi lesen kepada kilang-kilang arak (kilang Carlsberg di Shah Alam adalah pengeluar arak terbesar di rantau sebelah sini), membenarkan pula syarikat-syarikat arak tadi diapungkan sahamnya di BSKL sehingga bebas sahamnya itu dimiliki oleh sesiapa sahaja termasuklah syarikat dn individu Muslim sekalipun. Kilang-kilang ini pula bebas mengambil pekerja-pekerja Islam malah ada kilang arak di Jalan Klang Lama mempunyai surau di premisnya untuk pekerja-pekerja Islam beribadat, lori-lori membawa minuman haram itu ada yang dimiliki dan dipandu atau dikelendankan oleh orang-orang Islam tanpa sebarang sekatan. Di pub-pub, bar-bar, pusat-pusat karaoke, hotelhotel, restoran-restoran dan pesawat MAS  pekerja-pekerja, pelanggan-pelanggan dan peramugari-peramugari Islam secara bebas menghidang minuman haram ini atas permintaan pelanggan dan arak tadi pula bebas dijual dan dibeli oleh orang Islam. 7 Eleven contohnya yang dimiliki oleh syarikat kerabat di Raja Negeri Sembilan dan Hard Rock Café di KL yang miliki bersama oleh anak-anak Melayu termasuk kerabat di Raja Selangor (yang didoakan agar selamat oleh khatib-khatib Jumaat seluruh Selangor) menjual dan menghidang arak secara bebas. Apakah tindakan Menteri Agama? Buta dan tulikah Menteri tersebut dalam hal ini? Atau masa dan aktivitinya tertumpu pada mencanai dan menabur fitnah bagi menyekat dan menghalang kemajuan Islam di negara ini! 
Kembali dan bertautlah pada yang sahih dan benar. Kembalilah kepada perlaksanaan Islam yang syumul dan hentikanlah dari bersandar maklumat kepada lulusan agama yang bertopengkan agama untuk kepentingan perut mereka masing-masing. COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COMDo You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.

H-Net* Kenyataan Akhbar Ezam menangkis Fitnah Mahathir di akhbar-akhbar

2000-04-10 Terurut Topik counterbalance




Kenyataan akhbar sdr. Ezam Mohd Nor
 
Saya menafikan sekeras-kerasnya kenyataan yang dibuat oleh Perdana Menteri berhubung dengan usaha rakyat untukmenyerahkan memorandum rakyat pada 15 April 2000 ini. Perdana Menteri telah menuduh usaha ini sebagai satu agendarusuhan ganas yang dibuat untuk mencetuskan keadaan huru hara di negara ini. 
 
Rakyat yang berhimpun pada 15 April ini adalah rakyat yang prihatin terhadap kezaliman yang berlaku di negara ini di zamanpemerintahan Mahathir Mohamad. Rakyat akan memperingati tarikh 14 April, tarikh di mana Dato' Seri Anwar Ibrahimdijatuhkan hukuman penjara 6 tahun, sebagai HARI KEZALIMAN MAHATHIR. Rakyat harus terus diingatkan dan dididikuntuk memahami erti kezaliman dan membina tekad untuk menentang kezaliman. 
 
Saya mencabar Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad untuk membuktikan segala bentuk perancangan yang dibuat olehmana-mana pihak yang didakwa mempunyai unsur-unsur keganasan. Sebagai rakyat yang bertanggungjawab saya tetapmenolak sebarang unsur keganasan dan sedia bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk mempastikan keganasan tidakberlaku. Saya bercadang untuk menemui pihak Polis Diraja Malaysia untuk bekerjasama mempastikan keganasan dapatdihindarkan. Saya menyeru seluruh rakyat yang akan hadir pada 15 April ini untuk tidak membawa sebarang bentuk objekyang boleh dilihat sebagai senjata malah kayu bendera juga tidak akan kita benarkan untuk dibawa pada hari tersebut dansekiranya dibawa kita akan mempastikan ianya diserahkan kepada pihak polis pada hari tersebut. 
 
Kenyataan Mahathir semalam adalah tindakan seorang pemimpin yang gelabah dan takut dengan kebangkitan dan kesedaranrakyat. Beliau faham semakin dalam rasa kebencian rakyat terhadap kezaliman maka semakin meneballah kebencian rakyatterhadap beliau sebagai seorang pemimpin yang paling zalim dan kejam yang pernah dilahirkan oleh negara ini.MEMORANDUM RAKYAT adalah suara hati rakyat yang cintakan keamanan dan memohon simpati serta keprihatinanRaja-raja Melayu untuk mengambil tindakan sewajarnya kepada Perdana Menteri yang zalim ini. Masalah perpecahanMelayu yang digembar-gemburkan oleh Mahathir akhir-akhir ini adalah angkara kezaliman beliau. Dalam sejarah kepimpinannegara ini kita tidak pernah menyaksikan seorang pemimpin yang sekejam dan sezalim Mahathir Mohamad. Beliaulahpemimpin Melayu pertama yang menghina Rasullullah S.A.W., menghina alim ulama, bertindak kejam dan ganas kepadamusuh politiknya, memulakan politik fitnah dan po!
litik dendam, mengunakan jentera kerajaan untuk menggugut dan memeraspemimpin dan rakyat. 
 
15 April ini adalah hari rakyat memperingati kezaliman seorang manusia yang bernama Mahathir Mohamad. Memperingatikezaliman ini penting supaya rakyat benar-benar faham akan makna keadilan. Rakyat yang berani dan terus dengan cita-citauntuk menyerahkan memorandum ini pada tarikh tersebut adalah merupakan rakyat yang akan dikenang oleh sejarah sebagairakyat yang bermaruah dalam sebuah negara yang berdaulat. Kami akan hadir sebagai rakyat Malaysia yang menolaksebarang bentuk kezaliman. Kami tidak mewakili mana-mana parti atau organisasi. Kami hadir sebagai rakyat biasa yangmewakili suara hati rakyat yang menentang kezaliman. Saya sendiri akan hadir bukan sebagai Ketua Pemuda keADILantetapi sebagai rakyat biasa yang bertanggungjawab yang akan terus berusaha sedaya upaya untuk mengembalikan maruahrakyat dan negara yang tercemar dengan kezaliman yang dilakukan oleh Mahahtir Mohamad. 
 
  
 
Mohamad Ezam Mohd Nor10 April 2000 COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COMDo You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.

H-Net* Perhimpunan Rakyat Untuk Sembahyang Hajat, Kata Wan Azizah

2000-04-10 Terurut Topik counterbalance




PERHIMPUNAN RAKYAT UNTUK SEMBAHYANG HAJAT, KATA WAN AZIZAH 

  



KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- Presiden Parti Keadilan Nasional Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail menafikan parti itu akan mengadakan rusuhan di ibu kota pada 15 April ini sebaliknya satu perhimpunan akan diadakan di Masjid Negara mengadakan sembahyang hajat sempena sambutan Maal Hijrah. Katanya perhimpunan itu bagaimanapun bukan diadakan atas nama parti sebaliknya dianjurkan oleh rakyat. "Kita tidak buat bawah parti, parti tidak terlibat, itu hak kita untuk sembahyang," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini. Beliau mengakui perhimpunan itu juga sempena memperingati genap setahun suaminya, bekas timbalan perdana menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan. Semalam Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad berkata beliau mempunyai maklumat penyokong parti Keadilan akan mengadakan rusuhan Sabtu ini. Wan Azizah berkata rombongan Pergerakan Pemuda Keadilan kemudiannya akan be!
rgerak ke Istana Negara untuk menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong. Katanya beliau telah dipanggil polis untuk memberi keterangan mengenai perhimpunan berkenaan di Ibu pejabat Kontinjen Polis Kuala Lumpur esok. -- BERNAMACOUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COMDo You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.

H-Net* PAS dakwa Mahathir sendiri rancang rusuhan

2000-04-10 Terurut Topik counterbalance
Monday - April 10
PAS dakwa Mahathir sendiri rancang rusuhan
12pm, ISN: Ketua Dewan Pemuda PAS, Mahfuz Omar bimbang Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad cuba mencetuskan keadaan tidak tenteram ketika perhimpunan ‘14 Hitam' pada Sabtu ini. Beliau meminta pihak polis menjalankan siasatan segera terhadap Dr Mahathir sendiri kerana mengeluarkan kenyataan berbahaya itu. Mahfuz juga menyeru peserta-peserta perhimpunan supaya berhati-hati dengan tindakan pihak-pihak tertentu yang cuba mencetuskan rusuhan pada hari tersebut. [Laporan lanjut selepas ini] COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COMDo You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.

H-Net* Astora kecundang

2000-04-09 Terurut Topik counterbalance





Astora kecundang... 






Assalamualaikum, 
Semalam aku berkesempatan mendengar debat antara Ustaz Mohd Asri dan Astora Jabat @ Hassan atau ese (nick utk Hassan di tempatnya di Siam). Astora berasal dari Jabat, Narathiwat, Thailand merupakan rakyat Thai dan bukan warganegara Malaysia. Beliau tidak menamatkan pengajian Master nya. Jadi bermakna beliau hanya ada Bachelor degree sahaja. Beliau berumur di lingkungan 4Oan. 
Ustaz Mohd Asri berumur 2Oan mendapat ijazah mudanya di Jordan dan sekarang meneruskan pelajaran ke peringkat PHD di UIA di jurusan ALQuran & Hadis. 
Hujjah Ustaz Mohd Asri tentang Negara Islam (pro & kontra) amat padat dan bersandarkan dalil2 AlQuran dan Hadis. Disertakan juga Nama Kitab2 dan penulis (ulama) yang menulis kitab2, disamping memperincikan latar belakang ulama yang menjadi rujukannya dan rujukan Astora Jabat. Malah Ustaz Asri membawa kitab2 nya, malah kitab2 rujukan Astora dibawanya. Juga edisi yang terbaru. astora pun tidak tahu kewujudan edisi baru itu... Astora habuk pun tarak 
Astora hanya mampu mengatakan dia pro dengan konsep Negara Islam tetapi gagal memberi pro dan kontranya. Tiada hujjah langsung yang diberi utk menunjukkan dia pro. Juga tiada hujjah menunjukkan dia kontra. Beliau tidak memberitahu pendiriannya tetapi hanya menceritakan sejarah pemerintahan Islam dari Zaman Nabi, khulafa ur-rasyidin, Muawiyyah, Abasiyyah, Othmaniyyah sehinggalah ke zaman ini. Tanpa huraian dan kupasan yang mendalam... only on surface... 
Yang lawaknya dalam keadaan dia tidak dapat mengiktiraf mana2 negara Islam yang awal, alih2 dia kata Negara Islam yang pertama ialah Pakistan. 
Satu lawak hujjah jenakanya ialah dalam mempertimbangkan hujjah untuk menentukan kriteria negara Islam, ianya hendaklah LOGIK dan BAIK. Tengok apa Astora cakap. hampas Kalau Islam ikut logik, lebih baik makan kucing dari ayam, sebab kucing lebih bersih dari ayam. 
Perbahasan Astora bukan sahaja hambar, gagap, malah mempamirkan panas barannya ketika buat lawak (maaflah... pada aku dia bukan berhujjah, tapi buat lawak langsung takde hujjah). "Hujjah" nya menggunakan Hadis lemah malah kenyataanya tidak terang. beliau tidak mengkaji, cuma buat window shopping macam nak beli barang. Tak beli pun 
Sebagai contoh, ketika Tartar menawan Damsyik 1OOO tahun lalu, perundangan Negara Islam di bawah pemerintahan Tartar menggunakan undang2 yang diolah dari Yahudi, Kristian dan Islam. Astora cuba menggambarkan tiada perlaksanaan Hukum Islam secara 1OO% dan boleh boleh menerima undang2 seperti itu. Astora tidak kupas satu persatu, tetapi membiarkan kenyataanya begitu sahaja... Ustaz Asri membidas menyatakan bahawa mengikut tafsir Ibnu Kathir, corak pemerintahan ini adalah kufur dan wajib diperangi. Astora tidak terkata apa. Ustaz Asri menegaskan kpd Astora, sila lihat kitab tafsir Ibnu Katsir. 
astora cuba membangkitkan bahawa tiada ayat AlQuran dan Hadis menerangkan tentang negara Islam malah menolak Madinah bukan sebagai negara Islam kerana saiz yang kecil. Lemah betul Astora alahai... Astora menambah, malah di zaman Sayyidina Omar AlKhattab, ada undang2 Farsi dan Rumawi yang diguna pakai oleh Kerajaan Islam. Sekali lagi Astora cuba menggambarkan bahawa Undang2 lain boleh bertapak di negara Islam. 
Ustaz Asri membidas, bahawa walaupun size negara Islam (Madinah) itu kecil tetapi Nabi membina asas2nya. Allah tidak akan memperincikan setiap peraturan utk manusia. Peraturan baru yang diceduk dari Farsi dan Rumawi adalah yang dibenarkan oleh syarak... Tetapi, Astora GAGAL memperincikan setiap hujjahnya. Hanya Ustaz Asri yang menjelaskannya secara terperinci. 
Astora juga GAGAL menjawab YA atau TIDAK apabila seorang pakchik menanya sama astora ada menegur Mahathir tentang kebejatannya. Persoalan ini timbul kerana Astora kununnya akan menyanggah sesiapa sahaja yang dianggap buat sesuatu yang menyimpang. Mahathir jelas telah menyimpang. Tetapi tidak diselar tida ditegur sebagaimana beliau menyelar ulama2 yang padanya tidak betul... Astora cuba berdolak dalih. Dia hanya kata ada beritahu. Beritahu apa?? dia tidak jelaskan selanjutnya. Itulah wajah sebenar Astora... putar belit nombor satu... kecut cakap ajer kecut... Ada seorang yang menjerit kat AStora "DAYUS !!!" Tak boleh disangkal lagi. 
Ustaz Asri juga tidak senang dengan sikap Astora yang menjelekkan kesilapan yang dilakukan ulama2 soleh Timur Tengah seperti Yusuf Al-Qardhawi. Kesilapan adalah masalah peribadi. Tetapi beliau mengecam ulama2 ini seperti depa adalah penjenayah (mujrimin) dan mempunyai kepentingan politik. Walhal Dr Yusuf tidak terlibat dgn politik. 
A banyak lagi nak citer 
Semakin jelas siapa sebenarnya Astora ini. Yang aku tau, dia bukanlah rakyat Malaysia (rakyat Thai). Dia cuba menyuntik minda negatif dalam pemikiran rakyat Islam. Anasir asing yang dibela dan dibelai oleh UMNO utk mempertahankan UMNO. Astora membela UMNO hanya kerana Mahathir adalah tokoh pembangunan yg sukar dicari ganti(kata Astora)

H-Net* KeADILan rancang rusuhan pada 15hb April, kata Dr Mahathir

2000-04-09 Terurut Topik counterbalance




KEADILAN RANCANG RUSUHAN PADA 15 APRIL, KATA DR MAHATHIR 


 PUAS HATI... Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad melambaikan tangan selepas menaiki bot hovercraft Griffon 2000TDX (M) Mk11 buatan Britain pada sessi demonstrasi oleh UK Royal Marines Commandos di Mines Resort disini, hari ini. 



KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) -- Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad berkata beliau mempunyai maklumat bahawa penyokong-penyokong Parti Keadilan Nasional merancang untuk merusuh di ibu negara pada 15 April ini. "Saya dengar Keadilan pun ada demonstrasi pada 15 haribulan ini dengan tujuan hendak memperingati sesuatu dan mereka bersedia nak pukul polis, nak bawa senjata, kayu, macam-macam dan nak buat molotov cocktail pun," katanya kepada pemberita di Mines Resort di sini hari ini. Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kejadian seorang Ketua Umno cawangan Kampung Teluk Ira dekat Temerloh yang didakwa dipukul oleh penyokong PAS selepas menunaikan sembahyang Jumaat di masjid kampung itu. Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Kamaruddin Mohd Ali mengesahkan bahawa penyokong parti Keadilan itu sedang merancang untuk mengadakan demonstrasi haram itu dan menasihatkan orang ramai supaya tidak menyertainya. Ketua Pe!
muda Keadilan Ezam Mohamed Noor dalam ceramah di Cheras bulan lepas berkata beliau akan mengetuai satu perarakan ke Istana Negara di sini sempena ulang tahun pertama bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijatuhi hukuman penjara enam tahun kerana menyalah guna kuasa. Dr Mahathir berkata terdapat kecenderungan di kalangan parti-parti pembangkang kini untuk menggunakan kekerasan dan mencabul undang-undang negara jika mereka tidak berpuas hati terhadap sesuatu perkara. Katanya, jika perkara itu tidak dibendung dari awal, terdapat kemungkinan Malaysia akan terjebak seperti keadaan negara-negara lain apabila kumpulan-kumpulan merusuh kerana tidak berpuas hati dengan sesuatu perkara. "Maka dengan itu, rosaklah negara," kata Perdana Menteri. Dr Mahathir menasihati mereka supaya tidak turut serta dalam rusuhan dan berdemonstrasi kerana Malaysia mempunyai pelbagai saluran bagi sesiapa yang tidak berpuashati dengan sesuatu perkara untuk !
menyuarakan kritikan. "Kita merayu kepada rakyat supaya berkelakuan baik. Jangan bertindak sedemikian (merusuh). "Di negara lain boleh, di sini kita terbuka untuk kritik. Ada parlimen, wakil rakyat dari parti lawan pun ada, bukan seperti di sesetengah negara lain di mana parti lawan tidak mempunyai wakil," katanya. Dr Mahathir berkata wakil-wakil rakyat dari parti pembangkang di sini telah membuktikan bahawa kebebasan berpolitik wujud negara ini melalui kelantangan mereka mengkritik kerajaan ketika persidangan Parlimen. "Mereka (wakil rakyat pembangkang) bukan main garang di dalam parlimen. Apa lagi yang nak," kata Dr Mahathir. -- BERNAMACOUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COMDo You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.

H-Net* Laporan Debat Ilmiah Perdana - Astora Jabat Malu & Tewas

2000-04-09 Terurut Topik counterbalance
Laporan Debat Ilmiah Perdana - Astora Jabat Malu dan Tewas
Berikut adalah laporan ringkas Debat Ilmiah Perdana di antara Yang Berbahagia Ustaz Mohd. Asri Bin Zainul Abidin dengan Saudara Astora Jabat yang diadakan pada 8 April 2000 di Mengkuang, Bukit Mertajam bertajuk Negara Islam : Pro & Kontra (Untuk gambaran sebenar debat tersebut, sila dapatkan pita rakaman VCD, Video dan kaset yang akan berada di pasaran tidak berapa lama lagi atau hubungi terus pihak penganjur - Markas Ibn-Qayyim Al-Jauziyyah, Mengkuang,Bukit Mertajam) 
Debat tersebut dihadiri oleh kira-kira lebih 10,000 orang, berlangsung selama lebih tiga jam. Dikhabarkan ada yang datang dari Perlis, Kedah, Johor, KL, Melaka dan Perak. 
Kesimpulan yang dapat dibuat dari debat tersebut ialah Astora Jabat sebenarnya bukanlah seorang tokoh agama yang layak membicarakan soal agama di akhbar atau di mana-mana kuliah pengajian. Ilmu yang ada pada Astora terlalu cetek dan tidak lebih sebagai satu ilmu yang cuba menipu orang-ramai. Apa yang lebih memalukan lagi, Astora langsung tidak mampu menguasai perdebatan yang diadakan. Hujahnya tergagap-gagap dan gementar. Tidak ada langsung ilmu yang dapat dikutip dari beliau. Beliau yang sebelum ini begitu celupar menghentam pemimpin Islam dan usaha menegakkan sebuah Negara Islam, turut pula menyokong penubuhan Negara Islam setelah menerima asakan dan hujah oleh Ust. Mohd. Asri yang begitu cantik, ilmiah dan bernas. 
Perdebatan keseluruhannya dikuasai 100% oleh kebijaksanaan Ust. Mohd. Asri.Tidak ada satu hujah pun dari Ust. Mohd. Asri yang mampu dijawab oleh Astora secara yang dikehendaki. Astora lebih banyak merewang-rewang dan cuba menyeleweng fakta. Hujah Ust. Mohd. Asri adalah bersandarkan kepada Al-Quran, Sunnah, dan Itjmak Ulamak. Juga mengemukan rujukan dari beberap tokoh Islam ternama seperti Imam As-Syafie, Ibn-Taimiyyah, Al-Maududi,Ibn-Qayyim, As-Syahid Hassan Al-Bana dan ramai lagi sedangkan Astora hanya mengemukakan pandangannya sendiri dan beberapa tokoh yang dipertikai amanah ilmunya. (Pakai hukum akal) 
Beberapa soalan dari hadirin juga tidak mampu dijawab oleh Astora seperti yang dikehendaki. Jawapan Astora cukup berhati-hati, seolah-olah sebagai seekor burung kakak tua yang telah diprogramkan oleh tuannya untuk bercakap apa yang diajar sahaja. Astora sendiri mengaku bahawa beliau adalah dari pihak kerajaan dan apa yang dicakapkannya adalah untuk kepentingan kerajaan walau terbukti pihak atasan melakukan begitu banyak kesilapan. Kreadibiliti dan maruah Astora cukup tercemar. Peluh jantan membasahi muka dan seluruh tubuhnya. Mukanya pucat dan termalu. Dalam hatinya mungkin menyesal hadir ke majlis tersebut. 
Apa yang dapat disimpulkan oleh para hadirin, Astora hanyalah boneka kerajaan yang mengadakan dan memperbesarkan kesalahan ulamak dan pembangkang dan menafikan segala kebaikannya sebaliknya menyembunyikan kesalahan besar pihak pemerintah dan mengadakan, memperbesarkan kebaikan pihak pemerintahan.(Kaki ampu kerana ada kepentingan) 
Kalaulah telah terbukti ilmu Astora tidak seberapa, siapakah yang sebenarnya di belakang Astora yang menulis ruangan Bicara Agama dengan menggunakan nama ASTORA JABAT??? 
Al-QayyimBukit Mertajam COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COMDo You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.

H-Net* Ucapan Nurul Izzah di Geneva

2000-04-07 Terurut Topik counterbalance
Ucapan Nurul Izzah Di Geneva
Mr. Chairman, 
It is an honour for me, as a young person, to speak at this meeting. I bring you greetings from my father Anwar Ibrahim, former Deputy Prime Minister and Minister of Finance Malaysia, who is currently incarcerated at Sungai Buluh Prison. His message is attached for your kind attention. I am Nurul Izzah Anwar, his eldest daughter. I am 19 years old and I represent my family and the Reformasi movement to draw your attention to a growing crisis of civil and political rights. 
My father was arrested on 20 September 1998 [after leading an unprecedented rally calling for the resignation of Prime Minister Mahathir Mohamad]. On the night of his arrest he was viciously assaulted by the Inspector General of Police Abdul Rahim Noor. One of the doctors who [later] examined my father concluded that “he is lucky to be alive” [because the blows were so severe and aimed at potentially fatal places.] 
The way my father was arrested was an act of provocation, an insult to human dignity and common sense. A squad of hooded elite police commandos armed with sub machine guns broke into our home which was packed with family members, friends, journalists and supporters, all unarmed. Among them were women and children. Guns were pointed at my younger brother and sister, aged 13 and 14. 
My father was arrested under the [Section 377B of the] Penal Code. But after he was so grievously assaulted by the nation’s police chief, his warrant of arrest was changed to that of under the draconian Internal Security Act [which allows detention without trial] to avoid having to produce him to court within 24 hours, to cover up the police brutality. For nine agonzing days, they refused to tell us where he was. They lied that he was safe and healthy, so you can imagine our shock to learn that he was beaten so severely. Even the Prime Minister maliciously alleged that my father’s injuries were self inflicted. 
My father is a political prisoner. His prosecution [under the Penal Code] is a means of political persecution. He was sacked [from the government] because he called for reform of the economic and political system. As Minister of Finance he declared that public funds should not be used to bail out politically connected big corporations. His prosecution is a result of a collusion and abuse of power by several key government institutions. 
In order to fabricate evidence against my father, the authorities violated the rights of other people. Dr. Munawar Anees, a scholar and a friend of my father, Sukma Darmawan, our adopted family member, and Meor, a fashion designer, were arrested, coerced and cruelly tortured by the police to extract so-called confessions that they were sodomised by my father. Dr Munawar and Uncle Sukma were subjected to sham court proceedings and sentenced to jail. These lies and fabrications which have been manufactured through human right violations not only hurt these men and our family , but also hurt the credibility and sanctity of the government institutions we are supposed to trust. 
Although my father was charged and tried in a court of law, the trial has been severely criticised by the legal community, in Malaysia and internationally.[Amnesty International which has sent special representatives to study the entire episode of my father’s sacking and prosecution has declared my father as a prisoner of conscience.] 
Although my father is a political prisoner he has been treated worse than a common criminal. He has been denied bail although the crime he was charged with is a bailable offence. The judge [in dismissing the appeal for bail] claimed it would cost the government a lot of money to control my father and his supporters. My father Anwar Ibrahim is being kept under solitary confinement and family visits are severely restricted. There were even times when his legal counsel were denied visits. 
Last year my father suffered sudden, severe and dramatic health problems in detention. Initial lab test results [of his urine sample] showed a dangerously high level of arsenic poisoning. The fear of losing our loving father forever became very real. Instead of appointing an independent team to investigate the poisoning [as had been done in the case the beating of my father], the Attorney General made irresponsible and malicious remarks; he implied that my mother could have poisoned my father. When my father was hospitalised at the National University Hospital, some of the doctors complained that their offices were bugged and they were harassed [by senior officials as high up as the Health Minister]. 
On the issue of impunity: While my father continues to be subjected to human rights violations, the perpetrator of the grievous assault against him remains free. The [now former] police chief Abdul Rahim Noor was charged in court last year for “attempting” to cause injury to my father. He later admitted guilt to an amended and much milder charge. He was given a light sentence [2 months

H-Net* Laporan Khas dari Geneva: Puteri Reformasi gegar dunia

2000-04-07 Terurut Topik counterbalance
Laporan Khas Dari Geneva : Puteri Reformasi Menggegarkan Dunia
Oleh KHALID JAAFAR 
Geneva (Rabu): Puteri Reformasi, Nurul Izzah Anwar, membuat gegaran di Persidangan Ke-56 Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengenai Hak Asasi Manusia hari ini apabila beliau merayu kepada suruhanjaya tersebut untuk membantu membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari penjara. 
Nurul Izzah berkata meskipun ayah beliau sedang menjalani hukuman di bawah Kanun Keseksaan tetapi pada hakikatnya DSAI adalah seorang tahanan politik. “Saya merayu kepada suruhanjaya ini membantu membebaskan ayah dan mengembalikan hak beliau yang dicabuli serta hak-hak mereka teraniaya kerana terbabit dalam kes bapa saya,” kata beliau. 
Ucapan Nurul Izzah di persidangan  Suruhanjaya Hak Asasi Manusia, satu badan dunia terpenting yang membela hak asasi, hak madani dan politik dengan sendirinya melancarkan kempen besar-besaran untuk membebaskan Anwar Ibrahim (Free Anwar Campaign).  Kempen tersebut dengan serta-merta mendapat sambutan dari NGO Asia. 
Nurul Izzah juga merayu agar suruhanjaya tersebut mengambil langkah untuk melindungi hak peguam-peguam yang menjalan tugas professional mereka dalam membela Anwar. Nurul Izzah menerangkan Zainur Zakaria telah dihukum kerena menghina mahkamah sementara Karpal Singh telah didakwa di bawah Akta Hasutan. 
Nurul Izzah yang berucap sebagai wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mendapat tepukan dari wakil-wakil kerajaan dan NGO. Sepanjang persidangan semalan ucapan Nurul Izzah merupakan satu-satunya perwakilan yang mendapat tepukan. Ketika beliau berucap kelihatan wakil-wakil kerajaan menoleh ke belakang kearah beliau. Perwakilan NGO berucap di barisan yang paling belakang. 
Setelah tamat ucapan Nurul Izzah dikerumini oleh wakil-wakil NGO dari seluruh dunia, antaranya dari Guatamala, Poland and Iran, yang meminta teks ucapan beliau dan memberikan kata-kata peransang agar terus tabah memperjuangkah kebebasan DSAI. Nurul Izzah juga mengedarkan ucapan beliau kepada wakil-wakil kerajaan. 
Ezki Suyanto naib koordinator Komisi untuk Orang Hilang dan Korban Tindakan Kekesan (Kontras), seorang wakil NGO dari Indonesia, mengucapkan shabas kepada Nurul kerana ucapan beliau yang cukup mengesan:”Bagus sekali ucapannya. Belum pernah ucapan wakil NGO mendapat perhatian sebegini rupa.” 
Pandangan yang serupa diberikan oleh Ravi Nair, pengarah eksekutif Pusat Dokumentasi Hak Asasi Manusia Asia Selatan yang berpusat di New Delhi. Ravi Nair merupakan wakil NGO Asia yang paling berpengalaman dan menghadiri persidangan PBB mengenai hak asasi di Geneva setiap tahun. 
Nurul Izzah yang merupakan  perwakilan termuda terus memukau perwakilan apabila beliau memulakan ucapan dan memperkenalkan diri: “ Sebagai seorang muda yang berasa begitu terhurmat kerana dapat berucap di persidangan ini, saya  membawa salam bapa saya Anwar Ibrahim bekas Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia yang kini dipenjarakan di Sungai Buluh.  Saya berumur 19 tahun dan saya mewakili keluarga saya dan gerakan Reformasi untuk menarik perhataian tuan-tuan kepada krisis hak madani dan politik yang semakin tenat di Malaysia.” 
Beliau seterusnya menceritakan pengalaman keluarga beliau tatkala dan sejak DSAI di tangkap. 
“Cara bapa saya ditangkap merupakan satu tindakan provokasi dan bertentangan dengan prinsip kehormatan manusia. Sepasukan komando polis yang bertopeng  dan bersenjatakan sub machine gun otomatik memecah masuk rumah kami yang penuh dengan sanak saudara, sahabat, wartawan dan penyokong. Ramai antara mereka adalah perempuan dan kanak-kanak dan kesemua adalah tidak bersenjata. Ada ketikanya muncung senapang diajukan kepada adik-adik saya yang berumur 13 dan 14 tahun.” 
Nurul menegaskan bahawa DSAI adalah seorang tapol (tahanan politik) dan badan hak asasi manusia seperti Amnesty International telahpun mengklasifikasikan  DSAI sebagai “prisoner of conscience.” 
“Pendakwaan beliau di bawah kanun keseksaan adalah instrument untuk melaksanakan penindasan politik. Beliau di singkirkan dari kerajaan kerana beliau menuntut reformasi ekonomi dan politik. Sebagai Menteri Kewangan beliau menegaskan bahawa dana pemerintah tidak boleh digunakan untuk menyelamatkan syarikat syarikat besar yang mempunyai hubungan politik. Pendakwaan beliau adalah hasil dari kolusi dan penyalahgunaan kuasa beberapa institusi penting pemerintah,” Kata Nurul. 
“Untuk mencipta bukti yang boleh mendakwa bapa saya, pihak yang bertanggungjawab telah melakukan pelanggaran hak asasi manusi terhadap beberapa individu. Dr. Munawar Anees, Sukma Darmawan dan Meor telah di tangkap, ditekan dan disiksa supaya membuat pengakuan yang boleh mendakwa bapa saya. 
“Dr Munawar dan Sukma telah di bicarakan secara tidak adil. Pembohongan dan penciptaan bukti telah dilakukan melalui pelanggaran hak asasi manusia bukan sahaja telah menganiaya kami sekeluarga tetapi juga telah meluka kewibawaan dan kesucian institusi-institusi pemerintah.” COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COMDo Yo

H-Net* Harun Din bantah pengharaman Detik

2000-04-06 Terurut Topik counterbalance





HARUN DIN BANTAH PENGHARAMAN DETIK 





Bahan bacaaan di Malaysia khasnya masih dikatakan amat berkurangan. Hidangan hidangan yang dapat kita lihat dalam keseluruhan pembacaan ini amat kurang yang berbentuk kritis yang berbentuk membina minda dan membongkar rahsia-rahsia dalaman yang cukup bertanggungjawab. 
Antara majalah yang saya ikuti ialah DETIK. Bila saya dengar DETIK ini telah diharamkan. Saya terkejut bukan kerana saya tidak baca bahan-bahan seperti ini, saya banyak baca majalah-majalah arab, majalah-majalah lain kerana saya sendiri seorang ahli politik tetapi saya sedih bila kita nampak ini berlaku. Maknanya arus rentak media cetak di Malaysia mestilah ke arah menyokong pemerintah walaupun dalam keadaan beritanya tidak benar. Majalah yang cuba bawa rentak lain dan sebagainya, hukuman dikeluarkan tanpa sebarang alasan. Rebahnya DETIK bukan bermaknanya terkuburnya idea. 
Harakah juga dikenakan tindakan. Berbeza antara dua kali seminggu dengan dua kali sebulan. Kalau seminggu sekalipun dikira berpatutan. Sebulan lapan kali kepada dua kali sebulan itu rasa kita rasakan amat tidak setimpal kerana kesalahan pada Harakah sebenarnya kerana ada pengedar atau penjualnya menjual kepada bukan ahli. Namun demikian tidak pernah ada bukti. Bukan ada kes mahkamah dan benarkah orang yang membeli itu bukan ahli? 
Walau macam manapun sebagai sebuah negeri demokrasi apalah sangat yang kita boleh sekat daripada orang membeli. Dia tidak boleh beli dia suruh orang lain beli. Ada orang Cina, India henda baca Harakah dia minta orang PAS beli. Dia beli jugak. 
Tetapi saya lihat bila dua media ini telah dikenakan tindakan, ia merupakan satu amaran yang cukup keras daripada KDN kepada semua orang yang hendak terbitkan akhbar di Malaysia. Jangan cuba-cuba hendak melawan arus. Ini merupakan ancaman. Selain itu, hampir tidak ada majalah yang dikendalikan swasta bukan parti di Malaysia yang dapat menangani masalah politik , ekonomi, undang-undang, ekonomi, budaya, sosial seperti yang dibuat oleh DETIK. 
Ertinya masyarakat menerima cara itu. Masyarakat menerima rentak yang dibuat dan masyarakat akan tertanya-tanya mengapa diambil tindakan pada majalah yang belum dibuktikan kesalahan. Sekurang-kurang Harakah itu kerana tidak ikut arahan atau akta, jual kepada bukan ahli. Tetapi kalau DETIK diharamkan kenapa? Bukan sahaja KDN tidak memberikan jawapan tetapi orang lain tidak tahu. Malah Penerbit DETIK sendiri tidak tahu di mana kesalahan. Kalau inilah yang berlaku kepada masyarakat, saya takut kita boleh menghukum orang itu tanpa kita tahu apa kesalahan. Kenapa? Saja. Buadaya saja ini saya tidak berkenan. Biar ada alasan yang nyata. Bertanggungjawab apa yang kita buat dan bertanggungjawa apa yang mereka buat. 
Saya elok kerajaan secara khusus memikirkan balik perkara-perkara seperti ini dengan meletakkan garis panduan yang cukup jelas. Siapa yang ikut garis panduan ini, dia boleh ikutlah apa yang hendak keluar , tindakan dikenakan selepas melanggar garis panduan. Kita akan mengancam masyarakat supaya kita tidak berani bergerak, membuatkan orang tidak berani bertindak. Tidak ada orang yang berani mengkritik akhirnya kita telah menjadikan budaya hidup ini budaya pak turut. Tidak berani menyuarakan sesuatu yang benar. 
Elokkan pihak BN timbang balik perkara ini kerana meletakkan sesuatu yang adil kepada masyarakat dan hukuman yang keluar pun orang tahu hukuman yang adil. Jika tidak akan timbul kezaliman. 
(Detik.daily), 
"DETIK SUDAH MATI! HALANG PENCABULAN KDN TERHADAP KEBEBASAN MEDIA" 




PENERBITAN PEMUDA24G, Jalan 4/21D, Medan Idaman, Gombak53100 Kuala LumpurTel : 03-40243530 Faks : 03-4630372[EMAIL PROTECTED] COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COMDo You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.

H-Net* Melaka larang lawatan rasmi ke Kelantan & Terengganu

2000-04-06 Terurut Topik counterbalance




 MELAKA LARANG LAWATAN RASMI KE KELANTAN DAN TERENGGANU 

  



MELAKA, 6 April (Bernama) -- Kerajaan negeri Melaka telah menguatkuasakan larangan kepada semua jabatan dan agensinya daripada mengadakan lawatan rasmi ke Kelantan dan Terengganu. Ketua Menteri Datuk Wira Mohd Ali Rustam berkata surat pekeliling mengenai arahan itu akan dikeluarkan tidak lama lagi dan larangan itu turut melibatkan anak-anak syarikat milik agensi kerajaan negeri. "Larangan itu bagaimanapun tidak merangkumi lawatan tidak rasmi seperti melancong atau berziarah," katanya kepada pemberita di sini, hari ini. Beliau berkata arahan itu bukan bertujuan menganiayai kerajaan negeri Kelantan dan Terengganu yang dipimpin oleh PAS tetapi bagi memastikan dasar-dasar tidak baik dua buah kerajaan negeri itu tidak dicontohi oleh agensi kerajaan negeri Melaka. Setakat ini semua pegawai kerajaan negeri telah dimaklumkan secara lisan mengenai arahan terbaru itu, katanya ketika ditemui di kediaman rasminya di Seri !
Bendahara di sini. Mohd Ali juga berkata kerajaan negeri tidak menggalakkan kakitangan agensi dan anak syarikat kerajaan negeri mengadakan lawatan seperti itu kerana bimbang mereka akan terpengaruh dan mencontohi dasar-dasar yang telah dilaksanakan oleh kedua-dua negeri berkenaan. Mengulas lebih lanjut mengenai arahan itu, Mohd Ali berkata sebagai contoh ia akan melarang kakitangan Majlis Perbandaran Melaka Bandaraya Bersejarah (MPMBB) daripada mengadakan lawatan ke Majlis Perbandaran Kota Baru atau Kuala Terengganu. "Mereka sebaliknya digalak mengadakan lawatan rasmi ke Majlis Perbandaran Pulau Pinang atau mana-mana majlis perbandaran di negeri lain," katanya. Mohd Ali juga berkata sehubungan dengan itu, lawatan rasmi oleh agensi atau anggota exco kerajaan negeri Kelantan dan Terengganu ke Melaka juga perlu mendapatkan kebenaran dari kerajaan negeri. Sebelum ini, kerajaan negeri Melaka telah membuat kejutan dengan mengeluarkan wang simp!
anan tetapnya dari dua buah bank di negeri ini selain mengenakan tindakan terhadap doktor dan peguam panel, syarikat kontraktor serta syarikat penilaian harta kerana terbabit dalam kempen parti pembangkang semasa pilihan raya umum tahun lepas. --BERNAMA  COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COMDo You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.

H-Net* Program hebat!

2000-04-06 Terurut Topik counterbalance
Program-program Hebat Di Masjid Subang Airport Terminal 1 Sepanjang Bulan April!




Ceramah Perdana Awal Muharram Tarikh: 8hb April 2000 (malam) Penceramah : Ust Ahmad Awang Ust Zulkifli Yaakob Ust Misbahul Munir Masduki

 Ceramah Umum Awal Muharram Tarikh: 14hb April 2000 (malam) Penceramah : Dr Abd Aziz Hanafi (Bekas pensyarah Universiti Brunei)Ust Sobri Arshad (Pendakwah Bebas)


HARI KESIHATAN tarikh: 30hb April 2000 (9.00pagi-6.00Petang) Penceramah : Dr Hatta Ramli Dr Lo Lo Dr Abd Hamid Arshad (Pakar Sakit Puan)

BICARA HATIKU Tarikh: 30hb April 2000 (9.30malam -12.00 malam) Penceramah : Ogy Ahmad Daud Azmil Mustapha-Bekas Artis Ust Mohd Akhil Rawa(Bekas Kumpulan Rock 80-an "Riyard")COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COMDo You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.

H-Net* Terbaru! Affidavit Anwar jawab Affidavit Mahathir

2000-04-06 Terurut Topik counterbalance


 RUJUK AFFIDAVIT PERTAMA ANWAR IBRAHIM  KLIK SINI

RUJUK AFFIDAVIT BALASAN/JAWAPAN DR MAHATHIR  KLIK SINI (LAMAN MAHAZALIM)
BERIKUT AFIDAVIT TERBARU ANWAR IBRAHIM BAGI MENJAWAP AFFIDAVIT JAWAPAN DR MAHATHIR 
 
DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR
(BAHAGIAN JENAYAH-PERMOHONAN JENAYAH PELBAGAI)
PERBICARAAN JENAYAH WILAYAH PERSEKUTUAN NO 45-51-98
(Dalam kes tangkap Mahakamah Seksyen Kuala Lumpur Kes Tangkap No 1-62-145-98)
 
ANTARA
 
PENDAKWA RAYA 
 
LAWAN 
 
DATO SERI ANWAR IBRAHIM
 
AFFIDAVIT TAMBAHAN
 
Saya, Anwar Ibrahim (KP No: 470810-07-5095), seorang warganegara Malaysia yang cukup umur dan mempunyai alamat semasa untuk penyampaian di Penjara Sg Buluh, Sungai Buluh Selangor Darul Ehsan, dengan sesungguhnya dan sebenarnya mengakui dan menyatakan seperti berikut:
 

Saya adalah tertuduh dalam tindakan ini. 
Melainkan di mana ianya dinyatakan sebaliknya, segala fakta-fakta yang dinyatakan disini adalah dalam pengetahuan peribadi saya dan saya sesungguhnya percaya adalah benar. 
Saya mohon kebenaran merujuk kepada Affidavit JawapanDato Seri Mahathir bin Mohamed yang diikrar pada 3 April 2000 (selepas daripada ini dirujuk sebagai “Affidavit Jawapan tersebut”), dan saya mohon untuk menjawabnya. 
Dalam perenggan 4 Affidavit Jawapan tersebut, Dr Mahathir memberikan keterangan baru bahawa saya telah pergi kebilik Azizan meliwatnya. Azizan tidak pernah memberi keterangan di dalam perbicaraan pertama dan sekarang mengenai fakta terbaru ini. Saya menegaskan di sini bahawa saya tidak pernah pada bila-bila masa atau keadaan telah pergi ke bilik Azizan, meminta beliau mengurut saya dan seterusnya meliwat beliau sebagaimana yang didakwa dan ditohmah di dalam Perenggan 4 Affidavit Jawapan tersebut. Seperti biasa Dr Mahathir cenderung mereka-reka dan mengutuk musuh politiknya dengan fitnah dan penipuan. 
Merujuk kepada kenyataan Dr Mahathir dalam perenggan 5, Affidavit Jawapan tersebut, saya ingin menegaskan di sini bahawa Dr Mahathir telah memberi kenyataan di sekitar bulan Ogos 1997 yang antara lainnya menyatakan bahawa tuduhan salah laku seks terhadap saya adalah fitnah semata-mata, timbul dari konspirasi dan pakatan untuk menjatuhkan saya, dan kenyataan beliau tersebut adalah hasil siasatan rapi polis (Cawangan Khas dan Jabatab Siasatan Jenayah) Kenyataan tersebut disahkan oleh Peguam Negara yang juga menyediakan jawapan di Parlimen. Bahkan Tan Sri Mohtar Abdullah bercadang untuk mendakwa Ummi Halfida dan Azizan tetapi dihalang oleh Dr Mahathir kerana laporan polis dan surat-surat Umi Halfida dan Azizan ada mengaitkan penglibatan Dato Seri Megat Junid dan Dato Aziz Shamsudin. 
Merujuk perenggan Affidavit Jawapan tersebut, saya ulangi di sini bahawa Tan Sri Rahim Noor, Ketua Polis Negara, dan timbalannya ketika itu Tan Sri Norian Mai juga telah mengeluarkan kenyataan menafikan serta menolak segala tuduhan terhadap saya. Ini menunjukkan cukup bukti bahawa siasatan yang cukup teliti telah di jalankan dan kenyataan yang mereka keluarkan adalah sama, sepertimana juga yang dikeluarkan oleh Dr Mahathir selaku Menteri Dalam Negeri yang bertanggung jawab pada masa itu. Saya akui Dr Mahathir sering mempersendakan pegangan dan amalan agama saya sebagai orang warak sebab itulah beliau dan komplotnya memilih jalan memfitnah saya dengan soal zina,liwat secara aib: iaitu suatu cara yang sama digunakan utk menjatuhkan mana-mana ulama’ dan tokoh tokoh serta para pejuang dan mujahid Islam. 
Merujuk kepada kenyataan dalam perenggan 7 Affidavit Jawapan tersebut, tohmahan bahawa saya telah mengarahkan polis hanya dibuat setelah saya dipecat. Pegawai-pegawai kanan polis adalah di bawah telunjuk dan bidang kuasa beliau selaku Menteri Dalam Negeri dan Perdana Menteri. Perkara tersebut tidak pernah berbangkit sama sekali sebelum nya sehinggalah Dr Mahathir mengarahkan supaya tindakan diambil kepada saya. Ini terbukti dengan cara pihak polis memaksa keterangan palsu dari Sukma Darmawan Sasmitaat Madja, Dr Munawar Anees dan beberapa orang lainnya. Bahkan dalam keterangan di Mahkamah ini, seorang saksi bernama Jamal Amro dari Washinton, telah memberikan keterangan bahawa kerana  beliau tidak boleh dipaksa, beliau telah cuba disogok dengan sejumlah wang sebanyak USD 200,000 Dollar Amerika oleh seorang Pegawa Kementerian Luar Negeri (yang mana Menteri Luar pada masa itu ialah Dato Abdullah Badawi) untuk memberikan keterangan palsu bagi menuduh saya meliwat. Saya telah nyatakan bahawa cara menjatuhkan musuh politik melalui pakatan dan fitnah kotor dan jijik pernah dilakukan oleh diktatorkejam dan zalim seperti Hitler dan Stalin. 
Selanjutnya,merujuk kepada perenggan 7, Affidavit Jawapan tersebut, memang benar mahkamah telah mendapati saya bersalah mengikut skrip yang beliau tetapkan. Saya telah pun mengemukkan rayaun kepada Mahkamah Rayuan mempertikaikan sikap berat sebelah Hakim yang menolak hak saksi memberi keterangan menganggap kebanyakkan keterangan sebagai tidak relevan, tidak mengambil kira percanggahan keterangan Azizan, tidak m

H-Net* Parlimen: RTM siarkan iklan kira-kira RM1.7 Juta

2000-04-05 Terurut Topik counterbalance




 PARLIMEN: RTM SIARKAN IKLAN KIRA-KIRA RM1.7 JUTA SEMASA PILIHAN RAYA 

  



KUALA LUMPUR, 5 April (Bernama) -- Bayaran yang diterima bagi siaran iklan melalui rangkaian radio dan televisyen RTM pada pilihan raya umum lepas bernilai RM1,355,881.50. Timbalan Menteri Penerangan Datuk Khalid Yunus memberitahu persidangan Dewan Rakyat mengenai perkara itu hari ini semasa menjawab soalan Datuk Kamaruddin Jaafar (PAS-Tumpat). Beliau bagaimanapun tidak menjawab soalan tambahan Chow Kon Yeow (DAP-Tanjong) yang ingin tahu nama syarikat yang membayar iklan berkenaan. Tindakan Khalid itu menyebabkan Chow dan Chong Eng (DAP-Bukit Mertajam) bangun serentak mendesak Khalid memberikan jawapan kerana ia adalah soalan tambahan. Khalid kemudian berkata beliau hanya menjawab soalan yang dikemukakan dan sudah menjawab soalan berkenaan. Jawapan Khalid itu menyebabkan anggota pembangkang bising kerana tidak berpuashati tetapi ditenteramkan oleh Speaker Tun Mohamed Zahir Ismail dan meminta Kamaruddin!
 mengemukakan soalan tambahan. Kamaruddin bertanya adakah kemungkinan syarikat yang membayar iklan berkenaan boleh dikenakan tindakan menurut Akta Rasuah kerana berkemungkinan terlibat dalam mendapatkan tender kerajaan kerana Menteri Kewangan dan Bendahari Umno adalah orang yang sama. Khalid hanya berkata: "Itu soal lain." -- BERNAMA COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COMDo You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.

H-Net* Akuan bersumpah Megat Junid 27/3/2000

2000-04-04 Terurut Topik counterbalance


 












SURAT AKUAN SUMPAH
 
Saya, Dato’ Seri Megat Junid bin Megat Ayub (KP NO: 1399942) seorang warganegara Malaysia yang cukup umur bermastautin di No 2, Jalan SS 7/3 Kelana Jaya dengan sesungguhnya berikrar dan menyatakan seperti berikut:
 

Melainkan dinyatakan sebaliknya segala perkara yang dinyatakan disini adalah didalam pengetahuan saya sendiri dan dipercayai benar. Saya mengikrarkan surat akuan ini dengan rela hati dan tanpa paksaan atau pengaruh dari mana-mana pihak. 
Saya mengenali Dato Seri Anwar Ibrahim (Anwar) lebih 3 tahun lalu iaitu sejak tahun 1969 lagi. 
Pada bulan Julai 1997 saya telah diberitahu oleh isteri saya Norziela binti Jalil (Ziela) bahawa beliau diberitahu oleh Ummi Halfilda binti Ali mengenai beberapa dakwaan salahlaku seks terhadap Anwar termasuk mengenai dakwaan liwat terhadap seorang bernama Azizan Abu Bakar. 
Pada 30.07.1997 semasa mengadakan jamuan makan tengahhari untuk semua menteri kabinet atas perlantikkan saya ke kabinet, saya telah bertemu dengan Anwar dan menyatakan perihal yang diberitahu Ziela kepada saya. Anwar telah menafikan hal tersebut. Saya mempercayai penafian Anwar kerana mengenali beliau begitu lama. 
Beberapa hari selepas itu saya ada berbincang dengan Anwar mengenai perkara yang sama. Saya bertanyakan berkenaan dengan dakwaan Ummi itu dan Anwar memberitahu saya bahawa “Ummi syok kat I, tapi I tak layan langsung” Saya terus memberitahu Ziela mengenai kata-kata Anwar itu dan melarang Ziela daripada terus melayani Ummi. 
Pada 07.08.1997 sebelah malam saya telah menerima satu sampul yang Ziela beritahu diberi oleh Ummi. 
Keesokkan harinya iaitu pada 08/08/1997 saya telah membuka sampul itu dipejabat dan terkejut kerana ia menngandungai tohmahan-tohmahan yang berat terhadap Anwar mengenai salahlaku seks. 
Saya terus menghubungai dan berjumpa dengan Tan Sri Rahim Noor, Ketua Polis Negara pada masa itu dipejabatnya. Didalam pertemuan itu saya menyerahkan surat Ummi Halfida tersebut dan setelah membacanya Tan Sri Rahim Noor membuat salinan. 
Saya meminta Tan Sri Rahim Noor supaya mengambil tindakan segera kerana surat laying yang mengandungi tohmahan seumpama itu terhadap Anwar yang semasa itu adalah Timbalan Perdana Menteri sangat serius dan boleh menjejaskan keselamatan negara. Tan Sri Rahim berjanji akan mengambil tindakan segera untuk menangani hal itu. 
Pada 13.08.1997 saya telah berjumpa dengan Dato Seri Dr Mahathir Mohamed dipejabatnya membawa surat tersebut. Bersama-sama saya ialah Tun Daim Zainuddin. Anwar mengetahui akan perjumpaan ini. 
Semasa bertemu Dr Mahathir, beliau memberitahu beliau juga telah menerima satu salinan surat yang ditulis oleh Ummi Halfida tersebut dan menunjukkan kepada kami satu salinan surat itu. Dr Mahathir telah memberitahu kami itu semua adalah cubaan membuat suatu surat laying mengandungi tohmahan dan fitnah semata-mata dan tidak perlu diperpanjangkan. Lepas perjumpaan inisaya dan Tun Daim terus berjumpa Anwar dipejabatnya. 
Seperti Dr Mahathir, saya sendiri tidak mempercayai segala tohmahan-tohmahan yang didakwa oleh Ummi dalam suratnya. 
Saya telah mengenali Anwar lebih daripada 30 tahun dan tidak pernah saya mendengar apa-apa pun mengenai tohmahan salah laku seks samada membabitkan wanita ataupun hubungan homoseksual atau liwat. Sehingga kehari ini saya masih tidak mempercayainya dan menganggap semuanya adalah fitnah semata-mata. 
Saya juga ingin mengesahkan sepanjang pengetahuan saya, Dato Abdul Aziz Shamsuddin, bekas Setiausaha Politik Dr Mahathir tidak”ngam” dengan Anwar 
Saya membuat akuanini dengan kepercayaan ianya adalah benar dan menurut peruntukkan Akta Keterangan Berkanun. 
 
 
Diikrar oleh Megat Junid bin Megat Ayod 
Pada 27hb Mac 2000 jam 12.30 ptg di Kuala Lumpur.

 
COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COMDo You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.

H-Net* Soalan Objektif untuk pengundi Sanggang

2000-03-24 Terurut Topik counterbalance
SOALAN OBJEKTIF PRA-PILIHANRAYA KECIL SANGGANGKERTAS 1 
Semua Pengundi Sanggang Layak Menduduki Ujian Ini. 
BAHAGIAN A: UJIAN AKADEMIK 
Calon-calon diminta menjawab KESEMUA soalan berikut dengan memilih SATU SAHAJA jawapan yang paling tepat:- 
1. Mahathir menyatakan sebelum Pilihanraya Umum yang lalu (sepertimana yang dipetik dalam akhbar The STAR) bahawa: ‘Orang Cina tidak berpuashati. Orang Melayu juga tidak puashati. Pada saya itulah keadilan’. Bagaimanapun berdasarkan kepada rekod agehan habuan projek dan tindakan ‘bail-out’ kerajaan BN sekarang, terdapat satu pihak yang sebenarnya berpuashati dengan konsep keadilan ala Mahathir ini? 
a. Orang Melayu b. Orang Cina c. Ehem..Kroni dua tiga kerat pemimpin BN-lah 
2. Dollah Badawi menyatakan bahawa edaran Harakah yang popular dikurangkan kepada 2 kali sebulan supaya ‘standard’ dengan edaran akhbar MERDEKA terbitan UMNO yang karat dan tak laku. Pada Dollah Badawi, keadilan bererti menyamakan kekerapan edaran kedua-dua akhbar tersebut mengikut ‘standard kekerapan’ edaran akhbar MERDEKA (yakni dua kali sebulan, dan tidak mengikut ‘standard kekerapan’ edaran akhbar Harakah yakni 2 kali seminggu). Pilih komen paling sesuai untuk konsep keadilan sedemikian. 
a. Sama sekali rosak kerana memilih 'lower moral ground’ sebagai penanda aras. b. Sesuai digunakan kerana penggunaan ‘lower moral ground’ sebagai penanda aras memang telah menjadi amalan BN dulu, kini dan selamanya. c. ‘Lower moral ground’ yang menjadi amalan UMNO selaras dengan ajaran agama. 
3. Ali Rustam membuat kenyataan bahawa keadilan berkait rapat dengan kesyukuran. Siapa yang bersyukur kepada BN akan diberikan projek-projek kerajaan. Sebaliknya Ali menyatakan bahawa siapa yang tidak menyokong BN akan ‘dihukum’ seberat-beratnya, termasuk disenaraihitamkan daripada tender kerajaan dan dikeluarkan daripada senarai panel konsultan agensi kerajaan. Pilih persamaan apa yang Ali buat itu dengan amalan berikut: 
a. Kronisme ‘at its best’ b. ‘Biasalah tu!’. Rezeki memang ditentukan oleh kerajaan, bukan oleh Tuhan. c. Bertepatan dengan ajaran agama supaya jangan membiarkan kekayaan diagihkan di antara segelintir orang ‘di kalangan kamu sahaja’. 
4. Apabila ada satu dua orang kakitangan bank menyiarkan maklumat rahsia melalui internet, Ali Rustam kata bahawa bank terlibat serta pengurusannya bertanggungjawab terhadap perbuatan itu. Kenyataan tersebut disokong pula oleh Mahathir dan Dollah Badawi. Sebagai perbandingan, apabila Rahim Noor pukul Anwar dalam tahanan, Mahathir kata ia adalah tanggungjawab Rahim Noor seorang: Ia tidak menggambarkan imej polis keseluruhannya atau pun pertanggungjawaban moral Menteri Dalam Negeri/ Perdana Menteri. Perbezaan layanan dan takrifan seperti di atas bolehlah disamakan dengan sebuah tajuk filem berikut:- 
a. Antara Dua Darjat b. Sabaruddin Tukang Karut c. Kuch Kuch Hota Hai 
5. Di hadapan Suruhanjaya Diraja, Rahim Noor berdongeng bahawa dia memukul Anwar Ibrahim kerana mantan Timbalan Perdana Menteri itu memPROVOKnya dengan panggilan ‘ni bapak anjing’. Suruhanjaya yang menyiasat peristiwa itu mendapati bahawa Rahim Noor berbohong. Apabila internet menyiarkan gambar Adnan Yaakob membuat isyarat lucah terhadap penyokong-penyokong Barisan Alternatif, Dollah Badawi menyatakan bahawa Adnan Yaakob telah diPROVOK. Beri kesimpulan anda terhadap kedua-dua episod ini:- 
a. Rahim Noor menipu tetapi Dollah Badawi berbohong b. Rahim Noor berbohong tapi Dollah Badawi menipu c. Kesemua jawapan di atas adalah betul belaka! 
BAHAGIAN B: UJIAN KECERDASAN MINDA 
Bahagian ini mengandungi DUA soalan sahaja dan WAJIB DIJAWAB oleh calon. Kegagalan calon menjawab soalan-soalan tersebut akan menyebabkan calon gagal keseluruhan ujian ini. 
Arahan Kepada Calon: Sesuai dengan AMALAN DEMOKRASI di negara ini, calon diberi KEBEBASAN SEPENUH-PENUHNYANYA untuk memilih SATU jawapan yang betul bagi tiap-tiap soalan. BAGAIMANAPUN, agar tidak cop sebagai agen asing atau pengamal seks di luar tabii, calon-calon DINASIHATKAN supaya memilih jawapan yang pada anggapan kerajaan BN sebagai betul. Maka yang demikian, anda HENDAKLAH memilih jawapan (b) sahaja bagi soalan No. 1 berikut. Jawapan (a) adalah SALAH! 
1. Bagi menegakkan sebuah kerajaan yang bermaruah, telus, demokratik, adil dan mesra rakyat, parti yang patut anda pilih dalam mana-mana pilihanraya adalah seperti berikut:- 
a. Barisan Alternatif b. Barisan Nasional 
2. Berpandukan kepada ‘Arahan Kepada Calon’ yang dinyatakan di atas, jelas bahawa demokrasi yang diamalkan oleh pemerintah BN adalah:- 
a. Demokrasi taik kucing b. Demokrasi sebenar 
Amaran:- 
Calon-calon yang menandakan jawapan selain daripada (b) bagi Soalan 1 di atas sebagaimana yang dinasihatkan oleh kerajaan BN akan menghadapi tindak balas keras daripada kerajaan seperti berikut:- 
i. Jika anda seorang kakitangan bank, bank anda akan disenaraihitamkan. ii. Jika anda seorang konsultan, firma anda akan juga disenaraihitamkan. iii. Jika anda seorang kontraktor, jangan harap anda akan mendapat kon

H-Net* N. Gobalakrishnan di pukul!

2000-03-24 Terurut Topik counterbalance
Saudara N. Gobalakrishnan dipukul!
Transalated by Ryoko 
Pada pagi ini, ketika saudara Gobalakrishnan dari keADILan sedang berceramah di Sanggang, beliau dipukul oleh seorang penyokong kuat BN. Penyokong BN tersebut tidak puas hati dengan saudara Gobalakrishnan yang sedang berucap dan cuba menghalang beliau. Apabila penyokong kuat BN tersebut gagal menghalang saudara Gobal dari meneruskan ucapannya, dia menumbuk ke arah sdr. Gobal. Nasib baik penyokong tersebut dihalang oleh orang ramai dari terus memukul sdr. Gobal. 
Insiden tersebut berlaku pada 10:15 di tingkat bawah Persatuan Hokkien yang berdekatan dengan persimpangan Jalan Mok Hee Kiang (maaf mungkin salah eja kerana terjemahan dari akhbar cina, kalau tahu ejaan sebenar tolong email kepada webmaster) dan Jalan Raja Zaibidin. Sdr. Gobal, ketika itu, diiringi oleh beberapa petugas PAS, berceramah di sebuah van yang mempunyai mike dan pembesar suara. Mereka memulakan ceramah di sekitar kawasan bandar dan akhirnya berhenti di Persatuan Hokkien untuk meneruskan ceramah tersebut. 
Ahli-ahli salah sebuah parti komponen BN, apabila mendapat khabar angin bahawa Sdr. Gobal sendang berucap di kawasan tersebut, datang beramai-ramai ke tempat beliau berucap. Salah seorang pimpinan PPP tidak puas hati dan bertanya kenapa sdr. Gobal memilih untuk berceramah di situ untuk membantu calon PAS berkempen. Seterus itu, pemimpin PPP itu memarahi beliau kerana merosakkan imej kaum india ketika berceramah. Mereka mula bertelingkah dan dalam situasi tersebutlah, penyokong BN (PPP) tersebut memukul ke arah dada sdr. Gobal. Nasib baik orang ramai menghalang supaya sdr. Gobal tidak dibelasah oleh penyokong BN tersebut. 
Walaubagaimanapun, sdr. Gobal tidak gentar atau takut dengan apa cara ugutan dan memilih untuk meneruskan ceramah beliau yang belum habis. Tidak lama kemudian, penyokong BN dari satu bilik gerakan yang berdekatan datang memberi amaran supaya beliau menghentikan ceramah tersebut. Beliau enggan membuat sedemikian dan penyokong BN tersebut merampas mike yang berada di Sdr. Gobal. Keadaan menjadi tidak terkawal dan genting. Atas nasihat orang ramai, barulah penyokong BN tersebut menggembalikan mike itu kepada petugas PAS yang berada di situ. 
Sdr. Gobal, selepas ceramah itu, diiringi oleh petugas PAS untuk membuat laporan polis di Balai Polis Mentakab. Penyokong BN turut pergi membuat laporan polis dan mereka bersemuka sekali lagi di balai polis. Mereka bertikam lidah di luar balai polis. Atas nasihat seorang pegawai polis, barulah mereka keadaan terkawal. COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COMDo You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.

H-Net* Sanggang By-elections: The Mentri Besar Feels The Heat

2000-03-24 Terurut Topik counterbalance
The Pahang mentri besar, Dato' Seri Adnan Yaakob, stung as never before,threatens to sue PAS for character assassination, accuses it of blowingout of proportion his taunting of the PAS crowd with obscene signs atthem. Does PAS not know that "I have done a lot for the people,especially the poor and single mothers"? PAS does this, no doubt,because they are jealous of his achievements, which presumably gives himthe right, in the true spirit of democracy, to do what he did. In thevideo clip of the incident, distributed widely on the Internet, theembarassment of his aides, tugging at his arms discreetly, is so clearthat Dato' Seri Adnan does not have a leg to stand on in his defence. But the National Front condones it. The deputy prime minister, Dato'Seri Abdullah Ahmad Badawi, believes such behaviour is correct. Prof.Shahnon Ahmad, now a PAS membe!
r of parliament, only strengthened thecontents of his satirical political novel, SHIT, which caricaturedpolitics as the human body, and how all good things end up as faeces. What shocks is the National Front's attempt to regard the incident asinsignificant. But would it have condoned this if it the roles werereversed?Despite his unacceptable and provocative actions, Dato' Seri Adnaninsists PAS should take the blame. This is character assassination, hethunders. His has called in his lawyers, no doubt with a view to amultimillion ringgit defamation suit. He is outraged that his concernfor the people is sidetracked by his boorish behaviour, which heinsists, is "a small slip on his part" -- as no doubt his beating up ofa PAS member at the Bentong nomination centre for the general electionslast November was. He has todate not apologised, and PAS, as anyopposition party would in the circumstances, takes full advantage of it!
. Besides, in his view, PAS "will deny everything because they are a bunchof hypocrites." But how could that be when he admits to have shown theoffending signs for what he terms "nasty remarks" like "Hancur Barisan"and "Mampus Barisan" (destruction and death to the National Front)? Ifa political leader can lose his head over a matter of politicalsemantics at an orderly election procession, can he be trusted in worsesituations?When the National Front used the Kadazan headress Tengku RazaleighHamzah wore at a function, which the spinmeisters decided was a cross(when it clearly was not), and splashed all over the country days beforethe 1990 general elections, it was considered a coup which sank theSemangat '46 political party. That, no doubt in Dato' Seri Adnan'sview, a perfectly legitimate reaction. But if he shows obscene signs athis opponents, and the opposition react as the National Front would haveif the roles !
were reversed, the opposition are hypocrites and deserve tolose. His claim that it was PAS who started taunting does not holdwater because all the evidence we have is what PAS had videotaped. Itrealised, after the Bentong affair, when they did not have videocamerason hand, that the mentri besar of Pahang would provide issues like thisthat would aid their campaigning. And so it proved. Since the NationalFront's candidate's involvement in Islamic affairs is highlighted, am I,as a non-Muslim, to believe it not un-Islamic to show obscene signs asthe mentri besar of Pahang makes a habit of on nomination day toelections? M.G.G. Pillai[EMAIL PROTECTED]COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COMDo You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.

H-Net* BN tiada masalah hadapi internet

2000-03-24 Terurut Topik counterbalance
FRIDAY - March 24, 2000
BN tiada masalah hadapi internet ‘Ein Azmi 
5pm, JUM: Penyokong pembangkang yang sering menggunakan teknologi internet kali ini melangkah setapak menyerang kerajaan melalui sebaran keratan video yang memaparkan gelagat Menteri Besar Pahang menunjukkan isyarat lucah. 
Bagaimanapun seorang wakil rakyat Umno yang bertugas dalam jentera pilihan raya Barisan Nasional memberitahu malaysiakini bahawa parti itu tidak bimbang serangan PAS dalam pilihan raya kecil Sanggang. 
Hari ini, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, berkata kerajaan tidak akan menghalang parti-parti pembangkang menggunakan internet dalam kempen pilihan raya kali ini. 
Abdullah dilaporkan berkata, kerajaan "bersikap terbuka dan memberikan kebebasan penuh" kepada pembangkang menggunakan internet untuk berkempen. 
Semalam, laman web pembangkang yang paling popular, Laman Reformasi (http://members.tripod.com/~mahazalimtwo), menyebarkan satu sambungan untuk menyalin keratan video tersebut (http://mahazalimn.tripod.com/samseng.mpg). 
Video selama lebih kurang lima saat itu menunjukkan saat-saat bagaimana Ketua Perhubungan Umno Pahang itu berbuat demikian, dikelilingi oleh penyokongnya dalam keadaan riang dan bergembira. 
Adnan menunjukkan isyarat tangan yang ditafsirkan lucah itu kepada penyokong pembangkang di depan tangga Dewan Tun Razak, Majlis Perbandaran Temerloh sementara menunggu keputusan bantahan penamaan calon pilihanraya kecil Sanggang Selasa lalu. 
Menteri Besar itu juga menunjukkan punggungnya dan menepuk-nepuknya kepada penyokong pembangkang. 
Apabila ditanya perkembangan kempen BN, wakil rakyat Umno yang tidak mahu dikenali itu menjelaskan pihak BN tidak mempunyai masalah walaupun pembangkang terus membangkitkan isu gambar tersebut. 
Semalam, Adnan dilaporkan bercadang menyebarkan foto-foto dalam internet sebagai menjelaskan keadaan sebenar bagaimana beliau boleh bertindak sedemikian selepas diprovokasi. 
Ahli Dewan Undangan Negeri Umno itu memberitahu, bilik gerakan BN tidak menerima sebarang maklumat mengenai cadangan Adnan itu. 
Bagaimanapun, beliau menjelaskan foto-foto Adnan itu telah mula disebarkan di tempat-tempat awam dalam kawasan pilihan raya tersebut. 
Beliau juga tidak bersedia menjelaskan kempen yang akan dijalankan BN bagi menangkis isu tersebut tetapi percaya jentera partinya yang bergerak lancar akan memberi kejayaan kepada BN."Kita tidak mahu bercakap besar, bagaimanapun sambutan para pengundi adalah baik," jelas sumber itu lagi. 
Pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri kawasan Sanggang yang terletak dalam Parlimen Mentakab menyaksikan pertandingan dua penjuru antara calon BN, Redzwan Harun dengan calon PAS, Datuk Hishamuddin Yahya. 
Keputusan pilihan raya kecil itu akan diketahui lewat petang 1 April depan. COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COMDo You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.

H-Net* Apa kata YB Ketua Pembangkang DUN Pahang

2000-03-24 Terurut Topik counterbalance




 




WAWANCARA WARTAWAN HARAKAH, HASHIM ABDULLAH BERSAMA KETUA PEMBANGKANG DEWAN UNDANGAN NEGERI PAHANG, YB USTAZ IDRIS OMAR MENGENAI MISI PAS PADA PILIHANRAYA KECIL DUN SANGGANG 1 APRIL AKAN DATANG. Soalan: Bolehkan Ustaz jelaskan missi PAS kepada pengundi Sanggang perlunya mereka mengundi PAS sedangkan dalam masa yang mno/BN berkempen bahawa apa-apa keputusan pilihanraya tidak mengubah pemerintahan BN yang sedia ada. 
Ustaz Idris: Kita sedang berusaha untuk menguatkan suara pembangkang dalam Dewan Undangan Negeri Pahang dari lapan yang sedia ada kepada sembilan kerana dalam dewan ini kita nak pelbagaikan profesion. 
Maknanya di sini ada ulama ada peguam, peguam ini kita dah ada seorang perlu ditambah lagi kerana apa juga pandangan-pandangan mengenai undang-undang dapat disuarakan kepada dewan oleh ahlinya betul. 
Mungkin kalau orang lain dia (BN) boleh bicarakan pendapat undang- undang tetapi tidak sama dengan pendapat yang dilahirkan ahli undang- undang, lebih- lebih lagi ahli undang-undang yang sangat berpengalaman saperti Dato' Hishamuddin Yahaya. 
Kita kini sudah ada orang yang berpengalaman dalam politik jadi dengan itu kita berkerjasama jalinan maklumat mengukuhkan lagi suara kita di dewan untuk membuat persiapan bagi menawan negeri Pahang 2004, Insyaallah. 
Soalan: Keputusan pilihanraya Sanggang nanti sudah tentu mempengaruhi misi PAS tawan negeri, dalam masa yang sama Umno/BN juga mempunyai misi untuk meletakkan keyakinan rakyat kembali. 
Ustaz Idris: Kita sedang berusaha mendapat kepercayaan penuh rakyat Pahang terutamanya melalaui saluran pegawai- pegawai tinggi kerajaan. Mereka itu mengikuti perbincangan kita di dewan sedangkan Umno/BN sedang mengalami proses menurun melalui tindakan mereka sendiri. 
Soalan: Selepas pilihanraya umum lalu kita dapati banyak tindakan- tindakan yang dilakukan pemerintah Umno/BN yang menekan dan menindas rakyat terutama apabila mereka mengubah prosedur pengagihan borang Yayasan Pahang (YP) yang secara jelas bertujuan menjaga kepentingan ahli Umno berbanding memelihara hak seluruh rakyat. 
Ustaz Idris: Yang pertama disini kita ingin menyedarkan wakil-wakil rakyat BN kerana beberapa minggu sahaja kita menjadi Adun kita telah pergi kekampung-kampung untuk melihat sendiri kemajuan dan keperluan dan masalah orang kampung. 
Dengan keperihatinan kita itu telah diketahui oleh wakil rakyat BN dan mereka merasakan mereka selama ini telah cuai dalam menjalankan tugas dan berikutan dengan itu Menteri Besar membuat arahan kepada wakil rakyat BN hendaklah turun padang melihat sendiri kehidupan rakyat. 
Walau pun kita tidak mengajak wakil rakyat BN berbuat demikian tetapi tak secara langsung menyedarkan mereka bahawa mereka selama ini cuai dalam tanggungjawab. 
Kedua, pengagihan biasiswa YP sebagaimana yang kita tahu Timbalan Menteri Besar telah menyatakan dalam satu ucapannya di Maran bahawa prosedur mendapat YP dengan cara baru iaitu hendaklan borang itu diambil dari wakil rakyat BN dan juga disahkan olek wakil BN sahaja. 
Di dalam penjelasan yang diberi oleh TMB itu tujuannya supaya memberi kesempatan kepada anak-anak orang Umno mendapat biasiswa kerana selama ini anak-anak orang parti pembangkang juga mendapat biasiswa. 
Tindakan yang dilakukan ini bertentangan dengan perlembagaan negara kita, bercanggah dengan apa yang disebut dalam artikal 8 (1) dan 12 (2)perlembagaan. 
Dalam artikel itu dinyatakan bahawa setiap rakyat yang warga negara mendapat faedah biasiswa tanpa ada penekanan daripada pihak-pihakmyang tertentu, dalam masa yang sama BN bukan saja tidak mengikut perlembagaan tetapi juga boleh memecah belahkan umat Islam. 
Soalan: Bagaimana dengan penangguhan kuliah, tidakkan ia memberi kesan besar kepada pengembangan kefahaman Islam di negeri ini, apakah tindakan ini tidak salah dari aspek agama. 
Ustaz Idris: mengenai penanguhan kuliah masjid itu bertentangan dengan kehendak Al Quran kerana Al Quran menjelaskan bahawa tidak wajar sesiapa menghalang orang untuk mendapatkan pelajaran dalam masjid. 
Perbuatan menghalang orang mengajar dalam masjid itu sangat besar kesannya dan kalau kita lihat zaman penjajah pun tidak bertindak sebagaimana yang dilakukan kerajaan Umno/BN pada hari ini. 
Kalau kita andaikan satu jam dihentikan kuliah masjid berapa ratus masjid seluruh Pahang ini pihak berwajib bertanggung jawab dihadapan Allah S.w.t. 
Saya juga yakin bahawa pihak kerajaan negeri sebelum membuat arahan ini tidak merujukkan pada ulama mereka yang sepatutnya mereka akan rujuk (Majlis Syariah Pahang) supaya mereka boleh memberi pandangan yang jelas boleh diambil panduan untuk mereka bertindak. 
Ternyata dari dua perkara ini (prosedur pengagihan YP dan penanguhan kuliah) kerajaan Pahang tidak mengikut Al Quran dan tidak mengikut perlembagaan, rakyat tidak boleh berikan sokongan kerana boleh menyebabkan huru raka kepada negeri. 
Soalan: Terdapat kempen oleh BN kononnya PAS bukan memperjuangkan Islam dan kepimpinan ulama kerana meletakkan calon bukan dari kalangan bukan ulam

H-Net* Senarai nama kakitangan diserahkan kepada pengerusi BCB

2000-03-24 Terurut Topik counterbalance




 SENARAI NAMA KAKITANGAN DISERAHKAN KEPADA PENGERUSI BCB 

  



MELAKA, 24 Mac (Bernama) -- Ketua Menteri Datuk Wira Mohd Ali Rustam hari ini mengesahkan telah menyerahkan kepada pengerusi Bank Bumiputra-Commerce (BCB) Datuk Mohd Noor Yusof nama kakitangan cawanganbank itu di Melaka yang terlibat dengan parti pembangkang dan memburuk-burukkan kerajaan. Beliau berkata senarai itu melibatkan lima orang kakitangan bank berkenaan terdiri seorang penolong pengurus, seorang pegawai dan tiga orang kerani yang dikenal pasti bertindak berkempen dan menghasut pelanggan ketika bertugas. Menurutnya, pertemuan yang diadakan di Kuala Lumpur tiga hari lepas turut membincangkan tindakan kerajaan negeri dan agensinya Perbadanan Air Melaka (PAM) mengeluarkan baki wang simpanan tetap di bank berkenaan. "PAM tetap akan mengeluarkan baki daripada akaun simpanan tetapnya berjumlah RM17 juta apabila matang kelak. Tindakan ini wajar memandangkan pihak pengurusan bank berkenaan tidak menghormati pelanggan!
nya," katanyakepada pemberita selepas melawat bangunan baru Umno Melaka di Jalan Hang Tuah di sini. Mohd Ali kesal dengan kenyataan BCB bahawa pengurusan bank berkenaan di Melaka bimbang untuk mengenakan tindakan terhadap kakitangannya yang terbabit. "Saya diberitahu, pengurus cawangan BCB di negeri ini takut akan dikenakan tindakan oleh Kesatuan Pekerja Bank Kebangsaan (NUBE) jika mengambil tindakan terhadap kakitangannya. "Nampaknya pengerusi dan pengurus besar bank berkenaan tidak tahu apa yang berlaku di bank masing-masing dan saya terpaksa menyerahkan senarai nama itu kepada mereka," katanya. Mohd Ali berkata PAM akan juga mengeluarkan baki simpanan akaun tetapnya berjumlah RM3 juta di Bank Islam Berhad, satu lagi bank yang didakwa mempunyai kakitangan di Melaka yang memburuk-burukkan kerajaan. Beliau juga berkata Pengarah Urusan Bank Islam, Datuk Ahmad Tajuddin dalam pertemuan dengannya, berjanji akan mengenakan tindakan terhadap k!
akitangannya di Melaka yang terbabit dengan kegiatan memburuk-burukkan pentadbiran kerajaan negeri. Mohd Ali juga berkata 24 kontraktor, 14 doktor panel, dua firma guaman dan sebuah syarikat penilai harta telah disenarai hitamkan kerana didapati terlibat dengan parti pembangkang termasuk berkempen dan mengeluarkan sumbangan ketika pilihan raya umum tahun lepas. -- BERNAMA COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COMDo You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.

H-Net* Pahang MB: Aliran Media Statement

2000-03-24 Terurut Topik counterbalance
 
Aliran Media Statement
Conduct Unbecoming



















Vigorous Campaign or Delinquent Behaviour?: The Pahang Mentri Besar gestures enthusiastically at PAS supporters on nomination day for the Sanggang by-election 
Deputy Prime Minister Abdullah Badawi instead of condemning Pahang Mentri Besar Adnan Yaakob's lewd hand-gestures seems to be condoning his action. 
Adnan's behaviour cannot be tolerated or justified for whatever reason and under whatever circumstances. By all accounts, it is unbecoming, uncouth, crude, and childish conduct, which is often associated with delinquent behaviour. 
In trying to justify Adnan's conduct by arguing that it was "spontaneous" and in response "to an extreme flurry of insults thrown by PAS members," Abdullah is adding insult to injury. He is in fact saying that vulgar behaviour can be tolerated and condoned under provocation. Is he then also implying that Rahim Noor's assault of Anwar under alleged provocation was justified?
It must be emphasised that a leader's behaviour must always be exemplary. He or she must set the standard for acceptable behaviour, which will be emulated by the young. We wonder whatever happened to the Kepimpinan Melalui Tauladan (Leadership by Example) campaign, which exhorted leaders to set an example for others through their behaviour. 
As far as Aliran is concerned, there is no excuse for crude, vulgar behaviour - whether by PAS members or UMNO members. Though Abdullah alleges that PAS resorted to lewd hand gestures as well, the photographic evidence available (see http://www.malaysia.net/aliran/ ) points to Adnan Yaakob's repulsive behaviour.
P RamakrishnanPresident23 March 2000
 
 
COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COMDo You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.

H-Net* Dr Wan Azizah sokong pelaksanaan tudung di Terengganu

2000-03-23 Terurut Topik counterbalance
FRIDAY - March 24, 2000Azizah sokong pelaksanaan tudung di Terengganu Fathi Aris Omar 10am, JUM: Presiden Parti KeADILan Nasional, Dr Wan Azizah Wan Ismail,hari ini menyokong pelaksanaan amalan bertudung di kalangan wanitaIslam yang dijalankan oleh kerajaan pimpinan PAS di Terengganu. "Kerajaan Terengganu bertujuan mendidik agar masyarakat dapat menerimapelaksanaan ini (bertudung)," kata Azizah kepada malaysiakini. Azizah juga menegaskan wanita Islam wajib menutup aurat sebagaimemenuhi tanggungjawab agama. "Menutup aurat (seperti bertudung) adalah persoalan pokok yang tidakwajar dipertikaikan," kata pemimpin wanita yang sering kelihatanbertudung ini walaupun dalam majlis umum bersama suaminya, bekasTimbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menyertai kerajaanpada 1981. Beliau menafikan laporan s!
ebuah akhbar semalam yang menyebutkan beliauberkata "memakai tudung merupakan pilihan seseorang wanita." Azizahberkata laporan akhbar The Star itu telah disalah-ertikan seolah-olahmenunjukkan beliau adalah terlalu liberal. Beliau sebaliknya menjelaskan hanya wanita Islam wajib menutup aurattetapi wanita Malaysia yang bukan beragama Islam bebas membuat pilihandalam tatacara berpakaian. Akhbar itu, dan dipetik oleh sebuah agensi berita luar negara,melaporkan Azizah sebagai berkata, "tidak ada kewajiban dalam agama.Mereka sepatutnya bijak melaksanakannya." Bagaimanapun, Azizah menggesa pelaksanaan tudung itu dijalankan secarabijaksana dan kerajaan Terengganu harus mengutamakan pendidikan "agarpelaksanaannya berterusan dan datang dari jiwa yang luhur." COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COMDo You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.

H-Net* KENYATAAN AKHBAR OLEH PIMPINAN WANITA BARISAN ALTERNATIF

2000-03-23 Terurut Topik counterbalance

KENYATAAN AKHBAR 
 
OLEH PIMPINAN WANITA BARISAN ALTERNATIF
 
24 MAC 2000
 
 
 
Pilihanraya kecil bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Sanggang sekali lagi akan memberi kesempatan kepada rakyat khususnya pengundi di kawasan DUN Sanggang untuk membuat pemilihan ke arah perubahan untuk mengembalikan maruah bangsa dan negara.
 
Kami yakin pengundi di DUN Sanggang matang, mengikuti perkembangan semasa serta tahu menilai bahawa negara sekarang berada di persimpangan jalan dengan arus perubahan terus berkembang.
 
Dalam pilihanraya yang lalu kita tahu peratusan rakyat yang mengundi Barisan Alternatif telah menggoncang Barisan Nasional khususnya pimpinan UMNO bahawa angin perubahan adalah nyata dan mereka tidak mampu menahan angin perubahan ini.
 
Sekian lama hak rakyat tercemar dan kami di Wanita Barisan Alternatif ingin mengambil kesempatan seperti pilihanraya kecil DUN Sanggang untuk memaklumkan kepada masyarakat Malaysia tentang hak-hak mereka khususnya kaum wanita.
 
Barisan Wanita Alternatif, PAS, Parti Keadilan Nasional, DAP dan PRM, akan bersama-sama dalam satu pakatan yang padu turun ke Sanggang untuk memperjelaskan tentang isu-isu seperti rasuah, penyalahgunaan kuasa, sikap angkuh dan ketidakadilan yang sedang berlaku di negara kita.
 
Kita yakin Barisan Alternatif akan dapat meyakin pengundi DUN Sanggang bahawa kehadiran kami adalah realiti untuk jangkamasa panjang dan bukan pakatan yang hanya untuk pilihanraya. Ini telah jelas selepas pilihanraya umum kita tidak roboh seperti dikatakan oleh BN malah kami semakin mantap.
 
Sehubungan dengan ini, Wanita Barisan Alternatif menyeru kepada Kerajaan BN untuk mempastikan dalam pilihanraya kecil DUN Sanggang segala peraturan dipatuhi. Kita tidak mahu melihat lagi penyalahgunaan jentera dan kemudahan Kerajaan dipergunakan dengan alasan seperti lawatan pimpinan negara ke kawasan Sanggang.
 
Akhir sekali kita yakin pada 1 April 2000 masyarakat Sanggang akan menjadi pelupor kepada obor perubahan ke arah pembentukan Kerajaan baru dalam pilihanraya umum akan datang dengan memilih Datuk Hishamuddin Yahaya, calon Barisan Alternatif bagi DUN Sanggang.
 
DR WAN AZIZAH WAN ISMAIL
COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COMDo You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.

H-Net* SANGGANG setebal 24 muka Sabtu ini...dapatkan naskah anda..

2000-03-23 Terurut Topik counterbalance
Keluaran khas, SANGGANG setebal 24 muka surat akan berada di pasaran mulai Sabtu ini berharga RM 1 senaskhah. - Ed   Harakahdaily.comCOUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COMDo You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.

H-Net* Surat Sulit : BN Guna Taktik Kotor di Sanggang

2000-03-23 Terurut Topik counterbalance
Surat Sulit : BN Guna Taktik Kotor Di Sanggang   
COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COMDo You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.

H-Net* PAS kecam tindakan lucah MB Pahang

2000-03-23 Terurut Topik counterbalance
WEDNESDAY - March 22, 2000
PAS kecam tindakan lucah MB Pahang‘Ein Azmi
5.30pm, Rabu: Parti Islam SeMalaysia menganggap gelagat Menteri Besar Pahang, Adnan Yaakob menunjukkan tiga isyarat lucah seolah-olah menggambarkan sikap pemimpin yang tidak mempunyai akhlak kepada rakyat. 
Adnan, yang merupakan Pengarah Pilihan Raya Barisan Nasional untuk kempen Pilihanraya Kecil Sanggang, bertindak menunjukkan isyarat lucah apabila para penyokong Pas bersorak dan membuat bising di pusat penamaan calon di Dewan Tun Razak, di Sanggang semalam.
Beliau menyambut sorakan para penyokong BA sambil menunggingkan punggungnya kepada para penyokong BA. Ini dilihat oleh ramai orang termasuk jurugambar yang penuhsesak di kawasan terbabit. Adnan juga telah menggunakan tangannya untuk menunjukkan isyarat lucah kepada para penyokong BA yang tidak henti-henti menyanyi, bertakbir dan selawat, menurut sumber itu lagi.
Ahli Parlimen PAS Pokok Sena, Mahfuz Omar membidas tindakan Adnan seperti "Bouncer night club".
"Saya rasa beliau tersilap memilih karier dan sepatutnya menjadi bouncer," komen Mahfuz berhubung gelagat Menteri Besar Pahang itu.
PAS kesal dengan sikap Adnan seolah-olah tidak menafikan gelaran "Adnan Samseng" yang diberikan oleh penyokong PAS semasa menunggu proses penamaan calon itu. 
"Sebagai pemimpin beliau tidak wajar bertindak demikian, kejadian ini memberikan kesan yang negatif kepada pemimpin Umno dan sudah tentu rakyat tidak akan percaya pemimpin-pemimpin yang menunjukkan moral rendah," ujar Ketua Pembangkang, Dato' Haji Fadzil Mohd Nor ketika ditemui malaysiakini di Parlimen hari ini.
Editor Harakah, Zulkifli Sulong, turut menyelar gelagat Adnan. "Dia tidak perlu melayan sikap tidak matang para penyokong Barisan Alternatif yang bersorak kepada beliau," jelas beliau.
Sementara itu, Ahli Parlimen wanita Barisan Alternatif telah bersepakat untuk menjalankan kempen di pilihanraya kecil Sanggang bagi menjelaskan tentang isu-isu seperti rasuah, penyalahgunaan kuasa, sikap angkuh dan ketidakadilan yang didakwa sedang berlaku di negara ini.
Dalam kenyataan media itu, Datin Seri Wan Azizah menyatakan keyakinan kepada masyarakat Sanggang akan menjadi pelopor ke arah pembentukan kerajaan baru dengan memilih Datuk Hishamuddin Yahaya, calon BA bagi DUN Sanggang. Hishamuddin, 60, ialah Pengarah Urusan Harakah yang juga bekas Ketua Umno Bahagian Maran dan pernah menjadi Ahli Parlimen Maran sebelum menyertai PAS.
Manakala calon BN, Redzuan Harun, 49, dikenali sebagai Ustaz Redzuan, adalah bekas pegawai penyelaras pentadbiran Majlis Daerah Temerloh dan ahli jawatankuasa Umno Bahagian Mentakab. Pertandingan satu lawan satu akan diadakan pada 1 April ini.COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COMDo You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.

H-Net* Isyarat tangan lucah oleh adnan tak jejas peluang BN, kata Pak Lah

2000-03-23 Terurut Topik counterbalance




 ISYARAT TANGAN LUCAH OLEH ADNAN TAK JEJAS PELUANG BN, KATA PAK LAH 

  



MENTAKAB, 23 Mac (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata penyebaran gambar Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yakob sedang membuat isyarat tangan lucah oleh Pas tidak akan menjejaskan peluang Barisan nasional dalam pilihan raya kecil Sanggang 1 April ini. Katanya Adnan bertindak demikian dalam keadaan beliau dimaki-hamun dan diusik begitu keterlaluan oleh penyokong-penyokong Pas yang agresif. Abdullah berkata beliau sendiri tidak melihat Adnan membuat isyarat itu tetapi apabila mendengar mengenainya beliau bersimpati dengan Adnan. "Saya tak hairanlah kenapa dia melakukan sesuatu sebagaimana dia telah lakukan," katanya kepada pemberita selepas berceramah di kampung Desa Murni, Kerdau dekat sini malam tadi. Katanya perbuatan itu yang berupakan tindak balas Adnan terhadap isyarat lucah yang serupa oleh penyokong Pas sebelum itu bukanlah sesuatu yang boleh mempengaruhi pen!
gundi. Ini kerana ada lebih banyak isu yang lebih besar daripada itu yang perlu diberikan perhatian. Pas hari ini telah menyebarkan gambar-gambar yang menunjukkan Adnan sedang membuat isyarat tangan lucah ditujukan kepada penyokong Pas semasa penamaan calon untuk pilihan raya kecil Sanggang di Temerloh Selasa lepas. Gambar-gambar itu dikatakan telah diedar pagi semalam melalui Internet. Sementara itu, Adnan ketika memberi penjelasan berkata beliau membuat isyarat lucah itu dalam keadaan apa yang orang anggap "provokasi yang tiba-tiba". "Saya balas balik sebab cara menangani orang yang kurang ajar ialah dengan kurang ajar juga," katanya. Katanya beliau sendiri akan melihat gambar-gambar itu dari Internet untuk dibuat salinan bagi diedarkan kepada orang kampung semasa memberi penjelasan mengenai kempen kasar Pas terhadap BN yang memaksa beliau bertindak demikian. Beliau yang diberi tepukan oleh Abdullah, Menteri Penerangan !
Tan Sri Khalil Yaakob dan orang ramai selepas membuat penjelasan itu berkata " kita kena tengok keadaan bagaimana gambar itu jadi begitu." Menurutnya para penyokong Pas yang termasuk penyokong DAP dan parti Keadilan Nasional yang berhimpun di luar dewan penamaan calon telah mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad dan mencerca BN dengan kata-kata "mampus Barisan" dan "hancur Barisan" serta "Adnan Samseng". "Pada mulanya saya diam dan masih senyum kepada mereka sehinggalah seorang daripada penyokong Pas itu menunjukkan isyarat lucah kepada saya," tambahnya. --BERNAMA COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COMDo You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.

H-Net* Inikah MB Pahang?

2000-03-22 Terurut Topik counterbalance
Lagi Gambar Dato' Nan Samseng Pahang   
   

 

COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COMDo You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.

H-Net* Profail Calon PAS DUN Sanggang

2000-03-21 Terurut Topik counterbalance




Profail HISHAMUDDIN BIN HAJI YAHAYA    
DILAHIRKAN pada 26.8.1939 di Kampung Raja, Mukim Songsang Temerloh, Pahang. Anak ke empat kepada Haji Yahaya Bin Haji Mohd Dahan, bekas Penghulu Mukim Songsang.  
Mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Tanjung Lalang dan Sekolah Melayu Buntut Pulau, Temerloh. Kemudian di Sekolah Abu Bakar Mentakab dan Sekolah Abu Bakar Temerloh (1950 - 1958). 
Melanjutkan pelajaran di Maktab Perguruan Kirkby, Liverpool England (1959 - 1961). Menjadi guru di Sekolah Menengah Abu Bakar Temerloh (1962). Guru Besar Sekolah Lanjutan Sanggang Seberang (1963), menjadi guru di Sekolah Abu Bakar Mentakab dan kemudian di Sekolah Menengah Rendah Taman Bahagian Temerloh.  
Melanjutkan pelajaran di dalam bidang undang-undang di Inner Temple London (1967 - 1971) dengan Ijazah Barrister - at - Law. "Called to the English Bar" 1971. "Chambering" di firma Ariffin & Ooi  di bawah Tan Sri Kamarul Ariffin Mohd Yassin (anak jati Kerdau).  
Memulakan firma guaman sendiri 1973 dan beramal undang-undang di Kuala Lumpur dan Kuantan. Menjadi Ahli Parlimen Maran, Pahang (1974 - 1982) Pengerusi RISDA (1980 - 1982) Ahli pengasas AIPO (ASEAN Inter-Parliamentary Organisation) yang diketuai oleh Allahyarham Tan Sri Nik Ahmad Kamil dari Parlimen Malaysia. 
Menghadiri tiap-tiap persidangan AIPO di Indonesia, Manila, Bangkok dan Kuala Lumpur. Menerima pingat SAP dari Sultan Pahang dan DIMP selepasnya. 
Masa di dalam UMNO 1974 - Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Temerloh.  1978 - Ketua UMNO Bahagian Maran dan Ahli Perhubungan UMNO Negeri Pahang  
HISHAMUDDIN BIN HAJI YAHAYA  
Lahir : 26.08.1939 Kg. Raja, Mukim Songsang, Temerloh, Pahang Pendidikan : Sekolah Melayu Tanjung Lalang Sekolah Melayu Butut Pulau, Temerloh Sekolah Abu Bakar Mentakab dan Temerloh 1960-1961 : Maktab Perguruan Kirkby, Liverpool, England  1967 - 1971 : Menuntut Undang-undang Inner Temple, London  1972- : Bertugas sebagai Peguam di Kuala Lumpur dan Kuantan 1974-1982 : Ahli Parlimen Maran, Pahang 


 COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COMDo You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.

H-Net* Lagi aksi MB Pahang

2000-03-21 Terurut Topik counterbalance












Adnan menjeritkan sesuatu kepada penyokong BA 





Sekali lagi.Adnan menunggingkan punggungnya kepada penyokong BA COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COMDo You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.

H-Net* Importance of Sanggang by-election

2000-03-21 Terurut Topik counterbalance
 
"M.G.G. Pillai" <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
Media Conference Statement by DAP National Chairman Lim Kit Siang inTemerloh on Sanggang by-election Nomination Day on Tuesday, March 21, 2000at 10 amSanggang voters have the great opportunity to do Malaysians and futuregenerations a great service by telling Barisan Nasional to stop theundemocratic politics of spite, vendetta and vindictiveness initiated byMalacca Chief Minister, Mohd Ali Rustam from becoming a new national policy==All eyes in the country are now on Sanggang, a place the overwhelmingmajority of Malaysians have never heard of until the by-election.On Polling Day on April 1, 2000, either Sanggang will lapse into obscurityif the Barisan Nasional candidate wins the seat or it will gain the hall offame in the annals of Malaysian parliamentary democracy if the BarisanAl!
ternative candidate becomes the State Assemblyman for the constituency.In the November 1999 general election, if the Barisan Alternative had wonthe Sanggang constituency, the present Pahang state government would mostprobably be a Barisan Alternative government and not the present BarisanNasional government.This is because in Pahang in the recent general election, although theBarisan Alternative won eight seats out of 38, the Barisan Nasional couldhave been ousted from the state government, as it won 11 seats with less than1,000-vote majority (with six seats having razor-thin majorities rangingfrom 86 to 321 votes) and another six seats with majorities ranging between1,038 to 1,305 votes.If the Barisan Alternative had won Sanggang, which it lost by 1,038 votes,the Barisan Alternative might have won 20 out of 38 seats in the PahangState Assembly to capture the Pahang state government.In this by-election, th!
e Sanggang seat is not of such pivotal importance indetermining state power, for even if the Barisan Alternative wins the seaton April 1, it could not affect state power and the state government wouldcontinue in the hands of Barisan Nasional.However, the role entrusted on the voters of Sanggang in the by-election onApril 1, 2000 is even more important than that during the recent generalelection or at any time in the 43-year history of the nation.Being a double-first, the first by-election after the 10th general electionand the first in the new millennium, the impact of the Sanggang by-electionwill be far, wide and deep - well beyond Sanggang or Pahang state.Locally, the Barisan Nasional will be using the development card to woovoters. Ironically, the best way to ensure that Sanggang becomes thepampered constituency of Pahang for all voters, regardless of race orreligion, in the next four years is for the voters to!
 support BarisanAlternative and reject the Barisan Nasional.This would serve notice on the Barisan Nasional in Pahang that thepossibility of its losing state power in the next general election is veryhigh and force the Barisan Nasional state government to direct moredevelopment projects to Sanggang in the next four years unless it isprepared to concede state power to the Barisan Alternative in the nextgeneral election.The importance of Sanggang by-election, however, goes beyond Pahang andaffects the whole country and the future of democracy because it would beseen as a barometer of people's aspirations in the new millennium after therecent general election.The last general election was greatly flawed because it was the dirtiestgeneral election in history, with 680,000 new voters undemocraticallydisenfranchised, the Barisan Nasional campaign of lies and falsehoods andthe politics of fear about May 13 and ra!
cial riots.Malay and non-Malay voters reacted differently to the fork-tongued BarisanNasional campaign, on the one hand warning the Malays that "DAP Plus PAS =Hancur Islam" while on the other hand trying to frighten the Chinese andnon-Malay voters that "a vote for DAP is a vote for PAS and Islamic Statewhere there would be no pork, no alcohol, no karaoke, no temples, no Chineseschools, Chinese women have to cover their heads, pretty women would have nowork and that there would be chopping of hands and feet".This fork-tongued Barisan Nasional campaign is palpably dishonest, untrueand totally contradictory of each other that both lines cannot standtogether and be true. At most, only one of the two can be true. In actualfact, both lines are untrue.By and large, the Malay voters rejected the Barisan Nasional campaign oflies and falsehoods while the Chinese and non-Malay voters succumbed andfell victim to it, resul!
ting in their unprecedented swing against the DAPand the Barisan Alternative where I was even defeated from enteringParliament for the first time in 30 years.The Sanggang by-election is important because it will be the first testsince the general election to find answers to three questions:Firstly, whether it is true as claimed by UMNO leaders that Malay voters arereturning to support UMNO after the general electi

H-Net* Pemerhatian 1: Dihari penamaan calon

2000-03-21 Terurut Topik counterbalance
Salam buat semua~Tarikh 21/3/2000 bersamaan hari selasa,sepertimana semua sedia maklumpenamaan calun telah diadakan di dewan MPT Temerloh.Perarakan bermulapada pukul 9 pagi.Calun BA dari parti PAS diiringi oleh Yb dato,FadhilNor,Yb.dato'Nik Aziz,Yb.Mahfuz Omar,sdr.Sallehuddin Ayub,Sdr.Ezam mohdnor,beberapa pemimpin dari parti alternatif yang lain dan para penyo-kong BA.Adalah dianggarkan seramai 10,000 penyokong BA dari seluruhnegara kecuali Sabah dan Sarawak telah berarak mengiringi calun BAka pusat penamaan calun.Manakala orang sebelah pun tak kurang juga yang datang pada hari tersebut.Munkin dalam perbezaan 3 ribu lebihpenyokong BA dari BN. Terdapat 5 buah bas yang terjumpa oleh saya,yangpastinya membawa penyokong BN ke tempat tersebut.Yang saya tak jumpa entah berapa banyak bas lagi,pun saya tak pasti.Satu peristiwa yang me!
nimbulkan sedikit ketegangan dikalangan penyo-kong kedua belah pihak telah berlaku.Orang BN tak puashati bila orangBA masing-masing tunjuk duit Rm 10 dan Rm 50 pada orang BN.Begitu jugakain batik telah dijadikan bendera oleh orang BA dan ditayangkan kepada orang BN.Orang BN membalas dengan beberapa isyarat lucah.Kain rentang pemuda Ameno Gombak dan Marang telah kena boo kerana kedua kawa-san berkenaan tewas dalam pilihanraya umum yang lalu.Saya tak sempat dengan pengumuman calun yang akan bertanding,tapiyang pasti pertandingan dua penjuru antara BA dan BN akan berlakupada 1 april nanti.Kita sama-sama nantikan keputusannya kelak.Sayamendapat tahu ditempat penamaan calun tersebut seorang yang memangterkenal dengan jolokan SAMSENG PAHANG telah menunjukan isyarat lucahpada orang-orang PAS.Orang yang saya maksudkan adalah dato'Adnan Yaakob iaitu Memang Bangsat Pahang ( MB ).Sekian hingga ketemu lagi Wassalam~COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COMDo You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.

H-Net* Contoh pemimpin berakhlak BN

2000-03-21 Terurut Topik counterbalance
Gambar sekitar penamaan calon pilihanraya kecil SanggangContoh pemimpin berakhlak BNAdnan menunjukkan isyarat lucah kepada penyokong BA ketika penamaan calon Sanggang semalam Gambar-gambar lainCOUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COMDo You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.

H-Net* Ke Bawah DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

2000-03-21 Terurut Topik counterbalance


 











WARKAH TERBUKA KE BAWAH DYMM RAJA-RAJA MELAYU
14 Dzulhijjah 1420 20 Mac 2000 
Ke Bawah DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong Istana Negara Kuala Lumpur 
Ampun Tuanku, beribu-ribu ampun, sembah patik harap diampun. 
Ampun Tuanku, 
Adapun, patik pohonkan keampunan dari Ke Bawah Duli Tuanku kerana terpanggil untuk menulis warkah ini. Warkah ini juga terpaksa patik tulis secara terbuka kerana apa yang akan patik sentuh di dalam warkah ini adalah demi hendak melihat terpeliharanya kedaulatan DYMM Raja-raja Melayu dan demi hendak melihat terpeliharanya kesejahteraan rakyat di negara kita. 
Terlebih dahulu izinkan patik menjunjung kasih Ke Bawah Duli Tuanku dan Ke Bawah DYMM Raja-raja Melayu kerana telah berkenan menerima baik memorandum rakyat yang dipersembahkan pada 18 dan 19 September 1999, yang antara lain memohon belas ihsan dan campurtangan Ke Bawah DYMM Raja-raja Melayu dalam isu peracunan terhadap Dato' Seri Anwar Ibrahim yang dipenjarakan di Penjara Sungai Buloh. COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COMDo You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.

H-Net* Rais Yatim - "Saya Kagum Cara Anwar"

2000-03-21 Terurut Topik counterbalance


 






 







Rais Yatim gadai maruah demi habuan politik 






Demi untuk mendapat sedikit habuan politik, Rais Yatim sanggup mengadai maruah diri. Kalu dulunya dikenali sebagai seorang yang tegas dan berjiwa besar dalam arena politik tetapi sekarang Rais bukan lagi seperti itu. Dia boleh dicucuk hidung !!! 
Setelah berjumpa secara sulit dengan beberapa orang suruhan Mahathir dan pertemuan dengan Mahathir 4 biji mata, Rais Yatim telah bertukar pandangan politiknya... daripada politik yang berjiwa besar kepada politik "sesuap nasi". Maruahnya dienyak-enyakkan. Dia kini tak bermaruah lagi. Apakah kepercayaan pada janji Mahathir ini boleh memabntu masa depanya ??? 
Kami membawa pembaca kepada pandangannya dahulu mengenai Anwar yang telah disiarkan dalam Majalah Detik Mac 1999. Sila baca dan teliti bertapa murahnya maruah si Rais Yatim. 

Rais Yatim - "Saya Kagum Cara Anwar" 

SE JAUH mana kehebatan gaya kepimpinan Anwar dan bagaimana pemecatannya mempengaruhi politik Umno? Apakah perubahan politik, khususnya isu nepotisme-kronisme, yang bakal merombak Umno selepas ini? Bagaimana pembangkang Melayu, khasnya PAS, harus berperanan? Ikuti wawancara Editor DETIK, Wan Muhammad Wan Omar bersama Ketua Editor, Ahmad Lutfi Othman dengan Dato’ Dr RAIS YATIM, seorang pemimpin politik Melayu yang berpengalaman luas di luar dan dalam kerajaan.
Melalui wawancara ini, Rais mengungkapkan idea-ideanya dalam gaya bahasa yang simbolik, penuh dengan siratan makna, setaraf dengan gaya seorang yang matang dalam percaturan politik negara. Wawancara ini diadakan pada 27 November, 1998 jam 3:30 petang, di pejabatnya di Jalan Tunku Abdul Rahman. Wawancara ini dibahagikan kepada tiga bahagian; 
DETIK: Bagaimana Dato’ melihat perkembangan politik Melayu pada masa depan? 
RAIS: Politik Melayu pada masa depan akan berubah ekoran cetusan dua fenomena besar yang ada pada hari ini. Pertama, fenomena ekonomi yang melanda sistem kewangan kita, sistem aliran wang negara yang menyebabkan ‘kocek’ makin kosong. Melayu rasanya tidak boleh berdiri di atas kaki sendiri dalam menentukan masa depan ekonomi negara. Pembangkang juga melihat ekonomi kita biar boleh berdikari. Pembangkang bersikap lembut terhadap kerajaan dalam menghadapi krisis ekonomi. Kita menumpukan perhatian ke arah kewibawaan dan survival ekonomi.
Kita tidak membincang hambatan modal itu (currency control). Dasar itu dibuat oleh kerajaan di bawah pimpinan Dr. Mahathir. Sedikit sebanyak kita dapati kemunculan beberapa "pucuk baru" dan nampaknya boleh survive. Tetapi sebagai mana kata Dr. Paul Krugman, iaitu individu yang mula-mula mencetuskan idea kawalan matawang, sistem ini tidak boleh berkekalan. Ia patut disemak semula selepas dua tahun dan selewat-lewatnya tiga tahun.
Jadi bagi politik tanahair kita dalam tiga tahun ke depan ini, saya fikir akan mencorakkan satu ledakan baru ke arah menilai semula cara-cara, kaedah dan objektif. PAS dalam keadaan ekonomi sekarang, mereka nampaknya telah dapat mewujudkan beberapa idea dari segi ekonomi Melayu. Tetapi Umno bergantung kepada BN, pandangan ekonominya lebih menyeluruh, bukan sahaja Melayu tetapi berdasarkan masyarakat majmuk yang ada.
Lanjutan dari itu pemimpin Umno yang selama ini banyak bergantung kepada "ufti korporat" sudah mula ‘menggelabah’. Peristiwa-peristiwa yang dialami oleh Renong, Sime Darby, MAS dan sebagainya sudah memaksa satu penilaian baru, satu alignment baru, dalam menentukan masa depan politik. 
Ramai pemimpin dalam Umno telah menimba faedah-faedah daripada amalan ekonomi ini walaupun sesetengah daripada mereka berpura-pura bahawa mereka telah berjuang menentang amalan ekonomi (yang buruk itu), tetapi sebenarnya mereka juga terlibat dalam pengkorporatan tadi. Sedikit sebanyak masalah ekonomi yang timbul telah menyebabkan mereka sukar menghadapi masa depan.
Saya membuat perhitungan begini. Apabila Umno selama ini, terlampau banyak ber gantung kepada sistem korporat, imbuhan korporat, dan pemilih an korporat, maka perjuangan parti itu seolah-olah ditentukan oleh wang ringgit. Jadi selepas masalah kegawatan ekonomi ini, nampaknya ada kesedaran untuk kembali kepada prinsip lama dan menghindarkan amalan politik wang. Tapi ini dugaan saya sahaja, mungkin tidak dapat titik pertemuannya. 
Saya syak mereka sudah belajar sedikit sebanyak. Namun penghasilannya yang menyatakan bahawa politik wang, pengaruh korporat, keistemewaan berurusniaga itu untuk dihapuskan sama sekali, saya tidak berani beri jaminan. Amalan ini wujud sudah lama – melebihi sepuluh tahun. Jadi tidak semudah itu bagi mereka melupakan cara dan kaedah ‘ambil senang’ itu. Itu satu perkara.
Didapati juga kemampuan membeli undi Melayu tadi semakin lama semakin menjurus. Pengaruh orang-orang ini di cawangan dan bahagian pun secara propotionate sudah merosot. Sekarang didapati seolah-olah ramai keanggotaan Umno tidaklah lagi begitu ghairah kepada tokoh-tokoh korporat seperti pada masa-masa lalu. 
Dulu ahli-ahli Umno betul-betul dikelirukan oleh golongan 

H-Net* KeADILan anjur perhimpunan besar 14 April

2000-03-20 Terurut Topik counterbalance
MONDAY - March 20, 2000
KeADILan anjur perhimpunan besar 14 April Fathi Aris Omar 
8pm, ISN: Parti KeADILan Nasional hari ini mengumumkan parti itu akan menganjurkan satu perhimpunan besar di Dataran Merdeka pada 14 April depan. Perhimpunan itu diadakan sempena genap setahun bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dijatuhkan hukuman penjara selama enam tahun atas kesalahan rasuah. 
Naib Presiden KeADILan, Tian Chua, memberitahu malaysiakini tarikh itu dipilih sebagai memperingati "hari gelap dalam bidang keadilan". 
Tahun lalu, selepas Hakim Mahkamah Tinggi, Augustine Paul memutuskan Anwar bersalah, penyokong Anwar menganjurkan perhimpunan bantahan yang berterusan selama beberapa hari. 
Pada 14 April tahun itu, penyokong Anwar bertindak liar dengan membakar tong sampah dan membaling batu kepada polis selepas pihak berkuasa menangkap dan memukul pemimpin dan rakan-rakan mereka. 
Anwar sentiasa menafikan dirinya bersalah dan sebaliknya mendakwa beliau menjadi mangsa konspirasi pemimpin tertinggi kerajaan, termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamed. 
Tian dan seorang aktivis politik, Abdul Malek Hussin, dipukul sehingga berdarah sebelum ditahan polis. Beberapa pemuda juga cedera dalam perhimpunan yang dianggap paling liar dalam sejarah perhimpunan proreformasi yang diadakan mulai tarikh pemecatan Anwar pada September 1998. 
"Pemuda KeADILan akan menganjurkannya secara rasmi," kata Tian. 
"Malah, kami sudah memaklumkan dalam ceramah-ceramah umum sejak beberapa minggu lalu di beberapa tempat di seluruh negara." 
Ditanya sama ada perhimpunan kali akan berjaya, Tian berkata tangkapan dan mahkamah merupakan "taktik lama" dan tidak berjaya lagi menakutkan orang ramai daripada menyertai perhimpunan. 
Jumaat lalu, tujuh orang didakwa di mahkamah atas tuduhan menyertai satu perhimpunan protes di Masjid Negara seminggu sebelumnya. Sementara 10 orang lagi belum hadir ke balai polis untuk membantu siasatan walaupun foto tujuh lelaki berkenaan disiarkan dalam akhbar pada Rabu lalu. 
Sumber polis hari ini memberitahu malaysiakini bahawa seorang daripada tujuh lelaki itu sudah hadir membantu siasatan dan beliau akan dihadapkan ke mahkamah tidak lama lagi. 
Selain Tian sendiri, turut dikehendaki polis berhubung siasatan itu ialah ahli jawatankuasa pusat PAS dan anggota Dewan Rakyat, Mohamad Sabu, Naib Ketua Pemuda parti itu, Salahuddin Ayub, dan ahli jawatankuasa pusat pemuda KeADILan, Lokman Noor Adam. COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COMDo You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.

H-Net* Pengarah Urusan Harakah Calon PAS Sanggang

2000-03-20 Terurut Topik counterbalance




 PENGARAH URUSAN HARAKAH CALON PAS SANGGANG 

  



KUANTAN, 20 Mac (Bernama) -- Pas malam ini mengumumkan Pengarah Urusan akhbar Harakah Datuk Hishamuddin Yahaya sebagai calonnya bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Pahang kawasan Sanggang. Hishamuddin, 60, berkelulusan undang-undang dari Temple's Inn, London. Anak kelahiran Kampung Songsang dalam kawasan Sanggang itu juga pernah menjadi pengerusi RISDA dan anggota Parlimen Maran dalam tahun 1970-an. Beliau yang kini anggota Jawatankuasa Pas pusat, sebelum ini pernah menjadi pemangku Setiausaha Agung Pas. Pemilihan Hishamuddin sebagai calon Pas diumumkan oleh Presiden Pas Datuk Haji Fadzil Noor di markas Pas Kerdau, Mentakab, dekat sini. Yang hadir pada majlis itu ialah Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Pesuruhjaya Pas Pahang Mohd Baki Othman. Hishamuddin dijangka menghadapi Ustaz Redzwan Harun, 49, yang sebelum ini diumumkan sebagai calon Barisan Nasional bagi pi!
lihan raya kecil Sanggang yang tarikh pengundiannya ditetapkan pada 1 April. Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian Exco Kerajaan Negeri Pahang Datuk Abdullah Kia pada 26 Feb. -- BERNAMA COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COMDo You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.

H-Net* Keluaran terbaru Harakah di pasaran

2000-03-17 Terurut Topik counterbalance
Sisipan Harakah " Fikrah " dalam keluaran terbaru akhbar Harakah 16-30 MacKeluaran terbaru Harakah berada di pasaran hari ini dengan 72 muka surat termasuk 40 mukasurat "Fikrah" yang memuatkan pelbagai rencana dan analisisCOUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COMDo You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.

H-Net* Wan Azizah condemns minimal jail term for Rahim's lethal assault

2000-03-16 Terurut Topik counterbalance




Wan Azizah condemns minimal jail term for Rahim's lethal assault 
Kuala Lumpur ,March 15 - Wife of former deputy prime minister Wan Azizah Wan Ismail criticised today's two-month prison sentence on the former Inspector General of Police Abdul Rahim Noor who attacked her husband in custody. 
Rahim Noor was jailed and fined RM2000 for assaulting Anwar on September 20, 1998, the night he was first detained. Rahim gave a blindfolded and handcuffed Anwar the black eye which sparked international protests. The judge agreed to a defence request to suspend the jail term pending an appeal against it and granted Rahim bail. 
Wan Azizah Wan Ismail, who is also keADILan president told reporters: "The sentence is minimal considering that even those who have taken part in illegal assembly were sentenced to three month's jail. "He (Rahim) got a stay of execution and he is allowed bail. My husband was denied all that. "The sentence he (Anwar) got is, they say, because of his high position. 
"Rahim was the Inspector-General of Police. His position is also very high." Anwar's lawyer Karpal Singh told reporters the sentence was "very light" and urged prosecutors to file a counter-appeal for a tougher sentence. "I don't think the public is satisfied with the sentence and public interest demands an appeal against it," he said. 
Prosecutor Salahuddin Saidin told reporters they would consider such an appeal after consulting Attorney-General Mohtar Abdullah. Rahim yesterday changed his plea to guilty after the prosecution reduced the charge from attempting to cause Anwar grievous hurt to one of assault. 
The original charge carried a 3 1/2 year jail term. Karpal questioned why Mohtar had agreed to a lesser charge. "The attorney-general is expected to use his discretion responsibly. He is abusing his power in amending the charge." 


 COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COMDo You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.

H-Net* Terbaru!!! Retak

2000-03-16 Terurut Topik counterbalance



















 
  
ISI KANDUNGAN RETAK HARGA 4.50 
KOMENTAR: Bertanding Untuk Selamatkan Parti    5 
LAPORAN KHAS 
WARTAWAN DETIK:    6 Di Telan Mati Anak,Di Luah Mati Bapak 
WARTAWAN KITA:    7 Beranikah Ku Li DICalonkan? 
SENARIO KU LI    8 Mungkinkah Jawatan Tertinggi Dalam Umno Akan Di Cabar 
MOHAKTAR MOHAMAD Umno Haram Dosa Mahathir   11 
PAK SAMAD 12 Umno Belum Insaf 
ZAHARIN MOHD YASIN   16 Tolak Mahathir, PaK Lah 
SAMSURI ROSLAN    21 Mengimbau 24 April 1987 
TENGKU RAZALIEGH    24 "Kami Tidak Pernah Bermusuhan" 
DR MAZNAH MOHAMAD   26 Umno Menyorok Ke Johor 
DINSMAN 31 Umno:Hanya Kerana Seorang Itu? 
DR ROHZAN OTHMAN   34 KeADILan Masih Berakar 
KUA KIA SONG    40 Kit Siang Harus Berundur 
BANTENG HIJAU    43 Anwar Pelopor Kebangkitan 
AMAN RAIS  45 Agenda Politik DI BSKL 
HAPUSKAN PENCABULAN MEDIA 
HISHAMUDIN RAIS    49 Media Di Tekan Internet Berkembang 
HISHAMUDIN YAHYA    50 Harakah Menangkan PAS 
ABU BAKAR RASHID    55 Jom Kita Boikot Media 
ZULKIFLI SULONG    57 KDN Dalam Dilema 
LIPUTAN KHAS    61 Pak Lah Bukan Mr Nice Guy Lagi 
AKISAH ADAM    64 Pengganti PM Perlu Restu Rakyat 
COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COMDo You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.

H-Net* Rafidah Aziz: Peguam Negara kata tidak ada kes! Sila ikuti perbahasan sidang parlimen 9/3/2000

2000-03-15 Terurut Topik counterbalance
RAFIDAH AZIZ: Peguam Negara kata tidak ada kes ! Sila ikuti perbahasan di  Sidang Parlimen 9/3/2000 

Datuk Pandikar Amin bin Haji Mulia:  Yang Berhormat Pokok Sena ingin tahu [Memandang kepada Y.B bagi Pokok Sena] Ini persoalan Yang Berhormat, dengar baik-baik, Yang Berhormat Pokok Sena ingin tahu kenapa Yang Berhormat Dato' Seri Rafidah Aziz, mohon izin, saya terpaksa sebut nama sebab dia sebut nama juga, ataupun wakil rakyat bagi Kuala Kangsar tidak didakwa di mahkamah sedangkan BPR mengatakan ianya bebas menyiasat siapa sahaja. 
Untuk makluman Yang Berhormat BPR adalah bebas seperti yang saya katakan tadi untuk menyiasat sesiapa sahaja.  Kebebasan BPR untuk menyiasat termaktub di bawah Seksyen 8, saya ulangi balik, Akta Pencegahan Rasuah 1997 di mana ia menyebut, saya ulang balik, “Maka adalah menjadi kewajipan Ketua Pengarah dan Pegawai-pegawai Badan untuk menerima dan menimbangkan apa-apa aduan tentang perlakuan kesalahan di bawah akta ini dan menyiasat mana-mana aduan itu sebagaimana yang difikirkan praktik oleh Ketua Pengarah atau Pegawai-pegawai itu”  
Wording Seksyen 8 ini telah dibincang dalam Dewan yang mulia ini, telah dibincang dalam peringkat Jawatankuasa oleh Ahli-ahli Yang Berhormat, kalaupun yang baru menang itu dia terpaksa juga tahu, mesti dia baca Hansard.  BPR telah pun menjalankan siasatannya terhadap Yang Berhormat Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri mengenai dengan perkara yang dibangkitkan oleh Pokok Sena iaitu pemberian saham kepada menantu beliau,  BPR telah membuat penyiasatan.  
Untuk makluman Yang Berhormat selanjutnya, dengar baik-baik, mana tahu ada lagi soalan tambahan, atau penjelasan, kuasa untuk menentukan sama ada sesuatu kes dibawa ke mahkamah atau tidak terletak di bawah bidang kuasa pendakwaraya   sebagaimana yang diperuntukan oleh Seksyen 26 Akta Pencegahan Rasuah. Itu juga seksyen ini digubal dalam Dewan ini, dia berbunyi seperti demikian, “Pendakwaan sesuatu kesalahan di bawah akta ini tidak boleh dimulakan kecuali oleh atau dengan keizinan pendakwaraya”. 
Pendakwaan sesuatu kes pula akan dibuat hanya apabila pendakwaraya berpuas hati terhadap bukti dan keterangannya mencukupi untuk berbuat demikian bukan berunsur fitnah, bukan berunsur cerita kedai kopi, bukan ‘saya telah difahamkan’, bukan oleh laporan satu pihak yang tidak lengkap, itu proses perbicaraan.  Memang orang yang berdepan di mahkamah ini, orang professional, bukan macam kita Ahli-ahli Yang Berhormat. Kadang-kadang ada peraturan tetap pun kita tidak ikut. Di sana tidak, you melangkah sahaja you punya Evident Act, you tidak tahu Akta Keterangan, you soal satu perkataan sudah ada objection, ‘in his lawship will say, sorry!’, sama ada dia bilang diteruskan ataupun tidak diteruskan,  itu cara berbicara.
Dalam hal ini sesuatu kesalahan itu cuma boleh diteruskan sekiranya, pendakwaraya bilang, ‘okay diteruskan kerana bukti jelas’.  Pendakwaan sesuatu kes pula akan dibuat hanya keterangan jelas.  Kuasa Peguam Negara untuk mendakwa atau tidak mendakwa, kuasa dia, kita yang beri kuasa kepada dia, dia boleh mendakwa atau tidak mendakwa, mana tahu satu ketika nanti anak atau cucu kepada wakil rakyat bagi Kuala Kedah jadi Peguam Negara, tidak hairan, kerana sekarang ini pun sudah mengatakan bahawa sini spesis terakhir dan saya tidak bersetuju dengan itu, sebelah sana yang spesis terakhir yang berfikiran sempit ini, saya tidak sama sekali setuju. 
Okay, kuasa yang kita beri kepada Peguam Negara adalah seperti termaktub di bawah Artikel 145(3), Perlembagaan Persekutuan.  Ini di bawah Perlembagaan Persekutuan dan berbunyi seperti berikut; “Peguam Negara adalah mempunyai kuasa, kita kasi kuasa itu, Parlimen kasi kuasa itu, dan kuasa itu hendaklah dijalankan menurut budi bicaranya…”. Discreation, ini wording telah dipertimbangkan dalam Dewan yang mulia ini.  Kalau umpamanya budi bicaranya ini tidak boleh digunakan, kenapa tidak dibangkang dahulu.  Ini kuasanya, “….bagi membawa, menjalankan atau memberhentikan apa-apa perbicaraan mengenai sesuatu kesalahan lain daripada per!
bicaraan di hadapan mahkamah Syariah, mahkamah bumiputera atau mahkamah Tentera” 
Untuk makluman Yang Berhormat Pokok Sena, setakat ini di mana-mana negara sekalipun yang mengamalkan sistem demokrasi seperti kita, perasingan kuasa menyiasat dan mendakwa telah wujud bagi mengelakkan ketidakadilan dan pengasingan ini perlu supaya satu sistem ‘check and balance’, dengan izin, diwujudkan.  Untuk membenarkan sebuah agensi yang menjalankan siasatan lalu membuat keputusan pula untuk mendakwa akan mempunyai implikasi negatif ke atas prinsip-prinsip kuasa tersebut.   
Datuk Pandikar Amin bin Haji Mulia:  Tuan Yang di-Pertua,…. 
Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar: [Bangun] 
Datuk Pandikar Amin bin Haji Mulia:  ….. nanti dulu, saya belum selesai pasal ini. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman lanjut ….. 
Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar:  Belum lagi siasat. 
Datuk Pandikar Amin bin Haji Mulia: Ahli Yang Berhormat Pokok Sena dan Dewan yang mulia in

H-Net* Komik Alaf Baru: Puteri Reformasi

2000-03-14 Terurut Topik counterbalance





Komik Alaf Baru: Puteri Reformasi 















 

MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH
Komik Alaf Baru :Oleh Ahmad Lutfi OthmanDapatkan Di Pasaran Tidak Lama Lagi!! 

COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COMDo You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.

H-Net* Affidavit Anwar

2000-03-13 Terurut Topik counterbalance

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DIKUALA LUMPUR
(BAHAGIAN JENAYAH-PERMOHONAN JENAYAH PELBAGAI)
PERBICARAAN JENAYAH WILAYAH PERSEKUTUAN NO 45-51-98
(Dalam MahkamahSesyen Kuala Lumpur Kes Tangkap No 1-62-145-98)
 
PENDAKWA RAYA
 
LAWAN
 
DATO SERI ANWAR IBRAHIM
 
Saya, Anwar Ibrahim (No K/P 470810-07-5095) seorang warganegara Malaysia yang cukup umur dan kini seorang banduan di Penjara Sungai Buloh, Sg Buloh, Selangor Darul Ehsan, dengan sesungguhnya mengaku dan berikrar bahawa:-
 

Saya adalah tertuduh dalam perbicaraan jenayah ini. 
Melainkan dinyatakan sebaliknya, fakta-fakta yang disebutkan di sini adalah dalam pengetahuan saya dan dipercayai benar. 
Saya telah dikenakan dengan satu pertuduhan seperti berikut” 
 
“Bahawa kamu,pada satu malam diantara bulan Januari hingga Mac 1993, lebih kurang jam 7.45 malam, di Unit No 10-7-2, Tivoli Villa, Jalan Medang Tanduk, Bangsar dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan sengaja melakukan persetubuhan aturan tabii dengan Azizan Abu Bakar dengan memasukkan zakar kamu ke dalam duburnya dan oleh yang demikian kamu telah melakukkan satu kesalahan yang boleh dihukum dibawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan.”

Pembelaan saya antara lain ialah bahawa pertuduhan yang dikenakan terhadap saya adalah satu fabrikasi keterangan bagi melaksanakan satu konspirasi politik yang jahat dan jijik untuk menjatuhkan saya daripada pimpinan parti dan negara. 
Di antara mereka yang boleh dengan jelas dan nyata membuktikan pembelaan saya ini dan selanjutnya membuktikan tanpa sebarang keraguan bahawa saya tidak bersalah ataspertuduhan tersebut ialah Dato Seri Dr mahathir Mohamed (“kemudian daripada ini disebut sebagai Dr Mahathir”),yang pada masa berkaitan adalah Presiden Parti UMNO (sementara saya adalah Timbalan Perdana Menteri). 
Mahkamah telah memerintahkan saya supaya memfailkan suatu Affidavit untuk memberi fakta dan alas an mengapa keterangan Dr Mahathir adalah relevan. Saya dinasihatkan dan sesungguhnya mempercayai bahawa perintah tersebut secara langsung akan mendedahkan strategi dan maklumat yang ada kepada pasukan pembelaan dan secara tidak langsung membocorkan kepada Dr Mahathir soalan-soalan serta isu yang akan ditanya dalam pemeriksaan utama dan/atau pemeriksaan balas. Pendek kata, Dr Mahathir adalah satu-satunya saksi yang saya percaya diberikan keistimewaan untuk memperolehi keterangan lengkap dan diberi maklum mengenai isu dan fakta yang akan ditanya kepadanya sebelum beliau dating ke Mahkamah untuk memberi keterangan sekiranya dibenarkan oleh Mahkamah. 
Bagaimanapun disebabkan perintah Mahkamah, saya terpaksa mematuhinya walaupun saya sesungguhnya mempercayai adalah cukup jelas dan nyata didalam kes ini bahawa keterangan-keterangan saksi-saksi samada bagi pihak pendakwa mahupun pihak pembela membuktikan tanpa sebarang keraguan betapa penglibatan Dr Mahathir dalam kes ini adalah cukup jelas dan relevan. Malahan Dr Mahadir telah merayau keseluruh pelusuk dunia dengan membuat kenyataan-kenyataan kepada media elektronik dan cetak dan di segala forum dan persidangan peringkat dunia , serantau dan tempatan dengan dakwaan-dakwaan dan tohmahan-tohmahan terhadap saya khususnya mengenai salahlaku seks termasuk berkaitan kes pendakwaan yang sedang saya hadapi. 
Oleh yang demikian , saya mengatakan bahawa berdasarkan fakta-fakta dan insiden-insiden yang terkandung dalam perenggan-perenggan berikut, keterangan yang akan diberikan oleh Dr Mahathir adalah relevan dan akan menyokong pembelaan saya dan membuktikan dengan jelas dan tanpa sebarang keraguan bahawa saya adalah mangsa satu konspirasi politik yang dengan jahat dan dengan secara jijik merekacipta dan mengada-adakan keterangan/bukti untuk memalukan,mengaibkan dan menjatuhkan saya. 
Pada24hb Ogos 1997 Dr Mahathir telah membuat satu kenyataan media yang diantara lain, menyatakan bahawa: 
 
a)  Tuduhan-tuduhan salahlaku seks seperti yang ditohmah didalam surat Ummi Halfida termasuk yang berkaitan dengan Azizan Abu Bakar adalah fitnah dan tidak berasas.
b)  Dr Mahathir juga menegaskan bahawa semua tuduhan tersebut termasuk seperti pertuduhan yang saya hadapi ini tiada kebenaran sama sekali dan merupakan fitnah semata-mata.
c)  Dr Mahathir juga menegaskan kes itu sudah ditutup.
Saya memohon kebenaran merujuk kepada Eksibit-Eksibit berkaitan dengan kenyataan umum Dr Mahathir yang dikemukan kepada MAhkamah ini.

Saya sesungguhnya yakin dan percaya bahawa Dr Mahathir mempunyai banyak maklumat dan bukti untuk menunjukkan bahawa saya sememangnya tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dikenakan terhadap saya.Oleh itu adalah penting bagi pembelaan saya untuk Dr Mahathir hadir ke Mahkamah untuk memberi keterangan dan mengemukkan bukti menyokong kenyataan medianya. 
Saya ingin menegaskan bahawa saya telahpun memberikan keterangan berkaitan kenyataan Dr Mahathir tersebut. Malahan saksi-saksi pembela termasuk wartawan seperti Pn Siti Mariam Md Zin (Utusan Malaysia) dan R.Sivabalan (Bernama) telahpun m

H-Net* PAS mahu ke mahkamah

2000-03-10 Terurut Topik counterbalance
Jumaat, 10 Mac 2000PAS mahu ke mahkamahPermintaan bahas isu di Parlimen ditolakKUALA LUMPUR -- Parti pembangkang terbesar di Malaysia berkata semalam ia akan mengheret kerajaan ke mahkamah berhubung sekatan yang dikenakan terhadap akhbar terbitannya dan menyifatkan tindakan kerajaan itu sebagai "titik hitam" bagi demokrasi.Harakah, akhbar terbitan Parti Islam (PAS), muncul semalam buat pertama kalinya setelah Kementerian Dalam Negeri (KDN) membaharui lesen penerbitan akhbar itu dengan membataskannya kepada dua keluaran dalam sebulan.Sebelum ini akhbar itu dibenarkan terbit dua kali seminggu.Pelesenan semua akhbar tertakluk di bawah Akta Penerbitan dan Percetakan Akhbar.Presiden PAS, Datuk Fadzil Noor, meminta supaya Parlimen membahaskan isu Harakah itu yang disifatkannya sebagai "satu tindakan terhadap kebeb!
asan hak asasi" kebebasan bersuara dan satu titik hitam dalam amalan demokrasi di Malaysia.Beliau berkata batasan itu telah melanggar ketetapan hak asasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan menggambarkan "satu penindasan terhadap hak asasi".Bagaimanapun, speaker Parlimen menolak usul perbahasan itu dengan mengatakan "perbahasan mengenainya bukan suatu perkara penting".Datuk Fadzil memberitahu satu sidang akhbar kemudian bahawa PAS akan menimbangkan sama ada akan mengambil tindakan undang-undang terhadap KDN atas alasan tindakan kementerian itu telah melanggar hak yang terkandung dalam perlembagaan."Mengenai tindakan undang-undang itu, PAS akan cuba melaksanakannya secepat mungkin," kata Datuk Fadzil.Beliau juga berkata para pemimpin PAS akan mengadakan perhimpunan umum di seluruh negara untuk "menjelaskan tentang tindakan kerajaan yang tidak wajar itu".Kumpulan media antarabangsa!
 dan juga badan-badan hak asasi setempat turut membidas langkah mengenakan sekatan terhadap Harakah itu yang menurut kerajaan bukan bertujuan politik tetapi satu usaha "penyeragaman" penerbitan akhbar-akhbar parti politik. -- AP.COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM
Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.

H-Net* Jentera Umno dari luar bantu pilihanraya kecil Sanggang

2000-03-08 Terurut Topik counterbalance




JENTERA UMNO DARI LUAR BANTU PILIHAN RAYA KECIL SANGGANG 

  



KUALA LUMPUR, 8 Mac (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata Umno akan membawa anggota dari luar Pahang bagi membantu Barisan Nasional mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Sanggang dalam pilihan raya kecil pada 1 April ini. Beliau berkata persediaan sedang dibuat untuk mendapatkan seramai mungkin anggota Umno dari negeri-negeri lain bagi menyertai jentera pilihan raya di situ. "Bagi tahu semua, suruh dia orang datang secepat mungkin, laksanakan tugas dan arahan yang diberi kepada mereka, buat kerja dengan baik dan berkesan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan dan Disiplin parti di sini, hari ini. Abdullah, naib presiden Umno yang menjalankan tugas-tugas timbalan presiden parti, berkata arahan itu dibuat ekoran keputusan Majlis Tertinggi dalam mesyuaratnya awal minggu ini yang mahu membawa ramai anggota Umno dari selu!
ruh negara menyokong Umno Pahang. "Itu adalah kawasan yang telah kita menang dulu dan kita akan bekerja kuat untuk mempertahankan kedudukan kita di kawasan berkenaan," katanya. Abdullah berkata Umno juga bersedia untuk menghadapi apa saja isu yang akan dibangkitkan oleh pembangkang semasa pilihan raya itu. DUN Sanggang yang terletak dalam Parlimen Mentakab kosong berikutan kematian anggota Exco Kerajaan Negeri Pahang allahyarham Datuk Abdullah Kia pada 26 Feb lalu selepas diserang penyakit angin ahmar. Pada pilihan raya umum yang lalu, allahyarham mengekalkan kerusi itu setelah mendapat 6,008 undi menewaskan calon Pas Abdul Rahim Abdul Latif yang mendapat 4,970 undi. Sementara itu ketika ditanya mengenai isu Astro, Abdullah berkata kerajaan masih belum membuat sebarang keputusan berhubung perkara itu. "Perkara ini dalam perhatian dan kerajaan sedang kaji, dan tidak ada sebarang keputusan telah dibuat dan tidak ada sebarang peraku!
an dibuat kepada Kabinet mengenainya," kata beliau. -- BERNAMA COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM
Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.

H-Net* Pemimpin Bahagian Umno lebih rela partinya terkubur dari dipulihkan

2000-03-08 Terurut Topik counterbalance





Pemimpin Bahagian Umno Lebih Rela Partinya Terkubur Dari Dipulihkan





KUALA LUMPUR:Pertandingan berat sebelah! Itulah yang boleh disimpulkan dengan kempen pemilihan Umno Mei depan. Semasa Mahathir bebas bertemu ketua-ketua bahagian di Putrajaya, Tengku Razaleigh terikat kaki dan tangan. Sudahlah nasihat Majlis Tertinggi agar dua jawatan tertinggi parti sudah menjadi seperti arahan, cawangan-cawangan yang mencalonkan tokoh selain Mahathir dan Abdullah Badawi akan disenaraihitamkan. 
Ibarat kata penyokong Ku Li, "Umno ibarat orang yang sakit dan dirawat oleh seorang doktor sejak sekian lama, tetapi penyakit yang ditanggung kian parah. Terpulanglah kepada pesakit tadi, sama ada mahu menukar doktor yang baru, yang dikira dapat menawarkan rawatan lebih baik ataupun terus berubat dengan doktor sedia ada meskipun pesakit sudah ke peringkat nyawa-nyawa ikan." 
Tepat juga kata Shahrir Samad: "Bukan mudah untuk menentang dari dalam, rasanya lebih selesa jika menentang dari luar Umno." 
Masih ada 150 bahagian Umno yang belum bermesyuarat. Bagaimanapun mood yang ada sukar untuk dipecahkan. Perwakilan Umno ke mesyuarat bahagian-bahagian mendapat ugutan dan tekanan jika mereka berhasrat mencalonkan orang selain Mahathir - Abdullah. Tumpuan sekarang difokuskan ke Kelantan. Sejauhmana pengaruh Ku Li masih berkuku di negeri yang ditawan PAS sejak 1990 itu. 
Yang pasti tokoh-tokoh Umno lebih memikirkan survival diri sendiri, peluang perniagaan dan kedudukan dalam kerajaan daripada berusaha menyelematkan parti dari kongkongan seorang itu. Manakala Pemuda Umno telah ketandusan tokoh sehingga tiada calon selain Hishamudin Husain. 
"Ya, kami amat suka kalau Pemuda Umno diterajui Hishamudin, manakala Wanitanya pula diketuai Rafidah Aziz. Bukanlah kita nak buat sayur pula, nanti dikatakan menghina, tetapi ia memudahkan peluang kami," kata seorang pemimpin Pemuda Barisan Alternatif. 

COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM
Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.

H-Net* Harakah 'baru' terbit Jumaat ini

2000-03-06 Terurut Topik counterbalance
MONDAY- Mac 6, 2000 Harakah ‘baru’ terbit Jumaat iniFathi Aris Omar
6pm, ISN: Akhbar pembangkang popular, Harakah, yang kini boleh diterbitkan hanya dua kali sebulan akan menemui pembacanya Jumaat ini. Keputusan ini dicapai dalam satu mesyuarat lembaga pengarah tabloid itu semalam. Pengarang Harakah, Zulkifli Sulong, memberitahu malaysiakini hari ini bahawa akhbar rasmi PAS itu akan menambah bilangan halamannya dan menaikkan harga. 
"Kita akan keluarkan setebal 72 muka surat dan harganya RM2.50 senaskhah," kata Zulkifli. 
Pertambahan muka surat dipercayai akibat perubahan konsep penerbitannya. Konsep baru ini akan dipenuhi analisis berita, rencana, laporan dan pendapat. Penulis tamu Harakah dan juga Naib Presiden PRM, Rustam A. Sani, dipercayai akan memimpin satu bahagian laporan dalam tabloid itu. 
Sebelum permitnya tamat pada Selasa lalu, tabloid itu diterbitkan setebal 40 halaman dan dijual dengan harga RM1.30 senaskhah. Akhbar yang sebelum ini diterbitkan setiap Isnin dan Jumaat itu memuatkan berita-berita semasa, kenyataan pemimpin PAS, analisis berita dan beberapa penulis kolum yang popular, antaranya Subky Latif dan Ibnu Muslim. Bahagian bahasa Inggeris, ‘English Section,’ mendapat perhatian khusus dari pembaca yang lebih berpelajaran. 
"Ia akan diterbitkan setiap awal dan pertengahan bulan," tambah Zulkifli, yang kini sedang menunggu perbicaraan atas tuduhan ‘menghasut’ pada 22 Mei depan bersama pemilik syarikat percetakan itu, Chia Lim Thye. 
Sejak Kementerian Dalam Negeri mengurangkan bilangan terbitannya Rabu lalu, terbitan pada Jumaat ini merupakan edisi pertama dengan konsep baru. 
Dalam perkembangan berkaitan, PAS bersama parti komponen Barisan Alternatif akan menganjurkan ceramah umum esok bagi membantah tindakan KDN. Ceramah yang dijadualkan dihadiri oleh empat pemimpin tertinggi BA itu akan diadakan di Pusat Tarbiyah PAS di Taman Melewar.
Jumaat lalu, lebih 500 penyokong PAS menyertai satu tunjuk perasaan protes di Alor Setar dan beberapa ratus lagi di Kuala Lumpur. COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM
Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.

H-Net* PAS pushing into Internet TV

2000-03-06 Terurut Topik counterbalance
PAS pushing into Internet TV 
Prompted by the curb on Harakah, it is sprucing up its paper  online despite low computer ownership in the country 
NEWS ANALYSIS 
By BRENDAN PEREIRA IN KUALA LUMPUR 
THE government's decision to restrict the publication of the  Parti Islam newspaper is pushing the Islamic fundamentalist  party into the world of Internet television, where  interviews with party leaders and special reports will be  telecast around the clock. 
For the past few months, the party has been publishing a  daily online version of Harakah, but a rap on the knuckles  by the Home Ministry is changing the way it views the new  media. 
It is now pushing itself further into the Internet age not  only in making Harakah more attractive on the net, but also  in entering the world of Internet TV. 
More resources are expected to be poured in, following  government restriction on the paper which has been allowed  to publish twice a month instead of twice a week. 
But embracing new technology is one thing, reaching an  audience who bought 360,000 copies of the tabloid twice a  week is another. 
In Malaysia, only 11 per cent of the population own  computers, while the Internet penetration is 5 per cent. 
The Straits Times understands that PAS thinks it can solve  this problem by going into the personal computer business.  It is planning to sell computers at attractive prices. 
Says Harakah editor Mr Zulkifli Sulong: "We have to focus  more on the Internet. But there is no money in the  Internet." 
The hardcopy version of Harakah has been a cash cow for PAS  since the sacking of former Deputy Premier Anwar Ibrahim.  Within 18 months, its circulation climbed from 80,000 to  360,000 and advertisements shot up. 
Still, government officials say that PAS should count its  blessings. The consensus among many Umno ministers and  Barisan Nasional members was that Harakah permit should be  withdrawn. 
Prime Minister Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad, however, felt  otherwise. 
His position was that Harakah should be treated like any  other paper and should only be punished for flouting the  publishing laws. 
A Home Ministry official said that several past and present  deputy home ministers, like Datuk Megat Junid Megat Ayob,  had warned Harakah publishers not to sell it to the public  and be factual in their reporting. He added: 
" Every one of the ministers was ignored. They were pushing  the limit all the time. We have decided that enough is  enough. There will be no special treatment. " 
A report that upset many in the government appeared just  before the general election in November. 
Harakah alleged that the Kuala Lumpur Tower was unsafe and  marked out spots in a photograph to show where the cracks  were. 
Later, it was proven that the report was false and the  'cracks" highlighted was the wiring along the tower. 
He said: "Not one false report or factual mistake was  corrected. We are just putting them on notice that they must  be held accountable." 
Most people believe that the move to restrict Harakah was  anchored on politics. 
"By imposing such a restriction, the government ... is  telling the whole world that it is afraid of the growing  influence and impact of Harakah, " said Dr Chandra Muzaffar,  deputy president of Parti Keadilan Nasional. COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM
Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.

H-Net* Pengumuman Penerbitan Harakah (Penting)

2000-03-06 Terurut Topik counterbalance
PENGUMUMAN PENERBITAN HARAKAH ( PENTING ) 
Berikutan peraturan baru KDN, adalah diumumkan HARAKAH akan berada di pasaran pada hari Isnin ( 6 mac ) dengan harga RM 1.30 ( untuk keluaran ini sahaja). Manakala untuk keluaran-keluaran seterusnya, HARAKAH akan menemui pembaca pada hari JUMAAT KEDUA dan JUMAAT KEEMPAT setiap bulan dengan ketebalan 72 muka surat dengan harga RM2.50 setiap naskah. 
Harap Maklum. 
Bagi pihak Editor HARAKAH COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM
Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.

H-Net* Peguam: 29 alasan kukuh kesilapan Hakim Paul

2000-03-04 Terurut Topik counterbalance
Mahkamah Rayuan dengar kes Anwar
Peguam: 29 alasan kukuh kesilapan Hakim Paul
Oleh Rashidi Hasan 
  




BICARA KES ANWAR 
HAKIM Tan Sri Lamin Yunus Dato' Ahmad Fairuz Dato' Mokhtar Sidin 
PEGUAMBELA Raja Aziz Adrusse Christopher Fernando Gurbachan Singh Pawancheek Merican Sankaran N Nair Zulkifli Nordin 
KUALA LUMPUR: Hakim Augustine Paul didakwa telah menjatuhi hukuman yang melampau ke atas Dato' Seri Anwar Ibrahim dengan melakukan kesilapan dari segi undang-undang dengan mengunakan fakta yang tidak betul. 
Peguam bela Anwar, Raja Aziz Adrusse berkata, Paul gagal menggunakan budi bicara dengan membenarkan dirinya dipengaruhi oleh persoalan yang tidak relevan dan gagal memberikan pertimbangan ke atas persoalan yang lebih relevan. 
Semasa membentangkan hujahnya di Mahkamah Rayuan di sini, Raja Aziz berkata Hakim Paul telah melakukan kesilapan dari segi undang-undang dengan membenarkan permohonan pihak pendakwa untuk meminda empat pertuduhan terhadap Anwar. 
Di dalam proses perbicaraan yang sudah memakan masa lebih 17 bulan, mahkamah memulakan perbicaraan petisyen rayuan Anwar bagi mengetepikan hukuman penjara atas empat pertuduhan rasuah terhadap beliau. 
Anwar, 52, dipecat oleh Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad pada 2 September 1998 dan selepas 18 hari dilucutkan dari jawatannya, Anwar ditahan tanpa bicara di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), selepas mengetuai suatu perarakan besar-besaran gerakan reformasi dan anti-Mahathir di Kuala Lumpur. 
Peguam-peguam Dato' Seri Anwar Ibrahim yang diketuai oleh Raja Aziz Addruse berserta Aris Rizal Chritopher Fernando, Gurbachan Singh, Pawancheek Marican, Sankara N Nair dan Zulkifli Noordin telah mengemukakan 29 alasan kukuh bagi mengetepikan sabitan kesalahan dan penghukuman terhadap empat pertuduhan rasuah yang menyebabkan beliau dihukum enam tahun penjara di hadapan hakim-hakim Mahkamah Rayuan pada 28 April lepas. 
Anwar Ibrahim mengemukakan Notis Rayuan ke Mahkamah Rayuan terhadap keputusan yang dibuat oleh Hakim Dato' Augustine Paul di Mahkamah Tinggi pada 14 April tahun lalu. 
Dalam penghujahannya selama empat jam itu, Raja Aziz menegaskan bahawa Augustine Paul tersilap dalam memutuskan bahawa perayu (Anwar) telah menggunakan kedudukannya sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan untuk memperolehi suatu faedah untuk dirinya sedangkan kedua-dua kedudukan tersebut tidak memberi sebarang kuasa atau kawalan terhadap Cawangan Khas. 
Beliau seterusnya mengemukakan laporan bekas Pengarah Cawangan Khas, Said Awang kepada Dr Mahathir Mohamad yang dipetik seperti berikut," Saya juga ingin memaklumkan bahawa siasatan menerusi sumber-sumber lain turut menunjukkan tuduhan-tuduhan (salah laku seks dan liwat) yang dilemparkan itu tidak mempunyai bukti dan urutan peristiwa seolah-olah sengaja direka. 
"Di samping itu, terdapat pula tanda-tanda bahawa wujud golongan tertentu yang mungkin mempunyai agenda tersendiri dan memainkan peranan di belakang tabir menggalakkan Ummi Hafilda Ali dan Azizan Abu Bakar memburuk-burukkan Anwar Ibrahim." 
Tegas beliau sepatutnya Hakim mengambil kira keterangan saksi iaitu Said Awang yang secara jelas membuktikan wujudnya suatu konspirasi untuk menjatuhkan Anwar. 
Beliau kesal kerana Hakim Paul telah mengabaikan keterangan Said dan tidak membenarkan keterangan mengenai konspirasi politik untuk dikemukakan oleh pihak peguambela dalam mahkamah. 
Bagaimanapun Anwar seringkali menegaskan bahawa beliau adalah mangsa kepada konspirasi politik pihak atasan. 
Anwar, sekarang ini dibicarakan secara berasingan atas tuduhan salah laku seks dan sodomi yang boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun jika sabit kesalahan. Anwar pertama kali dihadapkan ke mahkamah pada 29 September 1998 dengan matanya lebam yang (kemudiannya diakui) dipukul oleh Ketua Polis Negara ketika itu, Rahim Noor. COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM
Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.

H-Net* Umno Melaka akan tubuh tabika di seluruh negeri

2000-03-04 Terurut Topik counterbalance




UMNO MELAKA AKAN TUBUH TABIKA DI SELURUH NEGERI 

  



MELAKA, 4 Mac (Bernama) -- Umno Melaka telah menyediakan peruntukan sebanyak RM300,000 bagi menubuhkan 25 Taman Bimbingan Kanak-Kanak Islam Umno (Tabino) di seluruh negeri untuk menampung permintaan ibu-bapa terhadap pendidikan pra-sekolah. Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Wira Mohd Ali Rustam berkata jumlah itu adalah bagi menubuhkan sekurang-kurangnya sebuah Tabino di setiap 25 kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun). Beliau yang juga Ketua Menteri berkata penubuhan Tabino itu bertujuan memberi peluang kepada ibu bapa yang gagal mendaftarkan anak-anak mereka di kelas-kelas Tabika Islam di negeri ini. Menurutnya, Tabika Islam yang dikendalikan oleh Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) mendapat sambutan menggalakkan sehingga tidak dapat menampung permintaan. "Sebagai permulaan, kita akan memberikan bantuan RM1,000 kepada setiap Tabino yang ditubuhkan...saya berharap Umno di peringkat DUN dapat menubuhka!
n sekurang-kurangnya sebuah Tabino pada tahun ini," katanya. Beliau berkata demikian selepas merasmikan Tabino pertama di Taman Perumahan Pulau Gadong II, Klebang Besar di sin,i hari ini. Mohd Ali berkata sebagai permulaan Tabino itu akan menerima sebanyak 25 orang kanak-kanak. Jumlah itu akan bertambah dari semasa ke semasa bergantung kepada permintaan dan juga tenaga pengajar. Beliau berkata Tabino ini akan berpandukan kepada kurikulum pendidikan Jaim dan selaras dengan kurikulum yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan manakala tenaga pengajarnya pula akan mempunyai kelayakan yang diiktiraf oleh Jaim. Beliau juga berkata Umno negeri bercadang menubuhkan Rumah Anak Yatim Umno (Ratino). Keputusan itu telah diluluskan pada mesyuarat badan perhubungan negeri minggu lepas. Katanya, rumah anak yatim itu akan dibina di Bachang di sebuah kawasan seluas 1.4 hektar. Projek pembinaannya akan dilaksanakan pertengahan tahun ini. "!
Projek itu dijangka menelan belanja kira-kira RM500,000 dan mampu menempatkan sebanyak 120 orang anak-anak yatim pada satu masa...kos perbelanjaan bagi seorang anak yatim ialah kira-kira RM1,000 setahun," katanya. Mohd Ali juga berharap kepada golongan yang ingin menghulurkan bantuan bagi menjayakan projek pembinaan rumah itu supaya menghulurkan sumbangan berkenaan kepada Badan Perhubungan Umno Negeri Melaka. --BERNAMACOUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM
Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.

H-Net* Talqin untuk 'Harakah'

2000-03-04 Terurut Topik counterbalance
Weekend Edition - March 4-5, 2000 
Talqin untuk ‘Harakah' Fathi Aris Omar 
Mac 4: Apa lagi yang Harakah boleh buat? Daripada boleh diterbitkan lapan kali kepada dua kali sebulan, Harakah sebenarnya sudah tidak berfungsi sebagai tabloid politik. 
Politik dan isu semasa bergerak setiap hari dan ahli politik memerlukan media yang berkesan untuk memberikan response kepada isu-isu itu. Dua kali sebulan - atau sekali dalam tempoh 14 hari - bukannya tempoh yang sesuai untuk menyampaikan tindak balas politik dalam dunia elektronik selaju lebuh raya maklumat sejagat. 
PAS pula baru sahaja memenangi lebih banyak pengaruh. Dua buah kerajaan negeri dan 27 anggota Dewan Rakyat - semuanya memerlukan media tetapi Harakah dikurangkan bilangan penerbitannya. Ini bukanlah logik demokrasi tetapi logik kuku besi! 
Oleh itu, parti Islam sepatutnya membantah sekeras-kerasnya tindakan Kementerian Dalam Negeri di bawah pimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Kecaman presidennya, Datuk Fadzil Mohd Noor dan penulis tamunya, Rustam A. Sani, tidak cukup kuat. 
"Tindakan zalim", kata Fadzil dan "pengecut, berniat jahat, amat memalukan dan tidak bertanggungjawab," kecam Rustam, yang juga Naib Presiden PRM, tidak mengubah nasib malang - sebenarnya maut! - tabloid itu. 
Lebih menggemparkan, kurang 24 jam keputusan Pak Lah itu, timbalannya Datuk Chor Chee Heung melatah pula. Katanya, edisi internet Harakah mesti diterbitkan dua kali sahaja - sama seperti edisi cetak - jika edisi siber itu memakai lambang "Harakah" yang sama. 
Agensi berita nasional, Bernama, menyiarkan kenyataan latah timbalan menteri berkenaan hanya untuk ditarik semula beberapa jam kemudian. Bagaimana seorang timbalan menteri - dengan segala kejahilannya - boleh merumuskan satu ‘dasar' yang membawa implikasi yang sebegini serius, termasuk akibat buruk kepada akhbar web seperti malaysiakini? 
Bagaimanapun, Jabatan Perdana Menteri dengan pantas mematahkan percubaan KDN yang kurang waras itu. Itupun kerana Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamed, asyik-masyuk pada teknologi maklumat (ingat lagi lagu Siti Nurhaliza memuja IT?) dan projek kemanjaannya, Koridor Raya Multimedia. Kalau tidak, nasib laman web Harakah itu samalah juga dengan edisi cetaknya. 
Kenapa harus ada dua standard - di laman web berbeza dengan di dunia nyata? Tidak mungkin seorang menteri seperti Pak Lah yang menganut akidah kebebasan media dan ruang demokrasi bersikap begitu. 
Kalaulah tidak kerana kerajaan sedang tergila-gila pada nilai wang dalam ekonomi pengetahun (k-ekonomi) dan pelaburan langsung luar negara (FDI) dalam ruang MSC yang serba halal (satu lagi bentuk double-standard), tidak mungkin internet diberikan ruang kebebasan. 
Barangkali inilah satu-satunya kewarasan Perdana Menteri akhir-akhir ini! 
Bagaimanapun, nasib Harakah lebih baik daripada Detik, majalah dua kali sebulan yang sudah dikafankan - tetapi belum dibawa ke kubur - selama tiga bulan. Busuknya mayat Detik ini sudah sampai ke mana-mana. Bagaimanapun, KDN tidak peduli itu semua. 
Harakah yang mempunyai pembaca sekurang-kurangnya seramai 1.5 juta orang, dan dimiliki oleh PAS yang mempunyai 600,000 ahli mendapat sedikit layanan istimewa. Tidak sampai 24 jam permit akhbar itu digantung tidak bertali, KDN ‘terpaksa' menyambungnya walaupun mengurangkan kekerapan terbitannya sebanyak 75 peratus. 
Apapun, hakikatnya Harakah sudah mati. Memberikan keizinan sebanyak dua kali sebulan hanyalah satu percubaan memujuk pemimpin-pemimpin PAS. 
"Daripada tidak ada apa-apa, biarlah dua kali!" atau "alhamdulillah, bersyukurlah, cukuplah ‘tu" atau "mungkin ada hikmatnya, pertolongan Allah tidak dapat diduga," mungkin itulah katanya - seperti hujah seorang wartawan kanan Harakah kepada penulis. 
Apabila terbitannya setiap 14 hari, Harakah tidak mampu menyiarkan berita lagi. Semua berita akan menjadi basi. Harakah (baru) hanya boleh menerbitkan analisis berita dan rencana. 
Tetapi sebagai sebuah surat berita parti, Harakah nanti tentunya akan mempromosikan aktiviti, sikap dan program PAS. Walaupun sudah hilang nilai berita, maka akan disiarkan juga kenyataan-kenyataan pemimpin utamanya. 
Menurut wartawan kanan itu, Harakah bukan bertujuan komersil atau mencari keuntungan - walaupun selama ini keuntungan Harakah sering dikorek untuk program-program politik PAS. 
Nilai komersil bukan isunya tetapi apabila ramai orang membeli, maka ramailah pembaca mengetahui dunia politik Malaysia melalui kaca mata PAS dan Barisan Alternatif. Apabila kurang pembaca, tidak sampailah tujuan dan pengaruh sesuatu penerbitan. 
Harakah diterbitkan bukan untuk digunakan sebagai bungkusan nasi lemak, betul 'tak? 
Apabila hilang nilai beritanya, pembaca - khususnya penyokong dan ahli PAS - terpaksa merujuk sumber maklumat yang lain. Akhbar mingguan Eksklusif dan laman-laman web seperti harakahdaily, malaysiakini atau detikdaily (selain laman-laman web reformasi) tentunya menyaksikan peningkatan jualan dan kunjungan yang mendadak - ‘kenduri arwah' selepas kematian Hara

H-Net* Pertahankan kebebasan bersuara, perbaharui permit harakah! SUARAM

2000-03-04 Terurut Topik counterbalance
Kenyataan Akhbar 3 Mac 1999 Pertahankan Kebebasan Bersuara, Perbaharui Permit Harakah !



SUARAM MEPERJUANGKAN HAK ASASI MANUSIA SUARA RAKYAT MALAYSIA WORKING TOWARDS HUMAN RIGHTS 
383 (1st Floor), Jalan 5/59, Petaling Gardens, 46000 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia Tel: 603-77843525, 77820357 Fax: 603-77843526 Email:[EMAIL PROTECTED] http://www.suaram.org 
Kenyataan Akhbar 3 Mac 1999 Pertahankan Kebebasan Bersuara, Perbaharui Permit Harakah ! 
Seorang ahli falsafah Perancis yang terkenal, Voltaire pernah menginterpretasikan semangat kebebasan bersuara dengan tepat sekali :" Walaupun saya amat tidak bersetuju dengan pendapat anda tetapi saya akan mempertahankan hak anda mengutarakan pendapat sehingga saya menemui maut!".  
Tetapi selepas hari ini rakyat Malaysia akan bertanya wujudkah lagi kebebasan bersuara di Malaysia dengan tindakan Kementerian Dalam Negeri(KDN) menghadkan penerbitan Harakah dua kali sebulan. Tindakan ini bukan asing lagi kerana ia merupakan kali ketiga KDN cuba menyekat pengedaran Harakah yang lebih berpengaruh daripada akhbar-akhbar perdana. Harakah dihadkan pembacanya, Pengarang dan pencetaknya dituduh dengan Akta Hasutan dan kali ini penerbitannya dihadkan. Nampaknya pemerintah sudah tidak dapat berteloransi dengan suara kritikan dan suara pembangkang lagi. Ini amat bertentangan dengan slogan "Teknologi Maklumat Tanpa Sekatan" yang selalu dilaung-laungkan oleh kerajaan. 
SUARAM mengecam tindakan KDN yang tidak profesonal dan mencabuli kebebasan bersuara secara terang-terang tanpa mengambil kira perasaan rakyat. Tanpa kebebasan bersuara, rakyat tidak dapat menyuarakan pendapat mereka dan memainkan peranan aktif dalam isu nasional. Tanpa kebebasan bersuara dan kebebasan media, rasuah, salah laku dan kecurangan tidak akan dapat didedahkan. Demokrasi hancur tanpa kebebasan bersuara, keadilan hilang tanpa kebebasan bersuara dan kebenaran terpesong mengikut rentak Pemerintah sahaja.  
Tindakan KDN untuk menggantung media cetak yang kritikal seperti Harakah dan Detik membuktikan alat kerajaan telah disalahgunakan semata-mata untuk kepentingan pemerintah. Alasan Menteri Dalam Negeri, Abdullah Badawi yang lapuk bahawa tindakan ini tidak bermotif politik dan majalah politik tidak perlu diterbit terlalu banyak kali sebulan sebenarnya menghina taraf keintelektualan rakyat Malaysia. Lebih mengerunkan rakyat Malaysia kini ialah prospek demokrasi Malaysia akan menjadi lebih malap sekiranya Pak Lah yang nampaknya lembut tetapi bertindak ganas mencabuli hak asasi rakyat mengantikan tempat Dr.Mahathir sebagai Perdana Menteri Malaysia. 
SUARAM menyeru KDN khususnya Menteri Dalam Negeri supaya kembali ke jalan benar dengan segera menarik balik sebarang sekatan terhadap media kritikal seperti Harakah dan Detik. KDN dan Menteri Dalam Negeri seharusnya meminta maaf kepada rakyat Malaysia atas tindakan ganas ini dengan memansuhkan akta-akta opresif seperti Akta Penerbitan dan Percetakan, Akta Hasutan, OSA dan ISA. KDN harus ingat isu permit Harakah ini menjadi suatu kayu pengukur yang penting terhadap demokrasi negara. KDN dan pemerintah tidak boleh memperbodoh-bodohkan rakyat lagi!   
Dikeluarkan Oleh,       
Justin Yong Penyelaras SUARAM               COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM
Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.

H-Net* Muslims Shiekh Sayed Sabiq has passed away

2000-03-02 Terurut Topik counterbalance
 
razmie <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
From: "razmie" <[EMAIL PROTECTED]>To: <[EMAIL PROTECTED]>CC: "Uncle Din" <[EMAIL PROTECTED]>, <[EMAIL PROTECTED]>Subject: H-Net* Fw: [islah-net] Fwd: muslims Shiekh Sayed Sabiq has passed awayDate: Sun, 7 Mar 1999 02:29:44 -0800*~*{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }*~*PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL~~~- Original Message -From: hafidzi mohd noor <[EMAIL PROTECTED]>To: <[EMAIL PROTECTED]>Sent: Tuesday, February 29, 2000 4:03 PMSubject: [islah-net] Fwd: muslims Shiekh Sayed Sabiq has passed away> Fr!
om: hafidzi mohd noor <[EMAIL PROTECTED]>>> Assalamualaikum,>> Seorang lagi ulama yang merupakan mutiara umat ini kembali ke rahmatullah.>> Hafidzi> >*> >http://minyos.its.rmit.edu.au/~zmuslims> >> >Dear brothers and sisters> >> >Shiekh Sayed Sabiq has passed away. Inna lillahi wa inna EilayheeRaj'eoon.> >> >Sheikh Sayed fought in the sake of Allah not only with his pen, knowledge> >and Fiqh but also physically in Palestine in 1948 war with the troops of> >Ikhwan.> >> >His book of Fiqh Assunnah is a remarkable book for the intensive> >information and the simplicity of the its introduction. Hardly you canfind> >a Muslim home without this book.> >> >His book Fiqhu Sunnah, written after the reques!
t of Al-Imam Al-Shaheed> >Hasan Al-Banna, was the first of its kind in this century. This bookbroke> >the walls of blind emitation of the 4 mathhabs and guided the Muslims to> >follow first Qur'an and Sunnah.> >> >May Allah reward him with the best reward of Al-Ulamaa Al-Mujahideen.> >> >> >> >**> >Emad Abu-Aisheh> >Melbourne University Muslim Chaplain> >(W) 9344 4955> >Mobile 0411 124 749> >_> >this is the muslims mailing list, managed by FAMSY Federation OfAustralian> >Muslim Students & Youth http://www.ozemail.com.au/~famsy> >> >to subscribe/unsubscribe email to [EMAIL PROTECTED]> >to subscribe write the following in the message body:> >subscribe muslims> >> !
>and to unsubscribe write the following in the message body:> >unsubscribe muslims>  > GET A NEXTCARD VISA, in 30 seconds! Get rates> as low as 0.0% Intro APR and no hidden fees.> Apply NOW!> http://click.egroups.com/1/969/3/_/200786/_/951955405/> >> / JIM-IT: Jaringan Informasi Masyarakat http://www.jim.org.my> //>> Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi PertubuhanJamaah> Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian>> Langganan : Hantar E-mail kosong ke [EMAIL PROTECTED]> Unsub : Hantar E-mail kosong ke [EMAIL PROTECTED]>> Untuk urusan pengiklanan, sila hubungi: Aris Sipan "a!
[EMAIL PROTECTED]".>>>( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )Pengirim: "razmie" <[EMAIL PROTECTED]>COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM
Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.

H-Net* Undang-undang untuk asingkan agama dan politik, katar Rais

2000-03-02 Terurut Topik counterbalance




 UNDANG-UNDANG UNTUK ASINGKAN AGAMA DAN POLITIK, KATA RAIS 

  



TAIPING, 2 Feb (Bernama) -- Kerajaan bercadang mewujudkan undang-undang yang melarang agama daripada dicampur adukkan dengan politik bagi menjamin kesejahteraan rakyat dan keamanan negara. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Rais Yatim berkata, hanya dengan undang-undang itu nanti umat Islam dan orang-orang Melayu akan dapat disatukan semula setelah sekian lama terpisah oleh perbezaan fahaman politik. "Bagaimanapun kerajaan memerlukan reaksi rakyat dan sekiranya sebahagian besar rakyat mahukan undang-undang itu barulah ia diberikan peruntukkan khusus dalam undang-undang negara," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah mengenai kedaulatan undang-undang anjuran Jabatan Penerangan Negeri Perak di sini, hari ini. Rais berkata, mengikut sistem yang diamalkan sekarang, agama dicampur adukkan dengan politik sehingga menyebabkan kesucian agama tercemar. Beliau berkata, pe!
runtukkan Perkara 10 Perlembagaan Negara jelas menyebut sekiranya sesuatu perkara itu menjejaskan ketenteraman awam, kerajaan boleh mengadakan undang-undang untuk mejaga kesejahteraan rakyat. Banyak pihak yang menggunakan agama dalam politik dan ia turut menyebabkan fitnah, tohmahan dan hasutan dilemparkan pada pihak-pihak lain. "PAS telah mencampur adukkan agama dan politik sehingga ke peringkat mengelirukan rakyat dan mereka turut mencemuh serta menfitnah pemimpin negara tanpa sebarang alasan," katanya. Beliau berkata parti-parti politik, pengamal undang-undang dan cerdik pandai agama perlu memberi reaksi mereka untuk membolehkan kerajaan menggubal undang-undang itu. Ini kerana kerajaan tidak akan tergesa-gesa menggubal undang-undang itu kerana semua reaksi berkenaan perlu diteliti serta terdapat segmen-segmen tertentu dalam undang-undang yang perlu dikaji. Mengenai perkembangan lain, Rais berkata masyarakat perlu memainkan peranan pen!
ting dalam tidak membenarkan pendatang-pendatang asing mendiami kawasan mereka. Walaupun undang-undang yang ada sekarang sudah cukup untuk menyekat kemasukan pendatang asing tetapi sikap masyarakat yang membenarkan pendatang mendiami kawasan mereka menimbulkan masalah besar kepada negara. Beliau berkata rakyat perlu sedar kemasukan lebih 2 juta pendatang asing itu boleh menjejaskan keharmonian, kedaulatan dan masa depan negara. -- BERNAMCOUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM
Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.

H-Net* Pendaftaran anak dan anak angkat tanpa perlu bin atau binti

2000-03-02 Terurut Topik counterbalance




PENDAFTARAN ANAK DAN ANAK ANGKAT TANPA PERLU BIN ATAU BINTI 

  



ALOR SETAR, 2 Mac (Bernama) -- Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tidak lagi mensyaratkan "bin" atau "binti" dimasukkan sebagai nama anak dalam pendaftaran untuk sijil kelahiran anak atau sijil pengambilan anak angkat. Ketua Pengarahnya, Datuk Azizan Ayob hari ini berkata langkah itu dimulakan awal bulan lepas sebagai percubaan bagi mengatasi masalah yang timbul terutamanya berkaitan pengambilan anak angkat. Bagaimanapun beliau berkata "bin" dan "binti" masih boleh dimasukkan sebagai nama anak bagi sijil kelahiran tetapi tidak diterima lagi untuk pendaftaran bagi sijil pengangkatan. "Setakat ini kita tidak mempunyai sebarang bantahan tentang pendaftaran dengan cara itu," katanya selepas majlis penyampaian hadiah "bayi milineum" Kedah oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Chor Chee Heung, di sini. Azizan berkata melalui sistem itu nama seperti "Nurnazilie binti Nazri" ataupun "Irzan bin Nazri" hanya perlu dica!
tat sebagai "Nurnazilie Nazri" atau "Irzan Nazri" sahaja. Beliau berkata, sistem itu juga diperkenalkan bagi menggalakkan orang ramai mendaftar pengambilan anak angkat mengikut kehendak undang-undang kerana masih ramai yang tidak berbuat demikian. Sementara itu, Chor dalam sidang medianya berkata ibu bapa angkat yang sebelum ini memberi maklumat palsu hendaklah membuat pendaftaran baru manakala yang belum mendaftar hendaklah berbuat demikian mulai sekarang. "Kerajaan memberi peluang dan berjanji tidak akan mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap mereka yang mendaftar semula dan mereka yang baru membuat pendaftaran," katanya. Pendafaran anak angkat boleh dibuat melalui Akta Pengangkatan 1952 (Akta 257) melalui proses mahkamah atau Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952 (Akta 253) melalui proses pendaftaran biasa. Katanya sijil pengangkatan akan dikeluarkan bagi menggantikan sijil kelahiran, yang akan disimpan oleh JPN, dan boleh di!
gunakan bagi sebarang urusan rasmi. "Perbuatan ibu bapa angkat yang membuat pengakuan palsu dengan mendaftarkan anak angkat sebagai anak sendiri bukan sahaja salah dari segi undang-undang tetapi juga menyusahkan apabila keadaan sebenar diketahui anak itu," katanya. Beliau berkata walaupun bilangan kes seperti itu yang dikesan hanya 10-20 kes setahun, implikasinya cukup besar dan kompleks manakala bilangan yang tidak membuat sebarang pendaftaran langsung masih ramai. -- BERNAMA COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM
Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.

H-Net* Hujah Pak Lah hanya layak untuk pengampu Umno!

2000-03-02 Terurut Topik counterbalance
 
HUJAH PAK LAH HANYA LAYAK UNTUK PENGAMPU UMNO SAJA!
Alasan Menteri Dalam Negeri, Abdullah Ahmad Badawi bagi menghadkan bilangan penerbitan Harakah daripada dua kali seminggu kepada dua kali sebulan jelas memperbodohkan rakyat, berniat jahat dan mempunyai kepentingan politik yang tebal. Rasional yang dikemukakanya hanya dapat diterima oleh pengampu-pengampu dalam Umno sahaja.
Soal Umno sendiri akan menerbitkan lidah rasminya dua kali sebulan adalah hal Umno sendiri, tidak ada kaitan langsung dengan permohonan PAS untuk memperbaharui permit penerbitan Harakah. Mengapa Umno tak terbitkan surat beritanya secara harian? Jawapannya, kalau buat secara bulanan, atau tahunan sekalipun tak ada orang yang nak beli. Akhbar milik Umno, Utusan Malaysia dan Berita Harian pun sudah tidak laku di pasaran. Pembaca naik muka dengan berita-berita propaganda yang memualkan itu.
Majalah hiburan pun diterbitkan seminggu sekali. Cuba anda perhatikan di pasaran, lihat saja majalah mingguan Hai (terbitan Utusan Melayu), Media Hiburan (terbitan Karangkraf). Majalah seperti URTV pun dikeluarkan dua kali sebulan, sama seperti Harakah. Manakala banyak lagi akhbar hiburan yang diterbitkan secara mingguan seperti Warta Perdana, sementara ada juga akhbar hiburan yang diterbitkan dua kali seminggu, misalnya Bacaria.
Pembaca Harakah yang jumlahnya mencapai jutaan orang itu tidak boleh duduk diam. Mereka tidak boleh membatu begitu saja. Sewaktu Harakah mula diterbitkan dulu pun permitnya diberikan seminggu sekali. Sekarang, selepas PAS menguasai dua negeri, ahli parlimennya bertambah dari seorang (sewaktu Harakah mula diterbitkan) kini sudah 27 Ahli Dewan Rakyat dan Empat Ahli Dewan Negara.
Sepatutnya dengan suasana pengaruh PAS semasa, parti itu diberi keizinan untuk menerbitkan akhbarnya secara harian. Tapi si mahazalim Pak Lah sudah bertindak menjadikannya akhbar dua kali sebulan, kekerapan yang langsung tidak logik untuk dipadakan dengan akhbar yang mengutamakan laporan berita dan perkembangan semasa.
Semakin jelas kebiadapan Pak Lah bila beliau berkata, "Kalau ia bertujuan politik, kita tidak akan membenarkan Harakah mengeluarkan lidah rasmi langsung."
Apa bentuk dan jenis politik yang dipakai Pak Lah ni? Hanya kerana perbedaan politik, seluruh jentera dan pentadbiran kerajaan harus tunduk kepada kemahuan dan kebuasan pemimpin atasan Umno. Di mana nilai demokrasi yang membenarkan perbedaan pendapat dan perselisihan pandangan?
Rupanya tindakan Harakah mengikut apa saja arahan dan perintah KDN selama ini tidak lagi memuaskan hati Pak Lah. Mereka mahu melenyek Harakah selumat mungkin. Bayangkan, kalau majalah DETIK, yang didokong segelintir individu pun masih tidak diberikan permit selepas tiga bulan digantung, inikan pula Harakah yang mempunyai edaran dan pengaruh yang hebat. 
Bila KDN hadkan edaran Harakah kepada ahli PAS saja, Harakah ikut. Bila KDN minta Harakah dijual atas rak yang tersendiri, Harakah ikut. Bila KDN minta berita muka depan Harakah mesti berkaitan dengan PAS, Harakah ikut. Bila KDN minta Harakah hanya dijual di markas PAS sahaja, Harakah ikut. Harakah sudah begitu pak turut kepada segala kehendak dan nafsu serakah KDN. Semunya diikut. Tapi, apa balasannya?COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM
Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.

H-Net* 'Tukarlah diri sebelum ditukarkan', Musa Hitam

2000-03-02 Terurut Topik counterbalance
THURSDAY- Mac 2, 2000 
"Tukarlah diri sebelum ditukarkan"Fathi Aris Omar 
11am, KHA: Kalaulah bukan kerana beliau seorang bekas Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Musa Hitam, mungkin dilihat sebagai seorang pengkritik parti itu atau lebih buruk lagi, ahli politik pembangkang. 
Dalam ucapannya di Johor Bahru dua minggu lalu, ketika merasmikan mesyuarat tahunan cawangan-cawangan parti itu secara 'berkelompok', Musa meluahkan apa sahaja yang terbuku di hatinya. 
Musa mengingatkan ahli Umno bahawa serangan yang "terlampau sangat" kepada bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, boleh merugikan parti itu sendiri, sambil berpesan bahawa strategi yang sama sekiranya digunakan untuk menekan musuh politik - Musa maksudkan Tengku Razaleigh Hamzah - menjelang pemilihan pada Mei ini akan membawa akibat yang sama. 
"Kuasa sememangnya mengkhayalkan. Selagi bertambahnya seseorang manusia itu dengan kuasa, selagi itu jugalah pula dia bertambah tamakkan kuasa itu," kata Musa sambil berfalsafah kepada ahli-ahli cawangan parti itu yang sudah hilang idealisme dan ideologi. 
Beliau bagaimanapun tidak menyebut sebarang nama, namun dipercayai Musa menyindir seseorang yang dilihat terlalu berkuasa dalam Umno. 
Dalam ucapan setebal 11 halaman itu, Musa menggariskan beberapa isu yang membawa kesan sangat negatif kepada Umno dalam pilihan raya November lalu iaitu: Anwar Ibrahim, rasuah, kronisme dan nepotisme, agama, kelemahan Umno, konsep setia yang bercelaru dan akhirnya, perlembagaan parti. 
Musa memang pandai menyusun ideanya dan pintar pula mengungkapkan kata-katanya. 
"Dalam jangka masa satu dekad yang lepas, saya nampak Umno telah berubah corak. Mesyuarat-mesyuarat agong tahunannya, di peringkat bahagian, negeri, mahupun di peringkat nasional, semuanya tersusun dan disusun rapi, begitu rapi hinggakan kita telah terpesong daripada tujuan asalnya," kritik Musa mengenai kehilangan keberanian perwakilan untuk menegur pemimpin, sebaliknya mesyuarat dijadikan tempat menjaga kepentingan peribadi dan puak sendiri. 
Dalam ucapan yang sama, Musa menjelaskan empat alasan ringkas mengapa beliau "ingin benar melihat" Datuk Seri Abdullah Badawi menjadi Perdana Menteri. 
Bagaimanapun, alasan keempat yang "sangat-sangat simple" yang diberikan oleh Musa memaksa ahli Umno berfikir beberapa kali. Katanya, "saya tidak mahu melihat negara kita menampung seorang lagi bekas Timbalan Perdana Menteri (keempat)." 
"Rakyatpun nanti bosan dan putus harapan." Sebagai timbalan pertama yang menerima padah, jelas di sini Musa menyindir Mahathir. 
Musa juga membuat kenyataan ini: "Kalau boleh [pencalonan sebanyak] 30 peratus, [Ku Li] akan menandingi Mahathir. Kepada saya, tidak ada salahnya [pertandingan antara dua tokoh itu]." 
"Apa yang terkandung dalam ucapan saya pada hari ini sememangnya provokatif. Ia agak keras, terus terang dan jelas," kata Musa sebelum mengakhiri ucapan sarat dengan analisis, sindiran dan teka-teki. 
Ayat terakhir Musa? "Seruan saya ialah 'pulihkan Umno baik-baik' dan 'tukarlah diri sendiri sebelum ditukarkan'." 
Teks penuh ucapan Musa Hitam (Bahagian 1) COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM
Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.

H-Net* CUKUP JAHAT!!!

2000-03-02 Terurut Topik counterbalance




PERMIT HARAKAH BOLEH DITARIK JIKA EDISI INTERNET LANGGAR SYARAT 

  



KUALA LUMPUR, 2 Mac (Bernama) -- Permit baru penerbitan Harakah boleh digantung atau dibatalkan sekiranya edisi internet akhbar rasmi parti PAS itu diterbitkan melebihi dua kali sebulan, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Chor Chee Heung. Beliau berkata Harakah perlu mematuhi peraturan dan syarat permit yang ditetapkan sekiranya edisi internet itu masih menggunakan nama yang sama dengan edisi bercetaknya. "Edisi internet pun kalau guna Harakah juga, tertakluk kepada peraturan yang sama. Kalau permit diberi untuk setiap bulan dua kali, ia kena ikut sama. Mereka tidak boleh kata melalui internet tidak dikawal sesiapa. "Jika ia terbit dua kali sebulan dalam internet, itu tidak menjadi masalah tetapi kalau curi-curi terbit seminggu sekali dalam internet, ini memang bercanggah dengan permit kelulusan dan tindakan boleh diambil walaupun penerbitan dalam Internet," katanya di Lobi Parlimen di sini hari ini. Bel!
iau diminta mengulas kemungkinan Harakah akan diterbitkan melebihi dua kali sebulan menerui edisi internetnya setelah akhbar itu hanya dibenarkan terbit dua kali sebulan. Semalam Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, Harakah yang diterbitkan dua kali seminggu pada Isnin dan Jumaat sebelum ini hanya boleh dikeluarkan dua kali sebulan. Abdullah yang juga Menteri Dalam Negeri berkata peraturan baru itu bertujuan menyeragamkan dengan kekerapan penerbitan akhbar atau majalah oleh semua parti politik. Chor berkata keputusan kerajaan itu tidak sepatutnya dipersoalkan kerana syarat permit baru itu sama dengan syarat yang dikenakan terhadap penerbitan parti politik lain termasuk Umno. Katanya, selain tindakan menggantung dan membatalkan permit, penerbit Harakah juga boleh diberi surat tunjuk sebab atau denda sekiranya melanggar peraturan yang terkandung dalam permit baru itu. Beliau berharap Pas dan penerbit Harakah a!
kan mematuhi syarat baru permit yang diberikan kerajaan itu. "Memandangkan kerajaan sudah memberi lanjutan permit... saya amat berharap mereka (Harakah) dapat akur dan mematuhinya. Jika mereka melanggar syarat itu kerajaan tidak ada pilihan selain mengambil tindakan," katanya. Beliau juga berkata, Kementerian Dalam Negeri telah menerima permohonan PAS untuk menerbitkan akhbar harian "Purnama" pada akhir Januari lepas. "KDN akan memberi pertimbangan sewajarnya," katanya ketika ditanya mengenai perkembangan permohonan untuk menerbitakan akhbar itu. Katanya, semua permohonan untuk menerbitkan sesebuah penerbitan perlu melalui proses yang mengambil masa antara tiga dan empat bulan sebelum diberi keputusan. -- BERNAMA COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM
Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.

H-Net* Rustam Sani tuduh KDN berniat jahat

2000-03-01 Terurut Topik counterbalance
THURSDAY- Mac 2, 2000 Rustam Sani tuduh KDN berniat jahat Fathi Aris Omar 
10am, KHA: Penulis tamu Harakah, Rustam A. Sani, mengecam hebat tindakan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, kerana menghadkan penerbitan tabloid itu daripada lapan kepada dua kali sebulan. Beliau menyifatkan tindakan kementerian terbabit sebagai "pengecut, berniat jahat, amat memalukan dan tidak bertanggungjawab." 
"Nyatalah bahawa kerajaan memang mempunyai tujuan politik jahat untuk menutup mulut pihak pembangkang - sedangkan kerajaan sendiri bebas memperalat dan memperkuda semua media arus perdana untuk bacaan umum di negara ini," kata Rustam dalam satu kenyataannya yang sarat dengan kecaman kepada malaysiakini hari ini. 
"Tindak tanduk kementerian itu dengan jelasnya memperlihatkan sikap bermusuhan kerajaan terhadap demokrasi dan terhadap kebebasan media di negara ini."
Rustam, yang juga Naib Presiden Parti Rakyat Malaysia (PRM) berkata pemimpin kerajaan, terutamanya pemimpin Umno, tidak berani berhadapan dengan kebenaran yang terus menerus akan didedahkan oleh parti-parti pembangkang. 
PRM juga mendesak kerajaan agar membenarkan PAS menerbitkan Harakah seperti biasa, dan sekatan-sekatan yang tidak munasabah terhadap pengedarannya ditarik balik. 
Permohonan PAS untuk menerbitkan sebuah akhbar harian, Purnama, patut dipertimbangkan semula secara "adil, demokratis dan tidak pengecut," kata Rustam lagi. 
COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM
Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.

H-Net* Presiden PAS kecam 'Harakah' terbit 2 kali sebulan

2000-03-01 Terurut Topik counterbalance
WEDNESDAY- Mac 1, 2000 Presiden PAS kecam ‘Harakah' terbit 2 kali sebulan Ein Azmi 
6pm, RABU: Kementerian Dalam Negeri lewat petang ini akhirnya membenarkan secara lisan PAS menerbitkan Harakah dua kali sebulan, daripada lapan kali sebelum permitnya tamat semalam. Keputusan terbaru KDN ini yang dipercayai hasil mesyuarat kabinet pagi tadi disambut dengan kecaman dari Presiden PAS, Datuk Fadzil Mohd Noor. 
Bagaimanapun Harakah edisi Jumaat diputuskan tidak akan diterbitkan kecuali dalam edisi internet, di www.harakah.net Satu sumber di pejabat Harakah memberitahu malaysiakini bahawa segala keputusan lanjut akan dibincangkan dalam satu mesyuarat pada hujung minggu ini. 
Lima orang ahli lembaga pengarah Harakah, yang diketuai oleh exco kanan kerajaan PAS Terengganu, Mustafa Ali dan turut dianggotai oleh Pengarah Urusan akhbar itu, Datuk Hishamuddin Yahya, dijangkakan bertemu pada Ahad depan. Isu-isu yang dijangkakan ditimbulkan ialah rayuan kepada KDN, cara beroperasi yang baru dan format penerbitan terkini tabloid itu. 
Fadzil menyifatkan keputusan KDN itu sebagai "langkah zalim" dan "tidak menghiraukan pandangan umum yang menuntut kebebasan bersuara bagi seluruh rakyat." 
"Pihak kerajaan seharusnya diingatkan bahawa isu yang dibangkitkannya selama ini ialah pengedaran akhbar tersebut, dan bukannya kekerapa penerbitannya," kata Fadzil dalam satu kenyataan kepada malaysiakini. 
Beliau juga melahirkan rasa kesal atas sikap keras KDN walaupun tabloid itu sudah mematuhi beberapa kali arahan kementerian untuk tidak mengedarkannya kepada umum. "Walaupun kaedah ini menjejaskan edaran Harakah, ia tetap dipatuhi," tambahnya. Sementara itu, Ahmad Lutfi Othman bekas pengarang Detik, sebuah majalah yang tidak diperbaharui permit sejak tiga bulan lalu, menyifatkan langkah kerajaan itu sebagai "mengundur ke belakang." 
"Di semua negara Asean, kita melihat kebebasan akhbar semakin dibuka tetapi di negara ini, kerajaan semakin mengongkong," katanya kepada malaysiakini. 
Lutfi menganggap tindakan pemimpin Umno dalam kerajaan itu sebagai tidak mempelajari kemerosotan pengaruh di kalangan orang Melayu yang merupakan sebahagian besar pembaca tabloid tersebut. 
Jualan Harakah meningkat sebanyak enam kali ganda ke angka 360,000 naskhah setiap keluaran selepas peristiwa pemecatan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada September, 1998. 
Dalam pilihan raya umum November lalu, Harakah dijadikan saluran maklumat yang berkesan untuk menyampaikan idea PAS dan sekutunya dalam Barisan Alternatif. Tiga minggu selepas itu, KDN melancarkan operasi merampas Harakah dan memberikan surat tunjuk sebab mengapa tabloid itu tidak wajar diharamkan. KDN juga mengenakan syarat ketat agar tabloid itu dijual hanya di pejabat-pejabat parti dan kepada ahli PAS sahaja. 
Sebelum itu, dalam satu sidang akhbar di pejabat Harakah, Hishamuddin berkata bahawa sepanjang 13 tahun beroperasi, inilah kali pertama tabloid itu menghadapi masalah memperbaharui permit. 
"Selalunya seminggu sebelum tarikh permit tamat, KDN memberikan kelulusan," katanya. 
Hishamuddin juga menafikan permit itu tidak diperbaharui kerana tuduhan ke atas pengarangnya, Zulkifli Sulong, di bawah Akta Hasutan selepas menerbitkan artikel bertajuk ‘Liputan Pengakuan Sukma Hina dan Jahat: Dr Chandra'. 
Zulkifli dan pemilik syarikat percetakan akhbar itu, Chea Lim Thye, akan dibicarakan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur selama lima hari bermula 22 Mei ini. 
Hishamuddin berkata tiadanya keputusan mengenai pembaharuan permit itu telah menimbulkan "banyak kesulitan" dan menyebabkan kerugian kewangan kira-kira RM100,000 bagi setiap isu. 
Harakah memohon permit untuk meneruskan penerbitan Harakah sebanyak lapan kali sebulan itu sejak bulan Disember tahun lalu lagi atas nama Jabatan Penerangan PAS Pusat. Sebelum ini, ia diterbitkan setiap Isnin dan Jumaat. 

  COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM
Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.

H-Net* Bantahan senyap di depan mahkamah

2000-03-01 Terurut Topik counterbalance
Bantahan senyap di depan mahkamah




Para penyokong reformasi mengadakan bantahan senyap di pekarangan mahkamah baru-baru ini dengan menutup mulut mereka dengan kertas pelekat. Foto Yuis.
KUALA LUMPUR: Mahkamah menetapkan perbicaraan pada 8 Mei depan bagi 30 orang yang didakwa menyertai perhimpunan aman di Masjid Negara pada September tahun lepas dalam sebutan kes di mahkamah di sini Selasa lepas. 
Pada hari sebelummya, mahkamah menolak bantahan awal yang dikemukakan oleh pihak peguam bela yang menghujahkan kertas pertuduhan mestilah ditandatangani oleh Peguam Negara. 
Bantahan itu dikemukakan oleh peguam KK Wong bagi pihak kumpulan peguam bela yang mewakili mereka yang dituduh. 
Isnin lepas, hampir seratus penyokong reformasi berkumpul di bangunan mahkamah sesyen di sini untuk menunjukkan sokongan kepada mereka yang dituduh. 
Kira-kira lapan daripada mengadakan bantahan aman dengan menutup mulut dengan kertas yang bertulis "Reformasi" di pintu bangunan mahkamah berhadapan dengan jalan ke Masjid India selama kira-kira setengah jam. 
Salah seorang peguam yang mewakili mereka yang dituduh, Mohd Hanipa Maidin berkata, ke semua mereka akan dibicarakan bersama selama seminggu mulai tarikh itu dengan pertuduhan menyertai perhimpunan aman. 
Antara mereka yang dituduh ialah Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Mohd Hatta ramli, Ketua Pemuda KeAdilan, Mohd Ezam Mohd Noor dan Ketua Perhubungan KeAdilan Sabah, Dr Badrul Amin. 
HARAKAH EDISI JUMAATCOUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM
Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.

H-Net* Lebih 1,500 mahasiswa demo bantah pasukan ping pong Israel

2000-02-28 Terurut Topik counterbalance
Lebih 1,500 mahasiswa demo depan Masjid Ar-Rahman

Pasukan ping pong Israel dibantah
 




 Sebahagian mahasiswa yang berhimpun secara aman membantah kedatangan pasukan ping pong Israel ke negara ini.
KUALA LUMPUR: Kira-kira 1,500 pelajar universiti tempatan menyertai bantahan aman penyertaan pasukan ping pong Israel dalam kejohanan ping pong berpasukan dunia ke-45 di Kompleks Sukan Bukit Jalil 19-26 Februari lepas. 
Dalam demonstrasi yang bermula selepas solat Jumaat di pekarangan masjid ar-Rahman berhampiran Universiti Malaya (UM) di sini, mahasiswa dari pelbagai universiti menjeritkan slogan dan membawa kain rentang yang bertulis slogan-slogan anti-Israel. 
Di Wisma Putra, Pemuda PAS yang diketuai ketuanya, Mahfuz Omar pula menyerahkan memorandum bantahan kepada pegawai kanan kementerian tersebut. 
Pada 4 April 1997, demonstrasi yang hampir sama diadakan di pekarangan masjid itu bagi membantah penyertaan pasukan Israel dalam pertandingan kriket di negara ini yang menyebabkan 52 daripada mereka ditahan polis termasuk Ketua Pemuda PAS, Mahfuz Omar. 

Kedatangan pasukan ping pong Israel dibantah
Hampir separuh daripada mereka yang menyertai perhimpunan petang Jumaat lepas adalah mahasiswi yang mula berkumpul di sekitar stesen LRT Kerinchi sejak awal sembahyang Jumaat lagi. 




Mahfuz bersama pemimpin Pemuda PAS menyerahkan memorandum kepada pegawai kanan Wisma Putra membantah kedatangan pasukan ping pong Israel ke negara ini.
Kumpulan mahasiswa yang menunaikan solat Jumaat di masjid itu kemudiannya bergerak ke stesen LRT tetapi dihalang seketika oleh pasukan polis namun mereka berjaya meneruskan perjalanan untuk berkumpul di hadapan stesen LRT itu. 
Ketika di pertengahan perjalanan, ada di kalangan mereka yang cuba membakar dua tayar yang tidak digunakan tetapi tidak berjaya. 
Antara sepanduk yang dibawa bertulis, "Kami tidak rela bumi Malaysia dipijak oleh pembunuh" dan "Go to hell Israel". 
Kumpulan pelajar itu kemudiannya diarahkan bersurai oleh polis kira-kira jam 2.35 petang tetapi mereka membantah. Bagaimanapun, kumpulan itu akhirnya bersurai selepas membaca doa beramai-ramai. 
Setakat ini, tidak ada tangkapan dibuat oleh polis dan ke semua mereka yang menyertai demonstrasi bersurai dengan aman. Demonstrasi itu adalah yang pertama diadakan sejak pelantikan Menteri Pendidikan yang baru, Tan Sri Musa Mohamad. 
Sementara itu, Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP), Ridzuan Mohd Noor kesal dengan sikap kerajaan yang tidak merasa bertanggungjawab untuk menghalang penyertaan pasukan ping pong Israel kerana sebelum ini bantahan dibuat terhadap penyertaan pasukan kriket Israel. 
Menurutnya, kerajaan sepatutnya menghormati perasaan umat Islam negara ini yang tidak menyenangi Israel berikutan tindakan mereka dalam menangani isu Palestin. 
"Kita memuji tindakan mahasiswa yang mengadakan perhimpunan aman itu sebagai menandakan kebangkitan gerakan mahasiswa yang lebih bermakna kepada rakyat negara ini dan umat Islam," katanya . COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM
Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.

H-Net* Dua punca pasukan Al-Ahzab tumpas

2000-02-26 Terurut Topik counterbalance
Dua punca pasukan al-Ahzab tumpas
Oleh: Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat
SELEPAS sepuluh malam barisan Al-Ahzab mengadakan kepungan terhadap tentera muslimin pimpinan Nabi s.a.w., maka berlaku peristiwa ribut taufan yang dahsyat, menyebabkan semua khemah tentera musyrikin di sepanjang parit (khandaq) musnah sama sekali.







Beliau mengambil anak panah dan meletakkan pada tali busarnya, diacukan anak panah itu ke arah Abu Sufian.Imam Muslim meriwayatkan melalui sanad dari Huzaifah al-Yaman, katanya: Bahawa pada satu malam dalam perang al-Ahzab, ketika itu aku bersama Rasulullah s.a.w. telah dirempuh oleh angin kencang yang amat sejuk. 
Nabi s.a.w. bersabda: "Adakah dari kalangan kita seorang yang sanggup pergi ke khemah musuh untuk menyiasat dan kembali semula dengan selamat membawa berita sebenar yang berlaku di pihak musuh. 
Sesungguhnya bagi mereka yang sanggup berbuat demikian nescaya Allah SWT akan jadikan dia bersama aku di dalam syurga." 
Memasuki kawasan musuh seperti yang dikehendaki oleh Nabi s.a.w. sememangnya tugas yang sangat berat dan merbahaya. Risikonya sangat tinggi dan membahayakan jiwa. 
Lantaran itu tidak seorang pun yang terdaya menyahut seruan tersebut, hingga seruan itu terpaksa diulang oleh baginda sebanyak tiga kali. Namun masih belum ada di antara para sahabat yang bangun menyahut seruan. 
Apabila tidak seorang pun yang sanggup melaksanakan tugas mengintip ke dalam kawasan musuh secara sukarela, sedangkan maklumat pihak musuh itu sangat diperlukan oleh Nabi s.a.w. lalu baginda menyeru nama Khuzaifah bin al-Yaman dan menyuruhnya bangun. 
Oleh kerana namanya telah diseru oleh Nabi s.a.w. di khalayak ramai, maka mahu tak mahu Khuzaifah al-Yaman terpaksa bangun sebagai mematuhi seruan Nabi s.a.w. 
Beliau diminta oleh Nabi s.a.w. untuk melaksanakan tugas berat merisik maklumat dari medan musuh itu. Baginda berpesan kepada Khuzaifah agar tidak melakukan sesuatu yang boleh menimbulkan kemarahan kafir musyrikin, sehingga boleh menyebabkan diri Khuzaifah dalam bahaya. 
Dengan bertawakal kepada Allah SWT dan berbekalkan doa Rasulullah s.a.w., lalu Khuzaifah melangkahkan kaki membelah kegelapan malam, mencari laluan selamat dalam gelap gelita itu untuk sampai ke gelanggang musuh. 
Khuzaifah menyusup masuk di tengah-tengah medan musuh, tiba-tiba beliau ternampak Abu Sufian panglima Perang kafir Musyrikin Makkah. Dia sedang berdiri di hadapan unggun api, untuk mengurangkan kesejukan kerana cuaca malam itu terlalu dingin. 
Dalam gelap gelita itu Khuzaifah cuba mendekati Abu Sufian. Tercetus di hatinya rasa geram terhadap ketua perang golongan musyrikin itu. Beliau mengambil anak panah dan meletakkan pada tali busarnya, diacukan anak panah itu ke arah Abu Sufian. 
Tiba-tiba Khuzaifah teringat pesanan Nabi s.a.w. supaya tidak melakukan sesuatu yang boleh mencetuskan kemarahan pihak tentera musyrikin. Jika dia lepaskan anak panah tersebut, Khuzaifah yakin pasti mengenai sasarannya. 
Walaupun dia begitu ingin hendak membunuh panglima perang kafir musyrikin itu, tetapi dia tidak mungkin mengkianati wasiat Nabi s.a.w. Jika dia meneruskan keinginannya untuk membunuh Abu Sufian, pastilah ia akan mencetuskan situasi yang sukar diduga. 
Meskipun musyrikin Quraisy telah bersiap-siap untuk meninggalkan medan Khandaq dan pulang ke Makkah, tetapi jika Abu Sufian ketua perang mereka didapati terbunuh, mungkin mereka akan mengubah pendirian untuk meneruskan peperangan terhadap kaum muslimin. 
Sedangkan jumlah tentera mereka tiga kali ganda lebih banyak, berbanding tentera muslimin. Ia mungkin mencetuskan pelbagai perkara negatif kepada kaum muslimin. 
Setelah Khuzaifah mengumpul segala maklumat yang diperlukan oleh Nabi s.a.w., lalu beliau meninggalkan medan musuh secara senyap. Setelah meredah gelap malam, akhirnya Khuzaifah berjaya kembali semula menemui Nabi s.a.w. dengan selamat. 
Lalu beliau menyampaikan semua maklumat yang dikutip dari medan musuh kepada Nabi s.a.w. 
Ribut taufan yang melanda medan al-Ahzab telah memusnahkan segala peralatan perang dan perbekalan di perkhemahan kafir musyrikin, di sepanjang parit (khandaq) yang memisahkan antara mereka dan tentera muslimin bertukar menjadi kawasan sampah sarap dari khemah-khemah musyrikin yang musnah. 
Pada malam itu Abu Sufian berdiri mengadakan ucapan khas kepada kaumnya, tetapi oleh kerana mereka berucap dalam suasana gelap, maka Abu Sufian minta semua pasukan tenteranya supaya mempastikan siapakah orang yang berada di kiri kanan mereka. 
Amaran Abu Sufian itu menggugat kedudukan Huzaifah al-Yaman, jika salah langkah dirinya akan diberkas musuh. Justeru itu Khuzaifah al-Yaman mesti mencari helah untuk mengelirukan musuh. 
Secara spontan Khuzaifah segera menyergah orang yang berada di kanan mereka dengan katanya: "Siapakah kamu?" lalu orang dikanannya memperkanalkan dirinya sipulan bin sipulan. 
Begitu juga Khuzaifah melakukannya terhadap orang yang berada di sebelah kirinya. Setelah disergah oleh Khuzaifah orang berkenaan memperkenalkan dirinya, 

H-Net* Dr Hamid Arshat seru profesional & intelek sokong PAS

2000-02-26 Terurut Topik counterbalance




Dr Hamid Arshat seru profesional dan intelek sokong PAS




Dato' Dr ABD Hamid Arshat... seru sertai PAS.
GOMBAK: Pakar sakit puan terkenal, Dato' Dr Abd Hamid Arshat menyeru golongan profesional dan intelektual supaya menyokong dan menyertai perjuangan PAS. 
"Jangan ragu dan takut menyertai PAS kerana ia memperjuangkan kebenaran Islam," katanya ketika berucap di majlis Himpunan Anak Johor di sebuah hotel di sini untuk tujuan menggembleng tenaga dan kemahiran anak perantauan Johor dalam usaha membangun PAS, khususnya di negeri Johor. 
Dr Abd Hamid yang berasal dari Muar berkata, sudah sampai masanya golongan profesional dan intelektual menyokong dan memberikan sumbangan kepada perjuangan PAS untuk menegakkan kebenaran, keadilan dan membasmi penyelewengan. 
"PAS berjuang untuk menegakkan yang makruf dan mencegah yang mungkar, sebab itu kita perlu menyokong perjuangan suci ini," katanya. 
Menurut Dr Abd Hamid, sistem perundangan dan pentadbiran Islam adalah yang terbaik dan PAS berjuang ke arah itu sebab itu semua wajar menyokongnya. 
Menurut Dr Hamid, perjuangan dalam PAS boleh dilaksanakan di pelbagai saluran dan tidak semestinya menjadi pemimpin saja atau untuk bertanding dalam pilihan raya. 
"Kita boleh memberikan sumbangan di pelbagai bidang menurut kemampuan kita dan inilah harapan saya," katanya. Ucapan beliau menerima sambutan hangat dari hadirin yang memenuhi dewan seminar hotel tersebut. Himpunan tersebut dirasmikan oleh Pesuruhjaya PAS Johor, Dr Sanusi Daing Mariok. 


 COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM
Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.

H-Net* Golongan mencari kesempatan

2000-02-25 Terurut Topik counterbalance



Tafsir Al-QuranOleh Tuan Guru Abdul Hadi Awang 
Tafsir Surah an-Nisa' ayat 141

Golongan mencari kesempatan
Allah menjelaskan lagi tentang sifat mereka sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: 
"(Mereka yang munafiq itu ialah) orang-orang yang sentiasa menunggu-nunggu (berlakunya sesuatu) kepada kamu." (Surah an-Nisa' ayat: 141) 
Orang munafiq tidak menyertai jemaah kamu dan tidak juga menyertai jemaah orang kafir. Mereka sentiasa menunggu-nunggu apa yang terjadi kepada kamu dan kufar. Mereka boleh diumpamakan sebagai golongan atas pagar yang memerhati perkembangan berlaku di sekitar mereka di samping cuba mencari kesempatan untuk mendapatkan habuan dari kedua-dua golongan berkenaan. 
Firman Allah yang bermaksud: 
"Maka kalau kamu mendapat kemenangan dari Allah (dalam sesuatu peperangan), berkatalah mereka (kepada kamu): "Bukankah kami turut berjuang bersama-sama kamu?" (Surah an-Nisa': 141) 
Apabila Allah memberi kemenangan kepada kamu, mereka akan membuat pengakuan bahawa mereka pun turut berjuang bersama dengan kamu. Mereka mengaku kononnya mereka menjadi golongan atas pagar kerana terlalu ramai yang berjuang dalam kelompok Islam pada hal mereka berada di situ antara lain untuk mempermudahkan mereka lari dari perjuangan. 
Mereka membuat pengakuan bersama dengan perjuangan Islam bertujuan untuk memudahkan mereka mendapat 'ghanimah' (harta rampasan perang), habuan dari kemenangan Islam. Dalam perkiraan sekarang pula ialah untuk mendapat tender kontrak kerajaan dan habuan-habuan lain. 
Firman Allah Ta'ala yang bermaksud: 
"Dan jika orang-orang kafir pula mendapat bahagian (yang menguntungkan dalam peperangan), berkatalah mereka (kepada orang-orang kafir itu): "Bukankah kami turut membantu kamu dan mempertahankan kamu dari (serang balas) orang-orang yang beriman?" (Surah an-Nisa': 141) 
Apabila golongan kufar mendapat kemenangan, mereka mengaku bersama-sama dengan golongan itu. Mereka berada dalam kelompok Islam hanyalah sekadar meninjau keadaan, bukan betul-betul memberi sokongan kepada mereka. 
Allah berfirman lagi yang bermaksud: 
"Maka Allah akan menghakimi di antara kamu semua pada hari kiamat." (Surah an-Nisa': 141) 
Di akhirat, Allah Taala akan memutuskan segala perbuatan yang kamu lakukan di dunia dahulu sama ada kepura-puraan kamu bersama Islam atau seumpamanya. 
Biasanya golongan munafiq lebih banyak memberi bantuan kepada golongan kufar berbanding dengan kelompok Islam. Jika mereka mendermakan wang berjumlah RM1,000 kepada golongan Islam, RM10,000 didermakan pula untuk kelompok kufar. Inilah sifat yang ada pada mereka. 
Firman-Nya yang bermaksud: 
"Dan Allah tidak sekali-kali akan memberi jalan kepada orang-orang kafir untuk membinasakan orang-orang yang beriman." (Surah an-Nisa': 141) 
Allah Ta'ala tidak akan memberi jalan kepada orang-orang kafir untuk mengatasi orang-orang yang beriman. 
Seorang lelaki bertanyakan Sayidina Ali r.a.: "Wahai Amirul Mukminin! Bagaimanakah ayat ini?" 
Allah Taala menyebut bahawa Dia tidak memberi jalan kepada orang kafir untuk menguasai orang yang beriman sedangkan sering kali juga orang kafir mengatasi orang beriman termasuk dalam peperangan. 
Sayidina Ali r.a. berkata: "Hampirilah aku! Hampirilah aku! Itu berlaku pada hari kiamat." Yakni di hari akhirat kelak, Allah mesti menjadikan orang yang beriman mengatasi orang kafir buat selama-lamanya. Tidak ada jalan langsung untuk orang kafir mengatasi golongan beriman pada hari itu. 

 COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM
Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.

H-Net* Lambaianku ...lambaianmu

2000-02-25 Terurut Topik counterbalance




19 Zulkaedah 142025 Februari 2000





 

 LAMBAIANKU, LAMBAIANMU... Mungkin itulah yang boleh dikatakan tentang gambar ini. Ketika Anwar Ibrahim melambaikan tangannya dari kereta polis di pekarangan Mahkamah Tinggi Jumaat lepas, isterinya yang berada di belakang beliau memberikan lambaian yang sama dan hampir serentak. Inilah yang dikatakan suami isteri senada seirama. COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM
Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.

H-Net* Mencari Kelainan di Rumah MB Terengganu

2000-02-24 Terurut Topik counterbalance


 


Penulis Tamu 

Mencari Kelainan di Rumah MB Terengganu
Oleh DINSMAN
Jumaat 3 Disember 1999, itulah pertama kali saya menjejakkan kaki di salah satu laman atau dataran atau kampus yang paling ramai dan kerap dikunjungi orang di Malaysia, sejak beberapa tahun lalu. 
Sudah lama saya mendengar cerita bahawa setiap pagi Jumaat ribuan orang berkumpul di laman Masjid Rusila di Terengganu itu. Mereka berkumpul kerana hendak mendengar ceramah Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. Ada yang datang dari luar Terengganu, dari Kedah atau dari Kuala Lumpur, semata-mata untuk mendengar kuliah Tuan Guru tokoh PAS yang terkenal itu. 
Setiap Jumaat, pukul 9.00 pagi, Abdul Hadi Awang menyampaikan kuliah agamanya. Tetap. Sejak beberapa tahun lalu. Begitulah. Tetapi saya belum pernah ke sana hinggalah pagi Jumaat pertama selepas Abdul Hadi Awang mengangkat sumpah di hadapan Sultan Terengganu, berjanji akan menjalankan pemerintahan yang adil sebagai Menteri Besar Terengganu yang baru.
Pagi itu saya tiba lewat. Terpaksa meletakkan kereta kira-kira 800 meter dari masjid tersebut, dan berjalan kaki. Suara Hadi Awang sedang menyampaikan kuliahnya dapat didengar dari jarak yang jauh, cuma agak kurang jelas. 
Kawan saya Abdul Latif dari Kuala Terengganu yang biasa ke situ, mengajak saya terus ke rumah Hadi. Memang saya beritahu dia saya hendak tengok rumah Hadi Awang, menteri besar yang kedua daripada parti PAS sejak 1990, iaitu selepas Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat di Kelantan. 
Kalau Nik Aziz terus tinggal di rumah dia sendiri walaupun setelah menjadi menteri besar, besar kemungkinannya Hadi Awang juga akan buat demikian. Itulah yang menyebabkan saya ingin tengok rumahnya.
Orang memang ramai. Beribu-ribu. Tetapi mereka tidaklah duduk berasak-asak hingga sukar kita hendak berjalan. Mereka duduk merata-rata, dan duduk secara selesa, khusyuk mendengar kuliah. Saya dan kawan-kawan pun tidak sukar berjalan terus hingga ke hadapan tangga rumah Hadi, Menteri Besar di negeri yang terkenal dengan kekayaan hasil minyak dan gas itu. 
Sebelum pilihan raya 29 November 1999 Abdul Hadi Awang sudah dua penggal menjadi Ahli Parlimen Malaysia. Tetapi rumahnya tak ada beza apa-apa dengan rumah kebanyakan orang kampung yang sederhana. Bukan macam kebiasaan rumah Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN). Rumah kayu biasa, yang sudah lama dibina. Tak ada apa-apa keistimewaan. Tangga pun tangga kayu. 
Ada beberapa orang sedang duduk di beranda rumah itu. Duduk mendengar kuliah, kerana di bahagian atas beranda itu ada dipasang sebuah pembesar suara. Jadi memang jelas mendengar kuliah dari situ. Saya pun turut naik ke beranda rumah Menteri Besar itu untuk meletakkan kaset rakaman, apabila diumumkan bahawa Menteri Besar akan menyampaikan ucapan sulungnya sebagai Menteri Besar, sebaik-baik sahaja selesai kuliah agama mingguannya.
Selepas meletakkan kaset perakam di tepi pembesar suara, saya pun duduk di atas tangga. Sebelum itu tadi saya melihat memang ada orang duduk di atas tangga itu, sambil mendengar kuliah. Saya sengaja duduk di situ, untuk merasakan satu pengalaman unik: "duduk di atas tangga rumah seorang Menteri Besar sambil mendengar ucapan sulungnya yang disampaikan di masjid yang terletak bersebelahan rumah itu."
Apakah ini bukan satu pengalaman yang unik? Bagi saya ia sungguh unik. Anda tidak mungkin menemui pengalaman yang sebegini dengan menteri-menteri atau menteri besar yang lain. Anda seperti sedang duduk di atas tangga sebuah rumah rakyat biasa di kampung, sambil mendengar orang berceramah. Padahal hakikatnya anda sedang duduk di atas tangga rumah seorang Menteri Besar bagi sebuah negeri yang terkenal dengan kekayaan hasil minyaknya. 
Walaupun waktu itu Hadi Awang belum lagi mengumumkan dia akan terus tinggal di rumahnya atau berpindah ke rumah rasmi menteri besar, saya seperti yakin dia akan terus tinggal di rumahnya itu. 
Dan saya cuba membayangkan bagaimanakah gaya hidup seorang menteri besar yang kerjanya mentadbir sebuah kerajaan negeri, dan dia tinggal di rumah kayu standard rakyat kampung biasa sahaja, yang barangkali juga nanti tidak ada pengawal pun yang akan mengawasi orang keluar masuk ke kawasan rumahnya. 
Saya berfikir-fikir, kalau Hadi memang mengikut jejak Nik Aziz, terus tinggal di rumahnya ini, dan rumah ini pun terus kekal dalam keadaan begini sahaja, tidak diubahsuai, wah … hebat! Bukan hebat rumahnya, tetapi hebat orangnya. Ia pasti akan membawa satu pembaharuan kepada imej menteri di Malaysia, memperkukuhkan lagi imej yang telah mula dibina oleh Nik Aziz.
Ia akan mengubah tanggapan rakyat Malaysia terhadap menteri dan menteri besar. Bahawa menjadi menteri itu tidak semestinya duduk di rumah batu yang besar dan mewah, yang dipagari dengan tembok yang tebal bagi memisahkan mereka dengan rakyat, dan menimbulkan kesusahan kepada rakyat untuk memasuki rumah mereka. 
Kenapa mesti demikian? Nik Aziz telah membuktikan bahawa walaupun tinggal di rumah rakyat biasa, dia tetap dapat menjalankan tugasnya sebagai Menteri Besar, dan rakyat K

H-Net* Waspada tipu muslihat BN : Anwar

2000-02-23 Terurut Topik counterbalance





Waspada tipu muslihat BN : Anwar




ALOR SETAR, 22 Feb (Hrkh) - Penasihat Parti Keadilan Nasional (KeADILan), Dato' Seri Anwar Ibrahim meminta kepada semua pendokong gerakan keadilan di negara ini khususnya di Kedah terus berwaspada dengan muslihat dan keangkuhan BN. 
Menurutnya, pendokong keadilan juga perlu menumpukan perhatian mereka untuk menjelaskan kepada rakyat bahawa kuasa bukanlah sijil dan kesempatan untuk berbuat apa saja. 
Bekas Timbalan Perdana Menteri itu yang dipecat jawatannya pada 2 Disember 1998 dan kini sedang menjalani perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berkata demikian dalam perutusan sempena Malam Sinar KeADILan Negeri Kedah yang diadakan di sebuah dewan China di sini, baru-baru ini. 
"Kuasa bukanlah sijil dan kesempatan memunggah kekayaan negara untuk kepentingan anak-anak dan keluarga, membina mahligai, boros mendirikan projek mega dan memperkayakan kroni," tegasnya. 
Beliau yang juga bekas Timbalan Presiden Umno itu mendedahkan BN kini sudah tidak memperdulikan nasib para petani dan nelayan, guru dan pegawai rendah, peniaga kecil tidak diberikan pembelaan sewajarnya. 
"Lebih ganas lagi ialah apabila usaha menghina ulama, mempersendakan hukum berterusan dan paling akhir ialah percubaan menyekat khutbah serta kegiatan dakwah," ujarnya mengulas perkembangan terkini. 
Sebelum itu, Dato' Seri Anwar menyifatkan pilihan raya lalu telah menyaksikan gelombang pembaharuan yang menyakinkan Kedah yang sebelum ini melaungkan slogan BN dengan menonjolkan dua tokoh angkuh, Perdana Menteri dan bekas Menteri Besar Kedah. 
Menurutnya, Kedah kini menjadi benteng pertahan PAS dan Barisan Alternatif selepas PAS memenangi 1/3 daripada jumlah kerusi Dun iaitu 12 dari 36 kerusi dan mendapat lapan dari 15 kerusi parlimen di negeri itu. 
"Saya hargai dokongan rakyat Kedah yang tidak hairan dengan ugutan dan leteran Perdana Menteri, mereka kini melihat kepada kepimpinan Dato' Ustaz Fadzil Mohd Noor, dengan kesederhanaannya tetapi tabah dan cukup berwibawa. 
"Di bawah pimpinan beliau bersama rakan-rakan lainnya, PAS telah muncul sebagai parti yang kuat dan mampu menampung inspirasi perjuangan rakyat," tegasnya lagi. 
Mesej beliau yang dibacakan oleh Naib Presiden KeADILan, Dato' Sheikh Azmi Ahmad itu juga mengingatkan helah dan rencana Umno dan BN sekarang ialah terus menekan PAS, Keadilan dan Baisan Alternatif. 
Dengan semua akhbar dan TV dikuasai BN, mereka masih gentar dengan Harakah kerana takut rakyat mengetahui fakta dan kebenaran, ujarnya lagi. 
Undang-undang, katanya, digunakan untuk menindas dan menekan pejuang Islam dan penegak keadilan sedangkan rasuah, penyelewengan, kronisme dan nepotisme mereka, terus dilindungi. 
Dato' Seri Anwar pada akhirnya melahirkan keyakinan, dengan kepimpinan gigih Dato' Ustaz Fadzil dan rakan-rakan lainnya, Negeri Kedah pasti akan muncul sebagai negeri yang akan bersama Kelantan dan Terengganu menumbangkan pemerintahan BN. 
Dengan itu, katanya, kepimpinan Dato' Ustaz Fadzil juga akan menghapuskan rasuah, kronisme dan nepotisme; melaksanakan sistem pentadbiran Islam yang adil dan menjalinkan kerukunan hidup damai antara kaum dan agama. 
Akhirnya, beliau secara peribadi dan bagi pihak keluarga emngucapkan terima kasih tidak terhingga kepada Kekanda Dato' Ustaz Fadzil, PAS, pimpinan KeADILan, DAP, PRM dan seluruh rakyat Kedah. 
Turut berucap dalam majlis itu adalah Ketua Pemuda KeADILan, Saudara Ezam Mohd Noor, Ahli Parlimen Kuala Kedah, Haji Mohamad Sabu, Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah, Dato' Muslim Haji Osman dan Saudara Saifudin Nasution Ismail. 
Presiden KeADILan, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail telah diwakili oleh Puteri Reformasi, Cik Nurul Izzah Anwar dalam majlis yang turut disertai Persatuan Ulama Kedah (PUK), ABIM, DAP, Jim dan orang ramai. 

COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM
Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.

H-Net* Islamic Party Puts Moderate Foot Forward in Newly Won State

2000-02-21 Terurut Topik counterbalance
Islamic Party Puts Moderate Foot Forward in Newly Won State



KUALA TERENGGANU, Malaysia (AP) -- In his turban and long robe, Abdul Hadi Awang looks very much the Islamic preacher he is. 
So, many people were surprised when his first act as head of the new Islamic-oriented government in the northern state of Terengganu was to cancel plans for a huge mosque, calling it un-Islamic extravagance.  
The bespectacled 53-year-old leader of the Pan-Malaysian Islamic Party directed that the $26 million budgeted for the mosque be spent on scholarships for poor children and improvements in villages. 
Abdul Hadi formed his administration in December after his party won a state election victory over the nationally dominant United Malays National Organization of Prime Minister Mahathir Mohamad. It is widely seen as a test case of whether the Pan-Malaysian Islamic Party will run a moderate government and put its avowed Islamic agenda on hold. 
In a country where about 40 percent of the people are non-Muslims, the attitude of the Islamic party toward minorities could determine its prospects in future elections. 
The imposition of Islamic codes like amputation of limbs for petty crimes and amendments to the constitution to make Malaysia an Islamic state would likely alienate Chinese Christians and Buddhists and Indian Hindus. 
Mahathir and his allies tried to portray Abdul Hadi's party as a collection of religious extremists and fanatics who would undo Malaysia's spectacular economic gains by shutting out the world. 
But riding a wave of discontent among Muslims over Mahathir's treatment of ousted deputy prime minister Anwar Ibrahim, the Islamic party made a dent in mainstream politics for the first time in years, winning control of two northern states and tripling its seats in Parliament. 
The party contested the elections in a coalition with three moderate opposition groups, including one formed by Anwar's supporters. That helped expand its support among Malays who do not necessarily support an Islamic program. 
Although Islam will be the theme, there is no proposal to impose Islam in Terengganu, Abdul Hadi's government says. The focus is on helping people in the state, which has remained poor despite being one of the largest oil-producing regions in Malaysia. 
Unlike more prosperous cities in the south, Kuala Terengganu has just a few high-rise buildings. Most people still live in traditional Malay homes built of wood on stilts and live off farming or fishing.  
"We will abide by what is permissible and what is prohibited in Islam," Abdul Hadi said at his office in a 16th floor room where he sits facing a computer fitted with microphones for video conferencing. 
His administration has predictably outlawed drinking alcohol in public places and declared gambling illegal, but it has not cracked down on the few pubs and nightclubs that cater mostly to non-Muslims and tourists. Nor has it issued edicts for either Muslims or non-Muslims. 
"Moderation is the basis for Islam," Abdul Hadi said.  "We recognize the right of non-Muslims to consume alcohol, although I don't think any religion condones alcoholism." 
By contrast, in the overwhelmingly Muslim state of Kelantan, where it has governed for nearly a decade, the party has restricted the sale of alcohol, banned lotteries, promoted segregation of sexes in public and even tried to impose Hudud, the Islamic criminal code, and an apostasy law.  
Terengganu, too, is open to Islamic approaches.  Muslims live mostly in villages and remain largely conservative. Men shun alcohol and women wear headscarves and most businesses and offices are shut on Friday, Islam's sabbath.  
But Abdul Hadi's party wants to set an example in this state of model governance rather than one of a theocratic administration. 
Asked about his priorities, he listed developing the economy, attracting investment and promoting openness in government.  
"We have some hardcore poor to take care of, people who are homeless, students who can't go to the university because of financial problems, and infrastructure in villages," Abdul Hadi said. 
There is no agenda to make its society more Islamic, he added. "All we want to do is to infuse moral values in the administration." 
For now, the state's Chinese residents -- Christians and Buddhists who comprise about 10 percent of the 1 million people _ aren't worried. Pork, considered impure by Muslims, is available. Non-Muslims also are allowed to buy, sell and drink alcohol, and there are no prohibitions on temples and churches. 
"At first there was some concern," said Low Kian Chuan, a prominent businessman. "But now the Chinese community as a whole is more comfortable."   COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM
Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.

H-Net* Ibrahim Saad desak reformasi dalam Umno

2000-02-21 Terurut Topik counterbalance
MONDAY - Feb 21, 2000
Bekas setpol Anwar desak reformasi dalam Umno‘Ein Azmi 
6pm, ISN: Bekas Setiausaha Politik Datuk Seri Anwar Ibrahim mendesak Umno melakukan reformasi dan mengisi perubahan di kalangan orang Melayu selepas kejayaan pembangunan dan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Datuk Ibrahim Saad berkata ahli-ahli Umno kini berasa kebebasan mereka untuk mengeluarkan pendapat dan membuat pilihan tersekat - merujuk saranan Majlis Tertinggi parti itu agar dua jawatan tertinggi tidak dipertandingkan. 
Ibrahim melahirkan rasa hairan bagaimana Umno sebagai sebuah parti Melayu yang sentiasa mempelopori perubahan dan reformasi bangsa tetapi kini gagal memenangi hati bangsanya sendiri. "Sejak penubuhan Umno, reformasi merupakan laungan yang popular dalam parti; ia menyatukan dan mengukuhkan parti," katanya dalam edisi terbaru majalah mingguan serantau, Asiaweek, yang mula dijual semalam. Reformasi, menurutnya, bukan ciptaan Anwar walaupun bekas pemimpin nombor dua parti itu berjaya memanfaatkan keinginan orang Melayu untuk bersuara dan memperkatakan kebenaran. 
Sejak kegawatan ekonomi pada 1997, pergeseran antara Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamed dengan timbalannya semakin ketara, antaranya isu menggunakan dana awam untuk menyelamatkan kroni Mahathir, termasuklah anak PM sendiri. Menjelang perhimpunan agung Umno pada tahun berikutnya, kumpulan Anwar mula melancarkan kempen politik atas nama reformasi dan menyerang amalan korupsi, nepotisme dan kronisme Mahathir. Kempen politik, bukannya isu moral pemimpin, inilah yang akhirnya dilihat sebagai faktor utama pemecatan Anwar dari parti. 
Tulisan bertajuk "Reform Umno" (Reformasikan Umno) itu menyebutkan kehendak kebendaan dan fizikal sahaja tidak mencukupi tetapi orang Melayu kini berusaha mencapai tahap kebebasan yang lebih tinggi. "Usaha kerajaan dalam hal ini tidak mencukupi," tulisan itu dipetik. "Tiba-tiba terdapat ruang kosong. Apakah yang diingini lagi [oleh orang Melayu] selepas memperolehi kemerdekaan, pendidikan dan kejayaan ekonomi?" 
Tokoh Umno Pulau Pinang itu juga mempersoalkan kegagalan Umno untuk menarik perhatian golongan muda. "Kenapa Umno gagal menarik perhatian orang Melayu [untuk melakukan reformasi dan perubahan], khususnya golongan muda?" Ibrahim melahirkan kebimbangannya bahawa kegagalan Umno itu menguntungkan parti-parti pembangkang dan badan-badan bukan kerajaan. 
Dalam pilihanraya umum lalu, Umno kehilangan pengaruh di kalangan orang Melayu. Sebanyak 28 daripada 32 kerusi Dewan Undangan Negeri Terengganu berjaya dimenangi PAS. Parti Islam itu juga semakin menguatkan pengaruhnya di Kelantan, selain memenangi lebih banyak kerusi di Kedah dan membuka laluan di kawasan-kawasan kubu pengundi Melayu - sebelum ini dikuasai Umno - di Pahang, Perak, Perlis dan Selangor. Kemerosotan mendadak ini bermula selepas Anwar dipecat, dipenjara dan dibicarakan yang kini menjadi isu utama di kalangan pemimpin Umno menjelang pemilihan agung parti pada Mei depan. 
Ibrahim sendiri tewas di tangan isteri Anwar yang baru menceburi politik, Dr Wan Azizah Ismail, di Permatang Pauh dalam pilihanraya umum November lalu dalam satu pertandingan yang dilihat sebagai percubaan untuk ‘memusnahkan’ pengaruh tokoh Umno itu di Pulau Pinang. 
Bekas Timbalan Ketua Menteri dalam tulisan itu juga berkata, "walaupun ahli-ahli parti mesti menerima keputusan pimpinan untuk tidak mempertandingkan dua jawatan teratas, tetapi ramai ahli secara diam-diam membenci keputusan itu." 
"Keputusan itu memberikan gambaran di kalangan ahli-ahli akar umbi bahawa Umno tidak lagi menjunjung semangat pertandingan - proses demokrasi dalam parti semakin terhakis." 
Ibrahim sebelum ini dikecam oleh penyokong Anwar kerana dilihat tidak bersimpati dan membiarkan kejatuhan bekas pemimpin yang pernah menggilap kerjaya politiknya itu. Bagaimanapun, kenyataannya dalam Asiaweek ini dipercayai mempunyai hubungan dengan gerakan politik untuk melakukan perubahan dalam Umno, khususnya mencabar kepimpinan Mahathir-Abdullah. 
Ibrahim, dan ramai lagi penyokong Anwar dalam Umno, kini dipercayai bekerja dalam kumpulan bekas pemimpin Semangat 46, Tengku Razaleigh Hamzah, untuk bertanding sekurang-kurangnya di peringkat timbalan presiden parti. Minggu lalu, Ku Li bagaimanapun menafikan desas-desus itu walaupun lebih separuh ahli Umno dipercayai akan bersamanya.  
malaysiakini.comCOUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM
Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.

H-Net* Surat terbuka kepada Dr Mahathir Mohamad

2000-02-18 Terurut Topik counterbalance
SURAT TERBUKA KEPADA DR MAHATHIR MOHAMAD
Tarikh: 15 Februari 2000 
Alhamdulillah, segala puji-pujian hanya kepada ALLAH S.W.T Yang Maha Adil, Maha Berkuasa Lagi Maha Bijaksana. Selawat dan Salam ke atas Junjungan Besar Lagi Mulia, Penghulu Sekelian Nabi, Nabi Muhammad S.A.W. 
Saudara, 
Pertamanya, sukalah saya mengambil kesempatan ini untuk menyatakan perasaan lega tidak terhingga atas keputusan yang di buat oleh Majlis Tertinggi UMNO iaitu jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak akan dipertandingkan pada pemilihan Agung UMNO yang di jadualkan berlangsung pada bulan Mei yang akan datang. Keputusan ini sekali gus akan menyaksikan saudara terus kekal bertakhta sebagai Presiden UMNO dan Dollah Badawi pula akan di tabalkan sebagai Timbalan Presiden UMNO yang baru. 
Sesungguhnya, inilah keputusan yang memang saya nanti-nantikan dan ianya cukup menggembirakan kerana saya penuh yakin dan percaya semakin lama saudara dan Dollah memegang tampuk parti dan kerajaan maka semakin dekatlah kehancuran UMNO dan Barisan Nasional. 
Ketahuilah saudara berdua merupakan liabiliti kepada masa depan UMNO itu sendiri. Sementara kepada Barisan Alternatif pula, saudara berdua lebih merupakan aset yang sangat berharga ke arah menghancur dan mengalahkan UMNO pada Pilihanraya Umum yang akan datang. 
Dengan adanya saudara terus memimpin UMNO, saya percaya, saya dan rakyat Malaysia yang lain akan kekal menganggap UMNO laksana melukut di tepi gantang, masuk tak tambah, keluar tak kurang. Tak ada, lagi baik. 
Sedarlah, di bawah kepimpinan saudara, majoriti umat Melayu yang bencikan UMNO semakin bertambah dari hari ke hari. Mereka percaya keputusan yang di buat oleh Majlis Tertinggi UMNO di dalangi oleh saudara sendiri yang mahu terus berkuasa dan menongkat langit. Alasan yang di berikan oleh saudara ketika mengulas keputusan Majlis Tertinggi yang menghalang pertandingan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden ialah supaya UMNO tidak berpecah belah adalah alasan yang paling lapuk yang pernah di berikan. Bukankah saudara merupakan seorang pemimpin yang paling berpengaruh dan paling cekap di dunia dalam mengurus sesuatu krisis dan kemelut. Selain itu saudara juga bukan muka baru yang baru setahun jagung memerintah tetapi sudah hampir 20 tahun sehingga rakyat sudah menyampah. Tak kan lah tak reti-reti bagaimana nak mengawal pepecahan di dalam UMNO. Berterus terang sahajalah bahawa saudara tidak mahu berundur dan masih mahu terus berkuasa. Itu lebih mulia daripada saudara terus merepe!
k memberikan pelbagai alasan yang sukar di terima akal. 
Sejarah Islam sendiri telah membuktikan bahawa Islam terus berkembang dan terpelihara walaupun Syaidina Ali dan Muawwiyah bermusuh-musuhan dan berperang. Kenapa tidak saudara mengambil iktibar dan belajar dari kisah tersebut? Maka, atas alasan inilah saya menganggap alasan saudara bukan sekadar lapuk, tetapi ianya merupakan suatu alasan yang lahir dari seorang yang rendah akal budi serta penakut. 
Apapun, yang pastinya, saudara memang penakut. Saudara kini berada dalam keadaan terdesak untuk mengekalkan kuasa. Jika Majlis Tertinggi tidak di peralatkan untuk membuat keputusan itu, nescaya akan punahlah harapan saudara untuk terus memegang tampuk kekuasaan. Saudara kini bukan Mahathir yang dulu – yang punya keyakinan diri yang mengkagumkan. Sebaliknya saudara kini adalah Mahathir yang tidak punya harga diri langsung. 
Saya yakin seluruh rakyat Malaysia masih ingat dengan kenyataan yang pernah saudara ucapkan dahulu – sekitar bulan Oktober 1998 bahawa kononnya saudara pernah merancang untuk bersara pada bulan Disember 1998. Malangnya saudara tidak berbuat demikian kononnya kerana masalah dalaman UMNO berikutan perlucutan jawatan Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Kononya, saudara memerlukan lebih masa untuk mendidik pengganti saudara dan hanya akan melepaskan jawatan sekiranya saudara berpuas hati pengganti saudara itu sudah benar-benar bersedia mengambil alih jawatan dari saudara. Dalam satu kenyataan lain, saudara pernah berjanji kepada rakyat Malaysia bahawa saudara hanya akan meletakkan jawatan apabila ekonomi negara pulih dari kegawatan. Sekonyong-konyong sebelum pembubaran Parlimen dengan megahnya saudara dan juak-juak murahan saudara melalak dan menyalak serta mencanangkan saban hari bahawa ekonomi negara telah pulih sepenuhnya. Betulkah ekonomi negara telah pulih? Jika benarlah ekonomi neg!
ara sudah pulih, mana janji manis saudara nak meletakkan jawatan? Salakan saudara bahawa ekonomi telah pulih sememangnya melegakan rakyat. Mereka lega bukan kerana ekonomi pulih, tetapi kerana mereka merasakan saudara akan berundur sebagaimana yang di janjikan. 
Adat pemimpin lidah biawak – janji tinggal janji – nyata sekarang, saudara bukan sahaja tidak mahu berundur, malah mahu terus berkuasa. Memang muka tak tahu malu. 
Apakah saudara tidak pernah merasa denyut nadi kehendak rakyat yang mahukan saudara berundur? Apakah saudara tidak pernah membuat kajian kenapa dan mengapa UMNO di tolak dan tewas di kebanyakan kawasa

H-Net* Mari kita berdoa untuk mereka...

2000-02-18 Terurut Topik counterbalance
17hb FEB, 2000 
Laporan Kavkaz-Tsentr: 
Banyak laporan laporan diterima tentang pembunohan dan penyeksaan beramai  ramai keatas tahanan tahanan Chechen dikhemah tahanan Chernokozovo[lihat  peta diatas]. Beberapa tahanan tahanan yang berjaya melarikan diri dari  khemah itu berkata kekejaman yang berlaku dikhemah tahanan itu diluar dari  bayangan fikiran manusia. Pengawal pengawal Russia dikhemah itu telah hilang  kemanusianya, melakukan korban manusia amalan Iblis. Menurut saksi yang  melihat kejadian itu, Ibragim Vakhayev asal Urus-Martan[lihat peta], berkata  yang para pengawal merogol tahanan tahanan sampai mati dan ianya telah  menjadi kebiasaan bagi mereka yang diutus dikhemah tahanan Chernokozovo oleh  regim Kremlin. Mereka yang serba bertopeng hitam melakukan rogol keatas  bangkai bangkai tahanan didepan mata tahanan tahanan yang lain, dan menakut  nakutkan para tahanan yang akan menjadi mangsa mereka lagi. Ib!
ragim Vakhayev  juga menyaksikan pembunohan seorang budak lelaki yang berusia kira kira 10  tahun, mayatnya dicaboli oleh 5 pengawal pengawal tahanan bertopeng hitam  dan mereka memotong motong mayat budak itu terus dimasukan kedalam guni  plastik. Pendakwa raya pemerintah Chechnya sedang menubohkan pasukan  penyelidikan hal kejadian pelanggaran hak asasi manusia dikhemah tahanan  Chernokozovo. 
Tentera Russia kini menumpukan kekuatan mereka sekitar Elistanzhi [lihat  peta] dengan menghantar banyak askar askar setelah mereka gagal beberapa  kali untok mara kesungai Arzh-Akhk yang menjadi garis depan perang.  Pertempuran diwilayah itu berlaku sejak kelmarin lagi, pasukan peninjau  Chechen menyerang unit unit Russia dilengkapi dengan kereta kereta kebal  yang sedang bersiapsedia untuk mara kekedudukan pasukan utama Chechen.  Pasukan mujahidin Chechen mengunakan taktik serangan mengejut serta taktik  pertahanan secara bergerak cepat mengelak dari serang Russia dilakukan  berkali kali terhadap pasukan musuh. Taktik serangan itu dilakukan 2 kali  dalam masa 24 jam yang menewaskan 60 askar dan memusnahkan 2 buah kereta  perisai Russia. Tiapa kematian atau kecederaan dilaporkan dari pihak  Chechen. 
Pasukan Russia yang menuju kelembah sungai Vasthar sedang berkumpul dan  menumpukan kekuatan mereka kearah pintu masuk kelembah Argun. Diutara sungai  Vasthar, pertempuran hebat sedang berlaku sejak 3 hari yang lalu. Pasukan  bermeriam Russia yang berada didataran dataran yang dikuasai membedil  kelembah itu secara besar besaran. Pasukan khas gerak kilat Chechen  menyerang kedudukan Russia bertubi tubi, beberapa pasukan penyerang Chechen  berjaya menawan salah satu dataran yang paling strategi. Menurut dari  pemerintah perang Chechen, pertempuran diwilayah itu semakin hangat setiap  hari. 
Perjumpaan para panglima panglima perang Chechen telah diadakan diselatan  negara itu dengan dipengurusi oleh Presiden Chechnya, tuan Aslan Maskhadov.  Wakil Presiden Chechnya Vakha Arsanov dan panglima panglima utama Chechen  termasuk Panglima Besar Shamil Basayev turut serta dalm perjumpaan itu. Para  wartawan tidak dapat maklumat tentang perkara yang dibincangkan oleh para  pemimpin Chechen Merdeka itu. 
Sekian. 
Terjemahan Oleh arbi. H     
Thu, February 17th, 2000 
Kavkaz-Tsentr reports: 
More reports about mass atrocities and sadistic torture in the Russian  concentration camp of Chernokozovo are being received. Prisoners, having miraculously escaped from the concentration camp, report  things no ordinary human brain can imagine. The guards, having lost all  human nature, are committing satanic ritual murders of the prisoners.  Ibragim Vakhayev from Urus-Martan, an eye-witness to the bestial crimes of  the Kremlin regime, reports that raping of victims tortured to death is a  common and regular practice in Chernokozovo. The rape of the corpses is practiced in full view of other prisoners. The  guards wear black masks. After these acts of necrophilia the guards announce  to the prisoners who the next victim is going to be. Ibragim Vakhayev confirms that he witnessed the murder of a 10-year- old boy  whose name hid doesn't know. The corpse was raped by five guards wit!
h black  masks, cut to pieces afterwards and put into a plastic sack. The Prosecutor  general of the ChRI has made it known that special inquiries about the mass  atrocities in the concentration camp of Chernokozovo are made. 
After several unsuccessful efforts to move towards the River Arzh-Akhk the  Russians are concentrating their forces around Elistanzhi and are  transporting more troops into the combat zone. Since yesterday stabilized fighting has been taking place in this region.  Along with this, according to Chechen scouts, assault units of the Russians  and heavy tanks are preparing for an attack on the Chechen positions. The Chechen mujahideen are applying the tactics of mobile defense and are  attacking the enemy regularly. During the last 24 hours they did this twice,  killing 60 Russians and destroying 2 armoured vehicles. No reports on  

H-Net* Ucapan Ketua Pembangkang di Parlimen

2000-02-16 Terurut Topik counterbalance
MUQADDIMAH 
Tun Yang Di Pertua, saya berdiri untuk mengambil bahagian dalam perbahasan usul untuk mempersembahkan ucapan dalam Dewan yang mulia ini dan pertama-tamanya merakamkan ucapan ribuan terima kasih dan menjunjung kasih atas Titah Ucapan Tuanku pada pembukaan Penggal Kedua Parlimen yang ke-Sepuluh ini. 
Tun Yang Di Pertua, saya lafazkan ucapan setinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT yang telah memberikan segala pemeliharaanNya yang dengan Ri’ayahNya itu negara dan rakyat seluruhnya, telah selamat menjalankan salah satu tugas besar dalam sistem pemerintahan demokrasi berparlimen yakni pilihanraya umum ke sepuluh baru baru ini tanpa apa jua angkara dan huruhara seperti yang telah digembar-gemburkan oleh sesetengah pihak. 
TAHNIAH KEPADA UMNO/BN 
Tun Yang Di Pertua, saya mengucapkan tahniah kepada Yang  Amat Berhormat Perdana Menteri dan Barisan Nasional kerana memperolehi sekali lagi kemenangan majoriti 2/3 dengan memenangi 148 kerusi Parlimen dalam pilihanraya umum yang lalu. Adalah wajar juga untuk diperingatkan bahawa kepercayan dan mandat yang diberikan oleh rakyat mestilah dihargai dan disyukuri oleh kerajaan. Pastinya sebaik-baik cara untuk menunjukkan kesyukuran kepada rakyat dan membalas jasa rakyat adalah untuk memberikan satu pemerintahan yang akan membela hak rakyat serta memberikan keadilan dan perlindungan kepada kepentingan rakyat sementara seterusnya membangunkan negara.   
Kemenangan besar ini juga sepatutnya menggembirakan UMNO/BN dan menyedihkan kami Barisan Alternatif. Namun apa yang berlaku adalah disebaliknya. Setelah melalui satu tempoh euporia yang singkat, pemimpin dan ahli BN/UMNO bermurung dan saling menuding jari, yang muda kepada yang tua, yang lelaki kepada wanita, mengesyakki sesama sendiri, tuduhan sabotaj oleh orang paling rapat dan pendedahan berbagai pekong yang menyebabkan kami semua terhibur dan terkadangkali jadi gusar (kerana kesan dan impak kepada ekonomi dan pasaran saham!). Kami yang tak menang ini pula berasa bersyukur atas apa yang kami capai dan dapat kami rakamkan perasaan kami ini dalam bentuk perpaduan yang makin kukuh dalam Barisan Alternatif.   
TAHNIAH KEPADA RAKYAT  KERANA BERANI MEMBUAT PERUBAHAN. 
Tun Yang Di Pertua, ucapan syabas kita rakamkan kepada rakyat amnya, dan secara khususnya pengundi di negeri Kelantan dan Terengganu kerana cukup berani membuat satu penegasan dan anjakan yang besar dalam pendirian politik mereka. Ucapan tahniah juga saya rakamkan kepada pakatan Barisan Alternatif kerana bukan sahaja dapat mengekalkan kuasa di negeri Kelantan Darul Naim bahkan menambahkan pemerintahannya di sebuah lagi negeri yakni di negeri Terengganu Darul Iman. Di samping itu, tahniah juga kepada rakyat di negeri lain yang memberi kemenangan beberapa kerusi kepada Barisan Alternatif di negeri masing-masing yang boleh dijadikan sebagai asas mencapai kemenangan lebih besar dalam pilihanraya akan datang.     
KEMEROSOTAN KEYAKINAN DAN UNDI RAKYAT KEPADA UMNO/BN. 
Tun Yang Di Pertua, mengimbaskan kembali keputusan pilihanraya ke-10 baru baru ini, kalaupun Barisan Nasional mengekalkan 2/3 majoriti di Parlimen, ternyata bahawa kemenangan 42 kerusi Parlimen Barisan Alternatif atau 45 kerusi Parlimen pembangkang seluruhnya dengan 2 negeri yang telah berada dalam pemerintahan Barisan Alternatif sekaligus menunjukkan kemerosotan populariti dan penghakisan keyakinan rakyat terhadap kerajaan Barisan Nasional. Di lihat dari kayu ukur undi popular (dengan izin popular vote), jelasnya bahawa Barisan Nasional mengalami kemerosotan undi popular dari jumlah 65% pada pilihanraya ke sembilan (1995) kepada 56.1% pada pilihanraya ke-10 baru-baru ini. Analisis dan post-mortem yang terperinci telah pun didedahkan oleh beberapa pihak samada di dada akhbar luar negara, akhbar perdana atau alternatif akan kemerosotan kepercayaan dan peralihan sokongan rakyat keseluruhannya dan orang Melayu khususnya daripada UMNO/Barisan Na!
sional kepada Barisan Alternatif. Antara penulisan terawal yang menerbitkan analisis post-mortem pilihanraya, di Asian Wall Street Journal (Leslie Lopez, 2hb,1999), ada menegaskan bahawa UMNO memerlukan perubahan budaya untuk terus kekal berkuasa. Beliau antara lainnya, memetik kata-kata Abdul Razak Baginda (Ketua Eksekutif Malaysian Strategic Resource Centre, MSRC), “bahawa meskipun BN menang, tapi UMNO kalah kerana UMNO telah kehilangan sokongan masyarakat Melayu”.   Kalau dulunya UMNO mempunyai 94 kerusi parlimen, ia hanya ada 71 sekarang ini. Hakikat ini diakui sendiri oleh pihak Barisan Nasional seperti pengakuan yang dibuat dalam penulisan YB Kota Tinggi (Syed Hamid Albar) dalam Utusan Malaysia baru baru ini, (26hb Januari) yang menyebutkan “bahawa ramai calon Barisan Nasional dari UMNO menang kerana sokongan yang diberikan oleh pengundi bukan Melayu.” “Yang anehnya”, kata beliau lagi, “ terdapat kawasan kawasan di mana jumlah undi yang diperolehi oleh calon UM!
NO kurang dari jumlah ahli UMNO di kawasan tersebut”. Ya, Tun Yang diPertua, memang cukup an

H-Net* laporan malaysiakini.com (Feb 16, 2:30pm)

2000-02-16 Terurut Topik counterbalance
undefinedCOUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM
Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.

H-Net* Mahathir mungkin ditangkap?

2000-02-15 Terurut Topik counterbalance





Mahathir Mungkin Ditangkap ?





 
KUALA LUMPUR, 15 feb (Hrkh/AFP) - Pihak peguambela dalam perbicaraan Anwar Ibrahim berura-ura untuk mendapatkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri (PM), Mahathir Mohamad, sekiranya dia gagal menghadiri perbicaraan tersebut. 
Peguam bela kepada bekas Timbalan Perdana Menteri, Fernando Christopher berkata Mahathir mesti hadir ke mahkamah pagi Khamis ini. 
Ketika ditanya mengenai tindakan yang akan diambil sekiranya PM tidak hadir, Fernando berkata, "Kita akan mengambil tindakan yang seterusnya, mungkin meminta waran tangkap dikeluarkan". 
Anwar yang dipecat oleh Mahathir ketika menjawat jawatan Timbalan Perdan Menteri dan juga Menteri Kewangan pada September 1998 berkata dakwaan terhadapnya berasal daripada konspirasi politik peringkat tertinggi selepas dia mengancam akan mendedahkan penyelewengan yang berlaku. 
Fernando berkata pihak pendakwa tidak pula mengemukakan permohonan pembatalan subpoena terhadap Mahathir. 

COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM
Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.

H-Net* Dr Mahathir dijangka beri keterangan Khamis ini

2000-02-15 Terurut Topik counterbalance









DR MAHATHIR DIJANGKA BERI KETERANGAN KHAMIS INI 

  



KUALA LUMPUR, 15 Feb (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad dijangka memberi keterangan pada perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi Khamis ini. Gobind Singh Deo peguam yang mewakili Sukma Darmawan Sasmitaat Madja, yang dituduh bersama-sama Anwar, berkata mereka telah memaklumkan kepada pendakwaan mengenai perkara itu. "Saya rasa beliau akan hadir pada hari itu kerana sehingga kini tidak ada sebarang permohonan untuk mengetepikan sapina yang telah dikeluarkan terhadapnya," katanya ketika dihubungi hari ini. Bagaimanapun Gobind berkata kehadiran Perdana Menteri bergantung kepada perjalanan kes itu kerana pembelaan bercadang menghabiskan keterangan saksi-saksi mereka terlebih dahulu. "Kita harus berlaku adil kepadanya. Takkan kita nak suruh PM tunggu diluar mahkamah sementara menunggu giliran untuk memberi keterangan?" katanya. Sukma telah memohon mahkamah m!
engeluarkan sapina terhadap Perdana Menteri pada Oktober lepas untuk menjadi saksi pembelaannya bagi kes liwat berkenaan. Anwar, 52, dan Sukma, 39, kini membela diri terhadap tuduhan meliwat Azizan Abu Bakar, 39, di pangsapuri Tivoli Villa, Jalan Medang Tanduk, Bukit Bandaraya Bangsar di sini, pukul 7.45 malam, antara Januari dan Mac 1993. Sukma, ahli perniagaan juga menghadapi tuduhan bersubahat dengan Anwar meliwat Azizan, bekas pemandu peribadi isteri Anwar Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail pada masa dan tempat yang sama. Perbicaraan hari ini mendengar keterangan empat wartawan berhubung laporan akhbar mengenai kenyataan Dr Mahathir dan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Rahim Noor berkaitan tuduhan salah laku seks terhadap Anwar. Wartawan Bernama, E. Sivabalan berkata beliau menulis artikel berkenaan selepas menghadiri sidang media Perdana Menteri pada 24 Ogos 1997. Katanya semua yang terkandung dalam laporannya dipetik daripada ke!
nyataan Dr Mahathir dan beliau tidak silap dalam memetik kenyataan Perdana Menteru itu. Wartawan Utusan Malaysia Siti Mariam Md Zin yang turut menghadiri sidang media yang sama juga mengesahkan kenyataan Dr Mahathir berhubung perkara itu. Mengenai kenyataan Abdul Rahim yang turut menafikan tuduhan salah laku seks Anwar, wartawan New Straits Times, A. Kathiresan berkata ia dibuat pada sidang media bertarikh 3 Sept 1997 di ibu pejabat polis kontinjen Pulau Pinang. Seorang lagi wartawan Utusan Malaysia, Yahya Ahmad berkata dia menulis berita berkaitan kenyataan Dr Mahathir pada 30 Ogos 1997 yang bertajuk "Penyebar Khabar Angin Patut Ditembak". Sebelum itu, Tan Seng Kooi, pegawai harta Bandaraya Development Sdn Bhd berkata bahawa pada Januari 1993 dia memeriksa unit pangsapuri milik Sukma dan mendapati bilik air di bilik tidur utama sedang diubah suai secara besar-besaran. Katanya dia tidak nampak pengubahsuaian dilakukan di bahagian lain pa!
ngsapuri berkenaan. Perbicaraan disambung esok. -- BERNAMA 


 COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM
Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.

H-Net* Utusan memutarbelitkan testimony Dr Zahari Noor

2000-02-10 Terurut Topik counterbalance
UTUSAN MEMUTARBELITKAN TESTIMONY DR ZAHARI NOOR
Saya agak terperanjat dengan tajuk berita di Utusan Malaysia(UM) hari ini ( bukan saya beli tetapi kepunyaan rakan saya ) bertajuk 'Saksi akui ada kemungkinan Sukma diliwat'. Kenyataan ini dikatakan dikeluarkan oleh Pakar Forensik Hospital Kuala Lumpur, Dr Zahari Noor semasa menjadi saksi pembelaan kes 'liwat' DSAI semalam. Kenyataan ini agak bercanggah dengan apa yang dikatakan oleh Dr Zahari Noor semasa perbicaraan kes 'rasuah' DSAI tahun lepas di mana beliau mengatakan bahawa TIDAK ADA BUKTI PERUBATAN YANG MENUNJUKKAN BAHAWA SUKMA PERNAH DILIWAT PADA LIMA TAHUN KEBELAKANGAN INI DAN TIADA BUKTI MENUNJUKKAN SUKMA ADALAH PENGAMAL HOMOSEKS BERTERUSAN(HABITUAL HOMOSEXUAL). 
Oleh kerana saya tidak puas hati dengan laporan UM tersebut, saya pergi ke gerai akhbar dan membelek (bukan membeli) akhbar tabloid the Star mengenai kes 'liwat' DSAI. The Star memberi tajuk 'NO SIGNS OF ANAL PENETRATION' bermaksud tidak ada tanda-tanda dubur Sukma telah ditembusi. The Star juga mengatakan bahawa Dr Zahari Noor tidak dapat mengesahkan samada Sukma pernah diliwat atau tidak ( 'Dr Zahari Noor said he could not determine whether Sukma had ever been sodomised or not' ). Jadi yang mana satu hendak dipercayai sekarang, UM atau the Star? 
Nampaknya UM masih cuba menipu rakyat dengan memutarbelitkan testimony Dr Zahari Noor. Seboleh mungkin UM mahu juga meyakinkan rakyat bahawa DSAI adalah pengamal homoseks. UM juga cuba menonjolkan cerita mengenai parut yang berada di dubur Sukma sebagai bukti liwat. Bukankah kita telah diberitahu dahulu oleh saorang doktor bedah bahawa parut itu adalah kesan dari pembedahan buasir(haemorrhoids) yang dialami oleh Sukma. Doktor bedah tersebut juga menyatakan bahawa tidak ada bukti masalah buasir Sukma bersangkut paut dengan amalan homoseks yang didakwa diamalkan oleh Sukma. 
Di dalam buku perubatan pun tidak ada dinyatakan bahawa kegiatan liwat boleh menyebabkan penyakit buasir. Sekiranya benar Sukma adalah pengamal homoseks berterusan(habitual homosexual) seperti yang didakwa, sudah tentu pemeriksaan dubur Sukma akan menunjukkan kesan sekalipun amalan tersebut menggunakan lubricant. Dubur sesaorang pengamal homoseks berterusan akan menjadi lembut (lax atau patulous di dalam istilah perubatan) apabila doktor melakukan 'digital per rectal examination' tetapi ini tidak dikesan pada dubur Sukma. Yang pendakwa bertanya mengenai pemeriksaan 'proctoscopy' apa relevannya? Nak tengok ada buasir ke di dalam dubur Sukma? Setahu saya proctoscopy dibuat untuk melihat buasir pada peringkat awal iaitu dipanggil 'first degree atau second degree haemorrhoids', bukan untuk menunjukkan bukti liwat. 
Yang menghairankan saya ialah akhbar Berita Harian (BH) yang saya belek di gerai akhbar hari ini tidak ada langsung laporan mengenai kes perbicaraan 'liwat' DSAI. Adakah kerana pada peringkat pembelaan ini di mana DSAI dan Sukma sudah memgemukakan bukti-bukti kukuh yang menunjukkan bahawa tuduhan 'liwat' itu tidak benar dan sengaja diada-adakan maka BH tidak berani melaporkan? Kenapa tidak perbesarkan bukti yang dikemukakan oleh Sukma bahawa Tivolli Villa hanya diduduki selepas April 1993? 
Satu lagi berita terbaru yang menarik mengenai kes 'liwat' DSAI ialah mengenai usaha peguam-peguam DSAI untuk memanggil Dr Mahathir ke mahkamah untuk memberi keterangan. Dr Mahathir pernah berkata selepas memecat DSAI ' I did my own investigations other than the police investigations regarding DSAI homosexual activities and I was convinced'. Saya berhajat benar agar Dr Mahathir dapat memberitahu mahkamah bagaimana beliau melakukan kajian salahlaku seks DSAI dan memberikan bukti-bukti kukuh seperti yang didakwa oleh beliau. Sedangkan polis sendiri di bawah SAC 1 Musa Hassan sendiri sampai sekarang tidak dapat bukti kukuh, maka adalah penting Dr Mahathir sendiri hadir ke mahkamah sebagai saksi. 
WALAUBAGAIMANA PUN, SAYA TIDAK BERHARAP LANGSONG DR MAHATHIR AKAN HADIR KE MAHKAMAH MINGGU DEPAN. KEMUNGKINAN BESAR PEGUAM NEGARA AKAN MENCABAR SAPINA TERHADAP DR MAHATHIR YANG AKHIRNYA DITERIMA OLEH HAKIM ARIFFIN JAKA ATAU PUN DR MAHATHIR SENDIRI AKAN MELARIKAN DIRI KE LUAR NEGARA ATAS ALASAN URUSAN EKONOMI DAN PERDAGANGAN. 
Doktor Pakar COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM
Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.

H-Net* Umno perlu sedia berdialog dengan PAS

2000-02-10 Terurut Topik counterbalance
*** FIKRAH EDITOR ***Umno perlu sedia berdialog dengan PASBeberapa pemimpin Umno/BN yang tewas dalam pilihan raya umum lalu ditangan calon PAS kini menjadi 'juara' untuk menyerang PAS dalampelbagai sudut, khususnya di bidang agama.Orang seperti Abd Hamid Othman yang tewas di Sik, Zainal Abidin AbdKadir yang tewas di Melor kini menuduh dan memfitnah PAS hampir setiaphari kononnya PAS menyeleweng dari Islam, menyebarkan ajaran sesat danpelbagai lagi.Dr Mahathir Mohamad dan diikuti Abdullah Badawi telah memulakanserangan dan tuduhan seumpama ini. Tidak cukup dengan dua pemimpinutama Umno itu, kini Zainal Abidin Abd Kadir, di samping Abd HamidOthman melanjutkan fitnah terhadap PAS.Kita dapat memahami mengapa pemimpin Umno mempertingkat tuduhan danfitnah terhadap PAS. Kekalahan mereka di banyak tempat, terutama d!
iKelantan, Terengganu, Kedah, Pahang, Selangor dan Perlis sangatmemedihkan dan mengecewakan mereka.Mereka seolah-olah tidak dapat menerima kekalahan di tangan PAS ini,lebih-lebih lagi kekalahan 'ulama' mereka seperti Abd Hamid Othman,Yusof Nor dan Zainal Abidin Abd Kadir sendiri. Mereka ini telah ditolakoleh rakyat dalam pilihan raya umum lalu.Sebab itu Presiden PAS, Dato' Haji Fadzil Mohd Noor dengan tegasmenyatakan bahawa pemimpin Umno/BN terus-menerus menyimpan dendam yangmembara. Mereka tahu bahawa tuduhan yang mereka buat itu adalah palsu,tetapi mereka mengulang juga tuduhan itu untuk kesekian kalinya.Dalam Harakah keluaran ini - di muka tujuh - kita siarkan ucapan NaibPresiden PAS, Senator Haji Hassan Shukri yang menjawab pelbagai fitnahdan tuduhan pemimpin Umno/BN terhadap PAS.Beliau bersetuju dengan pandangan Mursyidul 'Am PAS, Tuan Guru Haji NikAbd Aziz supaya satu muzakarah atau dialog diadak!
an dengan mana-manapihak bagi menjelaskan kepada seluruh umat Islam di negara ini sama adaPAS yang difitnah dan ditohmah - menyebarkan ajaran sesat sepertimendakwa 'PAS itu Islam, Islam itu PAS' - adalah benar? Atau iasemata-mata direka oleh pihak tertentu untuk mengelirukan orang ramaisupaya tidak menyokong PAS.Menurutnya, PAS mengalu-alukan sebarang usaha untuk mengadakanperbincangan, muzakarah atau dialog secara bersemuka pada bila-bilamasa. Beliau mengharapkan Jakim sendiri atau Jabatan Mufti ataumana-mana mufti negeri atau Jawatankuasa Majlis Fatwa Negeri, ketua danAhli Jawatankuasa Biro Agama Umno serta Ahli Majlis Syura' PAS dijemputhadir di majlis tersebut.Sesungguhnya untuk kesekian kalinya, kita menegaskan sekali lagi bahawapandangan, sikap dan pendirian PAS adalah jelas dan tidak ada apa-apayang perlu diragukan, bahawa dasar PAS ialah Islam, hukum dan peganganyang menjadi panduannya ialah al-Quran, !
al-Sunnah serta Ijtimak Ulamadan qias.Ia tidak pernah disembunyikan oleh PAS, malah telah dicatat dalamperbincangan PAS. Sebab itu PAS sentiasa bersedia, bila-bila masa untukbermuzakarah, berdialog atau apa saja dengan sesiapa saja kerana PASyakin ia memiliki kebenaran.Soalnya sekarang bagaimana pula kiranya orang Islam atau sekumpulanorang Islam yang menjadikan falsafah dan ideologi manusia, sepertinasionalisme (kebangsaan), sosialisme, libralisme, pragmatisme sebagaipegangan dan keyakinan mereka. Kita ingin bertanya pemimpin, khususnya'ulama Umno' mengenai isme ini. Sesungguhnya ini persoalan besar yangmesti dijelaskan oleh mereka, sebelum mereka menuduh PAS menyelewengdan pelbagai tuduhan lain.COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM
Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.

H-Net* Polis janji bebaskan saya - Sukma

2000-02-10 Terurut Topik counterbalance
Polis janji bebaskan saya - SukmaKUALA LUMPUR: Adik angkat Anwar Ibrahim, Sukma Darmawan Sasmitaatmadjamendakwa beliau membuat pengakuan palsu mengenai hubungan homoseksdengan Anwar kerana polis menjanjikan kebebasan sebagai tukaran.Sukma memberitahu mahkamah, pengakuannya kepada majistret pada 1998bahawa beliau mengadakan hubungan homoseks dengan Anwar dan pemanduAnwar, Azizan Abu Bakar - tidak dibuat secara sukarela.Sukma, apabila ditanya oleh penguamnya Gobind Singh Deo mengapa beliaumembuat kenyataan itu, berkata, "Saya mengikut apa yang dikehendakioleh polis. Saya memberikan kenyataan kerana polis menjanjikan bahawasaya akan dibebaskan pada hari berikutnya."Anwar, yang dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri dan MenteriKewangan oleh Perdana Menteri, Mahathir Mohamad pada 2 September tahunlepas, didakwa bersam!
a Sukma dalam perbicaraan ini.Sukma juga menghadapi tuduhan lain iaitu membantu Anwar meliwatpemandunya, Azizan.Anwar sedang menjalani hukuman penjara enam tahun sejak April tahunlepas kerana didapati bersalah atas tuduhan salah guna kuasa. Jikadidapati bersalah dalam perbicaraan ini, Anwar boleh dihukum penjarasehingga 20 tahun.Peguam Anwar, Christopher Fernando memberitahu AFP peguambela akanmeneruskan cadangan mereka untuk memanggil Mahathir sebagai saksi.Menurutnya, Menteri Kewangan, Daim Zainuddin juga kemungkinan besarakan dipanggil sebagai saksi.Sukma memberitahu Gobind bahwa tuduhan terhadapnya adalah tidak benar.Menurutnya, beliau meminta Azizan membawa beberapa benda ke apartmennyadi Tivoli Villa pada Januari 1993 tetapi tidak mempunyai hubungan laindengan Azizan.Apabila ditanya mengenai pengakuan beliau bahawa beliau pernahberkongsi bilik dan katil dengan Anwar ketika Anwar tingg!
al di PetalingJaya, Sukma menjelaskan, "Saya tidak pernah berkongsi bilik atau katildengan Anwar di rumah itu,".Berbeza dengan pengakuanya sebelum ini bahawa beliau tinggal di TivoliVilla pada tahun 1991 dan 1992, Sukma berkata beliau hanya berpindah keapartmen itu pada April 1993.Apabila ditanya kenapa beliau tinggal di pelbagai rumah Anwar di SubangJaya, Petaling Jaya dan Damansara, Sukma menjawab: "Anwar juga sibukdengan tugas-tugas rasmi di luar dan Wan Azizah juga sibuk dengankerja-kerjanya di hospital"."Saya tinggal di sana untuk menjaga anak dan nenek," katanya. PadaSeptember 1998, Sukma bersama seorang lagi dipenjara selama enam bulandalam kes berlainan kerana membenarkan Anwar meliwat mereka. Merekakemudiannya merayu hukuman itu dengan menyatakan polis mendesakpengakuan itu. -AFP.COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM
Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.

H-Net* Fatwa hanya dari mufti

2000-02-10 Terurut Topik counterbalance
EDISI JUMAAT5 Zulkaedah 142011 Februari 2000---Fatwa hanya dari mufti(Oleh Adi Putra)KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan menjelaskan PAS tidak pernahmengeluarkan sebarang fatwa kerana menyedari perkara itu hanya bolehditentukan oleh mufti sahaja setelah diperkenankan oleh sultan disesebuah negeri.Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, selain mufti sesuatuperkara itu tidak boleh dipanggil fatwa dan ia hanya boleh dipanggilpengajaran, tunjuk ajar atau tazkirah."Adakah orang Umno faham ataupun mengerti dengan fatwa. Apakah yangdikatakan fatwa dan apakah yang dikatakan hukum. Kalau tak reti (takpandai) jangan mengaku pandai," katanya selepas mengadakan pertemuandengan Persatuan Bekas Polis Malaysia Cawangan Kelantan di pejabatnya,Selasa lalu.Menteri!
 di Jabatan Perdana Menteri, Senator Dato' Paduka Dr HamidOthman Selasa lalu dilaporkan mengakui mempunyai bukti penyelewenganfatwa yang dibuat oleh PAS dan pihaknya dalam proses mengambil tindakanmahkamah.Menurutnya, PAS telah menyalahi peraturan negara dan kedaulatan MajlisRaja-raja apabila mengeluarkan fatwa yang bercanggah dengan aqidah dansyariat Islam.Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, pemimpin Umno tidak perlumengelirukan kenyataan itu kerana apa yang sering diperkatakan olehpenyokong PAS ialah sesiapa yang menyokong perjuangan Islam akandibalas syurga oleh Allah."Sekarang kita dapat lihat parti yang bersungguh-sungguh memperjuangkanIslam di Malaysia adalah PAS. Parti lain tidak pernah kisah denganperjuangan Islam," katanya.Ditanyai hasrat Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas KementerianPenerangan, yang juga bekas Adun Melor yang tewas pilihan raya umumlalu, Dato' Zainal Abidin Abdul Kadir u!
ntuk berdebat berhubung isufitnah katanya, orang ramai tahu setakat mana ilmu yang ada pada orangitu."Untuk menyelesaikan segala masalah itu hanya ada dua cara sahaja iaitupertama kita serah kepada rakyat dan keduanya serah kepada Sultanmenentukannya," tambahnya.Dato' Zainal sebelum tewas pada pilihan raya lalu merupakan KetuaPembangkang di Dun Kelantan, dianggap oleh banyak pihak gagal memainkanperanan berkesan untuk membangkitkan masalah rakyat.COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM
Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.

H-Net* Pelaburan mesti beri faedah kepada rakyat - Hadi

2000-02-09 Terurut Topik counterbalance




PELABURAN MESTI BERI FAEDAH KEPADA RAKYAT - HADI 

  



KUALA TERENGGANU, 10 Feb (Bernama) -- Kerajaan PAS Terengganu sedia menerima kemasukan pelabur ke negeri ini asalkan ia mampu meningkatkan ekonomi dan memberi faedah kepada rakyat. Menteri Besar Haji Abdul Hadi Awang berkata perkara itu penting kerana rakyat Terengganu perlu diberi keutamaan dalam pengisian pembangunan yang dilaksanakan oleh para pelabur di negeri itu. "Kita mahu pelaburan itu boleh membawa bersama pemindahan teknologi kepada negeri ini dengan mendedahkan rakyat kepada kemahiran dalam bidang-bidang tertentu," katanya. Beliau berkata demikian ketika menerima kunjungan Suruhanjaya Perdagangan Itali, Dr Massimiliano P Sponzilli di pejabatnya di sini petang semalam. Turut hadir pada majlis itu ialah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Ekonomi, Petroleum dan Perindustrian negeri, Mustaffa Ali. Abdul Hadi berkata kerajaan negeri akan terus memberikan perhatian kepada pembangunan ekonomi dengan menyed!
iakan kemudahan kepada para pelabur bagi merancakkan aktiviti ekonomi di Terengganu. Beliau berkata selain petroleum, Terengganu juga mempunyai banyak hasil bumi lain seperti emas, marmar dan kayu balak yang boleh diusahakan secara komersil untuk pelbagai keperluan. Terengganu menyambut baik kedatangan para pelabur yang berminat untuk menceburi bidang-bidang berkenaan kerana ia berpotensi besar. Abdul Hadi berkata kerajaan PAS Terengganu juga bersedia menjadi pengeksport kayu bergergaji ke Itali bagi kegunaan industri pembuatan perabot di sana. "Kita mempunyai banyak hasil kayu gergaji dan jika dieksport secara terus ia dapat dijual dengan harga yang lebih murah di negara berkenaan," katanya. Terengganu dikatakan di antara negeri yang paling banyak mengeksport kayu bergergaji ke Itali setiap tahun untuk kegunaan industri pembuatan perabot. -- BERNAMA  COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM
Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.

H-Net* Mahathir saksi kes Anwar minggu depan

2000-02-09 Terurut Topik counterbalance
HEADLINES - WednesdayMahathir saksi kes Anwar minggu depan 
2pm, RABU: Perdana Menteri Dr. Mahathir Mohamad sekali lagi akan dipanggil ke mahkamah sebagai saksi pembelaan dalam perbicaraan kes liwat bekas timbalannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini diberitahu Perdana Menteri berusia 74 tahun itu akan disapina minggu depan. Sebelum ini Mahathir tidak hadir ke mahkamah walaupun sudah tiga kali ‘berjanji' bersedia memberikan keterangan berhubung dakwaannya bahawa bekas timbalannya itu seorang yang bermoral rendah dan tidak layak memimpin negara. Dalam satu majlis pertemuan dengan pelajar-pelajar Malaysia di London baru-baru ini, Mahathir masih lagi membuat dakwaan yang sama terhadap Anwar. [Laporan penuh selepas ini]  malaysiakini.comCOUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM
Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.

H-Net* Jamuan Perdana Bersama Ahli Parlimen BA

2000-02-08 Terurut Topik counterbalance
  


 



JAMUAN PERDANA  BERSAMA AHLI PARLIMEN BARISAN ALTERNATIF
Tema: 
"100 Hari BA di Parlimen: Memenuhi Aspirasi Rakyat" 
Tarikh:  Rabu, 22 Mac 2000 bersamaan 16 Zulhijjah 1420H 
Masa: 8.00 - 12.00 malam 
Tempat: Hotel Nikko, Jalan Ampang, Kuala Lumpur. 
Anjuran: Urusetia Parlimen PAS dengan Kerjasama Pusat Penyelidikan PAS Pusat 
dirasmikan oleh: YB. Ust. Dato' Fadzil Mohd Nor (Presiden PAS / Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia) 
Tetamu Khas: YB. Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail (Presiden KeADILan) En. Lim Kit Siang (Bekas Ketua Pembangkang / Pengerusi DAP) Dr. Syed Husin Ali (Presiden PRM) 
Aturcara:







Masa
Aturcara

7.30 malam
Pendaftaran

8.00 malam
Ketibaan Para Jemputan

8.15 malam
Ketibaan Dato' Presiden PAS dan Tetamu-Tetamu Khas

8.20 malam
Aluan Pengerusi Jawatankuasa Penganjur

8.30 malam
Jamuan Makan beserta Sessi Memperkenal Ahli-Ahli Parlimen

9.20 malam
Ucapan Khas oleh: YBhg. En. Lim Kit Siang (Bekas Ketua Pembangkang) "35 Tahun di Parlimen: Satu Sorotan"

9.40 malam
Amanat Khas oleh: YB. Ust. Dato' Hj. Fadzil Mohd. Nor (Presiden PAS/Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia) "100 Hari BA di Parlimen: Memenuhi Aspirasi Rakyat"

10.00 malam
Sessi Dialog Bersama: YB. Ust. Dato' Hj. Fadzil Mohd Noor YB. Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail YB. Kerk Kim Hock  YB. Senator Jamilah Ibrahim Moderator: YB. Dato' Dr. Hassan Mohd Ali

11:40 malam
Penyampaian Cenderamata

11:45 malam
Bacaan Do'a Oleh: YB. Ust. Taib Azamudden 

11:50 malam
Bersurai









Harga Tiket: RM100 seorang

Untuk keterangan lanjut dan tempahan tiket sila hubungi:- Fuad Othman / Abdullah Atan 
Alamat Sekretariat: No. 22B, Jalan Pahang Barat, Off Jalan Pahang, 53000 Kuala Lumpur. Tel: 03-40254732, 03-40254735/36/37/39 Fax: 03-40254741 Email: mailto:[EMAIL PROTECTED]COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM
Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.

H-Net* Air mata Ogy tercurah bersama kesalan

2000-02-08 Terurut Topik counterbalance
Air mata Ogy tercurah bersama kesalan

  
DIRINYA memang dikenali sebagai pengacara 'bermulut laser'. 
Namun, Ahad lalu, ramai penonton rancangan Melodi terbitan TV3 pada 12 tengah hari dikejutkan dengan tangisan pengacara sensasinya, Fauziah Ahmad Daud, atau lebih dikenali sebagai Ogy. 
Penampilannya berbeza -- bertudung lingkup. 
Percakapannya juga semakin lembut selepas kembali mengerjakan umrah di Tanah Suci, Makkah, dalam penghujung Ramadan lalu. 
Melalui rancangan itu, Ogy turut mengumumkan niat untuk 'bersara' daripada rancangan hiburan yang sudah lapan tahun dikendalikannya itu. 
Semasa mengacarakan rancangan itu untuk kali terakhir, Ogy tidak dapat menahan sebak di dada ketika memohon maaf kepada artis yang pernah terguris kerana jenakanya menerusi rancangan tersebut. 
Pengacara baru Melodi, Haliza Misbun, yang turut bersama dalam rancangan yang disiarkan secara langsung selama setengah jam itu, turut terkejut apabila Ogy mula menangis. 
Dalam laporan akhbar Harian Metro, Ogy yang ditemui setelah siaran langsung itu, menjelaskan sebab musabab mengapa beliau berubah. 
"Saya bersyukur dalam usia muda -- 37 tahun -- saya sudah mendapat petunjuk Allah. Apa yang saya katakan di sini bukanlah mahu menunjuk-nunjuk, cuma sekadar pedoman ikhlas serta sedikit pengalaman yang saya mahu kongsi bersama peminat. 
"Ini bukanlah kali pertama saya mengerjakan umrah tapi kali kedua. Kira-kira lapan tahun dulu, saya berkesempatan menunaikannya bersama suami, ibu dan adik perempuan tetapi kali ini, saya sendirian selepas mendapat izin Eman Manan," jelasnya. 
Haliza: Apakah yang Ogy perolehi ketika mengerjakan umrah kali ini? 
Ogy: "Dalam meniti kehidupan, kadang kala kita terleka apabila memiliki segala-galanya. Saya akui saya pernah lalai dengan duniawi tetapi saya bersyukur kerana Allah masih memberi jalan serta petunjuk. 
"Selama 14 hari di Tanah Suci dan saya kembali sehari sebelum umat Islam menyambut Aidilfitri, ia betul-betul memberi sinar baru dalam kehidupan saya. Saya fikir, mengapa saya tidak berubah selepas kembali menunaikan umrah dulu berbanding sekarang? Dan inilah dinamakan sudah sampai seru dan saya reda dengan apa juga ketentuan-Nya. 
"Semuanya kerana 'nawaiti' (niat). Sebelum berangkat, saya sentiasa berdoa agar dilimpahi hidayah ke atas diri saya dan ternyata, Tuhan yang maha pengasih dan penyayang memakbulkan hajat itu. 
"Ketika berada di hadapan Kaa bah, saya tidak henti-henti memohon petunjuk dari-Nya dan ketika itu juga, seakan ada yang datang berbisik kepada diri saya, dan sekembali ke tanah air inilah keputusannya." 
Haliza: Mengapa meninggalkan Melodi? 
Ogy: "Saya meninggalkan Melodi bukan kerana ada krisis dengan TV3, sebaliknya, ia adalah ketentuan Allah. Namun saya tidak berani cakap akan meninggalkan dunia lakonan mahupun pengarahan kerana hati manusia cepat berubah. Oleh itu, biarlah masa dan takdir menentukannya." 
Haliza: Bagaimana perasaan Ogy sekarang? 
Ogy: "Apa yang menjadi ketakutan pada diri saya sekarang adalah berubahnya pendirian. Insya-Allah saya tidak pernah putus berdoa agar Tuhan tetapkan keimanan diri. Sekarang saya rasa lebih tenang dalam mengharungi kehidupan seharian. 
"Saya belum pernah menikmati solat yang khusyuk dan hari ini, saya bersyukur menikmati segalanya. Pada masa yang sama, saya juga bersyukur bertemu dengan Tuan Haji Jemali (pengusaha pakej haji dan umrah) ketika di Tanah Suci. 
"Dialah yang memberi ruang untuk menguruskan agensinya untuk pakej haji dan umrah. Insya-Allah selepas ini, saya akan lebih kerap ke Tanah Suci membawa jemaah lain." 
Haliza: Selepas mengendalikan Melodi selama lapan tahun, apa yang ingin Ogy perkatakan? 
Ogy: "Saya mengambil kesempatan ini untuk meminta ampun dan maaf kepada artis dan karyawan yang tersinggung dengan gurau senda saya sepanjang mengacarakan Melodi. Saya tidak berniat menyakiti hati sesiapa, sekadar bergurau. 
"Bagi saya, dosa pada Allah, mungkin kita diampuni tetapi dosa sesama manusia, bagaimana pula? 
"Sebagai manusia lemah, saya tidak boleh lari daripada kesilapan. Saya juga berharap penonton akan terus memberi sokongan kepada Melodi biarpun saya sudah tiada di situ. 
"Berilah Haliza Misbun peluang membuktikan kebolehannya dan satu pesanan saya, jangan bandingkan saya dengannya." COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM
Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.

  1   2   3   >