Help Palestine [hidayahnet] Hukuman sebat, apa agenda SIS? - Teras

2009-09-21 Terurut Topik OraNg KaMpoNg
Hukuman sebat, apa agenda SIS? - Teras 
Harakahdaily 
Sun | Sep 20, 09 |  5:12:01 am MYT

  
KUALA LUMPUR, 20 Sept: Tindakan Sisters in Islam (SIS)
menfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan untuk semakan
dan menangguhkan pelaksanaan hukum terhadap hukuman sebat ke atas
Kartika Sari Dewi dianggap sebagai satu agenda untuk menyekat sebarang
hukuman jenayah berlandaskan syariah dikuatkuasakan di negara ini. 


Iklan   
 
   

Menurut Presiden Teras,Mohd Azmi Abdul Hamid tindakan SIS adalah bersifat anti 
hukum syariah dan wajar dibantah dengan keras. 


"Teras membantah keras niat SIS untuk terus bersikap anti hukum
syariah. Pelaksanaan hukuman jenayah syariah adalah sah dan jelas
termaktub dalam perlembagaan negeri dan Perlembagaan Persekutuan. 


"Oleh kerana itu tidak ada hak untuk SIS cuba menyekat
pelaksanaannya hanya kerana ia dikatakan sedang didebatkan di peringkat
masyarakat terbuka dalam negara dan luar negara,"jelasnya dalam satu
kenyataan kepada Harakahdaily hari ini. 


Tambahnya, Teras mempersoalkan atas hak apa SIS beria-ia mahu menyekat 
pelaksanaan hukuman syariah di negara ini. 


Dakwa Azmi,pemikiran Barat yang berlandaskan faham liberal dan
melihat bahawa Islam adalah soal peribadi dan tidak berkait dengan soal
negara dan undang-undang menjadi latar belakang fikiran SIS. 


"Oleh itu tindakan pihak SIS untuk mengheret perdebatan kes
Kartika kepada Mahkamah Tinggi Syariah hanya bertujuan untuk
mempersoalkan bidangkuasa mahkamah syariah. 
"Teras dengan ini mengesa supaya pihak kerajaan tindak tunduk
kepada tekanan mana-mana pihak. Undang-undang yang jelas diluluskan
melalui perundangan negeri hendaklah dilaksanakan tanpa sebarang
kekhuatiran. 


"Walaupun enakmen jenayah syariah di peringkat negeri yang ada
kini tidak seluruhnya menepati kehendak syariat Islam yang sebenar ,
namun bidangkuasa dan wibawa Jabatan Agama Islam dan mahkamah Syariah
hendaklahlah dipertahankan,"tegasnya. - mks._  


Help Palestine [hidayahnet] Hubungan Sulit Siber Mejejaskan Perkahwinan

2009-09-21 Terurut Topik OraNg KaMpoNg
 Hubungan Sulit Siber Mejejaskan Perkahwinan
Note:
" writes "Oleh Marhamah Abdul Wahid


“ SAYA bingung, ustazah, hati saya terasa hambar dengan suami. Suami
sibuk dengan kerjayanya. Dia hanya pulang apabila matahari terbenam dan
ke pejabat esoknya sebelum matahari muncul.

“Saya hanya bahagia
apabila mendapat SMS, panggilan telefon dan apabila bersembang dengan
si dia di alam siber. “Kami walaupun tidak pernah bersua muka, perasaan
saya seolah-olah bercinta dengan bayang-bayang masing-masing. Hampir
empat tahun berlalu, akhir-akhir ini, saya berasa bersalah, berdosa dan
bingung, apabila si dia mencadangkan agar kami bertemu untuk menentukan
masa depan.” Begitulah keluhan seorang ibu muda kepada saya pada suatu
hari. Masalah itu sebenarnya biasa bagi seorang ibu yang kesunyian,
terasa terabai, banyak masa terluang di depan komputer serta tidak
punya kekuatan diri untuk melawan nafsu.


Namun,
akhirnya dia sedar kesilapannya. Begitupun, sesi kaunseling terarah
perlu untuk mengembalikan semula rasa harga diri dan maruah seorang
wanita Islam. Bagi isteri yang menghadapi kemelut jiwa yang sama, saya
ingin berkongsi bersama beberapa cadangan untuk keluar daripada
permasalahan ini.Untuk lebih memahami masalah seumpama, beberapa
langkah perlu dilakukan seikhlas hati dan iman serta difikir dengan
penuh kesedaran.


Langkah pertama, sila jawab soalan penerokaan diri berikut:-

1. Apakah sebenarnya tujuan anda berhubung dengan lelaki itu?

2.
Sejauh manakah anda ingin membina perhubungan itu? Adakah hubungan
cinta, sebagai sahabat atau teman berbincang? (Islam tidak terus
melarang perhubungan berlainan jantina asalkan dalam batas, tujuan dan
cara selayaknya).

3. Contohnya, bagi kes isteri muda ini, dengan
usia perkahwinan menjangkau 12 tahun, mempunyai tiga anak serta suami
bertanggungjawab, puan mendakwa memiliki keluarga teramat bahagia.
Setakat manakah benar pernyataan itu?


Jawapan boleh berpandukan asas
berikut:

a) Puas hati dengan keperluan rumah tangga yang disediakan suami?

b)
Puas hati dengan layanan suami tiada halangan/jurang dari segi
komunikasi dan tiada masalah seksual? (Anda boleh berkongsi perasaan
dengannya)

c) Melaksanakan tanggungjawab rumah tangga dengan baik?

d) Puas hati dengan tingkah-laku anak?

e) Memiliki sahabat/jiran yang baik yang boleh berkongsi pandangan/ bertanya 
masalah?

4.
Anda memulakan perhubungan dengan lelaki itu dengan menipu identiti
sebenar. Selama itu juga anda mengkhianati amanah suami dengan
‘melayani’ lelaki lain hingga dingin dengan suami. Apakah pandangan
anda terhadap dosa dan pahala berkaitan perkara itu?

5. Kalau
anda berasa bersalah/berdosa, adakah ingin mengekalkan diri dalam dosa
atau terus rasa bersalah, seolah-olah ingin terus dalam azab di dunia,
apatah lagi di akhirat?

6. Kalau anda tidak mahu terus berada dalam kezaliman diri dengan masalah ini 
adakah ingin berubah dan bertaubat?

Kalau jawapan ya, ikuti langkah berikut:-

1.
Bayangkan sekiranya suami mengkhianati kesetiaan anda (seperti anda
lakukan). Suami sebenarnya mempunyai lebih banyak peluang untuk berbuat
demikian berbanding diri anda. Apakah perasaan anda?

2. Bayangkan
jika anda berada di tempat isteri lelaki yang dikenali itu, mendapat
tahu suaminya mengkhianati kesetiaannya? Dengan status anda sebenar,
bagaimana perasaan anda sebagai isterinya?

3. Bandingkan
bagaimana kebahagiaan anda dalam keluarga bahagia dengan yang didakwa
bahagia sehingga ‘ghalit’ kata orang Kedah dengan suaranya saja?

4.
Adakah anda mendapat gambaran jaminan kebahagiaan yang lebih baik
dengan lelaki itu yang hanya dikenali melalui e-mel atau SMS berbanding
suami sekarang?

5. Anda masih inginkan perubahan? Ingin
meneruskan keluarga bahagia atau hubungan dengan lelaki itu? Jawapannya
ada pada diri anda. Kalau memilih yang pertama, sila fikirkan nasihat
ini.Sekiranya suami tidak terhidu langsung perhubungan itu dan jika
diceritakan akan menjadikan keadaan lebih buruk, saya cadangkan tidak
perlu memberitahunya.


Sebaliknya ikuti langkah seterusnya.

1.
Berterus terang dengan si dia. Minta maaf di atas kesalahan yang
disengajakan. Sekiranya ingin terus berhubung sebagai sahabat dan tidak
akan mengganggu kehidupan anda atau lelaki itu, ia mungkin boleh
diteruskan. Jika anda berdua tidak dapat mengawal diri, lebih baik
menjauhi dosa daripada perkara yang boleh menyebabkan/mendorong kepada
melakukan dosa.

2. Tukar nombor telefon bimbit dan alamat e-mel
bagi mengelakkan anda dapat dihubungi lelaki tadi. Anda juga perlu
mengawal diri daripada menghubunginya.

3. Bertaubat untuk mendapat keampunan Allah dan berjanji tidak melakukannya 
lagi.

4.
Jika anda bermasalah luahkannya kepada suami, mengapa perlu diluahkan
kepada orang lain. Saya yakin kesunyian yang dihadapi boleh difikirkan
oleh anda berdua untuk melakukan sesuatu yang akan terus membahagiakan
anda dan keluarga. Carilah sahabat, saudara dan jiran yang boleh
membantu. Lakukan kerja berfaedah.

5. Berbincang dengan suami
supaya boleh mengikuti kursus

Help Palestine [hidayahnet] Graduan UIAM syahid di Palestine

2009-09-16 Terurut Topik OraNg KaMpoNg
 
 
 
Semalam sewaktu menunggu waktu berbuka puasa saya dikejutkan dengan berita  
Bro. Ubaida M.A AlQudsi syahid di tanah tumpah darahnya Palestine kerana 
ditembak oleh askar Israel laknatullah. Hampir tercampak telepon yang saya 
pegang mendengar berita sedih itu.
 
Ubaida yang sepanjang belajar di UIA sangat  aktif dalam IIUM Al Aqsa Friends 
Society dan juga nasyid  baru saja menamatkan pengajian komunikasi dan pulang 
ke kampung halamannya Palestine selepas selesai peperiksaan semester lepas. 
Saya menalipon rakannya, Herbawi, untuk mengesahkan berita itu. Herbawi dengan 
nada sayu menjawab, “Yes madam, he was shot by the Israel army 2 weeks ago  
and passed away yesterday.”
 
Kelab Al-Aqsa Friends Society adalah kelab yang paling aktif menjalankan 
program2 kesedaran menyelamatkan Masjid AlAqsa. Kebanyakan ahlinya adalah 
pelajar Palestine. Mereka sering ke pejabat saya untuk membincangkan  
program dan pengurusan kelab. Merekalah diantara ribuan anak didik yang saya 
sayangi di UIA ini. Melihat wajah2 mereka akan membuat anda terasa kecil kerana 
jiwa muda mereka yang penuh dengan semangat perjuangan. Jasad di UIA tetapi 
hati nun jauh di negara tercinta. 
 
Dengan perasaan dilselubung cemas sepanjang masa kerana mengenangkan nyawa 
keluarga yang tidak putus2 diancam yahudi, mereka masih terus belajar untuk 
meraih ilmu.
 
Kalau anda biasa beri’tiqaf di IIUM SHAH’S Mosque sepuluh Ramadhan terakhir ini 
anda akan melihat kumpulan pelajar2 ini membawa walkie-talkie 
kerana menggerakkan usaha menghidupkan Ramadhan di masjid ini di kalangan 
pelajar UIAM. Saya dapat rasakan perasaan cinta mereka pada masjid UIA yang 
merupakan menifestasi dari cinta mereka kepad Masjidil Aqsa.
 
Syahidnya Ubaida akan semakin membakar semangat rakannya2 di sini.
Ini merupakan pemergian ke dua graduan yang bakal menerima skrol semasa konvo 
2009 yang akan berlangsung bulan depan. Sebelum ini telah pergi Shafawati yang 
aktif dalam Kelab Mentor-mentee Gemilang kerana sakit Leukimia. Anak sulung 
dari 8 beradik berasal dari Sarawak, Shafawati yang dikenali sebagai Kak Sha di 
kalngan juniornya sangat peka dengan masalah masyarakat sehingga sanggup 
menghabiskan masanya dalam kerja2 kemasyarakatan CENSERVE tanpa memperdulikan 
penyakitnya.
 
Kedua2 mereka adalah hasil produk the Garden of Knowledge and Virtue yang 
benar2 menterjemahkan ilmu yang mereka dapati dalam bentuk bakti suci buat 
ummah tercinta. Pemergian mereka yang ditangisi oleh teman2 akan menyemarakkan 
lagi semangat cintakan ummah di kalangan pelajar2 UIA seluruhnya.
 
Konvo 2009 dijangka paling syahdu kerana pemergian 2 graduan yang menemui 
Tuhannya sebelum sempat menerima skrol dan pencapaian dua orang insan istimewa 
Nik Nor Ermiza dan Fahmi.
 
Ya Allah berikanlah kami kekuatan untuk terus membantu menghasilkan jiwa2 besar 
dari UIA yang bakal memimpin ummah tercinta ini. Ameen Ya Rabbal ‘Alameen.


Help Palestine [hidayahnet] Analisis: Yang tersirat dan tersurat di Permatang Pasir

2009-09-01 Terurut Topik OraNg KaMpoNg
Analisis: Yang tersirat dan tersurat di Permatang Pasir27 Aug 2009  9:45AM 
Oleh Darwis Said 

SATU pengajaran yang
boleh ditimba Barisan Nasional (BN) berikutan keputusan pilihan raya
kecil Permatang Pasir yang boleh dijadikan bekal menjelang pilihan raya
umum Malaysia ke-13 ialah cuba elak daripada menggunakan isu perkauman
untuk menambat hati pengundi.

Memang benar ada trend menunjukkan
bahawa pengundi Melayu di Malaysia masih berbelah bahagi dalam sokongan
mereka kepada BN, khususnya Umno, dan ini dapat dilihat dalam pilihan
raya kecil di Manek Urai, Kelantan, bulan lalu.

Namun, tidak
semua pengundi Melayu Permatang Pasir mengundi berdasarkan corak
pengundian yang dilihat parti itu dalam pilihan raya kecil Manek Urai,
kata pengamat dan aktivis politik di Malaysia.

'Strategi
menimbulkan isu perkauman dan agama, serta menyerang peribadi pemimpin
pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebagai pengkhianat orang Melayu
menimbulkan kesan sebaliknya ke atas BN,' kata pensyarah kanan
Universiti Sains Malaysia (USM) di Pulau Pinang, Dr P. Sivamurugan,
ketika dihubungi sejurus selepas keputusan pilihan raya kecil Permatang
Pasir diumumkan kelmarin.

Sebaliknya, isu-isu seperti kes
kematian  Teoh Beng Hock, rasuah, ketelusan, integriti dan moral yang
diketengahkan pembangkang lebih melekat di hati pengundi kawasan Dewan
Undangan Negeri (DUN) itu.

Calon BN,  Rohaizat Othman, yang
dibelenggu pelbagai skandal, kalah di tangan calon Parti Islam
SeMalaysia (PAS), Ustaz Mohd Salleh Man, dengan majoriti 4,551 undi.

Ustaz Mohd Salleh mendapat sokongan 9,618 undi manakala  Rohaizat hanya mampu 
menarik 5,067 undi.

Majoriti
undi Ustaz Mohd Salleh mungkin rendah sedikit berbanding majoriti 5,433
undi yang diraih bekas penyandang kerusi DUN itu, Datuk Mohd Hamdan
Abdul Rahman, juga daripada PAS, yang meninggal dunia pada 31 Julai
lalu, dalam pilihan raya umum Mac tahun lalu.

Namun, ia boleh
dianggap satu kemenangan besar kepada PAS jika diambil kira peratusan
jumlah pengundi yang keluar mengundi kelmarin, kata Dr Sivamurugan.

Kelmarin,
73.1 peratus atau 14,832 daripada 20,350 pengundi berdaftar di
Permatang Pasir keluar mengundi, berbanding lebih 82 peratus yang
keluar mengundi pada 8 Mac 2008.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat,
Datuk Kamaruddin Jaafar, semasa dihubungi berkata rakyat sukar menerima
pendekatan BN-Umno yang sering menimbulkan isu perkauman dan menyerang
para pemimpin Pakatan Rakyat (PR), khususnya Datuk Seri Anwar dan
Mursyidul PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang dikatakan seorang
ulama palsu.

Permatang Pasir terletak dalam kawasan Parlimen
Permatang Pauh, kawasan pimpinan Datuk Seri Anwar, Ketua Umum Parti
Keadilan Rakyat (PKR).

Kira-kira 72 peratus pengundinya adalah orang Melayu, hampir 26 peratus 
pengundi Cina, dan bakinya pengundi kaum lain.

Tindakan
BN-Umno memainkan politik perkauman menjauhkan mereka daripada para
pengundi Cina, manakala percubaannya memujuk pengundi Melayu dengan
memaparkan PAS sebagai parti yang terlalu bertolak ansur dalam
melaksanakan nilai Islam dan menjadi konco kepada Parti Tindakan
Demokratik (DAP) yang anti-Islam gagal.

Timbalan Perdana Menteri
Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin, bagaimanapun berkata beliau kecewa
dengan sikap pengundi kawasan Permatang Pasir yang tidak mahukan
perubahan.

Beliau, yang juga Timbalan Presiden Umno, berkata
kekalahan BN menunjukkan pengundi terlalu selesa dengan keadaan mereka
ketika ini sehingga tidak mahukan pembangunan.

'Kita menerima
keputusan ini kerana mengikut apa yang diamalkan dalam demokrasi
berparlimen dan kita menghormati keputusan rakyat,' katanya.

Pengarah
Pilihan Raya BN, Dr Ahmad Zahid Hamidi, pula berkata penduduk Permatang
Pasir 'sudah memberi mesej bahawa mereka tidak mahukan perubahan, jadi
kita jangan salahkan calon, jangan juga salahkan jentera'.

Namun,
Dr Sivamurugan menekankan bahawa  Rohaizat setakat mampu meraih 5,067
undi - lebih rendah berbanding 5,571 undi yang diraih calon Umno, 
Ahmad Sahar Shuib, pada pilihan raya umum tahun lalu.

'Ini menunjukkan bahawa penyokong BN sendiri pun tidak mahu mengundi beliau,' 
ujarnya.

Dalam
pada itu, Perdana Menteri dan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun
Razak, dipetik akhbar Utusan Malaysia sebagai berkata pihaknya akan
mengkaji semua faktor yang membawa kepada kekalahan BN bagi memastikan
ia berjaya dalam pilihan raya pada masa depan.

'Dari satu segi
kita dapat kurangkan majoriti undi parti lawan dan dari satu segi lain
kita dapati ada faktor-faktor yang telah menyebabkan kekalahan kepada
BN.

'Faktor-faktor ini harus diteliti dan diperbaiki supaya
usaha kita pada masa depan akan lebih berjaya,' ulas Datuk Seri Najib,
sambil menambah bahawa beliau 'tahu apa sebabnya'.

Kajian itu memang perlu dilakukan BN dengan segera.

BN
kalah tujuh daripada lapan pilihan raya kecil sejak peristiwa 'tsunami'
politik yang berlaku dalam pilihan raya umum Malaysia ke-12 tahun lalu.

Jika
BN mahu mengelakkan kejadian 'tsunami politik' 2008 itu daripada
berulang pada pilihan ray

Help Palestine [hidayahnet] Apa Itu Gamat ?

2009-07-10 Terurut Topik OraNg KaMpoNg
Apa Itu Gamat ? 
Apa Itu Gamat ?

 
  
  
  
  
 
APA ITU GAMAT? 
Gamat
atau Timun laut merupakan sejenis haiwan invertebrata (tanpa tulang
belakang) laut yang meraih populariti dewasa ini disebabkan khasiat dan
nilai terapeutiknya yang mengkagumkan. Malah, kuasa penyembuhannya
telah diagungkan dan dimanfaatkan oleh nenek moyang kita sejak lebih
300 tahun dahulu. Tergolong di dalam filum Ekinodermata, spesis timun
laut yang didapati berkesan dari segi nilai perubatannya adalah
daripada genus sticophus atau lebih dikenali sebagai gamat. Nama
lainnya mengikut panggilan setempat termasuklah balat, bat, brunok,
trepang atau hoi-sum. Hampir.42 spesis timun laut telah dikenalpasti di
perairan Malavsia sementara lebih dari 2,000 spesis wujud di serata
dunia. 


Umumnya haiwan ini
berbentuk silinder, leper pada bahagian dorso-ventral dan mempunyai
bukaan di bahagian anterior dan poterior. Pembiakan boleh secara
seksual atau aseksual. lanya adalah haiwan detritus iaitu makan secara
menyapu pasir ke dalam mulut. Pergerakan haiwan yang lambat menyebabkan
ianya perlu mempunyai mekanisme pertahanan tubuh yang efisyen iaitu
mengeluarkan holothurin yang toksik dan dapat melumpuhkan haiwan kecil.
Holothurin dikeluarkan oleh kelenjar khusus yang dikenali sebagai
kuvier. Sebatian ini telah dicamkan seawal tahun dua puluhan dan hanya
diberi penekanan yang intensif pada tahun 1950an. Saponin adalah
holothurin yang utama yang dipercayai berkesan dalam penyembuhan luka,
rawatan selepas bersalin dan sebagai antifungus.

Kajian
timun laut tempatan hanya bermula pada awal 1980an di Universiti
Kebangsaan Malaysia Kampus Sabah. Kemudian muncul beberapa kumpulan .
penyelidik lain misalnya dari Universiti Malaya, Universiti Sains
Malaysia, Universiti Putra Malaysia dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia.
Kumpulan penyelidik dari Universiti Kebangsaan Malaysia sehingga kini
begitu tekun menjalankan ujikaji untuk mengenalpasti bahan-bahan
bioaktif didalam gamat untuk mengesahkan keberkesanannya. Kumpulan yarg
terdiri lebih daripada 20 orang ahli akademik ini diterajui oleh Prof.
Dr. Ridzwan Hashim.

Analisa
ke atas tubuh dan cecair selom gamat mendapati yang ianya tinggi dengan
kandungan protein yang melebihi 44%, manakala karbohidrat antara 3-5%
dan lemak sebanyak 1.5%. Komponen komponennya termasuklah asid amino
esential, kolagen, vitamin E, zat-zat galian seperti kromium, ferum,
kadmium, mangan, nikel, kabalt dan zink. Kandungan asid lemak mustahak
seperti EPA (asid omega eikosapentaenoik) dan DHA (asid omega
dekosaheksaenoik) turut memainkan peranan penting sebagai agen
penyembuh luka dan antithrombotik iaitu berupaya mengurangkan kejadian
pembekuan darah di dalam saluran darah. Ini dapat mengurangkan risiko
penyakit strok dan sakit jantung. Kedua-dua asid ini dipercayai juga
membantu memperlahankan proses degenerasi sel di samping melambatkan
proses penuaan. Bahan bioaktif di dalam gamat turut berkesan sebagai.
antioksidan yang membantu mengurangkan kerosakan sel dan tisu tubuh. la
juga penting uniuk menjamin kesuburan badan. Kesan anti-bakteria dan
anti-fungus meningkatkan kemampuannya untuk tujuan rawatan kulit. Gamat
juga didapati mempunyai kesan antinosiseptif (penahan sakit) dan
anti-inflamasi (lawan radang dan surut bengkak). Kajian pemerhatian
terhadap penduduk di Kudat, Semporna, Setiu, Kuantan, Pekan dan Pulau
Pangkor menguatkan lagi bukti keberkesanan gamat sebagai agen
anti-hipertensi (mengurangkan tekanan darah tinggi). Sementara
kajian-kajian lain turut menunjukkan kesan positif gamat terhadap
sistem kardiovaskular dan kontraktiliti otot jantung. Sejak
kebelakangan ini pula, kajian-kajian di luar negara turut menyerlahkan
potensi gamat sebagai anti-tumor dan memberi kesan positif terhadap
penyakit AIDS.

Secara
tradisional pula, gamat dipercayai berkesan untuk meningkatkan
kesihatan badan, mempercepatkan penyembuhan luka luaran dan dalaman,
mengurangkan rasa sakit sendi, badan dan lengoh otot, menghindari
masalah alahan dan lelah, melawan radang dan meredakan bengkak,
melancarkan pengaliran darah, memulihkan sistem peranakan selepas
bersalin, mencantikkan kulit dan awet muda, meningkatkan metabolisma
dan membantu masalah keletihan, menghindari sembelit dan masalah
buasir, menguatkan tenaga batin, mengurangkan tekanan darah tinggi dan
mengawal kencing manis. Menyedari hakikat gamat memiliki khasiat
keberkesanan yang tinggi sehingga boleh menandingi akar ginseng, kami
di GESB memformulasikan produk-produk gamat di bawah pengawasan pakar
bagi kegunaan harian dan kesihatan dengan jenama eMAS khusus untuk anda!  


Help Palestine [hidayahnet] Kronologi Isu Rumah Sembelih Babi di Kedah

2009-07-10 Terurut Topik OraNg KaMpoNg
Kronologi Isu Rumah Sembelih Babi di Kedah
Posted on Friday, July 03 @ 10:41:06 MYT by kedahlanie
oleh M.Sanusi


Panjang cerita rumah sembelih babi di Kg Berjaya, sejak 1993, sejak
gempar kisah Japanese Encephalities di seluruh Negara. Kini muncul lagi
kisah berkaitan babi dan riuh lagi gara-gara A H1N1. Apapun berkaitan
penyakit-penyakit darihal babi ni, perkara pokok ialah peraturan dan
undang-undang yang dikuatkuasakan oleh PBT (MBAS). Memang tugas
kerajaan menuatkuasakan undang-undang untuk mengatur hidup dan
kehidupan supaya tidak bercelaru.

Inilah Kroniologinya...

KRONOLOGI RUMAH SEMBELIH KHINZIR MERGONG


21.7.93 - Cadangan supaya kerja-kerja pembersihan dalaman rumah sembelih 
khinzir Mergong diambil alih oleh AWS.

26.7.93 - Tawaran AWS khidmat mencuci, membersih, mengorek longkang dengan 
seorang pekerja RM450.00 sebulan.

16.12.93 - Majlis bersetuju dengan Tahap Piawaian Efluen bagi sektor ladang dan 
pemprosesan ternakan.

11.4.94 - Rungutan pemindahan tempat ternakan/ penyembelihan khinzir oleh Harta 
Usahawan Sdn. Bhd.

30.4.94 - Majlis akan membina dinding untuk memisahkan kawasan awam dengan 
rumah penyembelihan.

19.6.94 - Permohonan laporan mengenai tempat ternakan dan penyembelihan khinzir 
di Majlis.

11.7.94
- Majlis memberi maklumbalas atas per. (06) bahawa tiada tempat
ternakan khinzir dan tempat penyembelihan khinzir terdapat di Mergong.

11.10.94 - Aduan dari Othman Lebai Saad, JKKK Kg Telok Yan dan pohon ubah 
tempat sembelih.

5.1.95
- Majlis pohon maklumat mengenai rumah bantai khinzir yang sedia
beroperasi dari lain-lain PBT untuk cadangan penempatan semula Rumah
Bantai Khinzir.

13.1.95 - Menerima maklumbalas dari Majlis
Perbandaran Taiping bahawa Jabatan Perkhidmatan Haiwan tidak ada
apa-apa peranan dalam pengurusan rumah bantai khinzir.

19.1.95 - Menerima maklumbalas dari Majlis Bandaraya Ipoh bahawa rumah 
pembantaian di bawah Jabatan Haiwan.

26.1.95
- Menerima maklumbalas dari Majlis Perbandaran Melaka Bandaraya
Bersejarah bahawa rumah sembelih dikendalikan oleh Jabatan Haiwan.

26.1.95 - Menerima maklumbalas dari Majlis Perbandaran Klang bahawa tidak 
terdapat rumah bantai khinzir.

26.1.95
- Mesyuarat Majlis Pembangunan Negeri Kedah membangkitkan rumah
sembelih khinzir tidak dibina baru. Disyorkan tunggu rumah sembelih di
Butterworth siap dan dipusatkan di sana.

6.2.95 - Menerima
maklumbalas dari Majlis Perbandaran Kuantan bahawa MPK belum melesenkan
aktiviti rumah bantai khinzir tersebut di bawah kawalan Jabatan Haiwan.

18.6.95 - Mesyuarat Jawatankuasa Penempatan Semula Rumah Khinzir di MPKS.

5.6.96
- Keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan bersidang 11.10.95 dan
persetujuan dicapai antara PKB dengan MPKS untuk menutup rumah
sembelihan khinzir di Kampong Berjaya perlu dilaksanakan.

29.4.97
- Majlis menghantar surat kepada Persatuan Peniaga dan Penyembelihan
Babi Kedah supaya berusaha mencari tapak yang sesuai bagi menggantikan
rumah sembelih sekarang yang akan ditutup tidak lama lagi.

29.6.97
- Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman yang bersidang pada
14 Mei 97 telah membuat keputusan “Majlis bersetuju supaya dikenalpasti
kawasan tapak yang sesuai untuk dipindahkan pusat penyembelihan khinzir
berhampiran kilang tayar Alor Setar.”

29.9.97 - Surat daripada
Pegawai Perancang Bandar, MPKS memaklumkan bahawa tapak di sekitar
belakang kilang tayar Mergong tidak sesuai dan kawasan tersebut telah
pun diluluskan untuk projek perumahan.

11.3.98 - Majlis menerima
surat dari Dato’ Chor Chee Heung mengatakan Persatuan Khinzir telah
bersetuju untuk berpindah tetapi menunggu keputusan muktamad oleh
Kerajaan Negeri Kedah.

3.10.98 - Surat kepada Yang Dipertua
Majlis Perbandaran Sungai Petani untuk mendapatkan maklumat kedudukan
terkini kerana Majlis Perbandaran Sungai Petani telah mengenalpasti
satu tapak untuk pembinaan rumah sembelih di Padang Lembu.

8.12.98 - Surat kesinambungan 21 kepada Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sungai 
Petani.

20.3.99 - Notis kepada Pengerusi Persatuan Penyembelih Khinzir Kampung Berjaya 
iaitu Notis Berhenti Operasi Menyembelih Khinzir.

31.3.99
- Surat daripada Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman
mengenai langkah-langkah mencegah wabak Japanese Encephalities.

2.1.99
- Menerima maklumbalas dari Majlis Perbandaran Sungai Petani bahawa
tiada tanah kerajaan di kawasan Padang Lembu. Sekiranya cadangan hendak
dilaksanakan juga, maka ianya perlu kepada proses pengambilan balik
tanah persendirian. Walau apa pun, Majlis menunggu arahan selanjutnya
daripada Kerajaan Negeri.

12.1.99 - Menerima aduan dari orang awam mengenai ladang khinzir mengeluarkan 
bau yang busuk.

27.4.99  - Mesyuarat untuk menyelesaikan masalah khinzir diadakan di MPKS.

9.5.99
- Surat kepada Pengerusi Persatuan Peniaga dan Penyembelihan Babi Kedah
dengan memberikan panduan Keselamatan Pekerja dan Kebersihan di rumah
sembelih khinzir.

9.5.99 - Surat kepada Pengarah Kesihatan
Daerah Kota Setar/ Padang Terap memberikan senarai pekerja-pekerja bagi

Help Palestine [hidayahnet] Imam Solat. Panduan Memilih Calon Suami

2009-07-10 Terurut Topik OraNg KaMpoNg
Imam Solat. Panduan Memilih Calon Suami
Posted on Friday, July 03 @ 03:30:00 PDT by TokPenghulu 
 Oleh: ekue

"Secara
fitrahnya setiap manusia memerlukan pasangan dan teman hidup. Oleh yang
demikian, Allah mensyariatkan kepada umat Islam perkahwinan sebagai
satu-satu cara yang halal untuk perhubungan diantara lelaki dan wanita
selari dengan kehendak fitrah kejadian manusia. 

Sebelum
berkahwin, biasanya kebanyakan lelaki sudah membayangkan bagaimana ciri
ciri wanita yang bakal menjadi isteri yang akan menghiasi hidupnya
samada pada sudut kefahaman agama, akhlak ,kecantikan, harta dan
keturunan sebagaimana yang telah disabdakan oleh Rasulullah s.a.w yang
diriwayatkan oleh Imam Bukhari : "seseorang perempuan dikahwini kerana
empat perkara, harta, keturunan, kecantikan dan agamanya. 

Pilihlah
yang beragama, kamu memerlukannya". Manakala dalam satu hadis yang lain
pula Rasulullah s.a.w menyatakan bahawa seorang wanita yang solehah
adalah sebaik-baik perhiasan dengan sabda baginda melalui riwayat Imam
Muslim : "Dunia adalah keseronokan dan sebaik baik keseronokan dunia
ialah perempuan yang solehah".

Nabi s.a.w menyarankan kepada
lelaki agar memilih perempuan yang beragama dan berakhlak. Satu
persoalan yang hendak ditimbulkan di sini adalah bagaimana dengan para
wanita? Adakah mereka perlu memilih siapakah yang bakal menjadi suami
mereka? Jawapannya, ya. Sama sahaja. Mereka perlu memilih seorang
lelaki sebagaimana yang telah digariskan oelh Islam iaitu seorang yang
bertakwa, memiliki akhlak yang mulia dan berasal daripada keturunan
yang baik-baik sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w yang
diriwayatkan oleh Imam Tirmizi yang bermaksud : "Apabila orang yang
kamu redhai agama dan akhlaknya datang meminang, hendaklah kamu
kahwinkannya. Jika kamu tidak mengahwinkannya, nescaya akan berlaku
fitnah dan kerosakan yang besar di atas muka bumi ini". Diingatkan
kepada para wanita tidak tergoda dan terpedaya dengan kebaikan serta
pujuk rayu yang hanya dilakonkan oleh segelintir lelaki dan tidak mudah
'cair' dengan ayat-ayat manis lelaki yang hanya berlakon baik dihadapan
anda. Anda perlu siasat dan mengenal pasti siapa dan bagaimana
akhlaknya kerana orang yang bakal anda pilih adalah seorang yang bakal
menjadi suami anda dan akan memimpin sebuah rumahtangga yang boleh
diibarat sebuah 'negara kecil'. Suami adalah ibarat Perdana Menteri
dalam sesebuah keluarga. Jika Perdana Menterinya rosak, maka buruklah
seluruh negara tersebut. Oleh yang demikian, pilihlah seorang 'Perdana
Menteri' yang benar-benar memahami agama dan yang baik akhlaknya.

Kepada
para wanita, satu panduan yang boleh dikongsi untuk anda semua iaitu
dalam memilih lelaki yang bakal lelaki yang menjadi pemimpin dalam
sebuah 'negara kecil' anda iaitu dengan memilih lelaki yang mampu
menjadi imam solat. Rasanya perlu untuk menjelaskan lebih lanjut
mengenai lelaki yang mampu menjadi imam solat iaitu seorang lelaki yang
mampu mengimamkan solat bacaan kuat(subuh, maghrib dan isyak) kerana
pada solat yang bacaan jahr(kuat) ini pelbagai perkara yang dapat
dinilai terhadap diri seseorang lelaki. Pertama, pada sudut kepimpinan
dalam keluarga. Lelaki yang mampu mengimamkan solat dapat dilihat
bahawa ia akan mampu membimbing keluarganya nanti dalam pelbagai aspek
terutama dalam aspek ibadah. Sekiranya lelaki tersebut tidak mampu
untuk menjadi imam, cuba fikir fikirkan terlebih dahulu kerana dalam
aspek ibadah yang dilakukan setiap hari pun tidak mampu untuk menjadi
pemimpin apatah lagi dalam aspek yang lain-lain, mungkin tidak mampu
untuk memimpin keluarganya dengan sebaik mungkin. Sekiranya ada lelaki
yang ingin meminang anda, terlebih dahulu bertanya kepada mereka adakah
mampu menjadi imam solat dan selepas itu barulah menilai mengenai
perkara-perkara yang lain.

Kedua, adalah pada sudut ilmu dan
kefahaman agama kerana seorang lelaki yang ingin mengimamkan
solat(diingatkan solat yang dimaksudkan adalah solat Subuh,Maghrib atau
Isyak) hukum-hukum asas fiqh seperti perlu mengetahui rukun-rukun
solat, syarat-syarat sah solat, perkara yang membatalkan solat dan
kesempurnaan dalam pembacaan al Quran terutamanya surah al Fatihah.
Kebanyakan lelaki 'takut' untuk mengimamkan solat yang
Jahr(subuh,maghrib dan Isyak) kerana takut untuk membaca ayat ayat al
Quran secara kuat disebabkan bimbang bacaan tidak betul. Melalui imam
solat juga boleh dinilai tahap ilmu asas fiqh dan ilmu pembacaan al
Quran. Ramai dikalangan lelaki yang 'penakut' ini lebih sanggup untuk
menjadi imam bagi solat Zohor dan Asar tetapi pada solat subuh, maghrib
dan Isyak mereka mencari jalan untuk mengelak.

Perkara ketiga
adalah pada sudut akhlak atau pekerti seseorang lelaki. Kebanyakan
mereka yang mampu menjadi imam adalah mereka memiliki akhlak, budi
pekerti serta mempunyai hubungan yang baik dengan masyarakat. Tidak
dinafikan juga bahawa ada yang bukan sekadar mampu menjadi imam solat
biasa malah turut dijemput menjadi imam di masjid-masjid tetapi
berakhlak dengan akhlak yang tidak sewajarnya

Help Palestine [hidayahnet] Motivasi : Bersangka baiklah kepada Tuhan...

2009-07-10 Terurut Topik OraNg KaMpoNg
Bersangka baiklah kepada Tuhan... 
Azamin Amin 
Tue | Jun 30, 09 |  1:08:41 pm MYT

  
"While people sleep, we work. While people work, we work ahead," 


Iklan   
 
   

Saya tidak akan lupa kata-kata itu. Ianya terucap
kira-kira 15 tahun lalu oleh pengetua kolej Mr. PMS Jassal ketika saya
menekuni pengajian A-Level, jurusan undang-undang di Juara Academy
College di ibu kota. 


Waktu itu, saya adalah pelajar Melayu tunggal dan 'tunggul'
dalam kelas seramai 30 orang itu. Berkecamuk fikiran pada hari pertama
saya mendaftar. 


Masakan tidak, sudahlah 'solo' ditambah pula dengan 'sepatah haram' saya tidak 
memahami apa yang diajar. Bukan sehari tetapi  berjangkit sehingga lebih 
sebulan! 


Tidak cukup dengan itu, saya sering menjadi bahan ketawa
rakan-rakan sekelas dan pensyarah lantaran kegagalan saya untuk membuat
'presentation' jauh sekali untuk mendapat tempat teratas dalam carta
kelas. 


Lebih menambahkan pedih dan pilu di jiwa, apabila seorang pelajar  yang selalu 
dianggap 'best student' dalam kelas mencabar sambil menghunuskan jari 
telunjuknya tepat ke muka saya. 
"At the end of the day, nobody can touch me, especially you!" katanya pada 
saya, terkelipot-kelipot malu. 


Seorang pelajar wanita pula, bertaruh untuk menjamu saya makan
di hotel lima bintang, sekiranya berjaya mendapat keputusan cemerlang.
Saya percaya, dia berani bertaruh kerana yakin yang saya tidak akan
menggapai bintang. Betul-betul menghinakan. 


Kawan-kawan seperti Manoj Kumar, Manimaran, Azman Sagau dan Ronnie menenangkan 
saya. Mereka memberi perangsang dan selalu  membantu, apa yang saya tidak tahu. 


Setelah enam bulan berlalu di kolej itu, saya sering bertemu
dengan pensyarah Baljit Singh Sidhu untuk mendapat 'evaluation' atau
penilaian ke atas prestasi pengajian saya selama ini dan seperti yang
dijangkakan jawapannya cukup mendukacitakan. 
"Aaa...don't worry. Bottom line, you boleh pass...," katanya
tergesa-gesa. Sedih. Bukannya pangkat A, B atau C tetapi sekadar lulus
cukup makan sahaja.. 


Suatu malam, ketika gelisah untuk melelapkan mata dan merawang
masa depan yang kabur, tertangkap kalimah kudus dari ibu tercinta
sebagai kata-kata azimat ketika menjejak kaki di ibu kota untuk
menuntut ilmu. 


"Mak tak boleh tengok dan jaga anak mak setiap masa. Mintalah Allah supaya jaga 
dan selamatkan anak mak. 
"Jika susah, mintalah pada Allah, pasti Dia perkenankan.
Percayalah..." kata Azizah Jasin, ibu tercinta kepada saya sambil
memetik bait-bait ayat kalimah tuhan. 


"Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan 
doa permohonan kamu." (Surah Ghafir ayat 60)
 
Saya bingkas, lalu mengerjakan solat dua rakaat. Tewas, akhirnya air mata basah 
di hujung sejadah. 
Mulai hari itu, saya tidak menoleh lagi. Saya berusaha sedaya
dan sekuat mungkin. Kamus sentiasa di sisi, tiap kali saya membuka
buku. Buku seperti English Legal System, Constitutional Law,
Jurisprudence setiap helaiannya saya ulangi sampai lapan kali! 


Malah, saya hantar tugasan-tugasan dan 'asignment' sendiri
berkajang-kajang kepada pensyarah untuk disemak, bertanya soalan-soalan
bertubi-tubi sehingga kelihatan 'membosankan' bagi mereka.Saya kemudian
beranikan diri bercakap di khalayak, walaupun 'broken English.' 


"Apa nak malu, janji saya maju. Biar mereka ketawa atau sendawa, janji saya 
berjaya," getus hati cuba menceriakan hari. 
Waktu itu, barulah saya tahu, doa dan kerja keras (rajin, usaha)
adalah pembuka jalan kejayaan. Mungkin ini ayat 'cliche' atau
'stereotype'. Hakikatnya hidup ini tidak ada yang 'short cut'. Selepas
doa itu, setiap apa yang saya pelajari, hafal dan faham datang dengan
begitu mudah. 


Dikenal ketika senang, dilupa ketika susah 
"While people sleep, we work. While people work, we work ahead,"
kata Jassal menepuk-nepuk bahu saya yang kelihatan agak sugul
adakalanya. 


Dan di saat saya menjalani proses lipat kali ganda usaha, baru
saya tahu bahawa kerajinan orang Cina dan orang Putih atau kaum-kaum
lain membuatkan mereka berjaya. 


Bukannya faktor otak Cina lebih baik dari otak Melayu atau otak Orang Putih 
lebih baik dari semua otak-otak. 
"Allah tidak membebankan seseorang itu melainkan mengikut
keupayaannya. Baginya apa yang diusahakan dan ke atasnya akibat apa
yang diusahakan." (Surah Al-Baqarah: 286)
 
Begitu juga dengan surah Ar-Ra'ad (ayat 11): "Sesungguhnya Allah tidak akan 
merubah nasib suatu kaum melainkan kaum itu sendiri yang merubah nasibnya." 

 
Ya, saya yakin doa akan dimakbulkan tuhan. Usaha gigih dapat
balasan setimpal. Tak kira siapa, Melayu, Cina, India dan Mat Salleh
juga akan dapat balasan, jika usaha lebih. Bukan masalah otak. 


Dulu ketika mengerjakan umrah, saya pernah berdoa yang
'bukan-bukan' di depan Kabaah. Ketika itu, tahun 1990 usia saya
menjangkau 16 tahun. Akibat terlalu obses dengan cerita-cerita aneh,
mistik dan misteri di Makkah dan Madinah, saya mula memanjatkan doa,
untuk melihat bukti kuasa Tuhan. (Kisah ini pernah diterbitkan di
Harakah tiga tahun lalu, sebe

Help Palestine [hidayahnet] Teknik Mendengar

2009-07-10 Terurut Topik OraNg KaMpoNg
 Teknik Mendengar  Sumber:Aspirasidiri


Berikut senarai beberapa teknik mendengar dengan berkesan semasa pembelajaran:


1. Bersedia
Tetapkan matlamat / harapan ibu bapa
Menanam minat terhadap mata pelajaran
Menanam minat terhadap guru yang mengajar
Tidak penat
Tidak mengantuk

2. Peralatan yang mencukupi
Alat tulis / buku nota
Buku ruukkan / teks
Kertas nota

3. Duduk dekat dengan guru
Mendengar dengan jelas (dapat lebih tumpuan)
Senang bertanya

4. Ulang kaji tajuk awal
Bacaan awal (sebelum menghadiri kelas / waktu malam)
Dapat menjangka awal perkataan / istilah / rumus penting

5. Aktif dan diam
Ambil bahagian dalam perbincangan
Jika tidak faham bertanyalah segera
Diam dalam makna memberi sepenuh perhatian (memudahkan pemahaman)

6. Elak gangguan
Berbual / bermain / ingat perkara lain / berkhayal
Alih perhatian / prasangka

7. Catat nota
Ringkas dan padat ( kg : kampung)
Tulis cepat dan jelas
Gunakan simbol yang boleh difahami ( contoh : > lebih )
 


Help Palestine [hidayahnet] Keajaiban Saintifik Al-Qur'an

2009-07-09 Terurut Topik OraNg KaMpoNg
Keajaiban Saintifik Al-Qur'an  Oleh : Harun Yahya

Kewujudkan
Alam SemestaPernah tidak kita berfikir bagaimana alam semesta yang kita
duduki ini terbentuk. Lihat saja rumah kediaman yang sedang kita
tinggal sekarang ini. Adalah mustahil kalau rumah tersebut jadi dengan
sendirinya tanpa dibina terlebih dahulu.

Asal usul alam semesta diterangkan dalam Al-Qur'an dalam ayat berikut;

Dia adalah maha Pencipta langit dan bumi. Surat al-An'aam:101.

Maklumat
yang dinyatakan dalam Al-Qur'an ini adalah satu fakta yang sangat tepat
dan selari dengan penemuan sains kontemporari. Kesimpulan yang dicapai
dalam bidang astrofizik sekarang ini ialah bahawa alam semesta,
bersama-sama dengan dimensi benda dan masa, telah terhasil melalui satu
letupan yang besar yang terjadi ketika masa-sifar. Fenomena ini yang
dikenali sebagai Big Bang membuktikan bahawa alam semesta telah
diciptakan dari ketiadaan sebagai satu produk, dari satu letupan titik
tunggal. Golongan saintifik moden percaya bahawa Big Bang adalah
satu-satunya penerangan paling diterima akal dan fakta yang dapat
dibuktikan mengenai permulaan dan asal kewujudan alam semesta.

Sebelum
fenomena Big Bang terjadi, tidak terdapat sebarang benda yang wujud.
Dalam keadaan tanpa sebarang kewujudan kebendaan, tenaga atau masa, dan
yang mana hanya dapat diterangkan secara metafizik, semuanya ini
sebenarnya telah diciptakan. Fakta ini, yang baru diketahui melalui
kajian dalam bidang fizik moden, telah dinyatakan dalam Al-Qur'an 1400
tahun lalu.

Pengembangan Alam Semesta

Dalam
Al-Qur'an yang diwahyukan 1400 tahun lalu, ketika pengetahuan tentang
astronomi masih sedikit, fakta mengenai pengembangan alam semesta telah
diterangkan seperti berikut;

Dan langit itu Kami bina dengan kekuasaan (Kami) dan sesungguhnya Kami 
benar-benar meluaskannya. (Surah az-Dzariyat;47)

Edwin Hubble

Perkataan
'langit' yang dinyatakan dalam ayat di atas digunakan dalam banyak
tempat dalam Al-Qur'an yang bermaksud ruang angkasa dan cakerawala. Di
sini sekali lagi, perkataan ini digunakan untuk maksud ini. Dalam
perkataan lain, Al-Qur'an membongkar hakikat mengenai proses
pengembangan alam semesta. Dan ini merupakan puncak kesimpulan yang
diputuskan oleh dunia sains hari ini.

Sehingga penghujung abad
ke 20, pandangan yang paling masyhur dalam dunia sains ialah bahawa
'alam semesta mempunyai sifat konstan (statik ataupun tidak berubah)
dan telah wujud tanpa keterbatasan masa'. Kajian, pemerhatian dan
pengiraan yang dijalankan melalui seluruh insfranstruktur teknologi
moden, sebenarnya telah menunjukkan bahawa alam semesta telah wujud
dalam masa yang terbatas dan berkembang secara konstan.

Pada
permulaan abad ke 20, seorang ahli fizik Russia yang bernama Alexander
Friedmann dan ahli kosmologi Belgium yang bernama George Le'maitre
telah membuat pengiraan secara teori bahawa alam semesta adalah dalam
keadaan pergerakan yang berterusan dan ia sebenarnya berkembang.

Fakta
ini juga telah dibuktikan melalui data dari pemerhatian yang dijalankan
pada tahun 1929. Edwin Hubble seorang ahli astronomi Amerika yang telah
membuat pemerhatian di langit dengan menggunakan teleskop,
mengisytiharkan bahawa bintang-bintang dan galaksi-galaksi bergerak
menjauhi antara satu sama lain secara berterusan. Sebuah alam semesta
di mana semua benda di dalamnya bergerak secara konstan menjauhi antara
satu sama lain, jelas menggambarkan pengembangan alam semesta itu.
Pemerhatian yang dijalankan dalam tahun berikutnya mengesahkan bahawa
alam semesta adalah berkembang secara berterusan. Fakta ini telah di
jelaskan dalam Al-Qur'an ketika mana hal ini masih belum lagi pernah
diketahui oleh manusia. Ini adalah kerana Al-Qur'an adalah kalam serta
petunjuk dari Tuhan, maha Pencipta dan Pemerintah bagi seluruh alam
semesta.

Pemisahan Langit Dan Bumi

Sepotong ayat mengenai penciptaan langit dinyatakan sebagai berikut.

"dan
apakah orang-orang kafir itu tidak melihat bahawasanya langit dan bumi
itu keduanya dahulu adalah suatu yang padu (satu unit penciptaan),
kemudian kami pisahkan antara keduanya. Dan daripada air Kami jadikan
segala sesuatu yang hidup. Maka mengapakan mereka tiada juga beriman?".
(Surah Al-Anbia: 30)

Kalimah 'ratq' diertikan sebagai dijahit
yang bermaksud 'dikumpul bersama, dicampur' dalam kamus bahasa arab.
Ianya digunakan untuk merujuk dua intipati yang berbeza yang membina
suatu yang menyeluruh. Frasa 'Kami membuka jahitan; adalah perkataan
fataq dalam bahasa arab dan menggambarkan bahawa sesuatu yang
diwujudkan dengan membelah bahagian atau memusnahkan struktur ratq.
Biji benih yang tumbuh bertunas dari tanah adalah satu contoh frasa ini.

Sekarang
mari kita perhatikan sejenak ayat ini sekali lagi dengan menyimpan
pemahaman ini di dalam minda. Di dalam ayat tersebut, langit dan bumi
pada status pertamanya adalah berbentuk ratq. Kedua-duanya di pisahkan
(fataqa) dengan kemunculan satu dari yang satu lagi. Apa yang menarik,
apabila kita mengingati saat pertama fenomena Big Bang kita melihat
bahawa satu titik tu

Help Palestine [hidayahnet] (unknown)

2009-07-09 Terurut Topik OraNg KaMpoNg
Couple Seat
Posted on Tuesday, June 30 @ 02:00:00 PDT by KetamBatu 
 Oleh: nknmnknm

"
Agak lama saya tidak masuk panggung wayang. Semalam  anak merenget nak menonton 
Transformer yang heboh diayang diseluruh negara. Oleh itu, saya gagahkan juga 
ke panggung wayang untuk menepah tiket. 

Nak
biarkan anak berseorangan menonton risau juga dalam keadaan sekarang.
Terpaksalah beli dua tiket untuk menemani anak yang masih lagi kurang
arif pasal dunia ni.


Malangnya semua tiket kehabisan, tapi Si penjual tiket menunjukkan ada dua seat 
lagi yang kosong tapi ia adalah seat dibarisan akhir (belakang) dan hanya 
satu-satunya seat untuk dua orang yang diistilahkan "Couple Seat" dan bertanda 
lambang "Love" di paparan komputer.

Mahu tak mahu saya terpaksa membeli seat tersebut oleh kerana tiada pilihan dan 
si anak tetap mahu menonton juga hari ini.

Apa yang menjadi tandatanya saya ialah, apakah tujuan diadakan "Couple Seat" 
dan letaknya di barisan paling belakang sekali. Tak lain dan tak bukan
saya merasakan ialah untuk menggalakan pasangan kekasih memadu asmara
sambil menonton atau mungkin tidak menonton langsung.

Dalam
keadaan panggung yang gelap dan penonton lain tidak dapat melihat
(sebab semua penonton melihat wayang di hadapan) sudah tentu pelbagai
aksi panas boleh dilakukan oleh"couple" yang membeliseat berkenaan.
Dengan kata lain, rakyat Malaysia boleh melakukan maksiat waima dalam
panggung wayang kerana pihak panggung menyediakan seat yang strategik dan tidak 
dapat dilihat oleh orang. MasyaAllah. 


Alangkah
malangnya JAIS, JAWI dan lain-lain Jabatan Agama Islam yang berusaha
membenteras maksiat, tapi dalam masa yang sama ada pihak yang
menyediakan kemudahan bagi mereka yang berhajat melakukan maksiat.
Walaupunseat berkenaan agak mahal sedikit dari harga tiket bagi seat biasa, 
tapi godaan syaitan tidak menghalang bagi"couple" yang berhajat untuk membayar 
lebih.
 


Help Palestine [hidayahnet] Pandangan Ikhawanul Muslimi terhadap ucapan obama

2009-06-22 Terurut Topik OraNg KaMpoNg
Pandangan Ikhawanul Muslimi terhadap ucapan obama
Posted on Friday, June 12 @ 17:24:52 PDT by BudakJalanan
 Oleh: akhisalman

"
Mukaddimah

Barack
Obama telah menyampaikan ucapan yang ditujukan kepada masyarakat Islam
sedunia pada hari khamis 4 jun. Beliau yang sampai di mesir pukul 9.10
pagi dan meninggalkan mesir pada pukul 6 petang telah memberi ucapan
selama 45 minit di universiti Kaherah (cairo universiti).


Beri Salam dan baca ayat al-Quran

Beliau memberi salam setelah masuk ke dalam dewan. Sepanjang ucapannya beliau 
telah membaca tiga potong ayat al-Quran:

1. ayat 70 surah al-Ahzab:
يأيها الذين أمنوا اتقوا الله وقولوا قولا سديدا
“Wahai orang-orang beriman hendaklah kamu bertakwa kepada Allah dan berkatalah 
dengan kata yang benar.”

2. Ayat 32 Surah al-Maidah:
من قتل نفسا بغير نفس فكأنما قتل الناس جميعا
“Sesiapa yang membunuh seseorang bukan kerana dia yang membunuh orang yang 
lain; seolah-olah telah membunuh semua manusia.”

3. Ayat 13 surah al-Hujurat:

يأيها الناس إنا خلقناكم من ذكر وأنثى وجعلناكم شعوبا وقبائل لتعارفوا
“Wahai
manusia sesungguhnya kami mencipta kamu terdiri dari lelaki dan
perempuan, dan kami jadikan kamu terdiri dari berbangsa-bangsa dan
berpuak-puak supaya kamu saling mengenal.”

Ucapan Obama cuba
menunjukkan dia ingin menunjukkan kelainannya dari presiden2 amerika
yang lepas. Dia cuba membina hubungan yang baru dengan dunia Islam dan
cuba mencari simpati masyarakat Islam terhadap Amerika.
Kenyataan rasmi ikhwanul Muslimin terhadap ucapan Obama

Pada
hari Sabtu 6 JUN laman web Ikhanul Muslimin telah mengeluarkan
kenyataan rasminya terhadap ucapan obama. Secara ringkasnya ada lima
point dalam kenyataan tersebut seperti berikut:

1. Sesungguhnya
prinsip-prinsip umum yang disebut oleh Presiden Obama di dalam
ucapannya seperti hak-hak kemanusian, perlunya ada perbincangan secara
terhormat dan saling mempercayai dan yang lain-lain adalah perkara yang
tidak ditolak oleh sesiapa pun.

2. Sesungguhnya ungkapan-ungkapan
emosi dan bahasa diplomasi yang digunakan obama tidak merealisasikan
keadilan dan tidak mengembalikan hak orang Islam yang telah rampas di
Palestin, Iraq, Afghanistan, Pakistan dan lain-lain negara Islam yang
telah ditumpahkan darah orang Islam siang dan malam. Dimana ini adalah
perancangan dan tipudaya dari kerajaan Amerika.

3. Kenyataan
Obama yang menyatakan dokongan yang berterusan kepada orang Yahudi di
palestin untuk mendapat keamanan dan menyatakan pejuang palestin tidak
berhak untuk melawan penjajah zionis, menyamakan perampas dan orang
yang dirampas haknya dan menyamakan pembunuh dan mangsa bunuh adalah
menunjukkan bahwa obama menjejaki jalan Presiden2 amerika yang
terdahulu.
4. Ucapannya yang panjang tentang masalah ekonomi,
pengangguran, perlunya beri peluang kerja kepada pemuda-pemuda dan
sebagainya adalah satu ucapan umum yang perlu kepada pemulihan politik
sebenar. Adapun ucapannya tentang hak2 wanita dan pendidikan, ini
adalah perkara yang telah diketahui oleh umat Islam melalui nilai2 dan
prinsip Islam yang agung.

5. Cubaan untuk memujuk hati dan
perasaan orang Islam dengan ayat-ayat al-Quran yang dibacanya, menyebut
peristiwa dalam sejarah Islam, ucapannya tentang nilai-nilai toleransi,
dan tamadun Islam yang memberi saham kepada kebangkitan serta kemajuan
manusia tidak akan berjaya untuk mencapai tujuan disebalik ucapan
tersebut. Ia tidak dapat menawan hati orang Arab dan orang Islam. Ini
hanya keran satu perubahan kecil dari segi cara yang digunakan Amerika,
sedangkan penggunaan jentera ketenteraan masih lagi berterusan di
Afghanistan dan Pakista. Lebih-lebih lagi penjajahan terhadap Iraq
masih lagi berterusan.

6. Ucapannya tentang seruan kepada
demokrasi yang perlu ada di dalam Negara Arab dan Islam sedangkan dia
memajamkan matanya terhadap kerajaan diktator dan sistem yang zalim
yang berlaku diluar Negara2 Islam.


Oleh kerana yang demikian
Ikhwanul Muslimin menganggap ucapan Ini hanya sekadar kempen untuk
memulihkan hubungan yang membuang masa. Amerika cuba untuk mencantikkan
rupa amerika yang dikotori dengan kezaliman, peperangan, jenayah
permusuhan dan menumpah darah umat arab dan Islam diserata dunia
terutama di Palestin.

Kesimpulan: Diatas adalah rumusan yang
boleh didapati dari kenyataan rasmi ikhanul Muslimin. Bagi penulis,
sepatutnya ke tiga ayat al-Quran tadi lebih terkena batang hidung Obama
dan kerajaan Amerika. Ini kerana pertumpahan darah masih lagi berlaku
di Iraq dan Afghanistan. Amerika hendaklah keluar dari Negara Islam itu
demi untuk mereliasikan ucapan Obama. Amerika juga perlu mencabut
senjata Nuklear Israel sebelum menyentuh projek Nuklear Iran.

UMAT ISLAM INGINKAN PERLAKSANAAN BUKAN SEKADAR UCAPAN"



Help Palestine [hidayahnet] Kita ditipu oleh S.I.S

2009-06-21 Terurut Topik OraNg KaMpoNg
Kita ditipu oleh S.I.S
Posted on Wednesday, June 10 @ 22:47:51 PDT by Budak_Seri_Acheh
 Oleh: dewa

"Ahli
Parlimen PKR, Zulkifli Nordin menyelar SIS dan menggesa mereka menukar
nama persatuan sesat ini kepada Ikatan Wanita Kosmopolitan berikutan
sikap mereka yang tidak reti menutup aurat, terdiri dari gadis-gadis
kosmopolitan malah rata-ratanya tidak berkahwin.

Pada msa yang
sama, Ustaz Asri menzahirkan rasa kesalnya dengan sikap Mstar yang
memaparkan berita yang tidak mencerminkan pendiriannya dalam artikel
"Ustaz Asri tidak setuju SIS diharam". Mari lihat penerangan Zulkifli
bagaimana kita dah ditipu oleh Sister-In-islam..


Zulkifli takes a dig at SIS
Thursday, 11 June 2009 10:33am
©The Star


PETALING
JAYA: PKR MP Zulkifli Noordin wants the Companies Commission to stop
Sisters in Islam (SIS) from using the word “Islam” in its title.

The
Kulim-Bandar Baru MP has instead proposed in his blog that SIS change
its name to Ikatan Wanita Kosmopolitan (Cosmopolitan Wo-men’s Alliance)
– IWK being a reference to the sewerage treatment company – as “most of
its members do not wear the tudung” and “are unmarried”.

[RATA-RATA TAK BERTUDUNG, TAK TUTUP AURAT DAN TAK KAHWIN]

 Zulkifli
said the word “Islam” in SIS also gave the perception that the group
was speaking on behalf of or representing the voice of Islam.

[MEMBAWA PERSEPSI SALAH KONONNYA MEREKA BERSUARA DEMI ISLAM]

“How
are they going to talk about women’s rights and Muslim marriages when
they themselves do not adhere to and practise the basic Islamic rule?”
asked Zulkifli, who last year had aggressively tried to storm a Bar
Council forum on religious conversion.

[TIDAK IKUT AJARAN ISLAM YANG ASAS PUN]

Although
the PKR subsequently issued him a show-cause letter, he refused to
apologise and the matter was resolved internally with no action taken
against him.
Zulkifli claimed that SIS had confused the public
because it was misusing the word “Islam” when it had not registered
itself as such.

[SIS MENGELIRUKAN MASYARAKAT DENGAN NAMA ISLAM]

“This
group is not a non-governmental organisation registered under the
Societies Act. It is registered as Sis Forum Sdn Bhd under the
Companies Act, which is not related to Islam, but it promotes itself
worldwide as Sisters in Islam,” he said.

[SIS MENIPU
MASYARAKAT DAN UNDANG-UNDANG APABILA MENDAFTARKAN DIRI SEBAGAI SIS
FORUM SDN BHD tetapi memanggil diri Sister-In-Islam!]

However,
Zulkifli, who is a lawyer, said banning SIS would only evoke sympathy
and be exploited by narrow-minded people to ridicule Islam.
He
also urged the authorities to probe the group, adding that the National
Fatwa Council should organise a muzakarah (discussion) on SIS and
demand an explanation if it was deemed to be deviating.

Meanwhile,
DAP chairman Karpal Singh said PAS’ open attack on SIS would not endear
itself to its supporters in the next general election.
“Neither does PAS’ insistence at its assembly recently that female journalists 
covering the event be properly dressed,” he said.

“Then
again, the insistence by PAS leaders for Malaysia to be turned into an
Islamic state should it come to power is a flagrant and outrageous
affront to the Federal Constitution, which specifically proclaims the
country as a secular state, with Islam as the official religion.”



Help Palestine [hidayahnet] Gerakan dakwah di Selangor bakal diperkasakan

2009-06-04 Terurut Topik OraNg KaMpoNg
Gerakan dakwah di Selangor bakal diperkasakan 
Muhammad Arif Ismail 
Wed | May 27, 09 |  8:08:22 am MYT

  
SHAH ALAM, 27 Mei (Hrkh) - Pesuruhjaya Pas Negeri Selangor
yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Dato'
Dr Hasan Ali berkata gerakan Islam bakal diperkasakan dengan
memperbanyakkan program dakwah di negeri ini. 
Iklan   
 
   

"Apa yang saya harapkan ialah natijah yang baik iaitu tidak lain dan
tidak bukan, Kerajaan Negeri kena memperkasakan lagi gerakan Dakwah di
Selangor," katanya. 


Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan
Program Konvensyen Dakwah Negeri Selangor tahun 2009M bersamaan 1430H
Dewan Seminar, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dekat sini
semalam. 


Program ini dianjurkan oleh Bahagian Dakwah Jabatan Agama Islam
Selangor (Jais) turut dihadiri oleh Pensyarah Universiti Malaya, Ust
Roslan Mohammad dan Pendakwah Bebas, Abdul Ghani Shamsudin dan Mufti
Selangor, Dato' Mohd Tamyes Abd Wahid. 


"Ini merupakan siri-siri lanjutan yang diadakan tahun lepas,
pada hari ini kita dapat mengumpul seluruh Selangor, daripada
universiti, pertubuhan, jabatan kerajaan dan swasta. 


"Bagi membincangkan beberapa kertas kerja yang dibuat oleh
beberapa orang pendakwah yang terkenal di Negara kita seperti Ust
Roslan Mohammad dan Abdul Ghani Shamsudin," katanya.
<>P>
Ahli Dewan Undangan (Adun) Gombak Setia itu juga berkata, sambutan
kepada Konvensyen ini sangat baik, kehadiran pun sangat baik, kertas
kerja pun disampaikan dengan begitu baik oleh pembentang yang
berkaliber. 


Sementara itu, katanya, bagi memperkasakan gerakan dakwah di
Selangor katanya, Kerajaan Negeri akan mengadakan program bulanan yang
dipanggil Forum Perdana Ehwal Islam bersiri dan bersilibus. 
"Apa yang dimaksudkan dengan bersiri ialah program ini diadakan
setiap bulan, setiap hari sabtu malam Ahad, minggu kedua setiap bulan. 


"Apa erti bersilibus ialah ia mencakupi empat kompenan utama dalam Islam, iaitu 
Akidah, Syariah, Akhlak dan juga Ibadah. 
"Pada 13 Jun ini, kita akan mengulas mengenai kedudukan,
menangani permasalahan akhlak dalam masyarakat, keluarga dan remaja
bahkan warga emas pun menghadapi pelbagai masalah akhlak," jelasnya. 


Menurutnya, bagi menangani isu permasalahan akhlak yang semakin
menular sekarang, pada minggu lalu, Kerajaan Negeri telah mengadakan
perbincangan dengan 100 wakil dari peniaga arak. 


"Apa yang kita buat sekarang ialah kita mendengar luahan dari
pengusaha kedai yang menjual minuman ini di premis masing-masing di
seluruh negeri ini seperti 7 Eleven, Tesco, Giant dan Carrefour. 


"Hasil perbincangan ini nampaknya menjurus ke arah positif.
Namun, ada pihak kurang memahami mengenai isu ini kerana mereka kurang
memahami enakmen yang ada di Negeri ini. 


"Selagi kita tidak membaca enakmen jenayah Selangor dan enakmen
pentadbiran agama negeri Selangor selagi itulah kita tidak dapat
sebenar nak meletakkan kedudukan arak. Sama ada dikaca mata orang bukan
Islam dan orang Islam,"jelasnya lagi. 
Tambahnya lagi, apabila semua rakyat Selangor sudah memahami
peruntukan yang ada dalam Enakmen ini. Pertama, minuman arak ini
ditegah kepada orang Islam sahaja. 


"Kedua, kalau yang bukan Islam ditetapkan 18 tahun kebawah
tidak dibenarkan sama sekali untuk membeli minuman arak di
premis-premis perniagaan dan 18 tahun keatas diharuskan untuk membeli. 


"Ketiga, kita juga telah memikirkan apa juga cara-cara terbaik
supaya penjualan arak dapat diasingkan dengan penjualan minuman lain
dan juga kita juga akan membuat iklan yang besar yang mengatakan dari
segi Islam arak adalah haram ditegah membeli arak," ujar beliau. 


Beliau berharap agar orang melayu yang beragama Islam dapat menghindarkan diri 
dari tegahan Allah. 
"Sesiapa sahaja orang Islam tidak dibenarkan langsung ada yang
mempunyai kaitan secara langsung atau tidak langsung tentang arak ini. 


"Hatta yang memproses arak diharamkan begitu juga yang
menghidangnya, mencuci gelasnya pun haram dan menama pokok untuk
dijadikan arak pun tidak boleh," katanya. 


Sementara itu, Abdul Ghani Shamsudin dalam pembentangan kertas
kerja yang bertajuk, 'Teknologi maklumat sebagai medium dakwah yang
berkesan' menegaskan, pendakwah perlu memiliki kemahiran untuk
menelusuri pelbagai laman rujukan untuk hasil terbaik. 


"Mereka perlu bijak, pandai memilih dan tahu kaedah
memanfaatkan wahana ini dengan pencarian Google perkataan 'al Quran
Online' menunjukkan 1,990,000 pautan yang berkaitan dengan perkataan
itu. 


"Antara laman web al Quran yang berfaedah ialah holyquran.net,
al-islam.com, terjemahan al quran, rujukan seperti tafsir online dan
belajar baca al quran serta berkenaan dengan hadith pula dapat diikuti
di Islam Web Net," katanya. - mks._


Help Palestine [hidayahnet] Akhlak ahli gerakan Islam

2009-06-04 Terurut Topik OraNg KaMpoNg
nuju jalan menemui
Allah SWT. 


Ahli gerakan Islam perlu tahu tafsir al-Quran dengan baik,
kerana ia terbahagi kepada tafsir al-Ma'thur sama ada tafsir ayat
dengan ayat yang lain, atau tafsir ayat yang diperjelaskan oleh hadis
Nabi, tafsir bi ar'yi al-Mamduh aitu tafsir dengan menggunakan pendapat
yang boleh diterima seperti kitab tafsir yang dibuat oleh kedua-dua
Tuan Guru Mursyidul Am dan Presiden PAS, tafsir Hamka, tafsir Ustaz
Sonhaji Mohammad al-Ibr al-Athir dalam bahasa Melayu, Saiyid Qutb yang
ditrerjemahkan dalam bahasa Melayu oleh al-marhum Yusuf Zaki Yaakob dan
lain-lain. 


Akhlak terhadap Sunnah/hadis Rasulullah

Sebagai ahli gerakan Islam, mereka perlu melihat bahawa hadis
atau sunnah Nabi Muhammad penting dalam kehidupan rutin harian, iaitu
mereka perlu menghafaz beberapa hadis penting sebagai rujukan hujah
ketika menyampaikan mesej dakwah kepada orang ramai. 


Mereka juga perlu menguasai perkara yang berkaitan dengan hadis
atau sunnah seperti mengetahui imam-imam tersohor agak tidak mudah
diperkotak-katikkan oleh pihak musuh yang berselindung dalam kelambu
orang Melayu. Imam-imam itu adalah seperti Imam Bukhari, Muslim, Abu
Dawud, Tirmizi, Ibnu Majah dan Nasa~ie disamping Imam Baihaqi,
Tabarani, al-Hakim dan lain-lain, begitu juga menguasai ilmu 'Ulum
al-Hadis' dengan mengetahui istilah hadis sohih, do'if, mutawatir,
mursal, maudo' (palsu) dan lain-lain. 


Akhlak sesama jiran tetangga
Ia juga merupakan pendekatan Nabi Muhammad s.a.w. dengan memelihara
jiran tetangga walaupun mereka bukan beragama Islam, ini adalah kerana
mereka juga merupakan makhluk manusia yang mempunyai hati dan perasaan
yang sama dengan kita. 
Ahli-ahli gerakan Islam adalah disaran agar memiliki ciri mesra
alam dengan sesiapa terutama jiran tetangga, dengan tidak diri atau
isteri mendedahkan aurat ketika berinteraksi dengan mereka kerana ini
boleh menghilangkan sedikit rasa tidak percaya mereka kepada diri dan
menjejaskan potensi untuk mengajak mereka kepada Islam secara
praktikal. 


Layanilah mereka dengan santun dengan tidak mengguris perasaan
mereka walaupun mereka tidak menerima dakwah yang kita syorkan kepada
mereka, apatah lagi mereka tidak sinonim dengan masjid atau program
surau yang berbentuk kemasyarakatan dan ilmiah. Ahli perlu bersabar
terhadap keranah mereka sebagai menyahut seruan baginda s.a.w. yang
bermaksud: "Seorang mukmin yang bercampur/bergaul dengan orang ramai
dan bersabar terhadap karenah-karenah mereka adalah lebih baik daripada
mukmin yang tidak bercampur/bergaul dengan orang ramai dan tidak
bersabar terhadap karenah-karenah mereka." 


Akhlak terhadap orang ramai
Ia satu lagi akhlak yang perlu dititik-beratkan oleh ahli gerakan
Islam, iaitu menjadikan orang ramai sebagai medium untuk menyampaikan
mesej dakwah. Tetapi apapun sebelum melakukan tugas atau usaha dakwah
itu, ahli perlu menguasai ilmu-ilmu alat di samping menyelami kehendak
mereka bagi memudahkan kerja-kerja dakwah dengan tidak menghalalkan
cara yang salah untuk sampai kepada matlamat. 


Usaha dakwah terhadap orang ramai perlu menunjukkan sikap dan
akhlak terpuji, apatah lagi ia tidak kelihatan menyanggah sunnah-sunnah
Rasululla s.a.w. seperti menghisap rokok, minum atau makan berdiri,
memakai pakaian yang tidak dianggap sopan menurut pandangan orang
ramai. 
Ia bertujuan untuk sampai kepada matlamat sebenar penciptaan
manusia sebagai khalifah Allah di muka bumi ini, sekali gus menaikkan
taraf mereka sebagai sebaik-baik umat seperti yang ditegaskan Allah
melalui ayat 110 surah Ali 'Imran yang bermaksud: "Kamu adala
sebaik-baik umat yang dikeluarkan kepada umat manusia sejagat, dengan
menyuruh mereka melakukan kebaikan, mencegah kemungkaran dan beriman
kepada Allah." - lanh_  

  
 

 Jom ke teratak orangkamp...@ok...

Sila ke : 
respeksblog
respeks_group





From: OraNg KaMpoNg 
To: respeks_gr...@yahoogroups.com; bersam...@yahoogroups.com; 
blalang_gr...@yahoogroups.com; hidayahnet@yahoogroups.com; 
inga...@yahoogroups.com; kayan...@yahoogroups.com; 
keluarga_mel...@yahoogroups.com; keluarg...@yahoogroups.com; 
mahli...@yahoogroups.com; malayc...@yahoogroups.com; pah...@yahoogroups.com; 
melayucy...@yahoogroups.com; mymas...@yahoogroups.com; 
penawa...@yahoogroups.com; relex...@yahoogroups.com; ti...@yahoogroups.com; 
uitm-mel...@yahoogroups.com; kela...@yahoogroups.com; 
amanahwargapendi...@yahoogroups.com; mangkukha...@yahoogroups.com
Sent: Monday, June 1, 2009 12:13:04 PM
Subject: Jemputan : Warga Pendidik


Jemputan : Warga pendidik 


Mohon laluan
untuk
mengiklan
sebuah yahoogroups baru khusus untuk mereka yang bergelar guru...
cikgu/i... mudarris... muaalim...ustaz, ustazah, teacher...


Tak
kira dimana sahabat mengajar... SMK, SMKA, SBPI, SK, SAR, SABK, SJK (C) SJK (T)
Pondok, Sekolah Tahfiz... swasta dan kerajaan... sahabat dipelawa
bersama kami memeriahkan yahoogroups khusus untuk kita.


Sila klik : http://groups.yahoo.com/

Help Palestine [hidayahnet] Bagaimana Sultan Muhammad al-Fatih bebaskan Kota Istanbul

2009-06-03 Terurut Topik OraNg KaMpoNg
Bagaimana Sultan Muhammad al-Fatih bebaskan Kota Istanbul 
Husam Musa 
Wed | May 27, 09 |  2:57:19 pm MYT

  
Hari ini, 546 tahun yang silam, Muhammad bin Murad melukir satu sejarah
dengan menawan kota yang sangat kuat pertahanannya - Konstantinapole.
Pada ketika ini Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang,
telah pun berada di Kota Istanbul untuk menghadiri sambutan ulangtahun
upacara yang amat bersejarah ini. 


Iklan   
 
   

Tulisan ini cuba melihat bagaimana seorang pemimpin seperti Muhamad Murad yang  
kemudiannya diberikan gelaran Muhammad Al Fatih, telah berjaya dilahirkan. 
Adakah di  sana satu metod tertentu untuk mencetak pemimpin seperti beliau dan 
bagaimanakah cara  untuk berbuat demikian. 


Peribadi dan kepimpinan Muhammad Al Fatih menunjukkan beliau mempunyai ciri 
berikut; 


a. Asuhan dan disiplin Islam yang kuat
b. Mempunyai matlamat hidup yang ingin dijayakan
c. Kehendak yang kuat
d. Sabar dan ketahanan ruhani yang kuat
e. Pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk misinya, atau mendapatkan 
bantuan  pakar dalam bidang masing-masing bagi tujuan melengkapkan skil 
berkenaan
f. Ibadah dan pergantungan yang kuat dengan Pencipta

Sebelum isu ini dikupas lebih lanjut, kita tinjau dulu bentuk pertahanan Kota  
Konstantinapole itu sendiri yang sangat menakjubkan; 


Kota ini berbentuk tiga segi. Dua bahagian kota menghadap laut iaitu Selat 
Bosporus  dan Laut Marmara. Bahagian daratan dilingkungi oleh sebuah benteng 
yang sangat kukuh; 


a. Bahagian luar kota dilingkungi oleh sebuah parit besar. Dalamnya 10 meter 
dan  lebarnya 60 meter
b. Ada dua tembok iaitu tembok luar dan tembok dalam. Tembok luar sahaja 
setinggi 25  kaki dan setebal 10 meter
c. Tembok dalam pula setinggi 40 kaki tinggi dan 15 meter tebal
d. Terdapat menara kawalan sepanjang tembok dalam dengan ketinggian 60 meter!
e. Terdapat 400 batalion tentera terlatih mengawal tembok ini sepanjang masa

Dengan kedudukan pertahanan seperti itu, hampir mustahil untuk tembok ini 
dicerobohi. 


Di bahagian laut pula, terdapat rintangan rantai besi yang kuat diletakkan di 
Selat  Bosporus yang digunakan untuk menghalang kapal-kapal melepasinya. 


Konstantinapole telah menjadi ibu kota Empayar Bizantin untuk berkurun-kurun 
dan  dikenali sebagai kota yang paling makmur dan terkaya di Eropah. Ia 
terletak di  pertemuan antara Asia dan Eropah dan Laut Mediterranean dan Laut 
Hitam. Justeru, ia  sangat strategik baik dari segi perdagangan mahupun geo 
politik. 


Sejak Rasulullah s.a.w mengungkapkan bahawa nanti Kota penting ini akhirnya 
akan  jatuh di tangan seorang pemerintah yang terbaik, memimpin tentera yang 
terbaik  sepanjang zaman, telah banyak percubaan dibuat untuk menawan kota ini, 
namun tidak  berjaya. Sahabat seperti Abu Ayub al Ansari juga telah berusaha 
dan mereka telah  mengepung kota ini selama tujuh tahun, tetapi masih gagal. 


Hanya 800 tahun selepas sabda Nabi yang Mulia itu, sabda yang menakjubkan ini 
menjadi  kenyataan. Sultan Muhammad bin Murad yang kemudian lebih masyhur 
dengan gelaran  Sultan Muhammad al Fatih telah memulakan pengepungan ke atas 
Konstantinapole pada  hari Khamis, 5 April 1453 dan berjaya membuka kota ini 
pada 29 Mei 1453, hari tulisan  ini dipostkan. 


Sungguhpun pengepungan ini berlangsung selama hampir dua bulan sahaja, program  
penaklukan ini telah berjalan lama! 
Ia bermula apabila bapa Sultan Muhammad Al Fatih, Sultan Murad memilih 
guru-guru yang  terpilih untuk mendidik anak raja ini, yang waktu itu, se orang 
anak yang nakal. 


Sejak berumur sembilan tahun, Sultan Muhammad telah mengalami pendidikan 
disiplin  yang ketat. Rasa bebas dan nakal sebagai anak raja yang masih kecil 
mula berakhir  apabila bapa baginda memberikan kebebasan kepada guru-guru 
beliau untuk membentuk dan  mendidik Muhammad. 


Rotan turut digunakan oleh gurunya untuk mendisiplinkan anak ini. Dalam satu  
kejadian, Muhammad telah sengaja dirotan dengan teruknya tanpa sebarang 
kesalahan  yang dilakukan oleh beliau. 


Tujuan guru beliau berbuat demikian ialah untuk membentuk perasaan belas 
kasihan dan  sikap adil dan saksama dalam jiwa bakal Sultan ini. Supaya nanti 
baginda dapat  mengambil keputusan berpaksikan keadilan dan memahami perasaan 
orang-orang yang tidak  diperlakukan dengan adil! 


Sultan Muhammad dibimbing untuk menghafal al-Qur'an. Dilatih untuk sembahyang 
malam.  Dibentuk menjadi wara' dan zuhud. Diasuh mencintai ilmu dan ulama'. 
Mempunyai budi  pekerti yang baik dan perasaan yang halus. Keunggulan 
pendidikan keruhanian Sultan  Muhammad ternyata apabila baginda akan dilantik 
menggantikan bapanya secara rasmi  sebagai pemerintah Kesultanan Uthmaniah, 
beliau menangis teresak-esak. 


Gurunya lah yang telah mengarahkan beliau menerima tanggungjawab itu atas hujah 
 bahawa seorang berkaliber seperti beliau wajib memikul amanah ummah dan itu 
jihad dan  ibadah yang lebih besar. 


Pendidikan Sultan Muhammad di istana baginda hampir komprehensif. Sebagai bakal 
raja  d

Help Palestine [hidayahnet] Singapura Sudah Melampau!

2009-05-30 Terurut Topik OraNg KaMpoNg
Singapura Sudah Melampau!
Posted on Tuesday, May 26 @ 16:11:06 PDT by TokPenghulu
 Oleh: keezumar

"
Ruhanie Ahmad

Hubungan
Malaysia-Indonesia adalah persahabatan saudara senusantara, biduk lalu
kiambang bertaut, air dicincang tak akan putus. Hubungan
Malaysia-Brunei adalah persahabatan abadi dua negara di mana persamaan
sentiasa diraikan, perbezaan pula sentiasa dihormati. Hubungan
Malaysia-Singapura adalah persahabatan yang berasaskan kepada pertalian
sejarah bumi Melayu yang malang. Ada pihak mengatakan ianya bagaikan
aur dengan tebing. Banyak pihak pula menyifatkannya umpama duri dalam
daging. Begitulah hakikatnya menurut logika pemikiran Melayu tradisi.


Secara
ilmiahnya, kajian hubungan antarabangsa adalah mengenai interaksi
politik dan sosial antara negara, aktor bukan negara dan individu
(Griffiths, O’Callaghan & Roach 2008:vii). Konsep hubungan
antarabangsa pula merujuk kepada hubungan antara negara-bangsa. Tetapi,
oleh kerana negara adalah aktor utama hubungan antarabangsa, pelbagai
wacana oleh majoriti sarjana klasik mempersetujui bahawa hubungan
antarabangsa adalah hubungan antara negara (Viotti & Kauppi
1999:26). Sementara itu, Millar (1969) pula menegaskan, dasar luar
adalah dasar yang mempunyai dampak kepada hubungan sebuah negara dengan
negara lainnya.

Berikutan lawatan rasmi Datuk Seri Mohd. Najib
Tun Razak ke Singapura semalam, apa agaknya diskripsi yang paling
sesuai untuk menghuraikan hubungan Malaysia-Singapura? Bagai menanam
tebu di bibir, di mana dengan wajah manis pemimpin besar Singapura
menolak ide pembinaan jambatan baru bagi menggantikan Tambak Johor?
Umpama madu dan racun di mana Malaysia yang membekalkan berjuta-juta
gelen air mentah ke Singapura setiap hari, tidak langsung dihormati
sehingga menyebabkan Singapura enggan memahami matlamat Malaysia untuk
menggantikan Tambak Johor? Atau seperti melepaskan anjing tersepit, di
mana Singapura yang amat memerlukan bekalan air diberikan bekalan air
secukupnya, dan Singapura yang memerlukan ruang bumi baru-baru ini
disediakan Iskandar Malaysia sebagai taman permainannya yang baru di
bumi Malaysia, tetapi republik itu tidak langsung rasa terhutang budi
walaupun setitik nilainya kepada Malaysia?

Dasar luar Malaysia
memang berasaskan teori realisme di mana kelangsungan, kepentingan,
kedaulatan dan keselamatan negara adalah nilai-nilai teras utamanya.
Tetapi, proses evolusi menyebabkan Malaysia mempunyai hubungan luar
yang sentiasa disesuaikan dengan perkembangan semasa. Oleb sebab itu
Malaysia mengamalkan dasar luar yang digandingkan dengan teori
interdependensi terhadap jiran tetangganya. Malaysia melaksanakan dasar
luar untuk memperkayakan jiran tetangganya. Malaysia percaya kepada
dasar luar yang digabungkan dengan teori keamanan. Ini bermakna,
ciri-ciri resalisme yang menjadi asas kepada dasar luar Malaysia
sentiasa digabungkan dengan teori interdependensi dan keamanan
semata-mata untuk mewujudkan peaceful co-existence atau kehidupan
bersama secara aman.

Tetapi, bagaimana dengan dasar luar
Singapura? Mungkinkah Republik pulau itu akan terus tidak berganjak
dengan dasar luarnya, iaitu realis-independen, tanpa sebarang ruang
kompromi dan bertolak ansur dengan jiran tetangganya? Jika begitu
hakikatnya, mungkinkah Malaysia akan mengkaji semula dasar luarnya
dengan Singapura supaya sesuai dengan fahaman realis-independen yang
dianuti oleh republik tersebut? Jika itulah hakikatnya, wajarkah
Malaysia bertegas dengan Singapura bila satu daipada perjanjian airnya
dengan Malaysia mansuh tempohnya pada 2011? Jika begitu hakikatnya,
mustahilkah untuk Malaysia mengkaji seluruh hubungan dua halanya dengan
republik itu supaya selaras dengan fahaman realis-dependen yang
dipegang teguh oleh Singapura?

Pandangan di atas adalah cetusan
minda peribadi saya selaku rakyat biasa Malaysia. Saya mencetuskan
pandangan ini kerana saya beranggapan Singapura sejak era kepimpinan
Abdullah Badawi seolah-olah tidak langsung mahu bertolak ansur dengan
Malaysia. Silap siapa, saya tidak mampu untuk memastikannya. Tetapi,
silap Malaysia paling ketara adalah sikap kita yang sentiasa mahu
menjaga hati jiran tetangga tanpa mengira hakikat dan realiti pihak
yang berjiran dengan kita.

Berasaskan cetusan pendapat ini,
fikirkanlah semasak-masaknya berita ini yang saya petik daripada
halaman N6 akhbar The Star bertarikh 21 Mei 2009 seperti berikut:

JOHOR
BARU: Kota Iskandar, the sprawling new state administrative capital in
Nusajaya, faces a major security risk as it is located near a Singapore
firing range.

The
range, inside the Sarimbun Camp, is operated by the Singapore Armed
Forces and involves the use of a live ammunition from tanks and
aircraft including helicopter gunships.

There have been instances when the explosions at the range have caused 
vibrations on the Malaysian side less than 2km away.

Banyak
persoalan strategik timbul daripada berita di atas. Mengapa jadi
begitu? Silap siapa? Atas nasihat siapa? Mengapakah sesuatu perancangan
besar di kawasan semp

Help Palestine [hidayahnet] Tolong, ambil anak saya

2009-05-27 Terurut Topik OraNg KaMpoNg

Tolong, ambil anak saya
Posted on Saturday, May 23 @ 20:46:41 PDT by TokPenghulu 
 Oleh: Anonymous

"
Assalamualaikum, Artikel ini tersiar dalam New Straits Times online 15.5.09. 
Tajuk: Please, take my children.
KLANG: Out of desperation, a blind mother is begging the authorities or 
non-governmental organisations to take over the care of three of her
five children. Masyitah Yong Abdullah, 40, decided to temporarily
relinquish custody  of Munzir, 17, Humairah, 15, and Hidayah, 13, to
give them a brighter future and prevent them from getting involved in
immoral activities.


Munzir has dropped out of school, Humairah is a third former while Hidayah, 
whose both legs were amputated below the knee after their house was burnt down 
in a fire 10 years ago, is in Form One.
Masyitah
said it was the hardest decision of her life but she could no longer
look after them as she was busy working and it was made worse by her disability.

She
could not even depend on her husband of 19 years as he had been
remanded in Sungai Buloh prison for the past two years. "I am a
convert, I have a disabled child and two young children, Sakinah, 8,
and Nur Farhana, 3, and I have no husband to depend on.
"No mother is willing to be separated from her children.

"I am doing this for their own good," she said in tears at her home in Kampung 
Jawa, here, yesterday.

She said she could no longer bear hearing Hidayah's plea for prosthetic legs, 
but there was nothing she could do.
Masyitah
almost had a mental breakdown as her neighbours constantly looked down
on her family and labelled her as a bad mother who does not know how to
take care of her children.

The
family now lives on the RM800 they get from the Welfare Department and
Baitulmal and 50 per cent of her husband's salary as he had been
suspended from his teaching job. But the family needed RM2,000 to get
by every month.
Masyitah said she was now doing direct selling to supplement their income with 
the help of Sakinah.

"I am also learning English at the Malaysian Association for the Blind (MAB) in 
Brickfields," she said.
NGOs or those interested in helping Masyitah can contact MAB at 03-22722677.

Saya ada bercakap dengan Pn. Masyitah. Dia kata dia tidak memerlukan sumbangan 
tetapi support untuk menjaga anak-anaknya yang besar itu memandangkan beliau 
cacat penglihatan. Beliau bimbang dengan anak-anaknya.
Saya berdoa kepada Allah agar akan ada pembaca mengulurkan support /
kaunselling kepada keluarga ini agar keluarga ini tetap utuh dan
beriman.

Zainul" 




Help Palestine [hidayahnet] Larangan al-Quran cegah 'selsema babi'

2009-05-27 Terurut Topik OraNg KaMpoNg
Larangan al-Quran cegah 'selsema babi' 
Azamin Amin 
Fri | May 22, 09 | 10:05:35 am MYT

  
KUALA LUMPUR, 22 Mei (Hrkh) - Setiap larangan Allah SWT terhadap sesuatu 
perkara, pasti tersimpan hikmah yang tersendiri dan  mempunyai sebab yang kuat 
demi melindungi manusia daripada sesuatu bahaya dan bencana.

Iklan   
 
   

Pengharaman memakan daging babi di dalam surah
al-Baqarah ayat 172, mempunyai kaitan rapat dengan jangkitan 'selsema
babi' yang melanda dunia yang kini begitu mengancam nyawa manusia dan
bukan pertama kali malah telah berlaku dalam sejarah yang sewajarnya di
ambil iktibar atas setiap yang di perintah dan dilarang oleh Allah SWT
selama ini kepada manusia.

Kata Pengarah Institut Kajian Hadis, Kolej Universiti Islam
Antarabangsa Selangor (KUIS) Ustaz Mohd. Farid Ravi Abdullah bahawa
Allah SWT melarang memakan babi itu kerana tuhan lebih arif tentang
wabak dan penyakit yang ada pada babi yang dicipta-NYa termasuk
kemampuan manusia untuk menerima sesuatu makanan yang layak untuk tubuh
badannya.

"Dia yang ciptakan manusia dan babi, dia jugalah yang tahu
segala baik buruknya sesuatu. Oleh itu kita perlu taat, kerana setiap
larangan Allah pasti bersebab yang kuat,

"Bahkan dalam al-Quran menyebut dalam permulaan surah Baqarah,
ayat 172 itu dengan kalimah 'wahai manusia' bermaksud ayat ini tidak
semata-mata dituju kepada orang Islam sahaja tetapi semua manusia
termasuk orang bukan Islam yang jika mengikuti larangan ini, akan dapat
juga mencegah daripada terkena wabak ini," kata beliau.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan kuliahnya dalam
rancangan Halaqah terbitan TV9 malam semalam yang bertajuk "Selsema
Babi" bersama ahli perubatan, pendakwah dan penulis buku Dr Danial
Zainal Abidin yang dipengerusikan oleh Ustaz Ahmad Shukri bin Yusof.

Dalam pada itu, Dr Danial menjelaskan hasil kajian bahawa babi
berupaya menerima aneka jenis virus di dalam tubuh badannya sekalgus
boleh menukarkan virus menjadi lebih merbahaya sehingga boleh membunuh
manusia.

"Babi boleh memakan apa saja dan menerima semua jenis virus. Kemudia menukarkan 
virus yang ada padanya kepada virus yang lebih  merbahaya seperti selsema babi. 
Babi boleh menyebabkan manusia mendapat lenih 25 jenis penyakit," katanya. 
Malah kata Dr Danial 'swine flu' atau selsema babi ini pernah
melanda dunia pada tahun 1918 yang turut dikenali sebagai "Spanish
Flu". 
"Dalam journal yang saya baca, ada yang mengatakan telah
membunuh 20 juta manusia dan ada yang kata 40 juta manusia. Dan wabak
yang melanda dunia hari ini sama dengan Spanish Flu pada tahun 1918,"
katanya

Beliau turut mengemukakan hasil kajian barat, bahawa terdapat
nasihat daripada pakar melarang memakan babi kerana membawa virus dan
penyakit.

Babi katanya walaupun dimasak berkali-kali, terdapat sejenis
kuman yang tidak mati yang 'duduk' di dalam genetik babi yang boleh
membawa bahaya.


"Dalam Dinasti Ting, ada seorang tabib terkenal juga melarang
orang Cina memakan babi. Ini kitab kuno orang Cina sudah ada larang
tersebut dan memberitahu tentang bahayanya," kata Dr Danial lagi.

Dalam kesimpulan diskusi rancangan agama itu, Farid Ravi
menjelaskan bahawa doa adalah merupakan senjata paling ampuh untuk
mengelak manusia daripada terkena jangkitan ini kerana ianya merbak
secara luas dan tanpa sempadan. 
"Manusia tidak boleh halang dan sekat udara yang bertebaran.
Itu kuasa Allah. Penyakit yang ada di Mexico beribu-ribu batu sudah
sampi ke negara jiran Thailand. Begitu cepat ia merebak.

"Kita mestilah berdoa banyak kerana itu antara senjata kita
kerana kita tak mampu kawal semua. Manusia yang ada di sekeliling kita
mahupun udara yang ada. Semua dengan izin Allah semata-mata," katanya.

Sementara itu Dr Danial pula memberi berapa panduan untuk
mengelak berlakunya jangkitan tersebut antaranya seperti yang
dianjurkan oleh agama iaitu sentiasa membasuh tangan.

"WHO mengeluarkan panduan, supaya sentiasa membasuh tangan.
Bagi kita ini bukan sesuatu yang baru, malah kita sentiasa berwuduk
untuk solat dan mambasuh tangan sebelum makan,"katanya yang turut
menyarankan agar mengikuti saranan Nabi Muhammad s.a.w sewaktu bersin.

Ketika bersin, Nabi menutup tangan dan adakalanya menggunakan
kain dan ini seperti yang dinasihatkan Kementerian Kesihatan Malaysia
baru-baru ini.

"Sebenarnya setiap perkara yang melanda, di satu segi ianya
merupakan bahaya tetapi ianya juga peluang kita untuk berdakwah,
menceritakan kuasa Allah dan kebenaran al-Quran.

"Ekonomi global jatuh, ketika itu baru dunia sedar ekonomi
berasaskan Islam, sangat cantik dan baik maka begitu jugalah dengan kes
wabak ini, yang membuatkan dunia akan mengkaji larangan Allah SWT dalam
al-Quran," katanya. - azm
_  


Help Palestine [hidayahnet] Debat Husam-Zahid malam ini tak jadi

2009-05-26 Terurut Topik OraNg KaMpoNg
Debat Husam-Zahid malam ini tak jadi


KUALA LUMPUR: Debat membabitkan Naib Presiden PAS, Datuk Paduka Husam Musa dan 
Naib
Presiden Umno, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dalam Program Hujah
TV9 malam ini tidak menjadi kenyataan.

Husam yang ditemui tengah hari tadi berkata, beliau menerima
makluman daripada stesen tersebut bahawa Zahid yang juga Menteri
Pertahanan tidak dapat mengambil bahagian dalam program malam ini.

"Saya dah buat persiapan tetapi hari ini saya menerima panggilan daripada TV9 
bahawa Zahid tidak dapat datang," katanya.
Sebaliknya TV9, kata beliau, mengesyorkan nama bekas Ketua Pemuda
Keadilan, Ezam Mohd. Noor yang menyertai Umno setahun lalu, sebagai
pengganti.

Bagaimanapun jelas Husam, beliau telah memaklumkan kepada TV9 bahawa
sedia untuk berdebat dengan Zahid pada bila-bila masa kelak.

"Saya mahu berdebat dengan Zahid, bukannya Ezam," kata beliau.
Program tersebut yang dijadual untuk siaran pukul 9.30 malam menyentuh soal 
Rasuah Politik.
Semalam, Husam telah mengesahkan beliau akan bertanding jawatan Timbalan 
Presiden PAS minggu depan.




Help Palestine [hidayahnet] Tentang Pilihan...

2009-05-16 Terurut Topik OraNg KaMpoNg
TeNtAnG PiLiHaN... 
Salam sahabat blog...

Semalam
seorang sahabat memohon pandangan OK tentang pilihan... Huhu. Sukar ya
bila kita diberikan pilihan... bermakna kita harus memilih dan pastinya
bila kita memilih kita harus memilih satu sahaja. Adois. Tu yang
susahkan??? Tak bolehke pilihan dengan dua jawapan sekali. Dan kedua
jawapan itu betul. Wakakaka. Ala macam dalam periksa... salahkah kalau
kita menanda dua jawapan dari empat pilihan diberikan??? ekekeke. Adois
meraban plak OK pepagi ni. huhu. Maafkan saya. ( Memimjam kata2 sa... )


Oklah...
panjang plak mukadimmah OK kali ni. Direct. Pilihan yang dimaksudkan
antara kerjaya dan cinta??? huhu... yes. Manusia sering keliru. Keliru
kerana kita manusia dan manusia sering mengelirukan... ekeke berbelit2
plak. Adois. Apa daa. Camni... pilihan antara memilih cinta dan
meneruskan ke alam rumahtangga dan terpaksa meninggal kerjaya...
Begitu. Pahamkan???


Erm... ya, sukar bila pilihan begini
dihadapkan. Untuk memilih keduanya, adalah dilarang sama sekali...
wakakaka. Dilarang keras tu??? atas sebab2 yang tidak dapat dielakkan.
Dan bakal suami Insya Allah mampu segenap segi... Bagaimana sahabat???
Terus atau henti!!!. Entah.


Maaf OK bukan kaunselor
bertauliahpun... jujurnya OK tidak mempu memberikan jawapan, kerana
andai OK sendiri diberi pilihan begini, pastinya OK juga keliru memilih
yang mana satu. Cuma apa yang ingin OK kongsikan adalah...


Kenapa
dan mengapa terlalu sukar untuk wanita memilih bila diberi pilihan
begini... OK akur hari ini kerjaya adalah pilihan utama wanita. Sanggup
meninggalkan rumahtangga hanya kerana kerjaya... bukan semua, tetapi
kebanyakan. Pada mereka... Tanpa kerjaya gelaplah masa hadapan. Mungkin
begitu??? Pada OK, segalanya lahir dari kelemahan dan ketidakpercayaan
pada lelaki. Beberapa kisah rumahtangga hari ini, mungkin menyukarkan
wanita membuat pilihan... Lelaki tidak menjadi seperti lelaki yang
sewajarnya.


Mereka
tempat berlindung tetap sebaliknya... betapa di sekeliling kita kisah2
haruan makan anak misalnya, menggerunkan mereka yang bergelar wanita.
Betapa kisah isteri2 yang ditinggalkan... pasti sedikit sebanyak
menggugat sebuah kepercayaan terhadap lelaki. Kabur dan lebur. Bahkan
yang lebih dahsyat wanita dijadikan sumber pendapatan bagi lelaki. Wal
iyazubillah.


 Namun, sampai bila wanita harus
keseorangan. Benar sukar untuk mencari seorang lelaki, yang ada
hanyalah jantan, yang ada hanyalah pondan wakakaka... namun dalam
berjuta jantan atau pondan itu pasti ada mereka yang bergelar lelaki
sejati bukan???


Ingatlah... keseorangan bukanlah pilihan
terbaik, keseorangan bukan pilihan agama, keseorangan juga bukan
pilihan Islam itu sendiri. Sebagai sahabat yang punya agama, punya
rasul dan nabi sebagi ikutan... pilihan yang dianjurkan adalah
perkahwinan. Insya Allah serahkan pada Allah dengan segala daya usaha,
doa usaha dan tawakkal. Pohon diberikan petunjuk dan kekuatan pasti
ditunjukkan jalan oleh Yang Maha Pengasih.


Sesungguhnya...
sebagai hambanya di bumi ini, pasti akan diuji. Namun kecil dan besar
sahaja yang membezakan ujian antara kita. Apapun setiap ujian yang
diberikan oleh Allah... tidak sesekali ujian yang tidak mampu kita
hadapi kerana Dia maha tahu akan kemampuan kita sebagi hambanya.
Kembali kepadaNya. Pohonlah dengan jalan yang diajarnya... Lakukan
solat membuat pilihan. Lakukan solat untuk mendapatkan permohonan.
Istikharahlah... mahupun solat hajat. Pohon jugalah pandangan dan restu
dari kedua ayah bonda... pasti jalan terbuka. Amin.


Rasa hati : Keliru



Help Palestine [hidayahnet] Anak KP Harakah kritikal

2009-05-14 Terurut Topik OraNg KaMpoNg
Anak KP Harakah kritikal 
Azamin Amin 
Wed | May 13, 09 |  2:30:53 pm MYT

  
KUALA LUMPUR, 13 Mei (Hrkh) - Anak Ketua Pengarang Harakah Ahmad Lutfi Othman 
kini berada dalam
keadaan kritikal setelah dimasukkan ke hospital dua hari lalu.

Iklan   
 
   

Ahmad Shafiq, 13 telah dimasukkan ke Hospital Ampang
pada malam 11 Mei akibat demam denggi yang berlarutan selama lebih lima
hari.

Melalui sistem pesanan ringkas Lutfi kepada Harakahdaily jam 2.00 petang tadi 
memaklumkan keadaan kesihatan anaknya itu.

"Anak saya kritikal. Mohon doakan kesejahteraan anak saya semoga dia sembuh," 
katanya melalui sms.

Syafiq, anak ketiga daripada lima adik beradik ini kini ditempatkan di Wad 6B, 
bilik dan nombor katil 24 di hospital tersebut.

Harakahdaily meminta jasa baik orang ramai dan sesiapa yang
turut bersimpati untuk sama-sama mendoakan kesejahteraan anak Lutfi
agar pulih sedia kala. - azm_  




Help Palestine [hidayahnet] Antara Usrah & Ummah

2009-05-14 Terurut Topik OraNg KaMpoNg
Antara Usrah & Ummah8 11 2008
Assalamu’alaikum.
Dedikasi buat para abi yang terlupa. Akan tapak permulaan tarbiyyahnya…

MAAFKAN ABI
Sudah sebulan lebih aku tak menulis dalam blog ni. Atas kesibukan
yang bertimpa-timpa sejak kebelakangan ni, aku jadi letih. Peperiksaan
akhir tahun, dokumen-dokumen yang semuanya bernotis ‘urgent’, urusan
pemulangan buku teks pelajar… memang betul-betul memenatkan. Emosi pula
kerap hilang stabiliti. Rasa cepat nak marah. Kesian dengan Marsha. Nak
bermanja dengan Abinya waktu pulang kerja. Tapi kena marah pula.
Maafkan Abi ye anje. Abi tak sengaja. Abi cuma seorang ayah yang
biasa-biasa saja. Sedang usaha jadi mithali tapi terkadang ‘tersadung’
juga dalam proses ke situ. Nasib baik ada Ummi yang sudi pujuk permata
hati kami yang sulung ni. Terima kasih Ummi.



Nak jaga hati seorang isteri juga bukan mudah. Aku pun jarang ada quality time 
dengan zaujahku. Kalau aku jadi isteri, aku pun akan rasa perkara yang
sama agaknya. Rasa kurang diberi perhatian. Apa tidaknya. Siang aku
bekerja di sekolah. Malam aku kena buat kerja-kerja dokumentasi.
Menyiapkan kertas kerja-kertas kerja program jamaah. Merancang dan
menyusun atur organisasi syabab. Dengan apa lagi semua itu, dengan
menghadap laptop ni la. Aku mengaku, sejak kebelakangan ni aku lebih
banyak menghadap laptop daripada menghadap zaujahku. Tak hairan la
kalau zaujahku boleh cemburu dengan laptop yang tak bernyawa dan tak
beremosi ni. Abi mintak maaf ye Ummi. Memikirkan masalah ummah memang
satu kerja berat dan perlu komitmen pada tahap tinggi. Harap Ummi dapat
mengerti.

MASALAH UMMAH?
Dalam leka aku memikirkan pendekatan demi pendekatan untuk
mendekatkan ummat manusia kepada Islam, hati aku seolah senak. Seolah
otakku buntu berfikir apa-apa. Lebih kurang 10 minit hang begitu saja. Kenapa 
gamaknya ye? Baru tadi, aku mengkoreksi diri
semula. Ummah itu datang dari mana? Apakah dakwah itu disebar kepada
mad’u yang wujud secara tiba-tiba? Para pendakwah yang akan menyambung
mata rantai perjuangan ini asalnya di mana? Astaghfirullahal’adzim!
Patut saja kalau Islam sukar diterima masyarakat. Kerana da’ei sendiri
lupa permulaan tapak dakwahnya. Usrahnya. Kepentingan membangunkan dan
memantapkan fikrah keluarganya.

Patut saja dakwahku kekadang ‘tidak sampai’ ke hati manusia. Kerana
keluargaku sendiri aku sisih dari rangkulan dakwah yang berterusan.
Kesian keluargaku. Dalam pada kesibukan Abi menanam dan
membina tunas-tunas baru, Abi terlupa dengan organisasi utama Abi
sendiri yang kurang perhatian tarbiyyah. Sedangkan dari sinilah Abi
mendapat motivasi kekuatan dan semangat. Mencambah keazaman dan
dedikasi. Masalah ummah yang Abi fikirkan selama ini sebenarnya dimulai
dari komuniti kecil yang Abi miliki sekarang ini.

KENGERIAN DI PENGHUJUNG ZAMAN
Aku cukup ngeri bila mengenangkan apa yang telah berlaku dan sedang
berlaku di persekitaranku. Di sekolah, baru-baru ini berlaku lagi
kejadian zina di kalangan pelajar-pelajar. Namun kali ini, pelajar
dengan pekerja kantin asrama. Astaghfirullahal adziim! Aku jadi takut
dengan keadaan yang semakin parah ini. Dulu, kejadiannya berlaku di
dalam surau. Tempat azan dilaungkan. Tiba-tiba menjadi tempat nafsu
tunggangan syaitan beroperasi. Bila ditimbang-timbang… institusi surau
juga tidak berperanan. Aku juga sendiri sebagai guru kurang berperanan.
Makanya, surau menjadi tempat yang semakin jauh dari hidayah. Bukan
lagi menjadi tempat manusia mendekatkan diri kepada Allah. Maafkan aku
Tuhan atas kelemahan diri ini.

Teruk sudah masyarakat Islam. Sudahlah disuntik dengan ‘ubat Yahudi
dan toghut’ setiap hari. Di TV, di surat khabar. Di siber. Islam
sekadar hasil cetakan di kad pengenalan. Membesarkan anak dalam keadaan
persekitaraan masyarakat yang serba negatif membuat aku jadi takut
dengan apa yang bakal dihadapi oleh Marsha dan anak-anakku yang lain di
masa depan nanti. Apakah ‘hidangan’ sosial yang bakal mereka lalui
nanti? Cukuplah Allah sebagai penolongku dalam menjalani kehidupan
sebagai seorang suami dan seorang Abi.

Sumber :  ikhwanmuda


Help Palestine [hidayahnet] Info Muslim : Sebelum kiamat bermula.

2009-05-08 Terurut Topik OraNg KaMpoNg
Info Muslim : Sebelum kiamat bermula.
Kategori : AKIDAH Usuluddin

Tajuk :Matinya Tiap-tiap Yang Bernyawa Apakala Berakhir Umur Dunia Kemudian 
Semuanya Dihidupkan Semula

Hadith :

Rasulullah s.a.w menyebut perihal Dajal serta menyatakan:

"…Sebenarnya Dajal itu seorang muda yang rambutnya kerinting, biji
matanya timbul (buta sebelah); …Sebenarnya ia akan keluar di satu
tempat di antara negeri Syam dengan negeri Iraq, serta ia akan
melakukan kerosakan di serata tempat yang ia sampai kepadanya (dengan
menjadikan kampung orang yang menerima dakwaannya sebagai Tuhan - mewah
makmur, dan kampung orang yang enggan menerima dakwaannya - susah
meleset; dan dengan menunjukkan kepandaian sihirnya dengan menjadikan
tempat yang terbiar dan tanah yang kering kontang - mengeluarkan
khazanah buminya dan tumbuh-tumbuhan yang menghijau subur;juga
menjadikan orang muda yang kuat gagah dibelah dua badannya, sepotong
dicampakkan jauh dari satu lagi, kemudian diserunya, lalu kedua
potongan badan itu bersatu dan orang muda itu pun hidup semula dengan
tersenyum-senyum seolah-olah tidak ada sesuatu yang menimpanya;
demikian juga mana-mana yang menyembahnya dimasukkan ke dalam Syurganya
yang dirasai oleh orang itu sebagai Neraka, sebaliknya orang yang
enggan menyembahnya dimasukkan ke dalam nerakanya yang dirasai oleh
orang itu sebagai Syurga; dan lain-lain lagi)."


Nabi s.a.w bersabda lagi:
"Wahai sekalian hamba Allah, setelah kamu mengetahui demikian maka tetapkanlah 
iman kamu, jangan terpengaruh kepada dakwaannya!"

Kami bertanya:
"Ya Rasulullah! Berapa lama ia bermaharajalela di bumi?" Baginda s.a.w
menjawab: "Empat puluh hari - hari yang pertama: Panjangnya seperti
setahun, dan hari yang kedua: Panjangnya seperti setahun, dan hari yang
ketiga: Seperti seminggu, manakala hari-hari yang lain: Seperti
hari-hari kamu yang biasa."
Kami bertanya lagi:
"Ya Rasulullah! Jika demikian, hari yang panjangnya seperti setahun iu
misalnya cukupkah kami mengerjakan padanya sembahyang untuk sehari?"

Baginda s.a.w menjawab:
"Tidak, tetapi kirakanlah masa untuk mengerjakan sembahyang itu sekadar masa 
yang biasa kamu lakukan;"….

Baginda s.a.w menerangkan lagi:
"Semasa Dajal itu bermaharajalela, Allah
hantar turun Nabi Isa anak Mariam lalu ia turun berhampiran dengan
menara putih yang letaknya di timur bandar Damsyik…..maka Nabi Isa pun
mengejar Dajal sehingga dapat menawannya di pintu kariah yang bernama:
"Lud", lalu membunuhnya. Setelah itu datanglah suatu kaum yang Allah
selamatkan dari bencana Dajal itu menghadap Nabi Isa a.s, lalu Nabi Isa
hapuskan kesan kedukaan dan kesedihan dari air muka mereka dengan
menyatakan: Bahawa Dajal telah pun dibunuh, serta mengembirakan mereka
denga darjat-darjat kedudukan mereka dalam Syurga;"

Nabi s.a.w menerangkan lagi: "Bahawa semasa Nabi Isa sedang menerangkan
perkara-perkara yang menggembirakan mereka, Allah wahyukan kepada Nabi
Isa dengan firmannya: "Bahawa Aku telah mengeluarkan sekumpulan
hamba-hambaKu (Ya'juj wa Ma'juj) yang tidak ada daya upaya bagi sesiapa
pun memerangi mereka; oleh itu maka bawalah hamba-hambaKu yang
bersama-samamu berlindung di bukit Tursina; setelah itu Allah keluarkan
Ya'juj wa Ma'juj dan mereka pun meluru turun dari tiap-tiap tempat yang
tinggi….; Nabi Isa dan pengikut-pengikutnya pun terkepung lama di bukit
itu sehingga kepala lembu menjadi lebih berharga dan lebih baik kepada
mereka dari seutas dinar kepada seseorang kamu sekarang;

lalu Nabi Isa dan pengikut-pengikutnya merayu kepada Allah supaya
membinasakan musuh mereka, maka Allah s.w.t hantarkan ulat-ulat
menyerang batang leher Ya'juj wa Ma'juj itu,mereka pun mati
bergelimpangan dengan serentak seperti matinya satu jiwa. Kemudian Nabi
Isa dan pengikut-pengikutnya turun dari bukit itu, lalu mereka dapati
tidak ada barang sejengkal pun di bumi melainkan penuh dengan bau hapak
dan busuk disebabkan bangkai Ya'juj wa Ma'juj itu; maka Nabi Isa dan
pengikut-pengikutnya merayu lagi kepada Allah lalu Allah Taala
hantarkan kumpulan burung yang batang lehernya seperti batang leher
unta, maka kumpulan burung itu pun mengangkut serta mencampakkan
bangkai-bangkai itu ke tempat yang dikehendaki Allah. Kemudian Allah
Taala turunkan hujan lebat yang sebarang bangunan tidak dapat menahan
airnya daripada meliputi serta mencuci muka bumi sehingga menjadi
bersih dan rata seperti cermin.

Kemudian Tuhan berfirman kepada bumi:
Tumbuhkanlah tanamanmu serta keluarkanlah buahmu, dan kembalikanlah
segala nikmatmu"; maka pada masa itu sebilangan orang boleh kenyang
dengan memakan sebiji buah delima, dan boleh berteduh dengan kulitnya;
dan pada masa itu juga diberkatkan Tuhan pada susu sehingga susu seekor
unta perahan, mencukupi untuk diminum oleh satu kaum yang besar
jumlahnya, dan susu seekor lembu perahan, mencukupi untuk diminum oleh
satu qabilah; dan susu seekor kambing perahan, mencukupi untuk diminum
oleh satu suku kaum."

Nabi s.a.w bersabda lagi: "Semasa manusia sedang menikmati kemakmuran dan 
kemewahan yang tersebut tiba-tiba Alla

Help Palestine [hidayahnet] Suami macam nipun...

2009-05-07 Terurut Topik OraNg KaMpoNg
Bekas suami dedah hubungan sulit Norish
Oleh SITI AZIRA ABD. AZIZ
Hashimuddin dalam sidang media di pejabatnya di Ampang hari ini. -foto The Star 
oleh AZHAR MAHFOF
BEKAS suami Norish Karman semalam mendedahkan hubungan sulit
yang berlaku antara aktres itu dengan kekasihnya, Mohd. Luqman Mohd.
Amin.

Datuk Hashimuddin Abdul Kadir, 61, berkata beliau pernah memberi
amaran kepada Luqman agar memutuskan hubungan dengan bekas isterinya
pada Oktober 2007.

Dalam nada sinis, kata Hashimuddin, ‘Mula-mula tu, bunga baru nak mekar’.

“Saya cakap kepada Luqman yang perbuatannya salah disisi
undang-undang syarak kerana NK (Norish) mempunyai anak-anak dan
merupakan isteri saya.

“Luqman bersimpati dengan NK kerana dia hidup dalam keperitan. Saya tanya 
semula apakah keperitan yang dimaksudkan?

“Lalu saya memberi amaran kepadanya agar tidak berjumpa dengan NK
lagi,” jelas Hashimuddin dalam sidang media di pejabatnya, Perspec
Prime (M) Sdn. Bhd., Ampang, Kuala Lumpur.

Tidak lama selepas itu, Hashimuddin bersua dengan adik Luqman, penyanyi 
Farahdhiya dan bapanya, Mohd. Amin.

“Sebelum kami berjumpa, saya bercakap dengan Farahdhiya tentang hal
ini dan dia pun baru mengetahuinya selepas melihat gambar NK dalam
telefon bimbit Luqman.

“Apabila berjumpa, Farahdhiya dan bapanya menyuarakan rasa tidak
senang hatinya dan nekad hendak membuat sesuatu tetapi tiada apa-apa
yang dilakukan.

“Saya redha dan rela dengan perpisahan ini. Saya halalkan makan
minumnya tetapi tidak redha dengan apa yang dilakukan sekarang sehingga
orang menuduh saya kejam terhadap anak-anak,” luah pengerusi eksekutif
syarikatnya itu.

Tambahnya, "Luqman sering menginap di rumah saya dan dia pernah
membuat hubungan sulit dengan NK semasa masih menjadi isteri saya.

"Pada bulan Mac, saya mempunyai bukti NK bercuti bersama Luqman dan
anak-anak saya di Pulau Tioman sehingga anak-anak tidak bersekolah
tanpa izin saya.

"Mereka juga mengakui sebagai suami isteri. Bila mendapat tahu, saya
terpanggil untuk selamatkan anak-anak sebab tidak mahu mereka terdedah
dengan perkara di luar hukum syarak.

"Saya ingin selamatkan anak-anak dan tidak mahu mereka digunakan
untuk 'coverline'. Saya tak peduli kalau NK dan Luqman nak bercinta."

Justeru, Hashimuddin berkata pada 22 April lalu Mahkamah Tinggi
Syariah Shah Alam telah mengeluarkan perintah tidak membenarkan Luqman
menghampiri anak-anaknya berdasarkan pergaulan 'luar biasa' itu.
Katanya, perkara itu akan dibangkitkan semasa perbicaraan pada 17 Jun nanti.

Namun begitu, bukan bermakna sidang media yang diadakan itu bertujuan untuk 
membuktikan NK curang kepadanya.

“Saya tidak berniat membuktikan dia (Norish Karman) curang. Saya
hanya nak betulkan perkara yang tidak betul dengan mengeluarkan senarai
kemudahan-kemudahan serta nafkah yang saya berikan kepada NK untuk
anak-anak.

“Saya terpaksa cakap sebab apa yang ditimbulkannya dalam akhbar
sebelum ini menyebabkan isteri pemimpin dan rakan-rakan saya
menggambarkan saya seorang bapa yang kejam dan zalim serta meninggalkan
anak-anak dalam suasana yang menyedihkan.

“Mereka menyoal saya, bagaimana saya yang pernah menolong ibu
tunggal dan anak orang miskin sebelum ini boleh melakukan perbuatan
seperti ini terhadap anak-anak sendiri,” jelasnya.

Menurutnya, ada dua isu yang dia ingin perkatakan iaitu isu nafkah dan isu 
kereta Murano.

Berikut adalah kenyataan yang dikeluarkan oleh Hashimuddin mengenai
kemudahan-kemudahan serta nafkah yang diberikan kepada NK untuk
anak-anak:

1. Wang saku
Wang tunai berjumlah RM700 sebagai wang saku untuk anak-anak.
Sekiranya tidak mencukupi, boleh menghubungi Setiausaha Hashimuddin di
pejabat kerana ada peruntukan ‘petty cash’ yang disediakan apabila
perlu.

2. Keperluan harian
Bekalan makanan serta barang-barang keperluan dapur berjumlah RM700
hingga RM1,000 seminggu yang dikirimkan oleh Hashimuddin sendiri atau
melalui pemandunya.

3. Kenderaan
Kemudahan kenderaan pendaftaran BJN 17 beserta pemandu bagi
menghantar serta mengambil pulang dari sekolah termasuk juga
kelas-kelas tambahan serta aktiviti-aktiviti. Begitu juga Hashimuddin
mengizinkan NK menggunakan kenderaan itu untuk tujuan tertentu
sekiranya perlu.

Jadual kenderaan beserta pemandu yang disediakan adalah pada hari
Isnin hingga Sabtu di mana ada ketikanya hari Ahad sekiranya perlu.
Kebiasaannya, Hashimuddin bersama anak-anak pada hari Ahad mulai pukul
6 pagi hingga 7 petang.

Pemandu ini sentiasa berada di keadaan ‘standby’ sekiranya berlaku
apa-apa kecemasan maka NK boleh menghubungi serta menggunakan kenderaan
beserta pemandu itu untuk tujuan kecemasan atau hubunginya dalam masa
24 jam.

4. Pembantu rumah
Wang sejumlah RM700 yang dibayar terus kepada pembantu rumah atau
pun di kreditkan terus ke akaun pembantu di Filipina melalui Western
Union.

5. Perkhidmatan telefon kediaman
Memasang serta membayar dan menjelaskan bil telefon termasuk kemudahan internet 
anggaran kira-kira RM500 hingga RM 600 sebulan.

6. Keperluan Perubatan
Ketiga-tiga anak serta NK didaftarkan di 

Help Palestine [hidayahnet] Kepimpinan Ulama dalam Pas: Satu kajian semula

2009-05-07 Terurut Topik OraNg KaMpoNg
Kepimpinan Ulama dalam Pas: Satu kajian semula


PAS telah memperkenalkan dasar kepimpinan Ulama sejak tahun 80an ketika
Almarhum Pak Yusuf Rawa menjadi Presiden. Dasar tersebut telah
mewujudkan sebuah institusi yang dinamakan sebagai Majlis Syura Ulama
di samping memperkasakan Dewan Ulama Pas. Timbul tanggapan hari ini
bahawa jawatan Timbalan Presiden haruslah dipegang oleh mereka yang
mempunyai title ulama atau ustaz.

Adakah kepimpinan ulama itu bermaksud Presiden dan Timbalan Presiden
itu mestilah ulama ataupun kepimpinan Pas merujuk kepada ulama atau
syarak?

Penulis tetap mempertahankan bahawa kerusi Timbalan Presiden
hendaklah diisi oleh seorang pejuang telah diuji dalam perjuangan
menegakkan yang maaruf dan menentang kemungkaran dengan syarat
kepimpinannya hendaklah sentiasa bernaung di bawah Majlis Syura Ulama.
Ulama itu tidak semestinya seorang pemimpin tetapi pemimpin itu
mestilah sentiasa merujuk kepada Ulama. Penulis ada alasan dan hujah.

Semangat Kepimpinan Ulama


Semangat ini perlu diterjemahkan melalui perjuangan yang berani dan
kecekalan dalam menerima ujian dan juga tawaran. Istiqamah amat penting
dalam perjuangan yang mendokong kepimpinan Ulama. Kita tidak mahu
tragedi seperti Ustaz Nakhaei Ahmad yang bertaraf Ulama namun tidak
tahan ujian dan tawaran.Timbalan Presiden Adalah Presiden.

Ketika ketiadaan atau keuzuran Presiden, Timbalan Presiden adalah
Presiden. Atas semangat kepimpinan Ulama maka pemangkunya ketika
sebarang kemungkinan perlulah merujuk kepada Majlis Syura Ulama agar
semangat kepimpinan ulama itu sentiasa segar.



Kemampuan Ilmu Syarak

Presiden atau Timbalan Presiden mesti seorang yang berkemampuan
tinggi menyelesaikan masalah jamaah atau masalah umat berdasarkan
peraturan syarak. Mampu merujuk masalah yang rumit dan halus di bawah
naungan Majlis Syura Ulama. Hanya Majlis Syura Ulama yang mampu
melakukan itu semua.


Pas Adalah Gerakan Islam

Pas bukan sekadar sebuah parti politik tetapi adalah gerakan Islam.
Kemampuan pemimpin tertingginya membawa Pas menghayati ruh sebuah
gerakan Islam sangat diperlukan. Sesiapa sahaja mampu memimpin sebuah
parti politik tetapi tidak semua orang berupaya memimpin sebuah gerakan
Islam. Pemimpin yang telah teruji ketahanannya dalam mempertahankan
survival gerakan Islam layak menjadi Timbalan Presiden.



Tiada Cacatnya Timbalan Presiden bukan Ulama

Semenjak sekian lama dua jawatan utama itu dipegang oleh ulama
dengan gandingan Yusof Rawa Fadhil Noor, Fadhil Noor Abdul Hadi dan
Abdul Hadi Nasharuddin, tidak timbul masalah besar. Kalau Timbalan
Presiden sekarang bermasalah apa salahnya kita tukarkan beliau dengan
mereka yang bukan Ulama selama dua tahun, kita boleh lihat dahulu
kemampuannya untuk memimpin sebuah gerakan Islam.

Siapa Yang Layak Menduduki Kerusi Itu Daripada Kalangan Bukan
UlamaHanya pemimpin yang telah teruji dalam perjuangan ini dengan
kesusahan, kepayahan dan kesukaran serta tawaran menarik tetapi terus
kekal istiqamah sahaja yang layak menduduki kerusi itu.


Kita Perlu Berbeza Dengan Orang Lain


Parti sahabat kita atau parti saingan kita tidak meletakkan ulama
sebagai tunggak. Kita tetap berbeza daripada parti lain kerana hierarki
kepimpinan tertinggi kita adalah Ulama yang berada di dalam Majlis
Syura Ulama. Sistem dalam Pas amat berbeza di mana Mursyidul Am adalah
pemimpin nombor satu dalam parti.

Majlis Syura Ulama mestilah dipertahankan sebagai institusi yang
tertinggi di dalam parti. Di samping itu Dewan Ulama sebuah lagi
institusi dalam Pas juga wajib terkehadapan dalam mengolah isu-isu
semasa dengan berlandaskan syara’.

Penulis berpandangan isu yang perlu di sini ialah kepimpinan dalam
Pas perlulah diberikan kepada sesiapa sahaja samada mereka itu Ulama,
profesional ataupun aktivis parti dengan syarat mereka itu adalah
daripada yang terbukti mampu memimpin Pas membawa ke tahap yang lebih
gemilang.

Jangan jadikan Ulama sebagai satu syarat untuk memimpin di dalam
Pas. Kelak Pas akan berpecah teruk lantaran sikap bodoh sombong
mana-mana individu yang mempergunakan title Ulama untuk melindungi
kelemahan sendiri. Akhukum fil Islam

Mohamad Hasan Marzuki


Help Palestine [hidayahnet] Labibah Ahmad, Ketua Muslimat Ikhwan Muslimun Pertama

2009-05-06 Terurut Topik OraNg KaMpoNg
Labibah Ahmad, Ketua Muslimat Ikhwan Muslimun Pertama 
Ustaz Zainudin Hashim 
Tue | Apr 28, 09 |  7:00:57 pm MYT

  
Kekuatan
Ikhwan Muslimun khususnya di Mesir tidak hanya bergantung kepada
penampilan sayap Pemuda dan Ulama semata-mata, tetapi juga bergantung
kepada sejauh mana penglibatan Muslimat dalam sepak terajang politik
Mesir yang penuh dengan penipuan, penindasan serta memilih warna kulit
dalam kancah politiknya.

Iklan   
 
   

Penglibatan Gerakan Akhwat (sayap Muslimat) Ikhwan
Muslimun turut mewarnai kancah politik Mesir, yang bukan sahaja
menitik-beratkan persoalan yang dihadapi golongan wanita, iaitu
membebaskan mereka daripada berpegang teguh kepada ajaran agama Islam
kepada berpegang dengan ajaran Islam itu sendiri, ini kerana Mesir
tidak terkecuali disenaraikan sebagai sebuah negara yang diancam Barat
dengan gerakan pembebasan wanita.

Sesungguhnya anggota Akhwat Gerakan Ikhwan Muslimun amat kental
dan sinonim dengan Islam. Mereka mengerahkan seluruh tenaga yang ada
bagi memastikan agar wanita Islam di Mesir dibela melalui program yang
boleh menyelamatkan akidah mereka daripada terjerumus dalam kancah
penentangan terhadap hukum-hukum Allah SWT seperti bebas bergaul dengan
lelaki tanpa mengambil kira batas-batas yang diharamkan, mendedahkan
aurat sebagai bukti menuju kejayaan dan bermacam-macam elemen lain yang
melayakkan mereka menjadi ahli neraka.

Antara tokoh wanita yang dimaksudkan berjaya memimpin golongan
sejenis dengannya ialah Labibah Ahmad, yang merupakan Ketua Akhwat
Muslimat pertama yang juga sayap wanita Gerakan Ikhwan Muslimun yang
dikenali sebagai cukup kental dengan pendirian terhadap agama Islam
yang menjadi teras kepada perjuangan Ikhwan Muslimun.

Penglibatan Labibah dalam Ikhwan Muslimun

Labibah satu nama besar dalam memimpin sayap wanita Ikhwan atau
lebih dikenali sebagai Akhwat Muslimat. Beliau dilahirkan pada
1292H/1875M di Kaherah dari sebuah keluarga mulia yang menitik-beratkan
pendidikan agama, belajar di peringkat rendah di tangan ahli
keluarganya yang berpendidikan agama dengan memulakan belajar bahasa
Arab dan beberapa ilmu asas agama seperti Sirah Nabi Muhammad s.a.w.,
ilmu sastera, syari'at Islam dan lain-lain.

Dalam peringkat menengah pula, keluarga Labibah menghantarnya
ke sebuah sekolah yang mengajar mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah hingga
mampu menguasai semua subjek agama dengan baik serta mencapai
pengetahuan luar biasa kerana penguasaannya yang disifatkan sebagai
pelajar terbaik ketika itu.

Selepas menamatkan pengajian peringkat menengah, Labibah
menulis bahan-bahan rencana berbentuk Islam kepada beberapa akhbar
tempatan untuk disiarkan dengan menggunakan pelbagai nama pena bagi
mengaburi pihak berkuasa. Kebanyakan tulisannya berbaur seruan kepada
wanita untuk bangkit menyatakan hak mereka yang diabaikan oleh pihak
berkuasa.

Mula menggerakkan wanita di negaranya apabila menganjurkan satu
revolusi kebangsaan pada 16 Mac 1919 bersama Huda Sya'rawi dan
Nabawiyyah Musa (aktivis pembebasan wanita terkenal di seluruh Mesir
dengan kelantangan suara mereka menyatakan hak kaum wanita) menghadapi
penjajah Inggeris yang menyekat revolusi berkenaan. Revolusi kebangsaan
itu mendapat liputan meluas akhbar-akhbar seluruh dunia apabila
menyatakan bahawa wanita Mesir bangkit melawan Inggeris yang
mengehadkan pergerakan dan hak wanita. Revolusi itu diperkuatkan dengan
penyertaan tokoh-tokoh pejuang kebangsaan Mesir ketika itu seperti
Qadim Amin, Sa'ad Zaghlul dan Mahmud Samy al-Barudi.

Pada 1923, Huda Sya'rawi mengasaskan Kesatuan Wanita yang masih
dilihat oleh Labibah hanya terbatas pada perkara-perkara pokok sahaja.
Justeru, beliau mengasaskan pula 'Pertubuhan Kebangkitan Wanita-wanita
Mesir', ia meliputi aspek akhlak, kemasyarakatan, keagamaan yang
bersandarkan kepada hukum Syariat Islam yang tidak dibuat atau
diperkenalkan oleh Huda Sya'rawi.

Pertubuhan yang diasaskan oleh Labibah itu turut menyediakan
program ilmu yang memacu wanita untuk menjadi golongan terpelajar dalam
apa jua bidang yang diceburi mereka, terutama golongan pekerja
kedua-dua sektor kerajaan dan swasta bagi memastikan produk Mesir dalam
dihasilkan dengan jayanya.

Tidak cukup dengan itu, Labibah menerbitkan sebuah majalah
melalui pertubuhan yang diasaskan, yang dikenali dengan 'Majalah
Kebangkitan Wanita' yang beroperasi selama 20 tahun sehingga permitnya
dihentikan oleh pihak berkuasa atas sebab-sebab tertentu pada 1942.
Majalah itu mendapat sambutan menggalakkan kerana beberapa rencana yang
termuat di dalamnya ditulis oleh tokoh-tokoh pemikir Islam termemuka
seperti Syakib Arsalan, ar-Rafi'ie, Farid Wajdi serta Muhibuddin
al-Khatib.



Hasan al-Banna dapat hidu ketangkasan Labibah

Ketangkasan kepimpinan Labibah dihidu oleh pengasas Ikhwan Muslimun,
Imam Syahid Hasan al-Banna apabila Almarhum membuka sayap wanitanya
yang dikenali sebagai Akhwat Muslimat. Imam Hasan mempelawa Labibah
untuk mengisi jawatan ketua sayap berkenaan pada 1948, setahun sebelum
kewafatan Imam Syahid yang ditembak m

Help Palestine [hidayahnet] Pengguna internet perlu amal kawal selia kendiri

2009-05-04 Terurut Topik OraNg KaMpoNg
Pengguna internet perlu amal kawal selia kendiri


MAKLUMAT di hujung jari demikianlah kegunaan Internet bagi kebanyakan
kita.Pelbagai bentuk maklumat boleh didapati apabila kita mempunyai
capaian terhadap "World Wide Web (www)" dan walaupun kebanyakan kita
sedar bahawa bukan semua maklumat ini tepat dan benar, namun ada juga
pihak yang begitu taksub dan mempercayainya seratus peratus.

Lebih malang lagi ialah apabila ada pihak yang menggunakan Internet
bagi menyebarkan khabar angin, maklumat tidak benar, fitnah dan
sebagainya, yang boleh memberi kesan buruk terhadap orang lain.
Walaupun perbuatan tidak baik ini menimbulkan kebimba

"Sebab itu, kebanyakan mereka tidak sedar tentang akibat buruk
daripada tindakan mereka," kata Mohd Mustaffa Fazil Mohd Abdan,
pengarah eksekutif Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia (CMCF).

"Saya berpendapat masyarakat kita mengambil bahagian secara amat
sihat dalam pembangunan industri berkenaan dengan memanfaatkan peranti
dan khidmat yang disediakan oleh pembekal perkhidmatan. Mereka gemar
mencuba, meneroka dan mempelajari benda baru.

"Tapi, tidak semua yang sedang belajar ini mengambil kira tentang
etika atau mendalami tentang apa yang betul atau salah. Mereka tidak
memikirkan tentang risiko apabila membuat sesuatu kenyataan kerana
mereka berpendapat bahawa oleh kerana Internet bersifat bebas dan
bertaraf antarabangsa, maka tiada siapa boleh memarahi atau mengambil
tindakan terhadap mereka," katanya.
Mohd Mustaffa berkata selain Akta Komunikasi dan Multimedia (CMA),
pengguna Internet juga terikat dengan pelbagai undang-undang lain.
"Kami tidak berniat untuk mengehadkan kebebasan media atau kebebasan
bersuara, tapi orang ramai mestilah menggunakan kebebasan ini dengan
cara yang sewajarnya dan beretika. Kalau seseorang itu ingin menyiarkan
sesuatu kenyataan, ia perlulah disokong dengan sesuatu yang konkrit.

"Khabar angin boleh membawa keburukan kerana selalunya ia tidak
berasas. Di sinilah timbulnya masalah, bukan saja bagi kerajaan, tapi
juga bagi semua individu," katanya.

"Apabila membaca akhbar, kita membuat andaian bahawa sebahagian
besar apa yang dilaporkannya adalah benar. Jadi, apabila membaca berita
atau maklumat melalui Internet juga, kita anggap ia sama seperti
laporan yang disiarkan oleh akhbar.

"Dalam blog tertentu dari luar negara, penulisnya tidak membuat
sebarang dakwaan walaupun topik yang dibincangkan begitu panas. Mereka
berbincang tentang isu berkenaan dan cuba mendapatkan konsensi daripada
orang ramai agar ia tidak menjadi isu kemudiannya. Di sini, kita
berbincang, tapi ia menjadi isu. Kenapa?

"Ini kerana mereka menerima sesuatu maklumat itu tanpa usul periksa
dan kemudian membuat kenyataan yang tidak berasas. Inilah yang
menimbulkan kebimbangan," katanya.

Namun demikian, Mohd Mustaffa berpendapat bahawa amalan kawal selia
kendiri yang wujud sekarang, sudah memadai bagi mengawal pembangunan
industri ini.

"Kewujudan kami bukan untuk menyekat hak orang ramai untuk bebas
melahirkan pendapat atau mengarah. Jelas sekali bahawa apa yang
dilarang dalam kaedah di luar talian, adalah juga dilarang dalam kaedah
dalam talian.

Melalui kawalan selia kendiri, anda bertangungjawab terhadap isi
kandungan yang disiarkan dan begitu juga mereka yang mengaksesnya.

"Sekiranya anda layari kandungan yang tidak baik, itu adalah pilihan
anda dan anda tidak boleh menyalahkan sesiapa. Tapi, sekiranya
kandungan yang dilayari itu berbentuk lucah, maka ia akan menjadi isu,"
katanya.

CMCF ditubuhkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan. Ia
merupakan satu-satunya pihak berkuasa yang bertanggungjawab, antara
lain, bagi memantau industri komunikasi, yang merangkumi semua media
elektronik.

CMCF dan peserta industri berkenaan telah merangka kod kandungan
yang bertindak sebagai garis panduan bagi peserta industri berlandaskan
amalan kawal selia kendiri.

Melalui amalan kawal selia kendiri, hak pengguna dilindungi oleh kod
kandungan, yang memberi penjelasan terperinci tentang CMA dan mudah
difahami oleh orang biasa.

"Contohnya, Seksyen 211 CMA melarang penyiaran bahan tidak senonoh,
lucah, palsu, berbahaya dan jijik. Jadi, kami (CMCF) memberi penerangan
tentang perkara ini (kod kandungan)," kata Mohd Mustaffa.

Beliau bagaimanapun berkata usaha memberi kesedaran tentang perkara
itu masih berjalan dan orang ramai hanya akan merujuk kepada kod
kandungan berkenaan apabila mereka ditimpa masalah.

Perkara paling penting, kata beliau, ialah mendidik orang ramai
dengan menonjolkan tentang betapa perlunya mereka bersikap berhati-hati
terhadap kandungan yang mereka lihat dan mewujudkan pemahaman yang
bersifat intelektual.
"Demi kebaikan kita sebagai individu, adalah penting bagi kita
mencari dan mengamalkan kebenaran, tapi sayangnya, inilah yang kurang
kita lakukan," kata beliau.

Beliau berkata sambil kerajaan membuat pemantauan dari jauh, kawal
selia secara kendiri akan memberi ruang kepada seluruh industri
k

Help Palestine [hidayahnet] Surat Husam kepada Dr Zambry

2009-05-02 Terurut Topik OraNg KaMpoNg
Surat Husam kepada Dr Zambry
Dato' Husam Musa
Tue | Apr 14, 09 | 10:13:34 am MYT



YB Dato' Zambry Abdul Kadir,
Iklan




ADUN Pangkor, Perak Darul Ridwan.
Assalamualaikum wr wt.
PEMBUBARAN DUN PERAK

Salam, dengan iringan YB dalam keadaan sihat sejahtera.

Kelancaran Pentadbiran Negeri Perak dan kestabilan politik yang
membolehkan urusan kebajikan rakyat dikendalikan dengan baik terganggu
apabila kuasa Kerajaan Negeri Perak dirampas dengan membelakangkan
pilihan rakyat.

YB terlibat sebagai watak utama apabila bersetuju menerima
jawatan MB sekalipun MB yang sah tidak pernah dalam apa jua cara
mengosongkan kerusinya.

Atas takdir Allah, berlaku kekosongan kerusi di Perak
berikutan kematian YB ADR Bukit Gantang di mana satu dari ADUN yang
telah berpaling tadah ada di situ, iaitu DUN Cangkat Jering.

Seperti YB ikuti, calon BN telah tewas dengan majority yang
lebih besar dari pilihanraya umum 2008, sekalipun gambar YB sebagai
'Menteri Besar' tersenyum lebar dan terpampang di mana-mana. Kemenangan
YAB Datuk Sri Nizar telah membuktikan segala-galanya.

Rakyat Perak tidak boleh menerima kerajaan haram yang
membelakangkan pilihan rakyat. Apa lagi semua dasar-dasar yang
diputuskan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat telah diteruskan tanpa satu pun
dirombak walaupun UMNO mendakwa dasar-dasar itu merugikan Melayu,
termasuk dasar pemberian milik tanah yang telah terbengkalai puluhan
tahun semasa BN mentadbir Perak.

Saya suka memetik pendapat Dr. Wee Ka Siong, Dr. Cheah Soon
Hai, Pengerusi Gerakan Kedah dan Encik Ismail Saffian, bekas calon BN
di Bukit Gantang sendiri, yang disiarkan dalam akhbar The Star, muka
surat N4 hari ini: bahawa punca kekalahan BN bukan sahaja di Bukit
Gantang, malah juga di Bukit Selambau ialah peristiwa perampasan kuasa
Kerajaan Perak.

Jika calon BN sendiri, seorang ahli UMNO, boleh mengakui
hakikat ini, di manakah YB hendak letakkan muka? Ia bukan sahaja
menyebabkan BN kalah di Bukit Gantang, tetapi kesan negatifnya sampai
ke Kedah.

Selain calon, rakan-rakan parti komponen YB juga secara terbuka menyalahkan 
tindakan berkenaan.
Kalau sudah ahli dan rakan sendiri menyalahkan YB dan parti YB,
tentulah rakyat yang telah membuat pilihan mereka merasa terkilan
berlebih lagi.
Apa lagi yang boleh menghalang naluri murni YB tidak tersentuh dan deria maruah 
YB tidak  terpanggil?

Masihkah mampu YB berdiri tercacak sebagai 'Menteri Besar Perak'
sedangkan pilihan rakyat adalah lain dan rakyat Perak melalui pengundi
Bukit Gantang telahpun menjatuhkan penghakiman mereka?
Kembalikanlah kepada rakyat. Walaupun sudah terlajak, ia masih
boleh dibetulkan jika kehormatan politik dan maruah diri masih utuh dan
tinggi.
Salam

Husam Musa
Naib Presiden PAS
13 Rabi�ul Akhir 1430/
9 April 2009  _



Help Palestine [hidayahnet] Fairus 'bersih' - SPRM

2009-04-29 Terurut Topik OraNg KaMpoNg
Fairus 'bersih' - SPRM23 Apr 2009  5:49PM PP: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 
Malaysia (SPRM)
memutuskan keterangan yang diperolehnya berhubung siasatan terhadap
bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin
daripada Parti Keadilan Rakyat, tidak mempunyai asas untuk mendakwanya.


Menurut kenyataan SPRM hari ini, keputusan itu dibuat setelah SPRM
meneliti kes itu dengan mendalam dan mengambil kira keseluruhan
keterangan yang terdapat dalam siasatan itu.

"Peguam Negara juga bersetuju atas keputusan ini setelah dimaklumkan 
kepadanya," menurut kenyataan itu.
Sebelum
ini, SPRM membuka kertas siasatan berhubung dakwaan kononnya dua
pemimpin PKR negeri itu yang disyaki terlibat dalam penyelewengan
membabitkan syarikat kuari di Seberang Perai.

Pendedahan
berkenaan dibuat oleh Ketua Angkatan Muda PKR Kepala Batas, Amizuddin
Ahmat pada Februari lepas dan ia dipercayai menjadi punca kepada
peletakan jawatan Mohammad Fairus sebagai Timbalan Ketua Menteri I dan
Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti.

Menurut kenyataan
itu, siasatan SPRM mendapati tugas dan tanggungjawab di bawah portfolio
Mohammad Fairus tidak ada kaitan secara langsung dengan perusahaan
kuari di Pulau Pinang.

"Beliau hanya diberi tugas mengendalikan
siasatan kes pemberian tanah di Lot 954 dan 955, Mukim 20, Seberang
Perai Tengah kepada seseorang, dan siasatan mendapati beliau ada
meminta dan menerima pembiayaan daripada seorang pengusaha kuari bagi
menghadiri satu kursus antarabangsa di London," menurut kenyataan itu.

Bagaimanapun,
menurut SPRM, pengusaha kuari yang memberi sumbangan tersebut tidak
mempunyai kaitan dengan siasatan terhadap Mohammad Fairus.

"Siasatan
mendapati Mohammad Fairus telah pergi menghadiri kursus antarabangsa di
London pada pertengahan tahun 2008 bersama-sama dengan Timbalan Ketua
Menteri II Pulau Pinang (P. Ramasamy) yang mana Ramasamy dibiayai
sepenuhnya oleh pihak penganjur dan kerajaan negeri," menurut kenyataan
itu.

Dalam kenyataan itu juga, SPRM mengingatkan kerajaan
negeri, kementerian dan jabatan agar mematuhi peraturan dan tatacara
permintaan serta penerimaan sumbangan daripada pihak luar.

SPRM
akan menghantar pegawainya ke Pulau Pinang untuk menjalankan kajian
bagi meningkatkan ketelusan dan akuantabiliti melalui prosedur dan
tatacara penerimaan sumbangan atau derma dari pihak luar.

"Hasil kajian ini akan dicadangkan untuk diterima pakai oleh lainlain negeri 
dan kementerian," menurut kenyataan itu. / Bernama

Itu kata SPRM, SPR akan 'kata' minggu depan
 

Jemputan : Orangkampong


Help Palestine [hidayahnet] Kisah cinta

2009-04-28 Terurut Topik OraNg KaMpoNg
Kisah Cinta... Salam sahabat blog...

Hari
ni abi teringin kongsikan satu cerita tentang anak kesayangan abi ni.
Lagipun lama juga tidak menulis di sini. Terbiar semak samun huhu...
Entah kenapa kisah cinta plak yang ingin dikongsikan. Kisah siapa???
Entah... Kisah abi??? Kisah Umar??? huhu... apa apa jelah. Takkanlah
Umarkan baru darjah dua dah pandai bercinta wakakaka. Adois Umar Umar.
Tulah macam tak percaya. Budak-budak...

Semalam... masa balik
sekolah, dalam kereta tu abi tengok Umar macam ada yang nak disampaikan
pada abi. hehe. Abipun apa lagi mengayatlah sikit.

Abi tengok
Umar ni macam nak cerita kat abi sesuatu je... ala citerlah Umar. Abi
memulakan perbulan. Umar sekadar senyum. Abi menambah manis senyum anak
abi ni... mesti ada sesuatu yang nak diceritakan kan kan???

Ok...
abi jangan marah tahu??? Nak marah apanya sayang??? OK... Umar sekarang
tahun duakan abi... tahun dua ni Umar tak nak bercinta dah. Umar dah
tahu bercinta tu berdosa... begitulah lebih kurang bunyinya.

Oh
camtu... baguslah. Maksudnya tahun satu umar bercinta ke??? Abi
meneka... ekekeke. Abi jangan marah tahu... Ok. Abi tak marah. Betul
umar bercinta... ujar si manja abi. Sepanjang perjalanan gelak sorang
abi... adois rupanya anak manja abi ni bercinta di tahun satu. Pening
pening...

Akhirnya abi tanyakan... Umar bercinta dengan siapa???
 dengan senyuman umar menyatakan. Dengan Ain... wakakaka sekali lagi
abi gelak. Camtulah lebih kurang sembang Umar dan abi.


Abi dan umar...

Moga anak ini benar2 memahami erti cinta dan memahamai cinta yang benar dan hak 
satu masa nanti.

Amin. 



Jemputan : Orangkampong


Help Palestine [hidayahnet] Musim Mengawan Berlaku Setiap Kali Pesta Diadakan Di Malaysia!

2009-04-28 Terurut Topik OraNg KaMpoNg
Musim Mengawan Berlaku Setiap Kali Pesta Diadakan Di Malaysia!


Setiap kali berakhirnya sambutan yang membabitkan ‘kemeriahan’ pada
sebelah malamnya di negara ini, tiga bulan selepas itu akan menyaksikan
peningkatan kes membuang bayi dan mengandungkan anak luar nikah.

Tempoh ini ibarat ‘musim mengawan’ kerana tiga bulan selepas itu rumah
perlindungan wanita akan mencatatkan peningkatan kes wanita tidak
bersuami mengandung memohon ‘perlindungan’ dan di seluruh negara pula
akan mencatatkan kes buang bayi sama ada yang ditemui masih hidup atau
ada janin dibuang di dalam semak, tandas awam atau pusat pembuangan
sampah.

Cukup menarik untuk membicarakan topik ini kerana umumnya ia
membabitkan pasangan yang mengadakan hubungan intim membawa kepada
perlakuan seks terlarang. Soal sah atau haram diketepikan pelakunya,
asalkan hasrat nafsu serakah dicapai.

Istilah ‘mengawan’ mungkin lebih menjurus kepada binatang dan konteks
ini ia memang normal, bahkan soal bertukar pasangan bukan masalah
besar. Bagaimanapun, dalam lingkungan penghidupan manusia normal,
apatah lagi umat Islam yang tergolong dalam kategori berpelajaran dan
pendidikan tinggi, ia sepatutnya tidak berlaku.

Menariknya, ‘musim mengawan’ ini berlaku serentak setiap kali adanya
sesuatu sambutan membabitkan cuti umum atau dikaitkan dengan meraikan
bersama kekasih seperti Tahun Baru, kemerdekaan atau ‘Hari Kekasih’
(Valentine’s Day).

Ketika itu jugalah, anak muda bergelar pelajar Institut Pengajian
Tinggi Awam (IPTA) dan Swasta (IPTS) tidak terkecuali ‘mengawan’ sama
ada mendapat persetujuan bersama atau tidak sengaja bersama pasangan
masing-masing.

Soal hukum agama diketepikan sama sekali, soal baik buruknya perbuatan
mereka yang bergelar pelajar universiti juga dibuang ke dalam tong
sampah. Paling penting, naluri hati dan nafsu mesti dipenuhi.

Kenyataan ini bukan omongan kosong. Hakikatnya, jika dilihat pada
statistik kes buang bayi atau kes gadis mengandung anak luar nikah, ia
secara konsisten menunjukkan trend ini selepas beberapa bulan atau
maksimum sembilan bulan selepas sesuatu perayaan berlangsung.

Ini diakui Pengarah Kem Modal Insan Kewaja, Yahya Mohamed Yusof, 45,
yang kini sudah mengendalikan lebih 3,000 kes mengandung anak luar
nikah sejak 1998. Rata-ratanya berusia 17 hingga 23 tahun yang mana
mereka sebenarnya dalam peringkat mencari ilmu, bukannya mencari
keseronokan seks.

Kewaja yang ditubuhkan atas inisiatif Yahya bersama isterinya, kini
dikhaskan untuk membantu dan menguruskan gadis mengandung anak luar
nikah, bertujuan membawa mereka kembali ke pangkal jalan dan pada masa
sama mengelak meningkatnya kes membuang bayi.

“Kira-kira 50 peratus daripada mereka pelajar sekolah menengah atas dan
IPT. Memang diakui, setiap kali tiba musim perayaan, kami akan menerima
banyak kemasukan baru beberapa bulan selepas itu.

“Kita perlu melihat ke belakang untuk mengkaji fakta itu dan ia dikira
berdasarkan usia kandungan mereka. Kebanyakan mereka mengandung pada
bulan yang memang ada sesuatu perayaan atau sambutan berlangsung.
Kononnya itu masa bersuka ria.

“Kita jangka pada sambutan Hari Kekasih pada Februari lalu kes gadis
mengandung di luar nikah akan meningkat selepas Mei kerana
kebiasaannya, gadis terbabit hanya menyedari mereka mengandung tiga
bulan selepas itu,” katanya.

Ketika ini pusat itu menguruskan 55 peserta wanita yang sedang menunggu
masa kelahiran bayi mereka mengikut tempoh berbeza. Puratanya,
dianggarkan antara 15 hingga 20 orang akan keluar masuk pusat itu
setiap bulan.

Logiknya, itu hanya statistik daripada sebuah pusat sukarela, belum
dikira pusat lain, kes mendiamkan diri atau yang nekad menggugurkan
anak semata-mata mahu mengelak menanggung aib diri dan keluarga.

Berdasarkan kaji selidik dan pengalaman Yahya menguruskan pusat itu
sejak 21 tahun lalu, ada antara peserta yang beranggapan pertemuan
romantik pasangan kekasih sempena Hari Kekasih atau cuti umum sebagai
simbolik upacara ‘pecah dara’.

Berlainan bagi Yahya yang tetap menganggap semua gadis di bawah
jagaannya sebagai mangsa rogol walaupun ada yang mengadakan seks atas
dasar suka sama suka.

“Seks mestilah melalui proses yang betul, mesti ada peraturan. Tiada
wanita yang merancang membuatkan diri dilanda musibah, ini semua
disebabkan tipu daya lelaki. Tiada yang teringin nak mengandung anak
luar nikah.

“Saya anggap semua kes di sini sebagai kes rogol disebabkan mereka jadi
pemuas nafsu lelaki. Apa yang boleh disimpulkan ialah bencana maksiat
iaitu semua jenis maksiat di negara kita semakin teruk, perlu ada sikap
menegur dan mencegah,” katanya.

Gadis serah tubuh selepas terjerat umpan cinta

Bagi sesetengah pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT), ada yang
sanggup memendekkan cuti semester dua bulan di kampung bersama keluarga
semata-mata mahu menghabiskan masa bersama teman lelaki di kampus di
penghujung musim cuti.

Tempoh masa cuti semester itu juga dianggap masa paling sesuai untuk
berpacaran dan lebih teruk ia adalah masa ‘tepat’ untuk mengawan kerana
mere

Help Palestine [hidayahnet] Tuan Guru Ghazali Batu 26: Penasihat Sultan Perak

2009-04-16 Terurut Topik OraNg KaMpoNg
Tuan Guru Ghazali Batu 26: Penasihat Sultan Perak
Mohd Fadli Ghani
Mon | Apr 13, 09 |  2:40:12 pm MYT


SALAH seorang ulama besar Perak yang bersama-sama mengasaskan PAS pada
1951 selain Mufti Haji Ismail Hamzah, Sheikh Zubir al-Filfulani, Mufti
Haji Ghazali Abdullah, Tuan Guru Haji Mohd Arshad Mohd Salleh dan Tuan
Guru Haji Abdul Samad Nuh ialah Tuan Guru Dato� Haji Ghazali Arshad
atau lebih masyhur namanya sebagai Tuan Guru Haji Ghazali Batu 26.

Iklan



Penglibatan para ulama terkenal ini dalam PAS telah meletakan PAS
sebagai sebuah parti yang berpengaruh di Perak dan negeri ini menjadi
kubu kuat PAS pada dekad 1950-an.
Tuan Guru Haji Ghazali walaupun lebih terkenal kerana institusi
pendidikannya di Batu 26, Bagan Datoh dan kegiatan dakwah beliau
sebagai penasihat Sultan Perak dalam soal agama, beliau sebenarnya
pakar rujuk PAS dalam soal hukum agama.

Tuan Guru Haji Ghazali bin Arshad bin Muhamad Rashid bin Sheikh
Mansur telah dilahirkan di Pasir Panjang Laut, Setiawan Perak pada 13
Rabiul Akhir 1319 Hijriyah (1901).

Moyangnya Sheikh Mansur berasal dari Yaman, manakala ibunya, Hajah
Puteri Madinah Mat Saman berketurunan Megat Terawis, pahlawan Perak
yang terkenal itu.

Walaupun bapanya tinggal di luar bandar tetapi mempunyai kesedaran
agama yang tinggi kerana di sekitar Setiawan ketika itu terdapat
beberapa orang ulama seperti Kadi Haji Alias Hussein (ayahanda Dr Haji
Abbas Alias, bekas Yang Dipertua Agung PAS) dan Kiyai Haji Abdul Latif
Abdul Hamid (ayahanda Ustaz Baharuddin Latif, bekas Setiausaha Agung
PAS).

Pada awalnya, Haji Ghazali dihantar belajar di Sekolah Melayu Pasir
Panjang Laut selama lima tahun. Pada 1912, beliau dimasukkan ke Pondok
Lubuk Merbau, kemudian berhijrah ke Kedah kerana berguru dengan Tuan
Hussin Kedah di Pondok Bagan Ulu, Pantai Merdeka dan Pondok Selengkoh,
Sungai Limau, Yan. Setelah itu, beliau mengambil masa lima tahun lagi
untuk mendalami ilmu agama di Madrasah al-Masriyah, Tanah Liat, Bukit
Mertajam di bawah bimbingan Sheikh Salleh Masri sehingga 1919.

Setelah pengajian peringkat asas ditamatkan, Tuan Guru Haji
Ghazali bertolah ke Makkah kerana mahu menambahkan lagi ilmu agamanya.
Di Makkah beliau mengambil kesempatan untuk menadah kitab dengan
ulama-ulama di Masjidil Haram.

Dalam masa yang sama, Haji Ghazali telah memasuki Madrasah Shaulatiyah
al-Hindiyah, sebuah pusat pendidikan Islam yang terkenal di Makkah
ketika itu dan dikendalikan oleh ulama-ulama anti-British dari India.

Selepas empat tahun, beliau lulus Syahadah Nihayah pada 1926. Haji
Ghazali tidak terus pulang, sebaliknya menyambung pengajian dalam
halaqat ulama di Masjidil Haram dan pusat pengajian lain di Makkah
sehingga 1930. Antara gurunya di Makkah ialah Sheikh Hassan al-Masyat,
Pak Da Ail al-Fathani, Sheikh Muhammad Ali al-Maliki, Sheikh Ahmad
Khurasan, Tuan Guru Haji Abdul Rahman Merbok, Sheikh Harun Kambang
Minangkabau, Syed Hussin Abdul Nabi, Sheikh Ibrahim Zaidan dan Sheikh
Mokhtar Atarid.

Selepas 11 musim haji menggali ilmu di Makkah, barulah beliau pulang di
Malaya. Beliau dikatakan alim dalam ilmu balaghah, mantik, falakiah,
tafsir, hadis dan fekah. Selepas kembali ke Tanah Melayu, Haji Ghazali
menyambung pengajiannya dengan Tuan Hussin Kedah di Pondok Pokok Sena,
Seberang Prai dan sempat bersama dengan Tuan Guru Haji Ahmad Tuan
Hussin, bekas Bendahari Agung PAS.

Sebaik sahaja pulang ke Perak, Haji Ghazali telah melangsungkan
perkahwinan dengan Hajah Zabedah Haji Salleh. Ketika itu juga, beliau
memasang tekad untuk membuka pusat pengajian sendiri. Dengan
menggunakan bangsal kendurinya, beliau mengasaskan Madrasa ad-Diiniah
di Kampung Matang Kunda, Bagan Datoh iaitu di rumah mentuanya.

Penubuhan ini disokong kuat oleh iparnya, Haji Arshad Haji Salleh
sehingga Haji Ghazali menamakan madrasah tersebut sebagai Madrasah
Irshadiyah Diiniyah. Di peringkat awal madrasah ini mengajarkan
ilmu-ilmu asas Islam seperti fiqh, usuluddin, akhlak, tajwid dan bahasa
Arab.
Bagaimanapun pada 1935, madrasah ini telah berpindah ke Hujung Matang
atau sekarang ini lebih dikenali sebagai Batu 26, Bagan Datoh. Sejak
itu, Tuan Guru Haji Ghazali menghabiskan perjuangannya membangunkan
generasi baru Islam di madrasah ini seingga akhir hayatnya.



sembah derhaka

Nama Haji Ghazali terkenal dengan cepat di Perak selepas
pembukaan madrasah ini. Hal ini menarik perhatian Sultan Iskandar Alang
Shah. Pada 1935 baginda mahu melantik beliau sebagai guru agama kepada
Sultan Perak. Bagaimanapun beliau memohon sembah derhaka dengan menolak
permintaan Sultan itu.

Haji Ghazali kemudian dilantik oleh Sultan Perak sebagai Ahli
Majlis Ulama Perak pada 1936. Bagaimanapun kegiatan dakwah beliau
terganggu pada 1942 ekoran meletusnya Perang Dunia Kedua yang
menyebabkan keluarganya terpaksa berpindah ke Sungai Manik.

Pada 1946 madrasah ini dibuka semula dan menerima pelajar dari seluruh
negara. Pada 1960, Haji Ghazali telah mengetuai jawatankuasa yang
dianggotai oleh pelajar-pelajar untuk mencari dana bagi membina
bangunan baru. Akhir

Help Palestine [hidayahnet] Kerana Cinta

2009-04-16 Terurut Topik OraNg KaMpoNg
Kerana CINTA, Aku Tinggalkan Cinta Salam sahabat blog

Sekadar
berkongsi satu artikel yang Ok rasa amat sesuai untuk renungan para
remaja yang sedang mabuk cinta asmara... huhu. Moga ada kebaikan
padanya. Amin. Amin.. Amin.

Terima kasih pada penulis.


Kerana CINTA, Aku Tinggalkan Cinta

www.iLuvislam.com

anna_mujahidah
editor : kasihsayang


Sebenarnya
sudah lama saya ingin kongsi kisah saya ini dgn sahabat-sahabat
sekalian. Tapi , setiap kali laptop saya buka, jari ini jadi kaku untuk
menulis. Tapi akhirnya saya nekadkan juga untukmenulis tentang ini. Hati saya 
bagai ditarik-tarik untukmenulis.Saya sudah tidak berdaya untukpendam 
segalanya. Saya bimbang jika makin saya pendam,saya akan makin tersiksa dalam 
dunia
saya sendiri. Doa saya semoga Allah ampuni saya atas segala apa yang
saya lakukan ini. Apa yang akan saya coretkan ini adalah sekadar buat
tatapan sahabat-sahabat sekalian. Ia adalah pengalaman saya sendiri. Ia
hadir dari lubuk hati saya sendiri. Bukan fantasi atau rekaan semata.
Saya tidak bermaksud untuk mengeluh apatah lagi mengingkari apa yang
telah Allah tetapkan kepada saya.


Kisah
ini saya ceritakan supaya apa yang saya lalui tidak berlalu begitu saja
tanpa saya kongsi dan tanpa saya rekodkan sebagai panduan bagi diri
saya untuk hari-hari kemudian. Ianya terjadi sewaktu saya berada dalam
tahun 2 diploma dan si dia berada dalam tahun akhir diploma. Kebetulan
kami belajar di tempat yg sama dan dalam jurusan yang sama di Bangi.
Saya juga adalah seperti kalian semua. Manusia biasa yang punya fitrah 
untukdicintai dan mencintai. Kamar hati saya ini sepi dan tidak pernah saya
isikan dengan cahaya atau cinta dari mana-mana lelaki. Ianya suram dan
sepi. Hinggalah akhirnya saya bertemu dengan seseorg.

Pertemuan
saya dan dia terjadi sewaktu saya mengikuti aktiviti rehlah kelab. Itu
pertemuan pertama. Tidak kenal pun, tapi perkenalan kami bermula hanya
melalui sms dan demi Allah , saya ikhlas menghulurkan salam
persahabatan padanya hanya kerana Allah. Tapi, semua yang terjadi telah
ditakdirkan , dan saya tidak menduga akhirnya saya mula jatuh cinta dengan 
dirinya. Saya sendiri tidak sedar bila perasaan itu mula
bercambah. Demi menjaga maruahnya , cukuplah kalau dia hanya dikenali
sebagai “Mukhlis Sadiqy”. Gelaran itu saya sendiri yg berikan padanya
kerana pada saya dia merupakan seorang sahabat yang ikhlas. Benarkah?
Erm,hanya Allah dan dia saja yang tahu sejauh mana tahap keikhlasannya.

Perwatakannya
sopan dan dia fasih berkata-kata, lebih-lebih lagi apabila melibatkan
soal agama. Jalannya hanya menundukkan wajah. Dia seakan-akan takut 
untukbertentang mata dengan wanita. Tindakannya itu wajar kerana dari mata
segalanya boleh terjadi. Walaupun antara saya dan dia , kami tidak
pernah bersua secara berhadapan, tapi setiap kali bicaranya melalui sms
itu menambat hati saya. Saya senang berbicara soal-soal agama
dengannya, Namun, iman saya mula goyah, taqwa mula merapuh, nafsu
merasuk nurani suci, lalu hati tunduk pada bisikan syaitan nan keji.
Hanya sms. Nampak macam baik kan? Tidak pernah berbicara secara
berhadapan tapi hanya sms. Sesetengah orang akan berpendapat bahawa
cara saya itu betul , tapi sebenarnya ia silap sama sekali. Dan saya
akhirnya menyedari kesilapan itu. Sms itu sebenarnya hanya 1 alasan bagi saya. 
Ianya mungkin nampak agak baik,walhal tujuannya tetap sama dan ianya tetap 
salah.

Niat baik itu tidak pernah menghalalkan cara. Yang batil tetap batil. Yang haq 
tetap haq. Allah pernah berfirman :  “Dan
(juga) kaum Ad dan Tsamud, dan sungguh telah nyata bagi kamu
(kehancuran mereka) dari (puing-puing) tempat tinggal mereka. Dan
syaitan menjadikan mereka memandang baik perbuatan-perbuatan mereka,
lalu ia menghalangi mereka dari jalan (Allah), sedangkan mereka adalah
orang-orang yang berpandangan tajam.” (Surah Al-Ankabut,29:38)  Kalau
difahami ayat ni, sebenarnya apa yang berlaku pada saya ialah, syaitan
telah buat saya pandang baik pada perkara buruk yang saya lakukan.
Memang pada mulanya niat saya baik, tapi syaitan itu sangat licik. Dia
akan sedaya upaya buat saya terjerumus ke dalam kemaksiatan..

Matlamat baik saya itu tidak pernah menghalalkan cara saya. Selama hampir 
setahun saya lekadengan perasaan ini sendiri, akhirnya saya menyedari kesilapan 
yang
telah saya lakukan ini. Saya terlalu asyik dengan cinta ini sehingga
saya terlupa pada Pemilik Cinta yang sebenar. Sungguh, saya rasa
terlampau berdosa dengan diri ini dan dengan dirinya sendiri. Saya
telah menjadi fitnah bagi dirinya , kerana sedikit sebanyak saya telah
melalaikan hatinya. Walaupun antara kami tidak pernah punya apa-apa
yang istimewa , tapi saya tahu yang saya telah banyak menyusahkan dan
meresahkan hatinya.

 Saya
panjatkan kesyukuran kerana Allah swt mengurniakan hidayah-Nya pada
saya dan saya kembali menyedari kesilapan yang saya lakukan. Silap saya
kerana punya cinta ini dihati. Tidak seharusnya saya begitu mudah
melafazkan cinta dan meluahkan rindu. Saya seharusnya sedar pada siapa
harus saya lafazka

Help Palestine [hidayahnet] Doa yang tidak diperkenankan

2009-04-16 Terurut Topik OraNg KaMpoNg
Doa yang tidak diperkenankan


RASULULLAH pernah bersabda yang maksudnya: ”Tiada seorangpun yang berdoa kepada
Allah dengan suatu doa, kecuali dikabulkan-Nya dan dia memperolehi
salah satu daripada tiga keadaan, iaitu dipercepatkan penerimaan doanya
di dunia, disimpan (ditunda) untuknya sampai di akhirat atau diganti
dengan mencegahnya daripada musibah (bencana) yang serupa."
(at-Tabrani). Dari sebuah hadith: Dari Abu Hurairah r.a
katanya,:Rasulullah SAW bersabda:”Hai manusia! Sesungguhnya Allah itu
baik. Dia tidak menerima sesuatu melainkan yang baik. Dan sesungguhnya
Allah telah memerintahkan kepada orang-orang mukmin seperti yang
diperintahkan-Nya kepada para Rasul.

Firman-Nya:” Wahai para rasul, Makanlah makanan yang baik-baik
(halal) dan kerjakanlah amal soleh. Sesungguhnya Aku Maha Mengetahui
apa yang kamu kerjakan.” (al-Mukminun:51) “Wahai orang-orang yang
beriman! Makanlah rezeki yang baik-baik yang telah kami rezekikan
kepadamu...”(al-Baqarah:172).

Kemudian Nabi SAW menceritakan tentang seorang lelaki yang telah
lama berjalan kerana jauhnya perjalanan yang ditempuhnya sehingga
rambutnya kusut masai dan berdebu.

Orang itu menadah tangannya ke langit dan berdoa:”Wahai Tuhanku!
Wahai Tuhanku! “. Padahal makanannya dari barang yang haram, minumannya
dari yang haram, pakaiannya dari yang haram dan dia diasuh dengan
makanan yang haram. Maka bagaimanakah Allah akan memperkenankan
doanya.” (Muslim) Huraian

1. Berdoa itu tidak boleh dilakukan secara semberono (tidak
berhati-hati) dan sembarangan, tetapi perlu kepada adab-adab dan
syarat-syarat tertentu. Orang yang berdoa sambil lewa dan menganggap
bahawa berdoa itu adalah suatu yang remeh adalah orang yang doanya
jarang dikabulkan sehingga kemudian timbul prasangka buruk kepada Allah
SWT.

2. Memakan makanan yang halal dan baik merupakan salah satu bentuk
dari ketaatan kepada Allah dalam memenuhi segala perintah-Nya. Maka
apabila seseorang itu selalu taat kepada Allah dalam dalam segala
perkara dan sentiasa berada dalam kebenaran, insyaAllah segala apa yang
dipohon akan dikabulkan Allah.

3. Kita hendaklah berdoa dengan penuh keyakinan, harapan dan rasa
takut. Merendahkan diri dengan suara yang lirih, tenang, tidak
tergesa-gesa, penuh khusyuk dan tahu akan hakikat yang diminta. Ini
berdasarkan firman Allah yang bermaksud:"Berdoalah kepada Tuhanmu
dengan merendah diri dan suara yang lembut .." (al-A'raf : 55)


Jemputan : Orangkampong


Help Palestine [hidayahnet] Mengenang Ustaz Jaiz Anwar

2009-04-16 Terurut Topik OraNg KaMpoNg
Mengenang Ustaz Jaiz Anwar
Mohd Fadli Ghani
Thu | Apr 09, 09 | 12:20:51 pm MYT


KETIKA cawangan PAS ditubuhkan di Hilir Perak pada awal 1953, Ustaz
Jaiz Anwar adalah seorang pelajar di Madrasah al-Ulum as-Syar�iyyah,
Batu 20 Bagan Datoh, Perak.

Iklan



Guru besar madrasah tersebut, Dato' Hassan Adli Mohd Arshad, bekas
Timbalan Yang Dipertua Agung PAS yang lebih dikenali sebagai �Pak Aji�
di kalangan pelajar merupakan Setiausaha PAS Hilir Perak dewasa itu.

Maka ramailah pelajar Madrasah al-Ulum turut terlibat dalam
program-program PAS di Hilir Perak ketika itu. Mereka bukan sekadar
menjadi penyokong PAS, tetapi pendukung setia yang menggerakkan PAS
Hilir Perak yang ketika dipimpin oleh Dato' Othman Abdullah.

Bagan Datoh sememangnya melahirkan ramai pemimpin besar PAS
termasuk Haji Ahmad Ali, Ustazah Zaharah Othman, Dato' Hassan Adli dan
Ustaz Jaiz Anwar. Ustaz Jaiz dilahirkan di Kampung Sungai Sumun, Bagan
Datoh pada 1941 dalam sebuah keluarga yang taat beragama. Semasa
kecilnya, beliau belajar di Sekolah Melayu Bagan Pasir.

Semasa memasuki alam persekolahan, suasana politik Tanah Melayu agak
kucar-kacir kerana baru lepas perang dan timbulnya perjuangan menentang
Malayan Union. Dari tahun 1948 beliau bersekolah di sini selama tiga
tahun. Sekolah Melayu hanya setakat Darjah 3 sahaja. Lalu bapanya
menghantar Ustaz Jaiz ke Madrasah al-Ulum kerana di sana, Tuan Guru
Mohd Arshad Mohd Salleh menjadi mursyidnya. Bapa kepada Dato' Hassan
Adli ini adalah ulama yang sangat dihormati.

Belajar di Batu 20 selama empat tahun telah membentuk jiwa
politik yang agak kental dalam diri beliau. Gurunya, Ustaz Hassan Adli
bukan sekadar seorang guru atau ulama, tetapi tokoh politik yang
terkenal juga di sana. Semenjak 1952, Ustaz Hassan Adli sudah menyertai
PAS.

Turut mengajar di madrasah ini ketika itu ialah Dato' Mohd Ghazali
Abdullah (ayah Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Lo'lo'), Mufti Perak
yang ketika itu adalah Timbalan Yang Dipertua Agung PAS.

Suasana politik yang mahukan kemerdekaan amat mempengaruhi para
pelajar. Ustaz Hassan Adli juga merupakan Setiausaha Persatuan
Guru-guru Madrasah Agama Rakyat Perak (PGMR) yang menyebabkan
tokoh-tokoh ulama seperti Tuan Guru Abdul Samad Noh sering keluar masuk
ke madrasah itu.

Pada 1955, Ustaz Jaiz mendapat peluang menyambung pengajian di Maktab Mahmud, 
sebuah sekolah agama terkenal di Kedah.
Menjadi pelajar di Maktab Mahmud rupanya lebih mencabar daripada
Madrasah al-Ulum kerana di sini pergolakan politik semasa lebih luas
diperkatakan. Salah seorang gurunya, Ustaz Jamaluddin Amini Marzuki
ialah Naib Ketua Pemuda PAS Pusat ketika itu.



bersahabat dengan Ustaz Fadzil
Semasa di Darjah 1 di Maktab Mahmud, Ustaz Jaiz mula berkenalan dengan
beberapa tokoh pelajar seperti Ustaz Johari Ahmad (bekas Pegawai Hal
Ehwal Khas Jabatan Penerangan) dan Ustaz Fadzil Mohd Nor. Ustaz Fadzil
ketika ini adalah Setiausaha Persatuan Pelajar Melayu Alor Setar dan
Setiausaha Kesatuan Pelajar Agama Kedah (KPAK).

Ustaz Jamaluddin Amini sendiri merupakan Yang Dipertua Kesatuan Pelajar
Agama Se-Malaya (KPAS) yang ditubuhkan pada 1954. Ustaz Jaiz ketika
balik ke Malaysia pada 2001 sempena sambutan 50 tahun PAS memberitahu
bahawa beliau bersama-sama Ustaz Jamaluddin Amini, Ustaz Fadzil dan
Johari Ahmad mengikuti usrah Ikhwanul Muslimin di Maktab Mahmud yang
dipimpin oleh Sheikh Taqiyuddin Qandil, bekas Setiausaha Ikhwanul
Muslimin Kaherah yang lari ke Tanah Melayu selepas pembunuhan Hassan
al-Banna.

Mereka adalah kumpulan pertama pelajar Melayu yang mengikuti
tarbiah Ikhwanul Muslimin di Malaysia kerana Sheikh Taqiyuddin Qandil
adalah pensyarah di Maktab Mahmud dan turut mengajar di Madrasah
Alawiyah, Arau.

Melalui Sheikh Taqiyuddin mereka didedahkan dengan pemikiran Islam yang
dicetuskan oleh Hassan al-Banna. Semenjak itu, mereka menjadi pendukung
kuat PAS dan turut terlibat berkempen dalam pilihan raya 1955 di Alor
Setar. Selepas tamat kelas Sanawi pada 1958, Ustaz Jaiz yang ketika itu
menjawat Ketua Penerangan KPAS merangkap Ketua Kesatuan Pelajar Islam
Perak (KPIP) telah menyertai PAS.

Antara orang kuat beliau dalam KPIP ialah Ustaz Hassan Shukri. Beliau
kemudian dicalonkan oleh PAS untuk bertanding dalam pilihan raya umum
Kedah pada 1958 di Dun Alor Setar, tetapi tewas kepada calon MCA yang
mewakili Perikatan.

Ustaz Jaiz kemudian masuk semula ke Maktab Mahmud untuk mengikuti
pengajian peringkat tinggi (qismu ali) dan mula memegang jawatan
sebagai Setiausaha Agung KPAS (1958-1960). Dalam KPAS ketika itu
terkenal dengan �3J� (Jamaluddin, Johari, Jaiz). Pada 1959 mereka
bertiga mewakili Pemuda PAS melawat Pak Natsir di Jakarta.

Selepas menamatkan Darjah 9 di Maktab Mahmud pada 1960, Ustaz
Jaiz melanjutkan pelajaran di Universiti al-Azhar, Mesir dalam bidang
syariah. Menurut Ustaz Yahya Othman, ketika beliau belajar di Mesir
pada 1962, Ustaz Jaiz sudah aktif memimpin pelajar di sana.
Ustaz Jaiz dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Persatuan Melayu Mesir
(PMM) dan mengetuai Lajnah kebajikan per

Help Palestine [hidayahnet] Rosol jamin tidak kemuka usul undi tidak percaya terhadap MB

2009-04-14 Terurut Topik OraNg KaMpoNg
Rosol jamin tidak kemuka usul undi tidak percaya terhadap MB 
Oleh ARIFFUDDIN ISHAK

TIADA USUL... Datuk Rosol Wahid (kiri) memberi jaminan beliau tidak akan 
membawa usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar, Datuk Ahmad Said 
(kanan) pada persidangan DUN yang akan bermula esok.


PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil, Datuk
Rosol Wahid memberi jaminan beliau tidak akan membawa usul undi tidak
percaya terhadap Menteri Besar, Datuk Ahmad Said pada persidangan Dewan
Undangan Negeri (DUN) yang akan bermula esok.

Malah beliau turut menafikan sekeras-keranya dakwaan yang mengatakan
bahawa beliau akan mengetuai beberapa lagi ADUN Barisan Nasional (BN)
untuk berbuat demikian.

"Tak ada... tak ada rancangan nak buat begitu (usul undi tidak percaya).
"Saya jamin saya tak akan kemuka sebarang usul undi tak percaya kepada Menteri 
Besar," katanya kepada mStar Online.
Persidangan DUN Terengganu mulai esok sehingga Rabu ini akan
dirasmikan oleh Yang Dipertua Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR),
Tengku Sri Panglima Raja Tengku Baderulzaman.

Jelasnya lagi, dakwaan tersebut sememangnya tidak berasas dan beliau
turut hairan mengapa namanya dikaitkan dengan perkara tersebut.
"Ini semua tidak betul, saya pun pelik kenapa orang kaitkan nama saya dengan 
benda-benda begini," katanya.
Desas-desus yang mengatakan ada ADUN BN akan mengemukakan usul undi
tidak percaya terhadap Ahmad Said mula tersebar sejak beberapa minggu
lepas.

Sebelum ini, khabar angin turut mengatakan bahawa jawatan Menteri
Besar akan bertukar tangan pertengahan tahun ini, malah perkara
tersebut semakin hangat diperkatakan sejak Datuk Seri Mohd Najib Tun
Razak mengambil alih jawatan Perdana Menteri.

Khabar angin itu mengatakan bahawa akan ada perubahan beberapa
jawatan Menteri Besar termasuk Terengganu di bawah pentadbiran Najib.
Bagaimanapun jelasnya, beliau tidak dapat memastikan jika ada ADUN lain yang 
ingin mengutarakan usul berkenaan.
"Orang lain saya tak pastilah macam mana, itu terpulang kepada merekalah, tapi 
bagi saya memang tak ada," katanya.

Beliau turut mengesahkan akan menghadiri persidangan DUN yang akan bermula esok.
Diminta mengulas mengenai kenyataan Menteri Besar yang memberi
amaran bahawa ADUN BN yang mengemukakan usuk undi tidak percaya
terhadap kepimpinannya akan dipecat, Rosol berkata, amaran tersebut
terpulang kepadanya.

"Terpulang kepada beliau nak beri amaran, tapi kita pun tak pasti
amaran tersebut ditujukan kepada siapa atau pihak mana," katanya.


OK... best gok sesekali tengok UMNO ngan UMNO bergasak wakakakaka. 


Jemputan : Orangkampong


Help Palestine [hidayahnet] Jamil Khir: Dasar Islam termasuk Islam Hadhari dikaji semula

2009-04-14 Terurut Topik OraNg KaMpoNg
Jamil Khir: Dasar Islam termasuk Islam Hadhari dikaji semula


KOTA BAHARU: Kerajaan akan mengkaji semula pelaksanaan dasar Islam di negara ini
termasuk konsep Islam Hadhari yang diperkenalkan oleh bekas Perdana
Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi bagi memastikan keberkesanan dari
segi pendekatan dan penerimaan rakyat terhadapnya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mej Jen (B) Datuk Jamil Khir
Baharom berkata ini adalah di antara beberapa aspek yang akan dilihat
beliau secara mendalam sebaik memulakan tugas dalam portfolio agama
sebagai menteri di Jabatan Perdana Menteri.

"Perdana Menteri (Datuk Seri Najib) sendiri sudah memberi mandat
kepada saya untuk melihat perkaraperkara berkaitan dengan agama sebaik
dipertanggungjawabkan memegang portfolio ini," katanya kepada pemberita
selepas merasmikan Multaqa (Pertemuan) GuruGuru dan Penyelia Kelas
Fardu Ain (Kafa) Kelantan 2009 di Pusat Teknologi Pendidikan Kelantan,
Pengkalan Chepa di sini, hari ini.

Selain itu, katanya, beliau juga akan mengkaji kedudukan gaji dan
elaun kakitangan guru Kafa yang diletakkan di bawah seliaan Jabatan
Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

"Ini kerana guruguru ini penting bagi melahirkan modal insan di
peringkat awal di mana seperti kata pepatah melentur buluh biar waktu
rebung," katanya.

Dalam hubungan ini beliau berkata kerajaan memperuntuk lebih RM221 juta bagi 
melaksanakan program Kafa pada tahun ini.
Ini bagi membiayai bayaran elaun guru dan penyelia sahaja dan tidak termasuk 
untuk lainlain aktiviti Kafa, katanya.
Menurutnya peruntukan itu disalurkan menerusi Jakim.

Selain itu di bawah Kementerian Kewangan pula di bawah waran B.11
Perkhidmatan Am, Perbendaharaan Peruntukan Projek/Program, Jakim
meluluskan sebanyak RM2 juta untuk latihan guru dan penyelia dan
RM340,000 untuk perolehan peralatan bantuan mengajar kelas Kafa tahun
ini.

Jamil Khir berkata, Kelantan adalah negeri tertinggi mendapat
peruntukan setiap tahun di mana tahun lalu negeri ini mendapat
peruntukan sebanyak RM32 juta membabitkan bilangan guru 6,194 orang, 15
penyelia dan 144,439 murid.
Katanya peruntukan itu bertambah sehingga RM37.2 juta pada tahun ini iaitu 
kenaikan sebanyak 16.5 peratus. BERNAMA


OK... apa plak jenama Islam selepas ini huhu... Moga penjenamaan semula ini 
akan memebrikan kebaikan sepenuhnya pada Islam. Amin amin amin.


Jemputan : Orangkampong

 Sila ke : 
respeksblog
respeks_group


  

Help Palestine [hidayahnet] Galian, kekayaan wajib digali oleh Muslimin

2009-04-13 Terurut Topik OraNg KaMpoNg
Galian, kekayaan wajib digali oleh Muslimin 
Fahri Abdullah al-Masri 
Sun | Apr 05, 09 |  6:22:19 pm MYT

  
Dalam sepotong hadis ada disebutkan tentang kekuatan ekonomi yang
jatuh ke tangan orang-orang yang jahat. Sebenarnya, inilah antara sebab
kenapa umat Islam di seluruh dunia tertindas, semakin lemah kekuatan
politik dan ekonominya. Apabila orang Islam semakin lemah politik dan
ekonominya, secara tidak langsung lemahlah kebudayaan dan bahasanya.

Iklan   
 
   

Daripada Ibnu Omar r.a berkata:"Pada suatu masa dibawa ke
hadapan Rasulullah s.a.w sepotong emas. Dan emas itu adalah emas zakat
yang pertama sekali dikutip. Emas itu telah dibawa oleh Bani Sulaim
dari tempat tambang (galian) mereka. Maka sahabat berkata:

"Hai Rasulullah! Emas ini adalah hasil dari galian kita." Lalu, Nabi s.a.w 
menjawab, "Nanti kamu akan dapati banyak galian-galian, dan yang akan 
menguruskannya adalah orang-orang yang jahat." [Hadis riwayat al-Baihaqi.] --- 
[Hadis ke-26]

Menurut keterangan ringkas daripada Ustaz Fahmi Zam Zam..

"Tepat sekali apa yang telah disabdakan oleh Rasulullah s.a.w sejak
lima belas abad yang lalu. Hari ini dunia Islam sangat kaya dengan
galian bumi seperti emas, perak, timah, petrol dan lain-lain, tetapi
yang menguruskan dan yang menguasainya adalah orang-orang yang bukan
Islam. Ini adalah suatu realiti yang sangat jelas di mata kita dan
merupakan salah satu petanda hampirnya hari kiamat."

Kalau
kita melihat situsi hari ini, galian emas banyak wujud di Amerika
Syarikat. Itu suatu contoh. Namun, dalam sudut lain pula, Tuhan
memberikan galian minyak yang banyak terhadap negara Islam. Ternyata
yang mengendalikan urusan galian itu adalah orang bukan Islam pula.
Contoh ini ada dalam negara kita sendiri. 
Harta adalah sejenis kekuatan dan ia merupakan salah satu sendi
kekuatan agama. Maka hendaklah setiap Muslim, Muslimah selalu
berikhtiar untuk mencari kekuatan ekonomi peribadi, menyusun ekonomi
keluarga sekali gus membentuk daya ekonomi umatnya. Apabila harta ini
jatuh ke tangan lelaki yang soleh, maka separuh daripada masalah dunia
akan selesai.

Perang-perang di Afghanistan, Iraq yang dicipta oleh Amerika Syarikat
telah menelan belanja trilionan, berlaksa-laksa dan hal ini tidak
mungkin terjadi jika harta itu jatuh ke tangan orang-orang yang
beriman.



Harta yang baik di tangan lelaki yang baik

"Wahai 'Amru, alangkah baiknya harta yang soleh di tangan orang yang soleh." 
(Riwayat Ahmad) 
Merujuk hadis di atas, ada empat keadaan yang berkaitan dengan harta
dan manusia yang memeliharanya. Pertamanya, insan yang baik dan dia
memegang duit yang baik. Kedua, insan yang baik, tapi dia memegang duit
yang haram.

Ketiga, orang yang jahat dan memegang duit, harta yang baik. Keempat,
orang yang jahat dan menyelia wang, harta haram. Paling baik, menurut
hadis di atas ialah lelaki yang baik dan beliau menjaga harta yang
baik. Sementara, keadaan yang buruk ialah apabila ada lelaki jahat yang
menyelenggarakan wang, harta yang haram.

Sebenarnya wang yang halal atau wang daripada sumber yang tidak baik,
akan disalurkan kepada tujuan yang baik juga jika wang, harta itu jatuh
ke tangan lelaki yang baik.

Manakala di tangan orang yang jahat pula, wang haram atau harta yang
baik sekali pun tetaplah dipergunakan pada tujuan yang salah.
Kesimpulannya, wang tidak boleh dipersalahkan kerana ia tidak boleh
dipertanggungjawabkan ke arah manakah ia dipergunakan.

Yang boleh membuat keputusan ke arah mana duit halal atau haram itu
dibelanjakan ialah manusia yang menyelenggarakan wang itu tadi. Baik
manusia itu, maka baiklah kepenggunaan wang itu. Demikianlah
sebaliknya.

"Apabila kamu diberi sesuatu tanpa kamu minta, maka pergunakanlah (makanlah) 
dan sedekahkanlah sebahagiannya." (Muslim)
Hukuman ke atas mereka yang tidak menggunakan harta ke arah yang betul
memang mengazabkan dan menyakitkan. Kita pernah terdengar kisah
bagaimana kaum-kaum dan umat terdahulu yang dihancurkan Tuhan oleh
kerana mereka menyalahgunakan harta milik peribadi pada jalan yang
salah. 
Apabila negara itu menggunakan wang-wangnya untuk membangunkan
pelacuran sebagai suatu industri perniagaan, menjadikan arak sebagai
barang dagangan, maka kehancuran menimpa negara dan kaum itu.
Demikianlah peristiwa yang ditulis di dalam al-Quran. Namun, umat
Muhammad ini diberikan penangguhan melalui doa Rasulullah s.a.w
sendiri.

"Mereka yang mengumpulkan harta dengan tidak benar, maka Allah akan 
memusnahkannya dengan air dan tanah." (Riwayat Al-Baihaqi)
Melalui air dan tanah, Tuhan akan menghukum mereka yang tidak
menggunakan harta dengan baik, betul dan benar. Qarun di zaman Nabi
Musa a.s misalnya telah dihukum Tuhan dengan menenggelamkannya bersama
para pengikutnya di dalam tanah.

Malah, Fir'aun yang menggunakan harta kekayaannya secara tidak benar,
menindas hamba di muka bumi ini telah mati lemas di Lautan Merah. Bani
Israel diperhambakan untuk membangunkan pembinaan piramid, dan mereka
tidak diberikan upah gaji. Ini adalah salah satu contoh pengendalia

Help Palestine [hidayahnet] Terserlah Kewibawaan Dato Seri Ir Hj Nizar.

2009-04-13 Terurut Topik OraNg KaMpoNg
Terserlah Kewibawaan Dato Seri Ir Hj Nizar. 
 
Posted on Wednesday, April 08 @ 12:31:07 MYT by PaktamOleh Ahmad Lutfi Othman
http://jiwapejuangkini.blogspot.com/


:: Mesej Bukit Gantang ::


Ia
bukan sekadar kemenangan berganda (sebenarnya di Semenanjung sudah 4-0,
bermula Permatang Pauh, Kuala Terengganu, seterusnya Bukit Gantang dan
Bukit Selambau), tetapi kejayaan Dato' Seri Ir Haji Mohammad Nizar
Jamaluddin dalam pilihan raya kecil ini lebih terasa manis dan lazatnya. 
Memang
cukup mendebarkan. Ya, persaingan yang sengit dan sukar diramal. Malah
lebih ramai menjangkakan Nizar bakal kecundang ekoran tidak mendapat
sokongan majoriti pengundi Melayu. 

Isu-isu
seperti tohmahan menjadi "boneka DAP" dan "sembah derhaka" dibimbangi
berjaya mempengaruhi pengundi untuk kembali menyokong BN. Tidak sedikit
teman-teman yang turun berkempen di Bukit Gantang meluahkan rasa curiga
terhadap kemampuan Nizar untuk memenangi hati pengundi Melayu. 

"Ada
kawasan Melayu yang kita langsung tak dapat masuk untuk berkempen.
Malah, banyak rumah yang menaikkan bendera Umno dan BN. Jentera BN juga
agak agresif berkempen," lapor wartawan Harakah Perak. "Tak ramai orang
yang hadir dalam program ceramah kita," tambahnya lagi. 

Di
samping itu, kehadiran Dr Mahathir Mohamad di hari akhir kempen pula
dikatakan boleh menyebabkan pengundi bukan Melayu memikirkan semula
sokongan terhadap calon Pakatan Rakyat. Tidak kurang juga yang
membayangkan "situasi terburuk" jika ada pengundi yang terpengaruh
dengan beberapa langkah awal Dato' Seri Najib Razak, yang baru empat
hari mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri. Saya pula memang tidak
suka meletakkan harapan tinggi kepada sesuatu impian bimbang kecewa
akhirnya. 

Dibandingkan
dengan debar pilihan raya kecil Kuala Terengganu, saya kira Bukit
Gantang lebih mencemaskan lagi. Pertama, ia kerusi yang PAS
pertahankan. Kedua, sejak awal kita sudah isytiharkan keputusannya
nanti melambangkan referendum seluruh rakyat Perak terhadap krisis
politik dan perlembagaan yang tercetus awal Februari lalu. Tidak dapat
saya bayangkan apa akan terjadi sekiranya Nizar dikalahkan, seolah-olah
ini pertandingan hidup atau mati. 

Pendek
kata, jika berjumpa sepuluh orang yang balik berkempen dari Bukit
Gantang, atau sekadar membuat tinjauan rambang di sana, lebih separuh
daripadanya tidak meletakkan harapan tinggi PAS dapat mengekalkan
kerusi berkenaan. "Saya hanya menyandarkan impian kepada ketokohan
Nizar semata-mata, dari sudut lain, terutama kepada pengundi Melayu,
saya benar-benar bimbang," kata seorang kawan. 

"Bukankah
semasa penamaan calon baru-baru ini, jumlah penyokong Pakatan jauh
lebih ramai," saya cuba menduganya. "Itulah masalahnya, kita sudah
melepasi kemuncak. Selepas hari penamaan calon, 29 Mac, kita terus
merosot," reaksi pantas kawan saya itu menambahkan lagi kerisauan. 

"Saya
pula tak pasti apakah Nizar kini menjadi asset atau liabiliti kepada
kita di Bukit Gantang. Tuduhan dia boneka DAP atau jual tanah kepada
orang Cina menyebabkan pengundi Melayu meraguinya," kata seorang lagi
kawan. 

"Kalau
setakat dua isu itu, tak payah susah hatilah, kita ada fakta konkrit
yang cukup untuk menyanggahnya," saya pula cuba mententeramkan hati
mereka dan sekali gus menenangkan gelodak rasa saya sendiri. "Ini bukan
soal fakta, ini soal sentimen dan persepsi," balas seorang daripada
mereka.

Rupanya
kadang-kadang kita sendiri terkeliru untuk membaca realiti sebenar di
lapangan. Pengamat politik juga boleh tersilau sehingga membuat rumusan
yang agak terpesong, sedangkan para pengundi, khususnya generasi di
bawah 50 tahun, sudah melangkah ke dunia politik baru. Emosi mereka
tidak mudah lagi dipancing dengan sentimen perkauman atau dakyah
politik lama yang dangkal dan hodoh itu.

 

Apatah
lagi sosok tubuh Nizar yang karismatik dan kini menjadi ikon baru itu
sudah cukup untuk mematikan segala tohmahan tidak berasas, sebaliknya
menyuntik keyakinan baru yang luar biasa kesannya kepada rakyat Perak.
Ketokohan Nizar sudah melangkah melampaui sempadan negeri dan bersedia
untuk menawan hati audien yang lebih luas di seluruh pelosok negara. 

Kemenangan
calon PAS dan KeADILan, masing-masing di Bukit Gantang dan Bukit
Selambau, dengan majoriti lebih besar, pastinya membuatkan tidur Najib
pada malam Selasa lalu terganggu. Ia satu mesej jelas penolakan akar
umbi terhadap kepimpinan beliau yang cuba untuk melakukan kejutan
dengan beberapa pembaharuan kosmetik pada hari pertama dinobatkan
sebagai Perdana Menteri keenam. 

Membebaskan
13 tahanan ISA (dan terus mengurung tahanan yang lebih lama tersiksa di
Kamunting) serta menarik balik penggantungan penerbitan Harakah dan
Suara Keadilan (serta mengekalkan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan, juga
peraturan karut-marut yang dikenakan ke atas semua lidah rasmi parti)
jelas tidak berupaya untuk mengelirukan rakyat yang semakin benci dan
muak dengan pendekatan politik lama. Bukankah orang masih ingat, itulah
juga yang dilakukan Dr Mahathir ketika mula-mula dilantik menjadi
per

Help Palestine [hidayahnet] Dakwah penuh kasih, bijaksana paling berkesan

2009-04-13 Terurut Topik OraNg KaMpoNg
 Dakwah penuh kasih, bijaksana paling berkesan 
 
Posted on Wednesday, March 11 @ 01:20:00 MYT by PaktamOleh Prof Dr Sidek Baba


PELBAGAI orientasi dakwah digerakkan hari ini dalam usaha meningkatkan 
kesedaran dan penghayatan Islam. Ada memilih orientasi heararki (gerakan), siasi
(politik), orientasi tabligh dan sufi bagi mencapai keberkesanan dalam
kefahaman dan amal Islam. 

Di samping jemaah sukarela, peranan
lembaga kerajaan juga aktif menghidupkan suasana dakwah di samping
menghasilkan institusi seperti bank, kewangan, takaful, institusi
pengajian tinggi, menengah dan rendah. 


Perkembangan
ini menjadi lebih baik jika wujud penyelarasan pada setiap peringkat
dan pihak bahawa skop dakwah tidak sekadar seruan dan ajakan secara
lisan, sebaliknya dakwah juga pada lembaga serta institusi yang
menyalurkan nilai serta etika Islam. 

Namun, ada orientasi
sukarela menyandarkan dakwah kepada jemaah atau gerakan di luar negara
yang cabaran serta masalah tidak sama di negara kita. Malaysia adalah
negara unik yang memerlukan kaedah sesuai dengan latar belakang
sejarah, sosioekonomi dan pentadbirannya. 

Bagaimanapun, ini
tidak bermakna tiada persamaan antara Mesir dan Indo-Pakistan dengan
Malaysia tetapi mengambil pendekatan ala Malaysia dalam dakwah perlu
kerana orientasi masyarakat majmuk, kebebasan serta pengaruh Islam
dalam sistem. 
Pendekatan dakwah ala Malaysia mengambil kira
peruntukan Islam dalam perlembagaan khususnya yang ada dalam bidang
kuasa negeri di samping ruang untuk melaksanakan kegiatan dakwah secara
bijaksana. 

Sejarah perkembangan dakwah Islam sejak zaman
Melaka hingga kini dan pendekatan dinamik yang perlu ada bagi badan
dakwah melihat kepada potensi umat Melayu serta bukan Melayu atau bukan
Islam. 

Rasulullah SAW menganjurkan suatu dustur (kaedah)
dakwah yang terbaik iaitu: "Serulah ke jalan Tuhanmu secara bijaksana
dengan pekerti teladan yang baik, hujah terbaik dan meyakinkan". Dustur
dakwah itu sesuai dalam realiti Malaysia. 

Sebagai dai dan
murabbi, di depannya ada potensi orang yang hendak didakwahkan pada
segala peringkat dan latar belakang. Harus diteroka jalan bijaksana
supaya risalah kebenaran dapat disampaikan di samping kehidupan
rohaniah dijadikan pedoman. 
Pertama, perlu ada sifat kasih
sayang dan belas kasihan yang tinggi terhadap orang yang hendak di
dakwah. Berdakwah dengan memberikan label dan sindiran boleh
menyebabkan sasaran lari dan tidak tertarik dengan cara diambil. 

Kita
harus menginsafi tidak semua orang memiliki latar pendidikan dan binaan
keluarga yang baik. Sesetengah yang ingin didakwah adalah orang yang
cicir dalam keluarga, mengalami kelompangan hati serta kekeliruan
minda. Orang seperti ini mudah terdedah kepada kemungkaran kerana tidak
memiliki kesedaran rohaniah. 

Kedua, apabila melihat
kemungkaran atau perkara tidak baik dilakukan seseorang, perbuatan itu
tidak kita sertai. Namun, jauh dalam lubuk hati kita terpancar rasa
belas kasihan terhadap apa yang berlaku. Lalu datang gerak hati untuk
mendekatinya dengan bijaksana. 

Jika pendekatan itu dilakukan
bagi mengajaknya kembali ke jalan yang benar, kemungkinan ia akan
kembali kepada fitrah hidup semula. Jika kejayaan ini ada, bermakna ia
tidak lagi terus melakukan kemungkaran, sebaliknya sudah bersama dengan
kita hidup dalam makruf. 

Ketiga, berdakwah perlu ada
persiapan. Faham akan sasaran, tingkat pemikiran, rasa kesabaran dan
kebijaksanaan seperti teladan diri yang baik dan tidak mudah berputus
asa. Harus ada sikap setiap yang ingin didakwah ada potensi untuk
berubah. 

Keempat, kuasai ilmu pengetahuan dalam pelbagai
bidang khususnya ilmu Islam kerana cabaran yang menghadapi masyarakat
kini tidak saja rohaniah sifatnya, malah perkembangan ilmu yang
menjangkau ke daerah sains dan teknologi. 

Ilmu ini harus
diolah dengan bijaksana bermula dengan mengukuhkan akidah dan iman,
ibadat dan syariah supaya terhasil akhlak yang baik. 

Pendekatan
dakwah Malaysia bukan sekadar menimbulkan keinsafan pentingnya akhlak
mulia disuburkan tetapi dengan kekuatan ilmu dan ketrampilan, ia
mungkin memberikan arah pemahaman yang betul mengenai seni dan budaya
supaya kemajuan berlaku sentiasa dalam acuan yang makruf. 

Pendakwah
dan pendidik harus sentiasa memiliki sikap berlapang dada menerima
kritik serta teguran. Jangan mengambil pendekatan radikal yang tidak
serasi dengan resam budaya masyarakat dan boleh menyebabkan gerak kerja
dakwah menjadi fitnah. 

Al-Quran memberikan asas yang mantap
mengenai jenis manusia yang ingin kita suburkan. Firman Allah
bermaksud: "Kamu adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia,
menyuruh kepada makruf dan mencegah yang mungkar dan beriman kepada
Allah." (Surah al-Imran, ayat 110) 

Ada tiga asas penting dalam
ayat ini memberikan pedoman dakwah iaitu pertama, harus diwujudkan
kebaikan dalam hidup ini ibarat pohon yang tumbuh dalam kehijauan daun
dan kelebatan buah supaya manfaatnya dirasakan yang lain. 

Makruf
tidak hanya terpancar dalam pekerti diri yang memiliki teladan bol

Help Palestine [hidayahnet] Nizar bukan menghadap, dijemput Sultan Perak

2009-04-13 Terurut Topik OraNg KaMpoNg
Nizar bukan menghadap, dijemput Sultan Perak 
Oleh G. MANIMARAN

PETALING JAYA: Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata,
beliau tidak menghadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah pada 19 April
ini sebaliknya beliau diundang menghadiri majlis sambutan ulang tahun
hari keputeraan baginda.

"Saya dijemput oleh Sultan menghadiri majlis (ulang tahun hari
keputeraan)...seperti ahli-ahli politik lain (di Perak), saya dijemput,
bukan (sesuatu yang) istimewa," kata beliau ketika dihubungi sebentar
tadi.

Desas-desus sebelum ini menyebut beliau akan menghadap Sultan Azlan pada tarikh 
tersebut.
Pada 7 April lalu, Nizar memenangi pilihan raya kecil kerusi
Parlimen Bukit Gantang dengan menewaskan calon Barisan Nasional dan
Bebas.
Bekas Menteri Besar itu juga Ahli Dewan Undangan Negeri Pasir Panjang.

Selepas memenangi kerusi Parlimen Bukit Gantang, yang dilihat oleh
Pakatan Rakyat sebagai referendum rakyat berhubung isu krisis politik
Perak, Nizar meminta diadakan pilihan raya baru negeri dengan
membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Sidang DUN bawah pokok awal Mac juga meluluskan usul sedemikian dan telah 
dipersembahkan untuk perkenan Sultan Perak.




Jemputan : Orangkampong


Help Palestine [hidayahnet] ADUN BN kemuka usul undi tidak percaya boleh dipecat - MB Terengganu

2009-04-13 Terurut Topik OraNg KaMpoNg
ADUN BN kemuka usul undi tidak percaya boleh dipecat - MB Terengganu


KEMAMAN: Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said hari ini berkata mana-mana
Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) yang
mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap beliau bakal berdepan
tindakan disiplin termasuk dipecat.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas khabar angin yang
mengatakan terdapat usul undi tidak percaya terhadap beliau akan
dikemukakan dalam persidangan Dewan Undangan Negeri selama tiga hari
bermula Isnin ini yang akan dirasmikan oleh Yang Dipertua Majlis
Pemangku Raja Tengku Sri Panglima Raja Tengku Baderulzaman.

Ahmad yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri serta ADUN
Kijal berkata, mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap seorang
Menteri Besar dalam persidangan dewan adalah satu perkara serius.
"Jika usul itu datang dari pihak pembangkang, kami di dalam kerajaan
akan menolaknya. Jika ia dikemukakan oleh wakil BN, dia akan dipecat,
itu biasalah.

"Kalau mendapat sokongan, bubar dewan itu sahaja. Kita terpaksa
menerimanya kalau dia nak buat..apa nak kata," katanya ketika ditemui
pemberita selepas merasmikan Taman Rekreasi dan Mini Zoo Kemaman di
Bukit Takal di sini hari ini.
Sementara itu, mengulas khabar angin bahawa akan berlaku perubahan
beberapa jawatan Menteri Besar termasuk Terengganu di bawah pentadbiran
Perdana Menteri baru Datuk Seri Najib Tun Razak, Ahmad berkata, beliau
tidak mengetahui apa-apa tentang hal itu.

"Itu saya tidak tahulahTerengganu kena tanya Tuankulah,"
katanya. sambil menyelar pihak media yang disifatkannya sebagai suka
mengembar-gemburkan isu yang tidak diketahui kesahihannya. BERNAMA




Jemputan : Orangkampong


Help Palestine [hidayahnet] Bagaikan Aqsa dengan Madinah

2009-04-13 Terurut Topik OraNg KaMpoNg
Bagaikan Aqsa dengan Madinah 
Ali Bukhari Amir  
Sat | Apr 11, 09 | 12:02:13 pm MYT

  
Mutakhir
ini, rakan saya, Sudin kerap berada di rumah tepat jam 5:30 petang.
Bukan apa.. dia suka menonton Aqso dan Madina di TV9. Sebenarnya, bukan
kisah cinta yang yang dia tonton. Jujurnya, Sudin suka menonton lakonan
Marshanda dan Carissa Putri. Dahulu, dia suka menonton Mutiara Hati
kerana terlalu asyik mahsyuk dengan lakonan Inneke Koesherawati.

Iklan   
 
   

Barangkali, watak putih yang diperankan Marshanda
itu berawal daripada kejayaan lagunya; Astaghfirullah. Mungkin, Carissa
mendapat watak putih dalam sinetron bercorak agama itu kerana sebelum
ini dia berjaya membawakan watak Maria Girgis di dalam Ayat-Ayat Cinta.
Ini semua adalah andaian yang boleh jadi benar atau tidak.

Paling penting, bukan hal itu yang kita ingin bualkan. Rakan saya
Sudin, bukanlah peduli sangat jalan ceritanya. Berat sungguh!
Demikianlah rungutan si Sudin yang terhempas ke gegendang telinga saya. 
Kisah Aqso dan Madinah meriwayatkan cinta tiga segi antara dua
adik-beradik. Terbeban juga akal Sudin dengan pemikiran yang sarat
dengan dugaan dalam percintaan itu. Dia mana ada banyak sangat
pengalaman cinta. Dia anak teruna sunti.

Sememangnya kisah cinta dalam acuan Islam kerap menimbulkan polemik.
Dan, polemik ini bukan perkara baru. Ia berlaku sejak zaman Hamka
mengarang novel-novel roman percintaan seperti Di Bawah Lindungan
Ka`abah dan Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck.

Jika ada kisah cinta yang Sudin mahu tulis, mungkin tajuknya berbunyi
lebih kurang, "Tenggelamnya dua buah kapal selam Scorpene"; sebuah
kisah cinta yang mengakibatkan tragedi pembunuhan seorang wanita
Mongolia pada akhir riwayatnya.

"Lebih baik aku fikir cara-cara nak menjatuhkan Najib sebagai PM," katanya 
kepada kami pada suatu hari. Memang banyak perkara yang dia tidak puas hati 
kepada Najib itu.

Bagi Sudin, hubungan Najib dengan Mahathir itu seperti isi dengan kuku
demikian menurut pepatah Melayu. Apakah pepatah Mongolia ada menyatakan
hal yang sama, tidaklah dia tahu. Pendek kata, tanpa Najib, Dr Mahathir
tidak boleh menaikkan anaknya Mukhriz sebagai menteri. Tanpa Mahathir,
Najib pun tidak boleh menjadi Perdana Menteri.

Hubungan erat saling membantu
Selain pepatah bagaikan isi dan kuku, kita pernah terdengar ungkapan
bagaikan aur dengan tebing. Iaitu hubungan saling melengkapi dan
menyempurnakan. Bagaimanapun, kedua-dua pepatah ini kerap menyimpan
konotasi positif.

Misalnya isi dengan kuku dan aur dan tebing itu dihubungkan dengan
amalan bergotong-royong, membuka kawasan penempatan bersama-sama pada
suatu zaman dahulu ketika orang Melayu masih terasuh dan tersusun pola
fikiran dan tingkah lakunya.

Tetapi, dalam hubungan negatif, konotosi gelap seperti rompakan atau
membunuh wanita Mongolia dengan bom C4 contohnya, adakah sesuai
digunakan pepatah bagai aur dengan tebing, bagaikan isi dengan kuku
itu? Kami tercungap-cungap juga mahu menjawabnya. Sebenarnya.. apakah
yang ingin disampaikan oleh Sudin pada kali ini? Jeng.. jeng.. jeng..

"Pasai tu la aku panggil hangpa semua mai sini," kata Sudin
ketika mahu menjelaskan hubungan dan kedudukan Aqso dan Madinah itu.
Ish, berat sungguh tugasan yang Sudin mahu berikan kepada kami kali
ini.

Sudin pun tidak tahu apakah dan bagaimanakah kesudahan
drama itu. Tapi, dia tak peduli sangat pun kesudahannya. Paling penting
kata Sudin, wajah-wajak cantik pelakon itulah yang membakar semangatnya
sekali gus memangkin motivasinya untuk menulis. Dia meneguk teh
tariknya seketika, sambil matanya melilau ke kiri dan ke kanan, melihat
kalau-kalau ada gadis manis di sekitar restoren mamak Mydin di Bangsar
itu.

"Hangpa tau tak, pepatah bagaikan isi dan kuku, bagaikan aur dengan tebing itu 
boleh disamakan dengan nas apa dalam al-Quran?" tanya Sudin lagi. Mata kami 
terkebil-kebil lagi. Sukar mahu diramal
kaedah Sudin berfikir. Pemikirannya memang pelik-pelik dan lain benar
daripada kebanyakan orang. 
"Wa ta'awanu 'alal birri wat taqwa, wa la ta'wanu 'alal ismi wal 'udwan.." 
demikian saya meneka.

Sudin tersenyum lalu mengangguk-angguk. "Aku maksudkan pepatah. Itu cuma 
kenyataan mendatar," balas Sudin.

Lama-kelamaan, barulah saya faham maksud Sudin. Pepatah selalunya ada
kaitan dengan alam ini. Menurut Iqbal, alam ini adalah sumber kepada
ilmu. Dunia ini sumber pengetahuan. Dan kenyataan ini pun ada kaitan
dengan dalil al-Qur'an yang saya sudah lupa di manakah nombor surah dan
nombor ayatnya.

Pepatah ini lazimnya merujuk kepada suatu juzuk daripada alam ini. Isi,
kuku, aur dan tebing adalah serpihan alam ini. Jadi, pepatah mestilah
merujuk kepada sesuatu yang bersifat alami. Maknanya, kita kena cari
sesuatu daripada alam ini. Orang-orang tua zaman dahulu memang handal
mencipta pepatah. Dan, mereka punya falsafah dan daya pemikiran tinggi!

(Takkan Sudin nak sebut bagaikan kapal selam dengan Mongolia?) Demikian hati 
saya kuat berbisik. Sementara itu, saya cuba mengaitkan
pepatah bagaikan Altantuya dengan kapal selam. Ah! Pe

Help Palestine [hidayahnet] Mahkamah Buktikan Secara Jelas Nizar Tidak Derhaka

2009-04-13 Terurut Topik OraNg KaMpoNg
Mahkamah Buktikan Secara Jelas Nizar Tidak Derhaka

Posted on Monday, April 06 @ 10:02:28 MYT by Paktam
Oleh Badan Perhubangan PAS Perak

Sejak
krisis Perak dicetuskan oleh Umno, parti tersebut tidak henti-henti
menuduh Y.B Dato’ Seri Nizar Jamaluddin sebagai penderhaka. Tuduhan
derhaka tersebut dibuat hanya di atas andaian jahat semata-mata. Umno
mengandaikan Y.B Dato’ Seri Nizar derhaka kerana enggan mematuhi
keputusan Y.M Tuanku Sultan Perak.

Meskipun Umno sedar tuduhan
derhaka tersebut tidak mempunyai asas sama sekali namun di atas prinsip
“matlamat menghalalkan cara” yang menjadi teras atau rukun politik
Umno, gendang derhaka tersebut terus menerus dipalu oleh Umno bagi
mendapat undi rakyat dengan cara yang tidak bermaruah. Sejak dari awal
Dato Seri Nizar dan Pakatan Rakyat ( PR ) tidak pernah berniat jauh
sekali menderhaka kepada Y.M Tuanku Sultan. PR dan Dato’Seri Nizar menerima 
dengan terbuka konsep Raja berperlembagaan


PR
boleh dan telah pun mengemukakan bukti-bukti sahih dan kuat yang secara
jelas menunjukkan Umno adalah sebenarnya penderhaka kepada Sutan.
Bukti-bukti yang PR kemukakan adalah bukti-bukti yang boleh diperolehi
secara mudah dari rekod-rekod awam ( public record ) dan rekod rasmi.
Apa yang berlaku sebenarnya adalah penderhaka Umno menuduh Dato’ Seri
Nizar yang tidak derhaka sebagai penderhaka.

Dato’ Seri Nizar
telah memfailkan saman ( semakan kehakiman ) ke atas Dato Dr Zambry di
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi mendapatkan antara lain perintah
bahawa Dato Seri Nizar diisytiharkan sebagai Menteri Besar Perak yang
sah. Memandangkan beliau masih sebagai Menteri Besar Perak yang sah
maka Dato Zambri tidak berhak memegang jawatan tersebut.

Semasa
pendengaran saman tersebut pada 2/4/2009 ( khamis) yang lalu, pihak
Peguam Negara telah bermatian-matian membantah saman Dato’ Seri Nizar
tersebut di atas alasan Dato Seri Nizar sebenarnya mencabar keputusan
Y.M Tuanku Sultan Perak dan keputusan Sultan, menurut Peguam Negara ,
tidak boleh dipertikaikan atau disemak oleh Mahkamah.

Pasukan
Peguam Nizar berhujah bahawa Dato Seri Nizar tidak pernah berniat jauh
sekali mencabar keputusan Y.M Sultan Perak . Peguam Dato’ Seri Nizar
juga bersetuju bahawa kuasa Sultan tidak boleh dicabar di Mahkamah.
Namun bagi mereka yang mahir dalam undang-undang pentadbiran (
administrative law ) , mereka tentu arif bahawa undang-undang
membenarkan Mahkamah bertanyakan kepada mana-mana penjawat awam seperti
Dato Zambry atas kuasa apakah beliau layak memegang jawatan tersebut di
bawah Undang-Undang Tubuh Negeri Perak di dalam keadaan Nizar mendakwa
beliau masih lagi Menteri Besar yang sah.

Pada 3/4/2009 (
Jumaat ) iaitu pada jam 3.50 petang ,Y.A Hakim Dato Abdul Aziz Abdul
Rahim menolak bantahan Peguam Negara dan memutuskan permohonan Dato
Seri Nizar bukan permohonan yang remeh ( not frivolous ) sebaliknya
permohonan tersebut mempunyai merit dan asas yang kuat. Mahkamah
menolak hujah Peguam Negara bahawa Dato Seri Nizar mencabar keputusan
Sultan kerana berdasarkan saman yang Dato’ Seri Nizar failkan di
Mahkamah adalah jelas Dato Seri Nizar tidak menyaman Sultan atau
mempertikaikan keputusan Sultan.

Keputusan Mahkamah tersebut
secara jelas dan terang menunjukkan bahawa sejak dari awal Nizar tidak
pernah mempertikaikan keputusan Sultan . Keputusan tersebut sekaligus
menyangkal dakwaan tidak berasas Umno bahawa Nizar adalah pernderhaka.

Keputusan
Mahkamah membuktikan secara jelas bahawa isu derhaka yang Umno mainkan
selama ini adalah satu politik jahat , politik murahan dan politik
putar belit Umno Beginilah politik Umno dulu, kini dan tak tahu sampai
bila.


Jemputan : Orangkampong


Help Palestine [hidayahnet] Kerana CINTA, Aku Tinggalkan Cinta

2009-04-12 Terurut Topik OraNg KaMpoNg
Kerana CINTA, Aku Tinggalkan Cinta
www.iLuvislam.com
  anna_mujahidah
editor : kasihsayang


Sebenarnya sudah lama saya ingin kongsi kisah saya ini dgn
sahabat-sahabat sekalian. Tapi , setiap kali laptop saya buka, jari ini
jadi kaku untuk menulis. Tapi akhirnya saya nekadkan juga untukmenulis tentang 
ini. Hati saya bagai ditarik-tarik untukmenulis.Saya sudah tidak berdaya 
untukpendam segalanya. Saya bimbang jika makin saya pendam,saya akan makin
tersiksa dalam dunia saya sendiri. Doa saya semoga Allah ampuni saya
atas segala apa yang saya lakukan ini. Apa yang akan saya coretkan ini
adalah sekadar buat tatapan sahabat-sahabat sekalian. Ia adalah
pengalaman saya sendiri. Ia hadir dari lubuk hati saya sendiri. Bukan
fantasi atau rekaan semata. Saya tidak bermaksud untuk mengeluh apatah
lagi mengingkari apa yang telah Allah tetapkan kepada saya.

Kisah ini saya ceritakan supaya apa yang saya lalui tidak berlalu
begitu saja tanpa saya kongsi dan tanpa saya rekodkan sebagai panduan
bagi diri saya untuk hari-hari kemudian. Ianya terjadi sewaktu saya
berada dalam tahun 2 diploma dan si dia berada dalam tahun akhir
diploma. Kebetulan kami belajar di tempat yg sama dan dalam jurusan
yang sama di Bangi. Saya juga adalah seperti kalian semua. Manusia
biasa yang punya fitrah untukdicintai dan mencintai. Kamar hati saya ini sepi 
dan tidak pernah saya
isikan dengan cahaya atau cinta dari mana-mana lelaki. Ianya suram dan
sepi. Hinggalah akhirnya saya bertemu dengan seseorg.

Pertemuan saya dan dia terjadi sewaktu saya mengikuti aktiviti rehlah
kelab. Itu pertemuan pertama. Tidak kenal pun, tapi perkenalan kami
bermula hanya melalui sms dan demi Allah , saya ikhlas menghulurkan
salam persahabatan padanya hanya kerana Allah. Tapi, semua yang terjadi
telah ditakdirkan , dan saya tidak menduga akhirnya saya mula jatuh
cinta dengan dirinya. Saya sendiri tidak sedar bila perasaan itu mula
bercambah. Demi menjaga maruahnya , cukuplah kalau dia hanya dikenali
sebagai “Mukhlis Sadiqy”. Gelaran itu saya sendiri yg berikan padanya
kerana pada saya dia merupakan seorang sahabat yang ikhlas. Benarkah?
Erm,hanya Allah dan dia saja yang tahu sejauh mana tahap keikhlasannya.

Perwatakannya sopan dan dia fasih berkata-kata, lebih-lebih lagi
apabila melibatkan soal agama. Jalannya hanya menundukkan wajah. Dia
seakan-akan takut untukbertentang mata dengan wanita. Tindakannya itu wajar 
kerana dari mata
segalanya boleh terjadi. Walaupun antara saya dan dia , kami tidak
pernah bersua secara berhadapan, tapi setiap kali bicaranya melalui sms
itu menambat hati saya. Saya senang berbicara soal-soal agama
dengannya, Namun, iman saya mula goyah, taqwa mula merapuh, nafsu
merasuk nurani suci, lalu hati tunduk pada bisikan syaitan nan keji.
Hanya sms. Nampak macam baik kan? Tidak pernah berbicara secara
berhadapan tapi hanya sms. Sesetengah orang akan berpendapat bahawa
cara saya itu betul , tapi sebenarnya ia silap sama sekali. Dan saya
akhirnya menyedari kesilapan itu.

Sms itu sebenarnya hanya 1 alasan bagi saya. Ianya mungkin nampak agak
baik,walhal tujuannya tetap sama dan ianya tetap salah. Niat baik itu
tidak pernah menghalalkan cara. Yang batil tetap batil. Yang haq tetap
haq. Allah pernah berfirman :

“Dan (juga) kaum Ad dan Tsamud, dan sungguh telah nyata bagi kamu
(kehancuran mereka) dari (puing-puing) tempat tinggal mereka. Dan
syaitan menjadikan mereka memandang baik perbuatan-perbuatan mereka,
lalu ia menghalangi mereka dari jalan (Allah), sedangkan mereka adalah
orang-orang yang berpandangan tajam.”
(Surah Al-Ankabut,29:38)

Kalau difahami ayat ni, sebenarnya apa yang berlaku pada saya
ialah, syaitan telah buat saya pandang baik pada perkara buruk yang
saya lakukan. Memang pada mulanya niat saya baik, tapi syaitan itu
sangat licik. Dia akan sedaya upaya buat saya terjerumus ke dalam
kemaksiatan.

Matlamat baik saya itu tidak pernah menghalalkan cara saya.
Selama hampir setahun saya leka dengan perasaan ini sendiri, akhirnya
saya menyedari kesilapan yang telah saya lakukan ini. Saya terlalu
asyik dengan cinta ini sehingga saya terlupa pada Pemilik Cinta yang
sebenar. Sungguh, saya rasa terlampau berdosa dengan diri ini dan
dengan dirinya sendiri. Saya telah menjadi fitnah bagi dirinya , kerana
sedikit sebanyak saya telah melalaikan hatinya. Walaupun antara kami
tidak pernah punya apa-apa yang istimewa , tapi saya tahu yang saya
telah banyak menyusahkan dan meresahkan hatinya.


Saya panjatkan kesyukuran kerana Allah swt mengurniakan hidayah-Nya
pada saya dan saya kembali menyedari kesilapan yang saya lakukan. Silap
saya kerana punya cinta ini dihati. Tidak seharusnya saya begitu mudah
melafazkan cinta dan meluahkan rindu. Saya seharusnya sedar pada siapa
harus saya lafazkan cinta itu..hanya utk Allah ,Pemilik Cinta Teragung
dan rasul-Nya.

Terus-terang saya katakan yang saya jadi malu dengan diri saya sendiri,
dengan Allah dan dengan dia sekali.
Kini , untuk kembali mencari keredhaan dari-Nya saya tinggalkan cinta
di hati saya in

Help Palestine [hidayahnet] Azilah dan Sirul dihukum gantung sampai mati

2009-04-09 Terurut Topik OraNg KaMpoNg
Azilah dan Sirul dihukum gantung sampai mati




SHAH ALAM: Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar hari ini
dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam
setelah didapati bersalah atas tuduhan membunuh wanita Mongolia,
Altantuya Shaariibu.
Hakim Datuk Mohd Zaki Md Yasin berkata kedua-dua mereka gagal
membuktikan sebarang keraguan bagi kes dakwaan tersebut sebaliknya
hanya menyalahkan antara satu sama lain.

Kedua-dua anggota Unit Tindakan Khas (UTK) ini selesai memberi
keterangan membela diri Februari lalu tanpa memanggil saksi lain selain
mereka sendiri.

Azilah, 33, yang diwakili dua peguam, Datuk Hazman Ahmad dan J.
Kuldeep Kumar membela diri dengan memberi keterangan di kandang saksi
manakala Sirul Azhar, 37, yang diwakili peguam Kamarul Hisham
Kamaruddin, Hasnal Redzua Marican dan Ahmad Zaidi Zainal memilih untuk
membacakan keterangan bertulis di kandang tertuduh.

Dalam kes yang pernah menjadi tumpuan media tempatan dan
antarabangsa ini, kedua-dua mereka didakwa membunuh Altantuya, berusia
28 tahun, di antara Lot 12843 dan Lot 16735 Mukim Bukit Raja dekat sini
antara pukul 10 malam, 19 Okt dan 1 pagi, 20 Okt 2006.
Sebelum ini, mereka dibicarakan bersama-sama Pengarah Eksekutif
Pusat Penyelidikan Strategik Malaysia (MSRC), Abdul Razak Abdullah
Baginda, 48, yang dituduh bersubahat membunuh Altantuya.

Bagaimanapun pada 31 Okt 2008, penganalisis politik itu dilepaskan
dan dibebaskan tanpa perlu membela diri setelah pihak pendakwaan gagal
membuktikan elemen penting dalam pertuduhan bersubahat.


P/S : OK... hari ni kabinet baru hari ni ko dikenakan hukum gantung. 
Sadiss.


Help Palestine [hidayahnet] Cian CT...

2009-04-07 Terurut Topik OraNg KaMpoNg
Salam...

Adois... sian ko CT... tak pasal2 di kaitkan dnegan politik... huhu. Pada OK... 
satu kesilapan CT... timing tak betul. Pergi Kelantan time PRK wakakaka. 
Patutnya hang pergi ke Bukit Gantang ke... Bukit Selambau ke...Takpun Batang 
Ai... wakakaka... Ni gi Kelantan time2 camni... apada... wakakaka...

Dahlah gi Kelantan... pergi plak jumpa Tuan Rumah. Huhu... Dah molek tu Jumpa 
Tuan Rumah... tapi... entah lah CT... nasib2... Balik Pahang lagi bagus CT...

ekekeke



Siti dan Datuk K nafi sertai PAS 
PERTEMUAN YANG MENGUNDANG KONTROVERSI..Menteri
Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (tengah) menerima cenderahati
daripada penyanyi Datuk Siti Nurhaliza Tarudin (kiri) semasa berkunjung
ke Pejabat Menteri Besar di Kota Darulnaim Rabu lalu. Turut sama
suaminya Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa (kanan). -foto BERNAMA


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa menafikan khabar
angin bahawa beliau dan isterinya penyanyi popular Datuk Siti Nurhaliza
Tarudin menyertai PAS.

Sambil menyifatkan bahawa ia hanyalah andaian orang ramai, Khalid
atau lebih dikenali dengan panggilan Datuk K berkata khabar angin
tersebut mungkin berpunca daripada kunjungannya ke pejabat Menteri
Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat baru-baru ini.

"Merepek betul, ini semua khabar angin... Saya orang Umno dan
menyokong penuh kepimpinan Perdana Menteri kita Datuk Seri Najib Tun
Razak," katanya ketika dihubungi Bernama. tujuan melawat Nik Aziz yang 
dikhabarkan tidak sihat.


"Pada malam sebelum kunjungan itu, Siti membuat persembahan di
Istana Kelantan dan pada malam itu Nik Aziz tidak hadir. Jadi kami
bertanyakan seorang pegawai istana mengapa beliau tidak hadir seperti
dalam majlis sebelumnya.
"Kami mendapat tahu bahawa beliau tidak sihat jadi kami bercadang
untuk melawatnya lebihlebih kami diberitahu boleh melawat beliau di
pejabat," katanya.

Khalid berkata kunjungan hormat mereka ke Pejabat Menteri Besar itu
adalah kerana menghormati Nik Aziz yang dianggap sebagai tuan rumah. BERNAMA



Help Palestine [hidayahnet] Media Perdana VS Alternatif

2009-03-30 Terurut Topik OraNg KaMpoNg
PRK Bukit Gantang: Media konvensional BN lwn media baru Pakatan
Ahmad Tajdid
Mon | Mar 30, 09 |  1:42:46 pm MYT


KEMPEN pilihan raya kecil di dua bukit di Semenanjung  dan Dun Batang Ai (Air), 
Sarawak sedang berlangsung.
Iklan



Bermula dengan hari penamaan calon 29 Mac lalu, kempen-kempen 20 calon
yang bertanding - tiga di Parlimen Bukit Gantang, lima belas di Dun
Bukit Selambau dan dua di Dun Batang Ai akan berlangsung hingga
menjelang tengah malam 7 April akan datang.

Pastinya antara yang mencuri perhatian para pemerhati dan  pengkaji politik 
adalah kaedah berkempen parti-parti  atau calon-calon yang bertanding.


Salah satu kaedah kempen politik BN adalah melalui media-media  arus perdana 
yang dikuasainya. Tatkala kerajaan BN bertindak  menggantung permit akhbar 
rasmi PAS dan KeADILan selama tiga  bulan (sehingga 22 Jun 2009), BN terus 
menggunakan media massa  arus perdana untuk mewar-warkan kempennya di tiga 
kawasan  pilihan raya kecil itu.

Sejauh mana keberkesanan kempen BN melalui media massa ini  menjadi sesuatu 
yang menarik untuk dibincangkan. Ini kerana  'media konvensional' yang 
digunakan BN sudah kian hilang  kredibiliti dan kepercayaan umum, berbanding 
'media baru' yang  digunakan Pakatan Rakyat.

Komen-komen para perwakilan Umno dalam mesyuarat agung parti  itu 24 higga 28 
Mac lalu tentang kegagalan BN dalam  menyampaikan 'mesej dan maklumat yang 
benar' kepada rakyat  pada kempen PRU12 tahun lalu secara tidak langsung lebih  
merujuk kepada kegagalan fungsi media arus perdana untuk  bertindak sebagai 
'jurucakap BN dan Umno'.

Sebenarnya kegagalan BN dalam menguruskan penyaluran  maklumatnya kepada rakyat 
bukan sangat berpunca daripada  kegagalan fungsi media arus perdana. Media arus 
perdana terus  kekal berfungsi sebagai saluran kempen BN paling efektif  kerana 
akhbar, TV dan radio masuk ke dalam hampir semua rumah  kediaman rakyat. Apa 
yang tiada pada media massa utama ini  adalah kebenaran dan keadilan.

Tanpa dua aspek penting itu (kebenaran dan keadilan),  kehebatan liputan dan 
kecanggihan teknologi tidak dapat  menawan hati dan pemikiran rakyat. Apatah 
lagi ketika  berhadapan media baru yang lebih dekat dengan hati rakyat  
khususnya golongan muda.

Perlu disedari bahawa strategi berbohong dan memanipulasi  fakta hanya berkesan 
dilakukan arus media perdana  di saat ketiadaan media baru seperti internet 
(khususnya blog)  dan khidmat pesanan ringkas (SMS). Media baru juga semakin  
berkembang seiring dengan perkembangan teknologi. Penghantaran  SMS kini 
diperluaskan kepada penghantaran audio dan visual  melalui telefon bimbit yang 
lebih efisien berbanding siaran TV  dan radio.

Untuk memahami senario ini, diperturunkan dua contoh penulisan  yang disiarkan 
oleh media konvensional dan media baru bagi  penilaian pembaca. Dua penulisan 
ini merujuk kepada insiden  yang berlaku di Masjid Simpang dalam kawasan PRK 
Parlimen  Bukit Gantang, 29 Mac lalu.
Berita di bawah dipetik daripada mStar online yang dimiliki  MCA. Insiden ini 
juga dilaporkan oleh akhbar Utusan Malaysia  milik Umno bertarikh 30 Mac 2009:

Nizar 'rampas' acara BN di masjid Bukit Gantang
Oleh G. MANIMARAN

TAIPING: Bekas Menteri Besar Perak yang juga calon PAS bagi  kerusi Parlimen 
Bukit Gantang, Datuk Seri Mohammad Nizar  Jamaluddin 'bertembung' dengan 
rombongan Barisan Nasional (BN)  di Masjid Simpang malam tadi - mencetuskan 
sedikit kekecohan.
Semalam (29 Mac) merupakan hari pertama kempen pilihan raya  kecil Parlimen 
Bukit Gantang.

Nizar yang dikatakan hadir tanpa undangan ke majlis bacaan  Yassin dan solat 
hajat anjuran BN telah mencuba untuk  mengimamkan solat Maghrib.
Ketua Umno Bahagian Bukit Gantang, Datuk Rosli Hussin ketika  dihubungi mStar 
Online berkata, Nizar bersama beberapa  penyokongnya memasuki masjid dan terus 
mengimamkan solat  Maghrib.

Isu tersebut dengan pantas disebarkan menerusi SMS, menjadi  bahan kempen dalam 
beberapa ceramah anjuran BN di bahagian  Bukit Gantang.
"Orang-orang dia (Nizar) minta mikrofon untuk Nizar berucap  selepas Maghrib 
tetapi tidak diberikan, telah dihalang oleh  Pengerusi Masjid (Yahaya Sulaiman).
"Kami berikan beliau peluang sertai majlis ini, anjuran BN  tetapi beliau 
datang untuk buat kacau," kata beliau ketika  dihubungi.

Rosli yang turut hadir ketika kejadian berkata, tidak berlaku  apa-apa 
kekecohan besar dan kumpulan Nizar telah meninggalkan  majlis selepas itu.
Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut hadir  pada majlis 
tersebut.

Mengulas isu yang sama, Menteri Besar Perak, Datuk Dr. Zambry  Abdul Kadir 
berkata, Nizar bertindak keterlaluan apabila cuba  mengambil alih jemaah dengan 
meminta mikrofon daripada imam  dan cuba mengadakan ceramah sebelum menunggu 
Isyak.

Ketika bercakap dengan pemberita selepas memperkenalkan calon  BN, Ismail 
Saffian di Tokong Nyee Wong Kong di sini malam  tadi, Zambry berkata, tindakan 
itu telah dirancang oleh PAS  dan sanggup menggunakan masjid sebagai tempat 
berpolitik.


Demikia

Help Palestine [hidayahnet] Sambungan Kisah Ayam

2009-03-29 Terurut Topik OraNg KaMpoNg
Sambungan Kisah Ayam
Dilulus terbit pada Tuesday, March 24 @ 19:11:08 MYT oleh TokPenghulu 
 Oleh kerirooney

"Oleh
kerana sambutan dan penerimaan yang amat hangat sekali ke atas artikel
saya dalam tranungkite.net kelmarin, saya sambung lagi tulisan mengenai
kisah ayam yang dipertontonkan di kaca TV3 beberapa hari yang lalu. 

Kisah
cara penyembelihan ayam yang amat diragui oleh Jabatan Agama Islam
Selangor(JAIS) sehingga ditemui 1,863 kilogram ayam yang telah siap
disembelih dengan cara yang salah, akan dipasarkan ke seluruh Selangor
dalam masa terdekat. Dan tidak mustahil, sebelum ini penduduk Selangor
telah memakan ayam yang disembelih dengan cara yang tidak betul itu. 

Oleh
sebab hal ini baru ditemui hari ini, bagaimana kalau perkara itu dah
berlarutan sejak bertahun-tahun dahulu. Nauzubillah...Apa yang telah
kita makan selama ini? Apa yang telah kita beri makan pada anak-anak
kita untuk membesar dengan sempurna? 

Memang la orang ramai
atau kita sebagai masyarakat akan ambil peduli mengenai perkara ini
untuk sementara waktu ini, tapi saya yakin dalam masa beberapa hari
lagi masyarakat akan tidak akan ambil kisah mengenai kisah ayam tidak
HALAL ini dek kerana ianya adalah tidak diberi penekanan sangat oleh
pihak kerajaan pimpinan UMNO-BN. 

Samalah juga dengan kisah
kita memboikot barangan keluaran ISRAEL, pada masa Palestin diserang
bertubi-tubi oleh ISRAEL Laknatullah, kitalah orang yang berada di
barisan hadapan sekali dalam memboikot semua barangan keluaran ISRAEL
Laknatullah. Kalau boleh, semua produk dari ISRAEL atau yang memberi
sumbangan kepada ISRAEL hendak kita boikot. 

Tapi cuba kita
tengok dan perhati sekarang, berduyun-duyun orang beratur di setiap
Restoran McDonald, KFC, PIZZA Hut dan lain-lain. Seolah-olah jihad yang
kita perjuangkan beberapa hari dahulu adalah untuk sementara sahaja.
Kemana perginya semangat jihad 'kecil' kita untuk membantu umat Islam
di Palestin. Sedarkah kita bahawa dengan membeli produk keluaran ISRAEL
atau yang memberi sumbangan kepadanya, kita seolah-olah sedang
menghantar sebutir peluru kepada penduduk Palestin yang sedang
menanggung derita sengsara. FIKIRLAH! Janganlah kita menjadi orang yang
membuat sesuatu perkara itu bermusim!

Berbalik kepada komen yang
diterima dalam tranungkite.net, ramai yang mengatakan bahawa alangkah
eloknya kalau diwujudkan atau diketengahkan pengeluaran AYAM ORGANIK
keluaran HPA Industries Sdn. Bhd. Cadangan yanag amat bernas kerana
ayam organik HPA adalah dijamin keHALALANnya dari segi hukum syarak,
bukan sahaja kaedah penyembelihan tetapi kaedah penternakannya amatlah
diyakini kerana tidak diberi makan dengan sembarangan makanan seperti
yang biasa diberi kepada ayam-ayam bukan organik. 

Cara
penternakannya juga adalah amat berbeza daripada ayam biasa. Secara
ringkasnya, ayam organik HPA adalah bebas daripada penggunaan bahan
kimia tidak halal, selain itu ianya diberi makanan herba serta bebas
daripada penggunaan MSG bagi tujuan menyedapkan rasa yang digunakan
dalam kebanyakan produk masa sekarang. Satu perkara lagi yang menarik
tentang AYAM ORGANIK HPA ialah ramuannya disenergi dengan herba
terpilih yang dikeluarkan khusus kepada semua pengguna Muslim. Kalau
anda hendak mengetahui lebih lanjut, lawatilah laman web HPA.com.my
yang akan memberi gambaran secara jelas dan nyata mengenai AYAM ORGANIK
keluaran HPA Industries Sdn. Bhd. 

Apa yang saya ingin nyatakan
disini ialah bukan peluang perniagaan yang amat saya impikan dalam
penulisan artikel ini tetapi masalah umat Islam sekarang yang sentiasa
berdepan dengan permasalahan HALAL dan HARAM yang sentiasa membelenggu
kita semua. Tanggungjawab yang diberikan sebagai khalifah ALLAH di muka
bumi ini menyedarkan saya bahawa kita perlu sentiasa pesan mengingati
antara satu sama lain demi agama ISLAM yang kita cintai. Sebenarnya
saban hari kita tidak sedar tentang status HALAL HARAM sesuatu produk
yang kita makan, dan jika seseorang itu amat sensitif mengenai hal ini,
belilah buku yang dikeluarkan khusus oleh CAP iaitu Persatuan Pengguna
Pulau Pinang mengenai status sesuatu produk di Malaysia. Saya yakin,
anda akan terkejut jika membaca buku itu kerana sebenarnya hampir 90%
produk di Malaysia adalah diragui status HALAL dan HARAMnya!

-www.seepot.blogspot.com-